Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADUKA TUAN

JALAN GENUANG,
SEGAMAT, JOHOR. No. Tel : 07-9431341
KOD SEKOLAH : JEB 7034 No. Fak : 07-9437376

Ruj . Kami: JEB7034.06/600-3/7/3/8(16)


Tarikh : 8 Oktober 2015
Pengarah,
Kolej Komuniti Segamat KPM,
No. 24-34, Jalan Putra 1/1,
Bandar IOI,
85020 Segamat,
Johor.
(U.P : En. Mohd Azaharuddin bin Mohd Nadzri)

Tuan,

Permohonan Mengadakan Kursus Auto CAD

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk :

2. Adalah dimaklumkan sekolah kami berhasrat untuk mengadakan kursus Auto CAD di
Kolej Komuniti. Sehubungan itu, berikut adalah butiran kursus :

Tarikh : 24 Oktober 2015 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi 1.30 petang
Bilangan : 38 orang murid dan 2 orang guru pengiring
Tujuan : Meningkatkan pengetahuan pelajar dalam menguasai tajuk CAD
ini sebagai persediaan menghadapi peperiksaan disamping termasuk
dalam silibus pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.
3. Di sini juga, pihak kami ingin memohon jasa baik tuan agar dapat menyediakan
kemudahan pengangkutan yang sewajarnya.
Kami berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan. Segala jasa dan
perhatian pihak tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

..
( BALAKRISHNAN A/L APPUKUTTAN NAIR)
Pengetua,
SMK. Paduka Tuan,
Segamat.

Anda mungkin juga menyukai