Anda di halaman 1dari 1

PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi)

Kompleks JPKK,
Felda Bukit Batu,
81020 Kulai,
Johor Darul Takzim

Pusat Ekonomi Digital


(PEDi) Felda Bukit Batu
81020 Kulaijaya Johor
Darul Takzim

Guru Besar,
SK LKTP Felda Bukit Batu,
81000 Kulai,
Johor 11hb Julai 2023

Tuan,

PERMOHONAN MENJALANKAN TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB)


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa kami melalui kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan


Multimedia Malaysia, salah satu agensi dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan, menawarkan taklimat di atas kepada warga sekolah tuan yang berumur
13 tahun ke atas, mencukupi golongan sasar seperti pelajar, penghuni asrama, guru
serta kakitangan sokongan sekolah yang terlibat dalam penggunaan perkakasan
teknologi maklumat.

Taklimat seumpama ini telah dijalankan di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
yang melibatkan golongan pensyarah, kakitangan sokongan serta siswazah seluruh
Negara sejak tahun 2012 lalu. Program ini telah diperluaskan kepada pelajar menengah
dan orang awam yang berminat sejak pertengahan tahun 2011 melalui penglibatan
tenaga pengajar yang terlatih dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) seluruh Negara.

Bersama ini kami kembarkan dokumen sokongan dari pihak-pihak yang berkaitan untuk
penilaian pihak tuan.
Tarikh : 25 Julai 2023
Masa : 10.30 Pagi – 12.30 Petang
Tempat : SK LKTP Bukit Batu
Peserta : Tahap 2 ( Darjah 4- 6)

Sila hubungi kami untuk penetapan sesi pembentangan dan taklimat menurut kesesuaian
waktu tuan.

Sekian, Terima Kasih

Yang Benar,

………………………………..
Nur Afida Binti Deraman
Pengurus PEDi,
Felda Bukit Batu.
Tel : 019-7683384

PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDI)


Kompleks JPKK Felda Bukit Batu, 81020 Kulai, Johor
Afida : 019-7683384 & Aziz : 013-9840694
Website : ww.celcom1cbc.com/bukit-batu
Emel : afida.deraman@picelcom.my / aziz.ayub@picelcom.my

Anda mungkin juga menyukai