Anda di halaman 1dari 2

Mahasiswa Tahun 4 SPPQ

Fakulti Pendidikan UTM,


Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai, Johor

Kepada:

Pengerusi Masjid……………………………………………………… 6 Mac 2018


Dan pihak pengurusan masjid.
.

MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM KEMBARA LESTARI KOMUNITI KEMBOJA 2.0

Dengan segala hormat dan takzimnya, perkara di atas adalah dirujuk

2. Adalah dimaklumkan bahawa Kami Mahasiswa Tahun 4 Binaan Bangunan SPPQ dengan
kerjasama Fakulti Pendidkan Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan “KEMBARA
LESTARI KOMUNITI KEMBOJA 2.0 “ yang akan diadakan pada 30 Mac 2018 hingga 6 April
2018 di Kampung Sinjia Sanul Kratie, Kemboja

3. Untuk makluman pihak Tuan/Puan program berimpak tinggi ini diadakan bertujuan untuk
membantu merealisasikan pembanguan lestari di Kemboja untuk melaksanakn Program berasaskan
“Community Based Learning” berfungsi sebagai platform bagi membolehkan mahasiswa dan
mahasiswi UTM mendekati komuniti secara global iaitu komuniti ASEAN serta melaksanakan
komponen New Acedamia Learning Innovation (NALI) merentas keunikan pengajian dan
memberikan pengalaman (Experintial Learning) kepada semua mahasiswa yang terlibat. Antara
program yang akan kami laksanakan ialah program wakaf iaitu untuk pembangunan lestari kampung
dengan membina tandas berinovatif, telaga pam air, program pembangunan wanita, program
pembangunan pendidikan, kelab suka belajar dan program berkhatan.

4. Sehubungan dengan itu, saya AHAMD FUAD BIN SEMAN selaku Pengarah Program,
dengan rasa rendah diri mewakili kesemua pihak sekretariat ingin mewujudkan jalinan kerjasama
serta memohon penajaan atau sumbangan dari pihak Tuan/Puan dari segi sumbangan tunai atau
dari segi barangan dalam menjayakan lagi program berimpak tinggi ini.
5. Turut disertakan bersama surat ini ialah Surat Kelulusan Program “KEMBARA LESTARI
KOMUNITI KEMBOJA 2.0”, Surat Kelulusan Penajaan Luar serta Ringkasan Program untuk
rujukan dan semakan pihak Tuan/Puan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pihak
sekretariat program seperti yang tertera dibawah.

BIRO PENAJAAN
“KEMBARA LESTARI KOMUNITI KEMBOJA 2.0”
FAKULTI PENDIDIKAN
MAHASISWA SPPQ
Universiti Teknologi
Malaysia, 81310 Skudai,
Johor.
(U/P:
AKAUN BANK :
TUNAI /CEK ATAS NAMA (BENDAHARI UTM)
DEPOSIT (CIMB BANK –ACCOUNT NUMBER: 8006053536)

Sila kirimkan cek / bukti pembayaran sumbangan melalui Email:


kembarakembojautm@gmail.com / talian 014- 5092699 (Nazahah)

6. Segala sokongan dan jasa baik daripada pihak Tuan/ Puan amat dihargai dan didahului
dengan jutaan terima kasih.

Sekian.

“EDUCATE WITH CHARITY”

Yang benar,

AHMAD FUAD BIN SEMAN

Pengarah Program “KEMBARA LESTARI KOMUNITI KEMBOJA 2.0”

Fakulti Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia.

'017-6194541

s.k - Nurul Ain Bt Shuib


Setiausaha Program
“KEMBARA LESTARI KOMUNITI KEMBOJA”
'010-5696939

Anda mungkin juga menyukai