Anda di halaman 1dari 14

Obesiti – gaya hidup sihat

Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan satu corak kehidupan yang baik dalam
diri seseorang itu. Antara contoh gaya hidup sihat ini meliputi aspek pemakanan yang betul dan
mengamalkan senaman yang berkala. Media massa telah banyak kali menyiarkan berita tentang
gaya hidup sihat ini kerana sudah ada kajian yang menyatakan bahawa kadar obesiti dalam
kalangan rakyat Malaysia semakin bertambah. Jelaslah, ada banyak gaya hidup sihat yang boleh
diamalkan oleh masyarakat Malaysia.

Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani satu kehidupan yang sihat.
Rakyat telah banyak kali diingatkan bahawa mereka hendaklah mengambil diet yang betul
terutama mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka itu. Pemakanan
yang seimbang memastikan tubuh badan menerima semua khasiat yang diperlukan untuk
menangkis kehidupan zaman moden yang penuh dengan masalah ini. Jadi, diet yang baik
menjadikan kehidupan seseorang manusia itu lebih sihat untuk jangka masa yang panjang.

Selain itu, pemeriksaan doktor yang berkala untuk menjamin satu kehidupan yang
sihat. Langkah ini baik untuk diamalkan agar pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak doktor itu
mampu untuk mengesan sebarang simpton awal penyakit yang boleh mengancam nyawa
manusia pula. Kejayaan mengesan penyakit berbahaya pada peringkat awal memastikan cara
pencegahan dan rawatan yang terperinci mendatangkan impak yang positif kepada kesihatan
seseorang itu. Sesungguhnya, sikap suka bertemu dengan doktor menjadi satu ciri utama untuk
menjalani kehidupan yang sihat.

Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi senaman yang berjadual juga
memainkan peranan utama dalam kehidupan yang sihat. Senaman setiap pagi atau petting
menjamin peluh keluar daripada badan dengan banyaknya. Keadaan ini menyebabkan semua
toksik badan keluar dan tekanan stres yang dialami terus dapat dihilangkan jua. Oleh itu,
senaman menjadi aktiviti yang paling baik untuk memiliki satu gaya hidup yang baik buat
manusia.

Malah, rehat yang cukup juga memainkan peranan penting dalam gaya hidup yang sihat ini.
Manusia perlulah berehat antara 6-8 jam sehari dengan tidur yang berkualiti dan juga kaedah
rehat yang lainnya. Manusia memerlukan rehat kerana ketika rehat inilah seluruh sistem badan
manusia akan mampu memulihkan tenaganya untuk meneruskan kehidupan pada esok harinya.
Jadi, rehat yang meliputi tindakan yang berbeza daripada kebiasaan yang dilakukan oleh
seseorang itu boleh memberi pemulihan tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia.
Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif jika manusia ingin memiliki gaya hidup yang sihat
ini. Pemikiran positif ini penting kerana kehidupan zaman modern begitu banyak tekanan baik
di pejabat dan juga di rumah bersama-sama alam kebendaan yang begitu ketara itu. Mereka
yang memahami diri sendiri dan melihat sesuatu peristiwa itu dengan persepsi yang positif
sudah pasti akan mampu menerima cabaran hidup dengan lebih matang lagi rasional.
Sesungguhnya, minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan kehidupan moden yang
begitu mendesak ini.

Kesimpulannya, semua langkah tadi membuktikan satu gay a hidup yang sihat boleh dicapai
oleh manusia. Kerjasama semua amat diperlukan terutama kesedaran diri sendiri agar
kesihatan menjadi keutamaan dalam hidup semua pihak. Kegagalan untuk bertindak dengan
segera bakal menyaksikan masyarakat kita searing dilanda penyakit demi penyakit yang boleh
membawa impak buruk pula. Slogan badan cergas otak cerdas membuktikan betapa pentingnya
aspek kesihatan dalam diri manusia yang ingin sejahtera kehidupannya.
MAKSUD OBESITI
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan
seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi
keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan
seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan
kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

PENGIRAAN BMI

Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai
berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak
langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat
badan serta ketinggian seseorang individu itu.

[perlu rujukan] Indeks Jisim Badan

Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu Status BMI
menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh Kurus Kurang 20.6
menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Normal 20.7 - 26.4
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi
Gemuk 26.5 - 30.9
dalam meter (m):
Obesiti 31.0 - 45.2
berat(kg)
BMI = ------------------------------ Bahaya Lebih 45.3
tinggi(m) x tinggi(m)

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi menentukan
sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.
SENAMAN YANG BOLEH DILAKUKAN

Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau
ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi
aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:

 Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik.


 Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.
 Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.
 Berjalan-jalan, berkebun.
 Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Kenapa perlu bersenam?[sunting | sunting sumber]


Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita
akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain
daripada bersenam ialah:

 Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
 Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
 Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan
darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi
yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
 Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
 Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
 Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau
memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada
terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.

Kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.


OBESITI
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis dan para hakim yang adil lagi
bijaksana. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Hari ini , saya
ingin membincangkan langkah-langkah untuk mengatasi tahap obesiti dalam
kalangan murid sekolah yang semakin membimbangkan.
Para hadirin sekalian,
Kadar obesiti dalam kalangan murid sekolah di Negara ini dikatakan
semakin meningkat. Keadaan ini berkaitan dengan tahap kesihatan rakyat secara
keseluruhan tak kira di kalangan bayi, kanak-kanak , remaja , dewasa dan warga
emas yang semakin diabaikan. Jadi, apakah cara-cara yang mampu dilakukan
untuk menjaga kesihatan terutama dalam kalangan murid sekolah yang dewasa
ini makin membimbangkan.

Kesihatan dianggap perkara yang paling penting dalam kehidupan


seseorang murid. Tahap kesihatan menentukan keadaan kehidupan yang dijalani
oleh murid itu. Semakin baik kesihatan seseorang itu semakin mudahlah mereka
mengharungi dunia pembelajaran yang semakin mencabar. Malah, ada kajian
yang mengaitkan kesihatan yang baik memastikan produktiviti dan penumpuan
seseorang murid itu meningkat. Ada banyak kaedah yang boleh digunakan untuk
memastikan kesihatan seseorang murid itu bertambah baik.

Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang. Itulah antara kata-kata


hikmah yang sering kita dengar mengenai penjagaan kesihatan. Pengambilan
makanan atau diet yang seimbag memastikan badan menerima khasiat yang
diperlukannya. Diet yang betul sepanjang kehidupan seseorang itu menyebabkan
kesihatannya terjamin. Cuma, kita agak sukar untuk mengamalkan perkara yang
baik ini untuk jangka masa panjang kerana tahap kesihatan itu sukar diperoleh
dalam masa yang pantas dan agak berbeza mengikut pandangan seseorang.

Bukan sahaja diet penting tetapi penjagaan kebersihan turut berperanan


besar untuk menghalang penularan penyakit. Diri murid itu haruslah bersih dan
kawasan tempat tinggal juga dipantau tahap kebersihannya. Malah, kawasan
sekeliling turut diberi perhatian untuk memastikan semuanya dalam keadaan
bersih daripada penyakit berjangkit. Semua tindakan ini akan memastikan murid
itu tidak diserang penyakit berjangkit seperti taun dan tahap kesihatannya berada
di tahap yang memuaskan

Selain itu, aktiviti luar harus dilakukan. Gaya hidup sihat juga perlu
diterapkan dalam diri setiap murid . Contohnya, senaman ringan dua atau tiga kali
seminggu sudah mampu memberikan tahap kesihatan yang baik. Imunisasi murid
itu turut meningkat melalui aktiviti senaman ini. Peluh yang keluar membuang
sisa toksik yang tidak diperlukan oleh badan. Dalam masa yang sama senaman ini
turut mengurangkan tekanan atau stres yang dialami oleh seseorang itu. Stres
sering dikaitkan dengan kadar kematian yang semakin meningkat dalam kalangan
masyarakat moden terutama di negara ini dan individu yang berada dalam
golongan obesiti merupakan target utama.

Seseorang murid itu harus menjalani pemeriksaan doktor yang kerap.


Pemeriksaan doktor setahun sekali memang digalakkan tetapi pemeriksaan ini
boleh ditingkatkan jika seseorang murid itu mempunyai sejarah keluarga yang
berisiko tinggi. Tindakan ini menyebabkan sesuatu penyakit dapat dikesan lebih
awal dan menerima rawatan yang sewajarnya. Malahan, kecepatan mengesan
penyakit akan dapat menghalang seseorang itu menderita dengan lebih teruk
terutama sekiranya murid itu adalah dikalangan mereka yang obes.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan di kalangan murid –murid merupakan satu


tindakan yang sepatutnya dititikberatkan dan diberikan keutamaan. Bak kata
pepatah sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada berguna. Penjagaan
kesihatan zaman ini juga dianggap menelan belanja yang banyak kerana kesihatan
telah dijadikan sebagai satu kegiatan ekonomi. Seseorang itu perlulah bijak dalam
menangani isu ini supaya tidak tertipu kerana tidak ada harta yang mampu
membeli kesihatan yang baik. Harta yang penting dalam diri manusia ialah
kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa wang tetapi
tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang. Oleh itu, murid-murid haruslah
mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan lawanlah OBESITI.
RUMAHKU SYURGAKU

Profesor Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan


universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor
pertama bagi mereka . Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan
setiap ahli keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembentukan sahsiah anak-anak . Anak-anak merupakan anugerah dan amanah
Tuhan yang tidak ternilai . Ibu bapa bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah
tangga yang aman dan damai kerana anak-anak akan berasa bahagia apabila ibu
bapa memberikan sepenuh kasih sayang dan melindungi diri anak-anak
mereka. Anak-anak ibarat sehelai kain putih , ibu bapalah yang mencorakkan
warna pada kain tersebut. Persoalannya , apakah peranan keluarga khususnya
ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak ? Pada pendapat
saya,jawapannya sudah pasti tugas dan peranan yang boleh dimainkan oleh
keluarga terutama seorang insan yang bergelar ketua keluarga amat penting dan
pelbagai dalam melahirkan sahsiah terbilang dalam kalangan anak-anak mereka.

Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan


sahsiah anak-anak dengan memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri
anak-anak . Pepatah sering menyatakan bahawa melentur buluh biarlah dari
rebungnya . Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan agama perlu
diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi agar anak-anak dapat membuka
minda serta mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan negatif .
Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan antara
baik dan buruk perlakuan yang akan dilakukan . Selain itu , anak-anak juga akan
membesar dengan perpandukan ajaran agama . Didikan agama yang sempurna
merupakan benteng yang ampuh untuk mengelakkan anak-anak terjebak dalam
kancah gejala sosial. Anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang
mementingkan didikan agama akan menjadi anak yang baik sahsiah dan
akhlaknya . Sebagai contoh , jika sesebuah keluarga mempunyai pegangan agama
yang kuat, anak-anak mereka akan mempunyai tingkah laku yang baik kerana
madu satu tong dirembes, rembesnya madu juga. Jelaslah bahawa pendidikan
agama yang secukupnya sangat penting untuk membentuk sahsiah anak-anak.

Selain itu, ahli keluarga khususnya ibu bapa berperanan sebagai suri teladan
kepada anak-anak bagi memastikan anak-anak mempunyai sahsiah yang baik . Hal
ini demikian kerana anak-anak yang berusia setahun jagung memang mudah
mencontohi sebarang bentuk perlakuan orang yang lebih dewasa daripadanya.
Dengan erti kata lain, sekiranya ahli keluarga yang lebih tua memiliki sahsiah yang
baik, sudah tentu perbuatan ini dapat dicontohi oleh anak-anak kerana pepatah
Melayu ada mengatakan bahawa ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi .
Sebagai contohnya , jika ahli keluarga yang lebih dewasa rajin membaca , sudah
pasti anak-anak yang terdidik dalam suasana demikian akan mencontohi
perbuatan ahli keluarga yang gemar membaca. Tokoh-tokoh pujangga pernah
menukilkan bahawa kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau ,
terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi
penawar. Pernyataan di atas jelas menunjukkan betapa besarnya peranan yang
dimainkan oleh sesebuah keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Ibu
bapa perlulah menjadi suri teladan yang boleh dicontohi anak-anak . Ibu bapalah
yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak di peringkat awal. Sekiranya corak
yang dilakar menarik dan cantik , maka akan baik dan eloklah pembentukan
akhlak anak-anak. Anak –anak yang sering mencontohi perbuatan ibu bapa yang
baik , tidak akan sesekali cuba melakukan sesuatu yang boleh menconteng arang
atau menjatuhkan maruah keluarga. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan
penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah melatih anak-anak agar saling
bekerjasama dan berkasih sayang bagi melahirkan anak-anak yang bersahsiah
mulia . Dalam hal ini , ibu bapa perlulah memberikan sepenuh kasih sayang
kepada diri anak-anak bagai menatang minyak yang penuh agar anak-anak tahu
menghargai hidup untuk saling berkasih sayang . Ibu bapa perlu meletakkan
panggilan manja untuk anak-anak seperti panggilan Kak Long atau Abang Long
bagi anak sulung dan Kak Ngah atau Abang Ngah bagi anak kedua supaya
kemesraan dan kasih sayang sesama ahli keluarga tidak luput. Budaya terima
kasih juga perlu diajarkan kepada anak-anak supaya wujud rasa penghargaan
terhadap orang lain setiap kali menerima bantuan. Ibu bapa juga hendaklah
melatih anak-anak bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara dan kerja
rumah agar anak-anak membesar dalam suasana yang saling bekerjasama .
Perbuatan seperti ini akan terbawa-bawa apabila anak-anak sudah dewasa dan
mempunyai keluarga sendiri. Jelasnya, ibu bapa yang berperanan untuk
mewujudkan kerjasama dan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga akan
dapat melahirkan warga yang bersatu-padu dan saling menghormati.
Seterusnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak cara hidup sederhana
dan bertanggungjawab . Ibu bapa harus menyediakan jadual tugasan di rumah
supaya anak-anak lebih bertanggungjawab. Anak-anak perlu diajar tentang
pengurusan diri seperti membasuh baju, menggosok pakaian dan menyimpan
baju dalam almari . Anak-anak juga perlu diajar supaya bersifat sederhana dan
bersyukur dengan apa-apa sahaja yang ada di rumah mereka . Hal ini amat
penting untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa bersyukur dengan apa yang
dimiliki . Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai kesederhanaan diri anak-anak di
rumah agar anak-anak dapat menjadi insan yang sentiasa berjimat cermat dan
tidak boros dalam berbelanja . Anak-anak yang sudah diterapkan dengan hidup
yang sederhana akan membesar sebagai seorang yang sederhana sikapnya , tidak
sombong dan tidak berlebihan dalam sesuatu perkara. Anak-anak juga melakukan
sesuatu dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hal ini
penting bagi melahirkan generasi masa depan yang berpandangan jauh. Tegasnya
, pembentukan sahsiah anak-anak yang baik dapat dilahirkan sekiranya ibu bapa
mendidik anak-anak tentang cara hidup yang sederhana dan bertanggungjawab .

Akhir sekali, ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak geri anak-
anak khususnya anak-anak yang sudah meningkat remaja. Dalam hal ini , ibu bapa
perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka serta
mengetahui latar belakang rakan sebaya anak-anak. Pergaulan anak-anak dengan
rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar terhadap masa depan anak-anak
kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala
tindakan atau kelakuannya kerana mereka mempunyai prinsip, nilai dan identiti
yang hampir sama. Ibu bapa tidak wajar memberi kebebasan yang sepenuhnya
kepada anak-anak . Hal ini demikian kerana anak-anak yang diberi kebebasan
penuh oleh ibu bapa dibimbangi akan terjebak dengan perbuatan tidak bermoral
yang boleh menconteng arang di muka keluarga . Oleh itu , ibu bapa perlulah
mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap anak-anak pada setiap masa
agar ibu bapa boleh bertindak lebih awal, bak kata pepatah , beringat sebelum
kena , berjimat sebelum habis. Ibu bapa perlulah mengambil berat dengan siapa
anak mereka berkawan atau bersahabat dan mengetahui tujuan anak keluar
rumah dan balik lewat ke rumah. Sekiranya ibu bapa bertindak awal , sudah pasti
masa hadapan anak-anak dapat diselamatkan. Jelasnya , ibu bapa perlulah
memantau serta mengawasi gerak-geri anak-anak agar dapat melahirkan anak
yang berperibadi mulia .
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa ibu
bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak .
Untuk melahirkan anak-anak yang bersahsiah baik , ibu bapa perlulah menyedari
akan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang
mulia . Setiap ahli keluarga perlulah melengkapkan diri mereka dengan
pengetahuan dan ilmu keibubapaan . Hal ini penting kerana pembentukan sahsiah
anak-anak harus bermula dengan diri keluarga itu sendiri . Ibu bapa harus
membetulkan diri mereka terlebih dahulu agar anak-anak dapat mencontohi
segala perlakuan dan keperibadian mereka kerana mereka merupakan “role
model” bagi anak-anak. Tegasnya, rumah tangga merupakan kebun yang subur
untuk melahirkan insan yang berjiwa luhur dan bersahsiah mulia. “Rumahku,
Syurgaku”
TAJUK: MELESTARI ALAM SEKITAR

Mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek
sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah
terjejas. Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara kita. Kita sebenarnya tersepit antara
keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata
peribahasa “ditelan mati mak,diluah mati bapa”. Untuk melihat isu ini dengan lebih jelas, satu
perbincangan ilmiah telah dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Sekitar Daerah Johor Bahru
sempena kempen “Sayangi Bumi Kita”

Pengerusi: Assalamualaikum kepada hadirin sekalian. Saya Profesor Nasir Ibrahim


mengucapkan selamat dating kepada semua yang ada di sini. Semuga kedatangan Tuan-tuan
dan puan-puan dalam majlis ilmu ini diberkati Allah S.W.T. Sempena kempen “Sayangi Bumi
Kita” yang sedang berlangsung di seluruh negara, Persatuan Pencinta Alam Sekitar Johor Bahru
mengambil kesempatan untuk bersama-sama membantu kerajaan memberi kesedaran kepada
orang ramai tentang kepentingan alam ini kepada kita. Visual yang ditayangkan kepada kita
sebentar tadi menunjukkan betapa hebatnya serangan pencemaran di seluruh dunia. Hal ini
amat mengerikan kerana selama ini kita semua hidup dalam sebiji “belon” yang terlalu kotor.

Oleh itu, bagi membincangkan fenomena ini dengan lebih spesifik dan bermaklumat, penganjur
telah menjemput tiga orang tokoh yang terlibat secara langsung dengan alam sekitar iaitu di
sebelah kanan saya ialah Datuk Muhammad Hafiz Ali , Pengarah Jabatan Metreolagi Malaysia.
Di sebelah kiri pula ialah Dr. Wong Xin Yi, aktivis pencinta alam yang sangat aktif di peringkat
antarabangsa. Beliau bertugas sebagai sebagai pensyarah kanan di Jabatan Pembangunan
Alam Sekitar , Universiti Sains Malaysia. Di hujung sana pula, Datuk Aisyamariam Ulza ,
Setiausaha Kerja bagi Kementerian Sains dan Alam Sekitar, Putrajaya.

Selamat datang semuanya ke majlis ini. Baiklah, semua yang berlaku mesti ada punca atau
punca-puncanya, begitu juga dengan isu ini. Terlalu banyak pendapat yang diberi tentang
pencemaran air, udara dan bunyi. Oleh itu, kita dengar pendapat Dr. Wong Xin Yi tentang
persoalan ini. Silakan Doktor.

Dr. Wong Xin Yi: Terima kasih Profesor Nasir . Sebelum saya bincangkan tentang punca-
puncanya, saya rasa lebih baik diterangklan terlebih dahulu maksud pencemaran. Pencemaran
alam sekitar membawa maksud perbuatan mencemarkan alam sekitar dengan unsur-unsur
yang kotor. Maka, sesuatu yang pada asalnya bersih dan dapat digunakan dengan baik dan
selamat telah menjadi kotor dan mendatangkan mudarat apabila digunakan.

Antara punca-punca yang diwartakan oleh sebagai penyebab pencemaran. terbahagi kepada
dua jenis iaitu ;:Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi .Pencemaran yang
disebabkan oleh faktor semulajadi ialah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah
berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan
sebagainya
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor
manusia ialah pencemaran yang dilakukan oleh manusia sama ada sengaja atau tidak sengaja .
Antaranya ialah pencemaran udara. Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang
terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan
sebagainya. Pencemaran air,contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba,
pembuangan sampah dan sebagainya Pencemaran tanah,contohnya, pemusnahan hutan akibat
pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .
Saya rujuk pencemaran akibat aktiviti manusia sebagai perbincangan. Di Malaysia, hampir 90%-
95% kawasan pedalaman telah mempunyai sistem jalan raya ;bermakna jumlah kenderaan
bermotor di negara kita telah meningkat secara keseluruhannya. Namun begitu, kenderaan
bermotor merupakan penyumbang terbesar pencemaran udara di negara kita. Rujukan saya
seterusnya ialah pencemaran laut; lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah
disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan .
dapatan ini berdasarkan kajian Persatuan Pencinta Alam, bertajuk Tumpahan Minyak Yang
Meracuni Perairan Malaysia, yang disiarkan dalam majalah Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala
Lumpur, 1995, m.s.:53-55)
Bagi pencemaran tanah pula, saya rujuk pada penerokaan hutan. Hutan memang mempunyai
nilai komersial dalam ekonomi negara. Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas
yang merupakan satu sumber penting bagi pendapatan mata wang asing . Di kawasan tropika,
rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam
perdagangan dunia. Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan,
pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat
dahsyat .

Oleh itu, jelaslah pencemaran alam sekitar banyak dilakukan oleh tangan-tangan manusia
berbanding kejadian pencemaran semula jadi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan
ribut taufan. Setakat ini sahaja pendapat saya tentang punca-punca pencemaran, saudara
pengerusi.
Pengerusi: Terima kasih Dr. Wong Xin Yi kerana memberi pandangan yang bernas. Jika teliti,
memang benar pencemaran banyak dicetuskan oleh manusia sendiri. Apabila keuntungan yang
tergambar di hadapan mata, nilai-nilai murni tidak lagi menjadi pegangan . yang menyedihkan
semua penduduk dunia merasai kesan negatifnya sedangkan yang melakukan kerosakan
hanyalah segelintir manusia. Bagi melihat sejauh mana fenomena buruk pencemaran ini, kita
tujukan permasalahan ini kepada datuk Muhammad Hafiz Ali. Silakan Datuk.
Datuk M. Hafiz Ali: Terima kasih saudara Nasir. Tentang kesan buruk pencemaran ini , saya
berpendapat semua rakyat Malaysia telah mengetahui dan menontonnya di televisyen atau
internet. Kesan yang amat dirasai sekarang akibat pencemaran udara ialah pemanasan global
yang semakin meningkat dari hari ke hari. Pemanasan global telah mengubah cuaca dan sistem
iklim dunia.Ribut taufan misalnya berlaku dengan amat kerap. Selain itu, berlakunya
pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid
. Sementara itu, pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh
sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil
melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat
beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya dalam kalangan kanak-kanak .
Seterusnya kita lihat pula kesan pencemaran air. Saya ambil bukti yang berlaku di Jepun iaitu
Teluk Minamata, Jepun. Pencemaran toksik terdapat dalam air menyebabkan simptom kebas-
kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya
berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh
keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . penyalit ini seyerusnya
dikenali sebagai penyakit Minamata .
Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut
memberi kesan kepada kehidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak
membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut .
Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk
lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut
menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh mengurang pembiakan makanan
laut . dalam jangka panjang akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan.
Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkah laku
yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kesan penggunaan sumber air yang
tersebut . Itu sahaja pendapat saya saudara pengerusi.
Pengerusi: Terima kasih Datuk. Nampaknya , kesan pencemaran ini bukanlah sekadar berlaku
di negara kita. yang tidak diselia rapi . Oleh itu,beberapa langkah perlu dikenal pasti untuk
mengatasi isu yang serius ini. Saya menjemput Datuk Aisyamariam Ulza memperkatakan
langkah-langkah yang telah , sedang dan akan diambil oleh kementeriaannya.
Datuk Aisyamariam: Terima kasih dan assalamualikum semua. Apabila disebut Kementerian
Sains & Alam Sekitar ini, yang tergambar ialah tindakan-tindakan yang pihak kementerian
lakukan.
Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah menggalakkan orang ramai menggunakan petrol
tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor. Mencari alternatif selain daripada minyak juga
adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan
alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana.
Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan
sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telahpun menemui sejenis minyak
daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan
kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia
praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita
ke arah mencapai konsep pembangunan berterusan yang perihatin terhadap persekitaran.
Di peringkat antarabangsa,buat masa ini pula, Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN telah
menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali
sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di
Jabatan Alam Sekitar . Objektif kerjasama serantau ini ialah bagi merealisasikan kerjasama
serantau untuk membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan
minyak yang tertumpah di perairan Malaysia .
Demikianlah sahaja , antara langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kita bagi menangani
isu ini.
Pengerusi: Demikianlah pandangan-pandangan daripada panel jemputan kita pada kali ini.
Semuga , segala maklumat yang diperoleh dalam malis ilmu ini memberi banyak kesedaran
kepada kita. Yang dapat disimpul ialah, pencemaran sebenarnya hasil kerja tangan-tangan
rakus sebahagian daripada kita. Sewajarnya kita sedar akan bumi ini sahajalah tempat tinggal
kita. Oleh itu sama-sama kita jaga dan pulih semula keindahan alam sekitar kita.

Anda mungkin juga menyukai