Anda di halaman 1dari 2

Masyarakat Malaysia kini mula sedar akan kepentingan

mengamalkan gaya hidup sihat dalam usaha menjaga


kesihatan diri.
Jelaskan amalan gaya hidup sihat ini.
Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan satu corak kehidupan yang
baik dalam diri seseorang itu. Antara contoh gaya hidup sihat ini meliputi aspek
pemakanan yang betul dan mengamalkan senaman yang berkala. Media massa telah
banyak kali menyiarkan berita tentang gaya hidup sihat ini kerana sudah ada kajian
yang menyatakan bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia semakin
bertambah. Jelaslah, ada banyak gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh
masyarakat Malaysia.

Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani satu kehidupan
yang sihat. Rakyat telah banyak kali diingatkan bahawa mereka hendaklah
mengambil diet yang betul terutama mengutamakan sayur-sayuran dan
buah-buahan dalam diet mereka itu. Pemakanan yang seimbang memastikan tubuh
badan menerima semua khasiat yang diperlukan untuk menangkis kehidupan zaman
moden yang penuh dengan masalah ini. Jadi, diet yang baik menjadikan kehidupan
seseorang manusia itu lebih sihat untuk jangka masa yang panjang.

Selain itu, pemeriksaan doktor yang berkala untuk menjamin satu kehidupan yang
sihat. Langkah ini baik untuk diamalkan agar pemeriksaan yang dijalankan oleh
pihak doktor itu mampu untuk mengesan sebarang simpton awal penyakit yang
boleh mengancam nyawa manusia pula. Kejayaan mengesan penyakit berbahaya
pada peringkat awal memastikan cara pencegahan dan rawatan yang terperinci
mendatangkan impak yang positif kepada kesihatan seseorang itu. Sesungguhnya,
sikap suka bertemu dengan doktor menjadi satu ciri utama untuk menjalani
kehidupan yang sihat.

Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi senaman yang
berjadual juga memainkan peranan utama dalam kehidupan yang sihat. Senaman
setiap pagi atau petting menjamin peluh keluar daripada badan dengan banyaknya.
Keadaan ini menyebabkan semua toksik badan keluar dan tekanan stres yang dialami
terus dapat dihilangkan jua. Oleh itu, senaman menjadi aktiviti yang paling baik
untuk memiliki satu gaya hidup yang baik buat manusia.

Malah, rehat yang cukup juga memainkan peranan penting dalam gaya hidup yang
sihat ini. Manusia perlulah berehat antara 6-8 jam sehari dengan tidur yang
berkualiti dan juga kaedah rehat yang lainnya. Manusia memerlukan rehat kerana
ketika rehat inilah seluruh sistem badan manusia akan mampu memulihkan
tenaganya untuk meneruskan kehidupan pada esok harinya. Jadi, rehat yang
meliputi tindakan yang berbeza daripada kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang
itu boleh memberi pemulihan tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia.
Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif jika manusia ingin memiliki gaya hidup
yang sihat ini. Pemikiran positif ini penting kerana kehidupan zaman modern begitu
banyak tekanan baik di pejabat dan juga di rumah bersama-sama alam kebendaan
yang begitu ketara itu. Mereka yang memahami diri sendiri dan melihat sesuatu
peristiwa itu dengan persepsi yang positif sudah pasti akan mampu menerima
cabaran hidup dengan lebih matang lagi rasional. Sesungguhnya, minda yang positif
sahaja mampu mengatasi tekanan kehidupan moden yang begitu mendesak ini.

Kesimpulannya, semua langkah tadi membuktikan satu gay a hidup yang sihat boleh
dicapai oleh manusia. Kerjasama semua amat diperlukan terutama kesedaran diri
sendiri agar kesihatan menjadi keutamaan dalam hidup semua pihak. Kegagalan
untuk bertindak dengan segera bakal menyaksikan masyarakat kita searing dilanda
penyakit demi penyakit yang boleh membawa impak buruk pula. Slogan badan
cergas otak cerdas membuktikan betapa pentingnya aspek kesihatan dalam diri
manusia yang ingin sejahtera kehidupannya.

Anda mungkin juga menyukai