Anda di halaman 1dari 2

Baca cerita ini dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

Izhar menuntun basikalnya perlahan-lahan lalu menyandarkannya pada tiang rumahnya. Dia berasa serba salah untuk berhadapan dengan ibunya. Waktu itu, ibunya sedang menyidai pakaian di ampaian. Malunya aku hendak memberikan kad kemajuan ini untuk ditandatangani oleh ibu, bisik Izhar sambil merenung ke arah sebuah busut di bawah rumahnya. Wah, hebatnya anai-anai itu! Setahu aku, ayah telah mencangkul busut itu minggu lepas. Izhar terpukau oleh kerajinan anai-anai yang tidak mengenal erti mengalah. Dugaan yang dihadapi dapat diatasi oleh anai-anai itu. Kerja-kerja membina busut itu tetap dilakukan. Busut itu tentunya sekecil bola beberapa hari yang lepas. Hari ini, busut itu telah meninggi setinggi baldi merah ibu, bisik Izhar lagi. Izhar pun terus mengingat kembali keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang diperolehnya tadi. Impiannya untuk mendapat 5A dalam peperiksaan berkecai. Jangan bimbang, ayah, ibu. Saya pasti akan berjaya mengharumkan nama sekolah. Sekolah saya juga terkenal sebagai Sekolah Harapan Negara. Lagipun saya seorang murid yang dikagumi di sekolah itu. Kata -kata itu diingatinya kembali selepas ayah dan ibunya berleter kerana dia tidak mengulangkaji pelajaran. Aku kesal dengan kata-kataku tempoh hari. Selama ini aku rasakan akulah yang terbaik dalam kalangan rakanku. Aduh, pedihnya rasa hatiku ini! Aku malu hendak berjumpa dengan mereka, bisiknya lagi. Izhar, apakah yang kamu buat di tepi rumah itu? Pergilah naik. Ibu telah menyediakan makanan di dapur. Makan ya, nak! tegur ibunya. Baiklah, ibu, kata Izhar. Semasa hendak makan, Izhar termenung lagi. Kali ini dia teringat-ingat akan kehebatannya dalam bidang sukan di sekolah. Semua guru memujinya dan mereka sering menasihatinya agar berusaha bersungguh-sungguh, tetapi dia masih bersikap sambalewa. Perbuatan Izhar akhirnya memakan diri. Dia benar-benar menyesal. Cita-cita ibu dan ayah hendak melihatnya memasuki sekolah berasrama penuh mungkin punah. Mulai hari ini, aku berjanji akan berusaha seperti anai -anai itu dan tidak akan mengalah sama sekali. Aku akan memastikan hasrat ayah dan ibu tercapai,bisik Izhar.

Cari perkataan yang tersembunyi dan tulis 5 ayat majmuk berdasarkan perkataan tersebut.

B G U N U N G G M N A N G R S

Q E Q A Z X S O R F V B G G T

T A B P L T N K A S U K U S E

U S P N K O U J M N H N Y T S

G D O S A G A S F T D Q W R E

A F I E V A O H G A J Q M T N

S G L D T T K E S E N I A N N

A H Y G K Y O A O Y L D B N M

N J T T J D U A T H U V A G K

E K R W G L A Y A S G K A N G

R L E Q A Q W E E F K A T Y L

H Y W N A K J H S U F P P Z H

U U A A S D F G J J N B R A Q

I I T G B N T U H J K M N E H

K A N A N H R A T U S H Y T P

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Monorel Stesen Perpustakaan Kesenian Rujukan Tugasan

Anda mungkin juga menyukai