Anda di halaman 1dari 16

raja melayu yang terakhir memerintah di Singapura adalah bernama raja Iskandar Shah

Dari Sening Ujong, baginda dan para pengikutnya berjalan lagi hingga tiba di tepi pantai berdekatan dengan sebuah sungai yang bernama tempat itu ialah Sungai Bertam lalu mereka sekali lagi ingin mencuba membuka negeri di situ yang akhirnya dikenali dengan Melaka

Sulalatus Salatin

Raja Iskandar Syah serta pengikutpengikutnya terpaksa berundur meninggalkan Singapura

Setelah Raja Iskandar Shah meninggalkan daerah Muar, baginda pergi pula menuju ke Sening Ujong atau dikenali dengan nama Sungai Ujung, namun ia hanya tempat perhentian untuk disinggahi buat sementara sahaja

baginda telah menuju ke Muar dengan mengikut Jalan Selitar. Di daerah Muar, baginda telah mencuba untuk membuka petempatan untuk mendirikan sebuah kerajaan tetapi lokasinya tidak sesuai dan sukar dibangunkan.

Hampir semua riwayat-riwayat Cina telah menyatakan bahawa raja Melayu yang paling awal memerintah di Melaka itu ialah Pa-li-su-la atau Pai-li-mi-su-la. Raja Melaka yang pertama ini iaitu palisula atau pailimisula telah mangkat pada awal tahun 1414. Oleh itu, dalam sumber cina ini telah pun ditetapkan bahawa raja melaka yang pertama ini telah pun berkerajaan dari Singapura lagi hingga ke melaka dengan mengambil masa selama dua puluh lima tahun dan akhirnya mangkat di Melaka pada tahun 1414 dengan berpandukan kronologi seperti berikut:

Pada mulanya Palisula telah mendirikan kerajaan di Singapura selama tiga tahun sahaja iaitu bermula dari tahun 1389 sehinggalah 1392. Kemudiannya raja ini terpaksa hidup dalam pelarian selama dua tahun iaitu tahun 1392 hingga 1394 di daerah Muar. Akhirnya Palisula ini telah berjaya mendirikan kerajaan yang tetap di Melaka selama dua puluh tahun yang bermula tahun 1394 hingga menjelang tahun 1414 sebelum baginda mangkat pada tahun itu.

Ming-Shih menyatakan bahawa waris Parameswara iaitu Raja Iskandar Shah melaporkan kemangkatan Parameswara kepada Maharaja Yung-lo pada 5 Oktober 1414. tetapi Sir Richard Winstedt menegaskan bahawa Parameswara masih hidup dalam tahun 1414. Parameswara dikatakan menukarkan namanya kepada Raja Iskandar Syah setelah memeluk agama Islam. Ini mengelirukan orang Cina yang menyangka bahawa mereka sedang berurusan dengan seorang raja yang baru. Menurut Sir Richard pengasas Melaka hanya mangkat pada tahun 1424 yang mana waktu ini kerajaan Ming merekodkan kemangkatan seorang raja Melaka yang tidak diketahui namanya. Raja ini diganti oleh Raja Sri Maharaja.

Kenyataan ini selaras dengan pemerintahan Raja Iskandar Syah yang bermula dari tahun 1404 pada masa duta Ming yang bernama Yin Ching mengadap raja Iskandar Shah dan berakhir kepada kira-kira pada tahun 1424.

Pemerintah raja Iskandar yang dikatakan bermula di Singapura adalah dongeng yang direka oleh para sejarahwan barat untuk menggantikan pemerintahan Raja Iskandar yang bermula di Palembang. Oleh yang demikian, kenyataan ini selaras dengan kenyataan Pires bahawa pengasas negeri Melaka berasal dari Palembang. Raja Iskandar mangkat dalam tahun 1413-1414 yang mana pemerintahan beliau yang dianggap oleh kebanyakan sejarahwan selama 25 tahun tentu bermula dari Palembang dalam tahun 1389 hingga 1390 dan kemudian bersambung di Singapura ketika tahun keempat pemerintahannya yang bersamaan dengan tahun 1392 hingga 1393.

Kini suatu kronologi sementara tentang pemerintahan Raja Iskandar dapat disusun semula dengan berdasarkan tahun pemerintahan salahsilah dan sumber-sumbernya: 1389-1390 1391-1392 tiga tahun memerintah di Palembang 1392-1393 - 1397-1398 enam tahun memerintah di Singapura 1398-1399 - 1399-1400 dalam perjalanan ke Melaka 1400-1401 - 1413-1414 empat belas tahun memerintah di Melaka dan mangkat dalam tahun pemerintahannya yang kedua puluh lima. Kronologi tersebut merupakan kronologi sementara sahaja kerana terdapat ketidakpastian tentang tarikh sebenar kemangkatan raja iskandar iaitu sama ada dalam tahun 1413 ataupun 1414.

1. 2. 3.

4.

Nyatalah Raja Iskandar Shah merupakan seorang raja yang istimewa. Beliau telah memiliki reputasi dan kuasa kepimpinan serta berjaya memimpin orang Melayu melalui satu dekad yang amat sukar. Ketepatan kronologi pemerintah raja Iskandar shah yang disesuaikan oleh sejarahwan tidak seharusnya menimbulkan sebarang persoalan

Keterangan Pires tentang Iskandar Shah lebih realistik dan dramatik. Kisah Permaisura atau Iskandar Shah adalah raja Melayu yang akhir memerintah Singapura di mana keterangannya boleh dilihat dalam pertikan seperti:

...permaisura atau Iskandar shah tetap dipercayai putera kepada raja Singapura yang keempat dengan gelaran Paduka Seri Maharaja. Apabila Paduka Seri Maharaja mangkat, dijangka lebih kurang pada tahun 1389 digantikan oleh puteranya jadi raja Singapura kelima yang dipercayai bernama Permaisura seperti nama yang disebutkan dalam riwayat-riwayat Cina dan Portugis seperti Palisula, Pailimisula, Parameswara atau Permaisura...

Demikianlah kisahnya negeri Melaka itu mula dibuka oleh pengasasnya yang bernama Permaisura atau Raja Iskandar Shah dan pemberian nama Melaka itu ada disebut dalam hikayat Sejarah Melayu. Dalam hikayat Sejarah Melayu di cetera yang kesebelas telah menyebut bahawa: ...maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka: terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu. Maka oleh segala orang Arab dinamainya Malakat, ertinya perhimpunan segala dagang kerana banyak jenis dagangan ada di sana...

Dengan merujuk pelbagai pendapat daripada sejarahwan, dapatlah kita rumuskan walaupun mereka mengemukakan pelbagai nama atau gelaran, ia tetap merujuk kepada orang yang sama iaitu Parameswara (sebelum memeluk Islam) dan bertukar menjadi Iskandar Shah setelah memeluk Islam.

Anda mungkin juga menyukai