Anda di halaman 1dari 15

BACAAN EKSTENSIF

AIMAN FARID BIN BAHARUDIN MOHD IZZAT BIN KAMARUDDIN MOHAMAD FARISAN BIN AZIZ HAZMAN FARIS BIN MOHD SUKRI

KONSEP
Kegiatan membaca yang dilakukan oleh murid-murid di luar kelas secara bersendirian dan sukarela tanpa bimbingan guru. Mengandaikan murid-murid tidak menghadapi masalah dan kesukaran bahasa dan dapat membaca dengan perasaan seronok, puas dan terhibur. Bahan bacaan mesti meluas. Bahan bacaan mestilah pelbagai termasuk bahan elektronik seperti televisyen, internet dan sebagainya.

TUJUAN BACAAN EKSTENSIF


Membolehkan murid-murid membaca secara bebas dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung. Membolehkan murid-murid membaca dengan fasih dalam bahasa yang mereka pelajari, dalam konteks ini bahasa Malaysia. Membolehkan mereka mendapatkan ilmu pengetahuan di samping menenangkan dan menghiburkan hati.

Meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dari segi perbendaharaan kata, struktur ayat dan semua aspek bahasa Malaysia. Membina daya fikir dan membentuk sikap yang positif dalam kalangan mereka. Meningkatkan minat membaca dan menjadikan amalan membaca sebagai sebahagian daripada budaya hidup. Meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif dalam penggunaan bahasa baik dalam bentuk prosa dan puisi.

CERITA PENDEK

CERITA PENDEK (BUJANG TERBOYOI)

Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi. Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana. Sultan menitahkan dia dibuang ke dalam hutan. Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan Mereka mendaki tujuh gunung. Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya.

Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersamasama saya. Pergilah emak pulang. Doakanlah saya. Maafkanlah saya, katanya Si ibu amat terharu tetapi apalah dayanya Anak kecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi pemuda yang gagah dan tampan. Pada suatu malam, Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua ibu bapanya amat merindukannya. Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam perjalanan, dia berjumpa bermacammacam binatang. Singa, gajah dan ular menghalang perjalanannya. Namun semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi. Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.

Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan musuh. Gajah mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya sebentuk cincin sakti. Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang melihatnya hairan. Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera dari manakah gerangannya? Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan permohonannya . Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi.

Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik kasihan melihat mereka, kata Bujang Terboyoi. Dia menunjuk kea rah sepasang suami isteri,pekerja istana. Silakanlah, beta tiada halangan, titah sultan. Bujang Terboyoi membawa mereka ke air terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang indah-indah. Dia member mereka makan makanan yang lazat-lazat. Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat. Dengan segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.

Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya ibu dan ayah, kata Bujang Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat gembira. Mereka menangis kegembiraan. Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan mangkat, Bujang Terboyoi di tabalkan menjadi raja.

KERBAU BALAR

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang. "Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu. Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.

Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah. Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi.

Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , keduadua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih. Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi.

Anda mungkin juga menyukai