Anda di halaman 1dari 2

BUJANG TERBOYOI

Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja
melahirkan seorang anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi.
Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana. Sultan
menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.

       Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan Mereka mendaki
tujuh gunung. Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya.
       “Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah
emak pulang. Doakanlah saya. Maafkanlah saya,” katanya Si ibu amat terharu
tetapi apalah dayanya Anak ecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang Terboyoi
membesar di dalam hutan. Dia menjadi pemuda yang gagah dan tampan. Pada
suatu malam, Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua ibu bapanya amat
merindukannya.

        Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam


perjalanan, dia berjumpa bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular
menghalang perjalanannya. Namun semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi.
Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.

        Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan


musuh. Gajah mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula
menghadiahkannya sebentuk cincin sakti.
        Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang
melihatnya hairan. Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera
dari manakah gerangannya?

        Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan


permohonannya . Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi.
       “Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik
kasihan  melihat mereka,” kata Bujang Terboyoi. Dia menunjuk kea rah
sepasang suami isteri,pekerja istana.
      “Silakanlah, beta tiada halangan,” titah sultan. Bujang Terboyoi membawa
mereka ke air terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang
indah-indah. Dia member mereka makan makanan yang lazat-lazat. Kemudian,
bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah
istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat. Dengan
segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.

       “Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya
ibu dan ayah,” kata Bujang Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya
amat gembira. Mereka menangis kegembiraan.
       Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan
mangkat, Bujang Terboyoi di tabalkan menjadi raja.

Anda mungkin juga menyukai