Anda di halaman 1dari 2

BUJANG TERBOYOI

Penulis : Noorisah binti kamarudin

Penerbit : Aneka publication & distributors sdn.bhd

Bilangan M/S : 15

Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja

melahirkan seorang anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi.

Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana. Sultan

menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.

Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan. Mereka mendaki

tujuh gunung. Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya.

Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah

emak pulang. Doakanlah saya. Maafkanlah saya, katanya Si ibu amat terharu

tetapi apalah dayanya Anak kecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang Terboyoi

membesar di dalam hutan. Dia menjadi pemuda yang gagah dan tampan. Pada

suatu malam, Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua ibu bapanya amat

merindukannya.

Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam

perjalanan, dia berjumpa bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular

menghalang perjalanannya. Namun semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi.

Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.

Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan

musuh. Gajah mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya

sebentuk cincin sakti.

Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang

melihatnya hairan. Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera

dari manakah gerangannya?

1
Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan

permohonannya . Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi.

Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik kasihan melihat

mereka, kata Bujang Terboyoi. Dia menunjuk ke arah sepasang suami

isteri,pekerja istana.

Silakanlah, beta tiada halangan, titah sultan. Bujang Terboyoi membawa

mereka ke air terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang

indah-indah. Dia memberi mereka makan makanan yang lazat-lazat. Kemudian,

bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah

istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat. Dengan

segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.

Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya ibu

dan ayah, kata Bujang Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat

gembira. Mereka menangis kegembiraan.

Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan

mangkat, Bujang Terboyoi di tabalkan menjadi raja.

Anda mungkin juga menyukai