Anda di halaman 1dari 2

Tema: Budaya Membaca

Faedah-faedah Membaca
Buku Kepada Pelajar

Isi 2 Dari mata kaca yang lain, buku memainkan peranan yang
penting sebagai sumber inspirasi dan motivasi kepada pelajar.
Mengapa Hal ini disebabkan kerana terdapat majoriti daripada bahan
bacaan ekstrakurikuler mencerita tentang kisah dan
pengalaman seseorang individu yang berjaya dalam kerjayanya.
Bagaimana Dengan membuat demikian, pelajar dapat menimba
iktibar-iktibar yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut dan
mengaplikasikannya dalam pembelajaran untuk mencapai
impian diri-sendiri.
Kesan Akibatnya, proses pemikiran kita akan menjadi lebih matang dan
ia akan mendorong kita untuk membuat keputusan yang betul.
Ungkapan Persis kata mutiara, “jauh berjalan luas pengalaman, banyak
membaca luas pengetahuan”.
Penegasan Izharlah bahawa membaca buku dapat membantu pelajar untuk
membentuk jati diri.

Isi 3 Pada masa yang sama, membaca buku juga dapat mengisi
masa lapang pelajar.
Mengapa Buku rujukan yang kaya dengan pengetahuan selalu menarik
perhatian pelajar, khasnya pelajar yang sedang menduduki
peperiksaan.
Bagaimana Oleh itu, pelajar tidak mudah terpengaruh dalam media sosial
atau terlibat dalam pelbagai jenis kes jenayah. Misalnya
merokok, berjudi, mencuri dan sebagainya.
Kesan Impaknya, kita akan menjadi lebih berdisiplin dan berintelektual
berbanding dengan diri kita yang dahulu.
Ungkapan Bak kata orang tua-tua, “membaca jambatan ilmu”.
Penegasan Pendek kata, pelajar amat digalakkan menjadikan aktiviti
membaca buku sebagai satu tabiat harian.
Isi 4 Meninjau dari skop yang lebih luas, pelajar dapat meningkatkan
pencapaian bahasa dengan membaca buku novel.
Mengapa Apabila kita membaca buku, tidak dapat dinafikan bahawa
terdapat beberapa kosa kata yang kita tidak fahami maknanya.
Oleh itu, kita akan sudi mencari definisi perkataan tersebut
supaya dapat memahami cerita dengan lebih lanjut.
Bagaimana Pada zaman ini yang berkembang maju dengan alat-alat
teknologi, kita dapat mencari definisi sesuatu perkataan dengan
mudah. Tamsilnya melalui Internet atau kamus digital.
Kesan Sehubungan dengan itu, kita dapat menguasai bahasa tersebut
dengan menambah perbendaharaan kata kita. Tambahan pula,
kefasihan bertutur dalam bahasa Melayu juga akan
membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia.
Ungkapan Persis kata peribahasa, “orang yang tidak membaca umpama
katak di bawah tempurung”.
Penegasan Ringkasnya, kita haruslah meningkatkan pencapaian bahasa
kita jika ingin memajukan diri.

Anda mungkin juga menyukai