Anda di halaman 1dari 1

Nama: Lim Jia Xuan @ Jessie Tajuk Nombor 2 Kategori D

Teknologi memudahkan kehidupan kebanyakan orang pada era moden ini. Dengan Teknologi tersebut,
membaca telah menjadi fokus kesukaan para pemuda kerana kini, mendapat bahan bacaan menjadi
lebih senang. Walaubagaimanapun bahan-bahan bacaan fizikal seperti surat khabar, buku-buku dan
majalah masih mendapat kegemaran kebanyakan orang. Dengan ini, kita dapat lihat betapa pentingnya
amalan membaca dalam kehidupan kita.

Salah satu kebaikan membaca ialah dengan membaca, kita dapat menambah ilmu pengetahuan
kita dalam pelbagai aspek. Apabila kita membaca kita dapat menambahkan kebolehan menulis kita dan
menguatkan tatabahasa kita. Selain itu, informasi yang terdapat apabila kita membaca juga dapat
digunakan dalam kehidupan seharian kita. Lebih-lebih lagi, kita dapat mengenali diri dengan khabar-
khabar dan situasi gua dengan membaca surat khabar. Justeru, kita perlulah membaca pelbagai bahan
bacaan untuk mengelakkan diri daripada menjadi katak di bawah tempurung.

Bersangkutan dengan hal itu, membaca dapat membantu kita mempelajari dan menguatkan
kefasihan dalam sesuatu bahasa. Kita boleh membaca buku-buku dalam bahasa lain dan mencari
maksud perkataan perkataan yang tidak difahami. Dengan cara ini, kita dapat mengenali struktur ayat
dalam bahasa tersebut dan menambahkan kosa kata kita. Contohnya, jika kita mengingati 10 kosa kata
sehari dan membina ayat dengan kosa kata tersebut, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit dan kita
akandapat menghafalkan dan mengenangkan bahasa itu dengan cepat.

Selain itu, membaca juga dapat menjadi hobi kita untuk mengisi masa lapang. Ini sangat
berfaedah untuk para remaja dan kanak-kanak yang mudah untuk terpengaruh dengan perkara yang
buruk. Dengan mengisi masa lapang dengan hobi yang berfaedah, ia dapat mengelakkan diri daripada
perkara buruk seperti merokok, menghisap dadah, melepak dan vandalisme. Oleh itu, kita haruslah
menjadikan amalan baik ini sebagai tabiat sebelum nasi menjadi bubur.

Di samping itu, membaca juga dapat menjalinkan masa depan kita. Dengan membaca, kita dapat
informasi yang tidak didapati dalam kelas. Ini akan menyenangkan kita apabila menaikkan pelajaran ke
menara gading. Ini di sebabkan informasi luar darjah yang diperoleh dapat digunakan di dalam
kehidupan universiti kita. Oleh itu, kita perlulah membaca seperti lebah menghimpun maduuntuk
menambahkan kebolehan kita dan memanfaatkan diri sendiri dengan informasi tersebut.

Kesimpulannya, membaca ialah amalan yang mempunyai banyak kebaikan. Oleh itu, kita
haruslah menanam tabiat baik ini sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saya
harap membaca akan menjadi hobi yang lebih popular kepada semua orang, terutamanya golongan
kanak-kanak dan remaja.

Anda mungkin juga menyukai