Anda di halaman 1dari 1

BACAAN DOA MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ALHAMDULILLAHIRABBIL ALAMIN WASSALATU WASSALAMU ALA


ASYRAFILANBIYA IWAL MURSALIN WAALA ALIHI WAASHABIHI AJMAIN

Kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu.
Semoga dengan rahmat itu, Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau
perkukuhkan ikatan kami, Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.
Kami bersyukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menjayakan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Tahun 2019 pada hari ini.

Ya Allah, Ya Hafiizu, Ya Syaafi,

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan barisan pemimpin kami akan


menjadi pemimpin yang bertanggungjawab ,mempunyai keyakinan diri yang tinggi,
ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang
tercinta ini. Sekaligus menjadi pemimpin yang cemerlang, terbilang , pemimpin
yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan
organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pemimpin yang berketrampilan
dan berwibawa.

Ya ‘Azizi Ya Latif , Ya Kaafi ,


Kami hamba-Mu yang lemah ini ingin memohon restu dan rahmat-MuYa Allah, agar
diperkukuhkan ikatan, perpaduan dan kerjasama antara kami,dan bantulah kami
dengan anugerah kekuatan dan semangat yang tinggi, agar mampu kami galas
tanggungjawab yang berat ini dengan penuh amanah dan bermotivasi, ke arah
membentuk generasi muda kami, menjadi generasi yang hebat dan cemerlang dari
segi akademik dan sahsiah diri, rohani dan jasmani
WASOLLALLAHU ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMADIN WA’ALA ALIHI WASOHBIHI
WASALLAM WALHAMDULILLAHIROBBIL’ALAMIN

Anda mungkin juga menyukai