Anda di halaman 1dari 2

DOA PENUTUP MTAQ FESTIVAL NASYID, BERZANJI DAN MARHABAN,

KOMPANG DAN SELAWAT


AUZUBILLAHHIMINASYAITANIRRAJIM, BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM,
ALHAMDULILLAH

HI

RABBIL

ALAMIN

WAL

AQIBATU

LILMUTTAQIN,

WASSOLATUWASSALAM ALA SAIDINA MUHAMMMAD WAALA ALIHI WA


ASHABIHI AJMAIN
ALLUMMAGHFIRLANA ZUNUBANA WALI IHWANINALLAZINA SABAQUNA BIL
IMAN WALA TAJAL FI QULUBINA GHILAN LILLAZINA AMANURABBANA
INNAKA RAUFUN RAHIM
YA ALLAH YA KARIM YA WADUD
Kami

memanjatkan

kesyukuran

kepadaMU

kerana

mengizinkan

kami

untuk

mengadakan majlis penutup Festival Nasyid, Berzanji dan Marhaban serta Kompang
dan Selawat peringkat sekolah sekolah Negeri Sembilan tahun 2015.
Kami memohon kepadaMu agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan kasih
sayangMU semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat
keredhaan dan hidayahMU. Tidak lupa juga kepada guru guru pembimbing yang
telah menyumbang khidmat bakti mereka kepada anak anak didik mereka yang
mewakili setiap daerah di Negeri Sembilan agar mendapat kecemerlangan dan
kerjasama yang berkekalan
Di saat ini juga, kami menadah tangan kehambaan mengharapkan ihsanMU agar
Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai, sama ada
dalam bidang akademik mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah insan dan
seterusnya kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam
pelbagai bidang pada masa-masa akan datang
YA ALLAH YA GHONIUN YA HAMID
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini
sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini serta jadikanlah
mereka juga senantiasa berusaha untuk meningkatkan potensi dan prestasi dalam
bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur.
Kami juga memohon kepadaMU Ya Allah agar majlis pada hari ini akan menjadi
dorongan dan galakan kepada pelajar-pelajar lain agar mereka sama-sama
berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang,gemilang dan terbilang di
peringkat daerah, negeri, kebangsaan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

YA ALLAH YA MUALIFALQULUB
Majukanlah insaniah kami dan majukanlah negara kami serta jauhkanlah kami dari
sebarang jenayah dan gejala sosial yang memudaratkan kesejahteraan negara
kami. Berikanlah peluang kepada kami untuk berbakti kepada MU melalui ibadah
dan sujud kami yang berterusan sehingga akhir hayat.
ALLAHUMMAHTIMLANA BIHUSNILKHOTIMAH WALA TAHTIM ALAINA YA
ALLAH BI SU ILKHOTIMAH
ALLUMMAJAL JAM ANA

HAZA JAM AN MARHUMA WATAFARRUQONA MIM

BADIHI

TAFARRUQOMMASUMA,

MAANA

WALA

MAN

YATBAUNA

WALA

TAJALILAHUMMA

SHAQIAN

WALA

FINA

WALA

MATRUDAN

WALA

MAHRUMA
ROBBANA LA TUA HIZNA INNASI NA AU AH TONA, RABBANA WALA TAHMIL
ALAINA ISRAN KAMA HAMALTAHU ALALLAZI NAMINQOBLINA, RABBANA
WALA TUHAMMILNA MALA TO QOTALANA BIH, WAFUANNA WAGHFIRLANA
WARHAMNA, ANTA MAULANA FANSURNA ALAL QOUMILKAFIRIN.
ROBBANA ALAIKA TAWAKKALNA WAILAIKA ANAB NA WAILAIKALMASIR
RABBANA ATINA FIDDUNYA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINA
AZABANNAR
WASALLALLAHU ALA SAIDINA MUHAMMAD WAALA ALIHI WA ASHABIHI
WASSALIM,
SUBHANAKA

ROBBIL

IZZATI

AMMA

YASIFUN,

MURSALINA WALHAMDULILLAHI RABBILALAMIN

PENYEDIAAN TEKS DOA PENUTUP


Mohd Shahnaz bin Mohd Nor
SMK KG Baru Sirusa, Port Dickson

WASSALAMUN

ALAL

Anda mungkin juga menyukai