Anda di halaman 1dari 26

1.

0 Pendahuluan

Graduan yang kompeten tentu sekali lahir dari kurikulum yang kompeten
kerana ia merupakan wadah dalam menjana paradigm dan memainkan peranan
penting dalam melahirkan insan dinamik dalam kehidupan.

Untuk menentukan sesuatu kurikulum itu memenuhi spesifikiasi tersebut,


mencakupi segenap aspek serta graduannya nanti akan mendapat tempat dalam
segenap bidang. Mereka juga diterima baik oleh majikan tentu sekali harus digubal
sebaik mungkin dan melalui proses penilaian dan perubahan dari semasa ke semasa.
Aspek-aspek

yang dinilai itu meliputi rekabentuk yang mencakupi cara ia

dikonsepsikan,

matlamat,

objektif,

kandungan,

struktur,

cara

penyampaian,

pentaksiran dan penilaian dan lain-lain yang disusun atur bagi menghasilkan satu
instruksi yang kekal relevan dan holistik.

Kertas ini akan menganalisis kurikulum di dua institusi yang menjalankan


program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Islam iaitu Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah) di
Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Pendidikan Islam/Pendidikan Al-Quran) di Universiti Malaya. Bagi Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah),
Institut Pendidikan Guru Malaysia, selain dari analisis dokumen yang dikeluarkan,
analisis temubbual, pemerhatian dan seumpamanya adalah dibuat di Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (Pendidikan Islam/Pendidikan Al-Quran)

di Universiti Malaya,

analisisnya juga berdasarkan dokumen serta beberapa temubual yang dijalankan di


Negeri Kelantan.

2.0 Latar Belakang Program

Sebelum tinjauan terhadap inovasi kurikulum dan pelaksanaannya dibincangkan,


latar belakang bagi kedua-dua institusi yang dipilih ini perlu ditinjau terlebih dahulu agar
gambaran dan kefahaman mengenainya akan lebih jelas. Latar belakang bagi kedua-dua
institusi ini adalah seperti berikut :

2.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan


Islam Pendidikan Rendah), Institut Pendidikan Guru Malaysia

Program

Ijazah

Sarjana

Muda

Perguruan

Dengan

Kepujian

(Pendidikan Islam Pendidikan Rendah) Institut Pendidikan Guru Malaysia


dijalankan di beberapa kampus cawangan termasuk di Kampus Kota Bharu.
Bekas Ketua Program bagi program ini, Tuan Othman b. Tuan Yaacob
mengatakan bahawa program ijazah ini memulakan pengambilan pelajar
sulungnya pada bulan Januari 2008 dan berjaya melahirkan graduan pada akhir
tahun 2011 bersama-sama dengan pelajar dari opsyen Sains Pendidikan Rendah,
Bahasa Melayu Pendidikan Rendah dan Matematik Pendidikan Rendah di
beberapa buah kampus cawangan. Empat opsyen ini merupakan kumpulan
pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan rendah yang memperolehi akreditasi
penuh dari Malaysian Qualifications Agency (MQA). Bagi Dr. Khair Mohd Yusof,
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kemeterian Pendidikan, kejayaan ini
merupakan satu kejayaan melakar sejarah baru bagi 27 kampus IPG seluruh
Malaysia.(Bahagian Pendidikan Guru 2010)

Kini, bersama-sama dengan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan


Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah) ini, terdapat 14 lagi programprogram Ijazah Sarjana Muda yang lain ditawarkan oleh IPGM di 27 buah IPG
kampus seperti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani Pendidikan
Rendah, Pendidikan Bahasa Arab Pendidikan Rendah, Pendidikan Bahasa Cina
2

Pendidikan Rendah, Pendidikan Bahasa Tamil Pendidikan Rendah, Pengajian


Sosial Pendidikan Rendah, Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah, Pendidikan
Seni Visual pendidikan rendah dan sebagainya. (Bahagian Pendidikan Guru 2010).
Sehingga ini tiada lagi pelajar luar Negara ditawarkan untuk mengikuti program
ini.

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang
berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan ketrampilan
profesionalisme selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru.

2.2 Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Malaya.

Program ini merupakan salah satu dari berbagai-bagi program ijazah


dasar yang ditawarkan di Universiti Malaya. Ia memulakan pengambilan pelajar
pada tahun 1982. Ia dijalankan oleh Bahagian Pengajian Bersama, Akademi
Pengajian Islam dan kerjasama Fakulti Pendidikan di mana kakitangan akademik
yang ditugaskan adalah dari kedua-dua institusi tersebut. (Bahagian Ijazah Dasar
APIUM, 2013). Program ini ditawarkan kepada pelajar Malaysia dan pelajar luar
Negara dengan sedikit perbezaan kurikulumnya.

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sepertimana yang ada pada hari ini
merupakan gabungan antara Jabatan Pengajian Islam dan Akademi Islam.
Sebelum ini kedua-dua institusi tersebut merupakan institusi yang tersendiri dalam
Universiti Malaya.

Jabatan Pengajian Islam ditubuhkan pada tahun 1959 hasil dari hubungan yang
formal antara Kolej Islam Malaya pada waktu itu dan Universiti Malaya. Sejak
dari waktu itu Majlis Kolej Islam berfungsi sebagai penguasa eksekutif kepada
jabatan berkenaan, manakala Senat Universiti Malaya pula mengawasi segala
yang berhubung dengan hal-hal akademik.

Apabila Majlis Kolej Islam Malaya dibubarkan pada tahun 1970, Jabatan
Pengajian

Islam telah diletakkan di bawah bidangkuasa Majlis dan Senat

Universiti Malaya. Selama tempoh tersebut sehingga ia bergabung dengan


Akademi Pengajian Islam pada bulan April 1996, jabatan ini merupakan sebuah
jabatan di bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.
Akademi Islam pula ditubuhkan pada tahun 1981 hasil pengambilalihan Yayasan
Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) yang telah ditubuhkan pada tahun
1965.

Ia mengandungi dua buah fakulti, iaitu Fakulti Syariah dan Fakulti

Usuluddin, satu program ijazah, iaitu program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Islam, dan satu program matrikulasi, iaitu Pra Akademi Islam.
Pada tahun 1996, Akademi terus berkembang dengan penubuhan 9 buah Jabatan
dan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagian Pengajian Syariah yang
mengandungi Jabatan Fiqh dan Usul serta Jabatan Syariah dan Undang-undang.
Bahagian Pengajian Usuluddin pula terdiri dari Jabatan Akidah dan Pemikiran
Islam, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Jabatan al- Hadith dan Jabatan
Sejarah dan Tamadun Islam, sementara Bahagian Pengajian Bersama pula
mengendalikan program Pendidikan Islam dan Program Pengajian Islam iaitu
meneruskan program pengajian bersama dengan Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
Program pra-Akademi pula diteruskan dan dijalankan di kampus cawangan di
Nilam Puri, Kelantan.(Bahagian Ijazah Dasar APIUM 2013).

Program ini mensasarkan visinya untuk melahirkan graduan yang mempraktikkan


pengetahuan, kaedah dan nilai akhlak seorang guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan keperluan semasa.
Misinya pula adalah untuk melihat mereka berfikir berfikir secara kritis dan
4

kreatif dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran. Semua ini


akan menjurus kepada objektif yang satu iaitu melahirkan graduan yang berdaya
saing dan kompeten dalam menghadapi cabaran dunia Pendidikan Islam.

3.0 Perubahan Dan Inovasi Kurikulum.

Perubahan dan inovasi kurikulum bukan sahaja setakat menjalankan kajian semula
terhadap kurikulum dan membuat penambahbaikan dalam aspek senarai isi kandungan
sahaja. Ia hendaklah dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa. (Robert DeFillippi
& Laurie L. Levesque, 2011). Yusup Hashim (2000) memetik tulisan Nicholls dan Nocholls
(1987) dan Ornstein dan Hunkins (1993) dan menegaskan bahawa perubahan kurikulum
bukan sahaja setakat meneroka idea baru tetapi menjangkaui aspek perancangan peluangpeluang dan kesempatan-kesempatan yang bertujuan melahirkan perubahan-perubahan
tertentu. Oleh itu perubahan kurikulum ini bukan hanya satu perkara tetapi melibatkan
melibatkan satu siri langkah-langkah yang meliputi perancangan, penghasilan bahan
pengajaran, percubaan dan ujian penilaian serta pelaksanaan pengajaran. Reid (1978)
sebagaimana yang dipetik oleh Bee Bee Sng (2008) turut menegaskan bahawa ia melibatkan
proses mengelola dan menilai. Dengan kata lain, penekanan yang lebih juga perlu diberi
kepada proses dalaman yang melibatkan banyak elemen-elemen penting seperti para ahli
akademik, pelajar, majikan dan sebagainya.

Bagi Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah) di IPGM,
perubahan kurikulum paling besar bermula pada perubahan program itu sendiri. Tanpa
meninjau sejarah awal, sejarah 1986 hingga kini sudah cukup banyak untuk dilihat perubahan
kurikulum yang berlaku. Seebelum 1986 program ini hanya ditawarkan sebagai Kursus
Perguruan Asas selama lima semester namun pada tahun 1996 ditingkatkan kepada Diploma
Perguruan Malaysia sebelum ia ditingkatkan lagi ke peringkat Ijazah sarjana Muda melalui
pindaan Akta Pendidikan 1996, yang membenarkan maktab perguruan dinaik taraf ke Institut
Pendidikan Guru Malaysia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat 25 Ogos 2008 seterusnya
menaik taraf dari berkuasa menawarkan Diploma Perguruan Malaysia kepada menawar
program Ijazah. .(Bahagian Pendidikan Guru 2010).
5

Apabila program ini mengambil pelajar sulung pada tahun 2008, satu set proforma telah
dilancarkan bersama-sama dengan struktur pengajiannya. Proforma ini hanya mengandungi
nama kursus, kod kursus, kredit, jam kontak, bahasa pengantar dan hasil pembelajaran sahaja.
Proforma ini telah digunakan selama 5 tahun. Pada tahun 2014 satu perubahan dibuat
terhadap semua proforma tersebut dengan ditukar kepada Jadual 3 yang mengandungi banyak
maklumat tambahan kepada kursus tersebut meliputi Kemahiran Boleh Pindah, Strategi
Pengajaran dan Pembelajaran Serta Pentaksiran,

Mod Penyampaian, Kaedah dan Jenis

Pentaksiran, Pemetaan Hasil Pembelajaran Program, Kerangka Kursus/Modul dan Jumlah


Jam Pembelajaran Pelajar dan sebagainya.

Inovasi terhadap struktur pengajian juga telah dibuat untuk pelajar ambilan Jun 2014
berdasarkan surat arahan rasmi dari pihak IPGM. (Sila lihat lampiran A). Inovasi ini dapat
dilihat dari aspek susunan dan turutan kursus yang pelu diduduki oleh pelajar mengikut
semester.

Perubahan kod kursus juga dilakukan. Sebagai contoh, jika dahulu kod kursus bagi pedagogi
Pendidikan Islam ialah PIM3102 di mana digit pertama bermaksud tahap pengajian, digit
kedua bermaksud bilangan versi dan digit ketiga dan keempat bermaksud turuttan kursus
dalam program ini namun dengan pengenalan kod baru ini, maksud tersebut juga berubah.
Kod Kursus Pedagogi pendidikan Islam itu telah berubah kepada PIM3023 dimana nombor
turutan kursus diletakkan pada digit kedua dan ketiga. (Lihat lampiran B)

Untuk kursus Elektif 1 iaitu Bahasa Arab, Perubahan kepada urutan atau tertib kursus telah
diubah melalui surat bertarikh 24 januari 2014 (Sila Lihat lampiran C). Serentak dengan
perubahan urutan ini, satu kursus baru telah diperkenalkan iaitu BAM3116 Pengurusan
Sumber Dan Penilaian Dalam Pendidikan Bahasa Arab. Ini adalah satu inovasi kepada
kurikulum Elektif Bahasa Arab kerana ia telah menyusun satu sukatan kursus yang baru dan
tersendiri. Kod Kursus bagi Eelektif bahasa Arab juga telah diubah di mana dulu ia dikenali
dengan kod BAE tetapi kini diubah kepada BAM kerana merupakan sedutan 4 kursus dari
kursus-kursus Major bagi pelajar yang menduduki opsyen Bahasa Arab sebagai major.
6

Selepas 4 digit angka, ditambah pula dengan E bagi menggambarkan bahawa ia adalah
kursus elektif. (Sila lihat lampiran D)

Bagi pernyataan tentang jumlah jam kredit, akan ada dihujungnya penjelasan tentang
peruntukan jam kuliah, tutorial dan amali. Sebagai contoh, jika sesuatu kursus itu 3 jam
kredit dan dijalankan secara kuliah/tutorial sepenuhnya tanpa amali, akan ditulis 3(3+0). Jika
dijalankan secara amali sepenuhnya pula akan ditulis 3(0+3).

Bagi Ijazah Sarjana Muda pendidikan di Universiti Malaya, inovasi dan perubahan yang
dilakukan juga melibatkan kursus-kursus tambahan. Mengikut Mohd Bakri Mohd Nor,
graduan dari program ini, Kursus GXEX1401 iaitu Kemahiran Maklumat adalah merupakan
kursus baharu kerana ia tidak diajar di Akademi Islam mahu pun di Fakulti Pendidikan di
awal-awal pengenalan program ini dahulu. Proses pembuatan Bahan bantu Mengajar pun
tiada yang berteraskan kemudahan computer. Di masukkan bersama-sama dengan Kursus
Teknologi maklumat ini bersama-sama dengan kursus-kursus lain seperti GXEX1414
Tamadun islam dan tamadun Asia serta GXEX1411 Hubungan Etnik ke dalam senarai Kursus
Wajib Universiti untuk memenuhi dasar kerajaan pada masa itu.

Dalam aspek kemahiran berbahasa, dimasukkan pula syarat wajib lulus Malaysian Universiti
Engish Test (MUET) sebagai satu syarat baharu setelah ia menjadi ketetapan dasar
Kementerian Pengajian Tinggi yang menghendaki semua pelajar hendaklah lulus peperiksaan
itu sebelum dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan lain-lain ijazah.
Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan juga diberikan nilai inovasi apabila diperkenalkan
pilihan baru kepada pelajar samada ingin menduduki pengajian Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Dalam Pengkhususan Pengajian Islam atau Pengajian Al-Quran. Pengkhususan
Pengajian Islam adalah pilihan yang ditawarkan oleh Akademi Pengajian Islam untuk pelajar
yang berminat untuk mempelajari kursus Pengajian Islam secara umum manakala
pengkhususan Pengajian al-Quran ditawarkan kepada pelajar yang berminat untuk
mendalami bidang pengajian al-Quran secara khusus. (Lihat lampiran E)
7

Satu lagi aspek yang amat penting dalam perubahan kurikulum ini ialah soal pentaksiran.
Bermula pada tahun 2014, tiada lagi peperiksaan untuk kursus-kursus elektif. Pemarkahan
dan pentaksiran adalah bergantung 100% kepada kerja kursus. Bagi sesetengah kursus, kerja
kursus ini pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu projek dan Ujian Akhir Kursus dan
sesetengah pula bergantung kepada amali. Periksaan hanyalah untuk kursus-kursus Major dan
Pengajian professional sahaja.

4.0 Peranan Dan Tanggung-Jawab Dalam Perubahan Kurikulum.

Dalam membincangkan soal peranan dan tanggung-jawab dalam perubahan


kurikulum ini elok di tinjau secara ringkas hasil kajian yang dilakukan di Sekolah Pengajian
Kejuruteraan, Universiti Singapura. Menurut Timbalan Dekan Sekolah Pengajian
Kejuruteraan tersebut, proses pelaksanaan perubahan ini bermula dari pihak atasan terutama
presiden universiti, dekan dan jawatankuasa akademik dalam kitaran berulang. Namun
begitu, kitaran ini tidaklah sampai ke peringkat mengambil kira pandangan pensyarahpensyarah. Kebanyakan mereka menyatakan bahawa perubahan berlaku secara tiba-tiba
hanya menerima arahan untuk melaksanakannya sahaja. Tiada perundingan dengan mereka
sama ada mereka bersetuju atau tidak. Dari kajian ini jelas menunjukkan bahawa proses
perubahan kurikulum ini masih berlegar di pihak atasan sahaja sedangkan pelaksanaannya
terletak di atas bahu para pensyarah. Ia sepatutnya diubah dan dilibatkan semua ahli
akademik agar hasil perubahan itu akan mencapai matlamatnya secara maksimum. Jika tidak,
pensyarah akan menjalankan tugas pengajaran secara tidak sepenuh hati dan terpaksaan serta
rasa kepunyaan tidak meresap dijiwa mereka. Jika tidak, maka akan berlarutanlah apa yang
ditemui oleh (Richardson, 1994) dalam kajiannya sebagaimana yang dipetik oleh Sng Bee
Bee (2008) dalam tinjauan literaturnya bahawa pada awal tahun 1985, kekurangan
kepercayaan pengajar dalam melaksanakan perubahan kurikulum akan membawa kepada
hasil yang mengecewakan .

Dalam konteks Malaysia sebagaimana lazimnya, sesuatu arahan adalah datang dari
pihak atasan ditujukan kepada pihak bawahan. Begitulah juga dalam urusan perubahan
8

kurikulum. Walau pihak pensyarah adalah golongan pelaksana kepada segala bentuk
kurikulum yang ingin diimplimentasikan namun perubahan adalah diputuskan oleh pihak
atasan. Berani ditegaskan bahawa kuasa autonomi yang diberikan kepada pensyarah amatlah
terbatas. Pelajar dan majikan yang mengambil mereka bekerja tidak dilibatkan sedangkan
dalam konteks ini, jika kita fokuskan kepada ahli akademik yang akan terlibat secara
langsung dengan kurikulum yang ingin diperkenalkan itu, sudah tentu mereka merupakan
golongan yang akan memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan kejayaannya.

Dalam konteks penglibatan majikan dalam mengubah kurikulum Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan di Universiti Malaya dan IPGM ini, pihak-pihak seperti Kementerian Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah amat wajar dilibatkan.
Namun oleh kerana ruang dan peluang yang terhad serta untuk mengelakkan kerenah
birokrasi, pandangan dan pendapat mereka dalam bentuk edaran soalan kaji selidik, tinjauan
dan pungutan suara amat wajar dilakukan dan diambil kira oleh pihak universiti dan IPGM.
Edaran soalan dan kajian ini sudah sering dilakukan dan banyak kita dapati kesimpulan
kajian dan penemuan dibuat. Sebagai contoh, sat kajian yang bertajuk Keberkesanan
Kurikulum PISMP Pengkhususan Pengajian Islam Di IPG Kampus Ipoh telah dibuat pada
tahun ini namun sejauh mana penemuan kajian-kajian sebegini diambil kira oleh pihak atasan
perubahan kurikulum. (Kartini 2014)

Dalam ruang yang ada , ahli akademik juga boleh melakukan inovasi dengan meningkatkan
penyeliaan mereka dengan menambah elemen-elemen baru seperti penilaian kendiri, refleksi,
membangunkan portfolio elektronik dan lain-lain. pelajar pula bukan sahaja menerima arahan
semata-mata semasa proses penyeliaan dan penilaian tetapi mereka harus diberi faham
objektif tugas, penilaian dan lain-lain yang mereka laksanakan .
Dalam konteks IPGM, semua keputusan tentang kurikulum adalah diputuskan oleh Rektor
melalui mesyuarat Senat IPGM dengan kerjasama Bahagian Kurikulum, IPGM yang
berpejabat di Cyberjaya. Semua perbincangan, keputusan dan arahan akan diturunkan kepada
pengarah-pengarah kampus yang kemudiannya memanjangkan kepada Setiausaha Akademik
Kampus dan Ketua-Ketua Program. Prosedur ini dapat dilihat melalui surat-surat arahan
sebagaimana dalam lampiran A
9

Begitulah

juga

bagi

Program

Ijazah

Sarjana

Muda

Pendidikan

di

Universiti

Malaya.Kelulusan tentang tentang penawaran adalah datang dari Naib Canselor dan Majlis
Senat Universiti. Apa yang berbeza dengan IPGM ialah soal penstrukturan dan penawaran
kursus. Jika di IPGM, semua itu dibincangkan di peringkat Bahagian Kurikulum IPGM tetapi
di UM ia dibincangkan antara dua pihak iaitu Akademi Pengajian Islam dan Fakulti
Pendidikan untuk dibawa ke peringkat Majlis Senat untuk kelulusan. Bahagian Ijazah Dasar
Akademi Pengajian Islam (2013). Dalam menjalankan kursus, para pensyarah digalakkan
menambah unsur inovasi dan kreativiti khususnya dalam menjalankan penilaian
pembelajaran berterusan.

5.0 Perbandingan Kurikulum.

5.1 Syarat kemasukan.

Syarat kemasukan ke program PISMP P.Islam di IPG adalah melalui Program


Persediaan yang dilaksanakannya sendiri. Pelajar dibenarkan meneruskan pengajian ke
peringkat ijazah ini jika lulus semua syarat kursus yang telah didaftarkan samada dalam
peperiksaan asal atau ulangan dengan mendapat sekurang-kurangnya 2.9 nilai mata gred.
(Institut Pendidikan Guru Malaysia 2013)

Untuk memasuki program persediaan itu pula calon hendaklah berumur tidak melebihi
20 tahun, sihat fizikal dan mental, aktif dalam kegiatan kokurikulum, mempunyai
kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat gred
cemerlang (A+, A, A-) dalam mana-mana tiga (5) mata pelajaran. dan sekurangkurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah serta
lulus Bahasa Inggeris dan memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang
dipohon. Tiada pelajar antarabangsa dibenarkan memasuki program ini.

10

Syarat kemasukan ke Program Ijazah Sarana Muda Pendidikan di UM pula dibahagikan


kepada 2 jenis iaitu syarat am university dan syarat keperluan khas. Bagi syarat am,
calon dikehendaki lulus SPM/setaraf dengan serta lulus STPM dengan sekurangkurangnya: Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan Gred C (NGMP
2.00) DUA (2) mata pelajaran lain. Calon juga hendaklah mendapat sekurang-kurangnya
Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University

English Test (MUET). Bagi syarat

keperluan khas, calon hendaklah mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00)


pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Syariah / Usuluddin dan

Mendapat

sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab
Tinggi (Lulus Sijil Thanawi boleh diterima sebagai ganti kelulusan Bahasa Arab Tinggi
pada peringkat SPM) serta dan lulus Ujian MEdSI dan temuduga. Bagi pelajar lepasan
diploma atau setaraf dengannya, kelulusan tersebut hendaklah diiktiraf oleh kerajaan
Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya. (Universiti Malaya 2012).

Bagi pelajar lulusan STAM , calon hendaklah mendapat sekurang-kurangnya tahap


Jayyid dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dengan Gred 6C pada peringkat
SPM. Program Ijazah ini juga menerima masuk pelajar antarabangsa jika mempunyai
kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan
oleh Senat Universiti Malaya.

5.2 Struktur Kursus

Struktur Kurikulum dikonsepsikan sebagai kerangka yang merangkumi


komponen-komponen penting yang menetapkan wajaran, jumlah kredit dan kursuskursus yang ditawarkan kepada pelajar.

Struktur kurikulum pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan


Islam Pendidikan Rendah (PISMP P.Islam) di IPGM dibahagikan kepada 3 bahagian
11

utama iaitu Kursus Wajib, Kursus Teras dan Kursus Elektif. Kursus Wajib pula
terbahagi kepada 2 kategori iaitu Wajib IPT dan Wajib IPG dimana kedua-dua kategori
ini mewakili 17% dari keseluruhan kursus dengan 23 kredit.

Kursus teras pula terbahagi kepada 3 kategori iaitu Pengajian Profesional, Major dan
Amalan Professional dengan mewakili 65% dari keseluruhan kursus dengan 86 kredit.
Kursus Elektif pula dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Elektif 1 dan Elektif 2 dengan
mewakili 18% kursus dengan 24 kredit.

Struktur pengajian Ijazah Sarjana Muda P.Islam di Universiti Malaya juga di bahagi
kepada 3 bahagian iaitu Kursus Universiti, Kursus Teras Akademi dan Kursus Major.
Kursus Universiti mempunyai 8 kandungan yang mengumpulkan 21 kredit. Kursus
Teras Akademi pula mempunyai 5 kandungan dengan 11 kredit. Kursus Major pula
mempunyai 6 kandungan dengan 112 kredit.

PISMP P.Islam di IPGM dilihat membuat pembahagian kursus kepada kumpulankumpulan tertentu seperti Wajib, teras dan elektif kemudian diikuti dengan kategorikategori-kategori kecil dalam setiap kumpulan seperti wajib IPG dan Wajib IPT.
Kategori-kategori kecil inilah pula di bahagi kepada unit-unit kursus bagi setiap
semester manakala di UM, dari bahagian-bahagian kursus terus kepada unit-unit kursus
tanpa ada kategori-kategori dalam sesuatu bahagian. PISMP Pendidikan Islam di IPG
hanya memperuntukkan 86 kredit untuk kursus teras yang terdiri dari Kursus
Profesional, Kursus Major dan Amalan Profesional (Latihan Mengajar) dengan
mengambil 65% dari keseluruhan kursus. Di UM pula, kursus-kursus sedemikian
(Kursus Major, Latihan Mengajar dan Kursus-Kursus Profesinal) diperuntukkan 112
kredit dengan kadar 77.7% dari keseluruhan kursus.

Dari dokumen yang diperolehi menunjukkan bahawa di kedua-dua institusi pendidikan


ini, faktor yang diambil kira dalam pembinaan struktur kursus adalah sebahagiannya
untuk memenuhi keperluan dasar kerajaan seperti memasukkan Kursus Tamaddun
12

Islam Dan Tamadun Asia, Hubungan Etnik dan sebagainya manakala lain-lain kursus
adalah atas keperluan pihak Institut Pendidikan Guru dan Universiti Malaya sendiri
yang masing-masing berusaha menyediakan kursus-kursus yang diharapkan akan
melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing di sektor pendidikan. Selain itu,
apa yang dapat dilihat di sini juga ialah kredit terkumpul untuk memperolehi Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Islam Pendidikan Rendah di IPG ialah 133
manakala Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UM adalah 146 kredit.( Bahagian Ijazah
Dasar Akademi Pengajian Islam (2013). Ringkasan struktur bagi kedua-dua institusi ini
di jelaskan melalui jadual di bawah :

BIL.
1.

KURSUS WAJIB

2.

Kursus Wajib IPT


Kursus Wajib IPG
KURSUS TERAS

3.

KURSUS

KREDIT
23 (17%)

86 (65%)

Pengajian Profesional

Major

Amalan Profesional
KURSUS ELEKTIF

24 (18%)

Pakej Elektif 1
Pakej Elektif 2
JUMLAH

133 (100%)

Jadual 1 : Struktur Kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG

Kursus
Kursus Universiti
(21 kredit)

Kandungan
Kursus Teras Wajib
Universiti
* Kursus TITAS
* Hubungan Etnik
* Kemahiran Maklumat
* Ko-Kurikulum
* Asas Pembudayaan
Keusahawanan
* Bahasa Inggeris
Komunikasi
* Kursus Elektif Luar
Fakulti
* Kursus Elektif
13

Kredit

2
2
1
2
6

Akademi

3
3

Kursus Teras Akademi


(11 Kredit)

Bahasa Arab I

Bahasa Arab II

Hafazan

Pengantar Syariah

Pengantar Usuluddin

Kursus Major
( 112 Kredit)

Kursus Asas Pendidikan


Kursus
Islam

Asas

27

Pendidikan 17

Kursus Asas Pendidikan


Kursus Kaedah Pertama
Kursus kaedah Kedua
Latihan Mengajar

27
18
15
8

Jadual 2 : Struktur Kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UM

5.3 Hasil Pembelajaran :

Bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam), pada akhir akhir kursus
para graduan diharapkan dapat:

i.

Menjelaskan ilmu fardu ain dan fardu kifayah yang menjadi asas dalam
pengajaran Pendidikan Islam di Malaysia.

ii.

Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam secara


berkesan.
14

iii.

.Menggunakan pengetahuan asas dalam Pengajian Islam dan Pendidikan Islam


sebagai teras dalam menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

iv.

Mengamalkan etika perguruan dan bersikap profesional selaras dengan akhlak


Islamiyah.

v.

Berkomunikasi secara berkesan dengan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan


dalam melakukan kerja secara berkumpulan.

vi.

Menganalisis masalah berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran


Pendidikan Islam secara berkesan.

vii.

Berdikari dalam pencarian ilmu dan pengurusan maklumat yang menjadi asas
kepada pembelajaran berterusan.

viii.

Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan


produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Pendidikan Islam.

Bagi Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Al-Quran), mereka diharapkan dapat :
i.

Menjelaskan ilmu fardu ain dan fardu kifayah yang menjadi asas dalam
pengajaran Pendidikan Islam di Malaysia.

ii.

Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan al-Quran


sebagai teras dalam menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

iii.

Menggunakan pengetahuan asas dalam pengajian al-Quran sebagai teras dalam


menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

iv.

Mengamalkan etika perguruan dan bersikap profesional selaras dengan akhlak


Islamiyah.

v.

Berkomunikasi sesama guru dan pelajar untuk menunjukkan ciri-ciri


kepimpinan Islam yang baik dan mampu bekerja secara berpasukan.

vi.

Berkemahiran untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah berkaitan proses


pengajaran dan pembelajaran al-Quran secara berkesan.

15

vii.

Berkemahiran menjalankan pengurusan maklumat dalam menilai kepentingan


ilmu dan kemahiran dalam Pengajian al-Quran kontemporari sebagai asas
kepada pembelajaran sepanjang hayat.

viii.

Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan


produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Pendidikan al-Quran.

Jika ditinjau kepada Hasil pembelajaran yang diharapkan dari PISMP IPGM pula, di
akhir kursus ini mereka diharapkan akan mencapai :

i.

Menunjukkan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, bahan


kurikulum,

pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber

pembelajaran yang berkaitan;


ii.

Menggunakan proses inkuiri dan penyelesaian masalah dalam pembelajaran


melalui kemahiran berfikir aras tinggi dan kritikal;

iii.

Menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan pengajaran


dan pembelajaran dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial, budaya,
psikologi, dan etika profesional keguruan;

iv.

Berkeupayaan memindahkan dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai


dalam pelbagai situasi sebenar;

v.

Memiliki dan menampilkan nilai, etika, dan amalan yang bertepatan dengan
Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia;

vi.

Menghayati dan mengamalkan nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh
kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat;

vii.

Mempamerkan kesungguhan meneruskan pembelajaran sepanjang hayat; dan

viii.

Mempraktikkan semangat keusahawanan dalam mengendalikan kehidupan


seharian.

Hasil pembelajaran yang diharapkan mampu dicapai oleh para graduan diakhir program
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Universiti Malaya samada untuk Pengajian Islam
16

mahu pun Pengajian al-Quran adalah hamper sama. Perbezaan hanya wujud di dalam
fokus bidang sahaja di mana untuk Pengajian Islam ia lebih umum manakala Pengajian
al-Quran dilihat lebih khusus dan berfokus kepada pengajian al-Quran.

Namun begitu analisis yang lebih penting di sini ialah perbezaan antara Hasil
Pembelajaran program di Universiti Malaya dan di IPGM. Hasil pembelajaran di
Universiti Malaya didapati melibatkan kemahiran, kebolehan dan amalan pelajar di
dalam kelas-kelas pembelajaran dan masyarakat manakala hasil pembelajaran di IPGM
kelihatan hanya memfokuskan kepada kemahiran, kebolehan dan amalan di dalam
sekolah dan kelas-kelas pengajaran sahaja tanpa melibatkan kehidupan sebagai seorang
guru agama di dalam masyarakat. Sebagai contoh, dimasukkan dalam hasil
pembelajaran

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam)

di Universiti

Malaya :
Menggunakan pengetahuan asas dalam Pengajian Islam dan Pendidikan Islam sebagai
teras dalam menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Hasil ini tidak dimasukkan dalam hasil pembelajaran PISMP di IPGM. Impak dari
kekurangan ini para pelajar hanya mahir dengan isu-isu berkaitan dengan pendidikan
Islam di sekolah sahaja. Mereka kurang berkemahiran untuk bersama masyarakat dan
menyelesaikan masalah-masalah agama yang mereka hadapi. Tambahan pula ilmu-ilmu
kandungan yang diberikan kepada mereka amat sedikit berbanding dengan ilmu-ilmu
kandungan yang dimasukkan dalam struktur pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Islam di Universiti Malaya. Seorang pelajar semester 8 Kursus PISMP P.Islam, Nor
Hamizah Kamaruddin dalam sesi temubual menyarankan agar pengarah institut
membawa isu ini ke pihak atasan untuk penilaian semula.

Aspek keusahawanan juga didapati menjadi fokus dalam hasil pembelajaran di keduadua institusi ini. Kurikulum di Universiti Malaya dimasukkan:

17

Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan


produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Pendidikan al-Quran.

Di IPGM pula, dimasukkan dalam senarai hasil pembelajaran :


Mempraktikkan semangat keusahawanan dalam mengendalikan kehidupan
seharian.

Dalam aspek-aspek lain seperti pembelajaran sepanjang hayat, penggunaan ilmu dan
kemahiran untuk menyelesaikan masalah di situasi sebenar (dalam kelas-kelas
pembelajaran), penghayatan akhlak dan nilai murni turut ditekankan oleh kedua-dua
institusi ini.
5.4

Bahasa Pengantar dan Kaedah Penyampaian.

Program PISMP P.Islam di IPGM dijalankan dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya


kecuali bagi empat kursus elektrif Bahasa Arab yang dijalankan dalam bahasa tersebut
serta kursus-kursus English Profiecency yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris.
Kursus dilaksanakan melalui kuliah, amali dan projek. Strategi berpusatkan pelajar juga
diamalkan meliputi Project base Learning, Problems Based Learning dan sebagainya.
Penggunaan portlio, unit plan, kajian tindakan, kajian kes dan lain turut dilaksanakan
Bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, walaupun pada asalnya bahasa pengantar
pengajian kebanyakannya dilaksanakan melalui pengantar bahasa Melayu, namun
semakin banyak kursus ditawarkan melalui pengantar bahasa Inggeris. Ini
membolehkan para pelajar luar negara yang tidak fasih dalam bahasa Melayu dapat
mengikuti pengajian ijazah tinggi melalui pengantar bahasa Inggeris di Fakulti ini. Bagi
Kursus Wajib Akademi, sebahagiannya dijalankan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Arab.
5.5 Kurikulum Ilmu Kandungan

18

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UM dan di IPGM mematuhi dasar Kementerian


Pengajian Tinggi dengan memasukan kursus wajib. Di UM disebut Kursus Teras Wajib
Universiti manakala di IPGM ia disebut Kursus Wajib IPT dan Wajib IPG. Selain itu,
dimasukkan juga ilmu tentang kaedah pengajaran dan ilmu-ilmu berkaitan dengan
pendidikan di kedua-dua institusi ini mengikut peratusan tertentu. Perbandingan ini
tidak berhasrat untuk memfokuskan kepada aspek itu. Apa yang ingin difokuskan disini
ialah berkaitan dengan ilmu kandungan yang diharapkan dapat mengukuhkan
pengetahuan ilmu pengetahuan para pelajar dalam opsyen yang dipilihnya seperti yang
telah dibincangkan di halaman sebelum ini. Di UM, bagi mrealisasikan hasrat ini, ia
memasukkan Kursus Wajib Akademi/Fakulti dengan peruntukan 11 kredit dan kursus
Wajib Pengkhususan (Pendidikan Islam dengan Pengajian Islam atau Pendidikan Islam
dengan Pengajian al-Quran) sebanyak 27 kredit. (Sila lihat lampiran F). Perkara
sebegini tiada kurikulum PISMP IPGM. Untuk mendapatkan ilmu kandungan, pelajar
hanya diwajibkan mengambil kursus 2 kursus sahaja iaitu PIM3112 Pengajian Aqidah
di semester 7 dan PIM3114 Pengajian Fiqh di semester 8 sahaja dengan agihan 3 kredit
setiap satu. Ia dimasukkan dalam senarai kursus-kursus major. Lain-lain ilmu dan
kemahiran mengenai opsyen yang dipilih diserapkan secara tidak langsung melalui
kursus-kursus major yang lain.

(Sila lihat lampiran G). Hal ini dianggap tidak

mencukupi. Memang benar mereka adalah guru agama yang hanya untuk mengajar
para pelajar sekolah rendah tetapi mereka juga perlu melengkapkan diri untuk lahir
sebagai guru agama yang mampu masuk ke dalam masyarakat selaku pemimpin dan
rujukan kepada masalah-masalah agama dalam kehidupan.

5.6

Tempoh Pengajian Program.


Tiada beza antara tempoh pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UM dan

Ijazah

Sarjana

Muda

Perguruandi

IPGM

dimana

kedua-dua

institusi

ini

memperuntukkan empat tahun atau lapan semester bagi menyelesaikan semua kursus
dan mencukupkan kredit yang diperlukan untuk menamatkan pengajian. Pengajian
adalah dijalankan secara sepenuh masa.

19

5.7 Kemahiran Insaniah.

Dalam era globalisasi, pencapaian tahap akademik yang tinggi tidak lagi mencukupi
untuk para graduan diterima terus ke pasaran pekerjaan. Dengan ekspektasi majikan dan
cabaran pekerjaan yang semakin meningkat, graduan perlu memiliki bukan sahaja
kelayakan akademik tetapi kebolehan dan kemahiran yang memberikan nilai tambah
yang mampu menarik minat majikan. Dari aspek ini, kemahiran insaniah ataupun
dikenali sebagai soft skills dilihat sebagai penyumbang yang kritikal dalam menjana
modal insan yang menyeluruh di samping mampu membawa persaingan di peringkat
global.

Kementerian Pengajian Tinggi telah menggariskan tujuh elemen kemahiran insaniah


yang wajar dimiliki oleh graduan. Tujuh elemen tersebut ialah:

(1) Kemahiran Berkomunikasi


(2) Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
(3) Kemahiran Kerja Berpasukan
(4) Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
(5) Kemahiran Keusahawanan
(6) Etika dan Moral Profesional
(7) Kemahiran Kepimpinan

Setiap elemen berkenaan diperincikan kepada 2 kumpulan iaitu:

(a) Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) :

20

KIM merupakan kemahiran yang mesti dimiliki oleh setiap pelajar Institut Pengajian
Tinggi. Jika kemahiran ini tidak ada, pelajar dianggap tidak kompeten dalam elemen
berkaitan.

(b) Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT) :

KIT dianggap sebagai kemahiran generik yang memberi nilai tambah kepada pelajar.
Jika pelajar memiliki kemahiran KIT & KIM mereka boleh dianggap memiliki kompeten
cemerlang dalam elemen berkaitan.

Dalam menjamin tujuh kemahiran insaniah ini diimplementasikan, pihak Universiti


Malaya telah memasukkan garis panduan tahap pelaksanaan dan pencapaian dalam setiap
kursus Universiti yang wajib diambil oleh pelajar. Kemahiran ini diberi penilaian
berdasarkan tahap-tahap tertentu antara 1 hingga 8 . Kursus yang terlibat dengan
penerapan kemahiran insaniah ini adalah Kursus Universiti dan Kursus Asas yang
mengumpulkan sebanyak 22 kredit. Kursus Universiti yang dimaksudkan itu adalah
Kursus GXEX1401 Kemahiran Maklumat, GXEX1411 Hubungan Etnik, GXEX1412
Asas Pembudayaan Keusahawanan,

GXEX1414 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

(TITAS), GTEE1101 Fundamentals of English,


Purposes,

GTEE1102 English for Academic

GTEE1103 Professional Writing in English, GTEE1104 Effective

Presentation Skills dan PBET 2106 Kemahiran Berfikir. Kursus Asas pula ialah PDET
1105 Asas Pendidikan Jasmani, Kesihatan & Kokurikulum, PAET1102 Asas Falsafah
dan Pendidikan di Malaysia, PPET2104 Psikologi Pendidikan,

PPET3104 Prinsip

Teknologi Pengajaran, PAET3101 Etika dan Perguruan, PDET4101 Kepimpinan Diri


dan Organisasi serta PAET4101 Sosiologi Persekolahan. Untuk lebih jelas, sila lihat
Lampiran H.

Berlainan dengan PISMP Pendidikan Islam di IPGM, dasar Kementerian Pengajian


Tinggi dalam memperkasakan kemahiran insaniah ini diimplementasikan melalui Kursus
Wajib IPT dan Kursus Wajib IPG. Dalam dua kategori kursus wajib ini dimasukkan
21

WAJ3101Tamadun Islam dan Tamadun Asia. WAJ3102 English Language Proficiency I,


WAJ3103 English Language Proficiency II, WAJ3104 Literasi Bahasa, WAJ3105
Numerical Literacy, WAJ3106 Hubungan Etnik, WAJ3107 Seni dalam Pendidikan,
WAJ3108 Kokurikulum Pengurusan, WAJ3109 Kokurikulum Permainan WAJ3110
Kokurikulum - Unit Beruniform I, WAJ3111 Kokurikulum - Unit Beruniform II
WAJ3112 Kokurikulum Olahraga WAJ3113 Kokurikulum Persatuan dan WAJ3114
Bina Insan Guru (BIG) Fasa I hingga Fasa IV (120 jam interaksi, dengan 3 kredit
terkumpul selama 6 semester). Semua Kursus Wajib IPT dan Wajib IPG ini mengambil
menempati 17% dari keseluruhan kursus dengan 23 kredit. Tiada sebarang tahap
implimentasi yang diletakkan sebagaimana dalam pengukuran di UM. Untuk lebih jelas,
sila rujuk Lampiran I.

5.8 Latihan Mengajar :


Latihan mengajar (praktikum) adalah untuk memberi peluang kepada pelajar
meningkatkan kemahiran kendiri dan kemahiran mengajar semasa mereka ditempatkan
di sekolah dan pendedahan dengan persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Ia juga
bertujuan menyediakan ruang kepada pelajar untuk memerhati, menilai amalan
pengajaran dan pembelajaran guru dan mencuba pengajaran dan pembelajaran sendiri
melalui bimbingan dan kolaborasi dengan pembimbing, pensyarah pembimbing dan
rakan pelajar dalam pelbagai situasi.

Di UM, latihan ini peruntukkan selama 16 minggu. Di IPGM, mereka diberikan


peluang menjalani latihan selama 24 minggu yang diagihkan kepada 3 fasa. Fasa 1
diperuntukkan 4 minggu, Fasa 2 diperuntukkan 8 minggu dan Fasa 3 diperuntukkan 12
minggu. (Universiti Malaya 2012) Selain dari praktikum ini, pelajar diwajibkan
menjalani internship selama 4 minggu semasa mereka berada di semester 8. Hal ini
tidak dilaksanakan di Universiti Malaya. Semua amalan professional ini diperuntukkan
14 kredit di IPGM sedangkan di Universiti Malaya, latihan ini hanya diperuntukkan 8
kredit sahaja.. Oleh itu dapat disimpulkan di sini bahawa peruntukan masa dan kredit
untuk latihan mengajar adalah jauh lebih lama dan mendalam berbanding dengan di
Universiti Malaya.
22

5.9 Kaedah Dan Jenis Pentaksiran.

Aspek pentaksiran merupakan di antara aspek yang amat penting dalam sesuatu
kurikulum. Dalam Kursus PISMP P.Islam di IPGM telah dinyatakan secara jelas
bahawa bagi kursus major, penilaian adalah berdasarkan kerja kursus dan peperiksaan
di mana wajarannya adalah 50% : 50 %. Bagi Kursus Elektif, pentaksiran adalah
bergantung kepada kerja kursus 100%. Kerja kursus ini terdiri daripada dua (2)
komponen, iaitu projek (70%) dan UAK (30%). Bagi Kursus Ko-Kurikulum, TITAS
dan Hubungan Etnik,

pentaksiran adalah juga bergantung kepada Kerja Kursus

100% dengan 2 komponen juga iaitu projek 60% dan Ujian Akhir Kursus 40%.
Kursus Bina Insan Guru (BIG) dan Latihan Mengajar pula pemarkahan adalah
bergantung 100% kepada amali tanpa sebarang kerja kursus atau ujian.
Di Universiti Malaya pula, pentaksiran untuk Program Sarjana Muda Pendidikan
Islam juga dijalankan secara peperiksaan pada sebahagian kursus dan penilaian
berterusan sepanjang belajar bagi sesetengah kursus. Namun begitu pencapaian
pelajar bagi kebanyakan kursus adalah dinilai berdasarkan kedua-dua bentuk
pentaksiran itu mengikut pemberatan yang berbeza-beza. Bagi Kursus Universiti,
pemberatan adalah 50% : 50 bagi kursus Kemahiran maklumat dan 80%:20 bagi
kursus Asas Keusahawanan. Lain-lain kursus dalam kategori ini adalah berdasarkan
100% kepada penilaian berterusan. Bagi kursus Teras Akademi dan Kursus Wajib
Pengkhususan, pemberatannya adalah 40% bagi penilaian berterusan dan 60 % bagi
peperiksaan. Bagi kursus Asas Pendidikan Dan Kursus Teras Pendidikan, pentaksiran
adalah berbeza-beza namun berkisar sekitar 60:40 dan 40:60. (Lihat lampiran J dan
K).

6.0 Kesimpulan dan Penutup.


Kurikulum adalah suatu yang dinamik, bukan statik. Oleh itu ia menuntut perubahan yang
berterusan agar terus selari dengan perubahan persekitaran dan relevan dengan tuntutan
23

semasa. Para graduan yang lahir tentu sekali akan mampu memenuhi tuntutan zaman. Dalam
konteks Pendidikan Islam, dengan perubahan kurikulum yang dilalui oleh para bakal guru,
mereka akan mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam pendidikan dunia, tidak hanya
mewarisi dogma-dogma statik peninggalan sarjana Islam zaman silam yang sesuai untuk
zaman mereka sahaja. Mereka mampu meberikan nafas baru dan merubah meningkatkan
tradisi ilmu Islam ini dengan inovasi yang tidak bercanggah dengan hokum, malah
merupakan suatu tuntutan. Khalifah Omar pernah berkata sebagaimana yang dipetik oleh Dr.
Muhammad Baltaji (2007) bermaksud :
Didiklah anak-anak kamu untuk hidup di zaman mereka.

Melihat kepada analisis dokumen dan tembual, banyak perubahan dilakukan terhadap
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPGM. Perubahan ini dilakukan kerana ia adalah
program baru apatah lagi IPGM itu sendiri baru dalam menawarkan program ijazah. Banyak
pengubahsuaian terpaksa dilakukan terhadap isi kandungan kurikulum malah turut dilakukan
terhadap pengurusan apatah lagi apabila mendapat teguran dan cadangan dari pihak MQA.
Lihat sahaja surat-surat yang dilampirkan, disebut dengan jelas bahawa perubahan tersebut
dilakukan atas keperluan akreditasi badan tersebut. Bagi Universiti Malaya, oleh kerana ia
merupakan institusi pengajian tinggi tertua di Malaysia, penuh pengalaman dan program yang
dikaji ini sendiri pun telah bermula sejak 1982 maka ia telah mantap tidak banyak perubahan
struktur perlu dilakukan kecuali dalam memasukkan aspek-aspek penggunaan ICT,
memasukkan tuntutan semasa dalam pendidikan dan seumpamanya.

Walau apa sebab dan matlamat sekali pun dan sebanyak mana sekali pun perubahan yang
berlaku, ia adalah suatu yang positif apatah lagi jika kajian menyeluruh dilakukan terlebih
dahulu dan pihak-pihak yang patut dilibatkan telah dimaklum dan dilibatkan sewajarnya.
Kemajuan dan perkembangan semasa perlu diikuti dan keunggulan institusi perlu dijaga
samada penntadbiran, reka bentuk kurikulum, struktur pengajian, syarat kemasukan, tempoh
pengajian, mod pembelajaran, kaedah pengajaran dan sebagainya.

24

Rujukan :

Bahagian Ijazah Dasar Akademi Pengajian Islam (2013) Buku Panduan Ijazah Dasar Sesi Akademik
2013/2014, Kuala Lumpur : Penerbitan Universiti Malaya.
Bahagian Pendidikan Guru KPM (2010), Buku Panduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan
Kepujian, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.
Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2013), Buku Panduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Dengan Kepujian, Cet.2, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kartini Abdul Mutalib et.al (2014) Keberkesanan Kurikulum PISMP Pengkhususan Pengajian Islam
Di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, diakses pada 20 Nov 2014 dari
http://www.ipislam.edu.my/index.php/research/read/69/

25

Laurie L. Levesque & Robert DeFillippi (2011) Innovation Integration and Crossing
Disciplinary Borders in Curriculum Assessment and Program Development Journal of
Higher Education Theory and Practice vol. 11(1, Suffolk University. 68-75
Muhammad Baltaji (2007) Ijtihad Umar Bin Khattab Dalam Penetapan Syariat Islam, H. Abdul
Rachman Saleh (Terj.) Berlian Publications Sdn. Bhd : Selangor
Universiti Malaya (2012), Buku Panduan Program Ijazah Dasar Sesi 2011/2012, Kuala Lumpur :
Penerbitan Universiti Malaya.
Sng, Bee Bee (2008):. Surface or deep change? How is a curriculum change implemented at ground
level? The International Journal of Educational Management, 22.1 90-106.
Yusup Hashim (2000), Konsep Dan Perkembangan Kurikulum Dan Instruksi, Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors,

Temubual :
Nor Hamizah kamaruddin (November 2014), Pelajar Semester Akhir Program PISMP P.Islam IPGM,
Temubual Personal . Kota Bharu
Tuan Othman Tuan Yaacob (November 2014), Bekas Programme Owner PISMP P.Islam IPGM,
Temuramah Personal. Kota Bharu
Mohd Bakri Mohd Nor (November 2014), Bekas Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(P.Islam), Universiti Malaya, Temuramah Personal, Kota Bharu.

26

Anda mungkin juga menyukai