Anda di halaman 1dari 18

GPI1083 – PENDIDIKAN ISLAM

TOPIK 3 – FIQH SOLAT

3.1 Konsep Ibadah

Akidah yang telah dibincangkan sebelum ini merupakan roh kepada badan manusia.
Roh tidak dapat bergerak dengan baik dan sempurna tanpa kelibat ibadat. Akidah merupakan
implisit dalaman yang mesti dimanifestasikan dengan ibadat. Kita dituntut melaksanakan ibadat
sebagai mana firman Allah s.w.t dalam surah az-zariyat ayat 56:

Maksudnya:
Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada Aku semata-mata.

Tahukah anda bahawa ibadat mempunyai dua bahagian yang besar iaitu Ibadat Khusus
dan Ibadat Umum (Ishak Din al-Khairi, et, al.,1996). Kedua-dua ibadat ini mesti berjalan
seiringan antara satu sama lain. Sekiranya dilebihkan salah satu daripada keduanya akan
berlaku ketidakseimbangan (imbalance) dalam kehidupan manusia sebagai khalifah.

Perbincangan ini sering kali menjadi topik umum namun meninggalkan pelbagai
persoalan yang memerlukan kita meneroka, mencari dan mendapatkan maklumat baru.
Lantaran itu, di sini dibentangkan beberapa fakta dan isi-isi penting untuk dibincangkan secara
lebih mendalam.

i. Ibadat Khusus

Banyak kitab membicarakan tentang pengertian ibadat khusus. Menurut Ahmad Mohd
Salleh (1998) mendefinisikan ibadat khusus sebagai kepaAllah s.w.t dan ketaatan manusia
kepada hukum-hukum yang ditentukan yang terkandung dalam fardu ain secara ilmu dan amal
iaitu syahadah, solat lima waktu, puasa ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.

1
Ibadat Khusus ini adakalanya tidak terpisah dengan istilah fardu ain kerana melibatkan
semua individu muslim yang mencapai status mukallaf. Pertalian Ibadat Khusus dengan
kehidupan tidak boleh disangkal oleh sesiapapun, sebagai contoh, syahadah yang menekankan
tentang akujanji muslim dengan Allah s.w.t dan RasulNya yang tidak boleh dipermain-mainkan.
Setiap akujanji yang telah dibuat dalam konteks hubungan secara “horizontal” (hubungan
sesama manusia) mempunyai implikasi kepada implementasi.

Dalam perkara yang berkaitan hubungan secara “vertical” (hubungan individu muslim
dengan Allah s.w.t) amat menekankan kepada akujanji. Sekiranya akujanji ini dikhianati maka
perjanjian tersebut akan terbatal. Dengan sebab itu, setiap individu muslim wajib menjaga
semua perkara yang mempunyai hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan Allah
s.w.t.

Pertama, kesan besar dalam kehidupan ialah mereka akan memastikan diri mereka
sentiasa berada di landasan yang diredai, suka menunaikan perintah Allah s.w.t sebaliknya
akan cuba sedaya upaya mungkin bagi mengelak diri terjerumus atau terdedah kepada unsur-
unsur yang boleh merosakkan hubungan dengan pencipta sebagaimana firman Allah
s.w.tdalam surah al-Baqarah ayat 195:

Maksudnya:
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah s.w.t, dan janganlah kamu menjatuhkan
dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, Karena sesungguhnya Allah
s.w.tmenyukai orang-orang yang berbuat baik.

Keduanya, solat yang penuh dengan disiplin sama ada sebelum solat, semasa solat dan
selepas solat. Sebelum solat setiap individu mestilah mempelajari ilmu yang berkaitan dengan
solat seperti rukun dan sunat wuduk, solat dan syarat-syarat sah wuduk dan solat.

Semasa solat mengaplikasikan semua rukun solat secara tertib dan ta’maninah (‫)طﻣﺄﻧﯾﻧﺔ‬,
mematuhi cara solat mengikut imam, memenuhi kriteria muafiq dan masbuq. Selepas solat,

2
ditamatkan dengan penuh adab menyerah dan mengharap dan menggantikan permintaan
hanya kepada Allah s.w.t. Ini akan menghasilkan mutu solat yang baik. Inilah menifestasi solat
yang boleh diterjemahkan ke dalam diri, masyarakat dan negara. Firman Allah s.w.t dalam
surah al-Ankabut 45:

Maksudnya:
“Dirikanlah solat kerana sesungguhnya solat itu mencegah daripada perkara fahsya dan
mungkar”

Ketiganya, puasa merupakan ibadat yang memerlukan seseorang individu


melaksanakan dengan penuh tanggungjawab kerana ianya bukan sahaja berkaitan dengan
puasa zahir sahaja iaitu dengan meninggalkan makan dan minum di siang hari malahan mesti
berpuasa batin iaitu menahan keinginan nafsu untuk melakukan sesuatu perkara walaupun
diluar Ramadan, sebagai mana sabda Nabi dalam suatu hadis yang telah diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim yang bermaksud :

“Puasa itu merupakan benteng”

Puasa jika ditunaikan dengan penuh sabar dan mengharapkan keredaan Allah
s.w.tsemata-mata maka akan timbul keinsafan yang sepatutnya boleh diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Ibadat puasa mengajar tentang kesabaran, kesusahan, kelaparan,
persamaan taraf dari segi larangan dalam masa yang sama Ramadan mengajar tentang
kekuatan minda dengan membaca terutamanya kitab al-Quran. Sekiranya perkara ini dapat
diimplimentasikan selepas Ramadan maka kehidupan muslim akan bertambah baik malah terus
menjadi manusia terbaik kerana mereka berjaya mengislahkan diri mereka.

Keempat, zakat yang dikeluarkan oleh muslim yang telah mencukupi syarat-syarat
minimum yang telah ditetapkan oleh syarak. Dalil kewajipan ini dapat dilihat daripada firman
Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 110:

3
Maksudnya:
Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi
dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah Maha
melihat apa-apa yang kamu kerjakan.

Dari sudut pembahagian zakat yang terkandung dua bahagian iaitu zakat badaniah
(zakat fitrah) dan zakat harta yang mengandungi rahsia besar kepada kehidupan muslim (Imam
Ghazali, 1997). Zakat merupakan pengorbanan harta yang berkait rapat dengan seruan jihad.
Seorang mukmin akan melatih diri mereka untuk menjadi seorang pemurah, tidak kedekut untuk
membelanjakan ke jalan Allah s.w.t.

Dari sudut ekonomi, zakat dapat mengumpul dana yang besar untuk memajukan
ekonomi umat Islam yang masih lemah dan bergantung kepada orang lain. Dalam
perkembangan ekonomi global dan perolehan ekonomi berasaskan K-Ekonomi kemunculan
institusi zakat amat mambantu ekonomi umat Islam sekali gus meningkatkan prestasi ekonomi
negara.

Kelima, menunaikan fardu haji bagi mereka yang berkemampuan (‫)اﻻﺳﺗطﺎﻋﺔ‬. Firman Allah
s.w.tdalam surah al-Haj ayat 27:

Maksudnya:
Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang
kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus[984] yang datang dari
segenap penjuru yang jauh.

Perkara yang besar disebalik kefarduan haji ialah tentang persamaan taraf antara
semua manusia yang datang ke Baitul Atiq (Kaabah) dengan hati, pakaian, peraturan yang satu
(Imam Ghazali, 1997). Melatih ketulusan hati dan niat sepanjang berada di Tanah Haram. Ini

4
akan mendorong muslim sentiasa berwaspasa dalam hidup, sentiasa menabur bakti dan ibadat
kepada Allah s.w.t. Sentiasa tulus dan telus dalam kehidupan mereka walau di mana mereka
berada.

ii. Ibadat Umum

Mengenai Ibadat Umum ini juga terlalu banyak kitab yang membicarakan tentangnya.
Namun dipetik sebahagian sahaja di sini agar anda berpeluang merujuk dan mencari bahan-
bahan ini bagi memantapkan lagi pengetahuan yang berkaitan denganya. Ibadat Umum
merupakan kegiatan muslim dalam bidang yang lain daripada apa yang yang terkandung dalam
fardu ain secara ilmu dan amal iaitu syahadah, solat lima waktu, puasa ramadan, mengeluarkan
zakat dan menunaikan haji (Ahmad Mohd Salleh, 1998).

Ibadat umum merupakan segala perkara yang dilakukan dengan niat mendapatkan
keredaan Allah s.w.t, tulus hati dan ikhlas kepadaNya semata-mata (Ishak Din al-Khairi, et,
al.,1996).
Rasulullah S.A.W telah bersabda:

Maksudnya :
Sesungguhnya setiap amal itu dimulakan dengan niat. Setiap sesuatu berlaku berasas apa
yang telah diniatkan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa sahaja kegiatan yang didasarkan kepada dua perlakuan di atas akan memberi dua
keuntungan iaitu keuntungan dunia,mendapat hasil dari segi peningkatan kerohanian dan
maddah(material) dan keuntungan akhirat dengan diberi ganjaran pahala yang besar. Walau
bagaimanapun setiap muslim perlu memenuhi beberapa ciri di antaranya;

1. Dilaksanakan semata-mata kerana Allah s.w.t.


2. Dilaksanakan secara istiqamah kepada Allah s.w.t(tidak mengunakan
pengantara atau orang tengah).
3. Khusyuk (‫ )ﺧﺷوع‬dan ketaatan sepenuhnya kepada Allah s.w.t.
4. Tidak ada kongkongan tempat dan masa tertentu.

5
3.2 SOLAT

Solat secara umumnya terbahagi kepada dua jenis sahaja iaitu solat fardhu dan solat
sunat. Selain solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak, solat Jumaat juga merupakan salah
satu solat fardhu yang disyari‘atkan bagi menggantikan solat zohor kepada golongan tertentu.
Solat fardhu juga kadangkala dilakukan semasa bermusafir dan cara-caranya lebih berbentuk
fleksibel.

i. Pengertian Solat

Solat dari segi bahasa bermaksud doa.


Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai
dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

ii. Syarat Wajib Solat


Syarat wajib solat ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya
solat ke atas seseorang.

Syarat-syarat wajib dalam solat adalah seperti berikut:

1. Beragama Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Suci daripada haidh dan nifas.
5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan.
6. Sampai seruan agama Islam.

iii. Syarat Sah Solat

6
Syarat sah solat adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu solat atau dengan
kata lain kesahihan sesuatu solat bergantung kepadanya.

Syarat-syarat sah solat adalah seperti berikut:

1. Suci daripada hadath kecil dan besar.


2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.
3. Mengetahui tentang masuknya waktu solat sama ada dengan yakin atau jangkaan
melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.
4. Menutup aurat.
5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).

iv. Rukun Solat

1. Berdiri tegak
2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram
3. Takbiratul ihram
4. Membaca Al-Fatihah
5. Ruku‘
6. I‘tidal selepas ruku‘.
7. Sujud dua kali dalam setiap raka‘at
8. Duduk antara dua sujud
9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam
10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir
11. Salawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
12. Salam
13. Tertib

V. Solat Berjemaah

7
Solat jemaah ialah solat yang dilakukan oleh tidak kurang daripada dua orang iaitu
seorang daripadanya mengikut seorang lagi. Orang yang diikuti dinamakan imam dan yang
mengikut dinamakan makmum. Firman Allah s.w.t:

..........

Maksudnya:
“Dan apabila kamu (wahai Muhammad) berada di kalangan mereka (semasa perang) lalu
engkau mengerjakan solat (dengan menjadi imam) mereka, maka hendaklah sebahagian
daripada mereka berdiri (mengerjakan solat) bersama-sama mu”.
Surah al-Nisa’ ayat 102

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa solat yang ditunaikan secara berjemaah
amatlah utama sehingga dalam masa peperangan sekalipun dituntut melaksanakannya. Solat
berjemaah mestilah ditunaikan oleh satu kumpulan muslim sekurang-kurangnya seorang imam
dan seorang makmum.

Vi. Imam Dan Bilal

a. Pengertian Imam

Imam pada bahasa ialah pemimpin, penganjur, ketua, penunjuk jalan atau arah atau
tempat atau seorang yang di hadapan.
Istilah pula ialah pemimpin rohani yang membantu dan membimbing ke arah mencapai
keredaan Allah s.w.t atau orang yg mengetuai solat berjemaah.

b. Pengertian Bilal

Orang yg kerjanya memperdegarkan azan apabila masuk waktu solat atau tukang bang
atau tukang azan atau muazin.

8
Dalil Naqli, Firman Allah s.w.t:dalam

Maksudnya
Kami Telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk
dengan perintah kami dan Telah kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan,
mendirikan solat, menunaikan zakat, dan Hanya kepada kamilah mereka selalu menyembah,
Surah al-Anbiyaa’ ayat 73
c. Keistimewaan Peribadi Imam

1. Lebih faham dalam persoalan agama


2. Lebih banyak membaca al-Quran dan hadis
3. Lebih dahulu hijrah
4. Lebih dulu Islam
5. Taqwa
6. Lebih dewasa
7. Mulia keturunan
8. Baik sejarah hidup
9. Baik rupa paras
10.Telah berkahwin

d. Syarat Sah Menjadi Imam

1. Islam
2. Berakal
3. Baligh
4. Lelaki sekiranya makmum lelaki atau khunsa
5. Bersih daripada hadas kecil dan besar
6. Baik dalam bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat
7. Bukan makmum dalam masa yang sama

e. Etika Seorang Imam

9
1. Berilmu beramal
2. Berakhlak mulia
3. Jauh daripada fitnah dan tohmahan
4. Cara hidup yang bersih
5. Disukai oleh jemaah

f. Tangungjawab Imam

Sebelum seseorang menjalankan tugas sebagai imam, terlebih dahulu mengetahui


secara terperinci beberapa panduan dan tanggungjawab yang berkaitan dengan imam agar
solat jemaah menjadi lebih sempurna. Menurut Imam Ghazali terdapat enam tugas imam
sebelum melaksanakan solat berjemaah, iaitu:

1. Disenangi makmum
2. Menjaga waktu dengan menunaikan solat di awal waktu.
3. Ikhlas menjadi imam semata-mata kerana Allah s.w.t dan tidak boleh menuntut upah
4. Sebelum mengangkat takbiratul ihram, hendaklah memeriksa saf (‫ )ﺻف‬dimulai dari
kanan hingga ke kiri. Jangan takbir sebelum iqamah.
5. Menyaringkan takbiratul ihram dan semua takbir.
6. Menjaga adab solat seperti membaca doa iftitah dan istiazah secara senyap (sir),
membaca secara nyaring (jahar) bacaan yang perlu dikuatkan.
7. Menjaga tempat yang perlu berhenti sebentar antara takbiratul ihram dengan fatihah,
antara fatihah dengan surah dan antara surah dengan rukuk.
8. Meringankan semua aktiviti yang berkaitan dengan solat sama ada yang berkaitan
dengan rukun atau sunat terutamanya apabila makmum yang terlalu ramai.

3.3 PENGAJARAN DALAM IBADAH SOLAT

i. Pengajaran Solat

10
Firman Allah s.w.t:

Maksudnya:
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia
ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat
bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap
mengerjakan solatnya."
(surah al-Maarij ayat 19 hingga 23)

Sabda Rasulullah s.a.w.:


"Sesungguhnya setiap solat itu menghapuskan kesalahan yang dilakukan di hadapannya".
(riwayat Imam Ahmad dan al Tabrani)

Sabda Rasululla SAW lagi:


"Sesiapa mengetahui bahawa solat itu adalah hak yang wajib, maka dia masuk syurga".
(Imam Ahmad, al Baihaqi dan al Hakim)

Firman Allah s.w.t:(surah al-Nur: 37 dan 38)

11
(surah al-Nur: 37 dan 38)

MaksudNya:
“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh
perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah s.w.t, dan mendirikan
solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan
pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah s.w.t membalas mereka dengan
sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah
kurnia-Nya; dan sememangnya Allah s.w.t memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-
Nya dengan tidak terhitung”.

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apakah pandangan kalian, jika ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari kalian,
dia mandi di dalam sungai tersebut pada setiap hari sebanyak lima kali. Adakah masih ada
suatu kotoran yang tinggal pada badannya?" Sahabat menjawab, "Tidak ada suatu kotoran pun
yang tinggal". Sabda Baginda SAW, "Begitu jugalah perumpamaannya dengan solat lima waktu
yang dengannya Allah s.w.t menghapuskan kesalahan-kesalahan”.
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Solat adalah sebuah madrasah yang mendidik jiwa kita. Solat mendidik jiwa kita untuk
melakukan kebaikan, kecintaan dan kemuliaan dalam menempuh kesesakan hidup, hiruk-pikuk
dan kejahatannya. Sebagai mukmin, solat merupakan teknik mengurus stres yang paling
berkesan dalam hidupnya.

12
Solat merupakan sebesar-besar amalan dalam Islam. Sesiapa yang memeliharanya,
maka dia akan memperolehi kebahagiaan dan keuntungan. Sesiapa yang meninggalkannya,
maka dia akan memperolehi kecelakaan dan kerugian.

Allah s.w.t telah memfardukan solat ke atas hamba-hamba-Nya yang beriman supaya ia
menjadi penghubung dengan hadrat-Nya, peringatan tentang keagungan-Nya dan tanda
kesyukuran hamba-Nya atas nikmat yang dicurahkan-Nya.

Ia merupakan asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:
"Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya
solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah
segala amalannya yang lain".

Justeru, marilah sama-sama menjaga solat kita. Solat bukanlah semata-mata satu
kebiasaan tetapi ianya merupakan penghubung jiwa kita dengan Allah s.w.t. Lakukan dengan
penuh keimanan, ketaqwaan, dan keikhlasan untuk memperolehi nikmat disebalik solat
tersebut.

ii. Solat Membina Peribadi Sabar

Solat itu agung kerana melalui solat, kita berhubung terus dengan Allah s.w.t yang Maha
Agung. Di antara cirri yang boleh menjadikan sesuatu bangsa itu bangsa yang agung adalah
sifat sabar. Sabar itu ialah tahan menanggung atau menerima ujian dan kesusahan dalam
mencari keredhaan Allah s.w.t. Orang yang sabar itu, dia takut kepada Allah s.w.t. Takutkan
Allah s.w.t adalah pemangkin bagi sifat sabar. Takutkan Allah s.w.t boleh didapati dalam solat
yang dihayati sungguh-sungguh. Sesiapa dapat sabar ertinya sudah mendapat perisai dari
tipuan syaitan. Sifat sabar lebih utama bagi seorang pemimpin. Oleh itu sifat sabar yang tinggi
dihadiahkan kepada pemimpin, kepada para rasul terutamanya yang Ulul Azmi. Sabar adalah
syarat utama bagi seorang pemimpin. Mereka hanya layak menjadi pemimpin untuk mengatur
dan mentadbir manusia sekiranya mereka memiliki sifat sabar. Allah s.w.t ada menyebut dalam
al-Quran:

13
Maksudnya:
Dan Kami pusakankan kepada kaum yang ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan
bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan
Allah s.w.t yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israel, disebabkan kesabaran mereka.
(Al-Araf:137)

Selain itu, dalam solat ada ubat, ada pil untuk menjadikan seseorang itu sabar. Sama
ada kita sedar atau tidak, solat melatih dan mendidik kita supaya mendapat sifat sabar. Sabar
berada ddalam tiga tempat iaitu: 1. sebelum solat. 2. dalam solat. 3. selepas solat.

iii. Fadhilat Solat Berjemaah

Solat merupakan perhubungan rohaniah antara hamba dengan Allah s.w.t. Dengan
ibadah solat manusia akan dapat berhubung dengan Allah s.w.t secara langsung, tanpa
sebarang perantaraan untuk mengabdikan diri dengan rasarendah diri terhadap Allah s.w.t.
Justeru, solat merupakan Mi’raj hamba kepada Allah s.w.t untuk mempersembahkan seluruh
solatnya, ibadahnya, hidupnya dan matinya hanya untuk Allah s.w.t sahaja. Sebagaimana
firman Allah s.w.t:

(surah al-An’am ayat 162-163)

Maksudnya:
“Katakanlah, sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah
s.w.t yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Tiada sekutu baginya dan itulah yang

14
diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang Islam yang terawal menyerahkan diri (kepada
Allah s.w.t)”.

Solat berjemaah lima waktu bagi mazhab Syafie hukumnya fardhu kifayah yang wajib
ditunaikan setiap waktu pada setiap hari dan afdhal di masjid atau di surau. Solat Jumaat pula
wajib Aini seminggu sekali. Manakala solat dua hari raya sunat ditunaikan setahun sekali dan
afdhal di padang atau di tempat lapang. Sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya:
“Ganjaran pahala semabahyang berjemaah itu melebihi dari solat bersendirian dengan
kelebihan dua puluh tujuh darjat”.

Adalah menjadi suatu perkara yang malang bagi sebahagian umat Islam yang kurang
mengambil berat untuk solat berjemaah atas alasan tidak wajib atau hanya fardhu kifayah.
Umat Islam sewajarnya memahami bahawa apapun aktiviti dan rutin kehidupan yang
dilalui memerlukan hidayah dan keredhaan Allah s.w.t, oleh itu umat Islam hendaklah
memahami dan menyedari bahawa solat berjemaah di masjid dijanjikan nur hidayah Allah s.w.t
dan nur itulah yang akan menerangi mereka di hari kiamat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya,
“Gembirakanlah orang-orang yang mahu datang berjalan ke masjid diwaktu gelap malam
dengan nur cahaya terang benderang di hari kiamat nanti”.
(riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Antara hikmah solat berjemaah di masjid adalah mampu untuk membentuk ukhwah dan
saling bertukar fikiran secara rasional tanpa mengira latar belakang dan fahaman, kerana
masing-masing menjaga adab ketika berada di rumah Allah s.w.t.

Solat berjemaah mengajar umat Islam hidup bermasyarakat dengan disiplin dan
peraturan yang murni dan luhur. Ini dapat digambarkan apabila azan berkumandang, maka bilal
lah yang patut dipatuhi dan imam solat yang mesti diikuti, serta saff jemaah yang mesti
diperhati, berdiri sama lurus, rukuk sama tunduk dan sujud sama merendah diri sebagai syiar
dan lambang untuk sama-sama meletakkan kepaAllah s.w.t dan ketaatan hanya kepada Allah

15
s.w.t dalam menjalani hidup berkeluarga, berjiran tetangga, bermasyarakat, bekerja dan
bernegara.

Oleh itu, apabila masyarakat hidup dalam keadaan berdisiplin dan mematuhi peraturan-
peraturan yang luhur, yang terhasil dari mengerjakan solat berjemaah maka terhakislah rasa
sombong, dengki, riya’ dan akan terjalin rasa saling memahami, hidup tenang, bersopan santun
dan penuh kemesraan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:
“Dan tidaklah berkumpul satu kaum di satu rumah dari rumah-rumah Allah s.w.t sambil
membaca kitab Allah s.w.t (al-Quran) dan mempelajarinya bersama di antara mereka kecuali
turunlah ke atas mereka pertolongan, mereka dilimpahi rahmat, malaikat menaunginya dan
Allah s.w.t menyebut namamereka dikalangan orang yang ada di sisinya. Sesiapa yang lambat
amalnya maka tidak disegerakan dekatnya kepada Allah s.w.t”.

Sungguhpun begitu hebat kebaikan solat berjemaah namun sebahagian umat Islam pula
tidak mengambil berat dengan azan yang dikumandangkan oleh bilal, biar sekuat mana
pembesar suara sampai ke telinga, biar secantik mana masjid dibina, biar masjid berkarpet
tebal dan berhawa dingin, namun jemaahnya hanya dalam lingkungan lima puluhan atau
ratusan orang berbanding dengan jumlah penduduk taman ribuan orang, sedangkan masjid
boleh menampung ribuan jemaah dengan kos pembinaan masjid jutaaan ringgit. Namun anak-
anak kita, jiran tetangga kita, ahli masyarakat kita sebahagiannya masih liar dengan masjid,
masih seronok berlonggok di simpang- simpang jalan, masih selesa di padang-padang
permainan, masih enak menghirup kopi di kedai-kedai berhampiran, masih leka berurus niaga
di pasar-pasar malam, masih leka denagn menggilapkan kereta, atau masih leka dengan
gurauan anak dan cucu yang tercinta atau masih ternganga dengan siaran televisyen, sekalipun
masjid hanya dipisahkan dengan pagarnya sahaja.

Sebenarnya setiap orang dipertanggungjawabkan untuk mengajak, menyeru,


menasihat orang Islam yang lain apabila berlaku keengkaran terhadap Allah s.w.t atau tidak
kisah dan tidak ambil peduli dengan seruan azan yang mengajak solat bersama, mengajak ke
arah kemenangan bersama, kita bimbang mereka lebih jauh dari Allah s.w.t. Apabila Allah
s.w.t jauh dari hati kita maka syaitanlah yang cepat menghampiri kita.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

16
Maksudnya:
“Tidak sewajarnyalah bila ada tiga orang dalam sebuah qariah atau sebuah kampung yang
tidak mahu mendirikan solat berjemaah dalam kampong tersebut melainkan syaitanlah yang
akan menguasai mereka, maka kamu hendaklah mendirikan solat berjemaah, kerana
sesungguhnya serigala itu hanya akan memakan kambing yang duduk bersendirian”.
(riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)

Melalui rumah Allah s.w.t yang suci ini, marilah kita bersatu, memperkuatkan
pertalian ukhwah untuk sama-sama membantu anak-anak kita, jiran tetangga, ahli masyarakat
kampung dan taman supaya memujuk dan mengajak mereka untuk mengimarahkan masjid.
Juga sama-sama solat berjemaah setiap waktu yang termampu oleh kita. Alangkah indahnya
kita sama-sama berdiri satu saff di belakang imam dan bahagianya kita jika kita dapat menarik
setiap orang teman sekampung, jiran setaman, sama-sama duduk berwirid, berzikir, berdoa dan
bersalam-salaman setiap waktu, bertemu muka setiap hari dalam suasana yang penuh
ketulusan dan keikhlasan kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t:

(surah at-Tahrim ayat 6)


Maksudnya:
“Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang
bahan-bahan bakarannya ialah manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh
malaikat-malaikat yang keras kasar (layannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah s.w.t.
dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala
yang diperintahkan oleh Allah s.w.t kepada mereka”.

(surah Al-Baqarah: 43)


Maksudnya:

17
“Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat serta rukuklah (solat berjemaah) bersama-sama
orang yang rukuk”.

18

Anda mungkin juga menyukai