Anda di halaman 1dari 76

GPI1083 – Pendidikan Islam

Topik 2

AQIDAH

1.0 SYAHADAH

Pendahuluan

Aqidah berasal daripada perkataan ‘aqada’ ‫ ﻋﻘد‬yang bererti mengikat. Dari segi
bahasa ia bermaksud satu ikatan yang mengikat sesuatu kepada sesuatu yang
lain. Aqidah merupakan satu ikatan yang mengikat diri, pemikiran dan hati
seseorang dengan satu keyakinan. Dengan itu, kehidupannya akan menjadi
terarah dan terpimpin. Rukun-rukun keyakinan yang ditentukan oleh Islam
dipanggil ‘aqidah’ kerana ia telah mengikat seseorang Muslim untuk hidup
berasaskan dasar-dasar kepercayaan yang disebut juga sebagai ‘iman’ .

Konsep Syahadah

Syahadah dari segi bahasa ialah hadir, berpaksian, pengakuan, pengiktirafan


atau ilmu keyakinan yang dihasilkan dalam diri sesorang. Syahadah adalah satu
lafaz khusus yang diucapkan bagi mengisytiharkankan ilmu dan keyakinannya
berkenaan hakikat keujudan dan zat Allah swt, ketunggalan dan keesaanNya,
tentang kerasulan dan kenabian Mohammad saw serta kebenaran segala yang
disampaikannya.

Lafaz ‘Asyhaduanlailaha illAllah swt Wa Asyhaduanna Muhaamadan


Rasulullah‘ ‫ أﺷﮭد ان ﻻإﻟﮫ إﻻ ﷲ وأﺷﮭد ان ﻣﺣﻣدا رﺳول ﷲ‬dinamakan syahadah. Oleh
kerana Islam itu suatu agama yang luas dan menyeluruh dalam segenap
kehidupan, maka lafaz yang membuktikan pelakuan, pengiktirafan,dan
penerimaannya, pastinya merupakan satu lafaz yang menepati dengan keluasan
dan keseluruhan Islam. Kesimpulannya, syahadah bermaksud memberi
pengakuan dan penyaksian melalui mengakuan atau ikrar lidah serta
membenarkan di hati, tiada Tuhan selain Allah swt dan Dialah Tuhan yang wajib
disembah dan Nabi Mohammad saw pesuruh Allah swt serta wajib
mempercayai segala apa yang dibawanya.

Tuntutan Syahadah

Ucapan dua kalimah syahadah adalah wajib sekali seumur hidup bagi setiap
mukallaf. Sekiranya tiada pengucapan dua kalimah syahadah, seseorang itu
dikira menderhaka sepanjang hidupnya dan matinya dikira di dalam durhaka.

1
Bersesuaian dengan konsep kesyumulan dan keluasan agama Islam, syahadah
mempunyai tuntutannya tersendiri. Antaranya ialah :

 Menerima sepenuhnya syariat dan hukum Allah swt dengan erti kata
menerima tanpa keraguan berkaitan apa yang disampaikan melalui al-
Quran secara keseluruhannya.

 Mengikut apa yang dibawa oleh Rasulullah saw dan meninggalkan apa
yang dilarang serta merujuk kepadanya dalam setiap urusan. Selain
daripada mempercayai dan berpegang teguh dengan al-Quran sebagai
perundangan pertama, individu muslim juga dikehendaki berpegang dan
mempercayai sunnah Rasulullah saw sebagai perundangan kedua.

 Bertawakkal dan meminta pertolongan kepada Allah swt dalam setiap


urusan. Setiap individu muslim hendaklah memohon pertolongan daripada
Allah swt disamping berusaha. Seorang muslim dilarang memohon
pertolongan selain daripada Allah swt.

 Hendaklah taat kepada sesiapa yang mentaati Allah swt dan memusuhi
sesiapa yang memusuhiNya. Individu muslim hendaklah melakukan
kedua perkara tersebut kerana Allah swt.

Dalil al-Quran dan al-Hadis tentang konsep syahadah

Terdapat banyak ayat Al-Quran dan al-Hadis yang menjelaskan tentang hukum
melafaz syahadah dan menerangkan konsepnya. Antara ayat-ayat al-Quran
yang berkaitan ialah :

 Surah al-Baqarah, ayat 8 – 9


 Surah an-Nisak , ayat 65
 Surah al-Mujadalah, ayat 22
 Surah al-Imran, ayat 28

Manakala dalil-dalil daripada hadis pula ialah :

 Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ; Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,
“Aku telah diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka
mengucapkan :Tiada tuhan yang disembah selain Allah swt dan
mereka beriman denganku dan apa yang aku bawa, apabila mereka
melakukan demikian terselamatlah darah mereka dan harta mereka
daripada ku kecuali dengan haknya, perhitungan mereka itu di atas
Allah swt”

 Hadis riwayat Turmizi ; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,

2
“ Apabila kamu meminta sesuatu mintalah kepada Allah swt dan
apabila meminta pertolongan pintalah pertolongan daripada Allah
swt"

(Anda dikehendaki mendalami dan memahami ayat-ayat al-Quran dan al-Hadis


yang dinyatakan di atas)

Hubungan konsep syahadah dengan kehidupan

Mengetahui kebenaran Allah swt dan hakikat kebenaran Muhammad serta


meyakini dan membenarkannya dengan hati, bermakna sudah menyerahkan diri
kepada Allah swt. Penyerahan diri bersifat tersembunyi dalam hati dipersaksikan
dengan syahadah. Melalui syahadah, maka seseorang itu sudah diakui dan
diiktiraf sebagai orang yang menyerah diri kepada Allah swt.

Implikasi syahadah ini akan dibuktikan dengan amalan yang telah


difardukan oleh Allah swt kepada setiap muslim. Antaranya ialah mendirikan
solat lima waktu. Solat adalah pokok dalam Islam, ia juga adalah landasan
perhubungan manusia dan penyataan kepada keimanan. Solat juga merupakan
perujudan secara nyata keimanan kepada perkara ghaib. Solat adalah syarat
tertegaknya keislaman seseorang. Ia adalah rukun Islam yang kedua hasil
daripada keujudan rukun yang pertama iaitu syahadah yang membawa pertalian
antara lafaz dan amalan.

Manakala zakat pula adalah landasan sistem perekonomian Islam. Zakat


adalah cerminan kepada sistem ekonomi Islam yang berdasarkan pengakuan
bahawa Allah swt adalah pemilik asal dan berhak mengatur segala sesuatu.
Individu yang yakin dengan syahadahnya dapat merasakan zakat itu suatu
ibadah penyerahan kepada Allah swt. Sememangnya zakat merupakan hak
terpenting di dalam harta kerana ia merupakan simbul penyerahan total kepada
Allah swt dalam persoalan harta.

Puasa pula adalah menahan diri daripada makan, minum serta perkara-
perkara yang sia-sia dan perkara-perkara kemungkaran. Puasa adalah amalan
yang dapat menguatkan keimanan kepada Allah swt dan menyebabkan dapat
menahan diri daripada segala keinginan nafsu syahwat pada siang hari. Kesan
daripada keyakinan syahadah ini, dapat melahirkan insan yang menunaikan
amalan puasa dengan sempurna.

Rukun Islam yang kelima ialah haji. Kewajipan haji dikenakan ke atas
setiap individu muslim yang sudah sempurna syarah-syaratnya. Haji adalah satu
simbul penyerahan diri manusia kepada Allah swt. Ia bertepatan dengan tuntutan
syahadah yang menerima dengan penuh hati segala syariat Allah swt s.w.t.

3
Kezuhudan dan ketaqwaan hidup di dunia adalah dengan meninggalkan
dosa-dosa besar, menjauhi perbuatan maksiat dan perbuatan mungkar yang
diharamkan serta dilarang oleh Allah swt dan rasulnya. Seseorang yang
menerima dan meyakini untuk menyerah diri kepada Allah swt yang telah
dipersaksikan dengan syahadah, semestinya melahirkan implikasi yang dapat
dibuktikan dengan lima ciri amalan fardu yang ditetapkan oleh Islam.

Rumusan

Kalimah syahadah menafikan ketuhanan kepada sesuatu selain daripada Allah


swt s.w.t. di samping pengakuan kerasulan Muhammad s.a.w. sebagai penutup
segala rasul. Kedua-dua persaksian ini membawa arah, tujuan dan kesan yang
mendalam kepada kehidupan individu muslim dalam menjalani kehidupan
seharian mereka.

2.0 IMAN ISLAM DAN IHSAN

Definisi

Iman dari segi bahasa bermaksud ‘membenarkan’ atau ‘sesuatu kepercayaan


yang kukuh’.

Dari segi istilah syarak, iman ialah membenarkan sesuatu secara pasti dan tidak
menerima perubahan ataupun pembatalan dengan disertai kepatuhan yang
sempurna padanya. Iman ialah pengakuan dan amalan kepercayaan yang boleh
bertambah dan berkurang.

Kesimpulannya daripada sudut penggunaan bahasa Arab ialah suatu


kepercayaan, keyakinan, merasa aman pada sesuatu perkara sama ada
ketuhanan, kemanusiaan, ideologi ataupun falsafah.

Dalam bahasa Malaysia pengertian iman digunakan lebih khusus hanya beriman
kepada Allah swt semata-mata. Pengertian ini lebih hampir kepada definisi iman
menurut istilah syarak. Hakikat iman adalah iman yang yang melahirkan
ketaatan, kecintaan kepada Allah swt dan RasulNya, perjuangan dan
kesanggupan berkorban di jalan Allah swt s.w.t. Orang yang beriman memiliki
berbagai sifat dan amalan terpuji yang dilaksanakan bertepatan dengan hakikat
iman kepada Allah swt s.w.t.

4
Islam ialah tunduk dan patuh kepada perintah Allah swt dan larangannya tanpa
bantahan. Dinamakan dengan agama Islam kerana ia mengajar kepatuhan
kepada Allah swt dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah. Islam
dalam pengertian yang luas mencangkupi segala aspek ‘dinnulIslam’. Islam
dalam pengertian kepatuhan, ketundukan dan penyerahan diri sepenuhnya
kepada Allah swt dapat diterjemahkan dalam hidup ini melalui pengertian yang
khusus iaitu rukun Islam yang lima.

Ihsan dari segi bahasa bermakna bekerja dengan baik dan tekun. Dari segi
syarak pula bermakna mengelokkan perbuatan zahir dengan ibadah dan
mengelokkan perbuatan batin dengan ikhlas. Ihsan bermaksud membuat
sesuatu yang baik, al-Quran menerangkan dengan meluas cirri-ciri ihsan dan
mereka yang bersifat muhsinin. Kedudukan ihsan adalah tinggi di sisi Islam
dalam usaha melengkapkan ciri-ciri keimanan dan keislaman individu dan
masyarakat Islam seluruhnya.

Dalil-dalil

Takrif yang paling tepat bagi menjawab pengertian iman, Islam dan ihsan ialah
penyataan Nabi Muhammad s.a.w ketika menjawab pertanyaan Jibrail as
berkenaan iman, Islam dan ihsan. Baginda s.a.w. menyatakan iman ialah
“Islam itu hendaklah kamu mengaku bahawa tidak ada tuhan yang lain
disembah melainkan Allah swt dan Muhammad itu pesuruh Allah swt,
mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan
mengerjakan haji jika kamu berkuasa….Baginda bersabda lagi” Iman itu
ialah kamu percaya kepada Allah swt, para malaikatNya, kitab-kitabNya,
rasul-rasulNya, hari kiamat dan kamu beriman qadak serta qadarNya , yang
baik dan buruknya” …(Dan Ihsan itu) adalah bahawa kamu menyembah
Allah swt seolah-olah kamu melihatnya, jika kamu tidak dapat melihatNya
seseungguhnya Dia melihat kamu”. Hadis riwayat Umar r.a.

Manakala ayat 1 hingga 11 daripada Surah al-Mukminun pula,


menyatakan tentang sifat-sifat orang yang beriman. Firman Allah swt swt yang
bermaksud “ Telah berjayalah orang-orang yang beriman. Mereka adalah
orang yang khusyuk dalam solat, mereka menjauhi perkara-perkara yang
melalaikan, mereka menunaikan zakat, mereka menjaga kemaluan mereka;
kecuali terhadap isteri-isteri dan hamba perempuan milik mereka dan
mereka tidak dicela kerannya. Sesiapa yang mencari selain daripada itu,
mereka itulah yang melampaui batas dan mereka menjaga amanah serta
janji mereka, dan mereka memelihara solat mereka. Mereka itulah yang
mewarisi syurga Firdaus dan mereka kekal di dalamnya selama-lamanya”

Islam merupakan satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah swt s.w.t.
Sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Maidah, ayat 3 yang bermaksud
“…Dan aku redha Islam menjadi agamamu..” . Firman Allah swt di dalam

5
Surah Ali Imran, ayat 19 yang bernaksud “Sesungguhnya agama di sisi Allah
swt ialah Islam”, mengukuhkan lagi bahawa hanya Islam agama yang diterima
Allah swt s.w.t.

Firman Allah swt dalam Surah al-Israk, ayat 7

Yang bermaksud “jika kamu berbuat kebaikan, kebaikan yang kamu


lakukan ialah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka
berbalik kepada diri kamu juga”, menjelaskan ketinggian martabat ihsan.

Surah Israk, ayat 23 pula menerangkan tentang golongan yang berhak


dan paling utama dibuat ihsan.

Maksud firman Allah swt“Dan tuhanmu telah perintahkan supaya


engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika seorang daripada
keduanya atau kedua-duanya sekali telah sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan pemeliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada
mereka sekalipun ‘ah’ dan janganlah engkau menengking , menyergah
mereka tetapi katakannlah kepada mereka perkataan yang mulia’,
menjelaskan bahawa ibu bapalah yang paling utama di buat ihsan.

Kaitan Islam, iman dan ihsan dengan kehidupan

Iman merupakan satu persoalan yang sangat penting dalam kehidupan setiap
insan. Iman mencangkupi seluruh kehidupan manusia dan menjadi faktor
penentu bagi kejayaan seseorang iru di dunia dan di akhirat, sama ada mukmin
atau sebailknya, ke syurga atau neraka.

Kehidupan umat Islam hari ini, mempamerkan bahawa kepatuhan


terhadap perintah dan larangan Allah swt s.w.t. tidak dilaksanakan dengan

6
sepenuhnya. Perkara-perkara yang menyebabkan gugurnya iman, terus berlaku
tanpa mengira dosa dan rasa bersalah. Ini disebabkan oleh kejahilan tentang
hakikat iman dan implikasinya dalam kehidupan seharian.

Islam yang membawa bersamanya kesejahteraan, lahir daripada


keimanan seseorang individu. Islam itu bermakna penyerahan diri kepada Allah
swt s.w.t., bermaksud seseorang yang beriman itu hendaklah menyerah diri
kepada Allah swt s.w.t dan menerima hukumannya walaupun tidak diketahui
hakikatnya. Rasulullah saw telah mentamsilkan Islam sebagai satu binaan
manakala aqidah adalah tapak atau asasnya. Asas yang kukuh akan melahirkan
kehidupan insan dan tamadunnya yang kukuh juga.

Rumusan

Islam, iman dan ihsan merupakan gabungan elemen yang membentuk jati
diri manusia yang bertaqwa. Ketaqwaan inilah yang menjamin kemuliaan
manusia di sisi Allah swt swt sebagaimana firmannya di dalam Surah al-Hujurat ,
ayat 13 yang bermaksud “ Seseunguhnya orang yang mulia di sisi Allah swt ialah
orang yang bertaqwa”.

3.0 DALIL-DALIL TENTANG KEWUJUDAN ALLAH SWT S.W.T

Pengenalan

Beriman kepada Allah swt dengan mengetahui, percaya, dan beriktiqad yang
teguh, perkara-perkara yang wajib, mustahil dan harus kepada Allah swt.
Seseorang itu hendaklah beriktiqad bahawa sesungguhnya Allah swt bersifat
dengan sifat yang sempurna dan sesuai dengan ketuhananNya. Mustahil Allah
swt bersifat dengan sifat-sifat kekurangan dan harus bagi Allah swt melakukan
semua perkara atau meninggalkannya.

Dalil naqli dan dalil ‘aqli

Surah al-Fusilat , ayat 37

7
yang bermaksud “ Dan daripada tanda-tandanya (adanya Allah swt ialah )
malam dan siang, matahari dan bulan, janganlah kamu menyembah pada
matahari atau bulan tetapi sembahlah kepada Allah swt yang maha
mencipta semunya itu, jika kamu benar-benar menyembah”.

8
Firman Allah swt di dalam Surah al-Hadid, ayat 3

yang bermaksud “Dialah Allah swt yang awal dan yang akhir serta yang
batin, Dialah yang maha mengetahui segala sesuatu”.

Hadis riwayat Ibnu Abbas yang bermaksud “ Rasulullah saw bersabda


kepada Muaz bin Jabal ketika baginda s.a.w. mengutuskannya ke negeri
Yaman : Sebenarnya engkau akan sampai kepada suatu kaum ahlul kitab,
kemudian apabila engkau menemui mereka, maka serukanlah mereka
supaya mereka meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah swt dan bahawa sesungguhnya Nabi
Muhammad saw pesuruh Allah swt…”

Dari aspek dalil ‘aqli pula, cuba kita perhatikan diri kita sendiri. Tubuh
badan kita tersusun daripada berbagai anggota dan organ yang berfungsi untuk
menyerap, mengedar dan memproses oksigen untuk keperluan tubuh badan
seluruhnya. Begitu juga tuguh badan kita dilengkapi dengan organ-organ
pencernaan yang mengisar, menapis, mengedar serta membuang sisa yang
tidak diperlukan daripada makanan yang kita ambil.

Tiap-tiap satu ada tugas dan ada perkaitannya antara satu dengan yang
lain. Masing-masing ada peraturannya yang tertentu dalam menyempurnakan
tugasnya. Setiap satunya patuh kepada peraturan yang ditentukan. Jika tidak,
maka tugasnya tidak akan berhasil atau tidak akan sempurna. Dengan perhatian
yang teliti, maka akal kita yang sihat dan waras dapat membuat kesimpulan
dengan sepenuh percaya dan yakin bahawa alam seluruhnya tetap ada yang
mencipta dan mentadbirnya.

Sifat-sifat Allah swt

Sifat-sifat Allah swt swt meliputi perkara-perkara berikut :


 Sifat yang wajib diketahui bagi Allah swt swt.
 Sifat yang mustahil bagi Allah swt swt
 Sifat yang harus bagi Allah swt swt

Sifat-sifat Allah swt s.w.t. dapat dikenal melalui Asma Al Husna. Sifat-sifat Allah
swt swt Yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna ini dapat membawa kepada
mengenal dalil-dalil yang meyakinkan tentang wujudnya Allah swt swt dan
mengenal kebesaranNya yang terdapat dalam alam ini.

(Sila buat pembacaan/ rujukan yang lebih mendalam tentang tajuk ini.)

9
Kesan-kesan beriman kepada keujudan Allah swt

Allah swt bukan semata-mata pesanan atau sesuatu yang hanya tersembunyi
dalam jiwa sahaja tetapi keimanan adalah hakikat yang tisak terpisah dengan
kegiatan dan kecerdasan hidup. Iman adalah hakikat yang mesti terjelma,
tergambar dalam semua lapangan dan bidang. Iman terpendam dalam jiwa lebih
merupakan dakwaan tidak terbukti. Ini adalah kerana sesusuatu hakikat yang
telah terukir dalam diri sudah pasti akan mencorak grak laku dalam kehidupan.

Rumusan

Berdasarkan dalil naqli dan aqli dapatlah disimpulkan bahawa setiap kejadian
ada penciptanya. Pentadbir dan pencipta alam ini ialah zat yang wajib ada dan
bersifat kekal, mengetahui segala-galanya, bersifat iradat yang menentu dan
menetapkan segalanya dengan sebijak-bijak dan sebebasnya. Pencipta itu juga
bersifat kuasa mengadakan dan meniadakan segala sesuatu menurut cara yang
tertentu dan kaedah yang rapi.

4.0 RUKUN IMAN

BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Pendahuluan

Malaikat adalah makhluk Allah swt yang dijadikan daripada ‘nur’ ataupun cahaya.
Para malaikat tidak dikurniakan nafsu dan hanya beribadat kepada Allah swt
semata-mata berdasarkan tanggungjawab tertentu yang ditetapkan.

Hakikat Malaikat

Beriman kepada malaikat bermaksud beriktiqad ( kepercayaan) tentang ujudnya


makhluk yang digelar malaikat. Bilangan malaikat hanya diketahui oleh Allah swt
swt sahaja. Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail adalah sebahagian daripada malaikat-
malaikat Allah swt swt. Allah swt swt telah menentukan bahawa malaikat berada
di alam ghaib dan tabiatnya tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Malaikat adalah makhluk yang dilengkapkan oleh Allah swt swt dengan
persediaan-persediaan untuk mematuhi perintah Allah swt semat-mata, malaikat
tidak pernah menderhaka kepada Allah swt dan mereka sentiasa melaksanakan
apa yang diperintahkan oleh Allah swt. Firman Allah swt swt dalam Surah al-
Anbiyak, ayat 26- 27

10
yang bermaksud “Bahkan ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan. Mereka
tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang
diperintahkanNya”.

Malaikat dijadikan Allah swt bersih daripada kekotoran jasmani dan


diberikan kepadanya kuasa untuk mengubah rupa. Mereka adalah hamba Allah
swt yang dihormati kerana kesucian jiwa daripada melakukan dosa. Mereka
dijadikan sebagai pelaksana perintah Allah swt swt yang bertugas untuk
menyampaikan satu-satu berita atau wahyu daripada Allah swt kepada hamba-
hambaNya. Segala tugas yang diserahkan kepadanya dijalankan dengan baik,
cermat dan jujur.

Tugas-tugas Malaikat

Allah swt telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya tidak
boleh dilihat, bukan lelaki dan bukan perempuan. Bilangannya tidak diketahui.
Hidup mereka sentiasa taat kepada perintah Allah swt tanpa sekali-kali
menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh Allah swt daripada cahaya, sabda
Rasulullah S.A.W ( Terjemahannya ) :

“Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak
berasap dan dijadikan nabi Allah Adam a.s sebagaimana yang diterangkan iaitu
daripada tanah.”
( Hadith riwayat muslim )

Di antara nama-nama malaikat dan tugas-tugasnya ialah :

1. Jibril:
Menyampaikan wahyu dan perintah Allah swt kepada nabi-nabi dan
rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada manusia.

2. Mikail:
Mengawal cakerawala termasuk matahari , bulan , bintang-bintang,
keadaan hujan dan panas dan lain mengikut yang dikehendaki oleh
Allah swt.

3. Izrail:
Mengambil nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah
sampai waktu yang dikehendaki oleh Allah swt .

4. Israfil:
Meniup serunai sangkakala apabila tiba masanya.

11
5. Raqib:
Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia.

6. Atid:
Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia.

7. Mungkar:
Menyoal manusia di dalam kubur.

8. Nakir:
Menyoal manusia di dalam kubur.

9. Ridhwan:
Mengawal syurga.

10. Malik:
Mengawal neraka.

Kesan Beriman Bepada Malaikat

Mendidik manusia supaya berakhlak mulia kerana setiap perbuatan yang


dilakukan sama ada semasa berada seorang diri atau di khalayak ramai, sama
ada secara terang-terangan atau sebaliknya, diketahui oleh Allah swt dan dicatat
oleh malaikat Raqib dan Atid.

Menimbulkan sifat sabar, tabah dan berani di dalam memperjuangkan


kebenaran. Mempunyai keyakinan bahawa kebenaran adalah memihak kepada
orang yang beriman kerana para malaikat sentiasa mendampingi mereka.

Tidak ada yang dinamakan rahsia dan sulit bagi malaikat. Mereka yang
bersifat ‘nur’ dapat menembusi semua tempat dalam berbagai situasi. Kalau
manusia hari ini, dengan kemajuan sains dan teknologi boleh mengetahui
sesuatu rahsia, apatah lagi malaikat.

Selain daripada itu kesan beriman kepada Malaikat dapat disimpulkan seperti
berikut :

a) Apabila seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh


malaikat maka dia akan sentiasa menjaga tingkah lakunya, sentiasa
berkelakuan baik, menjaga tutur katanya walau di mana dia berada.

b) Jika dia terlanjur melakukan sesuatu kesalahan dan kesilapan, dia


akan segera insaf dan bertaubat kembali, tidak akan mengulangi lagi
kesalahan tersebut, kerana menyedari setiap tutur katanya, gerak

12
lakunya sama ada buruk atau baik akan tetap tidak terlepas daripada
catitan Malaikat Raqib dan Atid.

c) Apabila seseorang muslim itu mengetahui apabila dia mati, dia akan
ditanya dan diseksa oleh malaikat dalam kuburnya maka semasa
hidup di dunia ini dia akan mengerjakan apa yang disuruh dan
menghindar apa yang dilarang Allah swt. Jadi, apabila menyedari
keadaan ini tentu dia akan sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga
supaya suruhan Allah swt akan sentiasa dipatuhi dan dia akan selamat
di alam kubur nanti.

Rumusan

Mempercayai malaikat bererti mempercayai alam ghaib serta sifat-sifatnya


disebalik alam ini. Beriman dengan malaikat membawa kesan akhlak yang baik
kepada manusia muslim.

Aktiviti

Bandingkan sifat-sifat malaikat dengan sifat-sifat manusia dengan menggunakan


pengurusan grafik banding beza.

BERIMAN KEPADA KITAB

Pendahuluan

Kitab-kitab Allah swt diturunkan bagi membezakan yang hak dengan yang batil.
Menjelaskan dan menyatakan antara yang disuruh dan dilarang serta mana-
mana yang tidak baik atau jahat yang wajib dihindari.

Beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan daripada langit bermaksud


mengimani bahawa Allah swt telah menurunkan kitab-kitab kepada rasulNya dan
mengimani bahawa kitab tersebut adalah kalam Allah swt. Firman Allah swt
dalam Surah al-Hadid, ayat 25

13
Yang bermaksud “ Demi sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul
Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang telah nyata dan
Kami telah menurunkan bersama-sama mereka kitab suci dan keterangan
yang menjadi neraca keadilan”.

Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah swt telah menurunkan beberapa
buah kitab kepada rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah
mengandungi ajaran-ajaran mengenai amal ibadat untuk akhirat dan juga
petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki kehidupan manusia di dunia.

Kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah swt yang wajib diketahui oleh setiap orang
Islam itu ialah:

Zabur

Ialah kitab yang diwahyukan kepada Nabi Daud a.s yang membawa makud
“menulis” . Menurut pengertian asalnya zabur bermaksud kitab tertulis. Firman
Allah swt:

“Dan sungguh Telah kami tulis didalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam)
Lauh Mahfuzh, bahwasanya bumi Ini dipusakai hamba-hambaKu yang
saleh.”
(al-Anbiaa : 105)

Yang dimaksud dengan Zabur di sini ialah seluruh Kitab yang diturunkan Allah
swt kepada nabi-nabi-Nya. sebahagian ahli tafsir mengartikan dengan Kitab yang
diturunkan kepada nabi Daud a.s. dengan demikian Adz Dzikr ertinya adalah
Kitab Taurat.

14
“Sesungguhnya kami Telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana
kami Telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang
kemudiannya, dan kami Telah memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim,
Isma'il, Ishak, Ya'qub dan anak cucunya, Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan
Sulaiman. dan kami berikan Zabur kepada Daud.” (al-Nisa’ : 163)

Perkataan Zabur juga dikenali dengan nama mazmur. Menurut Shorter


Encyclopedia of Islam , mazmur dalam bahasa Ibrani disebut mizmor yang
membawa maksud himpunan nyanyian yang suci yang diturunkan kepada Nabi
Daud a.s mengandungi 150 nyanyian (mazmur) yang mengungkapakan semua
pengalaman baginda semasa hayatnya, pengampunan dosanya oleh Allah swt,
kemenangannya keatas musuh Allah swt, kemuliaan tuhan dan hukum-hukum
Allah swt. Sebahagian nyanyian (mazmur) dalam kitab Zabur terdapat dalam
Bible “Perjanjian Lama” (old testment).

15
Taurat

Adalah kitab suci yang diturunkan Allah swt kepada Nabi Musa a.s untuk menjadi
petunjuk dan bimbingan baginya dan Bani Israel. Hal ini dinyatakan oleh Allah
swt melalui firmannya :

“Dan kami berikan kepada Musa Kitab (Taurat) dan kami jadikan Kitab
Taurat itu petunjuk bagi Bani Israil (dengan firman): "Janganlah kamu
mengambil penolong selain Aku” ( al-Isra’ : 2).

Akan tetapi para pewarisnya telah menyembunyikan sebahagian besar isi kitab
taurat tersebut. Firman Allah swt :

“Dan mereka tidak menghormati Allah swt dengan penghormatan yang


semestinya, di kala mereka berkata: "Allah swt tidak menurunkan
sesuatupun kepada manusia". Katakanlah: "Siapakah yang menurunkan
Kitab (Taurat) yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi
manusia, kamu jadikan Kitab itu lembaran-lembaran kertas yang bercerai-
berai, kamu perlihatkan (sebahagiannya) dan kamu sembunyikan
sebahagian besarnya, padahal Telah diajarkan kepadamu apa yang kamu
dan bapak-bapak kamu tidak mengetahui(nya) ?" Katakanlah: "Allah swt-
lah (yang menurunkannya)", Kemudian (sesudah kamu menyampaikan Al
Quran kepada mereka), biarkanlah mereka bermain-main dalam
kesesatannya.” (al-An’am : 91)

Taurat merupakan salah satu daripad tiga komponen yang terdapat dalam kitab
suci Yahudi yang disebut sebagai Biblia (Alkitab) yang kini dikenali oleh orang-
orang Kristian Old Testment (Perjanjian Lama). Taurat yang terdapat dalam
Perjanjian Lama ini terdiri daripada lima kitab yang dikatakan berasal daripada
nabi Musa a.s iaitu :

16
i- Kitab kejadian (Genesis ). Kitab ini terdapat kisah kejadian alam
semester dan kejadian Adam dan Hawa.
ii- Kitab keluaran (Exodus). Kitab ini terdapat kisah keluarnya Bani
Israel dari penindasan Firaun di bumi Mesir, kisah Nabi Musa
bermunajat kepada Allah swt di Bukit Sinai.
iii- Kitab imamat (Leviticus). Kitab ini terdapat himpunan syariat
dalam agama Yahudi
iv- Kitab bilangan (Numbers). Kitab ini terdapat pecahan keturunan
dua belas suku Israel pada zaman nabi Musa a.s
v- Kitab ulangan (Deuteronomy) Kitab ini terdapat ulangan kisah
yang dikeluarkan daripada tanah Mesir dan ulangan himpunan
syariat

Injil

Ialah kitab yang diturunkan Allah swt kepada nabi Isa a.s. Firman Allah swt yang
bermaksud :

“Dia menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepadamu dengan Sebenarnya;


membenarkan Kitab yang Telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan
Taurat dan Injil” (al-Imran : 3)

Dan firman Allah swt lagi:

“Dan kami iringkan jejak mereka (nabi nabi Bani Israil) dengan Isa putera
Maryam, membenarkan Kitab yang sebelumnya, yaitu: Taurat. dan kami
Telah memberikan kepadanya Kitab Injil sedang didalamnya (ada) petunjuk
dan dan cahaya (yang menerangi), dan membenarkan Kitab yang
sebelumnya, yaitu Kitab Taurat. dan menjadi petunjuk serta pengajaran
untuk orang-orang yang bertakwa. Dan hendaklah orang-orang pengikut
Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah swt di

17
dalamnya[419]. barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang
diturunkan Allah swt, Maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”
(al-Maidah : 46-47)

Menurut ayat-ayat di atas, seluruh isi Injil adalah wahyu daripada Allah swt yang
disampaikan kepada nabi Isa a.s yang mengadungi dasar risalah yang
dibawanya. Tidak ada sedikitpun terdapatdi dalamnya perkataan atau karangan
manusia. Namun demikian, kitan Injil yang ada sekarang berbeza dengan Injil
asli. Perkara ini dinyatakan oleh Allah swt dengan firmannya :

“ (tetapi) Karena mereka melanggar janjinya, kami kutuki mereka, dan kami
jadikan hati mereka keras membatu. mereka suka merubah perkataan
(Allah swt) dari tempat-tempatnya[407], dan mereka (sengaja) melupakan
sebagian dari apa yang mereka Telah diperingatkan dengannya, dan kamu
(Muhammad) senantiasa akan melihat pengkhiatan dari mereka kecuali
sedikit diantara mereka (yang tidak berkhianat), Maka maafkanlah mereka
dan biarkan mereka, Sesungguhnya Allah swt menyukai orang-orang yang
berbuat baik.” (al-Maidah : 13)

Al-Quran

Al-Quran adalah kitab Allah swt yang terakhir diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril. Ia diturunkan pada 17 Ramadham
ketika Rasulullah berusia 41 tahun dan ayat terakhir diturunkan pada 9 Zulhijjah
tahun kesepuluh Hijrah. Jarak masa ialah 22 tahun 2 bulan 22 hari. Al-Quran
mengandungi 114 surah dibahagi dalam 30 juzuk. Dari 114 surah itu, 86 surah
diturunkan di Mekah dan 28 surah diturunkan di Madinah.

Al-Quran telah disempurakan oleh Allah swt dan terpelihara daripada sebarang
tambahan dan kekurangan. Mereka yang beriktiqad bahawa kekurangan berlaku
di dalam al-Quran adalah terkeluar daripada landasan Islam.

Rumusan

18
Kitab-kitab Taurat, Zabur dan Injil yang diturunkan kepada kaum Yahudi dan
Nasrani, telah banyak diubah dari sudut ayat, bahasa dan ajarannya.
Ternyatalah kitab-kitab tersebut yang ada sekarang bukanlah kitab-kitab asal
yang diturunkan kepada Nabi Musa as, Nabi Daud as dan Nabi Isa as. Maka
ajaran yang terdapat di dalamnya tidak boleh diterima pakai lagi. Manakala al-
Quran pula telah lengkap serta mengandungi ajaran-ajaran yang terdapat dalam
kitab-kitab terdahulu. Jestru orang-orang Islam boleh beramal dengannya.

BERIMAN KEPADA RASUL

Pendahuluan

Beriman kepada Rasul saw bererti mengenal para nabi dan para rasul yang
menyampaikan risalah Allah swt kepada seluruh makhluk serta membimbing
manusia ke jalan yang lurus dan diredhai.

Pengertian nabi dan rasul

Nabi ialah lelaki yang diberikan wahyu dengan hukum-hukum syarak yang tidak
diperintahkan menyampaikan wahyu itu kepada manusia. Rasul pula ialah lelaki
yang diberi wahyu dengan hukum syarak dan diperintah menyampaikan wahyu
itu kepada manusia. Orang yang menerima wahyu daripada Allah swt disebut
nabi. Nabi yang disuruh oleh Allah swt menyampaikan wahyu dalam bentuk
syariat disebut Rasul Allah oleh sebab itu seorang rasul adalah nabi tetapi
seorang nabi belum tentu menjadi rasul.

Setiap muslim mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah swt telah
mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia
mengenal Allah swt dan memberitahu mereka tentang matlamat kewujudan
mereka di dunia ini serta menjelaskan ke mana akhirnya penghidupan mereka di
dunia ini. Individu muslim mestilah beriman bahawa nabi Muhammad saw adalah
rasul yang terakhir daripada rasul-rasul yang diutuskan Allah swt. Baginda
dibantu dan diperkuatkan Allah swt dengan al-Quran sebagai mukjizat yang
kekal abadi. Dalam hubungan ini Allah swt menerangkan dalam Surah an-Nahl,
ayat 36

19
yang bermaksud “ Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan dalam kalangan
tiap-tiap umat seorang rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka).
Hendaklah kamu menyembah Allah swt dan jauhilah taghut. Maka antara
mereka ada yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah swt dan ada pula yang
berhak ditimpa kesesatan”.

Mentaati Rasul Bererti Mentaati Allah swt

Beriman dengan Nabi Muhammad saw bererti mengimani secara mutlak, tuntas
dan sempurna bahawa segala apa yang dibawa dan diberitakan oleh baginda
adalah datangnya dari Allah swt. Beriman dengan Rasulullah tidak boleh sama
sekali dengan cara mempercayai dan mengambil sebahagian dan meninggalkan
sebahagian dari ajarannya. Sikap yang sebegini bukanlah merupakan keimanan
yang mutlak terhadap kenabian Rasulullah saw. Al Qur’an banyak menyatakan
dalil-dalil tentang kesan keimanan kepada nabi Muhammad saw. Antaranya ialah
Firman Allah swt :

Maksudnya :
“Dan taatilah Allah swt dan rasul, supaya kamu diberikan rahmat.”

( Ali ‘Imran: 132)

Firman Allah swt:

Maksudnya :
“Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah swt, ikutilah aku,
nescaya Allah swt mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.”
( Ali ‘Imran : 31)

20
Firman Allah swt :

Maksudnya :
“Apa yang diberikan rasul kepadamu terimalah dan apa yang dilarang
bagimu maka tinggalkanlah.”
( al-Hasyr : 7)
Dalil-dalil seperti yang dinyatakan tadi sememangnya banyak di dalam al Qur’an
mengingatkan orang-orang beriman akan tanggungjawab mereka selepas
beriman kepada Muhammad saw sebagai nabi dan rasul. Antaranya :

 Dalil-dalil tersebut menyuruh manusia mentaati Nabi Muhammad saw


kerana taatkan baginda bererti taatkan Allah swt. Balasan bagi orang
yang mentaati Allah swt ialah syurga al Na’im dan balasan bagi yang
mengingkarinya ialah neraka.

 Dalil-dalil tersebut menjelaskan kepada orang mukmin bahawa beriman


kepada Rasulullah saw bererti mengikuti apa yang disuruhnya dan
meninggalkan apa yang dilarang.

Rasul Yang Wajib Diketahui dan Sejarahnya

1- Nabi Adam a.s

Nabi Adam a.s adalah nabi yang pertama diutuskan oleh Allah swt s.w.t
ke alam duinia. Keturunannya berkembang-biak dan mewarisi alam ini
terun-temurun sehingga hari kiamat.

2- Nabi Idris a.s

Nabi Idris a.s adalah keturunan keenam dari Nabi Adam a.s. Baginda
adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabiaan menjadi nabi setelah
Nabi Adam a.s.

21
3-

22
Nabi Nuh a.s

Nabi Nuh a.s adalah nabi keempat sesudah Adam as. Nabi Nuh a.s
menerima wahyu kenabian dari Allah swt dalam masa “fatrah”, iaitu masa
kekosongan di antara dua rasul di mana biasanya menusia secara
beransur-ansur melupakan ajaran agama yang dibawa oleh nabi.

4- Nabi Hud a.s

Kaum Nabu Hud a.s suku ‘Aad di mana penghidupan rohaninya tidak
mengenal Allah swt. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama
‘Alhattar” dan menyembahnya sebagai tuhan mereka. Nabi Hud a.s
diutuskan mengembalikan kepada ajaran beriman kepada Allah swt yang
sebenarnya.

5- Nabi Salleh a.s

6- Nabi Ibrahim a.s

Nabi Ibrahim a.s adalah putera Aazar ( Tarih ) bin Tahur. Baginda
dilahirkan di sebuah tempat bernama “Faddam A’raam” dalam kerajaan
“Babylon”. Kaum mereka menyembah patung-patung yang dipahat sendiri
dari batu-batu dan lumpur-lumpur tanah. Nabi Ibrahim a.s diutuskan
mengembalikan kepada ajaran beriman kepada Allah swt yang
sebenarnya.

7- Nabi Lut a.s

Baginda diutuskan untuk mengembalikan kaumnya yang sesat dan


mempunyai tabiaat yang buruk iaitu sukakan kepada hubungan dengan
kaum sejenis. Nabi Lut a.s diutuskan mengembalikan kepada ajaran
beriman kepada Allah swt yang sebenarnya.

8- Nabi Ismail a.s

Nabi Ismail a.s adalah putera kepada Nabi Ibrahin a.s dari isterinya Siti
Hajar.

9- Nabi Ishak a.s

Nabi Ishak a.s adalah putera Nabi Ibrahim a.s dari Isterinya Siti Sarah

10-Nabi Yaakub a.s

Nabi Yaakub a.s adalah putera Nabi Ishaq bin Ibrahim a.s dari Isterinya
Rifqah binti A’zar.

23
11-Nabi Yusuf a.s

Nabi Yusuf adalah putera ketujuh dari dua belas putera-putera Nabi
Ya’qib a.s. Baginda mempunyai rupa paras yang sangat cantik.

12-Nabi Ayub a.s

Baginda seorang nabi dikuniakan oleh Allah swt s.w.t kekayaan yang
bayak. Namun harta kekayaan tidak menghalangnya daripada beribadah
pada Allah swt s.w.t. Baginga juga diuji oleh Allah swt s.w.t dengan
penakit kulit yang sangat dasyat, namum tidak juga menjejaskan
ibadahnya kepada Allah swt s.w.t bahkan semakin tinggi keimanannya.

13-Nabi Syuib a.s

Kaum Nabi Syuib adalah dari golongan bangsa Arab yang tinggal di
sebuah daerah bernama “Ma’an” di pinggir negeri Syam. Mereka
menyembah berhala. Nabi Syuib a.s diutuskan mengembalikan kepada
ajaran beriman kepada Allah swt s.w.t yang sebenarnya.

14-Nabi Musa a.s

Baginda dikurniakan oleh Allah swt s.w.t mukjizat yang istimewa iaitu
tongkat menjadi ular yang dapat menelan ular-ular ahli sihir.

15-Nabi Harun a.s

Baginda adalah Harun bin Imran bin Qahiths bin Lawi bin Yaakub bin
Ishak bin Ibrahim a.s.

16-Nabi Zulkifli a.s

Nabi Zulkifli a.s adalah anak kepada Nabi Ayub a.s. Nama asalnya Basyar
bin Ayub.

17-Nabi Daud a.s

Bainda adalah Daud bin Yisya adalah salah seorang dari tiga belas
bersaudara keturunan ketiga belas dari Nabi Ibrahin a.s. Baginda tinggal
bemukim di Kota Baitlehem, Kota kelahiran Nabi Isa a.s

18-Nabi Sulaiman a.s

Baginda adalah salah seorang putera Nabi Daud a.s. Sejak masih ketika
berumur sebelas tahun baginda telah menunjukkan tanda-tanda

24
kecerdasan, ketajaman otak, kepandian berfikir serta ketelitian dalam
mempertimbangkan dan mengambil sesuatu keputusan.

19-Nabi Ilyas a.s

Nabi Ilyas a.s dalah anak kepada Yasin. Baginda adalah keturunan Nabi
Harun a.s yang keempat. Baginda diutuskan oleh Allah swt s.w.t kepada
kaumnya Bani Israil yang suka menyembah patung yang dinamakan
Ba’al. Baginga menyeru mereka meninggalkan Ba’al dan menyembah
Allah swt s.w.t.

20-Nabi Iliasa’ a.s

Baginda adalah salah seorang di antara nabi-nabi daripada Bani Israil.


Baginda adalah saudara sepupu Nabi Ilyas a.s.

21-Nabi Yunus a.s

22-Nabi Zakaria a.s

Nabi Zakaria a.s adalah ayah kepada Nabi Yahya a.s. Puteranya Nabi
Yahya a.s dilahirkan ketika baginda berumur sembilan puluh tahun dari
isterinya bernama Hanna.

23-Nabi Yahya a.s

24-Nabi Isa a.s dan

Nabi Isa a.s adalah anak kepada Siti Maryam. Baginda dilahirkan tanpa
berbapa. Ia adalah kurniaan Allah swt s.w.t.

25-Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w adalah putera tunggal Abdullah bin Abdul Mutalib
bin Hasyim bin Abdul Manaf keturunan Nabi Ibrahim a.s. Baginda
dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul-awal bersamaan 20 April 571 Masihi
yang dikenali dengan tahun gajah. Baginda membawa ajaran Allah swt
s.w.t yang terakhir dan kekal hingga akhir zaman dikenali Agama Islam

25
Aktiviti

i- Sebahagian besar maklumat nabi-nabi telah diceritakan secara ringkas di


atas. Anda dikehendaki mencari dan menulis maklumat sejarah tiga
orang nabi di bawah secara ringkas melalui pelbagai sumber.

a- Nabi Salleh a.s


b- Nabi Yunus a.s
c- Nabi Yahya a.s

Sifat Wajib Bagi Rasul

Rasul mempunyai sifat-sifat wajib, sifat yang mustahil dan sifat yang harus. Sifat
yang wajib bagi rasul :

i. As-Sidqu – ‫ اﻟﺻدق‬ertinya benar. Dimaksudkan dengan benar ialah berita


yang dibawa oleh para rasul itu sebenarnya daripada Allah swt, rasul
memberitahu tentang sesuatu menurut sebenarnya.

ii. Al-Amanah ‫ اﻷﻣﺎﻧﺔ‬ertinya amanah (kepercayaan). Dimaksudkan dengan


amanah iaitu terpelihara lahir dan batin daripada perbuatan yang dilarang
oleh Allah swt walaupun yang makruh atau menyalahi keutamaan yang
didorong oleh hawa nafsu.

iii. At-Tabligh ‫ اﻟﺗﺑﻠﯾﻎ‬ertinya menyampaikan. Rasul patuh dan berdisiplin dalam


melaksanakan sifat tabligh ini, tanpa merasa ragu dan takut dengan orang
kafir dan musuh Islam. Rasul menyampaikan semua apa yang
diperintahkan kepada makhluk.

iv. Al-Fatanah ‫ اﻟﻔطﺎﻧﺔ‬ertinya bijaksana. Rasul menyampaikan hukum Allah


swt, menyampaikan perintah yang diwahyukan Allah swt kepadanya untuk
disampaikan kepada manusia. Segala perintah Allah swt disampaikan
dengan penuh bijaksana.

Sifat Mustahil Bagi Rasul

Sifat mustahil bagi rasul adalah sifat-sifat yang bertentangan dengan sifat-sifat
wajib. Sifat-sifat tersebut adalah seperti berikut :

 Al-Kazib ‫ اﻟﻛذب‬ertinya berdusta. Mustahil rasul bersifat dengan sifat


berdusta.

26
 Al-Khianah ‫ اﻟﺧﯾﺎﻧﺔ‬ertinya mereka membelakangkan atau menyalahi apa
yang diwahyukan. Mustahil rasul bersifat dengan sifat khianat.

 Al-Kitman ‫ اﻟﻛﺗﻣﺎن‬ertinya tidak menyampaikan apa yang disuruh sampaikan.


Mustahil rasul bersifat sedemikian.

 Al-Baladah ‫ اﻟﺑﺎﻻدة‬ertinya lalai dan bodoh, sedangkan para rasul adalah


bijaksana dan pintar dalam mengalahkan musuh-musuhnya.

Sifat Harus Bagi Rasul

Rasul adalah harus bersifat dengan sifat-sifat manusia biasa yang tidak
membawa kekurangan taraf dan martabat mereka seperti makan, minum, tidur,
sakit yang tidak mengaibkan , berkahwin serta mempunyai keluarga. Rasul harus
bersifat seperti manusia biasa untuk membuktikan bahawa para rasul adalah
manusia ataupun makhluk Allah swt yang terpilih untuk menyampaikan ajaran
Islam di muka bumi ini.

Kesan Beriman Kepada Rasul

Beriman dengan nabi Muhammad saw bererti mengimani secara mutlak, tuntas
dan sempurna bahawa segala apa yang dibawa dan diberitakan oleh baginda
adalah datangnya dari Allah swt. Beriman dengan Rasulullah tidak boleh sama
sekali dengan cara mempercayai dan mengambil sebahagian dan meninggalkan
sebahagian dari ajarannya. Sikap yang sebegini bukanlah merupakan keimanan
yang mutlak terhadap kenabian Rasulullah saw. Al Quran banyak menyatakan
dalil-dalil tentang kesan keimanan kepada nabi Muhammad saw. Antaranya ialah
Firman Allah swt :

Maksudnya :
“Dan taatilah Allah swt dan rasul, supaya kamu diberikan rahmat.”

( Ali ‘Imran: 132)

Firman Allah swt :

Maksudnya :

27
“Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah swt, ikutilah aku, nescaya
Allah swt mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.”
( Ali ‘Imran : 31)

Firman Allah swt SWT :

Maksudnya
“Apa yang diberikan rasul kepadamu terimalah dan apa yang dilarang
bagimu maka tinggalkanlah.”
( al-Hasyr : 7)
Dalil-dalil seperti yang dinyatakan tadi sememangnya banyak di dalam al Quran
mengingatkan orang-orang beriman akan tanggungjawab mereka selepas
beriman kepada nabi Muhammad saw sebagai nabi dan rasul. Antaranya :

 Dalil-dalil tersebut menyuruh manusia mentaati Nabi Muhammad saw


kerana taatkan baginda bererti taatkan Allah swt. Balasan bagi orang
yang mentaati Allah swt ialah syurga al Na’im dan balasan bagi yang
mengingkarinya ialah neraka.

 Dalil-dalil tersebut menjelaskan kepada orang mukmin bahawa beriman


kepada Rasulullah saw bererti mengikuti apa yang disuruhnya dan
meninggalkan apa yang dilarang.

Kesan Terhadap ‘Ismah ar-Rasul

Maksum bermakna terpelihara darpada melakukan perkara-perkara yang boleh


menjatuhkan martabat seorang rasul khususnya daripada berbuat dosa,
kesalahan-kesalahan dan kekeliruan-kekeliruan. Menurut Ibn Taimiyah, para
nabi itu maksum hanya berkenaan dengan tugasnya menyampaikan wahyu
daripada Allah swt sahaja.

Di luar tugas itu, para nabi sebagai manusia biasa juga melakukan kesalahan.
Namun demikian, apabila para nabi menyedari kekeliruan dan kesilapan yang
mereka lakukan, mereka segera melakukan taubat nasuha. Selain daripada itu,
apabila berbuat silap atau kekeliruan para nabi segera mendapt peringatan dan
teguran daripada Allah swt swt.

Hal ini digambarkan oleh Allah swt di dalam al-Quran dengan firmannya :

28
“Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana telah datang seorang
buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari
dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi
manfaat kepadanya?” (A’basa : 1-4)

Ayat di atas menceritakan bagaimana seorang buta bernama Abdullah bin ummi
Maktum. dia datang kepada Rasulullah saw meminta ajaran-ajaran tentang
Islam; lalu Rasulullah saw. bermuka masam dan berpaling daripadanya, kerana
beliau sedang melayani pembesar Quraisy dengan pengharapan agar
pembesar-pembesar tersebut terbuka hati untuk masuk Islam. Maka turunlah
surah Ini sebagai teguran kepada Rasulullah saw

Rumusan

Pada dasarnya pengutusan para rasul bertujuan untuk mengesakan Allah swt.
Dialah Tuhan Rabb al-‘Alamin dan Tuhan para rasul tersebut. Tiada Tuhan yang
sebenar melainkan Allah swt.

Tidak diragukan lagi untuk mencapai kesempurnaan hidup, manusia bukan


sahaja berkehendakkan kepada perkara-perkara asasi seperti makanan,
pakaian, tempat tinggal dan keperluan jasmani yang lain, tetapi manusia juga
berkehendakkan sesuatu untuk memenuhi tuntutan roh. Dengan memenuhi
tuntutan roh, manusia akan mencapai taraf kesempurnaan sebagai manusia
yang mulia dan berbeza dengan makhluk yang lain.

Tugas Rasulullah saw adalah untuk memberitahu kepada manusia bahawa Allah
swt adalah penciptanya yang layak disembah dan Dialah yang meletakkan
manusia ke jalan yang lurus. Dengan keyakinan ini barulah manusia dapat
sampai ke jalan kebahagiaan dan kesempurnaan sebenar.

Manusia sendiri tidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib mengenai


Pencipta dan Sirat al-Mustaqim dengan menggunakan kudrat dan akalnya yang
lemah dan terhad. Manusia sering kali melakukan kesilapan. Oleh itu
pengutusan para rasul menunjukkan kebijaksanaanNya dan merupakan rahmat
yang paling besar untuk umat manusia.

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

Pendahuluan

Beriman kepada hari akhirat bermakna mengenal hari akhirat atau hari sesudah
mati serta segala yang akan berlaku sesudah itu, seperti hari kebangkitan, hisab

29
dan pembalasan. Seterusnya meyakini tentang adanya pahala dan dosa serta
adanya syurga dan neraka.

Kiamat ialah hari akhir penghabisan alam ini iaitu hari kerosakan serta
kehancuran alam dan satu alam baru akan diadakan. Alam baru itu adalah alam
suci yang akan memisahkan antara manusia yang rendah budi pekertinya
dengan manusia yang baik budi pekertinya. Beriman kepada hari akhirat
bermaksud orang Islam wajib percaya bahawa manusia akan menghadapi satu
hari kehancuran alam dan segala yang ada dalamnya dan selepas itu dijadikan
pula oleh Allah swt alam baru yang akan membezakan manusia baik dan jahat.
Manusia baik ditempatkan di syurga dan manusia jahat akan ke neraka.

Kematian dan alam berzakh

Setiap Manusia Akan Mengalami Kematian

Al-Quran menegaskan bahwa seluruh manusia, bahkan seluruh makhluk hidup, akan
mengalami kematian. Tidak seorang pun yang akan hidup kekal di dunia ini. Allah swt
berfirman,

“Semua yang ada di muka bumi ini akan fana.” (QS. Ar-Rahman: 36)

“Setiap yang bernyawa itu pasti akan mengalami kematian.”(QS. Ali ‘Imran: 185)

“Sesungguhnya engkau—wahai Rasul—akan mati. Dan sesungguhnya mereka pun


akan mati.” (QS. Az-Zumar: 30)

“Dan kami tidak menjadikan orang-orang yang sebelum kamu itu hidup kekal. Apakah
jika kamu mati mereka itu hidup kekal?” (QS. Al-Anbiya’: 34)

Dari ayat-ayat ini kita dapat memastikan bahwa kematian merupakan hukum kehidupan
umum dan mutlak bagi setiap makhluk hidup di dunia ini.

Pencabut Ruh

30
Kita mengamati bangaimana Al-Quran menisbahkan pencabutan ruh kepada Allah swt.
Allah swt berfirman,

“Allah swt mencabut jiwa-jiwa ketika tiba kematiannya.” (QS. Az-Zumar: 42)

Ini dari satu sisi. Dan dari sisi lain, Al-Quran juga menyatakan bahawa malaikat Izrail as
itu ditugaskan untuk mencabut nyawa manusia. Allah swt berfirman,

“Katakanlah! yang mematikan kalian adalah malaikat maut yang diwakilkan kepada
kalian.” (QS. As-Sajdah: 11)

Di tempat lain, Al-Quran menisbahkan pencabutan ruh kepada malaikat Allah swt dan
rasul-rasul-Nya.

“Sehingga ketika salah seorang di antara kalian didatangi oleh kematian, maka rasul-
rasul Kami itu mematikannya.” (QS. Al-An’am: 61)

Jelas bahwa tatkala pelaku melakukan perbuatannya melalui pelaku lainnya, perbuatan
itu boleh dinisbahkan kepada kedua pelaku tersebut. Kemudian, jika pelaku yang kedua
pun mempunyai perantara dalam perbuatannya itu, perbuatan itu pun bisa dinisbahkan
kepada pelaku yang ketiga. Mengingat bahwa Allah swt itu mencabut ruh-ruh dengan
perantara malaikat maut, dan pada gilirannya malaikat maut itu melaksanakan tugasnya
dengan perantara para malaikat yang tunduk di bawah perintahnya, pencabutan ruh itu
bisa dinisbahkan kepada tiga pelaku tersebut.

Lembut dan Kerasnya Pencabutan Ruh

Dari ayat-ayat Al-Quran dapat kita simpulkan bahawa Malaikat Izrail nyawa itu tidak
menyamaratakan dalam pencabutan ruh-ruh manusia. Adakalnya mereka mencabut
ruh seseorang dengan penuh kelembutan dan penghormatan. Pada kesempatan lain,
mereka mencabut ruh secara kasar dan keras. Mengenai pencabutan ruh orang-orang
mukmin, Allah swt berfirman,

31
“Mereka yang dimatikan oleh para malaikat yang baik itu berkata, ‘salam sejahtera atas
kalian.’” (QS. An-Nahl: 32)

Dan mengenai pencabutan ruh orang-orang kafir, Allah swt berfirman,

“Kalau kamu melihat ketika para malaikat mencabut jiwa orang-orang yang kafir seraya
memukul muka dan belakang mereka (dan berkata): "Rasakanlah olehmu siksa neraka
yang membakar", (tentulah kamu akan merasa ngeri).” (QS. Al-Anfal: 50)

Dapat juga dikatakan bahwa cara pencabutan ruh itu, baik keras atau pun lembut,
berbeza-beza di antara kaum mukmin dan kaum kafir sendiri, bergantung kepada
keimanan dan kekufuran mereka.

Nilai Iman dan Taubat Ketika Kematian Tiba

Ketika tiba saat kematian orang-orang kafir dan para pemaksiat, sementara rasa putus
asa untuk tetap hidup pun telah menghantui mereka, mereka menyesal akan apa yang
telah mereka lakukan. Segera mereka menampakkan keimanan serta bertaubat atas
dosa-dosa mereka. Hanya saja keimanan dan taubat demikian ini tidak diterima sama
sekali. Allah swt berfirman,

"Pada hari ketika telah datang sebagian ayat-ayat Tuhanmu, maka tidak bermanfaat
iman seseorang, dimana ia tidak pernah beriman sebelumnya atau melakukan kebaikan
dalam keimanan.” (QS. Al-An’am: 158)

32
“Bukanlah taubat itu bagi orang-orang yang telah melakukan keburukan, sehingga ketika
telah datang kepada salah seorang dari mereka kematiannya, ia berkata,
‘Sesungguhnya aku telah bertaubat.’” (QS. An-Nisa’: 18)

“Baru sekarang inikah engkau beriman? Padahal sebelumnya engkau bermaksiat dan
termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan?” (QS. Yunus: 91)

Mengharap Dikembalikan ke Dunia

Al-Quran menukil kisah orang-orang durhaka dan kafir, bahwa ketika telah tiba saat-saat
kematian, atau ketika siksa itu menimpa, mereka mengharapkan kembali ke dunia ini
agar dapat beriman dan berbuat amal kebajikan, atau memohon kepada Allah swt agar
dikembalikan lagi ke dunia untuk dapat mengubah hari-hari hitam mereka yang telah
mereka lalui. Hanya saja Allah swt mengabulkan permohonan itu. Dan, harapan mereka
sia-sia.

Sebagian ayat, Al-Quran mengungkapkan bahawa sekalipun mereka dikembalikan lagi


ke dunia ini, pasti mereka akan kembali melakukan berbagai kemungkaran
sebagaimana yang pernah mereka lakukan. Kelak di Hari Kiamat, mereka memohon
permohonan semacam itu. Hanya Allah swt tidak mengabulkan permohonan mereka.
Allah swt berfirman,

“Sehingga ketika kematian itu menjemput salah seorang dari mereka, ia berkata,
‘Tuhanku, kembalikanlah aku ke dunia, aku berharap akan berbuat amal saleh yang
telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak, itu hanyalah ucapan kosong belaka.’” (QS. Al-
Mu’minun: 99-100)

“Atau engkau akan berkata ketika melihat siksa, ‘Seandainya aku ini dikembalikan sekali
lagi, maka aku akan termasuk orang -orang yang baik.’” (QS. Az-Zumar: 58)

33
“Ketika mereka itu dihentikan ke atas neraka, mereka berkata, Seandainya kami ini
dikembalikan lagi dan tidak lagi mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, maka wahai Tuhan
kami, kami akan menjadi orang-orang yang beriman.’” (QS. Al-An’am: 27-28)

"Ketika orang-orang yang durhaka itu menundukkan kepala di hadapan Tuhan mereka,
mereka berkata, ‘Wahai Tuhan kami melekkanlah kami dan kami mendengar, maka
kembalikanlah kami agar dapat berbuat kebajikan. Sesungguhnya kami orang-orang
yang yakin.’” (QS. As-Sajdah: 12)

Secara jelas kita dapat memahami dari ayat-ayat di atas bahawa alam akhirat itu
bukanlah tempat berikhtiar, mencari jalan dan melakukan berbagai kewajiban, meskipun
keyakinan yang mereka dapatkan pada saat Sakaratul-maut dan di alam akhirat, tidak
akan membantu sama sekali proses kesem-purnaan mereka, juga tidak membuat
mereka berhak menerima pahala apapun. Oleh karena itu, orang-orang kafir dan
pemaksiat mengharapkan kembali ke dunia ini agar mereka dapat beriman dan
melakukan amal-amal soleh.

Alam Barzakh

Dari ayat-ayat yang lain kita dapat memahami bahawa setelah mengalami kematian dan
sebelum terjadinya Hari Kiamat, manusia akan melalui satu masa di alam kubur dan
barzakh. Di alam barzakh, mereka akan mendapatkan berbagai kesenangan dan
kenikmatan, ataupun kesengsaraan dan siksaan. Di dalam riwayat banyak disebutkan
bahwa orang-orang mukmin yang melakukan dosa pada kehidupan mereka di dunia
akan menghadapi berbagai kesulitan dan penderitaan di alam barzakh seberat dosa-
dosa yang pernah mereka lakukan, untuk mensucikan diri mereka agar tidak
menanggung beban berat di alam akhirat.

Mengingat bahwa ayat-ayat yang menjelaskan tentang alam barzakh memerlukan kajian
tafsir, kita hentikan pembahasan itu sampai di sini. Dalam hal ini, kami hanya membawa
satu ayat. Allah swt berfirman,

34
“Agar Aku berbuat amal yang saleh terhadap yang Telah Aku tinggalkan. sekali-kali
tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan
mereka itu terdapat alam barzakh sampai tiba Hari Kebangkitan [1022].”

[1022] Maksudnya: mereka sekarang Telah menghadapi suatu kehidupan baru, iaitu
kehidupan dalam kubur, yang membatasi antara dunia dan akhirat.

Kiamat

Permulaan hari akhirat ialah selepas semua manusia mati dan malaikat Israfil meniup
sangka kala hari yang kedua, maka semua manusia akan dihidupkan kembali. Ketika
itu, manusia dalam keadaan kelam kabut, anak terjatuh daripada ribaan ibunya,
manusia bertempiaran membawa diri masing-masing manakala bayi gugur daripada
kandungan ibunya. Gambaran lain pula, digambarkan bahawa matahari bergulung,
bintang gugur bertaburan, langit terbelah, lautan meluap, bumi mengeluarkan bahan-
bahan yang berat serta bulan dan bintang tidak mengeluarkan cahaya. Demikianlah
gambaran keadaan hari kiamat yang digambarkan oleh al-Quran dan al-Hadis.

Perkataan kiamat adalah diambil daripada bahasa arab iaitu ” al-Qiamah ” ( ‫ ) اﻟﻘﯾﺎﻣﺔ‬yang
bererti berdiri atau bangkit. Dalam ilmu tauhid , kiamat diertikan dengan kebangkitan
semula di alam baru setelah hancurnya alam semesta ini. Kebangkitan tersebut adalah
bertujuan untuk dikira amalan manusia di dunia ini dengan perkiraan yang sangat adil
dari Allah swt. Di hari itu manusia akan dipisahkan kepada dua golongan yang buruk
akan menerima sebesar-besar azab manakala golongan yang baik pula akan menerima
nikmat ( ‫ ) ﻧﻌﻣﺔ‬kebahagian yang akal abadi

Dalil Kewajipan Beriman Dengan Hari Kiamat.

……..
……..
Ertinya : ” barang siapa yang beriman dengan Allah swt dan hari akhirat.....”
Surah al-Baqarah ayat 62

Dalam surah yang lain pula al-Quran menjelaskan


………
………
Ertinya : “ …. Dan orang –orang yang beriman dengan Allah swt dan hari akhirat….”
Surah an-Nisa ayat 163

Termasuk juga di dalam pengertian mempercayai hari akhirat ialah mempercayai akan
adanya kehidupan di alam barzakh dan penyoalan di dalam kubur, pengadilan di
padang mashsyar dan pembalasan syurga dan neraka terhadap iman dan amalan-
amalan yang telah dilakukan oleh manusia semasa hidupnya di dunia , syafaat Nabi ,
Mizan dan titian siratal-Mustaqiim.

35
DOSA DAN PAHALA

DOSA MENURUT ISLAM

Ada banyak istilah dosa dalam Al Quran. Dan yang paling menonjol di antaranya adalah:

1. Al Dhanb ‫(– اﻟذﻧب‬pelanggaran, kejahatan, kejijikan) - Dalam Al Qur'an terdapat


39 ayat tentang perkara ini. Semuanya berhubungan dengan ungkapan dalam
ayat berikut ini:

1. Sesungguhnya kami Telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.

2. Supaya Allah swt memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu (Al Dhanb)
yang Telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya
atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,

2. Al Fahsha' ‫( اﻟﻔﺣﺷﺎء‬perbuatan keji, kejahatan, perzinahan) - Istilah ini lazim


digunakan untuk dosa zinah. Al Qur'an melarang dosa ini:

"Janganlah kamu hampiri perbuatan keji, baik yang lahir ataupun yang batin"
(S.6 Al An'am 151).

3. Al Wizr ‫(– اﻟوزر‬letih-lesu, beban, rintangan) –

"Bukankah Kami (Allah swt) telah melapangkan dadamu dan telah Kami
ringankan bebanmu (Al Wizr) yang berat. Yang memberati punggungmu" (Q. Al
Insyirah 1-3).

Al Fakhr Al Razi menjelaskan ayat ini demikian; suatu ketika Malaikat Jibrail
mengunjungi Muhammad membelah dadanya dan mengambil hatinya. Hati itu
dibersihkan dan disucikan dari segala bentuk pemberontakan. Kemudian diisi
dengan pengetahuan dan iman.

36
4. Al Dalal ‫ اﻟﺿﻼل‬- (tersesat) –

"Bukankah engkau didapatiNya seorang anak yatim, lalu dilindungiNya? Dan


engkau didapatiNya dalam kesesatan (belum mendapat petunjuk), lalu
ditunjukiNya dan engkau didapatiNya seorang miskin, lalu diberiNya kekayaan"
(S.93 Adh Dhuhaa 6-8).

5. Al Kufr ‫(– اﻟﻛﻔر‬kafir, ateisme) - Seperti kata Al Qur'an pada orang beriman:

"..tetapi Allah swt membencikan kepadamu kekafiran (Al Kufr), pasik dan
kedurhakaan" (S.49 Al Hujurat 7). Al Zamakhshari menjelaskan: "Dalam ayat ini
terdapat tiga hal, yakni; Al Kufr, menyangkal Allah swt, Al Fusuk untuk berdusta
dan Al Usyan yang artinya durhaka".

6. Al Zulm ‫ اﻟظﻠم‬- (tidak adil, jahat, tidak tulus) - Seperti dikatakan:

"Ketika Tuhanmu menyeru Musa, 'Hendaklah engkau pergi kepada kaum aniaya
(Al Zalimin)" (Asy- Syu'araa 10).

7. Al Ithm ‫ اﻹﺛم‬- (jahat, jijik, perlawanan) - Al Quran berkata:

"Tinggalkanlah dosa lahir dan dosa batin. Sesungguhnya orang-orang yang


mengerjakan dosa itu, nanti akan dibalas karena dosa yang telah mereka
kerjakan itu" (S.6 Al An'am 120).

8. Al Fudjur ‫(– اﻟﻔﺟور‬bejat, jahat) - Al Quran berkata:

"Dan sesungguhnya orang-orang jahat (Al Fudjur) dalam neraka. Mereka masuk
ke dalamnya pada Hari Pembalasan" (S.82 Al Infithaar 14-15).

37
9. AlKhati'a ‫ (– اﻟﺧطﯾﺋﺔ‬dosa, pelanggaran) - Al Quran berkata:

"Barang siapa memperbuat kesalahan kecil (Al Khati'a) atau dosa besar (Al Ithm)
kemudian dilemparkannya kesalahan itu kepada orang yang tak bersalah,
sesungguhnya ia memikul kebohongan (Al Buthan) dan dosa yang nyata" (S.4
An Nissa 112).

10. Al Sharr ‫– اﻟﺷﺎر‬jahat) - Al Quran menyatakan: "Barang siapa mengerjakan


kejahatan (Al Sharr, meskipun seberat zarrah, akan dilihatnya (balasan)
kejahatan itu, (zarrah = debu halus atau semut halus)" (S.99 Al Zalzalah 8).
Ja'far Tabari, mengutip Yunus bin Abdul Al'a'la dari Ibnu Wahab dari Yahya bin
Abdul Al Rahman Al Hubali dari Abdul Allah swt bin 'Amr Al'as berkata: "Pasal ini
di turunkan ketika Abu Bakar Al Sadik sedang duduk. Ia menangis waktu ayat ini
di turunkan. Nabi Allah swt bertanya kepadanya, 'Mengapa engkau menangis
Abu Bakar?', jawabnya, 'Surat inilah yang membuat aku menangis'. Nabi Allah
berkata, 'Jika engkau tidak berbuat dosa dan mengerjakan salah yang kerananya
beroleh pengampunan Allah swt, maka Allah swt akan menciptakan satu umat
yang akan berbuat dosa dan salah dan kemudian mengampuni mereka'".

11. Al Sayyi'a – ‫(اﻟﺳﯾﺋﺔ‬pelanggaran, kejahatan) - Al Quran berkata: "Barang siapa


berbuat kejahatan (Al Sayyi'a), maka disungkurkan mukanya ke dalam neraka"
(S.27 An-Naml 90). Ibnu 'Abbas berkata: "Sewaktu ayat ini di turunkan, orang
beriman tidak mampu menanggungnya dan berkata kepada Muhammad,
'Siapakah di antara kami yang tidak mengerjakan kejahatan dan bagaimana
dengan pembalasannya?' Muhammad menjawab, Allah swt telah menjanjikan
berkat 10 kali lipat bagi orang yang taat dan satu hukuman untuk satu
ketidaktaatan. Sebab itu orang yang ditanggungkan satu kesalahan akan
kehilangan satu dari sepuluh berkat itu dan tinggAllah swt yang sembilan'".

12. Al Su' ‫ اﻟﺳؤ‬-(Jahat, kemalangan) - Dikatakan: "Barang siapa mengerjakan


kejahatan (Al Su) niscaya akan dibalas dengan kejahatan pula, sedang ia tiada
memperoleh wali dan tiada pula penolong selain dari Allah swt" (S.4 An Nisaa'
123).

13. Al Fasad ‫(– اﻟﻔﺳد‬binasa) - Dinyatakan dalam Al Qur'an: "Apabila ia berpaling, ia


berusaha di muka bumi berbuat kebinasaan dan merusakkan tanaman dan
anak-anak. Dan Allah swt tiada mengasihi kebinasaan itu" (S.2 Al Baqarah 205).

14. Al Fisk ‫(– اﻟﻔﺳك‬kejam, fasik) - Ada tertulis dalam Al Qur'an: "Sesungguhnya
telah Kami turunkan kepada engkau beberapa ayat yang terang dan tiadalah
yang menyangkal, kecuali orang-orang fasik" (S.2 Al Baqarah 99). Para penafsir
mengemukakan bahwa Al Fisk terjadi pada waktu seseorang melampaui apa
yang telah ditetapkan Allah swt dan di sinilah kefasikan menjadi kekafiran.

38
15. Al Bhutan ‫(– اﻟﺑﺗن‬fitnah, bohong) - Ada tertulis, "Mengapa tiada kamu katakan,
ketika kamu mendengarnya; Bahwa kita tiada sepatutnya bercakap-cakap
tentang hal ini. Maha suci Engkau (ya Allah swt). Inilah Kebohongan yang besar
(S.24 An Nur 16).

PAHALA

Salah satu keistimewaan yang Allah swt kurniakan kepada umat manusia yang beriman
kepada Allah swt ialah kelebihan pahala yang berlipat ganda.Kalau dilakukan satu
perkara kebaikkan Allah swt akan tambah dan gandakan pahala menjadi sepuluh kali
ganda ,seratus kali ganda atau lebih daripada itu.Firman Allah swt:

": Sesiapa yang membuat satu kebaikkan maka baginya sepuluh kebajikkan."

( Surah al-An’am ayat: 160 )

Kelebihan pahala itu adalah suatu rahmat yang Allah swt kurniakan.Di akhirat kelak
manusia yang pahalanya banyak dan berlipat ganda adalah orang-orang yang
beruntung dan mendapat tempat dalam Syurga Allah swt.Sesiapa yang banyak dosa
atau kurang pahalanya maka balasan jahat adalah baginya dan Neraka adalah
tempatnya.

" Umpama orang yang berinfak(belanja) pada jalan Allah swt adalah sama seperti satu
biji benih yang tumbuh tujuh tangkal dan pada setiap tangkal itu terdapat seratus biji dan
Allah swt mengandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya."

( Surah al-Baqarah ayat : 261 )

Daripada ayat di atas,kita dapati Allah swt menggambarkan orang yang berbelanja atau
menghulurkan wang untuk kebaikkan ibarat satu benih yang tumbuh dengan tujuh
tangkal dan pada satu tangkal itu seratus benih iaitu pahala kebajikkan.Hal yang
sedemikian adalah merupakan balasan Allah swt S.W.T dan pahala yang amat besar.

Umat Nabi Muhamad saw adalah semulia-mulia umat.Oleh yang demikian diharapkan
pahala yang sebegini banyak yang Allah swt kurniakan hendaklah direbut peluang dan
berlumba-lumba untuk menambahkan pahala.Pahala itulah yang menjadi bekalan dan
saham yang paling tinggi untuk mendapat keredaan Allah swt dan menyelamatkan
manusia daripada seksaan api neraka.

39
Mahsyar

Mahsyar ialah bumi tempat berhimpunnya manusia yang dibangkitkan dari kubur. Ianya
sangat luas dan mendatar tidak berbukit dan berlurah. Keadaan seperti sekeping roti
yang putih bersih. Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Shal
bin Sa’ad:
‫ﯾَﺣْﺷُر اﻟﻧﱠﺎسَ ﯾَوْمَ اﻟﻘِﯾَﺎﻣَﺔ ﻋَﻠﻰ أَرْضٍ ﺑَﯾْﺿَﺎءِ ﺻَْﻔرَاء ﻛَﻘُرْﺻَﺔٍ ﻧَﻘِﻰﱟ ﻟَﯾْسَ ﻓِﯾْﮭَﺎ ﻋِﻠْمٌ ﻷَِﺣَ ٍد‬
‫رواه ﻣﺳﻠم ﻋن ﺳﮭل ﺑن ﺳﻌد‬
Maksudnya : “ Dihimpunkan manusia pada hari kiamat di atas bumi yang putih melepak,
seperti sekeping roti yang yang bersih. Tiada padanya sebarang tanda bagi seseorang “

Perhimpunan manusia di sana adalah untuk menunggu perhisaban dari Allah swt.
Semua manusia yang pernah merasai hidup di dunia akan dibangkitkan di Mahsyar.
Firman Allah swt dalam surah al-Khafi ayat 47

Maksudnya “ ….dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang


dan Engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan
mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari
mereka.”

Setelah dibangkitkan dan dihimpunkan di padang mahsyar, mereka berhadapan dengan


Allah swt yang menjadi hakim untuk diperiksa segala amal semasa di dunia. Orang kafir
dan orang yang tidak beramal takut berhadapan dengan Allah swt. Sebaliknya orang
yang beriman dan beramal salih tidak sedikitpun berasa gentar dan takut kerana
malaikat bersama mereka. Segala amal perbuatan manusia akan dibentangkan dan
diadili.

Dalam suasana perhimpunan yang dahsyat itu, manusia penuh sesak sehingga tidak
ada setapak pun bumi yang kosong. Semuanya tepaku kebingunan, kemudian hawa
tersangat panas mulai dirasai,ketika pada masa itu matahari didekatkan sehingga
kepada jarak beberapa hasta sahaja sebagaimana yang dijelaskan oleh Baginda
Rasulullah saw yang bermaksud: “ apabila datang kiamat didekatkan matahari kepada
manusia sehingga beberapa hasta.”

Hampir mereka dicairkan oleh matahari dan bepeluhan mengikut kadar amal mereka
masing-masing. Di antara mereka berpeluh sampai ke buku lali, sebahagiannya sampai
kebahu dan sebahagian lagi sampai tenggelam dalam peluh. Sabda Rasulullah saw
yang di riwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a

‫ﯾَﻌْرَقُ اﻟﻧﱠﺎسَ ﯾومَ اﻟﻘِﯾَﺎﻣَﺔِ ﺣﺗﻰ ﯾَذْھَبَ ﻋَرَﻗَﮭم ﻓِﻰ اﻷرضِ ﺳَﺑْﻌِﯾْنَ زِرَاﻋًﺎ وَﯾُﻠﺟِﻣُﮭُم ﺣَﺗﻰ‬
‫ﯾﺑَﻠْﻎُ آذاﻧﮭم‬
‫رواه اﻟﺑﺧﺎرى ﻋن اﺑﻰ ھرﯾرة‬
Ertinya : “ Berpeluh manusia pada hari kiamat sehingga mengalir peluh mereka di atas
bumi tujuh puluh hasta dan melimpah sampai ke telinga mereka “

40
Firman Allah swt dalam surah an-Naba’ ayat 38-40 telah menjelaskan lagi hadis di atas

Maksudnya : “ 38. (Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat Yang lain
berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada Yang berani berkata-kata
(memohon pertimbangan) melainkan Yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang
Maha Pemurah, serta ia berkata benar.
39. itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) Yang sungguh tetap
berlakunya; maka sesiapa Yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan
dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal Yang soleh)!
40. Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan Yang tersebut), Kami memberi
amaran kepada kamu mengenai azab Yang dekat (Masa datangnya), - Iaitu hari
seseorang melihat apa Yang telah diusahakannya; dan orang Yang kafir akan berkata
(pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau Aku menjadi tanah (supaya Aku tidak
dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".

41
Rumusan:

Setelah semua manusia mati selepas daripada berlakunya kiamat besar, maka
sampailah pula peringkatnya manusia itu dibangkitkan semula. Mereka akan
dibangkitkan dengan tiupan sangkala kedua. Tujuan mereka dibangkitkan ialah untuk
menerima pengadilan dari Allah swt atas segala perbuatan mereka dan untuk
dipersoalkan segala tanggungjawab yang diamanahkan Allah swt kepada mereka
semasa di dunia dahulu.

Hisab

Hisab ialah perhitungan dari amal perbuatan yang akan dibalas baik atas perbuatan
yang baik dan akan dibalas jahat atas perbuatan yang jahat. Dengan kata lain hisab
ialah pemberitahuan Allah swt kepada hambaNya tentang amal mereka dan apa yang
harus diterima oleh mereka tentang hasil amal tersebut.

Pada hari tersebut amalan manusia, kecil atau besar, baik atau buruk akan dihisab.
Akhirnya manusia akan menerima pembalasannya daripada Allah swt Semasa
menerima kitab catatan amalan masing-masing daripada Allah swt, ada yang menerima
daripada tangan kanan menunjukkan mereka akan terselamat. Manakala yang
menerima daripada tangan kiri akan menerima azab. Ada yang menerima kitab daripada
belakang. Soalan pertama yang akan ditanya ialah solat kemudian soalan lain seperti
darah kerana ada hubungan dengan orang lain dan juga mengenai umur di mana ia
dihabiskan, masa muda di mana digunakan serta harta bagaimana diperolehi dan
dibelanjakan.

Firman Allah swt dalam surah al-Insyiqaq ayat 7 – 11

Ertinya :
“ kemudian sesiapa Yang diberi menerima surat amalnya Dengan tangan
kanannya, -maka ia akan dihisab Dengan cara Yang mudah dan ringan,dan ia
akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) Dengan sukacita.dan sesiapa
Yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah
belakangnya,maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,”

Mizan

Mizan bermakna timbangan. Kita di ajar di akhirat nanti akan ada alam mizan di mana
semua amalan akan ditimbang. Siapa yang berat amalan baiknya akan dimasukkan ke
syurga. Siapa yang berat amalan buruk akan dimasukkan ke neraka.

42
Beriman dengan hisab (perhitungan amal) dan mizan atau (timbangan amal) Allah swt
menghitung amal setiap manusia berdasarkan amal yang mereka lakukan di dunia.
Barang siapa termasuk ahli tauhid dan taat kepada Alloh ‘Azza wa Jalla serta rasulNya
ia akan mendapatkan perhitungan yang mudah dan ringan. Sebaliknya barang siapa
termasuk ahli syirik dan maksiat akan mendapati hisab yang sulit dan berat.

Selanjutnya amal perbuatan itu ditimbang dalam timbangan kebaikan diletakkan dalam
suatu bejana timbangan dan keburukan diletakkan dalam bejana yang lain . barang
siapa yang kebaikannya lebih berat dari pada keburukannya maka termasuk penduduk
syurga, sebaliknya segala keburukan lebih berat, maka termasuk penduduk neraka.

Tentang Mizan Allah swt ‘Azza wa Jalla berfirman, yang bermaksud:

"Kami akan memasang timbangan yang tepat/adil pada hari kiamat, maka
tiadalah dirugikan seseorang sedikitpun . dan jika amalan itu hanya sebesar biji
sawi pun pasti kami mendatangkan (pahala)-Nya. Dan cukuplah kami sebagai
pembuat perhitungan" (QS: Al Anbiyaa': 47)

Sirat

Mempercayai bahawa di akhirat ada titian yang dinamakan Assirat ( ‫ ) اﻟﺻراط‬adalah


wajib. Ia merupakan jambatan yang merintangi permukaan nereka menuju ke syurga,
panjangnya titian tersebut ialah 15 ribu tahun perjalanan sebagaimana yang disebutkan
di dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Fudail bin ‘Iyad ( ‫ ) اﻟﻔﺿﯾل ﺑن ﻋﯾﺎض‬katanya: “
disampaikan kepada kami bahawa titian itu panjangnya 15 ribu tahun perjalanan,
padanya 5 ribu pendakian dan 5 ribu menurun 5 ribu tempat yang datar. Ianya pula
sangat halus dan dan amat tajam serta amat licin sekali “

Orang-orang yang baik dan banyak kebajikan akan mendapat melalui titian itu dengan
selamat dalam berbagai-bagai kecekapan menurut amal masing-masing. Ada yang
lambat dan ada pula cepat seperti kilat. Mereka yang berdosa akan tergelincir darinya
dan akan terjatuh ke dalam neraka. Tiap-tiap manusia tidak akan dapat lari dari melalui
titian tersebut. Firman Allah swt dalam Surah Maryam ayat 71-72

43
Maksudnya : “ dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai
kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) Yang telah
ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang
bertaqwa, dan Kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan
maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.

Syuga dan Neraka

SYURGA - Tempat nikmat yang abadi yang disediakan untuk mereka yang beriman dan
melakukan amal soleh.

Allah swt berfirman yang bermaksud:

" Bersegeralah menuju keampunan Tuhan dan memasuki Syurga yang luasnya seperti
langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertaqwa "

- Surah Ali-Imran:133
Nama-nama Syurga:
1. Jannatul Na’im
2. Jannatul Firdaus
3. Jannatul Ma’wa
4. Jannatul Khuldi
5. Jannatul Darussalam
6. Jannatul Muqamah

NERAKA - Tempat azab yang abadi disediakan untuk mereka yang menderhaka
kepada Allah swt sebagai balasan siksa baginya.

NERAKA - Tempat kekal bagi orang-orang kafir dan orang-orang Islam yang ‘asi (
engkar kepada agama ) mengikut amalan dosa yang dilakukannya.

Allah swt berfirnan yang bermaksud:

" Dan orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itu ialah ahli
Neraka. Mereka akan kekal didalamnya "

- Surah Al_Baqarah:39

Nama-Nama Neraka:
1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiem

44
3. Neraka Hutomah
4. Neraka Wail
5. Neraka Hawiah
6. Neraka Sa’ier
7. Neraka Saqar

Persediaan Menghadapi hari Akhirat

Diriwayatkan sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat


kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat
Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang sangat bernilai.
Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: "Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia
dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

Pertama: Hak kepada diri.


Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-
pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: Hak kepada malaikat maut.


Mengandakan kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang
dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah swt.

Ketiga: Hak kepada kubur.


Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata,
memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir


Tidak berdusta berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

Kelima : Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat).
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup
menanggung kesulitan.

Keenam : Hak kepada Sirat (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat).
Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka
berjemaah.

Ketujuh : Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka).


Menangis lantaran takut kepada Allah swt S.W.T, berbuat baik kepada ibu bapa,
bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan : Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga).


Berasa reda kepada qada Allah swt, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat
Allah swt dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan : Hak Kepada Nabi Muhammad S.A.W


Bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah
(hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah swt
S.W.T.

45
46
Kesepuluh : Hak kepada Allah swt S.W.T
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan,
menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Kesan beriman dengan hari akhirat

Bagi orang yang beriman dengan hari akhirat, mereka akan tenang menghadapinya
kerana kehidupan di dunia ini adalah sebagai lanjutan kehidupan abadi di akhirat.
Beriman dengan hari akhirat juga sebagai pendorong untuk membuat kebaikan dan
meninggalkan perbuatan yang jahat kerana setiap perbuatan yang dilakukan di dunia ini
tidak terlepas daripada pengetahuan Allah swt. Dengan itu, manusia akan lebih
berdisiplin dalam hidup dan sentiasa melakukan kebaikan terhadap dirinya dan
masyarakat seluruhnya.

Rumusan

Kesimpulannya, beriman dengan hari akhirat membawa maksud membenarkan bahawa


di sebalik penghidupan di dunia ini masih ada penghidupan di akhirat. Allah swt akan
menghidupkan manusia sekali lagi dan melakukan perbicaraan terhadap perbuatan dan
amalan mereka di dunia. Hasil daripada perbicaraan itu, golongan manusia dimasukkan
ke dalam syurga atau neraka. Perhimpunan di padang mahsyar, perbicaraan dan
balasan itu dilakukan ke atas roh dan jasad manusia. Di samping itu kita beriktiqad
bahawa syafaat nabi Muhammad di akhirat adalah benar, kita beriktiqad bahawa azab
dan nikmat kubur adalah benar.

47
Hari Kiamat

Permulaan hari akhirat ialah selepas semua manusia mati dan malaikat Israfil meniup
sangka kala hari yang kedua, maka semua manusia akan dihidupkan kembali. Ketika
itu, manusia dalam keadaan kelam kabut, anak terjatuh daripada ribaan ibunya,
manusia bertempiaran membawa diri masing-masing manakala bayi gugur daripada
kandungan ibunya. Gambaran lain pula, digambarkan bahawa matahari bergulung,
bintang gugur bertaburan, langit terbelah, lautan meluap, bumi mengeluarkan bahan-
bahan yang berat serta bulan dan bintang tidak mengeluarkan cahaya. Demikianlah
gambaran keadaan hari kiamat yang digambarkan oleh al-Quran dan al-Hadis.

Hari Perhimpunan

Setelah dibangkitkan dan dihimpunkan di padang mahsyar, mereka berhadapan dengan


Allah swt yang menjadi hakim untuk diperiksa segala amal semasa di dunia. Orang kafir
dan orang yang tidak beramal takut berhadapan dengan Allah swt. Sebaliknya orang
yang beriman dan beramal soleh tidak sedikitpun berasa gentar dan takut kerana
malaikat bersama mereka. Segala amal perbuatan manusia akan dibentangkan dan
diadili.

Hari Perhitungan

Pada hari tersebut amalan manusia, kecil atau besar, baik atau buruk akan dihisab.
Akhirnya manusia akan menerima pembalasannya daripada Allah swt s.w.t. Semasa
menerima kitab catatan amalan masing-masing daripada Allah swt, ada yang menerima
daripada tangan kanan menunjukkan mereka akan terselamat. Manakala yang
menerima daripada tangan kiri akan menerima azab. Ada yang menerima kitab daripada
belakang. Soalan pertama yang akan ditanya ialah solat kemudian soalan lain seperti
darah kerana ada hubungan dengan orang lain dan juga mengenai umur di mana ia
dihabiskan, masa muda di mana digunakan serta harta bagaimana diperolehi dan
dibelanjakan.

Kesan beriman dengan hari akhirat

Bagi orang yang beriman dengan hari akhirat, mereka akan tenang menghadapinya
kerana kehidupan di dunia ini adalah sebagai lanjutan kehidupan abadi di akhirat.
Beriman dengan hari akhirat juga sebagai pendorong untuk membuat kebaikan dan
meninggalkan perbuatan yang jahat kerana setiap perbuatan yang dilakukan di dunia ini
tidak terlepas daripada pengetahuan Allah swt. Dengan itu, manusia akan lebih
berdisiplin dalam hidup dan sentiasa melakukan kebaikan terhadap dirinya dan
masyarakat seluruhnya.

Rumusan

Kesimpulannya, beriman dengan hari akhirat membawa maksud membenarkan


bahawa di sebalik penghidupan di dunia ini masih ada penghidupan di akhirat. Allah swt
akan menghidupkan manusia sekali lagi dan melakukan perbicaraan terhadap
perbuatan dan amalan mereka di dunia. Hasil daripada perbicaraan itu, golongan

48
manusia dimasukkan ke dalam syurga atau neraka. Perhimpunan di padang mahsyar,
perbicaraan dan balasan itu dilakukan ke atas roh dan jasad manusia. Di samping itu
kita beriktiqad bahawa syafaat nabi Muhammad di akhirat adalah benar, kita beriktiqad
bahawa azab dan nikmat kubur adalah benar.

49
BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR
Pendahuluan

Beriman kepada qadak dan qadar Allah swt bermakna mempercayai bahawa ketentuan
yang telah ditetapkan Allah swt, mesti dituruti bagi kesinambungan dalam pengurusan
dan membina alam semesta ini. Beriman kepada qadak dan qadar ialah mempercayai
bahaya segala sesuatu yang terjadi dan peristiwa-peristiwa berlaku adalah menurut
ketentuan dan ketetapan Allah swt s.w.t. Kita hendaklah beriman kepada keabdian
pengetahuan Allah swt sebagaimana kekuasaanNya untuk membuat sesuatu rancangan
dan melaksanakan segala rancanganNya. Manusia dijadikan oleh Allah swt dan Dialah
yang menentukan perjalanan gerak-geri dan perlakuan mereka. Allah swt berfirman
dalam Surah at-Takwir, ayat 29

yang bermaksud “ Dan tiadalah kamu berkemahuan melakukan (sesuatu perkara)


melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah swt”.

Konsep ikhtiar

Dalam menentukan ketetapan nasib hamba-hambanya itu, Allah swt mengingkari sikap
dan amalan manusia yang buruk, ikhtiar dan uasahanya merupakan kemampuan-
kemampuan yang ada padanya. Allah swt mewajibkan manusia berusaha ke arah
kebaikan dan menetapkan peranan usaha dalam menentukan nasib manusia. Sekiranya
baik yang diusahakan maka baiklah nasibnya dan begitulah sebaliknya.

Menurut Ensiklopedi Islam (1994), dalam ilmu kalam (teologi), “ikhtiar” bererti
kebebasan untuk memilih, di mana menurut faham kadariah, manusialah yang
mewujudkan perbuatannya dengan kemahuan dan tenaganya. Daya telah diberikan
Allah swt sebelum manusia bertindak. Oleh kerana itu manusia bebas memilih dan
berkehendak. Mengenai kebebasan memilih (iaitu samada membuat sesuatu atau tidak
membuat sesuatu, termasuk berbuat baik atau sebaliknya) dan akibat-akibat daripada
perbuatannya itu ada dinyatakan di dalam Al-Quran, antaranya, seperti berikut:-

 “Perbuatlah apa yang kamu kehendaki, sesungguhnya Dia Maha


Melihat apa yang kamu kerjakan”

50
(Fush Shilat: 44)

 Kebebasan memilih menjadi beriman atau kafir (dan hukumannya)

(Al Kahfi: 29)

 Orang yang sebelumnya tidak Islam, dan setelah kemudiannya


menjadi Islam telah diberikan banyak keistimewaan (untuk dia pilih dan
nikmati).

(Ali Imran:164)

Ibnu Sina pula menyatakan bahawa ikhtiar sebagai kekuatan untuk memilih. Kekuatan
untuk memilih ini pula berdasarkan atas daya dan pengetahuan yang diberikah Allah
swt melalui upaya dan intelek manusia, sehingga ia dapat memilih sesuatu yang akan
dikerjakan atau tidak dikerjakan.

Menurut Muhamad Husain Haekal (1987), jabariah ilmiah (yakni penetapan saintifik)
berpendapat, ikhtiar (yakni kemahuan bebas atau sengaja) yang ada pada kita dalam
kehidupan ini ialah ikhtiar nisbi iaitu banyak bergantung kepada keperluan hidup sosial
daripada segi praktisnya.

Dengan itu “ikhtiar adalah suatu rangkuman mengandungi niat dan diikuti usaha dalam
melakukan sesuatu, dengan beberapa pilihan yang ada, bagi mencapai keperluan
hidup (yang biasanya ke arah yang lebih baik) dan demi mencapai kejayaan.

Di dalam undang-undang Islam, ikhtiar merupakan salah satu tanggungjawab manusia.


Terdapat banyak contoh mengenai perkara ini, misalnya,

51
“Dan bahawa manusia hanya memperolehi apa yang diusahakan. Dan usaha
nya itu akan diperlihatkan kepadanya kelak”

(An Najm: 39-40)

“Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu golongan (atau kaum) kalau
mereka tidak mahu mengubah nasib mereka sendiri”:

(Ar-Rad: 11)

Mempercayai qadak dan qadar bermakna mempercayai bahawa ketentuan Allah swt
adalah adil dan bersesuaian dengan kehendakNya. Allah swt memberikan kepada
manusia hak berusaha dan berikhtiar. Allah swt sahajalah yang menentukan segala-
galanya dengan peraturan-peraturan yang ditetapkanNya. Peraturan-peraturan itu
bersesuaian denganNya yang menjadikan manusia makhluk bertanggungjawab yang
dapat dipersoalkan amalan mereka di dunia dan dapat dibalas di akhirat kelak.

Langkah-langkah Yang Diperlu Diperlakukan

Perkara yang utama yang perlu ada adalah niat. Satu prinsip penting dalam undang-
undang ialah “acta exteriora indicant interiora secreta”, yang bererti setiap orang itu
dianggap berniat terhadap kesan biasa daripada tindakannya-- atau dengan kata lain,
perbuatan melambangkan niat.

Tahap yang berikutnya dalam berikhtiar ialah berusaha gigih bagi mencapai niat itu.
Dalam hal ini contoh yang paling mudah ialah: Berasaskan niat untuk memakan buah
khurma, maka seseorang itu perlu berikthiar dengan cara menggoncang pokok khurma
(atau dengan cara mengait buah atau memanjat pokoknya) untuk mendapatkan
buahnya (Surah Maryam:25).

Cuba kita sama-sama renungi dan mengambil iktibar (setelah bertawakkal atas usaha-
usaha ikhtiar yang kita telah kita lakukan); seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Talaq
(ayat 2-3), iaitu seperti berikut:

“Barangsiapa yang bertaqwa kepaada Allah swt nescaya dia akan mengadakan baginya
jalan keluar dan memberinya rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangkanya. Dan
barang siapa yang bertawakkal kepada Allah swt nescaya Allah swt akan mencukupkan
(keperluan)nya. Sesungguhnya Allah swt melaksanakan urusan (yang dikehendaki)nya.
Sesungguhnya Allah swt telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu”.

52
IKHTIAR
Keperluan
AHLI-AHLI
Berikhtiar
Tujuan
PROFESIONAL
Berikhtiar

Langkah-langkah Berikhtiar

Niat/Berazam
Berusaha

Rumusan

Beriman kepada qadak dan qadar menimbulkan sifat berani dan tidak gentar
menghadapi musuh dalam perjuangan kerana setiap yang berlaku merupakan
ketentuan daripada Allah swt s.w.t. Kepercayaan ini juga menimbulkan rasa tenang dan
menimbulkan sifat sabar di dalam hati jika menembuh kegagalan kerana ia adalah takdir
Allah swt. Di samping itu, ia juga menjadi pendorong kepadanya untuk terus berusaha
serta mencari sebab punca kegagalan itu untuk memperbaikinya. Individu muslim yang
beriman kepada Allah swt mempercayai bahawa setiap yang berlaku mempunyai
hikmah yang hanya Allah swt s.w.t. sahaja yang mengetahuinya.

Konsep Tawakal

Pengertian :

Berserah diri. Tawakal kepada Allah swt bersandar kepada: Ridha ≥ Tsiqah (percaya
sepenuhnya kepada Allah swt)

Penjelasan:

Ridha atas semua yang dilakukan -Nya baik dalam kebaikan maupun cobaan (atau
musibah) dan tidak membenci apa yang diperbuat-Nya dan percaya akan apa yang
diberikan-Nya.

Tingkatan Tawakal (menurut Abu Bakar):Tidak mengeluh → Ridha → Kecintaan

Zuhud → Shadiq (benar) → nabi dan rasul

53
Contoh Tawakkal

Bertawakal kepada Allah swt bukan berarti meninggalkan usaha untuk mencari rizki
dan tidak berobat. Nabi Allah swt, Muhammad saw sendiri merupakan orang yang paling
takut dan paling bertawakal kepada Allah swt, akan tetapi beliau sendiri berusaha untuk
mencari rizki dengan cara berdagang. Dalam haditsnya seorang laki-laki datang kepada
Rasulullah saw lalu ia berkata: "Wahai Rasulullah saw, saya ikat (hewan tunggangan
saya) lalu bertawakal atau saya lepas lalu bertawakal?" Beliau menjawab: "Ikatlah lalu
bertawakal"

Jadi kita tahu sebelum bertawakal kita harus berusaha (ikhtiar), malah salah satu
ciri orang bertawakal adalah ikhtiar dan istikharah.

Manfaat Tawakal kepada Allah swt SWT

Dicukupkan rizkinya dan merasakan ketenangan "Dan, barangsiapa yang bertawakal


kepada Allah swt, niscaya Allah swt akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya
Allah swt melaksanakan urusan yang yang dikehendaki-Nya"(At Thalaq 33).

Dikuatkan dan dijauhkan dari Syetan. "Sesungguhnya syaitan itu tidak ada
kekuasaannya atas orang-orang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya"(An
Nahl:99)

Termasuk dari umat Nabi Muhammad saw yang masuk surga tanpa di hisab.

Di dalam hadits diriwayatkan, Nabi ShallAllah swtu 'alaihi wa sallam pernah


menyebutkan bahwa di antara umatnya ada tujuh puluh ribu orang yang masuk surga
tanpa hisab. Kemudian beliau bersabda,

"Yaitu mereka yang tidak membual, tidak mencuri, tidak membuat ramalan yang buruk-
buruk dan kepada Rabb mereka bertawakal". (Diriwayatkan Al-Bukhary dan Muslim)

Materi ini diambil dari kitab Tawakal karangan Ibnu Abiddunya dan berbagai sumber
lain, akhir kata sebenar-benar kitab adalah kitabullah dan sebenar-benar pengamalan
adalah sunnah nabi Muhammad saw. Tidak ada taufiq kecuali dari Allah swt, cukuplah
Dia bagi kita dan Dialah sebaik-baik penolong.

Af’al al-’badah ( Perbuatan manusia )


Perbincangan Af’al al-’badah ( Perbuatan manusia ) adalah bidang perbahasan yang
menjadi pokok perbincangan beberapa mazhab ilmu tauhid seperti ;

a. Jabbariyah ( ‫) ﺟﺑرﯾﺔ‬
b. Murjiah ( ‫) ﻣورﺟﺋﺔ‬
c. Muktazilah ( ‫) ﻣﻌﺗزﻟﺔ‬
d. Asya’ariyah ( ‫) اﺷﺎﻋرة‬
e. Maturidiyyah ( ‫) اﻟﻣﺎﺗرﯾﺔ‬

Jabariyah ( ‫)ﺟﺑرﯾﺔ‬
Mazhab berpendapat bahawa perbuatan manusia mengikut pendapat mereka, manusia
tidak mempunyai kekuasaan untuk berbuat sesuatu. Mereka juga tidak mempunyai

54
daya, kehendak dan pilihan sendiri. Manusia dalam perbuatannya adalah dipaksa
dengan tidak ada kekuasaan, kemahuran dan pilihan baginya. Konsep yang mereka
pegang berhubung dengan perbuatan manusia ini ialah;

‫ھو ﻣﺟﺑور ﻓﻰ أﻓﻌﺎﻟﻰ ﻻ ﻗدرة ﻟﮫ وﻻإدارة وﻻأﺧﺗﯾﻠر‬


Maksudnya ialah manusia itu adalah dipaksa di dalam segala perbuatannya, tidak ada
kuasa, kehendak dan ikhtiar baginya. Segala perbuatan diciptakan oleh Allah swt di
dalam diri manusia seperti mana gerak yang diciptakan Allah swt dalam benda mati.
Oleh yang demikian , laku perbuatan manusia adalah secara majazi ( ‫ ) ﻣﺟﺎزي‬sahaja.
Hakikat perbuatannya adalah dari Allah swt semata-mata sama ada mengerjakan
kewajipan, menerima pahala dan siksa. Segala-galanya tidak timbul daru kehamuan
sendiri. Jika seseorang mencuri, umpamanya maka perbuatan mencuri itu bukanlah
terjadi atas kehendaknya sendiri, tetapi timbul dari qadha’ dan qadar Allah swt
menghendaki yang demikian. Manusia dalam segala perbuatannya tidak ubah seperti
patung wayang kulit yang digerakkan oleh dalangnya.

Dalam menguatkan pendapat-pendapat mereka berhubung dengan perbuatan dan


ikhtiar manusia, mereka berpegang dengan beberapa ayat al-Quran seperti;

(٩٦) َ‫وَﷲﱠُ ﺧَﻠَﻘَﻛُمْ وَﻣَﺎ ﺗَﻌْﻣَﻠُون‬


Ertinya : “ Allah swt menciptakan kamu dan apa yang kamu buat “
Surah as-Saaffat, ayat 96
Juga ayat al-Quran

Ertinya : “ Tidak ada bencana yang menimpa bumi dan diri manusia kecuali telah
ditentukan di dalam buku sebelum ianya kamiwujudkan “
Surah al-Hadid : 22
Seterusnya mereka juga berpegang kepada ayat;

Ertinya : “ Bukanlah engkau yang melontar ketika enngkau melontar tetapi Allah swt lah
yang melontar mereka “
Surah al-Anfal ayat 17

Rumusan:
Jabbariah ialah nama dari mazhab yang berasal dari perkataan ( ‫ ) ﺟﺑر‬yang bererti
paksa atau memaksa. Pemberian nama yang demikian adalah disebabkan oleh
fahaman mereka yang menafikan pilihan manusia dan menetapkan bahawa segala
perbuatan manusia atas penetapan dari Allah swt semata-mata.

Mazhab ini ditonjolkan pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, dalam


perkembangannya ia telah dipanggil dengan beberapa gelaran yang merujuk kepada

55
apendapt-pendapat dan pemimpin mereka sendiri. Di antara panggilan tersebut ialah
Mujbarah, Muattilah dan Jahmiyyah.

PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKAN AQIDAH

Pendahuluan

Pada hakikatnya, iman bukanlah perbuatan hati atau pengetahuan akal semata-
mata. Iman yang hakiki adalah iman yang melahirkan keyakinan yang tinggi,
ketaqwaan yang sejati dan kepatuhan yang tidak berbelah bahagi kepada segala
perintah Allah swt. Anggapan yang menyifatkan seolah-olah iman hanya
perbuatan hati dan tidak ada kena mengena dengan perbuatan zahir sama ada
baik atau buruk adalah tidak benar. Iman perlu dizahirkan dengan perbuatan dan
perlakuan yang selari dengan pengucapan syahadah. Adalah silap jika
beranggapan iman itu sekadar beriktiqat mengenai keujudan dan kekuasaan
Allah swt tetapi zahir perbuatan menunjukkan seolah-olah orang yang ingkar dan
dekil pada berbagai perintah dan larangan Allah swt. Lebih parah apabila
seseorang itu menghina individu yang cuba mengamalkan Islam secara
sepenuhnya serta memperlekehkan perkara-perkara sunat yang dituntut kepada
umat Islam.

Perkara-perkara yang membatalkan iman


Empat batas utama yang menjadikan terbatalnya iman seseorang itu ialah:
a. Mengingkari atau mencela sifat rububiyyah Allah swt.
b. Mengingkari atau mencela nama-nama Allah swt serta sifat-sfatNya.
c. Mengingkari atau mencela sifat uluhiyyah Allah swt.
d. Mengingkari atau mencela Rasulullah s.a.w, kerasulannya, dan apa-
apa yang dibawanya dalam bentuk syariat atau lain-lainnya.

Keempat-empat perkara tersebut berlaku dengan itiqad (qalbi), perkataan (qauli)


dan perbuatan (fi’li). Sesiapa sahaja yang melakukannya maka terbatAllah swt
imannya dan terkeluarlah ia daripada Islam dan syahadahnya.

PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH.

Sekiranya seseorang itu melakukan salah satu daripada 20 perkara berikut maka
batAllah swt iman (syahadah) mereka:-

1. Bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah swt

Bergantung kepada sebab-sebab dan melupakan bahawa yang mengizinkan sebab itu
berkesan adalah Allah swt, dikira maksiat. Bergantung kepada sebab dan yakin pula

56
bahawa sebab-sebab itu tidak ada hubungan dengan Allah swt, maka dikira syirik dan
merosakkan syahadah. Di dalam Al-Quran banyak disebutkan tentang masalah ini.
Firman Allah swt dalam surah Ali ‘Imran ayat 126:

Maksudnya :“Dan tidak ada pertolongan melainkan dari pihak Allah swt yang Maha
Gagah lagi Maha Bijaksana menyembuhkan.”

2. Mengingkari nikmat Allah swt, sama ada nikmat yang kelihatan atau tidak, mudah
difikirkan atau memerlukan penelitian khusus

Firman Allah swt dalam surah Ibrahim ayat 34:

Ertinya:
Dia memberikan kamu daripada setiap apa yang kamu minta, dan jika kamu menghitung
nikmatNya, kamu tidak akan mampu menghitungNya. Sesungguhnya manusia itu amat
zalim lagi kufur

FirmanNya lagi dalam surah At-Taghaabun ayat 11:

Ertinya:
Sesuatu bahaya tidak akan menimpa kecuali dengan izin Allah swt. Sesiapa yang
beriman kepada Allah swt nescaya Allah swt memimpinnya. Dan Allah swt mengetahui
tiap-tiap sesuatu

3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah swt. Hal ini sangat dimurkai oleh
Allah swt

Firman Allah swt dalam surah al-An’aam ayat 162:

ُErtinya:

57
Katakanlah; Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah
swt Tuhan sekelian alam.”

Berdasarkan ayat tersebut, ditegaskan dengan penuh yakin bahawa tidak ada ibadat
atau perhambaan yang ditujukan kecuali kepada Allah swt.

4. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak


dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah swt.

Perbuatan seperti ini dikira melawan Allah swt, kerana Allah swtlah yang mempunyai
hak menentukan undang-undang bagi kehidupan manusia, sama ada halal atau haram,
kehakiman atau segala bentuk perintah dan larangan

Firman Allah swt dalam surah al-‘A’raf ayat 54:

Ertinya:
Bukankah semua ciptaan dan kekuasaan itu kepunyaanNya? Maha Tinggi Allah swt
Pengurus sekalian alam

FirmanNya lagi dalam surah al-An’aam ayat 57

Ertinya:
Hanya Allah swt jualah yang menetapkan hukum, ia menerangkan kebenaran,
dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan

Termasuk dalam kategori perbuatan yang merosakkan syahadah ialah orang yang tidak
mahu menerima tugas yang diperintahkan oleh Allah swt kepadanya. Tugas itu ialah
melaksanakan hukum Allah swt di bumi ini sebagaimana yang telah dijelaskan oleh
Rasulullah SAW

5. Mentaati selain Allah swt tanpa keredhaanNya


Antara lain bermakna syahadah ialah “Tidak ada yang layak dipatuhi melainkan Allah
swt.” Taat yang dibenarkan dan dikehendaki oleh Allah swt ialah taat kepada RasulNya.
Ini disebabkan mentaati Rasul bermakna mentaati Allah swt.
Firman Allah swt

Firman Allah swt dalam surah an-Nisa ayat 80:

Ertinya:
Sesiapa yang mentaati Rasul, maka ia mentaati Allah swt

Taat kepada pemimpin atau pemerintah hanya dibenarkan selagi mereka tetap
mematuhi dan melaksanakan Kitab Allah swt dan Sunnah Rasulullah. Jika mereka telah

58
keluar dari keduanya, maka tidak boleh taat kepada mereka. Mereka ketika itu telah
melakukan maksiat sama ada mereka itu ulamak atau bukan ulama

6. Menjalankan hukum selain daripada hukum Allah swt atau tidak menggunakan hukum
Allah swt sebagai rujukan dalam semua masalah

Firman Allah swt dalam surah al-Maidah ayat 44

Ertinya:
Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum-hukum yang telah diturunkan Allah
swt maka mereka itu adalah orang-orang kafir

FirmanNya lagi dalam surah an-Nisa’ ayat 60-61

Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku telah beriman kepada
apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelummu ? Mereka
ingin berhakim kepada taghut padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari
taghut. Syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-
jauhnya. Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kamu tunduk kepada hukum
yang Allah swt telah turunkan dan kepada hukum Rasul, kamu lihat orang-orang
munafik menghalangi manusia dengan sekuat-kuatnya darimu

7. Benci kepada salah satu dari ajaran Islam atau keseluruhannya

Firman Allah swt dalam surah Muhammad 7-8:

59
Ertinya:
Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah swt nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu. Dan orang-orang yang kafir, maka
kecelakaanlah bagi mereka dan Allah swt menyesatkan amalan-amalan mereka. Yang
demikian itu kerana mereka membenci apa yang diturunkan oleh Allah swt, maka Allah
swt menggugurkan amalan mereka

Termasuk di dalam kategori ini ialah membenci atau tidak bersetuju terhadap salah satu
daripada hukum Islam sama ada ibadat, muamalat, politik, undang-undang ketika aman
mahupun darurat. Begitu juga terhadap akhlak, cara bermasyarakat dan adab berilmu.
Apa sahaja bentuk kebencian atau penentangan terhadap sesuatu yang terkandung di
dalam Al Qur’an atau al Sunnah sama ada kata-kata, perbuatan, pengakuan atau sifat
baginda, adalah terkeluar dari Islam

8. Mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaan terhadap akhirat atau menjadikan


dunia sebagai tujuan utamanya

Firman Allah swt dalam surah Ibrahim ayat 2-3:

Ertinya:
Dialah Allah swt yang memiliki segala apa yang ada di langit dan di bumi. Dan celakalah
bagi orang-orang kafir kerana seksaan yang amat pedih, iaitu orang yang lebih
menyukai kehidupan dunia dari kehidupan akhirat dan menghalang manusia dari jalan

60
Allah swt, mereka menginginkan agar jalan Allah swt itu bengkok. Mereka itu berada di
dalam kesesatan yang jauh

FirmanNya lagi dalam surah Hud ayat 15-16:

Ertinya:
Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan
kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka itu di
dunia tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperolehi di akhirat, kecuali
neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-
sialah apa yang telah mereka kerjakan

9. Menghina salah satu dari ajaran Al Qur’an atau al Sunnah, mempersendakan orang-
orang alim atau orang-orang yang memperjuangkan Islam atau memperolok hukum-
hukum Allah swt

Firman Allah swt dalam surah al-Taubat ayat 64-66:

Ertinya:

61
Orang-orang munafik ini takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surah yang
menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka,
teruskanlah ejekan-ejekan (terhadap Allah swt dan RasulNya). Sesungguhnya Allah swt
akan menyatakan apa yang kamu takutkan itu. Dan jika kamu tanyakan kepada mereka
(tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab;
Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main sahaja. Katakanlah ;
Apakah dengan Allah swt, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok ? Tidak
usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir setelah beriman. Jika Kami memaafkan
segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya Kami akan mengazab
golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa

10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah swt dan mengharamkan apa
yang dihalalkanNya

Firman Allah swt dalam surah al-Nahl 105

Ertinya: Sesungguhnya yang mengadakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang


tidak beriman kepada ayat-ayat Allah swt dan mereka itulah orang-orang yang berdusta.

Di antara dusta yang paling besar ialah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah
swt dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah swt

FirmanNya lagi dalam surah yang sama ayat al-Nahl: 116-117

Ertinya:
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebutkan oleh lidahmu
secara dusta. Ini halal dan ini haram untuk mengadakan kebohongan terhadap Allah
swt. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah
swt tidaklah beruntung. (Itu adalah) kesenangan yang sedikit dan bagi mereka azab
yang amat pedih.

Mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah swt adalah termasuk perbuatan kufur.
Sikap mudah menghalalkan sesuatu atau sebaliknya memberi akibat ynag buruk kepada

62
kalimah syahadah yang telah diucapkan. Orang Islam tidak boleh mendahulukan akal
fikirannya sehingga mengatasi Allah swt dan RasulNya

11. Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu Al Qur’an dan al Sunnah

Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 85

Ertinya:
Apakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian
yang lain. Tiada balasan bagi orang yang berbuat demikian melainkan kerugian di dalam
kehidupan di dunia dan di akhirat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat
berat. Allah swt tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.”

12. Mengangkat orang-orang kafir dan munafiq sebagai pemimpin serta tidak mencintai
orang-orang Islam dan orang-orang mukmin

Firman Allah swt dalam surah al-Maidah: 51-53

Ertinya:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan
Nasrani menjadi pemimpin (kamu), sebahagian mereka adalah ketua sebahagian yang
lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka
sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah swt tidak
memberi petunjuk kepada orang-orang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang

63
yang ada penyakit di dalam hatinya (orang-orang munafiq) bersegera mendekati mereka
(Yahudi dan Nasrani), seraya berkata; Kami takut akan mendapat bencana. Mudah-
mudahan Allah swt akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya), atau sesuatu
keputusan dari sisiNya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang
mereka rahsiakan dalam diri mereka. Dan orang-orang yang beriman akan mengatakan:
Inilah orang-orang yang bersumpah sungguh-sungguh dengan nama Allah swt,
bahawasanya mereka benar-benar bersertamu ? Rosak binasalah segala amalan
mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang rugi

12. Tidak beradab dalam bergaul dengan Rasulullah S.A.W.

Firman Allah swt dalam surah al-Hujurat ayat 2:

Ertinya:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suara kamu lebih dari
suara Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana
kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain supaya tidak
terhapus (pahala) amalan kamu sedang kamu tidak menyedarinya

14. Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhid dan merasa senang dan
terbuka di dalam menegakkan syirik

Firman Allah swt dalam surah Az-Zumar ayat 45:

Ertinya:
Dan apabila hanya nama Allah swt sahaja yang disebut, kesAllah swt hati orang-orang
yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat dan apabila nama sembahan selain Allah
swt disebut, tiba-tiba mereka bergirang hati

15. Menyatakan bahawa Al Qur’an terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dengan
isi yang terkandung di dalamnya

64
Jika seseorang berpendapat seperti di atas, maka syahadahnya terbatal. Begitu juga
sekiranya beliau berpendapat makna yang tersirat di dalam sesuatu ayat hanya boleh
difahami oleh golongan tertentu melalui ilham.

Firman Allah swt dalam surah Yusof 2:

Ertinya:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan berupa Al-Quran dengan bahasa Arab agar
kamu memahaminya

16. Tidak mengetahui makrifat Allah swt dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta
mengingkari sifat-sifat ketuhananNya atau mengingkari nama-namaNya

Firman Allah swt dalam surah al-A’raaf: 180:

Ertinya:
Allah swt mempunyai nama-nama yang baik, maka bermohonlah kepadaNya dengan
menyebut nama-namaNya itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari
kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan
terhadap apa yang telah mereka lakukan

17. Tidak mengetahui Rasulullah saw secara benar atau menafikan adanya sifat-sifat
yang terpuji yang diberikan oleh Allah swt kepadanya atau menghina sifat-sifat yang
terpuji tersebut atau tidak meyakini bahawa Rasulullah saw adalah contoh tauladan
yang baik bagi seluruh umat manusia.

Firman Allah swt dalam surah Al-Ahzaab 21:

Ertinya:Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi
kamu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah swt dan (kedatangan) hari
Kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah swt

18. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah, tidak mahu
mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan
mereka

65
Di dalam satu kaedah ada menyatakan : Sesiapa yang mengkafirkan seseorang
mukmin, maka ia kafir. Sebaliknya orang yang tidak mengkafirkan orang kafir, ia menjadi
kafir. Begitu juga ia ragu terhadap kekafiran seorang kafir atau seorang mukmin yang
telah murtad ia juga dikira kafir

19. Mengerjakan sesuatu ibadat bukan kerana Allah swt seperti menyembelih bukan
kerana Allah swt, sujud atau ruku’ bukan kepada kepada Allah swt atau tawaf di
sekeliling sesuatu yang lain dari Ka’bah dengan niat mendekatkan diri kepada Allah swt

Firman Allah swt dalam surah al-An’aam: 162:

Ertinya:
Katakanlah sesungguhnya Solatku dan ibadahku dan hidupku dan matiku adalah kerana
Allah swt Tuhan bagi sekelian alam, tidak ada sekutu baginya dan begitulah
sebagaimana aku diperintahkan

20. Berperasaan riya’

Terdapat bermacam-macam jenis syirik di dalam amalan seharian. Ada di antaranya


dinamakan syirik kecil. Sebagai contoh, mengerjakan solat kerana Allah swt di samping
ingin dipuji. Bersedekah kerana sungutan orang atau mahukan orang mengelilinginya
memohon itu dan ini. Atau berjihad agar dikenang sepanjang zaman. Syirik seperti ini
jika datang dalam bentuk was-was atau secara tidak langsung yang bukannya tujuan
sebenarnya beramal, maka ia tidak membatalkan syahadah. Masalah ini dapat
dihilangkan dengan berdoa atau memohon ampun kepada Allah swt. Tetapi kalau itulah
tujuan atau cita-cita sebenar, maka batAllah swt syahadahnya

Perbezaan Di antara Iman Dengan Kufur, Munafiq, ‘Asi dan Murtad.

Kufur berasal daripada bahasa Arab yang bererti, tutupan, penutup, dinding dan
terlindung. Perkataan kufur digunakan bagi sifat-sifat perbuatan yang membawa
kepada tertutupnya sesorang daripada cahaya keimanan. Perkataan kafir disebut bagi
orang yang melakukan perbuatan kufur kerana ia menutup dan mendidnding dirinya
daripada cahaya hidayah serta iman kepada Allah swt. Kesimpulannya kufur ialah
segala perbuatan yang menunjukkan penafian kepada rukun-rukun iman, penyembahan
serta ketaatan kepada selain daripada Allah swt, penolakan dan penentangan keimanan
kepada Allah swt, menafikan kekuasaanNya, menolak dan menghina hukum-hukumNya,
utusanNya dan segala ajaran yang disampaikan oleh RasulNya. Perbuatan ini disebut
sebagai kafir apabila telah sabit dan jelas kekufuran itu.

Munafik menurut istilah syarak ialah orang yang menzahirkan apa yang berlainan
daripada apa yang disembunyikan di dalam hatinya. Sekiranya apa yang disembunyikan
adalah pendustaan terhadap asas-asas iman dia adalah munafik yang tulin, dan
hukumnya di akhirat adalah hukuman orang kafir. Individu yang munafik
menyembunyikan kekufurannya kerana takut diketahui identity kekufurannya. Mereka

66
berpura-pura Islam kerana ingin mendapatkan habuan keduniaan dengan melahirkan
sikap beriman sedangkan mereka berusaha menghancurkan Islam dan umatnya
daripada dalam. Mereka lebih merbahaya daripada orang kafir kerana mereka tidak
dapat dikenali secara jelas. Apakah tanda-tanda munafik yang anda ketahui?

Definisi Murtad
Murtad dari segi bahasa bermaksud "Kembali". Manakala dari segi istilah ia bermaksud
meninggal atau keluar dari agama Islam dan memeluk mana-mana agama atau mana-
mana aqidah lain atau mana-mana ajaran sesat da menyeleweng samada dengan
melalui perkataan atau melalui perbuatan atau apa-apa iktiqad, kepercayaan dan
keyakinan hati.

Murtad atau keluar dari agama Islam merupakan satu jenayah besar dalam Islam; Ia
dianggap kufur yang paling jijik dan keji, malah lebih keji dari kufur biasa, kerana orang
murtad dianggap menghina Islam, menghina Allah swt S.W.T. dan Rasulullah S.A.W.
Sebab itu, orang murtad mesti dijatuhkan hukuman bunuh setelah disuruh bertaubat
beberpa kali sedangkan dia tetap tidak mahu bertaubat.

Allah swt berfirman, ertinya :


Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama
Islam) lalu dia mati, sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosaklah amal
usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka, mereka
kekal di dalamnya (selama-lamanya).
(surah al-Baqarah : 217)

Rasulullah bersabda, ertinya :


Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya. (Hadis
riwayat al-Bukhari)

Perkara-perkara yang Boleh Menjadi Murtad.

Mengikut Islam, murtad boleh terjadi dengan melalui salah satu dari tiga perkara berikut;
melalui perkataan, ucapan dan kata-kata, melalui perbuatan atau tingkah laku dan
melalui iktiqad, kepercayaan dan keyakinan dalam hati atau niat. Di bawah ini akan
dijelaskan sebab-sebab tersebut.

a) Melalui Perkataan / Ucapan dan Kata-kata.


Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata. Apabila ucapan
dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam
yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam,
hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan nabi-nabi lain, menghina
Allah swt S.W.T. dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan
zakat, wajib puasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain, atau dia
berkata minum arak tidak haram, berzina harus, apatah lagi kalau suka sama suka, riba'
diharuskan (tidak haram), dikatakan al-Quran bukan kalam Allah swt atau kata-kata
yang merendahkan dan menghina Sunnah Rasulullah, umpamanya apabila diterang
kepadanya bahawa mengerat kuku adalah Sunnah Rasulullah S.A.W.

67
Apabila dia mendengar kata-kata itu, dia menjawab, "aku tidak akan kerat kuku,
walaupun ia Sunnah Rasulullah (dengan niat mahu menghina sunnah tersebut)". Atau
dia berkata, "sekiranya Allah swt S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. menyuruh aku kerjakan
anu-anu, aku tidak akan melakukannya". Atau dia berkata,"Aku tidak tahu adakah nabi
itu manusia atau jin". Atau pun dia berkata,"Aku tidak tahu apa itu iman". Semua kata-
kata di atas adalah ucapan yang menghina / mengejek ajaran Islam, maka dengan
kata-kata sedemikian seseorang itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga seseorang yang zalim,apabila dia mendengar orang yang dizaliminya
berkata,"Ini, (kezaliman yang dilakukan ke atasnya) adalah ketetapan Allah swt dan
takdir Tuhan", maka orang zalim tadi sebaik sahaja mendengar kata-kata di atas dia
terus berkata dengan sombong,"Aku lakukan itu bukan dengan takdir Allah swt tetapi
dengan kuasa yang ada padaku", maka kata-kata orang zalim sedemikian itu boleh
menjadi murtad.

Begitu juga kalau seseorang Islam menghalalkan hukum yang haram oleh Allah swt dan
RasulNya atau sebaliknya mengharamkan sesuatu yang halal yang telah disepakati oleh
para ulama' tetang halal atau haramnya perkara itu seperti dia menghalalkan zina,
menghalalkan liwat, menghalalkan minum arak, atau mengharamkan perkahwinan,
mengharamkan jual beli dan seterusnya. Maka sikap sedemikian boleh menjadi murtad.

Dalam buku Mustika Hadis, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh
membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu: Kata-kata
(menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :

•” Hukum apa ini ?


• “ Hukum hudud iniadalah satu hukum yang sudah lapuk.”
• “ Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• “ Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup
aurat dengan memakai telekong).

• “ Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?


• “ Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa
salahnya.
• “ Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• “ Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• “Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan
bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa
makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• “ Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila
diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
•” Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah swt dengan
cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.
Ungkapan yang disebut di atas adalah beberapa contoh kata-kata yang boleh
menjadi murtad.

68
b) Melalui Perbuatan atau Tingkah Laku.

Apabila seseorang Islam melakukan apa-apa perbuatan atau apa-apa tingkah laku yang
boleh membatalkan imannya maka orang itu boleh menjadi murtad seperti sujud
kepada berhala, matahari, bulan, manusia, kepada malaikat atau kepada mana-mana
makhluk lain atau melakukan ibadat terhadap selain daripada Allah swt S.W.T. Seperti
menyembah batu, pokok kayu dan lain-lain

Begitu juga mana-mana perbuatan yang menghina, merendah dan mempersendakan


Islam seperti mencampakkan al-Quran ke tempat-tempat kotor secara sengaja atau
kitab-kitab hadith dan tafsir atau memijak-mijaknya dengan niat menghina. Dalam buku
Mustika Hadith ada menyebut perbuatan yang boleh menjadi murtad seperti
meletakkan ayat-ayat suci al-Quran, hadith-hadith nabi, nama-nama Allah swt, rasul-
rasulNya, malaikat dan ilmu-ilmu agama di tempat najis atau kotor dengan tujuan
menghina dan merendahkannya.

Begitu juga seseorang yang meninggalkan sembahyang fardhu atau puasa Ramadhan
dalam keadaan mengingkari wajibnya atau mengatakan ia tidak wajib, maka dia boleh
menjadi murtad kerana dia mengingkari satu perkara yang memang diketahui oleh
orang ramai bahawa perkara itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Tetapi kalau
dia meninggalkan kerana malas, sedangkan dia yakin sembahyang atau puasa itu
wajib, maka ia tidak menjadi murtad.

Apa yang disebut adalah sebahagian dari contoh-contoh yang boleh memurtadkan
seseorang Islam melalui perbuatan dan tingkah laku.

c) Melalui Akidah atau Kepercayaan atau Niat.


Murtad melalui akidah, kepercayaan atau niat akan berlaku apabila seseorang Islam
mengingkari dalam hatinya mengenai kebenaran ajaran Islam seperti dia yakin ajaran
Islam sama sahaja dengan ajaran agama lain, atau yakin bahawa agama lain lebih baik
dari agama Islam, dia yakin hukum hudud (jinayah Islam) tidak layak dilaksanakan
sekarang dalam masyarakat moden.

Begitu juga apabila seseorang Islam yakin Allah swt tidak berkuasa, Allah swt tidak
mencipta alam ini, Allah swt lemah, mempunyai sifat sama seperti makhluk dan lain-lain
lagi. Demikian juga jika seseorang itu percaya bahawa Nabi Muhammad SAW bukan
nabi akhir zaman, syariat dan ajaran Islam yang dibawa bukan untuk seluruh manusia,
atau dia percaya hukum Islam yang dibawa oleh baginda adalah hukum-hukum lapok,
tidak sesuai dengan keadaan zaman. Dia menghina apa-apa ajaran yang dibawanya,
dia beriktiqad tidak ada dosa dan pahala, tidak ada syurga dan neraka, manusia tidak
dibangkit semula sesudah mati, beriktiqad agama orang kafir lebih baik dari agama
Islam, atau berbalik-balik hati antara mahu manjadi kafir pada masa akan datang dan
lain-lain lagi keyakinan dan iktiqad yang salah.

Hukum Orang Murtad.

69
Orang murtad dikenakan ke atasnya beberapa hukum iaitu, pertama; disuruh bertaubat,
kedua; dihukum bunuh kalau tidak mahu bertaubat, ketiga; dirampas hartanya (ditarik
hak milik harta), keempat; terputus hubungan suami isteri dan tidak boleh pusaka
mempusakai antara suami isteri, ayah ibu dan anak-anak, kelima; penyembelihannya
tidak halal dan pahala ibadatnya terbatal. Di bawah ini diterangkan hukum-hukum
secara ditil.

a. Disuruh Bertaubat.

Apabila seseorang telah sabit murtad, dia perlu diberi nasihat dan kaunseling, juga
disuruh bertaubat beberapa kali. Jika tidak mahu bertaubat setelah disuruh berulang kali
dia mesti dibunuh. Tempoh masa untuk bertaubat tersebut – mengikut Jumhur ulama’ –
selama tiga hari tiga malam, tetapi mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud,
bahawa dia diberi peluang suruh bertaubat selama kira-kira dua puluh malam.

Apabila seseorang murtad itu sedar dan mahu bertaubat serta mahu memeluk Islam
semula, taubatnya diterima, dengan melalui beberapa perkara: Pertama, dia perlu
mengucap dua kalimah syahadah semula. Kedua, dia perlu membuat pengakuan atau
ikrar di atas apa yang dia ingkar yang menyebabkan dia menjadi kafir (murtad), dan
melepaskan diri daripada segala ajaran yang menyalahi agama Islam.

Umpamanya jika dia murtad dengan sebab percaya adanya dua Tuhan atau
mengingkari risalah Nabi Muhammad saw maka sewaktu bertaubat dengan
mengucapkan dua kalimah syahadah, dia perlu membuat pengakuan yang Tuhan hanya
satu bukan dua, dan mengaku memang betul dan benar bahawa Nabi Muhammad saw
adalah nabi akhir zaman.

b. Dijatuhkan Hukum Bunuh.

Apabila orang yang murtad tidak mahu bertaubat setelah dinasihatkan dan dikaunseling
dalam masa tempoh yang ditentukan, maka tidak ada jalan lain dia mesti dijatuhkan
hukum bunuh dengan segera dengan dipancung lehernya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., baginda bersabda, ertinya:
Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya.
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis lain diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asyari r.a. yang bermaksud “Bahawa baginda
S.A.W. berkata kepadanya, “Pergilah kamu ke negeri Yaman”, kemudian baginda
menghantar Muaz bin Jabal selepas itu. Apabila Muaz sampai ke tempat Abu Musa,
Abu Musa menjemput Muaz dengan memberi sebiji bantal alas duduk serta berkata,
“Sila duduk”, sedangkan di majlis itu ada seorang yang badannya diikat, Muaz
bertanya, “Apa hal orang ini?”. Abu Musa menjawab, “Orang ini asalnya Yahudi, dia
telah masuk Islam kemudian dia balik menganut agama Yahudi semula”. Muaz
berkata, “Aku tidak akan duduk sehingga dia dibunuh (terlebih dahulu), itulah hukum
Allah swt dan RasulNya”. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dari hadis di atas jelas bahawa orang yang murtad mesti dibunuh segera apabila dia
enggan bertaubat. Hukum bunuh seperti di atas telah pun dijalankan oleh sahabat-

70
sahabat Rasulullah S.A.W., antaranya Abu Bakar r.a., Umar bin al-Khattab dan Ali bin
Abu Talib r.a. sewaktu pemerintahan masing-masing.

Soal murtad dan soal kebebasan beragama adalah dua masalah yang berlainan. Tidak
ada paksaan dalam agama” bererti; orang-orang Islam tidak boleh sama sekali
memaksa orang kafir memeluk Islam, kerana hakikat iman dan kufur telah dijelaskan
dalam al-Quran, dalam hadis dan juga oleh para ulama’ dalam dakwah mereka, maka
terserah kepada seseorang itu sama ada mahu beriman dan taat atau pun mahu kekal
kufur dan ingkar. Selain itu, kalau dipaksa orang kafir supaya memeluk Islam, maka
Islamnya tidak sah.

Ini berlainan halnya dengan orang Islam yang murtad, kerana apabila seseorang itu
murtad sama ada melalui iktikad, atau percakapan dan tuturkata atau melalui
perbuatannya, ini bererti dia telah melakukan jenayah, bukan sahaja kepada dirinya
sendiri, tetapi juga kepada keluarga, masyarakat dan umat Islam seluruhnya. Antara
jenayah-jenayah yang dilakukan ialah:

a) Dia memang menganggap dirinya betul dan pandai, umat Islam lain
semuanya dianggap salah dan bodoh belaka. Ini bererti dia menghina dan
memusuhi masyarakat Islam.

b) Dia menyalahkan agama Islam kerana didorong oleh nafsunya, dia tidak
mahu terikat kepada suruhan Allah swt dan Rasul serta larangan keduanya. Ini
bererti dia menghina agama Islam yang menjadi pegangan hidupnya dan
dihormati oleh seluruh umat Islam.

c) Dia akan menjadi contoh buruk bagi orang-orang lain yang akan
terpengaruh kepada diayahnya. Ini akhirnya akan meruntuhkan ajaran Islam.

Oleh sebab jenayah orang yang murtad sangat besar dan bahaya, maka
hukum Islam yang ditetapkan supaya dilaksanakan di dunia dengan dijatuhkan
hukum bunuh dan balasan azab seksa di akhirat kelak amatlah adil dan
setimpal dengan jenayahnya yang besar itu.

c) Dirampas Hartanya.

Setelah sabit seseorang Islam itu murtad, maka segala harta miliknya perlu dirampas
dari miliknya (ditahan hak milik terhadap harta itu) dan diletak dibawah pengawasan
Ketua Negara atau wakilnya. Jika harta itu perlu diambil untuk urusan perbelanjaan
dirinya sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, pihak kerajaan boleh mengambil dari
hartanya sekadar perlu sahaja.

Sekiranya dia bertaubat memeluk Islam semula, harta tersebut perlu diserah balik
kepadanya. Ini bererti harta tersebut masih dianggap hartanya cuma ditahan hak milik
buat sementara. Tetapi sekiranya dia tetap tidak mahu bertaubat, bahkan dijatuhkan
hukuman bunuh, maka harta tersebut menjadi milik kerajaan dikira semenjak dia mula-
mula murtad lagi.

Harta orang yang murtad tidak boleh dipusakai oleh waris-warisnya dan dia juga tidak
boleh menerima harta pusaka dari waris-waris lain kerana diantara syarat untuk

71
membolehkan seseorang menerima harta pusaka ialah waris tersebut sama-sama
beragama Islam, sedangkan orang itu telah menjadi kafir.

Rasulullah SAW ada bersabda, ertinya : Orang Islam tidak boleh mewarisi orang kafir
dan orang kafir tidak boleh mewarisi orang Islam. (Hadis riwayat al-Bukhari)

d) Terputusnya Hubungan Suami Isteri.

Orang murtad dianggap sebagai orang yang sudah mati, kerana dia akan dijatuhkan
hukum bunuh apabila tidak mahu bertaubat.

Sebab itu kalau sekiranya salah seorang suami atau isteri murtad maka pernikahan
kedua-duanya terbatal walaupun begitu, kalau sekiranya yang murtad kembali bertaubat
(masuk Islam semula) dalam masa 'idah isterinya belum habis (tamat) maka kedua-dua
bekas pasangan suami isteri tersebut dikira kembali seperti asal, tidak perlu kepada
akad nikah baru. Tetapi kalau dia tidak bertaubat dalam masa 'idah masih belum habis,
nikah tersebut dianggap terbatal. Kalau dia bertaubat (kembali kepada Islam semula)
selepas habis 'idah, dia perlu diakad nikah semula dengan maskahwin baru jika mahu
meneruskan hubungan suami isteri yang sah.

Selain itu orang murtad, pernikahannya tidak sah samada dia mahu berkahwin sendiri
dengan orang lain atau dia mahu menjadi wali nikah untuk perkahwinan orang lain.

e) Penyembelihannya Tidak Halal dan Segala Pahala Amalan Ibadat

Terbatal.Penyembelihan orang murtad tidak halal dan haram dimakan. Hukumnya sama
dengan hukum penyembelihan orang kafir yang menyembah berhala. Kalau dia
menganut agama ahli al-Kitab seperti menganut agama Nasrani (Kristian) sekali pun
penyembelihannya tetap haram.

Selain itu pahala amalan soleh atau pahala ibadat yang dikerjakan - walau berapa
banyak sekali pun - menjadi gugur dan terbatal, menjadi sia-sia, sebagaimana Allah swt
berfirman, ertinya :

Sesiapa yang kufur (ingkar syariat Islam) sesudah dia beriman maka sesungguhnya
gugur dan terbatal segala (pahala) amalan baiknya dan dia di akhirat nanti tergolong
dari golongan orang yang rugi. (Surah al-Maidah : ayat 5)

Ini akan berlaku kalau sekiranya dia murtad secara berterusan sehingga mati dalam
kufur. Tetapi kalau sekiranya dia bertaubat dan kembali kepada Islam semula, maka dia
dituntut supaya mengqada'kan amal-amal ibadat seperti sembahyang, puasa dan zakat
yang ditinggalkan sepanjang tempoh murtad tersebut. Ada pun haji yang dikerjakan
sebelum murtad tidak perlu diqada'kan.

Mayat Orang Murtad yang Dihukum Bunuh

Mayat orang murtad yang dihukum bunuh tidak boleh diurus seperti mayat-mayat orang
Islam. Mayat tersebut tidak perlu dimandi kerana dia telah keluar daripada Islam, tetapi
kalau dimandikan ia adalah harus. Juga tidak boleh disembahyangkan kerana

72
sembahyang mayat ke atas orang kafir adalah haram. Sebagaimana Allah swt
berfirman, ertinya :

Jangan kamu sembahyang ke atas seorang pun yang mati dari orang-orang kafir itu
selama-lamanya.(surah al-Taubah : ayat 84)

Demikian juga tidak harus dikebumi di tanah perkuburan orang Islam, bahkan harus
dikebumikan di tanah perkuburan orang kafir atau di tempat khas yang berasingan.

Kesimpulan

Dari ulasan-ulasan yang panjang lebar di atas jelaslah bahawa murtad mengikut
pandangan Islam merupakan satu jenayah yang paling besar dan paling bahaya kerana
ia menghina Islam, menghina Allah swt S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Oleh itu hukum
bunuh dengan memancung leher adalah satu hukuman yang setimpal dengan jenayah
yang dilakukan. Hukum tersebut juga untuk menakutkan orang lain supaya tidak
malakukan jenayah seperti itu.

Selain itu apabila murtadnya seseorang Islam, beberapa hukum lain dikenakan ke
atasnya, seperti hartanya perlu dirampas oleh pemerintah, terpisah hubungan suami
isteri, tidak boleh mempusakai harta, mayatnya tidak boleh dimandikan, disembahyang
dan ditanam di perkuburan Islam dan lain-lain lagi.

‘Asi dan Pengertiannya

‘Asi daripada sudut bahasa ialah orang yang melanggar perintah Allah swt. Secara
umumnya, kesalahan, kesilapan dan maksiat boleh berlaku kepada sesiapa sahaja
kecuali kepada nabi dan rasul yang terpelihara daripada dosa. Bagi manusia biasa,
walaupun mereka beriman kepada Allah swt dan hari akhirat, tiada siapa yang terlepas
daripada melakukan kesilapan dalam hidup mereka. Terdapat dua faktor utama yang
menyebabkan manusia terjerumus kepada maksiat iaitu iman yang lemah dan kejahilan
hati.

Murtad ialah orang yang melakukan riddah iaitu yang memutuskan Islam dengan niat
kufur atau perbuatan kufur. Hukum orang yang murtad, jika sabit kesalahannya secara
sah dia diberi peluang dan penerangan selama tiga hari untuk bertaubat dan kembali
kepada Islam serta dibebaskan. Jika dia berkeras dengan untuk terus murtad, di akan
dihukum bunuh dan segala hartanya di rampas untuk dibayar hutangnya, pampasan
jenayahnya, nafqah keluarga serta saudara maranya. Selebihnya diberikan kepada
baitul mal.

Langkah-langkah pencegahan oleh individu, masyarakat, media massa dan


pemerintah

Mengikhlaskan ubudiah kepada Allah swt, keijkhlasan ubudiah kerana Allah swt dengan
erti memberi hak uluhiyah yang sempurna daripada sudut keagungan, kecintaan dan
ketundukan mutlak kepada Allah swt.

73
Mengkufurkan segala taghut, untuk mencapai tauhid ini hendaklah dengan
membersihkan ubudiyah kepadqa Allah swt serta memberikan hak uluhiyan kepada Nya
baik daripada sudut kebesaranNya, kecintanNya dan ketaatanNya yang hanya layak
bagi Allah swt. Mengkufurkan tahgut dan membersihkan hati daripada apa yang
disembah dan ditaati selain daripada Allah swt sehingga terdapat ayat-ayat al-Quran
kadang-kadang didahului dengan mengkufuri taghut kemudian mengimani Allah swt
s.w.t. Memelihara diri daripada syirik, mengetahui tentang semua jenis syirik baik yang
kecil maupun yang besar, terang atau tidak dan membebaskan diri daripada unsur
syirik, serta berjaga-jaga terhadap pintu dan ruang yang boleh menjerumuskan diri ke
dalamnya.

Menuntut ilmu untuk dijadikan bekalan dalam perjalanan hidup ke hari kemudian dan
berniat untuk mencari keredhaan Allah swt semata-mata termasuk golongan orang yang
memperoleh keselamatan dan kejayaan. Mentaati perintah Allah swt s.w.t., taat
bermaksud menuntut atau patuh kepada peraturan dan ketentuan-ketentuan yang
ditetapkan oleh Allah swt. Perintah-perintah Allah swt itu terdiri daripada amal-akmal
yang wajib dan sunat. Amal-amal yang wajib merupakan amal yang paling penting bagi
menggerakkan setiap urusan serta membawa manusia ke jalan yang selamat dan
bahagia. Amal-amal yang sunat pula merupakan keuntungan yang memberikan dan
meningkatkan darjat kepada kejayaan dan kemuliaan.

Antara tindakan-tindakan yang perlu dilakukan ialah menjauhi maksiat, memandang


berat terhadap dosa-dosa besar, berwaspada terhadap dosa-dosa kecil dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjauhinya, meninggalkan dan menjauhi segala sesuatu
yang dilarang dan diharamkan. Sementara perkara-perkara seperti berbuat taat dan
menunaikan perintah Allah swt, beribadah dan berbakti kepada Allah swt s.w.t. akan
mengelakkan diri dan masyarakati daripada perbuatan kufur, ‘asi dan murtad.

Perkara yang mengukuhkan iman

Ada beberapa perkara yang menyebabkan bertambahnya iman seseorang. Antaranya


adalah seperti berikut :

Mempelajari dan mengulang ilmu. Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah:

 Ilmu Fardu Ain. Termasuklah di dalamnya Ilmu al-Quran, as-Sunnah, Ilmu Tauhid,
Fikah, Tasawuf, akhlak dan ihsan. Ilmu fardu ain juga merangkumi ilmu kehidupan
secara umum. Setiap indivudu muslim wajib mempelajari ilmu, boleh membaca,
menulis dan mengira untuk mengurus kehidupan mereka. Seseorang individu perlu
mengetahui secara umum ilmu berkaitan bidang pekerjaannya, masyarakatnya,
sejarah manusia, sains dan teknologi, isu semasa serta kemahiran-kemahiran dan
hidup secara total sebagai muslim.

 Ilmu Fardu Kifayah. Terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama iaitu
mendalami sesuatu bidang ilmu dalam ajaran Islam seperti ilmu-ilmu al-Quran, al-
Hadis, Syariat, Usuluddin dan Akhlak. Bahagian yang kedua pula mendalami
sesuatu bidang ilmu dalam urusan kehidupan iaitu menyediakan sesuatu bidang
kepakaran dalam urusan kehidupan kepada segolongan anggotanya seperti saintis,
ahli koporat, sosiologis, ahli komputer dan pelbagai bidang profesion bidang
profesionl yang lain.

74
Mengamalkan ilmu secara istiqamah.

Ilmu yang diamalkan dalam kehidupan tidak dapat memberi kesan dalam hati serta
tidak dapat meningkatkan iman seseorang. Ilmu yang berjaya dipraktikkan secara
berterusan dalam kehidupan dapat menyerap ke dalam jiwa seseorang sekali gus
merasai kemanisan dan kepuasannya.

Amal perbuatan

Amal perbuatan yang dimaksudkan di sini ialah membanyakkan amalan-amalan soleh


serta menperdalami ketaatan sehingga menambahkan keyakinan dan memperkukuhkan
keimanan serta menghindari diri daripada perkara-perkara yang boleh menjerumuskan
ke dalam nafsu syahwat serta kemaksiatan-kemaksiatan lainnya yang boleh
melemahkan iman.

Zikir dan fikir

Zikir ialah mengingati Allah swt serta sifat-sifatNya, apa-apa yang berkaitan dengan
keagunganNya dan membaca kalam-kalamNya sehingga hati kita senantiasa ingat
kepadaNya. Fakir pula ialah aktiviti yang membawa kepada renungan terhadap
ciptaanNya serta memandang kepada Allah swt dengan memikirkan mukjizat-
mukjizatNyaa sehingga dapat membuahkan iman kepada Allah swt, iaitu merasakan
kekuasaan dan keagunganNya. Cara berpandangan sedemikian itulah yang disebutkan
dengan tafkir dan iktibar

LATIHAN-LATIHAN PERBINCANGAN

1. Jelaskan konsep iman yang anda fahami.

2. Apakah sifat-sifat iman?

3. Bagaimanakah caranya untuk kita meningkatkan iman?

4. Merujuk kepada situasi masyarakat kita hari ini, sila kenal pasti beberapa
perkara yang boleh membatalkan iman.

5. Jelaskan pengertian kufur, munafik, ‘asi dan murtad.

6. Berikan contoh-contoh yang menjebakkan manusia moden hari ini ke dalam


penyakit aqidah seperti di atas.

75
RUJUKAN

Abdullah bin Mohd. Basmih. 1985. Tafsir pimpinan ar-Rahman kepada


pengertian al-Quran. Kuala Lumpur : Bahagian Agama Jabatan Perdana
Menteri.

________________. 1981. Muqaddimah mustika hadis Rasulullah s.a.w.. Kuala


Lumpur : Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri.

________________. 1974. Mustika hadis Rasulullah s.a.w.. Kuala Lumpur :


Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri.

Ahmad bin Mohd. Salleh. 2003. Pendidikan Islam : Asas dinamika guru. Jilid 1.
Edisi kedua. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti.

Awang Pon bin Awang Sebon. 1996. Kepimpinan rumah tangga. Kuching :
Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak

Fadzil bin Mohd. Noor. 1986. Aqidah dan perjuangan. Shah Alam : Dewan
Pustaka Fajar

Fajar Abu Hasan AlMaududi, Syed. 1983. Gejala Riddah. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Putaka

Mardzelah Makhsin . 2003. Pendidikan Islam 2: Siri Pendidikan Perguruan.


Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Mohamad Sulaiman Haji Yasin. 1981. Pengantar aqidah. Subang Jaya :


Persatuan Mahasiswa Timur Tengah

Muhamad Akhir Yaacob. 1987. Iman yang sebenar. Cetakan 1. Selangor :


Penerbitan Hisbi.

76

Anda mungkin juga menyukai