Anda di halaman 1dari 1

SUMBER ILMU TAJWID

Ilmu Tajwid adalah bersumberkan daripada para ulama al-Quran. Para ulama tersebut telah
mempelajarinya daripada imam-imam qiraat seperti Imam Hafs, Imam Asim, Imam Asy-Syatibi,
Imam Al-Jazari dan ramai lagi. Imam-imam tersebut telah mempelajarinya daripada para tabi’in
seperti Abu Abdul Rahman as-Salma, Abdullah bin Habib dan lain-lain.. Para tabi’n pula
mempelajarinya daripada para sahabat Rasulullahs.a.w. seperti Abdullah ibn As’ud, Muaz bin Jabbal,
Ubai bin Kaab, Zaid bin Thabit dan ramai lagi. Manakala para sahabat pula mengambil bacaan terus
daripada Rasulullah s.a.w. sendiri secara Talaqqi Musyafahah.

Demikianlah kaedah al-Quran itu dipelajari dan diperolehi iaitu menurut kaedah Talaqqi dan
Muasyafah daripada guru-guru yang diyakini dan mempunyai sanad yang mutawatir sehingga
Rasulullah s.a.w. Menurut pendapat ulama, al-Quran yang dipelajari tanpa menggunakan kaedah
tersebut adalah dianggap tidak betul kerana ia terdedah kepada kesalahan dan kesilapan, lebih-lebih
lagi terdapat banyak kalimah al-Quran yang mesti dipelajari dengan cara melihat dan mendengar
daripada mulut seorang guru. Contohnya seperti bacaan Raum, Isymam, Tashil, Ikhfa’, Idgham dan
sebagainya. Sehingga ada kata-kata yang lahir seperti:

‫من يأخذ العلم عن شيخ مشافهة‬


‫يكن عن الزيغ والتصحيف في حرم‬
‫ومن يكن اخذا العلم من صحف‬
‫فعلمه عند أهل العلم كالعدم‬

Maksudnya:
Siapa bertajwid dan berguru,
Tidaklah menyimpang dan membuta buku,
Siapa bertajwid tanpa guru
Dipandang tajwidnya untuk si bisu

Anda mungkin juga menyukai