Anda di halaman 1dari 4

KULIH 13 - KITARAN HIDROLOGI

Kitaran Hidrologi [ 4 masa ]

Objektif P&P.

a) Menghuraikan konsep kitaran hidrologi.

b) Menghuraikan proses mendatar kitaran hidrologi

c) Menjelaskan proses menegak kitaran hidrologi

d) Menghuraikan proses keberkesanan kerpasan dan faktor yang mempengaruhinya

1. Konsep kitaran hidrologi. Kitaran air yang melibatkan fasa perubahan air yang berterusan
samada dalam bentuk cecair – gas - pepejal. Kitaran hidrologi merujuk kepada kewujudan,
pergerakan, dan pertukaran air yang berterusan dalam pelbagai bentuk seperti cecair, pepejal dan
wap dalam pelbagai ruang sama ada ruang hidrosfera, biosfera, atmosfera, litosfera, dan termasuk
di bawah permukaan bumi.

2. Proses Kitaran Hidrologi

i. Proses Mendatar

- Larian Air Permukaan – Baki air hujan yang mengalir dipermukaan bumi setelah ditolak dengan
yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan digunakan oleh tumbuhan.

- Aliran Air Bawah Tanah – Resapan air hujan secara menegak ke dalam tanah. Air hujan menyusup
menerusi liang-liang pori tanih. Edaran air tanah merujuk kepada kepada semua bentuk pergerakan
air yang menggunakan tanah sebagai mediumnya seperti aliran sub-permukaan, susupan dan
pergerakan air secara mendatar dalam sistem akuifer.

- Alir Lintang Atmosfera – Merujuk proses penyejukan alir lintang, proses ini berlaku apabila udara
yang bersempadanan dengan permukaan bumi mengalir dari kawasan yang panas ke kawasan yang
sejuk. Sekiranya udara itu disejukan sehingga ke takat suhu embun maka akan membentuk kabus alir
lintang dan awan jenis stratus yang rendah.

ii. Proses Menegak

- Sejatan – Proses penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air. Apabilan tekanan wap
pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum mencapai
tahap beku.

- Sejatpeluhan – Perpeluhan melibatkan pembebasan wap-wap air ke atmosfera tetapi berlaku


menerusi liang-liang stoma daun kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi
berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera.

- Kerpasan- Hujan, salji dan embun. Bila bintik-bintik air atau ais di udara turun ke bumi. - Aliran
batang - Aliran batang merujuk kepada kehilangan air yang berlaku pada tumbuhan. Air hujan yang
jatuh pada tumbuhan sebahagiannya akan hilang melalui serapan oleh batang-batang pokok. -
Resapan – Susupan air hujan secara menegak ke dalam tanah. Air hujan akan menyusup menerusi
liang-liang pori tanah.

3. Kerpasan Konsep kerpasan Kerpasan merujuk kepada lembapan yang telah terpeluwap dan
kemudianya jatuh ke permukaan bumi dalam bentuk cecair atau pepejal.

TEORI PEMBENTUKAN KERPASAN

a. Teori Bergeron- Findeisen - Berdasarkan andaian bahawa di udara kelembapan bandingan


permukaaan ais adalah lebih tinggi daripada permukaan air.

- Oleh itu, apabila suhu jatuh ke bawah takat beku ( 0 ºC ), maka tekanan
wap atmosfera berkurangan lebih cepat di atas permukaan ais berbanding permukaan air.

- Akibatnya tekanan wap tepu pada permukaan air menjadi lebih tinggi daripada tekanan wap
tepu pada permukaan ais.

- Disebabkan terdapatnya perbezaan tekanan wap tepu antara permukaan air dan permukaan
ais maka akan wujud satu cerun tekanan dari arah air ke ais.

- Sekiranya terdapat titisan air dan hablur ais berdekatan antara satu sama lain dalam awan,
maka titisan air tersebut akan tersejat dan melekat pada hablur ais.

- Hablur ais yang menyerap titisan air tadi akan menjadi semakin besar atau mengembang.

- Hablur ais yang besar ( akibat penyerapan titisan air ),menjadi semakin berat dan tidak lagi
berupaya untuk diapung-apungkan oleh udara menegak yang terdapat di dasar awan tersebut.
Tarikan graviti bumi akan menyebabkan hablur ais yang besar itu jatuh melalui awan ke
permukaan bumi.

- Hablur ais tersebut kemudiaannya pecah semasa jatuh melalui awan tersebut dan sepihan
hablur air yang kecil dan ringan akan ditolak semula ke atas oleh udara menegak di dasar awan
lalu membentuk hablur ais baru yang seterusnya memesatkan lagi proses kerpasan.

- Hablur ais yang berjaya jatuh kepermukaan bumi akan mengalami perubahan suhu
menyebabkan ianya berubah kepada bentuk cecair dan tiba ke permukaan bumi dalam bentuk
hujan.

b. Teori Perlanggaran

- Berasaskan andaian berlakunya perlanggaran titik-titik air dan hablur ais semasa ia jatuh
daripada awan.

- Titik-titik hujan dan hablur ais yang pelbagai saiz dan bentuk apabila jatuh daripada awan
ianya mempunyai kelajuan yang berbeza-beza menyebabkan berlakunya perlanggaran antara satu
sama lain.
- Semasa berlakunya perlanggaran ini, titik-titik air dan hablur ais ini bercantum antara satu
sama lain.

- Melalui pencantuman inilah dikatakan awan berkembang menjadi bertambah besar dan
seterusnya akan membentuk titisan hujan yang kemudiannya jatuh ke permukaan bumi.

i. Hujan - Merujuk kepada kerpasan dalam bentuk cecair.

- Diakibatkan oleh proses pemeluwapan dan pembentukan titik-titik air dalam awan yang diikuti
dengan pertumbuhan titik-titik air ini ke satu saiz yang tertentu dan dapat mengatasi pengaruh
daya pengapungan udara di dasar awan.

- Secara umumnya hujan yang lebat mengambil tempoh yang singkat manakala hujan gerimis
memakan masa yang lama.

ii. Salji

- Salji merujuk kepada hablur-hablur ais yang pelbagai bentuk yang terjadi apabila paras
beku terlalu hampir dengan permukaan bum menyebabkan hablur-hablur ais tidak
sempat mencair sebelum sampai ke permukaan bumi.

iii. Gerimis

- Merujuk kepada titik-titik air yang kecil iaitu kurang daripada 20 mikron yang tidak tidak akan
bercantum malah ditolak ke tepi oleh titik-titik air yang besar.

- Apabila diameter titik-titik air mencapai 7 mm, ia akan berpecah kepada titik-titik yang lebih
kecil.

- Proses perlanggaran dan pemecahan akan berlaku secara berulang kali.

- Titik-titik air yang kurang daripada 0.5 mm akan turun ke permukaan bumi sebagai gerimis.

iv. Hujan batu ( hail )

- Hujan batu merupakan sejenis kerpasan berbentuk pepejal yang besar dan berat. - Hujan
batu terhasil apabila terjadinya ribut yang mengakibatkan berlakunya pergerakan udara
menegak yang kuat di dalam awan.

- Pergerakan udara menegak yang kuat ini akan menolak titik-titik hujan ke atas sehingga ke
satu paras di bawah paras beku.

- Titik-titik hujan ini akan membeku dan menjadi bertambah besar apabila berlakunya
penimbunan salji dan air pada paras-paras yang berbeza.

- Apabila arus perolakan ( pergerakan udara menegak ) menjadi perlahan maka titik-titik air
beku ini akan jatuh ke permukaan bumi dalam bentuk hujan batu.

V. Hujan beku ( sleet )


- Merupakan hujan yang bercampur dengan salji.

- terbentuk apabila suhu di dalam awan hampir beku manakala suhu di bawah awan
suhu beku.

- titik-titik air yang jatuh dari awan akan merentasi lapisan suhu beku di bawah awan maka titik
air ini akan membeku menjadi bintik-bintik ais yang kecildan jernih.

Vi. Embun

- Embun biasanya terbentuk apabila berlakunya pemeluwapan di permukaan objek-


objek yang bersuhu di atas takat beku ( 0 º ).

- Udara yang lembap apabila tersentuh dengan objek-objek yang sejuk ( suhu pada
takat embun ), wap-wap air yang melekat pada objek tersebut akan ditukarkan kepada
cecair ( embun ).

4. KEBERKESANAN KERPASAN

Keberkesanan sesuatu kerpasan amat bergantung kepada ciri-ciri kerpasan seperti keamatan,
kekerapan, jangka masa dan litupan kawasan.

Ciri keamatan

- merujuk kepada saiz kerpasan atau lebat atau tidak sesuatu kerpasan. Ciri kekerapan - merujuk
kepada jarak antara satu kerpasan dengan kerpasan seterusnya ( jumlah kerpasan ) yang turun
kepermukaan bumi dalam dalam tempoh 24 jam.

Jangka masa

- merujuk kepada tempoh masa sesuatu kerpasan berlaku. Litupan kawasan

- Merujuk kepada luas kawasan yang terlibat apabila sesuatu kerpasan berlaku.

5. Pengaruh Sejatan dan sejatpeluhan terhadap kandungan air di atmosfera (kelembapan)

- Kadar sejatan paling tinggi berlaku dipermukaan yang terdedah seperti laut, sungai, tasik,
kolam dan paya.

- Permukaan air yang terdedah mengalami pertukaran molekul air daripada permukaan air
ke udara secara langsung.

- Molekul-molekul air yang meninggalkan permukaan air itu akan meningkatkan kelembapan
udara di atasnya.

Anda mungkin juga menyukai