Anda di halaman 1dari 4

KAJIAN TERHADAP AKTIVITI SOSIAL DAN EKONOMI MASYARAKAT

SETEMPAT YANG TERKESAN AKIBAT PANDEMIK COVID-19

Pengkaji 2 : Hi! Selamat pagi, saya Ellibiana, pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Saya

ingin mengambil sedikit masa anda untuk ditemu bual. Sebelum intu,

bolehkah saya tahu nama puan?

Responden 2 : Hi juga! Boleh Ellibiana, saya puan Jueliana boleh panggil Jue saja.

Pengkaji 2 : OK puan Jue, saya ingin bertanya soalan berkaitan dengan isu covid-19 yang

semakin hangat diperkataan dalam media sosial dan menjadi buah mulut

masyarakat pada masa ini.

Responden 2 : Baiklah Ellibiana, saya akan menjawab setakat yang saya tahu dan semampu

saya.

Pengkaji 2 : Okay baiklah , soalan saya yang pertama, apakah puan Jue tahu bahawa covid-

19 ini sangat berbahaya?

Responden 2 : Ya, saya tahu. Saya tahu bahawa covid-19 sangat berbahaya buktinya covid-19

boleh menyebabkan kematian. Bukan itu sahaja terdapat banyak kesan buruk

yang lain menunjukkan bahawa covid-19 sangat berbahaya. Contohnya,

covid-19 menyebabkan pesakit sukar bernafas dan hilang deria rasa.

Pengkaji 2 : Puan Jue saya nak tanya, apakah aktiviti sosial yang kerap dijalankan di

kawasan Belaga sebelum kejadian penularan wabak Covid-19?

Responden 2 : Sebelum penularan wabak covid-19 ni, aktiviti sosial yang kerap kami lakukan

di Belaga adalah majlis perkahwinan, majlis pengembumian, rumah


terbuka sempena perayaan krismas, ibadah pada setiap minggu, Pesta

Asap dan Hari Gata yang selalu dijalankan setiap tahun.

Penkaji 2 : Jadi… setelah penularan wabak covid-19 ni, adakah ia memberi kesan kepada

aktiviti sosial tersebut?

Responden 2 : Ya, banyak aktiviti yang tidak dapat dijalankan kesan daripada wabak covid

19. Kehidupan seharian kami tidak seperti dahulu lagi. Kami terpaksa untuk tidak

membuat perjumpaan atau majlis yang melibatkan ramai orang. Kami

juga tidak menjalankan aktiviti ibadah di gereja seperti sediakala. Bukan itu

sahaja, kami tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti riadah. Kami

disarankan untuk tidak keluar rumah. Kami terpaksa akur dan cuba

membiasakan diri dengan keadaan seperti ini.

Pengkaji 2 : Betul tu puan Jue, kita harus berusaha terima hakikat yang harus kita lalui

disebabkan wabak penyakit ini. Bagaimanakah pula interaksi aktiviti

ekonomi dalam kalangan masyarakat setempat sebelum penularan wabak

covid-19 ini?

Responden 2 : Aktiviti ekonomi kami di sini adalah banyak yang bekerja sendiri. Banyak yang

menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam terutamanya

tanaman kelapa sawit. Majoriti penduduk di sini mempunyai ladang atau

kebun sawit sendiri, ia sudah menjadi sumber pendapatan yang tetap bagi

penduduk di sini. Banyak juga yang menjalankan aktiviti perikanan dan tak

kurang juga yang bekerja sebagai nelayan di hulu sungai. Sebelum wabak

covid-19 ini, penduduk dapat bekerja seperti biasa tanpa rasa was-was
dan tidak perlu memakai topeng muka apabila pergi menjual hasil pertanian

atau hasil perikanan di market.

Pengkaji 2 : Saya sangat setuju dengan puan Jue, banyak aktiviti yang tidak dapat

dijalankan seperti sediakala setelah wabak covid-19 ini melanda. Puan

Jue, bagaimanakah norma kehidupan baharu yang diamalkan dalam kalangan

masyarakat setempat ?

Responden 2 : Setelah wabak covid-19 ini melanda, masyarakat setempat sentiasa

mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap mencuci

tangan dengan betul menggunakan sabun atau menggunakan bahan

pencuci tangan (hand sanitizer). Jika hendak ke pasar, topeng muka

sentiasa diguanakan. Norma kehidupan baharu masyarakat setempat juga

adalah tidak perlu bersalaman seperti sebelum ini. Hal ini untuk

memutuskan rangkaian covid-19.

Pengkaji 2 : Kita harus membiasakan diri kita dengan norma kehidupan baharu ini.

Bagaimanakah pula SOP di daerah Belaga ini, adakah masyarkat

mengamalkan SOP?

Responden 2 : Masyarakat di sini mengamalkan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Mereka
takut jika mereka melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan
nanti mereka akan didenda. Masyarakat di sini sentiasa mematuhi SOPyang
ditetapkan bukan hanya disebabkan mereka takut untuk didenda tapi mereka takut
jika mereka akan dijangkiti oleh virus korona.

Pengkaji 2 : Yalah kan puan, kita harus mematuhi SOP ini bukan disebabkan kita takut pada

denda yang akan dikenakan tapi sebab kita takut dijangkiti virus korona. Soalan
saya yang terakhir, adakah pandemik covid-19 ini memberi kesan

terhadap ekonomi masyarkat di daerah Belaga?

Responden2 : Ya, setelah berlakunya pandemik covid-19 ini. Banyak pekerja yang kehilangan

pekerjaan disebabkan oleh majikan tidak dapat untuk membayar gaji

mereka. Bukan itu sahaja, banyak juga penduduk yang tidak dapat

membuka gerai atau menjual hasil tanaman mereka di pasar atau market.

Penduduk yang menjalankan pertanian kelapa sawit yang hendak

menjual hasil tanaman mereka ke kilang pun terpaksa mematuhi peraturan

dengan menggunakan topeng apabila hendak menjual sawit, namaun

mereka masih boleh menjalankan aktiviti ini lagi. Terdapat juga golongan

yang kehilangna punca pendapatan kesan daripada covid-19 ini seperti penjual

sayur atau peniaga kecil.

Pengkaji 2 : Terima kasih banyak atas kerjasama yang puan Jue berikan, sampai disini

sahaja temu bual kita. Saya berharap agar kita sentiasa sihat dan

dijauhkan daripada virus yang berbahaya ini.

Responden2 : Sama-sama Ellibiana, saya berharap kita berjumpa lagi. Jaga diri dan jangan

lupa selalu amalkan gaya hidup yang sihat.

Anda mungkin juga menyukai