Anda di halaman 1dari 3

Soalan 6.

(Geomorfologi Lembangan Saliran)

a) Nyatakan cara dan jenis hakisan sungai.[5m]

Rangka jawapan.

Cara hakisan sungai:-

 Lelasan/geselan
 Lagaan
 Larutan
 Tindakan hidraul

Jenis hakisan sungai:-

 Hakisan menegak/mendalamkan sadar


 Hakisan melebar/mendatar tebing
 Hakisan ke hulu/ke belakang/mengundur

b) Dengan merujuk 3 jenis bentuk muka bumi sungai. Terangkan proses pembentukkannya.

Rangka jawapan.

Bentuk muka bumi hakisan sungai:-

 Air terjun
Terbentuk di kawasan yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun secara
mendatar antara batuan keras dengan batuan lembut. Lapisan batuan lembut akan
terhakis dengan lebih cepat berbanding batuan keras. Hal ini menyebabkan dasar
sungai menjadi tidak rata. Batuan keras akan menghalang pergerakan air dalam alur
lalu membentuk air terjun.

 Likuan sungai
Bagi alur yang berliku, taburan halaju arus di bahagian tebing sungai adalah tidak
sama. Bagi tebing yang menerima lauruan arus, hakisan pelebaran akan berlaku
dengan pesat kerana halaju sungai yang diterimanya adalah tinggi. Kesannya tebing
sungai tersebut akan berbentuk cekung.

 Lubuk pusar
Aliran sungai yang deras dan berpusar bertindak mengorek rekahan-rekahan di
dasar sungai yang tidak rata,memperdalamkan rekahan-rekahan tersebut menjadi
lubang dianamakan sebagai lubang periuk. Selain itu,pusaran arus juga boleh
mengcungkil ketulan batu tongok dan mendedahkan lubang di dasar sungai kepada
pusaran arus seterusnya yang menyebabkan lubang tersebut menjadi lebih besar
dan dalam.
Jawapan penuh.

Jenis bentuk muka bumi sungai yang pertama ialah air terjun. Air terjun merupakan
aliran air terjun setingkat yang terjun dari poin yang tinggi. Selain itu, pembentukan air terjun
dipengaruhi oleh proses hakisan. Air terjun biasanya terbentuk di kawasan batuan yang
berstruktur mendatar antara batuan keras dengan batuan lembut. Paling atas biasanya terdiri
daripada lapisan batuan yang keras seperti batuan sil. Lapisan ini amat sukar dihakis dan aliran
air sungai mengalir di atasnya. Manakala lapisan batuan lembut yang berada di bawah sangat
mudah dihakis khususnya oleh hempasan air dari tingkat yang lebih tinggi.

Selain itu, likuan sungai merupakan bentuk muka bumi akibat daripada hakisan
sungai. Likuan sungai mempunyai dua tebing iaitu tebing cekung dan tebing cembung. Tebing
cekung merupakan tebing yangterhasil di bahagian likuan sungai yang menerima luruan arus.
Manakala, tebing cembung pula terhasil di bahagian yang mengalami pembiasan arus.Bagi alur
yang berliku, taburan halaju arus di bahagian tebing sungai adalah tidak sama. Bagi tebing yang
menerima lauruan arus, hakisan pelebaran akan berlaku dengan pesat kerana halaju sungai yang
diterimanya adalah tinggi. Kesannya tebing sungai tersebut akan berbentuk cekung.

Di samping itu.hasil daripada hakisan sungai telah menwujudkan bentuk muka


bumi seperti lubuk pusar. Lubuk pusar ialah satu lekukan atau lubang di dasar sungai yang
berbatu yang ditebuk atau dikorek pleh pusaran arus sungai. Aliran sungai yang deras dan
berpusar bertindak mengorek rekahan-rekahan di dasar sungai yang tidak
rata,memperdalamkan rekahan-rekahan tersebut menjadi lubang dianamakan sebagai lubang
periuk. Selain itu,pusaran arus juga boleh mengcungkil ketulan batu tongok dan mendedahkan
lubang di dasar sungai kepada pusaran arus seterusnya yang menyebabkan lubang tersebut
menjadi lebih besar dan dalam.

c) Jelaskan 4 kepentingan bentuk muka bumi hakisan sungai.


Rangka jawpan.

Kepentingan bentuk muka bumi:-

 Pertanian
Dataran mendapan/delta

 Rekreasi
Air terjun/jeram/tasik ladam

 Elektrik hidro
Air terjun

 Perhubungan/pengangkutan
Tetambak
Jawapan penuh.

Kepentingan yang pertama akibat daripada hakisan sungai adalah pertanian. Bentuk muka
bumi seperti delta sesuai dijadikan kawasan penanaman padi. Hai ini kerana mendapan lanar
mempunyai kadar humus yang tinggi dan dapat menghasilkan kawasan padi subur. Wujudnya
mendapan ini akan menjadikan kawasan delta ini menjadi tumpuan kepada penduduk kerana
tanahnya yang rata dan sesuai dijadikan sebagai petempatan.

Selain itu, kepentingan yang kedua akibat daripada hakisan sungai ialah sebagai tempat
pelancongan dan rekreasi bagi penduduk. Wujudnya air terjun,jeram dan tasik ladam akan menarik
pelancong untuk pergi kesana dengan bertujuan untuk beriadah. Di samping itu, keadaan yang
selamat dan sesuai untuk orang ramai akan menyebabkan tempat sebegitu menjadi tumpuan orang
ramai. Manakala jeran boleh dijadikan sebagai pusat penjanaan tenaga hidroelektrik. Sebagai
contihnya ialah di Lata Iskandar, air terjun Sekayu di Hulu Terengganu.

Tambahan pula, tanah tinggi memiliki sungai yang bersaliran deras dan kawasannya tadahan
air yang luas. Halaju air yang tinggi dengan kapasiti iaitu isi padu air yang banyak akan menjadikan
potensi besar untuk membina empangan hidroelektrik. Sebagai contohnya, empangan ini biasanya
terletak dikawasan tanah tinggi seperti Empanan Kenyir, Empangan Temenggor, Empangan
Cenderoh dan lain-lain.

Di samping itu, kepentingan lain merupakan pengangkutan. Jaringan pengangkutan juga


mudah dibina dikawasan yang rata tetapi bagi di kawasan sungai memerlukan tetambak untuk
dijadikan sebagai kawasan perhubungan. Selain itu, kawasan sungai yang sudah ditambak boleh
dijadikan sebagai kawasan pelabuhan kerana kawasan tersebut memiliki darjah ketersampaian.

Anda mungkin juga menyukai