Anda di halaman 1dari 36

Kesan Rumah Hijau & Pemanasan Global

KANDUNGAN
BAB 4: KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL (Greenhouse effects and global warming)

Pengenalan: senario semasa Kesan Rumah Hijau


Pengenalan Mekanisme Gas-gas Kesan

Kesan Rumah Hijau

Kesan Rumah Hijau

kepada persekitaran akibat kejadian Kesan Rumah Hijau

Pemanasan Global
Pengenalan Impak

pemanasan Global kepada kesihatan dan persekitaran.

PENGENALAN
Senarion: fenomena alam masa kini.

RAMAI mengeluh cuaca sekarang semakin panas. Kepanasan matahari semakin terik terutama pada tengah hari. Fenomena kepanasan ini dikaitkan dengan aktiviti manusia di muka bumi. Penebangan hutan secara tidak terkawal, pencemaran industri, penggunaan bahan bakar fosil secara berleluasa dan pelepasan gas rumah hijau antara contoh kerosakan yang dilakukan manusia hingga memberi kesan terhadap bumi.

PENGENALAN

Berdasarkan laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC), suhu dunia diramal meningkat daripada 1.1 darjah Selsius kepada 6.4 darjah Selsius antara 1990 dan 2100. Jika ramalan itu menjadi kenyataan, bumi akan semakin panas. Risiko banjir besar boleh berlaku sekiranya suhu bumi terus meningkat, malah beberapa kepulauan kecil boleh tenggelam. Beberapa kawasan lain yang beriklim panas pula menerima taburan hujan yang banyak.

PENGENALAN

Sejak 10 tahun kebelakangan ini, manusia semakin terancam berikutan bencana kerap berlaku. Taufan, banjir, kemarau dan wabak penyakit berkaitan alam sekitar semakin kerap dan ancamannya bertambah meluas. Senario pemanasan global turut menggiatkan kesan El Nino, terutama membabitkan kejadian kemarau dan banjir. El Nino akan mempengaruhi iklim dunia mengakibatkan sesetengah tempat kemarau manakala sesetengah lagi banjir, katanya.

KESAN RUMAH HIJAU

(Greenhouse Effects)

PENGENALAN

Kesan rumah hijau merupakan satu fenomena yang berlaku akibat pencemaran udara. Sejarah kesan rumah hijau bermula pada zaman Revolusi Perindustrian. Pada zaman inilah manusia mula menggunakan bahan api fosil secara meluas. Ini menyebabkan kandungan karbon dioksida bertambah.

PENGENALAN

Kesan rumah hijau berlaku kerana pemerangkapan haba oleh gas-gas rumah hijau. Gas-gas ini akan bertindak seperti selimut yang membenarkan haba masuk kemudian akan memerangkap haba ini. Haba yang terperangkap inilah yang akan meningkatkan suhu pada permukaan bumi.

KESAN RUMAH HIJAU (Green house effects)

MEKANISME KESAN RUMAH HIJAU

Kesan rumah hijau (greenhouse effect) adalah berkaitan dengan kesan pemanasan atmosfera terhadap bumi. Gelombang cahaya matahari melalui udara diserap oleh bumi. Bumi kemudiannya memancarkan semula tenaga ini sebagai gelombang haba dan diserap oleh udara, terutamanya oleh karbon dioksida.

Karbon dioksida di atmosfera bertindak seperti kaca di dalam rumah hijau

dimana kaca menukarkan jarak gelombang cahaya yang memasuki rumah kaca menjadi semakin memanjang dan membebaskan haba dalam rumah kaca dan memerangkap haba tersebut.

(konsep asal di dalam rumah hijau diterjemahkan ke atmosfera dan dinamakan sebagai kesan rumah hijau).

GAS-GAS KESAN RUMAH HIJAU

Antara beberapa jenis gas rumah hijau yang biasa didapati ialah:

Karbon dioksida (CO2) Nitrous Oxide (N2O) Gas Metana (CH4) Ozone (O3) Wap Air

IMPAK KEPADA PERSEKITARAN AKIBAT FENOMENA KESAN RUMAH HIJAU..


KENAIKAN PARAS LAUT PERUBAHAN IKLIM KESIHATAN MANUSIA TERGANGGU KEGIATAN HARIAN DAN PENEMPATAN MANUSIA TERGANGGU

PEMANASAN GLOBAL

(Global warming)

PENGENALAN

Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan dengan beberapa faktor seperti perubahan aktiviti Matahari, atau kelajuan putaran Bumi. Pemanasan global adalah disebabkan, terutamanya, oleh kesan rumah hijau. Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari Matahari yang sampai kepermukaan Bumi tidak dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh atmosfera kita.

PEMANASAN GLOBAL

Pemanasan Global didorong oleh aktiviti manusia yang rakus. Pemanasan yang berterusan ini telah mencairkan bongkahbongkah ais dikawasan kutub pada setiap hari dan mengakibatkan peningkatan air laut diseluruh dunia. Keadaan ini mungkin boleh menyebabkan bandar, negara dan pulau didunia bakal tengelam selamanya jika air laut terus meningkat.

Selain itu, pemanasan global juga menyebabkan fenomena lain:


kemarau, hujan lebat, taufan, banjir dan ombak besar berlaku dibeberapa bahagian bumi.

Bryn Mawr di Alaska runtuh akibat Global Warming (April 2000)

GLOBAL WARMING

Global warming Pencairan ais

Climate changes

Ocean level

Flood and El-nino

PEMANASAN GLOBAL

Menurut Ahli Kaji Iklim (Climatologist), menyatakan pemanasan global bermula sejak 1800-an lagi. Manusia merupakan penyebab utama pemanasan global melalui aktiviti yang menghasilkan gas rumah hijau (greenhouse gases). Kesan rumah hijau ini memerlukan proses yang kompleks yang membabitkan:

cahaya matahari, gas, dan partikel di atmosfera.

Gas tersebut akan memerangkap haba diatmosfera yang dikenali sebagai gas rumah hijau.

PUNCA PEMANASAN GLOBAL

Proses Semula jadi:


a)

Tenaga matahari yang berlebihan diterima oleh bumi.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada dekad 1990-an suhu bumi sudah mula meningkat. Pada tahun 2004 dan 2005 merupakan tahun yang paling panas sejak suhu bumi dicatatkan pada tahun1861. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, Amerika Syarikat (AS) merupakan pengeluar gas CO2 terbesar dunia (6.0005 bilion tan), China (5.017 bilion tan) dan Indonesia (3.014 bilion tan).

PUNCA PEMANASAN GLOBAL

Aktiviti utama manusia:


a)

Pembakaran bahan api fosil (arang batu, minyak dan gas asli)

Pembakaran kebanyakannya dilakukan oleh kenderaan, kilang dan loji jana kuasa elektrik. Bahan api fosil membebaskan karbon dioksida (CO2) yang merupakan gas rumah hijau yang akan memperlahankan pembebasan haba ke atmosfera.

PUNCA PEMANASAN GLOBAL


b)

Pembersihan hutan dan tanah

Tumbuhan akan menggunakan CO2 untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis. Aktiviti pembersihan hutan dan kawasan tanah secara berleluasa akan menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau. Hal ini berlaku kerana semakin kurang tumbuhan yang menggunakan CO2 untuk proses fotosintesis. Jika masalah ini terus berlaku tanpa kawalan pihak berkuasa ia akan memburukan lagi keadaan semasa

KESAN PEMANASAN GLOBAL

Hasil pemanasan global ini telah memberi kesan secara langsung kepada bumi dan hidupannya. Pemanasan global akan mengancam tumbuhan dan haiwan. Ia juga akan memaksa haiwan dan tumbuhan didarat untuk berpindah ke habitat baru. Kesan pencairan bongkah-bongkah ais dikutub yang telah menghasilkan fenomena peningkatan paras laut dan perubahan ini juga mengancam produktiviti dan tuaian hasil pertanian.

KESAN PEMANASAN GLOBAL

Senario pemanasan global, negara seperti Afrika merupakan kawasan yang sebahagian besarnya diliputi kawasan gurun yang panas. Namun, baru-baru ini berlaku penurunan salji pada tahun 2006. Manakala Perancis mengalami panas melampau yang telah mengorbankan 29 penduduknya pada 2006. Suhu atmosfera meningkat 1.1 farenheit (0.6 darjah celcius). Aras air laut meningkat (naik) sebanyak 10 sentimeter. Laporan PBB menyatakan pada tahun 2085, dijangkakan 25-40 peratus spesis flora dan fauna akan pupus atau kehilangan habitat akibat pemanasan global.

KESAN PEMANASAN GLOBAL - NASA


a)

Peningkatan Paras Laut

Suhu panas yang berterusan akan memecahkan bongkah-bongkah ais di Barat Artatika dan membawa kepada peningkatan suhu dan air laut. Kawasan pantai akan mengalami banjir, hakisan, kehilangan tanah lembab dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih. Pemanasan global menyebabkan air laut menjadi panas dan meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu karang. Peningkatan kepanasan juga membantu proses penyebaran penyakit yang akan mengancam hidupan laut.

b)

Ancaman Hidupan Laut

KESAN PEMANASAN GLOBAL NASA


c)

Perubahan Habitat

Perubahan cuaca sama ada dari panas ke sejuk atau sebaliknya akan menyebabkan hidupan dibumi akan berpindah ke habitat atau lokasi baru. Keadaan suhu yang ekstem dan kerap akan membawa kemusnahan. Perubahan bentuk taburan hujan akan merubah sama ada menyebabkan banjir atau kemarau. Taufan dan ribut tropika juga akan berlaku hasil perubahan cuaca dan suhu yang tidak konsisten.

d)

Kerosakan Cuaca

KESAN PEMANASAN GLOBAL NASA


e)

Ancaman Kesihatan Manusia


Penyakit tropika seperti malaria dan denggi akan menular dengan mudah. Selain itu, katarak mata dan kanser kulit akan berlaku jika pendedahan kepada gelombang panas yang ekstrem dan untuk jangka panjang boleh menyebabkan kematian, kelaparan dan kekurangan zat makanan.

f)

Perubahan Tuaian Makanan

Sesetengah kawasan dunia akan mengalami perubahan hasil tuaian pertanian sama ada meningkat atau sebaliknya. Rusia dikatakan akan memperoleh hasil pertanian yang lebih baik.

LANGKAH PENCEGAHAN DAN MENGATASI PEMANASAN GLOBAL

Perjanjian Kyoto yang ditandatangani di Kyoto, Jepun pada 1997 perlu dilaksanakan dengan lebih serius, cekap dan berkesan. Lebih dari 160 negara yang terlibat dengan draf perjanjian tersebut yang menekankan kepada pengurangan pembebasan gas rumah hijau. Daripada jumlah itu, 38 buah negara industri perlu menghadkan pengeluaran CO2 dan gas rumah hijau yang lain.

Sambungan. langkah pencegahan dan mengatasi pemanasan global

Pengharaman tersebut bermula pada 2008 hingga 2012. Setiap negara mempunyai sasaran pengeluaran CO2 yang berbeza. Namun, perjanjian ini tidak menyatakan pengharaman kepada negara membangun. Ia juga mengalakkan kerjasama dari semua negara membangun dalam usaha untuk mengurangkan pembebasan CO2 secara sukarela. Pada 2001, AS telah menolak usul Protokol Kyoto dengan alasan bahawa ia akan mengancam ekonomi AS. Tindakan AS ini merupakan tindakan yang menunjukkan bahawa Presiden Bush mementingkan diri dan kepentingan kapitalis mereka berbanding usaha untuk menyelamatkan bumi. Umum sudah tahu bahawa As penyumbang terbesar CO2 dan gas rumah hijau yang lain (melebihi

6 bilion tan).

Sambungan. langkah pencegahan dan mengatasi pemanasan global

Adalah tidak wajar AS menolak terus Protokol Kyoto. Adalah lebih baik ia dikaji dan menunjukan sedikit sikap tolak ansur dalam mengatasi isu global yang membabitkan alam sekitar. Namun begitu, AS dalam usaha menenangkan pihak lain. Ia telah menyatakan sokongan untuk menangani masalah pemanasan global dengan mana-mana negara didunia.

Sambungan. langkah pencegahan dan mengatasi pemanasan global

Ahli kaji Iklim sedang berusaha untuk mengatasi masalah pemanasan global ini iaitu
a)

Menghadkan pembebasanCO2
Mengantikan

bahan api fosil dengan sumber tenaga yang tidak menghasilkan O2. bahan api fosil dengan lebih cekap. Bahan api yang tidak mengeluarkan CO2 termasuklah angin, cahaya matahari, dan stim (wap) bawah tanah.

Menggunakan

Sambungan. langkah pencegahan dan mengatasi pemanasan global


b)

Memencilkan CO2 dan menghalang CO2 dari memasuki ruang atmosfera atau membuang CO2 yang sudah berada disitu.
i.

Penyimpanan dalam air atau bawah tanah membabitkan penyuntikan CO2 ke dalam formasi geologik bawah tanah atau lautan. Laut mampu untuk menyimpan lebih banyak CO2 namun ia masih lagi dalam kajian supaya ia tidak mendatangkan kesan negatif terhadap persekitaran ekosistem laut. Tumbuhan hijau mampu menyerap CO2 dari atmosfera. Ia mengabungkan karbon dari CO2 dengan hydrogen untuk menghasilkan gula yang disimpan didalam tisu tumbuhan tersebut. Tumbuhan yang mati akan membebaskan CO2. Oleh itu, penebangan hutan dan tumbuhan yang mati secara langsung akan membebaskan CO2 dari tisu tumbuhan tersebut dan kekurangan tumbuhan baru yang hidup akan menyebabkan pertambahan dan lambakan CO2 di ruang atmosfera

ii.

bumi.

Anda mungkin juga menyukai