Anda di halaman 1dari 2

IMBUHAN Imbuhan Awalan juru- , maha-, dan pra1.

Beberapa orang ( maharani / maharaja / mahaguru / mahasiswa ) kelihatan gembira selepas nenerima ijazah masing-masing. 2. Seorang ( jurutera / jururawat / juruacara / juruhebah ) radio telah dijemput untuk memeriahkan majlis perkahwinan abang. 3. Sukari bertugas sebagai ( juruteknik / juruacara / jurupandu / jururunding ) di Syarikat Perundingan. 4. Cikgu Rabu ditugaskan sebagai (juruacara / juruteknik / jurucakap / juruhebah ) pada majlis persaraan guru besar pada pagi itu. 5. Sutini bercita-cita menjadi ( usahanita / pramugari / peragawati / olahraga ) suatu hari nanti dengan syarikat penerbangan ternama. 6. Bayi ( prasedar / pratonton / pramatang / prasekolah ) itu ditempatkan di wad ICU, Hospital Penawar. 7. Kakak sedang mengikuti kursus ( prarasa / prasekolah / prasarjana / pramatang ) di Universiti Malaya. 8. Muzium Negara mempamerkan fosil manusia zaman (prasejarah / prasekolah / prasedar / pratonton ) yang ditemui baru-baru ini di keda 9. Rancangan yang dikendalikan oleh ( juruaudit / juruacara / jurupandu / jurucakap ) itu mendapat sambutan hangat daripada penonton. 10 ( Maharani / Maharaja / Mahaguru / Mahasiswa ) ilmu persilatan yang terkenal itu sudah meninggal dunia. Imbuhan Akhiran i, -an, dan kan. 1. Jangan ( biarkan / sisihkan / abaikan / pedulikan ) gejala penagihan dadah berleluasa dalam kampung kita, kata ketua kampung. 2. Jangan ( abaikan / lucutkan / tamatkan / lepaskan ) peluang keemasan ini, nasihat ibu kepada kakak. 3. Fail itu telah saya ( berikan / letakkan / tampalkan / lepaskan ) di atas meja encik, kata Khamis. 4. Tolong ( matikan / jauhkan / hapuskan / padamkan ) enjin kereta ketika mengisi minyak. 5. Dia menyidai pakaian basah di ( acuan / jalanan / ampaian / lapangan ) . 6. ( Ikatan / Jalinan / Tenunan / Anyaman ) songket itu sungguh menarik. 7. Bayi itu tidur di dalam ( buaian / ayuan / bulatan / kurungan ). 8. Kecantikan Nona menjadi ( lirikan / usikan / gurauan / tumpuan ) ramai lelaki. 9. Jangan ( lalui / ulangi / tangisi / hindari ) kesilapan yang sama. 10.Kawasan berlumpur itu kami ( lalui / lawati / susuli / rentasi ) untuk ke kampung Indah. 11.Warga emas haruslah kita ( jauhi / rindui / hayati / hormati ) . 12.( Jauhi / Halusi / Turuni / Dekati ) tempat larangan itu, kata emak kepada abang. Imbuhan Akhiran wan, -man, -wati 1 .Allahyarham P. Ramlee merupakan antara ( seniman / wartawan / sejarawan / budayawan ) filem Melayu yang termasyhur 2. Zubaidah telah dipilih sebagai ( usahawati / sasterawati / olahragawati / olahragawan ) peringkat kebangsaan. 3. Filem yang hebat itu dilakonkan oleh seorang ( seniwati / biduanita / sasterawati / olahragawati ) terkenal. 4. Pemergian Pak Long Sabtu amat dirasai kerana sikapnya yang ( budiman / hartawan / karyawan / usahawan ) terhadap penduduk setempat. 5. Mangsa banjir di Kota Tinggi bersyukur kerana ada seorang ( beliawan / hartawan / wartawan / karyawan ) yang tampil untuk meringankan beban mereka. 6. Jumaat terpilih sebagai ( seniman / wartawan / dermawan / olahragawan ) dalam temasya sukan di sekolahnya. 7. (Wartawan / Usahawan / Negarawan / Angkasawan ) dari Malaysia itu akan menjalani latihan di Moscow sebelum berlepas ke angkasa lepas Imbuhan Apitan meN-.kan 1. Dalam ( menjayakan / mendapatkan / mensyaratkan / melengkapkan ) aktiviti kokurikulum ini, kerjasama yang padu daripada semua pihak amat penting, kata guru besar. 2. Ayah ( menjalankan / membawakan / mendatangkan / menumpangkan ) kawan saya semasa pulang sekolah semalam. 3. Sesiapa yang ingin mengikuti perkhemahan perdana itu bolehlah ( mendirikan / menarikkan / menjalankan / mendapatkan ) borang pendaftaran daripada guru yang bertugas. 4. Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan STPM layak untuk ( menjadikan / melanjutkan / menjalankan / mendapatkan ) pelajaran mereka di universiti. 5. Jamaliah bergegas ke hospital untuk ( mencarikan / menjalankan / mendapatkan / menggambarkan ) rawatan apabila diserang cirit-birit dan muntah-muntah. 6. Cikgu Jamal ( meneyelitkan / mendapatkan / menampalkan / menggantungkan ) maklumat tentang perkhemahan itu pada papan kenyataan. 7. Jamaluddin telah ( mentafsirkan / mendapatkan / mendengarkan / mencadangkan ) agar alat kawalan jauh itu dibaiki segera. 8. Kenderaan yang dipandu melebihi had laju akan ( meletakkan / menjadikan / menjalankan / mendatangkan ) bahaya kepada pengguna jalan raya. 9. Puan Jamilah tidak ( menetapkan / membiarkan / mengarahkan / membenarkan ) anak tunggalnya itu menenyertai lawatan ke Kuala Lumpur. 10.Datuk dan nenek saya akan ( menunaikan / menjalankan / meneruskan / menghadapkan ) ibadat haji di Mekah

Imbuhan Apitan meN - .. i 1 Azhar merupakan pesakit buah pinggang yang ( melalui / memiliki / menjalani / menjumpai ) rawatan hemodialisis di Hospital Sri Petaling. 2. Semasa di dalam hutan mereka telah ( memiliki / menyelami / menjumpai / menyelidiki ) beberapa jenis pokok yang tidak pernah dilihat sebelum ini. 3. Pasukan bola jaring sekolah saya ( menjalani / medekati / mendatangi / mengusai ) perlawanan tersebut. 4. Sara akan ( memasuki / mendekati / menduduki / mengharungi ) peperiksaan akhir tahun pada minggu hadapan. 5. Maisarah membawa segugus anggur semasa ( menjalani / mendekati / menziarahi / menjumpai ) neneknya di hospital. 6. Guru besar mengucapkan tahniah kepada pasukan bola jaring sekolah yang ( menjuarai / menjalani / menjumpai /mendatangi ) perlawanan bola jaring peringkat negeri. 7. Wajahnya kelihatan pucat selepas ( memiliki / melepasi / menjalani / mendapati ) pembedahan itu. 8. Adik cemas apabila pemuda yang tidak dikenali itu ( memiliki / melepasi / mendekati / mendapati ) nya. 9. Ayah berpesan kepada kami agar tidak ( menjalani / memusuhi / menjumpai / mendalami ) keluarga sendiri. 10.Pengerusi majlis itu ( menjalani / menjejaki / mendekati / mendahului ) ucapannya dengan serangkap pantun. Imbuhan Apitan ke.. -kan 1. ( Kelajuan / Kehabisan / Kelancaran / Kesudahan ) filem itu amat menyedihkan kami sekeluarga. 2. Ramai anak muda terpesona dengan ( kebaikan / keindahan / kecekapan / kecantikan ) gadis itu. 3. ( Kecacatan / Kehilangan / Kepupusan / Kebodohan ) yang dialami oleh Majid tidak menghalangnya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. 4. ( Kelebihan / Kepadatan / Kesesuaian / Kesenangan ) hidup yang dikecapi oleh Diana sekeluarga tidak pernah menjadikan mereka sombong. 5. Pisang yang masak itu berwarna ( kebiru-biruan / kehijau-hijauan / kemerah-merahan / kekuning-kuningan ). 6. Safura memohon maaf kepada Safar kerana ( kebetulan / kecepatan / kederasan / keterlanjuran ) percakapannya. 7. Ramai pelancong terpegun dengan ( kebaikan / keindahan / kemolekan / kecanggihan ) Pulau Tioman. 8. Setiap rakyat mesti menghormati ( ketinggian / kedaulatan / kecanggihan / kemakmuran ) raja. 9. Kemalangan itu berlaku akibat ( kelalaian / kealpaan / kekerasan / kekejangan ) pemandu lori. 10.Kaki Peah ( keletihan / kekakuan / kekerasan / kekejangan ) setelah berlari sejauh lima kilometer. Imbuhan Apitan di-. kan 1. Erra Fazira cuba menepis beberapa soalan panas yang ( diajukan / dikenalkan / dikhaskan / disasarkan ) oleh wartawan kepadanya. 2. Encik Faizal gembira kerana telah ( diberikan / dihulurkan / disampaikan / dianugerahkan ) pingat kebesaran oleh Sultan Johor yang membawa gekaran Datuk. 3. Denda akan ( dihadkan / diberikan / dikenakan / dilaksanakan ) kepada sesiapa yang melanggar peraturan sekolah. 4. Dalam kebakaran itu, api berjaya ( diluputkan / dihapuskan / dilenyapakan / dipadamkan ) oleh pihak bomba dan penyelamat dengan cepat. 5. Keputusan pengadil telah ( ditamatkan / dipertikaikan / dipersalahkan / diperbesarkan ) oleh pihak yang tidak berpuas hati. 6. Mona Lisa menangis apabila ( dihalusi / dihayati / dikhianati / dimarahi ) oleh ibunya tadi. 7. Fesyen pakaian era 80-an kembali ( dihayati / diminati / dipunyai / disenangi ) oleh golongan muda. 8. Kawasan kampung saya telah ( disaluti / dibaluti / diselubungi / ditenggelami ) air pagi tadi.

Anda mungkin juga menyukai