Anda di halaman 1dari 3

MATAPELAJARAN : PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5

KELAS : 5 KREATIF , 5 DINAMIK , 5 PROGRESIF


TEMA : PENGALAMAN MUZIKAL
TAJUK : RENTAK DAN IRAMA
STANDARD PEMBELAJARAN : 1.6 Memainkan rentak berdasarkan skor
STANDARAD KANDUNGAN : 1.6.1 Memainkan rentak inang , masri , waltz dan march
berdasarkan skor dengan mengikut tempo

OBJEKTIF :

 Pada akhir pembelajaran , muird dapat memainkan rentak inang dengan tempo yang
betul berdasarkan skor.

LANGKAH PEMBELAJARAN :
1. Penerangan tentang tajuk pembelajaran.

 Pada minggu ini kamu akan mempelajari tentang rentak. Maksud rentak adalah
seperti yang terdapat di bawah.

Rentak merupakan corak irama tertentu yang digunakan untuk


mengiringi sesebuah lagu. Corak irama ini memberikan identity
kepada sesebuah lagu itu.

 Kamu akan mempelajari tentang rentak inang pada hari ini. Jom kita kenali muzik
inang. “Inang” merujuk kepada seorang pengasuh yang ditugaskan untuk mengasuh
dan membesarkan seorang puteri raja. Rentak inang di gunakan dalam tarian untuk
menghiburkan puteri raja tersebut. Semasa zaman kegemilangan bangsawan , muzik
inang sangat terkenal dan dimainkan pada majlis - majlis majlis - majlis keraian.

 Rentak inang pada kebiasaannya mempunyai tempo yang agak cepat. Rentak inang
dikatakan mempunyai pengaruh muzik dari negara India.

 Notasi corak irama rentak inang adalah seperti yang terdapat dibawah.
 Contoh lagu - lagu yang menggunakan rentak Inang sebagai muzik iringan adalah
seperti lagu Aladom dan selendang Mak Inang. Link di bawah adalah link untuk
membantu kamu memahami dengan lebih mendalam tentang rentak inang.

Lagu Aladom : https://www.youtube.com/watch?v=kZetTixs1yo


Lagu Selendang Mak Inang : https://www.youtube.com/watch?v=-buoGrcW_WI
Video Asas Rentak Inang : https://www.youtube.com/watch?v=Wry4bG00fEA
2. Tugasan Murid

Kamu perlu menyalin semula nota pembelajaran di bawah didalam


buku tulis kamu. Gambar tugasan yang telah siap perlu dimuatnaik
dalam Google Classroom untuk disemak. Terima kasih.

Tajuk : Rentak Inang

 Rentak merupakan corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi


sesebuah lagu. Corak irama ini memberikan identiti kepada sesebuah lagu
itu. Terdapat pelbagai jenis rentak seperti rentak joget , masri , inang ,
dangdut , zapin , waltz, ,march, polka dan sebagainya.

 Kita akan mempelajari rentak tradisional inang , rentak inang mempunyai


notasi corak irama seperti berikut :

 Lagu - lagu yang menggunakan rentak Inang adalah seperti :

a) Selendang Mak Inang


b) Aladom
c) Pantun Budi
d) Seni Berzaman ( Toki )

Anda mungkin juga menyukai