Anda di halaman 1dari 1

Cara-cara Menjaga Alam Sekitar

Setiap orang menjaga kebersihan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih menjaminkan kesihatan kita.

Banyak cara untuk menjaga alam sekitar. Antaranya, kita mesti mengasingkan bahan-bahan buangan

mengikut kategori yang ditentukan. Bahan-bahan tersebut boleh dikitar semula kemudian.

Selain itu, kita dikehendaki menanam banyak pokok di sekitar tempat kediaman kita. Pokok-pokok
membekalkan udara yang bersih dan segar kepada kita. Kita akan menjadi sihat apabila menghirup udara
yang bersih.

Di samping itu, kita perlu sentiasa membersihkan kawasan tempat tingga lata. Alam sekeliling yang
bersih dapat mengelakkan pembiakan binatang-binatang dan serangga seperti tikus, nyamuk, lipas, lalat dan
lain-lain.

Akhir sekali, kita harus mengurangkan penggunaan beg plastik. Beg-beg plastik sukar untuk
dilupuskan. Sebaliknya kita harus menggunakan beg kitar semula semasa membeli-belah.

Kesimpulannya, alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan kita semula. Semua pihak harus
berusaha untuk menjaga kebrsihan alam sekitar kita.

Anda mungkin juga menyukai