Anda di halaman 1dari 2

Jawab semua soalan (20 markah)

1. Membran plasma mempunyai struktur yang unik seperti Rajah 1.0, yang telah dikemukakan
oleh S. Singer dan G.Nicolson pada tahun 1972.

Struktur membran plasma yang unik ini menjadikan membran plasma bersifat separa telap. Ini
bermakna terdapat beberapa bahan yang boleh merentasi membran secara bebas manakala
terdapat bahan yang tidak dapat merentasinya.

Berdasarkan maklumat di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk menentukan bahan
yang boleh merentasi membran plasma.

Jalankan eksperime ini seperti kaedah berikut:

(i)

Rendam Bahan 1 dalam air untuk seketika. Ikat salah satu hujung Bahan 1 dengan
benang dan pastikan ia tidak bocor.

(ii)

Isikan 10 ml larutan 30% glukosa dan 10 ml ampaian kanji ke dalam Bahan 1 pada (i).

(iii)

Masukkan tiub kapilari dalam Bahan 1, ikat dan pastikan ia tidak bocor.

(iv)

Kepitkan tiub kapilari pada kaki retort seperti Rajah 2.0

Anda mungkin juga menyukai