Anda di halaman 1dari 1

BAHAGIAN B – KAJIAN KES

Soalan 4a.

-sistem yang dijalankan adalah sistem barter


-sistem barter boleh berlaku jika:-
i. Mesti terdapat kemahuan serentak.
Contohnya, Pak Osman ingin memakan ikan dan mempunyai buah durian. Kebetulan pula Pak
Abu ingin mamakan buah durian dan mempunyai lebihan tangkapan ikan. Maka mereka boleh
melakukan pertukaran barter kerana ada kemahuan serentak.

ii. Mesti ada barang berlebihan untuk ditukarkan.


Contohnya, Pak Salleh mendapat hasil tangkapan ikan yang banyak dan melebihi keperluan
sendiri. Boleh menukarkannya untuk mendapatkan barang lain yang diperlukannya.

Soalan 4b

Masalah sistem barter ialah:


i. Sukar mendapatkan kemahuan serentak
Seseorang yang berkeinginan sesuatu barang mesti mencari orang yang mempunyai barang
yang dikehendakinya dan orang tersebut juga bersetuju untuk menukarkannya.
Contohnya, Ali mempunyai seekor ayam dan memerlukan beras. Dia mesti mencari orang yang
mempunyai beras dan memerlukan ayam. Jika dia tidak dapat mencari orang tersebut maka
pertukaran barang tidak akan berlaku.

ii. Sukar menetapkan kadar pertukaran


Barang yang hendak ditukarkan susah untuk ditentukan nilainya. Contohnya, berapa kilo sayur
kah hendak ditukarkan dengan seekor lembu.

iii. Barang mudah rosak


Barang-barang yang tidak tahan lama seperti buah-buahan dan sayur-sayuran perlu ditukarkan
dengan segera kerana nilainya cepat hilang jika disimpan lama. Contohnya, sayur hijau boleh
layu dalam masa 1 hingga 2 hari sahaja dan jika tiada orang yang ingin menukarkannya dalam
tempoh masa tersebut maka ia akan busuk.

iv. Sukar membawa barang yang besar dan berat


Barang yang besar, berat dan dalam kuantiti yang banyak susah untuk dibawa ke sana ke mari
untuk ditukarkan. Contohnya, Pak Alif sukar untuk mengangkut lembunya untuk ditukarkan
dengan ayam Pak Asan yang tinggal di seberang sungai.

Soalan 4c.

Kelebihan sistem barter ialah:


i. Pembeli dan penjual mendapatkan barang-barang keperluan secara langsung tanpa melalui
orang tengah. Contohnya, Ali tidak perlu meminta orang lain untuk menukarkan buah duriannya
sebaliknya mencari sendiri orang yang inginkan buah durian tersebut.
ii. Tidak perlu menggunakan alat perantaraan pertukaran seperti wang, mereka boleh terus
menukarkan barang dengan barang. Contohnya, Abu menukarkan ikan dengan sayur yang
dimiliki oleh Karim secara suka sama suka.
iii. Tidak berlaku kenaikan harga barang keran proses pertukaran barang berlaku antara dua pihak
yang mempunyai kehendak serentak. Contohnya Ani perlukan beras dan mempunyai buah betik
dan Esah pula memerlukan buah betik dan mempunyai beras. Maka mereka tukar atas dasar
kehendak serentak.

Anda mungkin juga menyukai