Anda di halaman 1dari 1

TAN CHAU HAN KARANGAN PENGAJIAN AM

Bayi tabung uji bermaksud satu kaedah perubatan untuk mendapatkan anak melalui proses
persenyawaan di antara benih suami dan isteri di dalam tiub tabung uji. Sperma bapa dan telur ibu akan
disenyawakan di dalam tabung uji. Apabila persenyawaan berjaya dilakukan dalam 72 jam, embrayo yang
terbentuk dalam tabung uji tersebut akan dimasukkan ke dalam rahim wanita. Dengan cara ini, anak akan
dilahirkan dengan cara yang normal.
Kewujudan bayi tabung uji telah membawa kesan positif kepada manusia. Kepeluangan untuk
mendapatkan bayi yang normal dan sihat lebih tinggi dengan menggunakan cara bayi tabung uji. Proses
persenyawaan dalam tabung uji dapat mengelakkan kelahiran anak yang cacat kerana gen-gen yang
didapati mempunyai kecacatan akan dipisahkan. Ibu bapa tidak perlu lagi membimbangkan kelahiran
anak yang mempunyai kecacatan.
Selain itu, hubungan kekeluargaan akan bertambah baik dan erat. Anak yang normal dapat
membantu mengeratkan hubungan antara suami isteri serta mak-mertua dan menantu berbanding dengan
anak cacat kerana susah untuk membiayai dan memerlukan kos-kos yang banyak dalam urusan hariannya.
Suami isteri juga akan mengelakkan pertelingkahan supaya anak akan membesar dalam keadaan yang
ceria.
Di samping itu, bayi tabung uji dapat membantu pasangan yang tidak dapat memperolehi anak
disebabkan masalah keturunan atau kesihatan badan. Mereka boleh melalui pertanyaan daripada hospital
untuk menggunkan kaedah ini supaya memperolehi seorang anak demi kebahagian keluarga.
Walau bagaimanapun, keburukan bayi tabung uji adalah bayi akan dijadikan sebagai bahan
komersial kepada pihak tertentu. Mereka yang memerlukan wang akan menjual sperma kepada pihak
hospital dan mendapatkan keuntungan daripada urus niaga tersebut tetapi hanyalah sperma yang sihat
akan dibeli oleh pembeli.
Bayi tabung uji memerlukan kos yang tinggi untuk memproseskannya. Proses persenyawaan
adalah sangat rumit dan juga memerlukan orang yang professional untuk menjalankan proses ini. Sebagai
contoh, mereka yang hendak membeli sperma yang berkualiti dan sihat hendaklah membayar wang yang
lebih tinggi supaya menghasilkan bayi yang sihat.
Kesimpulannya, bayi tabung uji telah membawa kesan-kesan positif dan negatif kepada manusia
dalam kehidupan. Manusialah yang menentukan baik dan buruknya kaedah ini berdasarkan pertimbangan
agama, akal, nilai dan norma masyarakat Sebagai seorang rakyat, kita mestilah bersikap rasional untuk
memikirkan kesan-kesannya sebelum menggunakan kaedah bayi tabung uji.

Anda mungkin juga menyukai