Anda di halaman 1dari 1

Luculus Lee Pengajian Am Penggal 2

Karangan 2
Taraf kesihatan dan kehidupan yang semakin baik di Malaysia dewasa ini dijangka akan
berupaya untuk meningkatkan bilangan warga tua dalam masyarakat Malaysia menjelang
tahun 2020.
Bincangkan implikasi negatif peningkatan golongan warga tua di negara kita.

Kemajuan yang dicapai oleh Malaysia telah berjaya menaikkan taraf kesihatan dan
taraf hidup penduduk. Hal ini memungkinkan pemanjangan jangka hayat penduduk, khasnya
warga tua. Peningkatan bilangan warga tua di negara ini pasti akan menimbulkan pelbagai
implikasi negatif.
Antara implikasi yang timbul di Malaysia ialah warga tua tersisih daripada masyarakat..
Anak-anak yang semakin sibuk bekerja di luar dan tiada masa untuk menjaga ibu bapa tua
mereka. Contohnya, anak yang sudah berumah tangga dan mereka enggan tinggal bersama-sama
dengan ibu bapa tua. Mereka akan menghantar ibu bapa tua mereka ke rumah kebajikan warga
tua.Perbuatan ini akan menimbulkan kehilangan kasih sayang keluarga dan akan mengalami
kekosongan jiwa dalam sesebuah keluarga.
Implikasi yang seterusnya ialah peruntukan perbelanjaan yang lebih untuk menyediakan
infrastruktur untuk orang tua. Banyak warga tua mungkin diabaikan oleh anak-anak mereka yang
bersikap materialistik atau tidak mempunyai anak tinggal sebatang kara. Maka, kerajaan terpaksa
mendirikan rumah kebajikan warga tua yang lebih banyak. Contohnya, pembinaan hospital awam
dan klinik awam.
Selain itu, peningkatan golongan warga tua akan membebankan kerajaan dari segi
kewangan. Pertambahan bilangan warga tua yang merupakan bekas kakitangan awam
meningkatkan peruntukan wang pencen untuk mereka. Misalnya, kerajaan memberikan bantuan
kewangan kepada warga tua yang tidak berkemampuan.Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat,
bilangan warga tua tidak bekerja yang menerima bantuan kerajaan adalah sekitar 120,496 orang
pada tahun 2010.
Di samping itu, implikasi yang seterusnya ialah warga tua akan mengalami masalah
kesihtan. Apabila seseorang sudah lanjut usia, mereka akan dilanda pelbagai penyakit. Contohnya,
banyak warga tua mengalami masalah sakit jantung, kencing manis, rosak penglihatan, hilang
pendengaran dan lain-lain. Kerajaan perlu berbelanja lebih dalam bidang perubatan untuk warga
tua kerana mereka sering mendapatkan rawatan perubatan daripada hospital awam.
Tambahan pula, peningkatan golongan warga tua akan mengurangkan produktiviti negara.
Ramai warga tua masih bekerja walaupun sudah melepasi usia persaraan. Prestasi kerja mereka
akan merosot dan mengurangkan produktiviti mereka disebabkan oleh kekuatan fizikal dan
mental mereka telah mula merosot. Hal ini akan menjejaskan produktiviti negara.
Kesimpulannya, peningkatan bilangan warga tua membebankan kerajaan dan masyarakat.
Kerajaan perlu berusaha untuk menangani fenomena ini secara bijaksana.
335 Patah kata.

Anda mungkin juga menyukai