Anda di halaman 1dari 12

AKADEMI PERIKANAN MALAYSIA

UJIAN

MPU1313

EKONOMI MALAYSIA

NAMA : Muhammad Asirul Asyraf Bin Mamat

TARIKH : 03/03/2022

______________________________________________________________________
MAC 2022 TEMPOH: 3 JAM
______________________________________________________________________

ARAHAN:

1. Calon dikehendaki membaca soalan dengan berhati-hati sebelum menjawab.


2. Kertas ini mengandungi:

Bahagian Jenis Soalan Arahan Kertas Jawapan

20 Soalan Aneka Jawab SEMUA


I MySP Portal
Pilihan Soalan

Jawab SEMUA
II 3 Soalan Struktur MySP Portal
Soalan

3. Calon diberi masa 30 minit sebaik sahaja peperiksaan bermula bersama


pengajar bagi membincangkan kehendak soalan yang diberikan.

KERTAS UJIAN INI MENGANDUNGI 7 MUKA SURAT BERCETAK TERMASUK MUKA HADAPAN
SULIT MPU1313

BAHAGIAN A: ANEKA PILIHAN (20 markah)

1. Manakah di antara berikut BUKAN kategori sumber?


A. Buruh
B. Modal
C. Kerajaan
D. Usahawan

2. Kehendak manusia yang tidak dapat dipenuhi disebabkan sumber yang terhad dikenali
sebagai masalah _______.
A. Pilihan
B. Kekurangan
C. Kos Lepas
D. Faktor Pengeluaran

3. Kesemua dibawah adalah masalah yang wujud dalam ekonomi, KECUALI?


A. Apa yang ingin dikeluarkan
B. Dimana akan dikeluarkan
C. Bagaimana untuk mengeluarkan
D. Untuk siapa dikeluarkan

4. Ekonomi adalah bidang yang mengkaji bagaimana __________.


A. Sumber yang terhad digunakan untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
B. Kita memilih untuk menggunakan sumber yang tidak terhad
C. Sumber yang tidak terhad digunakan untuk memenuhi kehendak yang terhad
D. Masyarakat menggunakan sumber yang ada untuk memenuhi kehendak yang tidak
terhad

5. Manakah diantara berikut adalah berkenaan dengan mikroeonomi?


A. Sejumlah pekerja didalam sesebuah negara
B. Tingkat harga umum dalam ekonomi Malaysia
C. Sejumlah pengeluaran dalam ekonomi
D. Pengeluaran dan harga ayam di Malaysia

6. Titik yang berada didalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan


____________.
A. Pengangguran
B. Penggunaan sumber yang tidak cekap
C. Gagal menggunakan teknologi yang ada
D. Kesemua di atas

7. Pergerakan disepanjang keluk kemungkinan pengeluaran menerangkan ___________.


A. Tingkat guna tenaga telah meningkat
B. Pengeluaran telah meningkat
C. Masyarakat telah memilih pengeluaran yang berbeza
D. Perkembangan dalam penggunaan teknologi.

MPU1313 EKONOMI MALAYSIA Muka Surat 2


SULIT MPU1313

8. Penurunan populasi bagi sesebuah negara akan menyebabkan keluk kemungkinan


pengeluaran ___________.
A. Sama ada ke kanan atau ke kiri
B. Kanan ke kiri
C. Kanan
D. Kiri

9. Apabila harga jatuh,_________.


A. Permintaan meningkat
B. Kuantiti permintaan menurun
C. Permintaan menurun
D. Kuantiti permintaan meningkat

10. Barang yang menyebabkan permintaan berhubung secara negatif dengan pendapatan
dikenali sebagai __________.
A. Barang normal
B. Barang pengganti
C. Barang penggenap
D. Barang bawahan

11. Dalam pasaran teh, bagi sesetengah penguna mereka mengandaikan __________
A. Kopi adalah pengganti
B. Gula adalah pengganti
C. The hijau adalah penggenap
D. Milo adalah penggenap

12. Yang manakah antara berikut TIDAK menentukan permintaan bagi diesel?
A. Harga petrol
B. Harga diesel
C. Harga kereta
D. Pendapatan pengguna

13. Apabila harga telur meningkat, Sofia akan _______.


A. Meningkatkan penawaran kek
B. Meningkatkan kuantiti penawaran kek
C. Menurunkan penawaran kek
D. Menurunkan kuantiti penawaran kek

14. Peralihan keluk penawaran sama ada ke kanan atau ke kiri dikenali sebagai
_____________.
A. Perubahan dalam kuantiti permintaan
B. Perubahan dalam penawaran
C. Perubahan dalam permintaan
D. Perubahan dalam kuantiti penawaran

15. Hukum penawaran menyatakan bahawa __________.


A. Penawaran barang akan berkurang apabila harganya menurun
B. Penawaran barang akan meningkat apabila harganya meningkat
C. Kuantiti penawaran barang akan meningkat apabila harganya meningkat
D. Kuantiti penawaran barang akan menurun apabila harga input menurun

MPU1313 EKONOMI MALAYSIA Muka Surat 3


SULIT MPU1313

16. Yang manakah diantara berikut TIDAK akan menyebabkan peningkatan dalam
penawaran gandum?
A. Penurunan dalam harga gandum
B. Penurunan dalam harga jagung
C. Penurunan dalam harga jentera yang digunakan dalam pemprosesan gandum
D. Peningkatan teknologi penghasilan gandum

17. Pada tingkat harga keseimbangan ___________.


A. Kuantiti penawaran melebihi kuantiti permintaan
B. Tidak terdapat tekanan dalam harga sama ada untuk meningkat atau berkurang
C. Terdapat tekanan yang cenderung kepada peningkatan dalam harga
D. Terdapat tekanan yang cenderung kepada penurunan dalam harga

18. Apabila harga berada di atas harga keseimbangan. Ini akan menyebabkan berlakunya
lebihan _________, dan dijangkakan harga akan _________.
A. Permintaan, meningkat
B. Permintaan, menurun
C. Penawaran, meningkat
D. Penawaran, menurun

19. Manakah diantara pernyataan berikut adalah TIDAK BENAR?


A. Jika permintaan meningkat dan penawaran menurun, harga keseimbangan akan
meningkat
B. Jika penawaran meningkat dan permintaan menurun, harga keseimbangan akan
menurun
C. Jika permintaan menurun dan penawaran meningkat, harga keseimbangan akan
meningkat
D. Jika penawaran menurun dan permintaan adalah tetap, harga keseimbangan akan
menurun

20. Peningkatan dalam pendapatan pengguna akan menyebabkan __________.


A. Peningkatan kuantiti keseimbangan dan penurunan harga keseimbangan
B. Peningkatan harga keseimbangan dan penurunan kuantiti keseimbangan
C. Peningkatan dalam harga dan kuantiti keseimbangan
D. Penurunan dalam harga dan kuantiti keseimbangan

MPU1313 EKONOMI MALAYSIA Muka Surat 4


SULIT MPU1313

BAHAGIAN B: STRUKTUR (40 markah)

1. Jadual di bawah ini menunjukkan guna tenaga, tenaga buruh, dan penduduk di Malaysia
dari tahun 2001 hingga tahun 2005.

GUNA TENAGA (‘000)


Tenaga Penduduk
TAHUN SEKTOR SEKTOR SEKTOR
Buruh (‘000) (‘000)
PERTAMA KEDUA KETIGA
2001 1529.8 3004.2 5001.0 9892.1 24013
2002 1452.0 2974.0 5116.6 9886.2 24527
2003 1437.8 3073.6 5358.3 10239.6 25048
2004 1487.3 2913.8 5578.4 10346.2 25581
2005 1506.5 2893.7 5645.2 10413.4 26128
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, 2005/2006)

(a) Hitung jumlah guna tenaga bagi tahun 2002 hingga tahun 2005. [2]

2002

1452.0 + 2974.0 + 5116.6 = 9542.6

2003

1437.8 + 3073.6 + 5358.3 = 9869.7

2004

1487.3 + 2913.8+ 5578.4 = 9979.5

2005

1506.5 + 2893.7 + 5645.2 = 10045.4

(b) Hitung kadar pengangguran bagi tahun 2002 hingga tahun 2005. Jelaskan sama ada
Malaysia mencapai guna tenaga penuh.
[3]
Kadar Pengangguran

2002

9886.2 – 9542.6 = 343.6

343.6 / 9885.2 × 100

MPU1313 EKONOMI MALAYSIA Muka Surat 5


SULIT MPU1313

= 3.48%

2003

10239.6 – 9869.7 = 369.9

369.9 / 10239.6 × 100

= 3.6%

2004

10346.2 – 9979.5 = 366.7

366.7 / 10346.2 × 100

= 3.5%

2005

10413.4 – 10045.4 = 368

368 / 10413.4 × 100

= 3.5%

(c) Terangkan arah aliran kadar pengangguran di Malaysia bagi tahun 2002 hingga tahun 2005.
Jelaskan jawapan anda. [2]

Arah aliran kadar pengangguran di Malaysia agak stabil kerana daripada


tahun 2002 hingga 2005 kadar pengangguran tidak mencapai 4% . Pada tahun
2002 kadar pengangguran ialah 3.48% dan tahun 2003 meningkat sedikit kepada
3.6% . Pada tahun 2004 dan 2005 kadar pengangguran menurun sebanyak 0.1%
iaitu pada tahun 2004 3.5% dan tahun 2005 3.5% . Kadar pengangguran di
Malaysia dapat dikawal.

(d) Apakah implikasi ekonomi yang ditunjukkan oleh data kadar pengangguran di atas? [3]

Dengan kadar yang rendah bermakna tingkat guna tenaga adalah tinggi.
Kadar pengangguran yang rendah memberikan implikasi bahawa kadar
pembaziran dalam sumber ekonomi pada tahap yang rendah . Ekonomi mencapai

MPU1313 EKONOMI MALAYSIA Muka Surat 6


SULIT MPU1313

tahap pengeluaran yang tinggi. Keadaan ini amat menggalakkan perlaburan dan
seterusnya mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan.

2. Jadual di bawah ini menunjukkan indeks harga pengguna Malaysia dari tahun 2006 hingga
tahun 2010.
Tahun Indeks Harga Pengguna
(2005 = 100)
2006 103.6
2007 105.7
2008 111.4
2009 112.1
2010 114.0
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, pelbagai tahun)

(a) Apakah maksud tahun asas dan apakah indeks harga pengguna pada tahun asas? [2]

Tahun asas merupakan tahun yang tingkat harganya dijadikan asas perbandingan
dengan tingkat harga tahun-tahun kemudian dan indeks harga pada tahun asas
diberikan nilai 100 .

MPU1313 EKONOMI MALAYSIA Muka Surat 7


SULIT MPU1313

(b) Hitung kadar inflasi dari tahun 2008 hingga tahun 2010. [3]

2008 = 111.4 ÷ 105.7 × 100

= 1.05%

2009 = 112.1 ÷ 111.4 × 100

= 1.01%

2010 = 114.0 ÷ 112.1 × 100

= 1.02%

• Tingkat harga pada tahun 2009 adalah 1.01% lebih rendah daripada
tahun 2008.

• Tingkat harga pada tahun 2010 adalah 1.02% lebih tinggi daripada tahun
2009

• Secara purata inflasi antara tahun 2008 hingga 2010 ialah :-

( 1.05% + 1.01% + 1.02%) ÷ 3

= 1.03%

MPU1313 EKONOMI MALAYSIA Muka Surat 8


SULIT MPU1313

(c) Huraikan arah aliran kadar inflasi dari tahun 2008 hingga tahun 2010. [2]

Kadar inflasi pada tahun 2008 adalah 1.05% , kadar inflasi untuk tahun 2009 pula
adalah 1.01% dan kadar inflasi pada tahun 2010 adalah 1.02% . Kadar inflasi yang
tettinggi pada tahun 2008 (1.05%) , pada tahun 2009 menurun (1.01%) dan kadar
inflasi pada tahun 2010 meningkat sebanyak 0.01% (1.02%) .

(d) Berdasarkan jawapan anda pada (b), apakah kesannya terhadap ekonomi? [3]

Pertumbuhan Ekonomi

• Inflasi akan menjejaskan petumbuhan wang.

• Inflasi yang tinggi menyebabkan pulangan pelaburan dalam negara


merosot.

Nilai Wang

• Nilai wang ialah kemampuan sesuatu mata wang untuk membeli


barangdan perkhidmatan.

Taraf Hidup

• Semasa inflasi berlaku kenaikkan kos sara hidup dan ini akan
menyebabkan taraf hidup menurun

MPU1313 EKONOMI MALAYSIA Muka Surat 9


SULIT MPU1313

3. Gambar di bawah menunjukkan perbualan antara pasangan suami isteri.

MPU1313 EKONOMI MALAYSIA Muka Surat 10


SULIT MPU1313

(a) Terangkan tiga masalah ekonomi yang dihadapi oleh suami isteri tersebut. [6]

• Keperluan
• Pilihan
• Kos Lepas

(b) Huraikan empat sumber ekonomi yang diperlukan dalam pengeluaran sesuatu barang. [8]

Tanah
• Lokasi kilanh untuk pemprosesan sesuatu produk
Modal
• Perlaburan terhadap produk yang ingin dihasilkan
Usahawan
• Kebijaksanaan seseorang menguruskan perniagaan
Buruh
Untuk menghasilkan sesuatu produk.

MPU1313 EKONOMI MALAYSIA Muka Surat 11


SULIT MPU1313

(c) Terangkan tiga perbezaan antara barang keperluan dan barang kehendak. [6]

Keperluan Kehendak
Untuk kehidupan Untuk kehidupan
harian yang lebih selesa
Rumah Rumah banglo
Barang yang sedia Barang yang
ada ditambah baik

KERTAS SOALAN TAMAT

MPU1313 EKONOMI MALAYSIA Muka Surat 12

Anda mungkin juga menyukai