Anda di halaman 1dari 3

FAKTOR KURANGNYA PENDIDIKAN DAN PENGHAYATAN AGAMA

Di samping faktor-faktor keruntuhan akhlak yang lain, faktor kekurangan dari segi pendidikan
dan penghayatan agama juga termasuk di dalam salah satu bukti faktor keruntuhan akhlak. Secara
pengenalan ringkas, Penghayatan agama adalah penghayatan akidah dan ibadat adalah khusus bagi orang
Islam. Orang bukan Islam tidak dituntut menghayati ajaran-ajaran khusus ini. Namun, Islam tidak
melarang jika mereka mahu mengamalkannya. Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan
tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia
dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Manusia yang tidak tidak
mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme.

Persoalannya, mengapakah faktor kurangnya pendidikan dan penghayatan agama juga tergolong
di dalam faktor-faktor keruntuhan akhlak? Berikut adalah punca-punca dan bukti faktor kekurangan
pendidikan dan penghayatan agama.

Faktor kekurangan pendidikan dan penghayatan agama yang pertama adalah Kurang didikan
agama daripada ibu bapa. Hal ini kerana, Ibu bapa tidak memberikan didikan agama yang secukupnya
kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan
pedoman hidup. Mereka juga lebih mementingkan soal ekonomi dan hal kebendaan dan sebagainya lebih
daripada mendidik anak-anak mengenai ilmu agama. Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak
agak cetek dan masih tidak dapat membezakan mengenai perkara yang baik dengan perkara yang buruk.
Mereka juga tidak tahu membezakan yang halal mahupun haram sesuatu perkara dan akhirnya
menyebabkan mereka mudah terjerumus dengan anasir-anasir yang tidak berfaedah. Di samping itu,
Anak-anak yang kurang didikan agama lebih gemar menghabiskan masa lapang mereka di tempat-tempat
yang melalaikan (lagha), misalnya di pusat siber ataupun di pusat permainan video selepas pulang dari
sekolah. Sepatutnya, kesempatan yang ada sebaiknya digunakan untuk menunaikan solat dan melakukan
aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat seperti membaca buku, menyiapkan kerja sekolah dan bersukan.

Selain itu, faktor kedua adalah terpengaruh dengan rakan sebaya rakan sebaya. Pengaruh dengan
rakan sebaya rakan sebaya turut menjadi punca kurangnya penghayatan dalam agama terutamanya dalam
kalangan remaja. Hal ini kerana rakan sebaya merupakan individu yang boleh diperkatakan kedua atau
ketiga rapat dengan kita selain ibu bapa dan keluarga. Malah remaja kini lebih banyak meluangkan masa
dengan rakan berbanding dengan keluarga. Dengan hal demikian ini menyebabkan remaja terlalu
mempercayai rakan sehingga sanggup melakukan apa sahaja bersama-sama tanpa memikirkan akibat
daripada perbuatan tersebut. Selain itu, perbuatan pengaruh rakan sebaya ini kerap ditekankan oleh
segelintir kalangan remaja kerana takut diri mereka akan dipinggirkan daripada kumpulan rakan-rakan
mereka sekiranya tidak mengikuti perbuatan mereka. Contohnya, apabila sekumpulan pelajar merokok,
semestinya remaja dalam kumpulan tersebut akan didesak supaya melakukan perbuatan yang sama.

1
Keadaan ini akan menimbulkan konflik dalam diri mereka yang tidak mahu disisihkan atau dianggap
tidak berani mencuba. Akhirnya, mereka akan memilih untuk menyertai rakan dengan mengikut
perbuatan mereka itu. Dalam hal ini, remaja perlu sedar bahawa mereka perlu bijak memilih rakan-rakan
yang baik. Dengan berbuat perkara sedemikian, seumpama apabila berkawan dengan penjual minyak
wangi, yang harumnya akan melekat pada badan kita, manakala apabila berkawan dengan tukang besi,
maka bahang kepanasannya akan turut kita rasai. Jelaslah bahawa rakan sebaya turut juga memainkan
peranan dalam penghayatan dalam agama. Jika masyarakat terutamanya remaja bijak memilih rakan
mereka, maka tidak timbul isu kurang penghayatan agama dalam diri mereka. Hal ini kerana, rakan yang
baik mestilah mendorong mereka untuk mendekatkan diri dengan ajaran-ajaran agama.

Faktor ketiganya adalah kurangnya dari segi aktiviti keagamaan. Tidak dinafikan bahawa terdapat
sesetengah pihak sekolah atau pihak institusi pengajian tinggi yang mewujudkan aktiviti keagamaan.
Namun, aktiviti keagamaan yang dijalankan tidak diadakan secara berterusan. Hal ini disebabkan oleh
kesibukan para pelajar menyiapkan kerja-kerja yang diberikan dan kesempitan masa para guru atau
pensyarah kerana mereka juga perlu meluangkan masa bersama keluarga. Kedua-dua pihak ini sukar
mencari masa yang sesuai untuk memberikan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti keagamaan yang
dijalankan di sekolah atau di mana-mana institusi pengajian tinggi. Hal inilah yang menyebabkan aktiviti
agama kurang dijalankan serta kelas-kelas agama dan perjumpaan yang berkaitan keagamaan terpaksa
dibatalkan disebabkan waktu lapang yang terhad. Kesannya, para pelajar kurang mendapat pembelajaran
ilmu agama. Namun, tak dinafikan juga ada dikalangan mereka juga beranggapan bahawa kelas-kelas
agama ini adalah beban bagi mereka. Mereka lebih mementingkan tugasan yang diberikan kerana bagi
mereka markah tugasan yang bakal diperolehi lebih penting daripada meluangkan masa di pusat-pusat
agama. Intihannya, mereka hanya menjadi insan yang berilmu namun cetek nilai-nilai agama dalam diri.

Seterusnya adalah Kurang dari segi dorongan agama dalam diri seseorang individu itu tersendiri.
Apabila sesorang itu meningkat dewasa, tanggungjawab terhadap dirinya kian bertambah. Hal ini
memberi kesan kepada kehidupan diri seseorang terutamanya dalam hal menjaga kebajikan diri sendiri.
Oleh itu, dorongan pihak-pihak yang lain seperti ahli keluarga, rakan ataupun suami isteri perlu untuk
memastikan individu tersebut tidak terpesong dari jalan yang benar. Begitu juga dengan hal-hal
keagamaan dalam diri individu. Setiap individu memerlukan dorongan dan sokongan daripada orang-
orang di sisinya untuk terus mendekatkan diri dengan ilmu agama. Tanpa dorongan yang kuat, usaha
untuk menuntut ilmu agama hanyalah sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam sahaja’. Dorongan ini perlu
supaya setiap individu tidak cepat lupa akan tanggungjawabnya sebagai penuntut agama. Sebagai contoh,
seseorang individu akan menunaikan solat pada waktunya walaupun sibuk dengan pekerjaan kerana
sering diingatkan oleh orang-orang disisi yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya. Dorongan
dalam diri ini penting supaya setiap individu sentiasa diingatkan untuk menjalankan tuntutan agama
masing-masing dan sentiasa saling mengingati antara satu sama lain.

2
Rujukan

http://dokumen.tips/documents/peranan-dan-kepentingan-agama-dalam-kehidupan-manusia.html

http://documents.tips/documents/peranan-agama-dalam-mempersatukan-pelbagai-rakyat-di-
malaysia.html

Anda mungkin juga menyukai