Anda di halaman 1dari 10

Tajuk: Kertas Kerja Review

“Ustaz Mu Tunggu Aku Datang”

NAMA NO.MATRIK
MUHAMMAD ALI BIN NORDIN 2012036
MUHAMMAD HAZIM BIN ZAINUDIN 2012025
MOHAMMAD ALIF IZZUAN BIN WARIS 2012031

Kelas: IS12 2B

Kod Subjek: IDAI 1053

Nama Pensyarah: MOHD HAKIM Arshad


Isi Kandungan
Pendahuluan

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari
Nya,maka saya dan rakan-rakan saya telah dapat menyiapkan tugasan Review Movie dengan
jayanya.Insyaallah, tugasan ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi
pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

Movie yang saya dan rakan-rakan review adalah bertajuk “Ustaz Mu Tunggu Aku
Datang”. Movie ini ialah sebuah filem Malaysia yang dikeluarkan pada 28 November 2013
dan diarahkan oleh Pierre Andre. Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang ini mengisahkan
Dadu, seorang pemuda yang hanyut tanpa tujuan dari hari ke hari. Dia seringkali dipecat dari
kerja dan tidak pernah serius dengan segala yang dilakukannya. Dadu tinggal bersama Muiz
yang turut bergantung kepada Dadu untuk hidup. Kedua-dua mereka tidak taat pada agama
sehinggalah sepupu Dadu, Hamzah datang tinggal bersama. Hamzah kini adalah seorang
yang taat pada agama dan sering pergi ke masjid untuk bersembahyang dan mendengar
ceramah agama. Terkejut dengan perubahan pada diri Hamzah, Dadu dan Muiz berazam
untuk mengubah diri mereka tetapi jalan untuk kembali jalan yang lurus bukanlah sesuatu
yang mudah.

Filem ini di bintangi oleh Shahrol Shiro sebagai Dadu iaitu Seorang mat rempit yang
tanpa tujuan dari hari ke hari, namun dia telah dipecat dari kerja dan tidak tahu pada
agamanya sendiri. Ajak Shiro sebagai Muiz iaitu Kawan baik kepada Dadu yang seringi
persamaan dengan Muiz, Dadu juga tidak tahu pada agamanya sendiri. Along Eyzendy
sebagai Ustaz Hamzah iaitu Seorang ex-DJ yang sudah berubah menjadi Ustaz, namun dia
melawat ke rumah mereka untuk ceramah dan memiliki CD yang dikenali sebagai UAI
(Ustaz Azhar Idrus). Wak Zaidi sebagai Encik Amri iaitu Seorang penyewa rumah yang Muiz
yang tidak membayar sewa selama 6 bulan,. Namun dia telah bertaubat dan sering menolong
Dadu dan Muiz untuk menghantar pakcik tua ke hospital. Zalif Sidek sebagai Bagok iaitu
Selalu menolong Dadu dan Muiz untuk pergi ke masjid untuk mendengar ceramah Ustaz
Azhar Idrus semasa motosikal mereka rosak. Juga seorang yang pencuri dan pembunuh
upahan. Epy Raja Lawak sebagai Mawi iaitu Seorang banduan yang suka bercakap kasar,
juga kuat sombong. Mikail Andre sebagai Inspektor iaitu Pegawai polis lelaki yang paling
tegas menjalankan tugas tanpa sebarang kompromi juga DJ Irwan Shah sebagai Ustaz Ah
iaitu Seorang ustaz yang paling beragama, dan Ustaz Azhar Idrus sebagai dirinya sendiri iaitu
yang diminati oleh Dadu dan Muiz.
Review

Filem ini memperlihatkan kepada kita kisah dua orang sahabat yang ingin menuju
destinasi yang boleh dianggap ‘mudah’ (mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus) tetapi
di‘payah’kan kerana mereka perlu melalui pelbagai rintangan sebelum mereka dapat
berjumpa dengan sosok popular tersebut. Melihat kepada sisi ekonomikal Muiz yang tidak
bekerja dan hanya mengharapkan kepada Dadu yang bekerja sebagai mat rempit jalanan dan
bergaji tak seberapa(dan suka berjudi pula), ditambah dengan keduanya berasal daripada
keluarga sederhana, memang agak sedikit sukar untuk mereka berdua sampai ke ceramah
Ustaz Azhar Idrus namun sikap Dadu dan Muiz ini wajar diambil-contoh di atas keberanian
mereka meninggalkan dunia selesa kehidupan mereka tanpa ada sebarang bantuan melainkan
mereka hanya menyandarkan nasib mereka hanya kepada Allah. Filem ini mengajarkan kita
konsep “siapa berusaha, dia akan mendapat”. Kita dihidangkan dengan bagaimana segala
kekurangan tersebut ditampung dengan kesungguhan dan keyakinan kendiri yang kuat untuk
mencapai matlamat mereka, lantas diakhirnya mereka berjaya untuk mencapai apa yang
mereka mahu hijrahkan.

Filem ini juga cuba menghurai bahawa dakwah mampu menjadi agen sebagai
perantara untuk membawa manusia berhijrah daripada ruang lingkup kegelapan kepada
petunjuk cahaya, daripada positif kepada negatif dan daripada buruk kepada baik. Filem
Ustaz Mu Tunggu Aku Datang juga bercerita soal eskapisme anak muda yang mahu berhijrah
meninggalkan dunia ‘lagho’ mereka menuju ke arah kehidupan berteraskan akhirat. Pieere
selaku pengarah cuba untuk mengadun antara unsur psikologi, motivasi dan efikasi dua anak
muda di dalam memilih eskapisme terbaik kehidupan mereka dan diakhirnya mereka berjaya
mendapat kebahagiaan yang mereka idam-idamkan dan Pieere menjamu kita dengan gaya
yang santai.

Antara fakta menarik tentang filem ini ialah tidak ada penyertaan pelakon wanita
dalam filim ini dan tidak dinafikan, elemen komedi dalam filem ini memang mampu untuk
memberikan kegembiraan kepada penonton. Sesiapa yang berhajat untuk hadir menonton
filem ini, boleh digunakan pada persepsi sendiri. Bagi saya dan rakan-rakan, filem ini sesuai
untuk orang yang rasa nak beri kegembiraan pada diri sendiri dan melapangkan fikiran
disamping memberi 'roh' Islami yang ada di isi.
Uslub Dakwah

‘Uslub’ adalah perkataan Arab yang bermaksud jalan atau seni dalam percakapan atau
pekerjaan. Ia juga bermaksud metodologi atau cara melakukan sesuatu dan dikatakan juga
sebagai sistem melaksanakan sesuatu.Dakwah memerlukan kepada uslub (kaedah) yang baik
dengan uslub terkini untuk menjadikannya lebih berkesan dalam merealisasikan mesej
kepada umum. Dakwah Islam mempunyai uslub yang tersendiri yang telah dilaksanakan oleh
Rasulullah s.a.w. untuk dicontohi. Apa yang perlu dikaji dan diperbincangkan ialah
pendekatan yang perlu diambil dalam dakwah kepada masyarakat hari ini yang agak berbeza
keadaannya dengan umat terdahulu. Sebagai contoh dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku
Datang merupakan filem yang bersifat dakwah yang berbeza cara penyampaiannya ataupun
pendekatan dakwah itu sendiri. Oleh terdapat beberapa uslub yang dapat dikeluarkan
daripada Filem tersebut.

Antara Uslub dakwah yang dapat diambil dari filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang,
antaranya ialah dalam kita menyampaikan dakwah kita mestilah mengenal pasti siapa yang
akan mendengar supaya kita boleh menentukan cara penyampaian yang bagaimanakah yang
akan berkesan dan mudah diterima oleh maudu kita.seperti satu baak dimana Ali bertemu
Dadu di masjid dan bertanya beberapa soalan kepada Dadu dan dalam pada masa yang sama
soalan itu sendiri merupakan dakwah,selepas itu Ali mengajak Dadu untuk solat berjemaah
kerana sudah hampir masuk waktu solat akan tetapi Dadu lari dan meninggalkan Ali dan para
jemaah lainnya,akan tetapi dalam perjalanan balik kerumah Dadu berhenti dan berfikir
sejenak mengapakah dia lari padahal Ali hanya mengajak dia untuk solat jemaah sahaja.Ini
menunjukkan dakwah dengan cara percakapan yang betul akan memberi kesan kepada
pendengar walaupun bukan secara terus akan tetapi dia akan teringat dan berfikir tentang
dakwah yang disampaikan kepadanya.Dalam pada masa Dadu berfikir dia ternampak
sebatang kayu diatas jalanraya yang mana akan mendatangkan mudarat jika ada orang yang
terlanggarnya walaupun dia sendiri tidak melanggarnya dan tidak menjadi satu kesalahan jika
dia hanya membiarkannya disitu akan tetapi dia tetap mengalihkannya walaupun tiada orang
disitu untuk melihat dan menilai perbuatan yang dilakukannya.Kita juga mestilah ikhlas
dalam perbuatan dan dakwah kita jangan mengharapkan pujian atau perhatian dari orang
ramai cukup sekadar kita dan tuhan sahaja yang tahu dan menilai apa yang kita kerjakan
kerana Allah lah sebaik baik pemberi balasan.
Uslub dakwah yang dapat diambil dari filem ini seterusnya ialah uslub Qudwah
Hasanah yaitu pendakwah itu sendiri memberikan contoh teladan yang baik dan patut
diteladani oleh orang lain.seperti babak dimana Ali sedang berqiyammullail dan Dadu
tersedar dan melihat Ali sedang solat lalu mengejutkan sahabatnya Muiz dari tidur dan
mengajaknya bersama untuk melakukan qiyammullail.Ini menunjukkan bahawa uslub ini
akan berkesan jika pendakwah memainkan peranannya sebagai menjadi contoh kepada yang
lain bukan hanya sekadar menyuruh,menyeru orang untuk berbuat kebaikan tetapi kita tidak
melakukannya.Memanglah tidak menjadi satu dosa jika kita menyuruh orang lain buat
perkara yang baik sedangkan kita tidak melakukannya (jika perkara sunat) akan tetapi orang
yang mendengar susah untuk menerimanya kerana tidak ada tokoh yang melakukannya dan
orang ramai boleh jadi tidak tahu bagaimanakah ia secara praktikalnya hanya tahu sekadar
teorinya.Dalam kita menjadi contoh yang baik dan melakukan perkara yang baik untuk
diteladani oleh orang ramai janganlah kita wujudkankan perasaan riak didalam hati kerana ia
akan merosakkan amalan yang kita lakukan walaupun riak itu Cuma sebesar biji sawi,dan
juga janganlah kita mengharapkan pujian dari orang orang yang melihat kebaikan kita,jangan
kita risau jika tidak ada manusia yang nampak kebaikan kita,ingatlah Allah maha melihat dan
maha mengetahui isi hati setiap hambanya dan Allah tidak pernah leka dalam memerhatikan
hambanya.Tapi risau lah kita jika dalam hati kita ada sifat riak dan mengharapkan pujian dari
orang ramai kerana risau akan hilangnya sifat ikhlas kita dalam menyeru manusia melakukan
kebaikan dan meninggalkan kejahatan.Dalam pada kita menunjukkan contoh yang baik
jangan lupa berdoa kepada Allah supaya diberkan hidayah kepada orang yang mendengar
dakwah kita kerana sehebat mana pun kita berdakwah sefasih mana pun kita bertutur jika
Allah tidak mengizinkan orang itu untuk mendapat hidayah maka tidaklah.

Uslub dakwah yang boleh diambil kira juga ialah sebagai pendakwah kita janganlah
mudah berputus asa jika orang itu tidak mahu mendengar dakwah kita.Usaha dan fikirkanlah
cara untuk membuat orang itu dengar dan ikut apa yang kita sampaikan,seperti watak Ali
yang tidak putus asa berdakwah kepada Dadu yang melarikan diri pada kali pertama mereka
berjumapa.Apabila mereka berjumpa kali kedua Ali masih ingin berdakwah kepada Dadu.Ali
bercakap dengan bahasa dan gaya yang mudah diterima Muiz dan Dadu dan mengajak
mereka untuk singgah ke masjid dan solat berjemaah dan berehat sebentar lagipun ada makan
makan kari kambing malam ini ujar Ali dan sahabatnya.Ini menunjukkan bahawa kita mesti
mengenal pasti masalah yang dihadapi pendengar kita apa yang tidak kena dengan mereka
dan bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah mereka dan berdakwah kepada mereka
pada masa yang sama dan juga contohilah sifat Ali yang tidak berputus asa mengajak Dadu
kearah kebaikkan dan akhirnya berjaya.Tarik minat pendengar dengan sedikit habuan dan
ganjaran,jika boleh baca keadaan dan tengok apa yang diperlukan,seba itulah tidak salah
untuk kita menjadi kaya,yang menjadi kesalahan apabila menjadi kaya iti ialah bagaimana
cara kita menguruskan kekayaan itu,seperti di babak yang mana Dadu danMuiz bertanya
kepada Ali bagaimana dia boleh turut serta dalam jemaah ini dan dia pun bercerita tentang
dirinya yang lalu yang mana dia merupakan anak kepada orang yang kaya dan dia sendiri
juga adalah orang yang kaya,dia berkata bahawa dia ada semua kemewahan ada banyak duit
tapi kenapa dia rasa tak tenang.Dia pun sedar dan menyesal yang segala nikmat yang Allah
bagi dia bawa ke jalan yang salah.Dadu pun bertanya kepada Ali kenapa dia berubah,Ali pun
jawablah yang Allah yang ubah dia.tapi Dadu masih tak puas hati dengan jawapan itu lalu
bertanya ada tak kisah atau cerita tentang sebab Ali nak berubah.Ali pun jawab beginiliah nak
dijadikan cerita satu hari dia pergi makan di kedai makan sedang dia makan dia nampak
budak kecil ni nampak susah macam pengemis,lalu tergeraklah hati dia nak bagi budak tu
RM100 tapi budak tu tolak Ali tanya kenapa budak tu jawab pakcik Allah dah cukup bagi
saya rezeki untuk harini saya tak perlukan duit pakcik,Ali dalam keadaan yang sedang
tersentak berkata takapalah ambillah budak tu jawab tak apa Allah dah bagi saya mata untuk
melihat kaki untuk berjalan dan otak untuk berfikir dan Allah boleh bagi saya kehidupan
bukan duit yang bagi saya kehidupan,Ali tersenyap dan termenung jauh sambil berfikir dan
berkata betullah selama ini aku bahagia aku sihat bukan datang dari duit tapi dari Allah.

Uslub yang seterusnya ialah tabah dalam menghadapi ujian seperti Dadu dan Muiz
yang menghadapi banyak rintangan dan cabaran dalam tujuan hendak mencari ilmu dan
berjumpa dengan Ustaz Azhar Idrus,mereka tetap tabah menghadapi dugaan dan
menempuhinya dengan penuh sabar dan pada akhirnya mereka berjaya mendengar ceramah
dan berjumpa dengan Ustaz Azhar Idrus sendiri.Babak ini menunjukkan bahawa apabila kita
sabar dan tabah menghadapi ujian kita akan dapat ganjarannya seiiring dengan itu jangan
lupa untiuk berdoa dan jangan berduka jika doa kita masih belum termakbul mungkin itu
bukan yang terbaik untuk kita dan Allah akan memberikan yang terbaik untuk para hambanya
yang beriman dan bertaqwa kepadanya. Babak seterusnya yang menunjukan kita hendaklah
tabah dalam menghadapi ujian adalah dimana Dadu dan Muiz diuji oleh Allah dengan
mereka berdua tiada duit untuk membayar sewa oleh pemiliknnya rumah itu,lalu mereka pula
dihalau untuk menduduki rumah itu di atas kurang berkemampuan untuk membayar
sewa,tetapi bukan dengan itu sahaja ujian yang Allah uji Dadu dan Muiz malahan banyak lagi
ujian yang dialami oleh mereka,selain itu ujian yang mereka alami ialah terpaksa memberi
makan kepada pengemis yang berada di kedai makan malahan mereka juga tersangat lapar
dan duit mereka hanya ada lima ringgit sahaja untuk dua orang tetapi mereka iaitu Dadu dan
Muiz diuji untuk memberi makan kepada mengemis itu dan mereka pun merelakan diri
mereka lapar,dengan sebab mereka tabah menghadapi ujian yang diuji oleh Allah,mereka pun
berjumpa dengan beberapa orang tabligh yang sebelum ini mereka telah bertemu du sesebuah
masjid,maka tabligh it upon mengajak mereka untuk ke masjid untuk menjamu selera dengan
berlaukkan kari kambing dan nasi putih,selepas selesai menjamu selera Dadu dan Muiz pon
telah menceritakan kepada ketua tabkigh itu apa yang sebenarnya mereka alami maka merka
berdua pon menceritakan perkara yang sebenar,di sini saya juga ingin menegaskan bahawa
apabila seseorang itu tabah menghadapi ujian yang diberi oleh Allah maka Allah pun
memberi ganjaran lebih banyak ataupun lebih baikyang apa diujinya dan saya menyeru
kepada semua untuk tabah dalam apa-apa ujian yang dihadapi dalam hidup di dunia ini
supaya kita dapat ganjaran oleh pencipta iaitu Allah.

Uslub yang seterusnya ialah kita mestilah berani untuk mendakwah seseorang tapi
bukan dengan cara yang kasar ataupun dengan cara keras malahan kita mestilah berdakwah
dengan cara yang lemah lembut dan perlahan-lahan sebagai contoh di dalam cerita ini ialah
seorang ustaz yang bernama Hamzah yang mendakwah duo orang kawannya bernama Dadu
dan Muiz yang sebelum berjumpa dengan kawanya Hamzah mereka adalah orang yag jahil
dari segi agama seperti tidak solat dan lain-lain,seteusnya mereka berdua menanyakan
bagaimanakah kawanya itu boleh berubah sedemikian dan kawannya yang bernama Hamzah
itu menceritakan bagaimana dia boleh berubah,setelah mereka mendengarkan berita itu
mereka berdua pon berasa ada niat ingin berubah seperti kawannya Hamzah ataupun lebih
baik darinya,kemudian kawanya itu telah memberitahu kepaa Dadu dan Muiz setelah dirnya
berubah kepada kebaikan dia merasakan semua perkara yang dia lakukan menjadi senang
atapun mudah dan kawanya Hamzah memberitahu rahsia semua itu adalah Al Quran,disini
kita dapat melihat bagaimana Hamzah mendakwah kepada Dadu dan Muiz itu dengan cara
yang lemah lembu dan tutur kata yang sopan.

Selain itu,uslub yang saya dapat dalam movie ini ialah bertekad untuk berubah
sepertimana saudara Dadu dan saudara Muaz yang bertekad untuk berubah selepas kawannya
memberi nasihat kepada kedua-duanya dan kawannya Hamzah telah memberitahu kepada
Dadu dan Muiz untuk selalu mendengar ceramah seorang ustaz yang telah dikenali dan beliau
berasal daripada Terengganu iaitu Ustaz Azhar Idrus,selepas itu mereka bermulalah
mendengar sedikit demi sedikit tazkirah yang disampaikan oleh ustaz Azhar Idrus dan
mereka pon dapat berita tentang ustaz Azhar dating untuk memberi ceramah di sesebuah
masjid lalu Dadu dan Muiz pon pergi ke tempat ceramah itu walaupun terdaoat beberapa
halangan yang mereka tempuhi untuk ke sana halangan itu ialah seperti moto mereka
rosak,ditahan oleh polis, sesat dan lain-lain yang terdapat dalam movie ini,selepas dapat
melepasi halangan itu Dadu dan Muaz telah pon selamat sampai di masjid yang
diceramahkan oleh ustaz Azhar Idrus,di sini saya ingin menegaskan bahawa apabila
seseorang individu yang ingin berubah kepada kebaikan mestilah mendapat pertolonga oleh
Allah dan dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun di akhirat kelak.

Anda mungkin juga menyukai