Anda di halaman 1dari 9

TAJUK :

KEPERIBADIAN DAN KEPIMPINAN SAIDINA UMAR BIN ABDUL AZIZ

SUBJEK DAN KOD SUBJEK :


PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ISLAM (SDSY 2073)

NAMA PENSYARAH :
MOHD ISA BIN MOHD DENI

NAMA KUMPULAN DAN NO.MATRIK :

1 SYED MUHAMMAD FAIZ BIN SYED MOHD ASDI 2012066

2 MUHAMMAD KHAIRUL MUHAIMIN BIN AZMI 2012034

3 MUHAMMAD AKMAL BIN MOHD SAIPUDIN 2012035

4 MUHAMMAD ALI BIN NORDIN 2012036

JABATAN SYARIAH
SESI 2021/2022

1
ISI KANDUNGAN

1 PENGENALAN 3

2 BIODATA, PENDIDIKAN DAN LATAR BELAKANG KELUARGA

3 KEPERIBADIAN SAIDINA UMAR BIN ABDUL AZIZ

4 KEPIMPINAN SAIDINA UMAR BIN ABDUL AZIZ

5 SUMBANGAN SAIDINA UMAR BIN ABDUL AZIZ

6 KESIMPULAN

7 SUMBER RUJUKAN

2
PENGENALAN

Sudah menjadi satu kewajipan bagi sesuatu tempat dan kelompok penduduk segajat
untuk memlih salah seorang pemimpim bagi memimpin suatu kumpulan atau kelompok
mereka dalam membina sejahtera keamanan yang dikejari. Namun, setiap manusia juga
adalah sifatnya memimpin, sama ada pemimpin kepada negara, pemimpin kepada keluarga,
mahu pun pemimpin kepada diri sendiri. Hal ini kerana, konsep kepimpinan itu perlu wujud
dalam diri setiap manusia agar segala apa yang dilakukannya menjadi iktibar dan panduan
kepada pemimpin yang lain.

Insyallah dalam hasil kertas kerja kami ini, kami akan menceritakan salah seorang
pemimpin islam yang ideal yang perlu kita sebagai umat islam contohi. Beliau adalah sangat
terkemuka di bumi Allah swt dengan sifat keperibadiannya, akhlaknya, latar belakang dan
sebagainya. Beliau sangat dikenali ramai dengan susunan kepimpinannya yang ideal
berlandaskan ajaran AlQuran dan Sunnah meskipun umat islam telah kehilangan sosok mulia
baginda Rasulullah s.a.w. dalam tempoh masa yang lama dan panjang. Walaupun sudah
tersedia ada tokoh pemimpin islam yang sama ideal, beliau masih tergolong di kalangan
pemimpin islam yang berjaya mengharumkan nama islam sebaris dengan pemerintah-
pemerintah Islam lain. Keistimewaannya pemerintahannya bukanlah terletak pada
karismanya atau kegagahan perkasa atau ilmunya serta kedudukannya tetapi terletak pada
cintanya kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w dalam memimpin umat islam kearah yang
benar. Itulah dia sosok seorang pemimpin ideal yang patut di contohi umat islam, iaitu
Saidina umar bin Abdul Aziz.

Imam al-Sayuti dan Ibn al-Athir dan ramai tokoh ulama’ mujaddid lain juga telah
bersepakat memperakui dan menempatkan khalifah Umayyah iaitu Umar bin Abdul Aziz
sebagai mujaddid mewakili kurun pertama Hijrah. Imam Ahmad Ibn Hanbal dalam satu
kesimpulannya menyifatkan “sesiapa yang mencintai dan mengasihi Khalfah Umar ibn Abdul
Aziz sering mengingati kebaikannya dan menyebarkan kepada pengetahuan masyarakat,
bererti ia telah menjalankan suatu aktiviti untuk kebaikan masa hadapan ummah Insya
Allah”.1 Ini memperlihatkan keunggulan peranan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam Islah
zamannya dan pengaruh Islahnya diperlukan kini dan untuk zaman yang akan datang.

1
Omar Ibn 'Abdul ‘Aziz, Khalifah Pemerintahan Bani Umayyah Yang Bertaraf Mujaddid : Analisa Peranan
Tajdidnya, Prof. Madya Dr. Ahmad ZakiBerahim@Ibrahim, Jurnal Al-Tamaddun – Bil 1, 2005

3
Biodata Dan Latar Belakang Keluarga Khalifah Umar Bin Abdul Aziz

Nama sebenar Khalifah Umar Abdul Aziz Ialah Umar Bin Abdul Aziz Bin Marwan
Bin Al-Hakam Bin Al-'As Bin Umayyah, Dilahirkan di kota Helwan berhampiran Kaherah,
Mesir pada 682M (62H) . Ayahnya Abdul Aziz bin Marwan adalah seorang gabenor di
Mesir. Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan keturunan Saidina Umar al-Khattab dari
sebelah ibunya yang bernama Ummu Asim binti Umar bin al-Khattab. Beliau pernah menjadi
gabenor Madinah selama 7 tahun semasa pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik
pada tahun 86H.2

Khalifa Umar Abdul Aziz. mempunyai sepuluh orang adik beradik dari ibu yang sama
iaitu Umar, Abu Bakar, Muhammad, dan Ashim. Ibu mereka adalah Laila binti Ashim bin
Umar bin Khaththab. Selain itu, Khalifa Umar Abdul Aziz mempunyai enam lagi adik-
beradik yang berlainan Ibu, iaitu Al-Ashbagh, Sahal, Suhail, Ummu Al-Hakam, Zabban dan
Ummul Banin.

Istri-Istri Umar bin Abdul Aziz. Istri pertama beliau adalah Fatimah binti Abdul
Malik iaitu wanita yang solehah dari kalangan kerajaan Bani Umayah yang merupakan anak
dari Khalifah Abdul Malik bin Marwan.Istri Umar Abdul aziz yang lain adalah Lamis binti
Ali, Ummu Utsman bin Syu'aib, dan Ummu Walad.

Khalifah Umar Abdul Aziz mempunyai empat belas anak lelaki antara mereka adalah
Abdul Malik, Abdul Aziz, Abdullah, Ibrahim, Ishaq. Ya'qub, Bakar, Al-Walid, Musa, Ashim
Yazie, Zaban, Abdullah serta tiga anak perempuan, Aminah, Ummu Ammar dan Ummu
Abdillah.3

Beliau dianggap sebagai khulafak Ar-Rasyidin yang kelima oleh sejarahwan kerana
sifat, sikap dan corak pemerintahannya yang mempunyai persamaan dengan pemerintahan
khulafak ar-Rasyidin. Khalifah Umar Abdul Aziz telah meninggal dunia pada bulan Rejab
tahun 101H (720M) akibat terminum racun yang dilakukan oleh golongan yang benci kepada
kejayaan dan kemajuan Bani Umayyah. Beliau telah dikebumikan di Deir-Simon. Beliau
sempat memerintah selama 2 tahun setengah.

2
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ (slideshare.net)
3
https://repository.uinjkt.ac.id/dspace/bitstream/123456789/46000/1/TETI%20NURJANNAH-FAH.pdf

4
Pendidikan Khalifa Umar Abdul Aziz

Masa kecil Umar bin Abdul Aziz tumbuh dan dibesarkan di istana-stana raja yang
penuh kemewahan.Beliau tinggal bersama bapa saudaranya dari pihak ibunya di Madinah.
Dalam Keadaan tersebut beliau memperoleh bimbingan dan di sana pulalah beliau membesar
dengan baik. Pendidikan yang diperolehnya dalam masa tersebut mempunyai pengaruh yang
besar terhadap sifat-sifat yang istimewa dan terpuji. Khalifah Umar Abdul Aziz dibesarkan di
Madinah, di bawah bimbingan Ibnu Umar, salah seorang periwayat hadis terbanyak. Umar
Abdul Aziz telah menghafal Al-Qur'an sejak masih kecil dan menimba ilmu pengetahuan.
dari beberapa orang terkemuka, seperti Imam Malik bin Anas, Urwah bin Zubair, Abdullah
bin Ja'far, Yusuf bin Abdullah.4 Kecerdasan dan kesalehan Umar juga tidak terlepas dari
didikan ibunya yang luar biasa, yaitu Laila atau lebih dikenal Ummu Ashim, seorang wanita
yang sangat cerdas dan ahli ibadah

Beliau dikatakan mewarisi riwayat hadis yang banyak daripada kalangan sahabat dan
tabiin. Khalifa Umar Abdul Aziz menjadi periwayat hadis daripada Anas bin Malik,
'Abdullah Ibn Ja'afar Ibn Abi Talib, al-Sa'id bin Yazid, Sahal bin Saad, Yusuf bin 'Abdullah
bin Salam, Said bin al-Mussayyab, 'Urwah bin al-Zubir, Abi Salamah bin 'Abdul Rahman, al-
Kasim bin Muhammad bin Abu Bakar, Salikin bin Abdullah bin Omar bin al-Khattab,
Abdullah bin Ubaidullah bin Atabah bin Mas’ud dan lain-lain. Khalifah Umar Bin Abdul
Azlz adalah antara ahli Feqah, mujtahid dan tokoh ulama' tabiin yang utama. Pandangan dan
kesimpulan yang dikemukakannya menjadi sandaran hujah pada sernua pendapat tabiin.

Khalifah Umar Abdul Aziz rnenghabiskan usia muda di Madinah Al-Munawwarah


sehingalah ayahnya Abdul Aziz meninggal dunia pada tahun 85H/704M. Berikutan kematian
ayahnya, beliau diambil oleh bapa saudaranya Abdul Malik bin Marwan dan
memindahkannya untuk tinggal di Damsyik dan menjalani kehidupan bersama-sama anak-
anaknya serta mengahwinkan Umar Abdul Aziz dengan anak perempuannya Fatimah. 5

4
http://repository.iainpare.ac.id/2205/3/15.1400.009%20BAB%202.pdf
5
Omar Ibn 'Abdul ‘Aziz, Khalifah Pemerintahan Bani Umayyah Yang Bertaraf Mujaddid : Analisa Peranan
Tajdidnya, Prof. Madya Dr. Ahmad ZakiBerahim@Ibrahim, Jurnal Al-Tamaddun – Bil 1, 2005

5
KEPERIBADIAN SAIDINA UMAR ABDUL AZIZ

Keperibadian Khalifah ‘Umar sendiri dipengaruhi oleh sifat serta akhlak luhur
keturunan atau ahli keluarganya dan yang paling hampir ialah bapanya sendiri iaitu gabenor
Mesir. Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi
dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab.6 Keperibadian beliau yang baik dengan memiliki
sifat-sifat kepahlawanan yang diwarisi dari datuknya Khalifah Umar bin al-Khattab,
membuatkan bapa saudaranya sangat menyayanginya. Berdasarkan faktor itulah khalifah Al-
Walid telah melantik beliau menjadi gabenor di Hijaz yang berpusat di Madinah pada tahun
87H/705M.

Umar Abdul ‘Aziz juga merupakan seorang pemimpin yang dermawan. Beliau tidak
pernah mengumpulkan kekayaan untuk dirinya sahaja walaupun daerah Mesir itu dapat
dijadikan sumber kekayaan peribadinya. Ketika meninggal dunia, harta beliau hanya tinggal
tujuh belas dinar sahaja. Ia dibahagi-bahagikan untuk penyelenggaraan pemakamannya iaitu
lima dinar untuk kain kafan, dua dinar untuk tanah perkuburannya dan baki sepuluh dinar
itulah yang dibahagi-bahagikan untuk sebelas orang anaknya.

Umar Abd Aziz merupakan seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi
Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehidupannya semasa menjadi rakyat
biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan
segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia
adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat
pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta
kerajaan. ‘Umar juga melatih ahli keluarganya supaya turut zuhud sepertinya. Anak beliau
sendiri memakai pakaian yang terlalu sederhana meskipun bersih tetapi terdapat kesan koyak
pada pakaian anaknya menjelang Aidilfitri. 7

Kebijaksanaan ‘Umar juga jelas terbukti dalam berinteraksi dan menyelesaikan


pertikaian dengan penganut agama lain. Sebagai contoh, ‘Umar telah mengembalikan gereja
yang diambil oleh khalifah sebelumnya dan diubah menjadi masjid. Kaum Nasrani yang
memaklumi sifat adilnya telah memohon kepada ‘Umar supaya gereja tersebut dikembalikan
kepada mereka. Keimanan dan sifat zuhud ‘Umar sememangnya cukup menakjubkan.
Daripada kehidupan yang sedemikian mewah sebelum menjadi khalifah, beliau sanggup

6
(DOC) UMAR ABDUL AZIZ | Ibrahim Azran - Academia.edu
7
https://www.ikim.gov.my/index.php/2002/06/30/khalifah-umar-bin-abdul-aziz/

6
meninggalkan semuanya, semata-mata kerana takutkan azab Allah sekiranya beliau cuai
menjalankan amanah.

Sebelum menjadi khalifah lagi, Umar bin Abd al-Aziz telah menonjolkan budaya
berfikir kritis dan sifat kepimpinan serta keperibadian mulia beliau. Hal ini dapat
diperhatikan semasa beliau menjadi gabenor Hijaz. Semasa menjadi gabenor Hijaz, beliau
telah menubuhkan sebuah majlis penasihat yang dianggotai oleh 10 orang ulama yang
terkenal yang ditugaskan untuk mengkaji dan menyelesaikan masalah- masalah penting yang
dihadapi oleh wilayah-wilayah yang berada di bawah kekuasaannya seperti masalah yang
berkaitan dengan agama, urusan rakyat dan juga pemerintahan. Apabila menghadapi masalah,
beliau akan mengumpulkan para fuqaha‟ bagi mendapatkan pandangan mereka. Beliau tidak
akan membuat keputusan tanpa bermesyuarat dan berbincang dengan mereka terlebih dahulu.
Daripada sini dapat disaksikan bahawa Umar merupakan seorang yang berfikiran terbuka dan
sentiasa memberi ruang kepada para fuqaha‟ untuk menyatakan pandangan. Bukan sekadar
itu, malahan ia juga menggambarkan bahawa Umar mempunyai sifat kepimpinan yang baik
di mana mengutamakan konsep syura dan tidak sama sekali mendiskriminasi golongan
ulama.

Keadilan dan ketegasan ‘Umar dalam pemerintahannya benar-benar menjadikan


rakyatnya hidup aman dan kaya. Yahya ibn Sa’id pernah meriwayatkan, bahawa “Umar ibn
`Abdil Aziz telah mengutusku ke Afrika Utara untuk membahagi-bahagikan zakat penduduk
di sana. Aku pun melaksanakan perintah tersebut. Aku mencari golongan fakir miskin untuk
kuberikan zakat itu kepada mereka. Akan tetapi ,kami tidak menemui seorang pun dan tiada
pula orang yang mahu menerimanya. Saidina Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya
kaya. Akhirnya, kubeli beberapa orang hamba dengan harta zakat itu lalu kumerdekakan.”

Intihanya, terdapat pelbagai keperibadian Saidina Umar yang dapat kita contohi dan
ambil teladan. Dapat kita saksikan juga dengan jelas bahawa keperibadian baik serta hasil
bakat kepimpinan Umar terserlah sebelum beliau menjadi khalifah lagi. Dimana beliau
mampu membawa Jawatan Gabenor Hijjaz yang diamanahkan kepada beliau dengan baik
sekali meskipun beliau cuba menolaknya pada awal. Sungguh tinggi darjat Umar Abd Aziz
sebagai seorang hamba yang dikasihi Allah, dengan dikurniakan ketinggian darjat dan
ditunjukkan oleh Allah s.w.t untuk dijadikan panduan oleh manusia lainnya. Demikianlah
kehebatan seorang manusia agung, seorang hamba Allah yang memperoleh nikmat syurga,
hasil keimanan yang kudus hanya kepada Allah s.w.t.

7
KESIMPULAN

Berdasarkan penjelasan di atas, sudah terang lagi dipersuluh bahawa keistimewaan


Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz bukan semata-mata pada sikap zahidnya tetapi apa yang
ternyata ialah peranannya yang besar dalam membuat sesuatu perubahan kepada asas
pendekatan pemerintahan, pentadbiran Islam serta dalam menangani permasalahan politik
dengan segala konflik yang berlaku waktu itu dengan sempurna dan jayanya. Tidak
ketinggalan juga ialah peranannya dalam bidang dakwah dan perkembangan ilmu
pengetahuan. Asas kepada segala yang dilakukan dan diusahakan oleh khalifah Umar Ibn
Abdul Aziz dalam membuat perubahan dan pengislahan zamannya adalah didasarkan kepada
keimanan yang mendalam terhadap kebesaran Allah s.w.t. yang menetapkan kehidupan
manusia di dunia adalah dengan tujuan untuk menunaikan amanahNya. Berasaskan ini,
segala perlakuan manusia di dunia ini akan diadili Allah di hari akhirat kelak.

Manakala pengaruh islahnya di kalangan masyarakat memperlihatkan kesan yang


positif dalam mengubah masyarakat Islam dalam tempoh pada waktu itu. Walau
bagaimanapun, tempoh pemerintahannya yang singkat dan perubahan yang dimulakannya
gagal diteruskan dalam tempoh pemerintahan khalifah Bani Umaiyah selanjutnya
menyebabkan perubahan yang baru itu tidak berlanjutan untuk tempoh yang lama dan
berkekalan. Apa yang jelas dan sewajib disedari ialah Islah atau tajdid sebagai
tanggungjawab dan kewajipan agama yang bersifat kesinambungan dari tanggungjawab para
rasul dalarn memastikan keterikatan umah, manusia dengan hidayah dan wahyu Allah. Ianya
perlu dipenuhidan digerakkan melalui aktiviti sepadu merangkumi ijtihad, da'wah,
pendidikan dan juga pemerintahan dan pentadbiran.

Akhiru kalam, pemerintahan Saidina Umar Ibn Abd Aziz sangat mendatangkan hasil
corak yang perlu kita contohi di mana-mana era zaman. Dengan hal sedemikian, dapat kita
lebih bijak memilih pemimpin sebagai rakyat sejagat agar memperoleh hasil yang sama baik
antara rakyat dan pemimpin. Misalnya, dengan memilih pemimpin yang berketeria ideal
berlandaskan al-Quran dan Sunnah seperti Saidina Umar Ibn Abd Aziz.

8
SUMBER RUJUKKAN

1. Omar Ibn 'Abdul ‘Aziz, Khalifah Pemerintahan Bani Umayyah Yang Bertaraf Mujaddid :
Analisa Peranan Tajdidnya, Prof. Madya Dr. Ahmad ZakiBerahim@Ibrahim, Jurnal Al-
Tamaddun – Bil 1, 2005

2. (DOC) UMAR ABDUL AZIZ | Ibrahim Azran - Academia.edu

3. Umar bin Abdul Aziz Dan Semangat Penulisan Hadis, Saifuddin Zuhri Qudsy, ESENSIA
Vol. XIV No. 2, Oktober 2013

4. https://www.ikim.gov.my/index.php/2002/06/30/khalifah-umar-bin-abdul-aziz/

5. http://repository.iainpare.ac.id/2205/3/15.1400.009%20BAB%202.pdf

6. SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ (slideshare.net)

7.https://repository.uinjkt.ac.id/dspace/bitstream/123456789/46000/1/TETI
%20NURJANNAH-FAH.pdf

Anda mungkin juga menyukai