Anda di halaman 1dari 1

Kurang pendidikan moral dan agama

Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial.


Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama
dan moral yang mendalam. Mereka tidak takut pada akibat atau pembalasan Tuhan di
atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari
perintah didikan moral dan agama. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja
perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata.
Tugas mendidik mahasiswa dan mahasiswi dengan pendidikan moral dan agama
adalah wajib hukumnya. Setiap agama akan mengajar kita untuk menjadi seorang yang
berguna bukan sahaja untuk diri kita malahan untuk orang lain. Agama memainkan
peranan dalam menentukan sikap seseorang samada betul mahupun salah. Setiap peraturan
yang telah ditetapkan menpunyai sebab-sebab yang tertentu agar kita dapat menjalani
hidup kita dengan lebih baik lagi. Dalam agama sendiri telah menyatakan bahawa kita
seharusnya mempunyai kepercayaan kepada tuhan. Peraturan dan perintah yang telah
adalah bertujuan untuk kebaikan manusia sejagat.

Masalah sosial kini wujud adalah juga disebabkan dengan kekurangan ilmu agama
dan moral di kalangan para remaja kita masa kini. Melalui daripada Sidek Baba, Berita
Harian, Sabtu, 13 Disember 2008, pelajar kini hanya diajar untuk menghafal bukan untuk
memahami ajaran moral dan agama, ini menyebabkan pelajar yang mendapat markah yang
baik dalam peperiksaan namun terjebak dalam gejala sosial. Beliau turut menyebut bahawa
mata pelajaran agama dan pendidikan moral dapat digunakan secara berkesan dengan
mengaplikasikanya ke dalam kehidupan seharian. Dengan cara ini mahasiswa mahasiswi
akan lebih memahami akan fungsi ilmu agama dan moral dalam kehidupan seharian dan
dapat terus mengaplikasikanya kedalam kehidupan seharian mereka.

Peranan dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak dapat dibahagikan kepada dua
bahagian utama iaitu, pendidikan moral dan agama. Tanggungjawab pendidikan moral, iaitu
pendidikan mengenai dasar-dasar moral dan keutamaan perangai atau tabiat yang harus
dimiliki. Selain itu, ibu bapa juga harus memberi pendidikan agama kepada anak-anak
mereka sejak kecil. Pendidikan agama dan moral adalah penting untuk mahasiswa mahasiswi
tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang merosakan diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai