Anda di halaman 1dari 1

Faktor utama yang menyebabkan seseorang remaja itu

menyertai kegiatan gangsterisme adalah kerana pengaruh


rakan sebaya. Memang tidak dinafikan bahawa pengaruh
rakan sebaya sangat besar kesannya terhadap pembangunan
mental remaja sehingga menyebabkan remaja sanggup
melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang.
Pengaruh rakan sebaya lebih kuat berbanding dengan ibu bapa
kerana remaja lebih banyak meluangkan masa bersama rakan
sebaya berbanding dengan ahli keluarga mereka.
Lazimnya,kebanyakan kes gangsterisme yang melibatkan
remaja berpunca daripada sifat suka menurut kerana takut
dipulau oleh rakan-rakan. Aktiviti mereka bersifat
memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-
guru,ponteng sekolah,merosakkan harta benda
sekolah,ketagihan rokok,dadah dan alkohol disebabkan oleh
terpengaruh dengan rakan mereka. Secara langsungnya, hal
ini akan menjatuhkan maruah seseorang remaja.

Anda mungkin juga menyukai