Anda di halaman 1dari 51

TUGASAN BERKUMPULAN

UQI10202 – PENGAJIAN MORAL

KUMPULAN :8
SEMESTER :1
SESI AKADEMIK : 2021/2022
SEKSYEN : 12
PENSYARAH : ENCIK NIK KAMAL BIN WAN MUHAMMED
ISU : Pendidikan
TAJUK : Gejala Sosial dalam Kalangan Mahasiswa UTHM

Senarai Ahli Kumpulan:

NAMA NO MATRIK
ALVIN NGU MAO JIA AF210099
SRIVARMA A/L PARAMASIVAM CI210019
ARUL NALMANAN A/L RAJA GOPAL CD210201
DWARWIN NAIR A/L SUGUMARAN AE210027
SAGADRAN NAIR A/L THEVAN NAIR CD210326
TAI WEI HONG AP210356
CHAN HONG MING AF210111
LAW TECK YAO AP210390
PANG CHIA XUAN AP210270
BANG ZI QUAN AF210102
YONG LIE HENG AP210442

MARKAH:
ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan Muka Surat


1. Penghargaan i

2. Abstrak ii

3. 1.0 Pengenalan 1-2

4. 2.0 Sorotan dan Latar Belakang Kajian 2-3

5. 3.0 Kepentingan Kajian 4

6. 4.0 Persoalan Kajian 4

7. 5.0 Objektif Kajian 5

8. 6.0 Metodologi Kajian 5-7

6.1 Cara Mendapatkan Sampel


6.2 Cara Mendapatkan Maklumat dan Data
6.3 Kaedah Kuantitatif
6.4 Kaedah Kualitatif
6.5 Cara Memproses dan Mepersembahkan Data

9. 7.0 Perbincangan dan Dapatan Kajian 8-32

7.1 Jenis-jenis Gejala Sosial dalam Kalangan Mahasiswa UTHM


7.2 Data Demografi Responden
7.3 Faktor-faktor Gejala Sosial Berlaku dalam Kalangan
Mahasiswa UTHM
7.4 Kesan-kesan yang Berlaku Sekiranya Gejala Sosial Berlaku
dalam Kalangan Mahasiswa UTHM
7.5 Langkah-langkah untuk Mengatasi Gejala Sosial dalam
Kalangan Mahasiswa UTHM

10. 8.0 Kesimpulan 33-34

11. Lampiran Rujukan Lampiran 1-3

12. Lampiran Laporan Perbincangan Lampiran 4-9

13. Lampiran Borang Soal Selidik (Google Form) Lampiran


10-12
PENGHARGAAN

Semua ahli kumpulan dari Kumpulan 8, di kesempatan ini sekalung penghargaan


dan terima kasih ditujukan terutamanya kepada Encik Nik Kamal Bin Wan Muhammed,
selaku penyelia tugasan berkumpulan yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat,
pendapat serta tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan tugasan kajian ini. Segala
teguran, nasihat dan tunjuk aja serta kata-kata semangat akan tetap kami ingati dan amat
dihargai.

Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa semua ahli kumpulan, rakan-rakan dan
orang-orang lain yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam
menyiapkan tugasan berkumpulan ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dan memberi Kerjasama serta sokongan dalam menyiapkan projek ini. Jasa dan
pengorbanan semua tidak akan dilupakan.

Sekian terima kasih.

i
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tentang Gejala Sosial dalam Kalangan
Mahasiswa UTHM. Antara skop kajian tinjauan yang telah dikaji seperti mengenal pasti
jenis-jenis gejala sosial yang berlaku dalam kalangan mahasiswa UTHM, mengkaji faktor-
faktor gejala sosial berlaku dalam kalangan mahasiswa UTHM, membincangkan kesan-
kesan yang berlaku sekiranya gejala sosial berlaku dalam kalangan mahasiswa UTHM dan
mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi gejala sosial dalam kalangan mahasiswa
UTHM. Kajian ini dianggap penting untuk memberikan maklumat kepada mahasiswa dan
pihak universiti dalam usaha mengawal dan memberikan kesedaran terhadap gejala sosial
yang berlaku di universiti. Pendekatan kuantitatif melalui kaedah kajian tinjauan telah
digunakan dalam kajian ini. Seramai 60 orang responden mahasiswa telah terlibat dalam
kajian ini. Hasil analisis kajian dinyatakan dalam bentuk deskriptif dengan menggunakan
pengiraan kekerapan dan perbandingan data. Dapatan kajian ini diperoleh melalui medium
Google Form dan responden kajian adalah dicari secara rawak.

ii
1.0 PENGENALAN
Tajuk kajian ini ialah ‘Gejala Sosial dalam Kalangan Mahasiswa UTHM’. Menurut
Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat (2015), istilah ‘mahasiswa’ bermaksud pelajar
ataupun penuntut di universiti. Menurut Soerjono Soekanto dalam Sosiologi: Suatu
Pengantar (1999), gejala sosial merupakan salah satu penyebab terjadinya masalah sosial
yang disebabkan oleh lingkungan masyarakat. Menurut Wikipedia (2021) pula, gejala
sosial ialah perkara yang mempengaruhi kebanyakan atau kesemua anggota masyarakat,
sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dan dianggap sebagai masalah,
kontroversi yang berkaitan dengan nilai moral, atau kedua-duanya.

Dewasa ini, gejala sosial dalam kalangan mahasiswa amat membimbangkan ibu
bapa dan anggota masyarakat dan masalah ini semakin berleluasa. Secara umumnya, gejala
sosial sentiasa dikaitkan dengan perlakuan-perlakuan negatif yang dilakukan oleh
mahasiswa-mahasiswa. Biasanya, gejala sosial yang berlaku disebabkan golongan
mahasiswa tidak mempunyai tempat mengadu yang sesuai dan perasaan tidak dapat diurus
dengan baik dan bijaksana. Gejala sosial telah dianggap sebagai satu perlakuan manusia
yang di luar batas dan sentiasa ditentang umum dari aspek agama, sosial dan budaya dalam
kehidupan masyarakat. Gejala sosial merupakan masalah yang perlu ditangani dengan
secepat mungkin kerana masalah ini akan menjejaskan kekuatan sistem masyarakat dan
struktur ekonomi masyarakat dan negara.

Mahasiswa di universiti ialah seseorang individu yang berkemungkinan mengalami


perubahan yang pesat dari segi fizikal dan rohani. Mahasiswa yang menuntut pelajaran di
universiti telah terdedah kepada alam persekitaran yang berbeza dan universiti telah
menjadi rumah kedua mahasiwa. Tingkah laku dan sikap mahasiswa akan dipengaruhi oleh
persekitaran sosial yang semakin berubah. Mahasiswa yang bergaul dengan orang lain di
universiti tanpa pengawasan daripada ibu bapa mudah terpengaruh dan melibatkan diri
dalam gejala sosial. Mahasiswa akan mengamalkan nilai dan cara hidup yang berbeza
semasa berada di luar rumah sekiranya seseorang individu tersebut tidak menyekat hawa
nafsu diri. Oleh sebab itu, mahasiswa selalu diseur dan digalakkan untuk mengamalkan

1
pemikiran yang matang dan bijak untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala
sosial.

Kita tidak dapat menafikan bahawa kehidupan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
dan kolej telah memberi ruang dan peluang yang baik kepada pelajar untuk menjadi
individu yang berdikari dan matang. Mahasiswa di universiti dan kolej perlu
bertanggungjawab dalam banyak aspek kehidupan seperti membuat keputusan kerjaya,
memilih rakan sebaya, membina hubungan intim yang berlainan jantina, menjaga
keselamatan dan kesihatan diri, menguruskan masa, menguruskan kewangan dan
sebagainya. Mahasiswa yang cemerlang akan dibentuk dengan mempunyai lima sifat iaitu
dalam segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sahsiah. Mahasiswa haruslah berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

2.0 SOROTAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian yang berkaitan dengan gejala sosial ini banyak dijalankan oleh pengkaji-
pengkaji terdahulu. Kita telah mengetahui bahawa kadar penglibatan dan kadar tangkapan
golongan mahasiswa dalam gejala sosial telah meningkat dari setahun ke setahun.

Mahasiswa yang berada di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan kolej mudah
menghadapi gejala sosial dalam kehidupan seharian. Hal ini berlaku kerana mahasiswa-
mahasiswi berasa lebih senang berhadapan dengan penyesuaian akademik tetapi berasa
sukar untuk menyelesaikan masalah sosial dan emosi. Masalah gejala sosial dalam
golongan mahasiswa IPT dan kolej sering mendapat perhatian daripada pihak media massa
dan pihak universiti. Faktanya, laporan media mengenai masalah gejala sosial pelajar IPT
telah memberi gambaran yang buruk terhadap institusi berkenaan.

2
Kajian yang didapati dari Mohd Nasir Mansor, Tajuk ‘Persepsi pelajar terhadap
isu-isu sosial: satu tinjauan di Universiti Teknologi Malaysia, 2004’, responden kajian
menyatakan bahawa gejala sosial di kalangan pelajar IPT berada pada tahap yang tinggi
dan amat membimbangkan. Berdasarkan taburan tahap masalah sosial secara keseluruhan,
terdapat 196 orang bersamaan 52.0% adalah berada pada tahap tinggi dalam masalah gejala
sosial secara keseluruhan daripada jumlah keseluruhan iaitu 377 orang responden.

Tahap Kekerapan Peratusan (%)


Tinggi 196 52.0
Sederhana 178 47.2
Rendah 3 0.8
Jumlah 377 100
Jadual 2.1: Taburan Tahap Masalah Sosial Secara Keseluruhan

Berdasarkan taburan tahap masalah sosial berdasarkan jantina, terdapat 76 orang


responden lelaki bersamaan 52.4% dan 120 orang responden perempuan bersamaan 51.7%
berada pada tahap tinggi masalah sosial. Dengan taburan ini, kita mendapati bahawa
taburan tahap tinggi adalah lebih daripada 50.0% dan hal ini amat membimbangkan
pelbagai pihak apabila gejala sosial ini amat ketara dalam kalangan mahasiswa di IPT.

Tahap Lelaki Peratusan (%) Perempuan Peratusan (%)


Tinggi 76 52.4 120 51.7
Sederhana 66 45.5 112 48.3
Rendah 3 2.1 0 0.00
Jumlah 145 100.0 232 100.0
Jadual 2.2 Taburan Tahap Masalah Sosial Berdasarkan Jantina

3
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
3.1 Kajian ini menjadi panduan yang sesuai kepada mahasiswa untuk memahami jenis-
jenis gejala sosial yang terlibat.
3.2 Kajian ini menjadi panduan dan memberikan idea kepada mahasiswa tentang
faktor-faktor yang terjebak dan kesan-kesan sekiranya gejala sosial berlaku. Kajian
ini juga boleh memberikan panduan langkah-langkah kepada semua pihak untuk
menyelesaikan masalah gejala sosial.
3.3 Kajian ini dapat menyedarkan mahasiswa, ibu bapa dan pihak-pihak lain yang
berkenaan untuk memastikan para pelajar tidak terjebak dalam gejala sosial di IPT.
Hubungan yang baik dan harmoni antara mahasiswa dengan pensyarah dan pihak
universiti dapat dijalinkan.
3.4 Kajian ini dapat membantu pihak universiti untuk mengubahsuaikan penetapan
peraturan-peraturan universiti demi mengelakkan gejala sosial dalam kalangan
mahasiswa berlaku. Pihak university dapat menguatkuasakan peraturan-peraturan
universiti untuk menjaga keselamatan dan keamanan persekitaran di universiti.
3.5 Kajian ini menjadi salah satu usaha untuk membendung masalah gejala sosial
dalam kalangan mahasiswa. Golongan mahasiswa yang cemerlang dalam aspek
akademik dan sahsiah dapat dilahirkan pada masa yang akan datang.

4.0 PERSOALAN KAJIAN


4.1 Apakah jenis-jenis gejala sosial yang berlaku dalam kalangan mahasiswa UTHM?

4.2 Mengapakah gejala sosial telah berlaku dalam kalangan mahasiswa UTHM?

4.3 Apakah kesan-kesan yang berlaku sekiranya gejala sosial berlaku dalam kalangan
mahasiswa UTHM?

4.4 Bagaimanakah gejala sosial dalam kalangan mahasiswa UTHM dapat diatasi?

4
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
5.1 Mengenal pasti jenis-jenis gejala sosial yang berlaku dalam kalangan mahasiswa
UTHM.
5.2 Mengkaji faktor-faktor gejala sosial berlaku dalam kalangan mahasiswa UTHM.
5.3 Membincangkan kesan-kesan yang berlaku sekiranya gejala sosial berlaku dalam
kalangan mahasiswa UTHM.
5.4 Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi gejala sosial dalam kalangan
mahasiswa UTHM.

6.0 METODOLOGI KAJIAN

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), metodologi bermaksud


sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan,
disiplin. Biasanya, metodologi merangkumi konsep seperti paradigma, model teori, fasa
dan teknik kuantitatif dan kualitatif. Dalam bahagian ini, pengkaji membincangkan cara
mendapatkan sampel, cara memproses serta mempersembahkan data.

6.1 CARA MENDAPATKAN SAMPEL


Dalam kajian ini, persampelan bertujuan telah digunakan. Sampel bertujuan ialah
teknik penentuan sampel dengan pertimbangan tertentu. Persampelan ini memberi
tumpuan terhadap ciri-ciri tertentu dan sesuai dengan fokus penyelidikan ataupun kajian
yang ingin dilakukan. Unit sampel ini juga disesuaikan dengan kriteria-kriteria tertentu
yang diterapkan berdasarkan tujuan kajian yang dijalankan.

Sasaran sampel untuk kajian ini ialah 60 orang responden yang terdiri daripada
golongan mahasiswa di UTHM. Responden-responden telah didapati melalui pemberian
borang soal selidik secara atas talian iaitu Google Form.

6.2 CARA MENDAPATKAN MAKLUMAT DAN DATA


Terdapat dua kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data
iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Kajian ini telah menggabungkan kedua-dua

5
kaedah kuantitatif dan kualitatif supaya dapat memberi sokongan yang lebih menyeluruh
bagi mencapai objektif kajian.

6.3 KAEDAH KUANTITATIF


Menurut Wikipedia (2020), kaedah kajian kuantitatif adalah kajian ilmiah yang
sistematik terhadap bahagian-bahagian dan fenomena serta hubungan-hubungannya.
Kajian kuantitatif merupakan salah satu kaedah kajian yang berdasarkan pengukuran data
kuantitatif dan statistik objektif melalui perhitungan ilmiah yang didapati daripada sampel
orang yang diminta untuk menjawab pertanyaan tentang kajian untuk menentukan
frekuensi dan peratusan tanggapan mereka. Tujuan kajian kuantitatif adalah untuk
mengembangkan dan menggunakan model-model matematik, teori-teori dan hipotesis
yang berkaitan dengan fenomena alam. Kajian kuantitatif juga merupakan kaedah kajian
yang umum dengan menggunakan analisis statistik, iaitu analisis yang lebih bersifat
objektif dan berorientasikan kepada hasil. Antara contoh kaedah kuantitatif yang
digunakan dalam kajian ialah soal selidik.

6.3.1 BORANG SOAL SELIDIK


Borang soal selidik telah disediakan sebagai instrumen untuk mengumpul data
atau maklumat demi memenuhi keperluan kajian pengkaji.

Reka bentuk borang soal selidik terbahagi kepada empat bahagian, iaitu
Bahagian A, B, C dan D. Bahagian A merupakan data demografi responden yang terdiri
daripada 4 aspek, iaitu jantina, kaum, agama dan program. Bahagian B mengandungi 3
soalan tentang faktor-fakor gejala sosial berlaku dalam kalangan mahasiswa UTHM.
Bahagian C mengandungi 3 soalan tentang kesan-kesan yang berlaku sekiranya gejala
sosial berlaku dalam kalangan mahasiswa UTHM. Bahagian D pula mengandungi 3 soalan
tentang langkah-langkah mengatasi gejala sosial dalam kalangan mahasiswa UTHM.

Responden hanya perlu membuat pilihan dalam borang soal mengikut panduan
skala likert lima mata bagi menunjukkan pendapat mereka sama ada sangat tidak setuju,
tidak setuju, tidak pasti, setuju atau sangat setuju pada soalan yang dinyatakan.

6
6.4 KAEDAH KUALITATIF
Berdasarkan Wikipedia (2021), kajian kualitatif adalah kajian yang bersifat
deskriptif dan lebih cenderung untuk menggunakan analisis. Kajian kualitatif lebih
mementingkan proses dan objektif kajian. Tambahan pula, kajian kualitatif merupakan satu
kaedah kajian semulajadi yang tidak mematuhi spesifikasi statistik, manakala hasil kajian
yang telah diperoleh tidak boleh digeneralisasikan. Data atau maklumat yang diperoleh
lebih bergantung pada pendapat responden, situasi yang dapat diperhatikan, dan maklumat
dalam bentuk tulisan atau gambar rajah. Kaedah kualitatif yang digunakan oleh pengkaji
dalam kajian ini ialah rujukan.

6.4.1 RUJUKAN
Bagi memperoleh maklumat yang diperlukan untuk penulisan laporan kajian,
pengkaji telah melayari laman sesawang untuk mendapatkan definisi istilah, maklumat
tentang subtopik kajian serta mencari kajian-kajian terdahulu untuk sebagai rujukan.

6.5 CARA MEMPROSES DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA


Analisis data atau statistik deskriptif telah dihasilkan berdasarkan hasil soal
selidik. Data demografi responden telah dianalisis dengan mengira kekerapan dan
peratusan lalu dipersembahkan dalam jadual dan carta pai. Sementara itu, data yang
didapati daripada Bahagian B, C dan D soal selidik dianalisis dengan mengira kekerapan
dan peratusan mengikut skala likert lima mata. Hasil analisis data akan ditunjukkan dalam
jadual dan dipersembahkan dalam graf bar. Kemudian, hasil analisis data akan diterangkan
secara deskriptif.

Formula berikut telah digunakan untuk mengira peratusan responden yang


memberi tindak balas terhadap soal selidik yang dilakukan.
𝐵𝐵𝐵𝐵𝐵𝐵𝐵𝐵𝐵𝐵𝐵𝐵𝐵𝐵𝐵𝐵 𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟
× 100%
𝐽𝐽𝐽𝐽𝐽𝐽𝐽𝐽𝐽𝐽ℎ 𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟𝑟 𝑦𝑦𝑦𝑦𝑦𝑦𝑦𝑦 𝑑𝑑𝑑𝑑𝑑𝑑𝑑𝑑𝑑𝑑𝑑𝑑

7
7.0 PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN
7.1 JENIS-JENIS GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN MAHASISWA UTHM

7.1.1 PONTENG KULIAH


Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), poteng didefinisikan sebagai
lari daripada tugas ataupun tanggungjawab. Ponteng kuliah merupakan satu perbuatan
salah laku yang seringkali berlaku di setiap institusi pengajian tinggi. Perbuatan ponteng
kuliah telah melanggar peraturan universiti dan perbuatan ini berkemungkinan akan
menjejaskan keputusan akademik mahasiswa dan mahasiswi di universiti. Seseorang
mahasiwa ataupun mahasiswi tidak hadir ke sesuatu kuliah tanpa alasan yang dibenarkan
adalah dianggap ponteng.

Perbuatan ponteng boleh dibahagikan kepada dua, iaitu ponteng dengan kebenaran
dan ponteng tanpa kebenaran. Pertama sekali, ponteng dengan kebenaran adalah seseorang
mahasiswa ataupun mahasiswi tidak dapat menghadirkan diri ke kuliah dengan sebab-
sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan sama ada secara sengaja atau tidak. Ponteng
dengan kebenaran lazimnya mempunyai syarat-syarat tertentu seperti membuat kenyataan
rasmi, iaitu menulis surat atau pemberitahuan secara lisan kepada pensyarah atau pihak
berkaitan. Tambahan pula, ponteng tanpa kebenaran adalah seseorang mahasiswa ataupun
mahasiswi tidak menghadirkan diri ke kuliah tanpa alasan dan pemberitahuan awal.

Masalah ponteng kuliah yang seringkali berlaku dalam kalangan mahasiswa dan
mahasiswi perlu diatasi dengan secepat mungkin. Perbuatan ini akan mempengaruhi
pencapaian akademik universiti dan menjadi contoh amalan yang buruk pada masa akan
datang.

8
7.1.2 KES BULI
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), definisi buli ialah perbuatan
mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana
yang baru. Buli juga bermaksud mempermain-mainkan orang, biasanya orang yang lemah,
dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan, menakutkan orang yang berkenaan.

Berdasarkan sejarah negara kita, gejala buli bukan budaya masyarakat negara kita,
tetapi wujud disebabkan pengaruh Barat dan sebagainya. Kes buli yang berlaku terhadap
seseorang mahasiswa akan mengganggu seseorang mangsa secara fizikal dan psikologi
dalam satu jangka masa yang tertentu. Pembuli yang bertingkah laku agresif dan tidak
bersikap belas kasihan terhadap orang lemah akan membawa penderitaan kepada mangsa
dalam jangka masa yang panjang. Mangsa buli biasanya berasa takut dan sentiasa tunduk
kepada pembuli dan tidak sanggup meminta bantuan daripada orang lain. Perbuatan buli
ini tidak semestinya melibatkan pelajar lelaki sahaja, maka pelajar perempuan juga akan
terjebak dalam gejala buli ini.

Buli biasanya dibahagikan kepada dua kategori, iaitu buli secara fizikal ataupun
buli secara mental. Buli secara fizikal melibatkan pelbagai bentuk kekerasan seperti
menumbuk dan menendang mangsa untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan seperti
wang tunai. Buli secara mental juga boleh berlaku apabila pembuli mengeluarkan kata-kata
hinaan atau sindiran sehingga mangsa berasa sedih dan menderita dari segi perasaannya.

Kes buli yang menular dalam kalangan mahasiswa akan mendatangkan impak yang
amat membimbangkan. Mangsa buli yang lemah akan kehilangan keyakinan diri dan
sentiasa mengasingkan diri dari bergaul dengan orang ramai. Kehidupan seharian mangsa
buli akan terjejas sehingga menjatuhkan diri, murung, menjadi pendiam dan pencapaian
akademik di universiti merosot. Tambahan pula, mangsa buli yang bertindak agresif tidak
dapat berfikir secara rasional sehingga ingin menjadi pembuli untuk membalas dendam.

9
7.1.3 PENYALAHGUNAAN PERKHIDMATAN ATAS TALIAN

Salah satu jenis gejala sosial yang berlaku dalam kalangan mahasiswa UTHM iaitu
penyalahgunaan perkhidmatan atas talian. Dengan wujudnya rangkaian World Wide Web,
pelajar-pelajar boleh memperolehi sebarang maklumat dengan senang pada bila-bila masa.
Walaubagaimanapun, internet juga membawa maklumat-maklumat lucah akan
menyebabkan masalah sosial berlaku terutamanya masalah jenayah.

Penggunaan media sosial dan aplikasi atas talian di Malaysia dikawal selia oleh
pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). SKMM berperanan
melaksanakan dan menguatkuasakan penyediaan undang-undang komunikasi dan
multimedia, mengawal selia semua perkara berkaitan aktiviti komunikasi dan multimedia
serta mengambil tindakan terhadap setiap aduan berkaitan komunikasi dan multimedia.

Berdasarkan laporan, sebanyak 11,235 aduan berkaitan media baharu yang


direkodkan sepanjang Januari-Jun 2020, merangkumi aktiviti penggodaman, perjudian
dalam talian, promosi pelacuran, pelanggaran hak cipta, pemalsua, ponografi, hasutan dan
sebagainya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 11,216 atau 99.83% aduan berjaya
dikendalikan, iaitu 80.56% aduan yang telah diberi nasihat, panduan dan pendidikan
kepada masyarakat, 18% aduan yang telah dirujuk kepada pihak penyedia platform media
sosial untuk tindakan lanjut berasakan terma dan syarat, serta 1.27% yang didapati
melanggar peruntukan di bawah Skesyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM)
1998 (SKMM,2020b). Secara umumnya, kes penipuan atas talian, buli siber serta berita
palsu dan berbaur hasutan dilihat mendominasi jenayah siber sepanjang PKP yang
menyaksikan peningkatan aduan berkaitan ketiga-tiga bentuk jenayah ini.

10
7.2 DATA DEMOGRAFI RESPONDEN
7.2.1 JANTINA
Jadual 7.2.1: Data Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Bil. Jantina Kekerapan (orang) Peratus (%)


1 Lelaki 32 53.3
2 Perempuan 28 46.7
Jumlah 60 100.0

JANTINA

46.7% 53.3%
Lelaki
Perempuan

Rajah 7.2.1: Data Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Jadual 7.2.1 dan Rajah 7.2.1 menunjukkan data demografi responden berdasarkan
jantina. Mengikut hasil borang soal selidik, sebanyak 32 orang responden lelaki atau 53.3%
daripada 60 orang responden telah dicari untuk menjawab soal selidik kajian tersebut.
Manakala, 28 orang responden atau 46.7% yang lain terdiri daripada perempuan.
Pengambilan responden kajian tersebut tidak mengambil kira jantina kerana kajian ini
hanya mengambil sampel secara rawak dalam kalangan mahasiswa UTHM.

11
7.2.2 KAUM
Jadual 7.2.2: Data Demografi Responden Kaum

Bil. Kaum Kekerapan (orang) Peratus (%)


1 Melayu 18 30.0
2 Cina 38 63.4
3 India 2 3.3
4 Lain-lain 2 3.3
Jumlah 60 100.0

KAUM
3.3%
3.3%

Melayu
30.0%
Cina
63.4%
India

Lain-lain

Rajah 7.2.2: Data Demografi Responden Berdasarkan Kaum

Jadual 7.2.2 dan Rajah 7.2.2 menunjukkan data demografi respoden berdasarkan
kaum. Dalam kalangan 60 orang responden, 38 orang atau 63.3% merupakan responden
berkaum Cina. Seterusnya, 18 orang bersamaan 30.0% daripada jumlah keseluruhan
merupakan responden berkaum Melayu. Bagi kaum India, bilangan responden adalah
sebanyak 2 orang atau 3.33% daripada jumlah keseluruhannya. Bagi kaum lain-lain pula,
terdapat 2 orang responden atau 3.33% daripada jumlah keseluruhannya telah dicari.
Pengambilan responden kajian tersebut tidak mengambil kira kaum kerana kajian ini hanya
mengambil sampel secara rawak dalam kalangan mahasiswa di UTHM.
7.2.3 AGAMA

12
Jadual 7.2.3: Data Demografi Responden Berdasarkan Agama

Bil. Agama Kekerapan (orang) Peratus (%)


1 Islam 20 33.3
2 Buddha 30 50.0
3 Kristian 8 13.3
4 Hindu 1 1.7
5 Lain-lain 1 1.7
Jumlah 60 100.0

AGAMA
1.7% 1.7%

13.3%
Islam
33.3%
Buddha

13.3% Kristian
Hindu
Lain-lain

Rajah 7.2.3: Data Demografi Responden Berdasarkan Agama

Jadual 7.2.3 dan Rajah 7.2.3 menunjukkan data demografi responden berdasarkan
kaum. Mengikut hasil borang soal selidik, Jadual 3 dan Rajah 3 menunjukkan daripada 60
orang responden, 30 orang merupakan responden beragama Buddha dan mewakili 50.0%
daripada jumlah keseluruhan. Seterusnya, 20 orang bersamaan 33.3% daripada jumlah
keseluruhan merupakan responden beragama Islam. Bagi agama Kristian, bilangan
responden adalah sebanyak 8 orang ataupun mewaikili 13.3% daripada jumlah keseluruhan.
Bagi agama Hindu dan agama lain-lain, terdapat hanya 1 responden bersamaan 1.7%
daripada jumlah keseluruhan. Pengambilan responden kajian adalah secara rawak.
7.2.4 PROGRAM

13
Jadual 7.2.4: Data Demografi Responden Berdasarkan Program

Bil. Program Kekerapan (orang) Peratus (%)


1 Diploma 1 1.7
2 Ijazah Sarjana Muda 59 98.3
Jumlah 60 100.0

PROGRAM

1.7%

Diploma
98.3%
Ijazah Sarjana
Muda

Rajah 7.2.4: Data Demografi Responden Berdasarkan Program

Jadual 7.2.4 dan Rajah 7.2.4 menunjukkan data demografi responden


berdasarkan program. Mengikut hasil borang soal selidik, sebanyak 59 orang responden
dari program ijazah sarjana muda atau 98.3% daripada 60 orang responden yang telah
dicari untuk menjawab soal selidik kajian tersebut. Manakala, hanya 1 orang responden
atau 1.7% yang merupakan program diploma di UTHM. Pengambilan responden kajian
tersebut adalah secara rawak dalam kalangan mahasiswa UTHM.

14
7.3 FAKTOR-FAKTOR GEJALA SOSIAL BERLAKU DALAM KALANGAN
MAHASISWA UTHM

7.3.1 FAKTOR HUBUNGAN ANTARA PELAJAR DENGAN IBU BAPA DAN


RAKAN SEBAYA
Bil Perkara Kekerapan (orang) Peratus (%)
1 Amat Tidak Setuju 0 0
2 Tidak Setuju 2 3.3
3 Tidak Pasti 13 21.7
4 Setuju 27 45
5 Amat Setuju 18 30
Jumlah 60 100
Jadual 7.3.1: Faktor Hubungan antara Pelajar dengan Ibu Bapa dan Rakan Sebaya

Faktor Hubungan antara Pelajar dengan Ibu Bapa dan


Rakan Sebaya
30 27
25
20 18 Sangat Tidak Setuju
15 13
Tidak Setuju
10 Tidak Pasti
5 2
0 Setuju
0
Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Sangat Setuju
Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju

Rajah 7.3.1: Faktor Hubungan antara Pelajar dengan Ibu Bapa dan Rakan Sebaya

Jadual 7.3.1 dan Rajah 7.3.1 menunjukkan hasil analisis data berkaitan dengan
faktor-faktor gejala sosial berlaku dalam kalangan mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM), iaitu kekurangan pendidikan moral dan agama. Berdasarkan analisis
data, pilihan yang paling rendah terdapat tiada orang responden bersamaan 0% responden
yang amat tidak setuju terhadap faktor ini. Pilihan tertinggi iaitu 18 orang responden

15
bersamaan 30.0% responden amat setuju dengan faktor tersebut. Daripada 60 responden,
kebanyakan orang setuju dengan faktor kekurangan pendidikan moral dan agama yang
menyebabkan mahasiswa mahasiswi UTHM terjebak dalam gejala sosial.

Hal ini demikian kerana suasana bahagia di dalam hubungan keluarga menjadi
keinginan dan cita-cita setiap ahli keluarga. Dari sudut perspektif, sebuah keluarga
memerlukan seorang pemimpin yang baik untuk mencapai kebahagiaan keluarga.
Kebahagiaan dalam keluarga boleh ditafsirkan sebagai penyatuan antara ilmu, amal, rohani
dan jasmani. Ibu bapa telah memainkan peranan yang penting dalam memberikan
keperluan rohani anak-anak mereka. Sesuai dengan kedudukan rumah sebagai institusi
pendidikan pertama, ibu bapalah yang bertanggungjawab memberikan pendidikan agama,
iman dan akhlak. Sekiranya pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa adalah baik dan
sesuai, maka anak-anak tidak akan terjebak dalam gejala sosial.

Bukan itu sahaja, pengaruh rakan turut menjadi satu punca berlakunya masalah
gejala sosial di universiti di kalangan mahasisiwa. Ajakan daripada rakan sebaya mereka
untuk melibatkan diri dalam gejala sosial akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang
tidak berfikir secara rasional. Mereka hanya menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-
rakan mereka tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang
memberi cadangan untuk melibatkan diri dalam gejala sosial dengan memberikan pelbagai
alasan yang dianggap munasabah bagi mereka.

Sesi kuliah dan pembelajaran yang membosankan kepada sebahagian mahasiswa


telah menjadi alasan mahasiswa untuk mengajak rakan-rakan terlibat dalam gejala sosial.
Oleh hal yang demkian, mahasiswa harus bijak dalam memilih rakan yang berfikiran
rasional dan juga berdisiplin supaya dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala
sosial dan pelbagai masalah yang boleh timbul. Pemilihan rakan sebaya yang negatif secara
langsung akan menghancurkan kehidupan dan menjejaskan imej diri.

16
7.3.2 KURANG PENDIDIKAN MORAL DAN AGAMA
Bil Perkara Kekerapan (orang) Peratus (%)
1 Sangat Tidak Setuju 1 1.7
2 Tidak Setuju 5 8.3
3 Tidak Pasti 7 11.7
4 Setuju 18 30
5 Sangat Setuju 29 48.3
Jumlah 60 100.0
Jadual 7.3.2: Kekurangan pendidikan moral dan agama

Kekurangan pendidikan moral dan agama


35
29
30
25
18 Sangat Tidak Setuju
20
Tidak Setuju
15
Tidak Pasti
10 7
5 Setuju
5 1
0 Sangat Setuju
Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju

Rajah 7.3.2: Kekurangan Pendidikan Moral dan Agama

Jadual 7.3.2 dan Rajah 7.3.2 menunjukkan hasil analisis data berkaitan dengan
faktor-faktor gejala sosial berlaku dalam kalangan mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM), iaitu kekurangan pendidikan moral dan agama. Berdasarkan analisis
data, pilihan yang paling rendah terdapat 1 orang responden bersamaan 1.7% responden
yang amat tidak setuju terhadap faktor ini. Pilihan tertinggi iaitu 29 orang responden
bersamaan 48.3% responden amat setuju dengan faktor tersebut. Daripada 60 responden,
kebanyakan orang setuju dengan faktor kekurangan pendidikan moral dan agama yang
menyebabkan mahasiswa mahasiswi UTHM terjebak dalam gejala sosial.

17
Kekurangan pendidikan moral dan agama merupakan faktor yang penting tentang
penglibatan mahasiswa dalam gejala sosial. Kebanyakan individu kurang pendidikan moral
dan agama tidak jelas bahawa kesan penglibatan dalam gejala sosial. Mereka tidak dapat
membezakan yang halal mahupun haram sesuatu perkara dan akhirnya mudah terjerumus
dalam gejala sosial yang tidak berfaedah. Pendidikan moral dan agam yang cetek
menyebabkan sesetengah mahasiswa kehilangan pedoman hidup terutamanya di universiti.

Pendidikan moral dan agama akan memberikan hala tuju yang betul untuk
mahasiswa. Pendidikan moral mengajar mereka untuk menjadi seorang yang berguna
bukan sahaja untuk diri kita malahan untuk orang lain. Agama juga memainkan peranan
dalam menentukan sikap seseorang sama ada betul ataupun salah. Setiap peraturan yang
telah ditetapkan mempunyai sebab-sebab yang tertentu agar kita dapat mempunyai
kehidupan yang lebih bermakna. Sekiranya seseorang mahasiswa sentiasa mengamlkan
prinsip kepercayaan kepada Tuhan, malah tidak akan melibatkan diri dalam anasir-anasir
negatif dalam kehidupan seharian. Segala peraturan dan perintah Pendidikan moral dan
agama adalah untuk kebaikan manusia sejagat. Pendidikan agama dan moral adalah
penting untuk mahasiswa supaya tidak terpengaruh oleh perkara-perkara yang akan
membinasakan diri dan berdosa.

18
7.3.3 TEKANAN DIRI
Bil Perkara Kekerapan (orang) Peratus (%)
1 Amat Tidak Setuju 0 0
2 Tidak Setuju 1 1.67
3 Tidak Pasti 7 11.67
4 Setuju 21 35
5 Amat Setuju 31 51.67
Jumlah 60 100.0
Jadual 7.3.3: Tekanan Diri

Tekanan Diri
35 31
30
25 21 Sangat Tidak Setuju
20
15 Tidak Setuju
10 7 Tidak Pasti
5 0 1 Setuju
0 Sangat Setuju
Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju
Rajah 7.3.3: Tekanan Diri

Jadual 7.3.3 dan Rajah 7.3.3 menunjukkan hasil analisis data berkaitan dengan
salah satu faktor gejala sosial berlaku dalam kalangan mahasiswa Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM), iaitu tekanan diri. Berdasarkan analisis data, tiada responden yang
amat tidak setuju, hanya satu orang responden (1.7%) yang tidak setuju, 7 orang
responden(11.67%) yang tidak pasti, 21 orang responden(35%) yang setuju dan 31 orang
responden(51.67%) yang amat setuju dengan faktor tersebut.

Daripada 60 responden, kebanyakan responden adalah amat setuju bahawa tekanan


diri merupakan faktor gejala sosial berlaku dalam kalangan mahasiswa UTHM. Hal ini

19
demikian mahasiswa mempunyai tekanan diri yang tinggi yang sentiasa menekankan
pelajar seperti tekanan daripada keluarga. Ibu bapa berharap anak-anak mereka untuk
mendapat keputusan yang cemerlang dan markah yang tinggi dalam peperiksaan. Keadaan
ini akan memberi tekanan kepada anak-anak mereka dalam akademik. Hal ini telah
mendorong pelajar-pelajar ini untuk melakukan gejala sosial seperti menamatkan riwayat
hidup mereka pada usia yang begitu muda untuk kelegaan.

Bukan itu sahaja, mahasiswa akan menghadapi tekanan yang tinggi apabila mereka
tidak dapat menyelesaikan kerja-kerja akademik universiti dan tidak mendapat bantuan
dalam akademik. Mahasiswa-mahasiswa yang bimbang terhadap keputusan akademik
akan mengalami tekanan diri yang melampau. Tekanan diri dalam kalangan mahasiswa
telah berlaku apabila mereka kekurangan masa lapang kerana kebanyakan masa telah
digunakan untuk mengulang kaji pelajaran demi mendapat keputusan akademik yang baik.
Kerja-kerja akademik yang berat telah menyusahkan mahasiswa dan mahasiswa terpaksa
untuk menyelesaikan semua kerja dengan diri-sendiri sekiranya tidak mendapat bantuan
daripada orang lain.

Sebagai contoh, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah


mendatangkan banyak tekanan kepada pelajar kerana PdPR adalah perkara baharu.
Pergerakan mereka terbatas kerana perlu duduk di hadapan komputer dari sepanjang masa
untuk sesi pembelajaran. Keadaan ini memberi tekanan kerana rasa 'terkurung' dan tidak
bebas bergerak. Selain itu, mahasiswa wajib menyiapkan semua tugasan diberi oleh
pensyarah sebagai syarat lulus pengajian. Hal ini telah menambahkan tekanan kerana setiap
tugasan perlu hantar dalam tempoh yang ditetapkan. Hal ini akan mendorong pelajar
melakukan gejala sosial untuk mendapatkan keselesaan segera seperti ponteng kuliah,
menyalahgunakan perkhidmatan atas talian dan sebagainya.

Kehidupan manusia tidak dapat lari daripada tekanan. Oleh itu, mahasiswa
hendaklah menguruskan stress dalam cara yang betul seperti mempunyai masa rehat dan
masa tidur yang cukup, mendapat gaya hidup yang sihat dan sebagainya.

20
7.4 KESAN-KESAN YANG BERLAKU SEKIRANYA GEJALA SOSIAL
BERLAKU DALAM KALANGAN MAHASISWA UTHM
7.4.1 KERUNTUHAN AKHLAK DALAM KALANGAN MAHASISWA

Bil Perkara Kekerapan (orang) Peratus (%)


1 Amat Tidak Setuju 0 0
2 Tidak Setuju 2 3.3
3 Tidak Pasti 10 16.7
4 Setuju 15 25
5 Amat Setuju 33 55.0
Jumlah 60 100.0
Jadual 7.4.1: Keruntuhan Akhlak Dalam Kalangan Mahasiswa

Keruntuhan Akhlak Dalam Kalangan Mahasiswa


35 33
30
25
Sangat Tidak Setuju
20
15 Tidak Setuju
15
10 Tidak Pasti
10
Setuju
5 2
0 Sangat Setuju
0
Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju
Rajah 7.4.1: Keruntuhan Akhlak dalam Kalangan Mahasiswa

Jadual 7.4.1 dan Rajah 7.4.1 menunjukkan hasil analisis data berkaitan dengan
kesan-kesan yang berlaku sekiranya gejala sosial berlaku dalam kalangan mahasiswa
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), iaitu keruntuhan akhlak dalam kalangan
mahasiswa. Berdasarkan analisis data, tiada responden yang amat tidak setuju, 2 orang

21
yang responden (3.3%) tidak setuju, 10 orang yang responden (16.7%) tidak pasti, 15 orang
yang responden (25%) setuju dan 33 orang responden (55.0%) yang amat setuju dengan
kesan tersebut. Daripada 60 orang responden, kebanyakan responden amat setuju tentang
kesan ini iaitu keruntuhan akhlak dalam kalangan mahasiswa yang berlaku sekiranya gejala
sosial berlaku di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Keruntuhan akhlak dalam kalangan mahasiswa bermaksud kehilangan moral atau


kehilangan diri sendiri sebagai seorang pelajar dengan melakukan pelbagai perlakuan
negatif seperti gejala sosial yang tidak membawa manfaat dan keuntungan kepada kepada
pihak tertentu terutamanya pihak universiti. Tidak menafikan bahawa akhlak mahasiswa
universiti pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat kita. Sekiranya hal ini tidak
dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak universiti, maka tidak
hairanlah suatu hari nanti, akan datang mahasiswa yang rosak dan binasa.

Keruntuhan akhlak mahasiswa yang serius akan membawa kesan kepada pelbagai
pihak. Untuk seseorang individu, mahasiswa akan menghancurkan masa hadapan diri
apabila seseorang mahasiswa enggan berusaha dalam akademik dan terjerumus dalam
anasir-anasir negatif dalam kehidupan seharian. Dari segi pihak universiti pula,
kententeraman di universiti akan terjejas dan memberikan ketidakselesaan kepada
mahasiswa untuk menimba ilmu di sekitar kawasan universiti tersebut. Hali ini demikian
kerana mahasiswa di universiti akan berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Hal ini
menberi kesan apabila berlaku pergaduhan antara mahasiswa yang tidak mempunyai
akhlak yang mulia di universiti. Isu-isu perkauman sekaligus dengan kadar jenayah di
universiti juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak
di kalangan mahasiswa semakin meningkat. Perkara ini memberi impak yang besar kepada
mahasiswa yang tidak terlibat dalam gejala sosial.

22
7.4.2 IMEJ UNIVERSITI TERJEJAS
Bil Perkara Kekerapan (orang) Peratus (%)
1 Amat Tidak Setuju 0 0
2 Tidak Setuju 1 1.7
3 Tidak Pasti 7 11.7
4 Setuju 19 31.7
5 Amat Setuju 33 55.0
Jumlah 60 100.0
Jadual 7.4.2: Imej Universiti Terjejas

Imej Universiti Terjejas


35 33
30
25
19 Sangat Tidak Setuju
20
Tidak Setuju
15
Tidak Pasti
10 7
5 Setuju
0 1
0 Sangat Setuju
Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju

Rajah 7.4.2: Imej Universiti Terjejas

Jadual 7.4.2 dan Rajah 7.4.2 menunjukkan hasil analisis data berkaitan dengan
kesan-kesan yang berlaku sekiranya gejala sosial berlaku dalam kalangan mahasiswa
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), iaitu imej universiti terjejas. Berdasarkan
analisis data, tiada responden yang amat tidak setuju, 1 orang yang responden (1.7%) tidak
setuju, 7 orang yang responden (11.7%) tidak pasti, 19 orang yang responden (31.7%)
setuju dan 33 orang responden (55.0%) yang amat setuju dengan kesan tersebut.

23
Daripada 60 orang responden, kebanyakan responden amat setuju tentang kesan ini
iaitu imej universiti terjejas yang berlaku sekiranya gejala sosial berlaku dalam kalangan
mahasisiwa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Hal ini disebabkan
berlakunya gejala sosial dalam kalangan mahasiswa di universiti akan menyebabkan
persekitaran universiti yang huru-hara. Keadaan universiti yang huru-hara ini akan
memberikan persepsi kepada masyarakat bahawa pengurusan universiti tersebut adalah
buruk dan tidak efektif. Kesannya, imej universiti akan terjejas sekiranya gejala sosial yang
berlaku di universiti tidak ditangani dengan baik. Imej universiti akan terjejas lagi
sekiranya hal ini telah dilaporkan dalam berita secara besar-besaran di seluruh negara.

Masalah gejala sosial dalam kalangan mahasiswa yang semakin meningkat akan
menyebabkan prestasi universiti merosot. Kesalahan mahasiswa yang sering melibatkan
diri dalam masalah gejala sosial akan dicatat dalam senarai hitam atau direkod dalam buku
disiplin universiti. Oleh itu, universiti yang mempunyai rekod masalah gejala sosial yang
tinggi dan peratus pelajar bermasalah yang tinggi selalunya akan memberi kesan yang teruk
kepada carta kedudukan universiti dalam negeri ataupun di seluruh negara. Kedudukan
universiti yang teruk telah menjejaskan imej universiti dan hal ini akan menurukan
keyakinan masyarakat terhadap prestasi universiti tersebut.

Masalah gejala sosial ini akan berlaku selama-lamanya tanpa disedarkan di


sekeliling universiti sekiranya masalah ini dititikberatkan oleh pihak berkenaan. Oleh itu,
kita haruslah bertindak dengan lebih pantas dan tuntas dalam menangani masalah gejala
sosial dalam kalangan mahasiswa ini supaya tidak terus merebak menjadi lebih parah lagi.

24
7.4.3 DIPANDANG RENDAH OLEH GOLONGAN MASYARAKAT
Bil Perkara Kekerapan (orang) Peratus (%)
1 Amat Tidak Setuju 0 0
2 Tidak Setuju 1 1.7
3 Tidak Pasti 7 11.7
4 Setuju 22 36.7
5 Amat Setuju 30 50.0
Jumlah 60 100.0
Jadual 7.4.3: Dipandang rendah oleh golongan masyarakat

Dipandang rendah oleh golongan masyarakat


35
30
30
25 22
Sangat Tidak Setuju
20
Tidak Setuju
15
Tidak Pasti
10 7
Setuju
5 1
0 Sangat Setuju
0
Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju

Rajah 7.4.3: Dipandang rendah oleh golongan masyarakat

Jadual 7.4.3 dan Rajah 7.4.3 menunjukkan hasil analisis data berkaitan dengan
kesan-kesan yang berlaku sekiranya gejala sosial berlaku dalam kalangan mahasiswa
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), iaitu dipandang rendah oleh golongan
masyarakat. Berdasarkan analisis data, tiada responden yang amat tidak setuju, 1 orang
yang responden (1.7%) tidak setuju, 7 orang yang responden (11.7%) tidak pasti, 22 orang
yang responden (36.7%) setuju dan 30 orang responden (50.0%) yang amat setuju dengan

25
kesan tersebut. Daripada 60 orang responden, kebanyakan responden amat setuju tentang
kesan ini iaitu dipandang rendah oleh golongan masyarakat sekiranya gejala sosial berlaku
di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Pada masa kini, akhlak yang mulia dan baik amat dititikberatkan oleh masyarakat
dalam kehidupan seharian. Masyarakat akan mengkritik dan menyalahkan orang-orang
yang berbuat buruk dan tidak menepati norma masyarakat. Hal ini akan berlaku dalam
kalangan mahasiswa sekiranya mereka sentiasa melibatkan diri dalam masalah gejala
sosial. Kesannya, mahasiswa yang terlibat dalam gejala sosial akan dipandang rendah oleh
masyarakat. Kita tidak dapat menafikan bahawa seseorang insan yang dilahirkan di dunia
yang fana ini diibaratkan sesuci kain putih dan seseorang individu yang perlu mencorakkan
kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan
dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-
perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.

Seseorang mahasiswa yang berakhlak mulia dapat dilihat secara fizikal seperti
kelakuan, pertuturan, sikap ataupun pemakaian mereka. Oleh itu, mahasiswa yang
melibatkan diri dalam gejala sosial seperti ponteng kuliah, gangsterism (kes buli), dan
penyalahgunaan perkhidmatan atas talian dianggap tidak berakhlak mulia dan tidak
beradab. Seseorang individu yang sering terlibat dalam gejala sosial akan disingkir oleh
masyarakat kerana seseorang individu tersebut akan menjejaskan keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat. Tambahan pula, mahasiswa-mahasiswa yang dipandang rendah
akan susah mendapatkan rezeki apabila ingin masuk ke alam pekerjaan kerana tindakan
dan tingkah laku mahasiswa terlibat dalam gejala sosial.

26
7.5 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI GEJALA SOSIAL DALAM
KALANGAN MAHASISWA UTHM

7.5.1 KEMPEN KESEDARAN DAN MOTIVASI


Bil Perkara Kekerapan (orang) Peratus (%)
1 Amat Tidak Setuju 1 1.7
2 Tidak Setuju 6 10.0
3 Tidak Pasti 14 23.3
4 Setuju 20 33.3
5 Amat Setuju 19 31.7
Jumlah 60 100.0
Jadual 7.5.1: Kempen Kesedaran dan Motivasi

Kempen Kesedaran dan Motivasi


25
20 19
20

15 14 Sangat Tidak Setuju


Tidak Setuju
10
6 Tidak Pasti
5 Setuju
1
0 Sangat Setuju
Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju

Rajah 7.5.1: Kempen Kesedaran dan Motivasi

Jadual 7.5.1 dan Rajah 7.5.1 menunjukkan hasil analisis data berkaitan dengan
langkah-langkah untuk mengatasi gejala sosial dalam kalangan mahasiswa Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM), iaitu mangadakan kempen kesedaran dan motivasi.
Berdasarkan analisis data, terdapat 1 orang responden bersamaan 1.7% amat tidak setuju,
2 orang responden bersamaan 10% tidak setuju, 14 orang responden bersamaan 23.3%

27
tidak pasti, 20 orang responden bersamaan 33.3% setuju dan 19 orang responden amat
setuju. Daripada 60 responden kebanyakan setuju kempen kesedaran dan motivasi dapat
mengatasi gejala sosial dalam kalangan mahasiswa UTHM kerana negara kita telah
mengadakan banyak kempen kesedaran dan motivasi untuk menyedarkan mahasiswa
seperti kempen “Let's TALK Minda Sihat”, hal ini telah dapat keputusan yang baik.

Dalam kempen kesedaran dan motivasi, terdapat aktiviti yang bermanfaat akan
diadakan dan tujuan aktiviti tersebut adalah untuk menyedarkan setiap individu tentang
kesan gejala sosial. Oleh sebab kebanyakan individu tidak faham atau tidak jelas dengan
gejala sosial yang berlaku, maka mereka tidak menyedari bahawa tindakan dan tingkah
laku mereka adalah salah satu contoh gejala sosial. Kempen kesedaran yang menjelaskan
jenis-jenis gejala sosial, faktor dan kesan gejala sosial serta maklumat lain dapat
menyedarkan mahasiswa demi mengurangkan kes gejala sosial. Kaunselor-kaunselor yang
memberi ceramah semasa kempen dapat menyihatkan minda setiap mahasiswa supaya
mereka tidak melakukan tindakan tidak terkawal atau terlibat dalam gejala sosial.

Semasa kempen kesedaran dan motivasi, terdapat pelbagai maklumat mengenai


kemerbahayaan dan ancaman elemen negatif gejala sosial telah disebarkan melalui risalah,
ceramah, forum, perjumpaan dan sebagainya. Segala kempen kesedaran dan motivasi yang
ingin dianjurkan seharusnya mempunyai tindakan susulan dengan mengadakan kajian
penilaian terhadap keberkesanan usaha-usaha dan mencari alternatif yang terbaik untuk
dipertingkatkan dan dilipatgandakan. Hal ini kerana sekiranya kempen yang dianjurkan
tidak efisien, banyak masa, wang dan tenaga akan dibazirkan.

28
7.5.2 MEMPERKETATKAN PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI
Bil Perkara Kekerapan (orang) Peratus (%)
1 Amat Tidak Setuju 0 0
2 Tidak Setuju 2 3.3
3 Tidak Pasti 9 15.0
4 Setuju 20 33.3
5 Amat Setuju 29 48.3
Jumlah 60 100.0
Jadual 7.5.2: Memperketatkan Peraturan-Peraturan Universiti

Memperketatkan Peraturan-Peraturan Universiti


35
20
30
25
9 29 Sangat Tidak Setuju
20
Tidak Setuju
15
Tidak Pasti
10
Setuju
5 2
0 Sangat Setuju
0
Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju

Rajah 7.5.2: Memperketatkan Peraturan-Peraturan Universiti

Jadual 7.5.2 dan Rajah 7.5.2 menunjukkan hasil analisis data berkaitan dengan
salah satu langkah untuk mengatasi gejala sosial dalam kalangan mahasiswa Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM), iaitu memperketatkan peraturan-peraturan universiti.
Berdasarkan analisis data, tiada responden yang amat tidak setuju, 2 orang responden
(3.3%) yang tidak setuju, 9 orang responden(15%) yang tidak pasti, 20 orang

29
responden(33.3%) yang setuju dan 29 orang responden(48.3%) yang amat setuju dengan
langkah tersebut.

Daripada 60 orang responden, terdapat kebanyakan orang responden amat setuju


dengan memperketatkan peraturan-peraturan universiti bagi mengatasi gejala sosial dalam
kalangan mahasiswa UTHM. Hal ini disebabkan kebanyakan universiti di negara kita telah
memperketatkan peraturan masing-masing seperti semakan semula dan penambahan
peraturan. Tindakan ini bertujuan untuk memantapkan peraturan akademik sedia ada
selaras dengan perubahan semasa dan keperluan masa hadapan.

Marcapada ini, semakin ramai mahasiswa yang tidak mematuhi peraturan yang
telah diamalkan oleh pihak universiti. Kegagalan mahasiswa mematuhi peraturan ini telah
membawa banyak kesan negatif terhadap mahasiswa seperti mahasiswa terjerumus dalam
gejala sosial tanpa disedari. Sekiranya peraturan-peraturan universiti telah diperketatkan,
mahasiswa-mahasiswa yang berdisiplin dapat dilahirkan. Hal ini dikatakan demikian
kerana mahasiswa universiti tidak akan terlibat dalam gejala sosial untuk mengelakkan diri
daripada dendaan universiti yang berat seperti surat amalan ataupun digantung oleh
universiti.

Peraturan-peraturan universiti yang diperketatkan juga dapat membentuk


perwatakan positif dalam diri mahasiswa. Mahasiswa yang berhemah tinggi dan berdisiplin
tinggi tidak akan terjerumus dalam gejala sosial dalam kehidupan seharian mereka. Usaha
memperketatkan peraturan universiti dapat meningkatkan kefahaman mahasiswa terhadap
kepentingan peraturan universiti dan mentaatinya. Hal ini juga meningkatkan rasa
tanggungjawab dan prihatin mahasiswa terhadap kemajuan diri dan kemajuan universiti.
Mahasiswa yang cemerlang dari pelbagai aspek juga diberikan anugerah dan hal ini telah
mendorong mahasiswa mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial.

30
7.5.3 MEMBERIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Bil Perkara Kekerapan (orang) Peratus (%)
1 Amat Tidak Setuju 0 0
2 Tidak Setuju 1 1.7
3 Tidak Pasti 9 15.0
4 Setuju 18 30.0
5 Amat Setuju 32 53.3
Jumlah 60 100.0
Jadual 7.5.3: Memberikan Bimbingan dan Kaunseling

Memberikan Bimbingan dan Kaunseling


35 32
30
25
18 Sangat Tidak Setuju
20
Tidak Setuju
15
9 Tidak Pasti
10
Setuju
5 1
0 Sangat Setuju
0
Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju

Rajah 7.5.3: Memberikan Bimbingan dan Kaunseling

Jadual 7.5.3 dan Rajah 7.5.3 menunjukkan hasil analisis data berkaitan dengan
langkah untuk mengatasi gejala sosial dalam kalangan mahasiswa Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM), iaitu memberikan bimbingan dan kaunseling. Berdasarkan
analisis data, tiada responden yang amat tidak setuju, 1 orang responden (1.7%) yang tidak
setuju, 9 orang responden (15%) yang tidak pasti, 18 orang responden (30%) yang setuju
dan 32 orang responden (53.3%) yang amat setuju dengan langkah tersebut.

31
Daripada 60 orang responden, kebanyakan responden amat setuju tentang langkah
ini iaitu memberikan bimbingan dan kaunseling dapat mengatasi masalah gejala sosial
dalam kalangan mahasisiwa UTHM.

Hal ini disebabkan kaunselor-kaunselor di universiti memainkan peranan yang


penting dalam agenda pendidikan negara. Kaunselor-kaunselor yang berpengalaman di
university dapat menangani masalah yang dihadapi oleh mahasiswa melalui bimbingan
kaunseling yang sesuai. Kaunselor di universiti dapat membantu untuk menangani pelbagai
masalah yang dihadapi oleh mahasiswa melalui cara yang berbeza. Antara cara yang boleh
dilakukan oleh kaunselor untuk membantu mahasiswa seperti membantu dalam perubahan
tingkah laku mahasiswa, membantu mahasiswa untuk membuat penyelesaian yang paling
baik di university atau di luar universiti, mengenalpasti pelajar yang memerlukan
pertolongan khas dan sebagainya. Tujuan bimbingan dan kaunseling selalunya dapat
meningkatkan perkembangan dan pembangunan mahasiswa dan membimbing mahasiswa
ke arah kematangan sahsiah. Oleh itu, mahasiswa yang diberikan bimbingan dan
kaunseling akan meninggalkan sikap negatif secara berperingkat.

Langkah memberikan bimbingan dan kaunseling sangat penting dalam kalangan


mahasiswa apabila mereka perlu lebih berdikari dan membuat keputusan dengan diri-
sendiri tanpa pemantauan ibu bapa atau orang lain. Program bimbingan dan kaunseling
yang dijalankan dapat mendisiplinkan mahasiswa melalui pembinaan nilai-nilai, tingkah
laku dan tatasusila yang timbul atas kesedaran mahasiswa itu sendiri. Pembinaan nilai serta
tingkah laku yang baik haruslah diterapkan secara beransur-ansur dan bukannya secara
paksaan. Akhlak mahasiswa yang baik dapat dibentuk dan mahasiswa dapat menjauhkan
diri daripada gejala sosial di universiti. Kaunselor yang mengadakan hubungan baik
dengan para mahasiswa di universiti dapat berbincang dengan mahasiswa mengenai
perkembangan dan kemajuan para mahasiswa. Kaunselor dapat memastikan mahasiswa
tidak terjerumus dalam gejala sosial apabila mereka mengetahui pemikiran mahasiswa
semasa menuntut pengajian di universiti.

32
8.0 KESIMPULAN

Kajian ini bertajuk ‘Gejala Sosial dalam Kalangan Mahasiswa UTHM’. Terdapat
tiga objektif kajian telah tercapai, iaitu mengkaji faktor-faktor gejala sosial berlaku dalam
kalangan mahasiswa UTHM, membincangkan kesan-kesan yang berlaku sekiranya gejala
sosial berlaku dalam kalangan mahasiswa UTHM dan mencadangkan langkah-langkah
untuk mengatasi gejala sosial dalam kalangan mahasiswa UTHM. Kajian ini telah
disempurnakan dengan kaedah soal selidik dan rujukan. Bagi pencapaian objektif tersebut,
seramai 60 orang mahasiswa UTHM telah dipilih sebagai responden bagi kajian tersebut.
Merujuk kepada kajian yang dijalankan, pengkaji telah berjaya mencapai objektif yang
ditetapkan.

Terdapat empat aspek data demografi responden telah diambil, iaitu jantina, kaum,
agama dan program. Secara umumnya, responden adalah terdiri daripada pelbagai kaum
dan agama.

Daripada perbincangan dapatan kajian, terdapat beberapa jenis gejala sosial yang
sering berlaku dalam kalangan mahasiswa UTHM iaitu ponteng kuliah, kes buli dan
penyalahgunaan perkhidmatan atas talian.

Seterusnya, dapatan kajian mengenai objektif kedua iaitu mengkaji faktor-faktor


gejala sosial berlaku dalam kalangan mahasiswa UTHM. Daripada dapatan kajian di atas
telah menunjukkan bahawa faktor utama gejala sosial sering berlaku ialah faktor tekanan
diri manakala faktor yang paling rendah dipilih oleh responden adalah faktor hubungan
antara pelajar dengan ibu bapa dan rakan sebaya.

Di samping itu, objektif ketiga iatu membincangkan kesan-kesan yang berlaku


sekiranya gejala sosial berlaku dalam kalangan mahasiswa UTHM. Kesan yang paling
utama berlaku sekiranya gejala sosial berlaku adalah kesan keruntuhan akhlak dalam
kalangan mahasiswa dan imej universiti terjejas. Kesan yang paling rendah dipilih oleh
responden ialah mahasiswa dipandang rendah oleh golongan masyarakat.

33
Selain itu, objektif keempat juga telah dicapai iaitu mencadangkan langkah-langkah
untuk mengatasi gejala sosial dalam kalangan mahasiswa UTHM. Langkah yang paling
penting untuk mengatasi gejala sosial dalam kalangan mahasiswa UTHM ialah
memberikan bimbingan dan kaunseling manakalah langkah yang paling rendah ialah
mengadakan kempen kesedaran dan motivasi.

Kesimpulannya, kita berharap segala tugasan yang telah dijalankan dapat


menambahkan ilmu pengetahuan agar kita tidak terpengaruh untuk melakukan gejala sosial.
Tambahan pula, kita berharap bahawa kajian yang dilakukan oleh kita dapat memberi
manfaat dan kesedaran kepada para pembaca supaya kita menjadi orang yang
berpengtahuan luas dan mempunyai kesadaran yang tinggi. Dengan ini, kami berharap para
pembaca dapat mengetahui kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya gejala sosial berlaku
dalam kalangan mahasiswa dan mengambil tindakan segera untuk mengatasinya.

34
LAMPIRAN RUJUKAN

Wikipedia (2021). Isu Sosial. Diperoleh pada November 6, 2021, dari http://ms.wikipedia
.org/wiki/Isu_sosial

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusaka.

Wikipedia (2021). Qualitative Research. Diperoleh pada November 1, 2021, dari


https://en.wikipedia.org/wiki/Qualitative_research

Wikipedia (2021). Quantitative Research. Diperoleh pada November 1, 2021, dari


https://en.wikipedia.org/wiki/Quantitative_research

Mohd Ghadafi bin Shari, Mohd Fazrin bin Hamdan, Mohd Yusof bin Tawang (2020).
Faktor-faktor ponteng kuliah di kalangan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah.
Diperoleh pada November 1, 2021, dari http://www.researchgate.net/publication/
347168906_FAKTORFAKTOR_PONTENG_KULIAH_DI_KALANGAN_PEL
AJAR_POLITEKNIK_SULTAN_IDRIS_SHAH

Kelemahan Didikan Agama Dan Moral Diri Remaja (2021). Diperoleh pada November

10, 2021, dari https://www.scribd.com/document/336754010/Kelemahan-


Didikan-Agama-Dan-Moral-Diri-Remaja

Dr. Zhooriyati Sehu Mohamad (2021). Memahami tekanan perasaan dalam kalangan
pelajar. Diperoleh pada November 10, 2021, dari http://www.bharian.com.my/
berita/pendidikan/2021/08/849398/memahami-tekanan-perasaan-dalam-kalangan-
pelajar

Lampiran 1
LAMPIRAN RUJUKAN

Sharif, Z. dan Mohammad Roslan, N. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja


Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka.
Journal of Education Psychology & Counseling, 1 Mac 2011, 115-140. Diperoleh
pada November 10, 2021, dari file:///C:/Users/Nitro%205/Downloads/61-
Article%20Text-243-1-10-20181224.pdf

Peranan Dan Tindakan Guru Kaunseling Dalam Mengatasi Masalah Disiplin Pelajar
(2021), Diperoleh pada November 10, 2021 dari http://www.slideshare.net/
fazhani/peranan-dan-tindakan-guru-kaunseling-dalam-mengatasi-masalah-
disiplin-pelajar

Muhammad Yusri Muzamir (2021). Jawatankuasa teliti gejala sosial dalam kalangan
mahasiswa, Diperoleh pada November 11, 2021, dari http://www.bharian.com.my
/berita/nasional/2021/02/790345/jawatankuasa-teliti-gejala-sosial-dalam-
kalangan-mahasiswa

Rafidah Mat Ruzki (2021). KPT, IPT Tangani Isu ‘Sugar Baby’. Diperoleh pada
November 12, 2021, dari http://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/
786118/kpt-ipt-tangani-isu-sugar-baby

Mohammad Abu Bakar Bin Shis. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Kajian Gejala Sosial Di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Yang
Menetap Di Kolej Sembilan (K9), Kolej Sepuluh (K10), Dan Kolej Perdana (Kp)
Universiti Teknologi Malaysia (2010). Diperoleh pada November 12, 2021, dari
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2010_9754_3a53f5df
d6ba4380888a15a8948a3d4b.pdf

Lampiran 2
LAMPIRAN RUJUKAN

Foto 1: Rujukan Berita Atas Talian

Foto 2: Rujukan Berita Atas Talian

Lampiran 3
LAMPIRAN LAPORAN PERBINCANGAN

LAPORAN PERBINCANGAN TUGASAN BERKUMPULAN


UQI 10102 PENGAJIAN MORAL
KUMPULAN 8

Tarikh : 20.10.2021 (Rabu)


Masa : 8:00pm – 9:00pm
Tempat : Google Meet

Senarai Kehadiran:
NAMA NO MATRIK
ALVIN NGU MAO JIA AF210099
SRIVARMA A/L PARAMASIVAM CI210019
ARUL NALMANAN A/L RAJA GOPAL CD210201
DWARWIN NAIR A/L SUGUMARAN AE210027
SAGADRAN NAIR A/L THEVAN NAIR CD210326
TAI WEI HONG AP210356
CHAN HONG MING AF210111
LAW TECK YAO AP210390
PANG CHIA XUAN AP210270
BANG ZI QUAN AF210102
YONG LIE HENG AP210442

Lampiran 4
Catatan Perbincangan:
8:00pm – 8:05pm
Pengenalan diri daripada semua ahli kumpulan.

8:05pm – 8:20pm
Perbincangan tema dan tajuk tugasan berkumpulan. Setiap ahli kumpulan memberikan idea
dan pandangan masing-masing tentang isu yang berkaitan. Tema dan tajuk telah ditetapkan
dan diluluskan dengan persetujuan semua ahli kumpulan.

8:20pm – 8:40pm
Perbincangan tentang tajuk artikel trigger bagi tema dan tajuk tugasan yang telah
ditetapkan. Isu semasa dan latar belakang masalah tajuk dibincangkan. Objektif kajian
tugasan juga dicadangkan dan diluluskan.

8:40pm – 9:00pm
Mencadangkan subtopik-subtopik yang berkaitan dengan tajuk tugasan. Perkongsian
maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk tugasan. Metodologi kajian juga
dibincangkan.

Perbincangan Google Meet

Lampiran 5
LAMPIRAN LAPORAN PERBINCANGAN

LAPORAN PERBINCANGAN TUGASAN BERKUMPULAN


UQI 10102 PENGAJIAN MORAL
KUMPULAN 8

Tarikh : 29.10.2021 (Jumaat)


Masa : 10:00am – 11:00am
Tempat : Google Meet

Senarai Kehadiran:
NAMA NO MATRIK
ALVIN NGU MAO JIA AF210099
SRIVARMA A/L PARAMASIVAM CI210019
ARUL NALMANAN A/L RAJA GOPAL CD210201
DWARWIN NAIR A/L SUGUMARAN AE210027
SAGADRAN NAIR A/L THEVAN NAIR CD210326
TAI WEI HONG AP210356
CHAN HONG MING AF210111
LAW TECK YAO AP210390
PANG CHIA XUAN AP210270
BANG ZI QUAN AF210102
YONG LIE HENG AP210442

Lampiran 6
Catatan Perbincangan:

10:00am – 10:15am
Perbincangan tentang butir-butir metodologi kajian tajuk yang perlu disiapkan. Butir-butir
borang soal selidik telah dicadangkan. Semua ahli kumpulan meluluskan borang soal
selidik yang telah dibincangkan.

10:15am – 10:30am
Ketua kumpulan membahagikan tugas dalam kalangan ahli kumpulan berdasarkan
subtopik yang telah ditentukan dalam proposal.

10:30am-11:00am
Mencari sumber rujukan seperti jurnal, buku, surat khabar, majalah, penulisan ilmiah dan
lain-lain dengan bersama-sama. Semua ahli kumpulan membuat perbincangan tentang
maklumat-maklumat dan sumber rujukan yang telah didapati.

Perbincangan Google Meet

Lampiran 7
LAMPIRAN LAPORAN PERBINCANGAN

LAPORAN PERBINCANGAN TUGASAN BERKUMPULAN


UQI 10102 PENGAJIAN MORAL
KUMPULAN 8

Tarikh : 12.11.2021 (Jumaat)


Masa : 2:00pm – 3:00pm
Tempat : WhatsApp Group

Senarai Kehadiran:
NAMA NO MATRIK
ALVIN NGU MAO JIA AF210099
SRIVARMA A/L PARAMASIVAM CI210019
ARUL NALMANAN A/L RAJA GOPAL CD210201
DWARWIN NAIR A/L SUGUMARAN AE210027
SAGADRAN NAIR A/L THEVAN NAIR CD210326
TAI WEI HONG AP210356
CHAN HONG MING AF210111
LAW TECK YAO AP210390
PANG CHIA XUAN AP210270
BANG ZI QUAN AF210102
YONG LIE HENG AP210442

Lampiran 8
Catatan Perbincangan:

2:00pm – 2:20pm
Perbincangan tentang butir-butir yang perlu ditambahbaikan dalam laporan penulisan.
Semua ahli kumpulan telah hantar tugas kepada ketua kumpulan. Ketua kumpulan telah
menyempurnakan semua maklumat dalam satu laporan sahaja.

2:20pm – 2:40pm
Semua ahli kumpulan membuat pembetulan dalam laporan penulisan dengan bersama-
sama. Ahli-ahli kumpulan memberikan idea tambahan tentang tajuk kajian yang telah
dijalankan.

2:40pm-3:00pm
Semua ahli kumpulan telah bersetuju dengan laporan penulisan yang disempurnakan.
Penyediaan untuk pembentangan laporan penulisan telah dijalankan.

Lampiran 9
LAMPIRAN BORANG SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)

Foto 3: Muka Surat Hadapan Borang Soal Selidik

Foto 4: Bahagian A – Data Demografi Responden

Lampiran 10
LAMPIRAN BORANG SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)

Foto 5: Bahagian A- Data Demografi Responden

Foto 6: Bahagian B – Faktor-faktor Gejala Sosial Berlaku dalam


Kalangan Mahasiswa UTHM

Lampiran 11
LAMPIRAN BORANG SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)

Foto 7: Bahagian C – Kesan-kesan yang Berlaku Sekiranya Gejala Sosial Berlaku


dalam Kalangan Mahasiswa UTHM

Foto 8: Bahagian D – Langkah-langkah untuk Mengatasi Gejala Sosial


dalam Kalangan Mahasiswa UTHM

Lampiran 12

Anda mungkin juga menyukai