Anda di halaman 1dari 27

PEMBENTUKAN

MORAL/AKHLAK INDIVIDU
Faktor pembentukan moral
individu

FAKTOR
PEMBENTUKAN
AKHLAK

FAKTOR FAKTOR
DALAMAN LUARAN
Faktor dalaman

Faktor dalaman merupakan faktor yang berkait


rapat dengan dalaman badan kita sendiri
termasuklah fizikal dan mental. Contohnya,
minat, fikiran, dan sebagainya antara faktor yang
mempengaruhi secara dalaman adalah:
1. Adat
 Definisiadat ialah kelakuan atau tingkah laku yang
dilakukan pada setiap hari dan diwarisi dari generasi ke
generasi.

 Adat merupakan sesuatu perbuatan yang diamalkan


oleh sekumpulan orang atau masyarakat.

 Adat adalah penting dalam pembentukan moral kerana


ia mempunyai hubungan dengan agama

 Adat dapat membentuk moral seseorang dengan


perlakuan yang berulang kali atau diwarisi oleh orang
tua
2. Agama 
 Agama selalu dikaitkan dengan prinsip atau amalan
yang berkaitan dengan kepercayaan kepada Tuhan,
atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa,

 Agama memberi satu set pengetahuan tentang moral


dan akhlak yang mulia kepada penganut-penganutnya.
Biasanya, pengetahuan ini disampaikan oleh guru-guru
agama dengan pengunaan kitab agama masing-masing.
3. Naluri
 Naluri merupakan aneka refleksi sikap, tindakan dan
perbuatan manusia dimotivasi oleh kehendak yang
dimotori oleh naluri seseorang. Naluri merupakan tabiat
yang dibawa manusia sejak lahir.
 
 Pakar psikologi menjelaskan bahawa naluri berfungsi
sebagai motivator penggerak yang mendorong lahirnya
tingkah laku, antaranya naluri makan, naluri berjodoh,
naluri keibuan, naluri berjuangan, naluri bertuhan.
4. Genetik
 Berkaitan dengan faktor genetik, gen yang terdiri
daripada nucleoprotein yang menentukan baka atau ciri
keturunan. Mengikut kajian, kromosom mengandungi
bahan DNA dan RNA dan masing-masing mengandungi
sifat baka.
 Ini bermaksud, anak-anak yang mewarisi genetik ibu
bapa akan mewarisi ciri-ciri ibu bapa dari segi sifat-sifat,
kawalan emosi, minat.
 Sifat-sifat asasi anak termasuk pandangan moral adalah
pantulan sifat-sifat asasi orang tuanya.
Faktor luaran

Faktor luaran merupakan faktor yang


datang daripada luar yang
mempengaruhi terbentuknya moral
tertentu pada seseorang. Faktor
luaran ini sering dikaitkan dengan
faktor-faktor berikut:
1.Rakan Sebaya
 Rakan sebaya adalah individu yang berumur atau
berstatus sama antara satu sama lain.
 Seseorang rakan sebaya akan mengambil kesempatan
untuk berkomunikasi antara satu sama lain, mengawal
tingkah laku sosial, saling berkongsi perasaan dan idea
 Biasanya, rakan sebaya mempunyai persamaan dengan
kawan seperti hobi yang sama.
2.Keluarga
  Keluarga merupakan individu yang berhubungan
melalui pertalian darah, perkahwinan. Keluarga akan
mempengaruhi semua pihak dalam nilai- nilai moral,
akhlak dan juga perbuatan.
  Dalam sesebuah keluarga, ibu bapa memainkan
peranan yang amat penting dalam pembentukan
akhlak/moral kanak-kanak kerana ibu bapa merupakan
model terawal kepada anak-anak. Kanak-kanak akan
meniru kelakuan ibu bapa seperti bapa selalu
membuang sampah merata-rata tempat anaknya akan
meniru kelakuan tersebut kerana mereka berasa semua
kelakuan ibu bapa adalah betul dan boleh ditiru.
3.Pendidikan
 Pendidikan bermaksud proses pemberian pengetahuan,
pertimbangan dan kebijaksanaan. Kita menerima
pendidikan semejak kita lahir hingga kita tua. Selain
pendidikan yang diberi oleh ibu bapa, kita juga
memperolehi pendidikan daripada sekolah dan
masyarakat.
  Guru berperanan penting sebagai agen memodenkan
masyarakat. Guru akan mengajar kita tentang pelbagai
jenis pengetahuan termasuk pendidikan moral agar kita
menjadi orang yang bermoral tinggi.
 Guru juga merupakan teladan positif kepada generasi
muda kita.
4. Media Massa
 Media massa merupakan satu bahagian sumber
informasi yang merangkumi radio, televisyen, surat
khabar, majalah dan internet yang dapat mencapai
khalayak ramai.
 Perbuatan, akhlak dan nilai moral kita sedikit sebanyak
akan dipengaruhi oleh media massa kerana kita selalu
berhadapan dengan sumber media massa,
 Media massa akan mempengaruhi nilai-nilai moral yang
baik serta buruk,
5. Alam persekitaran
6. Undang-undang dan peraturan
7. Kebudayaan
Kesimpulan
Pembentukan moral dan akhlak terbahagi kepada dua
faktor yang utama iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.
Pembentukan moral dan akhlak adalah amat penting bagi
masyarakat kita terutamanya bagi Negara kita yang
berbilang-kaum dan setiap kaum mempunyai adat tradisi
dan amalannya yang tersendiri. Dengan adanya moral dan
akhlak yang tinggi, ia dapat membantu dalam pergaulan
seharian kita dengan kaum yang lain supaya perbuatan
kita seharian dapat diterima dan tidak menyusahkan orang
lain untuk menwujudkan suasana dan masyarakat yang
lebih harmonis dan bersatu-padu
Pembahagian Moral
1. MORAL TERHADAP AGAMA
2. MORAL TERHADAP ALAM SEKITAR
3. MORAL TERHADAP MASYARAKAT
4. MORAL TERHADAP DIRI SENDIRI
Moral Terhdp Agama
Moral dalam agama merupakan hubungan
manusia dengan tuhan.
Nilai kepercayaan kepada tuhan adalah
asas utama kehidupan bermoral manusia.
manusia yang bermoral perlu membuat apa
yang diperintahkan oleh tuhan dan
meninggalkan apa yang dilarang olehnya.
asas moral ini dapat menjamin manusia
untuk terus hidup dengan aman dan damai.
Moral Terhdp Alam Sekitar
Pembahagian moral dlm alam sekitar merujuk
kepada hubungan manusia dengan alam.

Manusia bertanggungjawab mengurus alam


dengan sebaik-baiknya. ini dapat menjamin
keselesaan hidup manusia kerana setiap benda di
alam ini mempunyai faedah tersendiri.
Moral Terhdp Masyarakat

Ia merujuk kepada hubungan manusia dengan


manusia lain atau masyarakat.

Manusia yang hidup dalam kelompok masyarakat


tertentu perlu mengamalkan amalan moral dalam
kehidupannya.
Moral Terhdp Diri Sendiri

Ia juga merujuk kepada hubungan manusia


dengan dirinya dan kawalan di dalam diri.

Individu sebenarnya sesuatu yang penting kerana


semua yang berlaku berpunca dengan individu.
Kepentingan moral dalam kehidupan
1. Fitrah semulajadi manusia
2. Untuk menjaga keamanan
3. Status manusia
4. Kelangsungan tamadun dunia
5. Kesempurnaan peribadi
6. Penggalak kebaikan dan penghalang
kejahatan
1.Fitrah semulajadi manusia
Sikap bermoral dan melakukan kebaikan
adalah asas untuk manusia hidup dalam
sesuatu masyarakat.
Eg. Seorang pengganas yang telah
membunuh ramai orang tetap menyayangi ibu
yang membesarkannya.
Setiap manusia yg waras menyedari adalah
lebih baik membuat kebaikan daripada
membuat kejahatan dalam hidup
2. Keamanan
Setiapmanusia perlukan kasih sayang,
keamanan dan kedamaian hidup bermoral
menjamin keamanan.
Punca utama masalah sosial seperti keruntuhan
rumahtangga, perceraian, peperangan, dan
sebagainya disebabkan oleh ketiadaan akhlak.
3. Status Manusia
Manusia lebih tinggi statusnya dari haiwan oleh itu
mereka harus bersifat menjauhi sifat kebinatangan
serta hidup bermasyarakat dengan menggamalkan
sifat-sifat yang baik dalam hidup.

Manusia tidak sepatutnya bersifat kejam


seperti haiwan yang tidak berperikemanusiaan- kes
bunuh dan rogol. Ia sama seperti seekor singa di
dalam hutan yang menelan mangsanya tanpa belas
kasihan.
4. Survival tamadun dunia
Orang yang kuat perlu menolong yang lemah
yang kaya membantu yang miskin, bukannya
menindas.
Untuk mengelakkan kehancuran serta
malapetaka terjadi di dunia seperti peperangan
nuklear. Manusia mesti bermoral.
eg. Banyak empayar dalam Tamadun China
yang lenyap akibat peperangan yang terjadi
untuk merebut kuasa pemerintahan.
5. Kesempurnaan peribadi
Seseorang manusia bukan seorang yang
sempurna jika dia memiliki akhlak dan moral
yang tidak baik. Walaupun dia ada kereta
besar, rumah besar tetapi dia tidak
menghormati orang tua, kata-kata tidak boleh
dipercayai, selalu mungkir janji - dia akan di
benci oleh masyarakat.
6. Penggalak Kebaikan
Perbuatan baik mendatangkan kepuasan
manakala perbuatan jahat menghasilkan akibat
buruk kepada seseorang individu.

Berkorban dengan apa yang kita miliki, wang,


harta, tenaga, masa, ilmu.

Orang yang bermoral amat susah melakukan


perbuatan yang jahat.
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai