Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS PERPISAHAN PENSYARAH

TEKS PENGERUSI MAJLIS


ATURCARA Peringatan TEKS SAPAAN Cue : Peringatan kepada semua hadirin. CATATAN

Semua telefon bimbit hendaklah dimatikan ataupun menggunakan isyarat getar sepanjang berlangsungnya majlis ini.

Semua hadirin juga diminta berdiri sebaik sahaja Pengacara Majlis mengumumkan ketibaan para tetamu kehormat.

Kerjasama sidang hadirin amat kami hargai. Terima kasih.

Ketibaan Tetamu Kehormat dan Nyanyian Lagu Negaraku

Cue : Apabila Cue diberikan, tetamu masuk ke dewan.

Mengumumkan ketibaan,

Yang Berusaha, Encik Halik bin Wang, Ketua Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,

Diiringi oleh,

Yang Dihormati, ......................................................................................... .........................................................................................

Yang Diraikan, Puan Noor Liza binti Abdullah, Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

Pensyarah-pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, para pelajar dan ahli-ahli jawatankuasa penganjur.

Cue : Selepas tetamu kehormat duduk.

Sidang hadirin dipersilakan duduk.

Pengenalan Majlis

Cue : Setelah hadirin duduk.

Sidang hadirin,

Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dahannya berduri, Terima kasih daun keladi, Kerana sudi menghadirkan diri.

Selamat datang ke Majlis Perpisahan Yang Diraikan Puan Noor Liza binti Abdullah, Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak bagi tahun 2014.

Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita berhimpun dan dipertemukan dalam majlis yang penuh bermakna ini.

Bacaan Doa

Cue : Setelah pembaca doa bersedia. Menandah tangan tanda kerendahan Lafaz bismillah memperkukuhkan tautan Doa dipohon penuh pengharapan Agar majlis mendapat keberkatan

Hadirin sekalian, bagi memohon keberkatan majlis kita pada petang ini, majlis mempersilakan saudara

Mohammad Khalid bin Arshat bagi mengetuai bacaan doa.

Majlis mempersilakan dengan hormat dan takzimnya.

Cue : Setelah selesai bacaan doa.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Ketua Jabatan

Cue : Setelah Ketua Jabatan bersedia.

Warga dewan yang dihormati sekalian,

Bicara kata disusun rapi, Pelengkap acara ucapan dipatri.

Selangkah ke arah agenda yang pertama, majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha, Encik Halik bin Wang, Ketua Jabatan Pengajian Melayu untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis dengan segala hormat dan penuh takzimnya mempersilakan.

Cue : Setelah ucapan selesai.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Yang Diraikan

Sidang hadirin,

Sudah biasa kita dengari Patah tumbuh hilang berganti Namun tak sama dengan yang ini Tak mungkin ada galang ganti.

Seterusnya majlis mempersilakan Puan Noor Liza binti Abdullah untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Cue : Setelah ucapan selesai.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Noor Liza binti Abdullah atas ucapan yang sungguh bermakna sebentar tadi.

Banyak duri perkara duri Tidak sama duri mengkuang Banyak budi perkara budi Tidak sama budimu seorang

Malam hari berlagu unggas Memecah kesunyian di dalam hutan Walaupun terpisah tempat dan tugas Budimu puan dalam ingatan

Persembahan Cue : Selepas persembahan selesai.

Penyampaian Hadiah

Sidang hadirin yang dikasihi,

Siapa yang memberikan

Kain songket cantik kilauan Ditenun oleh orang kemaman Tak terbalas budimu puan Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan.

sijil dan cenderahati??

Bias luahan buat titipan, Rona curahan jadikan sisipan, Kenangan abadi teguh di ingatan, Sematkan di hati buat tatapan.

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah sebagai tanda kenang-kenangan. Dengan ini dijemput, Puan Noor Liza binti Abdullah untuk naik ke atas pentas bagi menerima hadiah tersebut.

Cue : Setelah AJK Cenderahati bersedia.

Dijemput : ........................................................................................ ........................................................................................ ........................................................................................ ........................................................................................ ........................................................................................ ........................................................................................ ........................................................................................ ........................................................................................ ........................................................................................ ........................................................................................

Cue : Setelah selesai penyampaian cenderahati.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas penyampaian hadiah sebagai tanda kenang-kenangan sebentar tadi.

Majlis Tamat

Hadirin dan hadirat,

Tiba waktunya untuk menyusun jemari membuang segala kerikil bersalut di hati. Maaf andai ada silap dan salah tanpa disedari.

Kepada Puan Noor Liza binti Abdullah, Jelinglah kami jika rindu masih bertamu, Sapalah kami andai mesra akrab berpadu, Selamat bertugas di tempat yang baru, Semoga Tuhan sentiasa memberkatimu.

Dengan ini, tamatlah sudah majlis kita pada petang ini, semoga hari ini akan menjadi satu ingatan yang paling bermakna buat kita semua.

Dari mana asalnya usah diusul Molek budinya menambat hati Dua tiga bicara salah tersasul Jangan disimpam di dalam hati

Ubi manis ubi keladi kalau ada ditambah lagi sekiranya umur panjang direstui kita pasti berjumpa lagi

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatuh.

Anda mungkin juga menyukai