Anda di halaman 1dari 12

ALADIN

SINOPSIS

Aladin (12 tahun) sudah selesa dengan keadaan diri selepas mendapat
segala kesenangan daripada Jin, sahabatnya. Dia merasakan bahawa ilmu
sudah tidak penting lagi dan Aladin tidak mahu meneruskan
persekolahan. Satu hari, Jin telah hilang dan Aladin mendapat mimpi
supaya mencari Jin di satu tempat. Khuatir Aladin akan hilang segala
kesenangannya, Aladin berusaha mencari Jin dan bermulalah
pengembaraannya. Ketika itulah Aladin bertemu dengan segala macam
jenis manusia yang mula menyedarkannya satu demi satu tentang
kepentingan hidup berilmu. Ketika hendak sampai di tempat yang dituju,
Aladin bertemu dengan seorang saudagar yang telah menipunya dan
menyebabkan dia tidak memiliki segala harta yang dibawanya bersama
saat mengembara. Suatu malam, Aladin bermimpi lagi dan Jin
menunjukkan jalan menuju ke tempat yang dicari. Akhirnya Aladin sampai
di sebuah tempat yang penuh dengan orang yang berilmu. Ada buku di
tangan mereka dan yang lebih mengejutkan apabila orang-orang itu
adalah orang-orang yang pernah ditemuinya sepanjang perjalanan
mencari tempt tersebut.

BABAK 1
Masa
Tempat
Muzik

: Pada waktu malam


: Di kamar Aladin
: Instrumental Kitaro

(Kelihatan Aladin sedang terbaring di satu tempat dalam keadaan sedang


tidur.)
[Kesan Khas]
(Instrumental/audio)
Pencerita : Inilah kisah Aladin. Seorang kanak-kanak yang mulai leka
dengan kesenangannya selepas menerima bantuan daripada
Jin dalam lampu ajaib. Baginya, kesenangan sudah cukup
untuk hidup. Lalu Aladin berhenti belajar dan bersekolah. Jin
yang tidak tahan dengan sikapnya mulai menghilang dan
kini,
tinggallah Aladin yang terbaring seorang diri, tercari-cari....
(Aladin terjaga dari lena perlahan-lahan dan menyedari bahawa dia
berada di satu tempat yang asing.)
Aladin

: Di mana aku ini,


Duniakah atau fantasi,
Semuanya asing sekali,
Aku tidak mengerti...
Aku kat mana? Kenapa aku berada di sini? Tempat apa ini?
(keliru)

(Aladin tercari-cari. Kemudian, muncul bayangan Jin.)


Aladin

: (gembira) Jin! Jin! Kau ke mana? Kenapa kau menghilang?


Puas aku cari kau.

Jin

: Aku memang menghilang. Kau sedang bermimpi, Aladin. Kau


tak sedar lagi?

Aladin

: Eh, betulkah? (berfikir dan memandang ke sekeliling)

Jin
sini.

: Sudahlah, Aladin. Aku tak ada waktu untuk bertemu kau di


Kalau kau nak berjumpa aku kembali, carilah aku di
Cenderapura.

Aladin

: (gembira) Betulkah, Jin? Wah! Aku tak perlukan apa-apa lagi.


Aku hanya mahu hidup mewah.

Jin

: (menggeleng-geleng) Aladin, bukan saja harta yang kau


perlukan. Kau perlukan ilmu di dada supaya kau tidak
diperbodohkan manusia.

Aladin

: (angkuh) Siapa kata? Dengan harta, akulah yang akan


memperbodohkan manusia. Ilmu tak ada gunanya.

Jin

: (menggeleng-geleng lagi) Tak apalah. Nanti kau akan sedar


sendiri. Carilah Cenderapura, kita akan bertemu di sana.

(Jin menghilang.)
Aladin

: Jin! Jin! Jin!!!

(Muzik latar dimainkan)


(Lampu dipadam tanda pertukaran babak)

BABAK 2
Masa
Tempat
Muzik

: Pada waktu pagi


: Di kota Baghdad
: Instrumental

(Aladin sedang mengembara mencari tempat yang dikatakan oleh Jin di


dalam mimpinya. Dia bertemu dengan seorang wanita tua di satu
persimpangan Wanita tua itu berpakaian agak comot dan memegang satu
bekas di tangannya.)
[Kesan Khas]
(Instrumental/Audio)
Nenek Tua : Cucu, boleh cu berikan sedikit wang. Dah beberapa hari
nenek tak makan.
(Aladin mengeluarkan seuncang wang lalu diberikan kepada nenek itu.)
3

Aladin

: Ambillah wang ini, nek.

Nenek Tua : (gembira) Terima kasih, cu. Terima kasih!


Aladin

: Mana keluarga nenek? Anak-anak nenek?

Nenek Tua : Nenek sudah tidak punya siapa-siapa.


Aladin

: Oh, tapi kenapa nenek jadi begini?

Nenek Tua
disebabkan

: Dulu, nenek

orang berharta macam cucu. Tapi

anak-anak nenek tidak berilmu, maka tidak pandailah


mengurus harta, lalu kami jatuh miskin. Kami sekeluarga
sudah
ditipu oleh orang-orang kaya. Mentang-mentang mereka
punya akal untuk menipu dan kami pula senang sekali ditipu.
Inilah akibatnya kalau tak ada akal yang cerdik.
Aladin
Nenek Tua
Jangan

: (tersenyum) Oh, begitu rupanya.


: Kamu ini orang berharta, cu. Mesti tahu jaga harta.
senang diperbodohkan orang. Ilmu di dada itu mesti cukup
supaya orang tidak boleh memperbodohkan kamu.

Aladin
Nenek Tua
Aladin
Nenek Tua
Aladin

: (berfikir) Tak perlulah nenek risau. Tahulah saya menjaganya.


: Baguslah, cu. Terima kasih kerana menolong nenek.
: Nenek! Nenek tahukah tempat bernama Cenderapura?
: Maaf, cu. Nenek tidak tahu.
: Tak mengapalah, nek. Saya pergi dulu.

(Muzik latar dimainkan)


(Lampu dipadam tanda pertukaran babak)

BABAK 3
Masa
4

: Di waktu petang

Tempat
Muzik

: Di kota Baghdad
: Instrumental

(Aladin mengesat peluhnya lalu duduk di sebuah batu besar berdekatan


semak. Kemudian, muncul sepasang suami isteri sedang bertelagah
tentang sesuatu perkara.)
[Kesan Khas]
(Instrumental/Audio)
Suami
sudah

: (menengking) Heh, Aluya! Kau dengar sini Aluya. Aku


banyak berkorban untuk hidup kita.

Isteri

: Apa yang abang korbankan? Abang hanya tahu berjudi,


menghabiskan duit. Saya dan anak-anak langsung abang
tidak pedulikan. Saya menyesal mengenali abang.

Suami
: (ketawa sinis) Oh, baru sekarang ya Aluya. Baru
sekarang kau
menyesal. Sebelum kita menikah dulu tidak pula kau terfikir.
Bagi padaku beg di tangan kau itu Aluya. (merebut beg)
Isteri

: Jangan, bang! Jangan!

(Setelah mendapat beg tersebut. Si suami segera berlalu. Aladin yang


menyaksikan kejadian itu sekadar terpinga-pinga. Si isteri pula terus
duduk menangis mengenang nasib diri. Aladin menghampiri wanita itu.)
Aladin

: Sudahlah, mak cik. Jangan bersedih lagi.

Isteri

: (mengesat air matanya) Siapa kau wahai anak muda?

Aladin

: Saya Aladin, mak cik.

Isteri
cik.

: (tersenyum hambar) Tak usahlah kau memanggil aku mak


Aku masih muda. Panggil saja kakak.

Aladin

: Oh, kakak! (tersenyum) Apa yang terjadi tadi, kak?

Isteri

: Tak ada apa-apa, Aladin. Cuma masalah kecil dengan suami


kakak. Kami memang selalu bergaduh pasal wang. Kadangkadang kakak rasa menyesal kerana berkahwin terlalu awal.
Kalau kakak tahu begini jadinya, kakak akan sambung

Aladin

menuntut ilmu sebelum menikah dengannya. Tapi, semuanya


sudah terlambat.
: (menggaru kepala) Oh, begitu. (mengambil uncang lalu
diberikan kepada wanita itu) Nah, ambillah wang ini!

Isteri

: Oh, terima kasih! Tetapi, wang itu bukanlah segala-galanya.


Aladin pergilah menuntut ilmu. Jangan berhenti belajar garagara mengejar sesuatu yang tak pasti.

Aladin

: Memang saya mahu pergi menuntut ilmu, kak. Kakak tahu di


mana letaknya tempat bernama Cenderapura.

Isteri

: Cenderapura? Oh, setahu kakak Cenderapura tidak jauh lagi


dari sini. Kau cuma perlu melalui lereng-lereng bukit itu.
Cenderapura ada di sebaliknya.

Aladin
sana.

: (gembira) Betulkah kak? Terima kasih, kak. Saya mahu ke


Saya pergi dulu, kak. Terima kasih sekali lagi.

(Aladin segera berlalu)


(Muzik latar dimainkan)
(Lampu dipadam tanda pertukaran babak)

BABAK 4
Masa
Tempat
Muzik

: Di waktu malam
: Di suatu lokasi terasing
: Instrumental Kitaro

(Suasana kelihatan asing. Aladin telah memasuki sebuah gua.)


[Kesan Khas]
(Asap/kabus)
(Audio lagu)
Aladin

: Alam ini gelap sekali


Rasa asing dalam hati
Apakah aku tersesat kini
Atau benar laluanku ini

(Tiba-tiba Aladin terserempak dengan seorang saudagar yang berpakaian


cantik dan indah.)
6

Saudagar : Wahai anak muda, kenapa kau berada di tempat ini? Kau
hendak ke mana?
Aladin

: Saya mahu ke Cenderapura. Tuan ini siapa? Saya Aladin.

Saudagar : Oh, saya seorang saudagar. Baru saja pulang dari


Cenderapura. Saya berniaga di sana.
Aladin

: Betulkah tuan? (gembira) Saya mahu ke sana. Boleh tuan


tunjukkan jalan?

Saudagar : Oh, boleh saja anak muda! Tetapi... (berfikir)


Aladin

: Tetapi apa, tuan?

Saudagar : Boleh saya tahu, apa tujuan kau ke sana?


Aladin

: Saya mahu bertemu kembali dengan Jin saya. Jin saya ada di
sana.

Saudagar : Jin? (terkejut) Jin apa?


Aladin

: Jin itu sahabat saya. Jin itu boleh menunaikan apa sahaja
permintaan saya. Tengoklah kesenangan saya sekarang.
Semua ini kerana bantuan Jin.

Saudagar : Oh... (berfikir lagi sambil memerhati Aladin) Aku boleh


membantu. Tetapi aku mesti menguji kebijaksanaan kau
kerana Cenderapura bukan calang-calang tempat.
Aladin

: Boleh, tuan. Apa sahaja... apa sahaja...

Saudagar : Tetapi, dengan syarat. Kalau kau tidak dapat menjawab


segala pertanyaanku, kau harus memberikan aku uncanguncang itu. (mengunjuk ke arah uncang-uncang di tangan
dan di pinggang Aladin)
Aladin

: Tuan mencabar saya? Boleh. Boleh saja. Saya akan


memberikannya kepada tuan seperti yang tuan mahukan.

Saudagar : (bertepuk tangan dengan gembira) Baiklah. Pertanyaan


aku... (mengambil ranting kayu yang panjang) Di tangan
aku ada satu ranting kayu, boleh kau beritahu aku, mana
7

pangkal dan mana hujungnya?


Aladin

: Hmm... (berfikir dan mengambil ranting) Saya tak pernah


ditanya soalan sebegini. Malah saya tak pernah terfikir
tentang
ranting ini.

Saudagar : Bukan jawapan itu yang aku mahu. Kau telah memberikan
jawapan yang salah. Malah kau nampak tidak mengetahui
apa-apa. Jadi, kau harus menunaikan janji kau. Berikan aku
uncang-uncang itu.
Aladin

: Tapi, kau akan membawa aku ke Cenderapura jika aku


memberikan uncang-uncang ini?

Saudagar : (ketawa) Ya. Ya. Kau jangan khuatir. Aku akan membawa kau
ke sana.
Aladin

: Nah, ambillah semua! Aku cuma ingin ke Cenderapura.

Saudagar : Baiklah. Mari, aku tunjukkan jalan.


(Aladin dan saudagar itu pun berlalu.)
(Muzik latar dimainkan)
(Lampu dipadam tanda pertukaran babak)
BABAK 5
Masa
Tempat
Muzik

: Di waktu malam
: Di suatu lokasi terasing
: Instrumental kitaro

(Aladin terpinga-pinga. Dia berada di suatu kawasan terasing.)


[Kesan Khas]
(Isntrumental)
Aladin

: Di manakah kita berada ini, tuan saudagar?

Saudagar : (ketawa) Kita di Cenderapura.


Aladin

: Cenderapura? Tetapi kenapa tempat ini begitu asing? Gelap


gelita, tak ada sebarang cahaya pun.

Saudagar : (ketawa lebih kuat) Sebenarnya kita belum sampai di


Cenderapura. Aku mahu membuat perhitungan dengan kau.
Aladin

: Perhitungan apa? (terkejut)

Saudagar : Aku mahu Jin kau itu menjadi milik aku.


Aladin

: Tidak! Tidak! Aku tak akan memberikannya kepada


sesiapapun.

Saudagar : Oh, degil ya! Kalau begitu, kau tinggallah di tempat ini.
Kurungan yang gelap gelita. Kau takkan dapat pergi ke
Cenderapura. Ternyata senang sekali memperbodohkan anak
muda bodoh seperti kau.
Aladin

: Tolong! Tolong! Jangan buat aku begini wahai saudagar.

Saudagar : (ketawa) Kau duduklah seorang diri di situ. Aku mahu


mencari
mangsa yang lain untuk aku perbodohkan.
(Saudagar itu berlalu dengan gelak tawa.)
(Muzik latar dimainkan)
(Lampu dipadam tanda pertukaran babak)

BABAK 6
Masa
Tempat
Muzik

: Di waktu tengah malam


: Di suatu lokasi terasing
: Instrumental kitaro

(Aladin sedang bermimpi. Dia bertemu dengan Jin.)


[Kesan Khas]
(Lampu/Instrumental)
Jin

: Aladin... Aladin... bangun.

(Aladin terjaga dari lena.)


Aladin

: Jin? Kau ada di sini? Tolong aku Jin. Aku mahu bebas dari sini.
Aku mahu bertemu kau di Cenderapura.

Jin

: Hanya orang bijaksana yang akan terlepas dari tipu helah si


saudagar itu. Telah aku nasihatkan banyak kali, Aladin. Tapi
kau
tetap berdegil. Kerana kedegilan kau untuk menuntut ilmu
itu,
aku pergi ke Cenderapura.

Aladin

: Bawalah aku pergi Jin. Aku berjanji akan mendengar segala


nasihat kau. Aku tidak mahu tinggal di sini. Aku takut. Gelap
sungguh. Dan aku kelaparan.

Jin

: Kurungan itu hanyalah imaginasi kau. Kau telah


diperbodohkan. Kau terus saja melangkah, kau akan melihat
satu kawasan yang terang benderang. Itulah Cenderapura.

Aladin

: Betulkah Jin? (menepuk dahinya)

Jin

: Berjalanlah sampai ke Cenderapura, Aladin.

(Jin terus menghilang dan Aladin terpinga-pinga.)


(Muzik latar dimainkan)
(Lampu ditutup tanda pertukaran babak)

BABAK 7
Masa
Tempat
Muzik

: Di waktu pagi
: Di Cenderapura
: Instrumental kitaro

(Aladin berada di suatu kawasan yang terang benderang. Suasananya


sangat mengasyikkan. Dia terpinga-pinga seorang diri.)
[Kesan Khas]
(Lampu/Instrumental)
Aladin

: Wah!! Inikah Cenderapura? Cantik sungguh.

(Muncul beberapa orang sedang membawa buku di tangan masingmasing. Mereka semua berwajah ceria. Pakaiannya juga bersih putih dan
indah. Aladin menyapa orang-orang itu.)
Aladin
: Wahai, saudara sekalian! Adakah ini Cenderapura?
Pemuda
10

: Ya, inilah Cenderapura. Kau Aladin bukan?

Aladin

: Ya. (mengangguk) Bagaimana saudara tahu nama saya?

Pemuda

: Kami diberitahu oleh Ketua Cenderapura tentang kedatangan


kau.

(Muncul Jin.)
Jin

: Selamat datang ke Cenderapura sahabat.

Aladin

: Jin! Jin! (gembira) Aku tak bermimpi bukan?

Jin

: Ya. Kau tak bermimpi Aladin. Inilah Cenderapura yang aku


katakan. Tempat di mana kau perlu menimba ilmu. Tempat di
mana orang-orang bijak pandai menjadi hebat kerana ilmu.

(Muncul beberapa kelompok manusia menyapa Aladin.)


Saudagar : Selamat datang ke Cenderapura, Aladin.
Aladin

: (mengamati) Kau, kau... Kau saudagar penipu itu, bukan?


Kenapa kau ada di sini?

Saudagar : Aku salah seorang pemimpin di sini, Aladin. Aku diarahkan


oleh
Jin untuk menguji kau dan seterusnya memberi kesedaran
kepada kau betapa pentingnya ilmu supaya tidak diperdaya.
Nenek tua : Ya, Aladin. Aku juga begitu. Kau masih ingat nenek tua yang
kau jumpa di persimpangan? Itulah aku. Aku disuruh oleh Jin
untuk memberi kau nasihat dan pengajaran.
Wanita

: Kami juga begitu. (mengunjuk ke arah suaminya di sisi) Kami


mahu menyedarkan kau tentang pentingnya ilmu untuk
dipelajari. Jangan berhenti bersekolah, Aladin. Timbalah ilmu
sebanyak mungkin. Teruskan belajar.

Aladin

: (memandang Jin dengan mimik yang geram) Jin....!

Jin

: (ketawa) Aku buat dengan niat baik, sahabat.

Aladin

: (tersenyum perlahan-lahan) Aku mengerti niat kau, Jin.


Maafkan aku kerana degil. Seperti yang aku janjikan, aku

akan
11

terus belajar dan menimba ilmu. Aku tak mahu jadi orang
bodoh.
Semua

: Setuju!!

(Semua bergelak tawa.)


(Muzik latar dimainkan)
(Lampu ditutup tanda babak tamat)

-TAMAT-

12

Anda mungkin juga menyukai