Anda di halaman 1dari 7

KURSUS KESIHATAN PERGIGIAN 2014

SELASA, 21 OKTOBER 2014


IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
TEKS PENGERUSI MAJLIS
Pengerusi Majlis :
Syakur Hakim Pauzi
Atika Hassan
ATURCARA

(PISMP SN 1111)
(PISMP BM 1111)

TEKS SAPAAN

CATATA
N

Cue: Peringatan kepada semua hadirin

Peringatan

Semua telefon bimbit hendaklah dimatikan ataupun


menggunakan isyarat senyap atau getaran sepanjang
berlangsungnya majlis ini bagi mengelakkan sebarang
gangguan.

Eqa/Aki
m

Semua hadirin juga diminta berdiri sebaik sahaja


Pengacara Majlis mengumumkan ketibaan para tetamu
kehormat.
Kerjasama sidang hadirin amat kami hargai. Terima kasih.
Ketibaan
Tetamu
kehormat

Cue: Apabila cue diberikan tetamu masuk ke dewan.


Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati, Encik Ahap bin
Awal, Ketua Unit Khidmat Pengurusan Institut Pendidikan
Guru Kampus Tun Abdul Razak.

Eqa

Diiringi oleh,
Yang Berusaha, Puan Salmi binti Haji Lilek, Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.
Yang Dihormati, Doktor Wan Nor Aini binti Wan Aziz, Wakil
Klinik Pergigian Kota Samarahan
Yang Dihormati, Puan Chandrawati binti Ibrahim,
Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.
Para Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, para tetamu jemputan, ahli-ahli jawatankuasa
penganjur, PISMP Ambilan Januari 2011, dan sidang hadirin
1

yang dikasihi sekalian.

Semua diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku,


lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia dan lagu IPTARKU
Gemilang.
Cue: Selepas habis nyanyian lagu Negaraku, lagu
IPGM dan IPTARKU Gemilang

Akim

Sidang hadirin dipersilakan duduk.

Kata-kata
aluan

Cue: Selepas usher memberikan buku program


kepada tetamu kehormat
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan salam 1
Malaysia.

Eqa

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Akim
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Yang Dihormati, Encik Ahap bin Awal, Ketua Unit Khidmat
Pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul
Razak.
Yang Berusaha, Puan Salmi binti Haji Lilek, Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.
Yang Dihormati, Doktor Wan Nor Aini binti Wan Aziz, Wakil
Klinik Pergigian Kota Samarahan
Yang Dihormati, Puan Chandrawati binti Ibrahim,
Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.
Para Pensyarah, para tetamu jemputan, ahli-ahli
jawatankuasa penganjur, PISMP Ambilan Januari 2011, dan
sidang hadirin yang dikasihi sekalian.

Eqa/Aki
2

m
Selamat datang ke Majlis Penutupan Kursus
Kesihatan Pergigian 2014.
Eqa
Untuk makluman semua, program ini adalah di bawah
anjuran siswa pendidik PISMP Ambilan Januari 2011
bersama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta
Bahagian Kesihatan Pergigian Bahagian Kota Samarahan.

Cue : Setelah pembaca doa bersedia.


Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz bismillah memperkukuhkan tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bacaan
Doa

Akim

Hadirin sekalian, bagi memohon keberkatan majlis kita


pada petang ini, majlis dengan ini mempersilakan Ustaz
Syawari bin Saufi dari kumpulan PISMP Pengajian
Agama 1111 bagi mengetuai bacaan doa.
Majlis mempersilakan dengan penuh hormat dan
takzimnya.

Cue: Setelah selesai bacaan doa.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi.
Eqa
Cue: Setelah audio dan multimedia bersedia.
Warga dewan yang dihormati,
Selayang
Pandang

Seterusnya, kita akan disajikan dengan tayangan selayang


pandang aktiviti sepanjang program Kursus Kesihatan
Pergigian ini berlangsung.
Mari sama-sama kita saksikan.

Cue: Setelah selayang pandang selesai.


Terima kasih atas perhatian yang diberikan.
3

Cue: Setelah selayang pandang selesai.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Akim

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Ucapan
Ketua
Jabatan

Majlis menjemput Puan Salmi binti Haji Lilek, Ketua


Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk
menyampaikan ucapan beliau.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Cue: Setelah ucapan selesai.


Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Eqa

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Doktor Wan Nor


Aini binti Wan Aziz, Wakil Klinik Pergigian Kota Samarahan
untuk menyampaikan ucapan beliau.
Ucapan
Tetamu
Jemputan

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Cue: Setelah ucapan selesai.


Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.
Ucapan
Wakil
Bonda
Pengarah

Akim
Majlis menjemput, Encik Ahap bin Awal , Ketua Unit
Khidmat Pengurusan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun
Abdul Razak untuk menyampaikan ucapan beliau dan
seterusnya merasmikan majlis penutupan Kursus
Kesihatan Pergigian 2014.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
4

Cue: Setelah ucapan selesai.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan
perasmian penutupan yang telah disampaikan sebentar
tadi.
Cue : Selepas audio dan multimedia bersedia.
Hadirin sekalian,

Selayang
Pandang
Video
Pemenang

Eqa

Mari kita bersama-sama mengalihkan tumpuan kita ke


muka skrin untuk menyaksikan tayangan video tiga
pemenang terbaik bagi pertandingan video pergigian yang
bertemakan Gigi Sihat, Hidup Berkualiti.
Mari kita saksikan.

Cue: Setelah selayang pandang selesai.


Terima kasih atas perhatian yang diberikan dan tahniah
diucapkan kepada pemenang video terbaik.
Penyampai
an Hadiah

Cue : Setelah usher bersedia.


Hadirin dan hadirat,

Akim

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Keputusan


pertandingan sepanjang program telah pun berada di
tangan kami. Untuk makluman sidang hadirin, sebanyak 4
kategori pertandingan telah diadakan sepanjang program
ini berlangsung.
Eqa
Dengan ini, majlis menjemput :
Yang Dihormati, Doktor Wan Nor Aini binti Wan Aziz, Wakil
Klinik Pergigian Kota Samarahan diiringi oleh Puan
Chandrawati binti Ibrahim, Pensyarah Jabatan Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus
Tun Abdul Razak untuk naik ke pentas bagi
menyempurnakan aturcara ini.

Akim

Tanpa melengahkan masa, kami akan mengumumkan


pemenang bagi Pertandingan Kuiz.
Tempat ketiga telah disandang oleh :
5

Tempat kedua jatuh kepada :

Tempat pertama jatuh kepada :

..

Seterusnya, bagi Pertandingan Model Gigi dan Berus Gigi.


Eqa
*Rujuk teks sebelumnya
Bagi Pertandingan Video Kesihatan Gigi
Akim
*Rujuk teks sebelumnya
Seterusnya, untuk Pertandingan Melukis Poster,
Eqa
*Rujuk teks sebelumnya

Cue : Setelah penyampaian hadiah selesai.


Terima kasih diucapkan atas penyampaian hadiah kepada
para pemenang sebentar tadi. Untuk makluman sidang
hadirin, hadiah yang disampaikan tadi adalah tajaan khas
daripada Bahagian Kesihatan Pergigian Bahagian Kota
Samarahan.
Penyampai
an
Cenderaha
ti

Akim

Eqa
Cue : Setelah usher bersedia.
Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian
cenderahati. Dengan ini dijemput Encik Ahap bin Awal
diiringi oleh Puan Salmi binti Haji Lilek untuk
menyempurnakan aturcara ini.
Majlis dengan ini menjemput :
Doktor Wan Nor Aini binti Wan Aziz untuk menerima
cenderahati daripada

Cue : Setelah penyampaian cenderahati selesai.


6

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Ahap


bin Awal dan Puan Salmi binti Haji Lilek atas penyampaian
hadiah dan cenderahati sebentar tadi.

Cue: Setelah audio dan multimedia bersedia.


Hadirin warga dewan yang dikasihi,
Akim
Majlis pada petang ini diteruskan dengan nyanyian lagu
Ibu Pertiwiku. Oleh itu para hadirin dijemput berdiri dan
bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.
Dengan berakhirnya nyanyian lagu itu tadi, maka
berakhirlah majlis perhimpunan kita pada hari ini.
Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi.

Nyanyian
Lagu

Bunga seroja di atas para


Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan

Eqa

Akim

Sidang hadirin, sesungguhnya, semua yang baik


datangnya dari Allah S.W.T, dan kelemahan itu datang
daripada diri kami sendiri.
Sekian,
Wabilahitaufikwalhidayah, Wassalamualaikum
Warrahmatullahi Wabarrakatuh.

Eqa/Aki
m

MAJLIS TAMAT
Dipersilakan, tetamu-tetamu jemputan untuk menikmati
jamuan di kantin.

Akim

Anda mungkin juga menyukai