Anda di halaman 1dari 1

Doa majlis perkahwinan

Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis perkahwinan yang
diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna
bagi pernikahan anakanda mereka………….. dengan pasangannya…………….

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, kurniakan kepada kedua mempelai ini


ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah dalam menghadapi setiap dugaan
mu. Bekalkan mereka dengan kasih sayang sejati, perasaan belas kasihan dan
hakiki. Tekad usaha yang tidak mengenal penat. Tawakal kepadamu yang tidak
mengenal pasrah, kesetiaan antara satu sama lain yang tidak mengenal sangsi,
ketaatan pada orang-orang tua mereka yang tidak mengenal derhaka dan
keimanan padamu yang tidak mengenal ingkar.

Allahumma ya Allah, kekalkan kemesraan antara mereka ini mengikut jalanmu


yang sebenar. Penuhkan hati mereka dengan cahaya Rabbanimu yang tidak akan
malap. Lapangkanlah hati mereka dengan limpahan keimanan, keyakinan dan
keindahan tawakal kepadamu. Hidup suburkanlah hati mereka ini dengan
pengetahuan sebenar tentang mu.

Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia


dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, kami menadah tangan kami dan memohon


kepadamu dengan penuh rendah hati, sekiranya pada diri kami ini masih ada
kelemahan dan dosa. Janganlah ia menjadi penghalang pada tertunainya doa
kami yang terbit dari hati yang ikhlas dan dari jiwa yang sentiasa mengharapkan
keredhaan serta keampunanmu.

Allah humma fillana…. Walijami il muslimin…… Rabbana zalamna……

Anda mungkin juga menyukai