Anda di halaman 1dari 1

‫ِبْس ِم ِهللا ْالَّرْح مِن ْالَّرِحْيم‬

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ke atas ahli keluarga
baginda dan para sahabat.

Ya, Allah, Ya Rahman Ya Rahim

Pada hari yang penuh barakah ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai
tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu, bersempena dengan majlis
perkahwinan anakanda mereka NURUL FARHANA BT ZAINUDIN
dengan pasangan pilihannya iaitu MOHD FAHMI B KARIM

Ya Allah, Ya Aziz Ya Jabbar

Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat Mu Ya Allah,


kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini, kehidupan yang
sihat dan selamat serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah
perkukuhkan lah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara
mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa serta beriman dan bertaqwa
kepada Mu ya Allah pada setiap masa.

Ya Allah, Ya Mudabbiral Amri

Kami mohon limpahan rahmat, keredhaan dan keampunanMu kepada


pasangan yang kami raikan pada hari ini. Berkatilah majlis ini dari
permulaan hingga pengakhirannya. Kurniakanlah kepada kedua mempelai
ini ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap
dugaanMu.

Ya Allah Ya Sattar Ya Allim

Kami memohon rahmatMu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan


kesihatan kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian tetamu yang
hadir memeriahkan majlis yang diberkati ini.

‫ َر َّبَنا اِتَنا ِفى الُّد ْنَيا َح َس َنًة َو ِفى ْاألِخَر ِة‬. ‫َباَر َك ُهللا َلَك َو َباَر َك َع َلْيَك َو َج َم َع َبْيَنَك ُم َا ِفْي َخ ْير‬
‫ والحمد‬. ‫ َو َص َّلى ُهللا َع َلى َسِّيِد َنا محمٍد َو َع َلى اِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْيَن‬.‫َح َس َنًة َو ِقَنا َع َذ اَب الَّنار‬
َ‫هلل َر ِّب ْالعَلِم ْين‬.

Anda mungkin juga menyukai