Anda di halaman 1dari 1

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-

pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad


rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian. Ya Allah,
pada hari yang penuh dengan keberkatan ini, kami berhimpun di sini sebagai
tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis
perkahwinan NUR AFIQAH BINTI HJ BADAR HAYANI dan MOHD SULHAFIS BIN
HJ JAENAP

Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga
ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki
dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan
hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.

Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan


keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya
ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan
cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh
pancaroba ini. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan
zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami menyedari bahawa Engkau telah


menjadikan semua makhluk ciptaanMu berpasangan. Benarlah firmanMU,
Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya
berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri
mereka, ataupun dari apa Yang mereka tidak mengetahuinya.

Ya Rahman Ya Rahim, Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada


kedua pasangan mempelai pada hari ini kerana mereka telah menunaikan salah
satu daripada sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Mantapkanlah
iman, ikatan kasih sayang dan perasaan hormat-menghormati sesama mereka.
Perkasakan akhlak dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan
pengantin yang diraikan hari ini, kecenderungan dan perasaan tenteram antara
satu sama lain. Jalinkahlah perhubungan mereka dengan ikatan kasih sayang,
persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan.

Anda mungkin juga menyukai