Anda di halaman 1dari 1

Program: Majlis Sambutan Hari Raya SEMADAH 2018

Tarikh : 13 Julai 2018

‫أعوذبال من الشيطان الرجيم‬


‫بسم ا الرحمن الرحيم‬

‫الحـمد ل رب العالمين حمدا حامدين حمدا شاكرين حمدا ناعمين حمدا يوافي نعمه ويكافئ مزيده‬
‫ياربنا لك الحمد كما ينبغي لجللك وجهك وعظيم سلطانك والصلةا والسلم على أشرف النبياء‬,
‫والمرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين‬.
Ya Allah Ya Rahman,
dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia dan barakah ini kami zahirkan rasa
syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya.
Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang
bertaqwa,yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.

Ya Allah Ya Rahim,
Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Smk Agama Dato Hj Abu
Hassan Hj Sail Pada Kali Ini, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami,
dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang
masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami,


Kami juga memohon restu dan rahmat –Mu sempena majlis ini, Engkau memberi
hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan
kami, Engkau menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta semangat yang
tinggi kepada kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal
soleh serta kami memohon dipanjangkan usia diliputi dengan sihat wal-afiat menabur
bakti dan jasa kepada agama,bangsa dan Negara kami yang tercinta ini.

Ya Allah Ya Ghaffar,
Kami pohonkan juga ya Allah keselamatan dan kesejahteraan keamanan
kemakmuran dan keberkatan negara kami yang dikasihi, rakyatnya sejahtera
sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya dibawah pemerintahan
pemimpin kami.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati
dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan
dilindungi.dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang
bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.
Permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan
segala kebaikan

Ya Allah, Ya Sami’un A’lim, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha


Mengetahui, maka terimalah dan perkenankanlah doa’ kami ini.

‫خبررةا بحبسبنةة بورقبنا بعبذا ب‬


‫ب الننارر وصلى ا على سيدنا محمد وعلى آله‬ ‫برنببنا آرتبنا رفي الددننبيا بحبسبنةة بوفي ال ر‬
‫ب انلبعابلـرمنيبن‬ ‫وصحبه أجمعين بوانلبحنمدد ر ر‬
َ‫ل بر ب‬

Anda mungkin juga menyukai