Anda di halaman 1dari 416

1.

MENGQADA'KANSOLAT
Soalan:
Adakah perlu mengqada' solat fardhu yang telah ditinggalkan atau
cukupkah dengan bertaubat sahaja?

Jawapan:
. Pengertian qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut
istilah pula ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam
waktunya. Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak,
diwajibkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat tanpa
uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu
terlupa dan tertidur.

Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau sengaja,
wajib bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh.
Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu,
tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal di
atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan berazam
tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa akan datang. Wajib ke
atasnya mengqada' semula solat-solat yang telah ditinggalkan.

2.ErtiSAIDINA
Soalan:
Terangkan makna saidina dan mengapa Rasulullah SAW digelar demikian
sedangkan Allah SWT telah menggelarkannya Rasulullah atau pesuruh
Allah sahaja?

Jawapan:
'Sayid' dalam bahasa Arab bermakna penghulu. 'Saidina' bererti penghulu
kami. Penghulu adalah orang yang kita muliakan dalam satu kelompok
masyarakat dan orang yang dijadikan ikutan dan pimpinan dalam segala urusan.

Apabila kita mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW 'penghulu kita' maka
itu bererti bahawa baginda adalah orang yang kita muliakan, yang kita hormati,
yang kita junjung tinggi dan kita jadikan pimpinan dan ikutan lahir batin, dunia
dan akhirat.

Jangan kita ucapkan 'Saidina Muhammad' maka itu bererti bahawa kita
memuliakan baginda sebaik-baiknya dan mengangkat darjah baginda setinggi-
tingginya, sesuai dengan kedudukan baginda yang sebenarnya.

3.LariDariRumah
Soalan:
Apakah hukumnya seorang isteri lari meningalkan rumah kerana tidak
tahan dengan sikap suami yang sering memukulnya?

Jawapan:
Tidak salah isteri meninggalkan rumah (jika ke rumah ibu bapa) kerana
hendak menyelamatkan diri daripada suami yang zalim dan mengelakkan diri dari
kemudaratan. Namun kalau isteri boleh bersabar, tidak melawan dan terus
tunggu di rumah pastilah pahala untuknya amatlah besar.

Kalau suami zalim dan selalu memukul serta menyakiti hati, maka isteri
berhak mencari perlindungan di mana-mana yang difikirkan selamat. Sebaiknya
adukan kepada pejabat Kadi dan di sana diboleh menuntut fasakh.

Undang-undang Islam membela kaum wanita/isteri. Jadi, mereka hendaklah


pandai mengambil kesempatan dari pembelaan itu.

4. Berdoa Untuk Memperolehi Suami Yang Soleh


Soalan:
Apakah hukumnya seorang gadis berdoa agar dirinya segera
dipertemukan jodoh dan mengharap dikurniakan seorang suami yang
soleh?

Jawapan:
Hukumnya harus, memohon agar Allah SWT memberikan jodoh orang yang
baik (soleh). Di samping berdoa, mintalah bantuan ibu bapa agar dapat mencari
pasangan yang soleh. Tindakan ini adalah lebih baik dari mencari sendiri demi
mengelakkan daripada berlakunya fitnah dan maksiat.

5. Menjadi Insan Yang Mulia


Soalan:
Bagaimanakah untuk mendapatkan insan yang berhati mulia dan
diredhai Allah S.W.T.?

Jawapan:
Keredhaan Allah merupakan nikmat yang paling agung, yang hanya dimiliki
oleh insan yang bertaqwa kepada-Nya. Ketaqwaan itu hanya dimiliki oleh insan
yang beribadah dan beramal soleh. Sedangkan amal soleh yang memperoleh
keberkatan adalah amal soleh yang disertakan dengan ilmu. Jadi ilmu adalah
sumber segala kekuatan untuk memperoleh keredhaan Allah.

Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata "Ada dua orang yang mendatangkan
bala bencana kepada kita iaitu orang yang berilmu yang tidak menjaga
kehormatan dan orang yang bodoh yang kuat beribadah.
Orang yang bodoh itu menipu manusia dengan amalnya sedangkan orang yang
berilmu itu menipu manusia dengan kelalaiannya."

Dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala


larangan-Nya sesuai dengan tuntutan Islam maka kita akan memiliki hati yang
mulia.
6. Hukum Memakai Minyak Wangi Alkohol
Soalan:
Apakah hukum memakai minyak wangi yang beralkohol atau mempunyai
'spirit'?

Jawapan:
Kita mengetahui bahawa alkohol yang dicampur ke dalam bau-bauan (minyak
wangi) ialah diambil daripada proses tindakan kimia bijian dan kayuan. Daripada
bijian tersebut disebut "alkohol Ethyl" dan daripada kayu disebut "Methyl".
Semua alkohol termasuk dalam kumpulan karbon (C-OH).

Alkohol Ethyl dibuat daripada bijian dan cecairnya yang telah diperam dan
dijadikan bir dan wine atau disebut arak. Selain daripada itu Ethyl digunakan juga
sebagai bahan campuran dalam minyak yang digunakan untuk lampu-lampu
makmal dan jentera-jentera traktor dan sebagainya. Ini dilakukan untuk
mengurangkan pencemaran udara.

Alkohol Ethyl juga digunakan sebagai alat pemandu ubat (preservative/ubat


tahan) ubat antiseptik untuk melawan kuman, ubat gosok atau minyak angin
untuk urat saraf atau terseliuh. Alkohol jenis ini juga digunakan untuk
dimasukkan ke dalam minyak wangi, maka jika digunakan untuk dimasukkan ke
dalam minyak wangi untuk menyerbak keharumannya.

Seperti yang kita fahami bahawa alkohol jenis Ethyl ialah najis dan sekiranya
kita menggunakan bahan-bahan yang dicampur dengannya seperti minyak wangi,
maka jika dibawa dalam solat tidak sahlah solat kita.

Namun begitu menurut Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Kedah Darul
Aman telah mengeluarkan Fatwa bahawa minyak wangi tersebut hukumnya harus
dipakai walaupun dalam sembahyang. Wallahu a'lam.

7. Doa Ketenteraman Hati


Soalan:
Apakah doa yang boleh dibaca bagi orang yang tidak tenteram hatinya?
Jawapan:
Antara amalan dan doa yang paling baik untuk mententeramkan hati adalah "
Selawat ke atas Nabi SAW." Selain dari itu anda juga boleh mengamalkan doa
yang kami selitkan dalam ruangan Himpunan Doa-doa Pilihan. Doa tersebut
lengkap, dan amat mustajab (berkesan).

8. Jama' dan Qasar Hari Jumaat


Soalan:
Bolehkah saya jama' dan qasar sembahyang zohor dan asar ( hari
Jumaat ) dalam perjalanan yang cukup syarat (spt melebihi dua
marhalah dan bagi tujuan yg baik ) sekiranya saya memulakan
perjalanan saya itu selepas terbitnya fajar pada hari Jumaat atau wajib
bagi saya menunaikan solat Jumaat dahulu dan selepas itu terus jamak
untuk solat asar ?
Jawapan:
Musafir, sekalipun waktu solat Jumaat didirikan itu ia sedang berhenti maka ia
tidak dituntut mengerjakan solat tersebut. Sebahagian besar ahli berpendapat
bahawa bagi musafir tak ada kewajipan Jumaat, sebab Nabi SAW ketika dalam
perjalanan tidaklah mengerjakan solat Jumaat Begitu juga halnya ketika baginda
mengerjakan haji Wada' di Arafah yang jatuh pada hari Jumaat baginda hanya
solat Zohor dan Asar secara jamak taqdim dan tidak melakukan solat Jumaat.
Dan demikianlah pula yang dilakukan khalifah setelah wafatnya Rasulullah SAW.

9. Hukum Berzina
Soalan:
Orang yang melakukan zina hukumnya dalam Islam ialah sebat 100 kali
bagi yang belum berkahwin dan bagi yang sudah berkahwin hukum
rejam sampai mati. Masalahnya di negara ini tidak menjalankan hukum
tersebut, jadi macam mana caranya untuk bertaubat kepada Allah?

Jawapan:
Sebenarnya setiap umat Islam berkewajipan untuk menjalankan hukum-
hukum Islam, namun jika pihak yang berkewajipan seperti para ulama dan
pemimpin tidak dapat menjalankannya itu kerana kelemahan kita sendiri. Moga-
moga kita dimaafkan Allah. Jika kita telah terlanjur melakukan perbuatan dosa
(zina) maka segeralah bertaubat dengan taubat nasuha iaitu taubat yang
sebenarnya. Dalam Islam juga dianjurkan untuk merahsiakan dosa yang telah
kita kerjakan dan jangan segera mengumumkan apa yang telah dilakukannya.

Dalam buku Al Muwatta karangan Imam Malik mencatat suatu riwayat yang
diambilnya dari Zaid bin Aslam bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Wahai
manusia telah tiba masanya kamu menghindarkan diri dari hukuman-hukuman
kerana melanggar ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Barangsiapa terjerumus dalam kejahatan ini maka hendaklah ia membentengi
dirinya dengan benteng Allah. Sebab barangsiapa yang menyatakannya kepada
kami, nescaya kami laksanakan atas ketentuan-ketentuan Allah".

Jika kita telah betul-betul insaf, maka jalankanlah segala yang diperintahkan
oleh Islam dan tinggalkan segala larangan. Kemudian bersegeralah bertaubat
dengan menjalankan segala syarat-syaratnya: 1. Taubat itu hendaklah ikhlas
kerana Allah SWT.
2. Taubat itu harus memenuhi syarat meninggalkan seluruh kemaksiatan dan
benar-benar tidak akan
mengulanginya lagi.
3. Bertaubat itu juga harus disertai penyesalan, ertinya menyesali atas semua
kejahatan yang pernah
lakukan dan berusaha untuk meninggalkannya.
4. Tidak mahu mengulanginya lagi kejahatan masa lalu.
10. Mendidik Diri Agar Menjadi Anak Soleh dan
Solehah
Soalan:
Bagaimana caranya mendidik hati dan diri agar menjadi anak yang
solehah serta doa-doa yang perlu diamalkan?

Jawapan:
Untuk mendidik diri agar menjadi insan yang solehah adalah dengan banyak
melakukan amalan yang terpuji, berusaha untuk meninggalkan dosa-dosa yang
kecil apakah lagi dosa-dosa besar. Jangan tinggalkan amalan yang wajib, jalinkan
siraturrahim dengan sanak keluarga dan hormati kedua ibu bapa, sebab
keredhaan Allah itu tergantung kepada kerdhaan ibu bapa terhadap kita. Namun
yang paling penting tutuplah aurat agar kehidupan mendapat keberkahan Allah
SWT.

Banyakkan membaca Al Quran dan berzikir insya Allah, hati akan menjadi
tenang. Mengenai doa-doa untuk mendidik hati dan diri, diantaranya adalah
seperti berikut:-
*Doa agar terhindar dari kesesatan (Ali Imran ayat 8).
*Doa agar tetap pendirian (Ali Imran 147).
*Doa agar diberi rahmat (Al A'raf 23).

11. Panduan dan Doa Mendapat Pasangan yang Soleh.


Soalan:
Kita memang perlu berdoa kepada Allah agar mendapat pasangan yang
soleh/solehah, boleh Ustaz berikan panduannya serta doa-doa yang
perlu diamalkan?

Jawapan:
Untuk mencari pasangan yang soleh seorang wanita hendaklah memilih calon
suaminya yang faham dan menjalankan perintah agama. Jangan terlalu
mementingkan perkara yang bersifat kebendaan atau meterialistik, sebab harta,
kecantikan, kedudukan dan pangkat tidak akan bertahan lama. Seandainya calon
suami seorang yang soleh, Insya Allah rumahtangga akan bahagia dan diberkati
Allah SWT.

Walaupun begitu mulailah dari diri sendiri, hiasi peribadi dengan akhlak yang
mulia agar nanti kita akan dianugerahkan Allah pasangan yang mulia pula. Ini
sesuai dengan firman Allah dalam surah An Nuur ayat 26 maksudnya: "Wanita-
wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk, dan lelaki yang buruk untuk
wanita yang buruk; sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik
dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik".
*Diantara wirid yang perlu diamalkan agar disayangi orang iaitu mengucapkan
"Yaa Rahim" sebanyak 100
kali setiap hari, insya Allah hajat dan kasih sayang ditumbuhkan dalam hati.
*Doa lain iaitu mohon petunjuk yang lurus dari segala urusan (al Kahfi ayat
10).
*Doa memperoleh hikmah dan tergolong orang yang soleh (surah Asy Syuara
ayat 83 - 85).
12.Anak
Soalan:
Saya sekarang mengandungkan anak kedua kami. Anak kami yang
pertama baru berusia 6 bulan dan sekarang ini saya sedang mengandung
dua bulan, anak kedua kami. Masalah saya ialah, adakah saya berdosa
apabila menyatakan anak yang dikandung sekarang ini secara kebetulan
sahaja dan tidak berniat untuk mengandung lagi. Maksud saya, saya
tidak mahu anak lagi buat masa ini memandangkan anak kami kecil lagi.
Tolonglah saya...

Jawapan:
Anak adalah salah satu rahmat dan nikmat yang Allah anugerahkan kepada
setiap manusia, menolak nikmat yang Allah berikan kepada kita adalah berdosa
kerana memungkiri fitrah yang telah Allah tetapkan. Allah SWT berfirman dalam
surah Al Kahfi ayat 46 maksudnya: "Harta dan anak adalah perhiasan kehidupan
ini..." Maksud perhiasan dalam ayat ini adalah memberikan keindahan kalau
dilihat, rasa kebanggaan bagi yang memilikinya serta memberikan penghargaan
dan penghormatan bagi pemiliknya.

Sama ada kita berniat atau tidak berniat untuk mengandung, ia merupakan
ketentuan Allah yang wajib kita syukuri kemudian berdoa agar kandungan kita
sentiasa dalam keadaan sihat, dengan cara ini kita tergolong insan yang
bersyukur dengan rahmatNya. Kerana manusia tidak mengetahui bahawa dalam
sesuatu yang tidak ia sukai itu terkandung nilai dan manfaat yang banyak untuk
dirinya. Janganlah mementingkan pekerjaan daripada sesuatu yang lebih besar
iaitu rahmat Allah.

Banyakkan amalan ketika ini agar keresahan dan kesukaran dilapangkan Allah
SWT. Bacalah doa mohon rahmat terkandung dalam surah Ali Imran, ayat 8-9.
Doa untuk mendapat zuriat yang soleh, surah Ali Imran, ayat 38. Doa agar
keturunan tetap mengerjakan solat, surah Ibrahim, ayat 40 dan 41 serta doa-doa
lainnya. Hanya dengan mendekatkan diri kepadaNya segala kebimbangan dan
keresahan hidup kita hilang.

13. Cara Solat Qasar


Soalan:
Bagaimanakah caranya untuk melakukan salat Qasar?

Jawapan:
Solat qasar ertinya memendekkan solat dari empat rakaat menjadi dua rakaat.
Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat Isyak, Zohor dan Asar. Solat
jamak dan qasar boleh dilakukan apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua
marhalah.

Tentang jarak dua marhalah itu ulama' berbeza pendapat, ada yang
mengatakan 48 batu, ada yang mengatakan 52 batu dan ada pendapat 60 batu.
Salah satu pendapat bolehlah kita pegang.
14. Cara Solat Jamak (Taqdim dan Ta'khir)
Soalan:
Saya sudah terlupa bagaimana hendak melakukan Jamak (Taqdim &
Ta'khir).

Jawapan:
Solat jamak ertinya menghimpunkan dua solat dalam satu waktu, misalnya
menghimpunkan solat Zohor kepada Asar dan sebaliknya serta fardhu Maghrib
dan Isyak dan sebaliknya.
Jamak Taqdim adalah bila solat Zohor dijamakkan dengan Asar pada waktu
Zohor, solat Maghrib dan Isyak pada waktu Maghrib. Syarat jamak Taqdim iaitu
dimulai dengan solat yang punya waktu, niat jamak pada solat yang pertama,
muwalat atau berturut-turut, berkekalan musafirnya hinggalah takbir solat yang
kedua.

Jamak Ta'khir adalah, melaksanakan solat Zohor dan Asar pada waktu Asar,
solat Maghrib dan Isyak pada waktu Isyak. Syaratnya berniat hendak
menta'khirkan solat yang pertama pada waktu yang kedua, berkekalan musafir
sehingga selesai kedua-dua solat. Solat jamak Tak'hir tidak disyaratkan tertib
ertinya boleh yang mana dahulu dan yang mana kemudian.

15. Terbawa Ayat Suci Ke Tandas


Soalan:
Bagaimana sekiranya seseorang terbawa ayat suci Al Quran bersama
dengannya ke dalam tandas.
Apakah hukumnya?
Jawapan:
Sebagaimana kita maklumi bahawa Al-Quran adalah kitab suci, justeru itu
orang Islam sangat menghormati dan memuliakan Al-Quran. Hampir tiap-tiap
rumah orang Islam ada menyimpan kitab suci Al-Quran sama ada untuk
dibaca pada waktu-waktu tertentu ataupun sesuatu keperluan yang ada
hubungannya dengan Al-Quran.
Al-Quran dibaca dan dibawa oleh setiap orang Islam di rumahnya, di masjid-
masjid, di majlis-majlis ilmu dan sebagainya, kerana Al-Quran merupakan panji-
panji Islam bagi orang yang membaca dan mengamalkannya.
Dalam hadis Rasulullah SAW dijelaskan: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang
mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya". (Riwayat Bukhari dan Tirmizi)
Jadi tidak layaklah kitab suci Al-Quran di bawa ke tempat yang bernajis, jika
dengan sengaja melakukannya maka kita berdosa, maka segerakanlah memohon
keampunan Allah SWT. Namun jika tidak sengaja perkara tersebut dimaafkan,
kerana ada keringanan bagi seseorang yang tidak berhasrat melakukan
kesalahan. Namun segeralah keluar bila kita menyedarinya.
16. Solat Ketika Sesat Di Hutan
Soalan:
Bagaimana caranya hendak melakukan solat kalau kita tersesat di dalam
hutan pada waktu malam?
Jawapan:
Jika kita tersesat di dalam hutan di waktu malam sedangkan kita tidak dapat
mengesan arah kiblat ketika itu, maka kita boleh berpandukan bintang-bintang
yang ada di langit. Namun jika bintang-bintang pun tidak kelihatan kerana cuaca
mendung ataupun berjerebu, ketika dalam keadaan darurat itu maka kita
bolehlah menghadap ke arah manapun yang kita anggap betul ketika itu, kerana
yang paling penting saat itu adalah kiblat hati iaitu kepada Allah SWT.

Dari Amir bin Rabi'ah, ia berkata: Kami pernah bersama Nabi SAW. pada suatu
malam gelap, lalu bingung menentukan arah kiblat, lalu kami solat. Maka tatkala
terbit matahari, ternyata kami solat tidak menghadap kiblat. Lalu turun ayat
"Maka kemanapun kamu menghadap, disitu ada keredhaan Allah." (Riwayat
Tirmizi)

17. Jenis Debu/Tanah Untuk Tayamum


Soalan:
Dalam situasi krisis air yang melanda di tempat saya ketika ini,
kemungkinan bertayamum terpaksa dilaksanakan demi untuk melakukan
solat. Namun kemusykilan saya adalah dari segi debu yang
bagaimanakah harus saya gunakan memandangkan persekitaran tempat
kediaman saya yang tidak bersih?

Jawapan:
Allah jadikan permukaan bumi ini bagi umat Nabi Muhammad suatu rahmat
yang boleh digunakan untuk membersihkan diri dari hadas dan najis. Rasulullah
SAW bersabda: Dari Jabir bin Abdullah bahawa Nabi SAW bersabda: "Aku diberi
lima perkara yang tidak diberikan kepada seseorangpun sebelumku. Aku diberi
kemenangan terhadap musuh sejauh perjalanan sebulan, dan dijadikan bumi ini
sebagai dan alat bersuci bagiku, maka siapa saja bertemu waktu solat hendaklah
ia solat di tempat itu..." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurut Sayid Sabiq; boleh tayamum dengan tanah yang suci begitupun
dengan segala yang sejenis tanah seperti pasir, batu, batu bata, berdasarkan
firman Allah SWT: "Hendaklah kamu bertayamum dengan sha'id yang baik".
Sedang ahli-ahli bahasa telah sepakat bahawa yang dimaksudkan dengan sha'id
itu ialah permukaan bumi, baik ia berupa tanah mahupun lainnya.

18. Bulu Binatang


Soalan:
Apakah hukum bagi bulu binatang yang halal dan yang haram dimakan,
bagaimana sekiranya ia terlekat pada tempat sembahyang?

Jawapan:
Untuk menjawab pertanyaan ini kami kemukakan ayat Al Quran dan hadith
Rasulullah SAW. Allah berfirman dalam surah Al An'am ayat 145, maksudnya:
"Katakanlah: tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku,
sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau
makanan itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana
sesungguhnya semua itu kotor..."
Menurut Fiqih Sunnah Sayid Sabiq, mengenai bulu babi menurut pendapat
ulamak yang terkuat dibolehkan untuk diambil sebagai benang jahit. Begitu juga
halnya dengan anjing, Rasulullah SAW bersabda: "Mensucikan bejanamu yang
dijilat oleh anjing ialah dengan mencucinya sebanyak tujuh kali, mula-mulanya
dengan tanah." (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Baihaqi)
Mencuci dengan tanah maksudnya ialah mencampurkan ke dalam air hingga
menjadi keruh. Jika ia menjilat ke dalam bejana yang berisi makanan kering,
hendaklah dibuang mana yang terkena jilatan dan sekelilingnya. Sedang sisanya
tetap digunakan kerana suci. Mengenai bulu anjing, maka pendapat yang terkuat
ia adalah suci, dan tak ada alasan megatakan ianya najis. Seandainya bulu
binatang yang terlekat pada tempat solat itu melekat kotoran atau najisnya
sehingga mengotorkan tempat solat maka tidak sah solat, kerana salah satu
syarat-syarat sah solat hendaklah bersih badan, pakaian dan tempat daripada
najis.

19. Membenarkan Isteri Keluar


Soalan:
Saya sering dilanda dilema apabila Isteri saya telefon saya di tempat
kerja untuk meminta kebenaran pergi ke majlis perkahwinan bersama
ibunya. Apakah yang patut saya berikan jawapan kepadanya?
Jawapan:
Seorang isteri berada dalam tanggungjawab dan jagaan suami sepenuhnya.
Jika ia minta izin untuk menemui undangan atau sesuatu majlis disertai dengan
muhrimnya sedangkan majlis itu dipastikan tidak mengandungi unsur maksiat
seperti ada minuman yang memabukkan dan sebagainya, maka suami boleh
izinkan. Namun jika suami khuatir akan menimbulkan fitnah atau perkara yang
tidak baik maka ia boleh menghalang isterinya.

Dalam hadith diterangkan, "Dari Ibnu Abas ra. sesungguhnya seorang wanita
dari suku Khat'am datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Wahai
Rasulullah, sampaikanlah kepadaku keterangan apa hak suami terhadap isteri.
Baginda bersabda: Sesungguhnya hak suami terhadap isteri iaitu jika suami
menghendaki dirinya sekalipun ia berada di atas kenderaan ia tidak menolak
dirinya untuk memenuhinya, dan hak suami atas isterinya iaitu isteri tidak boleh
puasa sunat tanpa izin suaminya, jika ia terus melakukannya itu hanya akan
mendapatkan lapar dan dahaga dan tidak diterima puasanya itu, dan tidak boleh
keluar rumah tanpa izin suaminya, jika ia tetap keluar maka malaikat langit dan
malaikat rahmat serta malaikat azab akan mengutuknya sampai ia pulang."

20. Bukan Muhrim Tinggal Serumah


Soalan:
Saya sekarang tinggal bersama ibu mertua saya di Kuantan. Isteri saya
sekarang baru saja melahirkan anak kedua kami.Yang menjadi masalah
bagi saya ialah sepupunya (lelaki) datang untuk tinggal selama 2 bulan
di sini. Kerana praktikal di bandar Kuantan. Jadi apakah yang patut saya
lakukan?

Jawapan:
Kehidupan rumahtangga adalah jalinan perasaan antara suami dan isteri yang
tidak harus terselip rasa kebimbangan dan kecurigaan. Jika perasaan ini muncul
disebabkan oleh faktor luaran, maka suami harus menyelesaikannya secara
bijaksana. Di dalam Islam seorang isteri dilarang menerima tetamu lelaki jika
tidak ada suaminya di rumah, kerana ianya boleh menimbulkan fitnah. Apatah
lagi jika suami ataupun isteri mengajak orang lain untuk tinggal serumah dengan
mereka ini bererti suami telah mengabaikan keselamatan diri isterinya.

Carilah jalan penyelesaian yang terbaik agar sepupu tadi boleh menyewa
rumah di tempat lain, jika terpaksa, jagalah kehormatan dan pergaulan di dalam
rumah tersebut mudah-mudahan di ampuni Allah. Yang jelas pada dasarnya
suami tidak boleh menempatkan isterinya dengan orang yang bukan muhrimnya.

Rasulullah SAW bersabda: Dari Uqbah Bin Amir, katanya; Rasulullah SAW
sesungguhnya telah bersabda: Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para
wanita:. Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda
tentang ipar?".Sabda baginda: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i)

Jadi jelaslah jika ipar sahaja disamakan dengan maut (perkara yang merbahaya)
apatah lagi jika orang lain. Semoga Allah meringankan kita dalam segala urusan,
insya Allah

21. Taat Kepada Kedua Orang Tua


Soalan:
Sebagai seorang anak kita mestilah taat kepada kedua Ibu & Bapa
Jikalau kita ingin melakukan sesuatu pekerjaan yang baik ataupun yang
ringkasnya sesuatu yang diredhai Allah, tetapi Ibu tidak redha diatas
pekerjaan tersebut adakah kita harus akur terhadap kehendaknya (Ibu).
Kerana setahu saya keredhaan Ibu adalah jua keredhaan Allah s.w.t ...
Untuk pengetahuan Ustaz, saya masih lagi berharap ke hadrat Allah
supaya saya dapat melaksanakan niat saya itu. Jadi tolonglah ustaz beri
padangan / penyelesaian terhadap masalah saya ini...

Jawapan:
Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi
perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah
mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka
menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan
maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula
bila termasuk jenis mandub (sunat).

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin
Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai
Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari
redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu
bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada
mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka
menangis". (Riwayat Ibnu Majah)
Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan
Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan
kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.
22. Menyalahgunakan Wang Derma
Soalan:
Lima tahun yang lepas saya pernah mengutip derma dari orang ramai
untuk membina sebuah surau. Oleh kerana pada masa itu saya berada
didalam kesusahan maka saya telah mengunakan wang tersebut untuk
kegunaan keluarga. Sekarang saya ingin menyerahkan wang yang telah
saya gunakan itu. Bolehkah saya menyerahkan wang tersebut kepada
surau atau masjid lain yang sedang dalam pembinaan kerana surau yang
saya kutip derma dulu sudah dijadikan sekolah ugama. Ataupun bagai
mana harus saya lakukan bagi menebus dosa saya dengan Allah dan
masyarakat yang telah menderma itu.
Diatas pertolongan Ustaz saya ucapkan ribuan terima kasih.

Jawapan:
Jika kita telah bertaubat dari perbuatan masa silam, maka bertaubatlah
dengan taubat nasuha, kerana rezeki yang kita makan dengana cara yang haram
akan menutup hati daripada kebenaran. Jika kesedaran itu timbul bererti Allah
telah memberikan hidayah atau petunjuk-Nya kepada kita.

Mengenai wang derma surau yang dipakai lima tahun yang lalu adalah lebih
baik diserahkan kepada pihak atau ahli jawatankuasa yang mempercayai anda
ketika itu. Jika ketika ini ahli jawatankuasa telah berubah dan bahkan surau
tersebut telah menjadi sekolah, ada baiknya diserahkan juga kepada pihak
sekolah, kerana perubahan yang terjadi
bukan kepada perkara maksiat. Tugas anda adalah menyampaikan hajat kaum
muslimin yang mempercayai anda lima tahun yang lalu.

Ada baiknya dalam memulangkan wang tersebut, tirulah sikap Rasulullah.


Kerana Rasulullah SAW ketika memulangkan pinjaman baginda sebanyak satu
gantang kurma kepada seorang yahudi, maka baginda menghadiahkan
satu gantang lagi kepada orang yahudi tersebut. Sehingga ia menerima dua
gantang kurma daripada Rasulullah SAW. Mungkin cara ini dapat membersihkan
hati kita dari sesuatu yang meresahkan jiwa.

23. Menyalahgunakan Internet


Soalan:
Apakah hukumnya sekiranya kawan-kawan saya telah menyalah
gunakan kemudahan internet untuk menyelusuri gambar-gambar lucah
ibarat cendawan tumbuh.

Jawapan:
Menurut Imam Al Ghazali dalam bukunya "Bimbingan Mukmin", mata harus
dipelihara dari memandang wajah atau aurat seorang wanita, atau memandang
kepada aurat seseorang muslim. Sebaliknya pandanglah sesuatu yang
bermanfaat, kerana mata itu diciptakan hanya untuk melihat kepada keajaiban-
keajaiban ciptaan Allah dengan pandangan yang penuh iktibar dan insaf.

Dalam surah An Nur ayat 24 dijelaskan maksudnya: "Katakanlah kepada


orang-orang mukmin lelaki, hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan
memelihara kemaluannya, kerana yang demikian itu lebih bersih bagi mereka".
Dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu
Daud dan Tarmizi ada dijelaskan bahawa: "Seorang lelaki tidak boleh melihat
aurat lelaki lain, begitu juga seorang perempuan tidak boleh melihat aurat
perempuan yang lain". Jadi jika melihat aurat sesama lelaki dilarang, apakah lagi
seorang lelaki melihat aurat wanita, maka jelaslah hukumnya haram, tak kiralah
baik dalam bentuk tubuh sebenar mahupun gambar atau filem.

24.Hudud
Soalan:
Apakah hukumnya saya mengatakan bahawa hukum hudud tidak sesuai
dengan masyarakat majmuk?

Jawapan:
Hukum mengatakan hukum hudud tidak sesuai dengan masyarakat majmuk
adalah haram. Sebab hukum yang ditetapkan Allah dalam Al Quran itu adalah
untuk seluruh alam. Maka perkara amat tercela jika mengatakan Al Quran dan
segala ketentuannya tidak sesuai dengan masyarakat majmuk. Jika perkara ini
dikeluarkan dari mulut Islam maka segeralah bertaubat, agar tidak sentiasa
dalam kesesatan.

Mengenai proses pelaksanaannya di dalam masyarakat yang berbilang kaum


ini ada ketentuan yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Jadi janganlah umat
Islam menafikan hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah SWT di dalam Al-
Quran. Sebagai masyarakat awam seandainya kita tidak mampu untuk
melaksanakannya adalah lebih baik diam dan menyerahkannya kepada Allah agar
hukum Islam dapat diterapkan pada masa yang ditentukan-Nya. Itu lebih selamat
bagi kita.

Firman Allah SWT dalam Al Quran maksudnya: "Apakah kamu tidak


memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa
yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu?
Mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan
mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan
penyesatan yang sejauh-jauhnya". (An Nisaa' 60)

25. Menamakan Anak


Soalan:
Jika kita namakan anak kita sempena nama kebesaran Allah dan
ditambah pada permulaannya dengan nama MUHAMMAD, contohnya
MUHAMMAD QUYYUM. Ada pendapat mengatakan tidak boleh sebab
mesti didahului dengan ABDUL, sila jelaskan. Terima Kasih, wassalam.

Jawapan:
Orang tua hendaklah berhati-hati dalam memberikan nama-nama anak, agar
tidak memasukkan kita ke dalam kemusyrikan kepada Allah SWT. Kita juga tidak
boleh memberikan nama kepada diri dan anak-anak kita dengan nama-nama
Allah seperti Ahad, Ash Shamad, Ar Razaq dan lain-lain. Jika ingin menggunakan
nama-nama Allah sebagai nama kita, tambahlah kata Abdul (hamba) bukan
Muhammad (insan mulia). Jika Qayyum (berkuasa) tambahlah Abdul Qayyum
(hamba Allah yang Berkuasa) bukan Muhammad Qayyum (insan yang terpuji
yang berkuasa).
Begitu juga kita tidak boleh memberi nama untuk anak-anak dengan nama-
nama surat dalam Al Quran seperti Thaha dan Yasin. Menurut Imam Malik
bahawa nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak-anak kita.

26. Solat Jumaat Bagi Musafir


Soalan:
Adakah orang musafir wajib menunaikan solat Jumaat menurut Mazhab
Shafi'e?
Jawapan:
Musafir, sekalipun waktu solat Jumaat didirikan itu ia sedang berhenti maka ia
tidak dituntut mengerjakan solat tersebut. Sebahagian besar ahli berpendapat
bahawa bagi musafir tak ada kewajipan Jumaat, sebab Nabi SAW ketika dalam
perjalanan tidaklah mengerjakan solat Jumaat Begitu juga halnya ketika baginda
mengerjakan haji Wada' di Arafah yang jatuh pada hari Jumaat baginda hanya
solat Zohor dan Asar secara jamak taqdim dan tidak melakukan solat Jumaat.
Dan demikianlah pula yang dilakukan khalifah setelah wafatnya Rasulullah SAW.

27. Solat Jumaat di Hari Raya


Soalan:
Sekiranya Hari Raya jatuh pada hari Jumaat apakah hukum menunaikan
solat Jumaat pada hari itu?

Jawapan:
Apabila hari raya bertepatan dengan hari Jumaat, maka gugurlah kewajiban
solat Jumaat bagi orang yang telah mengerjakan solat hari raya, berdasarkan
hadis dari Zaid bin Arqam katanya: "Nabi SAW bersembahyang hariraya,
kemudian memberikan kelonggaran dalam mengerjakan solat Jumaat". Sabda
baginda: "Siapa yang suka bersembahyang Jumaat, maka bersembahyanglah".

Juga dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi SAW bersabda: "Pada harimu ini
(Jumaat), telah berkumpul dua hariraya. Maka barangsiapa yang ingin, solat hari
rayanya ini sudah mencukupi solat Jumaatnya. Hanya kami akan tetap
melakukan solat Jumaat".
(Riwayat Abu Daud)
Terhadap imam, ia disunatkan tetap mengadakan solat Jumaat, agar dapat
diikuti oleh orang yang ingin menghadirinya ataupun oleh orang-orang yang pagi
harinya tidak mengikuti solat hariraya. Menurut mazhab Hanbali orang tidak
bersembahyang Jumaat sebab sudah bersembahyang hariraya masih
berkewajiban mengerjakan solat Zohor. Yang lebih kuat ialah tidak wajib Zuhur
samasekali sebab ada riwayat Abu Daud dari Ibnu Zubair maksudnya: "Dua hari
raya berhimpun dalam satu hari, maka keduanya dikumpulkan oleh Nabi SAW
yang bersembahyang dua rakaat pada pagi harinya, serta tidak menambah
sedikitpun sampai baginda melakukan solat Asar".
(Sila rujuk Fiqhus Sunnah -Syed Sabiq, bab Solat) Dalam Fiqh Syafei
disebutkan, bila dalam satu hari bertepatan dua hari raya, iaitu hari raya Aidil
Fitri atau hari Raya Aidil Adha dengan hari Jumaat maka gugurlah tuntutan
"wajib" sembahyang Jumaat, bila mereka telah mengerjakan sembahyang hari
raya itu. Dalam hadis Rasulullah SAW disebutkan: "Dari Zaid bin Arqam ra. ia
berkata: Pernah aku mengalami bersama Nabi SAW dua hari raya yang
bertepatan, lalu disembahyangkannya hari raya itu, kemudian baginda memberi
kelonggaran tentang sembahyang Jumaat, dengan mengatakan: "Siapa-siapa
yang hendak sembahyang maka sembahyanglah".
(Riwayat Abu Daud dan Nasa'i) Keterangan lain ada pula mengatakan "Dari Abu
Hurairah ra. dari Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya telah
berkumpul pada hari mu ini dua hari raya, maka siapa yang menghendaki
mencukupilah kepadanya sembahyang hari Raya ini sebagai ganti sembahyang
Jumaat sedang kami terus juga mengerjakannya". (Riwayat Abu Daud dan
Ibnu Majah) Dalam hadis itu diterangkan bahawa Rasulullah SAW terus juga
berjumaat, tetapi tuntutan itu adalah tuntutan "sunat" bukan tuntutan wajib,
sebab baginda bersabda: "Siapa yang menghendaki atau suka".

Keterangan lain menegaskan pula: Dari Atha' ra.ia berkata: "Pernah Ibnu Zubair
solat hari raya pada hari Jumaat pagi-pagi hari, kemudian kami pergi ke Jumaat,
maka tidaklah ia (Ibnu Zubair) keluar ke tempat kami, maka sembahyanglah
kami sendiri-sendiri. Ketika itu Ibnu Abbas sedang di Taif. Setelah ia kembali
maka kami beritahu hal itu kepadanya, maka ia menjawab "itu menurut sunnah".
(Riwayat Abu Daud) Namun Imam Syafei juga berpendapat sembahyang Jumaat
tidak gugur wajibnya, walaupun berkumpul pada hari itu salah satu dari dua hari
raya, sebab yang diizinkan hanya orang yang jauh tinggal di kampung, bukan
orang yang tinggal di kota yang dekat ke masjid.

Usman bin Affan dalam khutbahnya berkata: "Hai manusia! Sesunguhnya ini
adalah suatu hari yang sesungguhnya telah berkumpul bagimu padanya dua hari
raya, maka siapa-siapa yang ingin menunggu sembahyang Jumaat dari orang-
orang kampung, maka boleh ia menunggu. Maka siapa-siapa yang ingin pulang,
maka sudah aku izinkan baginya" (Riwayat Bukhari) Berdasarkan sumber dari
Usman inilah Imam Syafei mengatakan bahawa tidak gugur wajib Jumaat. (Untuk
lebih jelas sila rujuk Fiqh Syafii terbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur) Dalam
hadis yang lain, "Telah diriwayatkan kepada kami dari Ibrahim bin Muhammad,
dari Ibrahim bin Utbah, dari Umar Abdil Aziz, ia berkata: Pernah bertemu dua hari
raya dalam satu hari pada zaman Nabi SAW. Lalu baginda bersabda:
"Barangsiapa dari penduduk bahagian atas kota Madinah suka untuk tinggal
maka hendaklah ia tinggal tanpa ada keberatan."
Begitu juga dalam hadis yang lain, "Telah diriwayatkan oleh Malik bin Anas, dari
Ibnu Syihab, dari Abu Ubaid, seorang bekas hamba Ibnu Azhar, ia berkata: Aku
menghadiri solat Aidil Fitri dan Adha bersama Usman bin Affan kemudian ia
datang, lalu ia berpaling, lalu berkhutbah, katanya: "Sesungguhnya pada hari
raya kalian ini, bertemu dua hari raya untuk kalian. Barangsiapa di antara
penduduk bahagian atas Madinah ingin menantikan solat Jumaat, maka silakan ia
menantikannya, dan barangsiapa yang ingin kembali, maka hendaklah ia
kembali, dan aku mengizinkannya."

Perlu kami jelaskan juga tentang hadis yang mengatakan bahawa hari Jumaat itu
juga disebut dengan Hari Raya.
"Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda pada suatu
hari Jumaat di antara beberapa hari Jumaat: "Hai sekalian kaum muslimin,
sesungguhnya hari ini telah dijadikan Allah bagimu menjadi hari raya, sebab itu
mandilah kamu, dan kamu biasakanlah bersugi (menggosok gigi)". (Riwayat
Thabrani)
28. Suara Perempuan 'Sautul Mar'ah Aurah'
Soalan:
Apakah hukum suara perempuan menurut pendapat jumhur ulamak? Dan
bagaimanakah kedudukan hadis Nabi SAW yang mengatakan 'Sautul
Mar'ah Aurah'?

Jawapan:
Islam melarang kaum wanita bercakap dengan suara lemah lembut dan manja
kepada lelaki ajnabi sebab suara wanita itu tergolong aurat. Allah telah
memerintahkan melalui firman-Nya supaya jangan berbicara dengan suara yang
dimanja-manjakan dan dilembut-lembutkan kepada lelaki lain, kerana ia boleh
menimbulkan keghairahan kepada kaum lelaki yang bermaksud tidak baik
kepadanya.

Firman Allah SWT maksudnya: "Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara
sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucaplah
perkataan yang baik". (Al Ahzab 32)
Jelaslah bahawa dalam Al Quran dengan tegas menjelaskan tentang kedudukan
suara wanita ini.

29. Bala 'Coxsackie' dan Jerebu


Soalan:

 1. Apakah pandangan ustaz tentang malapetaka yang telah menimpa


di negara kita terutama tentang coxsackie yang mana telah
mengorbankan berpuluh-puluh nyawa dan terbaru tentang jerebu yang
telah melanda kita sekarang ini. Apakah tanda-tanda ini bahawa qiamat
semakin hampir?
 2. Keadaan persekitaran kita sekarang berubah, dulu dipenuhi dengan
kehijauan sekarang disesakkan dengan kerakusan. Kita mengorek bukit
untuk menjadikan tempat tinggal. Apakah segala bala menimpa kita
berpunca dari sikap manusia yang telah melupakan Allah?

Jawapan:
1. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman
bahkan baginda mengumpamakan
seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi
dan penyakit-penyakit ganjil seperti
coxsackie ini juga diisyaratkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda
qiamat.
Rasulullah SAW bersabda: Dari Ibnu Umar Rasulullah bersabda; "Bagaimana
keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung
dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat
menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa
melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit
taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang
sebelum mereka (penyakit ganjil)." (Riwayat Ibnu Majah)
2. Sesungguhnya segala kerosakan baik di darat mahupun di laut merupakan
hasil perbuatan manusia sendiri. Firman
Allah SWT dalam surah Rum ayat 41, "Telah nampak kerosakan di darat dan di
laut disebabkan kerana perbuatan manusia, supaya Allah merasakan kepada
mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke
jalan yang benar). Perbuatan manusia mengorek bukit untuk keperluan
mereka, itu juga merupakan tanda-tanda hari qiamat semakin
hampir, sesuai dengan sabda Rasulullah SAW.: "Qiamat tidak akan berlaku
sehingga kamu melihat perkara-perkara yang besar yang belum pernah kamu
lihat sebelum ini, dan sehingga bukit hilang dari tempatnya". (Riwayat Thabrani)

30. Berwudhu' dari Sumber Air yang Diguna Bersama


Orang Bukan Islam
Soalan:
Adakah sah sembahyang sekiranya wudhu' yang kita ambil dari sebuah
kolam yang digunakan sama oleh orang yang bukan Islam?

Jawapan:
Sembahyang dan wudhu' anda adalah sah seandainya air tersebut mencukupi
syarat-syarat air mutlak iaitu air yang hukumnya suci lagi menyucikan seperti air
hujan, air sungai, air laut, air mata air dan sepertinya. Sebagaimana firman Allah
SWT dalam surah Al Furqan ayat 48 yang bermaksud: "Dan Kami turunkan dari
langit air yang suci lagi menyucikan". Air Mutlak adalah air yang tidak terkena
najis. Ianya melebihi *dua kolah dan seandainya dua kolah tersebut walaupun
terkena najis namun tidak merubah warna, rasa atau baunya. Menjawab
persoalan saudara, tidak ada syarat yang mengatakan sumber air tersebut tidak
boleh digunakan oleh orang bukan Islam. *Ukuran air dua kolah adalah 60 x 60
sentimeter padu.

31. Tidak Mempercayai Imam Mahdi dan Dajjal


Soalan:
Apakah hukumnya jika seseorang itu sukar untuk mempercayai atau
mempercayai wujudnya Dajjal dan Imam Mahdi kelak ?
Jawapan:
Ramai dikalangan ulamak muktabar mempercayai lebih kurang 50 buah hadis
tentang kedatangan Imam Mahdi. Diantaranya Syekh Sya'rawi mengatakan
"Imam Mahdi yang dijanjikan Rasulullah SAW akan datang di akhir zaman
itu benar akan terjadi. Dia akan dibai'at orang secara serentak dan bukan dia
yang meminta orang supaya membai'at dirinya. Tentu kita akan bertanya pula
mengapa orang yang hidup pada zaman itu, yang jauh dari ajaran Islam, secara
tiba-tiba dan secara serentak membai'atnya?. Ini tentunya dari sikap yang terpuji
yang ditunjukkannya. Ilmunya mendalam, kelakuannya baik dan berjuang
menegakkan agama Islam dengan ikhlas, maka orangpun tertarik dengan
perjuangannya".
Menurut Abul A'la al Maududi, bahawa seluruh jumhur ulama telah sependapat
bahawa Imam Mahdi itu benar akan datang. Namun demikian ulama tidak
sependapat menentukan orangnya. Maksudnya kata sebahagian ulama siapa
yang betul-betul bersifat seperti yang dijanjikan Rasulullah itu, maka itulah Imam
Mahdi".

Dari Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda: "Belum lagi terjadi kiamat
sebelum muncul Imam Mahdi dari anak cucuku juga. Dan Mahdi itu pun belum
datang sebelum munculnya enam puluh orang pembohong, yang masing-masing
mereka mengakui dirinya sebagai nabi".

Jika anda sukar untuk mempercayai sesuatu yang telah di khabarkan dan telah
diterangkan oleh Rasulullah SAW, maka berusahalah untuk membersihkan jiwa
dengan memegang teguh ajaran yang dibawa oleh baginda. Jangan mudah
dibawa oleh arus pemikiran yang memutarbalikkan minda umat Islam. Maka
hukumnya berdosa jika tidak mempercayai sesuatu yang telah disampaikan oleh
Rasulullah SAW.

32. Masa Mengqadha' Solat


Soalan:
Bilakah tepat masanya yang sesuai untuk kita mengqadha' solat fardhu ?

Jawapan:
Para ulama sepakat bahawa mengqadha' solat itu wajib bagi orang yang lupa
atau tertidur, sebagaimana dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW: "Sebenarnya
bukanlah termasuk lalai kerana tertidur. Kelalaian itu ialah di waktu bangun.
Maka apabila seseorang lupa solat atau ia tertidur, hendaklah ia melakukannya
jika telah ingat atau sedar". Orang yang pingsan, tidak perlu mengqadha'
solatnya, kecuali bia ia sedar itu cukup waktu untuk bersuci dan bersolat.

Adapun orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka menurut


mazhab Jumhur ia berdosa dan wajib mengqadha'. Sebaliknya Ibnu Taimiyah
berkata: "Orang yang sengaja meninggalkan solat, tidaklah diperintah oleh
syarak mengqadha' dan jika diqadha' juga maka tidak sah, hanya ia harus
memperbanyak solat sunat".

Kemudian menurut Abu Hanifah, Malik dan Syafei berpendapat bahawa ia


harus mengqadha' bila waktunya habis, bahkan Imam Malik dan Imam Abu
Hanifah mengatakan bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat atau
beberapa solat, ia boleh mengqadha' sebelum solat yang waktunya hadir, ini bila
yang sengaja ditinggalkan itu lima kali solat atau kurang, baik waktu hadir itu
sudah habis atau belum. Namun kalau lebih dari lima waktu, maka dimulai
dengan solat yang hadir waktunya itu.
33. Solat Dalam Keadaan Lumpuh
Soalan:
Bagaimanakah caranya untuk seseorang itu bersolat sambil duduk jika ia
mengalami lumpuh di bahagian bawah anggota badannnya?

Jawapan:
Sebagaimana kita ketahui bahawa ibadah solat merupakan ibadah utama
dalam Islam, ia merupakan salah satu rukun Islam dan juga merupakan tiang
agama. Oleh sebab itu ibadah solat tidak boleh ditinggalkan oleh orang Islam
walau dalam keadaan bagaimanapun. Walaupun begitu Islam memberikan
rukhsah atau kelonggaran kepada pemeluknya dalam keadaan tertentu seperti
dalam peperangan, musafir dan dalam keadaan sakit.

Mengenai solat dalam keadaan sakit dalam sebuah hadis ada dijelaskan.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
Dari Ali bin Abi Thalib, daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Orang yang
sakit hendaklah mendirikan solat sambil berdiri jika kuasa dia melakukannya.
Jika tidak kuasa bolehlah dia solat sambil duduk, jika tidak berdaya untuk sujud,
diisyaratkannya saja dengan kepalanya sehingga dia menjadi sujudnya lebih
rendah daripada rukuknya. Jika dia tidak kuasa solat sambil duduk, bolehlah dia
solat sambil berbaring di rusuk kanannya dan mengadap ke kiblat. Jika tidak
kuasa untuk solat sambil berbaring di rusuk kanannya, bolehlah dia solat sambil
menelentang dengan menghalakan kedua-dua kakinya ke kiblat".
Melalui hadis di atas jelaslah bahawa solat sambil duduk dapat dikerjakan
menurut kemampuan fizikal kita, cuma bezakan antara sujud dan rukuk dengan
melebihkan membungkuk pada ketika rukuk.

34. Membaca Jahar (kuat) dan Sir (perlahan) dalam


Solat
Soalan:
Mengapakah dalam solat berjamaah hanya waktu zohor dan asar sahaja
makmum kena membaca surah sendiri, sedangkan tiga waktu yang lain
itu makmum hanya membaca fatihah saja?

Jawapan:
Nabi pernah membolehkan para makmum membaca dalam solat bila imam
mengeraskan bacaan. Ketika itu solat Subuh, bacaan sahabat mengganggu
baginda. Selesai solat baginda bersabda: "Mungkin kamu membaca di belakang
imam? Kami menjawab: "Betul, dengan bacaan yang cepat ya Rasulullah".
Baginda bersabda: "Jangan kamu lakukan itu kecuali membaca al Fatihah, kerana
solat tidak sah tanpa membacanya". (HR. Bukhari)

Kemudian baginda melarang semua bacaan pada solat jahar (bacaan kuat)
iaitu setelah baginda mengerjakan solat jahar (Solat Subuh). Baginda bersabda:
"Adakah di antara kamu tadi yang membaca bersama denganku ?".
Salah seorang sahabat menjawab: "Benar ya Rasulullah". Nabi bersabda:
"Sekarang aku katakan, janganlah kamu menyaingiku".
Menurut Abu Hurairah semenjak mendengar itu mereka berhenti membaca bila
Rasulullah mengeraskan bacaannya dalam solat. Mereka membaca berbisik bila
imam mengeraskan bacaannya. Memusatkan perhatian terhadap bacaan imam
oleh Rasulullah SAW dinyatakan sebagai suatu kesempurnaan mengikut imam.
Rasulullah SAW bersabda: "Imam hanya untuk diikut, apabila ia takbir, takbirlah,
apabila ia membaca perhatikanlah". (HR Abu Daud dan Muslim)

Mendengar bacaan imam, juga sudah cukup menjadi bacaan orang yang di
belakang. Baginda bersabda: "Siapa yang mengikut imam, bacaan imam adalah
bacaannya" (Riwayat Daruquthni dan Ibnu Majah). Ini dalam solat jahar (bacaan
kuat) saja.

Untuk lebih jelas lagi kami ungkapkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari,
Muslim dan Abu Daud. "Rasulullah SAW membaca ayat dengan suara jelas
(jahar) dalam solat Subuh dan pada dua rakaat pertama pada solat Maghrib dan
Isyak. Baginda bacanya dengan berbisik pada solat Zohor, Asar dan pada rakaat
ketiga solat Maghrib serta dua rakaat terakhir pada solat Isyak. Para makmum
mengetahui bahawa baginda membaca sir (perlahan) dari gerakan janggut
baginda, dan kadang-kadang dari bacaan ayat yang baginda bacakan kepada
mereka".

35. Membaca Ayat Al-Quran Tanpa Wudhu'


Soalan:
Apakah menjadi kesalahan (berdosa) membaca ayat-ayat suci sewaktu
kita tiada wudhu' umpamanya ketika hendak tidur atau terjaga dari tidur
?

Jawapan:
Berzikir menyebut nama Allah atau istighfar dan doa-doa baik ketika ingin tidur
atau bangun tidur disunatkan mengambil wudhu', jika tidak berwudhu' tidaklah
berdosa. Sesuai dengan hadis yang disampaikan oleh Aisyah yang bermaksud:
"Rasulullah (SAW) selalu zikir kepada Allah pada setiap saat".

Menurut Jumhur ulama diharamkan bagi orang yang junub membaca sesuatu
dari ayat-ayat Al-Quran, ini berdasarkan hadis daripada Ali ra. "Bahawa
Rasulullah (SAW) tidak satupun yang menghalanginya dari Al-Quran kecuali
janabat" (Riwayat Ash Habus Sunan disahkan oleh Tirmizi)
Sedangkan menurut sebahagian ulama seperti Bukhari, Thabrani, Abu Daud
dan Ibnu Hazmin berpendapat dibolehkannya membaca Al-Quran bagi orang
yang junub.

36. Termakan Makanan Haram


Soalan:
Apakah hukumnya apabila kita makan makanan yang haram atau
shubhat secara tidak senaja?
Jawapan:
Adalah tidak berdosa jika kita memakan sesuatu tanpa menyedari bahawa ia
adalah haram, kerana Allah sekali-kali tidak mahu membebankan hamba-Nya
atau menyeksanya bagi orang yang tersilap atau terlupa. Sebagaimana
dinyatakan oleh Rasulullah SAW: "Sesungguhnya umatku tidak akan ditulis
kesalahannya hanya kerana terlupa atau tersilap". Namun begitu kita tetap
dituntut untuk sentiasa dalam keadaan berhati-hati dalam menikmati makanan,
kerana makanan yang mengandungi benda yang haram atau cara
memperolehnya dengan cara yang haram dapat menutup pintu hati.

37. Terhidu Etanol


Soalan:
Saya bekerja di Makmal, selalu menggunakan etanol dalam membuat
analisis seharian, etanol ini khas digunakan untuk kerja-kerja makmal,
ianya tidak sesuai untuk membuat arak, sekiranya terminum boleh
membawa maut. Apakah hukum sekiranya saya terhidu atau tersentuh
etanol tersebut, sedangkan ianya bukanlah bahan kimia yang
memabukkan?
Jawapan:
Jika bahan kimia atau etanol yang digunakan untuk membuat analisis seharian
di makmal itu bukan sejenis alkohol yang digunakan dalam minuman yang
memabukkan maka tersentuh ataupun terhidu tidaklah berdosa. Mungkin lebih
sesuai ia dikategorikan dengan racun. Walaupun begitu jika terhidunya sering
terjadi sehingga menimbulkan mudarat pada tubuh maka ia tergolong
mengabaikan kesihatan diri sendiri, kerana sesungguhnya di dalam Islam dituntut
kepada umatnya agar menjaga kesihatan supaya dapat beribadah kepada Allah
dengan cara yang lebih selesa. Untuk itu gunakanlah alat untuk melindungi diri
dari bahaya bahan kimia atau racun ini.

38. Ubatan yang Mengandungi Bahan Kimia


Soalan:
Apakah hukum, sekiranya menggunakan minyak wangi, minyak urut
(metalsalicylate) atau ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia
alkohol selain dari etanol (alkohol yang terdapat dalam arak), contohnya
etana, pentanol, spirit dll.?
Jawapan:
Menggunakan bahan kimia yang bukan tergolong alkohol yang memabukkan
(seperti yang terdapat dalam arak) untuk minyak urut ataupun minyak wangi
tidaklah berdosa dan hukumnya harus.

39. Menuduh Orang Lain Kafir atau Munafiq


Soalan:
Apakah hukumnya jika kita menuduh seseorang itu kafir atau munafiq?

Jawapan:
Menuduh orang Islam kafir ataupun munafiq tanpa asas, maka berdosa. Namun
jika orang tersebut jelas memiliki tanda-tanda kafir atau munafiq, berusahalah
untuk berdakwah kepadanya menurut kemampuan masing-masing. Tanda-tanda
orang kafir iaitu, suka memecah belah antara Allah dan Rasul-Nya, kafir kepada
Allah dan Rasul-Nya, iman kepada sebahagian perintah Allah tetapi juga menolak
sebahagian perintah Allah, suka berperang di jalan syaitan (thaghut),
mengatakan nabi Isa anak Tuhan, agama dibuat gurau senda atau permainan,
lebih menyukai kehidupan duniawi, mengingkari adanya hari berbangkit,
menghalang manusia ke jalan Allah SWT. (Rujuk Al-Quran surah Muhammad ayat
1 hingga 2)
Kemudian tanda-tanda orang munafiq iaitu sesuai dengan hadis Rasulullah
SAW yang bermaksud: "Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga macam, apabila
berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu mengingkari, apabila ia diberi
amanah ia khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika tanda-tanda ini terdapat pada seseorang maka mereka tergolong orang
munafiq ataupun orang kafir, namun janganlah menuduh orang Islam sebagai
kafir atau munafiq di hadapannya, kerana perkara ini dapat mengguris hati
mereka. Namun ajaklah mereka ke jalan yang benar dan diredhai Allah.
Rasulullah SAW tidak pernah menuduh seseorang itu munafiq dihadapnnya
walaupun baginda sendiri mengetahui bahawa orang itu tergolong orang munafiq.

40. Dua Imam Satu Surau


Soalan:
Apakah hukumnya sembahyang dua imam (dua kumpulan makmum)
dalam satu surau yang hanya dipisahkan oleh dinding, seandainya
sembahyang tersebut ialah sembahyang fardhu yang dilakukan
serentak?
Jawapan:
Mengerjakan solat dengan dua imam dalam satu surau dalam masa yang sama
hukumnya tidak boleh. Dalam masalah ini kami kemukakan tentang imam tetap
dalam satu masjid. Jika satu jamaah hadir disuatu masjid yang mempunyai imam
tetap tetapi pada masa itu ia tidak hadir, maka diperintahkan kepada mereka
menghantarkan utusan menjemput ia hadir. Tetapi jika bimbang luput waktu
solat, maka dibolehkan seorang yang lain tampil menjadi imam. Kata Imam
Nawawi, jika dibimbangkan timbul fitnah hendaklah mereka solat bersendirian
dan diistihbabkan kepada mereka mengulangi solat bersama imam itu jika ia
hadir. Jadi jelaslah jika tidak hadir saja imam tetap disuruh solat sendirian jika
khuatir menimbulkan fitnah apakah lagi dengan sengaja membuat jemaah sendiri
di belakang atau di sebelah imam yang sedang solat.

Seandainya kita orang yang datang kemudian, sedangkan di dalam surau atau
masjid tersebut ada dua imam yang sedang berjemaah, maka dalam hal ini ada
beberapa pendapat. Jika makmum dapati dua orang imam masing-masing
sedang solat dengan jemaahnya, maka ikutilah imam yang tetap. Namun jika
keduanya tidak termasuk imam yang tetap dan masing-masing sebaya dan
memiliki ciri-ciri imam yang dikehendaki, cuma perbezaannya yang satu cepat
bacaannya sedangkan yang satu lagi lambat. Menurut Al Faurani dalam kitab Al
Ibanah "Hendaklah dilihat kepada makmum itu sendiri. Jika ia seorang yang
lambat membaca maka hendaklah ia mengikut imam yang lambat membaca.
Sebaliknya jika ia cepat membaca maka hendaklah ia mengikuti imam yang cepat
membaca".

Imam Al Tarmizi telah menjelaskan dalam Al Sunah iaitu diistihbabkan kepada


imam bertasbih enam kali dalam rukuk dan sujud supaya makmum di
belakangnya sempat bertasbih tiga kali". Kemudian menurut Imam Syafi'e dalam
kitab Al-Umm "Pada hemah saya eloklah setiap masa bagi imam menambahkan
tasyahud, tasbih dan bacaan surah sekadar yang dilihatnya boleh memberi
kesempatan kepada makmum yang berat lidahnya menyempurnakan bacaannya
yang perlu dibaca olehnya."
41. Terlanjur Berdosa
Soalan:
Seorang teman pernah terlanjur. Namun dia tidak ingin terus menerus
berbuat dosa. Apakah ada cara-cara tertentu atau doa-doa tertentu
supaya lelaki tersebut mahu mengambilnya sebagai isteri yang sah?
Jawapan:
Langkah awal yang perlu ia lakukan sebelum berdoa agar Allah SWT
mempertemukan jodoh dengan yang dihajati iaitu bertaubat kepada Allah SWT
dengan taubat Nasuha atau taubat yang sebenarnya. Yang paling penting
hentikan segala perbuatan dosa yang dilarang dan dikutuk oleh Allah, kerana
perbuatan tersebut menutup segala hajat dan cita-cita kita. Dosa juga
menyebabkan doa-doa kita terhalang dikabulkan Allah.

Jika kita telah bertaubat, ketika itu bermohonlah kepada Allah SWT agar
dipertemukan jodoh dengan orang yang ditakdirkan-Nya. Jika Allah menghendaki
dengan orang yang pernah melakukan dosa dengannya sebagai jodohnya, maka
terimalah ketentuan Allah itu sebagai suatu takdir-Nya. Namun jika dipertemukan
dengan orang lain, mungkin itulah yang terbaik yang telah Allah tentukan
untuknya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu1

42. Masalah Mahram dan Hubungan dengan Ipar


Soalan:
Istilah 'mahram sementara'. Bagaimanakah hubungan diantara suami
dengan adik/kakak ipar perempuan dan isteri dengan adik/abang ipar
lelaki dari segi aurat?

Jawapan:
Maksud muhrim adalah orang yang haram dinikahi. Tidak semua wanita halal
dikahwini, tetapi hanya sebahagian sahaja yang halal dikahwini manakala
sebahagian yang lain adalah haram dikahwini untuk selama-lamanya ataupun
untuk sementara waktu sahaja. Wanita yang haram dikahwini secara garis besar
dapat di bahagi dua: Pertama, yang haram dikahwini secara abadi. Kedua,
wanita-wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara.

Haram dikahwini secara abadi ini ada tiga bahagian. (1) Kerana keturunan
atau nasab. Perkara ini jelas seperti yang tercantum dalam surah An Nisaa ayat
23. Seperti; ibu (ke atas), anak perempuan (ke bawah), saudara perempuan (ke
bawah), saudara perempuan ayah, saudara perempuan ibu, anak perempuan dari
saudara lelaki dan perempuan dari saudara perempuan. (2) Kerana Mushaharah
atau hubungan kekerabatan yang terjadi kerana perkahwinan, seperti; Emak
mertua dan seterusnya, anak tiri yang telah dicampuri ibunya, menantu
perempuan (ke bawah), ibu-ibu tiri. (3) Kerana penyusuan.

Wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara iaitu, wanita kafir,
bekas isteri yang dicerai dengan talaq tiga, wanita yang sedang beriddah, isteri
orang, wanita yang kelima dari isteri, wanita penzina, mengumpulkan antara
wanita dengan mahramnya, wanita yang sedang ihram, hamba dan lain-lain.
(lebih jelas sila rujuk Perkahwinan & Kekeluargaan Dalam Islam - Abdul
Ghani Azmi Hj Idris terbitan Dinie Publishers) Mengenai hubungan dengan ipar,
maka Rasulullah menyuruh kita berhati-hati, sebab hubungan mereka boleh
menimbulkan fitnah dalam keluarga. Bahkan Rasulullah SAW sendiri
menganggap ipar itu sebagai maut. Rasulullah SAW bersabda: Dari Uqbah Bin
Amir, katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda:
"Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita:. Lalu seorang sahabat
Ansar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?".Sabda baginda:
"Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i)

43. Berubat Dengan Bomoh


Soalan:
Saya mempunyai masalah di mana berkaitan dengan bomoh. Kisahnya
bermula apabila keluarga saya disampuk iaitu meracau-racau. Bila
dibawa berjumpa bomoh itu memberitahu si polan-polan itu yang
melakukan kianat pada keluarga saya. Masalah saya adakah saya boleh
mempercayai bomoh tersebut. Masalah ini sudah berlarutan terlalu lama
dan ini merenggangkan hubungan kami sekeluarga. Buat pengetahuan
ustaz bomoh ini menggunakkan ayat-ayat suci Al Quran dalam
pengubatannya. Harap dapat kiranya ustaz menerangkan kepada saya
cara pengubatan sebegitu.

Jawapan:
Di dalam Islam sememangnya ada ulama yang mengamalkan perubatan
secara Islam iaitu dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran sebagai
penawar. Sebab Al Quran merupakan ubat dari segala penyakit, baik penyakit
hati mahupun penyakit yang bersifat fizikal. Rasulullah SAW juga pernah
mengubati seseorang dengan membaca salah satu surah dari Al Quran.

Di dalam Islam juga ada etika atau adab-adab dalam menyelesaikan suatu
masalah, terutamanya masalah yang berkaitan dengan bomoh ini. Sesungguhnya
berdosa jika kita membuka aib orang lain atau mengatakan sesuatu yang
menimbulkan fitnah. Dengan menyebutkan seseorang itu telah melakukan
khianat kepada kita membuktikan bahawa perkara tersebut telah membuka
rahsia yang sepatutnya ia sembunyikan. Kalaupun perkara itu betul, ianya akan
mendatangkan permusuhan apakah lagi jika perkara itu tidak benar, maka hanya
mendatangkan buruk sangka terhadap seseorang. Sesungguhnya buruk sangka
dan fitnah itu merupakan dosa besar

Kita boleh mempercayai bomoh, ustaz ataupun ahli perubatan lain jika kita
tahu bahawa mereka tidak mensyirikkan Allah. Yang paling penting dalam
berubat sesuatu penyakit adalah kita (setiap individu / pesakit) mesti yakin
bahawa yang menyembuhkan penyakit itu bukan bomoh ataupun ustaz ataupun
tabib (mereka semua adalah asbab), tetapi yang menyembuhkannya hanya Allah
SWT semata. Yakin kepada selain dari Allah adalah syirik (dosa besar yang
tiada pengampunan). Berubat hanyalah merupakan ikhtiar atau usaha yang
disuruh oleh agama.

44. Maksud 'Istiqomah'


Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan istiqomah? Saya harap agar tuan
dapat terangkan jenis istiqomah dan bagimana caranya hendak
melakukan istiqomah?
Jawapan:
Istiqomah ertinya teguh hati, tetap pendirian. Walaupun tidak semua orang
mampu bersikap istiqomah ini namun melaksanakan Islam untuk memperoleh
hikmah secara mendalam sangat memerlukan sikap istiqomah. Istiqomah juga
mengandungi erti kemantapan tetapi tidak bererti tidak boleh bergerak atau
maju. Umpamanya semakin tinggi teknologi sebuah kereta semakin mampu ia
bergerak dengan cepat tanpa gegaran. Maka disebut kereta itu memiliki
istiqomah atau kekuatan. Kereta itu mantap dan tidak bergegar bukan ketika ia
berhenti tetapi ketika ia bergerak laju.

Firman Allah SWT maksudnya: "Dan bahawasanya jikalau mereka tetap


berjalan lurus (istiqomah) di atas jalan itu (agama Islam) benar-benar Kami akan
memberi minum kepada mereka air yang segar atau rezeki yang banyak". (Al Jin
16) Istiqomah juga berkaitan dengan kemampuan kita dalam berjuang untuk
menghadapi ujian dan penderitaan, kerana semakin tinggi nilai iman seseorang
itu semakin besar pula cubaan yang harus dihadapinya. Dengan datangnya
berbagai cubaan, ujian dan penderitaan itu jiwa seseorang menjadi kuat dan
tabah. Banyak contoh dalam kehidupan insan teladan masa silam tentang
istiqomah ini. Diantaranya Nabi Adam tetap istiqomah dalam beriman kepada
Allah meskipun baginda menerima cubaan dan penderitaan setelah dicampakkan
ke bumi. Begitu juga Nabi Ibrahim tetap teguh dengan pendiriannya (iman yang
teguh) walaupun dicampakkan ke dalam unggun api yang membara.

45. Persoalan 'Mazhab'


Soalan:
Ustaz, saya mempunyai seorang teman sekerja yang menyatakan
bahawa mengambil mazhab itu tidak ada dalam Islam. Hujahnya ialah,
nabi dan sahabat-sahabatnya tidak pernah mengambil mazhab, apalagi
memerintahkannya.
Soalan saya ialah :-
1. Apakah hukumnya seseorang yang tidak mengambil mazhab ?
2. Tolong terangkan sedikit bagaimana mazhab itu terjadi ?
3. Apakah mazhab itu termasuk bid'ah hasanah ?

Jawapan:
Pada zaman Rasulullah SAW baginda menerima langsung ajaran Islam
daripada Allah SWT. Ajaran yang dibawa baginda jelas murni dan tidak ada cacat
cela sedikitpun. Kemudian para sahabat menerima Islam langsung daripada
Rasulullah kekasih Allah. Begitu juga pada zaman Khulafa ur Rasyidin ajaran
Islam masih segar di hati umat Islam. Pada zaman tabi'in, para ulama
memperoleh pengetahuan melalui para sahabat dan begitu juga para ulama tabi'
tabi'in memperoleh pengetahuan Islam melalui ulama tabi'in. Begitulah proses
perkembangan ajaran Islam hingga sampai sekarang.

Perlu kita ketahui bahawa ilmu fiqh yang diajarkan para sahabat dan para
tabi'in tidak beku bahkan berkembang terus. Jika tidak dijumpai nas dalam
menyelesaikan sesuatu perkara mereka menetapkan berdasarkan ilmu
pengetahuan tentang hukum-hukum untuk menimbang sebab (illat) sewaktu
hendak memberikan fatwa-fatwa. Untuk kita ketahui pendapat tabi'in bermacam-
macam ini adalah disebabkan berlainan tempat atau keadaan negeri masing-
masing, disamping mempunyai kekurangan dan kelebihan tentang memahami
maksud-maksud Al Quran dan Hadis. Hasil dari berlainan keadaan atau situasi ini
maka tiap-tiap orang alim ilmu fiqh dari golongan tabi'in mempunyai beberapa
pendapat yang berlainan dan inilah yang dinamakan mazhab.

Dizaman sekarang nama imam-imam yang empat telah terkenal dan masyhur.
Mereka adalah bagaikan bulan purnama yang dikelilingi oleh beberapa bintang-
bintang yang berkelipan. Semua mazhab yang empat ini beraqidahkan ahlisunnah
waljamaah. Ertinya sumber ajaran yang diterapkan tidak lari dari ketentuan Al
Quran dan hadis, bahkan mereka sangat teliti dalam menetapkan sesuatu yang
berkaitan dengan aqidah dan ibadah.

Jelaslah bagi kita bagaimana proses mazhab itu terjadi, jadi jika kita tidak
mengikuti atau berpegang salah satu jalan maka kita akan teraba-raba dalam
mencari kebenaran, akhirnya kita menjadi sesat.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Para ulama adalah pewaris nabi".


(Riwayat Ibnu Najar dari Anas ra.) Sabda baginda yang lain maksudnya: "Para
ulama adalah pelita di bumi, pengganti yang mengganti para nabi, pewarisku dan
pewaris para nabi". (Riwayat Ibn Adi daripada Ali ra). Jika para ulama yang
telah disebutkan baginda tersebut mempunyai kedudukan yang mulia di sisi
Rasulullah SAW, tentu tidak layak kita mengatakan mengikuti ulama mazhab
adalah bid'ah. Bahkan jelas dari hadis diatas menunjukkan mengikuti para ulama
itu merupakan sunnah.

46. Ikut Meraikan Perayaan Agama Lain


Soalan:
Bagaimanakah pandangan Islam mengenai seseorang muslim yang
menziarahi saudaranya yang bukan muslim, ketika sesuatu perayaan?
Bagaimanakah dengan juadah yang di hidangkan bolehkah dimakan,
walaupun berupa kacang goreng yang dimasak sendiri olehnya (bukan
islam)?

Jawapan:
Agama Islam adalah agama yang menjaga hubungan antara umat manusia di
dunia ini. Disamping menganjurkan agar menjalinkan hubungan silaturrahim
antara kaum kerabat dan kaum muslimin seluruhnya juga dianjurkan dalam
membina hubungan dengan orang yang beragama lain. Dalam surah An Nisaa
ayat 36 dijelaskan maksudnya: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu
mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada
kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang
dekat dan tetangga yang jauh....".

Maksud tetangga yang dekat iaitu tempat tinggalnya berdekatan ataupun


tetangga yang masih ada hubungan kerabat atau nasab ataupun sama-sama
beragama Islam. Sedangkan tetangga jauh maksudnya adalah tetangga yang
tidak mempunyai hubungan kerabat, jauh tempatnya atau berlainan nasab
mahupun agama. Jadi dengan tegas Allah menyuruh kita menghormati tetangga
baik sesama muslim mahupun yang bukan muslim (kafir).

Dalam hadis yang diriwayatkan Al Bazza sesungguhnya Rasulullah SAW


bersabda: "Tetangga itu ada tiga macam. Tetangga yang mempunyai satu hak
iaitu tetangga yang terdekat haknya. Tetangga yang mempunyai dua hak dan
tetangga yang mempunyai tiga hak iaitu tetangga yang paling utama haknya.
Tetangga yang mempunyai satu hak adalah tetangga musyrik yang bukan
kerabatnya. Ia hanya mempunyai hak sebagai tetangga. Tetangga yang
mempunyai dua hak adalah tetangga muslim iaitu yang mempunyai hak sebagai
orang Islam dan hak sebagai tetangga. Sedangkan yang mempunyai tiga hak
adalah tetangga muslim yang masih ada hubungan keluarga, dia mempunyai hak
sebagai tetangga, hak sebagai orang Islam dan hak sebagai keluarga".

Menurut Imam Al Qurthubi; "Berbuat baik kepada tetangga adalah perkara


yang diperintahkan dan dianjurkan, baik terhadap orang muslim ataupun kafir.
Berbuat baik itu ertinya memberikan pertolongan, bergaul dengan baik,
membelanya jika ada gangguan dan ancaman". Bahkan dalam hadis Rasulullah
juga ditegaskan tidak beriman seseorang itu jika ia mengganggu tetangganya.
Begitu indah ajaran Islam dalam menjalinkan hubungan antara sesama manusia
di dunia ini. Tidak kiralah apakah mereka tergolong orang-orang muslim ataupun
orang-orang kafir.

Diriwayatkan juga bahawa Abdullah bin Umar menyembelih kambing. Ketika


Ibnu Umar datang ia berkata: "Berikanlah sebahagian kepada tetangga kita orang
Yahudi" diucapkannya tiga kali. "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Jibril
selalu berwasiat kepadaku mengenai tetangga hingga aku mengira ia akan
mewariskannya". Begitu jelas bahawa ajaran Islam menghormati dan menghargai
setiap insan, maka tidak benar anggapan yang mengatakan bahawa Islam tidak
menghormati hak orang yang bukan Islam.
Khusus berkaitan dengan meraikan perayaan agama lain maka dalam hal ini
kami kemukakan dalil-dalil atau nas-nas Al Quran yang jelas.

1. Sesungguhnya umat Islam dibolehkan untuk bekerjasama dan bergaul dengan


umat agama lain dalam masalah-masalah yang berhubungan dengan masalah
keduniaan.
(Sila rujuk surah Al Hujarat ayat 13, Surah Luqman ayat 15, Surah Mumtahanah
ayat 8)

2. Umat Islam tidak dibolehkan mencampuradukkan ajaran agamanya dengan


aqidah dan peribadatan agama lain. (Sila rujuk Surah Al Kafirun ayat 1 - 6, Surah
Al Baqarah ayat 42)

3. Umat Islam harus menyedari bahawa agama-agama masa silam yang


mempunyai kitab mereka telah sesat dan ingkar dengan perintah Allah, apatah
lagi bagi golongan yang tidak mempunyai kitab maka bertambalah kesesatanya.
(Sila rujuk Surah Al Maidadh ayat 72, Surah Al Maidah ayat 73, Surah At Taubah
ayat 30) Jelaslah bagi kita bahawa meraikan perayaan agama lain sama
dengan mencampuradukkan ajaran Islam dengan aqidah agama lain. Sedangkan
Islam melarang kita untuk sama-sama meraikan perayaan keagamaan tapi
menganjurkan berbuat baik dan saling tolong menolong dengan mereka dalam
masalah keduniaan. Sesungguhnya mengikuti, meraikan dan sama-sama
menyertai mereka menyambut perayaan keagamaan mereka hukumnya adalah
HARAM.

47. Makhraj atau Sebutan Nama Allah


Soalan:
Seorang rakan saya adalah seorang muslim, sejak dilahirkan dia seolah-
olah pelat untuk menyebut nama Allah. Saya harap tuan dapat jawab dan
rumuskan perkara ini.
Jawapan:
Allah SWT menciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk, yang terdiri
daripada unsur jasmani dan rohani. Didalam beribadah kepada Allah, kedua-dua
unsur ini sangat berperanan sehingga tidak boleh dipisahkan antara satu dengan
yang lainnya. Kiblat hati ataupun rohani hanya kita tujukan kepada Allah semata,
begitu juga kiblat jasmani atau fizikal ditentukan dengan budi pekerti atau
perangi yang mulia.

Dalam beribadah, bacaan yang baik merupakan perkara yang mustahak untuk
menentukan sebutan yang benar sehingga tidak merubah makna bacaan kita
tersebut. Namun jika proses sebutan itu menjadi berubah kerana pelat, maka ia
tidak dihukum bersalah atau berdosa kerana pelat itu sendiri merupakan
anugerah Allah untuknya. Dalam sejarah dapat kita baca riwayat tentang Nabi
Musa as. yang merupakan seorang nabi yang gagap atau pelat, sehingga Allah
mengangkat saudaranya Harun as. sebagai pembantunya dalam berdakwah dan
menyeru kaumnya ke jalan yang benar.

48. Menghormati Ibu Bapa dan Orang Lebih Tua


Soalan:
Apakah hukum seseorang yang tidak menghormati orang yang tua
daripadanya seperti, ayah, ibu, abang atau kakaknya sendiri?

Jawapan:
Bagi orang yang tidak menghormati kedua ibu bapanya maka hukumnya
berdosa besar. Begitu juga jika tidak menghormati orang lebih tua daripada kita,
baik tua dari segi usia mahupun tua atau matang dari segi ilmu pengetahuan. Di
dalam Islam orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya termasuk ke dalam
kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah, dan akan di masukkan ke dalam
neraka. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan
supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik
kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara
keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,
sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah (uff) dan
janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan
yang mulia". (Al Isra' 23) Orang yang tidak menghormati ibu bapa akan dilaknat
oleh Allah SWT. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah
hadis yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT
iaitu: Seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha
menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia
menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-
orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan
hasutan-hasutannya".
(Riwayat Ad Dailami daripada Umar ra)

49. Sombong Terhadap Orang Arif dan Lebih Tua


Soalan:
Apakah hukum seseorang yang sombong dan bongkak terhadap orang
yang lebih arif dan tua
daripadanya?
Jawapan:
Menghormati orang yang lebih arif merupakan tanggungjawab setiap idividu
kerana Rasulullah SAW sangat mencintai orang yang menghargai ilmu,
sebagaimana baginda menyayangi saidina Ali Karamallahu wajhahu yang
merupakan babul ilmi atau gedung ilmu pada zamannya. Bahkan Saidina Ali ra.
sendiri pernah berkata : "Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu
berpuasa, bersolat (sunat) dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka
terdapatlah suatu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain oleh
penggantinya atau orang yang berilmu juga".

Begitu juga tentang sifat sombong merupakan sifat yang paling dibenci oleh
Allah SWT jika para hamba-Nya memilikinya. Kerana yang berhak memiliki
kesombongan itu hanya Allah, sebab Dialah Yang Maha Kuasa. Sifat sombong
juga menyebabkan seseorang terhalang untuk dimasukkan ke dalam syurga di
akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa kelak pada
hari kiamat ia suci dari tiga perkara, maka ia akan masuk syurga, iaitu dari sikap
sombong, rasuah dan hutang". (Riwayat Tirmizi) Bertawadhuklah serta
merendahkan diri kepada Allah, agar kita tidak menyombongkan diri dalam
segala hal. Dengan demikian kita akan tergolong insan yang diredhai-Nya. Insya
Allah.

50. Lagak Pandai tetapi Bodoh


Soalan:
Apakah hukum orang yang suka cakap besar dan tinggi padahal dia tidak
tahu apa-apa?

Jawapan:
Rasulullah SAW berjalan melalui sekelompok sahabat yang sedang berkumpul.
Baginda bertanya; "Mengapa kamu berkumpul di sini ?" Sahabat menjawab: "Ya
Rasulullah disini ada orang gila yang sedang mengamuk, sebab itu kami
berkumpul di sini". Kemudian baginda bersabda: "Orang ini bukan gila, ia sedang
mendapat musibah. Tahukah kamu, siapakah orang gila yang sebenar ?". Para
sahabat menjawab: "Tidak ya Rasulullah". Baginda menjelaskan; orang gila ialah
orang yang berjalan dengan takbur atau sombong, yang memandang orang lain
dengan pandangan yang merendahkan, yang membusungkan dada, berharap
syurga Tuhan sambil berbuat maksiat, kejahatannya membuat orang terganggu.
Adapun orang ini dia hanya sedang mendapat musibah".

Begitu hina orang yang sombong tapi bodoh di sisi Rasulullah SAW sehingga
baginda menganggapnya sebagai orang gila. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak
akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi dari takbur
(sombong). Dan tidak akan masuk neraka orang yang ada dalam hatinya seberat
biji sawi dari iman". (Riwayat Muslim)

51. Solat Dalam Kapal Terbang


Soalan:
Saya ingin tahu kedudukan Kiblat semasa berada dalam kapal terbang?
Mungkin saudara dapat bantu saya. Sekian terima kasih.
Jawapan:
Di dalam kenderaan sekiranya dalam keadaan darurat sehingga tidak dapat
berdiri atau tiada disediakan tempat khas untuk solat maka berkiblat setakat
mana yang boleh.

Bagi penumpang kenderaan lain misalnya keretapi atau kapal laut maka
hendaklah menghadap kiblat semasa takbirratulihram, kemudian bolehlah
menghadap ke arah lain mengikut peralihan kenderaan.

52. Rahsia 'Asma ul-Husna'


Soalan:
Apakah rahsia disebalik 99 nama Allah "Asma ul-Husna"? Harap tuan
jelaskan lebih lanjut lagi mengenai perkara ini.
Jawapan:
Allah SWT mempunyai nama-nama yang baik yang disebut dengan Asma ul-
Husna. Nama-nama yang baik itu ada 99. Rasulullah SAW bersabda: "Daripada
Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Allah mempunyai
sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang menghafalnya maka ia akan masuk
syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil (tidak genap) dan menyukai perkara yang
ganjil". (Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Allah SWT berfirman maksudnya: "Katakanlah, serulah Allah atau serulah Ar-
Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai Asma ul-
Husna (nama-nama yang baik}". (Al Isra' 110) Kita boleh berzikir dengan
menyebut nama-nama Allah yang baik itu, kerana setiap nama Allah itu
mengandungi fadhilat dan keutamaan. Jika kita tekun mengamalkannya maka
akan memperoleh ganjaran yang besar di dunia mahupun di akhirat.

53. Taubat Anak Terhadap Ibu yang Telah Meninggal


Soalan:
Assalamualaikum. Tuan, seorang sahabat telah bermimpi bertemu
dengan ibunya selepas dia menunaikan sembahyang hajat dua raakaat.
Didalam mimpi tersebut si anak memohon maaf dengan ibunya tentang
dosa yang pernah dilakukannya sebelum ibunya meninggal dunia dahulu
dan ibunya menganggukkan kepalanya tanda setuju untuk
memaafkannya (didalam mimpi).
Soalannya, adakah taubatnya diampunkan oleh Allah s.w.t.?
Jawapan:
Derhaka kepada ibu ataupun bapa merupakan dosa besar. Ibu adalah orang
yang paling besar pengorbanannya dalam membesarkan anak-anaknya, jadi tidak
ada sesuatupun yang dapat membalas kebaikan dan perjuangan seorang ibu.
Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan Kami perintahkan kepada manusia
berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya
dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya (bercerai susu)
dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu;
hanya kepada Ku lah kamu kembali".
(Surah Lukman ayat 14) Jika kita telah terlanjur derhaka kepada ibu
sedangkan ibu tersebut telah meninggal dunia, maka bertaubatlah setelah itu
lakukanlah kewajipan kita sebagai seorang anak. Berbuat baiklah kepadanya
dengan mendoakannya serta mengerjakan segala perintah Allah dengan demikian
kita telah meringankan bebannya di alam barzakh. Sesungguhnya doa anak yang
soleh dan telah bertaubat kepada Allah sangat diharapkan oleh seorang ibu.
Setelah kita lakukan taubat dan berbuat baik kepada ibu dengan cara
mendoakannya, sedekah untuknya, menjalinkan silaturrahim teman sejawatnya,
maka kita serahkan segalanya kepada Allah. Hanya Allah sahajalah yang
menentukan kedudukan kita di akhirat kelak.

54. Imam Mahdi


Soalan:
Apakah erti Imam Mahadi? Adakah ia sama seperti mazhab?
Jawapan:
Banyak hadis-hadis Rasulullah SAW menyebutkan bahawa diantara tanda-
tanda dunia hampir kiamat akan turunnya Imam Mahdi yang berperanan sebagai
penerus dan penegak kebenaran agama Islam. Ia datang bukan membawa
ajaran baru tetapi meneruskan perjuangan Islam. Rasulullah SAW bersabda
maksudnya: "Sesungguhnya Imam Mahdi itu akan keluar di akhir zaman,
namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah" (Riwayat Abu Daud
dan Tarmizi)

Dalam hadis yang lain disebutkan:"Imam Mahdi itu termasuk dalam


lingkungan ahli kerabat atau keluarga Rasulullah SAW yakni dari puteri baginda
yang bernama Fatimah". (Riwayat Abu Daud dan Hakim) Jelaslah bahawa Imam
Mahdi seorang lelaki yang turun ketika dunia hampir kiamat. Setelah itu baru
turun Nabi Isa as. Imam Mahdi dan Nabi Isa turun bukan membawa ajaran baru
tetapi meneruskan perjuangan Rasulullah SAW.

Mengenai mazhab pula, ilmu fiqh yang diajarkan para sahabat dan para tabi'in
tidak beku bahkan berkembang terus. Jika tidak dijumpai nas dalam
menyelesaikan sesuatu perkara mereka menetapkan berdasarkan ilmu
pengetahuan tentang hukum-hukum untuk menimbang sebab (illat) sewaktu
hendak memberikan fatwa-fatwa. Untuk kita ketahui pendapat tabi'in bermacam-
macam ini adalah disebabkan berlainan tempat atau keadaan negeri masing-
masing, disamping mempunyai kekurangan dan kelebihan tentang memahami
maksud-maksud Al Quran dan Hadis. Hasil dari berlainan keadaan atau situasi ini
maka tiap-tiap orang alim ilmu fiqh dari golongan tabi'in mempunyai beberapa
pendapat yang berlainan dan inilah yang dinamakan mazhab.

Di zaman sekarang nama imam-imam yang empat telah terkenal dan


masyhur. Mereka adalah bagaikan bulan purnama yang dikelilingi oleh beberapa
bintang-bintang yang berkelipan. Semua mazhab yang empat ini beraqidahkan
ahlisunnah waljamaah. Ertinya sumber ajaran yang diterapkan tidak lari dari
ketentuan Al Quran dan hadis, bahkan mereka sangat teliti dalam menetapkan
sesuatu yang berkaitan dengan aqidah dan ibadah.

Jelaslah bagi kita bagaimana proses mazhab itu terjadi, jadi jika kita tidak
mengikuti atau berpegang salah satu jalan maka kita akan teraba-raba dalam
mencari kebenaran, akhirnya kita menjadi sesat.
55. Kekuatan 'Jiwa Dalam'
Soalan:
Bagi orang yang bukan Islam (cina) mereka ada tenaga dalam mereka
yang digelar "chi" dan dipercayai wujud di dalam setiap diri manusia.
Soalan saya ialah apakah rahsia kekuatan tenaga dalam bagi orang
Islam, bolehkah tuan huraikan secara lanjut tentang setiap perkara yang
berkaitan dalam hal ini?

Jawapan:
Agama Islam agama yang sempurna mengandungi segala aspek kehidupan.
Untuk memperoleh sesuatu yang dimaksudkan, Islam menganjurkan kita agar
menuntut ilmu pengetahuan. Melalui ilmulah segala sesuatu dapat dicapai
menurut syarat dan tujuannya. Orang sufi mempunyai penafsiran sendiri
mengenai ilmu. Menurut Imam Ghazali ilmu itu dapat dibahagikan kepada ilmu
mukasyafah iaitu ilmu yang dipelajari semata-mata untuk memperoleh
pengetahuan. Kemudian ilmu muamalah iaitu ilmu yang dipelajari untuk
diamalkan.

Bagi orang sufi ilmu yang berfaedah itu ialah ilmu pengamalan iaitu ilmu
muamalah. Ilmu ini terbahagi kepada ilmu lahir iaitu segala ilmu yang diamalkan
dengan anggota manusia dan ilmu batiniah iaitu segala ilmu yang bersangkut
paut dengan keadaan 'jiwa dalam' dan hati manusia. Lalu kita kenallah dalam
tasauf ilmu syariat, tarikat, hakikat dan makrifat.

Syariat pada mulanya bererti peraturan-peraturan agama yang diturunkan


Allah. Dikalangan kaum sufi menafsirkan syariat sebagai amal ibadah lahir dan
urusan muamalat. Tarekat menurut maksud sufi iaitu seseorang tidak akan
sampai hakikat tujuan ibadah itu sebelum menempuh jalan yang dinamakan
tariqat. Dalam bahasa disebut tarekat atau suluk dan orang yang melakukan itu
dinamakan ahli tariqah atau salik. Tujuan daripada tarekat itu ialah mempertebal
iman dalam hati pengikutnya, sehingga tidak ada yang lebih indah dan dicintai
selain daripada Allah, dan kecintaan itu melupakan dirinya dan dunia seluruhnya.

Dalam menjalani proses tariqah ini kita harus bersih segala amal dan niat
(ikhlas), merasa diri sentiasa diawasi Allah (muraqabah), menghitung amalnya
dari sudut untung dan rugi (muhasabah), tajarrud, melepaskan diri apa jua yang
akan merintangi sehingga sampai keperingkat rindu dan cinta yang tanpa batas
kepada Allah SWT.

Hakikat adalah kebenaran dan Haq itu bagi orang sufi dipakai istilah untuk
Allah yang dianggap pokok atau dasar dari segala kebenaran. Menurut keyakinan
sufi hakikat itu baru dapat dicapai sesudah orang beroleh makrifat yang sebenar-
benarnya. Oleh kerana itu Haqqul Yaqin hanya dapat dicapai orang di dalam fana
iaitu sesudah melalui dua tingkat keadaan: 1. ainul yaqin dan 2. ilmul yaqin.
Mula-mula manusia itu mencari sesuatu itu dengan ilmunya kemudian barulah ia
sampai kepada keyakinan akal, kehendak, angan-angan dan jiwanya, maka
barulah ia memperoleh haqqul yaqin iaitu kebenaran yang sebenar-benarnya
diyakini yang dapat menenteramkan dan memuaskan hatinya.

Orang sufi mempertahankan bahawa dalam tingkat fana iaitu dalam keadaan
lenyap segala tubuh yang kasar itu, betullah ia beroleh mahjub atau mengenal
Allah dengan mata hatinya dan memperolehinya secara haqqul yaqin, kerana
hanya dalam keadaan yang demikian itulah terbuka baginya apa yang tertutup
sehingga mencapai kasyful mahjub iaitu tersingkap tirai yang merintangi seorang
hamba dengan Khaliqnya.
Istilah kasyful mahjub atau 'kasyaf' inilah yang mungkin sama dengan istilah
'chi'. Dalam bahasa biasa dikenal dengan khusyuk atau kosentrasi.

Di dalam Islam peringkat kekhusyukan ini sebenarnya melebihi daripada chi


yang dimiliki oleh pengamalan orang cina. Kerana masih ada lagi peringkat yang
paling tinggi untuk menuju kepada kekhusyukan itu iaitu peringkat makrifat.
Peringkat ini sebenarnya dapat kita ertikan dengan mengenal Allah SWT, kenal
kepada-Nya mengenai Zat-Nya, sifat-Nya dan asma-Nya.

Sebetulnya jika kita ingin mendalami pengetahuan masalah tasauf atau ilmu
tarekat dalam Islam hendaklah kita membaca buku-buku tentang tasauf.
Seandainya ingin mengamalkan ilmu tasauf carilah guru yang mursyid yang
benar-benar menjalankan ajaran Islam bukan mursyid yang sesat.

56. Mengganti Puasa Mereka yang Meninggal Dunia


Soalan:
Bapa saya sudah lama meninggal dunia. Semasa hayatnya dia jarang
berpuasa. Kemusykilan saya, adakah wajib saya sebagai anaknya atau
ibu saya, untuk menqadakan puasanya ataupun bagaimanakah caranya
saya harus menyelesaikan masalah ini? Untuk pengetahuan tuan saya
tidak tahu berapa harikah dia tidak berpuasa. Setahu saya terlalu
banyak.

Jawapan:
Menurut mazhab Syafie, Maliki dan Hanafi; puasa orang yang telah meninggal
dunia tidak boleh diganti oleh orang lain. Namun puasa mereka cukup diganti
dengan membayar fidyah. Iaitu dengan memberikan makan fakir miskin seorang
sehari puasa yang ditinggalkannya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Barangsiapa meninggal dan padanya ada puasa Ramadhan yang telah
ditinggalkan maka hendaklah diberi makan atas namanya sehari seorang miskin
(fidyah)" (Hr. Tarmizi daripada Ibnu Umar) Seandainya warisnya mengetahui
bahawa orang tuanya atau bapanya ada berniat puasa nazar maka warisnya
hendaklah menggantikannya dengan berpuasa sesuai dengan yang dinazarkan.
Ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila sakit seorang
lelaki dalam bulan Ramadhan kemudian ia meninggal dunia, padahal ia tidak
berpuasa maka ia harus membayar fidyah (memberi makan orang miskin seorang
sehari atas namanya). Tiada qadha atasnya. Dan jika puasa nazar hendaklah
diqadhakan oleh wali atau warisnya". (HR Abu Daud daripada Ibnu Abbas)

57. Puasa Nazar Disekalikan Puasa Sunat


Soalan:
Bolehkah puasa nazar disekalikan dengan puasa sunat?

Jawapan:
Barangsiapa bernazar (berniat atau berjanji dengan Allah) ingin berpuasa
sehari atau lebih untuk mensyukuri nikmat Allah SWT atau jika sembuh dari
sakit, atau diperkenankan suatu maksudnya yang baik bukan maksiat maka wajib
atasnya untuk mengerjakannya. Jadi puasa nazar adalah puasa wajib yang harus
dikerjakan secara sendiri sesuai dengan yang dinazarkan maka tidak boleh
disekalikan dengan niat-niat yang lain. Mengenai nazar ini Rasulullah SAW
bersabda maksudnya: "Barangsiapa bernazar akan mentaati Allah, maka
hendaklah ia mentaatiNya dan barangsiapa bernazar akan menderhakai Allah,
maka janganlah ia menderhakainya". (HR. Abu Daud dari Aisyah)

58. Memuaskan Nafsu Syahwat Cara Onani


Soalan:
Apakah hukumnya memuaskan nafsu syahwat dengan sendiri hingga
keluar air mani. Adakah ianya termasuk dalam dosa dosa besar
(berzina), apakah hukumnya dan bagaimanakah caranya untuk
bertaubat?
Jawapan:
Onani yang dilakukan seorang lelaki dengan memainkan alat kelaminnya
dengan tangannya sendiri termasuk suatu perkara yang merosak unsur etika dan
adab. Para ulama sendiri berbeza pendapat dalam menetapkan hukumnya.
Sebahagian ulama mengatakan bahawa onani tersebut hukumnya haram secara
mutlak. Sedangkan sebahagian lain mengatakan haram dalam suatu keadaan dan
wajib dalam keadaan lain dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya
makruh.

Menurut mazhab Syafie dan mazhab Maliki melakukan onani itu hukumnya
haram. Alasan mereka adalah bahawa Allah SWT telah menyuruh manusia untuk
menjaga faraj atau kemaluan dalam segala keadaan kecuali untuk menjimak
isteri. Dalam ayat Al Quran dijelaskan: "Dan orang-orang yang menjaga
kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka
miliki; maka sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang tiada tercela.
Barangsiapa yang mencari selain daripada itu, maka mereka itulah orang-orang
yang melampaui batas". (Al Mukminun ayat 5 - 7)
Adapun di antara ulama yang mengatakan bahawa onani dengan tangan
sendiri itu haram dalam suatu keadaan dan wajib dalam keadaan lain adalah ikut
pengikut Imam Hanafi. Pendapat ini mengatakan bahawa andaikata seseorang
dikhuatirkan akan berbuat zina maka wajiblah ia menyalurkan nafsu seksualnya
dengan onani. Pendapat ini mengikuti kaedah "Jika berkumpul dua bahaya, maka
wajiblah kalian mengambil bahaya yang paling ringan".

Diantara yang berpendapat makruh ialah Ibnu Umar dan Atha' . Dan diantara
yang berpendapat mubah ialah Ibnu Abbas, Hasan dan sebahagian pembesar
tabi'in.

Cara yang paling baik untuk bertaubat dari pekerjaan "melampaui batas" ini
dengan banyak berpuasa, berzikir dan jangan tinggalkan perkara wajib seperti
solat dan sebagainya. Sebab dalam hadis juga ada menjelaskan jika tidak mampu
untuk berkahwin maka berpuasalah agar syahwat kita terpelihara.

59. Mengawal Marah dan Khusyuk Beribadah


Soalan:
Bagaimana mengelakkan perasaan marah dan cara untuk lebih khusyuk
sewaktu beribadah?

Jawapan:
Menurut Abullaits Assamarqandi dalam bukunya "Tanbihul Ghafilin" bahawa
diantara manusia itu ada orang yang lekas marah tetapi juga lekas redanya maka
ini seimbang. Adapula orang yang lambat marahnya dan lambat pula redanya, ini
juga seimbang. Sebaik-baik kamu lambat marah dan cepat redanya dan sejahat-
jahat kamu yang cepat marahnya dan lambat redanya.

Dalam hadis Rasulullah SAW banyak diterangkan tentang cara mengatasi sifat
marah ini. Diantaranya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Marah itu bara api
maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri maka hendaklah
duduk, dan bila sedang duduk hendaklah bersandar atau berbaring".
Dalam keterangan lain juga disebutkan jika kita dalam keadaan marah maka
syaitan telah meniup api kemarahnnya, untuk meredakannya maka berwuduklah,
dengan cara itu api kemarahan akan terpadam.

Kemarahan itu menyebabkan hubungan kita dengan orang lain menjadi


terjejas, oleh sebab itu bukakan hati kita agar segera memaafkan orang tersebut,
dengan sendirinya kita telah mampu mengawal kemarahan kita daripada terus
merebak. Dari Abu Umamah Albahili berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Siapa
yang dapat menahan marah padahal dia dapat untuk memuaskan kemarahannya,
namun ia tidak menurutinya bahkan ia bersabar maka Allah SWT mengisi hatinya
dengan keredhaan di hari kiamat".

Mengenai khusyuk dalam ibadah atau solat, para ahli banyak mengemukakan
pendapat mereka diantaranya; Ibnu Abbas mengatakan bahawa khusyuk itu
adalah orang yang takut dan tenang anggota badan dan hatinya. menurut Ali bin
Abi Thalib, khusyuk itu adalah khusyuk hati, maksudnya khusyuk itu tempatnya
didalam hati dan yang memetik khusyuk itu adalah hati itu sendiri.

Menurut Ibnu Katsir seorang ahli tafsir terkenal menerangkan khusyuk di


dalam solat itu hanya dapat dihasilkan oleh orang yang membulatkan hatinya
untuk solat dan menghindarkan soal lainnya dan mengutamakan solat dari hal-
hal dunia. Dengan itu solat menjadi kecintaan dan kesenangan hati". Banyak lagi
pendapat para ulama tentang khusyuk ini, namun semua berkisar pada
kosentrasi tubuh dan jiwa kita dalam mengingati Allah. Wallahu A'lam.

60. Cara Mandi Junub


Soalan:
Bagaimana cara melaksanakan mandi junub seperti yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW dengan terperinci
dan syarat-syarat sah serta wajibnya?

Jawapan:
Mandi junub adalah mandi hadas besar hukumnya adalah wajib. Apabila
sebab-sebab mewajibkan mandi itu berlaku di atas diri seseorang, maka wajiblah
ia mandi. Perkara yang mewajibkan mandi seperti keluar mani, berjimak, keluar
haid dan nifas, serta wiladah.

Rukun mandi junub itu ada dua. Pertama, Niat disertakan dengan permulaan
yang dibasuh daripada anggota badan. Lafaz niatnya "Sahaja aku mandi daripada
hadas besar dari sekalian tubuhku fardhu kerana Allah Ta'ala. Kedua, meratakan
air kepada seluruh badan. Sekiranya air itu tidak meratai ke seluruh badan
disebabkan ada yang menghalangi sampai air kepadanya, seperti lilin atau
minyak atau lainnya maka perlu membasuhnya kembali. Banyak perkara-perkara
sunat yang dilakukan Rasulullah dalam mengerjakan mandi junub ini namun
segala garis besar dapat dilakukan menurut rukun mandi junub seperti yang di
jelaskan di atas.

61. Rujuk Kepada Isteri Yang Diceraikan


Soalan:
Seorang isteri telah diceraikan olah suaminya dengan talak satu, tidak
sampai 24 jam suami itu telah melafazkan rujuk kembali. Apakah isteri
itu telah dikirakan sebagai isteri yang sah atau suami isteri itu hendaklah
merujuk kepada kadi untuk rujuk kembali.
Jawapan:
Thalak raj'i tidak melarang bekas suami berkumpul dengan bekas isterinya,
sebab aqad perkahwinannya tidak hilang dan tidak mempengaruhi hubungan
yang halal.kecuali persetubuhan. Jika sudah rujuk maka mereka boleh bersatu
kembali. Rujuk adalah salah satu hak lelaki selama masa iddah. Hak ini
ditetapkan agama kepadanya, kerana itu ia tidak berhak membatalkannya
sekalipun seandainya suami berkata "Tidak ada rujuk bagimu", namun
sebenarnya ia tetap mempunyai rujuk. Hak rujuk bagi suami berdasarkan firman
Allah maksudnya: "Dan bekas suami-suami mereka lebih berhak rujuk kepada
mereka selama masa iddah itu". (Al Baqarah 229) Jika rujuk sudah menjadi
hak suami maka untuk merujuk tidak perlu syarat kerelaan, pengetahuan bekas
isteri dan wali. Hak rujuk ada di tangan lelaki (sebagaimana firman Allah di atas).
Rujuk juga tidak perlu saksi sekalipun menghadirkan saksi di sini hukumnya
adalah sunnah, kerana khuatir agar nantinya isteri tidak menyangkal rujuknya
suami.

Rujuk boleh dengan ucapan seperti: "saya rujuk kamu" dan dengan perbuatan
seperti menjimaknya, merangsang nafsunya dan sebagainya. Imam Syafei
berpendapat bahawa rujuk hanya boleh dengan ucapan yang terang dan jelas
dimengerti. Tidak boleh dengan bersetubuh dan rangsangan, kerana Imam Syafie
beralasan talak memutuskan perkahwinan. Demikianlah diantara pendekatan
syariat dalam perkara rujuk.

Namun dalam hidup bernegara kita memiliki undang-undang yang mengatur


sistem kekeluargaan Islam. Jika bercerai hendaklah melaporkan kepada pejabat
kadi agar perceraian itu dapat direkodkan. Oleh itu kita dapat mengetahui
bahawa kita telah menyimpan satu atau dua talak, sehingga kita berhati-hati
dalam menjatuhkan talak dan tidak hidup dalam kemaksiatan. Begitu juga ketika
rujuk hendaklah memberitahukan kepada pejabat kadi sebagai bukti bahawa
perceraian itu telah dirujuk kembali.

62. Menuntut Harta Setelah Cerai


Soalan:
a) Apakah hak isteri yang telah diceraikan yang mana sebelum ini telah
tinggal bersama selama 34 tahun? Adakah isteri itu boleh menuntut
harta sepencarian dan nafkah kerana isteri ini tidak mempunyai
pekerjaan?
b) Bagaimana isteri itu hendak mendapat haknya dan kemana perlu dia
membuat laporan serta tututan?
Jawapan:
a) Para ahli fiqah sepakat bahawa perempuan yang ditalak raj'i masih berhak
mendapat nafkah dan tempat tinggal selama masa iddah. Tentang perempuan
yang ditalak, tiga ahli fiqah berselisih pendapat. Menurut Imam Hanafi
perempuan yang ditalak tiga masih berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal
daripada bekas suaminya selama masa iddah. Menurut Imam Ahmad, isteri tidak
berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal.

Sedangkan menurut Imam Syafie dan Imam Malik bagi perempuan talak tiga,
ia mendapat hak tempat tinggal tetapi tidak mendapat hak nafkah kecuali kalau
hamil. Hanya sebatas ini saja tanggungjawab bekas suami memberi nafkah
terhadap bekas isterinya. Jika memang harta yang terkumpul dalam
rumahtangga merupakan harta hasil usaha suami, maka isteri tidak berhak untuk
menuntutnya. Terpulanglah budi bicara suami untuk memberi sebagai sedekah
atau semisalnya. Namun jika dalam harta tersebut ada harta isteri di dalamnya
yang diperolehi dengan usahanya sendiri atau harta waris dari ibu bapanya, maka
suami perlu memberikan hak isteri tersebut.

b) Untuk mengetahui keterangan lebih tepat tentang masalah ini anda bolehlah
merujuk kepada pejabat kadi setempat.

63. Persetubuhan Melalui Dubur


Soalan:
Hadis/kitab mengatakan persetubuhan melalui belakang (dubur) adalah
HARAM. Bagaimana pula kalau dilakukan di belakang tetapi melalui
faraj ?

Jawapan:
Islam melarang dan mengharamkan bagi suami yang menjimak isterinya
melalui lubang duburnya. Bila terjadi isteri harus berusaha menolaknya sekalipun
dia diancam oleh suami dengan berbagai seksaan. Kerana perbuatan yang
demikian adalah perbuatan yang sangat terkutuk di sisi Allah. Orang yang
berbuat demikian adalah orang yang buruk moralnya dan merendahkan darjat
kemanusiaan. Termasuk golongan orang yang zalim serta bersifat seperti
binatang. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Terkutuk, terlaknatlah siapa
yang mendatangi isterinya dari lubang duburnya" (HR. Ibnu Adi, Abu Dawud dan
Ahmad)

Mengenai cara berjimak terpulanglah kepada kita masing-masing untuk


melakukannya asalkan perlu di jaga adab-adab berjimak seperti tidak melalui
dubur serta menutup tubuh dengan selimut serta menjaga adab-adab yang lain
agar hubungan suami isteri lebih harmoni. Melalui depan atau belakang tidak ada
masalah bahkan dalam ayat Al Quran secara jelas menerangkan: "Isteri-isterimu
adalah seperti kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun
tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana saja yang kamu kehendaki" (Surah
Al Baqarah ayat 223)
64. Mengambil Wuduk sebelum dan Sesudah Jimak
Soalan:
Wajib atau sunat membasuh kemaluan dan mengambil wudhuk, apabila
hendak meneruskan persetubuhan
kali kedua ?

Jawapan:
Hukum mengambil wuduk sebelum melakukan jimak adalah sunat. Begitu juga
setelah berjimak mengambil wuduk ketika itu juga sunat hukumnya, namun
Rasulullah SAW selalu mengamalkanya jika baginda ingin melanjutkan jimaknya,
tujuannya agar badan terasa lebih segar sehingga untuk meneruskan jimak
berikutnya ghairah syahwat lebih tinggi dan dapat menimbulkan kepuasan antara
kedua-dua belah pihak antara suami dan isteri.

65. Berkomunikasi Dengan Suami dan Mertua


Soalan:
Saya mengenali seseorang yang menghadapi masalah rumahtangga.
Masalahnya ialah berkomunikasi dengan suami dan ibu mertua.
Suaminya suka merahsiakan aktivitinya dan masalahnya serta menyuruh
isterinya supaya tidak mencampuri hal kerjanya. Tambahan lagi suami
tidak mengamalkan tuntutan sembahyang. Suami juga suka melihat dan
memuji wanita cantik di depan isteri. Ini membuatkan isteri cemburu
memandangkan isteri hanya duduk di rumah menjaga dua anak yang
masih nakal dan kecil.

Masalah dengan ibu mertua pula, suka mencampuri urusan keluarga


anak dan menyusahkan suami dengan masalah kewangan. Suami bukan
orang yang mempunyai pendapatan yang banyak. Ibu mertua juga
memilih kasih antara menantu-menantu.

Akibat daripada masalah-masalah ini, isteri selalu meminta cerai. Tetapi


suami tidak melayan & keadaan akan kembali normal. Kemudian perkara
yang sama akan berlaku lagi, apakah hukumnya sekiranya suami berkata
kepada isteri "telefonlah abang awak suruh dia datang dan bawa awak
balik", adakah talak sudah jatuh?

Jawapan:
Suami yang soleh adalah suami yang melaksanakan perintah Allah dan selalu
membimbing keluarga ke jalan yang benar. Namun jika seorang isteri
mempunyai suami yang ingkar dan meninggalkan perkara yang wajib, maka
berusahalah untuk menasihatinya secara lebih baik agar keegoannya tidak
tercalar. Kemudian banyaklah berdoa kepada Allah agar suami segera kembali ke
jalan yang benar.

Jika berbagai cara tidak dapat mengatasi keingkaran suami terhadap Allah
maka ketikan itu isteri boleh memilih jalan yang terbaik untuk dirinya. Pastikan
benar bawaha kesalahan suami memang berkaitan dengan syarak. Sebab
seandainya isteri minta cerai tanpa alasan syarak maka ia dikutuk oleh Allah.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Seorang wanita yang minta cerai dari
suaminya, maka ia tidak akan dapat mencium bau syurga". (Riwayat Tirmizi)
Mengenai sifat suami yang suka memuji wanita lain, ini merupakan akhlak
yang tidak baik, dan bolehlah isteri menasihatkan kepada suami, kerana
menyebut-nyebut tentang wanita lain dan memuji kecantikannya atas dasar
dorongan syahwat adalah berdosa. Isteri harus bersabar atas sikap suami
semacam ini. Walau bagaimanapun seorang suami masih mempunyai hak untuk
kahwin lagi lebih daripada satu, kerana hukum syarak tidak melarangnya. Cuma
isteri perlu pandai mengambil hati suami melalui pendekatan psikologi dan
agama iaitu dengan banyak beribadah (kepada Allah dan juga suami) dan berdoa
kepada Allah SWT.

Tentang ibu mentua yang suka meminta belanja daripada anak lelakinya, itu
perkara biasa, kerana memang tanggungjawab anak lelaki membantu terhadap
kedua ibu bapanya. Secara syarak orang tua terlepas dari segi nafkah setelah
anak perempuannya berkahwin. Sedangkan anak lelaki ia terus
bertanggungjawab terhadap ibu bapanya sampai keduanya umur lanjut atau
meninggal dunia. Berbuat baiklah terhadap ibu mertua, kerana melalui
rahimnyalah lahir suami yang mendampingi kita, maka samalah peranannya
dengan ibu sendiri.

Kemudian mengenai ucapan "Telefonlah abang awak suruh dia datang bawa
awak balik", jatuh talak atau tidak, maka ini tergantung niat suami. Jika
ungkapannya itu sebagai suatu usaha untuk menyedarkan isteri dari sikap
perlawanan atau kekasarannya terhadap suami, maka tidak jatuh talak. Namun
menurut setengah ulama ucapan talak itu hendaklah jelas dengan menyebut kata
talak atau kata cerai, baik secara langsung ataupun tidak. Secara langsung
umpamanya "Aku ceraikan engkau talak satu". Maka jatuhlah talak satu ketika
itu. Secara sindiran atau tidak langsung umpamanya: "Jika burung yang terbang
itu burung gagak maka aku ceraikan engkau talak satu". Jika ternyata burung
yang terbang itu memang burung gagak maka jatuhlah talak satu.

66. Menggunakan Kanta Mata 'Contact Lense'


Soalan:
Penggunaan contact lense amat popular di kalangan kita umat Islam.
Memandangkan tidak ada fatwa mengenainya, saya ingin
mengemukakan beberapa soalan.. Adakah sah sembahyang orang yang
menggunakan lense kerana air sembahyang tidak kena pada anak mata?
Bagaimana pula ketika berpuasa? Bolehkah memasukkan lense ke dalam
mata?
Bagaimana pula sekiranya solution yang digunakan mengandungi
alkohol?

Jawapan:
Kalau memakai contact lense tidaklah mempengaruhi wuduk, kerana syarat
wajib wuduk tidaklah sampai membasuh biji mata. Wuduk tetap sah dan boleh
mengerjakan solat. Begitu juga tentang puasa ia tetap sah sebab bukan
memasukkan sesuatu melalui dua rongga. Solution bukanlah alkohol tetapi
sejenis ubat (pelincir) untuk mata (alkohol adalah sangat merbahaya kalau
terkena pada biji mata).
67. Musafir yang Telah Bermastautin
Soalan:
Saya baru balik bermusafir,adakah saya masih boleh menunaikan
sembahyang secara jamak atau qasar sebaik sahaja saya sampai semula
ke tempat saya bermastautin?
Jawapan:
Jika kita telah sampai ke tempat kediaman atau mukim kita, maka tidak perlulah
kita mengerjakan solat jamak dan qasar sebab perjalanan kita telah berakhir..

68. Adab Berjimak


Soalan:
1) Apakah adab-adab untuk berjimak?
2) Bagaimana kalau si isteri termakan sperma suaminya dan apakah
hukumnya?
3) Apakah hukumnya seseorang lelaki itu melancap?

Jawapan:
1) Diantara adab berjimak iaitu:
i. Dalam melakukan persetubuhan dengan isteri bukanlah semata-mata hanya
memenuhi keinginan nafsu berahi belaka. Niat dalam hati adalah untuk
memenuhi kewajipan dari Allah dan sunnah Rasulullah.
ii. Sebelum bersetubuh hendaklah membaca doa.
iii. Waktu melakukan persetubuhan dengan isteri dilakukan dengan hati yang
gembira serta menjauhkan perasaan susah. Tidak dalam keadaan terlalu lapar
atau terlalu kenyang sebab akan mengurangi kenikmatan.
iv. Dianjurkan kepada suami dan isteri memakai pakian yang bersih dan
memakai harum-haruman.
v. Suami tetap berusaha agar kedua belah pihak mencapai kepuasan secara
bersama.
vi. Islam juga menganjurkan agar berwuduk sebelum melakukan jimak serta
mengulangi wuduk kembali jika ingin melakukan persetubuhan yang kedua.
Dengan berwuduk kesegaran badan kembali pulih.
vii.Setelah bersetubuh suami dan isteri hendaklah mencuci kemaluannya atau
berwuduk sebelum tidur.
viii. Ketika bersetubuh tutuplah dengan selimut agar tidak menyerupai perangai
binatang dan menjaga aib keluarga. Demikianlah di antara ada berjimak, masih
banyak lagi ketentuan dan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang
dapat kita baca melalui buku-buku atau kitab-kitab.

2) Setengah ulama mengatakan hukum termakan sperma itu makruh, kerana


sperma bukan najis.

69. Mertua Menderhakai Menantu


Soalan:
Apakah hukumnya kalau ibu mertua menderhakakan menantunya?
Jawapan:
Istilah menderhakai itu lazim digunakan orang, pelanggaran yang dilakukan
oleh seseorang yang lebih kecil kepada yang besar, atau yang muda kepada yang
tua. Dalam kaitan dengan ibu mertua, mungkin tidak sesuai menggunakan istilah
derhaka tetapi mungkin lebih sesuai dengan sebutan menzalimi menantu. Mertua
yang menzalimi menantu hukumnya berdosa kerana Allah SWT sangat mengutuk
orang yang menzalimi orang lain. Walaupun begitu seorang menantu hendaklah
pandai menempatkan dirinya dalam kehidupan mertuanya, kerana kedudukan
mertua di mata menantu samalah dengan kedudukan ibu atau ayah sendiri.
Berdoalah kepada Allah agar mertua yang menzalimi menantu itu berubah dan
mendapat petunjuk Allah untuk berbuat baik kepada orang lain.

70. Memutuskan Silaturrahim(Hubungan Persaudaraan


sesama SeIslam)
Soalan:
Apakah hukumnya kalau ibu mertua memutuskan hubungan
persaudaraan antara ibu mertua dengan menantunya yang suaminya
telah kembali ke rahmahtullah?

Jawapan:
Memutuskan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin adalah berdosa besar.
Dalam ayat Al Quran ada dijelaskan: "Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa,
kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan
kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan-Nya
telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka". (Muhammad 22 -23)
Sebagai seorang manantu berusahalah agar sikap yang kurang baik ditunjukkan
mertua itu dihadapi dengan jiwa yang dewasa, semoga dengan cara ini ia sedar
bahawa ia telah melanggar syariat yang telah ditetapkan Allah dalam hal menjalin
Silaturrahim.

71. Solat Jenazah bagi Bayi


Soalan:
Jika sesorang itu melahirkan anak, tetapi anak itu didapati telah
meninggal sewaktu di dalam kandungan lagi. Jadi, perlulah jenazah
anak tadi dimandikan dan disembahyangkan seperti jenazah yang lain.
Kerana ada pendapat mengatakan bahawa jenazah bayi itu hanya
dimandikan dan tidak wajib disembahyangkan. Bagaimanakah
sebenarnya masalah ini?
Jawapan:
Bayi yang gugur atau lahir yang belum berumur empat bulan dalam
kandungan, tidaklah dimandikan dan disolatkan. Cukup dibalut dengan kain lalu
ditanam. Demikianlah pendapat fukaha tanpa ada perselisihan pendapat.

Jika telah berusia empat bulan atau lebih dalam kandungan dan menunjukkan
ciri-ciri hidup, maka menurut kesepakatan fukaha hendaklah dimandikan dan
disolatkan. Seandainya tidak menunjukkan tanda-tanda hidup maka menurut
golongan Hanafi, Maliki, Auzai dan Hasan tidaklah disolatkan.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Jika bayi yang gugur itu memiliki tanda-
tanda hidup, hendaklah disolatkan dan ia berhak mendapat warisan". (HR Tirmizi,
Nasai', Ibnu Majah dan Baihaqi) Menurut Imam Ahmad, Said, Ibnu Sirin dan
Ishak berpendapat bahawa ia dimandikan dan disolatkan berdasarkan hadis yang
berbunyi: "Orang yang berkenderaan hendaklah berada di belakang jenazah,
sedang yang berjalan kaki di depannya, dekat kepadanya sebelah kanan atau
kirinya. Sedang anak yang keguguran juga disolatkan dan didoakan keampunan
dan rahmat bagi kedua orang tuanya". (HR. Ahmad dan Abu Daud)
Menurut ulama ini kerana anak itu merupakan manusia yang telah ditiupkan
roh ke dalam tubuhnya sehingga ia harus disolatkan sebagaimana halnya bayi
yang mempunyai tanda-tanda hidup. Nabi SAW telah menyatakan bahawa pada
usia empat bulan ditiupkanlah roh kedalam tubuh bayi yang ada dalam
kandungan ibunya. Menurut pendapat ulama ini, hadis yang dikemukakan oleh
pendapat pertama di atas lemah dan kerana bertentangan dengan yang lebih
kuat, sehingga tidak dapat diterima sebagai hujjah atau dalil.

Maka dapat kita ambil kesimpulan jika bayi tersebut belum berumur empat
bulan dalam kandungan telah meninggal dunia maka tidak perlu dimandikan dan
disolatkan. Namun jika telah lebih dari empat bulan, maka perlu dimandikan dan
disolatkan.

72. Korban Aqiqah


Soalan:
Mengenai Korban Aqiqah saya harap ustaz dapat menjelaskan tentang
hukum, cara, masa dan kadarnya.

Jawapan:
Bersedekah pada hari ke tujuh dari kelahirannya dengan dua ekor kambing
bila lelaki dan seekor kambing bila perempuan inilah dinamakan dengan aqiqah.
Hukumnya sunnah muakad, walaupun bagi seorang ayah yang kurang mampu.
Namun ada ulama mengatakan hukum aqiqah ini wajib, alasannya kerana
Rasulullah SAW dan sahabat selalu melakukannya. Rasulullah SAW bersabda
maksudnya: "Bersama bayi adalah aqiqahnya, sembelihlah kambing baginya dan
hilangkan gangguan darinya".
(Hadis riwayat lima rawi hadis) Boleh juga menyembelih seekor kambing untuk
anak lelaki berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW terhadap cucu baginda Al
Hasan dan Al Husein ra. Penyembelihan itu dilakukan pada hari ketujuh sesudah
kelahiran. Ini jika sanggup. Kalau tidak, boleh pada hari kedua puluh satu dari
hari kelahirannya. Jika tidak sanggup pula, boleh bila-bila saja. Dalam hadis
riwayat Baihaqi disebutkan pula aqiqah disembelihkan pada hari keempat belas
dan hari kedua puluh satu".

Dalam menyembelih kambing aqiqah dianjurkan mengucapkan "Bismillah, ya


Allah ini dari Mu dan kepada-Mu sebagai aqiqah Fulan bin/binti Fulan". Dianjurkan
waktu menyembelih aqiqah waktu matahari naik, dan dianjurkan pula mencukur
rambut bayi sebelum menyembelih aqiqah. Namun ada pendapat yang
mengatakan pencukuran rambut dilakukan setelah penyembelihan aqiqah dan
bersedekah dengan emas seberat rambut yang dicukur. Aqiqah agar dimasak
dengan bahan yang manis, untuk mengharapkan kemanisan akhlak bayi. Dan
lebih utama ialah mengirimkan kepada kaum fakir dalam keadaan yang sudah
masak. Menurut Imam Syafei boleh juga kita mengundang fakir miskin datang ke
rumah kita untuk menikmati daging aqiqah tersebut.

73. Membaca Al-Quran Bertajwid


Soalan:
Apakah hukumnya membaca al-Quran jika semasa membacanya terdapat
kesalahan dalam tajwid? Masalahnya saya tidak begitu arif dalam tajwid
dan tidak begitu lancar membacanya. Harap Ustaz dapat menjawabnya.
Sekian terima kasih.
Jawapan:
Menurut Ibnu Al Jazari Al-Quran wajib dibaca secara tajwid. "Berdosalah
membaca tanpa tajwid, sebab itulah cara ia diturunkan dan begitulah kepada kita
ia disampaikan". Hendaklah membaca Al-Quran dengan tartil iaitu membacanya
dengan sebutan yang betul (dengan mengeluarkan huruf daripada makhrajnya
dan membaca menurut hukum-hukum tajwid) dan membaca dengan lambat-
lambat, kerana maksud membaca Al-Quran itu ialah dengan tadabbur atau
berfikir dan tiadalah dia diperolehi jika dibaca dengan cepat.

Membaca dengan tartil itu adalah amat memberi kesan dalam hati dan lebih
layak untuk berfikir dan memahaminya. Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan
tartilkanlah bacaan Al-Quran dengan sempurna". (Surah Al Muzammil ayat 4)
Berusahalah mempelajari tajwid semampu yang boleh, dengan ikhtiar itu
setidak-tidaknya telah menyelamatkan kita daripada membuat kesalahan dalam
membaca Al-Quran. Seandainya masih terdapat kesilapan dan kesalahan kita
berserah kepada Allah.

74. Ubat Mengandungi Alkohol


Soalan:
Assalamu'alaikum..
Di sini saya ada satu soalan berhubung dengan hukum. Soalan saya,
apakah hukumnya memakan ubat batuk yang mengandungi alkohol
maksud saya kandungan ubat itu ada tertulis 5% alcohol?
Sekian.

Jawapan:
Dalam Hadis Rasulullah ada disebutkan. Dari Aisyah ra. ia berkata, Rasulullah
SAW bersabda; "Setiap yang memabukkan itu hukumnya haram. Kalau
banyaknya memabukkan, maka sedikitnya pun haram". Dalam hadis lain yang
diriwayatkan oelh Ahmad dan Abu Daud dari Abdullah bin Umar bahawa Nabi
SAW bersabda maksudnya: "Setiap yang memabukkan adalah khamar (termasuk
khamar) dan setiap khamar adalah diharamkan". Dari dua hadis diatas dapat
kita simpulkan bahawa khamar atau alkohol yang biasa digunakan orang untuk
minuman yang memabukkan itu sedikit atau banyaknya tetap haram. Namun
dalam kaedah ilmu fiqih adalah istilah darurah. Jika telah diusahakan untuk
mencari ubat lain namun tidak berhasil, maka ketika itu hukumnya harus
(dibolehkan) menggunakan ubat yang mengandungi alkohol. Setelah itu
mohonlah perlindungan kepada Allah agar kita terhindar dari sentiasa
bergelimang dalam perkara syubhat. Wallahu A'lam.

75. Syarat Sembahyang Qasar


Soalan:
1. Apakah syarat-syarat yang membolehkan kita sembahyang qasar?
2. Saya tinggal di bandar AMBS dan pergi ke Kuala Terengganu yang
jaraknya 96 KM atas tugas pejabat. Dalam perjalanan pulang ke AMBS,
saya telah singgah di masjid Ajil (telah masuk waktu zohor) dan
sembahyang jamak takdim serta qasar bagi sembahyang zohor dan asar.
Bolehkah saya berbuat demikian..?

Jawapan:
Dalam mengerjakan solat jamak dan qasar jarak yang ditempuh hendaklah
lebih dua marhalah (91 Kilometer atau 56 batu) dengan niat dan tujuan yang
baik. Dengan demikian dari segi jarak yang anda tempuh membolehkan anda
melakukan solat jamak dan qasar tersebut.

76. Isteri Minta Cerai


Soalan:
Apa pandangan Islam terhadap seorang isteri (pertama)yang sanggup
mengugut dengan kata-kata serta perbuatan yg boleh ditakrifkan
sebagai "menderhaka" kepada suaminya supaya menceraikan isteri
kedua semata-mata kerana ia tidak boleh menerima hakikat yang
suaminya telah berpoligami?

Jawapan:
Jika seorang isteri minta cerai daripada suaminya lantaran suami berkahwin
lagi maka isteri telah melawan hakikat hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.
Jika permintaan itu tanpa alasan yang jelas dan tidak sesuai dengan tuntutan
syarak maka hukumnya berdosa. Apatah lagi permintaan cerai itu atas dasar
cemburu atau marah kerana di madu. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah
bersabda maksudnya: "Dari Abu Hurairah, sesungguhnya telah sampai
kepadanya bahawa Nabi SAW bersabda: "Seorang wanita tidak boleh meminta
suaminya menceraikan isterinya (yang lain) supaya berkecukupan tempat
makannya atau nafkahnya" (HR Tirmizi) Jadi jelaslah usaha isteri pertama agar
suaminya menceraikan isteri yang lain itu berdosa dan dilarang dalam Islam.
Allah SWT memberikan hak kepada pihak lelaki untuk memiliki isteri seramai
empat orang. Masing-masing isteri tersebut mempunyai hak terhadap suaminya
sama seperti hak dirinya terhadap suaminya. Oleh kerana itu tidak ada hak bagi
dirinya menyuruh suami agar menceraikan atau mengurangi hak-hak madunya.
Sebab jika perkara ini dilakukan bererti ia telah merampas hak madunya dan
sekaligus derhaka kepada suami yang memiliki hak untuk berpoligami.
Kederhakaan atas hak suami ini bererti derhaka terhadap hukum yang telah
ditetapkan Allah SWT.

77. Minta Cerai Kerana Suami Berzina


Soalan:
Terima kasih atas jawapan yang diberikan mengenai masalah komunikasi
dengan suami.
Malangnya, si suami telah terlanjur dengan melakukan zina pula kali ini.
Alasan yang diberikan adalah kerana membalas dendam dengan sikap
isteri yang suka merungut tentang ibunya. Apakah nasihat ustaz kepada
si isteri dalam menangani masalah ini? Adakah dibolehkan si isteri
meminta cerai ?

Jawapan .
boleh meminta cerai kepada suaminya (khuluk) jika benar-benar telah melalui
beberapa pertimbangan menurut syariat Islam. Harus hukumnya sekiranya
terdapat keperluan ke arah itu, seperti isteri membenci suaminya kerana
perwatakan luarannya, kerana akhlaknya yang tercela, kerana agamanya ertinya
mengabaikan perintah Allah atau melakukan dosa-dosa besar seperti berzina dan
lain-lain, terlalu tua atau lemah syahwat. Kemudian isteri pula khuatir kalau-
kalau tidak dapat melaksanakan hak-hak Allah SWT dalam mentaati suaminya.
Jika suami mengatakan bahawa dia telah melakukan zina dan sifat terus
terangnya itu kerana menginginkan agar isteri meminta cerai, maka perbuatan
suami semacam ini haram hukumnya dan berdosa besar. Seandainya telah
sampai ke tahap demikian berpisah atau cerai adalah lebih baik demi
kemaslahatan isteri dan menjaga agama isteri.

Sebagaimana Islam memberikan hak kepada suami tentang talak maka Islam
juga memberi hak kepada isteri untuk meminta khuluk atau cerai. Untuk lebih
memuaskan lagi hati puan merujuklah kepada pihak qadi yang berdekatan agar
masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang bijaksana dan mengikut
undang-undang syariat di negara kita.

78. Bekerja Sebagai Broker Insurans Minuman Keras


Soalan:
Saya bekerja sebagai seorang broker insurans. Adakah dibenarkan saya
menguruskan insurans untuk pelanggan yang perniagaannya melibatkan
import minuman keras? Ada pendapat mengatakan bahawa kami hanya
menjalankan tugas sebagai broker, oleh itu tidaklah berdosa. Di harap
dapat penjelasan ustaz?
Terima kasih.

Jawapan:
Menurut sebahagian ulama mengatakan segala sesuatu yang berhubungan
dengan minuman keras dan berkaitan dengannya tetap terlarang. Bahkan
setengahnya mengatakan mengambil upah memotong rumput di kilang
minuman keras pun tetap terlarang. Dalam Hadis Rasulullah SAW ada dijelaskan
bahawa ada sepuluh orang yang terlibat di dalamnya mendapat dosa.

Diriwayatkan dari Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Dalam


persoalan khamar ini ada sepuluh orang yang dikutuk disebabkannya;
pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya,
penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayar dan pemesannya".
(Diriwayatkan Ibnu Majah dan Tarmizi) Seandaianya puan sukar untuk
mendapatkan pekerjaan lain dan sedang berusaha untuk mencari pekerjaan yang
tidak ada kaitan dengan minuman keras ataupun unsur riba dan sesuatu yang
haram, maka yang paling penting dalam hal ini menurut Yusuf Al Qardawi kita
tidak reda dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara haram ini. Setelah itu
berusahalah untuk mencari yang baik dan yang diredhai Allah SWT, agar hidup
kita mendapat berkat dan rezeki yang kita makan serta anak-anak dan keluarga
kita nikmati itu tidak mengandungi unsur subhat. Wallahu A'lam.

79. Membentuk Keluarga Sakinah


Soalan:
Saya mempunyai pertanyaan yaitu ... Saya belum lama ini menikah dan
isteri saya adalah anggota ABRI/Tentara/Army, pertanyaan saya adalah
bagaimana membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah dan
warahmah dengan kondisi sekarang ini, mungkin Darul Nu'mam
mempunyai buku-buku atau referensi yang membahas tentang
bagaimana membentuk keluarga yang islami ..... terima kasih?
Jawapan:
Dalam Islam suami memegang peranan yang sangat penting untuk membina
rumahtangga yang berkat dan diredhai Allah. Semenjak daripada menyediakan
tempat tinggal hinggalah persoalan makan dan minum, suamilah yang harus
menyediakannya, sedangkan isteri berperanan sebagai ibu dalam rumahtangga,
baik menyediakan makanan dan minuman serta melayan suami mahupun
menjaga anak-anak jika sudah punya anak. Namun jika isteri juga bekerja di luar
rumah sebagaimana suami, maka aturlah masa agar hubungan keduanya tidak
terjejas atau terganggu.

80. Doa dan Wirid ketika Haid


Soalan:
Bolehkah seorang wanita yang didalam keadaan haid mengamalkan doa-
doa yang di petik dari ayat Al-Quran (dengan niat berdoa)?

Jawapan:
Ada berbagai pendapat tentang boleh dan tidaknya seseorang itu membaca Al-
Quran ketika mereka sedang haid atau berjunub. Pendapat yang mengatakan
wanita haid tidak boleh membaca Al-Quran sesuai dengan dalil Al-Quran
maksudnya: "Tidak menyentuh Al-Quran kecuali orang-orang yang disucikan".
(Al Waqiah ayat 79). Kemudian menurut hadis Rasulullah SAW maksudnya:
"Tidak menyentuh Al-Quran kecuali orang-orang yang suci". (Riwayat Tabrani)
Pendapat yang mengatakan boleh mereka berdasarkan sebuah hadis yang umum
bermaksud: "Bahawa Rasulullah SAW berzikir kepada Allah dalam segala
keadaan. Menurut riwayat bahawa Ibnu Abbas membaca wirid ketika berjunub.
Bahkan beliau ada berkata "Telah bercerita kepadaku Abu Sufyan bahawa Harqal
menyeru orang ramai dengan membaca kitab Nabi SAW iaitu dalam keadaan
berjunub".

Diceritakan oleh Abu Tsaur dari Imam Syafe'i bahawa wanita yang sedang haid
dibolehkan membaca Al-Quran. Tentang penafsiran mereka ayat yang
menyebutkan: "Tidak menyentuh Al-Quran kecuali orang-orang yang disucikan"
(Al Waqiah ayat 79) Maksud ayat disini adalah orang-orang kafir dilarang
menyentuh Al-Quran.

Untuk lebih jelas kita rujuk pendapat-pendapat ulama muktabar.


Menurut mazhab Abu Hanifah, mazhab Syafe'i dan Ahmad mengatakan :Wanita
haid dan junub boleh membaca Quran tanpa memegang kitab.

81. Ayat "Seribu Dinnar"


Soalan:
Boleh tak saya dapatkan ayat "seribu dinnar"?

Jawapan:
Ayat seribu dinar dipetik dari ayat 2 (bermula dari Wa man yat ta qillah) dan
(hingga) ayat 3 surah Ath Thalaq. Sila rujuk Al Quran, atau Al Quran dan
Terjemahannya.
82. Tabiat Menipu
Soalan:
Assalammualaikum!!!!!
Soalan saya bergini. Apakah hukumnya seseorang itu MENIPU sedangkan
dia tahu menipu itu adalah berdosa dan masihkah ada pengampunan
untuk beliau?

Jawapan:
Menipu merupakan pekerjaan dosa besar, kerana sifat ini merupakan sifat
yang paling menonjol yang dimiliki oleh orang munafik. Rasulullah SAW bersabda
maksudnya: "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata
suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan
(amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim). Balasan bagi orang
suka menipu serta tidak amanah ataupun tergolong dalam orang munafik ini
sangat pedih di akhirat nanti. Sekalipun orang munafik atau menipu orang itu
sentiasa merahsiakan sifat kemunafikannya, Allah adalah Zat Yang Maha Tahu
akan membongkar kesalahannya di hadapan orang-orang Islam apa yang selama
ini tersimpan dalam hatinya. Allah berfirman maksudnya: "Atau apakah orang-
orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan
menampakkan kedengkian mereka? dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami
tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal
mereka kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-
perbuatan kamu" (Muhammad ayat 29-30) Dalam sebuaha riwayat dikisahkan,
merupakan perjalanan yang mengerikan bagi mereka yang suka menipu di
akhirat nanti dengan melalui jambatan nereka yang lebih lembut dari helaian
rambut. Tidak ada manusia yang mampu melaluinya kecuali atas pertolongan
Allah. Bagi kaum munafik atau penipu, tatkala mereka menuju jambatan itu dan
bersama-sama dengan kaum mukminin, mereka mendapatkan cahaya
sebagaimana yang didapati oleh kaum mukminin itu. Nampak seakan-akan
mereka turut melakukan solat, zakat, haji dan puasa. Namun di tengah jambatan
itu, Allah mencabut cahaya-Nya. Mereka terdiam dan berdiri dalam keadaan
bingung, tak mampu melanjutkan perjalanan. Mereka dipanggil oelh orang-orang
mukmin supaya mendekatinya supaya mereka memperoleh cahaya, namun
mereka tertinggal jauh. Lalu dikatakan kepada orang munafik atau peniupu itu
mundurlah ke belakang. Mereka pun mundur mencari cahaya yang hilang.
Begitulah nasib bagi orang yang menipu.

Berusahalah untuk bertaubat daripada pekerjaan menipu ini :


1. Kembali kepada Allah SWT dengan mengikuti segala ajaran-Nya dan bertaubat
dengan taubat nasuha.
2. Bertawakal kepada Allah SWT dengan sebenarnya sambil mengharapkan
keutamaan-Nya.
3. Bersyukur kepada Allah kerana telah membuka hati kita kepada bertaubat
kepada-Nya, insya Allah segala kesilapan yang telah kita lakukan pada masa
silam akan diampunkan-Nya.

83. Mencuci Telekung Dengan Mesin Basuh


Soalan:
Apa pendapat tuan tentang mencuci telekung dengan menggunakan
mesin basuh?
Setengah orang mengatakan tak suci.
Jawapan:
Salah satu syarat sah solat adalah suci badan, pakain dan tempat daripada
najis, jika pakaian yang kita gunakan itu suci daripada najis maka ianya telah
memenuhi syarat tersebut. Tidak kiralah dengan cara bagaimana kita
membasuhnya, apakah dengan tangan, dengan mesin basuh atau memerahnya
di sungai dan sebagainya. Haruslah dengan air yang mengalir. Jika dengan mesin
, 1 X dibilas dengan air sabun dan 2 X dibilas dengan air biasa, sudah memadai.

84. Menyimpan Wang di Bank


Soalan:
Apakah hukumnya jika kita masuk dalam sijil simpanan premium yang
dianjurkan oleh sebuah bank tempatan. Adakah ianya sama seperti
bertaruh?
Jawapan:
Jika kita menyimpan wang dalam sesebuah institusi kewangan yang memakai
unsur riba, maka sudah jelas bahawa riba itu dilarang dan berdosa. Kemudian
tentang hasrat menyimpan wang di sebuah institusi kewangan dengan tujuan
untuk memperoleh undian dan mendapatkan hadiah maka niat ini adalah salah.
Oleh sebab itu ubahlah niat yang salah ini, menabunglah kerana ingin
memperbaiki ekonomi keluarga bukan untuk memperoleh undian.

85. Hukum Memperjuangkan Hukum Allah


Soalan:
Adakah setiap individu itu wajib untuk memperjuangkan hukum-hukum
Allah agar ia dilaksanakan di dalam negaranya?
Jawapan:
Setiap individu wajib memperjuangkan dan menegakkan hukum Allah SWT.
Sebab hukum yang ditetapkan Allah dalam Al Quran itu adalah untuk seluruh
alam. Maka perkara amat tercela jika mengatakan Al Quran dan segala
ketentuannya tidak sesuai dengan masyarakat majmuk. Mengenai proses
pelaksanaannya di dalam masyarakat yang berbilang kaum ini ada ketentuan
yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Jadi janganlah umat Islam menafikan
hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah SWT di dalam Al-Quran. Sebagai
masyarakat awam seandainya kita tidak mampu untuk melaksanakannya adalah
lebih baik berdoa dan menyerahkannya kepada Allah agar hukum Islam dapat
diterapkan pada masa yang ditentukan-Nya.

Firman Allah SWT dalam Al Quran maksudnya: "Bagaimana pendapatmu


mengenai orang-orang yang mempunyai sangkaan dirinya beriman kepada
(wahyu) yang telah diturunkan kepadamu dan (wahyu) yang telah diturunkan
kepada Rasul-rasul sebelummu, tetapi ternyata mereka tetap menginginkan
mengikut keputusan hukum dari taghut. Padahal mereka diperintahkan untuk
mengingkari hukum-hukum taghut tersebut. Akan tetapi syaitan berkeinginan
menyesatkan mereka pada kesesatan yang jauh". (An Nisaa' 60) Menjadikan
selain hukum-hukum Allah sebagai pegangan hidup bererti memilih taghut
sebagai pemimpin, kerana taghut itu bererti sesat, syaitan dan menyembah
selain Allah. Berusahalah menuju kepada kebenaran yang telah ditetapkan oleh
Allah, agar kehidupan kita memperoleh berkah dan rahmat. Jika negara tidak
dapat menegakkan hukum Allah secara seratus peratus, bermulalah dari diri
sendiri dan keluarga agar kehidupan kita selamat daripada murka Allah di dunia
dan di akhirat nanti. Wallahu A'lam.
86. Solat Jama' Ta'khir di Rumah
Soalan:
Bolehkah saya mengqada'kan sembahyang Zohor ke dalam waktu Asar
(Jama' Ta'khir) apabila saya telah samapai ke rumah saya. Saya tidak
sempat untuk menjama'nya ketika dalam perjalanan kerana saya
menaiki bas. Adakah sah sembahyang saya itu? Jika tidak boleh adakah
saya wajib untuk mengqada' sembahyang saya itu kerana kejahilan
saya?
Jawapan:
Jila seorang musafir sampai di rumahnya sedangkan ia belum selesai
mengerjakan solat jama' Ta'khir, setengah ulama mengatakan dikira solat tunai.
Solat itu wajiblah dikerjakan dengan solat sempurna, jika Zuhur, Asar atau Isya
empat rakaat tidak lagi boleh diqasarkan. Jika tertinggalnya solat tersebut kerana
halangan tertentu seperti sukar menemukan tempat solat kerana naik bas
ataupun kapal terbang maka perlulah ia mengqada solat yang tertinggal tersebut.
Wallahu A'lam.

87. Bersalaman Bukan Muhrim


Soalan:
Adakah batal wuduk saya jika saya bersalam dengan kakak ipar saya dan
adakah dia bukan muhrim saya. Bagaimana pula kedudukan isteri kepada
anak saudara saya? Jazakallah.
Jawapan:
Bersalaman dengan orang yang bukan muhrim hukumnya haram. Ipar adalah
hubungan kekeluargaan yang sifatnya sementara, oleh sebab itu kita tidak boleh
sesuka hati untuk bersalaman dengan mereka. Dalam sebuah hadis Rasulullah
SAW bersabda maksudnya: "Dari Uqbah bin Amir, ujarnya, Rasulullah SAW
sesungguhynya telah bersabda: Jauhlah olehmu sekalian masuk ke tempat
wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda
tentang ipar?. Sabda Rasulullah: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i) Namun untuk
mengelakkan salah faham (fitnah) dalam keadaan tertentu, dibolehkan bersalam
tetapi beralaskan kain yang tidak lut sinar.

88. Tafsir Mimpi


Soalan:
Seorang kawan saya menceritakan bahawa kekasihnya bermimpi yang
beliau telah berjumpa dengan bapa kawan saya. Dalam mimpi itu kekasih
kawan saya telah meminta izin dari bapanya untuk keluar bersama
kawan saya. Bapa kawan saya telah mengizinkannya. Masalahnya kawan
saya mengatakan bahawa mimpi tersebut berlaku disebuah rumah teres
sedangkan kawan saya tinggal dirumah flat begitu juga dengan
kekasihnya. Apakah maksud mimpi kekasih kawan saya itu?
Jawapan:
Setiap kita pernah mengalami mimpi, baik mimpi yang menyenangkan
mahupun mimpi yang buruk, namun tidak semua dapat ditafsirkan makna yang
terkandung dalam mimpi kita itu. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang
tidak meninggalkan kesan kepada kita dan ada juga mimpi yang kita alami itu
akan benar-benar menjadi kenyataan.

Mimpi bagi insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran terhadap sesuatu


yang akan berlaku kerana Rasulullah SAW tidak bermimpi melainkan mimpi-
mimpi baginda menjadi kenyataan. Namun bagi insan yang jauh dari keimanan,
tidak solat, tidak mengambil wuduk dan membaca doa dan
Bismillahirrahmanirrahim ketika ingin tidur kebanyakan mimpi yang datang
hanyalah berita yang disebarkan oleh syaitan. Jika mimpinya itu benar-benar
menjadi kenyataan maka itu sebagai peringatan daripada Allah SWT agar insan
yang jauh dairpada kebenaran lebih dekat kepada-Nya.

89. Puasa Wanita Mengandung


Soalan:
Apakah hukumnya seorang perempuan mengandung yang meninggalkan
puasa di bulan Ramadhan kerana dikhuatiri dirinya akan menjadi lemah
dan tidak berdaya melakukan kerja-kerja seharian (di pejabat
dan di rumah)?

Jawapan:
Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi berkata bahawa Rasulullah
SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam
ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia
meringankan) puasa".Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang
hamil atau menyusui boleh berbuka puasa. Boleh juga berbuka sekalipun yang
menjadi sebabnya adalah soal anak.

Menurut Imam Tirmizi, sebahagian ulama mengatakan, wanita hamil dan


menyusui itu boleh berbuka puasa dan memberi makan kepada fakir miskin,
kalau dia mahu boleh pula dia mengqadha tanpa memberikan makanan kepada
fakir miskin. Sedangkan menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita
hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib
berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah
mengqadha puasanya kelak.

90. Berjimak Sebelum Mandi Wajib


Soalan:
Saya sudah bersih daripada didatangi haid. Apakah boleh sekiranya saya
membenarkan suami saya menyetubuhi saya sedangkan saya belum lagi
mandi wajib dan apakah hukumnya. Adakah saya berdosa terhadap
suami saya sekiranya suami saya tidak mengetahuinya?

Jawapan:
Syekh Mahmud Khitab As Subki mengatakan, bahawa menurut kebanyakan
para ulama Jumhur persetubuhan yang dilakukan sehabis berhentinya darah haid
sebelum mandi adalah haram, sekalipun berhentinya itu pada akhir masa haid
yang terpanjang. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat
222 yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah;
"Ianya kotor (mudarat), oleh itu hendaklah kamu menghindarkan diri dari
isterimu (jangan menyetubuhinya) dan jangan kamu hampirinya sebelum mereka
suci. Apabila mereka telah suci (mandi), datangilah mereka sebagaimana yang
telah diperintahkan Allah ke atas kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang
yang bertaubat dan yang membersihkan diri".
Jika anda telah terlanjur melakukan sesuatu perkara yang dilarang dalam
agama, sedangkan anda tidak mengetahui kedudukan hukum yang sebenarnya,
maka segeralah bertaubat kepada Allah, dan berhati-hatilah dalam mengerjakan
syariat yang telah ditentukan Allah SWT. Hanya kepada Allah kita semua
berserah diri dan hanya Allah Yang Maha Pengampun. Wallahu A'lam.

91. Qadha' Solat Setelah Bertaubat


Soalan:
Apakah dosa bagi orang yang tidak sembahyang untuk sekian lamanya?
Bagaimanakah jika seseorang itu ingin mengantikan solatnya itu setelah
ia bertaubat?
Jawapan:
Jika meninggalkan solat dengan sengaja maka ia tidak wajib mengqadhanya.
Ini menurut pendapat yang paling shahih di kalangan ulama. Kerana
meninggalkan solat dengan sengaja pada hakikatnya telahpun terkeluar dari
batasan Islam dan menyebabkan ia boleh digolongkan sebagai orang-orang kafir.
Orang-orang kafir pula tidak diwajibkan mengqadha solat di masa-masa
kekafirannya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Yang
membezakan seorang itu mukmin dan kufur serta syirik adalah meninggalkan
solat". (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW tidak memerintahkan kepada orang-orang kafir sebaik sahaja


mereka memeluk Islam untuk mengqadha apa-apa yang telah mereka tinggalkan
(dari solat). Demikian pula setiap para sahabat mereka tidak memerintahkan
kepada orang-orang murtad mengqadha solat. Bagaimanapun sekiranya
seseorang itu mengqadhanya kerana ia telah meninggalkan solat dengan
sengaja, namun ia tidak ingkar terhadap wajibnya solat, maka ia tidak apa-apa
(harus hukumnya).

92. Aurat Abang Ipar dengan Adik Ipar


Soalan:
Bagaimanakah aurat diantara abang ipar dan adik ipar?

Jawapan:
Hubungan abang ipar dengan adik ipar hendaklah dijaga sesuai dengan
tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat
sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh
kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan muhrim dan
perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir
katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu
sekalian masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya:
"Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar
itu maut". (Riwayat Nasai)
Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa hubungan antara
ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang
telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah
dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita
mengabaikannya.

93. Fadhilat Basmalah


Soalan:
Assalamualaikum...
Seseorang telah mengajar saya supaya mengamalkan membaca
Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 201 kali selepas sembahyang lima
waktu...Insya Allah, Allah akan mengurniakan ganjaran yang besar serta
memakbulkan segala permintaan kita. Apakah ini terdapat dalam amalan
sunnah Rasullullah?

Jawapan:
Membaca bismillah dalam segala pekerjaan memiliki fadhilat yang paling
besar, kerana kita mendahulukan sesuatu itu dengan Asma dan Kebesaran Allah
SWT. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnaya: "Tiada seorang
hambapun mengucapkana "Bismillahirrahmanirrahim" kecuali Allah SWT
perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk
mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan".

Banyak sekali khasiat dan fadhilat Basmallah ini yang telah diamalkan oleh
para Salafussoleh. Sehingga diantara mereka ada merumuskan jumlah tertentu
dengan keutamaan tertentu dari bacaan Basmalah tersebut. Diantaranya seperti
yang puan amalkan itu. Wallahu A'lam. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang
fadhilat atau keutamaan Basmallah dan ayat-ayat atau surah-surah Al Quran.

94. Batas Aurat Wanita


Soalan:
Bolehkah ustaz terangkan kepada saya beberapa perkara seperti berikut:
1. Aurat saya terhadap suami kepada emak saudara saya.
2. Aurat saya terhadap bapa saudara sebelah suami saya.
3. Bolehkah saya menyambut salam mereka(yang disebut di atas)
dengan tujuan sebagai memberi penghormatan. Untuk pengetahuan
ustaz mereka sudah berusia dan telah terlebih dahulu menghulurkan
salam kepada saya. Dan adakah batal air sembahyang saya? Saya harap
ustaz dapat memberi penjelasan. Sekian, terima kasih.
Jawapan:
Untuk menjawab batas aurat seorang wanita ini maka cukuplah kami utarakan
maksud surah An Nuur ayat 31, kerana didalamnya telah ditetapkan oleh Allah
SWT. Firman-Nya yang bermaksud: "Katakanlah kepada wanita yang beriman
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan
janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada:
suami mereka,
ayah mereka,
ayah suami mereka,
putera-putera mereka,
putera-putera suami mereka,
saudara-saudara lelaki mereka
putera-putera saudara lelaki mereka,
putera-putera saudara perempuan mereka,
wanita-wanita Islam,
hamba-hamba yang mereka miliki,
pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita,
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita, Dan janganlah mereka
memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya
kamu beruntung".

95. Amalan Membaca Yasin


Soalan:
Assalamualaikum wr. wb.
Apakah benar amalan membaca yasin 3 kali di malam nisfu syaaban
merupakan bid'ah kerana tiada nas. Yang ada cuma hadis daif?
Jawapan:
Menurut Ibnu Manzur dalam bukunya "Lisan al Arab" bid'ah bermaksud
mengada-adakan sesuatu yang baru atau rekaan terhadap sesuatu yang baru
yang tidak ada contoh sebelumnya. Jadi jelaslah bahawa bid'ah itu adalah
sesuatu yang diada-adakan tanpa ada asas sebelumnya dan contoh yang boleh
diikuti.

Menurut Al Jawhari menegaskan dalam kitabnya mengatakan; Bid'ah ialah


mengada-adakan sesuatu di dalam agama selepas lengkapnya agama itu.
Kemudian Al Allamah Asy Syanawi mendefinisikan bid'ah sebagai sesuatu yang
diada-adakan yang bercanggah dengan kebenaran yang diterima daripada
Rasulullah SAW dan ijma. Ia merangkumi rekaan sesuatu yang tidak diizinkan
oleh syarak baik berbentuk perkataan, perbuatan secara sarih, isyarat dan tidak
melibatkan perkara-perkara adat. Berdasarkan difenisi ini bid'ah merangkumi
sesuatu yang dikeji oleh syarak dan dilarang olehnya samada ia diadakan sebagai
agama Allah dan syariat ataupun tidak.

Berkaitan tentang membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dimalam nisfu
Syaaban antara lain; sesungguhnya membaca Al Quran disunatkan dan
pembacanya mendapat pahala. Perkara ini tidak pernah dipertikaikan oleh
seseorangpun dari kalangan ahli ilmu. Sangat banyak hadis yang menerangkan
tentang kelebihan membaca Al Quran antaralain; "Barangsiapa yang membaca
satu huruf dari kitab Allah, maka baginya sepuluh pahala untuk setiap huruf yang
dibaca itu, saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi alif itu satu
huruf, Lam, satu huruf, dan Mim satu huruf". Namun jika mengkhususkannya
pada hari-hari tertentu dan masa-masa tertentu setengah ahli mengatakannya
bid'ah.

Untuk lebih jelas lagi kami terangkan bahawa bid'ah itu dapat juga dibahagikan
kepada bid'ah hakikiah dan bid'ah Idafiah. Bid'ah hakikiah ialah bid'ah yang tidak
mempunyai asas langsung dari Al Kitab, Sunnah dan ijmak ulama. Bid'ah idafah
atau sandaran ialah bid'ah yang mempunyai sandaran dari Al Kitab, As sunnah
dan ijma ulama tetapi masa dan teknik pelaksanaannya tidak berdasarkan
kepada Al Kitab atau as sunnah. Mungkin berdasarkan pengertian ini mereka
menetapkan perkara di atas sebagai bid'ah. Kerana di dalam amalan itu
mengandungi dua makna. Pertama dia merupakan sunat, kedua ia merupakan
bid'ah kerana menetapkan masa-masa tertentu ataupun jumlah-jumlah tertentu.
96. Ketaqwaan di Bulan Ramadhan
Soalan:
Apakah persediaan dan bekalan yang diperlukan untuk memasuki
"Universiti Ramadan" agar berjaya memperolehi "Ijazah Taqwa"?

Jawapan:
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia, bahkan ia merupakan waktu
(universiti) untuk membina jiwa dan raga dalam mendekatkan diri kepada Allah
SWT. Banyak hadis dan ayat Al Quran yang menjelaskan tentang kelebihan bulan
Ramadhan ini diantaranya: "Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukalah
pintu-pintu langit dan ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan".
(Riwayat Bukhari dan Muslim) Banyakkan amalan-amalan sunat dan laksanakan
amalan wajib dengan sempurna. Dalam sebuah hadis ada disebutkan tentang
diantara amalan-amalan yang perlu dilaksanakan agar memperolehi ketaqwaan.
Namun sebelum melaksanakan semua amalan itu hendaklah mempersiapkan jiwa
dengan rasa keikhlasan dan beramal kerana Allah semata, bukan kerana riya dan
ingin pujian manusia. Jika ini yang terjadi maka rugilah dan punahlah segala
amalan yang kita kerjakan nanti.

Diantara amalan yang dianjurkan Rasulullah tersebut antara lain: Solat tarawih
dan solat-solat sunat yang lain, bantu membantu diantara sesama Islam dengan
amalan sedekah dan sebagainya, memberikan hidangan berbuka puasa kepada
orang-orang yang berpuasa terutamanya orang-orang miskin. Banyak bertahlil,
banyakkan memohon keampunan dengan bertaubat dan beristighfar, memohon
memperoleh syurga Allah di akhirat kelak dan mohon perlindungan dari api
neraka. Wallahu A'lam

97. Nama-nama yang Baik.


Soalan:
Bolehkah ustaz senaraikan nama-nama yang paling baik di sisi islam
lelaki atau perempuan berserta maknanya sekali. Dan apakah makna Nur
Fatihah, Nur Hidayah, Muhammad Firdaus dan Muhammad Hakim?
Jawapan:
Nur Fatihah maksudnya "Cahaya Pembukaan atau Cahaya Kemenangan".
Nur Hidayah maksudnya "Cahaya Petunjuk".
Muhammad Firdaus - Muhammad ertinya Insan yang terpuji. Firdaus ertinya:
nama syurga.
Muhammad Hakim - Muhammad ertinya Insan yang terpuji. Hakim ertinya:
Bijaksana.

98. Mempercepat Cari Jodoh.


Soalan:
Bagaimanakah caranya untuk mempercepatkan jodoh? Ayat-ayat apakah
yang perlu saya amalkan?
Jawapan:
Dalam usaha untuk mempercepat mencari pasangan hidup hendaklah kita
banyak berdoa dan bermohon kepada Allah agar kita sentiasa memperoleh
berkah dan rahmat-Nya. Kerjakan segala yang diperintahkan agama dan
tinggalkan segala yang dilarang oleh Islam, jika amalan-amalan yang mulia ini
kita laksanakan, maka Insya Allah akan ditentukan Allah dengan suatu yang lebih
baik nantinya. Mungkin saja keterlambatan itu kerana ada hikmah yang
terkandung didalamnya yang kita sendiri tidak dapat untuk menterjemahkannya.
Mungkin juga terlambatnya jodoh kita itu kerana kelalaian kita dalam mengingati
Allah SWT sehingga Allah mengingatkan kita dengan cara melambatkan jodoh
tersebut, akhirnya kita sedar bahawa Allah lah tempat kita bermohon. Berdoalah
setiap selepas solat lima waktu agar anda memperoleh pasangan yang baik dan
menjalankan agama Islam dengan cara yang sempurna.

Dalam salah satu petua yang diungkapkan oleh seorang penyusun buku
amalan menjelaskan bahawa untuk mempecepat memperoleh pasangan atau
jodoh hendaklah sering mengamalkan membaca "Surah Thaha". Tapi yang
penting doa yang kita ingin pohonkan itu kita sendiri mengetahui maksudnya,
oleh sebab itu saya anjurkan cukuplah berdoa dengan bahasa yang anda fahami
selepas mengerjakan solat lima waktu.

99. Batas Aurat


Soalan:
Dari pemerhatian saya, ramai daripada kalangan kita yang tidak
mengendahkan larangan bersalaman tanpa alas dengan yang bukan
muhrim. Apa yang menghairankan...mereka yang melakukan perkara ini
adalah mereke yang warak dan alim..contohnya ustaz2 & imam2. Yang
paling ketara ialah bersalam dengan ipar, anak saudara sebelah
pasangan dan sepupu. Mungkin kerana dirasakan seperti keluarga dan
tanpa niat.
Bolehkah kita menerima hakikat ini dan adakah ianya dibenarkan?
Begitu juga dengan larangan menutup aurat yang dipandang ringan di
kalangan ipar dan saudara-mara. Harap dapat penjelasan daripada Darul
Numan.

Jawapan:
Dalam Islam telah menggariskan ketentuan tentang batas aurat ini, tidak
kiralah siapa orang itu, jika ia bertentangan dengan ketentuan Islam maka
hukumnya tetap berdosa. Dalam Surah An Nur ayat 31 ada dijelaskan tentang
muhrim yang membolehkan mereka menampakkan perhiasan mereka. Untuk
lebih jelas sila rujuk surah An Nur ayat 31 ataupun rujuk soalan yang telah lalu
yang telah ditanya.

Mengenai menutup aurat dengan ipar telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW
bahawa ipar itu adalah maut. Maksud maut disini adalah bahaya yang sangat
besar yang akan terjadi jika pergaulan di antara mereka tidak diatur sesuai
dengan tuntunan Islam.

100. Mengerjakan Haji dengan Mengupah Orang Lain


Soalan:
Bolehkah seseorang yang sakit (tidak boleh berjalan) mengerjakan haji
dengan cara mengupah seseorang untuk mengerjakan haji bagi
pihaknya?

Jawapan:
Orang yang lemah keadaannya seperti sudah terlalu tua atau uzur sakit yang
berat dan tidak dapat pergi sendiri untuk menyempurnakan fardhu Haji, maka
diharuskan ia menyuruh orang lain mengerjakan Haji bagi pihak dirinya, samada
dengan sukarela ataupun dibayar upahnya.

Begitu juga jika orang itu meninggal dunia tetapi belum dapat menunaikan
fardhu Haji semasa hidupnya, maka harus juga hukumnya bagi orang yang hidup
mengerjakan Haji atasnya, samada dengan sukarela atau diupah.

101. Roh Keluar Dari Jasad Ketika Tidur


Soalan:
Semasa tidur adakah benar roh telah keluar daripada jasad seseorang itu
?
Jawapan:
Di dalam ayat Al Quran ada dijelaskan tentang kedudukan roh ketika tidur ini,
dan memang Allah SWT memegang roh orang yang mati dan ketika tidurnya, dan
melepaskan kembali sampai waktu yang ditentukan.

Firman Allah SWT maksudnya: "Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya
dan memegang jiwa orang yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia
tahanlah jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan
jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian
itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir". (Az Zumar
ayat 42)

102. Makna Insyirah


Soalan:
1) Apakah makna perkataan / nama Insyirah?
2) Bagaimanakah caranya untuk mengerjakan solat jamak & qasar?

Jawapan:
1) Makna nama Insyirah iaitu; KEGEMBIRAAN atau LAPANG HATI.
2) Tentang pelaksanaan solat jamak dan qasar, kami harap anda dapat merujuk
soalan sebelum ini dalam halaman senarai soalan mengikut kategori

103. Membuang Bulu Roma


Soalan:
Apakah hukumnya membuang bulu roma yang menyerupai lelaki?
Jawapan:
Allah telah menjadikan sesuatu dalam diri kita dengan lengkap dan sempurna
serta mengandungi hikmah yang besar setiap ciptaan-Nya itu. Jika bulu roma
yang anda maksudkan itu dapat menimbulkan mudarat pada diri anda maka
dibolehkan untuk mencukurnya demi menjaga kesihatan. Namun jika pencukuran
itu dilakukan atas niat lain, seperti ingin menunjuk betis kita kepada orang lain
atau kepada yang bukan muhrim, maka jelaslah hukumnya menjadi haram
kerana betis itu merupakan aurat bagi seorang wanita.
104. Membantah Kedua Ibu Bapa
Soalan:
Berdosakah seorang anak yang membantah pendapat bapanya yang
bertentangan dengan hukum
agama / hukum alam?

Jawapan:
Islam memerintahkan agar seorang anak menghormati kedua ibu bapanya,
walaupun keduanya bukan beragama Islam. Apatah lagi jika keduanya beragama
Islam, namun jika keduanya membantah tentang sesuatu ketentuan agama maka
jelaskan kepadanya dengan cara yang baik dan tidak menyinggung atau
menyakiti perasaan keduanya. Gunakan cara yang berhemah dan lemah lembut
serta bahasa yang baik dalam menjelaskan sesuatu persoalan terhadap kedua ibu
bapa. Sesungguhnya keredhaan Allah tergantung keredhaan ibu bapa terhadap
anaknya.

105. Membentuk Jatidiri


Soalan:
Bagaimanakah untuk membentuk jatidiri diperisai oleh iman dan taqwa
dalam menempuh kegawatan kehidupan masa kini?
Jawapan:
Keimanan itu tumbuh dengan menjalankan segala ajaran yang telah
ditetapkan oleh agama Islam. Betapapun usaha kita untuk menjadi orang yang
beriman jika tidak disertakan dengan ketaatan dan kepatuhan terhadap perintah
Allah, maka pengakuan beriman itu hanya sekadar dibibir sahaja. Jadi keimanan
itu diperolehi melalui keteguhan hati dan istiqamah dalam menjalan segala
perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Jika semua ketentuan
tersebut dapat kita laksanakan maka barulah kita sampai ke tahap insan yang
bertaqwa.

Cabaran hidup masa kini memang sedikit sebanyak mempengaruhi gaya hidup
kita jika kita tidak membentengi diri dengan jalan mengendalikan hawa nafsu.
Hawa nafsu membawa seseorang lebih cinta kepada dunia dan melupakan
kepada kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Jadi sumber matair yang
perlu anda gali adalah melengkapi diri dengan ilmu-ilmu agama Islam, dengan
sendirinya hawa nafsu dapat dikendalikan dengan sempurna dan baik.
Wallahu A'lam.

106. Perasaan Seorang Janda


Soalan:
Bagaimanakah caranya untuk menepis tanggapan buruk masyarakat
terhadap mereka yang memegang status janda/duda?

Jawapan:
Anggapan buruk masyarakat terhadap seorang janda yang beriman
merupakan dosa. Walaupun begitu kita hendaklah menghadapi masalah ini
sebagai suatu cobaan daripada Allah SWT agar kita sentiasa pada garis yang
benar. Cara yang mudah untuk menepis tanggapan buruk itu adalah dengan
banyak berdoa kepada Allah SWT setelah selesai solat, serta tunjukkan
keperibadian seorang muslimah yang solehah dengan berpakaian yang
dianjurkan dalam Islam, mengatur pergaulan dengan baik, sering menghadiri
majlis ilmu yang tidak menimbulkan fitnah, serta buatlah sesuatu yang tidak
bertentangan dengan agama Islam.

Biarkan anggapan buruk itu timbul di hati setengah insan yang berpenyakit
disekeliling kita asalkan kita tetap pada jalan yang benar. Kerana membalas
anggapan buruk dengan menjelaskan kepada mereka tentang diri kita
kadangkala hanya sia-sia semata. Cukuplah Allah tempat kita mengadu dan
menyerahkan segalanya, kerana dengan cara ini saja hati kita menjadi aman dan
tenteram, insya Allah.

107. Mencuci Pakaian Solat dalam Mesin Pembasuh.


Soalan:
1) Apakah sah / boleh dibawa bersembahyang pakaian yang dibasuh
dengan washing machine auto/semi auto?
2) Bagaimanakah caranya mengerjakan solat jamak & qasar serta serta
cantuman keduanya?

Jawapan:
1) Boleh mencuci pakaian solat dalam mesin pembasuh jika pakaian itu tidak
terkena najis atau tidak bercampur dengan pakaian lain yang terkena najis yang
menyebabkan ia bercampur baur dalam mesin tersebut. Proses pencucian dalam
mesin basuh juga mengalirkan air dan bahkan melalui proses pembilasan
sehingga pakaian solat itu menjadi bersih.

Tidak kiralah dengan cara bagaimana kita membasuhnya, apakah dengan


tangan, dengan mesin basuh atau memerahnya di sungai dan sebagainya.
Haruslah dengan air yang mengalir. Jika dengan mesin , 1 X dibilas dengan air
sabun dan 2 X dibilas dengan air biasa, sudah memadai.

2) Tentang pelaksanaan solat jamak dan qasar, kami harap anda dapat merujuk
soalan sebelum ini dalam senarai soalan mengikut kategori

108. Menyimpan Aib Sendiri.


Soalan:
Bagaimanakah pendapat ustaz tentang seorang gadis telah diperkosa
berbagai-bagai masalah akan timbul. Terutama apabila ada lelaki yang
ingin melamarnya. Pada pandangan ustaz adakah patut si gadis ini
memberitahu atau menceritakan segala peristiwa silam yang telah
menimpa dirinya atau menyimpan sahaja rahsia itu sehingga ke akhir
hayatnya?
Jawapan:
Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri, bahkan kadangkala
pengalaman yang dihadapinya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa.
Dalam hadis Rasulullah SAW juga ada diterangkan agar seseorang itu menutup
aib orang lain jika ia mengetahuinya agar tidak menimbulkan fitnah yang lebih
besar. Demikian juga tentang aib diri sendiri adalah lebih baik menutup aib
tersebut atau menyimpan rahsia itu hingga ke akhir hayat, kerana perkara itu
lebih baik untuk diri anda dan untuk pasangan yang melamar anda. Aib yang
tidak diketahui oleh orang lain itu bererti telah dilindungi atau ditutupi oleh Allah,
maka tidaklah baik jika kita pula cuba membuka sesuatu yang telah ditutup oleh
Allah agar orang lain mengetahuinya. Sebaliknya kita bersyukur kepada-Nya
kerana telah menutup aib atau pengalaman buruk masa silam kehidupan kita.
Wallahu A'lam.

109. Melakukan Onani


Soalan:
Apa hukumnya sekiranya seseorang lelaki itu mengeluarkan air maninya
dengan sengaja (Melancap). Sedangkan ia masih belum beristeri. Godaan
persekitaran adalah amat berat sekali untuk ditanggung oleh kami. Jadi
kami merasakan daripada melakukan perzinaan adalah lebih baik kami
memuaskan nafsu kami dengan sendiri. Tolong berikan jawapan kepada
saya dengan segera?
Jawapan:
Onani yang dilakukan seorang lelaki dengan memainkan alat kelaminnya
dengan tangannya sendiri termasuk suatu
perkara yang merosak unsur etika dan adab. Para ulama sendiri berbeza
pendapat dalam menetapkan hukumnya.
Sebahagian ulama mengatakan bahawa onani tersebut hukumnya haram secara
mutlak. Sedangkan sebahagian lain
mengatakan haram dalam suatu keadaan dan wajib dalam keadaan lain dan
sebahagian yang lain mengatakan hukumnya
makruh.

Menurut mazhab Syafie dan mazhab Maliki melakukan onani itu hukumnya
haram. Alasan mereka adalah bahawa
Allah SWT telah menyuruh manusia untuk menjaga faraj atau kemaluan dalam
segala keadaan kecuali untuk menjimak
isteri. Dalam ayat Al Quran dijelaskan:
"Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-
isteri mereka atau hamba yang mereka
miliki; maka sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang tiada tercela.
Barangsiapa yang mencari selain
daripada itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas". (Al
Mukminun ayat 5 - 7)

Adapun di antara ulama yang mengatakan bahawa onani dengan tangan


sendiri itu haram dalam suatu keadaan dan
wajib dalam keadaan lain adalah ikut pengikut Imam Hanafi. Pendapat ini
mengatakan bahawa andaikata seseorang
dikhuatirkan akan berbuat zina maka wajiblah ia menyalurkan nafsu seksualnya
dengan onani. Pendapat ini mengikuti
kaedah "Jika berkumpul dua bahaya, maka wajiblah kalian mengambil bahaya
yang paling ringan".

Diantara yang berpendapat makruh ialah Ibnu Umar dan Atha' . Dan diantara
yang berpendapat mubah ialah Ibnu
Abbas, Hasan dan sebahagian pembesar tabi'in.

Cara yang paling baik untuk bertaubat dari pekerjaan "melampaui batas" ini
dengan banyak berpuasa, berzikir dan
jangan tinggalkan perkara wajib seperti solat dan sebagainya. Sebab dalam hadis
juga ada menjelaskan jika tidak
mampu untuk berkahwin maka berpuasalah agar syahwat kita terpelihara.

110. Makan Makanan yang Tidak Disembelih Cara


Islam
Soalan:
Saya bekerja dikapal yang belayar diserata dunia. Makanan daging dan
ayam dikapal tidak disembelih secara islam ,kerana pelabuhan yang
disinggahi adalah negara yang tidak langsung ada daging yang halal.
Kapal terpaksa membeli kerana pelayaran kami dilautan memakan masa
berbulan bulan dan pelabuhan berikutnya tidak juga memungkinkan
mendapat makanan daging halal. Bagaimanakah hukum orang islam
yang terpaksa makan daging yang tidak disembelih itu. Makanan lain
saperti sayur dan ikan adalah terhad
dan tiada bekalan yang mencukupi?

Jawapan:
Memakan makanan yang tidak disembelih hukumnya sama dengan memakan
bangkai, sedangkan memakan bangkai itu hukumnya haram. Kecuali dalam
keadaan darurat maka makanan yang haram tadi hukumnya harus untuk
dimakan. Yang dimaksudkan dengan darurat disini seperti dalam berjuang,
menempuh perjalanan yang panjang serta dalam keadaan lain yang bukan
bertujuan untuk berbuat maksiat. Namun dalam masalah pekerjaan bukanlah
termasuk dalam kategori darurat, kerana masih banyak pekerjaan lain yang
dapat menyelamatkan diri kita daripada memakan yang tidak disembelih cara
Islam. Kecualilah tidak ada pilihan lain, dan itu satu-satunya pekerjaan yang ada,
namun begitu kita dituntut merasa tidak redha memakan benda yang haram tadi.

Berusahalah untuk membetulkan kehidupan ke jalan yang benar dan diredhai


Allah, kerana makanan yang kita makan itu akan menjadi darah daging. Jika ia
terdiri dari makanan yang haram sudah tentu akan menimbulkan mudarat dalam
diri kita bahkan di akhirat kelak akan dicuci dengan api neraka. Oleh sebab itu
sebelum ia berlarutan berusahalah untuk menghindarinya agar kehidupan kita
diberkati Allah di dunia dan akhirat, insya Allah.

111. Anak Yang Mendoakan Kedua Ibu Bapa


Soalan:
Selepas sembahyang saya selalu mensedekahkan doa al-fatihah buat
arwah ayah saya, dan buat ibu saya juga yang masih ada.
Persolannya...adakah kita mensedekahkan al-fatihah itu untuk mereka
yang telah tiada sahaja!?

Jawapan:
Anak yang soleh memang berkewajipan mendoakan kedua ibu bapanya
samada ia sudah meninggal dunia mahupun ketika keduanya masih hidup.
Membaca al fatihah untuk dikirimkan sebagai 'doa' (usah guna istilah 'sedekah')
kepada kedua ibu bapa juga sama nilainya dengan mendoakan kebaikan untuk
keduanya, kerana demikianlah selayaknya yang harus dilakukan oleh seorang
anak.

112. Gangguan Pengalaman Masa Silam


Soalan:
Persoalan yang ingin saya ajukan adalah berkenaan dengan diri saya
sendiri. Usia saya sudah 27 tahun, masalah saya ialah, saya sering
terganggu dengan masa lalu saya. Saya harap pihak tuan dapat
kemukakan penyelesaian yang terbaik untuk saya.
Jawapan:
Jika pengalaman masa silam anda merupakan pengalaman penuh dosa dan
kemaksiatan maka segeralah bertaubat kepada Allah dengan taubat 'nasuha'
agar kita sentiasa dalam keadaan aman dan berdoa kepada Allah agar peristiwa
silam itu hilang dari kenangan hidup anda. Jika pengalaman anda itu berupa
cubaan dan penderitaaan hidup maka berserah dirilah kepada Allah serta
tawakallah kepada-Nya, kerana dengan demikian hati menjadi tenteram.

113. Posisi Duduk Tahiyat Awal


Soalan:
Semasa duduk tahhiyat awal & akhir jari kaki kanan dibengkokan
menghadap kiblat tetapi jika kita tidak buat adakah batal sembahyang
kita?
Jawapan:
Membengkokkan jari kaki kanan ketika duduk tahiyat awal bukanlah termasuk
dalam rukun solat yang jika tidak dikerjakan boleh membatalkan solat. Jadi
walaupun meluruskan jari-jari kaki kita maka solat kita tetap sah. Perkara
tersebut termasuk adab-adab ketika solat oleh itu adalah lebih baik jika dapat
dilakukan seperti tersebut.

114. Berniat Zihar


Soalan:
Apakah hukumnya jika si suami menyamakan sebarang anggota badan
isterinya tetapi tidak melafazkan (hanya dalam hati sahaja) ?
Jawapan:
Zihar berasal dari kata "Ash Zhahr" ertinya punggung iaitu ucapan seorang
suami kepada isterinya "Engkau seperti punggung ibuku". Seluruh ulama
mengatakan bahawa zihar ini haram. Jadi jelaslah bahawa zihar itu perlu
dilafazkan agar ia jelas maksud dan tujuannya.

Jumhur ulama berpendapat bahawa zihar itu hanya khusus dengan ibu sahaja.
Kerana itu apabila seorang suami berkata kepada isterinya "Engkau seperti
punggung ibuku" maka terjadilah zihar. Apabila suami berkata kepada isterinya :
"Engkau bagiku seperti punggung saudara perempuanku" atau seperti "ibu
saudaraku" ucapan semacam ini bukan zihar.

Jika terjadi zihar, maka suami haram mencampuri isterinya sehinggalah ia


membayar kifarat: 1. Memerdekan hamba, jika tidak mampu atau tidak ada
2. Berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak kuat,
3. Memberi makan 60 orang fakir miskin.
115. Mencarum Insuran Nyawa
Soalan:
Apakah hukum mencarum insuran nyawa dengan tujuan simpanan
sahaja?
Jawapan:
Jika proses pencaruman itu menggunakan sistem Islam dan telah ditetapkan
oleh para ulama sebagai suatu yang dibolekan maka hukumnya harus atau boleh.
Wallahu A'lam.

116. Memberus Gigi Ketika Berpuasa


Soalan:
Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika
berpuasa?

Jawapan:
Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah
atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama
dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi
setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

117. Masuk Air Wuduk ke Hidung dan Telinga Ketika


Puasa
Soalan:
Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalm hidung
ketika mengambil air sembahyang? Begitu juga, ketika mandi wajib
selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita
dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak
meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke
dalam telinga?

Jawapan:
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan
tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah
menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga
hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh
diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi
menghilangkan dahaga.

118. Solat di Kakilima Masjid


Soalan:
Ketika bulan Ramadhan ini, ramai yang melakukan solat sunat tarawih
sehingga surau2 & masjid2 penuh sesak. Dalam keadaan begini, ramai
yang terpaksa sembahyang di kakilima masjid. Adakah ini afdhal kerana
kita tahu tempat tersebut mungkin bernajis?
Jawapan:
Jika kita yakin bahawa tempat itu bersih maka tinggalkan sifat was-was dan
solatlah dengan mengharap rahmat Allah. Sebaliknya jika kita benar-benar yakin
dan nampak dengan jelas bahawa tempat tersebut ada najis, maka bersihkanlah
terlebih dahulu kemudian solatlah, semoga Allah memudahkan segala urusan
ibadah kita.

119. Mendahulukan Fardhu dari yang Sunat


Soalan:
Bolehkah kita melakukan sembahyang sunat tarawih tanpa menunaikan
sembahyang Isyak dulu? Maksud saya disebabkan terlewat, Imam telah
pun memulakan sembahyang terawih sedangkan kita belum menunaikan
fardhu Isyak?
Jawapan:
Jika anda terlewat datang sedangkan iman mengerjakan solat sunat dan anda
sendiri belum mengerjakan solat fardhu ketika itu, maka laksanakanlah solat
fardhu itu terlebih dahulu, setelah itu kerjakanlah solat sunat, sebab kita wajib
mendahulukan yang fardhu dari yang sunat.

120. Wanita Solat Tarawih di Masjid


Soalan:
Adakah dibenarkan kita bertarawih sendirian di rumah? Sebabnya adalah
kerana masjid sesak, masalah air sembahyang yang tidak tahan lama?
Jawapan:
Dibolehkan setiap individu mengerjakan solat tarawih di rumah dan tidak
dikerjakan secara berjemaah kerana solat tarawih itu hukumnya sunat.
Berjemaah yang kita lakukan itu kerana ingin mencari kelebihan pahala dalam
berjemaah. Namun bagi seorang wanita solat di rumahnya lebih utama daripada
solat berjamaah di masjid, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: "Solat
seorang perempuan di rumahnya lebih utama daripada ia solat di masjid".

Namun jika ingin menghadiri solat berjemaah di masjid boleh saja, asal saja
tidak membawa kesukaran seperti berjumpa dengan ramai kaum lelaki di jalan
atau orang jahat yang akan mengganggu dan sebagainya. Cukuplah seorang
wanita itu ia solat berjemaah di rumah bersama-sama dengan perempuan lain
serta dengan anak-anaknya. Yang bertidak sebagai imam berdiri di tengah-
tengah saf, dan janganlah membaca dan bertakbir dengan suara yang keras atau
lantang, cukup dengan perlahan dan seperlunya saja.
Sila rujuk buku-buku berikut:

121. Cara Untuk Melupakan Seseorang


Soalan:
Doa apakah yang perlu dibaca untuk kita melupakan seseorang?
Jawapan:
Hidup yang berkat adalah dengan menyerahkan segala urusan kita hanya
kepada Allah semata. Untuk menjadi insan yang beriman dan wanita solehah itu
ialah dengan menjalankan segala yang diperintahkan Allah dan meninggalkan
segala yang dilarangNya. Jika ketentuan dan aturan Islam itu dapat kita amalkan
maka Insya Allah, kita akan dijaga oleh Allah daripada segala sesuatu yang
membahayakan diri kita.

Lakukanlah amalan-amalan wajib dan tambahkanlah dengan amalan-amalan


sunat. Kemudian setelah solat berdoalah dengan mengharapkan rahmat-Nya agar
segala gangguan yang menghantui pemikiran kita dapat disingkirkan, cukup
berdoa dengan bahasa kita sendiri yang kita fahami keinginan dan maksudnya.
Begitu lengkapnya ajaran Islam sehingga ketika ingin tidurpun ada doa yang
mesti kita amalkan sehingga diri kita tidak diganggu oleh pengaruh buruk dari
luar. Disamping membaca doa tidur, kita juga dianjurkan membaca surah al
Fatihah, ayat Kursi, surah al Ikhlas, surah al Falaq dan surah An Nas. Dengan
mengamalkan surah-surah tersebut, insya Allah dapat berperanan sebagai
pendinding orang mukmin dari gangguan manusia mahupun makhluk halus.

Begitu jugalah dengan masalah yang anda hadapi, boleh mengamalkan surah-
surah tersebut sebagai pendinding, namun jika ingatnya anda kepada seseorang
itu kerana cinta anda yang mendalam atau rasa kasih sayang, sedangkan anda
berharap kepada Allah agar dijodohkan dengannya, maka berdoalah kepada Allah
agar minda anda menjadi tenang dan tidak terlalu menuruti perasaan. Wallahu
A'lam.

122. Nama-nama Anak Menurut Islam


Soalan:
Saya mempunyai tiga orang anak. Yang pertama saya namakan
Muhammad Fitri, Kedua Nur Farahain dan Ketiga Muhammad Faizul Hafiz.
Sesuaikah nama-nama tersebut didalam Islam?
Jawapan:
Memberi nama anak adalah tanggungjawab ibu bapa terhadap mereka, kerana
nama merupakan doa terhadapnya. Jika nama tersebut bermakna baik, bererti
kita mendoakan untuk anak agar menjadi baik. Sebaliknya jika nama tersebut
bermakna buruk, maka ia akan membawa kesan pada tingkah laku mereka.
Mengenai nama anak anda mungkin dapat kami terjemahkan sebagai berikut:
Muhammad Fitri: bermakna "Insan terpuji yang bersih atau semulajadi".
Nur Farahain: bermakna "Cahaya kegembiraan".
Muhammad Faizul Hafiz: bermakna "Insan terpuji yang berjaya dan penjaga
atau pelindung"

123. Menghindari Dari Bahaya Dendam


Soalan:
Saya telah menyakiti hati seseorang dan saya telah meminta maaf dan
dia telah memaafkanya tetapi dengan niat yang tidak ikhlas. Buat
pengetahuan ustaz, beliau ada menaruh dendam terhadap diri saya
dengan membalas balik perlakuan yang yang pernah saya lakukan
terhadap dirinya. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan bagi
mengelakkan perkara ini dari terus berterusan? Kerana saya kini
tunagannya.
Jawapan:
Sifat dendam merupakan sifat tercela yang perlu kita hindari dalam kehidupan
kita. Jika seseorang menyimpan rasa dendam dengan kita usahakan memulihkan
hubungan silaturrahim agar sifat itu tidak terus berpanjangan. Dalam sebuah
hadis disebutkan "Orang mukmin itu bukanlah pendendam".
Dendam itu merupakan buah daripada kemarahan, sedangkan dendam itu
sendiri menyebabkan berbagai perkara yang dianggap sebagai kemungkaran
diantaranya menimbulkan sifat dengki iaitu sifat merasa bangga melihat orang
lain dalam bahaya atau kedukaan. Orang yang memiliki sifat ini sangat tercela.

Sifat dendam juga dapat melahirkan sifat menghancurkan dan memusnahkan


kehidupan orang yang didendamnya. Kemudian dapat memutuskan hubungan
silaturrahim, memukul orang yang didendaminya serta banyak lagi sifat buruk
yang timbul dari dendam kesumat ini.

Jika anda telah berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan cara minta
maaf tidak berhasil, maka berusahalah bermohon kepada Allah dengan solat
istikharah. Dengan cara ini anda boleh membuat pilihan dengan betul apakah
tunang anda itu yang terbaik untuk anda atau sebaliknya. Wallahu A'lam.

124. Makna Perjalanan 2 Marhalah


Soalan:
Assalamualaikum wbt. Betulkah syarat untuk orang berbuka puasa itu
bagi perjalanan jauh sejauh 80640 km? Saya agak terkeliru. Bagaimana
pula dengan perjalanan yang dikatakan 2 marhalah tu?
Jawapan:
Perjalanan dua marhalah itu terdiri dari 80,640 m atau 80.64 km.bersamaan 52
batu (1 batu = 1.55 km. dan 52 batu x 1.55 km = 80.64 km, menurut mesin
kira canggih ) bukan seperti yang saudara maksudkan di atas. Mungkin juga buku
yang saudara rujuk tersilap taip. Wallahu A'lam.

125. Pahala Terhapus


Soalan:
Adakah pahala yang telah kita lakukan selama kita hidup akan hilang
atas sebab-sebab tertentu?
Jawapan:
Pahala kebaikan kita dapat hilang jika kita melakukan perkara yang dapat
melenyapkan pahala kita tersebut umpamanya jika kita memiliki sifat hasud dan
dengki. Abu Laits Assamarqandi dengan sanadnya daripada Al Hasan, Rasulullah
SAW bersabda maksudnya: "Hasud dan dengki itu keduanya akan memakan
habis hasanat atau kebaikan seperti api memakan kayu bakar".

Pahala kebaikan kita juga akan musnah jika kita murtad daripada ajaran Islam
dan hingga akhir hayat tanpa bertaubat. Wallahu A'lam.

126. Waktu Imsak


Soalan:
Bilakah masa sebenar waktu tidak dibenarkan lagi makan dan minum
samada waktu imsak atau azan subuh?

Jawapan:
Yang dimaksud dengan waktu Imsak adalah waktu untuk menahan, maka
sebaiknya kita berhenti makan ketika waktu Imsak telah masuk. Rasulullah SAW
dalam satu riwayat menyebutkan, baginda setelah sahur sempat membaca 10
ayat Quran kemudian baru masuk waktu Solat Subuh. Ini membuktikan bahawa
tidak makan sahur hingga sampai saat azan subuh berkumandang. Wallahu
A'lam.

127. Amalan Anak Yang Soleh


Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan amalan anak yang salih diterima oleh
kedua ibubapanya?
Adakah anak tersebut perlu meniatkan amalan tersebut khas kepada
ibubapa mereka atau tidak..?
Jawapan:
Segala amal kebajikan yang dilakukan oleh seseorang dapat dikatakan sebagai
amalan anak yang soleh, kerana setiap kita mempunyai ayah dan ibu. Samada
kita kirim secara khusus doa untuk orang tua atau kita beramal untuk diri kita
sendiri, maka segala kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan itu merupakan
ibadah anak yang soleh. Adalah lebih baik kita mendoakan kedua ibu bapa
dengan doa yang khusus seperti yang tercantum dalam ayat Al Quran dan
diamalkan oleh setiap orang selesai mengerjakan solat.

128. Makna Nama Anak Soalan:


Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang beberapa nama-nama indah
di dalam Islam. Saya ingin menamakan anak saya dengan nama
`Luqman'.
Soalan :
(i) Apakah makna Luqman ?
(ii) Apakah nama awalan yang terbaik untuk disambungkan kepada
nama tersebut, seperti Muhammad, Abdul, Nur, Ahmad, Abu dan lain-lain
jika ada?
Jawapan:
i)Luqman maksudnya, bijaksana.
ii) Nama yang sesuai untuk disambungkan ; Muhammad ataupun Ahmad yang
ertinya "Insan terpuji". Muhammad Luqman ertinya Insan terpuji yang bijaksana.

129. Aurat Mertua dengan Menantu


Soalan:
Sampai setakat manakah aurat anak menantu lelaki terhadap emak
mertuanya?
Jawapan:
Kedudukan ibu dan ayah mertua itu sama dengan ibu sendiri. Untuk lebih jelas
sila rujuk surah An Nur ayat 31.

130. Syaitan Diikat di Bulan Ramadhan


Soalan:
Saya difahamkan bahawa di bulan Ramadhan yang mulia ini, syaitan
akan diikat.
Persoalannya, mengapa ramai di antara umat Islam masih lagi
melakukan kemungkaran yang ditegah oleh Islam di dalam bulan yang
mulia ini jika benar syaitan telah diikat?
Jawapan:
Dalam khutbah Rasulullah SAW ketika menyambut bulan suci Ramadhan
diantaranya ada menyebutkan: "Wahai manusia, sesungguhnya pintu-pintu
syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak ditutup
selama-lamanya untukmu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada
Rab-mu agar tidak pernah dibukakan untukmu. Syaitan-syaitan terbelenggu,
maka mintalah agar ia tidak dapat menguasaimu".

Walaupun syaitan-syaitan telah terbelenggu, Rasulullah SAW masih menyuruh


kita berdoa agar syaitan tidak menguasai kita. Ini membuktikan syaitan itu diikat
atau tidak dapat mengganggu bagi orang yang melaksanakan perintah dan
ajaran agama. Namun bagi mereka yang ingkar sesungguhnya keingkaran itu ada
dalam dirinya sendiri yang dikuasai oleh hawa nafsunya, sehingga ia terjerumus
ke lembah kemaksiatan yang merupakan amalan syaitan. Syaitan terbelenggu
kerana amalan orang-orang mukmin yang mengerjakan ibadah, baik ibadah
puasa mahupun ibadah lainnya dengan penuh tawaduk dan taat serta
meninggalkan segala sesuatu yang menyebabkan rosaknya puasa. Bagi orang
yang ingkar syaitan tetap menguasai diri mereka sendiri seperti yang kita lihat
dalam kehidupan masyarakat.

131. Hukum Penggunaan Alat Muzik


Soalan:
Apakah hukum penggunaan alat-alat muzik bertali seperti gitar dan alat
tiupan seperti serunai?
Dan bagaimana pula dengan penggunaan alatan elektronik seperti
keyboard yang boleh menghasilkan bunyi seperti gitar dan serunai?
Jawapan:
Bagi pandangan kami alat-alat muzik ini tiada salahnya. Walaupun kita
mendapati di dalam kitab-kitab fikah ada menentukan alat begitu dibolehkan dan
begini diharamkan. Contohnya, gendang yang tertutup sebelah itu dibolehkan
dan tertutup kedua-dua itu tidak dibolehkan. Kami tidak nampak yang benda itu
menjadi haram. Yang kami nampak ialah penggunaan alat tersebut. Apakah
penggunaan alat tersebut melalaikan kita atau ia digunankan di waktu-waktu
yang tidak semestinya. Itu hukumnya haram.

Umpamanya, dalam waktu kita mesti beribadah seperti solat, ketika itu kita
bermain muzik. Walaupun hanya gendang yang kita main ataupun hanya
belakang timba yang kita pukul tetapi oleh kerana penggunaannya di waktu-
waktu ibadah ia menjadi haram. Jika semata-mata untuk hiburan seperti
menyatakan kegembiraan umpamanya selepas mendapat anak, hari raya dan
sebagainya tidak menjadi kesalahan. Tetapi bila kita menyanyi atau melalak 24
jam di tengah padang, atau pentas sampai tengah malam, itu sudah melalaikan
dan menjadi pekerjaan yang tidak baik. Kerana di situ kita kumpulkan muda-
mudi sehingga timbul pergaulan bebas. Jadi kalaupun muzik tidak haram, tetapi
berada di dalam tempat, waktu dan keadaan yang salah akhirnya menjadi haram,
atau mendorong kepada perbuatan haram, hukumnya tetap sama.
Yang paling penting cara menggunakan alat tersebut, bukan alat itu sendiri,
sebab seni dan muzik itu merupakan fitrah yang dianugerahkan Allah. Namun
fenomena dalam masyarakat ketika ini telah menggunakan muzik jauh dari batas
yang dibolehkan oleh syarak. Wallahu A'lam.

132. Cabutan Bertuah


Soalan:
Apakah hukumnya menyertai peraduan cabutan bertuah? Adakah ianya
terdapat unsur-unsur pertaruhan?

Jawapan:
Jika cabutan bertuah itu disertai dengan mengeluarkan bayaran, seandainya
tidak dapat akan menanggung kerugian maka cabutan bertuah semacam ini
hukumnya sama dengan perjudian. Namun seandainya cabutan itu tidak
membabitkan bayaran sedangkan hadiahnya disiapkan oleh pihak tertentu seperti
kerajaan atau agensi tertentu yang tidak melibatkan kerugian atau sesuatu yang
haram maka dibolehkan.

133. Tahlil Arwah


Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan tahlil arwah. Adakah amalan ini
dizaman Nabi SAW ?
Jawapan:
Tidak ada satu dalil dan nash yang menunjukkan bahawa pada zaman Nabi
ada melakukan tahlil arwah. Setengah ulama mengatakan amalan ini merupakan
bid'ah. Namun setengahnya membolehkan kerana mereka menggunakan
pendekatan hadis yang maksudnya. "Apabila mati anak Adam maka putuslah
segala amalannya, kecuali tiga perkara, pertama sedekah jariah, ilmu yang
bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya".
Tahlil arwah mereka identikkan dengan doa anak yang soleh terhadap orang
tuanya. Namun setengah ulama memberikan adab-adab tertentu dalam
membaca tahlil ini, seperti tidak terlalu mengeraskan suara dan sebagainya.
Wallahu A'lam.

134. Maksud Hari Syak


Soalan:
Kemusykilan saya adalah merujuk kepada hari-hari syak untuk
mengerjakan ibadat puasa sunat pada bulan sya'ban. Adakah ianya
adalah pada melihat anak bulan ataupun hari yang puasa tak jadi
disebabkan anak bulan tak kelihatan?
Jawapan:
Hari syak yakni hari 30 Sya'ban yang tiada terlihat hilal (anak bulan) pada
malamnya.

135. Melintasi Orang Solat


Soalan:
Apakah hukum dan juga dalil seseorang muslim tidak dibenarkan
berjalan melintasi seseorang yang sedang bersembahyang ( fardhu
mahupun sunat). Apakah azab-azab yang telah disebutkan dalam ayat-
ayat quran dan juga hadis yang berkaitan.?
Jawapan:
Banyak hadis yang menjelaskan tentang haramnya melintsi orang yang
sedang solat. Diantaranya, Dari Zaid bin Khalid bahawa Nabi SAW bersabda:
"Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya
kerana berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, nescaya ia lebih
suka berdiri menunggunya sampai 40 musim daripada lalu dihadapannya".
(setengah riwayat mengatakan 40 tahun). Riwayat Bazzar dengan sanad yang
sah. Berkata Ibnul Qayyim: "Menurut Ibnu Hibban dan lain-lain, hukum haram
yang disebutkan itu ialah bila orang yang bersembahyang itu menggunakan tabir.
Maka kalau tidak pakai tabir, tidaklah haram lalu di depannya. Dasar ketentuan
sesuai dengan hadis Nabi yang bermaksud: "Dari Mutthalib bin Abi Wada'ah
katanya, saya melihat Nabi SAW setelah selesai tawaf, berjalan melalui tempat
tawaf, kemudian bersembahyang dua rakaat, sedang diantara baginda dengan
orang-orang tawaf itu tidak ada tabir apapun".

136. Menghindari Perbuatan Yang Dilarang Allah


Soalan:
Bagaimana cara menghindari perbuatan yang di larang ALLAH?
Jawapan:
Setiap individu harus mempersiapkan diri dengan pengetahuan Islam agar jiwa
dan hawa nafsu dapat dikendalikan dengan baik. Untuk melawan nafsu amarah
dalam hati, orang mukmin hendaklah menilai dan menghisab diri serta tidak
menuruti kemahuan-kemahuan hawa nafsu. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: "Orang yang pandai ialah orang yang mahu menilai nafsunya dan
beramal untuk bekal kehidupan sesudah mati. Dan orang yang lemah ialah orang
yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah (dengan
angan-angan yang sia-sia}. (Riwayat Imam Ahmad) Diantara langkah awal
yang perlu kita lakukan dalam menghindari perbuatan yang dilarang Allah adalah
dengan mengawal dan mengendalikan hawa nafsu. Disamping itu perlu ditanam
kesungguhan hati dalam membenci kemaksiatan. Diantara langkah yang
ditempuh iaitu: Melepaskan hati dari dosa. Dosa ini timbul oleh beberapa sebab
diantaranya kerana kebodohan, kelalaian dan hawa nafsu.

Setelah menyedari akan hakikat diri sendiri dan gangguan yang sentiasa
datang maka segera bertaubat kepada Allah, kerana dengan bertaubat sahaja
segala perbuatan yang dilarang oleh Allah dapat kita hindarkan.

Kesimpulannya diantara langkah yang harus ditempuh untuk menghindarkan


diri dari perbuatan maksiat ialah dengan muhasabah diri, mengendalikan hawa
nafsu, membenci kemaksiatan dengan sungguh-sungguh, melengkapi diri dengan
pengetahuan Islam, dan bertaubat dengan sungguh-sungguh serta bertaqqarrub
(mendekatkan diri kepada Allah). Wallahu A'lam.

137. Ketentuan Jodoh


Soalan:
Adakah jodoh wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan wanita
yang jahat untuk lelaki yang jahat? Bagaimanakah nasib wanita yang
telah melakukan kesilapan besar dan ia telah bertaubat. Adakah peluang
untuk mendapat lelaki yang baik sebagai jodohnya?

Jawapan:
Memang di dalam Al Quran Surah An Nur ayat 26 ada disebutkan maksudnya:
"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan bagi lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji
diperuntukkan bagi wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan
bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik
pula". Oleh sebab itu untuk kepentingan keluarga dan masyarakat, baik bagi
wanita mahupun lelaki hendaklah menikah dengan orang yang sama dalam
pengalaman agamannya. Kerana walaupun wanita pada mulanya adalah seorang
yang solehah, taat beragama, apabila bernikah dengan lelaki yang berperangai
keji, maka wanita itu pasti akan sukar untuk mempertahankan kebaikan serta
ketaqwaannya.

Tidak ada fitnah yang lebih besar di permukaan bumi ini bagi seorang wanita
yang solehah seandainya ia hidup di tengah-tengah lelaki fasiq, yang tidak
mengendahkan sama sekali erti perdamaian dan kesestiaan. Kalaupun ada wanita
yang ingin tetap bertahan dengan suami yang seperti itu, mungkin ia akan
dipengaruhi oleh perangai suaminya, hingga lambat laun akan luntur ketaatan
agamanya.

Jika kita telah bertaubat dengan taubat nasuha atau taubat yang sebenarnya
bererti kita telah kembali bersih, seperti anak manusia yang baru dilahirkan,
maka peluang untuk memperolehi pasangan yang baik dan mulia itu, insya Allah,
akan dikabulkan Allah SWT. Wallahu A'lam.

138. Terlupa Membaca Doa Iftitah


Soalan:
Bolehkah bacaan doa iftitah (selepas takbir ratul ihram) dibaca selepas
daripada bacaan surah Al-Fatihah
dalam solat yang dikerjakan dan selepas itu barulah dibaca surah-surah
yang lain (untuk rakaat pertama)?
Jawapan:
Membaca doa iftitah hanya sunat, jika kita terlupa membacanya sedangkan
kita telah membaca surah Al Fatihah maka teruskanlah membaca surah ataupun
terus rukuk. Tidak perlulah mengulangi untuk membacanya.

139. Menjadi Pelajar Yang Disiplin


Soalan:
Bagaimana menjadi seorang pelajar yang berdisiplin sedangkan sudah
berkali-kali saya mencuba mendisiplinkan diri tetapi masih banyak
melakukan kesilapan dan apabila saya cuba untuk mendisiplinkan diri,
lama-kelamaan saya sudah tidak berdisiplin?
Jawapan:
Disiplin merupakan sifat yang ada dalam diri. Seseorang yang kehilangan
disiplin tidak perlu mencari sifat tersebut luar dari dalam dirinya tetapi mencuba
menggali kekurangan-kekurangan serta halangan-halangan yang menyebabkan
dia menjadi tidak disiplin. Langkah awal anda boleh senaraikan segala harapan
yang menjadi cita-cita anda. Setelah itu senaraikan pula segala halangan-
halangan yang menghantui diri anda. Apabila ini telah dilakukan anda akan dapat
melihat dimana sebenarnya titik kelemahan anda. Setelah mengetahui titik
kelemahan itu, umpamanya "malas" maka anda boleh mencari sesuatu motivasi
agar sifat itu berubah menjadi rajin. Kerana anda sendiri yang mengetahui selera
dan keinginan anda, maka carilah motivasi yang menyenangkan anda serta tidak
bertentangan dengan harapan dan cita-cita semula.

Sebagai seorang Islam, kita harus melaksanakan segala yang diperintahkan


Allah dan meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Jangan lupa, selesai
mengerjakan solat lima waktu berdoalah kepada Allah SWT agar dalam diri kita
memiliki kekuatan untuk melaksanakan tugas-tugas sekolah, kemudian berdoa
agar menjadi pelajar yang cemerlang. Hanya dengan menyerahkan segala
sesuatu kepada Allah SWT setelah berusaha kita akan memperolehi kejayaan.
Insya Allah.

140. Mengqadha' Puasa


Soalan:
Tahun lepas saya tak sempat ganti puasa saya (satu hari saja). Soalan
saya adakah patut saya gandakan puasa saya atau bagaimana?

Jawapan:
Qadha Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, boleh ditangguhkan sehingga
bulan Sya,ban, samada uzur atau tidak. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan
oleh Bukhari dari Aisyah katanya" Atasku ada puasa dari bulan Ramadhan, maka
aku tidak mengqadhanya sehingga datanglah bulan Syaaban tahun berikutnya".

Apabila seseorang tidak mengqadhanya sehingga menjelang Ramadhan yang


berikutnya, maka menurut sebahagian ulama diwajibkan atas orang itu memberi
fidyah disamping wajib mengqadha puasa. Tetapi dalil yang mewajibkan fidyah
dalam hal ini, tidak kami perolehi.

Al Hasan dan Ulama Hanafiyah tidak mewajibkan fidyah jika ditangguh kerana
uzur atau tidak. Imam Malik, Syafei, Ahmad dan Ishak sependapat dengan ulama
Hanafiah. Jadi jelaslah cukup sekedar mengqada puasa yang tinggal dan tidak
perlu menggandakannya.

141. Menampal Ayat Suci di Kereta


Soalan:
Ayat suci Al Quran memang diketahui ramai tidak boleh dibawa
ditempat-tempat yang tertentu. Soalan saya apakah berdosa jika kita
menampal ayat suci itu dicermin kereta dan secara tidak langsung
terkena air kotor atau tahi burung dan sebagainya walaupun tidak kena
tepat kerana dibatasi cermin tadi?
Jawapan:
Ayat suci Al Quran pada asasnya merupakan nur dan pedoman hidup umat
Islam, bukanlah sekadar untuk diperlombakan atau digunakan untuk perhiasan.
Namun jika digunakan untuk perhiasan hati dan budi maka ia lebih afdhal. Jika
kebetulan ayat-ayat tertentu yang merupakan doa kita tampalkan ditempat yang
bersih seperti di dalam kereta maka hukumnya harus atau boleh, kerana dengan
cara demikian dapat mengingatkan diri kita akan anjuran agama. Namun jika
tujuan pemasangan itu semata-mata untuk perhiasan maka ia berdosa.

142. Maksud Bersuci


Soalan:
Bagaimanakah hukumnya seseorang itu mendirkan solat tanpa bersuci
sampai salam?
Dan bagaimanakah caranya yang dikatakan bersuci sampai salam?
Jawapan:
Bersuci merupakan perkara yang mustahak diketahui oleh setiap individu
muslim, kerana ianya merupakan kewajipan seseorang terhadap dirinya sendiri
dan terhadap Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang
menyucikan diri". (Al Baqarah - 222) Bersuci dapat dibahagi kepada dua iaitu
bersuci daripada hadas, ini hanya tertentu pada bahagian badan, seperti mandi
wajib, berwuduk dan tayammum. Kemudian bersuci daripada najis, ini
berhubungan dengan badan, pakaian dan tempat. Jadi jika seseorang itu tidak
bersuci ketika mengerjakan solat bererti solatnya tidak sah dan sia-sia sahaja.

143. Mengqada Puasa Kerana Mengandung


Soalan:
Assalamualaikum, Ustaz
Saya ada satu kemusykilan berkenaan dengan puasa ganti. Saya telah
tinggal puasa sebanyak 8 hari kerana pada masa itu saya
mengandungkan anak yang pertama (tahun lalu). Saya tidak dapat
menggantikan puasa tersebut disebabkan oleh kesihatan yang tidak
mengizinkan.Oleh yang demikian, saya dikehendaki memberi beras 1
cupak untuk satu hari puasa kepada orang miskin dan menggantikan
balik puasa tersebut.
Soalan saya, bolehkah saya membayar beras kepada orang miskin dahulu
dan menggantikan balik puasa saya kemudian hari? Adakah dengan
berbuat demikian, hari puasa saya akan berganda iaitu 16 hari?
Sekian, wassalam.
Jawapan:
Daripada Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda
maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT membebaskan puasa dan separuh solat
bagi musafir, dan membebaskan puasa bagi wanita yang hamil dan wanita yang
menyusui". (R. Lima Imam) Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa wanita yang
hamil dan menyusui boleh tidak puasa, iaitu bila wanita yang menyusui khuatir
atas bayi yang disusuinya dan wanita hamil khuatir atas janinnya.

Menurut Ishaq, wanita hamil dan wanita yang menyusui tidak puasa dan boleh
makan serta tidak wajib mengqada. Jika keduanya mahu boleh mengqada dan
tiada fidyah.

Menurut Syafei, Al Auzai dan Az Zuhri, bagi wanita hamil dan menyusui yang
meninggalkan puasa maka wajib qada tanpa fidyah.

Kemudian menurut ulama Syafeiyah wanita hamil dan menyusui anak wajib
mengqadha dan membayar fidyah. Jadi terpulanglah kepada puan untuk memilih
mana satu pendapat ulama di atas. Cuma saja puan tidak perlu berpuasa
berganda, cukup mengganti sebanyak yang tinggal.

144. Imam Terlupa Tahiyat Awal


Soalan:
Assalamualaikum..
Apakah hukumnya jika seorang Imam itu yang sepatutnya duduk tahiyat
awal tetapi dia terus bangun kerana terlupa? Apabila dia sudah tegak
berdiri dia teringat dan terus duduk untuk yahiyat awal. Adakah batal
sembahyang Imam tersebut?
Jawapan:
Jika imam terlupa duduk tahyat awal dan dia terus berdiri. Seandainya
berdirinya tersebut belum sempurna dan dia duduk kembali, maka dibolehkan
berbuat demikian. Namun jika berdirinya telah sempurna maka imam perlu
meneruskan solatnya hingga akhir dan boleh menggantikannya dengan sujud
sahwi.

145. Solat Jamak Takdim


Soalan:
Assalamualikum..
Saya bermusafir lebih daripada 2 marhalah. Apabila tiba waktu solat
Zohor bolehkah saya solat Jama' Takdim sedangkan apabila saya sampai
ke rumah nanti waktu Zohor masih ada lagi ataupun waktu Asar baru
sahaja masuk. Jika keadaan itu berlaku adakah saya hanya boleh
mengqasarkan sahaja solat Zohor iaitu tidak boleh Jama'?

Jawapan:
Jika perjalanan anda itu telah sampai dua marhalah maka anda boleh untuk
melakukan solat jamak dan qasar. Jika perjalanan itu tidak sepenuhnya
(bermusafir) dan ketika waktu Asar masuk telah sampai di rumah, maka lebih
baik mengqasar solat Zohor tersebut.

146. Isteri Memukul Suami


Soalan:
Apakah hukum seorang isteri yang memukul suami yang tidak
melakukan apa-apa kesalahan. Dan apakah tindakan yang wajar yang
harus diambil oleh suami yang dipukul?
Jawapan:
Isteri yang solehah adalah mematuhi segala perintah suami dengan penuh
taat, selagi suami tidak mengajak isteri kepada perbuatan maksiat atau
mempersekutukan Allah. Diantara ciri-ciri isteri yang solehah iaitu memiliki budi
pekerti yang murni, mempunyai sifat persefahaman, pengorbanan, ketabahan
dan penuh pengertian. Kemudian ditambah dengan sifat patuh dan taat kepada
suami, mengurus rumahtangga dengan baik, berhias untuk suami, melayani
suami, berpakaian menurut ajaran Islam dan memberi motivasi terhadap cita-cita
suami.
Jika seorang isteri telah berani memukul suami apakah suami bersalah ataupun
tidak itu merupakan sifak kederhakaan yang dikutuk oleh Allah. Sebab keredhaan
Allah terhadap seorang isteri itu tergantung kepada keredhaan suaminya.
Seandainya suaminya tidak redha maka isteri akan menerima seksaan Allah yang
berat di akhirat nanti. Wallahu A'lam.

147. Memakan Harta Anak Yatim


Soalan:
Seseorang yang sentiasa memakan harta anak yatim,tanpa pengetahuan
anak-anak tersebut tetapi menunaikan umrah dan sentiasa mendirikan
ibadat solat. Adakah segala amalannya ini di berkati Allah sedangkan dia
seorang yang terlalu arif tentang agama ?

Jawapan:
Memakan harta anak yatim secara tidak hak adalah dosa besar, namun jika
diambil dengan ketentuan untuk proses penjagaannya atau sebagai upah
penjagaannya tidak mengapa. Dengan syarat tidak melebihi dari ketentuan yang
dibolehkan syarak. Jika seseorang yang menjaga anak yatim kemudian
mengambil harta mereka dengan cara zalim iaitu mengambil dengan sesuka
hatinya bahkan tanpa izin dan diketahui oleh anak tersebut maka laknat Allah
akan menimpa orang tersebut. Banyak ayat Al Quran dan hadis Rasulullah SAW
menjelaskan tentang seksaan dan balasan bagi orang yang memakan harta anak
yatim dengan cara zalim ini.

Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang memakan


harta anak yatim itu secara zalim, sama dengan memasukkan api ke dalam perut
mereka. Dan mereka yang demikian akan ditempatkan di dalam neraka Sa'ir".
(An Nisa' 10)

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:"Dari Abu Hurairah,


sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Empat perkara yang Allah berhak
untuk tidak memasukkan orang-orang tersebut ke dalam syurga dan tidak
memberikan kenikmatan kepada mereka, iaitu orang yang menjadi pecandu
minuman keras, pemakan riba, pemakan harta anak yatim secara tidak sah
dan anak yang derhaka kepada ibu bapanya".

Mengenai amalan yang dimaksudkan hanya Allah saja yang mengetahui


apakah amalannya tersebut diterima ataupun sebaliknya. Mungkin juga pada
zahirnya kita melihat bahawa orang tersebut memakan harta anak yatim yang
dijaganya padahal ia menggunakan hartanya sendiri. Perkara ini sukar untuk kita
tentukan yang jelas jika ia memakan harta anak yatim itu dengan cara zalim
bukan atas keredhaan anak tersebut maka hukumnya haram dan berdosa.
Namun begitu kita dituntut agar berbaik sangka dan menghindarkan perbuatan
buruk sangka kerana yang demikian menyelamatkan kita daripada sifat yang
tercela (fitnah).

148. Menjadi Wali Untuk Adik


Soalan:
Assalamualaikum wbt Ustaz..
Keluarga saya mengalami masalah sejak kematian ibubapa, Saya dan
Abang saya boleh menjadi wali untuk adik saya, masalahnya sikap abang
saya yang tidak memgambil berat hal keluarga, jarang menjengah kami,
panas baran & susah hendak berunding. Beliau selalu berkata saya tidak
berhak kerana dia anak lelaki tua yang ada. Untuk mengelakkan
perbalahan bolehkah saya mewalikan adik saya tanpa memberitahunya?

Jawapan:
Menurut Imam Syafei; pernikahan seorang perempuan tidak sah kecuali
apabila dinikahkan oleh wali akrab (dekat). Kalau tidak ada wali akrab maka
dinikahkan oleh wali ab'ad (jauh), kalau tidak ada maka dinikah oleh penguasa
(wali hakim). Urutan wali itu antara lain:
1. Bapa
2. Datuk.
3. Saudara lelaki sekandung
4. Saudara lelaki sebapa
5. Anak lelaki dari saudara lelaki sekandung
6. Anak lelaki saudara lelaki sebapa
7. Bapa saudara sekandung
8. Bapa saudara
9. Anak lelaki dari bapa saudara sekandung
10. Anak lelaki dari bapa saudara seayah.
11. Hakim

Jadi jelaslah, jika bapa dan datuk tidak ada maka yang layak menjadi wali adalah
saudara lelaki sekandung, tidak kiralah apakah abang yang sulung ataupun
bukan.

149. Berjimak Ketika Masuk Subuh Bulan Ramadhan


Soalan:
Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan
kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya
tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat
perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa
itu bermula?

Jawapan:
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu
bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar
suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera
(serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah
merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah
dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka
hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada
atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup
iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

150. Melamar Suami Orang


Soalan:
Saya telah bertemu seorang lelaki yang pada saya amat sesuai dengan
saya tetapi dia sudah berumahtangga. Bagaimana hendak saya hadapi
dia dan bolehkah saya menyatakan hasrat saya?

Jawapan:
Jodoh, rezeki dan maut merupakan perkara yang telah ditentukan Allah. Jika
anda telah merasa sesuai dengan lelaki yang anda temuai itu, maka tidak salah
seandainya anda menyatakan hasrat anda itu, kerana seorang lelaki boleh
berkahwin hingga empat orang. Tapi gunakanlah cara yang terbaik untuk
menyatakan hasrat anda itu agar tidak dituduh sebagai seorang wanita yang
tidak mempunyai harga diri dan sebagainya. Yang paling penting gunakanlah
kaedah Islam seperti dengan mengutus orang tengah ataupun dengan surat.

Jika anda ingin berkah dan ingin mendapat keputusan yang terbaik, bukan
atas dorongan keinginan hawa nafsu semata, lakukanlah solat istikharah, agar
Allah memberikan yang terbaik untuk anda. Insya Allah.

151. Membayar Fidyah


Soalan:
 Saya ingin bertanya, adakah membayar fidyah itu wajib bagi mereka
yang belum bekerja?
 Kerana pada ketika itu dia masih bersekolah, tapi kini dia telah
bekerja, dan adakah dia wajib membayarnya?
 Kalau ia wajib, bagaimanakah caranya?

Jawapan:
Mengqada dan membayar fidyah dikenakan kepada orang Islam yang telah
baligh iaitu telah wajib ke atasnya menjalankan syariat Islam secara keseluruhan.
Namun jika ketika itu kita belum berkemampuan membayar fidyah maka
bayarlah ketika kita mampu, menurut jumlah puasa yang tertinggal.

152. Memotong kuku Ketika Hadas Besar


Soalan:
Benarkah kalau seseorang itu berada dalam hadas besar (ketika haid) ia
tidak boleh memotong kuku?
Dan benarkah rambut yang telah gugur itu perlu di bawa ketika mandi
wajib?
Jawapan:
Kuku yang telah dipotong serta rambut yang gugur tidak perlulah dibawa ikut
serta ketika mandi wajib, kerana bahagian-bahagian itu telah terbuang dan tidak
dapat digunakan lagi anggota tubuh. Wallahu A'lam.

153. Membayar Hutang Orang yang Telah Meninggal


Soalan:
Bagaimankah caranya untuk kita membayar semua hutang walaupun
orang tersebut telah meninggal dunia?
Jawapan:
Jika kita berhutang terhadap seseorang, namun sebelum sempat kita
membayarnya ia telah meninggal dunia, maka kita wajib membayar kepada ahli
warisnya yang terdekat.

154. Mimpi (Inzal) di Malam Ramadhan


Soalan:
Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan,
seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah
terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari
kemaluannya. Bolehkah dia meneruskan puasanya dan sahkah puasanya
itu?

Jawapan:
Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika
bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa.
Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak
membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang
Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.

155. Cara Mendidik Anak yang Nakal


Soalan:
Apakah yang perlu dilakukan terhadap kanak-kanak yang degil. Adakah
doa-doa yang perlu kita amalkan untuk melebutkan hati kanak-kanak
tersebut?
Jawapan:
Anak merupakan anugerah dan amanah Allah kepada kita. Dalam Al-Quran
juga ada mengatakan bahawa anak juga merupakan fitnah, maksudnya adalah
jika kita tidak mendidik menurut ketentuan dan tuntunan Islam maka dia menjadi
anak yang derhaka. Kederhakaan merupakan fitnah yang paling besar baik bagi
diri anak mahupun kedua ibu bapa.

Dalam mendidik anak kita dituntut agar bersabar, dan membekalkan diri
mereka dengan ilmu agama. Sebab dengan pengetahuan agama sajalah dapat
mendidik mereka menuju anak soleh atau solehah. Disamping itu kita disuruh
berdoa selesai mengerjakan solat agar anak-anak kita menjadi anak yang pandai,
bijak, berakhlak mulia, menjalankan perintah Allah dan orang tua, serta
mendoakan ke atas mereka agar selamat di dunia dan akhirat.

Diantara doa-doa yang perlu diamalkan untuk anak-anak kita adalah seperti
berikut:

1. Doa agar anak patuh kepada Allah rujuk Al-Quran surah Al Baqarah ayat
1280 2. Doa agar diberikan anak yang baik rujuk Al-Quran surah Ali Imran
ayat 38 3. Doa agar diberikan zuriat menyenangkan hati rujuk Al-Quran surah
ayat Furqan 74 4. Doa agar anak tetap mengerjakan solat rujuk Al-Quran
surah Ibrahim ayat 40 Wallahu A'lam.
156. Seksa Kubur Bagai dalam Mimpi
Soalan:
Saya pernah terbaca didalam majalah Al-Islam (keluaran bulannya tidak
ingat) yang mana sesaorang yang mendapat seksa di dalam kubur bagai
dalam mimpi. Betul atau salah. Kalau salah kenapa ianya tidak di tapis
sebelum mengeluarkan kenyataan itu karan takut nanti ianya akan
menimbulkan kekeliruan?

Jawapan:
Seksa kubur merupakan pintu awal seseorang menerima balasan setelah
mereka meninggal dunia. Ketika orang berada di alam barzakh mereka
merasakan bahawa kehidupan dunia merupakan mimpi atau kenangan silam
walaupun ianya merupakan kenyataan. Begitu juga ketika seluruh umat di
bangkitkan di padang Mahsyar, mereka seakan-akan terbangun daripada tidur.
Mungkin kata mimpi ini hanya merupakan istilah yang digunakan untuk
menyatakan bahawa kehidupan masa silam tinggal kenangan. Kerana ketika kita
di alam barzakh kita tidak dapat merasakan bagaimana keadaan suka dan duka
ketika hidup di dunia, yang hanya ada kenangan. Namun ketika itu kita sedang
berhadapan dengan balasan di barzakh.

Begitu jua ketika di Mahsyar kita tidak merasakan lagi seksa kubur tetapi kita
sedang berhadapan dengan balasan yang lain iaitu dahsyatnya di padang
mahsyar begitulah seterusnya, hingga kita dihisab, meniti titian siratal mustaqim,
akhirnya masuk ke neraka mahupun ke syurga. Dalam surah Yasin ayat 52 ada
disebutkan maksudnya: "Mereka berkata: "Aduh celakalah kami ! Siapakah yang
membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur) ?" Inilah yang dijanjikan
(Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul-Nya".

Jadi jelaslah kata "mimpi" itu merupakan kata yang mudah untuk
menterjemahkan setiap proses perjalanan kehidupan kita dari satu alam menuju
alam yang lain. Bukan untuk memudah-mudahkan balasan yang Allah berikan.
Wallahu A'lam.

157. Suntikan Doktor ketika Puasa


Soalan:
Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik
untuk mendapatkan rawatan, doktor
telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal
kerana suntikan itu?

Jawapan:
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan
ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang
menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain
membatalkannya. Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa
dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.
158. Menutup Aurat Bagi Wanita
Soalan:
Apakah hukum orang perempuan yang tidak memakai tudung? Jika ianya
haram, keluarkan ayat al-quran dan hadis yang mengatakan ianya
haram.
Mohd Kir ,Shah Alam

Jawapan:
Wanita yang solehah iaitu wanita yang menutup aurat ketika berpakaian.
Kerana ramai dikalangan wanita di zaman ini mereka berpakaian tetapi telanjang.
Ertinya pakaian mereka hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja.
Kalaupun menututp semuanya tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas.
Firman Allah SWT maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah
untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu
adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat". (Al A'raf ayat 26 ) Jilbab atau tudung adalah fesyen
pakaian yang dapat menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di
sebelah atas , kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab juga tidak menampakkan
bentuk badan. Allah memerintahkan pakaian demikian supaya dapat
membezakan mana wanita beriman dan wanita yang tidak beriman, serta
terhindar daripada gangguan orang-orang munafik. Firman Allah SWT
maksudnya: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: 'Hendaklah mereka
mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh'. Yang demikian itu supaya mereka
lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al Ahzab ayat 59)

159. Solat Fardhu Dipaksa


Soalan:
Apakah hukum seseorang muslim itu mendirikan solat wajib kerana
dipaksa?
Jawapan:
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Suruhlah anak-anakmu mengerjakan
solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka (bila tidak mu) pada usia 10 tahun
dan pisahkan mereka ditempat-tempat tidur". (HR. Ahmad dan Abu Dawud)
Dari hadis di atas dapat kita mengambil pelajaran bahawa solat itu merupakan
tiang agama yang wajib dikerjakan bagi kaum muslim. Jika anak berusia 10
tahun tidak mahu mengerjakan solat di suruh pukul sudah tentu bagi yang sudah
baligh berat lagi hukumannya. Jadi tidak ada istilah dipaksa dan terpaksa dalam
mengerjakan solat bagi yang sudah baligh, tetapi wajib mengerjakannya bagi
setiap kaum muslimin. Dalam sebuah hadis ada disebutkan, sesungguhnya
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Yang membezakan (seorang itu mukmin)
dan kufur serta syirik adalah meninggalkan solat". (Riwayat Muslim)

160. Memahami Ayat Al-Quran


Soalan:
Saya suka membaca Al-Quran tetapi kadang-kala terasa seolah-olah
bacaan/sebutan tersebut salah bila dibaca. Adakah di anggap berdosa
jika tersalah membaca dan tidak memahami erti ayat-ayat suci tersebut?
Jawapan:
Belajar membaca Al-Quran dengan kaedah yang benar merupakan kewajipan
setiap individu, kerana dengan memahami maksud dan kaedah membaca yang
benar umat Islam dapat menghayati isi dan kandungan Al-Quran. Sesungguhnya
setiap huruf yang kita baca itu akan Allah berikan ganjaran pahala yang besar,
jadi alangkah mulia dan baiknya jika kita membacanya dengan betul. Jika kita
dalam proses belajar dan ketika itu kadangkala tersilap, maka tidaklah berdosa,
tetapi usahakanlah untuk terus memperbaiki bacaan kita agar ianya merupakan
amalan yang diterima di sisi Allah sebagai amalan yang mulia. Wallahu A'lam.
Sila rujuk soalan yang sama dalam laman kemusykilan.

161. Antara Puasa Enam dan Puasa Qada'


Soalan:
Ustaz, ada orang mengatakan setelah kita mengerjakan puasa enam kita
tidak perlu membayar puasa qada. Boleh ustaz selesaikan kemusykilan
saya ini?

Jawapan:
Fuqaha Hanafiyah, Syafeiyah dan Hanabilah mengatakan bahawa puasa enam
hari pada bulan Syawal itu adalah sunat hukumnya. Jamaah ahli hadis kecuali
Bukhari meriwayatkan dari An Nasai dari Abu Ayyub al Anshari bahawa Nabi SAW
bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan,
kemudian diiringinya dengan berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka
seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun penuh". Jadi puasa enam pada
bulan syawal ini merupakan puasa sunat sahaja.

Mengqada puasa adalah kewajipan kita menggantikan puasa yang tertinggal


pada bulan Ramadha kerana sebab-sebab tertentu. Setengah ulama mengatakan
kita perlu mengganti puasa wajib yang kita tertinggal itu barulah kita
mengerjakan puasa sunat yang lainnya. Jadi antara puasa qada' dan puasa sunat
enam hari pada bulan Syawal, perlulah dipisahkan antara yang Fardhu (wajib)
dan yang Sunat. Kerjakanlah puasa qada' dahulu barulah kerjakan yang sunat
kerana itulah yang lebih afdal. Wallahu A'lam.

162. Berpuasa Awal Sehari kerana Merantau


Soalan:
Ibu saya telah menunaikan umrah baru-baru ini. Beliau telah mula puasa
di Mekah 1 hari lebih awal. Bagaimana kedudukan puasa beliau sekarang
di Malaysia berpuasa ramadhan 30 hari?

Jawapan:
Seseorang itu bolehlah memulai puasanya apabila dia telah melihat hilal atau
anak bulan Ramadhan. Tak kiralah di negara mana ia berada ketika itu.
Kemudian seseorang itu boleh berbuka atau berhari raya ketika melihat hilal atau
anak bulan Syawal. Dalam sebuah hadis ada di jelaskan maksudnya:
"Berpuasalah kamu kerana telah melihatnya (hilal Ramadhan) dan berbukalah
kamu kerana telah melihatnya (hilal Syawal)". (Riwayat Bukhari dan Muslim) Jika
ketika awal puasa berada di Makkah dan di sana sehari lebih awal dari negara
kita, maka kita (yang berada di Makkah) wajib berpuasa kerana telah melihat
anak bulan Ramadhan. Setelah kembali ke tanah air maka ikutlah kaedah di sini,
jika terlihat anak bulan Syawal nanti maka berbukalah (menyambut hari raya).
Tidak perlulah kita mengira jumlah lebihan hari kita berpuasa lantaran proses
pertukaran tempat, tetapi sebaliknya bersyukurlah atas rahmat yang Allah
berikan itu. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sekiranya ummatku mengetahui
apa yang ada pada Ramadhan itu, sudah pasti mereka akan sentiasa
mengharapkan agar semua bulan yang lain menjadi Ramadhan" (Hadis)

163. Khusyuk Ketika Solat


Soalan:
Bagaimanakah kita ingin khusyuk dalam sembahyang kerana sering kali
saya tidak dapat melakukan dengan sempurna?

Jawapan:
Ali bin Abi Thalib pernah menerangkan "Khusyuk itu ialah khusyuk hati".
Kemudian beliau menambahkan "Khusyuk itu di hati dan hendaknya seseorang
merendahkan diri kepada seorang muslim yang lain; dan janganlah anda
berpaling-paling dalam sembahyang anda".

Kemudian menurut Abdullah bin Umar: "Adalah para sahabat nabi apabila
mereka bersembahyang, mereka menghadapkan betul-betul kepada
sembahyangnya, mereka merendahkan penglihatan mereka ke tempat tempat
sujud mereka dan mereka menyedari sesungguhnya Allah sedang berhadap
kepada mereka, maka tidaklah mereka berpaling ke kanan dan ke kiri".

Banyak ayat-ayat suci Al Quran menjelaskan tentang pentingnya khusyuk


ketika solat ini. Diantaranya, "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang
beriman (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya". (Al
Mukminun 1-2)

Firman-Nya lagi "Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah


sembahyang utama (Asar, Subu) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu)
dengan khusyuk". (Al Baqarah 238)

Sebenarnya memang sukar untuk menghadirkan seluruh anggota tubuh dan


hati ketika mengerjakan solat. Namun usaha untuk menyempurnakan syarat dan
rukunnya merupakan ikhtiar yang paling penting untuk menuju ke arah khusyuk
tersebut. Dengan cara ini insya Allah kesempurnaan solat kita akan tercapai.
Wallahu A'lam.

164. Peristiwa Akhir Kematian


Soalan:
Semasa ibu saudara saya meninggal, telah keluar kutu dikepala arwah
dengan begitu banyak. Saya ingin mengetahui apakah sebabnya
sedangkan kepala arwah semasa hayatnya tidak mempunyai kutu?

Jawapan:
Banyak peristiwa aneh yang terjadi pada orang yang akan meninggal dunia
ditunjukkan Allah terhadap orang yang ada disekelilingnya. Kadang-kadang
pemandangan yang menyenangkan seperti kita lihat ketika roh ingin berpisah
dari badan wajahnya tersenyum. Ada juga sebaliknya ketika akan meninggal
dunia suaranya menjerit-jerit seperti orang yang kesakitan yang amat sangat.
Semuanya itu merupakan petanda akan nasib yang akan diterima oleh seseorang
di akhirat kelak. Namun semuanya itu hanya Allah yang mengetahui hakikatnya.

Dalam sebuah hadis ada menceritakan tentang orang yang mati dalam
keadaan baik dan keadaan sebaliknya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Tunggulah mayat ketika matinya. Jika kedua matanya telah memancar, dahinya
berkeringat, jalan nafasnya turun naik maka disitulah rahmat Allah telah turun
kepadanya. Jika ia telah mendengkur seperti mendengkur anak unta serta
warnanya atau rupanya telah beku, mulutnya mengeluarkan buih, maka inilah
azab Allah telah turun kepadanya". (Riwayat Hakim dan Tarmizi) Jadi ada dua
jenis keadaan yang biasanya berlaku terhadap orang yang akan meninggal dunia.
Maka kita akan dapat membezakan apakah kematiannya dalam keadaan baik
atau sebaliknya. Namun kita tidak dibenarkan bercerita kepada orang lain agar
aib si mayat sentiasa terpelihara dan ahli keluarganya tidak menanggung malu.
Semoga kita sentiasa berdoa agar mati dalam keadaan husnul khatimah atau
mati dalam keadaan baik bukan sebaliknya. Mengenai peristiwa yang menimpa
diri ibu saudara anda itu nilailah sendiri menurut kelaziman yang terjadi,
maksudnya suautu hal yang tidak biasa terjadi bagi orang yang telah meninggal
dunia boleh mengeluarkan kutu yang banyak, namun itu semua gambaran dan
pengajaran yang Allah tunjukkan kepada manusia yang hidup. Berdoalah agar
rohnya memperolehi rahmat Allah. Wallahu A'lam.

165. Memakai Gincu di Bulan Ramadan


Soalan:
Pada bulan Ramadhan ini apakah hukumnya kalau seorang wanita ketika
berpuasa memakai gincu 'Lipstik'?

Jawapan:
Wanita yang berhias diri seperti memakai wangian, lipstik dan sebagainya
ketika ke luar rumah hukumnya berdosa, tak kiralah bulan biasa ataupun bulan
Ramadhan. Kerana perbuatan seperti itu hanya dilakukan oleh wanita-wanita
pada zaman jahiliyah. Namun berhias untuk menyenangkan hati suami, wajib
hukumnya, itupun hindarkan memakainya ketika di siang bulan Ramadhan.

166. Menjadi Pelajar Cemerlang


Soalan:
Saya bakal menghadapi PMR pada tahun ini. Jadi saya hendak bertanya,
waktu manakah yang paling sesuai untuk membaca, cara mengulangkaji
yang baik, dan cara mengingati pelajaran?

Jawapan:
Terdapat banyak kriteria bagi membahagikan masa dalam membaca,
tergantung pada diri individu pelajar tersebut. Yang paling penting pelajar
memahami petua-petua yang dapat memberikan pemahaman dalam pembacaan
tersebut. Diantaranya, membaca bukan sekadar melihat susun atur tulisan,
membaca harus berlaku secara giat. Membaca bukan sekadar kegiatan bersantai.
Membaca memerlukan kemahiran khusus memanfaatkan bahan atau sumber
yang diperolehi. Membaca melibatkan pergerakan mata yang pantas dan
bersistem. Ini juga memerlukan penumpuan. Membaca melibatkan perasaan dan
sebagainya.

Begitu juga dalam mengulangkaji kita memerlukan penumpuan agar segala yang
kita inginkan dapat tersimpan dalam minda.

167. Kanak-Kanak dalam Saf


Soalan:
Saya nak tahu tentang hukum kanan-kanak yang belum baligh
sembahyang bersama dengan kita. Apa hukumnya, tolong jelaskan?

Jawapan:
Jika kita solat berjamaah sedangkan didalam saf tersebut terdapat kanak-
kanak, maka solat kita tetap sah bahkan pahala berjamaah tetap tidak terjejas,
cuma hanya berkurang dalam pahala saf. Jadi perkara yang tidak baik jika kita
melarang kanak-kanak ikut bersama-sama orang tua berjamaah di masjid.
Bahkan setengah masjid di tempat kita sengaja membuat pengumuman
melarang kanak-kanak umur lima tahun masuk ke dalam masjid. Sebetul cara ini
secara tidak langsung kita telah mematikan minat anak untuk datang dan
mencintai masjid. Padahal Rasulullah SAW pernah membawa cucu baginda ke
dalam masjid ketika baginda menjadi imam. Ketika itu Hassan dan Hussein
memanjat bahu baginda sehingga baginda melamakan sujudnya. Ini
membuktikan bahawa Rasulullah begitu peka terhadap perkembangan agama
kanak-kanak.

Barangkali masyarakat kita perlu merubah minda yang keliru dalam mendidik
anak-anak mencintai masjid dan melatih mereka dalam solat. Jangan terlalu
memperhatikan pahala saf sehingga minat anak-anak dikubur atau diabaikan.
Wallahu A'lam.

168. Pernikahan di Bulan Muharam


Soalan:
Saya kurang pasti, apakah elok melangsungkan perkahwinan pada bulan
Muharam? Ada sesetengah pendapat menyatakan tak elok dilakukan
pada bulan Muharam.
Jawapan:
Tidak ada dalilpun yang mengatakan bulan-bulan tertentu baik dan tidak baik
untuk melangsungkan perkahwinan. Bahkan Allah menjadikan bulan-bulan-Nya
baik belaka. Pendapat itu timbul hanya sangkaan semata daripada setengah
masyarakat yang masih terpengaruh dengan unsur-unsur ajaran yang bukan dari
ajaran Islam. Hindarilah perkara-perkara khurafat yang dapat merosak nilai
ajaran Islam agar kita memperoleh berkah dan rahmat Allah.
Wallhu A'lam.

169. Bersih dari Haid dan nifas


Soalan:
Bagaimanakah seseorang itu dikatakan bersih daripada haid/nifas?
Sekiranya haid berlarutan sehingga lebih dari 7 hari adakah ianya masih
belum bersih?
Jawapan:
Dalam istilah ilmu fiqih masa lamanya wanita mengeluarkan darah haid ada
terbahagi tiga.
1. Masa "Akulul haid" masa yang paling sedikit iaitu 24 jam.
2. Masa "Aksyarul haid" masa yang paling panjang iaitu 15 hari 15 malam.
3. Masa "Ghalibul haid" masa kebanyakan wanita mengalaminya iaitu 6 atau 7
hari 7 malam.

Jika ada wanita mengeluarkan darah selama 15 hari/malam tetapi tidak terus
menerus dan jika dikumpulkan semua tidak ada 24 jam, maka darah itu bukan
dikatakan darah haid melainkan darah istihadah.

170. Membiarkan Kemungkaran


Soalan:
Saya tinggal dengan seorang kawan ... Dia duduk dengan awek dia bukan
muhrim. Adakah saya terlibat sama..dan sahkah puasa saya..?

Jawapan:
Dalam sebuah hadis ada disebutkan, jika kamu melihat kemungkaran maka
cegahlah dengan tangan ataupun kekuatan, jika tidak mampu cegahlah dengan
mulut, jika itupun tidak mampu cegahlah dengan hati, yang demikian itu
selemah-lemah iman. Jika anda membiarkan kemungkaran itu berada di rumah
anda maka cegahlah, kerana jika anda membiarkannya samalah anda setuju
dengan kemungkaran itu dan anda juga menanggung dosa yang dilakukan oleh
teman anda itu.

Jika itupun tidak dapat anda lakukan maka pindahlah ke tempat lain yang lebih
baik dan selamat, kerana kita tidak tahu ajal dan maut kita bila akan tiba. Kerana
kita khuatir ketika kemaksiatan bergelimang dalam diri dan lingkungan kita saat
itu maut menjemput kita, maka jadilah kita insan yang rugi di akhirat nanti.
Na'uzubillahi minzalik.

Mengenai puasa dan ibadah anda yang lain tetap sah. Namun dari sisi Islam
anda tergolong orang yang mampu membuat yang makruf tetapi tidak mampu
mencegah kemungkaran di depan mata. Alangkah ruginya jika kita tergolong
insan semacam ini.

171. Dosa Hasad dan Dengki


Soalan:
Seperti yang kita tahu,pahala akan terhapus sekiranya kita mempunyai
sifat hasud dan dengki.
Soalan saya, Berdosakah sekiranya kita mempunyai sifat hasud dan
dengki atau cukup sekadar memakan pahala kebaikan kita?

Jawapan:
Jika ia tergolong perbuatan yang dapat menghapuskan segala pahala kita
sudah tentu ia termasuk dosa, bahkan tergolong dalam dosa besar. Dengki
terhadap orang lain termasuk menyakitinya, dan di dalam Al-Quran dengan jelas
menyebutkan bahawa dengki atau menyakiti orang lain itu termasuk ke dalam
dosa besar.

Firman Allah SWT maksudnya: "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang


yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka
sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata".
(Al Ahzab ayat 58)

172. Sukar Bangun Pagi


Soalan:
Bagaimana cara mengatasi masalah kesukuran untuk bangun pagi dan
adakah ayat yang perlu diamalkan?

Jawapan:
Orang-orang yang beriman sentiasa mengerjakan solat pada awal waktu dan
menjadikan sebahagian malamnya dengan mengabdi kepada Allah. Bagi mereka
yang telah terbiasa melakukan ibadah solat ini dengan disiplin maka kebiasaan
bangun pagi ini tidak menjadi masalah. Jika menemukan kesukaran berdoalah
ketika ingin tidur dengan membaca doa tidur, ayat kursi, surah al ikhlas, surah al
falaq dan surah an Nas, kemudian berdoalah bersungguh-sungguh dalam hati
agar tepat pada waktu Solat Subuh masuk agar Allah bangunkan kita.
Amalkanlah Insya Allah, Allah SWT memberikan jalan yang terbaik untuk kita.

173. Mimpi (Inzal) Di siang Hari Ramadhan


Soalan:
Soalan saya ialah adakah batal puasa seseorang itu sekiranya terkeluar
air maninya semasa dia tengah
tidur?

Jawapan:
Bermimpi dalam berpuasa sehingga keluar mani tidaklah membatalkan puasa.
Dalam hukum ini tidak ada perselisihan pendapat para fuqaha.

174. Hukum Wanita Memakai Minyak Wangi


Soalan:
Apakah hukum jika seseorang wanita itu memakai minyak wangi ketika
keluar berjalan-jalan(bersiar-siar), kawan saya mengatakan yang dia
telah terbaca suatu buku yang mengatakan haram kerana boleh
menimbulkan pelbagai fitnah terhadap wanita tersebut?
Tamimi, Batu Caves
Jawapan:
Memang benar bagi wanita yang kelaur rumah memakai harum-haruman
hukumnya haram, kerana dapat menimbulkan fitnah, ertinya menyebabkan lelaki
lain tertarik kepadanya. Wanita yang berhias diri seperti memakai wangian,
lipstik dan sebagainya ketika ke luar rumah hukumnya berdosa, tak kiralah bulan
biasa ataupun bulan Ramadhan. Kerana perbuatan seperti itu hanya dilakukan
oleh wanita-wanita pada zaman jahiliyah. Namun berhias untuk menyenangkan
hati suami, wajib hukumnya, itupun hindarkan memakainya ketika di siang bulan
Ramadhan.

175. Solat Sunat 2 Rakaat ketika Masuk Masjid


Soalan:
Bolehkah kita sembahyang sunat 2 rakaat ketika khatib sedang membaca
khutbah di hari Jumaat kerana saya selalu melihat orang yang terlambat
datang mendengar khutbah terus sembahyang sunat 2 rakaat, adakah
pahala Jumaatnya tiada?
Jawapan:
Setiap kita yang datang ke masjid sunat mengerjakan solat sunat dua rakaat.
Begitu juga ketika hari Jumaat, jika kita terlambat datang dan ketika itu khatib
telah membaca khutbah maka kita juga disuruh mengerjakan solat sunat tahyatul
masjid terlebih dahulu barulah kita duduk. Dasarnya adalah, pernah pada suatu
hari ketika Rasulullah SAW sedang membaca khutbah Jumaat, tiba-tiba ada
seorang sahabat yang datang terlambat, kemudian ia langsung duduk. Ketika itu
Rasulullah SAW menegurnya agar berdiri dan mengerjakan solat tahayatul masjid
dua rakaat, maka sahabat itu pun melakukan perintah Rasulullah SAW tersebut.

176. Hukum Lelaki Memakai Emas


Soalan:
Apakah hukumnya seorang lelaki memakai perhiasan seperti cincin
(emas/suasa) dan adakah sah solat Lelaki tersebut kerana mamakai
cincin tersebut ketika menunaikan solat?
Jawapan:
Rasulullah SAW membolehkan kaum wanita memakai perhiasan emas dan
sutera dan melarang bagi kaum lelaki memakainya. Jadi haram bagi lelaki
memakai perhiasan sutera dan emas. Seandainya terbawa dalam solat, maka
solat tetap sah, kerana emas bukan benda najis dan perkara yang menyebabkan
membatalkan solat. Cuma perbuatan memakai perhiasan itu yang tercela atau
berdosa. Wallahu A'lam.

177. Bahagian Syurga dan Neraka


Soalan:
Bolehkah tuan menerangkan bahagian-bahagian syurga dan neraka dan
siapakah ahli-ahlinya?
Jawapan:
Penghuni Neraka seperti yang diterangkan dalam surah Al Baqarah 24
maksudnya: "Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya ialah
manusia dan batu-batu. Neraka itu disediakan bagi mereka yang kafir".
Tingkatan Neraka antara lain; neraka Jahannam, Luza, Hathamah, Sair, Saqru,
Jahim dan Hawiyah.

Diantara penghuni syurga ialah orang-orang yang beriman, pengikut sekalian


Nabi serta orang-orang yang mendapat rahmat Allah.
Tingkatan syurga seperti yang disebutkan Rasulullah dalam hadis yang
diriwayatkan Tarmizi sebanyak seratus tingkatan. Namun di dalam Al-Quran
disebutkan sebanyak tujuh tingkatan iaitu Jannatul Firdaus, Jannatul Naim,
Jannatul Makwa, Jannatul Adnan, Jannatul Khuldi, Darus Salam dan Daruj Jalal.

178. Penghayatan Al-Quran dan Hadis di Malaysia


Soalan:
Al-Quran dan Hadis serta penghayatannya di Malaysia.

Jawapan:
Al-Quran merupakan nur atau cahaya yang memberikan penerangan dan
pedoman hidup untuk umat manusia. Begitu juga hadis merupakan pedoman
kehidupan yang jelas untuk dijadikan sebagai pedoman kehidupan yang dapat
diterapkan dalam kehidupan harian.

Al-Quran dan Hadis bukan sekadar bahan bacaan dan bahan perbandingan
sahaja, tetapi ia merupakan sumber dari segala kehidupan, baik dalam bidang
politik, ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan dan sebagainya. Jika konsep Al-
Quran ini dapat dijalankan dengan sempurna, maka barulah dapat dikatakan
bahawa Al-Quran dan Hadis merupakan sumber kehidupan ummah. Namun jika
kita hanya mengambil setengah-setengah (untuk kepentingan diri) dan
meninggalkan setengah yang lain (untuk kepentingan diri) maka kita tidak ikhlas
dalam mempercayai kebenaran Al-Quran.

Untuk menjawab pertanyaan di atas ianya dapat diukur oleh masing-masing


individu dan menurut pemahaman masing-masing kita tentang Al Quran dan
Hadis. Yang jelas Al-Quran dan Hadis bukan sekadar dapat dibaca dengan irama
yang merdu tetapi Al-Quran wajib dibaca, difahami, dilaksanakan dan disebarkan
segala hukum hakam yang terkandung di dalamnya, Hadis pula wajib kita rujuk
dan dijadikan panduan dalam mengharungi kehidupan ini. Wallahu 'Alam.

179. Hukum Solat Sunat Berjamaah


Soalan:
Adakah benar kenyataan yang di buat oleh sesetengah ahli agama yang
menyatakan 'tidak ada solat sunat yang dilakukan secara berjemaah'.
Jika benar, bagaimana pula dengan solat terawih yang dilakukan secara
berjemaah? Adakah istilah masbu'/muafiq untuk solat sunat terawih jika
dilakukan secara berjemaah?

Jawapan:
Solat sunat ini banyak bahagiannya, diantara solat sunat Rawatib yang
dikerjakan secara sendirian ketika sebelum dan sesudah solat sunat Fardhu, solat
Tahajjud, solat Dhuha dan lain-lain. Begitu juga solat sunat ada dikerjakan secara
berjamaah seperti solat sunat gerhana matahari dan gerhana bulan, solat sunat
'Aidil Fitri dan Aidil 'Adha, solat sunat Tarawih dan sebagainya.

Mengenai solat Tarawih, sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah


SAW solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan sendirian ataupun secara
berjamaah di masjid ataupun surau. Telah sepakat pendapat ulama bahawa
adalah lebih afdhal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjamaah.

Rasulullah SAW pada mulanya mendirikan solat sunat Tarawih di Masjid


Nabawi dengan berjamaah. Pada malam yang keduanya, baginda dapati
sambutan begitu ramai daripada para sahabat, sehingga baginda merasa
bimbang kalau umat Islam kelak menganggap solat Tarawih itu sebagai wajib.
Ternyata benar pada malam ketiganya menjadi bertambah ramai para sahabat
yang berhimpun di Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat sunat Tarawih
berjemaah bersama Rasulullah SAW. Tetapi Rasulullah tidak mahu hadir kerana
bimbang umat Islam akan menganggab ibadah itu sebagai wajib, bukan kerana
tidak mahu berjamaah.

Kemudian pada zaman Sayidina Umar Al Khattab, beliau menghimpun para


sahabat yang solat berkelompok- kelompok dalam masjid menjadi satu jemaah.
Namun perubahan yang dilakukan oleh Sayidina Umar ini tidaklah menimbulkan
anggapan bahawa solat Tarawih ini menjadi wajib.

Begitu juga halnya jika kita terlambat datang untuk Tarawih sedangkan imam
telah mengerjakan satu rakaat maka bolehlah kita masuk masbuq, jika kita ingin
mengikutinya, dan boleh pula kita menunggu pada rakaat berikutnya. Kerana
jumlah rakaat Terawih itu tidak terikat pada jumlah-jumlah tertentu dan boleh
kita mengerjakannya menurut kemampuan kita. Wallahu 'Alam.

180. Ganti Puasa serta Fidyah


Soalan:
Seorang wanita yang tidak sempat menggantikan fidyah untuk tahun
tersebut tetapi hanya sempat menggantikan puasanya sahaja adakah
perlu mengulagi puasa ganti tersebut sekali lagi bersama-sama fidyah
yang telah ditetapkan atau dia hanya perlu membayar fidahnya sebanyak
dua kali ganda sahaja tanpa perlu menggantikan puasanya (yang juga
sepatutnya dua kali ganda dari tahun sebelumnya)?

Jawapan:
Sebahagian ulama menetapkan mengqadha puasa Ramadhan yang
ketinggalan wajiblah berturut-turut, namun sebahagian yang lain mengatakan
qadha Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, boleh ditangguhkan sehingga bulan
Sya'ban samada uzur ataupun tidak. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh
Bukhari dari Aisyah ujarnya: "Atasku ada puasa dari bulan Ramadhan, maka aku
tidak mengqadhanya sehingga datanglah bulan Sya'ban tahun yang berikutnya".

Apabila seseorang tidak mengqadhanya sehinggaa menjelang Ramadhan yang


berikutnya, maka menurut kata sebahagian ulama diwajibkan atas orang itu
memberi fidyah disamping wajib mengqadha puasanya. Tetapi dalil yang
mewajibkan fidyah dalam hal ini tidak ditemui. Jadi jika ingin membayar fidyah
cukuplah sekali sahaja tidaklah berganda. Wallahu 'Alam.

181. Anak yang Agresif


Soalan:
Saya ingin tahu cara-cara untuk mengatasi masalah anak yang suka
memukul dan tidak mendengar kata tapi anak itu baru berumur 4 tahun.
Adakah itu normal bagi kanak-kanak dan adakah sifat-sifat degilnya itu
akan hilang apabila ia membesar kelak?
Jawapan:
Anak-anak yang agresif dan aktif ketika berusia kanak-kanak merupakan
perkara biasa, bahkan sesetengah ahli psikologi mengatakan bahawa perbuatan
anak tersebut sebagai perlakuan normal. Kerana menurut mereka anak yang
pendiam ketika usia kanak-kanak ini tergolong kanak-kanak yang bermasalah,
wallahu 'alam.

Di dalam Islampun kita dituntut untuk mencurahkan rasa kasih dan sayang
kepada anak-anak kita agar mereka dapat tumbuh dan berkembang menurut
fitrahnya secara baik dan sempurna. Rasa kasih sayang ini bukan sahaja
dinikmati anak dengan rasa yang bahagia dan memberangsangkan tetapi juga
memberikan kesan kepada ibu bapa yang memberikan rasa kasih sayang itu. Jika
kita tidak mampu bersabar dan tidak mampu menyayangi anak-anak secara
berterusan kerana agresif dan kenakalan mereka, maka kita khuatir rasa kasih
sayang itu mulai menghilang dalam diri kita. Jika ini terjadi maka kita tergolong
insan yang paling rugi.

Dari Ibnu Abbas, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Muliakanlah anak-


anakmu dan berikanlah pendidikan yang baik kepada mereka" (Riwayat Ibnu
Majah) Dalam memberikan pendidikan kepada kanak-kanak utamakanlah
pendekatan pendidikan Islam. Pendidikan yang pertama sekali diberikan kepada
anak ialah dasar-dasar aqidah dengan cara yang mudah diterima. Oleh itu
hendaklah memperdengarkan kalimah syahadah dan kalimah tauhid kepadanya.
Bacakan kepada mereka itu kalimah tauhid setiap hari sehingga meresap ke
dalam hatinya.

Apabila usia anak telah bertambah misalnya telah berumur empat atau lima
tahun, ajarilah mereka dengan akhlak yang mulia seperti sifat jujur dan melarang
mereka bersikap dusta, mencintai kedua orang tua dan sanak saudara. Kenalkan
kepada anak nilai-nilai dan akhlak yang mulia serta bandingkan dengan sifat-sifat
yang tercela agar mereka dapat membezakan mana yang baik dan mana yang
buruk.

Dalam Islam dengan tegas menjelaskan agar kita menyuruh anak


mengerjakan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka jika tidak mahu
mengerjakannya ketika berumur sepuluh tahun.

Banyakkan berdoa kepada Allah, agar anak yang berusia empat tahun ini
menjadi insan yang soleh di kemudian hari yang dapat mendoakan ibu bapanya
kelak. Jangan memberikan gelaran yang buruk kepada mereka, kerana sebutan
buruk itu merupakan doa, dan sebaliknya gunakan gelaran ataupun panggilan
yang baik, agar ia menjadi anak yang baik, insya Allah.

182. Menghindari Sifat Buruk Sangka


Soalan:
Bagaimanakah cara untuk kita menghindari diri daripada sifat buruk
sangka terhadap orang lain?
Jawapan:
Sifat buruk sangka termasuk sifat yang tercela, kerana ia dapat menimbulkan
fitnah yang sangat besar. Dalam Al Quran, Allah berfirman maksudnya: "Hai
orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, sesungguhnya
sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu menggunjing atau
memfitnah sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu
memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik
kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima
taubat lagi Maha Penyayang". (Al Hujarat : 12) Jadi jelaslah berprasangka
buruk itu berdosa, maka berusahalah menghindarinya dengan cara banyak
mengingat kebaikan seseorang. Ketika prasangka itu datang, banyakkan berzikir
kepada Allah dan tepis sifat tersebut dengan mengingat dosa yang akan kita
terima jika tetap dalam berprasangka buruk.

183. Wasiat Ibu tentang Jodoh


Soalan:
Apakah hukumnya seseorang yang mengingkari wasiat ibunya yang telah
meninggal dunia supaya dia berkahwin dengan pilihan ibunya tadi,
sedangkan dia telah ada pilihannya sendiri?
Berdosakah dia mengingkarinya?
Jawapan:
Sebagai seorang ibu memang menginginkan agar anaknya bahagia dan
tenteram disamping teman hidupnya. Biasanya ibu bapa akan memilih calon
pasangan anaknya mengikut firasat atau kata hatinya, kerana ibu bapa lebih
memahami keadaan anaknya dan dapat membuat perbandingan dengan calon
pilihannya. Namun tidak selamanya pilihan ibu bapa itu berdasarkan tuntunan
Islam, kerana ada juga ibu bapa yang memilih pasangan untuk anaknya
berdasarkan kebendaan.

Masalah jodoh, rezeki dan maut merupakan ketetapan Allah. Jika ibu anda
menginginkan anda kahwin dengan seseorang pilihannya, namun Allah
menetapkan anda kahwin dengan orang lain, maka ketetapan Allah lah yang
berlaku terhadap diri anda. Begitu juga jika anda berkahwin dengan pilihan ibu
anda, itu juga merupakan ketetapan Allah. Jadi masalah jodoh bukanlah boleh
dipaksa kerana ia merupakan hak dan takdir Allah untuk seseorang. Seorang ibu
hanya berhak memberikan cadangan, dan berencana sedangkan yang
menentukannya hanyalah Allah SWT. Maka tidaklah berdosa jika anda kahwin
dengan orang yang bukan pilihan ibu anda, kerana Allah telah menetapkan jodoh
dengan pasangan anda sekarang.

Jika anda ingin berkah dan ingin mendapat keputusan yang terbaik, bukan
atas dorongan keinginan hawa nafsu
semata, lakukanlah solat istikharah, agar Allah memberikan yang terbaik untuk
anda. Insya Allah.Wallahu 'Alam.

184. Allah Yang Maha Berkuasa


Soalan:
Saya telah disoal .......(begini lebih kurang)...Allah swt adalah Maha
Berkuasa, Allah mampu membuat apa saja.... termasuklah bumi dan
segala alam ini..
Soalannya, bolehkah Allah membuat satu batu besar?.... Sudah tentu
boleh tetapi bolehkah Allah mencipta satu batu besar yang Allah sendiri
tidak mampu menampungnya.. ...atau satu batu yang lebih berkuasa dari
Nya... ? Tolonglah bagi jawapan .....

Hamba Musykil, Muar


Jawapan:
Saya ingin membawa satu contoh pertanyaan. "Mampukan seorang tukang
kayu itu membuat sebuah kerusi? Tentu saja mampu, kerana buktinya setiap
rumah orang ada kerusi.

Setelah kerusi itu di buat, mampukah tukang kerusi itu mengubah bentuknya
dengan yang lain ataupun memusnahkannya sama sekali. Tentu saja mampu,
kerana kerusi merupakan rekaannya dan kerusi juga tidak mampu untuk
melawan tukang kayu tadi. Mungkinkah terjadi pada diri tukang kayu tadi, dia
membuat sebuah kerusi yang canggih dengan tujuan agar kerusi itu menyerang
dirinya atau membinasakannya?.

Jawapannya tergantung pada logik seseorang, apakah logiknya sihat atau


tidak, sangat mempengaruhi jawapannya. (Jadi pertanyaan di atas timbul dari
logika yang tidak sihat (3¼) dari orang yang melatih fikirannya kearah
kesesatan, atau sekedar bersenda gurau dengan kekuasaan Allah SWT)

Dalam sebuah hadis dari Abu Said Al Khudri ra. memberitakan bahawa
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Suatu hari Nabi Musa bermohon kepada
Allah SWT: "Wahai Tuhanku ajarkanlah aku akan sesuatu yang dapat aku
mengingati Mu dengannya". Kemudian Allah SWT berfirman: "Katakanlah olehmu
'Laa ilaha illallah'. Musa berkata: "Ya Tuhan, ini diucapkan oleh setiap hambaMu".
Allah berfirman lagi: "Ucapkanlah olehmu 'Laa ilaha illallah'. Musa berkata lagi:
"Ya Tuhan, aku menghendaki sesuatu yang khas bagiku". Allah SWT berfirman:
"Jika tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di atas dacing dan 'Laa
ilaha illallah' disebelah yang lain maka nescaya dacing disebelah 'Laa ilaha illallah'
itu lebih berat"."

Begitu besar kekuasaan Allah, cukup dengan kalimah tauhid iaitu 'Laa ilaha
illallah' segala isi dunia ini tak mampu untuk mengatasinya. Apakah lagi hanya
sekadar seberat gunung atau batu. Maka mustahil menyamakan kekuasaan Allah
itu dengan makhluk ciptaannya.

185. Taubat Perbuatan Zina


Soalan:
Assalamu'alaikum....Ustaz.
Saya dulu pada zaman remaja banyak melakukan perbuatan zina, tetapi
sekarang sudah bertaubat dan tidak pernah mengulanginya lagi.
Soalan saya disini, adakah taubat saya diterima Allah sekiranya saya
tidak meminta maaf terlebih dahulu dengan ibu-bapa perempuan yang
berzina dengan saya. Lagipun saya sudah tidak tahu di mana hendak
mencari mereka itu. Tolonglah terangkan Ustaz kerana persoalan ini
sering menghantui saya.
Sekian Terima Kasih.

Jawapan:
Dalam bertaubat kita hendaklah melaksanakan syarat-syarat taubat seperti
benar-benar ikhlas kerana Allah Taala, meninggalkan seluruh kemaksiatan dan
benar-benar tidak akan mengulanginya, menyesali perbuatannya, tidak
mengulangi lagi perbuatan maksiat dan harus dikerjakan pada waktunya iaitu
sebelum ajal tiba dan terbit matahari dari barat. Seandainya kesalahan itu
berkaitan dengan seseorang maka syarat taubat itu di tambah dengan memohon
kemaafannya. Jika syarat-syarat ini dapat dilaksanakn dengan sebenarnya maka
taubat kita tidak tergolong taubat yang main-main.
Jika perbuatan zina yang anda lakukan tidak diketahui orang atau tidak ada
empat orang saksi yang dapat membuktikan perbuatan anda itu bererti Allah
telah menutup aib yang anda lakukan. Dengan demikian Allah memberikan
peluang untuk anda bertaubat dengan taubat nasuha atau taubat yang
sebenarnya. Berusahalah meminta maaf dengan orang yang pernah kita berbuat
aniaya kepadanya, kemudian berserah dirilah kepada Allah dengan sepenuh jiwa
dan raga, dan jangan sekali-kali mengulangi perbuatan yang terkutuk itu agar
tidak mati dengan membawa dosa besar tersebut.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih dan Penyayang,
betapapun besar dosa hambanya lebih besar lagi pengampunan Allah SWT.

Berusahalah dengan sungguh-sungguh, insya Allah taubat kita diterima Allah


SWT.

186. Susah Menemui Pasangan Hidup


Soalan:
Saya kini berusia 26 thn dan telah menjawat jawatan yang tinggi dan
sehingga ke hari ini belum mempunyai pasangan hidup. Mungkin belum
jodoh saya agaknya. Menjawat jawatan yang tinggi betul-betul memberi
cabaran kepada saya dimana setiap hari ada saja masalah yang
berkaitan dengan pelanggan dan anggota kerja yang kadang-kadang
memeningkan kepala saya. Oleh itu saya perlukan seseorang untuk
melepaskan atau berkongsi masalah dengan saya.

Masalahnya ada pemuda yang berminat dengan saya tapi malangnya dia
telah berumahtangga dan mempunyai keluarga. Saya cuba melarikan
diri daripadanya namun begitu dia cuba juga mendekati saya. Saya ada
juga meminta bantuan daripada kawan-kawan dan telah diperkenalkan
dengan seorang pemuda yang beriman dan pada saya boleh membimbing
saya di masa akan datang.

Namun begitu, setelah melakukan sembahyang istiharah, pemuda


tersebut tidak dapat menerima saya kerana wajah saya tidak muncul
dalam mimpinya. Saya rasa sangat kecewa namun apa yang saya
harapkan saya dapat menemui insan yang boleh megisi kekosongan
hidup saya. Namun begitu saya sentiasa berserah kepada ketentuan
Allah s.w.t.

Jawapan:
Mengenai jodoh, rezeki dan maut merupakan takdir yang ditentukan Allah
dalam diri seseorang. Sebagai seorang insan, kita dituntut supaya bersabar dan
berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan seorang pasangan yang sesuai
dan diberkati Allah. Janganlah cepat merasa putus asa dan kecewa dengan
perkara yang telah terjadi, mungkin disebalik keputusan Allah itu ada hikmah
yang sangat besar terkandung didalamnya sedangkan kita tidak mampu untuk
menjangkaunya. Jika kita bersabar, insya Allah pada suatu ketika nanti akan
mendapat seorang pasangan yang baik dan soleh. Disamping itu jangan lupa
berdoa kepada Allah setiap kali selesai solat lima waktu. Bermohon kepada-Nya
agar dipertemukan dengan seorang pasangan yang soleh dan dapat membimbing
keluarga ke arah jalan yang diredhai Allah SWT. Utamakan agama dalam memilih
pasangan hidup daripada faktor-faktor lain seperti harta, pangkat dan sebagainya
tanpa was-was. Hiasilah peribadi dengan akhlak yang mulia, bersopan santun
serta menjalankan perintah agama. Hanya dengan keperiabdian yang luhur dan
mulia disenangi dan disukai oleh orang lain. Wallahu 'Alam.
*Diantara wirid yang perlu diamalkan agar disayangi orang iaitu mengucapkan
"Yaa Rahim" sebanyak 100
kali setiap hari, insya Allah hajat dan kasih sayang ditumbuhkan dalam hati.

187. Upah/Gaji dari Sumber yang Dilarang


Soalan:
Saya adalah seorang guru peribadi yang sedang membimbing seorang
pelajar yang beragama Hindu. Bapa kepada pelajar itu seringkali
mendapat habuan dari berjudi. Sekiranya, keluarga itu membayar gaji
saya dengan duit haram itu dan saya mengetahuinya, adakah gaji yang
saya terima itu halal?

Jawapan:
Pekerjaan mengajar merupakan pekerjaan yang mulia, apatah lagi yang kita
ajar itu bukan beragama Islam. Mungkin sahaja dengan keperibadian kita yang
mulia dan dakwah kita yang menarik dapat menyebabkan pelajar kita itu
memeluk Islam, jika niat yang mulia ini kita semaikan dalam usaha kita, maka
Insya Allah, kita akan dimudahkan oleh Allah SWT. Menerima upah atau gaji dari
usaha kita yang baik (mengajar) tidaklah salah dan dibolehkan. Mengenai upah
yang anda terima dari bapa palajar tersebut tidaklah berdosa kerana sumber
rezeki mereka bukan dari judi semata, tapi ada juga dari sumber pekerjaannya
yang lain, sedangkan judi itu merupakan kebiasaan buruk yang bersifat kadang-
kadang yang dilakukan oleh bapa pelajar tersebut. Jadi jelaslah jika berjudi itu
sebagai hobi bukan pekerjaannya, maka kita boleh menerima gaji dari mereka.
Anggaplah bahawa upah yang kita terima itu merupakan hasil pekerjaannya
bukan dari hasil hobi judinya. Namun jika timbul was-was dalam diri anda adalah
lebih baik anda mencari pekerjaan yang lain atau mengajar di tempat yang sudah
pasti sumber pendapatannya dari pekerjaan yang halal.

188. Tertidur Waktu Solat Subuh


Soalan:
Saya mendengar ada orang mengatakan kalau kita terlewat bangun
waktu Subuh lalu waktu Syuruk telah lepas, kita boleh terus sembahyang
Subuh tanpa perlu niat Qadha'. Betulkah Ustaz? Kalau boleh Ustaz tolong
jelaskan?
Jawapan:
Jika kita terlewat waktu subuh kerana tertidur, sedangkan waktu syuruk telah
lepas ataupun matahari telah terbit, maka ketika terjaga tersebut segeralah
mengerjakan solat Subuh. Tidak perlulah kita berniat qadha', sebab terlepas
sesuatu hukuman tersebut lantaran bukan sengaja. Namun jika kita mengetahui
telah masuknya waktu subuh tetapi kita meneruskan tidur, maka perkara ini jelas
berdosa.

189. Ukuran Cinta dalam Jodoh


Soalan:
Dalam memilih jodoh, yang manakah lebih diutamakan seseorang wanita
itu? Adakah wanita yang menyayangi kita yang lebih baik atau kita yang
menyayangi wanita itu? Yang manakah akan membawa kepada
kebahagiaan? Saya pernah dengar mengatakan wanita yang menyayangi
kita itu adalah lebih baik.
Jawapan:
Memang betul pasangan yang baik kita pilih adalah seseorang yang memiliki
rasa cinta yang mendalam terhadap diri kita. Dengan rasa cinta tersebut akan
menimbulkan tanggungjawab dan perhatian yang lebih besar seorang isteri
terhadap suami. Namun alangkah bahagianya sesebuah rumahtangga jika kadar
cinta antara suami dan isteri serta kasih sayang mereka sama banyaknya. Ertinya
suami menyayangi isteri lantaran isteri mencurahkan kemesraan yang mendalam
terhadap suaminya, begitu juga sebaliknya isteri merasa aman dan bahagia
kerana sentuhan cinta, kasih dan sayang yang murni serta ikhlas dari suaminya.

Begitulah yang terjadi dalam kehidupan Rasulullah SAW yang menyayangi isteri-
isteri baginda dengan penuh perhatian, sehingga isteri-isteri bagindapun
menyayangi Baginda dengan penuh jiwa dan raga.

190. Cara Membayar Fidyah


Soalan:
Assalamualaikum,
Adakah dibolehkan kita membayar wang kepada seseorang seperti imam
ataupun baitulmal untuk menyelesaikan masalah fidyah puasa kerana
bersetubuh di siang hari bulan ramadhan.
Ini adalah kerana kita tidak mampu untuk berpuasa selama 60 hari,
membebaskan seorang hamba dan kesukaran mencari 60 orang miskin.
Sekian, terima kasih.

Jawapan:
Kesalahan yang kita lakukan merupakan tanggungjawab kita untuk
menyelesaikannya, kerana pernah terjadi pada zaman Rasulullah SAW seorang
sahabat mengadukan halnya disebabkan berjimak disiang hari bulan Ramadan.
Baginda menyuruh sahabat tersebut memerdekakan seorang hamba, namun ia
tidak mempunyai hamba, kemudian baginda menyuruh berpuasa dua bulan
berturut-turut, namun ia tidak mampu untuk melakukakannya. Terakhir baginda
menyuruh ia memberi makan 60 orang miskin, tapi tidak ada harta untuk
memberikannya.

Kemudian Rasulullah mengambil kurma dan memberikan kepada sahabat


tersebut untuk membahagi-bahagikan kurma itu kepada yang layak
menerimanya. Tapi lelaki itu berkata bahawa tidak ada yang lebih layak di
pelosok Madinah ketika itu menerima kurma itu selain dirinya. Maka Rasulullah
SAW (sambil tersenyum) membenarkan sahaja lelaki tadi menerima kurma
tersebut.

Dari kisah di atas membuktikan bahawa Rasulullah SAW menyuruh orang yang
bersangkutan menyelesaikan masalahnya sendiri. Tapi tidaklah salah jika ada
pihak lain sanggup untuk menyelesaikan tugas kita itu dengan betul. Ertinya
kaffarah kita itu sampai dimakan oleh 60 orang miskin tidak kurang daripada itu.

191. Tempoh Musafir


Soalan:
Bolehkah saya melakukan solat jamak dan qasar berterusan selama 3
hari di rumah keluarga saya ketika saya menziarahi mereka?
Halim ,Kota Tinggi

Jawapan:
Tempoh seorang musafir itu diharuskan mengqasar solatnya apabila sampai
ke destinasi yang dituju ialah tidak lebih dari tiga hari penuh (tidak termasuk hari
ketibaan dan hari berangkat balik). Ini jika sebelum bertolak ia berniat hendak
bermukim di situ selama tidak lebih dari masa tersebut. Setelah tiga hari,
sekiranya ia melanjutkan lagi tempoh menetap di situ maka wajiblah solat
sempurna, tidak qasar dan jamak lagi.

192. Syarat-syarat Jamak Ta'khir


Soalan:
Bolehkah saya melakukan solat jamak takhir ketika sampai di rumah
saya sendiri selepas pulang meziarahi mereka.(zohor di takhirkan
kepada asar)?

Jawapan:
Solat jamak ta'khir hanya sah dikerjakan apabila dapat memenuhi dua syarat
yang berikut:
1.Berniat hendak menjamakkan kedua-dua solat dalam waktu solat yang
pertama. Apabila bercita-cita hendak menjamakkan solat fardhu Zohor dengan
solat fardhu Asar dengan jamak ta'khir, maka sebaik sahaja masuk fardhu Zohor
atau masih ada waktu Zohor berniatlah dalam hati hendak menjamakkan kedua
solat fardhu Zohor dan Asar pada waktu Asar nanti. Jika anda tidak berniat
demikian sehingga luput waktu Zohor, maka anda dikira berdosa dan solat fardhu
Zohornya hendaklah diqada tidak boleh dijamkkan lagi. 2. Hendaklah
berkekalan masa musafirnya sehingga selesai solat yang kedua (Asar ataupun
Isya). Jika anda sedang solat dalam kenderaan (misalnya naik kapal) dan anda
mengetahui ketika itu kapal tersebut telah tiba di tempat anda, maka wajiblah
anda meneruskan solat dengan solat yang sempurna.

193. Ukuran Secupak Fidyah


Soalan:
Berapakah anggaran secupak (fidyah) di dalam Ringgit Malaysia?

Jawapan:
Menurut Kamus Dewan, secupak sama dengan suku gantang. Mengikut ukuran
fidyah ialan ukuran kenyang untuk satu orang makan.

194. Isteri yang Taat


Soalan:
Sejauh manakah sewajibnya taat isteri terhadap suaminya?
Nik Farhan, Sg. Buloh
Jawapan:
Isteri solehah iaitu isteri yang taat dan patuh terhadap suaminya,
kepatuhannya itu bukanlah di dalam kemaksiatan. Taatnya isteri terhadap suami
mencakupi memenuhi segala keperluan suaminya seperti menghiasi diri demi
suaminya, menjaga dirinya daripada perbuatan curang, senantiasa menjaga
rahsia keluarga serta menjaga harta benda suami dengan baik. Ia selalu merasa
ikhlas dan puas dengan bahagian yang diterimanya daripada suaminya.
Sebaliknya ia tidak pernah menuntut sesuatu yang diluar batas kemampuan
suami untuk mengadakannya.

Sebagai seorang isteri harus bertanggungjawab dalam pengurusan rumahtangga,


baik dalam membina dirinya sendiri mahupun untuk membina anak-anaknya ke
arah kemajuan ummah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Isteri adalah
pemimpin di rumah suaminya dan bertanggungjawab atas apa yang
dipimpinnya'.
(Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)

195. Poligami
Soalan:
Wajarkah bagi seseorang suami untuk berkahwin lebih dari 1 apabila si-
isteri tidak dapat memenuhi kehendak suami @ berpenyakit?

Jawapan:
Dalam Islam membenarkan seorang lelaki berkahwin sehingga empat orang.
Dalam hal ini Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan jika kamu takut tidak akan
dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (bilamana kamu
mengahwininya) maka kahwinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi; dua,
tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka
kahwinilah seorang saja ...." (An Nisa ayat 3 ) Jadi sudah jelaslah bahawa
dalam Islam memberi jalan yang terbaik dalam mengharungi kehidupan
berumahtangga. Maka dibolehkan seorang suami mengahwini wanita seramai
empat orang dengan syarat kita mampu berlaku adil terhadap mereka dari segi
nafkah zahir dan batin. Namun dalam hal kasih sayang hanya Allah saja yang
dapat menentukannya, kerana dalam hal ini Allah SWT telah menyebutkan
bahawa kita tidak akan dapat berlaku adil.

196. Istiqamah Dalam Iman


Soalan:
Bagaimana untuk menjaga hati.....agar sentiasa kukuh keimanan kita?
Adakah ayat tertentu yang perlu dibaca?
Nik Farhan, Sg. Buloh
Jawapan:
Untuk tetap dalam keadaan beriman kepada Allah, senantiasalah
melaksanakan segala yang difardhukan Allah dan hiasilah diri dengan ibadah-
ibadah sunat, serta hindari dari segala macam perbuatan maksiat.

Diantara ayat-ayat atau doa-doa yang perlu anda amalkan adalah seperti berikut:
1. Surah Ali Imran ayat 8-9
2. Surah Ali Imran ayat 192-194
3. Surah Ibrahim ayat 40-41.

197. Amalan Yang Tidak Diterima Allah


Soalan:
Apakah perkara atau perbuatan yang boleh menyebabkan amalan
seseorang itu tidak dapat diterima di sisi Allah S.W.T.?

Jawapan:
Pahala kebaikan kita dapat hilang jika kita melakukan perkara yang dapat
melenyapkan pahala kita tersebut umpamanya jika kita memiliki sifat hasud dan
dengki. Abu Laits Assamarqandi dengan sanadnya daripada Al Hasan, Rasulullah
SAW bersabda maksudnya: "Hasud dan dengki itu keduanya akan memakan
habis hasanat atau kebaikan seperti api memakan kayu bakar". Pahala
kebaikan kita juga akan musnah jika kita murtad daripada ajaran Islam dan
hingga akhir hayat tanpa bertaubat. Perbuatan meninggalkan solat juga
menyebabkan seluruh amalan kita tidak dapat diterima disisi Allah sebagai amal
kebajikan yang diberi pahala. Sebab solat merupakan tiang agama, jika solat
telah kita tinggalkan maka musnahlah segala amalan kebajikan kita, tidak ada
tempat untuk bergantung. Wallahu A'lam.

198. Hakikat Insan Sejati


Soalan:
Bagaimana caranya untuk menuju kearah jalan hakikat insan yang
sejati?

Jawapan:
Hakikat insan yang sejati maksudnya ialah insan yang bertaqwa kepada Allah
SWT. Mereka menyerahkan segala kehidupan serta jiwa dan raganya hanya
untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Mereka mengerjakan segala yang
diperintahkan Allah dan meninggalkan yang ditegah-Nya, disamping menegakkan
amal ma'ruf nahi mungkar. Insan sejati juga memperhatikan segala aspek
kehidupannya dan mengaitkannya dengan ketentuan agama Islam. Ia memiliki
akhlak yang mulia, menutup aurat, menghormati orang lain, sanak saudara, jiran
tetangga dan tamu, hormat kepada kedua ibu bapa, menjalinkan silaturrahim dan
sebagainya.

199. Hukum Lelaki memakai Emas dalam Solat


Soalan:
Adakah sah solat seorang lelaki jika ketika melakukan solat, beliau
memakai barang kemas, seperti cincin emas dan sebagainya. Kerana
saya mempunyai kawan yang berpandangan bahawa memakai barang
kemas tidak termasuk dalam syarat sah sembahyang?
Jawapan:
Dalam hadis Rasulullah SAW ada menerangkan seorng lelaki dilarang memakai
emas dan sutera, bahkan hukumnya haram. Jika kebetulan terbawa dalam solat,
maka solat tetap sah, kerana emas bukan najis, tetapi yang berdosa adalah
perbuatan memakai emas bagi lelaki tersebut. Memakai benda yang dilarang
sudah tentu tercela dan membawa perkara yang tercela ketika solat
menyebabkan kita dimurkai atau dibenci Allah.
200. Niat Baik dan Jahat
Soalan:
Benarkah kalau kita berniat jahat tapi kalau kita tak melakukannya maka
kita akan diberi pahala manakala kalau kita berniat baik walaupun kita
tak melakukannya kita juga akan beroleh pahala?
Jawapan:
Dalam sebuah hadis qudsi, daripada Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
"Apabila hambaKu bermaksud hendak mengerjakan suatu kesalahan, jangan
kamu tuliskan sebelum dikerjakannya dan kalau dikerjakannya tuliskanlah
sebanyak kesalahannya. Tetapi kalau tidak jadi dikerjakannya kerana mengingati
Aku, tuliskan untuk orang itu suatu kebaikan. Kalau dia bermaksud hendak
mengerjakan kebaikan dan belum dikerjakannya, tuliskanlah untuk orang itu satu
kebaikan. Tetapi jika sampai dikerjakannya, tuliskanlah pahalanya sepuluh kali
lipat, sampai tujuh ratus kali". (Hadis Riwayat Bukhari)
201. Qada' Puasa dan Puasa Enam
Soalan:
Saya telah tertinggal puasa selama 6 hari kerana uzur, tetapi bolehkah
saya mengqada'kan puasa sekali dengan puasa 6 (sunat) dengan 2 niat
tetapi 6 hari puasa sahaja?

Jawapan:
Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan)
sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, jadi keduanya tidak boleh
digabungkan. Yang paling afdal usahakan mengqada puasa Ramadhan dahulu,
kemudian laksanakan puasa sunat enam, bulan Syawal.

202. Pengertian Tarawih


Soalan:
Apakah pengertian solat Tarawih, bilangan rakaatnya dan kaifiat
mengerjakannya mengikut sunnah Rasulullah SAW?
Jawapan:
Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirehat. Solat Tarawih
bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.
Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih
sebelum disambung semula.

Aisyah ra. meriwayatkan: "Rasulullah SAW solat Tarawih empat rakaat pada
waktu malam setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan
melihatnya. Saya berkata kepadanya: "Demi Allah wahai Rasulullah. Dosa-
dosamu telah diampuni Allah , samada dosa terdahulu dan terkemudian; maka
untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini ?. Baginda menjawab:
Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur".
203. Pelaksanaan Solat Tarawih
Soalan:
1. Antara berikut, manakah yang lebih afdhal?
a. Solat Tarawih bersendirian di rumah.
b. Solat Tarawih bersama isteri di rumah.
c. Solat Tarawih di Surau.
d. Solat Tarawih di Masjid.

2. Solat Manakah yang manakah lebih afdhal?


a. Solat Tarawih 20 rakaat.
b. Solat Tarawih 8 rakaat diikuti dengan Tazkirah/Majlis Ilmu?

Abdul Hanan,KL
Jawapan:
Hukum solat Tarawih ialah sunat muakakad (sunat yang sangat dituntut) bagi
orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi
penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan banyak pahalanya.

Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah SAW solat sunat Tarawih
boleh dikerjakan dengan bersendirian ataupun secara berjamaah di masjid atai
disurau. Telah sepakat pendapat ulama bahawa lebih afdal solat sunat Tarawih
itu dikerjakan dengan berjamaah.

Rasulullah pada mulanya mendirikan solat sunat Tarawih di Masjid Nabawi


dengan berjamaah. Pada malam keduanya baginda dapati sambutan begitu ramai
dari para sahabat, sehingga baginda merasa bimbang kalau umat Islam kelak
menganggap solat Tarawih itu sebagai wajib. Ternyata benar pada malam
ketiganya menjadi bertambah ramai para sahabat yang berhimpun di Masjid
Nabawi untuk mengerjakan solat sunat Tarawih berjemaah bersama Rasulullah
SAW. Tetapi baginda tidak mahu hadir, kerana bimbang umat Islam akan
menganggap ibadah solat itu sebagai wajib, bukan tidak mahu berjemaah.

Pada zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar Ibnul Khattab, beliau merasa
tidak senang hati melihat umat Islam berkelompok kelompok di sana-sini di
dalam Masjid Nabawi mendirikan solat sunat Tarawih. Beliau lalu berusaha
menyatukan mereka supaya mendirikan soalt sunat Tarawih itu dalam satu
jamaah sahaja yang lebih besar dan bersatu, dengan diimamkan oleh seorang
yang baik bacaannya.

Perubahan yang dibawa oleh Saidina Umar ra. itu tidak mendatangkan
anggapan bahawa solat Tarawih itu sebagai wajib. Demikian juga bilangan rakaat
dari lapan rakaat menjadi dua puluh rakaat tidak dianggap memberatkan
mereka. Ini disebabkan pada zaman khalifah Umar ra., keadaan keilmuan agama
telah semakin luas dan mendalam serta suasana masyarakat umat Islam telah
stabil. Mereka telah cukup memahami bahawa solat Tarawih itu hukumnya sunat
muakkad (sunat yang dituntut) bukan fardhu atau wajib. Demikian juga mereka
mengamalkan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat memandangkan faedah dan
kelebihan pahalanya yang amat besar. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Sekiranya ummatku mengetahui apa yang ada pada Ramadhan itu, sudah pasti
mereka akan sentiasa mengharapkan agar semua bulan yang lain menjadi
Ramadhan" (Hadis)
204. Keinginan Biseksual
Soalan:
Apakah pendapat ustaz tentang perasaan seksual seorang lelaki
terhadap lelaki dan perempuan. Allah telah mengurniakan nafsu dan akal
kepada manusia untuk dipergunakan bagi mendapat keredhaanNya.
Alhamdulillah sehingga sekarang saya masih lagi membendung diri dari
berlakunya perkara yang tidak diingini berdasarkan masalah ini. Tetapi
sehingga sekarang saya( secara ikhlasnya) sering bernafsu kepada lelaki
mahupun perempuan (biseksual). Telah saya berusaha dengan amalan
zikir dan sebagainya tetapi masih kurang menampakkan hasilnya.
Jesteru itu dapatlah kiranya ustaz memberikan beberapa pandangan
mengenai perkara ini ?

Jawapan:
Perasaan seksual seorang lelaki terhadap wanita merupakan perkara yang
normal dan itu merupakan fitrah yang Allah anugerahkan kepada setiap lelaki.
Namun jika seorang lelaki mempunyai hasrat seksual terhadap lelaki, maka
sesungguhnya ia telah melanggar fitrah insaniahnya sendiri kerana banyak
didorong oleh nafsu syaitan. Jika kita terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan
ini maka seksa dan ancaman Allah terhadap diri kita sangat dekat sekali,
sebagaimana yang terjadi pada umat nabi Luth as.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di


antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu
untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas". (Asy
Syua'ara ayat 165 -166)
Firman Allah yang lain maksudnya: "Mengapa kamu mendatangi lelaki untuk
memenuhi nafsumu, bukan mendatangi wanita ? Sebenarnya kamu adalah kaum
yang tidak mengetahui akibat perbuatanmu". (An Naml ayat 55)
Allah menggolongkan orang yang homoseks ini sebagai berlebih-lebihan
dalam nafsu dan melanggar batas-batas yang telah digariskan oleh Allah
terhadap hamba-Nya. Dan orang-orang yang berlebih-lebihan itu sebagai teman
syaitan yang merosak kehidupan masyarakat. Oleh sebab itu perbuatan terkutuk
ini hendaklah dicegah dan menjauhinya. Di samping homoseks mempunyai
bahaya bagi kehidupan sosial, ia juga mempunyai pengaruh-pengaruh buruk bagi
kesihatan manusia. Kerana homoseks memindahkan penyakit-penyakit tertentu
kepada manusia. Homoseks juga menyebabkan melemahnya fungsi syaraf
sehingga menyebabkan seseorang menjadi lemah dan lesu.

Kerana masalah seks merupakan masalah nafsu, maka kekangan yang paling
sesuai adalah dengan banyak berpuasa serta menjalankan segala amal ibadah
yang telah di fardhukan oleh Allah SWT. Seandainya anda termasuk lelaki yang
masih bujang maka segeralah berkahwin, semoga dengan cara ini dapat
menyelesaikan masalah anda tersebut. Lakukan amalan-amalan sunat yang
dapat mengisi masa kekosongan sehingga tidak ada masa untuk memikirkan
perkara yang terkutuk tersebut. Ingatlah sentiasa akan azab Allah yang akan
menimpa kita jika perkara itu kita lakukan, insya Allah dengan cara ini
menjadikan kita sebagai insan yang sentiasa berwaspada.
^

205. Memutuskan Tali Silaturrahim


Soalan:
Saya ada perselisihan faham dengan seorang kawan. Untuk tidak mahu
memanjangkan masalah, saya memohon kemaafan atas dasar ingin
menjalinkan semula persahabatan. Tapi kawan saya langsung tidak
menunjukkan minat untuk berbaik semula.Adakah dosa saya
memutuskan silaturrahim terhapus jika sikap saya telah memohon maaf,
tapi tidak dipedulikannya?

Dir, Melaka
Jawapan:
Sebagai seorang Islam, sewajarnyalah kita memohon kemaafan kepada
seseorang jika kita telah melakukan kesalahan terhadapnya. Jika kita telah minta
maaf terpulanglah kepada orang tersebut, apakah ia ingin memaafkannya atau
sebaliknya, kerana selaku manusia kita tidak dapat terlepas daripada melakukan
kesilapan dan kesalahan. Tapi jangan pula kita memutuskan tali silaturrahim
lantaran sikapnya yang acuh tak acuh.

Memutuskan silaturrahim menyebabkan seseorang memperoleh hukuman


dengan segera ketika berada di dunia lagi. Sebagaimana diterangkan dalam
sebuah hadis daripada Abu Bakar ra. bahawa baginda SAW bersabda yang
bermaksud: "Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia,
dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman
dan memutuskan hubungan silaturrahim". (HR. Ibnu Majah dan Tarmizi)

Sesungguhnya tidak rugi jika kita sentiasa mempererat tali silaturrahim,


kerana ia menyebabkan dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur. Rasulullah
SAW bersabda maksudnya: "Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan
dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

206. Hukum Tidak Berkahwin


Soalan:
Apakah hukumnya seseorang itu tidak berkahwin kerana ia tidak
mempunyai nafsu terhadap wanita. Bagaimana cara untuk mengatasi
masalah ini?

Anak Runsing, KL
Jawapan:
Islam melarang hidup membujang, iaitu tidak mahu berkahwin dengan
maksud untuk tekun ibadah, menjauhkan diri dari kesenangan dunia dan
menghindarkan diri dari kewajipan menjaga anak. Rasulullah SAW bersabda :
"Tidak ada hidup membujang (rabbaniyah) dalam Islam".
Dalam Surah Al Maidah ayat 87 dijelaskan: "Hai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi
kamu dan janganlah kamu melewati batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang melampaui batas".
Jadi orang yang suka hidup membujang bererti mengharamkan apa yang
dihalalkan Allah bagi dirinya.

Hukum perkahwinan itu asalnya mubah, tetapi akan berubah menurut hukum
yang lima menurut perubahan keadaan.
a) Wajib
Kahwin diwajibkan bagi orang yang telah mampu, yang akan menambahkan
takwa dan dikhuatirkan akan berbuat zina. Kerana menjaga jiwa dan
menyelamatkannya dari perbuatan haram adalah wajib. Kewajiban ini tidak akan
dapat terlaksana kecuali dengan berkahwin.

b) Haram
Kahwin diharamkan bagi orang yang tahu bahawa dirinya tidak mampu
melaksanakan hibup berumahtangga, melaksanakan kewajipan lahir seperti
memberi nafkah, pakaian dan tempat tinggal dan kewajipan batin seperti
menggauli isteri (berahi terhadap wanita)

c) Sunat
Kahwin disunatkan bagi orang yang sudah mampu, tetapi ia masih sanggup
mengendalikan dirinya dari perbuatan haram, dalam hal ini maka kahwin lebih
baik daripada membujang, kerana membujang
tidak ada dalam syariat Islam.

d) Mubah
iaitu bagi orang yang tidak ada halangan untuk kahwin dan dorongan untuk
kahwin belum membahayakan dirinya, ia belum wajib kahwin dan tidak haram
bila tidak kahwin. Jelaslah jika anda tidak ada keinginan untuk berkahwin kerana
tidak ada nafsu terhadap wanita maka tidak berdosa, malah haram berkahwin
jika tidak ada keupayaan untuk menggauli isteri.

^ Kembali ke atas ^

207. Hukum Klon Manusia, Binatang Dan Tumbuh-


tumbuhan
Soalan:
Apakah sebenarnya klon? Apa pula hukumnya mengklonkan manusia dan
binatang? Harap ustaz dapat menyelesaikan persoalan saya ini.....

Izzat, Dungun
Jawapan:
Klon ialah proses menghasil dan menyalin sesuatu makhluk yang baru dari
spesis makhluk yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel-sel
tertentu melalui kaedah tertentu. Ia melibatkan klon manusia, binatang dan juga
tumbuh-tumbuhan. Organisma hidup terbina daripada unit-unit sel. Begitu juga
dengan badan manusia. Setiap sel itu
mengandungi molekul-molekul asid nukleik deoksiri (DNA). Proses klon biri-biri
umpamanya dilakukan dengan mengambil sel daripada biri-biri dewasa.

Sel yang lengkap dengan DNA ini kemudiannya diletakkan di dalam kultur iaitu
bahan genetik sel dengan kurang makanan supaya ia berhenti membahagi dam
mendormankan gen-gennya. Satu sel daripada telur biri-biri yang lain yang
belum disenyawakan diambil. Semua ciri DNA dalam telur kedua ini dibuang. Dua
sel ini kemudian diletakkan berdekatan dan diberi denyutan eletrik, menyebabkan
kedua-duanya bergabung. Denyutan eletrik kedua memulakan pembahagian sel
dan emberio yang terhasil setelah beberapa hari diletakkan ke dalam rahim biri-
biri tumpang.

Proses mengandung berjalan seperti biasa dan seterusnya seekor biri-biri yang
kandungan gennya sama seperti biri-biri pertama dihasilkan. Begitulah juga
proses klon yang melibatkan manusia. Dalam Islam klon tumbuh-tumbuhan bagi
meningkatkan lagi mutu pengeluaran pertanian tidak menjadi kesalahan, malah
hukumnya adalah harus. Begitu juga klon binatang, asal sahaja tidak
memudaratkan binatang tersebut. Tetapi klon manusia tidak dibenarkan sama
sekali, malah hukumnya adalah haram kerana memudaratkan kehidupan manusia
itu sendiri.

Dalam Islam setiap kemudaratan itu perlu dihilangkan. Ini kerana klon akan
melibatkan berlakunya perubahan kepada struktur kehidupan manusia. Manusia
membiak melalui proses beranak pinak. Ini adalah sunnah Allah yang telah
ditetapkan kepada mereka. Merosakkan sunnah ini akan menimbulkan
kemudaratan kepada manusia itu sendiri. Selain itu klon juga boleh
menghapuskan sistem kekeluargaan dan menimbulkan masalah dalam penentuan
keturunan bayi yang dilahirkan melalui cara ini. Al-Quran melarang kita
mencampakkan diri kita kepada kemusnahan.

208. Mengeluarkan Zakat Kepada Orang Yang Dikenali


Soalan:
Assalamu'alaikum. Saya ingin bertanya, jika saya berzakat fitrah atau
berzakat harta benda (wang) apakah boleh saya kirimkan melalui wang
pos kepada orang-orang yang saya telah kenal pasti. Jika ia dibenarkan,
bagaimana pula dengan akadnya.?

Termizi, KL
Jawapan:
Dalam mazhab Asy-Syafi'i wang zakat baik zakat fitrah mahupun zakat wang
ringgit tidak boleh dipindahkan dari tempat si pengeluar zakat itu berada, kecuali
jika penduduk di kawasan itu sudah tidak memerlukan wang zakat itu, di waktu
itu barulah boleh dipindahkan ke kawasan lain yang bersebelahan dengannya
berdasarkan kebijaksanaan
pihak pemerintah.

Justeru itu saudara tidak boleh memindahkan wang zakat saudara itu diluar
dari kawasn tempat saudara tinggal walaupun kepada orang yang saudara kenal,
sebaliknya hendaklah saudara membayarnya kepada amil yang dilantik oleh
pihak berkuasa di tempat saudara, kerana amil lebih mengetahui siapa yang lebih
berhak menerima zakat di tempat saudara itu, di samping memudahkan urusan
pembahagian zakat itu sendiri.

Ketika membayar zakatnya niatnya ialah " Inilah zakat fitrah atau zakat wang
ringgit yang diwajibkan ke atasku untuk tahun ini". Sesetengah ulamak
mengharuskan seseorang mengeluarkan zakatnya kepada saudara yang
dikenalinya walaupun diluar dari kawasannya asal sahaja saudaranya itu orang
miskin atau fakir. Bagaimanapun dalam konteks sekarang ini urusan pengeluaran
zakat adalah lebih elok dilakukan melalui amil yang dilantik, kerana urusan
pengagihannya akan dapat dilakukan dengan baik.

Boleh jadi jika saudara mengeluarkan zakat kepada sahabat saudara yang
saudara kenali itu menyebabkan berlakunya pertembungan perolehan zakat.
Dengan kata lain pihak berkuasa di kawasan sahabat saudara itu telahpun
memberikan wang zakat kepadanya untuk urusan hariannya kemudian selepas
itu saudara pula mengeluarkan kepadanya . Di sini menampakkan wujud
pertembungan dari sudut perolehan wang zakat itu sendiri. Justeru itu
mengeluarkannya kepada amil adalah lebih baik, kerana maslahah umum.
^ Kembali ke atas ^

209. Mengganti Puasa Ibu


Soalan:
Saya ingin bertanya, bagaimanakah caranya saya boleh membayar
kifarah atau mengganti puasa ibu saya yang tidak berpuasa selama
sebulan, oleh kerana melahirkan adik saya. Sekarang ini umur adik saya
27 tahun?
Termizi, KL
Jawapan:
Seseorang ibu yang melahirkan anak dan bimbang di atas keselamatan diri
dan anaknya itu, maka diharuskan kepadanya berbuka puasa atau tidak
berpuasa.

Dalam kes di atas jika ibu saudara itu meninggal dunia tidak beberapa lama
selepas itu dan belum sempat mengqada'kan puasanya, padahal ia mampu
berbuat demikian, jika ia hidup lebih lama lagi, maka menjadi kewajipan kepada
saudara menqada'nya untuk ibu saudara sebanyak bilangan hari yang
ditinggalkan oleh ibu saudara itu seterusnya saudara dikehendaki membayar
fidyah juga sebanyak bilangan hari yang ditinggalkan dengan mengeluarkan satu
cupak makanan asasi sesebuah negara.

Kalau di negara kita ialah beras atau nilaian harganya menurut sesetengah
mazhab, untuk diberikan kepada golongan fakir miskin. Jika ibu saudara itu
meninggal dalam keadaan ia sendiri tidak mampu mengqada'nya maka saudara
tidak dikenakan apa-apa qada'. Demikianlah yang disebut di dalam kitab Fiqh Al-
Manhaji dan juga berdasarkan hadis riwayat At-Tirmidhi dan juga Abu dawud.

210. Cara Menunaikan Solat Istikharah


Soalan:
Apakah cara yang betul untuk melakukan solat sunat istikharah dan
berapa kalikah ia perlu dilakukan?

Muslimat, Kajang
Jawapan:
Solat sunat Istikharah boleh dilakukan dengan menunaikan dua rakaat solat di
mana pada rakaat pertama hendaklah dibaca Surah Al-Kafirun selepas membaca
Al-Fatihah, manakala di rakaat yang kedua hendaklah dibaca surah Al-Ikhlas
selepas membaca A-Fatihah. Lafaz niatnya ialah "Sahaja aku menunaikan solat
sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala". Solat ini sudah memadai
dilakukan sebanyak satu kali namun, jika saudari mahu saudari boleh
menunaikannya sebanyak dua, tiga kali. Seeloknya lakukanlah pada malam
jumaat kerana pada malam itu adalah malam yang berkat dan mudah-mudahan
Allah SWT menerima dan memustajabkan doa saudari itu. Doa solat Istikharah
bolehlah dirujuk kepada buku-buku solat sunat.

211. Perempuan Mencukur Bulu Kening


Soalan:
Sejak akhir-akhir ini, remaja perempuan semakin gemar bermekap.
Setahu saya, di sekolah saya dapati segelintir remaja perempuan
mencukur bulu kening mereka. Lebih menyedihkan lagi apabila remaja
perempuan Islam bertidak sedemikian rupa. Apakah hukumnya dari segi
Syara'?
Jawapan:
Menurut pandangan syara' adalah haram kepada seseorang perempuan
mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah
ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran. Perbuatan ini juga
menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun
mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.

Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu
menyambung rambut rambutnya dan meminta orang lain menyambung
rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan mencukur buku kening. Kecuali jika
bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh pada
diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di
pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah
dibuang kerana ia menjelekkan pemandangan seseorang perempuan.

212. Istilah-istilah Tasauf


Soalan:
Tuan,saya ingin tahu maksud dan pengertian istilah istilah ini 1.Nafsu
Lawwamah
2. Nafsu Muthmainnah
3.Kasyaf
4.Ilham Laduni
5.Muhaqqiqin
6.Siddiqin Tolong tuan terangkan dan kaitannya dalam Islam?

Jawapan:
1. Nafsu Lawwamah ialah nafsu yang mengkritik diri sendiri apabila berlaku
sesuatu kejahatan dosa ke atas dirinya. Nafsu ini lebih tinggi sedikit dari nafsu
Ammarah. Contohnya jika tertinggal solat umpamanya timbullah rasa kecut hati
kerana menyesal di atas perbuatan itu lantas segera mengqada'kannya kembali
tanpa bertangguh lagi di samping memohon keampunan kepada Allah di atas
kesilapan itu.

2. Nafsu Mutmainnah ialah nafsu yang sudahpun terkikis darinya sifat-sifat


tercela. Di antara sifat orang yang mempunyai nafsu jenis ini ialah bermurah hati,
tawakkal kepada Allah, bijaksana, kuat ibadat, syukur, reda, taqwa dan lain-lain.

3. Kasyaf bermaksud Allah SWT menyingkap hijab dari mata hati seseorang
sehingga ia dapat melihat sesuatu itu dalam bentuknya yang sebenar dan dapat
juga melihat perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Kasyaf ini
terikat dengan sejauh mana ia tidak bertentangan dengan isi ajaran Al-Quran dan
juga Al-Hadith. Jika bertentangan dengan kedua sumber ini hendaklah ditolak
kerana ia bukannya ilham yang datang dari Allah sebaliknya datang dari syaitan.

4. Ilham Ladunni atau Ilmu Ladunni lebih tepatnya ialah ilham yang
dianugerahkan oleh Allah SWt kepada seseorang hambanya yang bertaqwa tanpa
melalaui proses pembelajaran biasa. Ia dianugerahkan semata-mata hasil
daripada pengabdian diri kepada Allah, ikutan terhadap sunnah Rasulullah SAW,
beramal dengan ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguh menimba ilmu dari
ajarann Rasulullah SAW. Ilham ini juga terikat dengan sejauh mana ianya tidak
bercanggah dengan isi kandungan Al-Quran dan juga hadis sebagaimana juga
kasyaf.

5. Muhaqqiqin bermaksud orang yang dapat menilai dan menganalisa sesuatu


dengan tepat. apabila disandarkan kepada ulamak, maka ia membawa maksud
ulamak yang dapat menilai dan menganalisa sesuatu hadis itu dengan tepat sama
ada ianya benar ataupun tidak.

6. Siddiqin bermaksud orang-orang yang sangat benar merangkumi benar


dengan Allah, benar dengan rasul, benar dengan diri sendiri dan juga benar
dalam pergaulan dengan masyarakat. Istilah-istilah ini biasanya digunakan oleh
para ulamak Islam dalam penulisan mereka.

213. Menghindarkan Bala Akibat Kata-kata dan Doa


Ibu
Soalan:
Sewaktu anak-anak masih kecil, si ibu yang tidak sanggup menghadapi
karenah anak-anak yang nakal telah mengeluarkan pelbagai kata-kata
kesat terhadap mereka. Sebagaimana yang diketahui ucapan seorang ibu
merupakan doa yang paling mustajab. Soalan saya, sebagai seorang
anak apakah yang harus dilakukan untuk mengelakkan sebarang yang
tidak diingini daripada berlaku ke atasnya dan dari pihak si ibu pula
apakah yang harus dilakukan setelah terlanjur melakukan perkara
tersebut?

Jawapan:
Seorang ibu dalam mendidik anak-anak memerlukan banyak kesabaran. Sabar
adalah merupakan sifat rasul-rasul Ulul-Azmi. Dalam Al Quran banyak perintah
difokuskan kepada umat manusia. Kerana itu sewaktu menghadapi karenah
anak-anaknya yang tidak tertahan si ibu melihatnya, si ibu dikehendaki menahan
diri dan bersabar dan jangan sekali-kali menggunakan kata-kata yang kasar atau
kata-kata laknat.

Bagi si anak pula untuk mengelakkan dari ditimpa bala akibat doa dan kata-
kata yang keluar dari mulut ibu itu tadi, ia hendaklah memperbanyakkan
memohon maaf darinya dan sentiasa membuat kebajikan kepadanya sebanyak
mungkin selagi hayatnya masih di kandung badan. selain itu ia juga hendaklah
sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosanya yang lalu. Si ibu
dikehendaki memberi kemaafan kepada anaknya sewaktu ia masih hidup dan
menghalalkan segala makan dan minum anaknya itu.

Ia juga hendaklah mengelakkan sedaya mungkin dari menggunakan kata-kata


kesat lagi bila berdepan dengan anaknya. Dengan kata lain si ibu hendalah
bertaubat dari mengeluarkan kata-kata tersebut. Selain itu mereka sekeluarga
hendaklah juga membekalkan diri dengan sebanyak mungkin ilmu agama dan
sentiasa menghadirkan diri menunaikan solat jamaah.
214. Orang Yang Murtad Ingin Bertaubat
Soalan:
Bagaimanakah cara seseorang yang telah murtad ingin bertaubat dan
kembali kepada ajaran Islam. Apakah hukumnya kepada orang yang
pernah murtad ini?

Jawapan:
Dalam Islam seseorang yang murtad boleh bertaubat dengn cara mengucap
dua kalimah syahadah semula di hadapan pihak berkuasa Islam bagi memastikan
kesahihan ucapannya itu dan bagi memastikan ia memang telah benar-benar
menyesali perbuatannya itu. Jika ia berbuat demikian terangkatlah dari dirinya
balasan hukum hudud.

Jika ia enggan bertaubat setelah diberi penagguhan selama 3 hari oleh pihak
berkuasa Islam, maka hukumnya hendaklah dibunuh, kerana ia boleh
membahayakan agama dan umat Islam. Orang yang murtad adalah orang yang
melakukan dosa kepada Allah, kerana itu ia dituntut bertaubat dengan segera
dari murtadnya itu.

215. Meninggalkan Solat Jumaat kerana Kerja


Soalan:
Saya berkerja di salah sebuah anak syarikat petronas di mana ia
mengendalikan pemperosesan gas. Dan saya bekerja mengikut shift.
Masalah saya ialah,tentang hari Jumaat. Apakah hukumya sekiranya saya
berkerja pada hari itu,dan saya tidak dapat pergi sembahyang Jumaat.
Keadaan ini berlaku mengikut purata 3 hari dalam masa dua bulan dan 3
hari itu bukannya minggu yang berturut-turut?

Jawapan:
Dalam sebuah hadith yang sahih menjelaskan seseorang yang meninggalkan
solat jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja tanpa keuzuran syar'i maka
ia terkeluar dari Islam. Dalam kes saudara yang bertanya di atas, walaupun
saudara meninggalkan solat jumaat tidak tiga kali berturut-turut dalam masa
sebulan, tetapi perbuatan saudara ini tetap dikira salah dan dikira meringan-
ringankan hukum Allah, kerana solat jumaat itu hukumnya fardu ain ke atas
setiap individu muslim.

Kesukaran yang dihadapi oleh saudara itu bukanlah kesukaran yang mencapai
darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang
musafir. Saudara tidak boleh membiarkan keadaan ini berlalu begitu sahaja dan
diri saudara pula bergelumang dengan dosa tidak melaksanakan solat jumaat.
Satu pendekatan yang halus perlu dicari bagi membolehkan saudara dapat
bersama umat Islam yang lain menunaikan kewajipan solat jumaat dengan
sempurna.

Saudara juga perlu mengambil sikap tegas dalam masalah ini, kerana ia
melibatkan hukum Allah yang tidak boleh dipersia-siakan. Apalah gunanya kita
dapat menggunakan rezeki tuhan tetapi perintah tuhan kita lalaikan. Dalam Islam
kita disuruh mencari rezeki bagi memenuhi keperluan hidup yang diantara
matlamatnya ialah ibadat. Janganlah kerana terlampau mengejar kebendaan kita
sanggup mencuaikan hak Allah.
216. Makruh yang Membawa Haram
Soalan:
Adakah sesuatu hukum boleh berubah apabila kerap dilakukan, seperti
makruh boleh menjadi haram, contoh merokok makruh, makan bawang
dsb.?

Jawapan:
Sesuatu hukum itu boleh berubah. Antaranya disebabkan oleh perubahan
keadaan. Umpamanya rokok. Kebanyakan ulamak terdahulu menghukumkannya
sebagai makruh merujuk kepada baunya sahaja yang boleh mengganggu orang
yang sedang menunaikan solat dan lain-lain, tetapi hukumnya sekarang sudah
berubah. Ulamak di zaman ini khususnya majlis fatwa kerajaan Arab Saudi dan
bebepapa tokoh ulamak di negara kita menghukumkannya sebagai haram
memandangkan bahayanya dari sudut kesihatan.

Mereka menganggap orang-orang yang menghisap rokok sebagai golongan


yang membunuh diri sendiri dalam jangka panjang , di samping membazirkan
wang tanpa faedah. Kedua aktiviti ini adalah haram. Al-Qur'an dengan jelas
melarang umatnya dari mencampakkan diri mereka ke lembah kemusnahan.
Begitulah juga kepada perkara-perkara lain yang hukumnya adalah makruh tetapi
apabila ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri, akal fikiran ,
nyawa, keturunan dan sebagainya, maka hukumnya adalah haram.

217. Membenci Kedua Orang Tua


Soalan:
Ustaz, saya seorang remaja yang mendapat pendidikan agama dari
berumur 5 tahun sehingga 18 tahun (sekarang 21 tahun) kerana saya
bersekolah agama. Segala hukum-hakam boleh dikatakan saya
mengetahuinya. Namun, saya masih melakukan sesuatu yang
bercanggah dengan agama seperti tidak menjaga aurat, suka berbohong,
suka meninggalkan solat jika menghadapi tekanan dan lain-lain. Malah
saya suka melawan ibubapa dan sering membuatkan ibu menangis.
Segala tingkah laku saya seolah-olah saya tidak ada pendidikan agama.

Walaupun saya pernah cuba mengubahnya kerana tahu ia berdosa tetapi


gagal. Dalam diri saya selalu ada perasaan suka memberontak dan
bercanggah pendapat dengan orang tua. Sejak dari kecil, saya tidak
diberi pilihan untuk membuat sebarang keputusan sehingga sekarang.
Ini membuatkan timbulnya perasaan benci pada org tua yang teramat
sangat. Ditambah dalam soal memilih teman hidup juga mereka campur
tangan. Walaupun saya anak sulung, saya agak renggang dengan orang
tua. Jika terlihat ibu menangis, sedikitpun tidak timbul perasaan kasihan.
Saya perlukan nasihat dari ustaz dalam mengubah perangai buruk saya.

Pada saya, saya lebih menyayangi ibu saudara dari ibu sendiri kerana dia
lebih memahami perasaan saya.

Jawapan:
Seorang anak mesti mentaati kedua ibu bapanya sedaya mungkin. Lebih-lebih
lagi ibu yang sanggup berjaga malam demi menjaga kemaslahatan dirinya dan
demi mempastikan dirinya itu tidak dipengapa-apakan oleh serangga perosak
seperti nyamuk, lipan dan lain-lain. Ia juga wajib mengelakkan dari melakukan
sesuatu yang boleh menyentuh perasaan ibunya. Berdasarkan soalan di atas
perlakuan saudari itu amat kurang wajar, malah saudari kelihatan seorang yang
keras hati. Keadaan ini boleh jadi disebabkan saudari tidak tinggal bersama ibu
saudari sendiri atau saudari mendapat belaian kasih sayang dari orang lain lebih
dari kasih sayang dari ibu saudari menyebabkan saudari berperasaan demikian
terhadap ibu saudari. Untuk merawat penyakit yang saudari alami itu.

1. Saudari hendaklah mengambil langkah yang pernah diambil oleh Sayyidina


Umar bin Al-Khatab yang sebaik sahaja dilantik dengan resminya menjadi
khalifah, lantas berdoa kepada Allah supaya melembutkan hatinya. Ini kerana
beliau memang terkenal di zaman jahiliyahnya sebagai seorang yang keras hati.
Dalam hubungan ini saudari boleh berdoa dengan doa berikut: "Ya Allah Ya
Tuhanku lembutkanlah hatiku sebagaimana Engkau telah lembutkan besi kepada
nabi Daud Alaihissalam." 2. Keduanya saudari hendaklah mengingati bahawa
saudari adalah penuntut sekolah agama yang tahu sedikit sebanyak ilmu agama.
Jika saudari tidak mengamalkan ilmu yang saudari tahu itu, sudah pasti saudari
akan dihumbankan oleh Allah SWT ke dalam neraka mendahului dari penyembah
berhala. Jika saudari meninggal dalam keadaan belum sempat bertaubat.

3. Ketiganya saudari dikehendaki berbuat baik kepada kedua ibu bapa, lebih-lebih
lagi ibu selagi mana mereka masih hidup. Jika saudari gagal berbuat baik dan
berbakti kepadanya pada masa ia hidup tanpa alasan yang syar'i, maka saudari
layak dinamakan sebagai anak yang derhaka. Anak derhaka tidak akan mencium
bau syurga selagi tidak mendapat keredaan dari kedua ibubapanya.

4. Renunglah keadaan orang-orang yang menderhaka kepada kedua ibubapanya


pada hari kiamat kelak. Hari tidak ada sebarang pelindungan kecuali orang yang
datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Bagaimana mungkin anak
derhaka boleh mendapat perlindungan dari Allah kalau hatinya sendiri penuh
kebencian kepada ibunya.

5. Ziarahilah rumah anak-anak yatim dan renunglah keadaan mereka. Mereka


tidak mempunyai ibu bapa. Hidup mereka mengharapkan belas kasihan orang
ramai. Namun saudari masih mempunyai ibu yang begitu prihatin terhadap diri
saudari. Walaupun saudari begitu tidak menyukai ibu sendiri namun ia tetap ibu
saudari juga. Kalau saudari boleh maafkan kesalahan orang lain, kenapa saudari
tidak boleh memaafkan kesalahan ibu sendiri, andaikata ia benar-benar ada
melakukan kesalahan ke atas diri saudari..

6. Perbanyakkanlah berzikir kepada Allah khususnya selepas solat fardu kerana


zikir boleh melembutkan dan menenangkan jiwa.

7. Tunaikanlah solat mengikut rukum syarat dan khusyuknya yang lengkap. Insya
Allah solat ini akan bertindak sebagai benteng kepada saudari dari melakukan
kemaksiatan dan penderhakaan.

8. Pilihlah kawan-kawan yang mempunyai pendidikan agama dan mempunyai


sifat penyayang kepada ibu mereka. Mudah-mudahan dengan cara ini akan
mempengaruhi hati saudari untuk menyayangi ibu saudari sendiri.

9. Saudari renungilah nasihat seorang tokoh sufi iaitu:


i. Jika anda ingin melakukan maksiat kepada Allah, janganlah anda makan
rezeki Allah.

ii. Jika anda ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang tidak
dilihat oleh Allah.
iii. Jika anda ingin melakukan maksiat, jangan menetap di bumi Allah.

iv. Jika anda ingin melakukan maksiat, sila minta tangguh dari malaikat maut
barang seminit dua dari mengambil nyawa anda.

v. Apabila malaikat munkar dan nakir menyoal anda, lawanlah dia jika anda
mampu

vi. Jika Allah mengarahkan kepada anda supaya memasuki neraka Allah, jangan
patuhi perintahNya.
Jika saudari tidak mampu berbuat demikian, kenapa saudari boleh berterusan
menderhaka dan memaksiati Allah?

218. Bersalaman dengan Ipar, Biras Dan Sebagainya


Soalan:
Bolehkah saya bersalaman dengan mereka-mereka dibawah ini;
a. Kakak, adik ipar saya?
b. Biras saya?
c. Isteri pak cik saya?

Jawapan:
Dalam Mazhab Asy-Syafi'i bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di
dalam soalan di atas adalah tidak harus sama sekali, kerana ia boleh
mendatangkan fitnah. Perbuatan ini hendaklah dielakkan. Pintu fitnah hendaklah
ditutup awal-awal lagi.

Dalam mazhab Maliki bersalam dengan orang-orang ini tidaklah membatalkan


air sembahyang selagi mana tidak menimbulkan syahwat, namun hukumnya juga
tidak digalakkan.

Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya berjodol Fatwa-fatwa Semasa jika


pihak terlibat terlebih dahulu menghulurkan tangannya kepada saudara, menjadi
harus kepada saudara menyambut tangannya dan seterusnya bersalam
dengannya. Khususnya apabila mereka ini datang menziarahi saudara setelah
lama tidak bersua muka.

Dalam mazhab Syiah Jaafari harus bersalam dengan golongan yang


dinyatakan ini denagan syarat hendaklah berlapik dengan kain tebal. Walaupun
begitu majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-
orang yang dinyatakan di dalam soalan di atas bagi mengelakkan berlakunya
fitnah, apalagi di zaman kita ini. Perempuan tua yang kadang-kadang sudah tidak
mempunyai nafsu syahwatpun menjadi mangsa rogol dan sebagainya.

219. Hukum 'Berdating'


Soalan:
Adakah "berdating" itu tergolong dalam dosa-dosa besar?
Jawapan:
Berdating bererti menghampiri perzinaan. Dalam Islam seseorang itu dilarang
keras dari menghampiri perzinaan. Oleh kerana pezinaan itu mendatangkan dosa
besar, maka melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada perzinaan
termasuklah Dating ini adalah haram dan berdosa.

Kaedah feqah menjelaskan "Setiap sesuatu yang membawa kepada


perlakuan yang haram, maka hukum melakukan perkara tersebut adalah
haram". Jauhilah dari berdating kerana ianya adalah jalan mudah bagi syaitan
menjerumuskan anak Adam ke lembah perzinaan. Jauhilah dari berdating kerana
orang yang ketiga di masa itu ialah syaitan.

220. Tutup Aurat Namun Tidak Sempurna


Soalan:
Apakah hukum bagi seorang wanita yang memakai tudung, tetapi
pakaiannya tidak menutup aurat, seperti memakai 'jeans' dan baju ketat
yang menampakkan tubuh. Adakah mereka akan menerima azab di
akhirat kelak?

Jawapan:
Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang pada hakikatnya masih
dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang
menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetenagah kaum
wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.

Ini kerana tatacara berpakaian yang dilakukan olehnya masih belum boleh
dikatakan sebagai teknik berpakaian yang sebenar menurut kaca mata Islam,
apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan. Ia tetap dikira berdosa kerana
melakukan suatu perbuatan yang haram di sisi Allah SWT. Jika ia meninggal
tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai azab neraka Allah. Nauzubillah..

Tatacara berpakaian yang lengkap di sisi Allah ialah memakai pakaian yang
boleh menutupi seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja.
Pakaian itu pula tidak ketat dan warnanya pula tidak menarik perhatian kaum
lelaki. Seeloknya yang berwarna hitam atau kelabu.

221. Hukum Makan Ayam Goreng Di KFC, A & W dan


Sebagainya
Soalan:
Assalamualaikum. Saya nak tanya pendapat ustaz tentang restoran
-restoran ala barat contohnya KFC, McDonald, A&W dan sebagainya,
adakah dijamin halal walaupun ada logo tanda halal dan apakah halal
ayam yang disembelih dengan elektrik dan saya telah banyak mendengar
bahawa ayam goreng yang dijual di KFC ada campuran gelatin dan
penyembelihannya tidak mengikut syarat islam.?

Jawapan:
Di negara kita Malaysia, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan logo
halal ialah JAKIM. Dengan adanya tanda ini pada barangan makanan yang dijual
di pasaran bererti an makanan itu memang halal di makan, kerana pihak JAKIM
tidak akan mengeluarkan logo itu jika benar-benarnya ianya tidak halal samaada
dari segi teknik pembuatannya mahupun dari segi teknik penyembelihannya.

Sehubungan dengan itu umat Islam di negara ini tidak perlu ragu dengan logo
itu. Jika mereka ragu tentang logo itu adakah benar ianya dikeluarkan oleh JAKIM
atau tidak, mereka boleh berhubung terus dengan JAKIM untuk mendapatkan
pengesahan. Tetapi jika mereka merasa was-was dan syubhah, lebih baik
ditinggalkan.Dalam sebuah hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim menjelaskan
perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas. Manakala perkara
yang berada di tengah-tengahnya adalah perkara syubhah.

Barangsiapa yang terlibat dengan syubhah bererti ia terlibat dengan perkara


yang haram. Hadis ini dengan jelas menyuruh umat Islam supaya mengelakkan
dari menghampirkan diri dengan perkara yang masih tidak jelas. Ayam yang
disembelih dengan menggunakan kejutan eletrik adalah tidak sah dan tidak halal
untuk dimakan, malah hukumnya menyamai bangkai sahaja. Begitu juga ayam
goreng yang digoreng dengan bahan yang bercampur dengan gelatin adalah tidak
halal memakannya.

Namun begitu pihak yang bertanya disarankan supaya memeriksa terlebih


dahulu kebenaran maklumat itu. Kerana di dalam sebuah hadis menjelaskan
mendengar berita semata-mata tidak sama dengan melihat sendiri. Kaedah
mantiq pula ada menjelaskan: Hukuman ke atas sesuatu itu tidak boleh dilakukan
kecuali setelah mendapat gambaran sebenar perkara tersebut. Jika sudah
dipastikan maklumat ini betul, pihak yang bertanya hendaklah segera
menghubungi Pihak JAKIM bagi urusan penyiasatan.

Tindakan ini diambil sebagai membendung kemungkaran. Orang yang melihat


kemungkaran berlaku di hadapan matanya wajib menegahnya, malah hukumnya
adalah fardu 'ain kepada beliau merubah dengan tangan, jika tidak mampu
hendaklah dengan lidah dan jika tidak mampu juga hendaklah dengan hati. Itu
adalah selemah-lemah iman. Begitulah yang dijelaskan di dalam sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh imam Muslim.

222. Guna Wang Riba untuk Bayar Perkhidmatan


Pihak Bank
Soalan:
Adakah bersubahat dengan riba sekiranya faedah yang diperolehi
daripada wang simpanan digunakan semula untuk menjelaskan bayaran
perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak bank? Sebagai contoh pihak
bank mengenakan bayaran perkhidmatan RM1.00 untuk setiap
pengeluaran wang tunai di cawangan ATM (Sistem MEPS)?

Jawapan:
Al-Quran melarang memakan riba sebagaimana yang terdapat dalam surah Al-
Baqarah ayat 278-279. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari
dan Muslim menjelaskan Allah SWT melaknat pemakan riba, orang yang memberi
riba, saksi-saksi dan juga kerani yang terlibat. Dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Ad-Dar Qutni menjelaskan memakan satu sen duit riba
menyamai 36 kali dosa perzinaan. Kedua hadis ini menjelaskan pengharaman
memakan riba kepada umat Islam.
Sehubungan dengan itu pihak yang bertanya dinasihatkan supaya menyimpan
wangnya di bank Islam yang bersih dari amalan riba. Berhubung penggunaan
wang riba bukan untuk tujuan membeli makanan tetapi sebaliknya untuk
pembayaran bil air eletrik, bil bayaran perkhidmatan pihak seperti pengeluaran
wang tunai di di cawangan ATM, pembinaan perhentian bas, pembinaan jalanraya
dan lain-lain kemudahan awam, di kalangan ulama' ada yang mengharuskannya
seperti syeikh Yusuf Al-Qardawi dalam fatwa semasanya, kerana ia tidak
melibatkan memakan riba dalam ertikata yang sebenar.

223. Mengadakan Majlis Perkahwinan Berserta


dengan Niat Aqiqah
Soalan:
Saya inginkan kepastian mengenai satu kemusykilan iaitu satu majlis
perkahwinan hendak dilangsungkan dan keterlanjuran kenduri itu satu
ekor lembu telah disembelih dengan berniat aqiqah. Saya telah
difahamkan oleh seorang guru bahawa niat aqiqah itu tidak sah kerana
majlis perkahwinan kita menerima sumbangan iaitu wang ringgit
sedangkan aqiqah hendaklah ikhlas. Yang menjadi kemusykilan saya
ialah niat aqiqah itu memanglah ikhlas dan sumbangan yang diberikan
oleh para jemputan itu adalah kerana majlis perkahwinan itu. Harap
ustaz jelaskan. Terima kasih.

Jawapan:
Seseorang yang mengadakan majlis perkahwinan, kemudian terlanjur majlis
itu diadakan seekor lembu telah disembelih dengan niat aqiqah, perbuatan ini
tidaklah menjadi kesalahan malah hukumnya adalah harus. Soal pemberian wang
yang diberikan oleh orang-orang yang datang ke majlis perkahwinan itu
sedangkan daging aqiqah tidak boleh menerima bayaran tidak timbul, kerana
pemberian wang itu adalah atas nama hadiah dan tuannya pula ikhlas dalam
berbuat demikian.

Dalam mazhab Asy-Syafi'i berbeza niat dalam sembelihan korban adalah


diharuskan dan tidak menjadi kesalahan. Isu yang dibincangkan ini juga ada
kaitannya dengan perbezaan niat. Hanya ulama' Hanafi sahaja yang
menghukumkan tidak sah korban seseorang apabila sesetengahnya bertujuan
untuk mendekatkan diri kepada Allah manakala sesetengah yang lain pula untuk
mendapatkan dagingnya. Dalam Mazhab Hambali apabila bertembung hari
penyembelihan korban dengan hari aqiqah, maka memadai seseorang itu berniat
dengan salah satu darinya iaitu samaada untuk korban atau untuk aqiqah.

Kesimpulannya dalam isu di atas tidaklah menjadi kesalahan kepada pihak


yang bertanya berbuat demikian. Namun begitu jika ia dapat mengadakan majlis
perkahwinan dan majlis aqiqah secara berasingan adalah lebih baik. Kecuali jika
melibatkan dua perkara yang wajib atau pun nazar . Umpamanya korban nazar
bertembung dengan aqiqah nazar, dikala itu tidak boleh dibuat secara sekaligus,
sebaliknya hendaklah secara berasingan.
224. Berbual dengan Bukan Mahram Melalui Telefon
Soalan:
Seorang lelaki dan seorang wanita bukan mahram menjalin hubungan
dengan sering berhubung melalui telefon. Mereka berbual mesra tentang
kehidupan seharian, perasaan hati masing-masing, ataupun hanya
berbual kosong kerana seronok dapat berbual mesra antara satu sama
lain. Apakah pendapat ustaz tentang perkara ini? Apakah hukumnya?

Jawapan:
Seorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan seorang perempuan yang
bukan mahramnya di tempat yang sunyi kerana perbuatan ini dilarang keras oleh
Islam. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad menjelaskan larangan berdua-duaan
antara seorang lelaki dengan seorang perempuan kerana pihak yang ketiganya
adalah syaitan. Setiap orang Islam wajib mematuhi larangan ini dan jangan cuba
sekali-kali melanggarnya, kerana ia melibatkan hukum-hukum Allah.

Al-Quran menjelaskan dalam surah Al-Maidah orang yang melanggar hukum


Allah tidak sunyi dari 3 kumpuilan manusia iaitu samada termasuk ke dalam
golongan orang yang fasik, atau zalim ataupun kafir.Termasuk ke dalam ertikata
berkhalwat yang dilarang oleh Islam ialah berbual di dalam telefon dengan
perempuan yang bukan mahram, sambil menyatakan perasaan hati masing-
masing tanpa tujuan yang syar'i, kerana ia menjadi jalan ke arah khalwat dan
khalwat menjadi jalan ke arah perzinaan. Setiap yang menjadi jalan ke arah itu
hendaklah ditutup berdasarkan kaedah feqah "menutup pintu fitnah atau Saddul
Az-Zara'i itu wajib".

Satu kaedah lain menjelaskan "Sesuatu yang boleh membawa kepada haram
maka hukumnya adalah haram". Sehubungan dengan itu seseorang lelaki Islam
hendaklah menjauhkan perkara ini untuk mendapatkan keselamatan diri. Jika ia
bertanya perempuan berkenaan tentang tarikh penetapan perkahwinan, beberapa
ramai yang hendak datang meminang, hari apa-apa majlis itu hendak diadakan
dan lain-lain yang ada hubungan dengan urusan perkahwinan, dan masanya pula
tidak lama, tanpa pula ada kata-kata yang mengghairahkan, maka hukumnya
adalah harus. Bagaimanapun sebaiknya pihak lelaki hendaklah bertemu terus
dengan pihak keluarga perempuan untuk menguruskan perkara itu, kerana ia
lebih selamat dari fitnah.Wallau A'lam.

225. Menunaikan Solat Tahiyyatul Masjid Di Surau


Soalan:
Apakah boleh melakukan sembahyang Sunat Tahiyyatul Masjid apabila
berada di surau??

Jawapan:
Dalam sebuah hadis riwayat Muslim menjelaskan seseorang yang memasuki
masjid hendaklah menunaikan dua rakaat sunat Tahiyyatul Masjid walaupun
imam sedang menyampaikan khutbah jumaat. Perkara ini telah menjadi sunnah
kepada ummah Islam seluruhnya. Persoalannya adakah boleh bagi seseorang itu
menunaikan solat tahiyyatul Masjid di surau.

Berdasarkan penjelasan hadis di atas tidak harus menunaikan solat tahiyyatul


Masjid di surau, kerana syarat masjid yang diharuskan seseorang menunaikan
solat tahiyyatul masjid ialah masjid yang boleh ditunaikan di dalamnya solat
jumaat atau dengan lain perkataan masjid jamik. Surau tidak ditunaikan di
dalamnya solat jumaat kecuali surau yang diisytiharkan oleh pihak kerajaan
sebagai masjid dan masyarakat awam boleh menunaikan solat jumaat di situ. Di
kala itu barulah boleh ditunaikan solat tahiyyatul Masjid.

226. Orang Islam Menyertai Kelab Lion dan


Sebagainya
Soalan:
Apakah pandangan pihak tuan terhadap orang-orang Islam yang
menyertai kelab-kelab yang berunsur Yahudi seperti LION CLUB?

Jawapan:
Kelab Lion adalah sebuah kelab yang ditubuhkan oleh pergerakan Yahudi
Sedunia. Walaupun pada zahirnya kelab ini menekankan soal kebajikan kepada
golongan yang lemah dan lain-lain, namun operasi sebenarnya ialah meragu-
ragukan umat Islam terhadap akidah pegangan mereka melalui perancangan
jangka panjang dan halus. Sasaran pergerakan ini ialah anak-anak bangsawan
umat Islam.

Aktiviti yang dijalankan pula adalah aktiviti yang tidak berakhlak menurut
kacamata Islam. Sehubungan dengan itu menyertai kelab ini bererti cenderung
untuk melakukan kezaliman kepada Islam itu sendiri walaupun peserta terlibat
tidaklah bermaksud begitu, kerana ia tertakluk kepada aktiviti yang dijalankan
oleh kelab ini. Dalam surah Hud ayat 113 Allah SWT melarang orang-orang yang
beriman dari cenderung kepada orang-orang yang zalim, kerana nanti mereka
akan dibakar di dalam api neraka.

Selain itu menyertai kelab seumpama ini menunjukkan mereka memiliki iman
yang tidak kuat dan tidak mantap. Allah SWT menggambarkan sifat tulen seorang
yang beriman di dalam surah Al-Mujadilah ayat 22 sebagai seorang yang tidak
akan mengasihi orang yang memusuhi Allah dan rasulNya walaupun orang
dikasihi itu bapa-bapa, anak-anak, dan saudara-mara mereka sendiri.
Sehubungan dengan itu suka dinasihatkan kepada umat Islam supaya menjauhi
kelab-kelab seumpama ini. Jika mahu terlibat juga tubuhlah kelab-kelab lain
sebagai alternatif dan penuhilah aktivitinya dengan kerja-kerja yang
mencerminkan ajaran Islam.

227. Maksud Jodoh Pertemuan Di Tangan Tuhan


Soalan:
Saya ingin tahu apakah maksud sebenar jodoh dan pertemuan di tangan
tuhan? Dan bolehkah kita mengubahnya? Adakah pilihan ibubapa itu
tepat dan adakah doa yang ibu pohonkan supaya anaknya menerima
jodoh tersebut dimakbulkan oleh ALLAH? Dimanakah syurga seorang
wanita, pada ibunya atau pada suaminya? Sebagai wanita siapakah yang
lebih utama, ibunya atau suaminya?

Jawapan:
Memang diakui jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Tuhan.
Bagamanapun kata-kata ini tidak boleh difahami secara umum begini, sebaliknya
ia memerlukan huraian yang jelas, kerana ia mempunyai hubungan erat dengan
qada' dan qadar Allah. Seseorang perempuan yang tidak di sangka-sangka
dipinang orang kemudian berkahwin dan perkahwinannya kekal sehingga ke anak
cucu. Itulah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Begitu juga
seorang yang sudah lama bercinta dan berjanji untuk untuk berkahwin namun
mereka gagal berkahwin, juga dikatakan sebagai jodoh pertemuan itu di tangan
tuhan.

Bagaimanapun seseorang itu tidak boleh menyerah bulat-bulat kepada kaedah


ini. Jangan hendaknya kerana jodoh pertemuan itu di tangan tuhan maka mereka
tidak berusaha untuk mencari jodoh, sebaliknya mengambil sikap menunggu
sahaja. Ini jelas satu prinsip hidup yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kita
dikehendaki berusaha selaras dengan ajaran-ajaran Islam yang Maha Suci, tetapi
kita juga hendaklah menyerahkan kejayaan usaha kita itu kepada Allah SW.
Setelah berusaha tetapi jodoh tidak ditemui juga barulah boleh kita mengatakan
jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan.

Dengan lain perkataan jodoh dan pertemuan yang berbentuk umum itu boleh
diubah dengan usaha yang kita lakukan, kerana tidak tidak seorangpun yang
dilahirkan sudah mengetahui jodoh dan pertemuannya. Sehubungan dengan
usaha yang berterusan selaras dengan syariat mesti dilakukan. Pilihan orang tua
atau ibubapa untuk anak mereka tidak semestinya tepat, tetapi kebiasaannya
ibubapa tidak akan memilih pasangan yang tidak baik untuk anak kesayangan
mereka. Sebolehnya diusahakan mendapatkan pasangan yang baik kecuali
mereka yang hidupnya bergelumang dengan kepentingan duniawi. Di kala itu ia
akan mengutamakan kepentingan perut dari kebahagiaan rumahtangga anaknya.

Soal permohonan ibubapa untuk menemukan jodoh anaknya adalah satu kerja
yang baik. Biasanya doa kedua ibubapa adalah doa yang mudah diperkenankan
oleh Allah. dan jika Allah kehendaki Ia akan memakbulkan permohonan itu. Tidak
mustahil, kerana itu anak-anak disuruh menaruh sangka baik kepada doa
ibubapa mereka. Bagamanapun ibubapa tidak boleh mengharapkan doa semata-
mata, sebaliknya mereka juga perlu bergerak untuk mencari jodoh untuk
anaknya. Jika anaknya sudah mempunyai kenalan yang berkenan di hati di mana
perwatakan pasangannnya baik menurut kacamata syara' dan tidak apa yang
kurang, di masa itu elok diterima sahaja pasangan yang sudah sekufu ini.

Dari sudut ketaatan pula seorang anak perempuan dikehendaki taat kepada
kedua ibubapanya selagi ia belum berkahwin dan selagi perkara yang
diperintahkan itu tidak berbentuk maksiat. Tetapi setelah ia berkahwin ketaatan
berubah kepada suaminya sepenuhnya. Dengan lain perkataan syurga seseorang
perempuan itu sebelum berkahwin bergantung kepada ketaatan kepada kedua
ibu bapa selain dari amalan-amalan wajib yang lain, dan setelah berkahwin
bergantung kepada keredhaan suaminya dan tidak dalam perkara yang
berbentuk maksiat.

228. Makna Arasy dan Kursi


Soalan:
Apakah itu yang dikatakan 'Arasy' dan 'Kursi' itu? Adakah ia juga
makhluk Allah yang hidup di dunia ini dan apakah keistimewaannya?
Jawapan:
Dalam Surah Thaha ayat 5 dan dalam surah Al-A'raf ayat 54 dijelaskan Arasy
adalah temapt istimewa' Allah SWT. Ia berada di atas langit yang ke tujuh
berdasarkan hadis riwayat Abu Dawud. Mempunyai tiang-tiang yang ditanggung
oleh para malaikat sebagaimana dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-
Bukhari dan Muslim. Dalam buku Syarah Tahawiyyah kedudukannya tak ubah
seperti kubah di atas dunia.

Bagaimanapun ini tidak bermaksud Allah SWT itu memerlukan kepada Arasy
dan Arasy pula tidaklah menanggungNya sebaliknya Allah SWT beristimewa di
atas Arasy sebagaimana yang layak baginya dan perkara ini tidak dapat difikirkan
oleh akal manusia itu sendiri kerana kedudukan Arasy itu sendiri lebih besar dari
langit dan bumi.

Kursi pula merangkumi langit dan bumi, malah keluasannya lebih dari itu.
Menurut Ibn Abbas Kursi ialah tempat letak kedua kaki. Menurut As-Suddi langit
dan bumi berada di tengah-tengah kursi dan kursi berada di hadapan Arasy.
Inilah yang disebut di dalam tafsir At-Tabari dan juga Tafsir As-Suyuti. Menurut
Abu Zar kedudukan Kursi berbanding Arasys tak ubah seperti kedudukan
gelungan besi yang dicampakkan ke tengah-tengah padang pasir. Allah SWT
menciptakan Arasy dan kursi bukan kerana Ia sendiri memerlukannya, tetapi
kerana sesuatu hikmah yang hanya diketahui olehNya sahaja. dan tidak ada jalan
kepada manusia mengetahuinya.

229. Ciri-ciri Seorang Pemimpin


Soalan:
Apakah kriteria-kriteria dan bagaimanakah ciri seorang pemimpin yang
diperlukan dalam Islam?

Jawapan:
Ciri-ciri pemimpin dalam Islam ialah 1. Berani
2. Pemurah
3. Adil
4. Sentiasa menjauhkan diri dari perkara yang dilarang
5. Benar
6. Amanah
7. Sabar
8. Lapang hati
9. Pemaaf
10. Kasing sayang
11. Mengutamakan perdamaian
12. Zuhud
13. Malu
14. Tawaduk
15. Setia
16. Suka berbincang
17. Baik pergaulan
18. Kuat berkerja
19. Gembira.
230. Pemimpin Bukan Islam dan Pemimpin Wanita

Soalan:
Adakah orang kafir boleh dilantik dikalangan masyarakat Islam kerana
kepimpinannya dan bagaimana dengan pemimpin wanita dilantik?

Jawapan:
Dalam surah Ali Imran ayat 28 dan dalam surah An-Nisa' ayat 139 dan juga
ayat 144 menegaskan dengan terang larangan melantik orang kafir menjadi
pemimpin kepada orang-orang Islam walau dalam apa bidang sekalipun. Ini
kerana dalam Islam seorang pemimpin bertanggungjawab soal amar makruf dan
nahi mungkar, soal ibadat, dan lain-lain, sedangkan orang yang kafir tidak
bertanggungjawab terhadap masalah ini, sebaliknya mereka hanya
bertanggungjawab terhadap agama mereka sahaja.

Bagaimanapun di kalangan ulama' ada yang berpendapat boleh melantik orang


yang bukan Islam untuk menjadi pemimpin kepada umat Islam bukan dalam
bentuknya yang umum seperti presiden atau perdana menteri yang melibatkan
urusan langsung umat Islam, tetapi dalam bidang-bidang tertentu yang mana
umat Islam belum ada kepakaran tentangnya seperti bidang kedoktoran dan lain-
lian.

Ibn Taimiyyah umpamanya ketika menghuraikan peristiwa Rasulullah SAW


menyewa Abdullah bin Uraiqit sebagai penunjuk jalan baginda ketika berhijrah ke
Madinah Munawwarah sedangkan Abdullah sendiri masih kafir bagi
mengharuskan orang Islam melantik orang yang bukan Islam menjadi pemimpin
mereka .

Dalam masalah ini dengan syarat orang yang bukan Islam itu taat kepada
kepimpinan Islam dan tidak melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan Islam
itu sendiri dan umatnya. Bagaimanapun umat Islam hendaklah menceburi bidang
tersebut, supaya mereka dapat mengambil alih soal pengurusannya dengan baik.

Berhubung melantik perempuan menjadi pemimpin khususnya pemimpin besar


umat Islam, jelas tidak boleh kerana bercanggah dengan nas yang menjelaskan
kaum lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita dan tidak akan berjaya
sesuatu kaum yang melantik kaum wanita mereka menjadi pemimpin mereka.
Namun begitu ada beberapa profesion yang boleh kaum wanita menjadi
pemimpin di dalamnya seperti bidang kejururawatan, pendidikan anak-anak dan
lain-lain yang sesuai dengan fitrah semula jadi yang ada pada diri mereka.

Umar bin Al-Khattab pernah melantik seorang perempuan di zamannya


menjadi pengurus pemasaran di Madinah. Di kalangan ulamak Ibn Jarir at-Tabari,
dan Ibn Hazmi berpendapat kaum wanita boleh dilantik menjadi pemimpin asal
sahaja tidak berbentuk pemimpin umum umat Islam, seperti menjadi qadi dan
lain-lain.

Al-Qardawi dalam bukunya Fiqh Ad-Dawlah pula mengharuskan seseorang


muslimat dicalonkan ke majlis parlimen atau Dewan rakyat walaupun dari satu
sudut kedudukannya lebih tinggi dari kaum lelaki atas dasar antaranya
menjalankan amar makruf dan nahi mungkar, di mana tugas ini menurut Al-
Qardawi adalah tugas bersama kaum lelaki dan wanita dalam Islam.
231. Makmum Ikut Imam dan Imam Ikut Siapa?
Soalan:
Bukan soalan tapi mahu kepastian. Kita sembahyang berimam, makmun
berimamkan imam.
Imam pulak berimamkan siapa..?

Jawapan:
Soalan ini berkaitan dengan solat dalam Islam. Solat telah difardukan pada
malam Israk 5 tahun sebelum hijrah. Menurut riwayat yang dikemukakan oleh
Jabir bin Abdullah dan dikeluarkan oleh Ahmad, An-Nissa'i dan juga At-Tirmidhi
setelah nabi SAW menerima perintah supaya mendirikan solat sebanyak 5 waktu
sehari semalam, malaikat Jibril datang menemui baginda dan mengajar kepada
baginda SAW teknik mengerjakan solat selama dua hari berturut-turut bermula
dari waktu Zohor dan berakhir pada waktu Subuh.

Setelah itu nabi kita SAW menunaikannya mengikut tatacara yang diajar oleh
malaikat Jibril. Dalam sahih Al-Bukhari nabi SAW memerintahkan umatnya
supaya menunaikan solat mengikut sepertimana yang dilakukan oleh baginda
SAW. Bagaimanapun dalam masa jibril mengajar nabi mengerjakan solat itu
tidak pula malaikat Jibril menjelaskan siapa- siapa yang menjadi imam kepada
nabi SAW.

Apa yang dijelaskan ialah agar solat itu ditunaikan dengan khusyuk di samping
lengkap dengan rukun dan syaratnya sekali. Hati pula hendaklah dibulatkan
kepada Allah SWT semata-mata. Oleh kerana ibadat solat termasuk ke dalam
perintah yang berbentuk Tawqifi, maka tidak ada jalan kepada manausia mereka
atau mencipta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya yang tidak dibuat
oleh baginda rasulnya SAW. Perintah berbentuk Tawqifi membawa maksud
perintah yang mana praktiknya telah ditunjukkan oleh nabi SAW dengan lengkap
dan manusia tidak ada ruang langung untuk menambah atau mengurang praktik
ini.

Satu perkara lagi mengemukakan persoalan seperti ini sebenarnya tidak patut
dilakukan oleh seseorang yang betul-betul beriman kepada Allah dan rasulNya,
kerana antara sifat mukmin yang bertakwa itu ialah ia meninggalkan dari
melakukan sesuatu kerja yang tidak mendatangkan manfaat kepada agamanya.
Soalan seperti ini hendaklah dielakkan. Banyak lagi soalan-soalan lain yang
bermanfaat yang boleh dikemukakan, yang bukan sahaja mendatangkan faedah
kepada diri sendiri malah juga kepada orang lain. Imam tetap sebagai imam dan
ia tidak mengikut siapa-siapa dalam solatnya.

Sebaliknya makmum dikehendaki mengikut imam dalam solatnya


sebagaimana yang makruf diketahui. Adalah dikhuatiri soalan seperti ini datang
dari golongan batiniyah. Di zaman hayat Rasulullah SAW baginda SAW melarang
orang Islam mengemukakan soalan yang pelik dan aneh-aneh. Umar Al-Khattab
pula mengenakan denda kepada orang yang mengemukakan soalan seperti itu,
kerana tidak semua perkara yang berkaitan dengan agama itu dapat difikirkan
oleh akal manusia tentang hakikatnya. Tambahan pula jika seseorang tidak
mengetahui siapa orang yang diikuti oleh imam dalam solatnya, tidaklah
menjejaskan akidah dan ibadat yang dilakukan, malah syarak tidak pernah
membebankan dirinya supaya mengetahui perkara itu. Yang penting ia tahu siapa
imamnya ketika ia menunaikan solatnya, bukan mengetahui siapa yang menjadi
imam kepada imamnya dalam masa solat itu dilaksanakan.
232. Kahwin Melalui Wali Yang Tidak Sah
Soalan:
Masalahnya berlaku apabila seorang gadis ingin diperisterikan tetapi si
bapa gadis tidak mahu masyarakat tahu yang anak gadisnya adalah
hasil di luar nikah lalu mewalikan anak gadisnya. Apakah hukumnya
perkahwinan tersebut dan bagaimana menyelesaikan masalah ini
sekiranya si gadis telahpun mempunyai anak dengan suaminya yang
disangkanya sah itu?

Jawapan:
Seseorang yang ingin berkahwin memerlukan kepada wali. Wali dalam
perkahwinan adalah satu rukun yang penting. Tanpa kebenaran dari pihak wali
sesuatu perkahwinan itu tidak sah. Wali yang paling afdal dalam sesuatu proses
perkahwinan ialah wali mujbir iaitu bapa atau datuk. Bagi orang yang tidak
mempunyai wali, maka yang menjadi walinya ialah wali hakim sebagaimana yang
disebutkan didalam sebuah hadis sahih riwayat At-Tirmidhi.

Jika seseorang itu tidak layak menjadi wali kepada sesuatu proses
perkahwinan seperti mana dalam kes di atas, tetapi ia mewalikan juga
perkahwinan itu kerana menutup malu dari tersebar kepada umum, maka hukum
perkahwinan tersebut tidak sah. Pengantin terlibat hendaklah berpisah dengan
pasangannya dengan seberapa segera. Jika ia masih bersama dengan
pasangannya itu, bererti ia telah melakukan perzinaan, manakala anak yang
dilahirkan adalah anak zina. Dalam kes ini suka dinasihatkan kepada yang terlibat
supaya membuat aduan kepada pejabat agama di daerah masing-masing, supaya
tindakan selanjutnya dapat diambil dan pasangan terlibat pula tidak terus
menerus berada dalam perzinaan.

233. Hukum Anak Luar Nikah


Soalan:
Hukum anak luar nikah tetapi baru berusia 2 bulan di dalam rahim
ibunya sebelum dinikahkan?

Jawapan:
Dalam sebuah hadis riwayat muslim menjelaskan larangan melakukan khalwat
antara seorang teruna dengan seorang dara, kerana ia merupakan jalan mudah
ke arah perzinaan. Dalam Al-Qur'an pula jelas melarang perzinaan kerana zina itu
mendatangkan dosa besar dan boleh menghuru-harakan masyarakat dan negara.

Jika seorang dara melakukan perzinaan dengan seorang teruna bererti ia telah
melakukan dosa besar. Dalam Islam ia perlu dikenakan hukuman dirotan
sebanyak 100 rotan seterusnya bertaubat kepada Allah. Ini sekiranya ia
menyerah diri kepada pihak yang berkuasa.

Jika ia tidak menyerah diri kepada pihak yang berkuasa, maka tidak wajib
kepada pihak berkuasa mencarinya kerana perzinaan itu hanya menjadi rahsia
antara dia dengan pasangannya sahaja dan ia akan menerima balasan Allah pada
hari kiamat kelak, kerana dosanya tidak akan gugur selagi mana belum
dilaksanakan hukum hudud tersebut ke atas dirinya.

Persoalannya setelah melakukan perzinaan, si dara mengandung kemudian


selepas dua bulan berlalu barulah pasangan terlibat berkahwin, dari segi berdosa
ia tetap dikira berdosa tetapi dari segi sabit keturunannya anak itu layak dibinkan
kepada pihak yang menzinai perempuan tersebut yang berkahwin dengannya.
kerana ulamak madhhab Syafii mensyaratkan sekurang-kurang untuk
menyabitkan keturunan seseorang anak itu mestilah lahir selepas enam bulan
dua saat dari tarikh ibubapanya berkahwin .

234. Kiriman Doa Kepada Si Mati


Soalan:
Dalam soalan terdahulu ustaz ada menyebut bahawa sekiranya kita ingin
mengirimkan bacaan ayat Quran kepada arwah, kita perlu mengirimkan
dlm bentuk doa dan bukan sedekah. Bolehkah Ustaz menerangkan dgn
lebih lanjut berkenaan ini. Adakah betul jika saya membaca begini..."Aku
menghadiahkan pahala bacaan surah Al-Fatihah ini kepada roh umat
Islam di seluruh dunia" atau bagaimanakah cara yang betul?

Jawapan:
Menurut ijmak ulama', doa dan istighfar seseorang memberi manfaat kepada
orang yang telah meninggal dunia yang difokuskan doa dan istighfar tersebut
kepadanya. Doa kepada si mati ialah sebagai berikut; "Ya Allah, Ya Tuhanku
ampunilah segala dosa yang dilakukannya dan rahmatilah ia",

atau membaca doa berikut: "Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah segala dosa-dosa
kami dan dosa-dosa orang yang sebelum dari kami".
Sila rujuk Buku feqah Islami keluaran Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Berhubung solat dan bacaan Al-Quran termasuklah membaca Al-Fatihah
untuk si mati, ulama' Hanafi, Hanbali, Mutaakhir Syafi'i dan juga Maliki
berpendapat pahala bacaannya sampai kepada si mati, jika ia hadir pada masa
pengkebumian si mati tersebut. Menurut ulamak Hanbali boleh membaca Yasin di
kubur si mati. Menurut riwayat Ad-Dar Qutni boleh membaca Qulhuallah
sebanyak 10 kali di kubur si mati dan diniatkan pahalanya kepada si mati
tersebut.

235. Menuntut Ilmu Tanpa Guru

Soalan:
Saya pernah terbaca bahawa jika kita mempelajari ilmu agama dengan
menbaca buku-buku atau kitab-kiab sahaja tanpa berguru, bermakna
kita berguru dengan syaitan. Adakah ini benar dan apakah dalil-dalilnya?
Bagaimana pula dengan cara melalui Internet ini?

Jawapan:
Para ulama' Islam menggesa umat Islam supaya menuntut ilmu melalui guru,
untuk mengelakkan dari berlaku kesilapan dalam memahami ilmu yang dipelajari
mereka. Imam An-Nawawi menegaskan tentang keperluan seorang pelajar
mencari guru yang warak dan bertaqwa dalam kitab Syarh Muhadhdhabnya.
Imam Syafii pernah menegaskan sesiapa yang menuntut ilmu tidak melalui guru,
maka ia akan banyak mensia-siakan hukum.

Menurut imam Abu Hanifah pula seseorang itu tidak akan dapat memahirkan
diri dalam memahami ilmu, apabila majlis ilmu yang diadakan tidak diseliakan
oleh guru yang berkelayakan. Syeikh Najmuddin Al-Kurdi menjelaskan dalam
bukunya Tanwir Al-Qulub menuntut ilmu tanpa guru bererti menuntut ilmu
dengan syaitan. Dalam dunia pembelajaran dewasa ini kesemuanya memerlukan
kepada guru walaupun melibatkan ilmu tentang bahasa Inggeris, matematik dan
lain-lain.

Apalagi ilmu-ilmu yang bersangkut paut dengan ilmu agama. Kerana itu tidak
hairanlah pihak berkuasa mewujudkan maktab-maktab perguruan di seluruh
negara. Dewasa ini terlampau ramai orang yang ingin bercakap tentang Islam,
walaupun ia sendiri bukanlah pakar dalam bidang tersebut, kerana itu kupasan
dan olahannya lebih banyak menyeleweng dari betul. Sehubungan dengan itu
institusi perguruan adalah sesuatu yang mesti dillalui oleh seseorang dalam
menuntut ilmu.

Jika seseorang itu sudahpun mempunyai asas- asas ilmu yang kukuh dalam
bidang-bidang yang berkaitan, bolehlah ia membaca buku-buku yang berkaitan
dengan bidangnya itu walaupu tanpa guru. Bagaimanapun jika ada kesamaran
terhadap beberapa maklumat yang di bacanya, hendaklah dirujuk kepada
gurunya semula. Jika ia tidak mempunyai asas, langsung tentangnya dan tidak
dapat memahami apa yang dibacanya dengan baik, orang seperti ini
memerlukan kepada guru bagi mengelakkan salah faham . Apalagi jika ilmu-ilmu
tersebut masih tertulis dalam bahasa Arab dan amat sukar kepada seseorang
memahaminya tanpa guru.

Berhubung ilmu-ilmu yang biasa disampaikan melalui internet oleh orang


yang berkelayakan, maka tidaklah salah mengambil ilmu ini. Ia termasuk juga
dalam istilah berguru. Cuma tekniknya sahaja yang lebih moden. Tambahan pula
permasalahan harian feqah contohnya merupakan antara permasalahan sudah
biasa didengari oleh masyarakat umum dalam media massa.

236. Pengakuan Berzina


Soalan:
Apakah cara yg betul untuk kita berkelakuan dgn org yg pernah
melakukan zina yg diakuinya sendiri? Adakah patut kita memboikotnya?
Apatah lagi jika dia adalah ahli keluarga kita sendiri?

Jawapan:
Dalam Islam seorang penzina lelaki tidak layak berkahwin kecuali dengan
penzina perempuan yang dizinainya. Menurut sesetengah ulamak sebagaimana
yang disebut oleh Syeikh Wahbah Az-Zuhaili dalam Tafsirnya Tafsir Al-Munir,
larangan berkahwin dengan penzina tersebut berkuatkuasa selagi mana penzina
tersebut masih bergelumang dengan dunia perzinaannya. Namun setelah ia
berhenti dari terlibat dengan perzinaan dan bertaubat, tidak menjadi kesalahan
kepada lelaki yang baik yang tidak pernah melakukan perzinaan berkahwin
dengannya.

Sehubungan dengan itu tidaklah menjadi kesalahan kepada seseorang yang


baik berkawan dengan seseorang yang pernah melakukan perzinaan jika ia telah
bertaubat dan sudah tidak terlibat dengan dunia perzinaan lagi, walaupun
penzina terlibat dari kalangan ahli keluarga sendiri. Tidak wajar memboikotnya,
sebaliknya hendaklah teruskan berkawan denganya dan sentiasalah mengambil
peluang menasihatinya supaua tidak mengulangi perbuatannya itu. Rahsia
perzinaannya jangan dihebohkan. Kerana untuk menyabitkan perzinaan mestilah
melalui salah satu daripada 3 cara iaitu samada melalui pengakuan yang terlibat
sendiri, penyaksian 4 orang saksi dan wujudnya kandungan tanpa bapa.
Jika yang terlibat enggan mengaku berzina walaupu ternyata ia betul-betul
berzina, maka kita tidak boleh memaksanya mengaku berzina. Urusannya
terserah kepada Allah pada hari kiamat kelak. Dalam hubungan seharian kita
dikehendaki melayan mereka sebagaiman kita melayan saudara seislam yang lain
juga. Boikot hanya boleh digunakan jika yang terlibat masih lagi bergelumang
dengan perzinaannya dan enggan pula mendengar nasihat orang lain.

237. Penglibatan Dalam Pekerjaan Yang Syubhah


Soalan:
Saya bekerja dengan satu syarikat broker insurans. Tugas saya adalah
memastikan bahawa pelanggan-pelanggan saya mendapatkan
perlindungan insurans yang lengkap supaya jika ada bencana menimpa
mereka, mereka boleh mendapatkan pampasan melalui polisi insurans yg
mereka beli.

Bagaimanakah kedudukan saya di dalam hukum Islam?

Adakah saya hanya dibolehkan berurusan dengan Syarikat Takaful


sahaja?

Ada pendapat yg mengatakan harus saya terus bekerja supaya lama


kelamaan orang Islam akan bertambah maju dan mula mencari cara
untuk kita mengislamkan sistem insurans seperti yang dilakukan oleh
Takaful dan juga bank-bank yang sekarang mula mengamalkan Sistem
Pembankan Tanpa Faedah. Saya pernah untuk meninggalkan pekerjaan
ini dan memohon pekerjaan di Bank Islam kerana hanya karier
pembankan yang sesuai dengan kelulusan saya. Apa pendapat Panel
Ustaz?

Jawapan:
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan juga Muslim jelas
melarang seseorang itu menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang syubhah.
Ini bermakna penglibatan diri seseorang ke dalam perkara yang jelas haramnya
seperti penglibatan dalam syarikat Insuran yang tidak berorientasikan Islam lebih
hebat dan keras haramnya di sisi syarak, kerana bertentangan dengan nas yang
melarang memakan riba.

Dalam sebuah hadis riwayat At-Tirmidhi menjelaskan Allah SWT melaknat


orang yang memakan riba, orang yang memberi riba, dua orang saksinya dan
juga keraninya. Jika seseorang itu mampu berpindah ke syarikat lain yang lebih
islamik, itu adalah lebih baik, kerana tindakan ini bersesuaian dengan kaedah
feqah yang berbunyi: "Tinggalkanlah perkara yang meragukan anda kepada
perkara yang tidak meragukan anda". Menurut Al-Qardawi dalam fatwanya untuk
merubah sistem bank dan insuran yang diamalkan hari ini sekaligus tidak
mungkin dan permasalahan riba tidak akan selesai.

Sebaliknya ia hendaklah dilakukan secara beransur-ansur. Jika seseorang itu


mengambil tindakan berhenti terus sudah pasti orang-orang yang bukan Islam
akan mengambil alih, menyebabkan sistem riba masih terus beroperasi. Kerana
itu menurut beliau orang-orang Islam yang berkerja di sini hendaklah terus
berkerja tetapi jangan meredhai pekerjaannya itu dan ia bekerja itu atas dasar
mencari kemahiran. Sesudah memiliki kemahiran ia hendaklah berusaha
berpindah ke syarikat yang berteraskan Islam dan menggunakan kepakarannya
itu untuk memajukan syarikat Insuran Islam. Wallah A'lam.

238. Hukum Membaca Doa Semasa Sujud Terakhir


Solat Fardhu
Soalan:
Apakah boleh menambah bacaan doa dalam bahasa arab dalam sujud
terahir solat fardhu? Dan apakah boleh membaca doa dalam bahasa
melayu di dalam hati semasa sujud terakhir solat fardhu dan sunat ?

Jawapan:
Menambahkan bacaan dalam bahasa Arab dalam sujud terakhir solat baik
fardu mahupun sunat tidaklah membatalkan solat tersebut. Perkara ini telah
ditegaskan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitab Rawdah At-Talibin. Malah boleh
menambah bacaan berikut dalam bahasa Arab yang bermaksud: "Ya Allah Ya
Tuhanku hanya kepada Engkau aku sujud, hanya kepada Engkau aku beriman
dan hanya kepada Engkau aku menyerahkan diri. Wajahku sujud kepada Tuhan
yang menciptakannya dan membentuknya, membuka pendengarannnya dan
mencelikkan matanya dengan kekuatan dan qudratnya. Maha Suci Allah Dialah
sebaik-baik Pencipta.".

Membaca doa dalam sujud di dalam hati dalam solat fardu mahupun sunat
tidaklah membatalkan solat, kerana ia tidak termasuk ke dalam kategori
bercakap yang dilarang melakukannya di dalam solat, malah menurut Imam An-
Nawawi jika seseorang itu tidak mahir dalam bahasa Arab harus kepadanya
membaca terjemahan doa di dalam solatnya itu, tetapi bagi orang yang mahir
menguasai bahasa Arab, tidaklah boleh berbuat demikian. Jika ia berbuat
demikian juga batallah solatnya.

Bagaimanapun kepada mereka yang tidak mengetahui bacaan di dalam solat


ini hendaklah mempelajarinya dari guru-guru yang boleh dipercayai keilmuannya,
supaya apa yang disebutnya itu betul dengan kaedah bahasa Arab. Ia tidak boleh
membiarkan dirinya terus menerus membaca doa dalam bahasa Melayu di dalam
solatnya.

239. Siapakah Mu'az Ibn Jabal


Soalan:
Assalamualaikum ustaz, siapa itu Mu'az Ibn Jabal?

Jawapan:
1. Muaz bin Jabal adalah salah seorang sahabat rapat Rasulullah SAW.

2. Nama beliau ialah Muaz bin Jabal bin Amru bin Aws bin Abid bin Kaab bin Amru
Al-Ansari Al-Khazraji.

3. Seorang sahabat yang mahir tentang hukum halal dan haram di dalam Islam.

4. Pernah dilantik menjadi qadi di negara Yaman di zaman Rasulullah SAW.


5. Terlibat dalam peperangan Badar ketika berumur 21 tahun dan peperangan
yang lain yang melibatkan Rasulullah SAW.

6. Seorang yang kacak dan warak.

7. Banyak menghafaz hadis. Antara yang mengambil hadis dari beliau ialah Umar
bin Al-Khattab, Abu Qatadah, Abdur Rahman bin Usamah dan lain-lain.

8. Wafat di Syam ketika berumur 34 tahun sebagaimana menurut riwayat Ibn


Hajar.

9. Ibunya bernama Hindun binti Sahl dari suku Rifaah.

10. Masuk Islam ketika berumur 18 tahun

11. Pakar dalam bidang bacaan Al-Quran sehingga Rasulullah SAW berpesan
kepada para sahabat baginda yang lain supaya mempelajari Al-Quran dari beliau.

240. Masak Sotong dengan Cecair Hitam


Soalan:
Apakah hukumnya memakan sotong yang dimasak tanpa dibuang benda
hitam dari dalam badannya?

Jawapan:
Dalam surah Al-Maidah ayat 4 menjelaskan Allah SWT memerintahkan kita
memakan makanan yang baik-baik yang dihalalkan olehNya. Para ulamak
memutuskan semua binatang laut adalah halal dimakan kecuali yang
mendatangkan mudarat kepada manusia. Mereka berhujjahkan dengan ayat 66
dari surah Al-Maidah yang menjelaskan Allah SWT menghalalkan binatang
perburuan di laut manakala makanannya adalah halal untuk umat manusia.

Dalam madhhab Asy-Syafi'i binatang-binatang laut seperti sotong, udang dan


ketam adalah halal di makan, kerana ia tidak memudaratkan badan dan
termasuklah ke dalam umum ayat 66 di atas. Bagaimanapun cecair berwarna
hitam yang ada pada sotong hendaklah dihilangkan dan dibersihkan kerana ia
dikhuatiri boleh memudaratkan badan. Cecair ini hendaklah dibuang di saat
sotong itu hendak dimasak. Jika dimasak juga bersamanya tidaklah menjadi
masalah memakannya. Bagaimanapun hukumnya adalah makruh, kerana
dibimbangi boleh mendatangkan kemudaratan kepada badan. Islam adalah
agama yang mengutamakan kesejahteraan. Dalam sebuah hadis yang sahih
menjelaskan " Tidak ada kemudaratan dan boleh memudaratkan dalam Islam".
Nu'man © EMAG 1991

241. Mimpi Menurut Islam


Soalan:
Saya tidak percaya kepada mimpi. Tetapi jika mimpi yang sama berulang
kali terjadi, setiap malam, berganti minggu, bersilih bulan dan tahun,
saya jadi musykil. Saya ingin sekali mendapat tafsir mimpi ini. Saya
selalu bermimpi, hujan yang cukup lebat, sehingga menjadi banjir, air
yang agak kotor, sehingga menenggelamkan rumah saya. Dalam hujan
yang lebat itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang datang membawa
payung kepada saya. Saya tak kenalnya tetapi saya menerima
ajakkannya berpayung dan berlindung dari hujan dan banjir itu. Saya
mendonggak ke langit, saya melihat langit sungguh cantik, bintang
penuh bercahaya di langit.

Tolonglah saya. Saya kini terganggu dengan mimpi itu. Kalau sesekali
datang tak mengapa tapi ia selalu datang.

Jawapan:
Satu perkara yang perlu disedari, mimpi tidak boleh dijadikan hujjah ke atas
hukum syarak. Ia sekadar berita-berita yang menggembirakan atau berita-berita
amaran sahaja. Tidak lebih dari itu. Mimpi yang benar datang dari orang yang
tidak pernah berbohong dalam hidupnya. Menurut Ibn Al-Qayyim semakin benar
hidup seseorang itu semakin benar mimpi yang dialaminya. Selain itu orang yang
bermimpi itu hendaklah berada dalam keadaan berwuduk dan tidur pula dalam
suasana mengikut sunnah. Menurut Ibn Al-Qayyim lagi menjelang berlakunya
kiamat hampir-hampir mimpi seseorang mukmin tidak meleset sama sekali.

Mimpi ada 3 bahagian iaitu mimpi yang datang dari malaikat. Mimpi ini adalah
mimpi yang baik. Mimpi yang datang dari Syaitan. Mimpi ini tidak boleh diambil
kira dan akhir sekali mimpi yang datang dari kesan kerja seharian. Dimana kesan
ini terbawa-bawa ke dalam mimpinya. Kedua mimpi ini tidak boleh dipercayai.
Selain itu di kalangan ulamak ada juga yang pakar dalam mentaabir mimpi.
Antaranya Ibn Sirin dalam kitabnya Tafsir Mimpi. Kebolehan mentafsir mimpi
jarang berlaku kepada manusia kecuali kepada mereka yang dipilih oleh Allah
sepertimana yang berlaku kepada nabi Yusuf sewaktu berada di dalam penjara
pembesar Mesir.

Berhubung mimpi yang dialami oleh saudari di atas dapatlah disimpulkan


dalam beberapa aspek. Antaranya keadaan hidup saudari susah, tetapi Allah SWT
akan menghilangkan kesusahan itu dengan kedarangan seorang lelaki dalam
hidup saudari dan ia akan menjadi suami yang bertanggungjawab kepada saudari
dan membimbing saudari ke jalan yang lurus di dunia dan juga akhirat.
Antaranya juga boleh jadi saudari sendiri sekarang kurang melaksanakan hak
Allah dalam perlakuan hidup saudari dan kurang menghargai nikmat Allah yang
dikurniakan Allah kepada saudari dengan melimpah ruah. Suatu hari nanti
saudari akan insaf setelah saudari menghadiri majlis ilmu yang diadakan oleh
salah seorang ulamak terkemuka di tempat saudari. Antaranya juga ia membawa
maksud perlu saudari menghisab amalan saudari dari semasa ke semasa. Boleh
jadi saudari ada hak Allah yang belum dibereskan, kerana itu saudari disarankan
meperbanyakkan taubat kepada Allah.

242. Tidak Khusyuk dalam Solat


Soalan:
Apakah hukumnya bagi orang yang tidak khusyuk dalam solat dan
bagaimana seseorang itu hendak khusyuk dalam solat. Adakah doa
orang yang tidak khusyuk dalam solat diterima oleh Allah?

Jawapan:
Khusyuk di dalam solat menurut jumhur ulamak adalah sunat hukumnya.
Khusyuk membawa pengertian seseorang menunaikan solat dengan hati yang
hadir, tidak berpaling kekiri dan kekanan, mata tertumpu ke tempat sujud dan
fikiran ditumpukan kepada bacaan di dalam solat. Nabi SAW sangat-sangat
menganjurkan kepada umatnya supaya khusyuk didalam solat.

Bagaimanapun bagi orang yang tidak khusyuk di dalam solatnya tidaklah


membuatkan batal solatnya. Solatnya tetap sah cuma ia mendapat pahala yang
kurang, tidak sepenuhnya. Pahala diberi oleh Allah SWT bergantung kepada
sejauh mana kekhusyukan seseorang itu didalam solatnya. Jika ia khusyuk di
satu perdua solatnya, maka ia mendapat pahala satu perdua sahaja dari
solatnya. Jika ia khusyuk sebanyak satu perlapan sahaja dari solatnya, bererti ia
mendapat pahala sebanyak satu perlapan sahaja dari solatnya. Begitulah
seterusnya. Untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat memerlukan perkara
berikut:

1. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih dari najis.Begitu juga
dengan sejadah. hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang
boleh melalaikan orang yang menunaikan solat.

2 Hendaklah menunaikan solat tepat pada masanya dan secara berjemaah.

3. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising dari kanak-kanak mahupun dari
TV atau Radio.

4. Imam hendaklah seorang yang elok bacaanya, kerana bacaan yang elok
membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak didbenci oleh ahli jamaah.

5. Bersihkan fikiran dari problem hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada
Allah.

6. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu, jika merasa perlu berbuat
demikian. Kerana orang-orang yang solat dalam keadaan menahan buang air
kecil dan buang air besar tidak akan memperolehi kekhusyukan.

7. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. badan yang sakit sukar


mendatangkan rasa khusyuk kepada hati di dalam solat.

8. Hati hendaklah hadir di dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.

9. Memahami makna bacaan di dalam solat.

10. Merasa gerun kepada Allah SWT.

11. Merasa takut kepadaNya.

12. Merasa malu kepadaNya.

13. Menaruh harapan mudah-mudahan Alah SWT menerima solatnya.

Berhubung dengan doa pula, dalam sebuah hadis dijelaskan Allah SWT akan
memperkenankan doa hambaNya yang bersungguh dalam doanya, tidak lalai di
dalam doanya itu. Doa orang yang tidak khusyuk yang lalai hatinya tidak akan
diperkenankan oleh Allah SWT lantaran keadaan hatinya yang lalai dari Allah SWT
itu.
243. Hukum Mandi Berbogel
Soalan:
Assalamualaikum, apakah hukumnya mandi tidak bertutup (berbogel) di
dalam bilik yang bertutup?
Jawapan:
Seseorang yang mandi telanjang di dalam bilik mandi di rumahnya apalagi jika
mandi tersebut adalah mandi wajib hukumnya adalah makruh. Ini berdasarkan
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud yang menjelaskan Allah SWT itu suka
kepada sifat malu, kerana itu apabila salah seorang dari umat Islam mandi,
hendaklah ia menutup aurat. Hadis ini menjelaskan aurat kita walaupun di saat
keseorangan dituntut supaya kita menutupnya, kerana di waktu itu yang layak
kita malu ialah kepada Allah SWT semata-mata. Inilah sunnah Rasulullah SAW
yang paling baik untuk kita mengikutinya.

244. Cara Mandi Wajib


Soalan:
Bagaimanakah cara mandi wajib yang sebaiknya, maksud saya adakah
dengan meratakan air terlebih dahulu? Dan bolehkah kita mandi wajib
dengan air yang ditakung di dalam kolah yang tidak cukup 2 kolah, tetapi
dalam masa yang sama air paip dibenarkan mengalir terus ke dalamnya?
Jawapan:
Cara mandi wajib yang paling baik ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh
Imam At-Tirmidhi.

1. Membaca basmalah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar

2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.

3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.

4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. jangan dibasuh dahulu


kaki. Ia akan dibasuh selepas mandi nanti..

5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.

6. Membasuih kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali


cebokan air.

7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas
sampai ke bawah.

8 Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.

9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-
lain supaya terkena air.

10. Membasuh kaki.

Boleh mandi junub dari bekas yang tidak sampai 2 kolah dengan syarat
hendaklah menggunakan cebok kemudian menjiruskan ke seluruh badan, bukan
dengan cara berendam di dalamnya. Pastikan air yang digunakan untuk menjirus
badan itu tidak terpercik masuk ke dalam bekas yang tidak sampai 2 kolah itu.
Menurut riwayat At-Tirmidhi dalam sahihnya Rasulullah SAW mandi junub dengan
hanya satu gantang air sahaja. Satu gantang air masih belum sampai 2 kolah.
Baginda tidak berendam di dalam belas yang baginda SAW ambil air darinya itu.

245. Mengganti Puasa yang Ditinggalkan


Soalan:
Tuan, saya banyak meninggalkan puasa semasa remaja, bagaimanakah
caranya saya hendak menggantinya, dan bolehkah tuan terangkan
tentang fidyah dan bagaimana caranya?

Jawapan:
Puasa adalah rukun Islam yang keempat. Sesiapa yang meninggalkanya
dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran bererti telah melakukan dosa besar di
sisi Allah SWT. Walaupun ia berdosa di sisi Allah namun tugas mengqadakkan
semula puasa yang ditinggalkannya hendaklah dilakukan. Begitu juga dengan
pembayaran fidyah.Dalam kes ini jika seseorang itu banyak meninggalkan puasa.
Tidak diketahui dengan tepat sudah beberapa tahun ditinggalkannya, ia
hendaklah menyediakan cadangan sebagai mengambil langkah berjaga-jaga.

Umpamanya ia meninggalkan puasa selama 10 tahun. Hendaklah ia


mengqada'kan ke semua puasa yang ditinggalkannya itu, di samping membayar
fidyah berupa secupak makanan untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan itu.
Fidyah tidak boleh dibayar selagi ia tidak mengqada'kan puasanya terlebih
dahulu. Bagi Imam An-Nawawi dalam Syarh Muhadhdhab orang yang
meninggalkan puasa ini hendaklah mengqada'kan puasanya dengan segera dan
qada' ini boleh dilakukan secara berturut-turut ataupun secara berselangan hari

246. Darah Selepas Bersalin


Soalan:
Apakah hukum orang perempuan yang mengerjakan ibadah solat dan
puasa sekiranya masih ada lagi darah yang keluar dari saluran
peranakannya selepas 4 bulan waktu bersalin. Apakah nama darah
tersebut?

Jawapan:
Darah yang keluar bersama anak yang dilahirkan dinamakan sebagai darah
Nifas. Para ulamak menggariskan, paling lama darah ini keluar ialah 60 hari. Jika
keluar lagi selepas itu ia tidak lagi dinamakan sebagai darah nifas sebaliknya
dinamakan darah Istihadah. Dalam kes ini selepas 4 bulan bersalin masih lagi
keluar darah dari alat kelamin yang terlibat. Darah ini jelas bukan darah nifas lagi
sebaliknya ia termasuk ke dalam katogari darah Istihadah. Yang terlibat
hendaklah menunaikan solat seperti biasa. Apabila masuk waktu sahaja,
hendaklah segera membasuh alat kelaminnya, kemudian menyumbatnya dengan
kapas atau tuala pelekat, setelah terus berwuduk dan segera menunaikan solat.
247. Niat dan Lafaz di dalam Solat
Soalan:
Ketika mana niat dan lafaz perlu diucap semasa solat?

Jawapan:
Niat adalah rukun dalam solat. Tanpanya solat tidak sah. Dalam Madhhab Asy-
Syafi'i niat dihadirkan di dalam hati pada masa seseorang bertakbirratul Ihram di
antara huruf Alif pada "ALLAH dan huruf Ra' pada "AKBAR" . Jika niat hadir di
bahagian di antara dua huruf ini, bermakna yang terlibat sudah menghadirkan
niatnya di dalam solatnya itu dan seterusnya sahlah solatnya. Berhubung dengan
lafaz niat yang diucapkan oleh orang-orang yang bermadhhab Asy-Syafi'i di ngara
kita hari ini, biasanya ia dilakukan sebelum takbiratul Ihram bermula bagi tujuan
memudahkan kehadiran niat itu sendiri di dalam hati.

Bagaimanapun Imam An-Nawawi dari kalangan ulamak madhhab Asy-Syafi'i


menafikan imam Asy-Syafi'i ada berlafaz niat sebelum bertakbiratul Ihram di
dalam kitabnya Syarah Muhadhdhab, bahkan beliau menganggap anggapan
sesetengah orang tentang keperluan berlafaz niat sebelum takbiratul Ihram
adalah satu kesilapan terhadap ucapan Imam Asy-Syafi'i sendiri. Apa yang perlu
dibuat ialah kita dikehendaki mempelajari lafaz niat, tetapi apabila ketika
menunaikan solat, terus sahaja kita meniatkannya di dalam hati semasa
takbiratulihram mengikut jenis solat yang kita kehendaki, fardu atau sunat, tunai
atau qada', dan berapa rakaat solat yang ditunaikan itu.

248. Hukum Tahhiyyat Awal


Soalan:
Hukum Tahhiyyat Awal, adakah ianya salah satu perkara yang wajib
ketika menunaikan solat?

Jawapan:
Tasyahud pertama dalam solat bukanlah rukun solat itu sendiri sebaliknya ia
termasuk ke dalam sunat Ab'ad yang mana jika seseorang tertinggal
melakukannya akan menyebabkan orang yang, meninggalkannya dikehendaki
menampung kekurangan ini dengan sujud sahwi di akhir solatnya. Bagaimanapun
ini tidaklah bermakna ia boleh ditinggalkan sewenang-wenangnya kemudian di
tampung dengan sujud sahwi. Kalau begitulah tujuan, sudah pasti akan
merosakkan solatnya.

249. Mandi Wajib Kerana Bermimpi


Soalan:
Bagaimanakah yang dikatakan kita harus mandi wajib setelah bermimpi
bertemu dengan yang bukannya muhrim kita?
Jawapan:
Bentuk mimpi yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib ialah mimpi
melakukan persetubuhan yang menyebabkan seseorang itu keluar mani, di mana
kesan keluar mani itu jelas kelihatan pada kain atau apa sahaja yang dipakainya
sewaktu tidur. Air ini pula keluar secara memancut, baunya seperti bahagian
yang berwarna putih pada telur ayam yang sudah direbus, keluarnya
menyebabkan rasa sengal-sengal pada bahagian lutut dan disertai dengan rasa
lazat. Jika ada tanda- tanda ini, jelaslah ia adalah sifat-sifat air mani lelaki.
Begitulah yang disebut di dalam Kitab As-Siraj Al-Wahhaj karangan Syeikh Al-
Ghamrawi salah seorang ulamak madhhab Syafi'i.

Ini bermakna jika seseorang bermimpi melakukan persetubuhan dengan


seseorang perempuan tetapi apabila bangun dari tidurnya tidak didapati sebarang
kesan air mani pada pakanian yang dipakainya semasa tidur, tidak wajib ke
atasnya mandi junub. Berbeza jika seseorang itu bangun dari tidur tiba-tiba di
dapati kesan air mani pada pakaian yang dipakainya, padahal pada malamnya ia
tidak bermimpi dan kebetulan tidak ada orang lain di dalam biliknya itu selain ia
seorang saja yang tidur di situ, maka air mani itu adalah kepunyaannya, kerana
masa tidur adalah masa seseorang tidak sedarkan diri dan tidak menyedari apa
yang berlaku ke atas dirinya. Sehubungan dengan itu ia dikehendaki mandi
junub.

250. Hukum Mendengar Muzik dengan Tujuan Belajar


Soalan:
Apa pendapat ustaz berkenaan mendengar muzik barat dengan
bertujuan mahu belajar, khususnya dalam bahasa inggeris? Muzik itu
hanya didengar pada waktu-waktu tertentu dan liriknya agak baik iaitu
tidak mengaitkan soal cinta dan seks semata-mata?

Jawapan:
Mempelajari bahasa asing adalah digalakkan di dalam Islam. Rasulullah SAW
menggalakkan para sahabatnya mempelajari bahasa asing. Dikalangan sahabat
baginda ada yang dapat menguasai bahasa Habsyah, ada yang dapat menguasai
bahasa Rom dan ada juga yang dapat menguasai bahas Farsi. Baginda
memerintahkan Zaid bin Thabit mempelajari bahasa Yahudi untuk mengelakkan
umat Islam dari ditipu oleh bangsa Yahudi.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: Pelajarilah bahasa asing,


kerana dengan mempelajarinya seseorang itu dapat mengelakkan diri dari tipu
daya bangsa asing. Ini termasuklah mempelajari bahasa Inggeris, Jepun, Korea,
German, Perancis dan lain-lain di zaman moden ini. Jika pada kaset pelajaran
bahasa Inggeris itu ada lagu-lagu yang tidak berunsurkan seks dan dipasang
pada masa-masa tertentu sahaja serta untuk kepentingan bahasa yang dipelajari
itu, tidaklah menjadi masalah menggunakan kaset seperti ini, namun sikap
berhati-hati perlu diambil supaya tumpuannya hendaklah ditumpukan kepada
bahasa yang dipelajari bukannya kepada muzik yang ada padanya. Mencari kaset
bahasa inggeris yang tidak disertai oleh lagu-lagu ini adalah lebih baik.

251. Tanggungjawab Pelajar dalam Kegawatan


Ekonomi
Soalan:
Apakah tindakan yang harus dilakukan oleh pelajar untuk membantu
masalah kemelesetan mata wang yang melanda negara kita?
Jawapan:
Soalan yang dikemukakan ini adalah satu soalan yang baik dan menunjukkan
saudara adalah seorang penuntut yang prihatin dengan keadaan ekonomi yang
menimpa negara sekarang ini. Sebenarnya dari sudut pandangan Islam ada
beberapa cara yang boleh digunakan oleh saudara bagi membantu pihak
berkuasa mengatasi masalah kegawatan ekonomi sekarang berdasarkan
kemampuan yang ada pada saudara iaitu:

1. Menunaikan solat hajat setiap malam jumaat mudah-mudahan Allah SWT


bersihkan negara ini dari mala petaka kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.

2. Dalam menggunakan barangan harian saudara hendaklah menggunakan


barangan tempatan dan membelinya sekadar keperluan sahaja. Bukan untuk
tujuan bermewah mewah.

3. Jika saudara berhasrat untuk menyambung pelajaran sambunglah di institusi


pengajian tinggi tempatan bagi mengelakkan pengaliran wang negara ke luar.

4. Galakkan orang lain seperti kawan-kawan terdekat dan kaum keluarga supaya
sentiasa berjimat cermat dan hindarkan dari membazir.

5. Jika saudara mempunyai idea yang bernas saudara boleh mengemukakannya


kepada pihak berkuasa sebagai melaksanakan tugas nasihat dalam Islam atau
saudara boleh menulis di dalam akhbar ataupun di dalam majalah-majalah.

6. Saudara sendiri hendaklah memainkan peranan menggalakkan sahabat handai


dan kaum keluarga terdekat supaya menjauhkan diri dari terlibat dengan
berbagai aktiviti kemaksiatan dan juga kemungkaran, kerana salah satu sebab
kejatuhan ekonomi sesuatu bangsa ialah akibat aktiviti kemaksiatan yang
dilakukan oleh penduduk negara berkenaan
sendiri. Selain itu saudara hendaklah memperbanyakkan taubat kepada Allah
begitu juga dengan sanak saudara dan sahabat yang lain.

252. Kesan dari Sebulan Ramadhan


Soalan:
Bagaimanakah kita hendak memastikan puasa sebulan Ramadhan benar-
benar memberikan kesan kepada diri?

Jawapan:
Tujuan ibadat puasa disyariatkan ialah untuk melahirkan mukmin yang
bertakwa kepada Allah SWT. Puasa juga merupakan ibadat yang telah difardukan
oleh Allah kepada umat-umat terdahulu berdasarkan teknik yang sesuai dengan
masyarakat pada masa itu. Puasa yang paling berkesan ialah puasa yang
mengikut segala tatacara yang telah
digariskan oleh para ulamak Islam. Antaranya:

1. Menahan diri dari makan dan minum di siang hari sepanjang bulan Ramadan.

2. Menjauhkan diri dari bercumbuan-cumbuan dengan isteri di siang hari pada


bulan Ramadan.

3. Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam secara berjemaah.

4. Menjaga mulut dari mengumnpat, memaki hamun, mengata orang, menuduh


yang bukan- bukan, bercakap perkara yang sia-sia.dan lain-lain.

5. Memperbanyakkan bacaan Al-Qur;an dan berzikir kepada Allah.


6. Menjaga telinga supaya tidak mendengar kata-kata umpatan, nista, tuduhan
palsu, kata-kata yang meransangkan seks dan lain-lain.

7. Menjaga mata dari melihat perempuan yang halal berkahwin dengannya dan
dari menonton filem-filem yang tidak senonoh di dalam TV.

8. Menjaga tangan dari memegang sesuatu yang haram seperti memegang bahu
perempuan, gambar lucah dan lain-lain.

9. Menjaga kaki supaya tidak bergerak ke tempat-tempat maksiat, kerana kaki


akan disoal nanti tentang kerja yang dilakukannya sepanjang hidup di dunia.

10. Menjaga perut dari makanan yang berlebihan walaupun halal dan
mengelakkan dari makanan yang haram dan dari pendapatan yang tidak bersih.

11. Menjaga alat kelamin supaya tidak menggunakannya kepada sesuatu yang
diharamkan oleh syariat seperti melakukan onani dan lain-lain kecuali kepada
isteri sahaja pada malam hari bulan Ramadan.

12. Membulatkan hati hanya kepada Allah dan hanya mengharapkan keredaan
Allah semata-mata.

Inilah di antara cara yang paling berkesan untuk menjadikan puasa yang
sedang kita lakukan itu berkesan dan diterima Allah. Dengan lain perkataan
puasa yang berkesan itu ialah puasa yang bukan sekadar melepaskan batuk di
tangga sahaja, sebaliknya memerlukan kepada pengiltizaman terhadap syarat-
syarat, adab-adab dan rukun-rukun yang telah digariskan oleh syariat Islam
sepenuhnya.

253. Makna 'Muhrim'


Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan MUHRIM?

Jawapan:
Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang
melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa
perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak
didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti
adik kita, emak mertua kita dan lain-lain. Ramai orang silap memahami
penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka
mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim. Dengan
penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa
itu mahram.

254. Bersentuhan dengan Mak Mertua dan Ipar


Soalan:
Adakah batal air sembahyang jika menantu lelaki bersentuhan dengan
mak mertua dan adik ipar perempuannya?
Jawapan:
Air wuduk seseorang akan batal apabila ia bersentuhan dengan adik iparnya,
kerana ia halal berkahwin dengan adik iparnya itu. Pengharaman berkahwin
dengan adik iparnya itu sekadar untuk sementara sahaja, iaitu selagi mana ia
masih berkahwin dengan kakak kepada adik iparnya itu. Jika sudah berlaku
perceraian atau kematian kepada kakak terlibat, di kala itu halal kepada suami
terlibat berkahwin dengannya. Justeru itu kedudukan air wuduknya adalah batal
apabila berlaku persentuhan dengannya. Bagaimanapun bersalaman dengan ibu
mertua tidak membatalkan air wuduk kerana ibu mertua haram dikahwini oleh
menantunya.

255. Menghindar Gangguan Syaitan di dalam Tidur


Soalan:
Apabila tidur diwaktu malam saya terasa seperti ditindih sesuatu. Benda
itu seperti hantu. Adakah betul hantu boleh mengacau manusia semasa
tidur dan bagaimana cara untuk menghindarinya?

Jawapan:
Istilah hantu adalah merupakan istilah yang hanya digunakan oleh masyarakat
Melayu sahaja.Dalam bahasa Arab tidak ada istilah hantu. Yang ada ialah istilah
syaitan atau jin kafir. Pada asasnya hantu atau syaitan tidak boleh pengapakan
manusia kecuali jika ia diizinkan oleh Allah SWT. Di kala itu berlaku hasutannya
kepada sesiapa yang menjadi mangsanya.

Cara untuk mengelakkan diri dari gangguan hantu ini khasnya semasa tidur
ialah dengan mengamalkan amalan yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada
Aisyah RA iaitu dengan membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali, Surah Al-Falaq
3 kali, dan surah An-Nas sebanyak 3 kali dan kemudian menyapunya ke seluruh
badan kecuali kawasan qubul dan dubur. Sebelum tidur hendaklah memgambil
wuduk terlebih dahulu. Tidur pula hendaklah mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Jika gangguan itu datang setelah seseorang itu tidur kemudian ia terjaga,
hendaklah ia meludahkan sebanyak 3 kali ke sebelah kirinya sambil membaca:
"Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam".

256. Waktu Mula Dibolehkan Solat Qasar


Soalan:
Bilakah waktunya melakukan solat qasar, adakah setelah perjalanan
sejauh dua marhalah? Bolehkah diqasarkan solat sebelum perjalanan
bermula?

Jawapan:
Waktu dibolehkan kepada seseorang yang ingin bermusafir mengqasarkan
solatnya ialah setelah keluar dari kawasan kampungnya. Setelah melepasi
bangunan terakhir di kampungnya, di situ barulah ia dibolehkan mengqasarkan
solatnya. Inilah pendapat majoriti ulamak Islam termasuk imam Asy-Syafii.
Pendapat yang mengatakan boleh mengqasarkan solat di rumah sebaik sahaja
seseorang itu berniat hendak musafir adalah pendapat yang dikemukakan oleh
imam Ata'.
Walaubagaimanapun pendapat imam Ata' ini sangat lemah dan ditolak oleh
majoriti ulamak. Dengan ini dapatlah disimpulkan menurut majoriti ulamak masa
yang dibolehkan mengqasarkan solat ialah selepas seseorang itu keluar dari
kampung halamannya dengan melepasi bangunan terakhir di kampungnya itu.

257. Tuntutan Bersedekah


Soalan:
Sebagaimana yang kita ketahui amalan bersedekah adalah dituntut di
dalam Islam. Apakah hukumnya? dan boleh tak Ustaz perjelaskan
kenyataan "Amalan bersedekah dapat mengeratkan perpaduan ummah".

Jawapan:
Hukum bersedekah dalam Islam adalah sunat sahaja. Walaupun begitu
fadhilatnya sangat besar. Kerana itu tidak hairanlah Rasulullah SAW sangat-
sangat menggalakkan umatnya supaya rajin bersedekah dan baginda sendiri
sangat kuat bersedekah. Amalan bersedakah ini dapat menjadi amalan yang
bermanfaat kepada tuannya setelah ia meninggal dunia nanti.

Bagaimanpun jika seseorang itu bernazar hendak melakukan sedekah kepada


seseorang, maka wajib kepadanya melunaskan sedekahnya itu kepada individu
yang dimaksudkan. Maksud sedekah dapat menguatkan perpaduan ummah ialah:

1. Dengan bersedekah akan menghilangkan rasa kurang senang golongan yang


miskin terhadap golongan yang berharta dan kaya.

2. Bersedekah akan menimbulkan rasa kasih sayng sesama masyarakat Islam


baik yang kaya mahupun yang miskin. Sifat dengki akan hilang.

3. Bersedekah akan mendatangkan keberkatan. Apabila datang keberkatan dan


hilanglah kecelakaan.

4. Bersedekah dapat menghilangkan kesusahan yang dialami oleh orang-orang


yang kesempitan. Ini ,menggambarkan wujudnya sifat saling membantu antara
satu sama lain dalam masyarakat.

Keempat-empat faktor yang kita bincangkan ini menjadi faktor utama ke arah
kekuatan perpaduan antara sesama masyarakat Islam. Apabila wujud perpaduan
di peringkat masyarakat, ia akan membawa kepada perpaduan di
peringkat negara, dari peringkat ini ia akan bergerak ke peringkat ummah
seluruhnya. Inilah yang dimaksudkan bersedekah menguatkan perpaduan
ummah.

258. Maksud Nama Anidawati


Soalan:
Saya mempunyai seorang kawan bernama Anidawati. Dia selalu risau
kerana tidak mengetahui maksud namanya yang sebenar, dia takut
kalau-kalau ianya membawa maksud yang tidak elok. Ada setengah
pendapat mengatakan nama wati adalah tidak elok. Kenapa? Harap
dapat jelaskan?
Jawapan:
Dalam Islam ibubapa dikehendaki memberikan nama yang baik kepada
anaknya, di mana dengan nama itulah anak itu akan dipanggil oleh Allah SWT di
padang mahsyar kelak. Nama Anidawati yang terdapat dalam soalan di atas
memang diakui mempunyai makna yang kurang elok. Anida bermaksud seorang
yang suka menentang kebenaran,. Ini jika ditulis dengan huruf Arabnya bermula
dengan huruf Ain tetapi jika ditulis dengan huruf Alif ia tidak membawa apa-apa
maksud. Wati jika ditulis huruf Ta' pada huruf T pada wati itu, ia tidak
mengandungi apa-apa maksud, tetapi jika huruf T tersebut ditulis dengan huruf
To" dalam huruf arabnya, maka ia membawa maksud orang yang suka
bersetubuh atau melakukan hubungan seks.

259. Kedudukan Dalam Jemaah


Soalan:
Bagaimanakah kedudukan/jarak imam dan makmum dalam sembahyang
berjemaah:
i) suami/isteri
ii) sesama perempuan
Zainal, KL
Jawapan:
Jarak antara imam dengan makmum dalam solat berjemaah adalah
sebagaimana yang diamalkan oleh masayarakat kita sekarang. Itulah yang
terbaiknya. Ulamak syafii menjelaskan jika imam berada di atas menara masjid
manakala makmum pula berada dalam msjid solat tetap sah kerana keduanya
masih berada dalam bangunan yang sama. Jika imam berada di dalam masjid,
manakala makmum berada di luar masjid maka jarang antara imam dengan
makmum jangan melebihi dari 300 hasta.

Jika makmum menunaikan solatnya lebih dari jarak ini, maka hukum solatnya
tidak sah. Jika imam menunaikan solat jamaah dengan hanya seorang makmum,
maka makmum hendaklah berdiri disebelah kanan imam kebelakang sedikit. iaitu
jarak antara tumit imam dengan hujung jari kaki makmum ialah sekadar satu
jengkal sahaja. Demikian yang disebut di dalam kitab syarah Muhadhdhab oleh
imam An-Nawawi.
i) Suami/isteri
Apabila suami menjadi imam manakal isterinya menjadi makmum, maka jarak
antara imam dengan makmum dalam kes ini adalah seperti yang biasa kita lihat
sekarang, cuma isteri hendaklah berdiri di sebelah kiri suaminya. Itu sahaja.

ii) Sesama perempuan


Jarak imam dengan makmum dalam solat jamaah yang diimami oleh orang
perempuan. sesetengahnya berpendapat imam perempuan berada dihadapan
sedikit dari makmum, tetapi yang afdalnya menurut imam An-Nawawi di dalam
Syarah Muhaddhabnya, imam perempuan hendaklah berdiri di tengah-tengah saf
yang pertama, kemudian jarak antara saf demi saf adalah sebagaimana yang
biasa kita lihat sekarang.

260. Tempoh Kedatangan Haid


Soalan:
Saya ingin bertanya soalan mengenai haid. Sekiranya seseorang telah
uzur, kemudian pada hari yang ke 7 dia telah suci. Setelah berlalu 3 hari
suci, pada hari yang ke 10 terdapat tanda-tanda yang seakan-akan darah
haid (berwarna perang). Walhal pada 3 hari suci itu dia telah beerpuasa.
Soalannya bagaimana keadaannya pada waktu itu. Dan sekiranya ia
didapati darah istihadah adakah perlu bersuci semula?

Jawapan:
Sebagaimana yang diketahui dalam madhhab Asy-syafi'i tempoh haid yang
paling kurang bagi seseorang wanita ialah sehari semalam, paling sederhana
ialah tujuh hari tujuh malam dan yang paling lama ialah lima belas lima belas
malam. Dalam kes di atas seorang perempuan didatangi haid selama tujuh hari
setelah itu ia suci 3 hari. Dalam tempoh suci tiga hari ini ia mengambil
kesempatan untuk berpuasa. Setelah itu pada hari kesepuluh terdapat tanda-
tanda haidnya datang kembali.

Bagi menyelsaikan kes ini jika tempoh tanda-tanda datang haid selepas itu berlalu
dalam jumlah hari yang jika dicampurkan dengan tempoh tujuh hari pertama haid
masih belum cukup tempoh haid yang paling panjang
maka hukumnya tanda-tanda kedatangan yang kedua ini dikira sebagai sebagai haid
juga. Ini bermakna puasa yang dilakukan oleh individu terlibat tidak sah kerana
tempoh itu bukanlah tempoh suci dalam ertikata yang sebenarnya.Ia dikehendaki
menggantikannya pada hari-hari lain.

261. Dilema Jodoh Setelah Istikharah


Soalan:
Saya mempunyai kenalan dan pada saya kenalan ini amat sesuai daripada
ciri-ciri yang 4 sebagaimana yang telah kita ketahui. Saya telah melakukan
sembahyang istikharah selama 7 hari berturut-turut dan Alhamdulillah saya
telah di berikan petunjuk. Persoalannya kami telah bersemuka dan
menyatakan luahan hati masing-masing dan saya dapati beliau telah
mempunyai pilihan hati sendiri. Selepas itu saya telah bertemu dengan
seorang insan yang juga memenuhi ciri-ciri tersebut. Hubungan kami setakat
ini. Alhamdulillah walaupun belum membicarakan soal berumah tangga,
dilema yang melanda pada masa ini ialah saya teringat tentang petunjuk
yang lalu. Bagaimana Ustaz?
Zahariah, Bangi
Jawapan:
Dalam kes ini adalah suka disarankan kepada yang terlibat supaya jangan berputus
asa. Tidak semestinya kita gagal buat kali pertama bererti kita juga akan turut gagal
buat kali kedua. Jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Saudari hendaklah mengadakan
solat hajat memohon supaya Allah SWT mengurniakan suami yang salih kepada
saudari. Setelah mengadakan solat hajat beberapa kali, bolehlah saudari menyatakan
perasan saudari itu kepada jejaka idaman saudari itu tadi.

Jika jawapannya negatif saudari hendaklah reda dengan kehendak Allah dan jangan
sekali-kali berputus asa. Jika jawapannya positif hendaklah bersyukur kepada Allah.
namun untuk berputus asa jangan sekali. Dalam Al-Quran orang yang berputus asa
hanya ditujukan kepada orang yang zalim dan kafir sahaja. Jangan saudari letakkan
diri saudari di status ini. bagaimanapun saudari diingatkan supaya beriltizam denagan
adab-adab Islam ketika pertemuan diadakan dengan membawa mahram bersama
saudari jika tidak yang ketiganya adalah syaitan

.
262. Bohong Secara Terpaksa
Soalan:
Apakah hukumnya sekiranya kita berbohong secara terpaksa (tiada pilihan
lain)?

Izzat, Dungun
Jawapan:
Hukum asal bagi berbohong adalah haram kerana ia mengandungi bahaya yang
akan menimpa ke atas orang yang dusta itu ataupun ke atas orang lain. Dalam Al-
Quran menjelaskan Allah SWT menyediakan balasan neraka kepada orang-orang yang
berdusta.Tetapi kadang-kadang berbohong mendatangkan maslahah. Di kala itu
berbohong diharuskan.

Begitu juga berbohong kadang-kadang boleh menjadi wajib seperti jika seseorang
bercakap benar akan mendatangkan bahaya kepada nyawa orang yang tidak berdosa
akibat perbuatan orang yang zalim yang mahu membunuhnya. Berbohong juga
menjadi harus untuk menghalang dari tercetusnya peperangan atau untuk
mendamaikan dua orang yang bersengketa atau untuk melunakkan hati orang yang
teraniaya atau untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri yang bersengketa.

Dalam situasi ini diharuskan berbohong, tetapi hendaklah mengikut sekadar yang
perlu sahaja dan tidak melampaui batas atau berlebihan. Ada banyak hadis yang
membuktikan bolehnya berdusta kerana maslahah-maslahah yang dinyatakan di atas.
Thawban pernah berkata: Berdusta itu semuanya haram kecuali yang mendatangkan
manfaat bagi seseorang muslim atau boleh menolak sesuatu mudarat daripadanya.
Begitulah yang dijelaskan di dalam kitab Maw'izah Al-Mukminin oleh Imam Al-Ghazali.

263. Hukum Bermain Alat Muzik Bertali


Soalan:
Apakah hukumnya seseorang Islam bermain benda bertali seperti gitar?

Tamimi, Batu Caves


Jawapan:
Bermain alat muzik bertali seperti gitar dan lain-lain adalah haram. Ini merupakan
pendapat yang telah disepakati oleh madhhab empat. Sesiapa yang berterusan
bermain dengan alat-alat muzik tersebut, dianggap fasik dan tidak boleh diterima
penyaksiannya di Mahkamah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Al-
Bukhari menjelaskan akan timbul satu golongan dari umat Muhammad yang akan
menghalalkan arak, khinzir, sutera dan alat-alat muzik.

Dalam Surah Luqman ayat 6 Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan di antara
manusia ada yang suka menggunakan hartanya untuk membeli "LAHWA AL-HADIS"
untuk menyesatkan orang ramai dari agama Allah". Lahwa Al-Hadis yang disebutkan
di dalam ayat ini ialah alat-alat muzik dan hiburan yang melalaikan. Inilah yang
dinyatakan oleh Mujahid, Hassan, dan Ibn Umar. Alat muzik yang bertali seperti gitar
dan lain-lain samada fesyen lama mahupun yang baru adalah haram bermain
dengannya dalam apa jua keadaannya.

1. Samada alat muzik itu mengeluarkan alunan yang rancak atau berirama perlahan.
2. Samada dari barat atau timur.
3. Samada pendengarnya lelaki mahupun perempuan.
4. Samada di majlis keramaian seperti perkahwinan, hari raya, waktu perang dan lain-
lain.
5. Samada disertai dengan lagu atau tidak.
6. Samada mendengar secara langung atau melalui pita rakaman.

Selain itu haram berjual beli alat muzik dan mengadakan kilang-kilang bagi
memprosesnya, meminjam, mempelajari dan mengambil upah dari mengajar bermain
muzik, membuka sekolah muzik dan membuat buku-buku panduan bermain muzik.
Kerana kesemuanya adalah jalan kearah penggunaan muzik.

264. Membaca Al-Qur'an sambil Menonton TV dan


Menghisap Rokok
Soalan:
Ustaz, apakah hukumnya seseorang itu membaca Al-Qur'an sambil
menonton, tv dan menghisap rokok?

Jawapan:
Membaca Al-Quran sambil menonton TV dan menghisap rokok adalah bertentangan
dengan adab-adab membaca Al-Quran yang telah digariskan oleh para ulamak. Di
antaranya pembaca Al-Qur'an hendaklah berada dalam keadaan khusyuk dan
berusaha memahami isi kandungan bacaannya sedaya mungkin. Kerana memahami isi
bacaan Al-Quran dan beramal dengannya adalah satu perkara yang sangat-sangat
dituntut.

Mudah-mudahan pembacanya mendapat cahaya petunjuk daripada Allah SWT.


Begitu juga dengan merokok, kerana seseorang yang hendak membaca Al-Quran
hendaklah berada dalam keadaan bersih tubuh badan termasuklah mulut dengan
bersiwak terlebih dahulu. Merokok menyebakan mulut berbau. Tambahan pula ia
boleh memudaratkan badan. Dalam sebuah hadith sahih menjelaskan tidak ada
kemudaratan dalam Islam dan tidak boleh memudaratkan orang lain. Adab-adab
membaca Al-Quran telah dijelaskan di dalam kitab Tibyan fi Ulumil Quran.

265. Hukum Bernikah dengan Besan


Soalan:
Besan dengan besan boleh tak bernikah?

Jawapan:
Besan dengan besan boleh berkahwin, kerana ia tidak termasuk ke dalam katogari
orang yang diharamkan berkahwin dengannya baik kerana pengharaman kerana
penyusuan, persemendaan mahupun pengharaman sementara. Sila rujuk buku-buku
berikut:

266. 3 Pasangan Pengantin Sekaligus


Soalan:
Dalam satu keluarga, 3 pasangan pengantin boleh tak bernikah sekaligus
dalam satu hari berturut-turut?
Jawapan:
Tiga pasangan berkahwin dalam satu hari adalah harus malah tidak ada nas yang
mengharamkan perbuatan ini, sebaliknya ia adalah satu kebaikan kerana boleh
menjimatkan kos kedua belah pihak yang terlibat apalagi dalam keadaan ekonomi
sekarang ini.

267. Doa yang tidak Ditolak


Soalan:
Doa yang bagaimanakah yang tidak akan ditolak oleh Allah?

Jawapan:
Doa orang yang tidak ditolak oleh Allah SWT ialah:
1. Imam atau pemimpin yang adil.
2. Orang yang berpuasa sehingga ia berbuka.
3. Orang yang dizalimi.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad
yang baik.

268. Melompat Turutan Wali


Soalan:
Masalah saya lebih kurang dengan soalan 148, tapi saya tidak berapa jelas
dengan jawapan yang diberi. Masalah saya semua adik beradiknya tidak
layak untuk menjadi wali. Bolehkah kita melompat dari turutan yang ustaz
bagi, iaitu mengambil yang layak sedangkan yang lain masih hidup?
Jawapan:
Boleh melompat wali daripada turutannya asal sahaja wali yang sepatutnya
mewalikan perkahwinan tidak layak berbuat demikian oleh sebab berikut:
1. Kufur.
2. Belum Baligh.
3. Gila.
4. Tidak dapat menguruskan diri sendiri kerana dungu.
5. Tidak dapat menilai baik dan buruknya sesuatu itu atau kurang akal.

Jika berlaku sebab-sebab ini bolehlah berlaku perpindahan wali walaupun wali yang
sepatutnya masih hidup.

269. Bagaimana Mengawal Nafsu


Soalan:
Assalamulaikum wbt. ustaz. Saya seorang pemuda lewat 30an yang masih
bujang, keinginan seks saya amat ketara sering kali tidak dapat
mengawalnya dan selalu saya melakukan onani, masalahnya macamana saya
boleh mengawal keinginan saya ini, saya telah cuba berpuasa masih tidak
boleh menghindarnya juga saya ingin berkahwin tetapi sukar mencari teman
hidup.

Jawapan:
Melakukan onani adalah haram di sisi majoriti ulamak, kerana memuaskan nafsu
dengan cara tersebut, adalah diharamkan oleh Allah SWT sebagaimana Allah SWT
menyebutnya di awal surah Al-Mukminun. Seorang mukimin yang waras tidak akan
melakukan perbuatan ini. Onani juga boleh memudaratkan badan. Namun begitu ada
beberapa ulasan yang dikemukakan oleh beberapa ulamak yang mengharuskan
perbuatan ini dalam keadaan darurat.

Ibn Abbas umpamanya mengatakan: Lebih baik berkahwin dengan hamba sahaya
dari melakukan onani, tetapi onani lebih baik dari melakukan perzinaan. Berdasarkan
ucapan Ibn Abbas ini Amru bin Dinar menghukumkan harus melakukan onani kepada
seseorang lelaki dalam keadaan darurat, supaya yang terlibat tidak terjerumus ke
lembah perzinaan. Pendapat ini turut di pegang oleh imam Ahmad, dan Ibn Hazm.

Bagaimanapun dalam kes di atas alasan saudara yang bertanya masih belum kukuh
untuk melakukan onani kecuali jika saudara benar-benar terdorong melakukan
perzinaan. Kerana itu saudara dinasihatkan menghiburkan diri dengan melakukan
kerja-kerja berfaedah kepada masyarakat seperti bergotong royong dan sebagainya.
Jauhkan tempat maksiat dan perempuan sundal dan para pelacur. Teruskan dengan
ibadat puasa, walaupun kesannya tidaklah seratus peratus kepada saudara, namun
sekurang-kurangnya ia dapat mengendurkan nafsu saudara. Lakukan ibadat puasa
sunat ini lengkap dengan syarat , rukun dan adab-adabnya.

Selain itu hendaklah sentiasa berdoa supaya Allah SWT menghindarkan saudara
dari termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mengikut nafsu. Elakkan berfikir
kepada perkara-perkara yang boleh membangkit ransangan seks. Begitu juga dengan
menonton filem-filem bogel dan separuh bogel. Percubaan saudara untuk berkahwin
adalah sesuatu yang baik, naumun saudara jangan berputus asa dengan sebab
saudara belum bertemu jodoh kerana putus asa itu dilarang oleh Islam. Cubalah jaga
perwatakan diri saudara agar selaras dengan perwatakan diri seorang muslim yang
sejati. Banyakkan baca Al-Qur'an, berzikir dan solat Duha di samoping menaruh
kepercayaan sepenuhnya kepada Allah SWT.

270. Kewajipan Solat Jumaat kepada Banduan


Soalan:
Apakah wajib orang-orang banduan di dalam penjara menunaikan solat
jumaat. Sedangkan kesempatan dan tempat telah tersedia. Bagaimana pula
pendapat Majlis Fatwa didalam hal ini?

Jawapan:
Solat jumaat hukumnya adalah fardu ain. Ia diwajibkan ke atas setiap orang islam
yang sudah cukup syarat-syaratnya. Firman Allah dalam surah Al-Jumuah yang
bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman jika kamu diseru untuk menunaikan
soat jumaat hendaklah kamu segera menunaikannya dan tinggalkanlah urusan jual
beli". Ayat ini dengan jelas mewajibkan setiap umat Islam menunaikan solat jumaat.

Solat jumaat biasanya ditunaikan di masjid jamik atau surau yang diisytiharkan
oleh pihak berkuasa boleh digunakan untuk solat jumaat. Berhubung solat jumaat di
dalam penjara. jika di dalamnya ada kemudahan untuk menunaikannya dan tidak
memudaratkan urusan pengawalan para banduan, manakala pihak berkuasa agama
pula membenarkan pelaksanaan solat tersebut di dalam penjara, maka hukumnya
wajib dilaksanakan di dalam penjara tersebut. Orang yang meninggalkannya dianggap
berdosa.

271. Menegur Ayah yang tidak Solat


Soalan:
Bagaimanakah cara yang terbaik untuk kita menegur bapa agar
mengerjakan sembahyang?
Jawapan:
Adalah menjadi kewajipan setiap mukmin apabila mendapati saudaranya tidak
menunaikan solat menegurnya. Jika ia dapati keadaan ini masih berterusan
hendaklah ia melapurkan kepada pihak yang berkuasa supaya pihak berkuasa
dapat menasihatinya atau memgambil apa-apa tindakan yang sewajarnya
terhadap kelaliannya mengerjakan perintah Allah. Dalam sebuah hadis sahih
jelas menyuruh seseorang itu mencegah kemungkaran apabila ia melihatnya
samada dengan tangannya jika ia mampu atau jika tidak mampu dengan
lidahnya dan jika tidak mampu juga hendaklah dengan hati, dan itu adalah
selemah-lemah iman.

Orang yang ditegur sebenarnya terdiri dari berbagai golongan, kerana itu
proses peneguran ini hendaklah dilakukan secara hikmah dan penuh dengan
kebijaksanaan. Untuk menegur seorang ayah yang tidak menunaikan solat
memerlukan banyak kesabaran. Caranya juga boleh dilakukan dengan
menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan ayahnya, di mana apabila
tiba waktu solat, ajaklah ayah anda turut bersolat bersama anda.

Ceritalah kepadanya tentang kelebihan solat dan bahaya orang yang


meninggalkkan solat. Berhubunglah dengan orang-orang lain yang boleh
menasihati ayah anda seperti ustaz-ustaz yang tinggal berhampiran,dengan
rumah anda dan orang-orang tua yang dihormati di kampung anda. Selain itu
anda juga boleh membeli kain pelikat, baju melayu, kopiah, dan lain-lain
peralatan solat untuk menyedarkannya tentang keperluan solat. Akhir sekali
hendaklah anda sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya membuka hatinya ke
arah petunjuk dan jalan yang lurus.

272. Syarat dan Bacaan Penyembelihan


Soalan:
Saya ingin bertanya berkaitan dengan penyembelihan
1) Syarat-syarat sah sembelihan.
2) Sembelihan kaum wanita.
3) Bacaan ketika sembelihan.

Jawapan:
Syarat-syarat sah sembelihan telah disebutkan di dalam surah Al-Ma'idah iaitu
hendaklah pihak yang menyembelih itu orang Islam ataupun ahli kitab.
Sembelihan orang kafir dan murtad tidak sah dan tidak boleh dimakan. Alat
sembelihan pula hendaklah tajam. Tidak boleh menggunakan kuku dan tulang
binatang. Seterusnya urat halkum dan merikh binatang yang disembelih
hendaklah dipastikan putus.

Berhubung sembelihan yang dilakukan oleh seseorang wanita hukumnya


adalah sah. Begitu juga dengan sembelihan kanak-kanak yang sudahpun berakal,
malah wanita yang sedang haid sah sembelihannya sebagaimana yang disebut di
dalam kitab kifayatul Akhyar. Tidak ada bacaan khusus ketika menyembelih
selain dari mengucapkan bismillah hirahmanir rahim atau menyebut Bismillah
Allahu akbar. Sesudah sembelih mohonlah supaya Allah menganugerahkan
kepadanya rezeki yang baik dan halal.

273. Meninggalkan Bacaan Surah dalam Solat


Soalan:
Bolehkah saya hanya membaca Al-Fatihah sahaja tanpa membaca surah-
surah lain sewaktu menunaikan sembahyang?

Jawapan:
Membaca surah Al-Fatihah sahaja di dalam solat tanpa membaca surah
selepas itu, tidaklah membatalkan solat, sebaliknya solat tetap sah.
Bagaimanapun jika anda menjadi imam elok dibaca surah selepas membaca
surah Al-Fatihah kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW yang membaca surah
selepas membaca surah Al-Fatihah. jika anda menjadi makmum pula setelah
membaca surah Al-Fatihah tidak perlu lagi anda membaca surah sebaliknya
hendaklah anda menumpukan diri kepada bacaan imam.

274. Pernikahan Rahsia di Thailand


Soalan:
Saya telah bernikah di Siam secara senyap-senyap untuk mengelakkan
dosa maksiat.
Apa hukumnya setelah bernikah di Siam, kemudian saya bernikah sekali
lagi di Malaysia?
Dan kalau ada orang bertanya sudah kahwin ataupun belum, saya jawab
belum bagi menutup rahsia, bagaimana?
Jawapan:
Akad nikah sah apabila cukup dengan syarat-syaratnya yang telah digariskan
oleh para ulamak iaitu mesti ada calon suami, calon isteri, wali, saksi dan ijab
dan kabul. Sehubungan dengan itu akad nikah walaupun di negara mana
sekalipun diadakan termasuk di negara jiran Thailand adalah sah jika mencukupi
syarat-syarat dan rukunnya. Cuma yang sering menjadi persoalan ialah adakah
akad nikah itu benar-benar dilakukan dengan imam-imam yang bertauliah dan
diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Biasanya kerajaan Malaysia hanya mengiktiraf imam-imam yang benar-benar


layak sahaja. Ini bermakna akad nikah yang dijalankan oleh imam-imam yang
tidak bertauliah tidak sah. Soalnya sekarang kenapa harus berkahwin di Thailand
tidak di negara sendiri. Jika alasan yang diberikan ialah kerana wali perempuan
tidak mengizinkan akad nikah itu, sedangkan kedua pasangan sudah sekufu
maka kes seumpama ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah, kerana ia
termasuk dalam kes wali enggan mewalikan perkahwinan. Pihak berkuasa agama
di negara kita mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan perkara ini.
Kerana itu kenapa semestinya bernikah di negara jiran.

Akad nikah yang dilangsungkan sekali lagi kerana memenuhi keperluan


undang-undang pendaftaran nikah kahwin di Malaysia tidaklah membatalkan
perkahwinan yang pertama. Bagaimanapun perkara ini amat tidak elok dilakukan,
kerana menampakkan soal nikah kahwin yang begitu besar urusannya itu seolah-
olah menjadi bahan permainan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.
Mengadakan akad nikah sekali lagi kerana urusan pendaftaran tidak menjadi
masalah.

Jika anda mengaku masih bujang sedangkan anda sudahpun berkahwin, maka
perbuatan anda ini termasuk dalam ertikata kinayah atau penggunaan simbolik.
Ini bermakna jika anda berniat untuk menceraikan isteri anda, maka jatuhlah
talak ke atas isteri anda itu mengikut yang anda niatkan. Tetapi jika anda
bermaksud untuk menyembunyikan perkahwinan itu takut mendapat malu, maka
perbuatan anda ini amat tidak wajar kerana menyalahi sunnah Rasulullah yang
menyuruh supaya diisytiharkan perkahwinan dan disembunyikan pertunangan.

Kecuali pada pandangan anda, anda akan ditimpa mara bahaya yang lebih
besar dan kemungkinan anda akan dibunuh jika anda mengumumkan
perkahwinan anda, dikala itu haruslah kepada anda menyembunyikannya buat
sementara waktu perkahwinan itu. Bagaimanapun anda tidak boleh
menyembunyikannya secara berterusan. Sampai bilakah anda harus berada
dalam keadaan begitu?

275. Hukum Mencium Alat Kelamin


Soalan:
Apa hukumnya suami mencium faraj isteri dan isteri mencium zakar
suami?

Jawapan:
Setelah melangsungkan perkahwinan seorang suami halal berseronok-seronok
dengan isterinya sebagaimana halal kepada seorang isteri berseronok-seronok
dengan suaminya. Perkahwinan adalah satu saluran terbaik kepada seorang
suami dan isteri melepaskan runtunan nafsu semulajadinya dan cara ini
dihalalkan oleh syarak dan diiktiraf oleh masyarakat. Selain itu Islam juga
menekan soal adab sopan dalam menjalani rumah tangga. Melihat kepada nas Al-
Quran secara umumnya ia menjelaskan keharusan mendatangi isteri mengikut
yang disukai oleh suaminya.

Bagaimanapun suami melihat dan mencium alat kelamin isteri dan isteri
melihat alat kelamin dan mencium alat kelamin suami ketika melakukan
persetubuhan menjadi satu perkara yang diperselisihkan di kalangan ulamak.
Sesetengahnya berpendapat makruh berbuat demikian kerana ia boleh mewarisi
penyakit buta dan ia juga melambangkan kurang kesopanan antara suami dan
isteri.

Sesetengahnya pula berpendapat perbuatan tersebut dibenarkan oleh syarak


berdasarkan umumnya ayat di atas. Pendapat ini dinukilkan dari imam An-
Nawawi dan juga imam Al-Qurtubi. Pengarang kitab Ahkam Al-Awrat dan An-
Nazar berpendapat dibenarkan berbuat apa sahaja kepada suami isteri yang
sudah sah perkahwinannya.

Kesimpulannya para ulamak masih berselisih pendapat tentang hukum di atas


di antara yang mengharuskannya dengan yang memakruhkannya. Apa yang jelas
ialah Nabi SAW ketika bersama dengan Aisyah RA tidak pernah melihat alat
kelaminnya sebagaimana Aisyah juga tidak pernah melihat alat kelamin nabi
SAW. Inilah adab sopan yang sewajarnya diikuti.

276. Terlewat Solat Subuh


Soalan:
Saya telah terlewat bangun untuk mengerjakan sembahyang subuh
sehingga luput waktunya, bolehkah saya mengerjakan sembahyang
subuh itu walaupun telah luput waktunya atau saya perlu mengqadanya
bila waktu zuhur?

Jawapan:
Meninggalkan solat secara sengaja adalah berdosa. Ini kerana solat itu adalah
tiang agama. Sesiapa yang menunaikannya bererti telah mendirikan agama dan
sesiapa yang mencuaikannya bererti meruntuhkan agama. Namun begitu bagi
orang yang tertinggal solat bukan dengan cara sengaja seperti bangun subuh
lewat dari waktunya, maka yang terlibat tidak berdosa.

Bagaimanapun ia dikehendaki segera mengqada'kannya tanpa menunggu


masuknya waktu zohor. Ini berdasarkan sebuah hadis yang sahih yang
menjelaskan Allah SWT tidak mengambil kira amalan yang dilakukan oleh umat
Muhammad yang dilakukan secara tersalah, terlupa atau terpaksa.

277. Haid 2 Kali Sebulan


Soalan:
Bagaimana mengira tempoh suci bagi wanita yang haidnya sampai dua
kali dalam sebulan dan biasanya tempoh setiap satunya agak panjang
dari biasa contohnya 10 ke 15 hari (kadang-kadang lebih lagi) lamanya?

Jawapan:
Bagi madhhab Asy-Syafii tempoh haid yang paling kurang bagi seseorang
perempuan ialah sehari semalam, paling sederhananya ialah tujuh hari tujuh
malam dan tempoh paling lama sekali ialah lima belas hari. Darah yang keluar
selepas itu tidak lagi dikira sebagai darah haid sebaliknya dikira sebagai darah
istihadah atau darah penyakit.
Ada juga dikalangan ulamak kebelakangan ini yang membezakan antara darah
haid dengan darah yang bukan haid melalui rupa dan warna darah itu sendiri,
sebagaimana yang dinakalkan oleh Sayyid Sabid dalam kitabnya Fikih As-Sunnah.
Dalam situasi seseorang itu di datangi haid sebanyak dua kali sebulan, jika
wanita tersebut dapat membezakan antara warna darah haid dengan dengan
warna darah istihadah, hendaklah ia beramal dengan kemampuannya
membezakan antara kedua warna ini.

Jika ia tidak dapat mengeceam antara keduanya hendaklah ia mengikut


bilangan hari yang paling panjang apabila seseorang itu didatangi haid iaitu
selama 15 hari 15 malam. Dengan lain perkataan jika haidnya yang pertama kali
datang ialah mencukupi tempoh haid yang paling panjang dalam madhhab Syafi'i
iaitu selama 15 hari, maka darah yang keluar buat kali kedua itu bukan darah
haid sebaliknya lebih dikenali sebagai darah istihadah atau darah penyakit.

Yang terlibat dikehendaki bersuci, kemudian menyumbat alat kelaminnya


dengan tuala pelekat seterusnya bersegera mengambil wuduk untuk menunaikan
solat. Kesemua ini dilakukan sebaik sahaja masuk waktu solat.

278. Mengerat Kuku Ketika Berhadas Besar


Soalan:
Apakah kita dibolehkan mengerat kuku atau rambut semasa dalam
keadaan berhadas besar (janabah/haid)?

Jawapan:
Menurut jumhur ulamak mengerat kuku dan memotong rambut ketika
seseorang wanita sedang mengalami haid adalah diharuskan dan tidak dilarang,
kerana tidak didapati dalil dari Al-Quran mahupun dari Al-Hadis yang melarang
berbuat demikian. Demikian yang disebut di dalam kitab Al-Fiqh Al-Wadih.
Bagaimanapun menyimpannya lalu dibawa bersama ketika mandi junub adalah
lebih baik.

Al-Imam Al-Ghazali dari kalangan fuqahak Asy-Syafi'i menghukumkan makruh


memotong kuku dan mengerat rambut ketika sesesorang perempuan itu sedang
didatangi haid, atas alasan anggota yang dibuang itu akan disoal oleh Allah SWT
pada hari Kiamat nanti. kerana itu amat wajar sekiranya ia kembali kepada Allah
dalam keadaan bersih.

279. Bacaan Al-Fatihah Makmum dalam Solat


Berjemaah
Soalan:
Kalau kita menjadi makmum sembahyang fardu, adakah kita perlu
membaca Al-Fatihah semasa imam membaca surah. Dan kalau perlu,
adakah sah sembahyang kita apabila kita tidak sempat habis membaca
Al-Fatihah kerana imam membaca surah pendek. Kes ini adalah bukan
kes makmum masbuk atau muafik?
Jawapan:
Mengikut pendapat jumhur ulamak termasuklah imam Asy-Syafi'i sendiri,
membaca Al-Fatihah di dalam solat bagi makmum adalah satu rukun daripada
rukun-rukun solat. Ini bermakna tidak sah solat makmum itu jika ia
berkesempatan membaca Al-Fatihah tetapi ditinggalkannya dengan sengaja.

Dalam sebuah hadis yang sahih Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada solat
(tidak sah) bagi sesiapa yang tidak membaca Surah Al-Fatihah". Ini berbeza
dengan pendapat imam Abu Hanifah yang tidak mewajibkan makmum membaca
surah Al-fatihah. jika anda membaca agak lambat dan imam pula agak pantas
sehingga anda tidak sempat menghabiskan surah Al-Fatihah. Dalam hal ini
sekiranya imam telah rukuk anda merasakan anda boleh menghabiskan surah Al-
Fatihah sebelum imam sujud, maka hendaklah anda menghabiskanya.

Jika anda rasa tidak sempat berbuat demikian, maka anda hendaklah rukuk
bersama imam kerana bacaan imam akan dikira sebagai bacaan makmum seperti
juga kedudukannya orang yang masbuk. Ini kerana dalam sebuah hadis yang
sahih menjelaskan Rasulullah SAW pernah menjelaskan: imam itu dilantik untuk
diikuti oleh makmum sekiranya ia rukuk maka hendaklah anda semua rukuk dan
sekiranya ia sujud maka henadaklah anda sujud. Bagaimanapun bagi sesetengah
ulamak Syafi'i seperti imam Nawawi orang terlibat luput rakaat pertama dan ia
dikehendaki menambah rakaat yang luput itu diakhir solatnya.

280. Menunaikan Haji bagi Si mati


Soalan:
Kalau seseorang itu telah meninggal dunia tetapi dia belum sempat
menunaikan haji, adakah wajib warisnya menggunakan wang simpanan
kwsp arwah simati untuk menunaikan haji secara wakil. Ini adalah
setelah semua hutang-hutang arwah simati dibayar?

Jawapan:
Apabila seseorang itu meninggal dunia harta peninggalannya tergantung
kepada lima perkara mengikut turutan. Pertama digunakan untuk menyelesaikan
urusan jenazahnya. Kedua menyelesaikan gadaian atau harta yang dipinjamnya
dari orang lain. Ketiga membayar hutang si mati samada hutang kepada manusia
mahupun hutang kepada Allah SWT. Menunaikan wasiat si mati, jika beliau ada
berwasiat. Kelima membahagikan harta pusaka kepada waris-waris si mati.

Oleh itu jika si mati masih belum menunaikan fardu haji sedangkan ia telahpun
mempunyai kemampuan berbuat demikian, maka wajiblah diwakilkan kepada
orang lain supaya menunaikan fardu haji bagi pihaknya dengan syarat pihak yang
menjadi wakil itu telahpun menunaikan fardu haji. Seorang perempuan dari
Khas'am pernah bertanya Rasulullah SAW tentang kedudukan ayahnya yang
sudah tua yang tidak mampu lagi menunaikan fardu haji, adakah beliau boleh
menunaikan fardu haji bagi pihaknya.

Ujar baginda SAW: Ya; (Hadis ini dikeluarkan oleh malik, Asy-Syafii, Asy-
Syaikhain, Abu Dawud Dan Nissa'i). Dalam sebuah hadis yang lain menjelaskan
seorang perempuan bertanya Rasulullah SAW tentang ibunya yang bernazar
hendak menunaikan fardu haji tetapi belum sempat ia berbuat demikian, ia sudah
meninggal, adakah boleh ia menunaikan fardu haji untuk ibunya itu. Rasulullah
SAW memberi kebenaran kepada perempuan itu berbuat demikian.
Sehubungan dengan itu anda boleh mengeluarkan wang KWSP ayah anda
untuk digunakan bagi menunaikan fardu haji bagi pihak ayah anda, kerana ibadat
haji itu dikira hutang dengan Allah yang mesti dilangsaikan terlebih dahulu,
kemudian yang selebihnya hendaklah dibahagikan sebagaimana dalam sistem
pembahagian pusaka.

281. Diganggu bayangan Ketika Takbir


Soalan:
Ketika saya solat atau ketika saya menyebut kebesaran Allah SWT saya
terbayang salib atau orang kafir. Soalannya adakah saya menyekutukan
Allah SWT? Untuk mengelakkannya saya cuba bayangkan tulisan Allah
SWT atau saya bayangkan Kaabah?

Jawapan:
Di antara tipu daya Syaitan terhadap manusia ialah dalam bentuk mewas-
waskan dirinya ketika menunaikan solat, kerana itulah Rasulullah SAW
menyarankan supaya orang yang hendak bersolat supaya membaca doa
perlindungan dari gangguan syaitan. Antaranya: "Ya Allah Ya Tuhanku aku
berlidung dengan Engkau dari gangguan syaitan Khanzab".

Selain itu bacalah juga surah Al-Ikhlas, Surah An-Nas dan surah Al-Falaq.
Setelah itu hati orang yang menunaikan soat itu hendaklah tertumpu kepada
bacaan imam. Jika berlaku was-was atau lintasan yang bukan-bukan sekali
sekala , itu adalah merupakan teknik syaitan untuk menghilangkan kekhsyukan
anda di dalam solat anda dan orang yang sedang solat itu jangan mengendahkan
lintasan itu. Jika dilayan akan menghilangkan terus rasa khsyuk dalam solat.
Lintasan-lintasan seperti itu tidak membatalkan solat.

Terbayang gambar salib adalah sebahagian dari usaha syaitan untuk


mengganggu solat anda. Bagaimanapun usaha anda untuk mengelakkan diri dari
was-was berbentuk lintasan lambang salib ini tidak wajar dilakukan dengan cara
anda mengingati gambar kaabah atau membayangkan tulisan Allah, sebaliknya
caranya cukuplah sebagaimana yang telah diutarakan sebelum ini iaitu anda
hanya perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaan dan makna yang
terkandung dalam bacaan anda, hadir hati, menumpukan rasa takut kepada
Allah dan harap mudah-mudahan Allah SWT akan menerima solat yang telah
anda kerjakan tadi. Bayangkanlah yang anda sekarang sedang berdiri di hadapan
Allah tuhan Rabbul jalil dan Ia sekarang sedang melihat segala gerakgeri, bacaan
dan lintasan hati anda.

282. Balasan Orang yang Berhutang


Soalan:
Apakah hukum dan balasan Allah kelak ke atas orang yang berhutang
tetapi tidak membayar hutangnya pada hal ia mampu. Apakah yang perlu
saya lakukan jika orang yang berhutang dengan saya seperti yang
tersebut.

Jawapan:
Orang yang mampu membayar hutang, tetapi tidak berbuat demikian semasa
hidupnya dikira telah melakukan dosa besar. Kerana hutang inilah orang-orang
yang mati syahid sekalipun tidak dapat memasuki syurga sebaliknya hanya
berada di pintunya sahaja. Rasulullah SAW menjelaskan orang yang tidak
membayar hutang doanya tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Nabi SAW sendiri
tidak menunaikan solat jenazah ke atas sesuatu jenazah jika didapati ia ada
hutang yang belum dijelaskan.

Setelah dipastikan mayat terlibat telah menjelaskan segala hutangnya di masa


hidup, barulah Nabi SAW menyolatkan jenazahnya. Jika orang yang berhutang
tidak membayar hutangnya sewaktu hidup di dunia ini, maka sesetengah amalan
kebaikan yang dilakukan olehnya akan diberikan kepada si pemberi hutang pada
hari kiamat kelak Tindakan yang boleh dilakukan orang yang memberi hutang
hendaklah meminta supaya hutangnya dilangsaikan dengan baik.

Jika tidak mampu hendaklah menggunakan tenaga orang tengah


menggesanya supaya si peminjam membayar hutang itu. Jika tidak mampu
juga, yang terlibat boleh mengambil tindakan mahkamah, kerana itu melibatkan
haknya yang boleh dituntut di mahkamah, dan pihak yang berhutang hendaklah
mematuhi keputusan mahkamah. Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai
iman yang tinggi dan kuat, lalu memaafkan orang yang berhutang itu dan
menghalalkannya sebelum orang yang berhutang itu meninggal dunia, ia akan
mendapat ganjaran yang besar dari Allah.

283. Ibarat bagi yang Meninggalkan Solat


Soalan:
Apakah ibarat yang boleh disamakan dengan dosa orang yang
meninggalkan solat fardhu beserta dengan rujukan (al-Quran/hadis).
Adakah ibarat dosa itu berbeza-beza bagi setiap fardhu?

Jawapan:
Sebenarnya tidak didapati keterangan yang sahih dalam hadis-hadis yang
sahih berhubung ibarat-ibarat orang yang meninggalkan solat sebagaimana yang
sering disebut oleh sesetengah kalangan orang. Umpamanya mereka
mengatakan orang yang meninggalkan satu kali solat subuh maka dosanya
seperti berzina dengan ibu sendiri.

Perkara ini tidak didapati penjelasannya di dalam hadis yang sahih. Yang
disebutkan di dalam hadis-hadis yang sahih ialah antaranya orang yang
meninggalkan solat dengan sengaja, menjadi kafir dan orang yang sentiasa
menjaga solatnya, maka ia akan beroleh nur, hujjah dan keselamatan pada hari
Kiamat, sebaliknya bagi yang tidak menjaga solat, ia tidak memperolehi nur,
hujjah dan keselamatan pada hari Kiamat, malah ia akan dikumpulkan bersama
dengan Qarun, Hamman, Firaun dan Ubai bin Khalaf.

284. Pembahagian Harta Pusaka


Soalan:
Bagimanakah cara pembahagian harta pesaka ke pada anak lelaki, anak
perempuan dan dua orang isteri simati mengikut hukum Faraid?

Jawapan:
Seorang suami meninggal dunia meninggalkan dua orang isteri, seorang anak
lelaki dan seorang anak perempuan. Dalam kes ini 2 orang isteri akan mengambil
1 bahagian dari 8 bahagian yang merupakan asal masalah mengikut kaedah
pembahagian pesaka. 7 bahagian yang baki akan dibahagikan kepada 3. 2
bahagian diambil oleh anak lelaki dan 1 bahagian diambil oleh anak perempuan.

Oleh kerana yang 1 bahagian isteri itu tidak boleh dibahagikan kepada 2 dan 7
bahagian anak-anak itu pula tidak boleh di bahagi kepada 3, maka untuk
memudahkan pengiraan 8 yang merupakan asal masalah didarabkan dengan 6
menjadikan jumlahnya sebanyak 48. 1/8 dari 48 ialah 6. Ini bermakna bahagian
isterinya ialah 6. Oleh kerana ia melibatkan 2 orang isteri maka setiap seorang
mendapat 3. Selebihnya 42 diberi kepada anak lelaki dan
anak perempuan.

Oleh kerana anak lelaki mendapat 2 kali ganda dari anak perempuan, maka
dalam kes ini anak lelaki mendapat 28, manakala anak perempuan mendapat 14.
Diandaikan si mati dalam kes ini meninggalkan harta bernilai RM 48,000.00,
maka setiap isteri mendapat RM 3,000, anak lelaki mendapat RM 28,000,
manakala anak perempuan mendapat RM 14,000. Wallau A'lam.

285. Difitnah Orang


Soalan:
Saya telah difitnah oleh seseorang yang saya sendiri tak tahu siapa
orangnya. Berpunca dari api fitnah itu, kini saya menghadapi masalah
dengan seorang kenalan yang mana beliau telah tidak menegur saya
buat beberapa ketika. Saya cuba untuk mencari kesalahan diri saya tapi
saya hairan kerana kesalahan saya tidaklah sampai membuatkan beliau
sanggup untuk tidak bertegur sehingga hari ini. Akhirnya saya telah
mendengar kisah yang sebenar bahawa ada pihak yang mengada-
ngadakan cerita sehingga beliau marah sampai begitu sekali. Masalah
saya sekarang ialah saya hendak meminta maaf atas apa yang berlaku
tetapi saya fikir bahawa itu bukannya kesalahan saya. Adakah saya
perlu menghubungi atau menulis surat untuk meminta maaf atau
sebagainya?

Jawapan:
Dalam kes ini anda dan rakan anda itu tidak bersalah kerana masing-masing
menaruh perasangka antara satu sama lain disebabkan fitnah orang yang ketiga.
Yang berdosa ialah orang yang menimbulkan fitnah antara anda berdua. Al-Quran
menjelaskan menimbulkan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh. Kerana itu
jika timbul apa-apa kekeliruan antara anda dengan orang lain oleh sebab khabar
angin hendaklah anda terlebih dahulu menyiasat kesahihan berita tersebut.

Dalam surah Al-Hujurat Allah SWT memerintahkan seseorang supaya berhati-


hati menerima berita yang disampaikan oleh seorang yang fasik. Oleh kerana
anda sudahpun mengetahui hakikat yang sebenarnya dan rakan anda itu tidak
mengetahui hakikat yang sebenarnya, maka anda hendaklah memberitahu
kepadanya keadan ini. Siapa yang betul atau siapa yang salah tidak timbul,
kerana yang penting hubungan tali silaturrahim hendaklah dihubungkan antara
anda dengan rakan anda itu semula.

Rasulullah SAW menjelaskan: Tidak akan memasuki syurga orang yang tidak
menghubungkan tali silaturrahim. Para ulamak menjelaskan menghubungkan
taliilaturrahim bukan bermaksud kita menghubungkannya dengan orang yang
telah biasa kita kenali sahaja sebaliknya maksudnya yang sebenar ialah kita
menghubungkan tali silaturrahim dengan orang yang memutuskan hubungan ini
dengan kita.

Ini barulah yang dimaksudkan menghubungkan tali silaturrahim dalam Islam.


Anda tidak perlu merasa segan untuk memulakannya, kerana perbuatan anda ini
akan diberi ganjaran oleh Allah SWT, malah boleh jadi sikap anda ini akan
menyedarkan rakan anda tentang kesilapan yang dilakukan oleh dirinya tanpa
disedari. Dengan cara ini insya'Allah kekeruhan yang berlaku antara anda dengan
rakan anda akan kembali pulih. Selain itu anda juga boleh menggunakan khidmat
orang tengah yang dipercayai lagi amanah untuk menceritakan hakikat yang
sebenarnya. Anda juga hendaklah menunaikan solat hajat dan membulatkan doa
kepada Allah agar menghilangkan dari diri anda segala kekeruhan tersebut.

286. Mengelak Dari Mengumpat


Soalan:
Adakah dengan cara berdiam diri itu dapat mengelakkan kita daripada
terlibat dalam hal mengumpat sedangkan kita sendiri mendengarnya dan
tak terdaya untuk menegur mereka yang melakukannya?

Jawapan:
Al-Quran menggariskann kepada kita supaya tidak duduk di dalam majlis
orang yang membicarakan soal-soal yang buruk. Majlis yang buruk adalah umum
di sini, termasuklah majlis mengumpat. Dalam sebuah hadis yang sahih yang
diriwayatkan oleh imam Muslim menjelaskan sesiapa yang melihat kemungkaran
hendaklah merubah kemungkaran itu dengan tangan, jika tidak mampu
hendaklah dengan lidah dan jika tidak mampu juga hendaklah dengan hati dan
itu adalah selemah-lemah iman.

Dalam sebuah hadis yang lain menjelaskan; Orang yang melihat orang lain
melakukan kemungkaran sedangkan ia mampu berbuat demikian, tetapi tidak
diambil apa-apa tindakan, maka laknat Allah turut menimpa ke atas dirinya.
Dalam kes di atas oleh kerana anda tidak berjaya merubah kemungkaran itu
walaupun anda bersama dengan orang yang melakukannya, maka hendaklah
anda membencinya di dalam hati. Jika boleh anda hendaklah menunjukkan kerut
muka, atau dahi atau kening yang menunjukkan anda sebenar tidak bersetuju
dengan perbuatannya itu .

Sayugia diingatkan dosa mengumpat di dalam islam amatlah berat


sehinggakan Allah SWT menyamakannya dengan memakan daging saudara
sendiri. Anda juga dinasihatkan supaya sentiasa menjauhi dari majlis seumpama
ini, supaya anda terselamat dari dosa mengumpat.

287. Solat Fardhu Berimamkan Orang Solat Qasar


Soalan:
Sebelum mendirikan solat jamak dan qasar, ada seorang hamba Allah
yang ingin mengerjakan solat berjemaah dengan saya;
Adakah solat sempurnanya sah (4 rakaat), dengan berimamkan saya
(Solat 2 rakaat)?
Saya sedang mengerjakan solat Maghrib (mengikut Imam yang solat
Tamam). Bolehkah saya melakukan solat jamak takdim (Isyak) apabila
selesai mengerjakan solat maghrib tersebut?
Dan bolehkah saya berniat ingin menjamakkan solat jamak takdim ketika
sebelum memberi salam. (terlupa untuk menjamakkan solat ketika
berniat pada takbiratul ihram)?

Jawapan:
Sah hukumnya mengerjakan solat jamaah dengan dengan imam yang
mengerjakan solat qasar. Tetapi setelah imam memberi salam anda hendaklah
meyambung rakat solat yang masih berbaki. Jika anda mengerjakan solat
maghrib secara berjemaah dengan imam, anda dikehendaki mengikut segala
perbuatan imam, kerana berdasarkan keterangan dari sebuah hadis yang sahih
sesungguhnya imam itu dilantik untuk dikuti oleh makmum.

Setelah selesai mengerjakan solat maghrib bersama dengan imam, anda


hendaklah mengerjakan pula solat isyak secara qasar sebanyak 2 rakaat dengan
terlebih dahulu melakukan iqamat secara perlahan dan tidak mengganggu para
jamaah lain. Bagaimanapun janganlah anda menunaikan solat isyak itu ditempat
anda solat maghrib tadi sebaliknya berundur sedikit kebelakang dan setelah
iqamat tunaikanlah solat isyak secara qasar 2 rakat.

Adalah sah meniatkan solat jamak taqdim sebelum memberi salam pada solat
yang pertama, namun adalah lebih afdal kiranya ia berniat pada ketika
takbiratulihram.

288. Sejarah dan Cara Menghindar Angin Ahmar


(Stroke)
Soalan:
Apakah sejarah penyakit angin ahmar?
Bagaimanakah menghindarkan diri dari penyakit ini?
Adakah kemungkinan untuk sembuh jika seseorang itu telah diserang
oleh penyakit ini.?

Jawapan:
Angin Ahmar atau Rih Al-Ahmar dalam bahasa Arabnya adalah satu penyakit
yang diciptakan oleh Allah mempunyai hikmah tertentu kepada manusia.
Diriwayatkan bahawa penyakit ini telahpun berlaku semenjak zaman nabi Allah
Sulaiman AS lagi. Di zaman nabi kita Muhammad SAW, cucu baginda Sayidina
Hasan mengidap penyakit rongga sehingga keluar darah darinya. Lalu datanglah
Jibril AS menjelaskan yang cucu baginda itu terkena penyakit angin Ahmar. Bila
ditanya tentang ubatnya lalu Jibril mengajarkannya kepada Nabi SAW.

Sebenarnya doa mengelakkan terkena penyakit angin Ahmar begitu panjang


sekali. Apabila diserang penyakit ini biasanya seseorang itu akan lumpuh,
bagaimanapun harapan untuk sembuh memang ada dengan izin Allah SWT. Anda
hendaklah berpuasa sunat pada hari Isnin dan hari Khamis atau pada hari-hari
lain yang disunatkan berpuasa di dalam Islam. Hendaklah memperbanyakkan
solat Tahajjud, disamping berubat dengan mereka yang telah mahir untuk
mengubati penyakit ini samada dengan cara mengurut, membaca doa yang
disabitkan di atas atau mengamalkan rawatan-rawatan tertentu. Selain itu anda
juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan senaman.

289. Ibu Menentang Anak Menghayati Kehendak


Islam
Soalan:
Bagaimana caranya untuk mendekati diri kepada ibu yang tidak
memahami hati perasaan anak perempuannya, seperti tidak merestui
anaknya untuk memakai tudung labuh. Apakah hukumnya jika anak
melawan ibu itu sedangkan selama ini dia sudah lama bersabar?

Jawapan:
Sesuatu yang amat menyulitkan jika orang yang menentang kehendak
anaknya sendiri untuk menghayati sepenuhnya ajaran Islam ialah ibunya sendiri.
Sepatutnya ibulah yang memberi galakan supaya anaknya beriltizam dengan
segala ajaran Islam. Ini antara kewajipan yang wajib dilaksanakan oleh seorang
ibu. Dalam Islam seseorang perempuan disuruh menutup aurat dengan
melabuhkan kain tudung yang dipakainya sehingga sampai menutupi dada di
samping disuruh menutup pandangan dan menjaga kehormatan diri.

Jika ibu anda melarang anda berbuat demikian, jelas ia tidak memahami
kehendak ayat yang menyuruh kaum wanita Islam melabuhkan kain tudungnya.
Tanggapan ini perlu dibuang dari pemikirannya. Anda hendaklah banyak
bersabar dalam menghadapi karenah ibu anda ini. Seeloknya cubalah berbincang
secara baik dengan ibu anda. Kerana dengan berbuat demikian boleh jadi ibu
anda mengambil sikap terbuka. Anda juga boleh menggunakan khidmat orang
tengah supaya menasihati ibu anda itu.

Dalam Islam seseorang perempuan memakai tudung yang boleh menutup


dadanya itulah yang sebaik-baiknya. Jika tudung yang dipakai oleh anda itu
sudahpun menutup dada, cuma anda ingin melabuhkan lagi tudung itu, tetapi ibu
anda tidak menyukainya hendaklah anda meninggalkan yang lebihan ini dan ikut
kehendak ibu anda. Kerana sudahpun dikira berpakaian secara Islam apabila
anda sudahpun ditutup dengan kain tudung anda. Yang lebih itu hanyalah
sebagai mengambil jalan ihtiyat atau berhati-hati sahaja.

Dalam masa yang sama anda hendaklah sentiasa memberikan penerangan


yang lembut kepada ibu anda itu supaya ia memahami. Ini boleh jadi memakan
masa dan memerlukan banyak kesabaran. Tunaikanlah juga solat hajat supaya
ibu anda itu berubah.

290. Bekerja Menjual Daging Haram


Soalan:
Saya ingin mencari pekerjaan sambilan di sini. Masalahnya, kebanyakan
kerja berkaitan dengan daging babi dan daging yang tidak disembelih.
Oleh itu, saya ragu-ragu hukumnya berkerja di tempat yang seperti itu.
Saya ingin tahu, apakah hukumnya berkerja di tempat yang menjual
daging haram, dan dalilnya?

Jawapan:
Seorang Islam yang bertakwa ialah seorang yang benar-benar mematuhi
segala titah perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Mereka tidak akan
melakukan sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan hidup mereka. Dalam
sebuah hadis yang sahih menjelaskan di antara keelokan Islam seseorang itu
ialah menjauhi sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan hidupya. Apa lagi
kalau perkara itu memudaratkan agamanya. Semakin perlu dijauhinya.

Berkerja di tempat menjual daging binatang yang tidak disembelih adalah


sesuatu yang tidak diharuskan oleh Islam. Ini kerana dalam Islam yang halal itu
jelas manakala yang haram itu pula jelas manakala perkara yang berada di
antara keduanya adalah perkara yang samar-samar atau syubhah. Orang yang
menjaga dirinya dari terlibat dengan perkara syubhah bererti ia telah menjaga
agama dan kehormatan dirinya. Orang yang terlibat dengan perkara syubhah
sebenarnya turut terlibat dalam perkara yang haram.

Demikian penjelasan yang terdapat di dalam riwayat Al-Bukhari dan Muslim.


Berkerja di tempat seperti di atas jelas mungkarnya, kerana turut bersekongkol
dengan kerja-kerja mungkar. Dalam Al-Quran menggesa manusia berkerjasama
dalam perkara kebaikan dan takwa dan bukan berkerjasama dalam perkara dosa
dan permusuhan. Ini bererti berkerja di tempat tersebut memberi kerjasama
kepada pihak terlibat melakukan kemungkaran. Satu hal lagi pendapatan yang
diperolehi dari sumber ini tidak bersih.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam At-Tabrani menjelaskan


satu suap makanan yang disuapkan ke dalam mulut seseorang hasil dari
pendapatan yang haram, Allah SWT tidak akan menerima ibadat orang yang
memakan makanan hasil dari pendapatan tersebut selama 40 hari. Ini kerana
dalam hadis Muslim menjelaskan Allah SWT itu baik dan Ia sukakan kebaikan.
Berkerja di tempat sebegitu rupa bukanlah satu perkara yang baik. Kerana itu
bagaimana mungkin amalannya itu akan diterima Allah SWT. Kerana itu yang
bertanya dinasihatkan supaya mencari kerja ditempat lain yang lebih selamat dari
unsur haram seperti kedai menjual buah-buahan dan sebagainya.

291. Pengertian Tarikat


Soalan:
Apa itu tarikat? Ada berapa jenis tarikat? Bolehkah kita mengikuti ajaran
ini?
Jawapan:
Tarikat dalam bahasa Arabnya bererti jalan.Dari sudut tasauf tarikat menurut
Syeikh Al-Jurjani ialah jalan khas menuju kepada Allah dengan menempuh
berbagai rintangan dan melalui peningkatan rohani dalam berbagai maqam.
Menurut Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabau, Tarikat ialah jalan yang
ditempuhi oleh Nabi SAW, para sahabat, para ulamak fikah dan ulamak tasauf,
iaitu mengamalkan hukum yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang merangkumi
perkara yang wajib, sunat, haram, makruh dan mubah.

Ia juga mengandungi cara mengenal keesaan Tuhan dan keagungannya,


seterusnya mempelajari ilmu cara-cara mensucikan hati.Dalam kontek tasauf
tarikat biasanya lebih tertumpu kepada aliran zikir. Kerana itu timbul istilah
tarikat Naqsyabandiyyah, tarikat Qadiriyyah, Ahmadiyyah dan lain-lain. Pengikut
tarikat- tarikat ini akan mengamalkan zikir-zikir yang diajarkan kepada mereka
oleh guru-guru tarikat mereka secara berjemaah atau berkumpulan. Hukum
melibatkan diri dengan tarikat ini bukanlah sesuatu yang wajib malah harus
sahaja, kerana tarikat ini hanyalah jalan pentarbiahan diri dan mendekatkannya
dengan Allah SWT.
Bagaimanapun hukum mempelajari cara-cara membersihkan hati dari sifat-
sifat tercela, seperti ujub, sumah, riyak, nifak dan lain-lain adalah wajib menurut
Ibn Taimiyyah kerana hati manusia adalah tempat tilik Allah SWT. Tanpa hati
yang bersih tidak ada maknanya hidup manusia. Bagaimanapun ini tidak
semestinya boleh dilakukan dengan memasuki tarikat sahaja. Bahkan boleh
dilakukan dengan cara menuntut ilmu dari para ulamak, bergaul dengan orang-
orang salih, mengamalkan sunnah-sunnah Rasululah SAW, berpuasa,
menunaikan fardu haji, berjihad, mentaati kedua ibu bapa, menzirahi kubur dan
lain-lain amalan yang disyariatkan oleh Allah SWT.

292. Hukum Mendengar Muzik


Soalan:
Apa hukum mendengar muzik yang kita tak hiraukan erti liriknya
walaupun ada kemungkinan lirik lagu yang didengar menyalahi agama.

Jawapan:
Hukum mendengar muzik membawa kepada haram, apalagi alat muzik bertali,
adalah haram. Untuk mendapatkan jawapan selanjutnya sila rujuk jawapan yang
diberikan untuk soalan-soalan yang berkaitan pada soalan 250 dan 263.

293. Hukum Membesarkan Alat Kelamin


Soalan:
Apakah hukum berusaha membesarkan alat kelamin kita dengan tujuan
untuk lebih memuaskan isteri, mungkin melalui urutan tradisional,
makan ubatan ataupun dengan cara pembedahan?

Jawapan:
Dalam surah An-Nissa' ayat 18 menjelaskan suami dikehendaki menggauli
isteri dengan baik. Ini termasuklah dalam soal persetubuhan. Mengikut sunnah
Rasulullah SAW seseorang suami yang telahpun melepaskan hajatnya dalam
persetubuhan dikehendaki melayan hajat isterinya sehingga ia merasa puas.
Dengan cara ini tidak akan timbul ketidakseimbangan dalam persetubuhan antara
suami isteri yang boleh membawa kepada keretakan rumahtangga dan
sebagainya.

Perbuatan membesarkan kemaluan dengan tujuan untuk memberi kepuasan


seks kepada isteri ketika melakukan persetubuhan, tidaklah menjadi kesalahan,
selagi mana perbuatan itu tidak memudaratkan si suami itu sendiri. Jika
perbuatan itu memudaratkan isteri, maka hukumnya adalah haram, kerana Islam
melarang seseorang mencampakkan dirinya ke lembah kebinasaan. Ini tanpa
mengambil kira apa jenis alat yang digunakan untuk membesarkan kemaluan itu.

Bagaimanapun ulamak mazhab Syafii menggariskan seorang isteri yang


merasa tersiksa bila bersetubuh dengan suaminya kerana alat kelamin suaminya
itu terlampau besar dan membuatkan ia menderita, diharuskan menuntut fasakh.
Suka dinasihatkan kepuasan rumahtangga bukanlah bergantung kepada
kepuasan persetubuhan semata-mata, sebaliknya merangkumi faktor lain seperti
saling faham-memahami jiwa pasangan masing-masing, sama-sama menegakkan
sunnah Rasulullah SAW dan lain-lain.
294. Homoseks Menurut Kacamata Islam
Soalan:
Apakah yang dikatakan homeseks dalam Islam dan bagaimanakah yang
dikatakan seorang itu telah melakukan homeseks?

Jawapan:
Homoseks menurut kacata mata Islam adalah satu perbuatan yang berdosa
besar. Pelakunya dilaknat oleh Allah SWT. Homoseks melibatkan perlakuan seks
sumbang antara lelaki sesama lelaki. Dalam sebuah hadis yang dinukilkan oleh
imam Al-Hafiz Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kabair menjelaskan apabila seorang
lelaki naik ke atas badan seorang lelaki lain untuk melakukan hubungan seks,
maka bergegarlah arasy Tuhan. Ini menunjukkan betapa perbuatan ini suatu
perbuatan yang terkutuk di sisi Allah. Sila rujuk soalan 204 bagi keterangan yang
selanjutnya.

295. Bercinta Menurut Islam


Soalan:
Bagaimana remaja hendak bercinta mengikut cara islam?

Jawapan:
Dalam Al-Quran dalam surah Al-Nur ayat 30-31 memerintahkan kaum lelaki
dan wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga
kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa
kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita. Perasaan cinta
sebenarnya adalah perasaan semulajadi yang wujud pada badan manusia.
Mereka cinta kepada ayah ibu, anak, sahabat handai dan lain-lain. Islam tidak
pernah melarang cinta ini, cuma yang Islam tekankan ialah teknik bercinta itu
sendiri.

Jika cinta seseorang itu kepada bapa dan ibunya melebihi cinta kepada Allah
dan rasulnya, jelas perbuatannya ini satu perbuatan yang bercanggah dengan
nas al-Quran. Seseorang yang bercinta mengikut cara Islam begitu mudah, tidak
payah sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Apabila hatinya berkenan
kepada seseorang gadis hendaklah ia menunaikan solat hajat atau istikharan dua
rakaat. Setelah keputusannya bulat kepada gadis terlibat hendaklah ia meminang
gadis itu melalui ibubaoanya atau secara terus kepada gadis terlibat, seterusnya
melangsungkan perkahwinan.

Setelah berkahwin bolehlah suami tadi bercinta dengan isterinya sebanyak


mana yang ia mahu, kerana cara ini adalah satu cara yang paling halal di sisi
Allah dan syarak. Inilah satu-satu caranya bercinta dalam Islam, bukan
sebagaimana yang banyak berlaku sekarang bercinta-cinta bertahun-tahun
sehingga banyak berlaku perkara mungkar dan maksiat dan menjadi masalah
kepada negara.
296. Hukum Menonton Filem Seks
Soalan:
Apakah hukum jika seseorang itu melihat wayang atau pergi ke
panggung wayang? Apakah hukum melihat gambar seks atau filem seks?
Jawapan:
Seorang mukmin yang benar-benar bertakwa dikehendaki menjaga kakinya
dari menuju ke tempat-tempat maksiat dan lain-lain yang tidak diredai oleh Allah.
Adalah haram baginya menggunakan kakinya untuk menuju ke tempat maksiat
seperti panggung wayang dan lain-lain. Kaki ini pasti disoal oleh Allah SWT pada
hari Kiamat kelak. Begitu juga hukumnya menonton gambar atau filem seks juga
haram dan berdosa.

297. Isteri Menghisap Kemaluan Suami


Soalan:
Apa hukumnya kita mengarahkan isteri menghisap kemaluan kita
ataupun kita sendiri me..... kemaluan isteri kita dan apakah pula hukum
kita melihat kemaluan pasangan masing-masing?
Jawapan:
Hukum suami menghisap kemaluan isteri dan isteri menghisap kemaluan
suami telahpun dijelaskan sebelum ini ketika menjawab soalan yang diajukan
pada soalan 275.

298. Tips Menyintai Allah


Soalan:
Sebenarnya dalam hidup saya, saya rasa kosong saya ingin mencari satu
kepastian....
Soalan saya bagaimanakah kita nak bercinta dengan Allah, iaitu cinta
yang betul -betul kepadanya, sebab saya lihat kalau bercinta dengan
makhluk sesama makhluk lama kelamaan kita akan alpa. Jadi, saya ingin
tahu apakah tips untuk kita bercinta dengan Yang Maha Kuasa?

Jawapan:
Bercinta dengan Allah bukanlah sepayah bercinta dengan makhluk. Malah Allah
SWT memerintahkan semua makhluk manusia mencintaiNya dan mencintai
RasulNya lebih dari segala-galanya dalam hidup ini. Orang yang tidak berbuat
demikian dikira tidak beriman. Al-Quran dengan jelas menerangkan sesiapa yang
cintakan Allah hendaklah mengikut semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah
SAWT.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmidhi menjelaskan apabila


Allah SWt itu cinta kepada hamba-hambanya, Ia akan menguji hamba-hambaNya
itu. Ini bermakna seseorang yang bercinta dengan Allah hendaklah mematuhi
segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangannya yang diturunkan
kepada rasulNya. Ia juga harus tabah menghadapi ujian Allah samada berbentuk
ujian nikmat mahupun ujian berbentuk kesusahan dan pemderitaan.

Ia juga mesti tidak takut kepada seseorang dalam memperkatakan kebenaran


kecuali kepada Allah semata-mata. Dalam sebuah hadis riwayat Al-Bukhari
menjelaskan seseorang yang bercinta dengan Allah hendaklah melaksanakan
segala yang difardukan oleh Allah. Ia akan semakin hampir dan dekat dengan
Allah apabila ia melaksanakan segala ibadat sunat.
Di kala itu Allah SWT akan mengawasi pendengarannya dari mendengar
sesuatu yang haram, memelihara penglihatannya dari melihat sesuatu yang
haram dan tangannya dari memegang sesuatu yang bukan miliknya dan haram
pula. Allah SWT akan memperkenankan segala permintaannya dan akan memberi
pertolongan kepadanya.

Kesimpulannya bercinta dengan Allah ialah kewajipan semua makhluk dan ia


dilakukan dengan cara melakukan segala perkara yang diredai oleh Allah baik
yang fardu mahupun yang sunat sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW
di samping meredai qadak dan qadarNya.

299. Meninggalkan Tasyahhud Awal dan Doa Qunut


Soalan:
Apakah hukum sembahyang seseorang itu sekiranya seseorang itu
dengan sengaja meninggalkan duduk tahiyat awal dan bacaannya.
Kemudian sebelum salam pertama, beliau dengan sengaja tidak sujud
syahwi walaupun beliau ingat.

Adakah duduk tahyat awal dan bacannya termasuk dalam rukun atau
hanya sunat ab'ad (sunat yang di tuntut sahaja).

Berhubung dengan soalan di atas, bagi sembahyang subuh, apakah


hukum sembahyang seseorang itu sekiranya ia dengan sengaja tidak
membaca doa qunut dan sengaja tidak membuat syahwi walaupun dia
tidak terlupa?

Jawapan:
Meninggalkan tasyahhud awwal dengan sengaja dan meninggalkan pula sujud
sahwi dengan sengaja walaupun ingat tidaklah membatalkan solat seseorang itu
menurut jumhur ulamak. Walau bagaimanapun perbuatan ini bercanggah dengan
sunnah Rasulullah SAW dalam menunaikan solat yang terdapat dalam sebuah
hadis yang sahih; "Baginda bersabda:Solatlah anda sebagaimana anda melihat
saya bersolat".

Dalam sebuah hadis sahih yang lain yang dinukilkn oleh imam An-Nawawi
dalam syarah Mudahdhabnya menjelaskan nabi pernah suatu ketika menunaikan
solat Zohor tetapi terlupa untuk tasyahhud awwal, kemudian baginda
menggantikannya dengan dua kali sujud sahwi di akhir solatnya sebelum salam.
Apa yang jelas kepada kita tidak terdapat riwayat yang mengatakan nabi SAW
sengaja berbuat demikian.

Kerana itu orang yang sengaja meninggalkan tasyahhud awwal bererti ia telah
mencanggahi sunnah Rasulullah SAW. Tambahan pula solat bukanlah satu
perkara yang boleh dipermainkan. Solat ini telah ditunaikan oleh para sahabat
dan generasi umat Islam sesudahnya. Namun tidak ada pula dinakalkan ada di
antara mereka sengaja meninggalkannya, kecuali kerana terlupa. Itu sahaja.

Tasyahhud Awwal termasuk ke dalam sunat Ab'ad menurut jumhur ulamak


termasuklah Imam Syafi'i, Malik, Thauri, Awza'i, dan Abu Hanifah. Sunat Abd'ad
bermaksud sunat yang hampir-hampir mencecah hukum wajib. Kerana itu ia
tidak boleh sengaja diitinggalkan begitu sahaja. Menurut Imam Imad, Al-Laithi,
Ishak dan Dawud Tasyahhud awwal hukumnya wajib. Ini bermakna orang yang
sengaja meninggalkannya solatnya jelas batal. Golongan ini berhujjah hadis yang
menjelaskan nabi SAW menyuruh para sahabatnya menunaikan solat
sebagaimana mereka melihat baginda menunaikannya. tanpa sebarang
pengecualian satu rukun pun kerana itu hukum tasyahud awwal adalah
wajib.Jumhur ulamak pula berhujjahkan hadis yang disebutkan di atas
sebelumnya.

Qunut juga termasuk ke dalam sunat Ab'ad. Ini bererti orang yang tertinggal
melakukannya hendaklah sujud sahwi di akhir solatnya. Jika ia sengaja tidak
membaca qunut dan sengaja pula tidak sujud sahwi di akhir solatnya, hukum
solatnya tidaklah terbatal. Dalam madhhab Syafii qunut yang merupakan sunat
mempunyai dalil yang kuat seperti mana yang dijelaskan oleh An-Nawawi di
dalam syarah muhadhdhabnya.

Kerana itu ia tidak boleh dipandang remeh. Oleh kerana solat merupakan
perkara yang berat dan merupakan tiang agama, sewajarnyalah kita
meunaikannya dengan sempurna baik dari segi wajibnya mahupun dari segi
sunatnya. Janganlah hendaknya kerana ada di antara perkara sunat di dalamnya
kita dengan sewenang-wenangnya sahaja meninggalkan perkara sunat itu.
Kenapa dalam soal ibadat kita begitu mengambil mudah tetapi dalam soal
pengurusan duniawi kita begitu mengambil berat.?

300. Keluar Air Mani Setelah Mimpi Bersetubuh


Soalan:
Saya bermimpi bersetubuh dengan seorang perempuan tetapi hampir
mengeluar air mani. Kemudian saya terjaga dan saya tersentuh alat
kelamin dan terus mengeluarkan air mani. Apakah hukumnya?

Jawapan:
Seseorang yang bermimpi bersetubuh dengan seseorang perempuan kemudian
keluar mani, wajib ke atasnya mandi wajib. Ini berdasarkan hadis yang
diriwayatkan oleh Muslim: "Sesungguhnya air itu dengan air".

Dalam hadis yang lain, "Ummul Sulaim satu ketika pernah bertanya Rasulullah
SAW: Adakah wajib ke atas seorang wanita mandi wajib jika ia bermimpi
bersetubuh? Jawab Nabi SAW: Ya, jika ia melihat kesan air mani pada
pakaiannya". Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Berhubung
dengan kes anda, jika anda tersentuh hukumnya tidak berdosa namun anda
hendaklah mandi wajib.

301. Tatatertib di Rumah Allah


Soalan:
Apakah tata tertib ketika berada di rumah Allah seperti ketika masuk/keluar
masjid dan sebagainya. Dan apakah sembayang sunat yang dilakukan selepas
tamatnya azan selain daripada sembahyang tahiyatul masjid.
Jawapan:
Seseorang yang memasuki masjid hendaklah melangkah dengan kaki kanan dahulu
ke dalam masjid. Sebelum masuk bacalah doa: "Ya Allah Ya Tuhanku Bukalah untukku
pintu rahmatMu". Kemudian menunaikan solat tahiyyatul masjid dua rakat. Kemudian
duduklah dengan niat iktikaf. Duduklah dengah khusyuk dan tawaduk. Elakkan dari
bercakap tentang perkara yang bukan-bukan.

Bacalah Al-Qur'an berzikir dan lain-lain amalan kebajikan asal sahaja tidak
mengganggu orang yang sedang solat dalam masjid itu. Ketika hendak keluar bacalah
doa berikut "Ya Allah Ya Tuhanku aku mohon kelebihan kurniaan dari Mu" kemudian
keluar dengan melangkah dengan kaki kiri terlebih dahulu.

Solat sunat selepas azan ialah solat sunat yang berhubungan dengan azan itu
dilakukan. Umpamanya jika azan itu dilakukan untuk solat zohor umpamanya maka
kita menunaikan solat sunat zohor dua atau empat raakat itu sahaja. Tidak ada solat
sunat yang lain selain dari ini.

302. Bersolat dengan Pakaian Bergambar


Soalan:
Apakah hukumnya bersembahyang dengan berpakaian yang bergambar
manusia ataupun binatang?
Jawapan:
Berhubung bersolat dengan memakai pakain yang bergambar ulamak
menghukumkannya sebagai makruh kerana Rasulullah SAW melarang berbuat
demikian. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim
menjelaskan Rasulullah SAW pernah menyuruh pakaian yang baru sahaja
digunakannya untuk bersolat supaya dibawa kepada Abu Jahm dan digantikan dengan
pakaian yang bernama Anjabiyah. Ini kerana pakaian itu mengandungi gambar.

303. Solat Sunat Berimamkan Solat Fardhu


Soalan:
Soalan saya ialah, sedang saya sembahyang didatangi oleh seorang menepuk
bahu saya, dengan tujuan untuk berimamkan saya untuk sembahyang zuhor,
apakah saya perlu beritahu beliau yang saya sembahyang sunat bukannya
sembahyang zuhor, atau sembahyang beliau tadi sah atau sebaliknya?
Jawapan:
Para ulamak menjelaskan sah seorang yang menunaikan solat fardu solat
berimamkan orang yang menunaikan solat sunat. Kerana itu tidak perlu imam yang
terlibat membuat sesuatu isyarat supaya ia tidak dijadikan imam oleh orang yang ingin
menunaikan solat fardu itu, kerana ia sedang bersolat sunat. Lihat Fiqh Sunnah oleh
Sayyid Sabiq.

304. Fidyah bagi Meninggalkan Puasa 20 tahun


Soalan:
Boleh sekiranya Ustaz tunjukkan kira-kira, bagaimana untuk saya membayar
fidyah arwah Bapa saya yang sudah meninggal dunia, katakan lah ia tidak
berpuasa selama 20 tahun, tanpa Uzur?
Jawapan:
Dalam madhhab Syafii orang yang meninggal dunia tetapi mempunyai hutang
puasa Ramadan yang masih belum ditunaikan di masa hidupnya tanpa sebarang
keuzuran dan ia pula boleh menqadakkannya semasa ia hidup itu tetapi ia tidak
mengqadakkannya, maka hendaklah diambil dari harta peninggalannya sejumlah wang
setelah itu digunakan untuk membeli makanan lalu diberi makan kepada fakir miskin
sebanyak secupak makanan satu hari mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan
oleh ayahnya.

Jika melibatkan 20 tahun maka dikalikan 30 hari dengan 20 tahun. Jumlahnya ialah
600 cupak makanan. Ini berdasarkan pendapat baru imam Asy-Syafii. Dalam pendapat
lama imam Asy-Syafii wali si mati seperti anaknya dan lain-lain hendaklah berpuasa
untuk ayahnya sebanyak bilangan hari yang ditinggalkan oleh ayahnya itu selama 20
tahun. Ini berdasarkan keterangan dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh At-
Tirmidhi dari Ibn Umar yang menjelaskan sesiapa yang meninggal dunia tetapi masih
mempunyai hutang puasa yang masih belum dibereskan, hendaklah diambil dari harta
peninggalannya lalu dibeli makanan dan diberi makan kepada fakir miskin sebanyak
secupak makanan satu hari.Wallahu A'lam Bissawab.

305. Pernikahan yang boleh Berwali Hakim


Soalan:
Seorang wanita telah berkahwin di luar negara tanpa memberitahu kedua
ibubapanya (atas alasan ibubapa pasangan lelaki tidak bersetuju, jadi untuk
tidak mengecilkan hati kedua dua belah keluarga lelaki dan keluarga wanita,
perkahwinan ini dirahsiakan) dan wanita ini telah melantik seorang imam
untuk menjadi wali hakimnya. Persoalannya adakah boleh terus berkahwin
dengan berwalikan hakim tanpa terlebih dahulu si wanita tadi mendapat izin
ibubapanya?

Dan sekiranya bapa seorang wanita tidak membenarkannya berkahwin


tanpa sebab-sebab yang mengikut syariat, bolehkah wali hakim terus dilantik
tanpa terlebih dahulu mengambil wali lain mengikut urutannya (bapa
saudara, datuk dsb.) Mengikut rujukan saya wali hakim itu adalah pilihan
terakhir setelah semua wali-wali yang lain tidak ada atau semuanya tidak
bersetuju tanpa alasan syar'í.

Abdullah, Germany
Jawapan:
Seseorang yang hendak berkahwin walaupun diluar negara hendaklah meminta
kebenaran terlebih dahulu dari walinya. Yang pertamanya dari wali mujbirnya iaitu
bapanya. Jika bapanya tidak ada maka pewalian itu berpindah kepada
datuknya.Sesuatu pewalian itu tidak akan berpindah kepada wali hakim kecuali oleh
faktor-faktor berikut:

1. Kerana tidak ada wali nasab.

2. Kerana tidak cukup syarat wali bagi wali Aqrab dan wali Ab'ad pula tidak ada.

3. Kerana wali Aqrab berada di tempat yang jaraknya lebih dari 96 Kilometer.

4. Kerana wali Aqrab masuk penjara dan tidak boleh berhubung dengannya.

5. Kerana wali Aqrab berada dalam ihram.

6. Kerana wali Aqrab menyembunyikan diri untuk mengelakkan dari menikahkannya.


7. Kerana wali Aqrab berdegil tidak mahu menikahkannya .

8. Kerana wali Aqrab hilang dan tidak diketahui tempatnya samada ia sendiri masih
hidup atau sudah mati juga tidak diketahui.

9. Kerana wali Aqrab hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tidak ada wali lain
yang sederjat dengannya.

Jika terdapat faktor ini bertukarlah dari wali Aqrab kepada wali hakim. Sehubungan
dengan itu apabila seseorang anak gadis telah mendapat kebenaran khusus dari wali
mujbirnya jika ada atau dari wali Aba'd jika wali mujbir tidak ada, biasanya wali-wali
ini akan mewakilkan kepada mana-mana individu yang dipercayai ilmu keagamaannya
di luar negara untuk menikahkan anak perempuannya. Ini yang biasa berlaku di
kalangan pelajar yang menuntut di luar negara.

Jika bapa tidak ada atau enggan mewalikan perkahwinan anaknya, maka bapa ini
disebut sebagai wali A'dal. Dikala itu berpindahlah pewalian kepada datuknya.
Kebenaran boleh dipohon dari datuk sebelah lelaki gadis (ayah kepada bapanya)
tersebut untuk mengahwinkan anak gadis terlibat.

306. Hukum Zakat bagi Pelajar


Soalan:
Wajibkah para pelajar yang menerima biasiswa membayar zakat sepertimana
zakat pendapatan yang dibayar oleh orang yang bekerja?
Abdullah, Germany
Jawapan:
Wang biasiswa tidak diwajibkan ke atasnya zakat kerana melibatkan wang
perbelanjaan seharian untuk urusan pembelajaran. Tambahan pula ia sentiasa
berkurang dari semasa ke semasa dan tidak cukup haul atau tidak cukup setahun yang
telah ditetapkan oleh ulama untuk melayakkan ianya dikeluarkan zakat. Apalagi
saudara yang bertanya sedang menuntut di negara Germany, yang mana situasi ini
amat-amat memerlukan kepada bantuan kewangan dari pihak berkuasa dan umat
Islam.

307. Dilema Setelah Terlanjur


Soalan:
Masalah saya ialah.....
Buat pengetahuan ustaz saya belum berkahwin, tetapi sebulan lepas saya
telah terlanjur dengan seorang teman ( selepas 2 hari bebas dari haid ).
Tetapi teman saya tidak memasukkan sehingga pangkal, cuma di hujung saja.
Dan pancutan mani berlaku di luar bukan di dalam. Masalahnya sekarang
setelah cukup sebulan lebih ( dari tempoh terlanjur itu ) dan haid saya tidak
datang, ini merisaukan saya, adakah saya telah mengandung atau hanya
lambat datang haid. ( Kebiasaannya mula datang haid saya 29-31
haribulan ) . Apa yang patut saya buat jika betul saya mengandung, apa
langkah yang patut saya lakukan?
Hamba Allah, Johor
Jawapan:
Dalam Al-Quran jelas terdapat larangan melakukan perzinaan baik secara sukarela
mahupun secra terlanjur. Pelakunya bukan sahaja dikutuk oleh Allah malah jika ia
belum berkahwin ia layak dirotan sebanyak seratus rotan menurut hukum hudud
Islam jika sabit kesalahannya. Al-Imam Az-Zahabi menukilkan sebuah hadis yang
menjelaskan apabila seseorang hamba melakukan perzinaan tercabutlah iman dari
dirinya sebagaimana ia mencabut pakaian dari badannya. Iman itu berada di atas
kepalanya seperti bayangan. Setelah ia berhenti dari melakukan perzinaan iman itu
kembali semula kepadanya.

Inilah yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidhi dan juga Imam Al-Baihaqi. Menurut
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Jawzi menjelaskan seseorang yang
melakukan perzinaan akan ditimpa 6 sifat yang membinasakannya 3 di dunia dan 3
lagi di Akhirat. 3 di dunia ialah hilang kehebatan air muka, pendek umur dan
berterusan dalam keadaan papa kedana manakala 3 di akhirat pula ialah mendapat
murka Allah, hisab yang buruk dan mendapat azab yang pedih dalam neraka.

Memandangkan betapa dahsyatnya perzinaan ini, maka Islam mengharamkan


seorang lelaki berkhalwat dengan seorang perempuan walaupun kekasih atau
tunangannya sendiri. Dalam sebuah hadis riwayat Jabir RA menjelaskan barangsiapa
yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka janganlah ia berkhalwat dengan
seorang perempuan tanpa mahram, kerana pihak yang ketiganya ialah syaitan.
Apabila seorang lelaki berada berdekatan dengan seorang perempuan apalagi jika
berkhalwat di tempat sunyi, syaitan akan membujuknya sehingga masing-masing akan
naik syahwat.

Dikala itu yang terlibat tidak akan ingat lagi kepada suruhan dan larangan agama.
Apa yang difikirkan di masa itu hanyalah untuk melepaskan hajatnya sahaja. Selepas
itu barulah ia rasa menyesal tak sudah-sudah. Menurut Ibn Abbas apabila alat kelamin
seorang lelaki mahupun perempuan naik syahwat, maka di kala itu masing-masing
kehilangan satu pertiga dari akal. Justeru itu keadaan berkhalwat merupakan keadaan
yang amat sukar kepada seseorang untuk mengawal dirinya yng akhirnya berlakulah
perbuatan terkutuk iaitu perzinaan.

Sesungguhnya, sekiranya Allah menghendaki sesuatu, Ia kata jadi, maka jadilah.


Andainya Allah menghendaki saudari mengandung, maka saudari akan tetap
mengandung walau bagaimanapun caranya saudari gunakan bagi mengelakkan
persenyawaan benih. Bayangkan jika Allah menimpakan kehinaan pada saudari, ketika
saudari bersama teman saudari, Allah ambil nyawa saudari dan teman saudari,
bagaimanakah keadaan saudari ketika itu yang telah tercabut imannya. Bagaimanakah
pula keadaan ibubapa dan keluarga kedua belah pihak? Fikirlah semasak-masaknya
sebelum saudari menempuhi keadaan yang mencurigakan dan boleh membawa
kepada kemaksiatan. Janganlah mendekati zina, dan perkara-perkara atau keadaan-
keadaan yang mengarah kepada penzinaan.

Dalam kes saudari ini, jelas saudari melakukan perzinaan yang dikutuk oleh agama,
kerana itu saudari hendaklah bertaubat kepada Allah dan menjauhi perbuatan ini sama
sekali. Jika hukum Islam dilaksanakan, saudari berhak dirotan sebanyak 100 rotan
sebagaimana yang dijelaskan di atas. Saudari juga dinasihatkan supaya segera
berkahwin dengan pasangan saudari itu sendiri kerana Al-Quran menjelaskan penzina
perempuan tidak layak berkahwin kecuali dengan penzina lelaki yang berzina
dengannya. Ini juga untuk membolehkan anak yang dikandung saudari itu dibinkan
kepada lelaki yang berzina dengan saudari itu.

308. Keperluan Tarikat


Soalan:
Saya ingin dijelaskan apa itu tarekat, apakah setiap muslim harus melalui
tarekat, bagaimana bila ada seorang muslim tidak mahu tahu mengenai
tarekat, bahkan sangat benci dengan ilmu tarekat atau tasawuf atau ilmu
batin?

Jawapan:
Pengertian tarikat: Tarikat diambil dari perkatan arab membawa maksud jalan.
Kalau disebut tarikat Al-Fikr membawa maksud jalan berfikir. Jika disebut tarikat Az-
Zikr membawa maksud jalan berzikir dan lain-lain. Dalam Al-Quran biasanya tarikat
digunakan untuk jalan yang diikuti oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diajarkan
kepada baginda oleh Allah SWT melalui Malaikat Jibril. Ini merangkumi soal jalan
baginda beribadat, berakidah, bermuamalah, mengadakan hubungan antarabangsa,
mendirikan negara, melayan tetamu, menyiapkan bala tentera dalam peperangan,
menguruskan keluarga dan lain-lain. Dari segi istilah, tarikat ditakrifkan oleh Syeikh
Ahmad Khatib Al-Minangkabau seorang ulama dari Indonesia yang pernah menjadi
khatib di Makkah Al-Mukkaramah sebagai jalan yang ditempuhi oleh nabi SAW, para
sahabat, ulama dan para ahli sufi generasi awal dahulu. Jalan ini mesti diikuti oleh
umat Islam.

Menurut Syeikh Al-Jurjani tarikat ialah jalan khusus menuju kepada Allah yang
melibatkan pengharungan beberapa halangan dan penempuhan beberapa tingkatan
rohani dalam berbagai maqam. Syeikh Al-Kandahlawi pula mendefinisikan tarikat itu
sebagai sejalan dengan makna ihsan yang terdapat dalam sebuah hadis yang sahih
iaitu seorang itu beribadat kepada Allah seolah-olah ia melihat Allah, Jika ia tidak
melihat Allah, Allah melihatnya. Bagaimanpun tarikat tasauf sekarang lebih tertumpu
kepada teknik berzikir untuk membersihkan jiwa kerana itu timbullah istilah tarikat
Qadiriyah, Naqsyabandiyyah dan sebagainya.

Setiap muslim wajib melalui tarikat untuk menuju kepada Allah tetapi bukan melalui
tarikat yang ada sekarang ini, sebaliknya tarikat dalam ertikata jalan yang dibawa oleh
junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan diikuti oleh para sahabatnya. Tarikat ini
merangkumi soal akidah, ibadat dan akhlak. Kerana itu mereka hendaklah menuntut
ilmu dari para ulama yang dipercayai keimuannya, tidak melakukan bid'ah dan
sentiasa menunaikan amalan yang wajib di samping berterusan melakukan amalan
yang sunat. Selain itu ia juga perlu tegas dalam menentang perkara mungkar. Ulama
seperti inilah menurut Ibn Al-Qayyim yang layak dijadikan guru.

Tidak mahu bertarikat dengan ertia kata tidak mengikuti salah satu dari tarikat zikir
yang disertai oleh sesetengah masyarakat sekarang seperti Tarikat Ahmadiyyah dan
sebagainya tidaklah menjadi kesalahan, tetapi tidak bertarikat dalam ertikata tidak
mengikut cara nabi berakidah, beribadah dan berakhlak adalah haram dan berdosa
malah terkeluar dari islam. Membenci tarikat Zikir adalah sesuatu yang tidak wajar
kerana zikir kepada Allah adalah perkara yang boleh menggilapkan hati dan
mendekatkan diri seseorang kepadaNya.

Walau bagaimanapun jangan difahami istilah zikir itu sekadar zikir lisan sahaja,
malah zikir dalam ertikata yang sebenarnya merangkumi zikir hati, lisan dan anggota.
Ini merangkumi berjihad fi sabilillah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat
menunaikan fardu haji di Baitullah, berbuat baik kepada jiran tetangga, menziarahi
orang sakit, menolong orang yang dalam kesusahan, menziarahi kubur, beriktikaf,
menuntut ilmu, mengulangkaji ilmu, mengadakan majlis perbincangan ilmu dan lain-
lain. Bagimanapun jika seseorang itu membenci teknik zikir yang dilakukan dalam
sesuatu tarikat itu kerana ia bercanggah dengan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
adalah sesuatu yang baik, kerana itu bererti ia tidak meredai sunnah Rasulullah SAW
dicemari oleh tangan-tangan manusia yang tidak berilmu.

309. Perbezaan Tarikat dan Tasauf


Soalan:
Apa perbedaan tarekat dan tasauf, juga tolong diberi daftar/senarai tarekat
yang mutabaroh baik yang beredar di Malaysia ataupun Indonesia?

Jawapan:
Perbezaan antara tarikat dan tasauf, menurut ahli tasauf tarikat adalah lebih umum
berbanding tasauf kerana tarikat merupakan jalan ke arah tasauf. Dengan kata lain
seorang ahli tasauf ialah seorang yang sudah menempuh jalan yang dilalui oleh
Rasulullah SAW dan para sahabatnya, dan telah berjaya mencapai peningkatan rohani
sehingga hampir dengan Allah tetapi tidak semestinya seorang yang bertarikat itu ia
bertasauf, kerana boleh jadi dalam perjalanannya itu ia diselewengkan oleh syaitan
lantas tergelinncir ke lembah syirik dan lain-lain.

Tarikat yang muktabar di zaman ini amat sukar dicari. Imam Al-Qusyairi pernah
menyatakan kesukaran untuk mendapatkan syeikh tarikat yang benar-benar mursyid
di zamannya, apalagi di zaman kita ini. Tambahan pula menurut syeikh Ahmad Al-
Khatib tarikat-tarikat sekarang banyak diresapi oleh unsur-iunsur bid'ah dan jalan
pembawaannya juga sudah banyak diresapi oleh ajaran syiah dan ajaran hindu.
Bagaimanpun pengamal-pengamal tarikat di zaman ini masih mendakwa tarikat
mereka sebagai tarikat yang muktabar seperti tarikat Ahmadiyyah, Naqsyabandiyyah,
Qadiriyyah dan lain-lain.

Kesimpulannya seseorang itu boleh memasuki tarikat ini selagi ia melihat tidak
terdapat perkara yang bercanggah dengan Al-Quran dan Al-hadis. Jika terdapat
percanggahan yang jelas dengan Al-Quran dan Al-Hadis hendaklah ditingalkannya.
Sebaliknya hendaklah ia bergaul dengan para ulama yang benar-benar amanah dalam
ilmunya. Sebaik-baik jalan itu ialah yang dibawa oleh generasi salaf dahulu, kerana
generasi mereka selamat dari perkara bid'ah dan khurafat. Untuk mendapat
keterangan lebih lanjut sila rujuk buku pengantar ilmu tarikat oleh Prof. Dr. Abu Bakar
Aceh dari Indonesia.

310. Hukum Memasukkan Jari ke Faraj


Soalan:
Adakah seseorang itu memasukkan jari ke faraj untuk tujuan melepaskan
nafsu daripada mengelakkan zina itu berdosa?

Jawapan:
Perbuatan memasukkan jari ke dalam faraj untuk memuaskan nafsu adalah suatu
perbuatan yang haram menurut kacamata agama Islam. Perbuatan ini juga menzalimi
diri sendiri. Dara bagi seseorang gadis adalah sesuatu yang cukup penting dalam
hidupnya. Seorang gadis yang tidak ada dara akan dianggap oleh masyarakat sebagi
seorang pelacur, atau seorang yang kuat bermain sukan, atau seorang yang dirogol
atau diperkosa. Inilah anggapan masyarakat pada diri gadis yang tidak ada dara lagi.

Seorang suami yang beriman sangat menilai adakah isterinya masih ada dara atau
tidak. Jika tidak ada dara lagi ia merasakan kelelakiannya sudah tercabar. Perbuatan
ini jga merosakkan diri sendiri. Justeru itu suka dicadangkan kepada saudari yang
bertanya supaya bertaubat kepada Allah dengan segera dan meninggalkan perbuatan
ini. Tunaikan solat hajat banyak-banyak untuk memohon seorang suami yang salih
untuk saudari dan perbanyakkanlah membaca surah Yusuf. Mudah-mudahan Allah
menyelamatkan saudari dari terjerumus ke jalan yang salah itu.

Berkahwin adalah jalan paling selamat kepada saudari. Al-Quran menceritakan


kepada kita apabila masyarakat nabi Allah Lut melakukan hubungan seks sesama
lelaki, nabi Lut menawarkan supaya mereka berkahwin dengan anak-anak
perempuannya yang suci tetapi mereka menolak. Akhirnya Allah SWT menghancurkan
mereka sehingga bumi mereka sendiri lenyap dan yang timbul hanyalah laut Mati di
negara Jordan sekarang.

Jika saudari tidak mampu berkahwin hendaklah saudari berpuasa sunat kerana
dengan berpuasa itu dapat menyelamatkan saudari dari perzinaan malah ia kan
menjadi benteng kepada saudari. Berkawanlah dengan sahabat yang salihah,
Sentiasalah menghadiri solat berjemaah baik di surau mahupun di masjid.

311. Mengelakkan Persetubuhan kerana Keletihan


Bekerja
Soalan:
Saya baru berumahtangga empat bulan. Saya seorang isteri yang
bekerja. Haruskah saya melayani suami saya bila-bila sahaja dia
perlukan senggama walaupun saya penat. Akan kecewakah dia jika saya
selalu tidak mahu?
Saya rela dia bersatu bila saya tak kerja sahaja. Saya tidak mahu dia
akan terasa kecewa atau bosan.
Jawapan:
Seorang suami dikehendaki menanggung segala nafkah isteri dengan
sempurna. Jika ia merasakan keperluan rumahtangganya masih belum cukup, ia
boleh memberi kebenaran kepada isterinya berkerja dengan kerja-kerja yang
sesuai dengan sifat fitrah semulajadi seorang wanita. Kerja itu pula tidak
melibatkan percampuran bebas antara kaum lelaki dan perempuan dan dalam
batas-batas menutup aurat.Memanglah seorang isteri akan mengalami kepenatan
apabila berkerja disiang hari dan kepenatan ini kadang-kadang sudah cukup
baginya untuk tidak dapat melayan kehendak suaminya.

Bagaimanapun seorang isterinya yang diajak oleh suaminya untuk melakukan


persetubuhan tidak boleh menolak ajakan ini. Jika ia menolak bererti ia telah
menderhaka kepada suaminya atau nusyuz kecuali jika ia sendiri uzur syar'i..
Berdasarkan hadis riwayat At-Tabrani isteri yang nusyuz tidak akan diterima
solatnya oleh Allah SWT. Dalam hadis riwayat Abu Dawud pula menjelaskan isteri
yang nusyuz akan dilaknat oleh para malaikat. Al-Imam Az-Zahabi menjelaskan
sebuah hadis dalam kitabnya Al-Kabair apabila seorang suami mengajak isterinya
supaya melakukan persetubuhan tetapi ia enggan berbuat demikian, ia akan
dilaknat oleh malaikat sampai ke pagi.

Beliau juga mengemukakan sebuah hadis yang menjelaskan apabila seorang


suami mengajak isterinya melakukan persetubuhan, hendaklah segera dipenuhi
ajakan suaminya walaupun ia sedang memasak di dapur, malah jika suami
mahukan isteri bersetubuh di atas belakang unta sekalipun isteri hendaklah taat.
Jika tidak taat sudah pasti suami akan kecewa. Kekecewaan ini kadang-kadang
membuatkan suami merasa tawar hati kepada isteri dan akhirnya mewujudkan
hubungan yang renggang dalam keluarga.

Walau bagaimanapun ulama berpendapat adalah sesuatu kurang adab dan


kurang wajar jika sesuatu persetubuah itu dilakukan dalam keadaan salah satu
pasangan itu kepenatan berkerja dan lain-lain. Tunggulah sehingga kepenatan ini
hilang dahulu.

312. Memasukkan Jari Ke Dubur


Soalan:
Bolehkah si suami memasukkan jarinya ke lubang dubur isterinya
semasa melakukan persetubuhan?

Jawapan:
Dalam sebuah hadis yang dinukilkan oleh Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Al-
Kabair menjelaskan Allah SWT melaknat suami yang mensetubuhi isteri masing-
masing di duburnya tidak diqubulnya. Jika memasukkan alat kelamin dilaknat
oleh Allah dan berdosa, maka memasukkan jari ke dalam dubur adalah sesuatu
yang haram dan tidak wajar juga.

Tambahan pula dubur bukanlah kawasan istimta' yang diharuskan oleh syarak
kerana ia adalah kawasan tempat keluar najis. Islam mengutamakan kebersihan.
Kerana itu dalam adab sopan melakukan persetubuhan tempat seperti ini
hendaklah dijauhi, kerana ia boleh mendatangkan mudarat. Dalam kaedah fikah
ada menjelaskan setiap kemudaratan itu hendaklah dihilangkan.Wallahu A'lam.

313. Wuduk dengan Tangan Berbalut


Soalan:
Apabila seorang itu berubat dan ibu jarinya dibalut, dan apabila kita
hendak mengambil air sembahyang, tetapi ibu jari tadi tidak kena air,
sahkah kita punya sembahyang?

Jawapan:
Berhubung jari yang berbalut oleh sebab sesuatu luka dan lain-lainnya, ia
tetap tidak menjejaskan proses mengambil wuduk seseorang. Ketika mengambil
wuduk anda boleh menyapu di atas pembalut luka tadi, tanpa perlu
menanggalkannya. Jika sapu dengan air di atas pembalut luka ini memudaratkan
anda juga, anda boleh bertayamum. Jika balutan luka itu terlampau kecil dan
tidak mudarat jika anda membukanya hendaklah anda membukanya dan
mempastikan air sampai kepadanya ketika mengambil wuduk. Wallahu A'lam.
314. Sebab-sebab Menjadi Kafir
Soalan:
Baru-baru ini saya ada berbincang dengan sesorang tentang perkara
yang menyebabkan kafir. Katanya, jika seseorang itu melakukan perkara
yang haram, maka orang itu telah kafir. Contohnya jika tidak menutup
aurat, maka hukumnya menjadi kafir. Sedangkan pada pengajian saya
orang yang melakukan perkara yang haram akan berdosa selagi mana ia
tidak menghalalkan hukum tersebut yakni menghalalkan yang haram dan
mengharamkan yang halal. Pada fahaman saya orang tersebut
mempunyai fahaman yang silap. Saya minta supaya ustaz memberi
penjelasan.

Jawapan:
Dalam buku Nawaqidul Al-Iman iaitu sebuah buku yang membicarakan tentang
perkara-perkara yang membatalkan iman, pengarang telah membahagikan
aktiviti yang boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam kepada dua
bahagian iaitu dengan perkataan dan juga dengan perbuatan. Setiap perkara
atau perbuatan yang zahirnya menunjukkan seseorang itu ingkar atau tidak
mempercayai atau memepersendakan salah satu dari rukun-rukun iman yang
enam dan rukun-rukun Islam yang lima, ia dianggap murtad. Jika dilakukan
secara terang terangan ia diminta supaya bertaubat dengan segera dan kembali
semula kepangkuan Islam.

Jika ia enggan kembali semula kepada Islam, menjadi kewajipan kepada pihak
pemerintah menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya. Sebalik jika perbuatan
meninggalkan segala suruhan Allah tidak menunjukkan ingkar, tidak percaya atau
tidak mempersendakan agama Islam, maka ia tidak dihukum sebagai murtad,
tetapi hukumnya adalah berdosa besar, kerana meninggalkan suruhan Allah SWT
itu. Untuk mendapat keterangan lanjut tentang masalah ini sila rujuk buku
mastika hadis keluaran pusat Islam Malaysia.

Perbuatan membuka aurat adalah berdosa besar pada pandangan Islam, tetapi
tidak mengkufurkan seeorang yang melakukannya. Walau bagaimanapun jika ia
menghalalkan perbuatannya itu, ia dikira kufur dengan Allah dan terkeluar dari
Islam. Perintah menutup aurat dalam Islam adalah perintah wajib, yang mesti
dipatuhi oleh semua orang Islam. Tidak ada sebarang pengecualian. Selain tidak
menutup aurat memakai pakain yang nipis juga adalah berdosa besar kerana
pemakainya tidak dikatakan menutup aurat dalam ertikata yang sebenar,
sebaliknya masih bertelanjang berdasarkan keterangan sebuah hadis yang sahih.

315. Meninggalkan Solat Jumaat


Soalan:
Saya berkerja di salah sebuah bank di ibu kota. Kebanyakkan pekerja di
pejabat saya ialah lelaki Islam. Oleh itu, pada hari Jumaat, selalunya
antara kami akan diminta berkerja pada waktu solat Jumaat
memandangkan kami kekurangan pekerja. Ianya akan dilakukan secara
bergilir-gilir antara pekerja lelaki Islam. Soalannya, apakah hukumnya
saya meniggalkan solat Jumaat pada hari itu dan apakah yang patut saya
lakukan?

Jawapan:
Meninggalkan solat jumaat adalah haram walaupun kerana sibuk berkerja.
Solat jumaat hukumnya adalah fardu ain yang mesti ditunaikan oleh seseorang.
Orang yang dikecualikan dari menunaikan solat jumaat ialah hamba, orang yang
bermusafir, orang perempuan dan kanak-kanak, tetapi tidak termasuk orang
yang terkena giliran berkerja pada hari jumaat. Untuk penjelasan lanjut sila rujuk
ruangan jawapan bagi soalan 215 dan 270 terdahulu berhubung orang yang
meninggalkan solat jumaat kerana terkena giliran berkerja.

316. Cara Mengerjakan Solat Jenazah


Soalan:
Soalan hamba bagaimanakah niat solat jenazah bagi lelaki ataupun
perempuan (jenazah) mula dari niat sampai salam?
Jawapan:
Untuk mengimami solat jenazah imam hendaklah mengetahui pertama sekali
tentang kedudukan jenazahnya yang hendakk disolatkan, adakah lelaki atau
perempuan. Begitu juga makmum. Jika jenazah lelaki niatnya ialah: "Sahaja aku
solat jenazah ke atas mayat lelaki @ mayat perempuan ini empat takbir fardu
kifayah kerana Allah SWT."

Makmum boleh berniat: "Sahaja aku menunaikan solat jenazah ke atas mayat
yang disolatkan oleh imam empat takbir fardu kifayah kerana Allah SWT."
Setelah berniat mulakanlah dengan bertakbiratul Ihram, kemudian bacalah surah
Al-Fatihah. Setelah selesai membaca surah Al-Fatihah bertakbir pula untuk kali
keduanya, setelah itu membaca solawat ke atas nabi. Solawat yang paling afdal
ialah solawat Ibrahimiyah yang biasa dibaca di dalam tahiyat akhir solat.

Kemudian takbir kali ke tiga seterusnya membaca doa ke atas mayat,


sekurang-kurangnya menyebut; "Ya Allah Ya tuhanku Ampunilah dosa-dosanya,
rahmatilah ia, afiatkanlah ia dan maafkanlah ia." Bacalah doa yang mudah.
Seterusnya bertakbir untuk kali ke empatnya dan seterusnya memohon
keampunan dari Allah ke atas dosa-dosa yang telah kita lakukan dan dosa-dosa
yang dilakukan oleh seluruh kaum muslimin yang terdahulu. Kaedah
selengkapnya solat jenazah ini bolehlah dirujuk kepada cara mengerjakan solat
jenazah dalam buku-buku yang membicarakannya

317. Berimamkan Sekuriti Bank Riba


Soalan:
Saya ada terlihat seorang yang biasa menjadi imam sembahyang
berjamaah di surau menjadi Security Guard di salah sebuah bank yang
ada mengamalkan sistem riba. Apakah hukumnya makmum yang ikut
dibelakangnya sedang ia berkerja dengan bank riba. Saya teringat akan
hadith Rasulullah SAW bahawa sesiapa yang terbabit di dalamnya akan
memdapat dosa. Diharap dapat tuan memberi penjelasan supaya tidak
ada keraguan.

Jawapan:
Umumnya adalah sah berimamkan orang yang melakukan maksiat dan imam
yang fasik sebagaimana menurut iktikad ahli sunnah Wa Al-Jamaah. Ini kerana
ada beberapa tokoh ulamak menunaikan solat di belakang Hajjaj bin Yusuf Ath-
Thaqafi di zamannya yang banyak membunuh orang dalam sejarahnya. Ini
menunjukkan perkara ini adalah dibolehkan dan solat adalah sah.
Yang pentingnya ialah seseorang itu menunaikan solat mencukupi syarat-syarat
dan rukun-rukunnya. Inilah pendapat yang dipegang ooleh jumhur ulamak
termasuklah mufti negara Saudi dalam fatwa semasa beliau. Walaubagaimanapun
jika ada imam yang tidak fasik dan bukan pula ahli maksiat, adalah lebih
berimamkan imam ini.
^

318. Memberi Salam Kepada Bukan Islam


Soalan:
Seorang yang bukan Islam telah datang bertanya kepada saya, apakah
hukumnya seseorang yang beragama Islam memberi salam kepada
orang yang bukan Islam? Ini adalah kerana setiap kali beliau menelefon
sahabatnya yang beragama Islam, sekiranya yang mengangkatnya ibu
kepada sahabat beliau sering memberi salam kepadanya. Saya
memberitahu beliau agar tidak memjawab salam itu dan saya
menerangkan kepadanya bahawa ucapan salam ini terbahagi kepada 3
iaitu Wajib, Sunat dan Haram dan lagi "Salam" itu adalah diantara 99
nama Allah. Saya mengharapkan agar pihak tuan dapat memberi
pandangan dan hukum terhadap soalan saya ini.

Jawapan:
Salam disyariatkan kepada umat Islam sebagai tanda perkenalan antara
mereka dan menyalahi cara bertegur sapa yang dilakukan oleh mereka yang
tidak beriman kepada Allah dan rasulNya. Salam itu sendiri sebenarnya adalah
doa. Ini bermakna jika setiap pagi dan petang kita menerima salam dari saudara
seIslam dengan kita samada yang kita kenali mahupun yang tidak kita kenali,
kita sudah didoakan rahmat yang banyak dari mereka.

Orang yang hidupnya dalam keadaan sentiasa didoakan oleh saudara seIslam
dengannya bererti hidupnya adalah berkat. Islam menggariskan hukum memberi
salam adalah sunat, tetapi menjawabnya adalah wajib berdasarkan nas dari Al-
Quran sendiri. Memandangkan besar kelebihan yang terdapat pada salam itu, kita
dilarang dari menyampaikannya kepada orang-orang yang bukan Islam. Malah
jika orang yang bukan Islam memberi salam kepada kita, kita hendaklah
menjawab : "Waalaikum" sahaja.

Namun begitu jika seseorang itu tersalah memberi salam kepada seseorang
yang disangkanya adalah muslim, tetapi pada hakikatnya tidak begitu, hukumnya
tidaklah berdosa, kerana ia dilakukan tanpa sengaja. Dalam sebuah hadis sahih
menjelaskan, sesuatu perbuatan yang dilakukan tanpa sengaja tidak
membuahkan sebarang dosa kepada pelakunya. Keadaan ini biasanya banyak
berlaku kepada pengguna-pengguna telefon di rumah-rumah, padahal orang
yang menelefon itu bukan Islam. Seeloknya hendaklah dipastikan terlebih dahulu
adakah pemanggil itu Islam atau tidak.

Itulah cara terbaik untuk mengelakkan dari terlibat dengan perkara syubhah.
Ini boleh dilakukan dengan mengecam suara pemanggil. Melalui suara ini dan
gaya bahasa bercakap kita dapat mengetahui biasanya adakah ia Islam atau
tidak.
319. Dilema Pilihan Ibubapa dan Pilihan Sendiri
Soalan:
Saya telah menjalinkan hubungan dengan seorang kawan lelaki
semenjak setahun yang lalu. Sebelum hubungan ini terjalin kami telah
melakukan solat istikharah terlebih dahulu dan alhamdulillah Allah telah
memberikan kekuatan dan petunjuk kepada kami untuk menjalinkan
hubungan. Untuk menjaga hubungan ini agar diredhai Allah kami tidak
pernah keluar bersama (berdating) dan menjauhkan perbuatan yang
boleh mendatangkan fitnah.

Kami hanya berhubung hanya melalui telefon dan kiriman surat.


Walaupun begitu hubungan kami tetap terjalin atas ikatan janji bahawa
Insya Allah kami ingin menjadi sepasang suami isteri pada suatu masa
nanti. Masalahnya ialah sekarang ibu dan bapa saya ingin mejodohkan
saya dengan lelaki pilihan mereka. Saya telah menjelaskan tentang
hubungan kami tapi mereka menolak dengan alasan kawan saya itu
masih lagi menuntut di universiti. Sedangkan saya sudahpun berada di
tahun akhir.

Walaupun kawan saya itu bukanlah di kalangan keluarga yang berada


tetapi asas agamanya kukuh. Apa yang saya ingin tanyakan adakah
Islam memberi kebebasan kepada seorang anak perempuan untuk
memilih pasangannya? Apakah yang patut saya lakukan sekarang? Jika
hubungan kami ini gagal adakah terdapat kesilapan ketika kami
memohon petunjuk Allah semasa beristikharah dahulu?

Jawapan:
Sebelum saya menghuraikan persoalan ini dengan lebih lanjut, suka
dinasihatkan perkara pertama yang saudari harus yakini ialah jodoh dan
pertemuan itu di tangan tuhan. Berdasarkan keterangan saudari, saudari telah
melakukan apa yang patut saudari lakukan dengan menunaikan solat Istikharah.
Untuk pengetahuan saudari bagi menyempurnakan lagi hasil istikharah tersebut
kita diminta supaya tidak memberati diri kita dengan pilihan yang kita sendiri
bersetuju dengannya sebelum itu, sebaliknya hendaklah saudari kosongkan hati
dan serahkan segala urusan kepada Allah SWT.

Saudari perlu mengamati adakah solat Istikharah yang saudari lakukan itu
menepati kaedah pelaksanaannya dengan yang digariskan oleh ulamak dari awal
sampai ke akhirnya. Saudari juga dikehendaki menunaikan solat istikharah itu
bukan sekali dua sahaja, bahkan acap kali. Jika saudari sudah benar-benar yakin
dengan keputusan saudari berdasarkan petanda-petanda yang saudari perolehi,
saudari boleh menentukan pilihan berdasarkan petanda tersebut.

Selain itu saudari juga dikehendaki menunaikan solat sunat hajat meminta
agar Allah SWT mempermudahkan pilihan saudari itu dan menyerahkan kepada
Allah supaya Ia menyediakan jalan keluar kepada permasalahan yang saudari
hadapi di samping memperbanyakkan ketaqwaan kepadaNya. Dalam Islam
seseorang mempunyai kebebasan dalam memilih jodoh, asalkan ia adalah
sesama Islam dan dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Namum begitu oleh kerana sifat semulajadi kaum wanita malu, maka orang
yang paling berhak memilih jodoh untuknya ialah ibu bapanya, kerana merekalah
yang paling memahami kedudukan anak perempuan mereka. Mereka tidak
mencari jodoh yang tidak sepadan dengan kedudukan anak perempuan mereka.
Namun begitu persetujuan hendaklah diperolehi dari wanita terlibat bagi
mempastikan pilihan ibubapanya itu kufu atau tidak dengan anak gadis terlibat.
Jika tidak kufu anak gadis terlibat berhak menolak pilihan itu. Seseorang anak
gadis yang sudahpun mempunyai pilihan sendiri, dan pilihannya itu pula sudah
kufu dengannya menurut kaca mata Islam hendaklah memberitahu hal ini kepada
ibubapanya, supaya mereka berpuashati dengan pilihan anaknya. Dalam Islam
seorang gadis yang masih dara berhak meminta fasakh dari hakim jika ia
dikahwinkan oleh ibubapanya dengan calon suami yang tidak sekufu dengannya.

Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW seorang perempuan menemui


baginda mengadu yang beliau dikahwinkan oleh ayahnya dengan orang yang
tidak sekufu dengannya dan baginda SAW memfasakhkan perkahwinan itu.

soalan:
Pertama sekali saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pihak
tuan kerana menyediaka ruangan ini. Dan disini saya ingin
megemukakan satu kemuskilan. Seperti yang diketahui dalam solat
jemaah lima waktu terdapat tiga waktu yang disunatkan bagi imam
membaca dengan suara yang lantang iaitu maghrib, isyak dan subuh.

Kemuskilan saya ialah bagaimanakah hukumnya sembahyang itu,


misalnya maghrib apabila imam membaca fatihah tetapi hanya mula
membaca dengan lantang dengan ayat yang kedua dari alfatihah
maksudnya dia hanya membaca dengan lantang bermula dengan ayat
Alhamdulillahirabbila'lamin. Saya harap agar ustaz dapat memberi
penjelasannya.

Jawapan:
Para ulamak berselisih pendapat tentang membaca bismillah sebelum
membaca Al-Fatihah. Adakah ia dianggap sebahagian dari surah Al-Fatihah itu
sendiri atau tidak. Bagi imam Asy-Syafii, Bismillah adalah sebahagian dari surah
Al-fatihah, kerana itu ia hendaklah dibaca bersama al-Fatihah. Jika solat itu solat
yang nyaring ia dibaca nyaring oleh imam. Jika solat itu solat yang sembunyi
(tidak nyaring), ia hendaklah dibaca secara sembunyi oleh imam.

Ini bermakna berdasarkan pendapat imam Asy-Syafii membaca bismillah


ketika membaca surah Al-Fatihah adalah sunat. Sesetengah ulamak berpendapat
bismillah bukanlah sebahagain dari al-Fatihah dan mereka berselisih pula tentang
asal ayat bismillah ini. Walau bagaimanapun jika anda berimamkan imam yang
bermadhhab Hanafi yang tidak membaca bismillah sebelum membaca Al-Fatihah
solat anda tetap sah, kerana mereka yang berpegang dengan madhhab Hanafi
sebenarnya membaca Bismillah tetapi secara senyap tidak terang.

Tambahan pula seluruh ulamak berpendapat membaca bismilah sebelum


membaca Al-Fatihah adalah sunat cuma teknik pelaksanaannya sahaja yang
mereka perselisihkan iaitu samada dengan terang atau tidak terang.
331. Kesempurnaan Agama Islam
Soalan:
Kalau dilihat kepada fitrah penghidupan manusia, kenapakah manusia
perlu memilih Islam sebagai cara hidup mereka yang paling sempurna.
Ini setelah mengambilkira perbandingan bagi semua agama lain yang
juga mempunyai balasan baik dan jahat serta beberapa pendekatan yang
agak sama. Dimanakah kelebihan Islam?

Dan berdasarkan perbahasan minda, kenapakah penghidupan manusia


itu memerlukan kepada Tuhan secara khususnya Allah dan perlu kepada
sebuah penghidupan beragama?

Jawapan:
Manusia memang memerlukan kepada satu kuasa yang lebih tinggi dari
mereka yang menjadi tempat mengadu baik di waktu susah mahupun di waktu
senang. Kuasa ini diharapkan dapat membantu manusia dalam gerakkerja
mereka. Cuma dalam mencari kuasa tuhan ini manusia menggunakan berbagai
cara. Ada yang menyembah pokok, roh, jin, bintang dan lain-lain. Mereka
meyakini benda-benda ini semua dapat membantu mereka menyelesaikan
masalah yang mereka hadapi.

Walau bagaimanapun ke semua cara ini adalah salah, kerana ia bertentangan


dengan fitrah semulajadi manusia. Fitrah semulajadi manusia mengkehendaki
hanya satu tuhan sahaja tempat mereka bergantung, kerana kalau ramai tuhan,
bagaimana mungkin tuhan-tuhan ini melaksanakan tugasnya. Tuhan A mahu
buat sesuatu tetapi sebaliknya tuhan B enggan berbuat demikian.

Bukankah akan timbul kekacauan dalam alam ini. Tuhan ini tidak lain tidak
bukan ialah Allah SWT yang diberitahu kepada kita oleh Nabi Muhamad SAW. Kita
beriman kepada apa yang diberitahu oleh baginda SAW lantaran benar, amanah,
tabligh dan cerdiknya Nabi SAW. Kita yakin Nabi Muhammad SAW tidak pernah
berbohong dalam hidupnya.

Bukan Nabi Muhammad SAW sahaja yang memberitahu kita tentang wujudnya
Allah SWT ini, malah telah diberitahu oleh 24 orang Rasul sebelum baginda yang
kesemua mereka adalah bersifat maksum, bersih dari salah dan silap. Allah SWT
berfirman yang bermaksud: "Dan ketika TuhanMu mengeluarkan zuriat anak
Adam dari tulang belakangnya lalu Ia telah memerintahkan mereka bersaksi yang
Aku ini adalah TuhanMu, lalu mereka menjawab: malah kami bersaksi (Engkaulah
Tuhan kami)." Inilah fitrah semulajadi manusia yang diciptakan tuhan.

Al-Quran menjelaskan agama yang benar di sisi Allah SWT hanyalah Islam
sahaja. Yang lain daripadanya adalah palsu belaka. Islam adalah agama dunia
dan akhirat. Ia merupakan agama yang menggabungjalinkan antara keperluan
rohani dan jasmani manusia. Manusia diciptakan hasil paduan antara roh dan
jasad. Setiap satu dari elemen ini memerlukan makanannya yang tersendiri.

Dalam Islam makanan-makanan untuk kedua elemen ini memang sudah sedia
ada di dalamnya. Rasulullah SAW mengajar kepada umatnya segala sesuatu
sehingga kepada soal buang kecil dan buang air besar kepada soal pemerintahan
dan bernegara. Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh tauladan kepada ke
semua aspek ini dalam hidup baginda SAW. Agama Islam adalah agama yang
sederhana dan tidak melampau batas, sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.
Umpamanya dalam soal perkahwinan, fitrah semulajadi manusia menghendaki
mereka berkahwin. Apabila Islam datang ia bukan sahaja membenarkan fitrah
semulajadi ini, tetapi ia juga mengemaskan lagi kedudukan perkahwinan ini
dengan ia hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan dari kedua belah
pihak dan mengikut cara-cara yang disyariatkan, bukannya denagan membawa
lari entah ke mana. Manusia yang paling tinggi darjatnya dalam Islam ialah
manusia yang paling bertakwa kepada Allah SWT.

Dalam agama Kristian tidak begitu. Agama Kristian sekarang adalah satu
agama ciptaan para padri bukannya agama yang asal diturunkan Allah kepada
nabi Allah Isa as. Banyak perkara yang tidak dilakukan oleh nabi Isa as dilakukan
oleh mereka. Injil mereka sahaja berjumlah lebih dari 200 buah dengan matan
yang berbeza antara satu sama lain dan membingungkan para pengkaji.

Ia juga merupakan agama yang tidak sesuai dengan fitrah semulajadi


manusia, kerana terlampau menekankan kepada ibadat di gereja sahaja, tidak
ada perkara yang bersangkutan dengan cara berpolitik, bermuamalat dan lain-
lain sebagaimana dalam Islam. Nabi Isa as sendiri tidak diutuskan kecuali untuk
masyarakat Bani Israel sahaja. Banyak pembohongan dimuatkan dalam kitab
Injil. Padri mempunyai kuasa mengampun pada setiap hari Ahad apabila
sesesorang itu mengaku segala kesalahannya.

Padahal kuasa mengampun hanyalah milik Allah sahaja. Sesiapa yang bersalah
tidak perlu meminta maaf dari padri sebaliknya terus bertaubat kepada Allah dan
memohon ampun kepadanya. Agama Kristian menjadi satu agama yang tidak
mempedulikan soal-soal duniawi, malah mereka memandang jijik kepada kaum
wanita. Pernah suatu ketika dahulu berlaku perbincangan di kalangan padri
kristian adakah kaum wanita itu roh baik atau roh jahat. Agama sebegini tidak
sesuai menjadi pegangan manusia kerana tidak memenuhi keperluan rohani dan
jasad mereka.

Agama Yahudi pula begitu juga. Ia menjadi satu agama yang menekankan soal
duniawi dan mengenepikan soal rohani, malah dalam kitab taurat yang
diselewengkan ada menceritakan betapa yang dikatakan syurga itu ialah
kemewahan hidup di dunia ini, manakala neraka pula ialah kesusahan hidup di
dunia ini. Pendita-pendita sewenang-wenangnya menyelewengkan Taurat.
Mereka memakan harta orang ramai atas nama agama.

Mereka juga mengganggap bangsa mereka sahajalah yang paling baik di dunia
ini. Bangsa lain diciptakan untuk mengabdikan diri kepada mereka sahaja. Jika
begitulah keadaannya bagaimana mungkin agama ini dapat berlaku adil kepada
manusia. Para pendita yahudi membuat tuduhan yang tidak masuk akal kepada
nabi-nabi mereka.

Agama Hindu dan Budha tidak dapat memenuhi keperluan beragama kepada
manusia kerana ia mengandungi banyak unsur-unsur khurafat dan tahyul.
Upacara ibadatnya pula sukar ditanggung oleh manusia. Untuk membersihkan diri
mereka melakukan upacara agama yang berat dan tidak sanggup dilakukan oleh
fitrah semulajdi manusia, seperti mencucuk badan dengan besi dan lain-lain.
Padahal untuk bertaubat tidak perlu memberatkan diri dengan aktiviti demikian
rupa.

Dalam agama Hindu pula ada kasta-kasta. Golongan yang berkasta rendah
tidak boleh bersama dengan kasta tinggi, malah orang yang berkasta rendah
diciptakan untuk berkhidmat kepada golongan yang berkasta tinggi. Jika
begitulah keadaanya bagaimana mungkin ia dapat berlaku adil kepada manusia.
Syeikh Abu Hasan An-Nadawi menjelaskan pernah suatu ketika orang-orang yang
beragama Hindu yang kuat percaya kepada khurafat dan tahyul mewujudkan
tuhan dari setiap sesuatu yang menurut kepercayaan mereka dapat memberi
manfaat kepada mereka sehingalah jumlah tuhan-tuhan yang menjadi bahan
sembahan mereka mencapai angka 330 juta tuhan. Kalau sudah 330 juta
bagaimana manusia dapat melaksanakan hak bagi setiap tuhan ini dalam sehari
semalam.

Begitulah juga dengan agama-agama lain seperti agama Kung Fu Tze.


Kesemua agama ini tidak dapat memenuhi fitrah semulajadi manusia.

332. Kaedah Menakluki Hati Suami


Soalan:
Ustaz, berjumpa dengan bomoh untuk mencari ubat pengasih atau
menuntut rasa cinta dari suami selain dari memohon doa dari Allah adalh
salah satu dari dosa-dosa besar. Jadi, boleh ustaz terangkan cara dan
amalan yang sepatutnya isteri lakukan untuk menakluk hati suami
(supaya suami sentiasa merasa cinta dan kasih kepada si isteri
sepanjang masa), selain dari tugas-tugas yang lain.

Ini kerana dikhuatiri suami akan berlaku kasar dan kejam terhadap si
isteri. Boleh ustaz berikan doa atau panduan kepada saya agar menjadi
panduan hidup ke arah kesejahteraan dan kebahagian dengan mengikuti
ajaran Islam yang sebenarnya dan menjadi rujukan yang halal?

Jawapan:
Dalam Islam suami isteri masing-masing mempunyai kewajipan yang wajib
dilaksanakan terhadap rumahtangga. Kewajipan isteri terhadap suami antara lain
ialah mentaatinya dan mengakui kepimpinanya dalam rumahtangga. Dalam
usaha untuk menimbulkan rasa cinta suami kepada isterinya, isteri boleh
mengambil berbagai pendekatan.

Antaranya pendekatan fizikal berbentuk memakai perhiasan yang boleh


menarik hati suami ketika suami berada di rumah dan melakukan ke semua
perkara yang diperintahkan oleh suaminya yang tidak berbentuk maksiat. Selain
itu pendekatan lain boleh dilakukan dengan meminta suami menjadi imam solat
berjemaah bersama dengan anak-anak dan isteri. Isteri juga boleh mengajak
suaminya ke surau atau masjid bersama-sama bagi menunaikan solat berjemaah
di sana dan mengambil berkat dari majlis ilmu yang diadakan di situ.

Sama-samalah bangun malam bagi menunaikan solat hajat dan tahajud. Di


samping itu isteri juga boleh menunaikan solat hajat memohon kepada Allah
supaya rumahtangganya rukun damai dan suaminya sentiasa kasih kepadanya.
Doanya boleh dibaca dalam bahasa Melayu kalau tidak dapat membacanya dalam
bahasa Arab. Untuk mendapatkan doa-doa yang berkaitan sila rujuk buku Doa
Pelindung & Penawar Angin Ahmar (Stroke) DN 145 dan rujuk juga buku "Hajat
untuk Rawatan, Pelindung dan Doa" siri1 DN 001 serta siri 2 DN 002 keluaran Darul
Nu'man.

Harus diingat setiap rumahtangga itu ada ujian-ujiannya. Dalam menghadapi


ujian ini isteri hendaklah tahan sabar. Berkat dari kesabaran ini akan
menghasilkan kesentosaan kepada rumahtangga. Insya Allah
333. Mendoakan Rakan yang Bukan Islam
Soalan:
Apakah hukumnya kita mendoakan supaya kawan kita yang bukan
beragama Islam agar dikurniakan Taufiq dan Hidayah dari Allah serta
dibukakan pintu hatinya untuk menerima Islam. Sebagaimana yang kita
tahu, golongan kafir terutamanya kafir asli adalah di antara golongan
yang Allah murkai dan telah dijanjikan dengan azab neraka di akhirat
nanti?

Jawapan:
Tidak salah menurut pandangan Islam kalau kita berdoa supaya rakan-rakan
kita yang bukan islam diberi taufik dan hidayah oleh Allah supaya menerima
Islam sebagai pegangan hidupnya, malah hukumnya adalah harus. Seseorang
yang kafir sebenarnya belum pasti matinya juga dalam keadaan kafir kerana itu
mendakwahnya supaya menerima Islam adalah antara gerakkerja yang suci.

Rasulullah SAW pernah berdoa pada masa hidup baginda supaya Allah
memberi taufik kepada salah seorang dari dua Umar yang ada di zaman Jahiliyah,
supaya menerima Islam, dan Allah SWT telah memakbulkan doa baginda dengan
memberi taufik dan hidayah kepada Umar bin Al-Khattab untuk menerima Islam.
Yang salah ialah apabila kita memohon supaya Allah mengampunkan dosanya. Ini
jelas dilarang keras di dalam Al-Quran.

334. Melipatkan Jari Kaki dalam Solat


Soalan:
Ustaz, saya ingin bertanya, saya pernah ditegur ketika sembahyang
zohor, dimana hamba allah telah mengatakan sembahyang saya tak sah
kerana di tahiyyat akhir saya tidak melipatkan ibu jari kebawah,
betulkah solat sah itu batal?

Jawapan:
Dalam sebuah hadis yang sahih menjelaskan kaki adalah termasuk ke dalam
anggota sujud. Persoalannya adakah sah solat seseorang itu apabila ia tidak
meletakkan sebahagian dari perut jari ke dua kakinya ke tanah atau ke lantai
ketika sujud. Menurut Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dalam kitabnya
Sabilul Al-Muhtadin jika seseorang itu tidak berbuat demikian, maka solatnya
tidak memadai iaitu tidak sah, kerana meletakkan sebahagian dari perut ke dua
kaki di tanah adalah termasuk ke dalam syarat sujud.

Boleh jadi orang yang menegur perbuatan saudara itu berpegang dengan
pendapat ini. Dalam Kitab Mughni Al-Muhtaj karangan Al-Khatib Asy-Syarbini
menjelaskan meletakkan sebahagian perut jari-jari kaki tidak wajib, kerana itu
dihukumkan orang yang tidak berbuat demikian solatnya adalah sah, apalagi jika
ia sendiri tidak dapat melipatkan kakinya dengan baik kerana masalah gemuk
atau masalah penyakit yang ada di situ.

Bagaimana mengikut kaedah feqah yang berbunyi mengeluarkan diri dari


perkara yang diperselisihkan oleh ulamak itu adalah sunat, maka suka diingatkan
kepada saudara lain kali hendaklah saudara melipatkan perut jari-jari kaki
saudara itu ketika bersolat.
335. Perbezaan Mani dan Mazi
Soalan:
Ustaz saya ingin bertanya apakah perbezaan air mani dengan air mazi
dan mungkinkah ia boleh bercampur menyebabkan kita perlu mandi
wajib apabila kita lihat telah keluar air mazi. Boleh kita sembahyang
tanpa mandi wajib jika kita pasti yang keluar itu air mazi?

Jawapan:
Air mani keluar dari orang lelaki dan juga orang perempuan. Bezanya air mani
lelaki berwarna putih manakala air mani perempuan berwarna kuning. Antara air
mani dengan air mazi pula ada perbezaannya. Air mani lelaki keluar secara
memancut dengan beberapa kali pancutan. Keluar pula disertai dengan
kelazatan. Baunya seperti tepung yang diuli atau bau putih telur yang direbus.

Air mazi pula adalah air yang keluar dari kemaluan yang berwarna putih jernih
dan biasanya keluar apabila seesorang itu naik syahwat ketika berkhayal, melihat
orang perempuan, menonton filem-filem seks dan lain-lain. Ia tidak akan keluar
secara memancut. Air mani dan air mazi boleh jadi bercampur antara satu sama
lain khasnya selepas selesai melakukan persetubuhan, kerana itu yang terlibat
hendaklah mandi wajib.

Dalam keadaan biasa mazi sahaja yang keluar tidak air mani. Jika seseorang
syak adakah yang keluar itu mani atau mazi, maka ia hendaklah membuat pilihan
berdasarkan yang diyakininya. Jika yang diyakini yang keluar itu adalah air mani
hendaklah ia mandi wajib, tetapi jika diyakini yang keluar itu adalah mazi
cukuplah dibasuh alat kelamin dan dibersihkan pakaian yang terkena air mazi itu

336. Hukum Menyesali Perkahwinan


Soalan:
Apakah hukumnya jika dalam satu-satu masa kita menyesali akan
perkahwinan kita dengan suami yang sentiasa leka dengan hal dunia;
jarang-jarang sembahyang dan berpuasa. Perasaan itu datang kerana
kita mengharapkan dia boleh membimbing kita dan anak-anak kearah
dunia dan akhirat?
Apakah ayat yang sesuai diamalkan supaya suami sentiasa mengingati
Allah?

Jawapan:
Tidak wajar kepada seseorang itu menyesali perkahwinannya dengan
seseorang khasnya apabila suami yang diharapkan dapat membimbing isteri tidak
melaksanakan tugasnya dengan baik. Ini kerana perkahwinan tidak bersalah.
Yang bersalah ialah suami yang tidak melaksanakan tanggungjawab.

Kerana itu apabila suami tidak berbuat demikian, tidak wajar isteri melahirkan
penyesalannya kerana berkahwin dengan beliau, sebaliknya hendaklah
diusahakan cara yang boleh menyedarkan suami beliau itu seperti dengan
bersolat hajat, meminta nasihat dari orang alim, membuat aduan kepada Qadi
dan lain-lain. Kegagalan suami melaksanakan tanggungjawabnya itu adalah
sebahagian dari kerosakan rumahtangga yang harus dibaiki dengan segera. Inilah
rahsianya kenapa Islam menyuruh seseorang itu memilih suami yang ada agama,
bukan yang hensem sahaja.
Untuk mendapatkan ayat dan kaedah yang sesuai yang boleh digunakan bagi
mendorong suami terlibat supaya sentiasa mengingati Allah, sila rujuk buku Doa
Pelindung & Penawar Angin Ahmar (Stroke) DN 145 dan rujuk juga buku "Hajat
untuk Rawatan, Pelindung dan Doa" siri1 DN 001 serta siri 2 DN 002 keluaran Darul
Nu'man. Ayat dan kaedah itu tidak dapat disebutkan di sini kerana ruangan ini
tidak mengizinkan.

337. Nisab Wang Dikenakan Zakat


Soalan:
Berapakah jumlah wang ringgit malaysia yang dikumpul dalam masa
setahun yang boleh dikenakan zakat?
Jawapan:
Jumlah wang yang dikenakan zakat adalah mengikut kadar nisab zakat emas
atau perak iaitu sebanyak 20 dinar bagi emas atau 200 dirham bagi perak. Nisab
zakat wang mengikut nilaian emas atau perak ini ditentukan oleh majlis agama
negeri masing masing di Malaysia. Contohnya di Terengganu nilaian tersebut
bersamaan RM 2689.59 Untuk itu saudara hendaklah menghubungi Majlis Agama
Islam Negeri Sabah untuk keterangan lanjut berhubung dengan perkara ini.

338. Doa Menghalang Anak Bergaduh


Soalan:
Saya ingin tahu adakah ayat-ayat Al-Quran yang boleh dijadikan doa
untuk menghalang anak-anak dari bergaduh sesama mereka?
Jawapan:
Tentang ayat al Quran yang boleh menghalang anak anak dari bergaduh,
anda boleh membaca surah al Fatihah dan selawat. Ini diikuti dengan bacaan
surah al Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan ayat 200 dari surah ali-
Imran serta doa berikut " Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata
bainihim ". Selepas itu dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak
anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap
malam.

339. Pembahagian Daging Aqiqah


Soalan:
Saya ingin tahu bolehkah daging aqiqah itu dibahagikan secara mentah
yakni tidak lagi dimasak?

Jawapan:
Disunatkan memasak daging aqiqah untuk diberi makan kepada golongan fakir
miskin, namun anda juga boleh membahagi bahagikannya secara mentah
kepada mereka kerana tiada larangan mengenainya di dalam Al Quran atau as
Sunnah.
340. Berita Huru Hara
Soalan:
Sebelum ini saya telah mendengar berita tentang pendapat beberapa
ulama mengenai suasana huru-hara yang akan berlaku ke atas negara
kita menjelangnya Sukan Komanwel nanti. Oleh itu saya berharap agar
pendapat ini dapat diperjelaskan dengan lebih terperinci lagi
terutamanya dari sudut perspektif Islam.
Jawapan:
Sesungguhnya tiada siapa mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah
s.w.t sahaja. Ini berdasarkan firmanNya dalam surah al An'am ayat 59 yang
bermaksud :" Sesungguhnya hanya (Allah) yang memiliki kunci (pengetahuan)
tentang perkara ghaib yang tidak diketahui (orang) kecuali diriNya sahaja ".

Dalam hal-hal tertentu, Allah memberikan tanda tanda kepada sesiapa yang
dikehendakinya untuk mengetahui kejadian yang bakal berlaku, namun kita harus
berhati hati apabila menerima berita seumpama ini kerana ia memberi kesan
yang sangat besar kepada masyarakat. Dalam surah Al Hujurat ayat ke 6 Allah
s.w.t telah mengingatkan kita tentang perkara ini dalam firmanNya yang
bermaksud :" Wahai orang orang yang beriman apabila kamu didatangi oleh
orang fasiq membawa berita maka hendaklah kamu menyelidikinya terlebih
dahulu ".

Tentang suasana huru hara menjelang sukan KL 98, perkara ini telah dinafikan
oleh Dato' Pro. Dr. Harun Din, oleh itu tidak perlulah kita membesar-besarkannya
demi kemaslahatan dan keamanan negara kita. Disamping itu bersatu, dan
berdoalah kepada Allah agar mengekalkan suasana keharmonian negara yang
kita cintai dalam apa jua keadaan.

341. Masalah Bencana Alam


Soalan:
Semenjak akhir-akhir ini, pelbagai masalah yang telah dan bakal
melanda negara dan dunia termasuk bencana alam. Oleh yang demikian
apakah kaitan peristiwa -peristiwa yang berlaku ini dengan penjelasan
Allah dalam Al Quran mengenai hari kiamat?

Jawapan:
Tentang bencana dunia yang menimpa manusia kini ia berkait rapat dengan
bala Allah s.w.t yang diturunkan kepada mereka kerana kemusnahan yang
dilakukan oleh manusia sendiri. Ini berdasarkan firmanNya dalam surah Ar Rum
ayat ke 41 yang bermaksud : "Telah berlaku kemusnahan di darat dan di lautan
kerana perbuatan yang dilakukan oleh tangan tangan manusia".
Ia sebagai peringatan kepada manusia agar mereka insaf terhadap perlakuan
mereka sendiri. Kekerapan kejadian bencana alam seperti gempa bumi, banjir,
pembunuhan dan sebagainya juga merupakan tanda-tanda awal berlakunya
kiamat sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam Al Bukhari yang
bermaksud : "Tidak berlaku kiamat sehinggalah banyak terjadi kejadian gempa
bumi".
342. Hukum Bersentuh Lelaki dan Perempuan
Soalan:
Saya hanya ingin bertanya tentang hukum, bila seseorang yang sedang
dalam keadaan berwudhu, kemudian disentuh seorang wanita. Apakah
batal wudhunya atau tidak?

Jawapan:
Mengikut mazhab Shafie, diantara perkara yang membatalkan wudhuk ialah
bersentuh kulit diantara lelaki dan wanita bukan mahram tanpa alas antara
keduanya samada ia menimbulkan syahwat atau tidak, dan samada ia dilakukan
dengan sengaja atau tidak melainkan kuku dan rambut berdasarkan nas Al Quran
dari surah An Nisa' ayat ke 43 yang bermaksud: " Atau jika kamu menyentuh
perempuan (bukan muhrim) kemudian kamu terputus bekalan air maka
hendaklah kamu bertayammum..."
Adapun jika wanita bersentuh dengan wanita selain dari kemaluan maka tidak
batal wudhuknya.

343. Islam Agama Sejagat


Soalan:
Apakah maksud Islam agama sejagat?

Jawapan:
Maksud Islam agama sejagat ialah agama untuk seluruh manusia dan tidak
terbatas kepada bangsa arab semata mata. Al Quran menjelaskan Rasulullah
diutuskan untuk sekalian alam. Jika dilihat kepada dakwah baginda di peringkat
awalnya dari segi tekniknya tertumpu kepada keluarga terdekat, setelah itu
kepada perwakilan-perwakilan Arab yang datang menunaikan haji di Mekah.

Setelah itu Allah SWT memerintahkan baginda berhijrah ke Madinah, di sini


Rasulullah menyebarkan dakwah dalam bentuk internasional, di mana orang-
orang yang memeluk islam merangkumi bangsa-bangsa seluruh dunia. Bilal
umpamanya adalah dari bangsa Habsyi sebagai mewakili benua Afrika, Suhaib ar-
Rumi sebagai mewakili benua Eropah, dan Salman al-Farisi sebagai mewakili
benua Asia.

Dari kalangan bangsa Yahudi yang memeluk Islam ialah antaranya Abdullah
bin Salam salah seorang tokoh besar dalam agama Yahudi. Dari kalangan
penganut agama Kristian pula ialah Adi bin Hatim At-Tai, salah seorang tokoh
Kristian terkenal pada masa itu. Rasulullah SAW juga menghantar surat kepada
maharaja Parsi, Rom, Mesir,Yaman dan Habsyah menyeru mereka kepada agama
Islam. Kebanyakan daripada pemimpin negara ketika itu menyambut seruan
Rasulullah untuk memeluk atau melaksanakan ajaran Islam, walaupun ada
negara kuasa besar seperti Parsi cuba untuk menentang kemaraan Islam, namun
ia mengalami kekalahan sehingga kerajaan Parsi tidak akan pernah wujud lagi.

Setelah Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Madinah dan setelah menetapkan


Madinah sebagai ibu negara pemerintahan Islam, maka Rasulullah mengirim para
sahabat baginda ke seluruh pelosok dunia untuk menyampaikan ajaran Islam.
Kebanyakan mereka menerima Islam dengan mudah kerana ajaran Islam itu
sesuai dengan naluri atau fitrah kemanusiaan. Bahkan nilai-nilai ajaran Islam itu
sangat agung dan tinggi serta sempurna dan menyempurnakan dari agama
samawi yang pernah diturunkan Allah sebelumnya. Dengan demikian agama
Islam diturunkan untuk seluruh umat manusia di dunia ini tidak mengira bentuk
kulit, keturunan dan sebagainya.

344. Makna Perkataan Islam


Soalan:
Apakah makna-makna yang sesuai bagi perkataan Islam?

Jawapan:
Makna-makna yang sesuai bagi perkataan Islam. Islam ialah antaranya Dinul
Haq (agama yang benar), Dinul Rahmah (agama rahmat kepada seluruh
manusia), Dinul Hanif (agama yang suci), Dinul Tasamuf (agama toleransi)
dan lain-lain. Makna yang lebih khusus tentang perkataan Islam adalah, tunduk
dan patuh kepada perintah Allah dan laranganNya tanpa bantahan. Dinamakan
dengan agama Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk
kepada perintah-Nya tanpa membantah tersebut.

345. Muslim Seluruh Alam


Soalan:
Mengapa seluruh alam termasuk manusia dianggap muslim dari sudut
fizikal?

Jawapan:
Manusia dan seluruh makhluk di alam ini dianggap sebagai muslim disudut
fizikalnya kerana mereka dituntut supaya tunduk kepada segala perintah Allah.
Allah SWT telah menurunkan syariatNya kepada manusia, dan manusia
dikehendaki mematuhi syariat (tatacara kehidupan) ini, kerana ia bertindak
sebagai undang-undang terbaik bagi mengawal tingkah-laku manusia itu sendiri.

Binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain juga adalah Islam berdasarkan


ketaatan mereka kepada undang-undang yang Allah tetapkan kepada mereka
dan sesuai dengan alam mereka. Ikan contohnya telah ditetapkan oleh Allah SWT
hidup di dalam air, kerana itu tidak pernah kita dengar adanya ikan yang
berusaha hidup di atas daratan sebagaimana manusia dan haiwan lain yang hidup
di daratan.

346. Setiap Anak Dilahirkan Suci


Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dalam Hadis "Setiap anak dilahirkan suci
bersih...."?

Jawapan:
Maksud hadis setiap anak dilahirkan suci bersih ialah ia dilahirkan dalam
keadaan fitrah semula jadinya bersih dan belum ternoda oleh mana-mana unsur
dosa. Dengan lain perkataan fitrah semulajadi seorang bayi adalah Islam. Fitrah
ini akan berubah mengikut pengaruh ibu-bapa dan persekitaran. Jika ibu bapanya
ingin membawa kepada jalan kesesatan maka kesucian atau fitrah keIslamannya
telah ternoda oleh ibu bapanya tersebut.

Manusia pada fitrahnya hanif, yang mengandungi erti rindu terhadap


mengingat Allah SWT. Manusia pada kejadiannya yang azali rindu kepada
kesucian, kemuliaan dan keagungan serta cenderung kepada kebaikan,
keindahan, kebenaran dan keadilan.

"Setiap anak dilahirkan suci bersih..", ertinya setiap anak dilahirkan dengan
bekal fitrah Islamiyah. Itulah sebabnya agama Islam disebut juga dengan agama
fitrah kerana agama Islam itu sesuai dengan fitrah atau asal kejadian manusia.
Dalam Al Quran, Allah SWT berfirman maksudnya: "Maka hadapkanlah wajahmu
dengan hanif atau lurus kepada agama ciptaan Allah, yang telah menciptakan
manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah
agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

(Surah Ar Ruum ayat 30)


Datangnya agama Islam adalah membenarkan apa yang menjadi kehendak
fitrah yang suci dan selamat. Akal dan hati manusia dapat menilai sendiri tentang
wujudnya Allah yang Maha Pencipta. Begitu juga di dalam Al Quran banyak
disebut tentang Allah SWT.

Kadang kala manusia beranggapan bahawa kalau tauhid (meng-Esakan Allah)


itu merupakan suatu fitah atau semulajadi, maka manusia tentu tidak berbeda
aqidah dan kepercayaannya dan tidak berbeda pula Tuhan mereka. Tetapi
kenyataannya mengapa manusia mempunyai pendapat yang berbeza dan
beraneka ragam sehingga tidak ada kesamaan dalam menentukan Tuhan
mereka.

Tentang masalah ini dapat dijelaskan bahawa timbulnya sangkaan seperti itu
adalah kerana watak manusia itu cenderung berpegang dengan sesuatu yang
ditangkap oleh indera mereka. Kemudian mengingkari perkara-perkara yang
tidak ada gambaran dalam hatinya serta tidak ada batasan yang membatasinya.
Contoh kisah ini sebagaimana difirmankan Allah dalam Al Quran: "Ahli Kitab
meminta kepadamu agar kamu menurunkan kepada mereka sebuah kitab dari
langit. Maka sesungguhnya mereka telah meminta kepada Musa yang lebih besar
daripada itu. Mereka berkata: "Tunjukkanlah Allah kepada kami dengan nyata".
Maka mereka disambar petir kerana kezalimannya dan mereka menyembah anak
sapi, sesudah datang kepada mereka bukti-bukti yang nyata, lalu Kami (Allah)
maafkan mereka dari yang demikian. Dan telah Kami berikan kepada Musa
keterangan yang nyata".

(Surah An Nisa' ayat 153)


Adanya akal fikiran itu tidak mampu menemukan kebenaran, mengetahui
secara menyeluruh. Maka sungguh mengharirankan bila orang yang berakal sihat
menggunakan perkara itu sebagai dalil meniadakan sesuatu. Umat terdahulu
banyak dicontohkan Allah sebagai umat yang sesat dari jalan yang lurus, mereka
memiliki hati yang keras dan banyak melanggar perintah Allah SWT.

Ajaran yang dibawa agama Islam adalah tentang iman kepada Allah dan
meng-EsakanNya serta menghindarkan diri daripada menyekutukan-Nya. Semua
itu merupakan suatu jalan yang sesuai dengan fitrah manusia yang ingin kepada
kebenaran. Dan kebenaran yang haq itu hanya dari Allah SWT.
347. Bukti Ke-Islaman Rasul Terdahulu
Soalan:
Nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan agama rasul terdahulu juga
adalah Islam?

Jawapan:
Al-Quran menjelaskan agama rasul-rasul terdahulu adalah Islam. Islam
bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT. Setiap rasul menyeru
masyarakatnya ke arah mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata dan
mematuhi syariatNya yang diutuskan kepada setiap rasul ini.

Setiap rasul berpegang dengan syariat yang diutuskan oleh Allah kepadanya
yang sesuai dengan masa dan masyarakatnya. Begitulah juga nabi Muhammad
SAW diutuskan oleh Allah bagi menegakkan aqidah nabi-nabi terdahulu dan
melaksanakan syariat yang diutuskan kepada baginda untuk seluruh umat
manusia sehingga berlakunya hari kiamat.

Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap


dalam menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai dengan
suasana manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari Kiamat (D'day).
Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah
islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan
kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi
Muhammad SAW diperintahkan menyeru manusia ke arah ketundukan dan
kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Pada prinsipnya semua Rasul memeluk dan mengajar agama tauhid atau
Islam. Sebagai contoh:

Nabi Adam yang diperkirakan hidup lebih kurang 930 tahun merupakan
manusia pertama yang bergelah khalifah Allah dimuliakan dan ditinggikan
darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan kepada anak cucunya
agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka diantara mereka ada yang
taat dan adapula yang membangkang.

Nabi Idris as. merupakan keturunan Nabi Sits as. diutus oleh Allah kepada
anak cucu Qabil agar bertaubat dan menyembah Allah SWT, namun mereka terus
menerus membangkang perintah Allah SWT. Begitu juga Nabi Nuh as.
merupakan keturunan nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum kafir.
Baginda menyeru supaya semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi
Nuh ditolak, akhirnya orang-orang yang ingkar atau kafir itu tenggelam dalam
banjir yang besar.

Nabi Hud as. adalah keturunan Yafit bin Nuh, bertempat tinggal di Hadharal
Maut Utara. Baginda diutus Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu
menyembah patung. Kemudian Nabi Nuh menyuruh mereka supaya menyembah
Allah, tetapi mereka ingkar, akhirnya mereka menerima seksaan dengan ditimpa
badai dan udara yang sangat dingin selama tujuh hari lapan malam. Begitu juga
Nabi Salleh merupakan keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada
bangsa Tsamud disebelah selatan Palastin. Kebudayaan mereka sudah tinggi
tetapi mereka menyembah dewa dan patung, kemudian Nabi Salleh menyuruh
kepada mereka agar menyembah Allah, sebahagia besar bangsa Tsamud
menolak untuk memeluk agama Allah. Mereka ingkar kepada larangan Nabi
Salleh. Pada hari pertama muka mereka berwajah kuning, hari kedua menjadi
merah,hari ketiga menjadi hitam, akhirnya mereka disambar petir.
Nabi Ibrahim as. juga keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada
kaum Namrud di negeri Babilon lebih kurang 4000 tahun sebelum Masehi. Kaum
Namrud menyembah berhala bahkan akhirnya Namrud menganggap dirinya
sebagai Tuhan. Nabi Ibrahim juga menyerukan ajaran tauhid atau Islam kepada
mereka namun mereka tetap ingkar, akhirnya Allah mendatangkan kepada
mereka tentera nyamuk sebagai balasan, maka musnahlah kaum yang ingkar.
Begitu halnya dengan Nabi Luth as. adalah bersaudara dengan nabi Ibrahim
yang diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum, supaya kaumnya menyembah
Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT membalas keingkaran mereka
dengan dibalik bumi Sadum sehingga musnah negeri tersebut.

Nabi Ismail as. adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan
Siti Hajar. Baginda diutus kepada bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka
belum kenal dengan agama tauhid atau Islam. Mereka juga diperintahkan supaya
berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda mempunyai 12 orang
anak lelaki yang seluruhnya disebut dengan Bani Ismail atau Adnanniyun. Dari
keturunan inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad SAW.

Nabi Ishaq as. adalah anak kandung Nabi Ibrahim melalui perkahwinan
dengan Siti Sarah. Baginda diutus oleh Allah di negeri Kan'an untuk menyembah
Allah, mengajarkan tauhid, menyuruh membayar zakat, berpuasa dan
menunaikan haji. Nabi Ishaq berkahwin dengan Rifka dan mendapat anak kembar
iaitu ish dan Ya'kub. Nabi Ishaq wafat dalam usia 170 tahun dan dimakamkan di
Baitul Maqdis daerah Palastin. Begitu juga dengan Nabi Ya'kub as. diutus oleh
Allah SWT di negeri Kan'an kerana penduduknya telah ramai menyembah
berhala. Nabi Ya'kub mengajar kaumnya supaya menyembah Allah, Tuhan Yang
Maha Esa. Baginda wafat dalam usia 148 tahun dan beliau mempunyai 12 orang
anak lelaki.

Nabi Yusuf as.anak Nabi Ya'kub as yang diutus oleh sebagai nabi kepada
bangsa Mesir untuk mengajarkan agama tauhid iaitu agar menyembah Allah,
Tuhan yang Maha Esa. Disampaing baginda seorang nabi ia juga seorang raja
dengan dasar pemerintahannya adalah Islam. Beliau wafat dalam usia 120 tahun
dan dimakamkan ditepi sungai Nil. Kemudian Nabi Ayub as. anak Amus bin
Tarikh bin Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT ke negeri Rom untuk
mengajarkan agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. Beliau wafat dalam usia
lebih kurang 93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat di daerah Itali.

Nabi Zulkifli as. adalah anak Nabi Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke negeri
Rom. Disamping beliau seorang nabi juga seorang raja yang tetap mengajarkan
agama tauhid iaitu supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa.Beliau
menyeru kepada kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhala dan
melaksanakan syariat Islam supaya solat dan membayar zakat. Beliau wafat
dalam usia 95 tahun dan dimakamkan di Napoli, daerah Rom Selatan. Begitu juga
Nabi Syuib as. keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeri Madyan,
Palastin Selatan agar mengajar agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT.
membayar zakat dan berlaku jujur kepada kaumnya.Ramai kaumnya yang tidak
beriman, akhirnya ditimpa bencana daripada Allah berupa gempa dan kepingan
awan panas daripada langit.

Nabi Musa as dan Nabi Harun as. diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya
Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat, berpuasa dan berlaku
jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka menyembah patung anak
sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada
Allah SWT dan diberi mukjizat. Kemudian Nabi Daud as.dibekalkan oleh Allah
dengan kitab Zabur mengajarkan kepada kaumnya agar menyembah Allah dan
mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat dalam usia lebih kurang 100
tahun, lalu dimakamkan di Palastin.

Nabi Sulaiman as. adalah anak Nabi Daud as. beliau seorang nabi dan raja.
Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yang
tidak akan diperolehi seorangpun sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah,
sehingga beliau dapat menguasai semua makhluk termasuk jin dan binatang.
Nabi Sulaiman mengajak semua kaumnya agar menyembah Allah dan
menghindari daparipada mensyirikkannya. Kemudian Nabi Ilyas as. merupakan
keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagari rasul di negeri Balbik di Lebanon
Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung
terbesar sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuat dari emas. Nabi Ilyas as.
mengajak kaumnya agar menyembah Allah SWT iaitu agama tauhid, namun
ramai yang ingkar, sehingga kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang
dahsyat. Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan.

Nabi Ilyasa' as. diutus Allah SWT kepada Bani Israil, agar mengajarkan
agama tauhid berdasarkan kitab Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan
dan pembangkangan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya akhirnya orang-orang
yahudi dijajah oleh raja dari Babil bernama Nebukad Nezar. Kemudian Nebekud
Nezar dikalahkan oleh Cyrus raja dari Persia. Pada tahun 70 Sebelum Masehi raja
Rom bernama Titus memasuki Palastin dan merosak seluruh kota Jerusalam,
kecuali Baitul Maqdis. Begitulah bangsa Yahudi mendapat kutukan dan laknat
daripada Allah dan Rasul-Nya sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelosok,
dikutuk dan dihina oleh bangsa-bangsa lain di dunia.

Nabi Yunus as. keturunan Nabi ya'kub as. diutus oleh Allah kepada bangsa
Ninawa didaerah Mansul dalam kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya agar
menyembah Allah , namun ajakan beliau ditentang bahkan diejek. Akhirnya Nabi
Yunus meninggalkan kaumnya dan berdoa kepada Allah agar diturunkan azab
kepada mereka. Ketika tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh penduduk
mencari nabi Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telah meneruskan
pelayarannya. Mereka semuanya beriman kepada Allah serta menyesal kerana
melawan Rasul Allah. Nabi Yunus diuji Allah ketika berada didalam perut ikan
Nun. Setelah kembali ke Ninawa dilihatnya mereka semua telah beriman, maka
nabi Yunus meneruskan dakwahnya, sehingga negeri tersebut menjadi aman dan
makmur. Nabi Zakaria as dan Nabi Yahya as. diutus kepada bangsa Yahudi,
agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan memegang
petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh, kepala
baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga.
Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga
hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah
yang sesuai bagi mereka yang ingkar.

Nabi Isa as. adalah insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian
diangkat martabatnya menjadi nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan dari
tubuh Adam tanpa ibu di dalam syuga. Kemudian ditakdirkan oleh Allah SWT
menjadi ibu dari seluruh umat manusia. Maka agar tidak keliru dalam beriman
atau beriktikad, kita lihat firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya
perbandingan kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi
Adam, Allah telah menciptakan Adam dari tanah, lalu berfirman kepadanya:
'Jadilah engkau! maka menjadilah ia' ".

(Surah Ali Imran ayat 59)


Nabi Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnya sendiri iaitu Bani Israil di
daerah Palastin agar tetap taat kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitab Injil yang
melengkapi kitab Taurat dan Zabur. Segala firman Allah yang diwahyukan kepada
beliau ditulis oleh pengikut-pengikutnya dengan tulisan Ibrani (Hebrew bahasa
Ibrani Yahudi).

Dapatkah kita menemukan kembali kitab Injil peninggalan Nabi Isa as. itu?
Untuk meyakinkan diri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini:

Firman Allah SWT maksudnya: "Ia menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba
Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab Injil dan ia telah menjadikan daku
seorang Nabi".

(Surah Maryam ayat 30)


Firman Allah SWT maksudnya: "Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan
Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia, inilah jalan yang betul atau
lurus".
(Surah Maryam ayat 36)
Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa as. hanyalah
seorang nabi dan Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan seperti yang didakwakan
sesetengah pengikutnya. Kitab Injil yang asal dengan tegas dan jelas menyuruh
para pengikutnya agar menyembah Allah semata tidak menyekutukannya dengan
yang lain. Namun kebanyakan pengikut nabi Isa telah merubah Kitab Injil yang
asli itu menurut selera mereka sendiri, maka lahirlah beratus-ratus kitab Injil
bahkan beribu-ribu jumlahnya.

Kerana terlalu keras tentangan kaumnya terhadap ajaran tauhid, bahkan


beliau diancam akan dibunuh, maka nabi isa dibawa hijrah oleh bondanya ke
negeri Mesir selama 12 tahun. Kemudian berpindah lagi ke negeri Nazaret daerah
Palastin. Di negeri ini beliau mulai ada pengikut yang membenarkan ajarannya
iaitu Mengesakan Allah SWT.

Di antara orang-orang Yahudi tersiar berita nabi Isa yang mempunyai ibu
tanpa bapa itu sudah ditangkap oleh Yudas Iskariot, lalu diserahkan kepada
penguasa Romawi, kemudian disalib di bukit Golgota. Ada pula yang berkata
bukan Isa yang ditangkap tetapi Yudas kerana dia berkhianat. Sebahagian orang
meyakinkan diri berkata bahawa bukan Nabi Isa, bukan Yudas tetapi orang lain
yang serupa dengan benar dengan beliau. Nabi Isa sendiri selamat dari bencana
malapetaka dunia. Sesungguhnya Allah telah mengangkatnya ke atas langit.

Memang banyak sekali pendapat manusia bahkan antara satu dengan yang
lainnya bertentangan. Maka sebaiknya beriman sesuai dengan ketentuan didalam
Al Quran. Firman Allah maksudnya: "Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-
orang yang berkata; bahawasanya Allah ialah Al Masih Ibni Maryam. Padahal Al
Masih sendiri berkata: "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan
kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang
lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat
kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang
yang berlaku zalim.

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah


ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika tidak berhenti dari apa yang mereka
katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan
dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya".

(Surah Al Maidah ayat 72-73)


Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui
perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Baginda
adalah keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim as. Nabi Muhammad SAW
adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan umat
manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah
(Nabi Muhammad SAW) bergelar "Rahmatan Lil Alamin". ertinya "Rahmat bagi
seluruh alam".

Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh bangsa di
dunia ini. Seperti nabi-nabi atau rasul-rasul Allah terdahulu bagindapun
mengajar dan menyeru manusia supaya menyembah Allah. Nabi Muhammad
SAW adalah penutup dari sekalian nabi dan rasul, jadi agama Allah yang
diwahyukan semenjak nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi
dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad SAW. Sebab itu tidak akan
ada lagi nabi dan wahyu sesudah baginda.

Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnya menyatakan tentang kelahiran


Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir. Dalam hal ini Nabi Isa as.
sendiri menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya seorang nabi
terakhir sesudahnya. Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut
sebagai berikut. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan (ingatlah juga peristiwa)
ketika nabi Isa Ibni Maryam berkata: Wahai Bani Israil sesungguhnya aku ini
pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan
sebelumku, iaitu Kitab taurat dan memberikan berita gembira dengan
kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama
Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-
keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: ini ialah sihir yang jelas nyata".

(Surah As Saaf ayat 6)

Firman Allah SWT lagi maksudnya: "Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan
sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari
orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi.
Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
(Surah Al Ahzab ayat, 40)

348. Akidah, Fiqh dan Akhlak


Soalan:
Apakah makna akidah, fiqh dan akhlak?

Jawapan:
Akidah dari segi bahasa ialah simpulan yang kukuh. Apabila disebut akidah
Islam bermakna simpulan kukuh yang dikehendaki Islam, yang bertunjangkan
kepada kalimah syahadah. Orang Islam pula ialah orang yang berpegang dengan
tali simpulan yang kukuh yang mengeratkan hubungan mereka dengan Allah
SWT. Asas akidah ialah beriman kepada Allah, beriman kepada rasul, beriman
kepada kitab, beriman kepada malaikat, beriman kepada hari kiamat dan
beriman kepada qada' dan qadarNya. Elemen akidah pula ialah perkara yang
berhubung dengan ketuhanan, kenabian, alam kubur, dan alam akhirat.

Fiqah bermaksud pemahaman yang mendalam terhadap Islam. Ulamak fiqah


ialah mereka yang pakar dalam mengeluarkan hukum (undang-undang) yang
terdapat di dalam nas-nas al-Quran dan al-Hadis.

Akhlak pula ialah perlakuan manusia yang berasaskan panduan al-Quran dan
al-Hadis serta ditunjukkan secara praktiknya oleh nabi Muhammad SAW. Ia
merangkumi akhlak seseorang hamba dengan Allah SWT, dengan diri sendiri,
keluarga, masyarakat, negara, dan hubungan antarabangsa.

349. Matlamat Terpenting Ajaran Islam


Soalan:
Apakah matlamat terpenting dari ajaran Islam?

Jawapan:
Matlamat terpenting ajaran Islam ialah untuk mencapai keredaan Allah SWT
dengan melakukan amalan yang telah diperintahkan oleh Allah semasa hidup di
dunia ini. Seseorang tidak akan mencapai keredaan Allah jika ia tidak mengikut
apa yang disyariatkan oleh Allah SWT. Keredaan Allah akan membuatkan
seseorang itu mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Tidak akan
masuk syurga Allah SWT seseorang itu melainkan dengan limpahan rahmat
(keredhaan) dan hidayah (petunjuk) Allah ke atas dirinya

Keredhaan Allah itu bergantung ketaatan manusia kepada perintah Allah SWT.
Jika manusia melaksanakan perintah dan ajaran-Nya yang terkandung di dalam
kitab suci Al Quran, maka rahmat dan redha Allah itu akan memancar dalam
kehidupan seseorang. Ketaatan yang dilaksanakan termasuk dalam segala aspek
kehidupan seperti berkeyakinan atau beraqidah yang benar, berakhlak dengan
akhlak yang benar, melaksanakan prinsip-prinsip ajaran Islam seperti solat,
puasa, zakat, haji dan sebagainya.

Jika keredhaan Allah menyelimuti kehidupan kita maka barulah kita dapat
menikmati kebahagiaan hidup baik di dunia mahupun di akhirat.

^ Kembali ke atas ^

350. Syahid Dunia dan Syahid Akhirat


Soalan:
Apakah beza syahid dunia dan syahid akhirat?

Zaity, Bangi
Jawapan:
Orang yang mati syahid sebenarnya ada 3 golongan iaitu syahid pada hukum
dunia dan Akhirat, syahid pada hukum dunia dan syahid pada hukum Akhirat.
Syahid dunia dan Akhirat ialah syahid dalam pertempuran menentang musuh
di medan pertempuran kerana menegakkan kalimah Allah. Orang yang mati
syahid sebegini tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disolatkan menurut
jumhur ulamak. Di Akhirat nanti ia akan memperolehi balasan istimewa dari Allah
SWT. Ia juga selamat dari soal kubur.

Syahid pada hukum dunia ialah orang yang mati kerana berperang menentang
orang-orang kafir tetapi telahpun mendapat gaji dari peperangan yang
dilakukannya atau mendapat bahagian harta rampasan dari peperangan tersebut
atau orang yang mati kerana memerangi golongan kafir dalam keadaan riya' dan
lain-lain.
Syahid pada hukum Akhirat ialah seperti orang yang dibunuh secara zalim,
orang yang mati kerana mengalami penyakit dalam perut, orang yang mati
kerana penyakit taun, orang yang mati tenggelam, orang yang mati dalam
keadaan dagang / musafir, orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu,
orang yang mati kerana menahan rindu, mati kerana melahirkan anak dan
sebagainya. Di dunia orang ini dikafan dan disolatkan. Di Akhirat ia akan
mendapat pahala khusus dari Allah.

s351. Ibubapa Menghalang Pilihan Hati


Soalan:
Ibubapa amat tidak mempersetujui pilihan gadis yang ingin saya kahwini
dengan alasan gadis pilihan saya ini kurang baik dan mereka pasti jodoh
saya dengan gadis ini tidak panjang. Jika saya meneruskan juga niat
saya maka mereka akan menganggap saya anak derhaka, bukan anak
mereka lagi dan ibu saya tidak akan reda apa yang saya lakukan dunia
dan akhirat.

Saya juga pernah berkata supaya kepada kedua ibubapa agar dapat saya
mempertemukan gadis pilihan hati saya ini kepada mereka tetapi mereka
enggan. Sudah 2 tahun saya bersabar tetapi keadaan masih tidak
berubah. Pilihan terakhir yang mereka berikan kepada saya ialah
tinggalkan gadis itu (tanpa alasan yang kukuh) atau saya anak derhaka?

Din, Serdang
Jawapan:
Dalam sebuah hadis yang sahih menjelaskan apabila seorang lelaki yang
sekufu dengan seseorang perempuan datang meminang perempuan itu, tetapi
ditolak oleh keluarganya oleh sebab yang tidak konkrit pada pandangan syarak,
akan berlakulah fitnah yang amat dahsyat selepas itu. Daripada hadis ini kita
dapat simpulkan apabila seorang lelaki sudahpun kufu dengan seorang
perempuan, maka pihak keluarga hendaklah mengambil langkah mengahwinkan
mereka berdua segera.

Jika mereka tidak berbuat demikian akan pasti berlaku kerosakan yang amat
dahsyat dalam masyarakat. Amat tidak wajar kepada ibubapa menuduh anaknya
sebagai anak derhaka apabila ia tidak mahu mengikut pilihan orang tuanya, jika
pilihan anaknya sendiri itu sudahpun kufu dari pandangan Islam. Jodoh
pertemuan sebenarnya di tangan tuhan. Tiada seorangpun yang berhak
menentukan yang jodoh si fulan itu tidak panjang. Kerana tidak ada seorangpun
yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah.

Sepatutnya setiap ibubapa ,mengambil sikap optimis dengan pilihan anaknya


dan membaiki mana yang kurang pada menantunya, apalagi di zaman sekarang
ini zaman di mana kerosakan akhlak muda mudi Islam cukup ketara. Dalam kes
ini saudara yang bertanya dikehendaki membuat aduan kepada Qadi, supaya qadi
boleh menggunakan kira bicaranya untuk berbincang dengan keluarga bagi
menyelesaikan kes ini.

Jika benar-benar gadis yang bakal dikahwini itu fasik dan kurang kufu dan
ibubapa terlibat pula memang mempunyai pilihan yang sesuai dan kufu dengan
anaknya, adalah lebih baik kepada yang terlibat menerima pilihan ibubapa ini dan
menyerahkan seterusnya kepada Allah SWT. Boleh jadi sesuatu yang kita benci
itu akan menjadi kebaikan kepada kita dan boleh jadi perkara yang kita suka
mendatangkan kecelakaan kepada kita.
352. Guna Ayat Menambat Hati
Soalan:
Adakah berdosa jika saya menggunakan ayat Al-Quran untuk tunang
saya demi untuk menjaga hubungan baik antara saya dan dia?

Jawapan:
Menggunakan ayat Al-Quran dalam usaha menambatkan hati tunang supaya
tidak lari dari seseorang tidaklah menjadi kesalahan, jika itu adalah sebahagian
usaha dan ikhtiar yang dilakukan dan tidak bercanggah dengan Islam.
Bagaimanapun seseorang itu hendaklah menggantung sepenuh harapannya
kepada Allah.

Jangan digantungkan harapan kepada ayat Al-Quran tersebut. Ini kerana Al-
Quran itu adalah penawar dan ubat yang paling mujarab kepada manusia.
Bagaimanapun ia diikat dengan sejauhmana ia tidak digunakan untuk maksud
yang tidak sihat. Jika maksudnya tidak sihat, maka hukumnya adalah haram.

353. Niat Wudhuk dalam Bahasa Malaysia


Soalan:
Bolehkah kita mengambil wuduk dengan membaca dalam Bahasa
Malaysia?

Hamba Allah, Sabah


Jawapan:
Tidak menjadi kesalahan mengambil wuduk dengan membaca niat
umpamanya dalam bahasa Malaysia tidak di dalam bahasa Arab. Bagaimanapun
membaca doa-doa yang berkaitan dengannya adalah elok di dalam bahasa Arab
dan hendaklah difahami maknanya supaya kesannya dapat meresap ke dalam diri
individu terlibat.

354. Mandi Bunga Mempercepatkan Jodoh


Soalan:
Orang mengatakan walaupun jodoh pertemuan di tangan tuhan, kita
harus berusaha dan tidak hanya berserah kepada tuhan. Salah satu
usaha yang dianjurkan ialah dengan bertemu bomoh yang menganjurkan
mandi bunga. Bomoh ini kononnya mengamalkan ayat-ayat AlQuran
tetapi mandi bunga ini tetap juga dianjurkan.

Betulkah di dalam perubatan islam terdapat mandi bunga, apakah


hukumnya jika mengamalkan mandi bunga ini? Apakah hukumnya jika si
anak tidak mahu melakukan mandi bunga ini dan menyebabkan
kemarahan kedua ibubapanya yang niat mereka hanya untuk kebaikan
anak mereka?

Jawapan:
Mandi air bunga yang diamalkan dalam perubatan Melayu sekarang tidaklah
menjadi kesalahan selagi tidak diitikadkan yang ianya boleh mendatangkan
sesuatu kemudaratan atau boleh mendatangkan sesuatu kemanfaatan, kerana
kuasa berbuat demikian hanya ada pada Allah SWT sahaja. Mandi air bunga
bukanlah perubatan Islam yang Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang
tidak menemui jodoh. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman baginda.
Ia hanya datang dari tradisi perubatan orang-orang Melayu, yang mana
kesahihannya bergantung kepada sejauh mana penggunaannya tidak bercanggah
dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Jika bercanggah hendaklah dijauhkan.

Bagi kes anda, seseorang itu dipaksa mandi air bunga kerana kononnya
sebagai mendekat jodoh, tetapi ia enggan berbuat demikian sedangkan ibunya
memaksa ia berbuat demikian. Yang terlibat hendaklah berbuat demikian jika
difikirkan kemudaratan tidak berbuat demikian lebih besar dari kemudaratan ia
mandi air bunga tersebut. Seeloknya perempuan terlibat membaca setiap hari
surah Yusuf dan menunaikan solat hajat, mudah-mudahan Allah SWT
menganugerahkan kepadanya jodoh yang sesuai dengannya, Insya Allah.

355. Cara Mendapatkan Suami Beriman


Soalan:
Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan pasangan lelaki yang baik
dan beriman? Adakalanya saya sungguh berminat dan berharap orang
itulah yang akan menjadi suami saya, tetapi akhirnya saya ditinggalkan
begitu saja.

Memanglah jodoh pertemuan ditangan Allah tapi kita berhak mencari,


berikhtiar untuk mendapatkan pasangan yang baik untuk kita. Tolonglah
selesaikan kebuntuan di jiwa saya ini, saya sudah mencecah usia 25
tahun pada tahun ini?

Jawapan:
Untuk mendapatkan pasangan suami yang beriman boleh dilakukan dengan
beberapa pendekatan. Antaranya menunaikan solat hajat dan memohon suami
yang salih dari Allah SWT. Membanyakkan bacaan doa; "Ya Allah Ya Tuhanku
kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan suami-suami serta anak-anak yang
menjadi penyejuk mata hati kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan kepada
orang-orang yang bertakwa."
Selain itu boleh juga dilakukan dengan meminta bantuan orang tengah yang
dipercayai untuk mencari jodoh yang solih khasnya mereka yang mengetahui
lebih dekat tentang latar belakang seseorang lelaki. Dalam Islam harus kepada
seseorang perempuan melamar seseorang lelaki yang dilihatnya seagai seorang
yang solih. Melamar di sini bermaksud menyatakan hasrat hati kepada lelaki
berkenaan dan memintanya supaya meminang gadis terlibat. Saudari disarankan
memperbanyakkan membaca surah Yusuf.

356. Misteri di Segitiga Bermuda


Soalan:
Kejadian misteri yang berlaku di Segitiga Bermuda di Lautan Pasifik
masih tidak dapat dijelaskan sehingga hari ini. Berbagai andaian dibuat
oleh saintis barat namun ianya masih mengelirukan, justeru itu apakah
pandangan Islam mengenai hal ini. Bagaimana dengan catitan tokoh-
tokoh ilmuwan Islam yang terkenal pada masa dahulu mengenai hal
ini?

Jawapan:
Boleh dikatakan tidak ada di kalangan ulamak yang membahaskan tentang
tragedi yang berlaku di kawasan Segitiga Bermuda dan tidak ada seorangpun
yang mengetahi tentang makhluk yang menghuni di situ. Walau bagaimanapun
ada juga di kalangan penulis Islam dari Mesir di masa kini yang berpendapat
Segitiga Bermuda adalah kawasan penempatan jin dan di situlah juga kawasan
penempatan Dajjal yang akan keluar di akhir zaman yang pernah dilihat oleh
seorang sahabat nabi bernama Tamimul Dari.

Ini adalah andaian dari beliau sahaja tanpa bukti-bukti yang konkrit. Yang
wajib kita percayai ialah adanya makhluk yang bernama jin dan kawasan
penempatannya ialah di pulau-pulau di tengah lautan yang kemungkinannya
termasuklah kawasan Segitiga Bermuda. Kita juga wajib mempercayai yang
Dajjal akan keluar di akhir zaman dan mengganas di dunia ini. Bagaimanapun di
mana kawasan Dajjal itu tinggal secara tepat sekarang tidak diketahui.

357. Hukum Mematuhi Ibu Angkat


Soalan:
Apakah hukumnya jika anak angkat (perempuan) tidak mematuhi
seorang ibu angkat kerana ibu ini tidak menjaga anak ini dengan ikhlas
dan dengan penuh kasih sayang? Adakah doa ibu angkat makbul ke atas
anak angkat? Adakah anak angkat perlu berkat dari ibu angkat jika
bukan ibu ini yang mengasuhnya dari kecil tetapi menyekolahnya
sahaja?

Apakah patut si isteri lakukan jika suaminya tidak mahu lagi pergi ke
rumah ibu mentua angkat tadi kerana tidak selesa dan bosan dengan
sikap angkuh si ibu tadi? Patutkah yang muda ini merendah diri dan
mengalah? Apakah yang harus isteri lakukan jika suami berkeras tidak
mahu pulang ke rumah ibu mertua untuk bersalam di Hari Raya?
Haruskah maruah diri dipertahankan dalam konteks ini?

FAB, KL
Jawapan:
Dalam Islam mentaati ibu adalah wajib selagi mana perkara yang ditaati itu
tidak melibatkan perkara maksiat. Maka dalam konteks ini juga termasuk ibu
angkat kepada seseorang yang memeliharanya dari kecil dan berpenat lelah
membesarkannya. Anak angkatnya wajar berbuat baik kepada ibu angkatnya itu.

Jika ibu angkat seseorang itu fasik. Umpamanya tidak menyempurnakan


pendidikan anaknya dengan sempurna, sombong, takabbur, ego dan lain-lain,
masih tidak menjadi kesalahan kepada anak angkatnya berbuat baik kepadanya,
kerana pahala berbuat baik kepada orang yang memutuskan tali silaturrahim itu
adalah besar dalam Islam. Jika seseorang suami enggan pergi ke rumah ibu
angkat isterinya kerana memikirkan tentang perbuatan fasik yang dilakukan oleh
ibu angkatnya itu, tidaklah menjadi kesalahan, namun sifat keegoan yang ada
pada diri ibu angkat terlibat tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya si ibu terlibat


meninggalkan sifat egonya, termasuklah kalau boleh membuat aduan kepada
Qadi atau mana-mana orang alim. Maruah diri seseorang hendaklah
dipertahankan selagi tidak melibatkan kerja-kerja fasik. Tetapi kalau sekadar
ingin berbakti dan berbuat baik kepada ibu seperti dalam kes di atas tidak
menjadi masalah. Berkat hanya ada pada seseorang mukmin yang solih sahaja.

^ 358. Salam dari Bukan Islam


Soalan:
Bolehkah orang bukan Islam memberi salam kepada orang islam?
Apakah perkataan atau kalimah yang patut kita jawab salam dari orang
bukan islam?
Jawapan:
Tidak wajar kepada seseorang yang bukan Islam mengucapkan salam apabila
bertemu dengan seseorang yang beragama Islam, kerana ucapan salam adalah
ucapan dan syiar hidup orang-orang Islam, yang mana-mana sesiapa
menyampaikannya kepada saudara seIslam dengannya ia beroleh pahala.

Ia juga merupakan doa seseorang Islam kepada saudara seIslam dengannya.


Walau bagaimanapun jika seseorang yang bukan Islam memberi salam kepada
seseorang Islam, maka orang yang beragama Islam itu
hendaklah menjawab "Wa'alaikum" sahaja. Sila rujuk jawapan terdahulu pada
soalan 318.

359. Pedoman Menjadi Penyabar


Soalan:
Saya seorang lelaki berumur 30an, dan akan berkahwin tidak lama lagi,
saya dapati diri saya cepat marah orangnya dan sensitif, bolehkah ustaz
beri pedoman supaya saya boleh menjadi orang yang sabar?

Jawapan:
Dalam kitab Syarah Al-Arbain An-Nawawiyah dikemukakan sebuah hadis yang
melarang seseorang itu marah dengan tidak bertempat. Rasulullah SAW
mengulanginya sebanyak 3 kali. Ini menunjukkan marah tidak bertempat itu
adalah sesuatu yang dibenci oleh baginda Rasulullah SAW.

Untuk mengelakkan rasa marah dari menguasai diri seseorang adalah


dinasihatkan supaya ia memperbanyakkan istighfar dan mengucapkan "La Hawla
Wa la Quwwata Illa Billah Hil Aliyyi Al-Azim", apabila timbul rasa ingin marah.

Ia juga hendaklah membaca "Auzubillah mina Syaitanir Rajim". Ini kerana


marah itu sebenarnya datang dari syaitan. Selain itu ia hendaklah juga
memperbanyakkan doa berikut: "Allahummaj'alli Sabura Waj'alli Syakura Waj'alli
Fi Aini Saghira Wa Fi A'yuninnasi Kabira". Jangan lupa membaca buku sejarah
hidup para sahabat kerana kesannya yang begitu besar dalam melembutkan hati.

360. Hukum Allah sebagai Perundangan


Soalan:
Apakah hukumnya jika seorang pemimpin bagi sebuah negara tidak
mengamalkan hukum Allah dalam perundangan sedangkan hukum yang
ada sekarang tidak dapat menyelesaikan masalah sosial?

Jawapan:
Seorang pemimpin negara Islam dikehendaki menjalankan pentadbirannya
sesuai dengan ajaran Islam yang maha suci. Di antara perkara yang perlu
dilaksanakan ialah penguatkuasaan hukum-hukum Allah yang merangkumi
hukum hudud, qisas, dan takzir. Jika tidak boleh secara sekaligus hendaklah
secara beransu-ansur.

Satu tempoh masa perlu diperuntukkan bagi menjelaskan kepada rakyat jelata
yang masih kurang faham tentang pelaksanaan hukum ini dan keistimewaannya.
Setelah itu barulah dikuatkuasakan pelaksanaannya. Pelaksanaan hukum ini
adalah wajib menurut kacamata Islam. Jika seseorang pemimpin itu tidak
melakukan sebarang usaha yang membolehkan hukum-hukum Allah itu ditegak
dan dilaksanakan dalam pentadbirannya sedangkan ia mempunyai kemampuan
berbuat demikian, maka di kalangan ulamak sehinggalah ke zaman ini berselisih
pendapat tentang kedudukan pemimpin seperti ini.

Sesetengahnya berpendapat pemimpin seperti ini menjadi kafir terus dan


terkeluar dari Islam. Sesetengah yang lain pula berpendapat pemimpin seperti ini
tidak menjadi kafir, tetapi berdosa besar kerana melengah-lengahkan
pelaksanaan hukum Allah SWT, apalagi jika ia sendiri mengakui bahawa hukum
Allah itu perlu dilaksanakan cuma masanya sahaja yang tidak sesuai sekarang.

Menurut Al-Qardawi rakyat juga turut bersalah kerana memilih pemimpin yang
masih tidak melaksanakan hukum Allah.

361. Panduan Rekreasi Secara Islam


Soalan:
Saya berusia 24 tahun. Kini saya secara aktif melibatkan diri dalam
bidang rekreasi dan sering mendapat undangan mengendalikan program
- program motivasi. Saya sebenarnya lebih berminat untuk menggunakan
modul-modul yang lebih Islamik dalam mengendalikan program-program
saya.
Malangnya kesukaran untuk mendapatkan bahan yg menarik, yang lebih
bercirikan Islam seringkali menghalang saya dari mengIslamikkan modul
- modul yg ada sekarang .

Adakah sebarang garis panduan untuk berekreasi ( mendaki


gunung/melakukan ekspedisi) di dalam Islam. Saya yang cetek ilmu dan
terlalu banyak kelemahan ini memohon panduan serta tunjuk ajar dari
pihak tuan agar misi saya menepati kehendak Islam itu sendiri?

Farook, Sg Buloh
Jawapan:
Aktiviti reakreasi seperti mendaki gunung adalah sesutu yang baik pada
pandangan Islam kerana ia boleh melatih minda umat Islam dan melatih mereka
tahan sabar, selain berpeluang dari menyaksikan berbagai flora dan fauna ciptaan
Allah SWT. Dengan memerhatikan kesemua ini akan bertambahlkah iman
seseorang. Inilah antara motif aktiviti ini digalakkan oleh Islam. Jika seseorang
itu hanya memerhatikan sahaja ke semua makhluk ini tetapi sedikitpun tidak
menagambil iktibar dan tauladan darinya, baik tak usah buat aktiviti seperti ini,
kerana ia menghabiskan tenaga sahaja dan membazir masa.

Apalagi jika ia merupakan peluang baik untuk memenuhi dorongan nafsu


syaitan, lagi ditegah oleh Islam. Dalam mengendalikan aktiviti seperti ini pastikan
aktiviti dimulakan dengan bacaan doa selamat, kerana hutan rimba adalah
tempat penempatan berbagai makhluk halus termasuk jin. Sewaktu mendirikan
khemah hendaklah membaca nama Allah. Begitu juga ketika hendak tidur.
Elakkan peserta lelaki bercampur baur dengan peserta perempuan. Mulakan
majlis dengan membaca Surah Al-Fatihah dan akhirinya dengan membaca surah
Al-Asr.

Jauhkan peserta dari membuka aurat di hadapan perempuan asing yang halal
berkahwin dengannya. Jangan sekali-kali meninggalkan solat berjemaah.
Peruntukkan satu dua ruang untuk membaca Al-Quran dan berzikir kepada Allah.
Kuatkan tawakal hati kepada Allah. Penuhkan pengisian dengan perkara yang
boleh membina minda dan rohani peserta sekaligus. Wujudkan ruang khas untuk
ulasan tentang perjalanan hidup para sahabat dan Rasulullah SAW sendiri.
Ikutlah sunnah Rasulullah SAW dalam pergaulan seharian.Wallahu A'lam.

362. Suami Mempermainkan Perkataan Talak


Soalan:
Tabiat suami yang suka mempermainkan perkataan cerai setiap kali
berlaku perselisihan faham, tetapi ucapannya bukan cerai, tetapi rasa
macam nak bercerai. Saya ingin tahu adakah jatuh cerai jika selalu dia
mengucapkan rasa macam nak cerai. Harap dapat penjelasan yang lebih
terperinci dari pihak tuan?

Jawapan:
Islam mengganggap haram mana-mana suami yang mempermainkan
perkataan talak terhadap isteri. Lafaz talak tidak boleh dijadikan bahan
permainan sama sekali, kerana hukumnya akan menyebabkan jatuhnya talak
tersebut. Jika seseorang suami melafazkan perkataan yang pada pandangan
isterinya rasa macam nak bercerai, maka lafaz ini tidaklah menjatuhkan talak.
Lafaz ini dinamakan sebagai lafaz kinayah dan memerlukan kepada niat orang
yang melafazkannya. Jika ia bermaksud menceraikan isterinya, maka hukumnya
jatuh talak mengikut bilangan yang diniatkan itu.

363. Mandi Berbogel Bersama Isteri


Soalan:
Berdosakah saya dan isteri saya jika kami mandi berbogel bersama-sama
dalam bilik yang tertutup?

Jawapan:
Mandi berbogel antara suami dengan isteri dalam sebuah bilik air tidaklah
haram, sebaliknya hukumnya adalah makruh dan menyalahi adab-adab Islam
ketika mandi junub.

364. Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu


Soalan:
Semasa kecil saya dipelihara oleh datuk kerana ibu berkahwin lain dan
bapa sudah tiada. Boleh dikatakan apa-apa keperluan hidup dan sara diri
ditanggung oleh datuk baik senang mahupun susah. Saya bersekolah
setakat darjah 6 kerana datuk tak mampu menghantar saya ke sekolah
menengah. Dengan kelulusan darjah 6 saya memohon kerja sebagai
buruh dan apabila berkahwin isteri saya memberi perangsang supaya
saya belajar secara sendirian dan mengambil peperiksaan SRP.

Berkat ketekunan saya serta dorongan dan doa isteri saya, saya berjaya
dalam peperiksaan tersebut. Dari situ saya mohon kerja yang setaraf
dengan kelulusan SRP dan berjaya. Masalah saya ialah ibu saya yang
tidak mempedulikan saya semasa saya memerlukannya sedikit masa
dahulu telah berpisah dengan suaminya yang kedua dan tidak
mempunyai apa-apa kerja selain kerja kampung yang termampu.

Dia mengungkit-ungkit yang saya tidak memberinya duit belanja


sedangkan gaji saya cukup menanggung keluarga dengan dibantu oleh
isteri saya yang juga bekerja. Ibu saya juga mengungkit-ungkit tentang
tanggungjawab saya terhadapnya yang telah tua tetapi dia lupa dimana
tanggungjawabnya terhadap anak-anak yang ditinggalkan semasa dia
berkahwin lain dahulu. Apa pandangan Ustaz dalam hal ini?

Jawapan:
Walaupun seorang ibu tidak memberikan tumpuan yang sewajarnya kepada
anaknya khasnya dari sudut pendidikan, sebaliknya anaknya sendirilah yang
bertungkus lumus berusaha untuk memajukan dirinya, namun tidaklah menjadi
kesalahan dalam Islam apabila seseorang anak itu ingin berbakti kepada ibunya
mengikut sekadar yang termampu dan menghubungkan tali silaturrahim
dengannya.

Islam sangat menggalakkan umatnya menghubungkan tali silaturrahim dengan


orang yang memutuskan tali silaturrahim dengan mereka, apalagi jika yang
memutuskan hubungan tali silaturrahim itu adalah ibunya sendiri. Amat besar
pahalanya apabila berbakti kepada ibu sendiri. Selain itu yang terlibat juga
dinasihatkan supaya banyak bersabar, mudah-mudahan dengan banyak bersabar
menghadapi karenah ibu sendiri, Allah SWT akan mudahkan kita dengan
beberapa nikmat yang kita tidak sangka-sangka datangnya kepada kita.

Ingatlah Nabi SAW boleh bersabar menghadapi karenah pimpinan Quraisy


yang sesetengahnya bertanggungjawab membunuh anak perempuannya sendiri,
kenapa kita tidak boleh bersabar dalam berbuat demikian terhadap ibu sendiri.
Buangkanlah perasaan benci dan dendam kepada ibu sendiri, kerana perbuatan
ini tidak elok menurut pandangan Islam.

365. Terlintas Hati Menceraikan Isteri


Soalan:
Sekiranya kita terlintas di dalam hati/perasaan untuk menceraikan isteri
kita tetapi tidak dilafazkan adakah gugur talak?
Jika gugur talak, bagaimana caranya untuk merujuk balik?

Jawapan:
Semata-mata terlintas di dalam hati untuk menceraikan isteri, hukumnya
tidaklah jatuh talak. Talak yang disepakati di kalangan ulamak jatuh dan
berkuatkuasa ialah talak dengan lafaz yang sarih iaitu satu lafaz yang terang
menunjukkan makksud talak dan tidak ada bukti menunjukkan ia bermaksud lain
daripada itu.

Oleh kerana talak tidak gugur, maka tidak timbul soal rujuk kembali. Sebagai
seorang suami hendaklah dielakkan dari berkeinginan demikian kerana ia
merupakan satu perasaan yang dibenci oleh rasulullah SAW. Kalau hendak marah
kepada isteri sekalipun, janganlah gunakan lintasan ingin mentalakkannya,
sebaliknya perbanyakkanlah istighfar.

Rumahtangga dalam Islam memerlukan banyak kesabaran. Susah payah dan


sakit demam ketika mengharunginya adalah ragam hidup orang yang
berumahtangga. Orang yang paling baik di kalangan umat Islam ialah yang
paling lembut terhadap keluarga sendiri.

366. Hukum Penggunaan Kad Kredit


Soalan:
Apakah hukumnya penggunaan Kad Kredit (Visa, Master)?
Jawapan:
Sesungguhnya Islam mengharamkan segala bentuk urusan yang ada kaitan
dengan riba atau berbentuk penipuan dan kezaliman kepada sebelah pihak.
Dalam surah al-Baqarah ayat 235 Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba." Jika
penggunaan kad kredit tidak mengandungi unsur-unsur di atas maka ia boleh
digunakan. Namun jika kita boleh mengelak dari menggunakannya maka ia lebih
baik kerana charge perkhidmatan yang dikenakan termasuk dalam perkara
subahat yang belum diketahui bentuk hukumnya.

367. Pembedahan Guna Ayat Al-Quran


Soalan:
Isteri saya mengalami masalah dengan paru-paru sebelah kiri. Pakar
paru-paru mencadangkan supaya diadakan pembedahan dan
mencadangkan saya membuat pembedahan diluar negara kerana
masalah seumpama ini jarang berlaku di Malaysia .

Kerana masalah kewangan saya berusaha juga mencari rawatan di


Malaysia juga dan telah mendapatkan nasihat dari seorang doktor yang
membuka klinik di Shah Alam. Beliau berkata boleh melakukan
pembedahan namun pembedahan beliau tidak menggunakan bius dan
pesakit sedar ketika pembedahan dilakukan. Beliau juga tidak melakukan
jahitan pada tempat pembedahan sebaliknya menutup dengan minyak
gamat dan ayat al-Quran.

Persoalan saya : Adakah kaedah rawatan seumpama ini dibenarkan


dalam Islam?

Jawapan:
Ajal dan maut di tangan Allah SWT, namun Islam menyuruh umatnya
berikhtiar apabila sakit. Nabi sendiri pernah mengubati kaum keluarga, sahabat-
sahabatnya dan masyarakat pada masa itu dengan menggunakan ayat-ayat Al-
Quran serta ubat tradisional.

Untuk tujuan pengubatan kita dibenarkan menggunakan apa jua cara asalkan
ia tidak mengandungi unsur-unsur syirik, penggunaan bahan yang haram, cara
pengubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih besar dan dalam
suasana yang menimbulkan fitnah seperti berdua-duaan di antara lelaki dan
perempuan. Cuba pastikan kaedah rawatan yang akan dijalani oleh isteri
saudara, andai tiada unsur-unsur yang disebutkan di atas maka ia diharuskan
oleh Islam walaupun tanpa ubat bius dan jahitan.

368. Kaedah Menghindari Maksiat


Soalan:
Saya mempunyai seorang kekasih, masalahnya bila kami bertemu maka
ada saja perkara yang tak elok berlaku. Contohnya berkepit dan duduk
berdua-duaan. Kalau naik motor pun saya akan peluk dia macam tak nak
lepas. Tolonglah saya ini, apa yang harus saya buat?

Jawapan:
Syukurlah saudari masih beringat sebelum perkara yang lebih buruk berlaku
kepada saudari. Saudari sudah mengetahui keadaan diri sendiri, apabila berdua-
duaan dengan kekasih saudari pasti akan timbul perkara yang tidak diingini. Oleh
itu cubalah elakkan diri dari temu-janji.
Andainya saudari terpaksa bertemu dengannya bawalah orang ketiga bersama.
Jelaskan kepada kekasih saudari perasaan serba salah saudari apabila melanggar
tatasusila Islam. Jika dia benar-benar mencintai saudari pasti ia akan memahami
keadaan. Sekiranya saudari masih tidak dapat mengelakkan diri darinya, cara
terbaik untuk mengelakkan diri dari perkara haram ialah dengan mencari jalan
yang halal iaitu dengan cara perkahwinan. Cubalah cari kata sepakat agar saudari
terhindar dosa yang lebih besar.

369. Kesan Keruntuhan Rumahtangga


Soalan:
Kesan keruntuhan rumahtangga kepada anak-anak?

Jawapan:
Kesan keruntuhan rumah-tangga terhadap anak-anak banyak sekali. Antara
yang terpenting, kurang kasih sayang terhadap anak-anak kerana kasih yang
diberi oleh ibu atau bapa sahaja tidak sama dengan kasih dari kedua-duanya.
Apatah lagi jika setelah bercerai anak-anak diserah kepada keluarga di kampung
atau keluarga angkat untuk dipelihara, ini akan memberi kesan psikologi
tambahan kepada anak-anak.

Kanak-kanak yang membesar dalam keadaan begini lebih terdedah kepada


pengaruh keruntuhan moral. Dari segi pendidikan, mereka juga tidak mendapat
pendidikan yang sempurna kerana perhatian yang diberikan kepada mereka
adalah terbatas. Mereka juga akan merasa tersisih dari kanak-kanak lain kerana
malu melihat keruntuhan keluarga dan ini akan memberi kesan kepada pergaulan
harian mereka di dalam masyarakat. Perasaan cemburu, marah dan pendendam
lebih kuat menguasai mereka dari perasaan kasih sayang.

Mereka akan meniti kehidupan yang terlalu mencabar berbanding dengan


rakan-rakan mereka untuk berjaya di dalam kehidupan. Secara ringkasnya terlalu
banyak kesan kesan dialami oleh kanak-kanak yang hidup dalam keruntuhan
rumah-tangga orang tuanya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk
buku-buku berkenaan kerana ruangan agak terbatas di sini.

370. Masalah Murtad dan Penyelesaiannya


Soalan:
Apakah jalan penyelesaiannya bagi masalah murtad di kalangan umat
Islam hari ini dengan hukum Islam dan undang-undang negara. Berikan
penerangan dengan lebih jelas serta contoh-contoh sesuai?

Jawapan:
Masalah murtad merupakan isu yang amat sensitif menyentuh perasaan umat
Islam. Untuk mengelakkan murtad, Allah SWT tidak memaksa manusia memeluk
agama murni ini kecuali dengan kerelaan hati mereka. Ini sebagaimana firman
Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud: "...sesungguhnya
tiada paksaan dalam beragama ( memeluk agama Islam ) ". Tetapi apabila
mereka memeluk agama Islam maka mereka tertakluk di bawah peraturan-
peraturanya dan mereka tidak boleh sama sekali keluar dari Islam. Jika mereka
keluar dari Islam maka hukumnya adalah qisas atau dibunuh sebagaimana hadis
Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud: "
Tidak dihalalkan darah saudaramu yang mengucap dua kalimah syahadat kecuali
salah satu dari tiga perkara... antaranya..orang yang meninggalkan agamanya
keluar dari pegangannya "
Suasana umat Islam pada hari ini amat gawat kerana kekurangan didikan
agama. Kebanyakan dari mereka menganut agama Islam kerana keturunan dan
ini tentu akan menyulitkan keadaan apabila hukuman secara Islam ingin
dijalankan terhadap orang yang murtad. Memang benar hukum Islam telah
menetapkan agar orang murtad dibunuh namun untuk melaksanakannya
memerlukan hikmah. Secara ringkasnya, jika pemerintah boleh mengambil
tindakan bunuh ke atas orang murtad maka ia wajib dijalankan jika tidak ia
berdosa kerana mengingkari hukum Allah.

Jika tidak boleh kerana kemaslahatan tertentu maka ia boleh mengambil


tindakan takzir. Ini berpandukan kepada kaedah haram mencegah kemungkaran
jika timbul kemungkaran yang lebih buruk.

Contoh kemaslahatan yang dijalankan pada zaman Saidina Umar Ibnu Al-
Khattab, dimana beliau meminta agar orang yang murtad dipenjara terlebih
dahulu dan diminta untuk bertaubat sebanyak tiga kali jika ia masih enggan
barulah ia dibunuh walaupun hukum asal tidak mensyaratkannya. Ini dibuat agar
orang ramai tidak takut dengan Islam dan dapat merasai keadilannya. Jika
begitu, pada pandangan saya dalam keadaan suasana Islam hari ini, kita perlu
lebih berhati-hati dan hikmah ketika menjalankan tindakan yang terlalu sensitif.

371. Solat dengan Wangian Beralkohol


Soalan:
Macamana hukumnya orang yang bersembahyang tetapi terdapat
wangian yang mengandungi alkohol (selalunya pewangi) pada badannya
atau pun pada baju?

Jawapan:
Para ulamak telah berselisih pendapat tentang alkohol adakah ianya najis atau
tidak. Menurut pendapat mazhab Shafie alkohol hukumnya najis kerana ia adalah
dari unsur arak dan arak adalah najis. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah
al Maidah ayat 90 yang bermaksud: "Sesungguhnya arak, judi, menilik nasib dan
mempercayai tuah pada anak panah itu perbuatan KOTOR dari pekerjaan syaitan
".
Para ulamak mazhab Shafie telah menafsirkan perkataan kotor dalam ayat ini
sebagai najis. Oleh itu alkohol yang terdapat dalam minyak wangi tidak boleh
dipakai ketika sembahyang. Jadi elakkanlah diri dari memakainya ketika
sembahyang sebagai langkah berjaga-jaga terhadap perkara subahat walaupun
sebahagian dari ulamak pada masa ini membenarkan penggunaannya, kecuali
jika anda benar-benar terdesak.

372. Taubat Tanpa Meninggalkan Maksiat


Soalan:
Bagaimanakah dengan seseorang yang telah bertaubat dengan
bersungguh-sungguh tetapi mengulangi perbuatan itu juga (perbuatan
yang mendatangkan dosa besar). Namun, dia bertaubat dan terus
bertaubat dan mengulanginya lagi. Pada dasarnya dia memang berazam
untuk memperbaiki dirinya namun seolah ada godaan yang masih
membelenggu dirinya malahan azam dan tekad yang ditanamkan dalam
dirinya untuk meninggalkan perkara dosa itu hanya bertahan untuk
sehari dua. Apa pendapat ustaz dengan orang yang seperti ini? Adakah
masih ada peluang baginya untuk bertaubat?
Jawapan:
Taubat tanpa meninggalkan maksiat kerana dorongan nafsu yang lebih kuat
tidak dianggap sebagai taubat Nasuha kerana ia telah melanggar syarat taubat.
Ia tidak diterima oleh Allah SWT dan tidak diampunkan walaupun ia mengulangi
taubatnya. Malah sesetengah ulamak berpendapat ia seperti mempermain-
mainkan Allah maka hukumnya adalah berdosa. Firman Allah dalam surah At-
Tahrim ayat ke 8 yang bermaksud: " Wahai orang orang yang beriman
bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat Nasuha ".
Untuk itu cubalah perbaiki diri sambil menanam keazaman yang kuat untuk
meninggalkan maksiat setelah anda benar-benar yakin boleh meninggalkan
maksiat tersebut bertaubatlah dengan taubat nasuha. Selagi nyawa belum
sampai ke halkum, pintu taubat sentiasa terbuka buat sesiapa sahaja.

373. Pergaulan Menurut Islam


Soalan:
Bagaimanakah sebenarnya pergaulan antara lelaki dan perempuan
menurut pandangan Islam. Saya bertanya kerana saya jarang menegur
perempuan kecuali pada hal yang penting sahaja. Walau bagaimanapun,
saya dikatakan sombong oleh kaum perempuan di tempat saya tinggal
dan universiti saya. Saya harap Tuan dapat jelaskan dengan terang?
Jawapan:
Islam tidak membenarkan apa jua bentuk hubungan antara lelaki dan
perempuan bagi mengelakkan fitnah dan menjauhi zina. Kecuali dalam keadaan
darurat sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim di mana
Rasullullah SAW membenarkan orang perempuan pergi ke medan perang bagi
menolong merawat pesakit-pesakit dan menyediakan minuman.

Dalam suasana kebebasan yang ada pada hari ini setiap individu muslim harus
menyedari batas-batas pergaulan agar terhindar dari perkara terkutuk
sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat ke 32 yang bermaksud: "
Dan janganlah kamu mendekati zina ".
Perbuatan anda membatasi pergaulan dengan wanita adalah sangat elok
untuk menjaga diri sendiri, dan anda harus mempertahan prinsip tersebut tanpa
memperdulikan kata-kata orang lain. Namun anda juga perlu bergaul dengan
ramah dalam keadaan-keadaan tertentu yang tidak menimbulkan fitnah seperti
dalam dewan kuliah dan sebagainya agar anda tidak dianggap sombong dan
memencilkan diri dari teman-teman kerana desakan hidup pada masa ini
memerlukan kita bergaul dengan semua lapisan masyarakat.

374. Hukum Pembedahan Payudara


Soalan:
Saya berumur 32 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 3 anak. Tahun
lepas saya disahkan menghidap Kanser Payudara Tahap 1 dan untuk
tidak merebak, payudara sebelah kiri saya telah dibedah dan dibuang.
Apakah hukumnya jika saya ingin membuat pembedahan Reconstruction
yang memasukkan Saline Solution dan bukan Silicone bagi membentuk
semula payudara ke bentuk asal?

Jawapan:
Pembedahan dengan tujuan mengubah ciptaan Allah SWT hukumnya adalah
haram. Berbeza dengan pembedahan yang dilakukan untuk mengubat penyakit
atau untuk memperbaiki kecacatan seperti ketumbuhan dan sebagainya.
Pembedahan dengan tujuan ingin membesarkan payu dara walau apa jenis bahan
sekalipun digunakan hukumnya adalah haram.

Berbeza dengan pembedahan yang dilakukan oleh anda kerana tujuannya


adalah untuk mengembalikan payudara yang telah rosak kebentuk asal jadi
hukumnya adalah harus. Cuma anda harus mempastikan bahawa bahan yang
digunakan bukan dari jenis yang haram dan pembedahan yang dilakukan tidak
mendatangkan sebarang kemudaratan dikemudian hari.

375. Perhubungan Negara Islam dengan Yahudi


Soalan:
Apakah pandangan tuan dan pandangan Islam sendiri mengenai
hubungan negara Islam dengan Israel dan pengumuman seseorang
pemimpin yang beliau bukan musuh yahudi?

Jawapan:
Pada dasarnya Islam tidak membenarkan umatnya membuat sebarang
hubungan dengan musuh-musuh Islam terutamanya orang Yahudi dan Kristian.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud: " Dan
sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Kristian itu tidak sekali-sekali akan reda
kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti jejak mereka ".
Namun hubungan luar diantara kerajaan Islam dengan kerajaan-kerajaan lain
dibenarkan dengan maslahat tertentu walaupun dengan musuh-musuh Islam.
Nabi Muhamad SAW sendiri pernah membuat perjanjian dengan orang Yahudi
ketika beliau baru berhijrah ke Madinah disamping meminta bantuan dari
beberapa kabilah musyrik untuk membantu beliau berperang melawan orang-
orang musyrikin Mekah.

Selain dari itu terdapat banyak lagi contoh-contoh perhubungan yang dibuat
oleh kerajaan Islam dengan orang bukan Islam. Dalam suasana politik hari ini,
kita tidak boleh tersalah langkah. Apa yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin kita
tentu ada maslahat di sebaliknya oleh itu kita tidak boleh membuat sebarang
tuduhan yang melulu kecuali jika terdapat bukti-bukti kukuh apa yang dilakukan
oleh mereka adalah bertentangan dengan kehendak Islam.

376. Hukum Merobohkan Patung


Soalan:
Apakah tindakan yang diambil mengenai patung-patung yang dibina
seperti tugu dan sebagainya?

Jawapan:
Jika dengan memusnahkan patung-patung tersebut tidak menimbulkan salah
faham antara masyarakat maka ia hendaklah dimusnahkan. Tetapi jika berlaku
fitnah yang besar dan kekacauan sesama sendiri, perkara itu eloklah
ditangguhkan dahulu walaupun membina tugu dan patung-patung tidak
dibenarkan dalam Islam. Baginda Muhammad SAW sendiri pernah bercita-cita
ingin merobohkan kaabah dan membinanya semula sebagaimana binaan yang
dibuat oleh nabi Ibrahim a.s setelah beliau berjaya menakluki kota Mekah tetapi
cita-citanya itu dipendamkan dulu kerana orang musyrikin kebanyakkannya baru
memeluk Islam.
377. Perbandingan Najis Air Kencing
Soalan:
Air kencing kanak-kanak lelaki yang berusia 2 tahun dan belum makan
dan minum selain dari susu ibunya cara penyucian hanya menjirus air ke
atasnya saja, tapi bagaimana dengan kes yang sama jika pada kanak-
kanak perempuan dan kenapa?

Jawapan:
Air kencing kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun dan belum makan
makanan selain dari susu ibunya dianggap sebagai najis MUTTAWASSITAH iaitu
najis pertengahan. Berbeza dengan air kencing kanak-kanak lelaki seusia yang
dianggap sebagai najis MUKHAFFAFAH iaitu najis yang ringan. Cara
membersihkan najis muttawassitah ialah dengan mencucinya sehingga hilang
kesan, bau dan warnanya.

Tentang kenapa dibezakan air kencing kanak-kanak lelaki dan perempuan


dalam usia ini walaupun mereka meminum susu ibunya sahaja, saya belum
dapati kajian tentangnya dibuat oleh pakar pakar dalam bidang ini. Pada
pandangan saya mungkin hormon dalam tubuh kanak-kanak perempuan lebih
aktif dari kanak-kanak lelaki menyebabkan bahan kumuh yang terdapat di dalam
air kencingnya lebih banyak. Sebab itulah juga, kanak-kanak perempuan lebih
cepat membesar, matang dan tempoh balighnya lebih awal dari kanak-kanak
lelaki.

378. Hukum Mencampuradukkan Mazhab


Soalan:
Boleh tak kita mencampuradukkan keempat empat mazhab, dalam lain
perkataan kita mengikuti kesemua mazhab demi untuk keselesaan dan
kemudahan. Rasullah ada bersabda yang menyuruh sahabat mengambil
hukum yang termudah.
Contohnya: Adalah batal wudhuk jika bersentuhan tangan laki dan
perempuan dalam mazhab Shafi'e tetapi Mazhab Hanafi (tak salah saya)
hanya batal sekiranya bersentuhan dengan nafsu?

Jawapan:
Dalam memahami suruhan Allah SWT, masyarakat terbahagi kepada 4
golongan iaitu mujtahid mutlak, mujtahid mazhab, mujtahid fatwa dan muqallid.
3 kelompok pertama tadi ialah mereka yang mempunyai pengetahuan yang luas
dan dapat menyelesaikan masalah agama dengan pemahaman tentang nas-nas
Al-Quran dan hadis.

Mereka dibenarkan mengeluarkan fatwa dan mengikut pendapat yang lebih


kukuh dalam kehidupan seharian. Adapun golongan keempat, mereka hanyalah
orang awam yang mengetahui asas-asas penting tentang ajaran islam. Mereka
diwajibkan meminta fatwa dari kelompok mujtahid jika berlaku masalah ketika
mengerjakan suruhan Allah, jika tidak mereka boleh berpegang kepada salah
satu dari mazhab yang masyhur ( orang yang berjaya membentuk satu-satu
mazhab hanyalah mujtahid mutlak seperti imam Hanafi, Maliki, Shafie dan
Hanbali ).

Mengikut pendapat ulamak-ulamak yang masyhur, golongan muqallid tidak


boleh mencampuradukkan mazhab-mazhab ( atau dipanggil talfiq ) mengikut
kehendak mereka demi untuk keselesaan dan kemudahan selagi mereka tidak
boleh membezakan bagaimana kaedah pengambilan hukum dibuat oleh setiap
mujtahid mutlak serta memahami dalil-dalil yang digunakan.

Kecuali dalam keadaan tertentu seperti darurat dan sebagainya. Contohnya


seperti bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan bukan muhrim, akan
membatalkan wuduk mereka mengikut imam Shafie. Bagi pengikut-pengikut
yang berpegang kepada Shafie hendaklah beramal dengan fatwanya kecuali jika
dalam keadaan terdesak seperti ketika bertawaf di Kaabah, pada masa ini
mereka boleh talfiq kepada mazhab lain seperti mazhab Hanafi yang mengatakan
wuduk tidak batal.

379. Mengawal Tingkahlaku Anak-anak


Soalan:
Bagaimana untuk mengawal tingkahlaku anak-anak yang berumur antara
3-5 yang sentiasa dengan kenakalan mereka. Adakah ayat-ayat tertentu
yang dapat dibaca untuk melembutkan hati mereka?
Adakah zikir atas salah satu nama-nama Allah boleh membantu?

Jawapan:
Anda boleh membaca doa berikut untuk ditiup ke dalam air atau dihembus ke
ubun anak-anak anda iaitu "Allahumma Allif Baina Qulubihim Wa Ashlih Zata
Bainihim Waj-Alhum Zuriatan Soliha". Sebelum itu bacakan dulu surah Al-Fatihah
dan tujuh kali surah Al Insyirah. Amalkan selalu insyaallah anak anda akan
mudah mengikut kata.

Terdapat banyak zikir-zikir yang diamalkan pada hari ini. Zikir yang terbaik ialah
seperti yang diamalkan oleh Rasullullah SAW dan sahabat-sahabatnya. Menyebut
nama-nama Allah yang mengandungi maksud pengasih dan penyayang seperti
Ya-Rahman, Ya-Rahhim, Ya-Hannan, Ya-Mannan boleh membantu melembutkan
hati seseorang jika diamalkan selalu.

380. Menjaga Perhubungan Suami Isteri


Soalan:
Apakah ayat yang sesuai untuk saya amalkan bagi membuatkan suami
menyayangi kita?
Apakah hukumnya jika dalam satu-satu masa kita menyesali akan
perkahwinan kita dengan suami yang sentiasa leka dengan hal dunia,
jarang-jarang sembahyang dan berpuasa. Perasaan itu datang kerana
kita mengharapkan dia boleh membimbing kita dan anak-anak kearah
dunia dan akhirat.

Jawapan:
Pokok pangkal kebahagiaan dalam perhubungan suami-isteri adalah layanan
yang baik disamping kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Dalam hal ini
Rasullullah SAW tidak pernah mengajar doa-doa tertentu untuk diamalkan bagi
mengekal kebahagiaan rumahtangga sepengetahuan saya. Namun sebahagian
ulamak ada mengesyorkan agar dibaca ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran agar
kasih sayang suami isteri dapat dikekalkan. Untuk mendapatkan doa-doa
tersebut puan bolehlah merujuk kepada buku-buku berkaitan. Di samping itu
puan boleh mengerjakan solat tahajjud dan solat hajat agar dikurniakan
kebahagiaan dalam keluarga puan.
381. Tinggal Serumah yang Bukan Muhrim
Soalan:
Apakah batas aurat adik lelaki saya dengan emak mertua saya
sedangkan mereka tinggal serumah dengan saya dan adakah dibolehkan
dalam islam mereka ini tinggal serumah?
Jawapan:
Adik lelaki saudari dengan emak mertua saudari bukan muhrim oleh sebab itu
didalam berpakaian hendaklah memenuhi tuntutan Islam agar tidak menimbulkan
sebarang fitnah dan sebagainya. Mengenai tinggal serumah dengan saudari dan
emak mertua serta ahli keluarga yang lain dibolehkan asal menjaga adab dan
nilai-nilai ajaran Islam.
Sila rujuk ayat mengenai muhrim surah An Nisaa' ayat 22 dan 23.

382. Mengqada Solat yang Tertinggal


Soalan:
Bagaimanakah caranya untuk mengqadakan sembahyang yang
tertinggal, dan apakah niatnya?

Jawapan:
Para ulama sepakat bahawa mengqada solat itu wajib bagi orang yang lupa
atau tertidur. Begitu juga meninggalkan solat dengan sengaja maka menurut
mazhab jumhur ia berdosa dan wajib mengqadha. Menurut Imam Abu Hanifah,
Imam Malik dan Imam Syafie, orang yang meninggalkan solat wajib
mengqadanya. Bahkan Imam Malik dan Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa
barangsiapa meninggalkan solat atau beberapa solat, ia boleh mengqada sebelum
solat yang waktunya hadir. Ini bila solat yang ditinggalnya itu lima kali solat atau
kurang, baik waktu hadir itu sudah habis atau belum. Tetapi kalau lebih dari lima
waktu, maka supaya dimulai dengan solat yang hadir waktunya itu.

Mengenai niat, cukup dengan menanamkan niat dalam hati bahawa solat yang
akan kita kerjakan itu merupakan solat qada dari solat-solat tertentu yang
tertinggal.
^

383. Beribadah Namun Masih Mengerjakan Maksiat


Soalan:
Saya ingin bertanya .. Mengapa dan kenapa dan di mana salah dan
silapnya seseorang yang melalukan kemungkaran atau maksiat,
sedangkan seseorang itu mengerjakan perintah Allah seperti
sembahyang, membaca Al-Quran dan amalan2 yang di pandang mulia di
sisi Allah S.W.T. Di harap dan semoga tuan dapat memberi pandangan
serta pendapat tentang kemusykilan saya ini ... Sekian Wasslam.

Jawapan:
Allah SWT menentukan cara beribadah bagi manusia sesuai dengan unsur
kejadian kita yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani. Mungkin setiap
individu mampu dalam mengerjakan amal ibadah secara umum (nampak dari
segi lahiriah) namun tidak mampu menyertakan hati (khusyuk) ketika
mengerjakan ibadah tersebut. Secara jelas Allah SWT terangkan dalam surah Al
Ankabut ayat 45 maksudnya: "Dan dirikan olehmu akan solat, sesungguhnya
solat itu mencegah kamu daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar".
Jika kita lihat seseorang itu mengerjakan solat namun masa yang sama juga
melakukan perbuatan mungkar, ini membuktikan bahawa solat yang dikerjakan
itu hanya sekedar melakukan amalan jasmaniah, sedangkan roh solat itu tidak
meresap dalam ibadahnya. Ingatlah, jangan sampai kita mengerjakan solat
hanya sekadar melepaskan batuk ditangga iaitu seperti solat orang-orang
munafik. Tentang hal ini Allah SWT berfirman maksudnya: "Sesungguhnya orang-
orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Bila
mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka hendak
menunjuk-nunjuk kepada manusia. Dan mereka tidaklah mengingat Allah kecuali
sedikit sekali".

Begitu juga dalam amal ibadah yang lain seperti membaca Al Quran dan
sebagainya. Jika seseorang itu memahami segala yang dibacanya, pastilah ia
akan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah kerana rasa takut dan takwa.
Seandainya tidak ada perubahan keperibadian terhadap pembacanya bermakna
bacaannya tidak menimbulkan apa-apa kesan yang positif, bererti amalannya
hanya bersifat lahirah sahaja.

Untuk memperolehi roh ibadah yang sempurna agar segala amalan yang kita
lakukan memberi kesan kepada akhlak dan keperibadian, hendaklah melengkapi
dengan ilmu pengetahuan agama yang betul dan sempurna, bukan sekadar ikut-
ikutan tanpa dasar yang kukuh. Dengan demikian barulah ibadah kita dapat
mencegah perbuatan keji dan mungkar.

384. Wali Yang Fasiq


Soalan:
Apakah hukumnya sekira pernikahan yang berwalikan seorang bapa
yang pernah meninggalkan sembahyang?

Jawapan:
Seseorang yang dengan sengaja meninggalkan perintah Allah seperti solat
dan ibadah yang lain, tergolong dalam insan yang berdosa dan fasiq. Seorang
yang fasiq tidak boleh menjadi wali untuk pernikahan anaknya. Diantara syarat-
syarat wali (wali akrab) itu, tidak kafir, tidak fasiq, adil, tidak gila, tidak bisu dan
tidak mampu berisyarat, tidak bodoh, bukan hamba sahaya. Namun jika ketika ia
menjadi wali pernikahan tersebut telah bertaubat kepada Allah, maka
kedudukannya diterima sebagai seorang wali. Wallahu a'lam.

385. Pemberian Nafkah Seorang Suami


Soalan:
Saya mempunyai seorang adik perempuan yang sudah bersuami dan
mempunyai anak seramai enam orang yang sedang meningkat remaja.
Masalahnya sekarang ialah adik saya bekerja sementara suaminya tidak
bekerja. Untuk makluman ustaz suami adik saya ini seorang pengikut
Tabligh yang kadang-kadang meninggalkan keluarga sehingga seminggu
atau pun lebih. Menuntut ilmu agama sememangnya dituntut tetapi
masalahnya sepeninggalannya suami tidak meninggalkan nafkah makan
minum isteri dan anak. Baginya isteri bekerja, jadi suami tidak ambil
endah langsung. Kemungkinan si suami berfikir ibubapanya ada yang
masih boleh melihat anak isterinya samada makan atau pun tidak, tak
kan datuk nak biarkan anak cucunya kebuluran.... Si isteri kadang-
kadang tidak tahan lalu mengadu dengan kakak dan abang... Di sini saya
ingin mendapat pandangan ustaz mengenai perkara ini. Terima kasih.
Jawapan:
Menurut institusi kekeluargaan dalam Islam menjadi tanggungjawab seorang
suami memenuhi keperluan kehidupan keluarganya baik dari segi nafkah lahir
mahupun batin.Suami juga berkewajipan menggauli isteri dengan baik, suami
juga harus menyediakan makanan yang baik, pakaian dan juga pendidikan
agama yang sempurna untuk keluarganya. Begitu juga sebaliknya isteri
berkewajipan melaksanakan tanggungjawabnya dalam keluarga, seperti
mengakui kepimpinan suami, taat kepada suaminya, keluar rumah dengan izin
suami, melahirkan rasa kegembiraan di hadapan suami, dilarang menunjukkan
sikap sombong, ego dan sebagainya. Jika tanggungjawab masing-masing suami
isteri tidak dijalankan dengan baik, maka itu merupakan pertanda penyimpangan
dalam menjalankan institusi rumahtangga.

Jika terjadi kecuaian suami atau isteri atau kedua-duanya dalam menjalankan
tanggungjawab ini, perlu diberitahukan kepadanya akan kelalaiannya itu baik
secara langsung mahupun menggunakan orang ketiga. Seandainya cara ini tidak
berhasil kerana kecuaiannya ataupun ketidakmampuannya, maka isteri dituntut
agar redha dengan keadaan tersebut. Dalam perkara ini kita boleh merujuk
kepada kehidupan Rasulullah dengan Siti Khadijah. Dari segi kekayaan, Khadijah
merupakan seorang jutawan pada zamannya, namun beliau redha seluruh harta
kekayaan itu digunakan oleh suaminya dalam menegakkan Islam, akhirnya
kehidupan keluarga baginda sangat sederhana bahkan miskin dari harta dan
benda.

Seandainya isteri tabah dan redha menghadapi cubaan dan cabaran hidup ini
maka sangat besar pahala baginya. Sedangkan suami yang tidak menjalankan
tanggungjawabnya hanya Allah akan membalas kelalaiannya itu. Dengan
ketabahan seorang isteri memberi nafkah anak-anaknya dan dirinya sendiri,
insya Allah akan dimudahkan Allah perjalanan hidup dan rezekinya. Dengan cara
ini juga, insya Allah hati suaminya akan kembali menjalankan tanggungjawabnya.

386. Adam Manusia Pertama di Bumi ?


Soalan:
Kita semua percaya bahawa Nabi Allah Adam adalah makhluk yang
pertama (di bumi) yang dicipta oleh Allah 'Aza Wajalla. Adakah benar
apa yang di perkatakan oleh saintis-saintis barat bahawa Dinasour telah
lama wujud, sejak berjuta-juta tahun dahulu ?

Jawapan:
Nabi Adam as. bukan makhluk pertama di bumi tetapi merupakan manusia
pertama di bumi, kerana sebelum nabi Adam as. di turunkan ke bumi, Allah SWT
telah menciptakan bumi ini dengan segala makhluk yang ada didalamnya. Di
dalam Al Quran ada diterangkan tentang dialog malaikat dengan Allah tentang
rencana Allah ingin menciptakan khalifah di bumi. Dari dialog tersebut
membuktikan bahawa Allah telah menciptakan bumi dengan segala isinya, tinggal
lagi ingin menciptakan khalifah yang ingin mentakbirnya.Firman Allah SWT
maksudnya: "Dan ingatlah kepada Tuhanmu berfirman kepada Malaikat:
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka
bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau
(Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat
bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami
senantiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan Mu? Tuhan berfirman:
Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengatahuinya".
(Surah Al Baqarah ayat 30) Memang sebelum wujudnya manusia (Adam) telah
hidup makhlu-makhluk lain (seperti dinasour) dan sebagainya kerana dalam
sebuah ayat, Allah telah mengajarkan kepada nabi Adam tentang makhluk-
makhluk yang ada di dalam syurga dan perkara-perkara lain yang bersifat
maya.Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Allah telah mengajarkan nabi Adam,
akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada
malaikat lalu Allah berfirman: ' Terangkanlah kepada Ku nama benda-benda ini
semuanya, jika kamu golongan yang benar '.
Malaikat itu menjawab : ' Maha Suci Engkau ya Allah, kami tidak mempunyai
pengetahuan selain apa Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau
jualah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana '.
Allah berfirman: ' Wahai Adam, terangkanlah nama benda-benda ini semua
kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu
kepada mereka '.
Allah berfirman: ' Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku
mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu
nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan'."
(Al Baqarah 31 - 33)

387. Hukum Bermain Saham


Soalan:
Apakah hukumnya bermain saham dan adakah ianya dibenarkan dalam
Islam?

Jawapan:
Hukum melabur dalam pasaran saham dan saham amanah dianggap halal
oleh Islam sekiranya aktiviti-aktiviti pelaburan yang dilakukan adalah tidak
melanggar hukum syarak.

388. Isteri Mengandung Diperiksa oleh Doktor Lelaki


(Yang Bukan Muhrim)
Soalan:
Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi
saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai
empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui
perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai
mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi
kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang
dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-
bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat.
Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam
keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu
terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif
lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?
Jawapan:
Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki
oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria
yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak
kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria
yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat
tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman
jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan
rosak.

Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari
dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah.
Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti
akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan
syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada
diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.

Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor


lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita
tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah
tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-
bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah
jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus
kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan
Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika
dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja,
sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka
hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari
mati.

Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam


keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari
doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita
sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan
pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan
wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar
menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan.
Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka
tidak timbullah istilah 'darurat' ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan
doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana
wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian
yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat
tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain,
melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.

Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan
wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan
negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang
selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran
ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang
membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-
lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara
ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam
jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri
tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak
merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai
pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan
tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di
jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.
Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik
atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan
wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk
melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan
dengan doktor wanita Islam sahaja.

Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki.
Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya
disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik.
Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di
jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan
darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari
sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit
lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan profesi dan
tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.

Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki
yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama
kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim.
Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan
saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai
moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita
agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api
neraka. Wallahu A'lam...

389. Makan dan Minum Ketika Mayat di Rumah


Soalan:
Apakah hukumnya jika kita makan atau minum ketika mayat masih
berada di rumah?

Jawapan:
Dibolehkan makan dan minum bagi ahli keluarga si mati, bahkan dianjurkan
bagi yang berziarah membawa makanan untuk mereka, kerana ketika itu
keluarga tersebut sedang dalam keadaan duka cita. Menurut fuqaha' Hanbali
disunatkan membuat makanan untuk keluarga si mati selama 3 malam kerana
berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW yang maksudnya: "Buatlah makanan
untuk keluarga Jaafar, kerana mereka sekarang sedang berdukacita".
(HR. Abu Daud dan Tarmizi)

Menyediakan makanan untuk keluarga si mati adalah kerja kebajikan dan


makruf, malah keluarga si mati hendaklah dipaksa memakan makanan yang
disediakan itu, kerana perasaan dukacita yang melampaui batas sehingga
meninggalkan keperluan makanan akan membuat mereka menjadi lemah. Tidak
wajar disediakan makanan untuk orang yang berkumpul di rumah, malah
makhruh berbuat demikian. Imam Ahmad menganggap perbuatan berkumpul di
rumah si mati sebagai amalan jahiliyah. Menurut Imam Malik jika keluarga si
mati berada dalam kekurangan diharamkan menyediakan makanan bagi orang
yang datang.

Syeikh Ali Mahfuz menjelaskan, perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat


sekarang dengan membuat makanan untuk orang yang datang mengucapkan
takziah dan berbelanja besar untuk mengadakan malam-malam kenduri
kemudian diikuti kenduri untuk setiap malam Jumaat dan jamuan yang ke 40 hari
adalah termasuk ke dalam bid'ah yang keji dan bercanggah dengan sunah
Rasulullah SAW dan amalan salafussoleh.

390. Masih Ada Kesan Mani Setelah Mandi


Soalan:
Adakah sah mandi wajib sekiranya apabila selesai mandi wajib masih
terdapat kesan mani pada kemaluan atau bahagian-bahagian anggota
yang lain?

Jawapan:
Jika kita telah melaksanakan segala ketentuan mandi wajib serta rukun mandi
seperti niat dan meratakan air ke seluruh tubuh, hidung dan mulut, maka
memadailah mandi wajib tersebut. Namun jika terdapat kesan-kesan mani baik
pada bahagian kemaluan atau pada bahagian tubuh yang lain mahupun pada
pakaian maka cukuplah dengan membasuh atau mengikisnya (jika tiada air),
sebab mani bukanlah benda najis.

391. Hukum Lelaki Memakai Sutera


Soalan:
Dewasa ini bagaikan perkara biasa golongan lelaki memakai pakaian
sutera, alasan mereka ialah kandungan sutera di dalam kain tersebut
adalah sedikit. Mereka membuat kias seperti pemakaian cincin suasa
yang di dalamnya bercampur di antara emas dan tembaga. Disebabkan
emas sedikit dari tembaga, maka suasa dibolehkan. Begitulah alasan
mereka untuk memakai sutera. Mereka juga berhujah, sekiranya
kandungan sutera itu banyak, nescaya kain tersebut akan menjadi terlalu
mahal harganya. Bagi saya pula tetap beranggapan perkara ini adalah
haram qat'i, saya membuat perbandingan seperti pengharaman arak.
Walaupun sedikit sahaja arak itu terpercik ke dalam air, maka air itu
haram diminum.
Tolong ustaz selesaikan masalah ini supaya tiada percanggahan di antara
kami di sekolah. Sila nyatakan juga khilaf ulamak dan yang paling
rajih/muktabar di antara mereka?
Jawapan:
Orang lelaki haram memakai pakaian sutera. Demikian juga haram
menggunakan sutera sebagai penutup, sandaran, seperai dan selimut. Juga
haram menggunakan sutera untuk lapisan pakaian (bahagian dalam) dan untuk
tabir serta lain-lain cara menggunakannya. Dasar berhubung pengharaman
pakaian sutera sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Rasulullah
SAW melarang kami memakai sutera, sutera tebal dan duduk diatasnya".
(Riwayat Bukhari) Sebab larangan tersebut ialah untuk mengelak bermegah-
megah dan sifat kewanitaan yang tidak sesuai bagi orang lelaki. Orang lelaki
yang memakai sutera adalah orang yang rendah darjatnya dan menyerupai
wanita, lelaki seperti ini dilaknat Rasulullah SAW.

Hukum haram menggunakan sutera kepada orang lelaki jika sutera tersebut
sutera sepenuhnya. Kemudian bagaimana pula jika kain ditenun dari sutera yang
bercampur dengan yang lainnya dari jenis yang dibolehkan menggunakannya
seperti benang linen dan lain-lain, apa pula hukumnya ?. Untuk menjawab
persoalan ini, perlu dilihat terlebih dahulu, jika yang lebih banyak ialah benang
suteranya hukumnya adalah haram, tetapi jika yang lebih banyak yang lainnya
(bukan sutera) hukumnya adalah halal.

Kemudian apabila antara sutera dan bukan sutera sama banyak, maka dalam
hal ini ada dua pendapat ulamak. Namun yang paling sahih adalah halal
memakainya, sebab kain yang terjadi dari dua bahagian yang sama itu tidak
dinamakan sutera, sedangkan pada asalnya memanfaatkan sesuatu benda adalah
halal hukumnya. Yang mengatakan haram berdasarkan kepada kaedah fiqih
"Apabila berkumpul antara yang halal dengan yang haram dimenangkan yang
haram".

Adalah halal memakai kain yang disulam dengan benang sutera dan kain yang
ditepinya ada benang sutera, seperti pada bulatan tengkuk, dihujung lengan dan
dihujung bahagian bawah pakaian. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh
Muslim dari Umar beliau berkata : "Rasulullah SAW melarang memakai pakaian
sutera kecuali pada tempat yang hanya satu jari, dua jari, tiga atau empat".
Berhubung dengan kain sutera yang diproses di kilang-kilang dan ditenun, ia
adalah satu perkara baru dan belum pernah wujud di awal Islam. Ia berlainan
dengan sutera asli yang dikeluarkan oleh ulat sutera, kerana turut melibatkan
campuran bahan-bahan kimia tertentu semasa pemprosesannya. Kain sutera ini,
tidak dinamakan sutera di sisi syarak walaupun masyarakat hari ini
memanggilnya sebagai sutera, kerana itu hanyalah penyamaan sahaja dengan
sutera asli. Ia tidak melibatkan sutera yang diharamkan memakainya oleh nas.
Oleh itu harus kepada lelaki memakainya sebagaimana juga pakaian yang
diperbuat daripada kapas dan benang linen. Wallahu A'lam.

392. Kaedah Membaca Surah Al Fatihah


Soalan:
Al-Fatihah mengandungi tujuh ayat termasuk bismillah. Al-Fatihah
seeloknya dibaca secara waqaf ayat demi ayat. Persoalannya, bolehkah
al-Fatihah dibaca dengan wasal terus menerus tujuh ayat dengan satu
nafas? Bagaimanakah waqaf yang terbaik bagi mereka yang ingin
membaca wasal terutama ketika wirid.?

Jawapan:
Membaca al Fatihah adalah merupakan salah satu rukun daripada rukun solat.
Al Fatihah ini wajib dibaca pada setiap rakaat solat yang kita lakukan, samada
solat wajib mahupun soalt sunat. Rasulullah SAW menjelaskan dalam sabdanya
yang bermaksud: "Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Al Fatihah".
(HR Jemaah)

Adapun kaedah membaca surah Al Fatihah oleh Rasulullah SAW dalam solat
baginda adalah seayat demi seayat, baginda tidak menyambungnya
(mewasalnya) antara ayat yang satu dengan ayat seterusnya.

Dalam sebuah hadis ada juga dijelaskan tentang Saidina Ali yang membaca
surah Al fatihah dengan hanya berhenti tiga kali, namun setelah itu Rasulullah
SAW menegur beliau dengan mengatakan, kalau ingin menyambung
(mewasalkan) bacaan Al fatihah memadailah dengan tiga kali berhenti tersebut,
jangan lebih daripada itu. Dari sumber hadis ini seandainya kita ingin
menyambungnya dalam membaca al fatihah janganlah melebihi seperti yang
dilakukan oleh Saidina Ali, ertinya janganlah membaca Al Fatihah itui hanya
sekali ataupun dua kali nafas.

393. Marah dan Mengutuk Ibu dalam Hati


Soalan:
Adakah berdosa jika menyimpan rasa marah pada ibu sendiri dan
mengutuk ibu dalam hati tapi saya masih menghormati ibu dan tidak
melawan kata-katanya. Sekian, terima kasih. Wassalam?

Jawapan:
Derhaka kepada kedua orang tua ialah berbuat sesuatu yang menyakiti
perasaan keduanya atau melawan perintahnya dan juga melanggar nasihat-
nasihatnya. Menyimpan rasa marah dan mengutuk ibu dalam hati juga termasuk
didalam dosa kepada ibu atau bapa, kerana ia sama dengan membenci mereka,
perkara ini jelas termasuk dalam dosa besar.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Ada tiga macam orang yang terkena
laknat Allah SWT iaitu: Seseorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang
yang berupaya menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri
dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berupaya agar
orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya
dengan melalui hasutan-hasutannya." (HR. Ad Dailami daripada Umar ra) Tidak
layaklah menyimpan rasa marah dan benci terhadap ibu, segeralah bertaubat
dengan mohon kemaafan kepadanya agar kehidupan memperoleh berkat dan
rahmat daripada Allah SWT.

394. Menyalahguna Waktu Bekerja


Soalan:
Apakah hukumnya kalau kita menggunakan waktu bekerja (waktu
pejabat) untuk membaca buku-buku agama atau buku-buku lain (seperti
buku motivasi)atau menghadiri ceramah agama. Walaupun kerja yang
dilakukan adalah baik tetapi kita telah menyalahgunakan waktu pejabat
yang sepatutnya digunakan
untuk menjalankan tugas yang diberi.
Apa pendapat ustaz tentang perkara ini. Harap dijawab kemusykilan saya
ini.?

Jawapan:
Bekerja diniali sebagai suatu ibadah jika didalam melakukannya dimulai
dengan niat yang baik, disamping itu pekerjaan itu sendiri tidak menyalahi dari
segi syarak. Biasanya jika kita bekerja pada tempat-tempat tertentu, sebelum
memulainya kita telah dimaklumkan bahawa imbuhan atau gaji yang akan kita
perolehi itu sesuai dengan kerja yang diberikan oleh pihak syarikat. Oleh sebab
itu kita berkewajipan mengisi masa bekerja itu dengan kadar yang seefektif
mungkin, sebab setiap masa-masa yang kita tempuh itu akan dibayar sesuai
dengan kadar yang ditetapkan.
Bayangkan jika kita mengambil kesempatan dengan membuat aktiviti lain untuk
kepentingan diri sendiri, bererti kita telah menyalahgunakan waktu bekerja,
sudah tentu diantara jumlah gaji yang kita perolehi ada yang bukan hak kita. Jika
ini terjadi, maka hukumnya berdosa, kerana kita tergolong dalam orang yang
tidak amanah.
Biasanya hasil yang kita perolehi dari titik peluh dan usaha kita itu akan kita
gunakan untuk menyara kehidupan kita dan keluarga. Tentu kita tidak rela
melihat keluarga kita menikmati makanan yang bercampur di dalamnya sesuatu
yang bukan hak milik kita. Namun jika aktiviti yang kita lakukan itu telah diizin
oleh pihak majikan atau dikerjakan pada masa berehat, maka dibolehkan. Yang
paling penting tanamkan dan terapkan sifat amanah ini dalam diri agar tidak
tergolong ke dalam insan yang derhaka pada diri sendiri, keluarga, masyarakat
dan juga kepada Allah SWT.

395. Solat Ketika Terperangkap Kesesakan Jalanraya


Soalan:
Saya terdengar ustaz berkata katanya;"Sah sembahyang seseorang yang
bersembahyang didalam kenderaan yang terperangkap didalam
kesesakaan jalan raya asalkan seseorang itu dalam keadaan berwuduk,
cara sembahyang dengan menggunakan isyarat mata dan bacaan seperti
biasa"
Adakah benar pendapat itu?

Jawapan:
Jika kita berada disamping teman yang membawa kenderaan, sedangkan
ketika itu terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan tidak ada tempat untuk
singgah baik di kiri ataupun di kanan jalan, maka bolehlah solat dengan
menggerakkan tubuh setakat mana yang boleh. Namun jika kita sendiri yang
membawa kenderaan tersebut, pastikan masa berhenti di dalam kesesakan
tersebut mencukupi masa untuk mengerjakan solat dengan menggerakkan tubuh
setakat mana yang boleh bukan sekadar menggerakkan mata.

Mengerjakan solat dengan isyarat mata ini hanya bagi orang yang benar-benar
sakit dan tak mampu untuk menggerakkan anggota solatnya sama sekali.
Sebaliknya jika kesesakan itu boleh berjalan, maka sudah tentu tidak mungkin
kita melakukan dua pekerjaan dalam satu masa, iaitu solat dan membawa
kenderaan. Wallahu A'lam.

396. Hukum Memelihara Burung


Soalan:
Apakah hukum membela burung?

Jawapan:
Menurut Ahmad Ibni Muhammad, terdapatnya banyak taman-taman binatang
atau zoo merupakan salah satu daripada tanda-tanda kiamat dan menunjukkan
bahawa kiamat begitu hampir sekali. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan apabila
binatang liar dikumpulkan". (surah At Takwir ayat 5) Di dalam zoo berjenis-jenis
binatang liar dan bebas dikumpulkan di satu tempat yang dikhaskan untuk tujuan
itu, sedangkan sebenarnya perbuatan seumpama itu adalah haram di sisi syarak
kerana beberapa sebab:

1. Mengurung binatang-binatang tersebut dalam sangkar seolah-olah


menyeksanya dan menyekat kebebasan yang tidak sesuai dengan fitrahnya tanpa
sebab-sebab syar'iyah.
2. Diantara binatang-binatang itu ada binatang yang kotor dan keji yang wajib
dibunuh bila berjumpa dengannya. Maka sudah tentu tidak layak kita
memeliharanya.
3. Kos penjagaan binatang-binatang tersebut terpaksa dikeluarkan setiap hari.
Jika segala perbelanjaan itu disedekahkan kepada orang miskin beserta keluarga
mereka, sudah pasti segala hajat mereka itu akan terpenuhi.
4. Mensia-sia harta adalah ditegah oleh syarak.

Dari sumber diatas sebagai bukti bahawa burung merupakan binatang yang
secara fitrahnya hidup dengan terbang bebas di alam ini. Jika kita mengurungnya
bererti kita telah melakukan penganiayaan terhadapnya. Menganiaya sesama
makhluk sudah tentu sangat ditegah dan dilarang. Kecualilah jika pemeliharaan
itu bertujuan untuk kemaslahatan umum, seperti menternak burung puyuh
secara besar-besaran yang berguna untuk keperluan manusia. Maka memelihara
burung seperti ini harus hukumnya. Wallahu A'lam.

397. Berbual Dengan Perempuan Yang Bukan Muhrim


Soalan:
Apakah hukum berbual dengan orang perempuan yang halal kahwin
[bukan muhrim]?

Jawapan:
Allah SWT telah memerintahkan melalui firmannya supaya jangan berbicara
dengan suara yang dimanja-manjakan dan dilembut-lembutkan di hadapan kaum
lelaki yang ajnabi kerana ia boleh menimbulkan keghairahan kepada kaum lelaki
yang bermaksud tidak baik kepadanya. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan
janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang
ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik". (Al Ahzab 32)
Suara perempuan adalah aurat, Islam melarang kaum wanita bercakap dengan
suara lemah lembut dan manja kepada lelaki ajnabi. Maka berbual-bual yang
sekedar menghabiskan masa dan membincangkan perkara yang tidak bermanfaat
dengan lelaki yang bukan muhrim sudah tertentu berdosa. Jika percakapan itu
mengandungi perintah menjalankan syariat agama, itu sangatlah terpuji kerana
dapat menambah ketaqwaan kepada Allah.

398. Solat Tahiyyatul Masjid


Soalan:
Mana satu yang patut diutamakan , samaada sembahyang tahyatul
masjid dahulu atau terus duduk apabila ketika itu ada majlis ilmu di
mesjid itu. Jika terus duduk apakah bacaan yang sesuai sebagai ganti
kepada tahyatul masjid ?

Jawapan:
Setiap kali memasuki Masjid, sebelum duduk disunatkan mengerjakan Solat
Sunat dua rakaat yang dinamakan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid. Jika terlupa
tidaklah berdosa kerana ia termasuk dalam amalan sunat, tetapi ketika di dalam
masjid hendaklah berniat iktikaf, setelah itu banyaklah membaca Al Quran,
berzikir, berdoa dan selawat kepada Rasulullah SAW.
399. Bahaya Oreintalis
Soalan:
Saya ingin mendapatkan lebih maklumat tentang kegiatan dan aktiviti
golongan orientalis dalam menceritakan atau mengupas tentang islam ini
dapat membantu saya memahami apa itu orientalis dan kejian saya
tentang orientalis?
Jawapan:
Orientalisme berasal dari kata orient dan isme. Orient ertinya timur dan isme
ertinya faham. Di dalam orientalisme apabila kita menyebut orient ertinya ialah
semua wilayah yang terbentang dari Timur Dekat sampai Timur Jauh dan juga
negara-negara yang berada di Afrika Utara dan Tengah.

Untuk memberikan pengertian yang lengkap seorang sarjana Turki Abdul Haq
Adnan Adiver menyatakan bahawa orientalisme adalah suatu pengertian yang
lengkap dimana dikumpulkan pengetahuan yang berasal dari sumbernya yang
asli yang berhubungan dengan bahasa, agama, kebudayaan, sejarah, ilmu alam,
ethnografi, kesusasteraan dan kesenian yang berada di Timur.

Pada dasarnya penelitan yang dilakukan oleh orang-orang Barat itu berusaha
mengkaji ketimuran secara lebih mendalam, kemudian memasukkan unsur-unsur
pemikiran didalam penelitian dan penyelidikannya itu. Umpamanya mereka
mengadakan penyelidikan tentang pengetahuan keagamaan, khususnya agama
Islam, apabila segala bahan telah berhasil mereka kumpulkan maka mereka
melakukan analisa menurut pemikiran mereka. Sehingga akan ditemui nanti nilai
ajaran Islam itu secara halus diubah daripada pengetian yang sebenar.

Orang-orang oreintalis berusaha memasukkan missi mereka untuk menarik


orang-orang lain agar masuk ke dalam kumpulan mereka, dengan sendirinya apa
yang menjadi cita-cita akan tercapai. Tujuan asas oreintalis mempelajari agama
Islam antara lain, untuk kepentingan penjajahan, untuk kepentingan agama,
untuk kepentingan diplomasi dan perdagangan serta untuk kepentingan ilmu
pengetahuan.

Untuk tujuan-tujuan tersebut mereka mempelajari ketimuran termasuk


tentang ajaran Islam dari sumbernya yang asli kemudian dirubah sesuai dengan
pemikiran mereka. Oleh sebab itu, umat Islam harus waspada dalam membaca
buku-buku agama Islam yang ditulis oleh para orientalis, kerana mereka telah
mencampur adukkan antara kebenaran dengan kebatilan.

400. Persefahaman Suami Isteri


Soalan:
Pada setiap tahun menjelangnya Aidilfitri, suami saya akan
menyambutnya di kampung beliau. Saya pernah menyuarakan untuk
membuat giliran cadangan untuk membuat giliran dalam hal ini.
Sehingga kini suami saya tidak pernah mengalah untuk beraya di pihak
saya. Saya sungguh sedih kerana sudah hampir 7 tahun saya tidak
pernah pulang ke kampung, menjenguk nenek dan saudara mara.
Apakah yang harus saya lakukan?

Jawapan:
Hubungan antara suami isteri yang harmoni lahir daripada kesefahaman dan
saling menghargai antara keduanya. Dari sudut hukum syarak, memanglah
seorang isteri harus mematuhi perintah suami selagi perintah tersebut bukan
kepada perbuatan maksiat dan menyekutukan Allah. Namun dari sudut psikologi
dan hubungan kekeluargaan pihak isteri dibolehkan menyuarakan pandangan dan
pendapatnya termasuk menyatakan perasaannya kepada suaminya dengan baik.
Usahakanlah menyampaikan keinginan itu dengan cara yang baik agar suami
dapat menerima cadangan itu dengan hati yang terbuka, dan banyaklah berdoa
kepada Allah agar hati suami menjadi lembut dan dapat memahami perasaan
orang lain terutamanya perasaan isteri.

Walaupun menjalinkan hubungan silaturrahim dengan nenek dan saudara


mara itu dianjurkan dalam Islam, namun ada perkara yang lebih wajib untuk
dipatuhi oleh pihak isteri iaitu mematuhi perintah suaminya. Janganlah
menjadikan perkara yang sunat atau dianjurkan itu mengatasi perkara wajib,
sehingga merosakkan keharmonian rumahtangga. Selesaikanlah dengan cara
mesyuarat atau berbincang dari hati ke hati agar segalanya dapat diatasi dengan
cara yang baik.

401. Tidak Menunaikan Nazar (Janji dengan Allah)


Soalan:
Saya hendak bertanya apakah hukumnya seseorang yang telah
bersumpah dengan nama Allah untuk melakukan sesuatu perkara apabila
mendapat kejayaan yang dihajati. Apabila seseorang itu telah mendapat
kejayaan dia tidak menunaikan seperti mana sumpah nya kepada Allah.
Bagaimanakah seseorang itu perlu untuk menebus kembali janjinya
sumpahnya kepada Allah?
Jawapan:
Barangsiapa bernazar untuk mensyukuri Allah ataupun untuk bertaqarrub
kepada-Nya atau jika sembuh dari sakit, atau jika diperkenankan suatu maksud
yang baik atau yang bukan maksiat, maka fardhulah atasnya menunaikannya.

Dari Aisyah ra. sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya:


"Barangsiapa bernazar akan mentaati Allah maka hendaklah ia mentaati-Nya dan
barangsiapa bernazar akan menderhakai Allah, maka janganlah ia menderhakai-
Nya". Adapun nazar yang bukan taat, maka tidak wajib dipenuhi, hanya
hendaklah ia beristighfar sahaja, memohon ampunan dari kesalahannya bernazar
yang sia-sia itu. Kaffarah atau denda merosak sumpah iaitu puasa tiga hari, jika
tidak sanggup memeberikan makanan 10 orang miskin atau membeli pakaian
atau memerdekakan seorang hamba.

402. Mencerai Isteri Ketika Haid


Soalan:
Kenapakah lelaki tidak boleh meceraikan isterinya ketika dalam keadaan
datang bulan. Ini kerana seorang kawan saya telah diceraikan oleh
suaminya ketika dalam haid. Bolehkah ustaz huraikannya sebabnya?

Jawapan:
Talaq Bid'i bermaksud suami menceraikan isterinya dalam keadaan haid atau
nifas atau dalam keadaan baru selesai berjimak. Ini berdasarkan peryataan Ibnu
Umar ra. sewaktu ia menceraikan isterinya yang sedang haid, kemudian
Rasulullah SAW menyuruhnya agar merujuk kembali kemudian menunggu
sehingga suci, kemudian didatangi haid sekali lagi kemudian disertai dengan
sucinya selepas itu. Setelah itu terserahlah kepadanya untuk menentukan sama
ada mengekalkan terus isterinya atau menceraikannya sebelum menyetubuhinya.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Maka itulah iddah yang telah diperintahkan
oleh Allah supaya isteri itu diceraikan mengikut iddahnya". Rasulullah SAW
marah ketika diberitahu tentang perceraian Ibnu Umar, padahal Baginda tidak
pernah marah terhadap barang yang halal. Jelaslah bahawa talak ketika isteri
sedang haid ini adalah bertentangan dengan yang disyariatkan Allah SWT dan
Rasul-Nya dan tidak dapat diterima. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Barangsiapa yang beramal tidak menuruti sunnahku adalah tertolak".

403. Perbualan yang Menimbulkan Berahi


Soalan:
Seorang kawan saya telah menolong rakannya melakukan onani melalui
perbualan telefon, apakah dia berdosa dan perlukah dia melakukan
mandi hadas meskipun tiada sebarang air yang keluar dari kemaluannya?

Jawapan:
Perbualan antara yang bukan muhrim yang dapat menimbulkan perasaan
berahi hukumnya haram. Bahkan suara wanita yang diucapkan dengan nada
lemah lembut di depan lelaki bukan muhrim dilarang kerana dikhuatirkan akan
menimbulkan niat jahat dari orang yang busuk hatinya. Apatah lagi berbual-bual
mengenai perkara seks yang sengaja dilakukan agar menimbulkan syahwat, ini
sangat jelas dosanya.
Tidak perlu mandi, jika tidak keluar mani kerana menghayal atau berangan-
angan. Namun wajib mandi walaupun tidak keluar mani bagi yang melakukan
persetubuhan.

404. Mengamalkan yang Sunat Meninggalkan yang


Wajib
Soalan:
Saya jarang melakukan solat wajib, tetapi saya selalu lakukan perkara
yang sunat, seperti berselawat, membaca kitab al-Quran dan Yaasin,
mendengar ceramah, membaca kitab agama dan selalu bertanya tentang
masalah agama. Apakah hukumnya perbuatan saya itu?

Jawapan:
Solat adalah tiang agama, jika orang tidak solat maka runtuhlah agamanya.
Mengerjakan solat lima waktu adalah fardhu, apabila dikerjakan mendapat pahala
daripada Allah dan apabila ditinggalkan maka berdosa besar dan sebahagian para
ulama menggolongkan kafir bagi orang yang meninggalkan solat fardhu dengan
sengaja.

Bagi orang yang tidak mengerjakan solat, maka segala amal kebajikannya
tidak diterima oleh Allah SWT dan amalannya itu hanya sia-sia.
405. Menyamakan Sifat Isteri dengan Ibu
Soalan:
Apakah hukumnya seorang suami yang menyamakan perbuatan isterinya
dengan perbuatan ibu atau adik-beradiknya (muhrim kepada suami)
seperti ciuman, masakan dan sebagainya?

Jawapan:
Jika seorang suami menyamakan sifat perbuatan tertentu isterinya dengan
ibunya tidaklah berdosa kerana ia bukan tergolong ke dalamZihar. Yang
dimaksudkan dengan Zihar adalah ucapan seorang suami kepada isterinya,
contohnya: "Punggung engkau seperti punggung ibuku". Penyerupaan bahagian-
bahagian yang dimaksudkan itu hendaklah daripada anggota badan yang zahir
dan khusus bagi ibu sahaja.

Zihar pula tidak dianggap talaq namun hukumnya adalah haram dan suami
haram menggauli atau menyetubuhi isterinya sebelum dia membayar kifarah.
Iaitu:
1. memerdekakan seorang hamba, kalau tidak punya,
2. berpuasa dua bulan berturut-turut, kalau tidak mampu,
3. memberi makanan kepada 60 orang fakir miskin.

Kifarat zihar ini sangat dituntut untuk menjaga ikatan perkahwinan dan untuk
mencegah timbulnya kezaliman terhadap diri perempuan, kerana bila seorang
suami merasakan beratnya denda untuk menebus ucapannya maka ikatan
perkahwinannya akan terjaga dan isteri akan terlindung dari penganiayaan
suaminya.

406. Berlebihan Dalam Berwudhuk


Soalan:
Apakah hukumnya sekiranya kita terkurang atau terlebih dari yang
ditetapkan iaitu 3 kali semasa mengambil air sembahyang. Contohnya,
mencuci muka terlebih atau terkurang daripada 3 kali?

Jawapan:
Ketika mengambil wudhuk disunatkan membasuh tiga kali. Ini membuktikan
perkara yang wajib bagi kita ketika berwudhuk membasuh dengan satu kali,
dengan syarat sampai air ke seluruh anggota wudhuk. Jika kita mengambil
wudhuk melebihi tiga kali bererti kita telah melakukan tiga kesalahan, pertama:
menggunakan air secara berlebih-lebihan bererti melakukan pembaziran, kedua:
was-was yang bersarang dalam hati yang merupakan keberhasilan syaitan dalam
membisikkan gangguannya dan ketiga: menyeleweng dari ketetapan Rasulullah
SAW.

Membazir atau membuang-buang air itu terjadi dengan menggunakan air


tanpa faedah menurut agama, umpamanya menambah jumlah tiga-tiga kali
dalam berwudhuk. Dalam sebuah hadis dari Amar bin Syuaib dari bapanya, dari
datuknya disebutkan: "Seorang Badui datang menemui Rasulullah SAW
menanyakan tentang wudhuk. Maka Nabi pun mepraktikkannya tiga-tiga kali
seraya bersabda: 'Beginilah berwuduhuk, maka siapa-siapa yang melebihi ini,
bererti ia menyeleweng, melanggar batas dan berlaku aniaya'.". (Riwayat Ahmad,
Nasa'i dan Ibnu Majah) Juga dari Ibnu Mughaffal ra. katanya: "Saya dengar
Rasulullah SAW bersabda: 'Nanti akan muncul dalam kalangan umat ini satu
golongan yang berlebih-lebihan dalam bersuci dan berdoa'.". (Riwayat Ahmad,
Abu Daud dan Ibnu Majah) Berkata Imam Bukhari: "Ahli-ahli ilmu tidak
menyukai bila dalam memakai air wudhuk itu melebihi batas yang digunakan oleh
Rasulullah SAW".

407. Suami Minum Susu Isteri


Soalan:
Apakah hukum suami minum susu isterinya dengan sengaja?

Jawapan:
Dalam melakukan jimak antara suami dan isteri, Allah memberikan kebebasan
bagi keduanya untuk menikmatinya sesuai dengan kaedah dan cara yang
dianggap sesuai menurut selera masing-masing. Di dalam Al Quran pun ada
disebutkan bahawa isteri-isteri kamu bagaikan kebun-kebun atau ladang bagimu,
terserahlah kepadamu untuk bercucuk tanam diatas ladang tersebut. Namun
begitu di dalam Al Quran juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti
dilarang menjimak isteri ketika sedang haid atau nifas, dilarang menjimak dubur
isteri dan lain-lain.

Mengenai perkara meminum susu isteri dengan sengaja merupakan perbuatan


yang menyalahi tabi'i atau fitrah seorang suami. Sesungguhnya yang layak
meminum susu seorang wanita itu adalah anak-anaknya, namun jika peranan
anak telah diambil oleh ayah ini merupakan penyelewengan dan tergolong dalam
aniaya.

408. Jujur Terhadap Pasangan


Soalan:
Perkahwinan merupakan satu perkongsian suami isteri atas segala yang
ditentukan. Kejujuran merupakan asas utama dalam melayari bahtera
tersebut. Perlukah seorang wanita atau lelaki memberitahu bakal
pasangannya jika dia mengidap penyakit yang boleh memudaratkan atau
menjejaskan tumpuannya pada pasangannya kelak? Adakah wajar
pasangannya meminta cerai atau memutuskan ikatan pertunangan
mereka?

Jawapan:
Di dalam Islam jika seorang lelaki ingin berkahwin biasanya diadakan
pinangan terlebih dahulu. Ketika itu wakil dari pihak lelaki melihat wanita
tersebut, apakah dia memiliki ciri-ciri wanita sihat atau subur, menjalankan
agama dengan baik serta syarat yang lain menurut Islam. Disini membuktikan
pentingnya mengetahui keadaan wanita tersebut jika seorang lelaki ingin
meminang ataupun mengahwininya.

Di dalam hadith juga ada disebutkan jika seseorang lelaki ingin meminang
wanita hendaklah memperhatikan empat perkara; hartanya, kecantikannya,
keturunannya dan agamanya. Namun yang paling penting pilihlah wanita yang
memiliki agama yang kukuh. Jadi jika demikian syaratnya, maka tidak baik bagi
seorang wanita menyembunyikan kekurangannya yang dikhuatirkan akan
menjejaskan hubungan suami isteri setelah berkahwin. Bereterus teranglah
tentang kekurangan yang kita miliki mungkin dengan cara demikian pihak lelaki
ataupun tunang kita boleh menerima kekurangan itu sebagai suatu kenyataan
yang tidak perlu disesali. Tapi jika tidak bereterus terang dari awal dikhuatirkan
akan meruntuhkan rumahtangga, maka ini lebih memilukan hati dan perasaan
kedua-dua belah pihak.

Jika setelah berterus terang pihak lelaki tidak mahu menerima kenyataan
tersebut, mungkin itulah yang terbaik yang Allah tentukan untuk anda. Perkara
ini akan lebih mudah anda terima sebagai suatu kenyataan dibanding dengan
menerima kemungkinan yang pahit setelah menikah nanti. Wallahu A'lam.

409. Mani Lelaki dan Mani Wanita


Soalan:
Tuan, saya ingin dapatkan kepastian tentang mani perempuan.
Sepertimana yang diketahui, apabila keluar mani lelaki atau perempuan
mereka wajib mandi hadas biarpun tanpa persetubuhan. Walau
bagaimanapun sepanjang perhubungan saya suami isteri, kami belum
dapat kenalpasti bagaimanakah rupa mani perempuan. Oleh itu sukar
untuk ditentukan sama ada isteri saya wajib mandi atau tidak apabila ia
telah mendapat kepuasan melalui istimta' tanpa bersetubuh tetapi
keadaannya umpama orang kepuasan setelah
disetubuhi.
(1) Adakah mani perempuan sama seperti mani lelaki dan apakah tanda-
tanda seseorang perempuan itu telah keluar mani?
(2) Adakah wajib mandi apabila seseorang perempuan itu telah
kepuasan sek melalui hubungan istimta' sahaja tanpa disetubuhi dan
tiada tanda-tanda ia telah keluar mani?
Harap tuan dapat jelaskan dengan terperinci. Terima kasih.

Jawapan:
Keluar mani dengan apa cara sekalipun sedikit atau banyak, warna biasa atau
warna darah dalam keadaan jaga atau tidur, dengan syahwat atau tidak kecuali
mani jimak yang keluar semula dari faraj wanita selepas mandi junub, ia tidak
wajib mengulangi mandi lagi jika keluarnya tidak dengan syahwat. Mani ini dapat
diketahui dengan memancut keluar atau dengan merasa lazat, atau berbau
tepung ketika ia masih basah atau berbau putih telur ketika keringnya sekalipun
keluarnya tiada memancut. Mani wanita sama juga, kadang-kadang tiada dapat
diketahui melainkan dengan merasa lazat sahaja ketika keluarnya.

Imam Ahmad dan Nasa'i meriwayatkan: "Khaulah pernah bertanya kepada


Rasulullah SAW tentang wanita yang bermimpi seperti yang dialami oleh lelaki.
Nabi menjawab: 'Dia tidak wajib mandi sehinggi ia keluar mani seperti juga lelaki
juga tidak wajib mandi apabila ia tidak keluar mani '. ".

Oleh kerana biasanya keluar mani wanita sukar untuk dikesan, maka
memadailah dengan merasakan lazat dan kenikmatan atau kepuasan itu
membuktikan bahawa wanitanya telah keluar mani. Jika demikian maka perlulah
ia mengerjakan mandi wajib.Dengan demikian lebih selamat dan terhindar dari
was-was. Wallahu A'lam.
410. Dating tanpa Melakukan Perkara Dilarang
Soalan:
Apakah hukumnya keluar dengan seorang lelaki bukan muhrim tanpa
melakukan perkara yang dilarang?

Jawapan:
Seorang wanita jika keluar dengan lelaki yang bukan muhrim hukumnya
haram walaupun tidak melakukan apa-apa yang dilarang. Kerana keluar dengan
bukan muhrim itu sendiri merupakan perkara yang dilarang oleh syarak. Kecuali
jika keluar itu disertai dengan muhrim yang lain sebagai teman. Sedangkan
wanita yang ingin mengadakan perjalananpun hendaklah disertakan dengan
muhrim apakah lagi dengan sengaja ingin keluar berpeleseran dengan yang
bukan muhrim, maka sangat jelas dan teranglah keharmannya.

411. Menerima Pinangan Lelaki Impian


Soalan:
Saya ingin meminta pendapat ustaz tetang pertemuan jodoh di dalam
Komputer (Internet)?

Jawapan:
Jika anda telah merasa tertarik dengan lelaki yang meminang anda tersebut
dan sesuai dengan kehendak hati bahkan mengamalkan agama yang baik, maka
itulah yang dituntut oleh syarak. Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda
maksudnya: "Apabila ada yang meminang anak gadismu, dan kamu senang pada
agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah. Kalau tidak kamu lakukan, sama
halnya dengan kamu membuat fitnah di muka bumi, dan menimbulkan kerosakan
yang besar". (Riwayat Tarmizi)
Jadi jika anda telah mengetahui bahawa lelaki yang meminang anda itu
seorang lelaki yang soleh, maka terimalah, kemungkinan inilah masa dan
ketikanya Allah memberikan anda seorang pasangan yang baik bahkan dapat
membimbing anda setelah menjalankan alam perkahwinan nanti.

412. Peranan Anak Terhadap Ibu bapa


Soalan:
Apakah hukumnya seorang anak yang tidak mahu salam/menerima ayah
kandungnya? Saya ada beritahu dia adalah tanggungjawab dia selagi
ayahnya masih hidup untuk memberi wang dan sbg. Dan boleh tak ustaz
terangkan lebih lanjut tanggungjawab anak terhadap kedua orang tua?

Jawapan:
Anak wajib menghormati kedua ibu bapanya walau bagaimanapun
keadaannya. Kerana sebab mereka berdualah anak dilahirkan di atas dunia ini.
Masalah pengabaian ibu bapa terhadap anak-anaknya itu merupakan
tanggungjawabnya yang harus dijawab disisi Allah SWT kelak. Namun sebagai
seorang anak betapapun kesalahan orang tua terhadapnya maka ia wajib
menghormatinya. Bahkan di dalam Islam mewajibkan seorang anak menghormati
dan mengunjungi ibu bapanya meskipun keduanya beragama lain. Adalah
lebih baik anak memaafkan kesilapan yang pernah dilakukan oleh ibu bapa
terhadapnya, dengan cara demikian anak telah membuka lembaran baru dalam
kehidupan keluarganya dan ia tergolong orang yang berbudi luhur bahkan
memperoleh keredhaan Allah yang luas. Sesungguhnya keredhaan Allah baru
diperoleh anak melalui keredhaan ibu bapa terhadapnya. Seandainya ia derhaka
kepada keduanya, maka bencana dan kemurkaan Allah mengiringi kehidupan
anak. Jika ini terjadi alangkah ruginya kehidupan anak, oleh sebab itu bukalah
pintu hati dan minda untuk menerima segalanya sebagai kenyataan dan garis
kehidupan agar kita menjadi insan yang sabar dan pemaaf. Wallahu A'lam.
Sila rujuk buku-buku berikut:

413. Doa Menghindari Sifat Marah


Soalan:
Kawan saya seorang yang panas baran dan mudah marah. Boleh tak
ustaz berikan doa/bagaimana caranya untuk
menyabarkan/menenangkan orang yang sedang marah? Doa/amalan
untuk menyejukkan hati sendiri yang sedang marah?

Jawapan:
Kemarahan itu timbul dari gejolak perasaan yang membara, ia bagaikan api
yang membakar perasaan. Kemarahan itu juga merupakan dorongan syaitan
yang ingin menghancurkan jiwa seseorang, sesungguhnya syaitan itu dari api,
dan api akan padam dengan air. Oleh sebab itu jika dalam keadaan marah
segeralah mengambil wuduk agar kemarahan menjadi reda.
Perbanyakkan istighfar kepada Allah dan selawat keatas Nabi, membaca Al
Quran, kerjakan solat dan perkara-perkara yang diperintah dan tinggalkan
perbuatan yang dilarang dalam Islam. Dengan cara demikian insya Allah
kemarahan akan dapat dihindarkan.

414. Membalas Jasa Terhadap Keluarga yang


Meninggal
Soalan:
Bagaimana dapat dia membalas jasa nenek dan datuknya yang telah
meninggal dunia? Secara umum, bila kedua orang tua kita meninggal
dunia, selain dari sedekahkan surah Al-Fatihah, apa lagi amalan yang
dapat dilakukan?
Jawapan:
Dalam sebuah hadith ada disebutkan, apabila mati anak Adam, maka putuslah
segala amalannya, kecuali tiga perkara. Pertama, sedekah jariah yang pernah
diberikannya ketika ia masih hidup, kedua, ilmu yang bermanfaat, ketiga, anak
yang soleh yang mendoakan keduanya.

Hanya anak yang soleh yang dapat membantu keluarganya yang telah
meninggal dunia dengan cara mendoakan bagi keduanya, atau menyedekahkan
harta peninggalannya ke jalan yang diredhai Allah. Insya Allah dengan cara
demikian akan membantu mereka yang telah meninggal dunia.

415. Mandi Wajib, Wudhu, Solat


Soalan:
Saya ingin bertanyakan satu soalan iaitu, seseorang lelaki itu keluar
mani dan dia mandi wajib.Selepas selesai mandi dia berwuduk dan pergi
bersembahyang.Adakah sah sembahyangnya itu?

Jawapan:
Sah mandinya jika dengan niat mandi wajib dan meratakan air ke seluruh
tubuh. Begitu juga sah wuduknya jika dengan niat dan membasuh anggota
wuduk dengan sempurna. Begitu juga sah solatnya jika wuduknya sempurna dan
melaksanakan syarat-syarat dan rukunnya. Wallahu A'lam.

416. Berutus Surat kepada Bukan Muhrim


Soalan:
Apakah hukumnya seorang lelaki dan seorang perempuan berutus surat?
Jawapan:
Berkirim surat pada asasnya boleh atau harus, namun jika surat itu
mengandung perkara yang menjurus kepada maksiat yang boleh menimbulkan
fitnah hukumnya terlarang atau haram. Namun jika untuk kemaslahatan dan
untuk kebaikan dibolehkan.

417. Adab Takziah Orang Meninggal Dunia


Soalan:
Apakah hukumnya sekiranya seseorang itu berbual-bual mengenai lain-
lain hal (Hal di dunia dan sebagainya) semasa melawat orang yang
meninggal?
Jawapan:
Ketika seseorang pergi takziah ke rumah orang yang meninggal dunia
hendaklah mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya dengan ikut merasakan
kepiluan yang sedang mereka alami. Setelah itu berilah nasihat kepada ahli
keluarga agar menerima ketentuan Allah SWT itu dengan sabar. Kemudian
hindarilah daripada mengerjakan perbuatan yang biasanya dilakukan ketika
gembira seperti dengan minum air kopi atau air lain, mengisap rokok dan
sebagainya. Begitu juga hindarlah dari berbicara perkara yang lebih condong
kepada keduniaan, kerana sebaiknya ketika takziah orang meninggal dunia itu
dengan mengambil iktibar dan pengajaran bahawa setiap kita akan meninggalkan
dunia yang fana ini menuju ke alam yang kekal abadi. Allah SWT berfirman
maksudnya: "Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu
mereka yang apabila terkena musibah berkata (sesungguhnya kita adalah
kepunyaan Allah dan kepadanya kita akan kembali). Mereka itu mendapat
keberkatan sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-
orang yang mengikuti petunjuk". (Al Baqarah ayat 156-157)

418. Meminjam dengan Bank yang Mengenakan Riba


Soalan:
Bolehkah kita melabur dalam syarikat yang meminjam wang dari Bank
yang mengenakan riba?

Jawapan:
Jika kita telah mengetahui secara pasti bahawa bank tersebut memakai
sistem riba maka wajiblah kita menghindarinya, kerana ketika ini ada alternatif
lain yang membolehkan kita meminjam wang di institusi kewangan yang tidak
menggunakan sistem riba atau bank Islam. Wallahu A'lam.

419. Waktu-waktu Mengerjakan Solat Fardhu


Soalan:
Assalamulaikum wbt ustaz. Betulkah ada hadis atau nas yang
membolehkan kita sembahyang maghrib dan isya' sebaik saja waktu
malam tiba contoh( bukan niat hendak jamak) : waktu mahgrib, selepas
itu kita sembahyang isya padahal waktu isya belum masuk. Saya musykil
kerana seorang kawan saya mengamalkan mazhab syiah membolehkan
hal ini berlaku?
Jawapan:
Banyak hadith-hadith yang menerangkan waktu-waktu solat ini antaranya; "Dari
Abdullah bin Umar, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: 'Waktu
Zuhur ialah bila matahari telah tergelincir sampai bayang-bayang seseorng itu
sama panjang dengan badannya, yakni sebelum datang waktu Asar. Dan waktu
Asar ialah sampai matahari selum lagi kuning cahayanya, waktu solat Maghrib
selama syafak atau awan merah belum lagi lenyap; waktu solat Isyak sampaia
tengah malam kedua, sedang waktu solat Subuh mulai terbit fajar sampai
terbitnya matahari. Jika matahari telah terbit, maka hentikanlah solat, kerana ia
terbit di antara kedua tanduk syaitan' ". (Riwayat Muslim) Dalam hadith yang lain
daripada Jabir bin Abdullah ra. bahawa "Nabi didatangi Jibril as. yang
mengatakan kepada baginda: 'Bangun dan solatlah!' Maka Nabipun solat Zuhur
waktu tergelincir matahari. Kemudian Jibril as. datang pula di waktu Asar
katanya: 'Bangun dan solatlah!' Nabi mengerjakan pula solat Asar yakni ketika
bayang-bayang sesuatu telah sama panjang dengan badannya. Lalu ia datang di
waktu Maghrib katanya: 'Bangun dan solatlah!' Nabi pun melakukan solat
Maghrib sewaktu matahari telah terbenam atau jatuh. Setelah itu Jibril datang
pula di waktu Isyak dan menyuruh : 'Bangun dan solatlah!' Nabi segera solat
Isyak ketika syafak atau awan merah telah hilang. Akhirnya Jibril datang di waktu
fajar ketika fajar telah bercahaya atau katanya ketika fajar telah terbit.
Kemudian keesokan harinya malaikat itu datang lagi di waktu Zuhur katanya:
'Bangun dan solatlah!' Maka Nabi pun solat yakni ketika bayang-bayang segala
sesuatu sama panjang dengan sesuatu itu. Di waktu Asar Jibril datang pula
katanya: 'Bangunlah dan solatlah!' Nabi pun solatlah di waktu bayang-bayang
dua kali sepanjang badan. Lalu ia datang lagi di waktu Maghrib pada saat seperti
kelmarin tanpa perubahan, setelah itu ia datang lagi pada waktu Isyak ketika
berlalu seperdua malam atau katanya sepertiga malam dan Nabi pun melakukan
solat Isyak.
Kemudian ia datang pula ketika malam mulai terang katanya: 'Bangun dan
solatlah!' Nabi pun mengerjakan solat fajar.
'Inilah' katanya lagi 'diantara waktu-waktu itu terdapat waktu-waktu solat'.".(HR.
Ahmad Nasa'i dan Tarmizi) Bukhari berkata hadith ini merupakan yang paling
sahih mengenai solat waktu, yakni dengan tuntunan dari Jibril as.

Dari dua hadis di atas menunjukkan tentang batas-batas waktu solat yang
paling tepat dan shahih. Inilah yang diamalkan oleh kaum ahlisunnah waljamaah
yang mesti kita ikuti. Wallahu A'lam.
420. Hukum Bulu Anjing dan Babi
Soalan:
Tentang bulu binatang. Pihak Darul Nu'man mengatakan bulu babi dan
bulu anjing HALAL digunakan. Saya telah merujuk kepada beberapa
orang Ustaz mengatakan TIDAK HALAL digunakan. Sila berikan
keterangan dan hukum dengan jelas? Sekian.

Jawapan:
Menurut ulamak Zahiri, ayat 23 yang terdapat dalam surah al-Baqarah
menjelaskan pengharaman daging babi, bukan lemaknya. Ini bermakna bagi
golongan ini lemak babi tidak menjadi masalah menggunakannya. Bagi majoriti
ulamak pula pengharaman daging babi merangkumi pengharaman daging dan
lemak sekaligus, kerana lemak termasuk ke dalam daging. Inilah pendapat yang
sahih. Ini kerana menurut jumhur ulamak, Allah SWT menyebut tentang daging
babi bagi menjelaskan tentang batang tubuh babi itu sendiri samada ia
disembelih dengan cara yang syar'i atau tidak.

Berhubung mengambil faedah dari bulu babi, ulamak berbeza pendapat.


Menurut imam Abu Hanifah dan imam Malik harus menggunakan bulu babi
sebagai bahan jahitan. Bagi imam Asy-Syafii tidak harus mengambil faedah dari
bulu babi kerana ianya najis. Menurut imam Abu Yusuf boleh menggunakan bulu
babi sebagai bahan jahitan, tetapi hukumnya adalah makruf. Menurut imam Al-
Qurtubi, tidak ada perselisihan di kalangan ulamak yang seluruh badan dan
anggota babi adalah haram kecuali bulunya. Bulunya adalah halal dan boleh
dijadikan bahan jahitan kerana
bahan jahitan yang menggunakan bulu babi wujud di zaman rasulullah SAW dan
zaman selepas baginda dan tidak terdapat sebarang maklumat menunjukkan nabi
ada melarang umat Islam menggunakannya. Inilah juga pendapat imam-imam
selepas Baginda. (Rujuk Tafsir Ayat Ahkam oleh Muhamad Ali As-Sobuni).
Menurut ulamak Hanafi bulu anjing adalah suci kerana Rasulullah SAW
melarang memakan daging bangkai termasuklah anjing bukan menggunakan
bulunya. Bagi ulamak Maliki bulu anjing adalah suci tidak najis. Ulamak Syafii dan
Hanbali pula menghukumkan bulu anjing adalah najis. Bagaimanapun jika bulu
anjing itu kering tidak perlu kepada seseorang menyamak pakaiannya apabila
terkena sentuhan bulu anjing yang kering. Ia hanya perlu menyamak apabila
tesentuh bulu anjing yang basah.
(Rujuk Fikah Islami Waadillatuhu oleh Prof. Dr Wahbah Az-Zuhaili)
Tentang air liur anjing menurut ulamak Hanafi, Syafii, imam Ahmad dan jumhur
ulamak hukumnya adalah najis, kerana berpegang dengan hadis yang
diriwayatkan oleh imam Ahmad yang memerintahkan seseorang menyamak
bekas yang dijilat oleh anjing. Ini menunjukkan air liur anjing itu adalah najis.
Bagi imam Malik anjing adalah suci, termasuklah air liurnya. Beliau berpendapat
perintah membasuh bekas yang dijilat oleh anjing yang terdapat dalam hadis
yang diriwayatkan oleh imam Ahmad itu disebabkan kotoran yang terdapat pada
badan anjing bukan kerana kenajisannya.

Menurut ulamak Syafii dan Hanbali apabila sesuatu yang kering terkena badan
anjing dan babi yang basah atau terkena anak yang dilahirkan hasil kacukan
anjing dan babi atau anak yang dilahirkan hasil kacukan anjing atau babi dengan
binatang lain yang halal dalam Islam, maka benda yang terkena itu hendaklah
dibasuh sebanyak tujuh kali basuhan yang pertamanya dengan tanah
berdasarkan hadis riwayat Ahmad yang lalu. Basuhan benda yang terkena badan
anjing ini dikiaskan kepada benda yang terkena badan babi juga perlu dibasuh
sebanyak tujuh kali , di mana yang pertamanya adalah tanah, kerana babi adalah
lebih buruk dan jelek menurut kacamata syarak berbanding anjing.
Menurut ulamak Hanbali bahan-bahan lain boleh juga digunakan ketika
menyamak sebagai menggantikan tempat tanah yang disebutkan di dalam hadis
yang lalu, kerana tanah mempunyai unsur-unsur kekuatan dalam menghilangkan
najis. Ini bermakna sabun dan bahan-bahan pencuci yang lain boleh juga
digunakan untuk menyamak benda yang terkena badan anjing dan babi yang
basah tadi kerana ia juga mempunyai daya kekuatan yang tidak kurang
berbanding tanah dalam menghilangkan kotoran yang terdapat pada benda yang
terkena badan anjing dan babi tadi. (Rujuk Fikah Islami Waadillatuhu oleh
Prof Dr. Wahbah Az-Zuhaili)

421. Hak-hak Orang Bukan Islam dalam Negara Islam


Soalan:
Apakah hak-hak orang bukan Islam di dalam sebuah negara Islam?
Jawapan:
Dalam sejaran Islam bermula daripada pemerintahan Rasulullah SAW
sehinggalah kepada pemerintahan kerajaan Islam Othmaniyah orang-orang
bukan Islam memperolehi hak yang sudah sedia terjamin oleh syariat kepada
mereka. Mereka tidak pernah mengecapi kebebasan yang sebenarnya kecuali
setelah berada dibawah pemerintahan Islam. Ahli perundangan Islam
membahagikan rakyat yang bukan Islam kepada beberapa katogari. Antaranya:
1. Kafir Dhimmi. Mereka ialah orang yang sanggup taat setiap kepada negara
Islam. Negara dikehendaki meraikan segala perjanjian yang dibuat dengan
mereka.

2. Tawanan Perang. Mereka ini terdiri daripada orang yang menentang Islam
sehinggalah mereka ditewaskan dan akhirnya ditawan. Secara automatik mereka
diletakkan dibawah tanggungan negara Islam. Mereka dikehendaki membayar
cukai mengikut kadar tertentu dan dengan itu hidup, harta benda, maruah dan
rumah-rumah ibadat mereka dilindungi.

3. Orang bukan Islam yang menetap di negara Islam dan menjadi rakyat
negara berkenaan.

4. Orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam buat sementara waktu
seperti pelancong atau pengembara.

5. Penduduk asing yang secara sukarela memilih untuk tinggal di dalam negara
Islam.
Hak-hak asasi orang-orang yang bukan Islam dalam negara Islam merangkumi:

1. Mereka dilindungi oleh pemerintah Islam dari serangan luar.

2. Mereka dilindungi dari segala bentuk penganiayaan dan pencerobohan dari


dalam negara.
Selain itu terdapat hak-hak yang lain iaitu;
1. Berhak melaksanakan undang-undang peribadi mereka seperti undang-
undang yang bersangkutan paut dengan soal perkahwinan, perceraian,
pembahagian harta pusaka, penjualan arak, makan daging babi dan menjual beli
barang seumpamanya. Bagaimanapun jika mereka mahu tunduk kepada hukum-
hukum syariat Islamiyah maka pemerintahan hendaklah menerima kehendak
mereka dan menjalankan hukum syariat secara adil ke atas mereka.

2. Berhak membuat pilihan terhadap sesuatu pegangan agama tanpa sebarang


paksaan dari pemerintahan Islam dan mereka boleh mengamalkan kepercayaan
agama mereka dengan aman.
3. Hak untuk hidup. Orang bukan Islam yang berada dalam negara Islam
mempunyai hak untuk hidup dan darahnya terpelihara. Tidak seorangpun berhak
membunuh dan mengalirkan darahnya atau merampas harta bendanya. Jika ada
mana-mana orang Islam yang membunuh mereka, maka hukumannya hendaklah
dibunuh balas.

4. Kehormatan orang yang bukan Islam adalah terpelihara dalam negara Islam.
Mayat dan tulang-temulang orang yang bukan Islam hendaklah dihormati seperti
juga mayat orang Islam. Jenazah orang yang bukan Islam perlu dihormati.

5. Musuh-musuh Islam yang ditawan dalam peperangan berhak mendapat


layanan yang adil dari pemerintah Islam. Mereka tidak boleh didera dan dibunuh
sewenang-wenangnya, kecuali yang jelas merbahaya kepada negara Islam dan
umatnya.

6. Rumah orang yang bukan Islam tidak boleh dicerobohi dan harta bendanya
tidak boleh dicuri dan dirampas sewenang-wenangnya.

7. Orang yang bukan Islam berhak membuat permohonan kepada negara Islam
bagi mendapatkan hak perlindungan politik sebagaimana orang Islam yang
berada di negara bukan Islam berhak membuat permohonan berkenaan kepada
mana-mana negara Islam.

8. Orang bukan Islam berhak mengadakan perhimpunan secara aman dan berhak
menubuhkan persatuannya sendiri.

9. Orang yang bukan Islam mempunyai hak untuk menyatakan pendapat dan
pendiriannya masing-masing, malah mereka mempunyai hak dalam berpolitik
bagi membela nasib kaum mereka sendiri.

10. Orang bukan Islam berhak menjalankan perniagan secara bebas dalam
negara Islam asal sahaja bentuk perniagaan itu tidak mengandungi jualan yang
boleh merosakkan negara seperti dadah dan sebagainya.

11. Orang bukan Islam mempunyai hak dalam memegang jawatan dalam
perkhidmatamn awam yang berkaitan dengan perkara duniawi dan tidak
menyentuh tentang perkara agama Islam.

12. Orang yang bukan Islam yang terlampau miskin berhak mendapat bantuan
kewangan dari pihak berkuasa negara Islam sebagaimana yang diputuskan oleh
Saidina Umar ra. di zaman pemerintahannya.

13. Orang bukan Islam berhak mendapat rawatan kesihatan dan hak jaminan
sosial dari kerajaan Islam.

14. Orang yang bukan Islam tidak boleh dipaksa melibatkan diri dalam angkatan
tentera negara Islam, kerana dengan membayar cukai jizyah mereka berhak
mendapat perlindungan dari kerajaan. Bagaimanapun jika mereka secara
sukarela memasuki perkhidmatan angkatan tentera Islam, ia sangat dialu-alukan.
Kerana dengan cara ini ia dapat berbakti kepada tanah air tempat ia menetap.
Orang-orang yang bukan Islam juga dikehendaki melaksanakan hak yang wajib
mereka laksanakan terhadap negara Islam iaitu:
1. Mereka hendaklah melakukan perkara yang boleh menyumbangkan pada
kesejahteraan masyarakat dan negara yang dihuninya.
2. Mereka tidak boleh melakukan sesuatu tindakan yang membahayakan negara
Islam dan perbuatan yang menimbulkan rasa tidak senang orang Islam.
Contohnya mereka tidak boleh membuka kedai arak dan kawasan ternakan babi
di kawasan perumahan orang-orang Islam.

3. Orang yang bukan Islam dilarang menghina dan mencerca sebarang tokoh
Islam sekalipun mereka tidak mempercayai dan menganuti Islam, malah mereka
dituntut supaya menghormati pegangan orang Islam dan apa sahaja yang
dimuliakan oleh orang Islam.

4. Orang-orang bukan Islam tidak boleh memberontak menentang negara Islam


atau mementingkan diri sendiri sahaja dengan menimbulkan perkara yang
mencetuskan huru-hara dalam masyarakat. Mereka tidak boleh bersama dengan
golongan yang suka menyebarkan fitnah dalam negara Islam.

5. Mereka mesti mematuhi dan menghormati undang-undang yang dilaksanakan


oleh negara Islam iaitu undang-undang yang bertujuan mengawal peraturan dan
kebajikan masyarakat.
Inilah antara hak yang berhak diterima oleh orang bukan Islam dalam sesebuah
negara Islam dan hak yang perlu mereka laksanakan kepada negara Islam.
(Rujuk buku Non Muslim Under Shari'ah (Islamic Law) oleh A. Rahman. D.)

422. Aurat Wanita Islam terhadap Bukan Islam


Soalan:
Saya sebagai pelajar di IPT tempatan ingin mengajukan soalan mengenai
penempatan pelajar bukan muslim di bilik pelajar Islam. Apakah aurat
antara pelajar perempuan muslim dengan pelajar perempuan bukan
muslim?

Jawapan:
Aurat bermaksud bahagian tubuh yang tidak patut diperlihatkan kepada orang
lain. Wanita wajib menjaga diri jangan sampai memperlihatkan auratnya kepada
sesiapapun yang tidak diizinkan melihatnya. Begitu juga halnya lelaki tidak boleh
melihat aurat lelaki dan wanita tidak boleh melihat aurat sesama wanita.
Daripada Abu Said al Khudri Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Jangan
hendaknya lelaki melihat aurat lelaki lain, dan wanita melihat aurat wanita lain.
Dan jangan lelaki tidur satu selimut dengan lelaki lain dan wanita satu selimut
dengan wanita lain..." (HR Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Hadis diatas menjelaskan tentang aurat wanita sesama wanita muslimah
dilarang melihatnya, apakah lagi dengan wanita kafir jelas dilarang dan berdosa
jika wanita muslimah menunjukkan auratnya, kerana dikhuatirkan menimbulkan
fitnah yang besar terhadap orang Islam. Begitu juga dilarang wanita muslimah
tinggal serumah dengan wanita bukan Islam kerana dapat menimbulkan fitnah
dan bahaya yang sangat besar terhadap jiwa dan agama kaum muslimah.

Rasulullah juga ada menjelaskan tentang bagaimana kehancuran orang-orang


bani Israel disebabkan oleh pergaulan mereka dengan orang-orang kafir dan
mengikuti cara kehidupan mereka. Oleh sebab itu hindarilah perbuatan tinggal
serumah dengan orang yang bukan Islam kerana ia mengganggu akidah dan
ibadah kita.
423. Menonton Di Panggung Wayang
Soalan:
Apakah hukum menonton di panggung wayang yang ditaja oleh syarikat
arak?

Jawapan:
Menonton di panggung wayang hanya sekadar menghabiskan dan
membuangkan masa. Mensia-siakan waktu hukumnya berdosa, tidak kiralah
cerita di panggung tersebut ditaja ataupun tidak ditaja oleh pihak tertentu.
Apatah lagi jika ditaja oleh minuman keras, sudah jelas berdosa kerana
bersubahat dan mengganggu hati serta merosak jiwa dan akhlak. Bahkan, secara
umumnya kita mengetahui bahawa cerita-cerita yang ada di panggung wayang
ketika ini kebanyakannya berunsur lucah dan ganas serta melalaikan dan
membuang waktu.

Sesungguhnya setiap muslim itu diperintahkan supaya benar-benar menjadi


pengikut Islam dan memiliki sifat-sifat orang beriman seperti difirmankan oleh
Allah SWT. dalam ayatNya yang bermaksud, "Dan orang-orang yang tidak
memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang
yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat, mereka akan
melewati mereka (berlalu sahaja) dengan menjaga kehormatan diri." (Al-
Furqaan, ayat 72)
Dinyatakan dalam ayat yang di atas bahawa percakapan yang sia-sia, komedi
lucu yang mengarut, hiburan yang tiada bermanfaat dan semua bentuk dosa
adalah ditentangi. Begitu juga ayat ini mengutuk segala perbuatan yang sia-sia
dan hiburan yang melalaikan, yang mana panggung wayang dikatakan
memainkan peranan yang besar. Untuk mereka yang memilih untuk
menghabiskan masa lapang dengan hiburan dan pertunjukan yang melalaikan,
Allah SWT. telah berfirman yang maksudnya, "Dan tiadalah kehidupan dunia ini
melainkan main-main dan senda gurau belaka, dan sesungguhnya negeri akhirat
itu lebik baik bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-An'am, ayat 32)

424. Hukum Membohongi Suami


Soalan:
Apakah berdosa membohongi suami untuk mengelakkan perkara-perkara
yang boleh membawa pertengkaran kerana suami agak cemburu
walaupun nak berjumpa doktor contohnya?

Jawapan:
Isteri yang solehah itu disamping patuh kepada perintah Allah dan
RasulullahNya, ia juga patuh terhadap suami dan tidak membohonginya.
Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar ra. Rasulullah
SAW bersabda: "Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan, dan sebaik-
baik kesukaan itu adalah perempuan yang solehah".
Dalam Hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda: " 'Mahukah kamu, aku
beritahukan dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang
lelaki?' Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira,
jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia
akan menjaga harta suaminya dan memelihara akan kehormatan dirinya".
(Riwayat Ibnu Majah)

Berbohong kepada suami adalah berdosa apatah lagi berbohong kepada suami
kerana ingin berjumpa doktor yang seandainya lelaki hukumnya jelas haram dan
dosa besar. Jika suami tidak redha dengan sikap pembohongan itu maka akan
berkekalan dosa seorang isteri terhadap suaminya. Sabda Rasulullah SAW yang
maksudnya: "Aku melihat dalam neraka tiba-tiba ramai diantara ahlinya adalah
wanita. Maka seorang wanita bertanya: "Mengapa ya Rasulullah ?". Rasulullah
SAW menjawab: "Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada
suaminya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadith yang lain diterangkan, "Dari Ibnu Abas ra. sesungguhnya
seorang wanita dari suku Khat'am datang menemui Rasulullah SAW dan
bertanya: Wahai Rasulullah, sampaikanlah kepadaku keterangan apa hak suami
terhadap isteri. Baginda bersabda: Sesungguhnya hak suami terhadap isteri iaitu
jika suami menghendaki dirinya sekalipun ia berada di atas kenderaan ia tidak
menolak dirinya untuk memenuhinya, dan hak suami atas isterinya iaitu isteri
tidak boleh puasa sunat tanpa izin suaminya, jika ia terus melakukannya itu
hanya akan mendapatkan lapar dan dahaga dan tidak diterima puasanya itu, dan
tidak boleh keluar rumah tanpa izin suaminya, jika ia tetap keluar maka
malaikat langit dan malaikat rahmat serta malaikat azab akan mengutuknya
sampai ia pulang."
(Riwayat Thabrani)
Kecemburuan seorang suami terhadap isteri merupakan fitrah yang dituntut
oleh agama, kerana jika suami tidak cemburu dengan kemungkaran dan
kesalahan yang dilakukan oleh isteri maka suami akan tergolong dayus
( golongan yang dilaknat Allah dan diharamkan syurga keatas mereka ). Ada juga
sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Kecemburuan itu termasuk sebahagian dari iman, midzak ( membenarkan lelaki
lain ke dalam rumah [ juga rumahtangga ] kemudian dibiarkan bersama isterinya
) itu termasuk sifat munafiq." (Riwayat Bazar dan Baihaqi)

Jika ini yang terjadi maka kesannya adalah sangat jauh sehingga boleh
meruntuhkan institusi rumahtangga yang anda bina. Pembohongan seperti di
atas merupakan benih-benih kehancuran rumahtangga yang anda ciptakan
sendiri, itulah sebabnya dizaman moden ini banyak rumahtangga yang musnah
lantaran isteri ataupun suami tidak memahami akan peranannya masing-masing
terutama ditinjau dari sudut agama.

Segeralah bertaubat dengan cara memohon maaf kepada suami dengan


kesalahan dan pembohongan yang pernah dilakukan selama ini. Hanya dengan
cara demikian, insya Allah institusi rumahtangga anda akan selamat. Wallahu
A'lam.

425. Berpura-pura di Depan Suami


Soalan:
Apakah hukumnya berpura-pura suka melakukan sesuatu perkara itu
dihadapan suami sedangkan kita tidak menyukainya untuk
menjaga/menyenangkan hati suami sahaja sedangkan dibelakangnya
kita tidak melakukan perkara tersebut (perkara tersebut bukanlah
sesuatu yang buruk)?

Jawapan:
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Isteri jika
melakukan pekerjaan untuk suaminya dengan rasa ikhlas memperoleh ganjaran
yang besar daripada Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: "Wanita yang
solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang
serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana
Allah telah memelihara mereka... "
(An Nisaa' ayat 34 )
Jika kepura-puraan itu bukan perkara yang buruk, tidak bertentangan
dengan syariat demi menyenangkan hati suami, maka hukumnya harus atau
boleh. Umpamanya dalam menikmati suatu makanan yang disenangi oleh suami
sedangkan isteri tidak suka dengan makanan tersebut, maka untuk
menyenangkan hati suami, si isteri menunjukkan sikap bahawa ia juga suka pada
makanan tersebut walaupun pada hakikatnya ia tidak menyukainya. Sikap seperti
ini dipuji kerana bertujuan membahagiakan hati suaminya. Namun dari segi
psikologi kita perlu juga berterus terang kepada suami tentang perkara yang
tidak kita sukai agar suami dapat memahami tentang diri isteri secara lebih
mendalam.

Dalam perkara yang bersifat asas seperti keperluan suami terhadap layanan,
baik dalam kasih sayang mahupun hubungan jimak, maka isteri wajib
memenuhinya dengan rasa ikhlas dan senang hati bukan dengan sifat berpura-
pura. Jika siafat berpura-pura ini terjadi maka isteri telah berdosa terhadap
suaminya. Isteri harus patuh dan setia terhadap suami yang soleh dan bersedia
mengikuti segala perintahnya. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda
maksudnya: "Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia, tentu aku
suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya, lantaran begitu besar Allah jadikan
hak lelaki atas wanita". (Riwayat Abu Daud)
Jadi hindarilah sifat suka berpura-pura di depan suami jika ingin memperoleh
pahala daripada Allah SWT. Jika perkara yang disukai suami itu tidak
bertentangan dengan agama, mengapa pula si isteri harus berpura-pura suka
melakukannya di depan suami kemudian meninggalkannya jika suami tidak ada.
Sifat seperti ini menunjukkan benih kebohongan yang boleh melukakan hati
suami dan dapat meruntuhkan kebahagiaan rumahtangga.

426. Persediaan Menjelang Hamil


Soalan:
Apakah persediaan oleh seorang wanita itu jika ia berniat untuk
mengandung dan menjadi ibu. Apakah amalan-amalan yang dianjurkan
oleh Islam kepada pasangan suami isteri itu lakukan sebelum
dan semasa isteri mengandung?

Jawapan:
Bagi seorang wanita yang telah berkahwin secara fitrahnya ia telah bersedia
untuk mengandung dan menjadi seorang ibu. Mengandung dari benih suami
yang kita sayangi merupakan perkara mulia yang dituntut oleh agama. Bahkan
diantara tujuan perkahwinan dalam Islam itu untuk memperbanyakkan zuriat.
Jadi niat untuk mengandung dan menjadi ibu dengan segara itu sangat terpuji
dan insya Allah akan memperoleh berkah dan rezeki yang banyak daripada Allah
SWT.

Persediaan menghadapi kehamilan sangat mustahak, bukan sahaja sekadar


kesanggupan suami dan isteri menerima bebanan datangnya seorang anggota
baru dalam keluarga, tetapi ia memberikan kesan secara langsung terhadap ibu
yang sedang hamil tersebut. Ibu yang sedang hamil akan mengalami berbagai
perubahan fizikal dan emosi. Perubahan tersebut kadang kala sukar untuk
diterima baik pihak isteri sendiri mahupun suami. Oleh sebab itu baik isteri
mahupun suami hendaklah mempersiapkan diri dengan amalan-amalan yang
mulia agar dapat menghadapi perubahan-perubahan emosi itu dengan rasa
keimanan dan kesabaran.
Banyakkan amalan-amalan yang mesti dilakukan oleh suami dan isteri ketika
isteri sedang mengandung, seperti banyak bertaubat, sentiasa menutup aurat,
banyak membaca ayat-ayat Al Quran, dan perkara lain yang dituntut oleh agama.

427. Menyimpan Patung Permainan


Soalan:
Apakah pandangan Islam mengenai orang Islam yang menyimpan
patung-patung permainan atau gambar- gambar bernyawa?

Jawapan:
Mengenai menyimpan gambar bernyawa di dalam rumah dalam sebuah hadith
disebutkan. Daripada Aisyah ra. menceritakan bahawa pernah ia membeli sebuah
bantal yang bersulamkan gambar (makhluk hidup), sewaktu Rasulullah SAW
melihatnya baginda berdiri di pintu (tidak mahu masuk ke dalam rumah) dan
wajah baginda berubah (menandakan kurang senang).

Melihat wajah Rasulullah SAW berubah, Aisyah bertanya: "Apakah dosaku ya


Rasulullah, beritahulah kepadaku, sekarang juga aku akan bertaubat kepada
Allah dan Rasul-Nya". Kemudian Rasulullah SAW bertanya kepada Aisyah: "Bantal
apa ini ya Aisyah?" Aisyah menjawab: "Aku belikan untuk baginda tidur atau
duduk di atasnya".
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang membuat gambar ini kelak
akan diseksa di hari kiamat dan diperintahkan supaya dihidupkannya (diberi roh).
Sesungguhnya rumah yang ada gambar, malaikat tidak masuk ke dalamnya".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mengenai patung permainan dalam sebuah hadis diterangkan; Aisyah berkata:


"Suatu ketika sedang kami (Aisyah bersama kawan wanitanya) bermain-main
dengan anak patung, Rasulullah SAW masuk ke dalam rumah, kawan-kawanku
lantaran merasa segan dengan baginda merekapun menyembunyikan diri.
Melihat sikap kawan-kawanku itu, maka Rasulullah SAW pun menyuruh mereka
keluar daripada tempat persembunyian dan bermain kembali". (Riwayat Bukhari)

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Nasa'i pula Aisyah
menceritakan bahawa ketika ia melihat Rasulullah SAW baru pulang daripada
peperangan (Tabuk dan Khaibar), ketika itu ia sedang bermain dengan patung-
patung mainan. Ia juga segera menutup anak patung itu dengan kain. Tiba-tiba
Rasulullah menyingkapnya dan bertanya: "Apa ini ya Aisyah ?' Aisyah menjawab:
"Anak-anak saya (mainan saya). Patung mainan itu adalah gambar kuda
bersayap".
Rasulullah SAW bertanya lagi: "Kuda bersayap?" Aisyah menjawab: "Apakah
baginda tidak pernah mendengar bahawa nabi Sulaiman as. mempunyai kuda
bersayap?" Mendengar jawapan itu Rasulullah SAW ketawa.

Banyak lagi hadith-hadith yang menjelaskan tentang gambar bernyawa dan


patung-patung untuk mainan ini, namun disini dapat disimpulkan diantara sebab
gambar itu dilarang atau diharamkan, kerana menyerupai ciptaan Allah dan
pembuatnya dituntut memberi roh atau nyawa serta di akhirat di azab di dalam
neraka, yang menyerupai patung berhala, malaikat benci dan tidak masuk ke
dalam rumah yang ada gambar, gambar yang sempurna rupanya (berlembaga),
diletakkan di tempat yang hormat dan tujuan menghormati dan untuk dijadikan
kenangan dan dihormati.
Sedangkan gambar-gambar yang diharuskan antara lain; gambar
pemandangan makhluk yang tidak bernyawa, gambar yang tidak sempurna sifat
dan tidak berlembaga dan tanpa niat menghormatinya, tidak dihormati, bertujuan
pendidikan, gambar mainan kanak-kanak.

Disini kami sertakan juga pandangan beberapa ahli. Diantaranya Imam


Nawawi berpendapat; "Adapun gambar yang digantung pada dinding atau
gambar pada kain, pakaian seperti serban, baju dan sebagainya yang dikira
benda yang tidak dilasak atai dihormati, sekiranya gambar itu makhluk bernyawa
dan sempurna bentuk rupanya, mempunyai bayang seperti lembaga patung atau
tidak berbayang seperti yang dilukis di kain, dinding dan lain-lain, semuanya di
hukum haram. Kecuali sekiranya gambar makhluk bernyawa itu didapati terletak
atau terlukis atau terukir pada pada tempat yang tidak dihormati, seperti di
lantai, di tikar, di tempat duduk atau tempat pijak, dibantal atau tilam dan lain-
lain tempat yang seumpamanya, maka tidaklah dihukum haram."

Menurut Ibnu Arabi; segala gambar yang mempunyai bayang (berlembaga)


ijmak ulama telah mengharamkannya. Dilarang atau haram hukumnya sekiranya
gambar itu berbentuk sempurna, tetapi kalau terpotong kepala atau terpisah
anggotanya hukumnya harus atau boleh. Harus hukumnya jika tanpa maksud
menghormati dan mengagung-agungkannya yakni tidak digantung di dinding.
Kalau di gantung di dinding hukumnya haram, kerana menunjukkan maksud
menghormati dan mengagungkannya. Ibnu Arabi juga menyebut bahawa telah
ijmak ulamak mengharamkan gambar patung-patung, tetapi jumhur ulamak
mengharuskan (membolehkan) patung-patung mainan kanak-kanak".

428. Pakaian Menutup Aurat


Soalan:
Ustaz, saya ingin mendapatkan pendapat tuan bagaimana ingin
menasihatkan isteri supaya menutup
aurat. Isteri saya buat masa sekarang memakai tudung dan baju kurung,
tetapi saya masih tidak berpuas hati kerana bagi saya memakai baju
kurung masih lagi menampakkan bentuk badan.

Jawapan:
Isteri yang solehah adalah isteri yang menutup aurat ketika berpakaian.
Kerana ramai di kalangan wanita pada zaman ini mereka berpakaian tetapi
telanjang. Ertinya pakaian mereka hanya menutup bahagian-bahagian tertentu
sahaja. Kalaupun menutup semuanya tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan
jelas.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah
untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu
adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat". (Al A'raf ayat 26)

Seorang suami adalah pemimpin dalam rumahtangganya dan bertanggungjawab


terhadap kepimpinannya tersebut. Jika suami merasakan bahawa isteri masih lagi
belum melaksanakan syariat sepenuhnya, berusahalah membimbingnya dengan
cara yang baik. Berilah nasihat dengan lemah lembut tapi tegas agar isteri faham
bahawa menutup aurat dengan betul dan sempurna itu bukanlah perkara remeh,
tetapi ianya merupakan perkara wajib. Jika suami masih membiarkan isterinya
menampakkan bentuk tubuhnya, maka suami tetap berdosa kerana tidak
mengendahkan tuntutan syarak.

429. Menulis dan Membaca Terjemahan Al-Quran


Ketika Haid
Soalan:
Bolehkah seseorang dalam keadaan haid mencatat terjemahan ayat Al-
Quran, dia tidak membaca ayat Al-Quran (arabic) tapi membaca
terjemahannya saja, kemudian di tulis secara balik (terjemahan) dalam
buku nota?
Jawapan:
Orang yang dalam keadaan haid tidak boleh memegang dan membaca Al
Quran tetapi hanya sekadar menulis dan membaca terjemahan hukumnya harus
atau dibolehkan.

430. Pengertian Tawassul


Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan tawassul?
Jawapan:
Menurut Ibnu Taimiyah, ulama muslim telah sepakat mengertikan istilah
tawassul itu dengan dua pengertian. Pertama, yang merupakan dasar iman dan
Islam, iaitu tawassul melalui iman kepada Rasulullah SAW dan taat kepadanya.
Kedua, adalah doa dan syafaat baginda. Kedua makna ini telah disepakati kaum
muslimin, jadi tawassul dengan percaya dan taat kepada Rasulullah adalah dasar
agama.

Memohon kepada Allah dengan selain Dia ada dua. Pertama, bersumpah
kepada-Nya dengan nama makhluk, kedua; memohon dengan suatu sebab,
seperti ketiga orang di dalam gua yang bertawassul dengan amal-amal mereka,
seperti juga bertawassul dengan doa Nabi dan orang-orang saleh. Bersumpah
terhadap Allah dengan selain nama-Nya adalah tidak boleh. Sedangkan memohon
dengan suatu sebab yang menjadikan terkabulnya permintaan seperti memohon
dengan amal yang mengandungi ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, memohon
dengan keimanan dan rasa cinta kepada Rasul dibolehkan oleh agama.

Permintaan melalui zat peribadi para nabi dan orang soleh adalah tidak
masyru' atau tidak diajarkan oleh agama. Para ulama melarang yang demikian.
Lain halnya dengan permohonan melalui sebab terkabulnya permohonan itu,
seperti permohonan kepada Allah melalui doa orang soleh dan amal-amal soleh.
Permohonan semacam ini dibolehkan, sebab doa orang-orang soleh
menyebabkan adanya pahala Allah bagi kita. Bertawassul melalui doa mereka
dan amal-amal kita itulah ertinya mencari wasilah.

Allah SWT berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah
dan carilah jalan (wasilah) yang boleh menyampaikan kamu kepada-Nya". (Al
Maidah ayat 35)

431. Membaca Surah Panjang


Soalan:
Dimanakah saya perlu berhenti jika saya membaca surah yang panjang
(surah Yaasiin) di dalam sembahyang?
Jawapan:
Boleh berhenti dimana-mana ayat yang ada tanda berhenti atau waqaf.

432. Ketika Wudhuk Azan Berkumandang


Soalan:
Ketika saya mengambil wuduk dan pada masa yang sama azan
berkumandang. Soalannya adakah saya perlu berhenti mengambil wuduk
untuk menghormati azan dan menjawabnya?
Jawapan:
Teruslah melaksanakan wudhuk dan jawablah azan tersebut seberapa yang
boleh setelah mengambil wudhuk.

433. Menemui Barang Hilang


Soalan:
Bagaimanakah caranya menurut syariat Islam sekiranya seseorang itu
menemui barang berharga yang bukan miliknya?

Jawapan:
Mengambil barang temuan disunatkan dan ada pendapat yang mengatakan
diwajibkan. Jika barang tersebut dijumpai di tempat yang aman hukum
mengambilnya disunatkan, apabila barang itu ditemukan ditempat yang tidak
aman, maka wajib hukumnya mengambil barang tersebut. Apabila seseorang
tahu bahawa dirinya memiliki sifat tamak, maka haram baginya mengambil
barang tersebut.

Mengenai perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW. Daripada Zaid
bin Khalid berkata, seseorang datang kepada Rasulullah menanyakan tentang
barang temuan, maka beliau bersabda: "Lihatlah barang dan pengikatnya,
kemudian kenalkan atau umumkan selama satu tahun, hingga datang pemiliknya,
kalau tidak datang maka barang itu terserah pada engkau...." (Riwayat Bukhari)
Yang paling penting jika kita menemui sesuatu barang kita berwajib
mengumumkannya kepada masyarakat dengan berbagai cara, jika pemiliknya
datang dan ia menyebutkan tanda-tanda dan ciri-ciri barang temuan itu dengan
sempurna, maka si penemu dibolehkan menyerahkannya kepada orang tersebut.
Jika pemiliknya tidak datang maka si penemu berkewajipan memperkenalkannya
selama satu tahun. Setelah satu tahun tidak ada yang mengaku, maka halal
baginya bersedekah dengan barang tersebut ataupun memanfaatkannya untuk
dirinya sendiri.

434. Darah Istihadhah


Soalan:
Seorang kawan saya bertanya apakah hukumnya menunaikan
sembahyang sedangkan kedatangan haid dia tidak henti-henti selama
tiga bulan. Beliau masih lagi belum berkahwin. Beliau telah berjumpa
doktor tapi ia masih berterusan sehingga kini. Perlukah beliau mandi
wajib setiap kali beliau nak sembahyang. Kerana ini agak menyukarkan
sebab beliau bekerja?
Jawapan:
Yang dimaksudkan istihadhah menurut pakar ilmu fiqih adalah suatu darah
yang keluar daripada rahim wanita melalui farajnya di luar masa haid atau nifas.
Dan darah itu bukan dikira darah kotor atau darah nifas melainkan jenis darah
penyakit yang kemungkinan disebabkan oleh kerosakan organ-organ tubuh atau
dalam keadaan kesihatan seseorang yang tidak stabil.

Dengan demikian orang yang terkena darah penyakit ini berkewajipan


melaksanakan perkara yang dituntut oleh syarak seperti solat, puasa, tawaf,
jimak, membaca Al Quran dan lain-lain. Orang yang mengalami istihadhah ini
hendaklah mengambil wudhuk tiap-tiap kali ingin mengerjakan solat, tidak perlu
mandi seperti mandi wajib.

435. Kelebihan Solat Sunat Israaq


Soalan:
Apakah dalil dan kelebihan sembahyang sunat israaq?

Jawapan:
Diantara kelebihan solat sunat Israaq ialah diberikan kebaikan pada hari
tersebut dan dijauhkan keburukan pada hari tersebut serta kemudian diterangkan
hati untuk memperoleh hidayah Allah. Insya Allah.

436. Meninggalkan Jenazah Ketika Sedang


Dimandikan
Soalan:
Bolehkah kita pulang kerumah semasa jenazah sedang di mandikan? ( ini
adalah kerana berikutan terdapat orang yang berkata bahawa seseorang
itu tidak boleh meninggalkan jenazah yang sedang dimandikan)?
Jawapan:
Jika ketika jenazah dimandikan sedangkan kita bukan salah seorang yang
mengurus pemandian jenazah tersebut, maka tidak berdosa jika kita ingin pulang
ke rumah sendiri kerana ada kemaslahatan atau keperluan yang harus kita
kerjakan. Namun jika kita sedang menyelenggarakan pemandian jenazah itu,
hendaklah menyiapkan menguruskannya dan berdosa meninggalkan jenazah itu
terbiar kerana tidak diuruskan.

437. Memakan Makanan yang Haram


Soalan:
Saya adalah penuntut luar negara (USA). Masalah saya sekarang ialah
beberapa orang teman saya suka dan tidak kisah kalau makan daging
yang tidak halal atau makanan segera seperti Burger Ayam (Mc Donalds)
dan lain-lain lagi. Apa yang saya tahu di sini tidaklah terlalu susah untuk
makan atau mencari benda yg halal untuk di makan. Tetapi mereka
seolah-olah mengambil ringan pekara tentang memakan daging yang
tidak halal ini.
Apabila saya menegah mereka, mereka kata darurat. Tetapi mereka
masih boleh alternatif lain dengan membeli Burger Ikan (Filet-O-Fish)
atau kentang goreng dan banyak lagilah makanan yang boleh di makan.
Cuma alasan mereka sudah bosan makan Burger Ikan. Mereka seolah-
olah tidak ambil kisah tentang halal haram makan. Ada alasan mereka
(darurat) ini boleh diterima? Apakah hukumnya memakan daging yang
tidak halal? Apakah hukumnya meringankan hukum makanan halal dan
haram ini?

Saya harap ustaz dapat terangkan kepada saya kerana saya sungguh
tertekan dengan sikap mereka yang 'selamba' ini?

Jawapan:
Pengertian memakan makanan yang diharamkan kerana terpaksa (darurat)
adalah terhadap orang yang terpaksa atau terdesak, ketika itu dibolehkan (harus)
memakan bangkai daging babi dan semua yang tidak dihalalkan, baik dalam
bentuk binatang mahupun lainnya yang diharamkan oleh Allah. Ini bertujuan
menjaga kehidupan dan memelihara jiwa dari kematian. Ini sesuai dengan
firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah kamu membunuh diri kamu
sendiri, sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada kamu". (An Nisa' 29)
Seseorang boleh dikatakan terpaksa apabila sampai pada tingkat kelaparan yang
mengakibatkan kebinasaan atau menyebabkan timbulnya penyakit yang
menyebabkan kematian baik ia seorang yang taat mahupun ahli maksiat.

Firman Allah SWT maksudnya: "Maka sesiapa yang terpaksa memakannya


kerana darurat sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas
pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa".
(Al Baqarah 173) Pengertian darurat menurut fuqaha' Syafie adalah; "jika
selama tiga hari ia tidak mendapatkan apa-apa yang dapat dimakan, ia boleh
memakan apa-apa yang dapat dimakan walaupun yang diharamkan, walaupun
melibatkan harta milik orang lain".

Jika demikian pengertian darurat, maka haram memakan daging ayam yang
disembelih dengan tidak menyebut nama Allah, sedangkan masih ada alternatif
atau pilihan lain yang boleh dilakukan. Juga tergolong berdosa kerana meringan-
ringankan hukum syariat, seakan-akan meremehkan ketentuan yang telah Allah
SWT tetapkan.

Apalah ertinya kita menuntut ilmu jauh ke negeri orang sedangkan makanan
yang kita makan kemudian menjadi darah daging itu terdiri dari bangkai yang
haram. Jika ini secara terus menerus dilakukan dikhuatirkan akan menutup pintu
hati dalam menerima kebenaran. Jangan jadikan alasan kerana bosan memakan
benda yang halal kemudian menghalal sesuatu yang haram, berusahalah
menghindarinya agar terhindar daripada terkena musibah dan laknat Allah.
Na'uzibillahi min zalik.

438. Memakan Daging Sembelihan Orang Yahudi


Soalan:
Bolehkah kita memakan daging sembelihan Yahudi? Bolehkah kita
memakan makanan buatan mereka yang mengandungi daging atau
dengan kata lain makanan KOSHER yg banyak terdapat di sini (USA)?
Adakah cara sembelihan mereka (Yahudi) sama seperti cara sembelihan
kita?
Jawapan:
Di antara penyembelihan menurut syariat iaitu:
a. Gunakanlah alat penyembelihan yang tajam dan melukakan seperti pisau.

b. Rebahkanlah binatang yang akan disembelih itu di atas rusuk kirinya supaya
mudah bagi orang yang menyembelihnya.

c. Potonglah urat nadi dan kerongkongnya sehingga terputus.

d. Bacalah basmalah ketika menyembelih.


serta banyak lagi ketentuan yang lain.
Di dalam penyembelihan orang Yahudi sudah tentu mereka tidak menyebut
nama Allah, jika demikian keadaannya sudah pasti kita haram memakan
sembelihan orang Yahudi tersebut.

439. Keutamaan Solat Istikharah


Soalan:
Saya punya kenalan dulu. Cara kenal kami sedikit aneh. Setahun yang
lalu, saya di-interview oleh suatu majalah di Indonesia. Kebetulan saat
itu orang tersebut sedang cuti di Jakarta, dan membaca majalah
tersebut. Saat dia kembali ke kota tempat dia bertugas (di luar negeri,
namun dia juga orang Indonesia) dia menelefon saya mengajak
berkenalan. Singkat cerita, walaupun belum bertemu muka, kita ada
perasaan saat telefon-telefonan jarak jauh.

Hubungan telefon tersebut terus berlangsung hungga 11 bulan (tanpa


pernah bertemu muka). Kemuadian dia kembali lagi ke Jakarta (untuk
seterusnya), terus kita bertemu. Namun hubungan kita tidak lancar, agak
kaku, dan terus terang saya tidak tahu harus bersikap dari mana. Waktu
hubungan jarak jauh kita sangat dekat, namun setelah bertemu relatif
menjaga jarak. Singkat cerita, saya terus berulang kali berdoa kepada
Allah agar saya segera memperoleh jodoh.

Mengenai dia, saya juga berdoa agar dihilangkan perasaan saya bila dia
bukan jodoh saya. Saya pun berusaha menjauh, karena saya merasa
mungkin dia berubah perasaan sukanya atau mungkin dia hanya ingin
berteman saja. Pak Ustadz, saya pernah sholat istikharah apakah dia
jodoh saya, karena perasaan saya nggak berubah. Alhamdulillah saya
merasa iya (ada muncul keyakinan dalam hati), namun koq kalau dilihat
gelagatnya (dalam kondisi nyata) kelihatannya tidak mungkin. Saya
sudah tidak kontak lagi sama dia.

Apakah petunjuk sholat itu benar Pak Ustadz ? Apakah yang harus saya
lakukan ? Atas saran Pak Ustadz saya sampaikan terimakasih.

Jawapan:
Manusia dengan akalnya hanya dapat menanggapi perkara-perkara yang
lahiriah semata, hanya Allah saja yang mengetahui perkara-perkara yang
batiniah yang tersembunyi ataupun yang ghaib. Dengan akal dan ilmu manusia
merancang dan meramal, tetapi Allah lah yang menentukan segala-galanya. Oleh
kerana itu orang Islam dianjurkan supaya menyerahkan segala persoalannya
kepada Allah, apalagi perkara-perkara yang besar dan penting dengan cara solat
istikharah.
Dari Jabir bin Abdullah ra. meriwayatkan katanya: "Adalah Rasulullah SAW
mengajar kami beristikharah pada segala urusan kami seperti baginda mengajar
kami surah Al Quran. Baginda bersabda; "Apabila seseorang kamu hendak
mengerjakan sesuatu, hendaklah ia bersolat dua rakaat yang selain solat fardhu.
Sesudah ia bersolat hendaklah ia memuji Allah, berselawat ke atas nabi dan
kemudian membaca doa:
"Wahai Tuhanku! Bahawasanya aku memohon petunjuk kepada Mu tentang mana
yang baik buatku menurut ilmu Mu, dan aku memohon kesanggupan kepada Mu
dengan qudrat Mu. Aku memohon kepada Mu dari keutamaan Mu Yang Besar,
kerana Engkaulah Yang Berkuasa, aku tidak berkuasa, dan Engkaulah Yang
Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, Engkaulah tuhan Yang Maha
Mengetahui segala yang ghaib.

"Wahai Tuhan ku! Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (disebutkan apa
yang dikehendaki) baik untukku dalam agamaku dan penghidupanku dan akibat
pekerjaanku dalam masa yang dekat atau lambat, maka takdirkanlah dia untukku
dan permudahkanlah, kemudian berikan berkat padanya. Dan jika Engkau
mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk untukku, terhadap agamaku,
penghidupanku dan akibat pekerjaanku dalam masa yang dekat atau lambat,
maka palinglah dia daripadaku dan palingkanlah aku daripadanya dan takdirkan
kebajikan untukku di mana ia berada, kemudian berilah hatiku meredhainya".

Solat Istikharah ini boleh dilakukan bila-bila masa saja yang dikehendaki,
malam atau siang, pagi atau petang asalkan bukan pada waktu yang terlarang. Al
Imam An Nawawi berkata; "Sesudah Istikharah seharusnya seseorang itu
mengerjakan apa yang dirasakan lebih baik untuk dirinya. Maka seharusnyalah ia
tidaklah berpegang kepada ketenangan hatinya yang terbit dari kehendak hawa
nafsunya sebelum istikharah."

"Bahkan seharusnya bagi orang yang melakukan Istikharah supaya


meninggalkan pilihannya sendiri, sebab kalau demikian bukanlah ia beristikharah
kepada Allah, malahan beristikharah kepada nafsunya (kecenderungan hatinya)
bahkan mungkin ia tidak bersungguh-sungguh memohon istikharah serta
menyerahkan ilmu dan qudrat hanya kepada Allah sahaja. Jika ia benar-benar
beristikharah tentulah ia menyerahkan kekuatan dan daya upaya kepada Allah
dan melepaskan pilihan dirinya sendiri".

Jika kita telah melaksanakan solat istikharah dengan betul dan sungguh-
sungguh, kemudian berdoa sebagaimana yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW,
maka serahkanlah segalanya kepada Allah SWT. Jika lelaki tersebut orang yang
terbaik untuk anda, insya Allah pada suatu ketika nanti, Allah akan
mempertemukan jodoh anda.

Namun jika hubungan atau jalinan ataupun perasaan antara anda berdua ada
yang berubah, mungkin itu juga yang terbaik sehingga tidak terjadi hubugan
perkahwinan. Serahlah segalanya kepada Allah dengan kesabaran dan yakinlah
bahawa solat istikharah yang dibuat dengan benar itu akan memberikan hasil
yang baik seperti yang diharapkan, insya Allah.

440. Menghalau Hantu


Soalan:
Menurut kepercayaan sesetengah org tua untuk menghindarkan bayi dari
diganggu oleh hantu dan syaitan mereka meletakkan pisau atau gunting
dibawah bantal bayi dan adakalanya mereka meletakkan kunyit dan
bawang yg ditumbuk diatas kepala bayi khususnya diwaktu senja untuk
tujuan yg sama. Apakah benar pendapat tersebut?

Jawapan:
Di dalam Islam ada cara dan kaedah-kaedah tertentu yang ditunjukkan oleh
Rasulullah SAW bagaimana caranya kita menghindari daripada gangguan syaitan.
Diantara amalan yang perlu dilakukan sesuai dengan sabda Rasulullah SAW
maksudnya: "Apabila Fatimah hampir melahirkan, Rasulullah SAW menyuruh
Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang melihat Fatimah, maka
Rasulullah SAW membaca ayat Kursi, surah Al A'raf ayat 54 di sisi Fatimah dan
memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca Muawwizatain iaitu surah
Al Falaq dan surah An Nas". (Hadith riwayat Ibnu Sunny)
Ada satu lagi doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW sangat baik dibaca
bagi keluarga yang menerima cahaya mati agar mereka terhindar dari gangguan
syaitan. Doa tersebut maksudnya: "Aku memohon perlindungan dengan kalimah
Ilahi yang sempurna daripada gangguan semua syaitan dan binatang-binatang
yang berbisa dan daripada pandangan mata yang jahat"
Meletakkan pisau atau gunting di bawah bantal dengan tujuan untuk
menghalau syaitan atau hantu merupakan perbuatan khurafat yang tidak
berlandaskan sunnah yang mungkin direka-reka oleh nenek moyang masa silam
yang masih berbau ajaran hindu.

Begitu juga mengenai kunyit yang diletakkan di atas dahi jika diniat untuk
menghalau hantu, ini menunjukkan kurang arifnya kita dalam memahami ajaran
Islam dan tidak mampu membezakan antara khurafat dan karut marut dengan
nilai murni ajaran Islam. Jika kunyit di dahi itu dikatakan sebagai ubat, mungkin
boleh diterima dan perlulah dikaji secara saintifik. Wallahu A'lam.

441. Menghindari Perasaan Was-was Dalam Diri


Soalan:
Masalah saya ialah saya sentiasa rasa was-was dalam sembahyang. Tapi
kadang-kadang saya boleh solat dengan mudah tanpa was-was. Saya
sudah alami masalah ini terlalu lama. Saya bimbang juga sebab was-was
ini adalah amalan syaitan. Tapi kenapa saya rasa tidak berupaya hendak
melawan. Kadang-kadang saya terpaksa angkat takbir berkali-kali
sebelum saya boleh mula solat.

Saya dah ajukan masalah ini pada yang lebih arif daripada saya. Katanya
selalulah solat jemaah dan saya memang selalu solat jemaah dan amat
jarang sekali solat di bilik. Tapi masalah saya ni tak juga selesai kadang-
kadang tu imam dah rakaat ke 3 barulah SAYA MULA SOLAT. Ini tentunya
dah mengganggu jemaah lain. Tolonglah saya, saya dah cuba sedaya
upaya tapi masalah ini belum juga selesai. Adakalanya ok tapi kadang-
kadang tidak, tolonglah saya.

Jawapan:
Seorang muslim hendaklah selalu tunduk, patuh dan taat kepada Allah SWT,
mengharap dari-Nya dan malu kepada-Nya kerana lalai terhadap-Nya. Fahamilah
bahawa diri kita hanyalah seorang hamba Allah yang lemah dan serba
kekurangan yang mengharapkan sesuatu kepada-Nya. Jika kita telah memahami
kedudukan kita itu, sedarlah kita bahawa sangat sukar bagi seorang hamba ingin
sempurna seratus peratus dalam segala aspek kehidupannya. Namun bagi
seorang hamba, ia wajib mengamalkan segala yang diperintahkan Allah,
sedangkan hasilnya diserahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.

Dalam masa beribadah kepada Allah, manusia hendaklah berpegang kepada


perkara-perkara yang menjadi keperluan hati batin. Sekiranya penghayatan
keperluan hati batin itu seimbang dengan keyakinannya maka tentulah orang itu
akan dapat menghayati solatnya. Kecuali kalau fikrian terganggu dengan
berbagai masalah, hilangnya tumpuan fikrian, hati melayang ketika bermunajat
kepada Allah, semua itu menimbulkan kelalaian atau kelengahan dalam solat.

Perkara yang mengacau fikiran ketika solat mungkin disebabkan oleh unsur-
unsur yang melintas di fikiran atau persekitaran. Semuanya itu dapat dicegah bila
dapat melenyapkan penyebabnya. Jika was-was itu timbul dari dalam diri sendiri,
mungkin kerana kurangnya pemahaman terhadap nilai ibadah kepada Allah. Oleh
sebab itu perlulah kita meningkatkan takzhim atau rasa pengagungan dan
penghormatan kepada Allah.

Menurut Imam Al Ghazali, takzhim atau rasa pengagungan dan penghormatan


kepada Allah boleh wujud setelah memiliki pengetahuan khusus iaitu, berkaitan
pengetahuan dan kesedaran tentang keagungan dan kebesaran Allah.
Pengetahuan ini termasuk diantara pokok-pokok iaman. Seseorang yang tidak
percaya sepenuhnya akan keagungan Allah tidak mungkin jiwanya akan
bertakzim kepada-Nya.

Kemudian memahami akan kehinaan nafsu. Nafsu adalah hamba yang terjajah
dan dikendalikan atau dipengaruhi oleh unsur di luar dirinya sendiri. Pengetahuan
tentang keagungan Allah dan kehinaan hawa nafsu tersebut menimbulkan
kepasrahan atau rasa menyerah diri, merasa rendah diri, akhirnya khusyuk
kepada Allah.

Demikian diantara pendekatan yang digunakan oleh Imam Ghazali dalam


meninggalkan ras was-was, baik sebelum solat mahupun ketika solat. Masih
banyak pendekatan lain yang boleh digunakan dalam menghindari sifat was-was
ketika solat yang boleh dirujuk dalam buku tulisan Imam Al Ghazali.

442. Menggugurkan Kandungan Kerana Kemudaratan


Soalan:
Apakah pandangan ustaz mengenai seseorang terpaksa menggugurkan
kandungan atas nasihat doktor, disebabkan boleh memudaratkan
nyawanya seperti serangan darah tinggi dan sebagainya. Apakah kita
perlu berserah saja kepada Allah kerana ditakuti berdosa dan dalam
masa yang sama anak-anak lain masih memerlukan perhatian dan
didikannnya?

Jawapan:
Fuqaha' sepakat tentang pengharaman melakukan pengguguran setelah
ditiupkan roh ke dalamnya kecuali oleh sesuatu darurat yang tidak dapat
dielakkan umpamanya mengekalkan janin dalam perut ibu akan mendatangkan
bahaya dalam perut ibu itu dan mengancam keselamatan nyawanya atau
terdedah kepada keadaan yang sangat membahayakan.

Dalam situasi ini diharuskan melakukan penguguran demi menyelamatkan


nyawa ibu dari binasa. Nyawa ibu lebih penting daripada nyawa bayi terbabit,
kerana nyawa ibu telah pasti kedudukannya sedangkan nyawa bayi masih belum
pasti. Tidak wajar dicuaikan yang telah pasti kerana semata-mata menanggung
yang belum pasti.

Orang yang mengetahui hal ini ialah doktor yang benar-benar pakar.
Kemudian dalam mengesahkan perkara di atas, boleh berpegang dengan
keterangan doktor Islam yang benar-benar beriltizam dengan hukum-hukum
syariat.

443. Makmum Terbatal Wuduk


Soalan:
Di waktu bersembahyang berjemaah dengan hanya seorang makmum.
Jika makmum tersebut terbatal wuduknya, apa yang perlu dilakukan oleh
imam tersebut?
Jawapan:
Jika seseorang melakukan solat jemaah yang terdiri seorang imam dan
seorang makmum dalam masa yang sama makmum terbatal solatnya, maka
makmum hendaklah keluar dari solat tersebut dan segera berwuduk kembali. Jika
makmum sempat untuk solat berjemaah dengan masbuk maka itu lebih baik, jika
tidak sempat kerana imam telah membaca salam, maka solatlah sendirian.
Sedangkan kedudukan imam ketika makmum terbatal wuduknya hendaklah
meneruskan solatnya.

444. Mengeluarkan Zakat Pendapatan


Soalan:
Pendapat dari seorang ustaz :
Beliau mengatakan kita tidak perlu membuat potongan gaji untuk zakat
pendapatan kerana ia belum cukup haul (setahun). Malah ia berkata
tidak perlu untuk mengeluarkan zakat pendapatan kerana tidak ada dalil
untuknya dan dengan menguatkan hujah beliau bahawa wang
pendapatan
ingin kita gunakan untuk keperluan hidup keluarga?
Jawapan:
Kerja yang dilakukan seseorang dapat dibahagi kepada kerja bebas atau
persendirian yang tidak terikat dengan negara seperti doktor swasta, jurutera,
peguam, tukang jahit, tukang kayu dan lain-lain atau kerja yang terikat dengan
kerajaan atau institusi atau syarikat kerajaan atau swasta. Pegawai terlibat
dibayar gaji bulanan. Kemasukan yang diperolehi oleh setiap orang yang bekerja
secara bebas atau persendirian ini dikenali menurut istilah fekah dengan nama
"Almaalu al mustafaadu" ertinya harta yang boleh diambil faedah.

Dalam mazhab empat telah diputuskan bahawa "Almaalu al mustafaadu" tidak


wajib dikeluarkan zakat melainkan setelah mencukupi nisab dan sempurna
haulnya. Menurut fuqaha As Sayfie harta yang disimpan perlu dikeluarkan zakat,
sekalipun didetik yang terakhir sebelum berakhirnya haul setelah cukup nisab.
Jika berpegang dengan pendapat sesetengah sahabat seperti Ibnu Abbas, Ibnu
Mas'ud dan Muawiyah dan pendapat sesetengah tabi'in seperti (Az Zahiri, Al
Hasan Basri dan Makhul) pendapat Umar bin Abdul Aziz, Al Baqir, As Sidiq, An
Nasir dan Daud Az Zahiri. Bahawa dinyatakan zakat wajib dikeluarkan ke atas
"Almaalu al mustafaadu" sebaik sahaja diambil harta itu, sekalipun belum cukup
haul.

Kadar wajibnya ialah 2.5% berdasarkan umum nas yang mewajibkan zakat ke
atas wang ringgit iaitu 2.5% samada telah sempurna haul atau tidak atau sebaik
sahaja diambil faedah. Apabila seseorang Islam mengeluarkan zakat pendapatan
ketika mengambil pendapatan itu tidak perlu lagi mengeluarkan zakat sekali lagi
di akhir haul.

445. Makna Awaluddin Makrifatullah


Soalan:
Sila beri penjelasan apa yang di maksudkan dengan Awaluddin
Makrifatullah?

Jawapan:
Makna Awaluddin Makrifatullah adalah "awal agama dalam mengenal Allah".
Mempelajari ilmu tauhid merupakan asas dalam agama Islam untuk mengenal
Allah yang Maha Esa. Ilmu Tauhid merupakan dasar jiwa manusia dan merupakan
ilmu yang wajib paling awal dan paling dahulu dipelajari sebelum ilmu yang lain.
Sebab hanya dari jiwa yang bertauhid akan melahirkan cahaya ketaqwaan
terhadap Allah SWT.

Tauhid maksudnya, mengetahui bahawa sesuatu itu satu. Menurut definisi


secara lebih jelas tauhid iaitu; "Ilmu yang dapat menetapkan aqidah (tekad)
keagamaan seseorang yang dicari (dikasab) dari dalil-dalilnya yang berdasarkan
keyakinan". Yang dimaksudkan dalil-dalil yang dapat menimbulkan keyakinan itu
berdasarkan dalil naqli dan dalil aqli.

Banyak perkara yang kita ketahui dengan mempelajari ilmu tauhid jika dikaji
dan dipelajari dengan teliti, umpamanya dari segi tujuannya (maudhu'nya) iaitu
mengenai sifat-sifat Allah yang wajib, mustahil dan jaiz bagi-Nya, kemudian
mengetahui sifat-sifat rasul dan lainnya. Hasilnya (tsamrah) iaitu untuk makrifat
(mengetahui) Zat Allah iaitu mempunyai iktikad yang teguh, tidak goyang, tidak
ada keraguan dan sesuai dengan keadaan berdasarkan dalil-dalilnya dan bukan
sangkaan atau dugaan tanpa dalil.

Sebab kepercayaan tanpa dalil atau sumber adalah kepercayaan yang hampa
dan tidak berguna. Darjatnya (fadhilahnya) merupakan ilmu yang paling tinggi
kerana bertalian dengan Zat Allah dan sifat-sifat-Nya. Kedudukannya (nisbahnya)
adalah segala ilmu agama Islam dan ilmu-ilmu lainnya merupakan cabangnya.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT tidak mewajibkan sesuatu


yang lebih utama dari tauhid dan solat".
446. Melewat-lewatkan Waktu Solat
Soalan:
Apakah hukum melewat-lewatkan sembahyang dan sahkah sembahyang
itu?

Jawapan:
Seorang muslim atau muslimah tidak harus melewat-lewatkan masa solat
fardhunya bahkan ada yang hingga terluput dari waktunya. Sebaliknya wajib atas
muslimin dan muslimat yang telah mukallaf untuk menunaikan solat tepat pada
waktunya selagi ianya berkemampuan. Segala jenis pekerjaan tidak dapat
menghalang bagi membolehkannya untuk melewat-lewatkan mengerjakan solat.

Demikian juga tentang najisnya pakaiannya atau kerana kotornya tidak boleh
dijadikan alasan atau uzur bagi melewatkannya. Jadi berdosa hukumnya bagi
orang yang melewat-lewatkan waktu solatnya. Tentang kedudukan solatnya sah
jika memenuhi syarat-syarat dan rukunnya.

447. Mengenal Allah


Soalan:
Apakah maksud yang dikatakan 'barang siapa kenal diri maka kenallah
akan tuhannya'?

Jawapan:
Salah satu cara mengenal Allah ialah dengan mengenal diri sendiri. Maksudnya
ialah hakikat diri yang sebenarnya. Adapun maksud diri yang sebenarnya itu
bukanlah diri yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang
sebenar untuk mengenal Allah SWT.

Pada abad moden ini ramai dikalangan kita tidak mengenal dirinya yang
sebenar. Mereka menganggap bahawa dirinya hanyalah tubuh badan yang terdiri
daripada kulit, daging, tulang, darah dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan
sebenarnya ialah diri yang batin iaitu diri yang datang dan akan kembali kepada
Allah SWT.

Ulama ilmu ketuhanan atau ilmu tauhid berpegang bahawa diri kita ini
merupakan tangga untuk mengenal Allah, sesuai dengan dalil yang mengatakan:
"Siapa yang mengenal dirinya, sesungguhnya ia akan mengenal Tuhan-nya".
Dikalangan ulama tasauf atau ulama ilmu ketuhanan selalu menasihatkan carilah
diri kamu di dalam diri", maksudnya ialah menyuruh agar kita mencari hakikat
diri kita yang sebenarnya terlebih dahulu. Apabila kita telah menemukan diri kita
yang sebenarnya pasti kita akan mengakui hakikat adanya Allah SWT.

Hakikat diri yang sebenarnya merupakan roh atau jiwa ataupun rohani yang
ada dalam diri manusia itu sendiri yang harus dikenali setiap manusia. Diri
batiniah ini tidak dapat dilihat atau diraba oleh mata lahiriah dan tangan
manusia. Walaupun di dalam Al Quran "diri" itu disebut dengan berbagai istilah,
tetapi tujuannya adalah untuk mengingatkan kepada manusia supaya berfikir
bahawa betapa luasnya "diri" yang hakikat itu di dalam manusia. Diri manusia
dilengkapi oleh Allah dengan sifat-sifat tertentu, kemudian sifat-sifat tersebut
dinilai atau dihisab samada baik ataupun buruk.

Firman Allah SWT maksudnya:


"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan
tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu
akan diminta pertnggungjawapannya". (Al Isra' 36)

Allah menjelaskan kepada kita tentang istilah jiwa dan sifat yang terdapat
pada jiwa, iaitu pendengaran, penglihatan, disamping roh juga akan diuji tentang
ketakwaannya kepada Allah. Itulah sebabnya ketika Allah berfirman kepada roh-
roh atau jiwa sedia untuk berbakti dan melaksanakan perintah Allah SWT. Untuk
melakukan dan melaksanakan perintah tersebut maka diciptakanlah jasad, lalu
Allah menjadikan Adam. Roh telah berikrar dan berjanji kepada Allah, maka
untuk membuktikan dan berbuat sesuatu maka roh memerlukan tempat iaitu
jasad.

Istilah batin disebut juga dalam Al Quran dengan qalbi. seandainya qalbi
tersebut diterangi dengan nur maka selamatlah seseorang itu. Maka sekiranya
tiada nur, gelaplah seseorang itu. Qalbi mesti mempunyai asas yang
membolehkannya selamat yang hanya Allah menentukannya. Sesungguhnya
segala sesuatu yang ada dalam diri berupa nafas, akal, nafsu dan roh bila
menjadi satu maka dinamakan dengan insan.

Qalbi di dalam Al Quran diistilah sebagai diri atau hati. Qalbi sebenarnya
mengetahui apa yang patut dibuat dan apa yang patut dilaksanakan mengikut
nilai-nilai diri itu sendiri. Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya
berbahagialah sesiapa yang membersihkan jiwanya dan sesungguhnya merugilah
orang yang mengotorinya". (As Sham, 9 - 10) Jadi untuk merealisasikan
pengertian bahawa siapa yang mengenal dirinya akan mengenali Tuhan-nya itu,
iaitu dengan cara memahami hakikat roh, jiwa atau qalbi yang sebenarnya.
Sesungguhnya untuk mencapai ke tahap yang tinggi memerlukan pengetahuan
dan keyakinan yang kukuh terhadap Allah SWT. Wallhu A'lam.

448. Selepas Mandi Wajib Terus Mengerjakan Solat


Soalan:
Bolehkah seseorang itu terus bersembahyang setelah mandi wajib tanpa
mengambil air sembahyang? (Ini adalah berikutan terdapat orang yang
berkata mandi wajib melingkungi hadas besar dan hadas kecil. Maka
seseorang itu boleh terus bersembahyang tanpa mengambil air
sembahyang)?
Jawapan:
Mandi wajib membersihkan diri seseorang daripada hadas kecil dan hadas
besar. Jika seseorang itu telah mandi wajib maka bolehlah ia terus mengerjakan
solat tanpa mengambil wuduk lagi, kerana fungsi mandi wajib tadi telah
membersihkan seseorang dari hadas besar demikian juga dengan hadas kecil.
Yang paling penting untuk diingat setelah mandi wajib itu janganlah menyentuh
bahagian dubur dan kubul yang boleh menyebabkan batalnya wuduk. Jika ini
terjadi hendaklah ia mengambil wuduk jika ingin mengerjakan solat.

449. Solat Berjemaah di Mukim Sendiri


Soalan:
Saya menetap di Seksyen 4, Shah Alam, Selangor. Saya selalu
sembahyang berjemaah di Masjid Negeri Shah Alam kerana ia
merupakan tempat yg terbaik untuk sembahyang berjemaah bagi saya.
Masalah saya ialah bolehkah dan apakah hukumnya jikalau saya
sembahyang berjemaah di Masjid Negeri sedangkan di Seksyen 4 pun
mempunyai surau untuk berjemaah dan tempat itu dekat dengan
kediaman saya?
Jawapan:
Solat berjemaah di mukim sendiri itu lebih afdhal dalam mengimarahkan surau
atau tempat solat dimana kita tinggal. Namun jika kita merasakan berjemaah di
surau tersebut hati kita tidak tenang disebabkan imamnya zalim, tidak amanah
dan sebagainya, ataupun bacaannya tidak fasih sehingga merosakkan kosentrasi
kita dalam berjemaah, maka dibolehkan untuk mencari tempat berjemaah yang
lebih baik.

450. Berdoa Menggunakan Buku


Soalan:
Bagaimanakah jika membaca doa dengan membaca buku dan bukannya
daripada hafalan. Adakah doa tersebut akan dimakbulkan oleh Allah?
Jawapan:
Supaya doa kita dapat diterima langsung oleh Allah SWT kemudian
dikabulkan-Nya segala permintaan kita itu, maka kita harus melakukan beberapa
syarat.
Di antara syaratnya iaitu:
1. Iman kepada Allah dengan sebenarnya dan mematuhi segala ajaran-Nya.
2. Doa hendaknya dilakukan dengan merendahkan diri.
3. Tidak berputus asa dengan segala doa yang telah kita panjatkan.
4. Doa hendaklah dilakukan dengan sungguh-sungguh serta yakin akan
terkabulnya doa tersebut baik cepat ataupun lambat.
5. Berdoalah dalam kalimat yang pendek, jelas, mencakup semua maksud yang
dihajatkan.

Adalah lebih baik doa yang kita hajatkan terbit dari sanubari kita sendiri
sehingga kita dapat menghayati isi doa yang kita panjatkan itu. Mungkin dengan
memahami isi-isi penting dalam buku doa itu kemudian kita persembahkan
dengan bahasa kita sendiri dan panjatkan kehadrat Ilahi lebih bermakna dan
bererti, kerana dapat menghayati sesuatu yang kita hajatkan, sebab salah satu
syarat termakbulnya doa itu diminta dengan secara sungguh-sungguh.

Namun begitu tidaklah salah berdoa dengan memegang buku doa, yang paling
mustahak hayatilah doa dengan sungguh-sungguh, Insya Allah permintaan kita
akan dikabulkan Allah SWT.

451. Berkasih Sayang Kerana Allah


Soalan:
Bagaimanakah bercinta dan berkasih sayang kerana Allah?
Jawapan:
Banyak hadith yang meriwayatkan tentang keutamaan persaudaraan kerana
Allah dan kedudukan yang tinggi bagi mereka yang menjalin persaudaraan
kerana Allah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang menjalin
persaudaraan kerana Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya di dalam
syurga, tidak condong suatu apapun dalam amalannya". Berkata Abu Idris Al
Khaulani kepada Muaz bin Jabal: "Sesungguhnya aku mencintai anda kerana
Allah". Maka Muaz berkata: "Sampaikanlah berita gembira dan bergembiralah.
Sesungguhnya aku telah mendengar daripada Rasulullah SAW bersabda: "Suatu
kelompok manusia kelak akan memperoleh kursi di sekitar Arsy pada hari kiamat,
wajah mereka bagaikan bulan purnama pada malam lailatul qadar, waktu itu
manusia terkejut padahal mereka tidak merasa terkejut, dan manusia takut
padahal mereka tidak merasa takut, mereka itu adalah Auliya Allah yang tidak
pernah takut terhadap mereka (musuh-musuh Allah) dan tidak pernah merasa
khuatir".
Kemudian aku (Muaz) bertanya: "Siapakah mereka itu ya Rasulullah ?"
Baginda menjawab: "Mereka adalah yang berkasih sayang kerana Allah".
(Riwayat Ahmad dan Hakim) Persaudaraan dan kasih sayang kerana Allah ini
adalah didirikan kerana ingin menegakkan kalimah Allah dan meninggikan asma
Allah. Mereka berjumpa kerana menegakkan kebenaran dan mencegah
kemungkaran. Mereka mengutamakan kesejahteraan kaum muslimin daripada
dirinya sendiri, dan menjaga hubungan persaudaraan itu dengan akhlak yang
mulia. Jika konsep persaudaraan kerana Allah ini dapat dilaksanakan oleh umat
Islam seluruhnya maka bahagialah umat ini hingga akhir hayat.

Dalam sebuah hadith diterangkan, sesungguhnya Abu Hurairah ra.


meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Allah SWT
berfirmaan pada hari kiamat: "Dimana orang-orang yang menjalin rasa cinta
kerana Aku ? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apapun kecuali naungan-
Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh
kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada
perlindungan lain pada hari itu kecuali perlindungan-Nya saja.
Sebagaimana diriwayatkan Asy Syaikhani bahawa di antara yang tujuh
kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul
kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. (Ibnu Hibban dan Hakim dari Anas
ra)

452. Homoseksual dan Cara Mengatasinya


Soalan:
Masalah saya bagaimana yang terbaik untuk membantu menangani
masalah sahabat baik saya yang melalukan HOMOSEKSUAL?
Jawapan:
Homoseksual iaitu hubungan seks antara lelaki dengan lelaki. Mengenai
perkara ini Allah SWT berfirman maksudnya; "Mengapa kamu mendatangi jenis
lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh
Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas".
(Asy Syuraa ayat 165-166)
Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW ada dijelaskan: "Empat golongan yang
pagi hari dalam kemurkaan Allah dan petang hari dalam kemurkaan Allah. Lalu
ada yang bertanya; "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah ? Baginda menjawab;
"Iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki,
orang yang bersetubuh dengan binatang dan lelaki yang bersetubuh dengan
lelaki (homoseks)". (Hadith riwayat Thabrani dan Baihaqi) Homoseksual adalah
perbuatan yang menyalahi fitrah, kerana sesungguhnya Allah menjadikan berahi
yang normal itu adalah berahi antara lelaki dan perempuan. Maka perbuatan
homoseks adalah sungguh-sungguh suatu keingkaran yang keji terhadap fitrah
manusia dan keruntuhan akhlak yang sangat rendah.

Homoseksual merupakan perbuatan keji yang dimurkai Allah. Sebagaimana


yang dicontoh oleh Allah di dalam Al-Quran tentang kehancuran umat nabi Luth
as disebabkan mengamalkan perbuatan homoseks. Begitu juga halnya jika
perbuatan yang terkutuk ini dilakukan oleh umat zaman ini, maka kehancuran
dan balasan yang hina akan diterimanya kelak.
Ada beberapa kaedah boleh kita gunakan dalam memberikan bimbingan kepada
mereka yang mengamalkan perbuatan keji ini:
1. Hendaklah seorang lelaki menjauhi bergaul dengan lelaki yang bertingkah
laku seperti wanita atau bergaul dengan pondan.

2. Menjelaskan bahawa perbuatan homoseks merupakan perbuatan keji yang


dikutuk oleh Allah dan akan menerima balasan yang pedih. Jika orang yang
mengamalkan perbuatan ini, faham bahawa balasannya sangat berat, maka ia
akan segera bertaubat kepada Allah.

3. Mengerjakan amalan wajib seperti solat, puasa dan lainnya dengan ikhlas dan
teratur.

4. Sering melakukan puasa-puasa sunat, agar nafsu dapat dikendalikan dan


dapat dikawal.

453. Berguru dengan Syaitan


Soalan:
Benarkah selagi kita belum menyertai jamaah atau usrah dimana ada
seorang tok guru yang boleh menegur dan mengajar kita, selagi itu kita
berguru dengan syaitan? Walaupun kita telah mengikuti kelas pengajian
di masjid-masjid dan sering belajar melalui buku dan juga melalui
internet. Bolehkah juga saya menganggap ustaz-ustaz yang mengajar di
masjid-masjid sebagai tok guru saya, walaupun mungkin dia tidak
mengenali saya?
Jawapan:
Mendengar ceramah (majlis ilmu) yang di adakan di masjid-masjid ataupun di
surau-surau yang disampaikan oleh ustaz juga sama peranannya dengan tok
guru. Begitu juga halnya dengan membaca buku-buku agama bersumber dengan
al Quran dan hadith yang ditulis oleh ulama atau tok guru ataupun ustaz yang
tidak membawa kepada kesesatan, ianya boleh dijadikan sebagai rujukan.

Namun jika tidak faham rujuklah kepada tok guru atau ustaz tertentu (sebaik-
baiknya yang mursyid). Jika belajar melalui ustaz atau buku yang tidak
berdasarkan Al Quran dan sunnah, menyeleweng dari ketentuan syarak maka
sudah jelas kita berguru dan merujuk dengan syaitan. Wallahu a'lam.

454. Gusi Berdarah


Soalan:
Saya mengalami masalah gusi mudah berdarah. Sehinggakan jika saya
berkumur-kumur pun boleh menyebabkan pendarahan. Setelah
mengambil wuduk dan saya dapati gigi saya berdarah, perlukah saya
mengulanginya kembali atau cukup dengan saya berkumur-kumur
sahaja?

Jawapan:
Memadailah dengan berkumur-kumur setelah itu kerjakanlah solat.
455. Bekerja di Farmasi
Soalan:
Sebagai ahli farmasi, sering didatangi pembeli yang ingin membeli ubat
seperti perancang keluarga dan ubat yang boleh menggugurkan
kandungan. Apakah berdosa saya menjual akan ubat-ubat tersebut ?

Ibnuas, KL
Jawapan:
Sebagai sebuah farmasi maka perlulah menyediakan berbagai ubatan yang
dapat dibeli oleh para pengguna. Sedangkan syarat membolehkan atau melarang
untuk menggunakan ubat-ubat tersebut tergantung pada pihak-pihak yang
ditunjuk seperti para ulama, doktor dan sebagainya.

Jika pembeli berhajat ingin membeli ubat menggugurkan kandungan, mungkin


ketika itu para ulama membenarkannya lantaran pembeli dalam keadaan darurat
(bahaya) terpaksa menggugurkan kandungannya demi keselamatan ibu yang
mengandung. Begitu juga ubat-ubat yang lain. Jadi menjual ubat-ubat tersebut di
atas hukumnya harus atau dibolehkan untuk kemaslahatan ummah.

456. Pengertian 'Tiada Paksaan Dalam Islam'


Soalan:
Islam meletakkan hukum bunuh kepada umatnya yang tidak mahu
kembali kepada Islam setelah murtad. Di dalam surah Al Baqarah ayat
156 ( jika tidah salah ) yang bermaksud: Sesungguhnya tiada paksaan
dalam agama. Jadi persoalannya di sini, mengapa Islam mengatakan
bahawa tidak ada paksaan dalam agama sedangkan apabila umatnya
keluar dari Islam dan memeluk agama lain dihukumkan hukuman bunuh
jika tidak mahu kembali kepada Islam setelah murtad? Saya mengalami
sedikit kesukaran untuk menjawab soalan tersebut yang pernah
diutarakan oleh seorang pelajar non-muslim. Jadi tolong berikan hujah-
hujah yang berkesan dan lengkap untuk menjawab persoalan pelajar
non-muslim tersebut.

Jawapan:
Memang diakui dalam Islam tidak ada paksaan dalam beragama. Seseorang
bukan Islam tidak boleh dipaksa dengan sewenang-wenangnya supaya memeluk
Islam. Sepanjang sejarahnya Islam tidak pernah memaksa seseorang memeluk
agamanya secara kekerasan. Apa yang berlaku ialah ramai golongan yang bukan
Islam memeluk Islam secara sukarela setelah melihat kebaikan agama Islam dan
kesesuaiannya dengan fitrah semula jadi mereka. Tidak kurang juga yang
memeluk Islam setelah berpuashati dengan kajian yang mereka lakukan.

Pelaksanaan hukum murtad kepada orang yang murtad sebenarnya tidak ada
sangkut pautnya dengan konsep tidak ada paksaan dalam agama. Ini kerana
seseorang yang bukan Islam tidak boleh dipaksa menerima Islam. Mereka bebas
memilih agama yang mereka ingin anuti. Bagaimanapun setelah mereka memilih
Islam, dengan sendirinya mereka tertakluk dengan undang-undang dan
peraturan yang ada dalam agama Islam. Jika mereka melakukan kesilapan,
mereka akan dihukum berdasarkan peraturan dan undang-undang yang ada
dalam agama Islam. Islam ada maruahnya tersendiri. Apabila maruahnya telah
dicabul, maka pencabulnya berhak mendapat hukuman setimpal menurut
undang-undang Islam.
Kedudukannya tak ubah seperti seorang murid yang baru memasuki alam
persekolahan. Sekolah yang dimasukinya mempunyai peraturan sendiri. Jika
murid-muridnya melanggar disiplin sekolah maka pihak sekolah berhak
melaksanakan hukuman ke atas murid yang melanggar peraturan itu dan
perbuatan pihak sekolah ini tidak boleh dinyatakan sebagai melanggar kebebasan
murid berkenaan. Jika seseorang murid boleh berbuat apa sahaja disekolah,
boleh menampar dan menumbuk kawan-kawannya sendiri, malah boleh
membunuh mereka dengan mudah, jelaslah sekolah berkenaan berkenaan tidak
ada maruah diri dan tidak ada disiplin.

Tidak ada seorang yang berakal waras dan sihat yang ada di muka bumi ini
sanggup mengatakan menguatkuasakan undang-undang bermakna menyekat
kebebasan seseorang. Kebebasan murid berkenaan berbuat demikian akan
menimbulkan kemusnahan kepada sekolah berkenaan dan akan menjejaskan
nama baiknya sendiri. Andaikata menguatkuasakan undang-undang itu dikatakan
menyekat kebebasan, sudah pasti menangkap para perompak dikatakan
menyekat kebebasan perompak itu sendiri untuk menjalankan aktivitinya.

Dalam dunia hari ini Allah SWT menciptakan alam cakerawala dengan
peraturannya sendiri. Bulan bebas berputar, begitu juga dengan matahari, namun
putaran bulan dan juga matahari adalah di atas paksi masing-masing sesuai
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Andaikata Allah SWT
membiarkan matahari bergerak bebas tanpa undang-undang yang mengawalnya,
sudah pasti akan mendatangkan kemudaratan yang cukup besar kepada alam
maya ini.

Sehubungan dengan itu Islam juga mempunyai peraturan dan maruah serta
kehebatannya tersendiri. Jika seseorang boleh saja memeluk dan keluar dari
Islam dengan mudah, sudah pasti mencemarkan nama baik Islam itu sendiri,
kerana itu yang terlibat berhak menerima hukuman-hukuman yang setimpal
termasuklah hukuman hudud kerana murtad.

Hukuman ini tidak bertentangan dengan konsep bebas memilih agama.


Tambahan pula Islam adalah satu agama yang sudah lengkap merangkumi soal-
soal hubungan dengan Allah, hubungan sesama makhluk, merangkumi persoalan
ibadat, munakahat, muamalat, jinayat, siyasah dan hubungan antarabangsa.
Tidak ada satu agamapun di dunia ini yang mana syariatnya begitu syumul
seperti Islam. Memilih agama lain menunjukkan pemilihnya tidak menggunakan
akalnya sesuai dengan fitrah semula jadinya sendiri.

Satu perkara lagi konsep kebebasan itu juga perlu difahami. Apa yang didakwa
oleh orang-orang barat sebagai kebebasan mutlak itu sebenarnya tidak tepat dan
tidak berlaku, kerana mereka masih juga terikat dengan peraturan yang mereka
buat sendiri. Kalau seseorang itu pergi ke pejabat pos untuk membayar bil
elektrik, tiba-tiba ia melihat orang ramai sedang berbaris panjang menunggu
giliran masing-masing untuk membayar bil-bil eletrik dan bil-bil air masing-
masing, lantas kita terus ke kaunter bayaran tanpa mengikut giliran, atas nama
kebebasan, sudah pasti kita akan dimarahi oleh mereka yang sedang berbaris
panjang itu. Ini menunjukkan kita tidak mempunyai kebebasan yang mutlak,
malah kebebasan kita terikat dengan peraturan yang dibuat.

Kalau dinilai atas nama kebebasan, maka seseorang itu boleh merogol isteri
orang yang lalu lalang dihadapan suaminya dan suami tidak berhak melarangnya.
Inilah yang dikatakan kebebasan sebenar, tetapi apa yang kita lihat ialah suami
kepada wanita berkenaan akan mengambil tindakan undang-undang kepada
kejadian itu akan turut memukulnya sehingga pengsan.
Jadilah jelaslah kepada kita melaksanakan hukum hudud murtad tidak
dikatakan melanggar kebebasan seseorang, kerana kebebasan seseorang itu
masih terikat dengan peraturan. Sebaliknya melaksanakan hukum hudud murtad
tidak lebih dari menguatkuasakan undang-undang yang terdapat dalam agama
Islam itu sendiri.
(Ayat yang dimaksudkan di dalam soalan adalah ayat 256, Surah Al Baqarah).

457. Perbezaan Undang-undang Manusia dan Hukum


Allah
Soalan:
1. Apakah peraturan dan undang-undang manusia diatas muka bumi ini?
2. Apakah kelebihan dan kelemahan-kelemahan undang-undang
manusia?
3. Apakah perbezaan undang-undang manusia dengan undang-undang
Islam?

Jawapan:
1. Peraturan dan undang-undang manusia
Peraturan-peraturan dan undang-undang ciptaan manusia membawa maksud
peraturan ciptaan manusia, atau dengan kata lain undang-undang yang dicipta
oleh manusia bagi mengawal perlakuan manusia itu sendiri. Pada hari ini pun,
kita lihat banyak peraturan ciptaan manusia yang muncul. Peraturan lalu lintas,
peraturan tanah, peraturan pejabat, peraturan pentadbiran dan lain-lain.

Peraturan ciptaan manusia ini diterima Islam apabila ia tidak bercanggah


dengan peraturan yang terdapat dalam Islam seperti peraturan yang tidak
bercanggah dengan pelaksanaan hukum hudud dan hukum qisas. Sebaliknya
peraturan yang melibat hukum-hukum takzir iaitu hukum yang dilihat sesuai oleh
pihak berkuasa untuk mengawal perlakuan manusia adalah dibenarkan selagi
tidak mendatangkan kerosakan kepada manusia itu sendiri seperti kerosakan
kepada agama, pemikiran, keyakinan, kehormatan diri, keturunan dan tubuh
badan.

2. Kelebihan dan kelemahan undang-undang manusia


Peraturan yang dicipta oleh manusia tetap mempunyai kebaikan dan
keburukannya. Antaranya menimbulkan rasa bangga manusia dengan peraturan
yang diciptakan oleh mereka sendiri. Mengatur kehidupan manusia secara lebih
sistematik dan memperlihatkan akal manusia dalam mengendalikan urusan yang
bersangkutan dengan manusia itu sendiri.

Antara keburukannya pula ialah peraturan manusia tidak suci sebagaimana


peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Peraturan yang diciptakan oleh manusia
bersifat sementara waktu dan hanya sesuai untuk masa-masa tertentu sahaja.
Peraturan manusia sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa.
Peraturan yang dibuat oleh manusia kurang dihormati oleh manusia yang lebih
tinggi dari orang yang membuat peraturan itu sendiri. Peraturan yang dibuat oleh
manusia tidak dapat mendidik rohani manusia. Contohnya peraturan lalu lintas:
Seseorang yang disaman oleh pihak polis kerana memandu kenderaan tanpa
lesen umpamanya, walaupun ia pandai memandu, akan membayar denda yang
dikenakan ke atasnya tetapi perasaan tidak puas hatinya tetap wujud dalam
sanubarinya.

3. Perbezaan undang-undang manusia dengan undang-undang Islam


Kelebihan undang-undang dan peraturan ciptaan Allah SWT berbanding
undang-undang dan peraturan ciptaan manusia antaranya adalah, undang-
undang ciptaan Ilahi adalah bersifat suci, kerana ia datang dari tuhan yang
bersifat dengan sifat kesempurnaan. Peraturan ciptaan Ilahi seperti hukum hudud
dan qisas bersifat kekal sehingga ke hari kiamat tidak seorangpun berhak
mengelakkan diri dari menghukum berdasarkan hukum Islam apabila ada
seseorang yang melakukan pembunuhan, jika telah sabit segala buktinya.

Hukum bunuh balas tetap dikenakan ke atasnya jika segala bukti tadi telah
sabit. Peraturan ciptaan Ilahi mendatangkan rasa gerun di dalam hati, di mana
perasaan gerun ini adalah merupakan satu bentuk pendidikan kepada pelaku
kemungkaran dan orang-orang yang menyaksikan pelaku kemungkaran itu
dijalankan hukuman ke atasnya. Hukuman Ilahi menggugurkan dosa pelakunya.
Dengan lain perkataan seseorang yang melakukan perzinaan, kemudian
dilaksanakan hukum-hukum hudud zina ke atasnya, maka dosa-dosanya
dihapuskan dan ia akan dibangkitkan di akhirat kelak tanpa dosa zina lagi, jika ia
bertaubat sebelum ia sempat meninggal. Inilah antara puluhan keistimewaan
undang-undang dan peraturan Ilahi yang terdapat dalam Islam.

458. Petanda Ganjil ketika Pengebumian Mayat


Soalan:
Adakah sebarang petanda tentang apa yang berlaku semasa kerja
menggali lubang kubur, iaitu berkaitan dengan keadaan si mati ketika
hidupnya. Jika ada, bolehkah diberikan apakah petanda bagi keadaan
lubang kubur yang berair dan berbatu walaupun diketahui tempat
tersebut memang berair ataupun berbatu? Satu lagi, apakah petanda
bagi keadaan kubur yang berbusut?

Jawapan:
Memang banyak kita mendengar daripada cerita-cerita seseorang di tengah
masyarakat ataupun memang kita melihat sendiri tentang peristiwa-peristiwa
ganjil ketika mayat dikebumikan. Kadangkala kita mendengar kubur si mayat
dipenuhi air padahal bukan musim hujan atau kawasan tersebut biasa kering dan
berbagai cerita yang lain. Mungkin peristiwa-peristiwa seperti ini hanya bersifat
kebetulan semata disebabkan faktor iklim dan tanah.

Namun kadangkala peristiwa tersebut dihubungkaitkan dengan si mayat oleh


orang yang melihatnya. Jika kita tidak berhati-hati dikhuatirkan akan
menimbulkan fitnah sehingga orang yang menyebut-nyebut perkara itu
menanggung dosa. Mungkin juga peristiwa tersebut sebagai iktibar yang
ditunjukkan oleh Allah bagi orang yang hidup, dan tidaklah boleh membesar-
besarkannya.

Begitu juga dengan tanda-tanda yang lain seperti kubur berbusut, kubur
berlubang (jerlus) dan sebagainya, janganlah ditafsir dengan perkara yang
mengandungi khurafat sehingga merosakkan iman kita.

459. Pengertian 'Al-Quran Imamku, Baitullah


Kiblatku'
Soalan:
Dalam bacaan talkin ada menyebutkan yang Al-Quran imamku, Baitullah
kiblatku. Soalan saya apakah maksud ayat tersebut?

Jawapan:
Makna "Al Quran imamku" ertinya bahawa Al Quran yang penuh dengan
bimbingan kehidupan yang merupakan panduan hidup bagi umat seluruh alam,
serta tidak mengambil ketetapan hukum dan panduan hidup melainkan dengan
berpandukan Al Quran.

Sedangkan makna "Baitullah kiblatku" ertinya bahawa Baitullah yang


merupakan rumah Allah, adalah tempat ibadah yang mulia dan suci. Walau
apapun bangsa kita, tanah kelahiran kita mahupun di mana kita berada, di waktu
solat kita tetap akan menuju arah yang satu, ke Baitullah. Ini menunjukkan
kesatuan hati ummah seluruh alam, dan apabila hati kita disatukan maka Islam
akan teguh.

460. Amalan Menghindari Gangguan (Guna-guna)


Soalan:
Apakah dia tiga wiritan atau amalan apa yang dapat menjadikan
kekuatan buat diri kita agar kebal dari guna-guna/santet dan
sebagainya?
Jawapan:
Bagi menghindari gangguan ilmu sihir ataupun guna-guna, amalkanlah
membaca ayat Kursi, surah Al Falaq dan surah An Nas serta berdoa memohon
perlindungan daripada Allah SWT dengan penuh keyakinan. Insya Allah kita akan
terhindar dari gangguan makhluk yang durjana.

461. Mandi Wajib ketika Gawat Air


Soalan:
Adakah cara lain selain mandi wajib untuk mengangkat hadas besar
terutama ketika kegawatan air sekarang?
Jawapan:
Jika kita dalam keadaan berhadas besar, sedangkan tidak ada air untuk mandi
hadas (memang benar-benar tidak air setelah diusahakan) maka cukuplah
dengan bertayamum dengan tanah yang bersih. Perkara ini dijelaskan Allah SWT
dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Jika kamu sakit atau di dalam perjalanan atau salah seorang diantara kamu
buang air besar atau bercampur dengan perempuan (jimak) dan tiada beroleh
air, maka hendaklah bertayamum dengan tanah yang baik yakni sapulah muka
dan kedua tanganmu". (An Nisa' 43)

462. Tingkatan Nafsu Mutmainnah


Soalan:
Saya ada sedikit pertanyaan mengenai mutmainah dan bagaimana
caranya agar kita mencapai dan merasakannya?
Jawapan:
Nafsu Mutmainnah ialah nafsu yang sudahpun terkikis darinya sifat-sifat
tercela. Di antara sifat orang yang mempunyai nafsu jenis ini ialah bermurah
hati, tawakal kepada Allah, bijaksana, kuat ibadat, syukur, redha, taqwa dan
sebagainya. Bagi peringkat nafsu mutmainnah ini hendaklah kita membekalkan
diri dengan ilmu kemudian menghiasi ilmu tersebut dengan iman dan amal yang
mulia, setelah itu barulah kita dapat merasakan nikmat memiliki sifat ini, insya
Allah.

463. Suami Menghina Isteri


Soalan:
Saya selalu menunjukkan muka masam pada suami saya. Ini disebabkan
oleh sikap suami saya yang selalu memenangkan apa saja kata-kata
mahupun perbuatan kawan-kawan pejabatnya sama ada lelaki mahupun
perempuan. Bila saya menegurnya, kerana perbuatannya dengan kawan
perempuannya itu boleh menjatuhkan maruah saya sebagai isterinya, dia
kata saya ni terlalu emosional dan selalu berfikiran negatif. Katanya
kawan-kawan di pejabatnya itu dah macam adik-beradik.

Suami saya suka menghina saya, dengan kata-kata seperti bodoh, buta,
pekak, tak berguna, kurang ajar, hati busuk, jahat. Disebabkan perkara
kecil saja, dia akan marah saya dengan kata-kata tersebut. Kadang-
kadang saya cuba mencari kesilapan apa yang saya telah buat sehingga
membuatkan dia sanggup mengatakan saya tak berguna. Sehingga
sekarang saya rasakan tak boleh berkata apa-apa walaupun dia telah
melakukan kesilapan, kerana takut perkara-perkara yang tersebut diatas
akan terkeluar dari mulutnya, tetapi hati saya ini semakin lama semakin
sakit, sehinggakan kadang-kadang saya merasakan memang saya ni tak
berguna pada nya dan rasa mahu pergi jauh darinya.?

Jawapan:
Suatu perkara yang tidak harmoni dalam rumahtangga jika seorang suami
menghina dan mencaci maki isteri yang mendampinginya selama ini. Bukan
sekadar itu sahaja bahkan segala layanan dan keperluan batiniah juga dinikmati
secara bersama, namun terjadi juga dalam masa yang sama penghinaan dan
cacian terhadap isterinya. Untuk menghadapi suami yang seperti ini, seorang
isteri harus melihat latarbelakang kehidupan suami, baik dalam keluarganya
mahupun keadaan di tempat kerja. Dua faktor ini sangat besar pengaruhnya
dalam membentuk keperibadian dan watak seseorang, terutama suami anda.

Di dalam berbicara dan menyampaikan sesuatu nasihat terhadap seseorang


pun mempunyai seni dan caranya tersendiri. Setiap orang di dunia ini mempunyai
reaksi yang berbeda ketika mendengar teguran dan nasihat daripada orang lain.
Setengahnya ada yang dengan senang hati mahu menerima segala teguran dari
kesilapan yang dilakukannya, tidak kiralah yang menegurnya itu orang yang lebih
kecil daripadanya. Namun ada juga orang yang paling tidak suka jika orang lain
cuba memberikan nasihat kepadanya, ini mungkin disebabkan kerana ia terlalu
sayang terhadap dirinya sendiri sehingga merasakan bahawa teguran dan nasihat
orang lain itu seakan-akan menggores ego dan sifat keakuannya.

Jika anda memiliki suami yang mempunyai sifat yang kedua ini, berusahalah
mencari ruang dan saat yang sesuai untuk memberikan sumbangan fikiran atau
yang serupa dengan itu. Jangan menegur secara langsung atas kesilapan yang ia
lakukan, kerana teguran secara langsung itu menyebabkan ia merasa bahawa
harga dirinya telah dipijak-pijak oleh isterinya. Kerana lelaki yang ego ini
biasanya tidak mudah menerima teguran daripada orang lain apatah lagi teguran
itu datang daripada isterinya sendiri.

Disamping itu berdoalah kepada Allah SWT setiap kali selesai mengerjakan
solat fardhu agar sikap anda dan suami anda berubah dalam menerima
kenyataan kehidupan berumahtangga. Percayalah bahawa setiap diri seseorang
itu memiliki madu dan racunnya. Ertinya seseorang itu memiliki kelebihan dan
kekurangannya. Mungkin anda juga memiliki kekurangan disamping banyak
kelebihan-kelebihan yang lain, begitu juga suami anda memiliki kekurangan dan
kelebihannya. Oleh sebab itu terimalah madu dan racun atau kekurangan dan
kelebihan yang ada pada pasangan anda agar anda dapat memahami makna
kehidupan berkeluarga. Jika kita dapat memahami perkara asas ini, insya Allah
segala bencana dalam rumahtangga dapat kita hindarkan. Wallahu a'lam.

464. Tanggungjawab Suami Dalam Memenuhi Nafkah


Soalan:
Suami saya tidak pernah memberi nafkah zahir pada saya selama hampir
lima tahun perkahwinan kami ini. Apabila saya minta, dia kata dia dah
bagi saya makan tu dah cukup. Saya katakan itu memang dah menjadi
tanggungjawabnya lagi pun kami makan bersama pada hari minggu
sahaja. Dia akan berkata, habis tu duit gaji awak nak simpan, habiskan
duit abang. Disebabkan tak mahu bergaduh saya pun redakan saja,
tetapi bila hati saya sakit atas apa-apa perbuatannya, saya akan
mengungkit balik tentang nafkah itu.

Jawapan:
Memang menjadi tanggungjawab seorang suami memenuhi nafkah isterinya,
tidak kiralah apakah isteri mempunyai sumber pendapatan yang lain sebagai
tambahan. Namun begitu ajaran Islam menuntut agar suami isteri bekerjasama
dan saling memahami akan keadaan rumahtangga yang mereka bina sendiri.
Kalau kita lihat bagaimana keadaan Siti Khadijah ketika menikah dengan baginda
Rasulullah SAW, beliau merupakan orang yang paling terkaya di kota Makkah
ketika itu, tapi kenyataannya segala harta bendanya yang melimpah ruah itu Siti
Khadijah pergunakan untuk Islam. Ia redha suaminya Rasulullah SAW
menggunakan segala hartanya tanpa menyebut-nyebutnya.

Alangkah baiknya seorang isteri merasa redha dengan pengorbanan yang


diberikan terhadap suami dan keluarganya, kerana dengan perasaaan redha dan
ikhlas itu akan menenangkan hati dan perasaan sendiri. Janganlah meminta
sesuatu diluar kemampuan suami, barangkali banyak perkara yang difikirkan
demi kepentingan keluarga anda sendiri untuk masa akan datang. Begitu besar
pahala yang Allah balaskan terhadap isteri yang ikhlas membantu suami,
sekaligus memberikan kedamaian dalam hati dan jiwa isteri itu sendiri.

Jika kita tidak redha dan ikhlas segala sumbangan dan bantuan yang kita
ulurkan dalam keluarga sendiri disamping tidak memperoleh pahala di sisi Allah
juga akan menimbulkan kekacauan dalam rumahtangga. Oleh sebab itu binalah
sikap persefahaman yang jitu serta hargai pengorbanan seorang suami disamping
berusaha memberikan motivasi dan mengingatnya jika terlanjur melakukan
kesilapan.
465. Beriman setelah Murtad
Soalan:
Apakah hukum orang yang murtad setelah ia kembali masuk Islam.
Bagaimana pandangan Ustaz dari sisi Islam?

Jawapan:
Jika seseorang itu telah melakukan murtad iaitu keluar dari Islam, kemudian ia
merasa bahawa dirinya telah melakukan kesalahan yang besar, akhirnya ia
bertaubat kembali kepada Allah dengan memeluk Islam, maka hendaklah umat
Islam menerimanya kembali, kerana ia telah menemui jalan yang benar setelah
sesat.

Dalam Islam sendiri menganjurkan agar orang yang murtad itu segera
bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadah, jika ia tetap dalam
kemurtadannya maka pujuklah ia agar kembali ke dalam Islam. Jika setelah
dinasihati, dipujuk dan diberi nasihat tidak memberikan perubahan pendiriannya,
maka penjarakanlah ia, jika setelah dipenjara dan diberi makanan yang enak-
enak serta dinasihati kembali, namun masih tetap merasa senang dengan
kemurtadannya, maka ketika itu boleh dilaksanakan hukum bunuh terhadapnya.

466. Bertaubat dengan Sebenarnya


Soalan:
Saya ada satu kemusykilan , bagaimanakah cara yang perlu dilakukan
oleh seseorang yang telah melakukan dosa sedangkan pada masa yang
sama dia sudah tidak mahu mengulangi lagi perbuatannya tetapi apabila
diajak oleh temannya lalu mendorong dia mengulangi kembali
perbuatannya itu. Oleh itu, apakah yang patut orang itu lakukan?

Jawapan:
Ucapan taubat seorang hamba semata-mata tidak boleh dijadikan bukti
kesungguhan dalam bertaubat, kecuali dia membuktikan tanda-tanda
kesungguhan taubatnya. Diantara tanda-tanda itu:

1.Benar-benar berniat untuk meninggalkan perbuatan dosa dan kembali kepada


ketaatan. Inilah tanda bahawasanya dia benar-benar merasa berdosa dan ingin
bertaubat kepada Allah SWT.

2. Setelah bertaubat keadaan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

3. Tidak pernah merasa aman dari seksa Allah walau sekejap pun sepanjang
hidupnya, maksudnya, jangan sampai orang yang bertaubat berbuat maksiat
dengan keyakinan akan mendapat rahmat Allah. Sungguh tidaklah seseorang
merasa aman dari seksa Allah SWT kecuali orang-orang yang merugi yang selalu
berbuat maksiat, sehingga apabila ia merasa bersalah dan tidak mempunyai
kesempatan untuk berbuat dosa ia menyesal. Penyesalan seperti ini tidak ada
ertinya.

4. Benar-benar menyesal, sedih dan merasa rugi atas kelengahannya serta takut
akan pedihnya seksa di dunia dan di akhirat. Seringkali kenikmatan nafsu yang
sekejap menjadikan sengsara selamanya.

5. Selalu ingat bahawa dirinya pasti akan kembali kepada Allah SWT dan pada
bila-bila masa sahaja maut akan datang.
6. Yang paling penting dari tanda-tanda kesungguhan orang bertaubat adalah
cinta kepada Allah SWT dan Rasul serta orang-orang muslim dengan berbuat
apa-apa yang menunjukkan atas kecintaannya itu.

Bertaubatlah dengan sesungguhnya dan lakukanlah taubat itu setiap saat,


banyaklah beristighfar kepada Allah agar terhindar daripada mengulangi
perbuatan yang keji dan tercela.

467. Cara Solat Masbuk


Soalan:
Dalam berjamaah saf depan telah penuh,datang seorang hamba
berjamaah bersama, sedangkan dia berseorangan di belakang. Apakah
hukumnya menurut Islam?

Jawapan:
Jika seseorang terlambat mengikuti solat berjamaah sehingga menyebabkan ia
melakukan masbuk, maka jika ia yakin bahawa saf yang mana dia berada itu
akan didatangi orang lain, tidak perlulah ia mengganggu saf yang di depan
dengan memberitahu salah seorang dalam saf tersebut supaya berundur ke
belakang. Namun jika ia yakin bahawa tidak ada jemaah lagi yang akan datang
maka bolehlah ia memberitahu kepada salah seorang yang berada paling sudut
supaya berundur ke belakang dengan cara mencuit bahunya dalam solat.

Jika ia khuatir akan terjadinya fitnah kerana tidak semua jemaah mengerti
tentang kaedah ini seperti timbul salah faham dan sebagainya, maka solatlah
sendiri di belakang dengan mengikut iman, dengan harapan ada makmum yang
datang kemudian mengisi saf tersebut.

468. Orang Islam Memelihara Anjing


Soalan:
Bolehkah seseorang yang beragama Islam memelihara anjing di atas
sebab keselamatan?
Perlukah kasut atau stokin disamak jika dilarikan anjing?

Jawapan:
Menggunakan atau memelihara anjing untuk keperluan berburu dan menjaga
harta benda hukumnya mubah atau boleh, selagi kita menjaga batas-batas dan
ketentuan pergualan dengan binatang peliharaan kita tersebut. Banyak hadith-
hadith Rasulullah SAW menerangkan perkara ini diantaranya;

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Dari Abi Tsa'labah Al Khasyni berkata;


Aku pernah bertanya "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada di kawasan
berburu, aku berburu dengan anak panahku dan dengan menggunakan anjingku
yang terlatih (yang diajar) serta anjingku yang belum terlatih, manakah yang
boleh untukku ?" Rasulullah SAW lalu menjawab: "apa yang telah engkau buru
dengan anak panahmu dan engkau sebut nama Allah sebelumnya, makanlah.
Dan yang telah engkau buru dengan anjingmu yang tidak terlatih, lalu kamu
sempat menyembelihnya, maka makanlah". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam ayat Al Quran juga disebutkan maksudnya: "Mereka bertanya
kepadamu; Apakah yang dihalalkan bagi mereka ?. Dihalalkan bagimu yang baik-
baik dan buruan yang ditangkap oleh binatang-binatang buas yang telah kamu
ajar dengan melatihnya untuk berburu, kamu mengajarnya menurut apa yang
telah diajarkan Allah kepadamu. maka makanlah dari apa yang telah
ditangkapnya untukmu dan sebutlah nama Allah. Bertaqwalah kepada Allah
sesungguhnya hisab Allah amat cepat". (Al Maidah ayat 4) Jadi jelaslah
memelihara anjing untuk kegunaan menjaga harta benda hukumnya mubah atau
boleh. Kemudian jika kasut atau stokin dijilat anjing maka basuhlah stokin
tersebut dengan tujuh kali dan salah satu diantaranya dicampur dengan air
tanah. Wallahu a'lam.

469. Perkara Makruh ketika Solat


Soalan:
Apakah hukumnya sekiranya seseorang itu menguap atau batuk ketika
sembahyang?

Jawapan:
Menguap dengan membuka mulut ketika solat hukumnya makruh, kerana
seseorang itu boleh menahan menguapnya dengan tanpa membuka mulut lebar-
lebar. Begitu juga halnya dengan batuk jika boleh ditahan dengan cara yang baik
maka itu lebih baik, namun jika tidak boleh maka tidak mengapa kerana batuk
merupakan semacam penyakit yang sukar untuk ditahan. Mengenai membuka
mulut ketika menguap Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Dari Abu Hurairah
ra. Nabi SAW bersabda: "Menguap dalam solat adalah datang daripada syaitan,
maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia berkuasa menahannya
(daripada membukakan mulutnya lebar-lebar)". (Riwayat Tarmizi dan Muslim)

470. Jumlah Nama Allah


Soalan:
Nama nama tuhan yang terdapat ialahsebanyak 100 tetapi hanya 99
sahaja yang diberi (Rujukan : Asma ul Husna). Apakah nama yang satu
lagi?

Jawapan:
Sebenarnya nama-nama Allah SWT atau Amaul Husna itu banyak sekali bukan
sekadar 99 nama bahkan lebih daripada itu. Namun yang disebutkan dalam Al
Quran sebanyak 99 nama.
471. Bekerja di Hotel
Soalan:
Saya ingin bertanya mengenai hukum orang yang bekerja di
hotel.Adakah haram jika seseorang itu merupakan seorang yang taat
kepada perintah Allah tetapi dia mencari rezeki dengan menjadi
penyelia / bekerja di dalam pejabat di hotel?
Jawapan:
Bekerja itu dinilai sebagai suatu ibadah jika pekerjaan yang dilakukan itu tidak
mengandungi sesuatu yang syubhat dengan perkara haram, ataupun bekerja
dengan niat jika memperoleh pendapatan digunakan untuk perbuatan maksiat
dan sebagainya. Pada dasarnya bekerja di hotel itu hukumnya harus atau boleh,
bahkan menyediakan penginapan para musafir yang sedang dalam perjalanan
dinilai sebagai kebaikan.

Walaupun begitu pada zaman sekarang ini banyak hotel disalahgunakan oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, sehingga dengan sengaja mereka
menyediakan tempat untuk bermaksiat dan sebagainya. Jika jelas wujud maksiat
di hotel tersebut bahkan dengan sengaja disediakan oleh pihak hotel sendiri,
maka lebih baik meninggalkan pekerjaan ini, kerana dikhuatirkan ada nilai
syubhat dalam rezeki yang kita terima sebagai gaji. Wallahu a'lam.

472. Kelembutan Seorang Lelaki


Soalan:
Saya mempunyai seorang kawan yang dilahirkan secara fizikalnya
normal sebagai seorang lelaki, tetapi jiwa dan nalurinya adalah seperti
seorang perempuan. Daripada segi hukum apakah batasan pergaulan dan
pandangan matanya terhadap lelaki, sekiranya setiap pandangan ada
satu perasaan tertentu?

Jawapan:
Sifat lemah lembut merupakan perkara yang terpuji dan merupakan sunnah
Rasulullah SAW. Bahkan Rasulullah SAW sendiri mempunyai sifat lemah lembut
dan sopan santun ini. Jika teman anda mempunyai naluri seorang perempuan
yang lebih mendekati kepada sifat pondan, maka sifat seperti ini tidak terpuji dan
dinilai sebagai menyerupai wanita. Jika sifat ini wujud secara semulajadi
semenjak dilahirkan, ia tidak tercela, kemudian bagi yang terlibat hendaklah
berusaha menghilangkannya. Tetapi jika ia sengaja bertujuan menyerupai kaum
perempuan, perbuatan tersebut adalah perbuatan yang tercela.

Bagi orang yang memang dari semulajadi lagi sudah mempunyai sifat tersebut
hendaklah meninggalkan secara beransur-ansur sifat ini. Jika ia enggan berbuat
demikian malah masih berterusan dengan sifatnya, perlulah dikeji sikapnya itu.
Namun begitu menurut pendapat Imam An Nawawi, bagi mereka yang tidak
mampu meninggalkan sifat ini walaupun secara beransur-ansur ia tidak wajar
dicela.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Rasulullah SAW melaknat lelaki yang


menyerupai kaum perempuan dan perempuan yang menyerupai kaum lelaki.
Sabda baginda: Keluarkanlah mereka dari rumah-rumah mereka. Nabi pernah
mengeluarkan seorang Mak Nyah dari rumahnya sebagaimana Umar juga pernah
berbuat demikian". (Riwayat Bukhari dan Ahmad)

473. Muhallil ( Kahwin Cina Buta)


Soalan:
Dalam masyarakat melayu kita biasa mendengar "Cina buta", setahu
saya "cina buta" adalah satu perlakuan yang telah dirancang oleh pihak
tertentu, sekiranya berlaku kejadian tersebut adakah perkahwinan
semula di antara bekas suami dan bekas isteri yang ditalak tiga itu sah
setelah "cina buta" selesai dilakukan?

Jawapan:
Kahwin cina buta iaitu seseorang lelaki mengahwini perempuan yang telah
ditalak tiga kali oleh suaminya setelah habis masa iddahnya ia berkahwin dengan
wanita tersebut kemudian mentalaknya dengan tujuan agar bekas suaminya yang
pertama dapat kahwin dengan dia kembali. Kahwin semacam ini termasuk dosa
besar dan mungkar yang diharamkan oleh Allah dan orang yang melakukannya
mendapat laknat daripada Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Allah melaknat


muhallil (yang kahwin cina buta) dan muhallalnya (bekas suami yang menyuruh
orang menjadi muhalil) (Riwayah Ahmad)

474. Hukum Zina Bagi Ibu Tunggal (Janda)


Soalan:
Saya seorang ibu tunggal yang telah melakukan dosa besar iaitu
perbuatan zina bersama seorang lelaki bujang dan kini lelaki itu telah
melarikandiri dari menunaikan tanggungjawabnya kerana tiada
persetujuan dari ibunya dan membawa diri bersama-sama ibunya kerana
takut didatangi oleh keluarga pihak saya.

Saya hampir putus harapan dan kembali bertaubat ke jalanAllah dengan


berkat bimbingan keluarga dan kawan yang rapat dengan saya. Lelaki
tersebut pergi selama lebih kurang seminggu lebih tanpa menanyakan
khabar berita pun tentang diri saya. Tiap-tiap hari saya berdoa agar dia
kembali menunaikan tanggungjawabnya dan terbuka pintu hati ibunya
untuk menerima saya. Dengan izin Allah dia telah menghubungi saya dan
bertanyakan khabar berita tentang diri saya. Ustaz di sini saya musykil
kerana takut dianiayai lagi sekali. Apakah yang seharus saya lakukan?
Hamba Allah, KL
Jawapan:
Perbuatan zina merupakan dosa besar yang dikutuk oleh Allah terhadap
pelakunya. Para ulamak telah bersepakat bahawa hukuman yang dikenakan atas
diri yang melakukan zina muhshan (janda, duda, lelaki yang masih beristeri atau
isteri yang masih bersuami) adalah wajib direjam sampai mati. Pendapat ini
didasarkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah maksudnya: "Ada
seorang lelaki yang datang kepada Rasulullah SAW ketika baginda sedang berada
di dalam masjid. Lelaki itu memanggil-manggil Nabi seraya mengatakan: "Hai
Rasulullah SAW, aku telah berzina, tetapi aku menyesal". Ucapan ini diulanginya
sampai empat kali. Setelah Nabi mendengar pernyataannya yang sudah empat
kali diulanginya itu lalu baginda memanggilnya seraya bertanya: "Apakah engkau
ini gila ?". "Tidak". jawab lelaki itu. Nabi bertanya lagi apakah engkau ini orang
yang muhshan?". "Ya ", jawab lelaki tersebut. Kemudian Nabi bersabda lagi:
"Bawalah lelaki ini ini dan rejamlah oleh kami sekalian hingga mati".

Perkara pertama yang perlu puan lakukan adalah bertaubat dan


menyembunyikan perbuatan maksiat yang pernah dilakukan, bukan
menghebohkannya kepada pihak lain. Sebab hukuman yang layak bagi wanita
atau lelaki yang pernah menikah melakukan zina adalah dengan rejam hingga
mati. Walaupun begitu jika seseorang itu melakukan zina kemudian tidak ada
empat orang saksi untuk membuktikan perbuatan tersebut sehingga boleh
dijalankan hukum Islam ke atasnya, maka adalah lebih baik ia menyembunyikan
perbuatannya itu dan segera bertaubat.

Jika telah melaksanakan taubat dengan taubat yang sebenarnya, barulah puan
berfikir masalah perkahwinan dengan bujang yang menjadi idaman puan.
Masalah yang paling penting dalam kes puan ini bukan bagaimana cara
menghindarkan dari dianiaya oleh pihak lelaki yang melakukan hubungan dengan
puan, kerana perbuatan zina bukan aniaya melainkan perbuatan dosa besar yang
dilakukan atas dasar suka sama suka yang wajib ditinggalkan dengan segera.
Persoalan jodoh serahkan kepada Allah, kerana Allah yang menentukan jodoh
seseorang itu, yang paling penting bertaubatlah dan carilah lelaki yang baik dan
lelaki yang telah bertaubat daripada melakukan dosa besar.

475. Mencaci Maki Ibu atau Bapa Orang Lain


Soalan:
Seorang kawan (si A) mengata nama ayah si B lalu si B membalas ejekan
itu dengan mencemuh semula nama ayah si A.

Apakah hukumnya? Bagaimanakah kita hendak lakukan jika seseorang


mengata nama ayah kita dan mempermainkannya? Apa hukamnya jika
seseorang itu merasa mengata itu menyeronokkan (selepas dia mengata,
dia gelak dan merasa puas)?

Jawapan:
Jika seseorang itu mencaci ayah atau ibu orang lain sama ertinya ia mencaci
ayah atau ibunya sendiri. Jika seseorang melakukan hal ini kepada diri kita
hendaklah kita berusaha menasihatinya dan menerangkan bahawa yang
dicacinya itu bukanlah ibu bapa kita tetapi ibu bapanya sendiri. Disamping itu kita
harus bersabar ketika mendengar cacian yang diucapkannya itu, kerana dengan
kesabaranlah dapat membentuk keperibadian yang mulia dan terhindar daripada
bencana pergaduhan dan sebagainya.

Mengenai perkara ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya


termasuk dosa besar apabila seseorang memaki kedua orang tuanya". Para
sahabat berkata: "Ya Rasulullah, apakah ada seseorang yang memaki kedua
orang tuanya ?". Baginda menjawab: "Ya, bila seseorang memaki ayah orang
lain, lalu orang itu memaki ayahnya dan memaki ibunya lalu orang itu membalas
memaki ibunya". (Riwayat Muslim)

476. Menyedut Ubat (inhaler) Ketika Puasa


Soalan:
Saya salah seoarang pesakit asthma (lelah) dan sekarang saya sudah
mengunakan sejenis ubat (inhaler) ubat itu saya perlu sedut setiap hari.
Adakah batal puasa saya jika saya menyedut ubat itu?

Jawapan:
Para salafussoleh tidak pernah mengenali jenis ubat dan kaedah rawatan
melalui cara ini, ia merupakan satu sistem perubatan yang baru. Perkara ini
mungkin identik penggunaan celak ketika puasa. Celak dan ubat titis air mata
jika digunakan secara berlebihan sehingga terasa di kerongkong hukumnya
membatalkan puasa. Begitu juga halnya dengan gas penyakit lelah ini, jika
cecairan yang kita masukkan ke dalam mulut itu terasa di kerongkong, maka
dapat menyebabkan membatalkan puasa.

Walaupun begitu berusahalah untuk menahan diri ketika siang bulan


Ramadhan untuk tidak memakai cecair atau ubat athma ini. Jika keadaan
terpaksa dan sangat memudaratkan sedangkan penggunaannya sekadar perlunya
saja maka ia tergolong rukhsah (keringanan ) yang dibolehkan.

477. Pengertian Zina Dalam Islam


Soalan:
Saya ingin bertanya ustaz tentang maksud zina. Sudah tentu hampir
semua agama dan bangsa ada definisi tersendiri mengenai zina atau
'adultery'. Bagaimana dengan Islam? Apaka erti zina di sisi Islam?
Bagaimana pula dengan seks luar tabii seperti menyetubuh dubur, seks
lisan/oral sex (merangsang kemaluan dengan mulut)? Adakah ini
termasuk juga dalam definisi zina di dalam Islam?

Jawapan:
Semua bentuk hubungan kelamin yang menyimpang dari ajaran agama Islam
dianggap zina kemudian dijatuhkan hukuman yang telah ditetapkan dalam
hukum Islam. Batasan zina yang mengharuskan hukuman itu ialah masuknya
kepala zakar lelaki ke dalam kemaluan wanita yang tidak halal disetubuhi kerana
tidak melalui pernikahan sekalipun tanpa keluar air mani.

Hukuman bagi pelaku zina dalam Islam adalah, bagi yang masih bujang
disebat hingga seratus kali sedangkan bagi yang muhshan iaitu bagi janda atau
duda direjam hingga mati.

Sedangkan bagi orang yang melakukan persetubuhan bukan pada tempatnya


seperti di dubur maka tergolong kepada perbuatan homoseks yang sangat dikeji
dan dicela oleh Allah SWT, begitu juga dengan perbuatan lesbian iaitu hubungan
perempuan dengan perempuan. Sesungguhnya homoseks itu merupakan
perbuatan keji dan termasuk dosa besar. Homoseks juga termasuk salah satu
perbuatan yang merosak unsur fitrah kemanusian, agama dan merosak kesihatan
jiwa.

Allah memberikan hukuman dengan seksaan yang pedih kepada orang yang
melakukan homoseks, bahkan Allah SWT membalikkan bumi terhadap kaum Luth
yang melakukan homoseks tersebut.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Maka tatkala datang azab Kami, maka Kami
jadikan negeri kaum Luth itu yang diatas ke bawah (Kami balikkan) dan Kami
hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar yang diberi tanda oleh
Tuhanmu dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim" (Hud, ayat
82)

Rasulullah SAW juga menyuruh untuk membunuh pelaku homoseks dan


melaknati mereka. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Diriwayatkan dari
Ikrimah dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang
kamu temui telah melakukan perbuatan kaum Luth (homoseks) maka bunuhlah
kedua pelakunya".

478. Antara Ramalan dan Kenyataan


Soalan:
Semenjak akhir-akhir ini, saya dapati berita-berita yang tidak baik akan
berlaku di negara ini. Apakah sebab-sebab yang mungkin dan apakah
ada dalang yang cuba mengeruhkan keadaan. Benarkah juga isu murtad
telah dipandang ringan oleh pihak kerajaan dan benarkah akan berlaku
kehancuran kepada negara kita di hari Sukan Komanwel nanti. Kami
sebagai rakyat dalam keadaan takut, termasuklah diri saya.

Jawapan:
Isu murtad dan bencana yang akan terjadi ketika sukan komanwel memang
sering diperkatakan bahkan telah menjadi buah bibir masyarakat kita. Mengenai
masalah murtad terlalu sukar untuk kita terangkan tentang usaha kerajaan dalam
mengatasi masalah ini, kerana kita tidak tahu secara pasti strategi dan
pendekatan yang mereka gunakan dalam mengatasi masalah ini. Dari beberapa
sumber ada mengatakan bahawa isu orang Melayu murtad memang terlalu
ramai, bahkan menurut seorang bekas paderi yang telah bertaubat mengatakan
setakat yang ia ketahui lebih kurang dua belas ribu orang dari kalangan orang
Melayu yang telah murtad.

Jika ditinjau dari sudut sejarah dan hukum Islam maka perkara murtad
merupakan masalah serius yang pernah dihadapi oleh umat Islam. Itulah
sebabnya ketika zaman Khalifah Abu Bakar, beliau sangat bersungguh-sungguh
dalam memerangi golongan nabi palsu yang menyebabkan berpuluh bahkan
beratus ribu umat Islam menjadi murtad.

Perkara yang paling penting bagi umat Islam di negara ini adalah
memperkukuh ketahanan akidah agar dapat melawan segala pengaruh
kristianisasi yang menyesatkan umat Islam sekaligus menyiapkan diri dengan
bekal ilmu agama Islam. Jangan mengharapkan mana-mana pihak untuk
menjamin keutuhan akidah dan agama kita sendiri, kerana setiap umat Islam
bertanggungjawab menjaga agama dan keyakinannya daripada diserang dan
diancam oleh pihak luar.

Mengenai isu huru hara di sukan komanwel telah kami jawab dalam soalan 340
yang telah lalu.

479. Isteri Tidak Suka dengan Mentua


Soalan:
Di sini saya ada persoalan, mengenai isteri saya yang tidak suka saya
balik menjenguk emak saya sendiri. Walaupun telah saya banyak kali
nasihati bahawa saya perlu melawat emak kandung saya. Untuk
pengetahuan, isteri saya itu tiada emak dan ayah lagi. Dan lagi jikalau
adik saya datang menumpang tidur di rumah saya dia tidak suka. Adakah
berdosa isteri saya itu kerana seakan membenci mak mentuanya?

Jawapan:
Isteri yang solehah hendaklah menghormati ibu dan bapa mentuanya, kerana
disebabkan keduanyalah suami yang dicintainya itu lahir. Jadi berdosalah bagi
seorang isteri yang tidak menyukai ibu dan bapa mentuanya, begitu juga peranan
suami sangat diharapkan agar dapat menasihati isteri supaya memiliki
keperibadian dan akhlak yang mulia. Sebagai seorang anak, hendaklah sentiasa
menghormati dan melawat atau menjaga ibu bapanya, kerana peranan anak
lelaki tidak akan putus dalam hal tanggungjawab terhadap ibu bapanya.
Betapapun isteri tidak menyukai kunjungan yang anda lakukan sebagai seorang
anak yang soleh anda berkewajipan melaksanakan tugas tersebut.
Isteri merupakan insan lain dalam kehidupan seorang suami yang boleh
berpisah dengan ketentuan thalak sedangkan ibu bapa merupakan darah daging
serta keturunan kita sendiri. Dalam suatu kisah dicetiakan, pada suatu hari Nabi
Ibrahim berkunjung ke rumah anaknya Nabi Ismail di Makkah,namun ketika itu
Nabi Ismail sedang pergi berburu, berjumpalah Nabi Ibrahim dengan menantunya
sedang menunggu di rumah. Nabi Ibrahim pun bertanya tentang kehidupan
mereka, maka isteri Nabi Ismail yang tidak mengetahui bahawa di depannya itu
bapa mertuanya menjawab, bahawa kehidupannya tidak seperti yang diharapkan.
Mendengar beberapa keterangan dari wanita tersebut yang banyak mengeluh dan
tidak berterima kasih itu, maka Nabi Ibrahim berpesan kepadanya ketika
suaminya pulang nanti supaya menukar palang pintu rumah mereka.

Ketika Nabi Ismail pulang, maka isterinya menceritakan seorang lelaki yang
bertamu tadi dan mengatakan tentang pesannya agar mengganti palang pintu
rumah mereka. Mendengar penjelasan isterinya tersebut, fahamlah Nabi Ismail
bahawa yang datang tadi adalah bapanya, dan mengetahui maksud mesej yang
ditinggalkan ayahnya tersebut iaitu agar menceraikan isterinya itu.

Dari cerita di atas menggambarkan bahawa betapa pentingnya seorang


menantu melayan dan menghargai mentuanya, kerana melalui mentuanya itulah
lahir seorang lelaki yang menjadi pasangan hidupnya. Jadi berusahalah untuk
menasihati isteri yang tidak suka dengan ibu bapa suami (mentuanya) agar
kehidupannya tidak diliputi dengan dosa, kerana derhaka kepada mentua sama
juga nilainya dengan ibu bapa sendiri. Sebagai seorang anak tetaplah dengan
pendirian bahawa seorang anak harus berbakti dengan ibu bapanya sendiri
meskipun isterinya tidak suka dengan sikap dan bakti yang kita curahkan
terhadap ibu bapa kita. Wallahu a'lam.

480. Keluarga dalam Dilema


Soalan:
Saya ada kemusykilan yang agak memeningkan kepala saya dan juga
berat rasanya apa yang saya tanggung ini. Saya telah pun mendirikan
rumahtangga selama dua tahun. Sejak lima bulan kebelakangan ini
rumahtangga saya mengalami masalah kewangan yang agak teruk,
masalah seksual yg kurang memuaskan dan juga mertua saya yang agak
kurang saya minati perangai mereka. Dalam masa yang sama juga saya
telah berkenalan dengan seorang pemuda yang agak muda dari saya.
Kami berkenalan melalui internet.

Sejak berkenalan kami cuma berhubung melalui talipon saja sehinggalah


setelah dua bulan berkenalan saya bercadang hendak berjumpa
dengannya. Lama kelamaan, saya terpaksa memberitahunya bahawa
saya ni sudah berkahwin dan mempunyai anak satu. Saya ingat
perhubungan ini akan putus, walau pun hati saya sudah terpaut padanya.
Saya pun tidak sangka yang pemuda tersebut semakin suka akan saya
dan memahami akan kedudukan saya dan juga masalah saya.

Dia seorang pelajar di salah satu universiti di utara. Demi tuhan saya
tidak pernah menduga akan begini jadinya kehidupan saya. Suami saya
memang marah sangat dengan saya sehinggakan boleh dikatakan kami
selalu bergaduh. Kami bertengkar bukan perkara ini sahaja malahan saya
selalu tidak berpuas hati dengan sikap suami yang terlalu bergantung
hidup dengan ibubapanya apabila kami kekurangan wang. Gaji saya pun
boleh dikatakan tiga suku habis untuk membayar segala keperluan dan
juga benda-benda yang lain. Dia hanya membayar rumah sewa dan juga
kereta. Itupun setengah harga kereta saya bayar.

Tentang duit ni saya rasa berat sangat sebab tiap-tiap bulan asyik benda
yang sama. Nak buat simpan pun susah. Bila saya suruh dia cari kerja
part-time buat indah tak indah saja. Bila saya naik angin barulah nak cari
surat khabar. Tentang pemuda tadi, perhubungan kami semakin erat. Dia
bukan ingin megambil saya sebagai isteri kerana saya ada masalah, tapi
kerana dia menyayangi saya dan begitu juga saya.

Sehinggakan pada satu hari saya bertengkar dengan suami, dia telah
menampar saya di khalayak ramai dan mengatakan saya ni sundal. Oleh
sebab itu saya menjadi begitu sedih, dan memgambil keputusan untuk
balik kerumah ibu saya. Saya memberitahu kepadanya yang saya ingin
balik ke rumah ibu saya, dia membenarkannya walau pun dia sendiri
tidak ikhlas melepaskan saya. Sepanjang saya duduk di rumah ibu saya,
bermacam-macam perkara yang telah dilakukan suami saya saya
termasuk ke Jawi, memaki hamun pemuda tersebut dan juga
mengganggu keluarga pemuda tersebut. Pemuda tersebut ingin menikahi
saya sebaik saja dia habiskan pengajiannya di universiti.

Ibubapa pemuda tersebut melarang akan perhubungan kami. Kerana


ternyata saya masih isteri orang. Saya ingin bercerai dengan suami saya,
kerana tidak ingin berterusan menderhaka dan juga berdosa sepanjang
hari begini, tetapi suami saya enggan melepaskan saya. Saya tak tau apa
harus saya lakukan. Sedangkan hati saya tidak ada lagi padanya.
Kadang-kadang terasa juga kasihan padanya dan keliru dengan
perangainya yang kadang-kadang marah kadangkala ok. Tapi terlalu
banyak perkara yang telah saya lakukan di belakangnya membuatkan
saya tidak sanggup untuk berpatah balik melainkan meneruskan hidup
saya sekarang. Saya betul-betul sayangkan pemuda ini dan sanggup
untuk menunggunya.

Apakah tindakan yang harus saya lakukan? Dan sampai bila suami saya
ingin menyimpan sayasedangkan kami duduk berjauhan begini? Saya
benar-benar ingin kan pertolongan dalam hal ini. Wajar ke saya meminta
cerai kepadasuami saya. Kalau hendak di cerita kan benda yang lain-lain
memang banyak tapi cukuplah dengan perkara yang penting ni saja.
Saya tidak mengatakan suami saya tidak baik cuma saya sudah rasa
tawar hati akan segala perkara yangterjadi.?

Jawapan:
Isteri yang solehah adalah isteri yang tunduk dan patuh kepada Allah dan
kepada suaminya. Bahkan dalam sebuah hadis ada disebutkan begitu besar
tanggungjawab isteri terhadap suami, Rasulullah pernah bersabda jika Allah
mengizinkan seseorang menyembah orang lain, maka akan saya suruh seorang
isteri menyembah suaminya. Dalam hadis yang lain juga disebutkan seorang
isteri tidak akan dapat mencium bau syurga jika ia meminta cerai kepada
suaminya tanpa alasan yang jelas mengikut syarak.

Jika permohonan cerai itu lantaran perkara yang bukan asas (seperti persoalan
harta dan perkara duniawi) yang boleh diselesaikan dengan perbincangan dan
keredhaan hati maka permohonan isteri semacam ini mendapat kutukan daripada
Allah. Apatah lagi permintaan cerai itu lantaran telah menemui lelaki lain sebagai
idaman hati, sudah jelas isteri seperti ini tergolong isteri yang curang dan akan
mendapat kutukan daripada Allah, dan menjadi lebih sengsara di akhirat nanti
jika suaminya tidak memaafkan atas kesalahan yang dilakukannya itu.

Bayangkan saja betapa banyak harta Siti Khadijah isteri Rasulullah SAW
digunakan baginda untuk perjuangan dalam Islam, namun walaupun harta
jutawan Makkah ini habis digunakan, ia tetap redha dengan usaha suaminya itu.
Mengapa hanya perkara kecil yang memang pasti dihadapi oleh setiap keluarga,
tidak mampu dihadapi malah dipertikaikan? Mengapa terlalu rapuh institusi
rumahtangga umat Islam ketika ini?.

Jika persoalan atau krisis rumahtangga yang sedikit dan sederhana ini tidak
dapat diselesaikan dengan hati yang terbuka, maka perkara yang sama akan
mudah terjadi dan menimpa anda walaupun setelah mendirikan dan membina
perkahwinan yang baru, kecualilah jika seseorang itu benar-benar bertaubat dari
kesilapan masa silamnya, maka insya Allah, akan diberikan jalan kemudahan
terhadapnya oleh Allah SWT.

Permohonan cerai seorang isteri terhadap suaminya tanpa alasan yang benar
menurut syarak maka ia tergolong dalam kategori isteri yang berdosa dan
bahkan dijelaskan oleh Rasulullah SAW sebagai seorang isteri yang tidak dapat
mencium bau syurga (tidak dapat masuk syurga). Mengenai perkara yang sedang
puan hadapi, fikirkanlah secara matang dan waras, pertimbangkan segala
sesuatu itu menurut ukuran Islam dan jangan menurut perasaan dan hawa nafsu
semata, kerana keputusan yang keliru dilakukan ketika ini akan membinasakan
kita, keluarga kita dan anak kita yang masih kecil, dikemudian hari nanti.
Berdoalah serta lakukanlah solat istikharah agar ketika membuat keputusan
bukan didorong oleh perasaan semata tapi ditentukan oleh Allah SWT. Wallahu
a'lam.

481. Ketiadaan Doktor Wanita


Soalan:
Adalah saya telah membaca mengenai isteri yang diperiksa oleh
Doktorlelaki. Bagaimanapun pertanyaan saya ialah di Pulau Pinang tidak
terdapat doktor perempuan Islam kecuali di bahagian Tanah Besar.
Ketika ini saya sedang mengandung anak yang pertama dan saya telah
bertanya hampir kesemua hospital di Pulau Pinang mengenai doktor
perempuan Islam namun tidak ada. Pencarian ini adalah mengikut
kemampuan saya dari segi kewangan. Namun di hospital kerajaan tidak
terdapat doktor sakit puan perempuan malah bukanIslam pun tidak ada.
Oleh bagaimana keadaannya sedemikian. Sekiranya untukke Tanah Besar
adalah jauh dan memakan masa, tambahan pula masalahpengangkutan?
Jawapan:
Berusahalah seboleh mungkin mencari doktor atau bidan wanita di tempat
puan ketika mengadakan pemeriksaan bulanan. Tidak perlulah mesti mencari
yang pakar dalam bidang sakit puan ketika pemeriksaan tersebut, kerana ketika
pemeriksaan bulanan bukan dalam keadaan darurat. Namun jika mengalami
masalah tertentu yang memerlukan rujukan para pakar sakit puan, maka ketika
itu ada keringanan menurut Islam demi mementingkan keselamatan puan
sendiri. Jika tidak mengalami kesukaran untuk pergi ke Tanah Besar, lakukanlah
bersama-sama suami, kerana pemeriksaan ini hanya dilakukan sebulan atau dua
bulan sekali.
Kita sekadar berikhtiar atau berusaha untuk mencari yang terbaik untuk diri
dan agama kita, namun jika mengalami kesukaran kita serahkan kepada Allah
SWT, maka insya Allah niat baik yang tersimpan dalam hati kita itu akan
mendapat pahala daripada Allah meskipun tidak sempurna pelaksanaannya.
Seandainya niat suci demi menjaga akhlak dan diri itu dapat terlaksana bererti
kita telah menang dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan kemurnian
Islam dalam rumahtangga kita sendiri. Maka besarlah nilai perjuangan dan jihad
puan dalam mencari sesuatu yang bererti dalam Islam, meskipun perkara
tersebut telah dipandang remeh oleh orang-orang Islam yang lain.

Biarlah kita bersusah-payah dalam menegakkan kebenaran, bahkan jika kita


ungkapkan perkara ini kepada sesetengah orang, mereka akan beranggapan kita
kolot, tidak berpendidikan dan sebagainya. Memang tepatlah ungkapan sebuah
hadis yang mengatakan bahawa Islam pertama sekali datang itu dianggap aneh
dan akhirnya ketika dunia hampir kiamat nanti, Islam juga dianggap aneh. Ketika
agama Islam pertama sekali datang, semua orang merasa aneh melihat
kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad, ketika ini pun jika kita
mengatakan perkara yang benar tentang Islam, orang ramai melihat perkara
tersebut menjadi aneh, disebabkan yang ada disekitar kita kebanyakannya
perkara yang bertentangan menurut ajaran Islam.

Berusahalah menurut kemampuan masing-masing dalam menegakkan nilai-


nilai Islam ini, jika saat melahirkan nanti pihak puan tidak menemukan doktor
wanita Islam untuk menyambut kelahiran tersebut, maka perkara ini tergolong
darurat atau kemudahan yang diringankan dalam Islam. Jangan terlalu
memikirkan perkara ini sehingga mengganggu kosentrasi puan yang akan
menjejaskan kedudukan janin dalam kandungan. Berusahalah dan serahkan
kepada Allah, maka insya Allah segalanya akan dimudahkan oleh-Nya nanti.
Pihak kami juga mendoakan agar puan melahirkan anak yang pertama ini dalam
keadaan aman dan selamat serta melahirkan anak yang soleh/solehah yang
diredhai-Nya. Amin.

482. Keinginan Mempelajari Ilmu Agama


Soalan:
Saya telah membeli buku dari pihak terbitan tuan iaitu Amalan ketika
mengandung & Setelah bersalin serta panduan menamakan Bayi. Namun
malangnya dan sedihnya di pihak saya kerana terlalu daif dari segi
ugama, membaca bahasa Al-Quran pun merupakan masalah bagi pihak
saya. Namun saya berharapdapat mempelajari semula tidak lama lagi.
Oleh kerana tidak dapat membaca bahasa Al-Quran, mungkin pihak tuan
dapat mencadangkan saya buku yangmempunyai terjemahan didalam
sebutan bahasa rumi. Oleh kerana itu, sesudah bersembahyang saya
hanya membaca didalam bahasa terjemahan sahaja. Adakah itu diterima
Allah. Saya amat berharap agar anak di dalam kandungan saya ini
menjadi anak yang soleh, taat kepada Allah, ibubapa dan kejayaan dalam
hidup. Insya-Allah saya akan cuba mendekatkan diri dengan Allah sedaya
upaya?

Jawapan:
Di dalam Islam menuntut ilmu dianjurkan kepada setiap individu semenjak
dari buaian hinggalah ke liang lahat, apatah lagi menuntut ilmu-ilmu agama
merupakan kewajipan atau fardhu. Nilai ibadah kita akan menjadi sia-sia jika
tidak disertai dengan ilmu, kerana amalan tanpa ilmu dianggap taklid buta.
Walaupun begitu jika kita sentiasa berusaha dan menanamkan niat untuk
mempelajari ilmu agama ataupun mempelajari membaca Al Quran, maka kita
telah tergolong orang yang menuntut ilmu dan mencari kebenaran. Jika kita
meninggal dunia ketika dalam berusaha mencari ilmu dan kebenaran, maka
kematian kita tergolong mati syahid.

Pelajarilah ilmu membaca Al Quran sebelum terlambat, kerana ilmu inilah yang
akan membela kita di akhirat nanti, ketika tidak ada seorangpun yang sanggup
membantu dan menolong kita. Niat baik puan untuk mempelajari membaca Al
Quran itu merupakan niat yang murni dan suci jika ia tumbuh dari lubuk hati
yang ikhlas. Untuk peringkat awal mungkin puan boleh belajar dengan
menggunakan kaedah "Iqrak" kemudian untuk pemahaman ayat-ayat Quran
bacalah erti ayat-ayat tersebut yang terkandung dalam Al Quran terjemahan.
Semoga cita-cita puan ingin memiliki anak yang soleh yang dapat mendoakan
kedua ibu bapanya terutama setelah meninggal dunia dikabulkan Allah dan
mendapat rahmat-Nya, insya Allah.

483. Perbezaan Syariah Islam dan Undang-undang


Manusia
Soalan:
Apakah perbezaan syariah Islam dengan undang-undang ciptaan
manusia dari aspek:
a) pengajaran dan pendidikan
b) kesesuaian zaman
c) pembalasan
d) keadilan

Jawapan:
Undang-undang syariah adalah undang-undang yang dicipta oleh Allah SWT
untuk kesejahteraan sejagat. Sebab itulah ia bersifat universal. Antara perbezaan
undang-undang syariah dengan undang-undang ciptaan manusia dari segi
pengajaran, undang-undang Allah lebih bersifat mendidik samada kepada individu
itu sendiri atau kepada masyarakat kerana tarbiah merupakan intipati pengajaran
dalam Islam. Ia bukan bertujuan menghukum semata-mata malah lebih
menyedarkan individu kepada kehidupan hakiki.

Dari kesesuaian pula, oleh kerana ia bersifat umum maka ia sesuai untuk
setiap tempat dan masa serta sesuai untuk semua bangsa. Asas undang-undang
ini tidak berubah tetapi perlaksanaannya adalah mengikut kesesuaian setempat
dan mengikut maslahat-maslahat tertentu. Berbanding undang-undang manusia
yang lebih bersifat khusus kepada sesuatu kelompok jadi ia tidak sesuai untuk
semua orang.

Undang-undang syariah terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, hubungan


manusia dengan Tuhannya. Dalam konteks ini pembalasan bukanlah pokok
kepada hukuman kerana sifat Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
namun ia lebih bersifat menyedar dan menimbulkan keinsafan untuk bertaubat.

Kedua, hubungan manusia sesama manusia. Dalam hal ini, undang-undang


syariah menekankan kepada pembalasan yang setimpal dan adil jika jenayah
dilakukan kepada orang lain disamping menimbulkan rasa keinsafan kepada
masyarakat. Dalam surah Al-Baqarah Allah SWT telah berfirman:" Jika kamu
dizalimi (disakiti) hendaklah kamu membalas perbuatan tersebut setimpal
dengannya". Jadi ia amat menitikberatkan tentang keadilan agar tiada seorang
manusiapun merasa dirinya dizalimi.
Untuk makluman, undang-undang syariah amat menekankan kepada
penjagaan kesejahteraan kehidupan dengan menjaga lima maslahat penting
dalam kehidupan setiap individu yang dikenali juga sebagai ( Ad-daruriat al-
khamsah ) iaitu agama, akal, harta, keturunan, dan nyawa. Berbeza dengan
undang-undang manusia yang mementing salah satu aspek darinya dan
melupakan yang lain.

484. Menempuh Dugaan di Negara Asing


Soalan:
Saya menuntut di salah sebuah University di Tokyo,di mana budaya
hidup masyarakat disini agak berbeza. Apa yang menjadi persoalan saya,
apakah persediaan yang harus saya lakukan, sebagai seorang remaja
yang meningkat dewasa untuk menjadi Insan yang dikatakan bertakwa
padaNya di dalam suasana sekeliling yang melalaikan dan kurangnya
sumber-sumber Ilmu agama?

Jawapan:
Sebelum saya menjawab, saya doakan agar saudara sentiasa diberi taufik dan
hidayah oleh Allah SWT dalam setiap suasana dan keadaan. Apabila berada di
negara kafir apa yang diperlukan oleh seorang pemuda ialah kekuatan rohani
untuk menempuh dugaan yang begitu kuat. Apa yang perlu anda lakukan ialah
membentuk kekuatan tersebut dengan mengurangkan aktiviti sosial bersama
rakan-rakan bukan Islam. Sebaliknya perbanyakanlah puasa dan jika boleh
bersembahyang tahajjud. Apa yang dipelajari tentang Islam, walaupun sedikit
hendaklah sentiasa diamalkan kerana sebaik-baik amalan adalah secara
'istiqamah'. Cubalah cari individu-individu lain yang mempunyai roh Islami seperti
saudara dan bentuklah halakah-halakah atau kumpulan usrah dan adakan
perjumpaan mingguan bersama mereka untuk meningkatkan kefahaman kita
tentang Islam dan membentuk kecintaan terhadapnya. Insya-Allah dengan cara
tersebut anda akan diberi taufik dan hidayah oleh Allah SWT untuk terus kekal
dijalanNya. Wallahu'alam.

485. Hakikat Niat Ketika Berwudhuk


Soalan:
Saya ada soalan yang memusykilkan saya, iaitu: bagaimanakah niat dan
cara yang betul untuk mengambil whudhu, saya berasa was-was apabila
seorang kawan mengatakan perkataan "mengambil" dan "mengangkat
itu tidak sesuai digunakan semasa berniat, contoh nya selepas saya
ber'nawaitu (dalam bahasa arab) kemudian saya berniat "Sahaja aku
mengambil/mengangkat hadas kecil, tunai kerana ALLAH taala?
Jawapan:
Niat maksudnya ialah kemahuan yang tertuju terhadap perbuatan demi
mengharap keredhaan Allah dan mematuhi peraturannya. Niat merupakan
perbuatan hati semata yang tidak ada sangkut pautnya dengan lisan dan
mengucapkannya tidak disyariatkan. Niat merupakan perkara yang wajib dalam
setiap melakukan amal ibadah, perkara ini sesuai dengan hadith daripada Umar
ra. sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Semua perbuatan itu
adalah dengan niat dan setiap manusia akan mendapat sekadar apa yang
diniatkannya..." (Riwayat oleh Jamaah)
Jika niat pada asasnya merupakan perbuatan hati, maka tidak perlulah
dipertikaikan tentang lapaz lisan yang setiap umat di dunia ini akan
menggunakan bahasanya masing-masing sebagai pengukuhan terhadap niat
yang tersirat dalam hati. Seandainya perbezaan lapaz lisan antara "mengambil"
dengan "mengangkat" menimbulkan perasaan was-was ketika berwuduk, maka
lebih baik tinggalkan saja lapaz lisan itu dan tumpukan niat yang sesungguhnya
yang tersimpan didalam hati. Sebab niat yang di dalam hati itulah yang dikatakan
fardhu atau wajib dalam berwudhuk, bersolat atau mengerjakan perkara yang
lain. Hindarilah perasaan was-was dalam jiwa kita, kerana was-was itu
merupakan rayuan syaitan yang bertahta dalam hati manusia. Kekhusyukan itu
lebih besar nilainya dibandingkan dengan lapaz niat secara lisan itu, sebab
hakikat niat itu sebenarnya tersimpan dalam hati atau sanubari.

486. Hukum Menerima Wang Judi


Soalan:
Apakah hukum orang menerima pemberian duit dari hasil judi dan
bagaimana jika wang itu digunakan untuk membeli barang seperti
kereta,gitar dll. Apakah setiap kali kita menggunakan barang itu kita
mendapat dosa?
Jawapan:
Judi termasuk ke dalam golongan memakan harta orang lain dengan cara
batil. Judi merupakan cara yang salah atau batil untuk mendapatkan harta.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa bermain judi maka ia
berbuat derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya". (Riwayat Malik)
Berjudi ini juga disebutkan dalam firman Allah sebagai salah satu pebuatan
yang menimbulkan rasa permusuhan, kemarahan dan jauh dari mengingat Allah.
Firman-nya maksudnya: "Sesungguhnya meminum khamar, berjudi berkorban
untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk
perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat
keuntungan". (Al Maidah ayat 90)
Begitu besar kesan judi terhadap seseorang, jadi jika kita telah mengetahui
bahawa wang yang diberikan oleh seseorang itu kepadanya merupakan wang dari
hasil judi, maka menggunakannya tergolong dalam bersyubhat. Walaupun pada
hakikatnya wang itu halal namun menggunakan wang dari hasil judi tetap
berdosa, tidak kiralah untuk apa wang itu digunakan.

487. Tempat Beriktikaf


Soalan:
Apakah benar iktikaf hanya boleh dilakukan di masjid sahaja dan tidak
boleh di surau?

Jawapan:
Iktikaf boleh dikerjakan baik di masjid, di surau atau mushalla, kerana
semuanya merupakan tempat beribadah atau rumah Allah. Fungsi tempat-tempat
ini sama saja iaitu sebagai tempat untuk sujud (masjid) atau sebagai tempat
solat (mushalla) kepada Allah SWT.

Cuma saja di kalangan kita membezakan tempat ini lantaran masjid itu lebih
besar daripada mushalla dan kerana di masjid tempat dilaksanakan solat Jumaat
sedangkan di mushalla atau surau tidak melaksanakan solat Jumaat. Walaupun
begitu pada asasnya kedua-duanya merupakan tempat menyembah Allah dan
tergolong ke dalam rumah Allah yang membolehkan kita beriktikaf di dalamnya,
insya Allah.
488. Rambut Tergolong Aurat
Soalan:
Adakah batal sembahyang saya apabila ada rambut terjulur keluar dari
telekung saya sedangkan rambut tersebut apabila ditarik ia adalah
rambut yang telah gugur?
Jawapan:
Rambut seorang wanita tergolong aurat, itulah sebabnya agama Islam
menganjurkan atau mewajibkannya kepada kaum muslimah untuk menutupnya
ketika mengerjakan solat dan menutupnya kepada yang bukan muhrim. Namun
jika rambut tersebut telah gugur dari kepala seorang wanita, maka ia tidak lagi
tergolong bahagian dari aurat wanita tersebut sehingga tidaklah menyebabkan
membatalkan solat.

489. Rujukan Ayat Tujuh


Soalan:
Saya ada membeli buku keluaran Darul Nu'man yang bertajuk Amalan
Surah-surah Pilihan - Fadhilat dan Khasiatnya. Pada bahagian akhir buku
tersebut terdapat "7 ayat penyelamat daripada berbagai bencana."
Yang menjadi kemusykilan saya, bolehkah pihak Ustaz memberi makna
bagi 7 ayat tersebut atau memberi sumber dari mana ayat tersebut
diambil. Jika daripada Al-Quran, bolehkan pihak Ustaz memberi nama
Surah dan Ayat berapa?

Jawapan:
Ayat tujuh ini diambil dari Al Quranul Karim.

1. Surah At Taubah ayat 51


2. Surah Yunus ayat 107
3. Surah Hud ayat 6
4. Surah Hud ayat 56
5. Surah Al Ankabut ayat 60
6. Surah Al fathir ayat 2
7. Surah Az Zumar ayat 38.

490. Isteri Membuka Aib Keluarga Sendiri


Soalan:
Di sini saya ada persoalan, mengenai abang saya yang telah berkahwin
dan mempunyai anak seorang. Masalahnya ialah mengenai isterinya yang
suka bercerita mengenai rumahtangganya (tentang hutang piutang
kesusahan suaminya sebelum berkahwin dengannya dan sebagainya
kepada orang luar ( jiran ) dan sesiapa yang bercakap dengannya.

Ini saya perhatikan apabila emak ( mak mentua kakak ipar) mengadakan
kenduri sesiapa saja dia akan bercerita mengenai rumahtangganya.
Adakah berdosa perkara itu yang mana ianya boleh mendatangkan malu
pada suaminya ( abang saya ). Adakah ayat-ayat yang boleh abang saya
baca untuk isterinya.
( walaupun telah banyak kali abang dan mak menasihatinya )?
Sue, Mersing
Jawapan:
Isteri yang solehah adalah isteri yang tunduk dan patuh dengan perintah Allah
SWT kemudian melaksanakan segala perintah suami selagi perintah tersebut
tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Seorang isteri yang baik tidak
memburuk-burukkan suaminya hanya dikeranakan keadaan ekonomi suaminya
tidak memenuhi hawa nafsunya. Sebaiknya jika isteri mempunyai kelebihan
dalam hal harta benda hendaklah si isteri membantu beban suaminya, agar Allah
SWT memudahkan kehidupannya di dunia dan di akhirat. Jika isteri membesar-
besarkan hal ehwal keluarganya kepada orang lain, maka isteri telah melakukan
perbuatan dosa terhadap suami dan terhadap perintah Allah SWT.

Keperibadian seorang isteri solehah diantaranya memiliki budi pekerti yang


murni, membina sifat persefahaman, memiliki jiwa pengorbanan, tabah dalam
menghadapi cabaran dan memiliki sifat penuh pengertian. Begitu besar
ketabahan yang ditunjukkan oleh Siti Rahmah isteri Nabi Ayyub as. Walaupun
harus menjaga suami dalam menghadapi penyakit yang paling dahsyatpun Siti
Rahmah tetap tabah dalam menjaga suaminya. Begitu juga betapa besar
pengorbanan Siti Hajar dalam menjaga anaknya di lembah Makkah yang tandus,
demi memenuhi perintah Allah dan suaminya Nabi Ibrahim. Semuanya
merupakan suri teladan yang ditunjukkan kepada umat manusia di zaman
sekarang.

Jika sekadar kesusahan di bidang ekonomi menjadi ukuran kepada isteri untuk
mengungkit-ungkit atau menyebut-nyebutnya kepada orang lain, maka isteri
telah menabur benih fitnah dalam rumahtangganya sendiri. Dalam menghadapi
perkara ini seorang suami hendaklah berusaha menasihatinya dengan cara yang
baik atau hikmah, jika isteri tidak mahu menjalankan nasihat tersebut carilah
pihak ketiga yang boleh memberi nasihat dan merubah hati isteri seperti orang
tua, ulama dan sebagainya. Suami hendaklah membekalkan dirinya dengan ilmu
agama agar segala sesuatu nasihat yang ia ungkapkan memiliki dasar yang
kukuh dan dapat difahami oleh pihak isteri.

Suami berusaha mengajak isteri untuk melaksanakan perintah agama


umpamanya melaksanakan solat berjemaah, mendengar ceramah agama,
membaca buku-buku agama berkaitan dengan tanggungjawab seorang suami
dan isteri. Berdoalah bersama-sama agar segala perangai atau keperibadian yang
buruk terhindar dari diri isteri mahupun suami. Sesetengah buku ada
menjelaskan tentang amalan Asma'ul Husna dengan menyebut nama Allah Al
Wadud (Maha Pencipta) sebanyak seribu kali setiap hari dan niatkanlah agar isteri
tersimpan di sanubarinya rasa kasih dan sayang kepada suaminya.

Perkara yang paling asas adalah ibadah suami setiap hari agar melaksanakan
segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Bermunajatlah
kepada-Nya dan isilah jiwa dengan mengingat Allah secara ikhlas, insya Allah,
rumahtangga akan menjadi aman dan damai.

491. Bernazar Puasa Isnin dan Khamis Hingga Akhir


Hayat
Soalan:
Saya ada satu kemusykilan mengenai agama. Sewaktu saya di tingkatan
5, saya telah bernazar untuk berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis
hingga akhir hayat saya. Namun ada ketikanya saya tidak melakukan
puasa tersebut, kerana hawa nafsu. Saya tahu hukum orang yang tidak
melakukan nazarnya adalah haram. Apa yang patut saya lakukan
sekarang? Bagaimanakah saya harus mengatasi masalah ini ? Bagaimana
caranya untuk saya kuatkan iman saya ini?
Jawapan:
Nazar dapat dikatakan sah jika dimaksudkan untuk bertaqarub kepada Allah
dan wajib dipenuhi. Nazar yang bermaksud maksiat kepada Allah dinyatakan
tidak sah, seperti bernazar dengan kubur, dengan ahli maksiat, bernazar ingin
minum khamar dan lain-lain. Jika seseorang bernazar puasa yang dapat
dibenarkan syariat, tetapi dia tidak mempunyai kemampuan memenuhi nazarnya,
lantaran halangan tertentu yang dapat diterima oleh syarak, dia wajib berbuka
dan membayar kaffarah melanggar sumpah atau memberi makan satu orang
miskin untuk setiap hari.

Dalam hal perkara nazarnya perlulah seseorang itu membayar kaffarah


nazarnya jika ia tidak mampu memenuhinya. Daripada Uqbah bin Amir bahawa
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kaffarah Nazar jika tidak disebutkan
kadarnya menjadi kaffarah sumpah". (Riwayat Ibnu Majah, dan Tarmizi)

Mengenai kaffarah nazar ini sesuai dengan firman Allah surah Al Maidah ayat
89 maksudnya: "....maka kaffarahnya memberi makan sepuluh orang miskin iaitu
dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi
pakaian kepada mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Barangsiapa yang
tidak sanggup melakukan yang demikian itu, maka kaffarahnya puasa selama
tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarah sumpah-sumpahmu (dan kamu
langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu
hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur".

492. Kedudukan Wuduk Terhadap Sepupu


Soalan:
Saya mempunyai seorang adik angkat lelaki yang dibela oleh keluarga
saya sejak kecil lagi. Adik angkat saya ini adalah anak kepada adik bapa
saya sebapa. Saya ingin tahu adakah batal air sembahyang saya apabila
tersentuh dengannya dan apakah aurat saya terhadapnya?

Jawapan:
Dari segi kedudukan sepupu dalam Islam membolehkan keduanya untuk
berkahwin atau bernikah. Jika kedudukannya menghalalkan perkahwinan maka
batal wuduk jika bersentuh.

493. Menghindari Penyakit Lupa


Soalan:
Saya mempunyai masalah terlalu lalai dan sangat pelupa terhadap hal-
hal agama dan juga dunia. Sedangkan usia saya masih muda.
Bagaimanakah kaedah (resepi) bagi mengatasi masalah lalai dan pelupa
ini?

Jawapan:
Umat Islam dituntut untuk melaksanakan segala perintah Allah seperti
mengerjakan solat dengan jiwa dan raga (khusyuk), membayar zakat, puasa
serta perkara-perkara yang fardhu yang lainnya. Jika segala anjuran dan perintah
Allah dijalankan dengan ikhlas, insya Allah sifat pelupa dan was-was ini akan
tersingkir dari diri kita.

Walaupun begitu sesetengah orang alim mengamalkan Asmaul Husna sebagai


ubat untuk penyakit pelupa ini. Dengan membaca "Ya Rahman" (Maha Pemurah)
sebanyak 100 kali setiap kali selesai solat fardhu maka Insya Allah akan hilang
sifat lalai atau lupa. Wallahu A'lam.

494. Memejamkan Mata Ketika Solat


Soalan:
Bolehkah saya memejamkan mata semasa solat untuk mencapai
kekusyukan dan sejauh manakah keberkesanannya?

Jawapan:
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memejamkan mata dalam solat
adalah makruh hukumnya. Tetapi Imam Ibnul Qayyim mengatakan: Pendapat
yang benar ialah, apabila membuka mata itu tidak mengurangi khusyuk maka
itulah yang lebih utama, dan jika ada yang mencederakan khusyuk seperti
terpandang hiasan-hiasan yang membimbangkan nescaya tidaklah dimakruhkan
memejamkan mata bahkan disunatkan. Kita memejamkan mata dalam keadaan
itu lebih dekat kepada dasar-dasar syarak dan maksud-maksudnya.

Tujuan solat pada asasnya melakukan pengabdian sepenuh hati dan penuh
ikhlas kepada Allah. Sekiranya memejamkan mata adalah merupakan jalan atau
cara yang sesuai untuk itu maka lakukanlah, demikian juga sebaliknya.

495. Suami Menyeksa Isteri


Soalan:
Masalah ini merupakan masalah adik saya (wanita). Apakah kedudukan
perkahwinan sebuah keluarga itu jika si Suami sering mengeluarkan
kata-kata yang bermaksud untuk menceraikan isterinya. Pernah si Suami
meminta si Isteri menandatangani surat untuk bercerai (jika si Isteri
menandatangani surat itu seolah-olah si Isteri yang menuntut cerai).

Pernah juga si Suami semasa perbincangan dengan Isterinya


menyarankan supaya mereka berpisah sahaja, tetapi tidak secara terang
melafazkan perkataan cerai. Si Suami tidak mahu melafazkan perkataan
cerai secara terang kerana ia mahu isterinya sendiri yang menuntut
cerai. Si Suami tahu jika si Isteri yang menuntut cerai, si Isteri tidak
mempunyai hak untuk menuntut sebarang tuntutan samada harta atau
pun hak penjagaan anak (lelaki berusia 6 tahun).

Si Suami juga pernah memukul isterinya di kaki dan mengacukan


penumbuk ke muka isterinya. Si Suami juga telah mebuat tuduhan-
tuduhan yang melulu seperti isterinya mempunyai teman lelaki dan
pelacur. Kesemua ini adalah untuk medera mental isterinya dengan
harapan ia menuntut cerai. Apa yang perlu dilakukan oleh si Isteri dalam
keadaan ini?
Jawapan:
Perkahwinan pada asasnya ingin menyatukan dua insan ke dalam satu institusi
rumahtangga agar menjadi harmoni dan diredhai Ilahi. Cita-cita yang murni ini
merupakan impian setiap insan yang ingin membina keluarga bahagia, namun
tidak semua perkahwinan dapat menikmati hakikat kedamaian berkeluarga,
kadangkala suami dan isteri menghadapi berbagai cubaan dan rintangan.
Seandainya menghadapi masalah berusahalah untuk menyelesaikannya dengan
cara berbincang atau bermusyuarat, jika cara ini tidak berhasil gunakan pihak
ketiga yang bertanggungjawab untuk menyatukan keretakan yang timbul, jika
inipun tidak berhasil maka tentukanlah menurut pertimbangan yang dibolehkan
oleh syarak.

Jika seorang suami tidak menjalankan kewajipannya sesuai dengan tuntutan


syarak bahkan menuntut agar isteri menurunkan tanda tangan untuk mengelabui
bahawa perceraian tersebut bukan dari kehendak suami tetapi dengan memaksa
isteri melapazkannya, ini telah membuktikan bahawa suami tersebut bersifat
dayus dan tidak bertanggungjawab. Usaha suami agar isteri meminta cerai ini
menggambarkan sifat suami yang lebih mementingkan harta kebendaan daripada
keharmonian rumahtangga, jika ini benar-benar wujud dalam sesebuah
rumahtangga maka adalah lebih baik isteri meminta cerai.

Menjadi perkara yang sangat aib dan sukar untuk membina rumahtangga yang
harmoni jika suami telah menuduh isterinya membuat curang (pelacur) bahkan di
dalam Islam jika suami tidak dapat membuktikan empat orang saksi adil, maka
suami yang menuduh tadi berhak menerima hukuman (dera 80 kali). Jika
memang benar-benar terjadi penganiayaan seperti yang diungkapkan maka lebih
baik isteri merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab masalah nikah dan
cerai seperti jabatan agama ataupun kadi.

Jelaskan kepada pihak jabatan agama Islam atau kadi akan tindakan suami
yang menginginkan perceraian itu dengan cara memaksa isteri melapaskannya
dengan tujuan ingin mengambil hak penjagaan anak dan harta. Keterangan dan
penjelasan ini tentu akan diambil kira jika pihak isteri terpaksa menuntut
perceraian kerana dipaksa atau dianiaya kelak. Sesungguhnya isteri berhak
meminta cerai bahkan dianggap lebih baik jika suami melakukan kezaliman atau
tidak bertanggungawab menurut syarak.

496. Majlis Tahlil Menghadapi Peperiksaan


Soalan:
Apa pendapat ustaz jika sekolah dan emak bapa sebuk adakan majlis
tahlil dan baca yasin ketika anak akan menghadapi perperiksaan, kalau
anak tak sembayang sikit pun tak risau?

Jawapan:
Berzikir dan berdoa kepada Allah merupakan amalan yang mulia. Begitu juga
membaca ayat-ayat suci Al Quranul Karim jika membacanya dengan betul maka
setiap huruf yang kita baca mendapat pahala daripada Allah SWT. Dalam Islam,
disamping kita disuruh berusaha dengan bersungguh-sungguh, kita juga disuruh
berdoa kepada-Nya. Namun jika hanya ibu bapa yang bersungguh-sungguh
mendoakan anaknya sedangkan pada masa yang sama ibu bapa membiarkan
bahkan tidak merasa risau dengan kecuaian anaknya dalam mengerjakan solat,
maka usaha mereka sia-sia belaka. Apalah ertinya pendidikan akademik jika tidak
disertakan mengamalkan ajaran Islam bagi anak-anak yang telah baligh.
Sesungguhnya keseimbangan dalam menuntut ilmu keduniaan dan akhirat akan
membawa kebahagiaan hidup anak-anak baik di dunia mahupun di akhirat.

Ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang risau tentang kecuaian anak-
anaknya ketika meninggalkan kewajipan agama. Kemudian mereka membimbing
anak-anaknya ke arah keseimbangan menuntut ilmu akademik dan amalan
ajaran Islam. Jika kesedaran ibu bapa telah sampai ke peringkat ini, maka insya
Allah, anak-anak mereka akan memperolehi kecemerlangan.

497. Membaca Takbiratul ihram


Soalan:
Apa pendapat ustaz jika kita masbuk, perlukah kita baca takbiratulihram,
atau terus baca fatihah?

Jawapan:
Takbiraul Ihram itu adalah salah satu rukun daripada rukun-rukun solat.
Adapun lafaz takbiratul Ihram ini hendaklah diucapkan dengan lafaz "Allahu
Akbar", tidak boleh ditukar dengan ucapan lain, walaupun mengandungi maksud
yang sama. Ketentuan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda
yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah maksudnya: "Adalah Nabi SAW apabila
baginda telah berdiri untuk mengerjakan solat maka baginda berdiri dengan lurus
dan mengangkat tangannya, kemudian baginda mengucapkan "Allahu Akbar"
(ucapan takbiratul ihram).

Jika kita masbuk, maka yang paling mustahak kita lakukan sempurnakan
syarat dan rukun solat. Berniatlah dengan penuh khusyuk kemudian berdiri tegak
dengan betul dan barulah mengucapkan takbiratul ihram (Allahu Akbar). Setelah
itu ikutilah imam sesuai dengan posisi ketika kita selesai takbiratul ihram.

498. Sengaja Meninggalkan Doa Qunut


Soalan:
Jika saya sengaja tinggalkan doa Qunut dan buat sujud sahwi, sahkah
sembayang subuh saya?

Jawapan:
Mengenai masalah doa qunut ini ada baiknya kita mendapatkan kepastian
tentang kedudukannya. Para ulama mujtahid berbeza pendapat tentang
kedudukan Qunut ini. Menurut Imam Malik dan para pengikutnya mengatakan
bahawa qunut Subuh itu adalah mustahab yakni sesuatu amalan yang amat
disukai oleh Rasulullah SAW dan dibiasakannya. Bagaimanapun beliau
mengatakan bahawa qunut Subuh itu boleh dibaca pada sebelum atau sesudah
rukuk dan beliau juga tidak menentukan sebarang bacaan atau doa dalam qunut
ini.

Menurut Mazhab Syafei, Qunut Subuh itu adalah suatu amalan yang amat
disukai oleh Rasulullah SAW, tetapi tidak wajib hukumnya. Beliau mengatakan
bahawa qunut itu dibaca selepas rukuk pada rakaat yang kedua. Menurut Imam
Abu Hanifah pula, beliau berkata bahawa qunut pada solat Subuh bukan sunat
hukumnya yang ada menurut beliau adalah pada solat Witir.
Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa qunut itu diamalkan oleh ketua
negara yang berdoa untuk keselamatan bagi pasukan keselamatan negaranya.
Pendapat Imam Malik dan imam Syafei di atas merujuk kepada riwayat Jemaah
ahli hadith dari Anas bin Malik. "Bahawa Rasulullah SAW pernah qunut satu bulan
lamanya, baginda mendoakan mereka (yang membunuh, yakni kabilah Ri'il,
Zakwan dan 'Ushayyak atas perbuatan mereka yang telah membunuh 70 orang
sahabat Nabi yang diutus oleh baginda untuk mengajar mereka tentang agama
Islam) kemudian baginda menghentikannya. Adapun pada solat Subuh sentiasa
baginda lakukan hinggalah baginda wafat. Ikrimah mengatakan bahawa peristiwa
itu adalah merupakan titik awal permulaan qunut.

Dengan berbagai pendapat dan hadith tentang qunut ini, maka ulama
Syafeiyah (mazhab Syafei) menetapkan bahawa qunut Subuh sunat hukumnya,
bahkan ia lebih mendekati kepada wajib iaitu sunat muakkad. Oleh sebab itu
apabila ia tertinggal hendaklah diganti dengan sujud sahwi. Jika kita pengikut
Syafeiyah atau mazhab Syafei maka perlulah melakukan sujud sahwi jika
tertinggal qunut dalam solat Subuh. Namun secara umum dapat dikatakan
bahawa solat tetap sah jika doa qunut ini tertinggal atau sengaja ditinggalkan
sebab qunut bukan termasuk dalam salah satu rukun solat.

499. Memperolehi Satu Rakaat Pada Waktunya


Soalan:
Apakah hukumnya jika saya telah terlewat untuk bersolat, dan setelah
rakaat yang pertama maka azan untuk solat yang berikutnya
kedengaran. Apakah solat saya dikira sah. Dan apakah hukumnya jika
semasa sedang bersolat air mani saya telah keluar semula daripada
kemaluan isteri saya. Untuk pengetahuan tuan kami telah bersama
sebelum kami bersolat.Apakah sah solat isteri saya itu dan apakah perlu
beliau mandi hadas semula?

Jawapan:
Barangsiapa memperolehi satu rakaat sebelum habis waktu bererti ia telah
memperolehi solat keseluruhannya. Daripada abu Hurairah, sesungguhnya
Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya, 'Barangsiapa memperoleh satu
rakaat dari satu solat bererti ia memperoleh keseluruhan solat itu".
(Riwayat Jemaah)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Bila salah seorang diantara kamu


memperoleh satu sujud dari solat Asar sebelum matahari terbenam, hendaklah ia
menyelesaikan solatnya dan jika ia memperoleh satu sujud dari solat Subuh
sebelum matahari terbit, hendaklah ia menyempurnakan pula solatnya". (Riwayat
Bukhari) Kemudian mengenai sisa air mani suami yang terkeluar dari faraj
isteri kerana baru melakukan jimak, jika isteri sudah mengerjakan mandi wajib
dengan sempurna maka hukumnya tidak berdosa dan solat tetap sah, sebab air
mani bukan benda najis.

500. Kesaksian Dalam Penuduhan Zina


Soalan:
Nisbah bilangan saksi di dalam Islam ialah dua perempuan menyamai
seorang lelaki. Manakala bilangan saksi bagi kes zina ialah empat orang.
Saya kurang pasti samada saksi itu merujuk kepada 4 orang lelaki atau
memadai 4 orang perempuan. Satu lagi, dalam kes zina apakah ke-empat
orang saksi perlu melihat sehingga masuknya kemaluan lelaki ke dalam
faraj wanita, baru boleh didakwa penzina tersebut. Maklumlah hal ini
amat sukar untuk dilihat?

Jawapan:
Menuduh berzina merupakan perbuatan yang buruk dan sangat besar
pengaruhnya terhadap kejatuhan martabat seseorang, kehilangan kehormatan
serta keadaan diri, keluarga, keturunan menjadi tercela. Itulah sebabnya Islam
menetapkan syarat-syarat yang ketat untuk menerima atau menolak tuduhan
berzina ini, sehingga sangat sukar untuk melakukannya. Diantara syarat-syarat
kesaksian itu antara lain:

1. Orang-orang yang menyaksikan perbuatan zina itu hendaklah empat


orang

Firman Allah SWT maksudnya: "Dan terhadap para wanita yang mengerjakan
perbuatan keji, datangkanlah empat orang diantara kamu untuk menjadi saksi.
Kemudian apabila mereka telah memberikan kesaksian, maka kurunglah wanita-
wanita itu dalam rumah hingga mereka menemui ajalnya atau hingga Allah
memberikan jalan lain kepadanya". (An Nisa' ayat 15) "Dan orang-orang yang
menuduh wanita-wanita baik-baik berbuat zina dan mereka tidak mendatangkan
empat orang saksi maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali
pukulan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya.
Dan mereka itulah orang-orang yang fasiq".(An Nisa' ayat 4 )

Jika orang-orang yang memberikan kesaksian itu kurang dari empat orang,
maka tuduhan mereka tidak dianggap sah. Bagi penganut mazhab Hanafi, Imam
Malik mujtahid tarjih dari Mazhab syafei dan Imam Ahmad berpendapat bahawa
mereka yang kurang dari empat orang harus dihukum. Dasarnya ialah sesuai
dengan petunjuk yang dilakukan oleh Saidina Umar Ibnul Khattab yang
menghukum Abu Bakrah, Nafi' dan Syibl sewaktu mereka menuduh Mughirah
berzina.

2. Saksi-saksi itu hendaklah sudah baligh

Sesungguhnya kanak-kanak belum layak untuk diberi kekuasaan dalam


memegang harta hartanya, oeh kerana itu ia belum layak memberikan kesaksian
untuk orang lain.

3. Saksi-saksi hendaklah sihat akalnya

Tidak dapat diterima kesaksian orang gila ataupun orang yang kurang sihat
akalnya. Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "tidaklah
dicatat (diambil kesaksiannya) dari tiga orang, pertama orang yang tidur hingga
ia terbangun, kedua, kanak-kanak hingga ia baligh dan ketiga, orang gila hingga
ia waras.

4. Saksi hendaklah Orang yang adil


Firman Allah maksudnya, "Dan persaksikan dengan dua orang saksi yang adil
diantara kamu...."
(Ath Thalaq ayat 2) Firman Allah yang lain maksudnya:
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasiq
membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak
menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya,
yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu". (Al Hujarat ayat 6)
5. Orang Islam

Saksi hendaklah orang Islam, baik kesaksian itu diberikan kepada orang Islam
sendiri mahupun yang bukan Islam. Persyaratan ini merupakan perkara yang
sudah disepakati oleh imam-imam mazhab dalam Islam.

6. Tahu Peristiwa secara Terperinci

Orang-orang yang menyaksikan itu hendaklah tahu peristiwa tersebut secara


terperinci. Bahkan dia melihat dengan jelas adegan jimak tersebut iaitu
masuknya zakar dalam faraj.

Dasar kepada syarat ini sesuai dengan peristiwa Rasulullah SAW


menyelesaikan kes pengakuan berzina yang dilakukan oleh Maiz. Ketika ingin
dijalankan hukuman ke atas Maiz, maka Rasulullah SAW masih bertanya
kepadanya, "Wahai Maiz, barangkali engkau hanya menciumnya, membelainya
atau engkau hanya melihat kemaluannya ?. "Tidak, ya Rasulullah", jawab maiz.
Kemudian Rasulullah SAW kembali bertanya kepadanya dengan kata-kata yang
jelas tanpa kiasan lagi dan meminta agar dia menjawab secara jelas pula. Maiz
menjawab, "Baiklah ya Rasulullah, aku akan mengungkapkannya secara jelas".
Rasulullah pun bertanya, "Begitu pulakah ketika masuknya zakar ke dalam
farajnya ?". Maka Maiz pun menjawab, "Ya".

7. Saksi menggunakan kata-kata yang jelas

Dalam memberikan kesaksian, para saksi hendaklah menggunakan kata-kata


yang jelas dan tidak dengan kata-kata sindiran. Seperti yang dijelaskan pada
hadith di atas tadi.

8. Memberikan Kesaksian dalam satu tempat

Para saksi itu hendaklah memberikan kesaksiannya dalam satu tempat. Jika
mereka memberikan kesaksian secara terpisah, baik dalam erti waktu mahupun
tempat, maka kesaksiannya tidak boleh diterima.

Mengenai perkara ini para pengikut mazhab Imam Syafei, Daud Zahiri dan
Zaid tidak mensyaratkan hal ini. Baik persaksian itu diberikan oleh para saksi
secara serentak dan dalam satu majlis mahupun secara terpisah dalam majlis
yang terpisah-pisah, semuanya dapat diterima. Sebab Allah SWT hanya
menyebutkan kata-kata kesaksian (syahadah) tidak menyebutkan kata-kata
tempat. Lagi pula kesaksian-kesaksian yang diberikan mereka dapat diterima,
jika satu sama lain bersesuaian walaupun tempatnya terpisah.

9. Saksi hendaklah lelaki

Orang-orang yang berperanan sebagai saksi-saksi itu hendaklah laki-laki


semuanya. Menurut Ibnu Hazm kesaksian wanita juga dapat diterima dengan
syarat dua orang wanita disamakan dengan seorang lelaki. Umpamanya saksi-
saksi itu hendaklah terdiri dari tiga orang lelaki dan dua orang wanita atau dua
orang lelaki dan empat orang wanita ataupun seorang lelaki dan enam orang
wanita atau seluruhnya terdiri dari wanita seramai lapan orang.

10. Peristiwa Tersebut Masih baru terjadi


Peristiwa perzinaan yang disaksikan mereka itu hendaklah merupakan
peristiwa yang masih baru (belum berselang lama). Perkara ini didasarkan atas
perkataan Umar Ibnul Khatab, "Siapa sahaja yang bersaksi atas suatu pengadilan
tetapi perkaranya sudah lama, maka kesaksian tersebut hanya merupakan
dendam, dengan demikian kesaksiannya tidak diterima".

501. Menamakan Anak Lelaki Sesuai dengan Doa


Soalan:
Saya ada membeli buku panduan mengandung keluaran Darul Nu'man
dan saya ada terbaca mengenai doa untuk mendapatkan anak lelaki.
Makna doa tersebut ada menyatakan jika ingin mendapat anak lelaki
akan dinamakan dengan nama Muhammad. Seandainya bayi yang akan
lahir lelaki, adakah bayi tersebut mesti dinamakan dengan Muhammad
atau boleh dinamakan dengan nama selain dari Muhammad?
Siti, KL

Jawapan:
Nama Ahmad atau Muhammad menunjukkan kepada jenis lelaki. Sedangkan
makna Muhammad adalah "Insan yang terpuji". Permohonan ini kita sampaikan
menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah agar
dianugerahkan seorang anak yang sesuai dengan hasrat dan keinginan hati.
Meskipun kita ketahui bahawa zuriat itu adalah anugerah daripada Allah yang
wajib disyukuri dengan tidak mempertikaikan apakah lelaki ataupun perempuan
namun kita masih diajar oleh Rasulullah SAW dalam menyelesaikan keinginan
kita.

Alangkah baik jika kita gunakan nama Muhammad (insan terpuji) pada
pangkan nama anak kita yang kebetulan Allah anugerahkan sesuai dengan
kehendak dan doa kita. Sebab nama itu adalah doa, jika kita memberikan nama
yang baik kepada anak bererti kita telah mendoakannya setiap hari sesuai
dengan nama yang kita gunakan tersebut. Tambahlah nama-nama yang lain
setelah sebutan Muhammad agar kita tergolong insan yang bersyukur terhadap
nikmat yang Allah berikan. Tidaklah salah jika kita berhasrat menggunakan nama
lain asalkan nama tersebut mengandungi makna yang baik. Wallahu "alam.

502. Menyeru Kepada Kebaikan


Soalan:
1. Bagaimana cara terbaik untuk menegur keluarga dan ipar saya supaya
melaksanakan solat 5 waktu.
Adakah sudah terlepas tanggungjawab saya sebagai seorang Islam
sekiranya saya telah menegur tetapi tidak di sambut baik oleh mereka?

Mawar, JB
Jawapan:
Menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada membuat mungkar
merupakan kewajipan setiap umat Islam. Begitu juga didalam keluarga jika kita
memiliki ahli keluarga yang masih meninggalkan perintah Allah maka menjadi
tangunggjawab kita untuk membimbing mereka ke arah menjalankan kewajipan
tersebut. Dalam sebuah hadis juga ada disebutkan "sampaikanlah yang hak itu
walaupun pahit".

Terangkanlah kepada ahli keluarga kita bahawa mengerjakan solat merupakan


tanggungjawab fardhu yang mesti dikerjakan. Jika ditinggalkan bererti kita telah
menabur benih nista dan dosa dalam diri sendiri serta seluruh ahli keluarga.
Gunakanlah pendekatan yang bijak dalam mengajak ahli keluarga mengerjakan
solat. Dedahkan kepada mereka bahan bacaan yang berkaitan dengan solat dan
akibat balasan bagi orang yang meninggalkannya. Disamping itu boleh juga
dengan cara mengajak mereka mengerjakan solat berjemaah baik pergi ke
masjid atau di rumah. Jika ipar kita orang yang pandai menjadi imam, cuma ia
tergolong orang yang malas mengerjakan solat, hargailah dirinya dengan cara
menyuruh dia menjadi imam. Dengan demikian dia merasa dihargai dan
dihormati, mungkin juga akan membuka mindanya untuk melaksanakan solat
lima secara lebih baik lagi stelah itu.

Jika kita telah memberitahukan kepada seseorang betapa pentingnya


mengerjakan solat dan betapa besar dosanya jika meninggalkannya, maka secara
zahiriah tugas dakwah kita sudah selesai. Terpulanglah kepada seseorang itu
apakah ia insaf atau sebaliknya. Namun secara batiniah umat Islam masih
disuruh mendoakan kaum muslimin dan muslimat terhindar dari ancaman dan
seksaan Allah. Apatah lagi yang kita doakan supaya mengerjakan solat itu adalah
ahli keluarga kita sendiri, sudah tentu betapa besar nikmat dan nilai dakwah yang
kita lakukan.

Gunakanlah bahasa yang baik dan dengan hikmah dalam mengajak orang
melakukan yang makruf dan mencegah daripada berbuat mungkar, agar mereka
dapat melaksanakan perintah Allah tersebut dengan hati yang terbuka dan
sekaligus tidak membenci diri kita. Insya Allah, akan ada jalan penyelesaian yang
terbaik yang akan Allah berikan kepada kita dan mereka jika kita benar-benar
ikhlas ingin menyeru kepada kebaikan.

503. Bekerja di Kilang Kondom


Soalan:
2. Sahabat ibu saya bekerja di salah sebuah kilang membuat kondom .
Adakah rezeki yang diterimanya itu halal sekiranya dia tidak ada peluang
untuk bekerja ditempat lain memandangkan usianya yang agak lanjut
dan dia terpaksa menyara anak-anaknya yang masih bersekolah?

Jawapan:
Pada asasnya salah satu tujuan kondom dibuat untuk memenuhi
kemaslahatan manusia dalam mengatur hubungan suami isteri. Seperti mengatur
jarak kehamilan atau mencegah kehamilan bagi isteri yang tidak mampu
melakukan tugas untuk hamil kerana kemudharatan terntentu. Jika tujuan ini
tidak diubah, maka pembuatan kondom hukumnya harus atau boleh. Jika
kebetulan kita bekerja di kilang tersebut sedangkan bahan membuat kondom itu
bukan dari sesuatu yang najis maka halal rezeki yang kita perolehi melalui usaha
kita tersebut. Wallahu 'alam.

504. Menuju Taubat yang Sebenar (Taubat Nasuha)


Soalan:
Assalamua'laikum .....saya telah banyak melakukan perkara HARAM dan
MAKSIAT....saya telah cuba bertaubat.tapi tidak dapat melawan godaan
syaitan dan nafsu.Bagaimanakah cara untuk saya bertaubat dan tidak
melakukan dosa itu lagi ?
Insafi , JB
Jawapan:
Makna taubat menurut syariat ertinya meninggalkan seluruh perbuatan dan
dan menyesali semua kemaksiatan yang telah dikerjakannya. Kemudian berusaha
untuk tidak mengulanginya bila dan dimana sahaja, walaupun ia mampu dan ada
kesempatan untuk mengulanginya.

Sesungguhnya hakikat taubat itu tumbuh dan terbit dari perasaan hati kecil
yang merupakan penyesalan atas segala yang terjadi, kemudian mengharapkan
ampunan daripada Allah SWT dengan cara menjauhkan segala perbuatan dosa
yang selama ini kita lakukan. Jika taubat itu hanya dilafazkan dengan kata-kata
namun tidak desertai dengan keikhlasan dan ketulusan hati untuk melakukannya
sesungguhnya hanyalah pembohongan seseorang terhadap dirinya sendiri. Jika
ini yang terjadi pada diri seseorang yang berpura-pura ingin bertaubat, maka
merugilah ia jika ajalnya terlebih dulu datang menjemput daripada taubat yang
sebenarnya.

Allah SWT telah berjanji kepada hambaNya yang ingin bertaubat dan
memohon ampun kepada-Nya nescaya Allah akan mengampuninya walaupun ia
telah banyak berbuat dosa. Dalam hal ini Allah berfirman dalam surah Ali Imran
136 maksudnya: "Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji
atau menyesatkan dirinya sendiri, kemudian ingat akan Allah dan memohon
ampun atas dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa
selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu
sedang mereka mengetahui".

Jadi jika anda benar-benar ikhlas ingin bertaubat fahamilah makna taubat itu
sendiri serta ketahuilah syarat taubat itu adalah pertama, ikhlas ingin bertaubat,
kedua, meninggalkan segala dosa, ketiga, menyesali atas dosa yang dilakukan,
keempat, tidak mengulangi lagi perbuatan maksiat dan kelima, dikerjakan
sebelum ajal tiba. Banyakkan beristighfar serta banyak mengingat kematian agar
diri kita tidak mudah terpengaruh dengan kenikmatan maksiat dan dosa yang
hanya bersifat sementara ini.
Jika ajal telah tiba, maka akan musnahlah keinginan dan hasrat taubat kita
tersebut, maka kita akan tergolong insan yang paling rugi di akhirat nanti.

Lawanlah keinginan hawa nafsu yang buruk itu dengan melakukan perbuatan-
perbuatan yang mulia dan biasakan melakukan pekerjaan yang baik agar ia dapat
menutupi kebiasaan yang buruk sekaligus menjadi tabiat dan keperibadian kita
untuk masa akan datang. Sekali lagi perlu diingat, ikhlaskan dalam hati bahawa
kita benar-benar ingin bertaubat, bukan sekadar bersenda gurau dengan diri
sendiri, kerana sifat ini sangat tercela dan menjerumuskan kita ke dalam api
neraka.

505. Lafaz Niat yang Betul


Soalan:
Antara lafaz niat berikut:

 1. Sahaja aku puasa esok hari dalam bulan ramadhan fardhu ke atas
ku kerana Allah Taala.
 2. Sahaja aku puasa fardhu ramadhan esok hari kerana Allah Taala.
Yang manakah yang betul?
Junior, BP
Jawapan:
Kedua-dua lafaz itu betul kerana mengandunig pengertian yang sama cuma
redaksi bahasanya yang berbeza.

506. Membelanjakan Wang Ekor


Soalan:
Salahkah saya memakai pakaian yang dibeli dari hasil duit ekor,
sehingga saya mengetahui akan hal itu?

Jawapan:
Wang yang diperolehi hasil dari pekerjaan menikam ekor haram digunakan
oleh seseorang kerana ia diperolehi dari hasil berjudi. Meskipun pakaian yang
dibeli itu jenis pakaian yang tidak terlarang namun cara memperolehi wang
tersebut tetap salah. Jika kita tidak mengetahui bahawa wang tersebut diperolehi
dari hasil judi sedangkan orang yang menghadiahkan wang tersebut tidak
menjelaskan kepada kita, maka tidaklah berdosa kita memakainya, kecuali
setelah kita mengetahuinya hendaklah menghindarinya agar tidak tergolong
syubhah dalam perkara maksiat. Wallahu 'alam.

507. Mengaminkan Bacaan Fatihah


Soalan:
Assalamulaikum wrt;
Jelaskan cara meng 'amin' kan bacaan fatihah di dalam sembahyang
berjemaah mengikut sunnah?

Jawapan:
Selepas membaca Al Fatihah, kita disunatkan membaca "Amin yang bermakna
"Perkenankanlah ya Allah...". Apabila kita solat berjemaah, maka makmum tidak
boleh mendahului bacaan "amin" imam. Dalam hal ini Abu Hurairah
meriwayatkan sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Dawud dan Daruquthni
dengan sanad yang shahih sebagai berikut: "Adalah Rasulullah SAW apabila telah
selesai membaca Ummul Quran (Al fatihah) ditinggikan suaranya, lalu baginda
membaca amin".

Adapun berkenaan dengan ucapan "amin" makmum dalam solat berjemaah, abu
Hurairah meriwayatkan sebagai berikut: "Bersabda Nabi SAW: "Apabila imam
membaca "amin" hendaklah engkau membaca "amin", kerana sesungguhnya
para malaikat membaca amin bersama dengan bacaan imam. Sesiapa yang
bersamaan bacaan "amin"nya dengan ucapan amin para malaikat, sesungguhnya
akan diampunkan (Allah) dosa-dosanya yang terdahulu". (Riwayat Bukhari dan
Muslim)

508. Cara Melaksanakan Sujud Syukur


Soalan:
Bagaimanakah caranya mengerjakan sujud syukur dan doa-doa yang
patut dibaca?
Jawapan:
Maksud sujud syukur iaitu sujud yang dilakukan kerana mensyukuri nikmat
Allah. Sujud ini disunatkan kepada seseorang yang terlepas dari bahaya atau
orang yang mendapat nikmat dari Allah SWT. Abi Bakrah meriwayatkan "bahawa
Nabi SAW apabila datang kepadanya sesuatu yang mengembirakan atau khabar
suka, baginda terus sujud berterima kasih kepada Allah". (Riwayat Abu Dawud
dan Tarmizi)

Imam Syafie menyukai setiap orang yang memperolehi nikmat atau terhindar
daripada bala melakukan sujud syukur kepada Allah SWT sebagai tanda terima
kasih hamba kepada-Nya. Namun Imam Abu Hanifah tidak mengatakan bahawa
sujud syukur ini sunat. Sedangkan Imam Malik pula tidak menyukai sujud syukur
ini dilakukan dalam solat.

Keterangan para ahli diatas tidak dinyatakan kepada kita bahawa Rasulullah
SAW mendahului sujud syukur itu dengan takbir dan tidak pula dikatakan bahawa
Rasulullah SAW mengucapkan salam selepas itu. Dalam keterangan lain
dinyatakan juga "Dari Bara bin Azib, bahawasanya Nabi SAW mengutus Ali ke
negeri Yaman. Lalu Bara menyebut hadis ini, berkata Bara: "Lalu Ali menulis
surat tentang keislaman mereka (orang-orang Yaman). Tatkala Rasulullah
membaca surat itu baginda tunduk sujud kerana berterima kasih kepada Allah".
(Riwayat Baihaqi)

Jadi dari keterangan riwayat diatas membuktikan bahawa sujud syukur itu
dilakukan ketika seseorang mendapat berita menggembirakan atau nikmat.
Rasulullah SAW melakukannya ketika di luar sembahyang dan sujud seketika
mendengar berita yang menggembirakan itu. Menurut Syaukani, dalam sujud
syukur tidak terdapat sebuah hadispun yang menjelaskan bahawa untuk
melakukannya itu disyaratkan berwuduk, suci pakaian atau tempat". Selain itu
juga tidak terdapat keterangan dari Nabi yang menjelaskan bahawa dalam sujud
syukur itu diharuskan bertakbir. Hanya saja disebutkan dalam kitab Bahr bahawa
takbir untuk sujud syukur itu diperlukan. Imam Yahya berkata, bahawa sujud
syukur dalam solat tidak dibolehkan dan memang tidak seorang ulamapun yang
memperkenankannya.

Dalam Fiqh Islam karangan H. Sulaiman Rasyid menyebutkan bahawa rukun


sujud syukur ialah niat, takbiratul ihram, sujud dan memberi salam sesudah
duduk. Sedangkan syaratnya sama dengan syarat sembahyang seperti suci dari
hadas dan najis, menghadap kiblat dan menutup aurat. Sujud syukur ini hanya
satu kali saja dan disunatkan diluar sembahyang serta tidak boleh dilakukan
didalam sembahyang.

Mengenai bacaan dalam sujud ini tidak ada sumber khusus yang
menjelaskannya kerana sujud syukur ini merupakan luahan rasa kesyukuran dari
hati seorang hamba atas nikmat yang diberikan. Wallahu 'alam.

509. Solat Sunat Hajat, Tahajjud dan Taubat


Soalan:
Assalamua'alaikum,
Saya hamba allah, ingin bertanya bagaimanakah cara mengerjakan solat
hajat, solat tahajjud dan solat taubat?
Jawapan:
Kaedah mengerjakan solat sunat hajat, tahajjud dan taubat sama dengan
mengerjakan solat-solat sunat yang lain cuma dalam mengerjakan solat tahajjud
hendaklah dikerjakan pada waktu malam dan setelah kita tertidur walaupun
sekejap. Begitu juga bacaaannya sama dengan bacaan-bacaan solat sunat yang
lain. Walaupun begitu para ulama memberikan petunjuk-petunjuk tertentu
tentang doa-doa dan surah-surah yang perlu dibaca. Untuk lebih mudah anda
dianjurkan merujuk buku berkaitan dengan solat-solat sunat.

510. Melangkah Gambar Ka'bah dan Masjid


Soalan:
Kebanyakan sejadah yang terdapat mempunyai gambar Ka'abah, Masjid
dan lain-lain gambar yang melambangkan kesucian Islam dan Allah.
Apakah hukumnya sekiranya kita melangkah atau memijak gambar-
gambar tersebut?

Jawapan:
Tidak berdosa hukumnya jika kita melangkah gambar Ka'bah atau Masjid yang
ada pada sajadah. Bahkan kita sendiri ketika solat berdiri di atas atau didalam
masjid.

511. Hukum Berzina Dengan Calon Isteri


Soalan:
Assalamualaikum......ustaz.
1. Apa hukumnya saya telah melakukan zina dengan isteri saya sebelum
saya menikahinya? Apa pandangan Islam terhadapnya dan hukum-
hukumnya disisi Allah?

Jawapan:
Berzina dengan tunang atau calon isteri hukumnya berdosa besar, sebab
status tunang bukanlah menghalalkan hubungan kelamin antara seorang lelaki
dan wanita. Namun begitu jika telah terlanjur melakukannya ketika masa silam
bertaubatlah dengan banyak-banyak memohon ampun kepada Allah. Insya Allah
taubat tersebut akan diterima Allah asalkan dengan hati yang ikhlas dan tidak
mengulangi lagi perbuatan tersebut dengan orang lain.

512. Tidak Mengerjakan Solat


Soalan:
2. Sekiranya seseorang bersumpah dengan nama allah yang dia akan
solat namun dia tak laksana sumpahnya atau tak mengerjakannya.?
3. Seseorang itu dari kecil hingga dia berkahwin tak pernah mengerjakan
solat. Adakah dia patut mengqada' solatnya atau sebaliknya...... ?
Jawapan:
Sungguh besar dosa bagi orang yang meninggalkan solat, kerana solat
merupakan tiang agama. Betapapun banyak perbuatan baik yang lain kita
kerjakan namun tidak melaksanakan solat maka sia-sialah amalan baik tersebut.
Bersumpah atau berjanji untuk mengerjakan solat kemudian memungkiri janjinya
kepada Allah disamping ia memikul dosa meninggalkan solat ia juga memikul
dosa permainan janji-janjinya itu. Oleh sebab itu hanya dengan bertaubat kepada
Allah serta memulai hidup baru dengan sentiasa mengerjakan solat dan jangan
meninggalkannya walau dalam keadaan bagaiamana sekalipun. Qada lah solat-
solat yang sengaja telah ditinggalkan semampu kita agar kita tergolong insan
yang bersyukur dan diselamatkan Allah di kemudian hari. Insya Allah.

513. Adab Bacaan Makmum


Soalan:
Apakah hukumnya seseorang makmum membaca dengan suara kuat
hingga mengganggu kekhusyukan jemaah lain di sekitarnya? Misalnya
dia membaca Fatihah dan surah dengan bersuara yang jelas, bukan
sahaja dia sendiri dapat mendengar bahkan orang lain juga mendengar.

sssssssssssss Makmum yang baik hendaklah mengikuti adab dan kaedah yang
telah ditentukan. Dalam hal bacaan dianjurkan makmum tidak mengganggu
bacaan imam ataupun jemaah yang lain dengan cara melatangkan suara dan
sebagainya. Makmum hendaklah mendengar bacaan imam yang dijaharkan (solat
bacaan kuat seperti Maghrib dan Isyak) dan hendaklah para makmum membaca
al Fatihah di dalam hatinya mengiringi Fatihah imam. Ini didasarkan kepada
sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oelh Muslim dari Abu Hurairah yang
bermaksud: "Apabila bertakbir, maka bertakbirlah kamu apabila imam membaca,
maka diamlah kamu".

Diam yang dikehendaki dalam sabda Rasulullah SAW ini ialah diam dalam
keadaan semua perhatian, ingatan dan pendengaran dituju kepada bacaan imam
itu. Samada yang dibaca imam itu al fatihah mahupun surah-surah al Quran yang
lain.

514. Menasihati Mengenai Hal ehwal Solat Sahabat


Soalan:
2. Apakah hukumnya teguran sahabat mengenai kesilapan atau
kecacatan dalam solatnya tidak mahu diterima dan kadangkala kembali
memarahi orang yang menegurnya. Apa yang patut kita lakukan kepada
orang begini?

Jawapan:
Jika kita mengetahui bahawa sahabat kita sering melakukan kesilapan dalam
mengerjakan solat, seperti dengan sengaja meninggalkan rukun solat, membuat
sesuatu yang membatalkan solat atau perkara yang wajib lainnya, maka wajib
bagi kita memberitahukan perkara yang sebenar kepada mereka. Disamping itu
beritahulah kepada mereka dengan hikmah dan tidak menyinggung perasaannya,
mungkin saja dari kacamata kita cara solatnya tidak memenuhi hasrat dan
keinginan kita, tapi sebenarnya dia tergolong orang yang khusyuk dalam
solatnya. Namun jika perakara-perkara yang rukun telah ditinggalkan maka
nasihatlah dengan baik atau berikan rujukan buku mengenai solat kepadanya
agar dia dapat memperbaiki ibadahnya untuk masa akan datang. Wallhu 'alam.

515. Ayat Al Quran Sebagai Pendinding


Soalan:
Apakah hukumnya mengunakan tangkal yang mengandungi ayat-ayat al-
Quran sebagai pendinding?

Jawapan:
Al Quran merupakan petunjuk bagi umat manusia, di dalamnya tersimpan
berjuta nikmat bahkan tidak dapat dihitung oleh manusia. Disamping itu al Quran
juga sebagai ubat bagi jasmani dan rohani bagi insan yang mengerti dan mahu
mengamalkannya menurut ketentuan sunnah. Orang-orang yang beriman,
mereka yakin bahawa yang menyembuhkan segala penyakit hati dan fizikal itu
hanya Allah. Jadi ayat yang digunakan untuk penyembuhan penyakit atau
sebagai pendinding dalam istilah masyarakat melayu hanya merupakan ikhtiar
untuk penyembuhan itu, sedangkan yang menyembuhkannya hanya hak Allah
semata.

Bagi orang yang beriman dan yakin dengan Allah, maka bagi mereka
dibolehkan untuk menggunakan ayat-ayat al Quran sebagai pendinding dan
sebagainya demi untuk kebaikan. Namun bagi mereka yang fasiq dan ingkar
tidak dibolehkan kerana akan menimbulkan fitnah, sebab mereka tidak
menyandarkan sesuautu itu kepada Allah SWT. Wallahu 'alam.

516. Mengganti Puasa Yang Tertinggal Lama


Soalan:
Bolehkah seorang yang meninggalkan puasa bulan Ramadhan tahun
1990 menggantikannya pada tahun ini dan dia membayar fidiyah pada
tahun-tahun yang lain?

Jawapan:
Menurut ketentuan syarak jika kita tertinggal puasa pada bulan Ramadhan
pada tahun itu hendaklah kita mengqada atau menggantinya puasa yang
tertinggal itu sebelum masuk bulan Ramadhan yang berikutnya. Namun jika telah
terlanjur tertinggal sampai beberapa tahun kerana lalai atau tidak tahu kaedah
yang sebenarnya maka segeralah bertaubat dan gantilah sebanyak puasa yang
tertinggal itu dengan seberapa yang segera.

517. Waktu Membayar Fidyah Puasa


Soalan:
2. Bilakah masa yang sepatutnya kita membayar fidiyah? Adakah kita
terpaksa menunggu sehingga bulan Ramadhan sebelum membayarnya?
Jawapan:
Diberikan keringan tidak berpuasa orang yang telah tua bangka baik lelaki
mahupun wanita, orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh dan orang-
orang yang mempunyai halangan lain yang diizinkan syarak untuk tidak
berpuasa. Sebagai tebusannya mereka diwajibkan memberi makan seorang
miskin untuk setiap hari dengan segera dan tidak menunggu sehingga bulan
Ramadhan berikutnya.

518. Akidah Dalam Kehidupan Insan


Soalan:
Boleh tak saya tahu kepentingan akidah di dalam kehidupan dan kesan
syahadah kepadan umat muslim?
Diharap tuan dapat memberikan saya senarai terperinci mengenai hal
yang tersebut diatas ataupun berikan senarai buku yang membolehkan
saya untuk mendapatkannya berserta harga buku tersebut.

Jawapan:
Akidah atau keyakinan atau iman kepada Allah merupakan asas dalam
kehidupan insan. Jika keimanan ini tidak wujud dalam diri seseorang maka tidak
ada nilai seseorang itu hidup di dalam dunia ini. Kerana pembahasan iman dan
syahadah ini terlalu luas maka kami anjurkan kepada anda untuk membaca buku
berkaitan tentang akidah atau keimanan ini.

519. Mengelak Kehamilan Setelah Berjimak


Soalan:
Saya telah ditanyai dengan persoalan apakah hukumnya seorang wanita
yang meminum minuman bergas yang dicampur dengan penadol untuk
mengelakkan kehamilan setelah melakukan perhubungan dengan
suaminya?
Jawapan:
Berbagai kaedah telah ditemui oleh para ahli tentang cara menjarak
kehamilan, atau mengatur kehamilan. Bahkan para ulama juga telah menyetujui
diantara kaedah-kaedah dan penemuan moden tentang pengaturan jarak
kehamilan tersebut. Jika usaha menghindarkan kehamilan yang puan lakukan
kerana demi menjaga kemaslahatan kesihatan anda ataupun untuk menjaga
kesihatan bayi yang masih kecil, maka usaha tersebut tidaklah berdosa. Tapi jika
menghindarkan kehamilan lantaran takut miskin dan ingin sentiasa nampak
cantik dan ramping maka pekerjaan ini tidak termasuk sunnah Rasulullah SAW.

Setelah melakukan jimak kedudukan sperma dalam rahim belum berbentuk


apa-apa, ertinya bulum terjadi pembentukan organ janin, jadi jika kita meminum
ramuan tersebut menyebabkan sperma itu tidak berfungsi tidaklah bererti kita
telah membunuh janin, kerana ketika itu ia belum terbentuk kehidupan.

520. Lelaki Memakai Emas Putih/Platinum


Soalan:
Bolehkah orang lelaki memakai emas putih atau nama sainsnya platinum.
Sedangkan mengikut sains ia bukanlah emas yang sebenarnya?
Jawapan:
Emas dan sutera ialah dua jenis perhiasan yang haram dipakai oleh orang
lelaki tetapi halal bagi perempuan. Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib ra.
katanya, Rasulullah SAW mengambil sutera diletakkan disebelah kanannya dan
mengambil emas diletakkan disebelah kirinya kemudian baginda bersabda:
"Kedua-dua perhiasan ini haram bagi umatku yang lelaki". (Riwayat Abu dawud,
nasai', Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Nabi SAW pernah melihat seorang lelaki memakai cincin emas di tangannya,
lalu cincin itu ditanggalkan oleh Nabi dan dicampakkannya ke tanah, kemudian
baginda bersabda: "Seseorang kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian
dia letakkan di tangannya. Lalu ada orang lain berkata kepada lelaki tersebut;
"Setelah Rasulullah pergi ambillah cincinmu itu dan pakailah". Maka jawab lelaki
itu: "Tidak, demi Allah aku tidak akan mengambil cincin yang telah dibuang oleh
Rasulullah SAW". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Adapun orang lelaki memakai cincin perak, Rasulullah SAW tidak melarangnya
asalkan tidak berlebihan. Sebagaimana disebutkan dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhri bahawa Rasulullah SAW sendiri memakai cincin
perak yang kemudian cincin itu pindah ke tangan Abu Bakar, kemudian pindah ke
tangan Umar dan terakhir sekali pindah ke tangan Usman sehingga akhirnya
jatuh ke dalam perigi Aris di Quba.

Tentang logam-logam lain seperti besi, tembaga, platinum dan sebagainya


tidak ada satu pun nas yang mengharamkannya.

521. Iman dan Takwa Benteng Ketahanan Ummah


Soalan:
Mengapakah dikatakan iman & takwa benteng ketahanan umat sejagat?

Jawapan:
Iman dan takwa merupakan kekuatan asas yang mesti dimiliki oleh setiap
umat Islam. Jika iman dan takwa telah tumbuh dalam diri kita, maka seseorang
itu telah mengetahui akan hakikat dan tujuan hidupnya.

522. Pemimpin Bertakwa Umat Sejahtera


Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan 'pemimpin bertakwa umat sejahtera'?

Jawapan:
Pemimpin yang bertakwa adalah pemimpin yang menjalankan tugas
kepimpinannya sesuai dengan ketentuan Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan
menjalankan amanah kepimpinan itu sebagai suatu tanggungjawab bukan
sebagai suatu peluang untuk melakukan sesuatu sesuai dengan kehendak hati
dan nafsu. Mereka menegakkan amar makruf dan mencegah kemungkaran,
menyerahkan hak orang dipimpinnya sesuai dengan ketentuan syarak, tidak
berbuat zalim, serta memperhatikan kebajikan masyarakt atau rakyat jelata.

Pemimpin yang bertakwa juga menjalankan dan menegakkan hukum-hukum


Allah di muka bumi ini serta tidak mempermaikan dan mempersenda hukum
tersebut dengan jalan merubah suai dengan kehendak hawa nafsu. Jika segala
kebaikan telah diterapkan dalam kepimpinannya, maka secara otomatik umat
akan sejahtera dibawah panji ulil amri yang beriman.

523. Pengurusan Berkualiti Dalam Islam


Soalan:
Bagaimanakan pengurusan berkualiti menurut Islam?

Jawapan:
Islam memakai konsep sederhana dalam kehidupan. Sederhana dalam Islam
bukanlah bererti membuang kewajipan dan menggantikannya dengan sesuatu
yang menghancurkan kewajipan tersebut. Sederhana dalam Islam ertinya
meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Sederhana dalam Islam bukanlah
bererti menurunkan status wajib kepada sunat atau memudahkan sesuatu yang
telah ditetapkan oleh syarak tetapi sederhana dalam Islam adalah melaksanakan
tanggungjwab sesuai dengan ketentuan yang telah digariskan.

524. Harapan Memperolehi Zuriat


Soalan:
Usia perkahwinan kami hampir 2 tahun. Masalahnya hingga kini kami
masih belum dikurniakan zuriat. Pertanyaan saya adakah mungkin
kerana dosa yang tidak diampunkan oleh-Nya maka doa saya untuk
memiliki cahaya mata ditolak?

Jawapan:
Setiap manusia tidak luput dari silap dan salah bahkan ramai orang yang telah
terlanjur melakukan dosa dan maksiat. Namun sebagai seorang hamba, kita
hendaklah menyedari hakikat kehambaan kita dengan cara segera bertaubat
kepada Allah dan banyak beristighar kepadaNya. Sesungguhnya Allah SWT
sangat luas kemaafanNya serta sangat penerima taubat, maka jika hambaNya
memohon ampun dengan ikhlas, insya Allah segala dosa yang pernah
dilakukannya akan diampunkan oleh Allah.

Hendaklah berbaik sangka dengan Allah dan penuh harap akan rahmatNya
agar jiwa kita menjadi aman dan tenang. Allah berfirman dalam surah Az Zumar
ayat 53 maksudnya: "Katakanlah: "Hai hamba-hamba Ku, yang melampaui batas
terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya dan sesungguhnya Dia
lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Jadi jika kita telah bertaubat dengan ikhlas dan tidak melakukan dosa-dosa
masa lalu, maka insya Allah, Allah akan menerima taubat kita itu. Mengenai
keadaan anda yang belum dikurniakan zuriat, ada baiknya anda lakukan
pemeriksaan terlebih dahulu, kemungkinan pasangan anda atau anda sendiri
mengalami masalah tertentu. Namun begitu teruskan berdoa setelah selesai
mengerjakan solat lima waktu agar anda dikurniakan cahaya mata. Jika kita
yakin akan kebesaran Allah dan keluasan rahmatNya, maka Insya Allah sesuatu
yang dihajatkan akan dikabulkanNya. Bayangkan saja Nabi Ibrahim hampir
menjangkau umur 150 tahun baru memperolehi anak, begitu juga dengan Nabi
Zakaria mencapai umur 100 tahun baru dikurniakan Allah seorang anak. Namun
mereka tetap berdoa kepada Allah dengan penuh harap dan kesabaran agar
dikurniakan anak.

Bersabarlah dan berdoalah disamping berikhtiar dengan cara melakukan


pemeriksaan doktor ataupun berubat cara kampung dan sebagainya, agar
harapan dan cita-cita anda dikabulkan Allah. Jangan fikirkan dosa masa lalu,
kerana jika seseorang itu telah bertaubat dengan taubat yang sebenarnya, maka
Allah telah bersihkan diri seseorang itu sebagaimana anak yang baru lahir. Insya
Allah.

525. Kaum Wanita Solat Berjemaah Di Surau Pejabat


Soalan:
Di pejabat saya kedudukan mussolla lelaki dan perempuan adalah
bersebelahan dan dipisahkan oleh satu dinding dan dinding ini tidak
sampai ke syiling(ada lubang di atas), suara lelaki kedengaran bila
mereka solat tetapi pergerakan solat mereka memang tidak diketahui.
Adakah boleh kami berjamaah dengan mereka atau tidak kerana setahu
saya sekiranya kita hendak berjamaah, kita mesti tahu perbuatan imam
dan bolehkah kami berjemaah sesama perempuan (imam perempuan),
dalam waktu yang sama dengan jamaah lelaki?

Jawapan:
Solat Jemaah seperti halnya solat Jumaat tidak diwajibkan kepada kaum
wanita. Bagi perempuan solat dirumahnya lebih utama solat berjemaah di masjid,
sebagaimana sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Solat seorang perempuan di
rumahnya lebih utama daripada ia solat di masjid". Tetapi jika ingin
menghadirkan diri di masjid boleh saja, asalkan tidak menimbulkan kesukaran
seperti berjumpa dengan kaum lelaki yang mengganggu ketika dalam perjalanan
dan sebagainya. Cukuplah seorang wanita itu solat di rumahnya bersama dengan
wanita-wanita lain ataupun anak-anaknya.

Jadi jika surau di pejabat saudari antara tempat lelaki dan wanita dipisahkan
dengan dinding, ini merupakan suatu isyarat bahawa kaum wanita harus solat
sendirian atau berjemaah sesama kaum wanita tanpa mengikuti solat berjemaah
kaum lelaki. Jika anda ingin mengerjakan solat berjemaah sesama wanita, yang
bertindak sebagai imam hendaklah berdiri di tengah-tengah saf dan jangan
membaca atau bertakbir dengan suara yang lantang, cukup perlahan dan
seperlunya saja.

526. Bersedekah Kepada Ahli Keluarga


Soalan:
Assalamualaikum.
Saya merupakan anak sulung dalam keluarga 3 adik beradik, kesemua
adik-beradik saya telah perkahwin. Saya masih mempunyai ibu dan ibu
saya tidak bekerja serta dan tidak ada sebarang harta/wang
peninggalan arwah bapa saya. Dalam keluarga, saya adalah antara anak
yang paling berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan, jadi saya menyara
ibu saya dengan memberi ibu saya sebanyak RM300 sebulan. mengikut
ibu saya wang sebanyak itu cukup untuk dirinya seorang.
Walaubagaimanapun Ibu saya tinggal dengan adik lelaki bongsu yang
telah berumah tangga dan mempunyai seorang anak di rumah
peninggalan arwah bapa saya. Agak malang keluarga kami kerana adik
bongsu saya ini tidak mahu berkerja atau kata lain malas bekerja jadi dia
dan anak isterinya menumpang makan/minum dengan mak saya maka
wang pemberian saya sudah pastilah tidak mencukupi. Untuk
pengetahuan tuan saya selalu mengajak ibu saya
tinggal bersama saya di KL, tetapi dia tidak setuju kerana dia selesa
tinggal dirumahnya (peninggalan arwah bapa) kerana lebih selesa dan
mudah untuk berulang alik kemasjid berdekatan untuk berjemaah serta
belajar agama.

Soalan saya adakah afdal sekiranya saya bersedekah misalnya kepada


orang miskin atau rumah anak yatim sedangkan keluarga saya
hiduptidak begitu senang atau pun saya lebih patut menambah elaun
kepada emak saya daripada saya bersedekah?
Rohijea, KL
Jawapan:
Ibu merupakan ahli keluarga kita dan merupakan insan yang termasuk dalam
tanggungan kita. Jadi segala keperluan dan kebajikannya merupakan
tanggungjawab anak untuk memenuhinya, apatah lagi jika ibu tersebut tidak
memiliki harta sendiri untuk menyara kehidupannya. Jadi jika ibu dan ahli
keluarga dalam keadaan kekurangan, maka kita hendaklah memenuhi keperluan
mereka sesuai dengan kemampuan kita. Setelah itu barulah kita penuhi
keperluan insan lain seperti fakir miskin dan sebagainya. Memberi nafkah kepada
ahli keluarga termasuk juga dalam pahala sedekah dan mendapat ganjaran yang
besar daripada Allah SWT.

527. Kesan Setelah Solat Istikharah


Soalan:
Kita disunatkan supaya mengerjakan solat istikharah untuk membuat
sesuatu keputusan atau pilihan. Soalannya apakah tanda-tanda yang
boleh dijadikan panduan untuk kita membuat keputusan selepas solat
hajat?

Jawapan:
Solat sunat Istikharah adalah solat sunat memohon petunjuk tentang perkara
yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penentuan atau pilihan.
Menurut Imam An Nawawi, sesudah Istikharah seharusnya seseorang itu
mengerjakan apa yang dirasakan baik untuk dirinya. Maka seharusnya ia tidaklah
berpegang kepada ketenangan hatinya yang terbit dari kehendak hawa nafsunya
sebelum Istikharah. Bahkan seharusnya bagi orang yang melakukan Istikharah
supaya meninggalkan pilihannya sendiri, sebab kalau ia mengikuti kehendak hati
sepertimana sebelum istikharah dengan demikian bukanlah ia beristikharah
kepada Allah malahan ia beristikharah dengan nafsunya sendiri. Mungkin juga ia
tidak sungguh-sungguh dalam berisitikharah. Jika ia benar-beanr berisitikharah
tentulah ia menyerahkan kekuatan kepada Allah dan melepaskan pilihan dirinya
sendiri".

Dengan demikian jika kita telah mengerjakan Istikharah kita serahkan kepada
Allah tentang sesuatu yang akan ditakdirkan kepada kita. Jika Allah gerakkan diri
kita untuk melakukan salah satu pilihan, maka sesungguhnya Allah telah
menentukan yang terbaik untuk kita.

528. Menikah Mendahului Saudara Yang Lebih Tua


Soalan:
Assalamu'alaikum wr.wb.
Saya seorang gadis berusia 20 tahun. Saya akan segera menikah. Namun
masih ada sedikit masalah dalam keluarga. Bulik/Bibi Calon Suami saya
masih belum menikah dan sudah berumur 38 th. Dia tidak mau
dilangkahi /didahului, dengan alasan didalam akta kelahiran dia telah
menjadi anak pertama.
Yang ingin saya tanyakan, apa hukumnya jika kami mendahului Bulik?
Terimakasih. Wassalamu'alaikum wr.wb.

Jawapan:
Tidak ada ketentuan syarak yang melarang seseorang itu menikah mendahului
saudaranya yang lebih tua. Jodoh pertemuan ditentukan oleh Allah SWT, jika
Allah menghendaki adik mendahului abang atau kakaknya ataupun saudara
maranya lain yang lebih tua, maka itu merupakan ketentuan atau takdir Allah
tentang jodoh seseorang. Tentang tidak mahu dilangkahi atau dilarang menikah
dengan mendahului daripada saudara yang lebih tua, itu semua hanya pantang
larang dibuat oleh adat setempat. Jika berpegang teguh dengan adat yang salah
ini, maka akan tergolong ke dalam menegakkan sesuatu yang mungkar dan
bid'ah.

529. Ukuran Panjang Rambut Lelaki


Soalan:
Apa hukumnya lelaki menyimpan rambut panjang? Kalau dibolehkan,
sampai mana tahap yang dibolehkan.
Boleh saudara rujukkan saya kepada hadis, ayat al-Quran atau lain-lain
source yang sahih?

Jawapan:
Rambut seorang lelaki menurut sunnah adalah dalam keadaan sederhana,
ertinya tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Dalam sebuah hadith
diriwayatkan Aisyah ra. Sesunguhnya beliau dan Rasulullah SAW pernah mandi
bersama daripada suatu bekas dan rambut baginda panjang sampai ke telinga
serta pertengahan bahunya yakni tidak terlampau pendek dan tidak terlampau
panjang tetapi sederhana".

530. Mengenal Adat atau Ibadat


Soalan:
Saya ingin tahu tentang adat yang diamalkan oleh orang Melayu. Adakah
kebanyak adat yang kita amalkan bercanggah dengan hukum islam??
Jawapan:
Masih banyak adat-istiadat Melayu yang bercanggah dengan hukum Islam.
Salah satu yang masih nampak setiap hari dalam kehidupan kita adalah "berarak
pengantin". Dengan sengaja kita menayang pengantin perempuan agar dilihat
oleh orang ramai yang bukan mukhrim. Bahkan kadangkala kerana
mementingkan bersanding dan pakaian pengantin yang dipakainya sehingga
meninggalkan solat fardhu. Amalan bersanding tak lebih peninggalan budaya
hindu yang masih kita hidupsegarkan padahal ia sangat bercanggah menurut
syarak.

Sebetulnya banyak lagi perkara-perkara yang khurafat dan bid'ah yang


menjadi amalan dan budaya Melayu yang tidak dapat kami uraikan disini. Tetapi
yang lebih penting bagi umat Islam adalah mempelajari Islam dan kebudayaan
Islam, dengan sendirinya kita dapat membezakan sesuatu yang benar ataupun
salah yang terjadi dalam kehidupan masyarakat kita.

531. Membunuh Semut


Soalan:
Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana sebagaimana yang
kita tahu semut merupakan salah satu dari binatang yang di larang oleh
Rasulullah s.a.w dari membunuhnya seperti yang terdapat dalam hadith
baginda. Masalahnya ia terdapat di mana-mana sahaja termasuk di
dalam beras, sink dan di telefon. Ini cukup menyusahkan untuk
menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya.
Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam
membenarkan,bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh
kesemuanya termasuk di dalam sarang?
Jawapan:
Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; "Rasulullah SAW melarang
membunuh empat macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung
shurad". Hadith ini menunjukkan hukum haram membunuh empat macam
binatang tersebut dan memakannya.

Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam


tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula sautu perkara itu
sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh
meringankannya. Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika
kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti
gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia
terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.

Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke
luar rumah, setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat sarang
kembali. Usaha yang kita lakukan tak lebih untuk mencari keberkatan dan
mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang terkandung
dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita
tidak mampu untuk memahaminya secara lebih pasti. Wallahu 'aklam.

532. Berwudhuk Keadaan Rambut Berminyak


Soalan:
Adakah air wudhu' dan mandi wajib dapat mengalir dengan sempurna
jika kita menggunakan minyak rambut?
Jawapan:
Minyak rambut bukan sejenis pewarna yang boleh menutup dan membaluti
rambut. Minyak rambut seperti yang lazimnya kita pakai, tidak menunjukkan
bahawa ia menghalangi sampainya air mengenai rambut. Jadi jika air mengenai
rambut maka sah lah wuduk ataupun mandi wajib kita.

533. Bertaubat Setelah Murtad


Soalan:
Kemusykilan saya adalah saya takut diri saya murtad.... Macam mana
jikalau saya murtad dan saya nak kembali ke jalan Allh s.w.t ?

Jawapan:
Menurut Sayyid Hawa ada 20 perkara yang membatalkan syahadah yang
menyebabkan seseorang itu menjadi murtad. Jadi jika kita melakukan salah satu
perkara yang menyebabkan kita murtad hendaklah kita segera bertaubat kepada
Allah dengan sebenar-benar taubat. Banyakkan beristighfar, kerjakan solat serta
perkara yang difardhukan kepada kita. Tinggalkan segala larangan dan segala
maksiat, agar kehidupan kita kembali bersih dan mengesakan Allah SWT.

534. Tidak Pandai Membaca Al Quran


Soalan:
Buku apa kah yang harus saya perolehi untuk mengahtahui cara-cara
hendak mengerjakan sebahayang...... memandangkan saya tidak
mengatahui membaca muqadam?

Jawapan:
Sangat banyak buku-buku yang menjelaskan tentang cara mengerjakan solat.
Dalam buku Fardhu Ain juga menjelaskan tentang bagaimana mengerjakan solat,
bahkan ada juga buku yang khas menguraikan tentang kaedah mengerjakan
solat lima waktu. Tapi yang perlu saudara ketahui bahawa bacaan-bacaan dalam
solat semua dalam bentuk tulisan arab. Begitu juga ayat-ayat yang kita baca
dalam solat semua diambil dari Al Quran. Jika saudara tidak pandai membaca Al
Quran adalah lebih baik belajar membaca Al Quran terlebih dahulu, kerana jika
saudara telah pandai membaca Al Quran dengan sendirinya mudah mempelajari
cara solat dan bacaan dalam solat.s

535. Wanita Solat berjemaah Di Surau


Soalan:
Apakah yang lebih afdhal seorang muslimah itu (belum berkeluarga),
antara solat sendiri di rumah atau bersolat jamaah di surau dalam
suasana yang InsyaAllah tidak menimbulkan fitnah. Berjamaah di surau
juga, dia dapat mengikuti kelas pengajian ilmu?
Menurut keterangan beberapa buah hadith menunjukkan bahawa seseorang
perempuan pergi ke masjid untuk bersama-sama menunaikan solat berjemaah
hukumnya adalah harus atau boleh. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Dari
Abu Hurairah ra. katanya Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu
melarang perempuan-perempuan hamba Allah pergi ke masjid. Dan hendaklah
mereka keluar dari rumahnya dengan memakai pakaian yang sederhana dan
tidak pula memakai harum-haruman". (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Walaupun seorang perempuan harus atau boleh hukumnya keluar pergi masjid
untuk menunaikan solat berjemaah, tetapi adalah lebih afdal bagi mereka itu
menunaikan solat di rumah. Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW maksudnya:
"Dari Ummu Humaid al Saidiyyah ra. bahawasanya beliau telah datang menemui
Rasulullah SAW katanya: Wahai Rasulullah, saya suka menunaikan solat bersama
kamu. Sabda Rasulullah. Aku tahu tetapi solatmu dalam kamarmu lebih baik
bagimu dari solatmu di masjid kampungmu, dan solatmu di masjid kampungmu
adalah lebih baik bagimu daripada solatmu di masjidku". (Riwayat At Tabrani)

Dibolehkan bagi wanita solat berjemaah di Masjid jika tidak menimbulkan


fitnah, namun begitu bagi mereka lebih afdal solat di rumah mereka sendiri.
Tetapi jika ada majlis ilmu yang akan di dengar dan dipelajari di surau atau di
masjid tersebut adalah lebih baik menghadiri majlis tersebut, sebab ilmu sangat
penting untuk meningkatkan mutu amalan dan ibadah kita. Insya Allah.

536. Menghentikan Tabiat Onani


Soalan:
Saya seorang pelajar universiti...seorang perempuan...masalah saya
ialah saya selalu melakukan onani... Saya telah cuba untuk
menghentikannya, tetapi tidak berjaya. Saya selalu juga membaca quran
lepas sembahyang...tetapi masih juga melakukan perbuatan tersebut...
Apa lagi yang haraus saya lakukan.... Saya rasa nafsu seks saya amat
kuat...?

Jawapan:
Allah SWT menganugerahkan nafsu seks kepada setiap insan, bahkan ia
merupakan fitrah dalam diri seseorang. Walaupun begitu kemampuan dan
keadaan nafsu seks seseorang itu antara satu dengan yang lainnya berbeza-beza.
Setengahnya hanya memiliki nafsu seks yang sederhana, malah ada yang
berkurangan, namun ada juga yang sangat berlebih-lebihan kuatnya.

Salah satu cara untuk menyalurkan nafsu seks yang kuat ini adalah dengan
cara segera berkahwin (nikah). Dengan berkahwin akan membantu anda
mengatasi tekenan nafsu anda dan dengan sendirinya nafsu seks anda tersalur
secara sempurna dan diredhai Allah. Jika perkahwinan belum dapat dilakukan
dengan segera banyakkanlah berpuasa, sebab dengan berpuasa dapat
mengekang hawa nafsu.

Setelah itu banyakkan aktiviti-aktiviti yang menggunakan fikiran, seperti


menulis artikel, cerpen, puisi dan sebagainya yang bersifat ilmiah. Sebab jika kita
banyak gunakan fikiran, maka perhatian kita terhadap seks akan sedikit
berkurangan. Disamping kita dapat mengalihkan perhatian kita terhadap nafsu
seks, kita telah menghasilkan karya ilmiah yang berguna bagi diri kita sebagai
seorang pelajar universiti dan berguna juga bagi orang lain.

537. Menonton Blue Film Bersama Suami


Soalan:
Saya mempunyai seorang sahabat karib yang telah berkahwin selama 5
tahun. Sayangnya beliau masih belum mempunya anak. Beliau dan
suaminya gemar menonton 'Blue film'.
Masalah yang dihadapi oleh sahabat saya ialah :
1) Beliau suka memuaskan diri sendiri sambil menonton tayangan
tersebut tetapi tidak menggunakan apa-apa alatan.
2) Beliau merasa apabila berdoa, doanya seakan tidak dimakbulkan
tuhan.
3) Beliau cuba untuk tidak melakukan perbuatan tersebut tetapi tidak
dapat melawan nafsu.
4) Hukum menonton "blue film" bersama suaminya.
Diharap Ustaz dapat membantu sahabat saya didalam masalahnya.

Jawapan:
Menonton blue film hukumnya haram, kerana kita melihat secara jelas bentuk
tubuh orang lain bahkan melihat mereka sedang melakukan jimak. Melihat aurat
orang lain dapat menumpulkan fikiran dan mengeraskan hati. Jika perbuatan ini
sering dilakukan maka dikhuatirkan mempercepat seseorang itu menjadi nyanyok
atau pikun. Pernah suatu ketika Imam Syafie membaca ayat Quran namun
sampai pada suatu ayat ia terlupa akan sambungannya. Beliaupun
memperbanyak istighfar. Melihat keadaan beliau yang demikian sahabatnya pun
bertanya.

Maka Imam Syafie pun menerangkan bahawa ingantan atau hafalannya


terganggu lantaran ia terlihat tumit wanita yang kebetulan terkoyak sarung
kakinya sebesar ibu jari. Jika melihat aurat wanita sebesar ibu jari dapat
melemahkan daya ingatan dan daya hafalan, tentu akan lebih besar kesannya
jika dengan sengaja melihat aurat orang lain secara telanjang bulat seperti dalam
blue film.

Jika anda suami isteri terus melakukan pekerjaan yang buruk ini, maka
pertama sekali nikmat yang akan hilang daripada kehidupan anda adalah
hilangnya kenikmatan hubungan jimak dan kemesraan antara suami isteri. Sebab
anda lebih senang bermain dengan khayalan seperti yang anda lihat dalam blue
film. Untuk jangka panjang boleh menghilang ghairah seks bagi wanita dan
melemahkan kemampuan syahwat bagi lelaki. Sebelum perkara buruk ini
menghantui minda anda suami isteri dan menjadi penyebab malapetaka
yangpaling besar dalam kehidupan berumahtangga, maka hindarkanlah
pekerjaan yang dilarang oleh agama ini.

Langkah untuk menghindari perbuatan buruk ini, buanglah vcd blue film yang
anda miliki. Kekanglah nafsu anda daripada memiliki vcd blue film tersebut jika
anda benar-benar ingin berubah dari melakukan pekerjaan yang sia-sia ini.
Percayalah jika kita sentiasa melakukan perbuatan yang tercela ini, maka Allah
akan menutup pintu hati kita dan akhirnya doa kitapun tidak akan bererti apa-
apa dan tidak diperkenankan oleh Allah SWT.

538. Pelaksanaan Ibadah Kurban


Soalan:
1. Adakah perbezaan peraturan Korban di Singapura dan Malaysia?
2. Apakah hukumnya jika ibadah korban itu di kongsi bersama tujuh
anggota lain?
3. Saya mempunyai niat untuk berkorban lembu di Malaysia, bolehkah
ibadah korban ini di lakukan?
Jawapan:
Pelaksanaan korban sama saja dimana-mana negara Islam, kerana kita sama-
sama mengikut syariat yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Jika anda berhasrat
ingin berkorban di negara lain juga dibolehkan asalkan kita yakin bahawa fakir
miskin di tempat kita telah mendapat bahagian korban ataupun di tempat kita
tidak ada lagi orang miskin atau orang yang layak untuk menerima korban
tersebut.

Mengenai korban yang dikongsi bersama tujuh anggota lain, ada hadith yang
membenarkan perkara ini. Di dalam pelaksanaan korban seekor kambing untuk
seorang dan seekor lembu atau unta boleh berkongsi seramai tujuh orang. Dalam
sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menjelaskan: "Dari Al
Barqani menyatakan Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami "Berkongsilah
kamu pada seekor unta dan lembu setiap tujuh orang seekor".

Dalam hadith yang lain dari Jabir mengatakan "Kami telah menyembelih
korban bersama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiyah seekor unta untuk tujuh
orang dan seekor lembu untuk tujuh orang". (Riwayat Muslim)

539. Rawatan Ortodontik (Menyusun Gigi)


Soalan:
Apa hukum jika seseorang membuat rawatan ortodontik(menyusun
gigi)?

awapan:
Jika rawatan yang dilakukan tidak merubah keadaan gigi seperti tidak
mengikirnya menjadi pendek atau yang serupa dengan itu maka dibolehkan. Jika
rawatan tersebut menyebabkan seseorang itu mengikirnya atau merubah
bentuknya yang asal maka Rasulullah SAW melaknat pekerjaan orang tersebut.
Dalam sebuah hadith disebutkan; "Rasulullah SAW melaknat perempuan yang
membuat tahi lalat dan yang minta dibuatkan, yang mengikir gigi dan yang
diminta dikikir giginya. (Riwayat Tabrani)

540. Hubungan Harmoni Suami Isteri/Poligami/


Campurtangan Ibu Mentua
Soalan:
Assalammualikum Ustaz.
Saya telah berkahwin selama lebih kurang 3 bulan, masalah saya isteri
saya tidak mahu mengikut saya pindah ke Kuala Lumpur, alasannya dia
ingin menjaga ibunya (isteri saya adalah anak yang bongsu) dan mahu
mengumpul duit. Sedangkan saya mampu menanggung perbelanjaan dia
kalau dia berhenti kerja.
1) Bolehkah saya berkeras dengan isteri saya supaya dia mengikut cakap
saya supaya dia berpindah dengan saya?
2) Bolehkan saya berkahwin lain jikalau pekara ini berterusan kerana
ingin menjaga diri saya supaya tidak membuat dosa apabila isteri saya
tiada di sisi saya?
3) Bolehkah saya membantah keputusan ibu mentua saya yang tidak
mahu anaknya berpindah mengikut saya?
Sekian. Wassalam.
Jawapan:
1. Seorang isteri yang baik adalah yang dapat memahami keadaan suaminya,
begitu juga sebaliknya seorang suami yang baik mampu melihat suatu masalah
itu dengan fikiran yang terbuka dan memahami setiap masalah dihadapi secara
mendalam. Perkahwinan yang baru berusia tiga bulan merupakan jangkamasa
yang masih singkat, maka sangatlah terburu nafsu jika seseorang itu
menghancurkan hubungan yang baru itu lantaran perkara yang sebenarnya
menjadi tnggungjawab antara suami dan isteri.

Sebenarnya ibu mertua kita kedudukannya sama dengan ibu kita sendiri. Jika kita
menjaga hati mereka dan memelihara mereka dengan baik sama juga pahalanya
dengan kita menjaga ibu dan bapa kita sendiri. Namun begitu sebagai seorang
suami, ia berhak penuh terhadap isterinya dan isteri harus mengikut segala
kehendak suaminya asalkan saja jangan menjurus kepada memusyrikkan Allah.
Nasihatkanlah isteri anda secara baik, katakan kepadanya bahawa didalam Islam
seorang wanita apabila telah bernikah, maka segala urusan kehidupannya
dibawah tanggungan suaminya. Ibu bapa tidak berhak untuk menghalangi
anaknya yang telah nikah untuk mengikuti suaminya kemana saja mereka ingin
pergi.

Cuma saja sebagai umat Islam kita lebih mementingkan timbang rasa dan budi
bicara, jika memang ibu mertua kita tidak ada orang yang menjaganya
sedangkan dia dalam keadaan uzur, fikirkanlah cara yang terbaik untuk
menyelesaikan masalah ini. Bincangkanlah perkara ini dengan sanak kelaurga
yang lain agar hubungan anda dengan isteri anda tidak terjejas lantaran perkara
tersebut. Namun jika ibu mertua anda masih mampu menyara hidupnya sendiri,
nasihatilah isteri anda dengan cara yang lebih baik agar ia sudi mengikut
suaminya berpindah ke tempat yang dimaksudkan.

2. Allah membenarkan seorang lelaki muslim untuk menikah hingga empat


orang. Namun jika perkahwinan yang ingin anda lakukan kerana ingin membalas
dendam dengan sikap isteri anda, maka perbuatan ini tidak terpuji. Lakukanlah
poligami dengan mengikut sunnah. Sebab Rasulullah SAW menikah dengan
wanita lain selain Aisyah bukan lantaran baginda tidak bahagia dengan Siti Aisyah
tetapi lantaran ingin memperjuangkan nasib wanita yang ditinggalkan suaminya
lantaran meninggal dunia di medan jihad. Jika anda benar-benar merasakan
bahawa isteri anda sangat sukar untuk dinasihati sedangkan anda tidak mampu
menahan gejolak nafsu, maka Islam mengizinkan seseorang itu kahwin lagi,
lantara ingin menjaga diri dari melakukan pekerjaan maksiat.

Usahakan terlebih dahulu membina kembali sifat saling pengertian antara suami
isteri dan jauhilah sifat salam faham sebelum ini. Fahami betul apa sebenarnya
masalah yang sedang anda hadapi berdua. Apakah ia hanya sekedar keingan
seorang anak membantu dan mendampingi ibunya yang sudah tua ataupun ada
faktor lain yang menyebabkan isteri anda bersikap demikian. Berfikirlah secara
lebih terbuka dan jangan membuat keputusan disebabkan oleh dorongan
perasaan semata, sebaliknya buatlah keputusan dengan rasional dan mengikut
syariat. Insya Allah keputusan yang akan anda ambil memperoleh berkah dan
rahmat daripada Allah SWT.

3. Dalam Islam, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuannya hanya


sampai setelah ia berkahwin. Setelah ia berkahwin maka perempuan tersebut
milik penuh suaminya sendiri. Jika orang tuanya berhajat ingin mengajak
anaknya duduk bersama dengannya, maka ia harus meminta izin dengan suami
anaknya (menantu). Jika menantu lelakinya tidak mengizinkannya, maka ibu
bapa tidak boleh memaksa kehendaknya terhadap anaknya tersebut, sebab
ketika itu anaknya telah menjadi tanggungan suaminya. Walaupun begitu
selesaikan isu keluarga ini secara bijaksana dan masing-masing pihak lebih
mementingkan sikap tolak ansur sesuai dengan keadaan.

541. Bacaan Ayat dalam Solat Tasbih


Soalan:
Saya ingin mengerjakan Solat Tasbih tetapi tidak tahu apakah ayat yang
harus dibaca. Saya telah diterangkan oleh Ustaz untuk membaca 75
tasbih untuk satu rakaat. Boleh tak Ustaz terangkan ayat yang
harus saya baca?

Jawapan:
Sebetulnya dalam mengerjakan solat, baik solat fardhu mahupun solat sunat
tidak ada ditunjuk mesti membaca ayat-ayat tertentu dalam surah tertentu dan
sebagainya. Setelah membaca Fatihah bacalah surah-surah yang kita hafal di
dalam Al Quran, terpulang masing-masing kita, apakah ingin membaca surah
yang panjang ataupun surah yang pendek. Sebelum rukuk bacalah tasbih
sebanyak 15 kali, ketika selesai membaca doa rukuk bacalah tasbih 10 kali dan
seterusnya.

542. Orang Kafir Akan Dimasukkan ke dalam Neraka


Soalan:
Saya berminat ingin mengetahui akan apa yang difirmankan Allah SWT
dalah surah Yaasiin, ayat 12 (harap sila rujuk). Dinyatakan bahawa Allah
azza wajalla akan menghidupkan kembali SELURUH manusia yang telah
mati dan Allah SWT juga mencatatkan akan segala perbuatan mereka.
Saya musykil, akan pendapat-pendapat yang mengatakan bahawa orang
kafir akan terus dimasukkan ke dalam api neraka tanpa sebarang
pengadilan. Namun ayat tersebut menyatakan SELURUH manusia,
apakah seluruh manusia tersebut termasuk yang kafir bersekali?
Jawapan:
Banyak ayat-ayat Al Quran dengan jelas mengatkan bahawa orang-ornag kafir
akan dimasukkan ke dalam neraka. Sebab bagi orang-orang kafir sudah jelas
keingkarannya terhadap Allah, samada diadili ataupun tidak di Padang Mahsyar
nanti bagi mereka tetap telah disediakan neraka sebagai seksaan. Betapapun
diadakan pengadilan kepada mereka tidak ada amal kebaikan bagi mereka untuk
menebus kemusyrikan mereka itu dan akhirnya merekapun dicampakkan di
dalam api neraka. Firman Allah maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang
kafir sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri
peringatan mereka tidak juga akan beriman. Allah telah mengunci mati hati
mereka serta penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat
berat". (Al Baqarah 6-7) Sebelumnya kita lihat maksud surah Yaasin ayat 12:
"Sesungguhnya Kamilah (Allah) yang menghidupkan orang-orang yang mati dan
menuliskan apa-apa yang telah mereka usahakan dan juga bekas-bekas
pekerjaan mereka. Dan tiap-tiap sesuautu itu Allah perkirakan di dalam kitab
yang terang".

Sesudah Allah nyatakan tentang amaran dan khabar gembira pada ayat
sebelumnya, maka Allah menjelaskan pula bahawa Dia berkuasa menghidupkan
orang-orang yang sudah mati. Setengah ahli tafsir menambahkan boleh juga
maksud 'menghidupkan orang yang telah mati' maksudnya hati yang sudah mati
kerana pada mulanya dalam kekufuran dapat dihidupkan-Nya dengan
dianugerahkan taufik dan hidayah, lalu diisi dengan keimanan sebagai roh atau
jiwa yang baru.

Allah juga menyatakan bahawa Dia akan menuliskan apa-apa yang mereka
usahakan samada amalan baik ataupun jahat. Begitu juga bekas-bekas usaha
mereka yang baik seperti ilmu yang diajarkan, sedah diberikan kepada masjid
dan surau dan sebagainya. Begitu juga bekas-bekas usaha yang jahat seperti
membuat pakatan yang jahat, menyediakan hotel khas untuk orang berzina,
tempat berjudi, dan tempat minuman yang memabukkan. Selagi tempat ini
masih ada, walaupun ia telah meninggal dunia maka dosa-dosa yang dilakukan
orang lain dia masih tetap menerima saham dosa tersebut.

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiap


membuat amalan kebajikan di dalam Islam maka akan didapati pahalanya dan
juga pahala orang yang mengerjakan selepasnya dengan tidak berkurang
sedikitpun dari pahala mereka. Dan barangsiapa membuat atau memulakan
perbuatan jahat di dalam Islam maka akan didapati dosanya dan juga dosa orang
yang mengerjakan selepasnya dengan tidak berkurang sedikitpun dari dosa
mereka". (Riwayat Muslim) Tidaklah bertentangan dengan setengah pendapat
mengatakan bahawa orang kafir akan terus masuk ke dalam neraka. Ini
disebabkan bagi orang kafir dihisab atau tidak dihisab bagi mereka tetap akan
menerima seksaan neraka seperti yang dijanjika Allah dalam ayat-ayat Al Quran.
Sedangkan bagi orang muslim, akan dikira amal kebaikan dan kejahatannya
walaupun sebesar zarah sekalipun kerana mereka masih mempunyai tempat
untuk berpaut iaitu iman kepada Allah. Tergantunglah kepada ketentuan yang
akan mereka terima jika amalan baik melebihi amalan jahat, maka mereka akan
dimasukkan ke dalam syurga. Sebaliknya jika amalan jahat melebihi amalan baik,
maka mereka akan dilebur terlebih dahulu ke dalam api neraka sehingga masa
yang ditentukan, barulah setelah itu dimasukkan ke dalam syurga. Itulah
perbezaannya antara orang kafir dengan orang-orang muslim. Wallahu a'lam.

543. Mengenal Air Mani


Soalan:
Apakah titisan air mani? Saya bangun dari tidur, saya dapat rasakan ada
lelehan air. Saya tidak tahu air apa yang meleleh, tetapi bila saya ingat
balik, saya tidak ada mimpi yg menghairahkan?

Jawapan:
Biasanya air mani keluar dari kemaluan seseorang disebabkan adanya
rangsangan berahi, apakah melalui mimpi, mengkhayal ataupun dengan
menggunakan tangan dan yang serupa dengan itu. Biasanya juga sebelum keluar
air mani didahului dengan keluarnya air mazi. Biasanya air mazi berupa cairan
yang sukar diketahui melalui penglihatan namun dapat dirasakan dengan tangan.
Dan keluarnya air mazi ini tidak menyebabkan seseorang mesti wajib mandi.
Mungkin juga cairan yang keluar itu kerana bangkitnya keghairahan anda
disebabkan geseran-geseran yang terjadi ketika tidur sehingga menyebabkan
sampainya klimaks berahi anda. Mungkin juga ia sekadar cairan biasa yang
bukan air mani tetapi berkaitan dengan faktor kesihatan tubuh badan anda.
Namun jika anda dalam keraguan untuk menentukannya, maka ambillah jalan
yang terbaik, mungkin lebih selamat segera lakukan mandi wajib agar tidak
menjadi perkara yang musykil berpanjangan dalam minda anda. Wallhu a'lam.

544. Tempoh Masa Haid


Soalan:
Saya nak tahu tempoh haid dengan istihadhoh. Setahu saya bila
seseorang wanita itu didatangi haid
selama 12 hari (contoh) 5 hari dia suci kemudian datang lagi darah
tersebut. Adakah ia haid atau istihadhoh.
Setakat yang saya tahu ia adalah istihadhoh. Bagaimana pandangan
ustaz. Sebab ada ustazah yang mengatakan ia adalah darah haid?

Jawapan:
Para ulama berbeda pendapat dalam hal lamanya haid atau ukuran waktu
keluarnya haid. Menurut Imam Mundzir, sekelompok ulama berpendapat bahawa
haid tidak mempunyai batasan waktu minima ataupun maksima. Dengan
demikian bila saja seorang wanita datang haid maka berlaku baginya hukum haid
dan bila saja ia suci maka lepaslah dia dari hukum-hukum haid itu. Jadi apa yang
anda alami ini adalah darah haid sedangkan darah istihadah atau darah penyakit
adalah darah wanita yang keluar terus menerus tanpa henti kalaupun berhenti
hanya sebentar. Untuk lebih jelas anda dicadangkan membaca buku tentang haid
dan istihadah ini, kerana pembahasan dua darah ini agak panjang.

545. Petua Berjimak Mengikut Syarak


Soalan:
Saya baru berkahwin 1 bulan yang lepas. Saya ingin tahu apakah cara-
cara yang yang terbaik, perkara yang dituntut dan perkara yang dilarang
dalam melakukan persetubuhan dengan isteri?
Jawapan:
Walaupun wanita itu halal bagi lelaki dengan melalui pernikahan akan tetapi
bukanlah bererti suami boleh berbuat sekehendak hatinya terhadap isterinya.
Kesopanan, kehalusan budi dan menjalankan kewajipan-kewajipan sangatlah
dituntut. Di dalam berjimak ada beberapa larangan yang telah ditentukan oleh
syarak dan mendapat hukuman tercela bagi yang melakukannya.

1. Islam melarang bagi pasangan suami isteri membuka rahsia atau


menceritakan hubungan seks mereka kepada orang lain. Dalam sebuah hadith
diterangkan bagi lelaki yang menceritakan adegan jimak mereka kepada orang
lain tergolong seburuk-buruk manusia di sisi Allah.
2. Islam melarang dan mengharamkan bagi suami yang menjimak isterinya
melalui lubang duburnya. Dalam sebuah hadith diterangkan "terkutuk dan
terlaknat siapa yang mendatangi isterinya dari lubang duburnya".
3. Islam melarang bersetubuh dengan isteri yang dalam keadaan haid dan nifas.

Diantara ada-adab jimak yang dianjurkan antara lain:

1. Dalam melakukan jimak niatkan dalam hati untuk memenuhi kewajipan


daripada Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW bukan semata-mata
memuaskan hawa nafsu.
2. Sebelum bersetubuh membaca doa.
3. Waktu bersetubuh dilakukan dengan hati yang gembira, tidak dalam keadaan
terlalu lapar atau terlalu kenyang sebab akan mengurangi nikmat persetubuhan.
4. Memakai haruman-haruman dan pakaian yang bersih.
5. Suami tetap berusaha untuk mencapai kepuasan secara bersama jangan hanya
mementingkan diri sendiri. sebaiknya tunggu isteri mencapai klimaks terlebih
dahulu.
6. Dianjurkan berwuduk sebelum berjimak.
7. Dianjurkan juga setelah bersetubuh, suami mahupun isteri mencuci
kemaluannya dengan bersih.
8. dan sebagainya.

546. Mengguna Peralatan Majikan Bagi Kepentingan


Diri
Soalan:
Abu bekerja di sebuah jabatan kerajaan/swasta. Pada waktu bekerja
Abu telah membuat pekerjaan samping bagi mendapat duit saku
mengambil ubah menaip/membuat kad jemputan. [Perlu diingatkan
Abu menggunakan kemudahan komputer di pejabat beliau] Namun
demikian ini tidak menjejaskan pekerjaan asal Abu. Bagaimana dengan
wang yang diperolehi oleh Abu?
Mohd, JB

Jawapan:
Jika anda memperolehi kerja sampingan secara halal dan tidak mengganggu
waktu kerja anda dengan majikan anda untuk mencari rezeki sebagai tambahan
demi menampung kehidupan keluarga adalah suatu usaha yang terpiji. Namun
jika anda menggunakan peralatan pejabat tanpa memperolehi keizinan daripada
majikan anda, maka sikap tersebut tidak terpuji dan dikhuatirkan rezeki yang kita
perolehi tersebut tidak berkat bahkan mendapat kutukan daripada Allah. Adalah
lebih baik dan terpuji jika anda meminta izin kepada majikan terlebih dahulu,
kerana peralatan itu miliknya dan berdosa jika menggunakannya tanpa mendapat
keizinan daripadanya.

547. Sifat Dua Puluh (Mengenal Sifat-sifat Allah)


Soalan:
Saya ada kemusykilan ustaz tentang sifat dua puluh? Adakah sifat dua
puluh sifat Allah swt atau sifat kita dan bagaimana nak kenal Allah dan
bagaimanakah cara-caranya?
Jawapan:
Sesungguhnya sifat-sifat Allah SWT itu bukan saja berjumlah sebanyak 20
sifat. Jumlah sifat-sifat Allah SWT banyak sekali tetapi tidak ada siapa yang
emngetahuin jumlah yang sebenarnya kecuali hanya Allah sahaja yang
mengetahuinya. Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan kerana
selain dari sifat 20 masih kita temui sifat-sifat Allah Yang Maha Agung itu dalam
Nama-Nama Allah yang indah atau Asmaul Husna.

Di dalam Al Quran masih banyak kita jumpai sifat-sifat Allah yang tidak
termasuk dalam sifat 20 dan Asmaul Husna. Walaupun demikian ada 20 sifat
yang wajib diketahui, dikalangan ulama terkenal dengan sebutan "Sifat Dua
Puluh", iaitu Dua puluh sifat yang wajib bagi Allah, dua puluh sifat yang mustahil
bagi Allah dan satu sifat yang jaiz atau harus bagi-Nya.
Sifat 20 yang kita pelajari dalam ilmu Tauhid ini merupakan sifat-sifat Allah
sedangkan sifat manusia merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kita.
Bayangkan saja Rasulullah mengumpamakan keseluruh nikmat yang ada di dunia
ini diibaratkan hanya setitik air dari samudera yang luas, begitu besar kekuasaan
dan Maha Agungnya Allah. Jadi Sifat 20 tersebut menunjukkan Maha Besarnya
Allah dan Agungnya Allah, sedangkan diri kita dengan segala sifat dan kelebihan
hanya merupakan serpihan kecil dari nikmat-nikmat Allah.

Rukun agama terdiri dari Iman, Islam dan Ihsan. Dalam iman tersimpan
keyakinan yang teguh tentang kebenaran wujudnya Allah. Di dalam Islam
terkandung kesetiaan dan ketulusan hamba dalam mengabdikan diri kepadaNya.
Di dalam Ihsan tersimpan keharmonian hubungan manusia dengan Allah,
hubungan manusia dengan sesama manusia dan hubungan manusia dengan
makhluk yang lain. Ketiga aspek ini merupakan sumber untuk mengetahui akan
hakikat Allah. Wallahu a'lam.

548. Hamil Anak Luar Nikah


Soalan:
Saya mengandung 5 bulan tapi kandungan ini anak luar nikah. Saya tidak
tahu nak buat apa. Berkali-kali saya mencuba untuk mengugurkannya
tapi tidak menjadi. Saya berbuat demikian kerana ingin menutup malu
keluarga. Buat sementara ini keluarga saya tidak tahu lagi. Saya tidak
mahu berkahwin kerana saya masih muda lagi. Saya tidak tahu di mana
hendak cari jalan penyelesaian?

Jawapan:
Zina termasuk perbuatan yang diharamkan dan merupakan dosa besar bagi
yang melakukannya. Bahkan mendekatinya pun diharamkan. Sebagaimana
firman Allah SWT maksudnya: "Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya ia
adalah perbuatan keji dan seburuk-buruk jalan".
(Surah Al Isra' ayat 32) Islam dengan keras melarang perzinaan serta
memberikan peringatan tegas, kerana perzinaan mengaburkan zuriat,
merosakkan nasab, merosakkan akhlak dan menimbulkan penyakit yang sukar
diubati.

Akibat yang diterima oleh orang yang melakukan zina ditegaskan lagi oleh
Rasulullah SAW dalam sabda baginda maksudnya: "wahai umat manusia,
takutlah perbuatan zina kerana ia menyebabkan enam perkara. Tiga perkara di
dunia dan tiga lagi di akhirat. Adapun yang di dunia adalah, menghapuskan
kebaikan, membawa kemiskinan dan mengurangi umur. Adapun yang di akhirat,
dimurkai Allah, hisab yang buruk dan seksa neraka".

Untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi, hendaklah anda menempuh


cara-cara sebagai berikut:
1. Pertama sekali anda hendaklah segera bertaubat atas dosa dan kesilapan yang
telah anda lakukan. Taubat dengan sebenar-benar taubat dan berjanji tidak akan
mengulangi perbuatan yang terkutuk itu. Lakukanlah solat fardhu lima waktu dan
banyakkanlah beristigfar dan menyesali perbuatan dosa masa silam.

2. Janganlah anda menggugrkan kandungan yang telah berusia lima bulan


tersebut kerana kandungan anda itu telah berbentuk wujud manusia bahkan
telah ditiupkan roh ke atasnya. Jika anda menggugurkannya bererti anda telah
membuat dosa yang besar iaitu membunuh jiwa manusia.
3. Segeralah mendirikan rumahtangga kerana dengan jalan ini anda telah
membantu diri sendiri dalam menjaga akhlak dan moral serta dapat menyalurkan
nafsu berahi dengan cara yang diredhai oleh Allah SWT. Usia yang muda
bukanlah menjadi ukuran seseorang itu menahan dirinya dari hasrta untuk
mendirikan rumahtangga kerana Siti Aisyah pun berkahwin dengan Rasulullah
SAW saat beliau berusia 9 tahun dan setelah baligh (keluar haid) pada umur 12
tahun beliau baru menjalin hubungan dengan Rasulullah SAW. Jadi jelaslah usia
bukanlah menjadi penghalang untuk anda mendirikan rumahtangga, asalkan
anda telah mencapai usia baligh.

549. Cara Mandi Wajib yang Betul


Soalan:
Saya ada satu kemusykilan...saya nak tahu cara nak mandi wajib dengan
betul.Adakah ianya hanya meratakan air ke badan disertai dengan niat
sahaja atau yang lain.Apakah perkara-perkara yang membuatkan mandi
wajib itu tidak sah...? Diharap ustaz akan membantu saya dengan
perkara ini.

Jawapan:
Rukun mandi wajib itu ada dua. Pertama dimulai dengan niat. Niat itu terletak
di dalam hati, namun jika ingin diungkapkan maka lafaz niat mandi wajib itu
ialah: "Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala". Kedau, meratakan air
keseluruh tubuh. Sekiranya air itu tidak meratai keseluruh tubuh disebabkan ada
yang menghalangi sampainya air kepadanya seperti lilin atau minyak atau lainnya
maka perlu membasuhnya kembali.

550. Bersentuhan dengan Kakak (Muhrim)


Soalan:
Adakah batal wuduk seseorang itu jika terpegang kulit kakaknya sendiri?
Diharap ustaz menolong saya dalam hal ini ?
Jawapan:
Bersentuhan kulit dengan kakak tidaklah membatalkan wuduk. Sebab kakak
adalah tergolong muhrim anda yang haram dinikahi.

541. Bacaan Ayat dalam Solat Tasbih


Soalan:
Saya ingin mengerjakan Solat Tasbih tetapi tidak tahu apakah ayat yang
harus dibaca. Saya telah diterangkan oleh Ustaz untuk membaca 75
tasbih untuk satu rakaat. Boleh tak Ustaz terangkan ayat yang
harus saya baca?

Jawapan:
Sebetulnya dalam mengerjakan solat, baik solat fardhu mahupun solat sunat
tidak ada ditunjuk mesti membaca ayat-ayat tertentu dalam surah tertentu dan
sebagainya. Setelah membaca Fatihah bacalah surah-surah yang kita hafal di
dalam Al Quran, terpulang masing-masing kita, apakah ingin membaca surah
yang panjang ataupun surah yang pendek. Sebelum rukuk bacalah tasbih
sebanyak 15 kali, ketika selesai membaca doa rukuk bacalah tasbih 10 kali dan
seterusnya.

542. Orang Kafir Akan Dimasukkan ke dalam Neraka


Soalan:
Saya berminat ingin mengetahui akan apa yang difirmankan Allah SWT
dalah surah Yaasiin, ayat 12 (harap sila rujuk). Dinyatakan bahawa Allah
azza wajalla akan menghidupkan kembali SELURUH manusia yang telah
mati dan Allah SWT juga mencatatkan akan segala perbuatan mereka.
Saya musykil, akan pendapat-pendapat yang mengatakan bahawa orang
kafir akan terus dimasukkan ke dalam api neraka tanpa sebarang
pengadilan. Namun ayat tersebut menyatakan SELURUH manusia,
apakah seluruh manusia tersebut termasuk yang kafir bersekali?

Jawapan:
Banyak ayat-ayat Al Quran dengan jelas mengatkan bahawa orang-ornag kafir
akan dimasukkan ke dalam neraka. Sebab bagi orang-orang kafir sudah jelas
keingkarannya terhadap Allah, samada diadili ataupun tidak di Padang Mahsyar
nanti bagi mereka tetap telah disediakan neraka sebagai seksaan. Betapapun
diadakan pengadilan kepada mereka tidak ada amal kebaikan bagi mereka untuk
menebus kemusyrikan mereka itu dan akhirnya merekapun dicampakkan di
dalam api neraka. Firman Allah maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang
kafir sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri
peringatan mereka tidak juga akan beriman. Allah telah mengunci mati hati
mereka serta penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat
berat". (Al Baqarah 6-7) Sebelumnya kita lihat maksud surah Yaasin ayat 12:
"Sesungguhnya Kamilah (Allah) yang menghidupkan orang-orang yang mati dan
menuliskan apa-apa yang telah mereka usahakan dan juga bekas-bekas
pekerjaan mereka. Dan tiap-tiap sesuautu itu Allah perkirakan di dalam kitab
yang terang".

Sesudah Allah nyatakan tentang amaran dan khabar gembira pada ayat
sebelumnya, maka Allah menjelaskan pula bahawa Dia berkuasa menghidupkan
orang-orang yang sudah mati. Setengah ahli tafsir menambahkan boleh juga
maksud 'menghidupkan orang yang telah mati' maksudnya hati yang sudah mati
kerana pada mulanya dalam kekufuran dapat dihidupkan-Nya dengan
dianugerahkan taufik dan hidayah, lalu diisi dengan keimanan sebagai roh atau
jiwa yang baru.

Allah juga menyatakan bahawa Dia akan menuliskan apa-apa yang mereka
usahakan samada amalan baik ataupun jahat. Begitu juga bekas-bekas usaha
mereka yang baik seperti ilmu yang diajarkan, sedah diberikan kepada masjid
dan surau dan sebagainya. Begitu juga bekas-bekas usaha yang jahat seperti
membuat pakatan yang jahat, menyediakan hotel khas untuk orang berzina,
tempat berjudi, dan tempat minuman yang memabukkan. Selagi tempat ini
masih ada, walaupun ia telah meninggal dunia maka dosa-dosa yang dilakukan
orang lain dia masih tetap menerima saham dosa tersebut.

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiap


membuat amalan kebajikan di dalam Islam maka akan didapati pahalanya dan
juga pahala orang yang mengerjakan selepasnya dengan tidak berkurang
sedikitpun dari pahala mereka. Dan barangsiapa membuat atau memulakan
perbuatan jahat di dalam Islam maka akan didapati dosanya dan juga dosa orang
yang mengerjakan selepasnya dengan tidak berkurang sedikitpun dari dosa
mereka". (Riwayat Muslim) Tidaklah bertentangan dengan setengah pendapat
mengatakan bahawa orang kafir akan terus masuk ke dalam neraka. Ini
disebabkan bagi orang kafir dihisab atau tidak dihisab bagi mereka tetap akan
menerima seksaan neraka seperti yang dijanjika Allah dalam ayat-ayat Al Quran.
Sedangkan bagi orang muslim, akan dikira amal kebaikan dan kejahatannya
walaupun sebesar zarah sekalipun kerana mereka masih mempunyai tempat
untuk berpaut iaitu iman kepada Allah. Tergantunglah kepada ketentuan yang
akan mereka terima jika amalan baik melebihi amalan jahat, maka mereka akan
dimasukkan ke dalam syurga. Sebaliknya jika amalan jahat melebihi amalan baik,
maka mereka akan dilebur terlebih dahulu ke dalam api neraka sehingga masa
yang ditentukan, barulah setelah itu dimasukkan ke dalam syurga. Itulah
perbezaannya antara orang kafir dengan orang-orang muslim. Wallahu a'lam.

543. Mengenal Air Mani


Soalan:
Apakah titisan air mani? Saya bangun dari tidur, saya dapat rasakan ada
lelehan air. Saya tidak tahu air apa yang meleleh, tetapi bila saya ingat
balik, saya tidak ada mimpi yg menghairahkan?

Jawapan:
Biasanya air mani keluar dari kemaluan seseorang disebabkan adanya
rangsangan berahi, apakah melalui mimpi, mengkhayal ataupun dengan
menggunakan tangan dan yang serupa dengan itu. Biasanya juga sebelum keluar
air mani didahului dengan keluarnya air mazi. Biasanya air mazi berupa cairan
yang sukar diketahui melalui penglihatan namun dapat dirasakan dengan tangan.
Dan keluarnya air mazi ini tidak menyebabkan seseorang mesti wajib mandi.
Mungkin juga cairan yang keluar itu kerana bangkitnya keghairahan anda
disebabkan geseran-geseran yang terjadi ketika tidur sehingga menyebabkan
sampainya klimaks berahi anda. Mungkin juga ia sekadar cairan biasa yang
bukan air mani tetapi berkaitan dengan faktor kesihatan tubuh badan anda.
Namun jika anda dalam keraguan untuk menentukannya, maka ambillah jalan
yang terbaik, mungkin lebih selamat segera lakukan mandi wajib agar tidak
menjadi perkara yang musykil berpanjangan dalam minda anda. Wallhu a'lam.

544. Tempoh Masa Haid


Soalan:
Saya nak tahu tempoh haid dengan istihadhoh. Setahu saya bila
seseorang wanita itu didatangi haid
selama 12 hari (contoh) 5 hari dia suci kemudian datang lagi darah
tersebut. Adakah ia haid atau istihadhoh.
Setakat yang saya tahu ia adalah istihadhoh. Bagaimana pandangan
ustaz. Sebab ada ustazah yang mengatakan ia adalah darah haid?

Jawapan:
Para ulama berbeda pendapat dalam hal lamanya haid atau ukuran waktu
keluarnya haid. Menurut Imam Mundzir, sekelompok ulama berpendapat bahawa
haid tidak mempunyai batasan waktu minima ataupun maksima. Dengan
demikian bila saja seorang wanita datang haid maka berlaku baginya hukum haid
dan bila saja ia suci maka lepaslah dia dari hukum-hukum haid itu. Jadi apa yang
anda alami ini adalah darah haid sedangkan darah istihadah atau darah penyakit
adalah darah wanita yang keluar terus menerus tanpa henti kalaupun berhenti
hanya sebentar. Untuk lebih jelas anda dicadangkan membaca buku tentang haid
dan istihadah ini, kerana pembahasan dua darah ini agak panjang.

545. Petua Berjimak Mengikut Syarak


Soalan:
Saya baru berkahwin 1 bulan yang lepas. Saya ingin tahu apakah cara-
cara yang yang terbaik, perkara yang dituntut dan perkara yang dilarang
dalam melakukan persetubuhan dengan isteri?
Jawapan:
Walaupun wanita itu halal bagi lelaki dengan melalui pernikahan akan tetapi
bukanlah bererti suami boleh berbuat sekehendak hatinya terhadap isterinya.
Kesopanan, kehalusan budi dan menjalankan kewajipan-kewajipan sangatlah
dituntut. Di dalam berjimak ada beberapa larangan yang telah ditentukan oleh
syarak dan mendapat hukuman tercela bagi yang melakukannya.

1. Islam melarang bagi pasangan suami isteri membuka rahsia atau


menceritakan hubungan seks mereka kepada orang lain. Dalam sebuah hadith
diterangkan bagi lelaki yang menceritakan adegan jimak mereka kepada orang
lain tergolong seburuk-buruk manusia di sisi Allah.
2. Islam melarang dan mengharamkan bagi suami yang menjimak isterinya
melalui lubang duburnya. Dalam sebuah hadith diterangkan "terkutuk dan
terlaknat siapa yang mendatangi isterinya dari lubang duburnya".
3. Islam melarang bersetubuh dengan isteri yang dalam keadaan haid dan nifas.

Diantara ada-adab jimak yang dianjurkan antara lain:

1. Dalam melakukan jimak niatkan dalam hati untuk memenuhi kewajipan


daripada Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW bukan semata-mata
memuaskan hawa nafsu.
2. Sebelum bersetubuh membaca doa.
3. Waktu bersetubuh dilakukan dengan hati yang gembira, tidak dalam keadaan
terlalu lapar atau terlalu kenyang sebab akan mengurangi nikmat persetubuhan.
4. Memakai haruman-haruman dan pakaian yang bersih.
5. Suami tetap berusaha untuk mencapai kepuasan secara bersama jangan hanya
mementingkan diri sendiri. sebaiknya tunggu isteri mencapai klimaks terlebih
dahulu.
6. Dianjurkan berwuduk sebelum berjimak.
7. Dianjurkan juga setelah bersetubuh, suami mahupun isteri mencuci
kemaluannya dengan bersih.
8. dan sebagainya.

546. Mengguna Peralatan Majikan Bagi Kepentingan


Diri
Soalan:
Abu bekerja di sebuah jabatan kerajaan/swasta. Pada waktu bekerja
Abu telah membuat pekerjaan samping bagi mendapat duit saku
mengambil ubah menaip/membuat kad jemputan. [Perlu diingatkan
Abu menggunakan kemudahan komputer di pejabat beliau] Namun
demikian ini tidak menjejaskan pekerjaan asal Abu. Bagaimana dengan s
Jawapan:
Jika anda memperolehi kerja sampingan secara halal dan tidak mengganggu
waktu kerja anda dengan majikan anda untuk mencari rezeki sebagai tambahan
demi menampung kehidupan keluarga adalah suatu usaha yang terpiji. Namun
jika anda menggunakan peralatan pejabat tanpa memperolehi keizinan daripada
majikan anda, maka sikap tersebut tidak terpuji dan dikhuatirkan rezeki yang kita
perolehi tersebut tidak berkat bahkan mendapat kutukan daripada Allah. Adalah
lebih baik dan terpuji jika anda meminta izin kepada majikan terlebih dahulu,
kerana peralatan itu miliknya dan berdosa jika menggunakannya tanpa mendapat
keizinan daripadanya.

547. Sifat Dua Puluh (Mengenal Sifat-sifat Allah)


Soalan:
Saya ada kemusykilan ustaz tentang sifat dua puluh? Adakah sifat dua
puluh sifat Allah swt atau sifat kita dan bagaimana nak kenal Allah dan
bagaimanakah cara-caranya?
Azmi, Singapura
Jawapan:
Sesungguhnya sifat-sifat Allah SWT itu bukan saja berjumlah sebanyak 20
sifat. Jumlah sifat-sifat Allah SWT banyak sekali tetapi tidak ada siapa yang
emngetahuin jumlah yang sebenarnya kecuali hanya Allah sahaja yang
mengetahuinya. Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan kerana
selain dari sifat 20 masih kita temui sifat-sifat Allah Yang Maha Agung itu dalam
Nama-Nama Allah yang indah atau Asmaul Husna.

Di dalam Al Quran masih banyak kita jumpai sifat-sifat Allah yang tidak
termasuk dalam sifat 20 dan Asmaul Husna. Walaupun demikian ada 20 sifat
yang wajib diketahui, dikalangan ulama terkenal dengan sebutan "Sifat Dua
Puluh", iaitu Dua puluh sifat yang wajib bagi Allah, dua puluh sifat yang mustahil
bagi Allah dan satu sifat yang jaiz atau harus bagi-Nya.

Sifat 20 yang kita pelajari dalam ilmu Tauhid ini merupakan sifat-sifat Allah
sedangkan sifat manusia merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kita.
Bayangkan saja Rasulullah mengumpamakan keseluruh nikmat yang ada di dunia
ini diibaratkan hanya setitik air dari samudera yang luas, begitu besar kekuasaan
dan Maha Agungnya Allah. Jadi Sifat 20 tersebut menunjukkan Maha Besarnya
Allah dan Agungnya Allah, sedangkan diri kita dengan segala sifat dan kelebihan
hanya merupakan serpihan kecil dari nikmat-nikmat Allah.

Rukun agama terdiri dari Iman, Islam dan Ihsan. Dalam iman tersimpan
keyakinan yang teguh tentang kebenaran wujudnya Allah. Di dalam Islam
terkandung kesetiaan dan ketulusan hamba dalam mengabdikan diri kepadaNya.
Di dalam Ihsan tersimpan keharmonian hubungan manusia dengan Allah,
hubungan manusia dengan sesama manusia dan hubungan manusia dengan
makhluk yang lain. Ketiga aspek ini merupakan sumber untuk mengetahui akan
hakikat Allah. Wallahu a'lam.

548. Hamil Anak Luar Nikah


Soalan:
Saya mengandung 5 bulan tapi kandungan ini anak luar nikah. Saya tidak
tahu nak buat apa. Berkali-kali saya mencuba untuk mengugurkannya
tapi tidak menjadi. Saya berbuat demikian kerana ingin menutup malu
keluarga. Buat sementara ini keluarga saya tidak tahu lagi. Saya tidak
mahu berkahwin kerana saya masih muda lagi. Saya tidak tahu di mana
hendak cari jalan penyelesaian?

Jawapan:
Zina termasuk perbuatan yang diharamkan dan merupakan dosa besar bagi
yang melakukannya. Bahkan mendekatinya pun diharamkan. Sebagaimana
firman Allah SWT maksudnya: "Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya ia
adalah perbuatan keji dan seburuk-buruk jalan".
(Surah Al Isra' ayat 32) Islam dengan keras melarang perzinaan serta
memberikan peringatan tegas, kerana perzinaan mengaburkan zuriat,
merosakkan nasab, merosakkan akhlak dan menimbulkan penyakit yang sukar
diubati.

Akibat yang diterima oleh orang yang melakukan zina ditegaskan lagi oleh
Rasulullah SAW dalam sabda baginda maksudnya: "wahai umat manusia,
takutlah perbuatan zina kerana ia menyebabkan enam perkara. Tiga perkara di
dunia dan tiga lagi di akhirat. Adapun yang di dunia adalah, menghapuskan
kebaikan, membawa kemiskinan dan mengurangi umur. Adapun yang di akhirat,
dimurkai Allah, hisab yang buruk dan seksa neraka".

Untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi, hendaklah anda menempuh


cara-cara sebagai berikut:
1. Pertama sekali anda hendaklah segera bertaubat atas dosa dan kesilapan yang
telah anda lakukan. Taubat dengan sebenar-benar taubat dan berjanji tidak akan
mengulangi perbuatan yang terkutuk itu. Lakukanlah solat fardhu lima waktu dan
banyakkanlah beristigfar dan menyesali perbuatan dosa masa silam.

2. Janganlah anda menggugrkan kandungan yang telah berusia lima bulan


tersebut kerana kandungan anda itu telah berbentuk wujud manusia bahkan
telah ditiupkan roh ke atasnya. Jika anda menggugurkannya bererti anda telah
membuat dosa yang besar iaitu membunuh jiwa manusia.

3. Segeralah mendirikan rumahtangga kerana dengan jalan ini anda telah


membantu diri sendiri dalam menjaga akhlak dan moral serta dapat menyalurkan
nafsu berahi dengan cara yang diredhai oleh Allah SWT. Usia yang muda
bukanlah menjadi ukuran seseorang itu menahan dirinya dari hasrta untuk
mendirikan rumahtangga kerana Siti Aisyah pun berkahwin dengan Rasulullah
SAW saat beliau berusia 9 tahun dan setelah baligh (keluar haid) pada umur 12
tahun beliau baru menjalin hubungan dengan Rasulullah SAW. Jadi jelaslah usia
bukanlah menjadi penghalang untuk anda mendirikan rumahtangga, asalkan
anda telah mencapai usia baligh.

549. Cara Mandi Wajib yang Betul


Soalan:
Saya ada satu kemusykilan...saya nak tahu cara nak mandi wajib dengan
betul.Adakah ianya hanya meratakan air ke badan disertai dengan niat
sahaja atau yang lain.Apakah perkara-perkara yang membuatkan mandi
wajib itu tidak sah...? Diharap ustaz akan membantu saya dengan
perkara ini.
Jawapan:
Rukun mandi wajib itu ada dua. Pertama dimulai dengan niat. Niat itu terletak
di dalam hati, namun jika ingin diungkapkan maka lafaz niat mandi wajib itu
ialah: "Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala". Kedau, meratakan air
keseluruh tubuh. Sekiranya air itu tidak meratai keseluruh tubuh disebabkan ada
yang menghalangi sampainya air kepadanya seperti lilin atau minyak atau lainnya
maka perlu membasuhnya kembali.

550. Bersentuhan dengan Kakak (Muhrim)


Soalan:
Adakah batal wuduk seseorang itu jika terpegang kulit kakaknya sendiri?
Diharap ustaz menolong saya dalam hal ini ?
Jawapan:
Bersentuhan kulit dengan kakak tidaklah membatalkan wuduk. Sebab kakak
adalah tergolong muhrim anda yang haram dinikahi.
561. Usia Perkahwinan
Soalan:
Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai kabaikan dan keburukan
kahwin muda dan juga apa-apa yang berkaitan dengannya?
Jawapan:
Kematangan bagi seorang lelaki untuk mendirikan rumahtangga adalah ketika
berusia 25 tahun. Sesuai dengan usia Rasulullah SAW ketika baginda menikah
dengan Siti Khadijah ketika baginda berusia 25 tahun. Walaupun begitu jika telah
usia baligh, seseorang itu mampu dari segi tanggungjawab meterial dan mental
maka bolehlah mereka mendirikan rumahtangga. Bagi wanita usia mendirikan
rumahtangga boleh dimulai ketika usia baligh hinggalah umur selanjutnya ketika
mereka bertemu jodoh. Sebab Siti Aisyah (gadis) isteri Rasulullah SAW berkahwin
dengan baginda setelah beliau baligh.

Perlu diingat sesungguhnya jodoh dan pertemuan itu ditentukan oleh Allah
SWT. Manusia hanya mampu merancang sedangkan yang menentukannya
hanyalah Allah semata. Jika kita ditentukan berkahwin dalam usia muda,
mungkin itulah yang terbaik yang telah Allah tentukan untuk kita, sebaliknya jika
kita berkahwin dalam usia lanjut mungkin ada hikmah yang terkandung
didalamnya. Namun sebagai insan kita disuruh berikhtiar untuk mencari
pasangan hidup terutama pasangan yang soleh atau solehah. Wallahu A'lam.

562. Membahagi Masa Antara Sukan dan Belajar


Soalan:
Saya seorang pelajar yang aktif didalam bidang sukan dan merupakan
salah seorang pelajar di IPT tempatan. Bolehkan pihak darulnuman
menyarankan cara terbaik untuk mendapatkan ketenangan semasa saya
mengulangkaji pelajaran kerana saya selalu letih selepas bersukan.
Adakan pihak Darul Nu'man mempunyai petua ataupun doa untuk saya
rujuk?

Jawapan:
Belajar menuntut ilmu merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh setiap
muslimah. Dengan demikian tumpuan terhadapnya sangat diutamakan daripada
perekara lain yang bersifat sampingan. Sedangkan sukan dalam bentuk riadah
untuk kesihatan diri juga dituntut demi menjaga kesihatan tubuh. Sedangkan
sukan untuk pertandingan bagi kaum muslimah adalah perkara yang tidak baik,
kerana sukan jenis ini dipertonton atau disaksikan oleh orang ramai termasuk
bukan muhrim bahkan kadang kala sampai membuka bahagian aurat kaum
wanita. Jika anda menceburi bidang sukan untuk pertandingan adalah disarankan
lebih baik menumpukan perhatian anda terhadap pelajaran kerana itu lebih
utama untuk anda.

Banyak ayat-ayat dalam Al quran yang boleh diamalkan untuk terang hati dan
mudah menerima pelajaran. Seperti dalam surah Thaha ayat 25 hingga 28, Surah
Al Anbiya ayat 79, surah Al 'raaf ayat 171 dan lain-lain. Bolehlah anda merujuk
buku-buku tentang pelajar contohnya 313 Zikir dan Doa Pelajar dan sebagainya.

563. Menanggung Perbelanjaan Ibu Bapa


Soalan:
Saya ingin bertanya masalah dari segi hukum tanggungan. Saya telah
beristeri dan mempunyai seorang anak berusia 4 bulan. Dan saya juga
merupakan anak sulung dari 5 beradik dan ibubapa saya seorang yang
miskin. Sebelum kami berkahwin, saya dan isteri saya telah berjanji akan
memberikan sekian2 jumlah kepada ibubapa saya setiap bulan so dengan
syarat itu mereka pun bersetuju.Kerana jika saya putus mengirim duit
bulanan, ibubapa saya akan menderita dalam menanggung adik beradik
saya. So saya kira tempat bergantung mereka.

Masalahnya sekarang, kebetulan kegawatan ekonomi yang melanda,


menyebabkan gaji saya dipotong dan pelbagai masalah tetiba aje muncul
beberapa bulan akhir2 ini, dengan pula kelahiran cahaya mata
baru menyebabkan kewangan kami agak tersepit. Tapi saya tetap
mengirimkan duit bulanan pada parent saya seperti biasa kerana jika
terkurang bagi, mereka akan meghadapi kesulitan. Yang menjadi
masalahnya sekarang, isteri saya sering merungut kerana dalam
kesempitan wang ini, saya tetap mengirim wang pada parent saya
sekian2 jumlah. Dia menuduh saya mengabaikan nafkah hidupnya, tapi
saya rasakan setakat makan minum seperti orang lain saya tak abaikan.
Cuma tak bolehlah berbelanja mewah sikit seperti orang lain.

Pelbagai tomahan yang dilemparkan oleh isteri saya pada saya...katanya


saya lebih pentingkan parent saya...so saya ingin meminta
pendapat/nasihat daripada ustaz, adakah saya perlu mengurangkan
pemberian kepada orang tua saya semata2 supaya kami sekeluarga
hidup lebih selesa ... padahal saya tahu jika saya bagi kurang dari seperti
yang saya bagi, orang tua saya akan mendapat kesusahan.
Siapakah yang perlu saya utamakan....tanggungan orang tua atau isteri
saya?
Saya harap dapat sedikit nasihat daripada ustaz. Terima kasih.

Jawapan:
Hubungan dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak akan
terputus walaupun ia telah mendirikan rumahtangga. Lainlah halnya bagi seorang
wanita bagi mereka setelah bernikah segala aspek kehidupannya haruslah
dibawah jagaan dan perhatian suaminya. Walaupun ia berhajat ingin berkunjung
ke rumah ibu bapanya sendiri si isteri hendaklah terlebih dahulu meminta izin
kepada suaminya. Jika anda yakin bahawa keperluan hidup keluarga terjamin
dari segi tempat tinggal dan makanan mereka, maka teruskanlah membantu
kedua ibu bapa anda demi kebahagiaan anda sendiri baik di dunia mahupun di
akhirat.
Keinginan isteri untuk bermewah-mewah sehingga mengabaikan
tangungjawab kita terhadap ibu bapa sendiri adalah merupakan perkara yang
tidak terpuji. Adalah lebih baik suami memberikan nasihat secara baik dan
hikmah agar ia memahami kedudukan yang sebenar menurut syarak. Maka tugas
seorang suami mendidik isteri menjadi wanita solehah dan tidak mengikut
kehendak nafsunya secara berlebih-lebihan.

Disini kami kemukakan sebuah hadith yang agak panjang tentang sikap
seorang anak lelaki yang melarang bapanya mengambil sedikit hartanya yang
terjadi pada zaman Rasulullah SAW. Diriwayatkan dari jabir Ibnu Abdillah ia
berkata bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata:
"Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah mengambil hartaku".

Kemudian malaikat Jibril pun turun kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Allah
Azza Wajalla menyampaikan salam kepadamu. Apabila orang tua itu datang
kepadamu maka tanyalah kepadanya tentang sesuatu yang dikatakan dalam
dirinya dan hanya di dengar oleh telinga saja". Tatkala orang tua itu datang,
Rasulullah SAW pun bertanya: "Mengapa anak lelakimu mengeluh tentang
sikapmu, dan apakah engkau ingin mengambil hartanya ?".

Orang tua itu pun berkata: "Tanyalah kepada anak lelaki ku itu ya Rasulullah,
apakah aku menggunakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi
diriku". Rasulullah SAW berkata: "Janganlah ceritakan hal ini kepada kami,
beritahulah aku tentang sesuatu yang engkau ucapkan dalam dirimu dan hanya
didengar oleh kedua telingamu". (sesuai dengan perintah malaikat Jibril tadi)

Orang tua itu pun berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, Allah SWT selalu
menambah keyakinan kami terhadap diri baginda. Aku telah mengucapkan
sesuatu dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku". Rasulullah SAW
bersabda: "Katakanlah agar saya dapat mendengarnya". Orang tua itu pun
berkata:

"Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan ku biayai engkau ketika dewasa.
Engkau minum dari rezeki yang kuberikan kepadamu.
Bila engkau sakit di waktu malam, aku tidak tidur dan gelisah semalaman kerana
penyakitmu.
Seakan akulah yang terkena penyakit itu bukannya engkau sehingga akhirnya
aku menangis.
Diriku takut jika engkau binasa.
Supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.
Tatkala engkau menjadi besar dan mencapai akhir usia, aku pun tidak
mengharapkanmu.
Engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah
pemberi kenikmatan dan kurnia.
Jika engkau tidak memelihara hak aku sebagai seorang bapa cukupah engkau
lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan.
Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku dan tidak kikir kepadaku dengan
harta yang bukan hartamu".

Ketika itu Rasulullah SAW memegang leher baju anak lelaki tersebut dan berkata:
"Engkau dan hartamu milik ayahmu".

Dengan hadith diatas maka lebih jelaslah bagi kita betapa penting
tanggungjawab anak lelaki terhadap kedua ibu bapa. Jangan jadikan kecuaian
isteri dalam memahami perintah agama menyebabkan kita tergolong dalam anak
yang derhaka dan tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT, nauzubillahi
minzalik.

564. Aurat Wanita dalam Solat


Soalan:
Ustaz, saya musykil.. Adakah dagu termasuk dalam aurat wanita atau
tidak? Sebabnya ada rakan-rakan saya yang solat memakai pakaian
biasa dan tudung kepala yang biasa. Saya juga berpendapat pakaian
yang kita gunakan sehari-hari sepatutya dapat digunakan terus untuk
solat (jika bersih) tanpa perlu ditukar. Dengan itu, wajibkah wanita
menutup dagu mereka?
Nurul Fadzlin , Cardiff

Jawapan:
Seluruh tubuh wanita termasuk aurat melainkan muka dan tapak tangan.
Dagu adalah sebahagian dari muka, maka dagu yang terbuka tidaklah
membatalkan solat.

565. Menggali Kubur Mayat Semula


Soalan:
Apakah hukum menggali semula mayat yang telah dikebumikan dengan
tujuan untuk membetulkan kesilapan semasa menanamnya?
Jawapan:
Menggali semula kubur mayat yang telah dikebumikan dengan tujuan untuk
membetulkan kesilapan semasa menamnya ataupun ingin memindahnya
hukumnya dibolehkan. Perkara ini sesuai dengan hadith Rasulullah SAW dari Jabir
ra katanya, "Rasulullah SAW mendatangi Abdullah bin Ubai setelah di masukkan
ke liang kubur. Maka Rasulullah SAW menyuruh mengeluarkannya kembali lalu
dipangkunya diatas kedua lutut baginda, disemburkannya dengan air ludahnya
dan dipakaikan baju" (Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amat oleh Abu Daud katanya: Ketika kami
pergi ke Thaif dan lalu disebuah kawasan perkuburan, saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda: "Inilah dia kubur Reghal. Waktu ia berada di tempat
larangan ini mempertahankannya. Maka tatkala ia keluar, iapun ditimpa hukuman
sebagai dialami kaumnya, lalu dikuburkan di tempat ini. Adapun ciri-ciri kuburnya
itu bahawa di dalamnya terdapat sebuah ranting terbuat dari emas yang ikut
ditanam bersama mayatnya. Jika kebetulan kamu menggali kuburnya tentulah
kamu akan mendapatkan ranting emas itu di dalamnya". Orang-orang pun
mendahului Rasulullah dan mengeluarkan ranting emas itu.

Jadi bolehlah menggali kubur kembali jika untuk sesuatu maksud yang dapat
dibenarkan.

566. Merisik untuk Perkahwinan


Soalan:
Disini saya mempunyai kemusykilan mengenai adat merisik dan
bertunang adakah adat merisik itu perlu dari sudut Islam atau ianya
hanya adat orang-orang melayu. Dan adakah boleh ketika adat merisik
itu boleh di sertakan sekali majlis bertunang. ini kerana kedua-dua majlis
itu memerlukan masa dan sumber kewangan yang mana dalam keadaan
ekonomi sekarang ini kebanyakkan orang akan meminimunkan kos.
Sekian saja pertanyaan saya?

Jawapan:
Di dalam Islam memang disuruh merisik terhadap wanita yang ingin dikahwini.
Tujuannya adalah agar mengetahui kedudukan wanita tersebut. Apakah ia
tergolong wanita yang subur, tidak cacat baik segi mental mahupun fizikal. Pihak
ketiga yang mewakili pihak lelaki hendaklah orang dapat dipercayai ataupun
orang yang boleh berlaku adil agar tidak timbul fitnah di kemudian hari.
Bertunang dalam istilah melayu samalah dengan merisik atau melihat keadaan
wanita sebagai calon isteri. sedangkan bertunang yang dipraktik oleh kebanyakan
orang pada saat ini telah menyimpang dan menyalahi syarak.

Pertunangan bukanlah membolehkan seseorang itu untuk berjumpa, kemudian


boleh dibawa ke sana kemari. Pertunangan samalah dengan merisik masa yang
digunakan untuk membuat keputusan samada setuju ataupun tidak. Jika telah
setuju maka permudahkan dari segi mahar agar perkahwinan dapat segera
dilaksanakan. Sedangkan budaya hantaran dengan menggunakan wang beribu-
ribu ringgit sehingga membebankan pihak lelaki bukan perkara sunnah dan hanya
menimbulkan kesukaran baik dari pihak lelaki mahupun perempuan

567. Bekerja Sebagai Seorang Agen Insurans


Soalan:
Saya adalah seorang agen insurans hayat daripada syarikat yang
didaftarkan di Malaysia. Niat saya dalah untuk membantu kaum muslimin
dan muslimat didalam menghadapi masalah kewangan yang mungkin
dihadapi. Adakah pekerjaan saya ini salah disisi agama Islam?

Jawapan:
Terdapat kekeliruan tafsiran di kalangan masyarakat Islam yang kononnya
insuran bertentangan dengan Islam. Mereka percaya bahawa insuran seolah-olah
menolak rahmat Allah. Ini kerana Allah telah menyediakan kita dengan keperluan
hidup yang berpatutan. Memang benar Allah berkuasa menyediakan rezeki yang
cukup kepada makhluknya. Ini dijelaskan dalam surah Hud ayat 6 yang
bermaksud: "Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan
hidup, juga kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang
sebenar menyediakan rezekinya".

Ayat ini tidaklah bermakna Allah akan membekalkan kita dengan makanan dan
pakaian dari syurga walaupun kita tidak berusaha. Ayat ini sebenarnya
menjelaskan tentang masa depan dari segi ekonomi yang bahagia dan mewah
untuk semua orang menurut pandangan Islam. Allah memerintahkan supaya
setiap individu tidak dikecualikan dari menikmati keperluan hidup yang
secukupnya dan ia harus dilindungi dari sebarang bentuk pencerobohan. Ini
adalah kewajipan utama kerajaan Islam menjamin perkara tersebut dan insuran
membantu mencapai objektif ini.

Menurut Majlis Perundangan Islam Liga Dunia Muslim Makkah menganggap


haram kesemua urusniaga insuran moden termasuk insuran nyawa dan yang
berbentuk komersil tetapi ia membenarkan insuran kerjasama.
Menurut Syekh Mustaafa Az Zarqa' Profesor Perundangan islam di Universiti
Jordan dan seorang pakar dalam bidang ini telah menjalankan kajian-kajian
itensif mengenai masalah ini. Beliau berpendapat kebanyak bentuk insurans
adalah diterima oleh Islam. Namun demikian adalah lebih selamat jika diterima
majlis Perundangan Islam kerana ia lebih meyakinkan dan disokong oleh ramai
cerdik pandai.

568. Doa-doa Agar Memperoleh Anak Soleh/Solehah


Soalan:
Saya ingin mendapatkan ayat atau doa untuk anak yang degil atau
bagaimana untuk mendapat anak yang soleh/solehah?
Jawapan:
Diantara doa-doa yang perlu diamalkan agar memperoleh anak yang baik atau
soleh antara lain:
1. Surah Al Baqarah ayat 128
2. Ali Imran ayat 38
3. Furqan ayat 74
4. Ibrahim ayat 40

569. Ibu Jari Terkeluar Ketika Solat


Soalan:
Sahkah sembahyang saya jika dengan tidak sengaja ternampak sedikit
ibu jari terkeluar dari kain sembahyang? Diharap pihak Darul Nu'man
dapat menyelesaikan kemusykilan saya ini. Sekian terima kasih.

Jawapan:
Sah solat anda jika ibu jari terkeluar dari telkung anda, kerana muka dan
tapak tangan tidak tergolong aurat.

570. Amalan Untuk Memperolehi Zuriat


Soalan:
Saya telah berkahwin selama 5 tahun dan masih belum mempunyai anak.
Dalam penantian zuriat pertama saya dan suami telah berusaha dengan
perubatan moden/kampung tapi masih juga tidak berhasil. Dr. telah
mengesahkan bahawa kami adalah pasangan yang normal dan tidak ada
masalah untuk mendapat anak. Semakin lama saya menanti saya rasa
semakin tertekan. Sekarang saya hanya berserah kepada Allah dengan
berdoa. Setiap kali selepas solat saya cuma berdoa dalam Bahasa
Malaysia dan doa-doa dari Al-quran yang pendek Cth doa nabi Zakaria.
Apakah ada cara lain yang patut saya lakukan menurut Islam dan apakah
doa-doa lain yang perlu saya baca?

Jawapan:
Setelah anda berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk
memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh
zuriat, maka anda dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan
tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda
dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat. Di
dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan
yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling
penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah
SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda berdua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah
memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk
mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.
(Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang
soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika
masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka
terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki
Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali
setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali
kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat
yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

571. Dilema antara Ayah dan Ibu


Soalan:
Assalamualaikum Ustaz. Saya ada dua kemusykilan.

Pertama, mengenai ibu saya.


Ibu saya berumur sekitar 65 (masih aktif lagi) manakala ayah saya
berumur 63 (mengidap penyakit gout tapi masih boleh jalan perlahan-
lahan- di dlm rumah saja). Masalahnya,Ibu saya kalau bergaduh dengan
ayah saya dia akan mengungkit-ungkitkan kisah lama dan kadang-
kadang tersentuh juga perihal kedua orang tua mereka. Namun sesudah
bergaduh ibu saya pasti tidak akan menegur ayah saya setelah itu,
sampai makan-minun ayah saya pun tidak terurus oleh ibu saya,
malahan ayah saya tidak ada makan tengahari pun yang dihidangkan
oleh ibu saya.

Untuk pengetahuan ustaz, genggaman tangan ayah saya tidak kuat


begitu juga dengan kakinya dan badannya. Maka terpaksalah ayah saya
berlapar sehingga kepetang barulah ayah dapat makan malam
(menunggu saya pulang dari pejabat dan malam tersebut sayalah yang
memasak & menghidangkan kpd ayah saya). Saya kasihankan ayah saya
yang tiada orang yg menjaga dan menengok-nengokkan ia namun
apakah daya diriku kerana aku juga bekerja seperti orang lain utk
mencari nafkah hidup ku sekeluarga.

Dalam soal ini, saya memohon nasihat dan pandangan ustaz dalam
perkara sebegini, apakah situasi ayah dan ibu ku sekarang ini dan saya
amat kasihan melihat ayahku diperlakukan sedemikian rupa oleh ibu krn
waktu ayahku bekerja ibu amat sayang kepadanya kerana diberikan
wang tiap-tiap bulan tapi setelah
ayah pencen dan menderita sakit serta disaat-saat memerlukankasih-
sayangnya ia tidak pedulikan lagi.
Hanya tahu mencari rezeki sendiri saja dan membiarkan ayah saya tanpa
terurus makan-minumnya dan ayah hanya menangis seorang diri
mengenangkan nasibnya dan serta menunggu ajalnya kunjung tiba
saja. Namun ayah ada juga memberi nafkah kepada ibu cuma tidak
sebanyak mana, cuma setakat 200-300 saja, tapi anak-anaknya yang lain
ada juga memberikan ia wang tiap-tiap bulan.

Sebagai anak perempuan saya kasihan melihat ayah saya namun saya
hanya mampu mendengar rintihan dan tangisannya sahaja dan saya
sendiri tidak tahu apa yang saya perlu buat dan saya amat benci
dengan sikap ibu saya tersebut.

Tolonglah ustaz berikan nasihat dan pandangan dalam hal ini.

Jawapan:
Sebagai seorang isteri wajib baginya memenuhi layanan yang sempurna
kepada seorang suami. Jika suami sakit maka isteri perlulah bekerjasama
membantunya, begitu juga sebaliknya jika isteri sakit maka suami haruslah
mengulurkan bantuan demi meringankan beban yang ditanggung oleh isteri.
Seandainya ini dapat dilaksanakan maka insya Allah keluarga akan harmoni
hingga akhir hayat. Namun jika isteri tidak menghiraukan beban yang ditanggung
oleh suami, bahkan tidak melayan dengan selayaknya, maka yang berdosa
adalah isteri tersebut.

Jika berjumpa dengan kes seperti ini berikan nasihat dan pemahaman tentang
tanggungjawab seorang isteri terhadap suami. Namun jika nasihat itu tidak
dihiraukan maka bagi pihak anak-anak hendaklah berdoa agar ibunya merubah
pendirian dan keperibadian dalam melayan suaminya. Setelah itu serahkan
kepada Allah, kerana kita hanya mampu berusaha dan berdoa, sedangkan untuk
memberikan petunjuk dan hidayah itu hanya hak Allah semata.

Sedangkan tanggungjawab seorang anak terhadap ayah atau ibunya tetap


seperti biasa, meskipun hubungan mereka suami isteri tidak berapa baik, maka
anak tidak boleh menunjukkan sikap menyebelahi mana-mana pihak, sebab sikap
demikian hanya mengeruhkan suasana. Sebagai seorang anak wajib
menghormati dan menyanjung tinggi ibunya. Tentang hubungan yang tidak baik
antara mereka suami isteri biarlah perkara itu menjadi tanggungan dosa mereka.
Yang jelas anak jangan membeza-bezakan dalam memberikan perhatian dan
kasih sayang terhadap kedua ibu bapa.
572. Bergaduh dengan Ibu
Soalan:
Kemusykilan Kedua :
Saya telah bergaduh dengan ibu saya tentang ketidakpuasan hati saya
terhadap ibu saya selama ini. Ibu saya ini boleh dikatakan mata duitan
dan berat sebelah dalam membahagikan kasih-sayangnya terhadap saya
(terutama saya krn saya disangkakan adalah anak emas ayah saya pada
pandangan ibu saya namun saya rasa tidak krn ayah saya tidak
membeza-beza anak-anaknya, semuanya sama rata saja ).
Namun ibu saya tidak puashati dan selalu membeza-bezakan saya, ibu
saya lebih kasihkan kakak saya nombor-2 dan juga nombor-4 serta
kakak nombor-1 tapi berlainan ayah (dulu ibu saya kahwin 2x dan
mempunyai anak lama sebanyak dua orang, dan pada masa kini ayah
saya adalah suami
keduanya sehingga sekarang ).

Masalahnya, setelah saya bergaduh dengan ibu saya, saya tidak menegur
ibu saya sampailah kini krn saya sakit hati dengannya dan apakah status
saya sekarang ini, sedangkan saya bingung yang mana satu harus saya
utamakan ibu saya ataupun ayah saya, saya kasihan ibu saya tapi saya
lebih kasihankan ayah saya kerana dialah tempat saya mencurahkan
segala masalah saya pada masa dulu.

Malahan ketika perkahwinan saya baru-baru ini, ayah saya dan kakak tua
saya serta abang sayalah yang bermatian menguruskan segala
persediaan perkahwinan sehingga perkahwinan saya hampir tidak
menjadi disebabkan ibu saya mata duitan. Walaupun ketika itu saya ada
melihat ayah dan kakak saya menangis disebabkan hal ibu saya, saya
hanya berserah kepada Allah s.w.t. saja untuk menentukan segala-
galanya. Namun berkat kesabaran ayah dan kakak saya, mereka
teruskan jua dan akhirnya berlangsung jua perkahwinan tersebut dan
saya bersyukur ke hadrat illahi krn ayah saya sanggup melaksanakan
kewajipannya walaupun hatinya pedih mengenangkan sikap ibu saya
selama ini.

Maka, apa yang menjadi tanda tanya saya, adakah saya berdosa
terhadap ibu saya krn situasi begini saja?
Dan saya sekarang masih lagi menjaga ayah saya yang sedang sakit krn
ibu saya tidak mempedulikan ia lagi, bagi ibu saya dia menganggap yang
ayah saya hanyalah sebagai beban kepadanya sedangkan ayah masih
ketua rumah cuma kerana penyakitnya itu saja yang menjadi penghalang
kpdnya. Dan manakah yang harus saya utamakan samada ibu, ayah
ataupun suami saya . Setahu saya, sebagai anak perempuan
yang telah berkahwin maka saya bukan lagi tanggungan orang tua saya
namun adakah saya dianggap derhaka terhadap ibu saya krn tidak
menegurnya sedang perkara bergaduh mulut itu berlaku ketika saya
telah bersuami dan suami saya juga mengetahui.

Mohon perjelasan daripada ustaz .


Insan dlm kerisauan,KK/sabah.?

Jawapan:
Menuduh ibu sendiri sebagai mata duitan merupakan dosa besar. Jika
ungkapan ini dilemparkan secara langsung dihadapannya sudah pasti akan
mengguriskan hati dan perasaannya. Menyakiti hati ibu merupakan kederhakaan
yang paling besar setelah musyrik kepada Allah. Apatah lagi tidak menegur ibu
sendiri lantaran sikapnya yang tidak sesuai dengan kita maka dosanya
bertambah-tambah besar. Di dalam Islam jika ibu kita seorang yang kafir
sekalipun kita tidak dibenarkan untuk menyakiti hatinya bahkan disuruh berbuat
baik dengannya dan melayannya dengan cara yang baik pula.

Bertaubatlah kepada Allah dengan segera minta maaf kepada ibu anda, kerana
jika ibu anda tidak redha dan tidak memaafkan anda, maka akan melenyapkan
rahmat Allah terhadap anda. Jika ini yang terjadi dikhuatirkan anda akan menjadi
insan yang menyesal berpanjangan. Tentang keperibadian ibu terhadap ayah
anda dan terhadap diri anda sendiri biarlah menjadi tanggungannya, namun
sebagai seorang anak tetap wajib melayan ibu dengan cara yang baik.

Sentiasalah berbuat baik kepada ibu meskipun ia tidak melayani sesuai dengan
hati dan nurani kita. Jangan balas kekerasan sikap ibu dengan kekerasan juga
tetapi balaslah kekerasannya dengan kelembutan agar hatinya menjadi lembut
dan menyayangi anda. Layanlah ayah anda yang sakit itu dengan cara yang baik
sesuai dengan kemampuan dan mintalah pengertian dan pertolongan suami
dalam menghadapi masalah anda ini agar ia memahaminya dan tidak merasa
keberatan atas sikap anda yang menyempatkan diri untuk membantu dan
menolong ayah. Sebab keredhaan suami terhadap isteri sangat penting bagi
memperoleh keredhaan Allah SWT.

573. Memakan Daging yang Diniatkan Qurban dan


Aqiqah
Soalan:
Kemusykilan saya ialah mengenai daging Qurban dan Aqiqah. Apakah
daging yang diniatkan untuk Qurban boleh dimakan oleh tuan yang
punya Qurban dan bagaimana pula dengan daging Aqiqah? Saya agak
keliru dengan kedua-duanya. Harap dapat beri penjelasan lebih
terperinci.
Jawapan:
Daging qurban halal dimakan atau dimiliki oleh orang yang berqurban paling
banyak sepertiga. Akan tetapi daging qurban wajib atau daging qurban nazar
haram dimakan oleh orang yang bernazar. Daging qurban sunat maka sunat
dimakan oleh orang yang berqurban untuk sekali makan selebihnya disedekahkan
kepada fakir miskin dalam keadaan mentah. Sedangkan daging aqiqah boleh
dimakan oleh orang melakukan aqiqah dan disedekahkan kepada fakir miskin dan
boleh juga diberi kepada orang kaya dalam keadaan sudah masak.

574. Antara Agama dan Politik


Soalan:
Apakah hukumnya orang yang mengatakan Agama Dan Politik tidak
boleh dicampuradukan?
Jawapan:
Pada dasarnya Deinul Islam (agama Islam) mencakup segala aspek kehidupan
bermula dari diri sendiri hingga persoalan masyarakat dan negara. Negara yang
dituntut adalah negara yang berdasarkan ketentuan Allah iaitu menegakkan
kebenaran dan keadilan. Sedangkan istilah politik dalam masyarakat moden tak
lebih hanya suatu ideologi yang dibuat oleh manusia.
575. Menyertai Parti Berdasar Islam
Soalan:
Apakah HUKUM nya kita menyertai Politik yang berdasarkan ISLAM?
Jawapan:
Oleh kerana dunia moden telah membentuk sistem demokrasi dalam sesebuah
negara dan umat Islam wajib pula menyertainya demi menegakkan keadilan
maka wajiblah bagi kita menyertai perkumpulan/jemaah/ parti yang berdasarkan
Islam demi tegaknya kebenaran.

576. Bersekongkol Menghina Nabi


Soalan:
Apakah HUKUMnya kita bersekongkol dengan orang yang menghina Nabi
SAW?

Jawapan:
Menurut Imam Sayid Hawa salah satu yang membatalkan syahadah yang
menyebabkan seseorang itu menjadi murtad adalah menghina Rasulullah SAW.
Jadi jika kita bersekongkol dengan orang yang menghina Rasulullah SAW bererti
kita telah mengikut mereka dan tergolong dalam orang-orang yang murtad.
Nauzubillahi minzalik.

577. Onani dengan Tangan Isteri


Soalan:
Apakah hukumnya suami mengeluarkan air mani suami dengan
menggunakan tangan isteri?
Jawapan:
Isteri kamu bagaikan kebun dan ladang milikmu yang boleh digunakan
menurut kehendakmu sendiri asalkan tidak menyalahi hukum syarak seperti
mengadakan hubungan melalui dubur (liwat). Jika isteri dalam keadaan tidak
boleh dijimak seperti dalam keadaan haid atau nifas maka suami bolehlah
melepaskan berahi seks dengan memohon bantuan isteri seperti menggunakan
tangan dan sebagainya demi terhindarnya fitnah dan perkara yang lebih buruk
seperti berbuat zina dan sebagainya.

578. Nazar Untuk Memberi Sedekah


Soalan:
Assalamualaikum,
Ustaz, saya ada kemusykilan iaitu, mak saya nak membayar nazarnya
dengan sedekah pisang. Pisang itu diletakkan diatas meja kepada
pelanggan yang datang. Jadi sesiapa pelanggan yang datang makan akan
mengambil pisang tersebut, lalu makan. Soalannya,sah tak nazar itu?
Keduanya, jika ada pelanggan yang makan itu bukan Islam bagaimana?
Jawapan:
Nazar adalah iltizam atau menetapkan diri bertaqarrub pada perkara yang
tidak semestinya ada menurut syariat dengan suatu ungkapan kata yang terasa.
Seperti orang berkata: "Kerana Allah, aku wajib bersedekah sebanyak...." atau
"Jika Allah menyembuhkan penyakitku, maka aku akan berpuasa selama tiga
hari". dan lain-lain yang semestinya.
Jika bernazar dengan bersedekah pisang sebanyak yang dinazarkan dan
diberikan kepada orang yang datang di restoran anda, maka lakukanlah niat
tersebut, maka insya Allah hajat tersebut telah memenuhi syarat yang
dinazarkan.
Namun adalah lebih baik jika makanan tersebut di berikan kepada pengunjung
masjid atau surau berhampiran yang sudah pasti muslim dan mereka yang akan
mendoakan kita.

579. Mereka yang Layak Menerima Fidyah


Soalan:
Bagi seseorang yang ingin membayar fidyah, kepada siapakah mereka
harus membayar. Bolehkah diserahkan kepada amil zakat untuk
menguruskannya atau kita perlu mencari sendiri orang yang layak terima
fidyah tersebut?

Jawapan:
Jika kita tidak mampu melaksanakan puasa lantaran keuzuran, sakit dan
sebagainya yang menyebabkan dibebankan membayar fidyah, maka wajib bagi
kita memberi makan sehari seorang fakir ataupun miskin. Usahakanlah mencari
orang miskin yang ada disekitar kediaman ataupun di kampung anda dan inilah
yang lebih baik.

580. Menasihati Suami Suka Meninggalkan Solat


Fardhu
Soalan:
Bagaimanakah cara menasihati suami yang sukar(meringankan)
mengerjakan ibadah sembahyang fardhu?

Jawapan:
Suami isteri yang diredhai adalah yang sentiasa saling mengingat antara satu
dengan yang lainnya. Seharusnya suamilah yang bertanggungjawab menjaga
akhlak dan agama isteri. Namun jika suami yang mengabaikan solat fardhu maka
sangat besarlah dosa yang mesti ditanggungnya kerana ia tidak mampu membina
dirinya sendiri dalam mematuhi perintah Allah SWT. Jika demikian maka sangat
sukarlah baginya untuk membina keluarganya menuju kebahagiaan hidup
berumahtangga.

Seandainya isteri memiliki keimanan yang kuat sehingga tidak terpengaruh


dengan kelalaian suaminya dalam melaksanakan ibadah solat, maka isteri
memiliki akhlak yang terpuji. Berusahalah menasihat suami dengan secara tidak
langsung, umpamanya isteri terus mengerjakan solat walaupun suami tidak mahu
mengerjakannya, semoga dengan fenomena itu dapat merubah mindanya dan
merasa malu, akhirnya ia akan mengerjakan solat. Disamping itu mintalah pihak
ketiga untuk menasihati suami, terutamanya ahli keluarganya sendiri ataupun ibu
bapanya dan orang lain yang berpengaruh terhadap suami anda. Terakhir,
berdoalah kepada Allah agar suami anda mendapat hidayah dalam mengerjakan
perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
581. Niat Puasa Sunat Isnin dan Khamis
Soalan:
Saya mahu amalkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis tiap-tiap
bulan, sebagaimana yang saya dapat tahu bahawa mengamalkan puasa
hari Isnin dan Khamis boleh menghindarkan dari berbagai penyakit,
boleh kah tuan guru jelaskan disini bagaimanakah niat puasa tersebut?
Jawapan:
Niat adalah sesuatu yang datang dari lubuk hati yang paling dalam.
Memadailah kita memiliki hasrat di dalam hati untuk melakukan sesuatu perkara,
maka itu merupakan niat. Namun kadang kala sesetengah orang lebih senang
menegaskan niat yang ada di dalam hatinya itu dengan menyebutkan sekali lafaz
niatnya. Jika dengan melafazkan niat tersebut lebih menyenangkan dan
mengukuhkan lagi hasrat tadi maka lebih baik melafazkan niat setiap kali ingin
memulai ibadah tertentu.

Lafaz niat puasa sunat sama dengan lafaz niat ibadah-ibadah yang lain. Jika
ingin mengerjakan puasa sunat Isnin, memadailah dengan mengucapkan lafaz
niat seperti ini: "Sahaja aku puasa sunat Isnin pada esok hari kerana Allah
Taala".
Sila rujuk buku:
1. Bimbingan Lengkap Fardhu 'Ain - IBADAH PUASA DN 054

^ Kembali ke atas ^

582. Memberi Salam Kepada Orang yang Berdosa


Soalan:
Saya merupakan seorang pelajar luar negara. Sekarang nie, kebanyakan
rakan2 terutamanya lelaki mengalami masalah akhlak yang boleh juga
dikatakan kritikal. Ada diantara mereka yang mengambil dadah
(ganja),sudah pandai minum arak dan ada yang menjadikan disko
sebagai tempat meluangkan masa malam mereka. Ada juga rakan2 lelaki
yang sudah bertindik mengikut budaya remaja di sini. Saya khuatir juga,
kerana di tempat kami ni kiranya kawasan pedalaman dan jauh dari
pengetahuan pihak2 yang bertanggungjawab ke atas kami (MSD).
Soalan saya:-
1. Bolehkah kita memberi salam kepada mereka2 yang telah minum
arak.? Ini kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa kita tidak
boleh memberi salam kepada mereka kerana mereka ini diibaratkan
sebagai orang kafir.?
Eda, Wales, U.K
Jawapan:
Orang Islam yang minum arak bererti orang yang melakukan dosa besar dan
mereka masih dalam keadaan muslim dan tidak tergolong kafir. Jika ia masih
muslim maka menjadi tanggungjawab kita untuk saling bertegur sapa dan
mengucapkan salam apabila berjumpa. Moga dengan sikap kita yang baik dan
luhur itu dapat merubah keperibadiannya serta mengembalikannya ke pangkal
jalan. Kemudian nasihatlah sahabat kita tersebut sebagai tanggungjawab kita
memenuhi panggilan amar makruf nahi mungkar. Wallahu A'lam.

^ Kembali ke atas ^
583. Lelaki Bertindik Menyerupai Wanita
Soalan:
2. Bolehkah mereka yang bertindik (tidak kira di anggota mana) menjadi
wali suatu hari kelak? Ini juga berkenaan sesetengah maklumat yang
saya dengar mengatakan yang lelaki yang bertindik, tidak boleh menjadi
wali walaupun lubang tindikannya itu telah terkatup?
Eda, Wales, U.K
Jawapan:
Lelaki yang bertindik bererti telah melakukan dosa besar kerana ia telah
melakukan perbuatan yang menyerupai wanita. Perbuatan menyerupai wanita
sangat dikutuk oleh Allah SWT. Jika ia bertaubat dengan meninggalkan
pekerjaan yang terkutuk itu, maka ia boleh menajdi wali, namun jika ia memiliki
anak perempuan yang ingin berkahwin dan ia masih dalam keadaan mengerjakan
pekerjaan yang fasiq maka hendaklah wali diserahkan dengan wali hakim.
Wallahu A'lam.

^ Kembali ke atas ^

584. Rantai Berukir Nama Allah


Soalan:
Apa hukumnya jika seorang lelaki memakai rantai yang berukirkan nama
Allah dengan tujuan agar sentiasa mengingati Allah?
Hadi, KLumpur
Jawapan:
Memakai rantai yang diukir nama Allah dengan tujuan mengingat Allah
merupakan perkara bid'ah. Seharusnya setiap insan berkewajipan mengingat
Allah setiap masa dan dimanapun mereka berada. Bahkan lelaki memakai rantai
telah menyerupai wanita perbuatan semacam ini sangat dibenci oleh Rasulullah
SAW.

^ Kembali ke atas ^

585. Memenuhi Nafsu Syahwat yang Tinggi


Soalan:
1.Ustaz saya sudah berkahwin...tapi keinginan sex saya amat tinggi
sehinggakan jika saya melihat wanita cantik akan naiklah syahwat
saya,dan untuk itu saya mengambil keputusan untuk kahwin seorang
lagi. Bagaimana saya boleh membendung nafsu saya? Dan apakah
keputusan untuk kahwin lagi itu baik untuk saya?
Insan, Penang
Jawapan:
Di dalam Islam membolehkan seseorang lelaki berkahwin hingga empat orang
(poligami) jika seseorang itu berkemampuan dari segi jasmani mahupun rohani.
Adalah lebih baik seseorang itu kahwin lagi jika gejolak nafsu syahwatnya terlalu
tinggi sehingga tidak memadai dengan seorang isteri asalkan tujuan
perkahwinannya itu bukan sekadar untuk memenuhi nafsu syahwat semata
sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika ia
mengabaikan tanggungjawabnya maka hukumnya berdosa dan lebih baik baginya
memperbanyak puasa.

^ Kembali ke atas ^
586. Mengahwini Wanita yang Tiada Dara
Soalan:
Disini saya mempunyai satu masalah yang mana menginginkan
pandangan daripada ustaz. Untuk pengetahun ustaz saya mempunyai
seorang pasangan dan kami telah merancang untuk mendirikan
rumahtangga tidak lama lagi. Masalah timbul apabila pasangan saya
memberitahu mengenai sejarah hidupnya dimana dia pernah diperkosa
oleh bapa saudaranya ketika dia masih kecil. Tujuan dia memberitahu
saya masalah ini ialah kerana dia tidak mahu ada yang mengungkit satu
masa nanti.
Pada ketika dia memberitahu perkara tersebut, saya bagaikan hilang
pedoman dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan, tetapi apabila
memikirkannya semula, saya mengambil keputusan untuk meneruskan
hubungan ini. Ini kerana saya menyintainya bukanlah kerana benda yang
telah hilang itu. Tetapi kerana Allah. Saya berminat untuk menyertai
ruangan ini kerana saya ada terbaca masalah salah seorang pembaca
yang manghantarkan masalah nya di ruangan ini. Salah satu point yang
dapat saya ingat ialah seorang lelaki dikatakan tercabar jika mengetahui
yang bakal suri rumahnya tidak mempunyai dara lagi. Apakah keputusan
yang saya ambil ini satu keputusan yang bijak ustaz?

Hamba Allah, Melaka


Jawapan:
Tujuan perkahwinan dalam Islam bukan mementingkan masalah dara atau
tidaknya seseorang. Rasulullah SAW sendiri memiliki sembilan orang isteri dan
hanya seorang saja diantara isteri baginda tersebut yang berstatus dara
sedangakan yang lainnya sudah tidak dara lagi (janda). Antara dara dan tidak
dara, itu hanya sekedar proses. Ertinya antara dara menuju tidak dara hanya
suatu ketika atau saat tertentu sahaja. Hari ini ia seorang dara dan esok mungkin
ia tidak dara lagi lantaran selaput daranya telah terkoyak atau putus lantaran
bersukan, kemalangan dan sebagainya. Jadi bukan masalah dara atau tidak
daranya yang menjadi ukuran,yang penting adalah mengapa perkara itu terjadi.
Umpamanya wanita yang hobinya berzina (bohsia dan sebagainya), maka kita
harus menghindari daripada menikahi wanita seperti ini melainkan dianya benar-
benar taubat.

Jika calon pasangan anda kehilangan daranya lantaran di rogol ketika usia
kecil, maka ia tidak berdosa dan dia tidak tergolong orang yang rendah akhlak
dan moralnya. Jadi sangatlah keliru jika kita menghukumnya lantaran kesalahan
orang lain yang dilakukan terhadap dirinya. Sepatutnya andalah sebagai wira
yang menyelamatkan hati dan perasaannya yang pernah terluka dan pernah
dianiaya ketika ia masih kecil. Sebagaimana Rasulullah SAW menyelamatkan para
janda lantaran suami mereka telah gugur di medan jihad.

Seandainya Allah tentukan bahawa jodoh anda ditetapkan terhadap pasangan


anda ini, perkara paling penting yang harus diingat, jika berlaku pertelingkahan,
maka janganlah anda pula yang mengungkit-ungkit kembali peristiwa pahit isteri
anda tersebut, kerana perbuatan itu hanya melukai hatinya kembali. Jika anda
sanggup mengawal perasaan ini maka nikahlah dengannya, namun jika tidak
mampu menahannya, maka lebih baik anda membuat keputusan yang tidak
menimbulkan sengketa di kemudian hari.

Teruskanlah hubungan anda dan jangan jadikan masalah itu sebagai sesuatu
yang menggaggu fikiran. Kahwinlah wanita tersebut kerana disamping anda
memiliki seorang isteri anda mendapat pahala yang besar kerana dapat membina
dan memulihkan keyakinan pasangan anda terhadap dirinya sendiri. Wallahu
A'lam.

^ Kembali ke atas ^

587. Wanita Menyatakan Hasratnya terhadap Lelaki


Soalan:
Rasulullah ada menyebut, sekiranya kita menyukai seseorang kerana
Allah, ada baiknya kita menyatakan kesukaan kita kepadanya. Apakah
pula kewajaran bagi seorang muslimat yang menyukai seorang muslimin
kerana dia yakin muslimin itu seorang yang memiliki fahaman Islam
yang jelas. Tetapi muslimin ini telah menolak hasrat itu kerana dia
sendiri pernah dikecewakan. Saya ada mendengar seorang wanita itu di
datangi bukan mendatangi. Wajarkah lagi muslimat ini menyatakan
hasrat hatinya secara bersunguh-sungguh dan terus mengharap, setelah
dia yakin muslimin tersebut adalah pilihan yang terbaik hasil dari doa &
solatnya. Dalam hal ini, bagaimanakah dia harus bertawakkal?

Nur 'Izzah, Glugor


Jawapan:
Tidaklah salah seorang wanita menyatakan keinginannya terhadap seorang
lelaki agar lelaki tersebut melamarnya dan mengahwininya. Bahkan Siti Khadijah
mengatar seorang utusan untuk menyatakan hasratnya agar baginda
mengahwininya. Akhirnya hasrat Siti Khadijah itu disambut oleh Rasulullah SAW
dengan cara yang baik dan bagindapun mengirim utusan untuk melamar Siti
Khadijah.

Jika anda berhasrat terhadap seseorang lelaki bolehlah meniru seperti yang
dilakukan oleh Siti Khadijah yang mengirim utusan untuk menyatakan hasratnya
terhadap baginda. Setelah itu berdoalah kepada Allah, agar pemuda yang
menjadi idaman hati anda itu terbuka hatinya untuk menerima anda sebagai
isterinya. Serta bermohonlah kepada Allah agar pilihan anda itu merupakan yang
terbaik yang telah Allah tentukan untuk diri anda. Insya Allah.

^ Kembali ke atas ^

588. Solat Sambil Duduk


Soalan:
Saya sekarang mempunyai masaalah bersembahayang dengan biasa
kerana kaki dan lutut saya sakit, jadi saya sembahayang dengan duduk
di kerusi.jadi soalan saya ialah boleh tak saya menjadi imam kepada
solat keluarga saya di rumah?

Sulaiman, Kuching
Jawapan:
Melaksanakan ibadah solat merupakan fardhu yang tidak boleh ditinggalkan
walau apapun keadaannya melainkan bagi wanita yang haid, nifas dan
sebagainya, begitu juga bagi lelaki yang mabuk ataupun gila. Jika tidak mampu
berdiri maka dianjurkan duduk dan jika tidak mampu duduk supaya
mengerjakannya dengan berbaring.
Jika ingin menjadi imam kepada ahli keluarga duduklah di lantai agar anak dan
isteri dapat melihat secara mudah gerakan solat imam dengan demikian tidak
menimbulkan kekeliruan dan was-was bagi makmum. Syarat yang paling penting
bagi seseorang yang ingin menjadi imam adalah imam hendaklah lebih baik
bacaan Al Qurannya daripada makmum, imam lebih faham daripada makmu
perkara yang berkaitan dengan hukum syarak, serta imam hendaklah seorang
lelaki dan mumayiz.
Sila rujuk buku:
1. Bimbingan Lengkap Ibadah Solat DN 200

^ Kembali ke atas ^

589. Lelaki Cenderung Menyukai Lelaki


Soalan:
Saya selalu terbaca mengenai Homoseksualiti dan pandangan
masyarakat terhadap golongan ini. Saya ada seorang kawan yang tidak
disangka-sangka tergolong dalam golongan ini. Beliau akhirnya
menceritakan perihal beliau setelah lama memendam rasa. Beliau seperti
lelaki normal. Semasa kecil, beliau agak pelembut dan beliau tidak suka
dikatakan lembut, dan beliau berusaha serta berjaya megubah
perwatakan dari lelaki lembut kepada lelaki normal. Beliau juga
mengakui, menyukai sesama lelaki sejak dari kecil lagi. Beliau tidak
minta mempunyai perasaan demikian malahan beliau berdoa setiap hari,
agar suatu hari nanti, beliau tidak mempunyai perasaan terhadap
sesama lelaki sebagaimana perempuan. Oleh kerana beliau agak
menuruti ajaran agama, alhamdullilah beliau tidak terlibat dengan gejala
yang tidak sihat. Beliau adalah sorang yang tidak meninggalkan solat.

Soalannya, adakah beliau akan dilaknat tuhan kerana berperasaan


terhadap sesama lelaki tetapi tidak sehingga memberitahu orang yang
disukai serta terlibat dalam seks luar tabii? Bagaimana untuk mengatasi
masalah beliau kerana beliau juga ingin berkahwin, mempunyai anak
tetapi tidak mempunyai perasaan terhadap wanita? Beliau juga tidak
mahu tergolong dalam golongan kaum Nabi Lut dan mahu menjadi lelaki
normal?

Shah, Azman, PJ
Jawapan:
Setiap orang telah dibekalkan oleh Allah rasa cenderung untuk menyintai
orang lain ataupun menyukai orang lain. Di dalam Islam malah dianjurkan
seorang lelaki menyukai lelaki lain atas dasar memperjuangkan kebenaran Islam
kerana Allah. Ertinya makna suka disini bukan saja dimaksudkan untuk
mengadakan hubungan diluar tabi'i tetapi lebih jauh lagi ingin menjalin tali
silaturrahim dan kekeluargaan. Begitu juga bagi kaum lelaki menyukai kaum
wanita merupakan fitrah insaniah yang telah Allah bekalkan dalam diri manusia.
Namun jika fitrah ini disalah gunakan seperti mengadakan hubungan diluar nikah
bererti mereka bukan melakukan fitrah sebaliknya melawan fitrah dan berdosa
kepada Allah SWT.

Perkara yang paling penting bagi seorang lelaki yang normal adalah tidak
menggunakan kenormalannya itu untuk melawan perintah Allah, seperti
melakukan homoseksual ataupun perbuatan zina. Kecenderungan anda menyukai
lelaki namun tidak sampai melakukan perbuatan terkutuk tidaklah tergolong
berdosa, namun terjemahkanlah atau arahkan tujuan persahabtan itu kerana
Allah dan kerana ingin mempererat hubungan silaturrahim. Insya Allah,
persahabtan anda akan mendatangkan manfaat baik diri anda sendiri mahupun
sahabat anda tersebut. Walaupun begitu jagalah rasa kesukaan itu sebatas
kesukaan antara seorang sahabat dengan sahabat lainnya.

Mengenai hasrat anda ingin berkahwin dan ingin mempunyai anak


laksanakanlah, insya Allah dengan cara pernikahan akan lebih cepat
menyelesaikan masalah dan was-was yang sedang anda alami ketika ini.
Mengenai tidak ada perasaan kecenderungan kepada wanita mungkin akan dapat
selesaikan jika anda telah dijodohkan dengan seseorang wanita, baik dari pilihan
orang tua, mahupun pilihan yang telah anda persetujui. Percayalah,
kecenderungan dan keinganan itu akan timbul lebih kuat dan mendalam jika
fokus perasaan dan hati anda telah terarah kepada calon pasangan anda
tersebut.

Bayangkan saja orang zaman dahulupun tidak pernah melayan keinginannya


dengan cara berfoya-foya atau bersama-sama dengan wanita demi melayan
hawa nfsunya. Namun kebanyakan mereka dapat menjalankan kehidupan
keluarga yang lebih baik dibandingkan dengan kehidupan orang moden ketika ini,
padahal mereka hanya berbicara dan bertemu ketika malam pengantin.
Seminggu pertama dari perkahwinan mereka hanya digunakan untuk suakenal
namun akhirnya mereka saling sayang menyayangi. Mungkin melalui
perkahwinan yang akan anda lalui akan menyelesaikan kecenderungan perasaan
anda tersebut sehingga mengganggu minda dan kehidupan anda.Wallhu a'lam.

^ Kembali ke atas ^

590. Memakai Cincin Suasa


Soalan:
Saya musykil dengan pemakaian cincin suasa bagi orang lelaki. Ada
sesetengah ustaz kata boleh dan ada sesetengahnya kata tak boleh.
Boleh tak ustaz jelaskan?

Zakaria, Kuala Terengganu


Jawapan:
Bagi lelaki diharamkan memakai perhiasan dalam bentuk emas dan
sutera.Selain daripada itu seperti perak dan suasa dibolehkan bagi kaum lelaki
memakainya, sebab baginda Rasulullah SAW pernah memakai cincin yang terbuat
daripada perak. Wallhu a'lam.
Sila rujuk buku:
1. Insan Teladan Sepanjang Zaman DN 048

^ Kembali ke atas ^

591. Dipaksa Murtad


Soalan:
Sekiranya seorang yang beragama Islam dipaksa keluar dari agama
Islam atau sekiranya dia enggan,dia akan di bunuh. Apakah yang harus
dilakukan olehnya? Adakah hal ini termasuk dalam hukum darurat dalam
Islam?
Badariah, Shah Alam
Jawapan:
Berjuang menegakkan kebenaran merupakan tanggungjawab setiap umat
Islam, apatahlagi berjuang mempertahankan aqidah Islamiyah yang telah
tersemat didalam jiwa merupakan perkara yang wajib. Begitu ramai para sahabat
Rasulullah SAW wafat diujung tombak lantaran mempertahan ketauhidan yang
ada di dalam jiwanya. Walaupun mereka dipaksa agar meninggalkan ajaran Islam
yang mulia dan jangan mengucapkan lagi akan kalimah tauhid namun mereka
tetap dengan pendiriannya, akhirnya mereka mati dalam keadaan syahid
memperjuangkan akidah dan keyakinannya.

Jika anda berhadapan dengan ancaman dan paksaan dari pihak tertentu yang
memaksa anda agar keluar dari agama Islam maka menjadi kewajipan anda
untuk mempertahankannya. Pertama, negara kita adalah negara merdeka yang
memiliki hukum dan undang-undang yang menjaga hak setiap individu, maka
segeralah melaporkan perkara ini kepada pihak yang berkenaan seperti jabatan
agama Islam ataupun pihak polis. Kedua, anda juga boleh membuat pilihan yang
bijak seperti memberitahukan hal ini kepada ahli keluarga ataupun berpindah dari
tempat sekarang ke tampat yang lebih selamat dalam negara ini. Maka tidak
timbullah istilah darurat jika masih ada alternatif lain yang dapat kita lakukan.
Jangan biarkan orang kafir menguasai diri kita, kerana perkara itu hanya
menjatuhkan martabat dan kemuliaan ajaran Islam sekaligus menjatuhkan
ketinggian martabat keinsanan anda sendiri. Wallahu A'lam.
Sila rujuk buku:
1. Murtad - Kesan & Kisah Mengenainya DN 302

^ Kembali ke atas ^

592. Menyemir Rambut


Soalan:
Untuk pengetahuan bapak, saya pemuda berumur 20 tahun, saya merasa
malu kalau sudah beruban, itulah sebabnya rambut saya disapu dengan
semir. Apakah hukumnya menyemir rambut tersebut?
Handy, Malang
Jawapan:
Imam Syafie Rahmatullah alaihi berkata bahawa Rasulullah SAW kadangkala
menggunakan bahan pencelup dan kadangkala tidak menggunakannya. Dengan
itu menyemir rambut adalah sunnah namun begitu penggunaan bahan pencelup
hitam adalah haram. Sedangkan menurut ulamak Hanafi, menyemir rambut
adalah mustahab dan penggunaan bahan pencelup hitam adalah makrum (dibenci
oleh Allah).
Sila rujuk buku:
1. Insan Teladan Sepanjang Zaman DN 048

^ Kembali ke atas ^

593. Mencegah Kehamilan


Soalan:
Apakah hukum seseorang wanita menggunakan 'IUCD' (sejenis alat yang
dimasukkan ke dalam sistem peranakan wanita bagi mencegah
kehamilan) diatas sebab-sebab kesihatan yang memerlukan jarak
kehamilan dilakukan dan apabila wanita itu meninggal dunia. Adakah
alat tersebut wajib dikeluarkan dari tubuh badan beliau?
Aniza, Bukit Kayu Hitam
Jawapan:
Pemandulan ialah satu cara untuk mencegah kehamilan kepada perempuan
selama-lamanya atau sementara waktu. Jika untuk selama-lamanya tidak ada
perselisihan di kalangan ulamak dari segi pengharmannya, kerana ia
menghapuskan keturunan yang diperintahkan oleh syarak menjaganya ataupun
memperbanyakkannya. Menurut Ibnu Hajar, "haram menggunakan sesuatu yang
boleh menghapuskan kandungan selama-lamanya sebagaimana yang ditegaskan
oleh kebanyakan ulamak, inilah yang zahirnya".

Pemandulan selama-lamanya berlaku dengan cara memotong saluran mani


dan mengikatnya bagi lelaki dan dengan cara membuang saluran telur dan rahim
atau memotong dua saluran falopian dan mengikatnya bagi perempuan.
Sedangkan pemandulan sementara pula hukumnya adalah harus atau boleh
kerana dikiaskan dengan 'azal (maksudnya suami memancarkan maninya di luar
rahim isterinya untuk mengelakkan dari mengandung).

Al Bujairimi menjelaskan "Adapun melambatkan atau menjarakkan kehamilan


buat sementara waktu dengan tidak menghentikannya sama sekali maka
hukumnya tidaklah haram, menurut pendapat yang zahir, malah jika dengan
sebab sesuatu keuzuran seperti faktor kesihata, untuk mendidik anak tidaklah
makruh hukumnya melewatkan masa mengandung. Jika tidak ada alasan yang
kuat maka hukumnya makruh".

Jadi jika usaha yang anda lakukan untuk menjarakkan kelahiran anak hanya
bersifat sementara waktu dan dilakukan dengan sebab-sebab keuzuran atau
faktir kesihatan dan lain-lain yang dapat dierima dari segi syarak, maka
dibolehkan menjarakkan kehamilan. Seandainya dalam masa memakai alat
menjarangkan kehamilan itu wanita tersebut meninggal dunia, maka tidak
perlulah menyakiti si mayat dengan bersusah payah mengeluarkan sesuatu yang
hukumnya harus atau boleh. Dengan memegang syarat bahawa tujuan
pemasangan alat tersebut hanya bersifat sementara bukan sebaliknya dengan
tujuan untuk selama-lamanya yang menyebabkan pemakaian alat tersebut
menjadi haram.
Wallahu A'lam.
Sila rujuk buku:
1. Himpunan Isu-isu Feqah Terpilih DN 224

^ Kembali ke atas ^

594. Menasihati Calon Isteri


Soalan:
Saya mempunyai seorang tunang dan saya amat menyayangi tunang
saya itu. Tapi dia adalah seorang amat degil dan kuat melawan. Sebelum
saya bertunang dia tak pernah berperangai demukian. Bermacam macam
cara yang telah saya lakukan seperti nasihat tetapi tidak diendahkannya
malah akan melawan cakap saya. Kebelakangan ini pun perwatakannya
agak meragukan saya. Oleh itu saya ingin bertanya bagaimanakah cara
saya nak melembutkan sikit hatinya supaya patuh kepada arahan dan
kehendak saya. Saya takut perangainya tidak akan berubah sehingga
saya mendirikan rumah tangga berasamanya hingga menimbulkan
pergaduhan dan seterusnya bercerai. Berilah saya sedikit nasihat dan
tunjuk ajar supaya dapat melembutkan hatinya?

Hamba Allah, NS
Jawapan:
Itulah sebabnya istilah tunang yang berlarutan hingga berbulan dan bertahun
tidak ada dalam ajaran Islam. Syariat Islam hanya membolehkan seseorang itu
merisik keadaan calon isteri, dengan tujuan agar tidak tertipu dengan keadaan
sebenar wanita tersebut seperti keadaan kesihatannya, keturunannya dan
sebagainya. Jangka masa pertunangan yang lama disamping dapat
mendatangkan fitnah juga menimbulkan masalah dalam perhubungan.
Sebenarnya tidak hak bagi calon suami terhegeh-hegeh ingin menasihati calon
isterinya kerana mereka belum lagi bernikah. Jadi batas hubungannya hanya
sekedar ingin mengetahui keperibadian, kesihatan, keturunan dan aspek lain
yang mungkin menjadi ciri khas tertentu bagi membuat pemilihan.

Tetapi jika anda merasakan bahawa calon isteri tersebut memiliki keperibadian
atau akhlak yang tidak baik, maka lebih baik sebelum diadakan pernikahan,
lakukanlah solat sunat istikharah, agar Allah tentukan jodoh yang terbaik untuk
anda.

^ Kembali ke atas ^

595. Ucapan Selawat Rasulullah SAW


Soalan:
Sewaktu Rasulullah SAW mendirikan sholat, apakah Rasulullah
membaca salawat atas nama beliau pada tahyat awal dan tahyat akhir.
Mohon penjelasan dari Ustadz?

Zulsaid, Tg.Balaikarimun, Indonesia


Jawapan:
Selawat kepada Nabi ada tiga macam tingkatan:

1. Selawat Allah kepada Nabi dan Rasul-Nya istimewa kepada Nabi


Muhammad SAW, bererti Allah memberi rahmat, memuji dan melahirkan
keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad SAW kepadaNya.

2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul serta Nabi
Muhammad SAW bererti malaikat-malaikat mendoakan atau memohon rahmat
kemuliaan serta keampunan.

3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad SAW bererti mengakui


kerasulannya, memohon kepada Allah melahirkan keutamaan, kemuliaan dan
mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya.

Di dalam kitab suci Al Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Allah dan para
malaikatNya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah
kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya". (Al Ahzab
ayat 56)

Menurut Imam Syafie selawat itu wajib dibaca dalam tasyahud akhir iaitu
diantara tahiyyat dan salam. Menurutnya lagi dalam kitabnya Al Musnad, Sunnah
Rasulullah SAW dalam melaksanakan solat jenazah adalah bertakbir pada
permulaannya, setelah itu membaca fatihah lalu tkbir kedua dan sesudahnya
membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali yang ketiga". Jadi jika selawat
itu merupakan perkara sunnah atau yang diwajibkan kerana diamalkan oleh
baginda Rasulullah SAW, maka bacaan selawat yang dibaca oleh Rasulullah SAW
samalah dengan bacaan selawat yangkita baca.

Tidak perlulah diragui lagi tentang perkara ini, sedangkan Allah dan para malaikat
sendiri berselawat kepada Allah, sudah tentu Rasulullah SAW sebagai kekasihNya
mensyukuri rahmat Allah yang luas itu dengan mengucapkan perkara yang sama
seperti yang ditunjuk oleh Allah SWT. Begitu juga halnya dalam perkara
syahadah, Rasulullah SAW juga mengucapkan syahadah yang sama seperti yang
diajarkan kepada seluruh manusia.
Sila rujuk buku:
1. 99 Selawat Nabi SAW - Fadhilat & Khasiatnya DN 078

^ Kembali ke atas ^

596. Melihat Aurat Sejenis


Soalan:
Apakah hukumnya seseorang lelaki itu melihat kemaluan seorang lelaki
yang lain? Adakah ianya haram? Tetapi, bagaimana pula sekiranya lelaki
tersebut bertujuan untuk mengetahui sama ada kemaluannya normal
seperti lelaki lain atau tidak?
Zul, Klang
Jawapan:
Melihat aurat orang lain hukumnya haram tidak kiralah kepada kaum sejenis
ataupun sebaliknya. Walaupun begitu melihat aurat kanak-kanak kerana untuk
menguruskan kemaslahatnnya tidaklah haram.
Bagi seorang lelaki yang ingin mengetahui keadaan atau kemampuan zakarnya
kepada orang yang mengetahui seluk beluk perkara tersebut seperti doktor
perkara ini dibolehkan. Sebab ia menyangkut aspek kesihatan dan masa depan
seseorang.

^ Kembali ke atas ^

597. Melihat Gambar Lucah di Bulan Ramadhan


Soalan:
Saya ada membaca sebuah buku agama yang menyatakan bahawa
hukum melihat gambar lucah ketika di bulan Ramadhan adalah
"makruh". Adakah pernyataan ini benar?
Suhaimi, Klang
Jawapan:
Fuqaha Syafi'iyah memakruhkan seseorang yang sedang berpuasa dengan
sengaja membangkitkan atau memancing nafsu berahi, baik dengan berpandang-
pandangan, berciuman atau saling mendengar kata-kata yang mengarah kepada
perkara tersebut. Perkara ini akan menjadi haram apabila dilakukan dengan
orang yang dilarang syarak dia melakukan itu baik di luar puasa mahupun di
dalamnya. Melihat gambar lucah ertinya melihat aurat atau kemaluan orang lain.
Perkara ini sudah jelas berdosa, tidak kiralah pada bulan Ramadhan ataupun
bulan-bulan yang lain.
Sila rujuk buku:
1. Bimbingan Lengkap Fardhu 'Ain - IBADAH PUASA DN 054

^ Kembali ke atas ^

598. Pakaian Ketika Solat


Soalan:
Bolehkah saya solat dalam pakaian yang tidak lengkap contohnya saya
memakai seluar pendek (bermuda) tetapi saya masih memakai telekung.
Apakah hukumnya?
Siti Aishah, Skudai
Jawapan:
Salah satu syarat sah solat adalah menutup aurat. Aurat lelaki di dalam solat
adalah anggota badan yang diantara pusat dan lutut. sedangkan aurat
perempuan dalam solat adalah sekelain anggotanya kecuali muka dan tapak
tangan. Jika anda telah menutup seluruh bahagian tersebut bereti telah
memenuhi salah satu syarat sah solat, sedangkan pakaian di bahagian dalam
tidaklah menjadi perkiraan sebab tubuh anda telah ditutupi dengan telekung.
Sila rujuk buku-buku berikut:

1. Bimbingan Lengkap Ibadah Solat DN 200


2. Bimbingan Lengkap Fardhu Ain DN 034

^ Kembali ke atas ^

599. Cara Memberitahu Ibu tentang Menutup Aurat


Soalan:
Saya mempunyai seorang ibu. Alhamdulillah....dia adalah seorang yang
bertanggungjawab dan tidak lalai terhadap kewajipan terhadap Allah....
Namun masalahnya di sini ialah dia memakai tudung hanya tudung
pendek dan kemudian hanya memakai baju lengan panjang dan memakai
seluar. Setahu saya aurat wanita juga merangkumi bentuk badan
seseorang wanita itu. Apakah hukumnya dan bagaimana saya dapat
memberitahunya dengan penuh hikmah?
Kidd, Muar
Jawapan:
Sangat terpuji keperibadian seorang anak yang mengambil berat tentang hal
ehwal kehidupan ibunya sendiri. Sebab anak yang soleh disamping mendoakan
terhadap kedua ibu bapanya juga berbakti dan mengabdikan diri kepada mereka.
Di dalam Islam untuk menyampaikan kebenaran merupakan tanggungjawab
setiap indivdu dan dalam hadis juga disebutkan "Sampaikanlah yang hak itu
meskipun pahit".

Walaupun begitu menyampaikan sesuatu yang bersifat amar makruf nahi


mungkar kepada ibu memerlukan seni dan kaedah yang baik agar ibu tidak
tersinggung dan merasa kecil hati dengan penyampaian kita tersebut. Kerana jika
ia telah tersinggung terhadap anaknya dikhuatirkan menimbulkan keretakan
hubungan antara ibu dan anak.Ada beberapa pendekatan yang boleh dilakukan
untuk menyampaikan perkara ini.
Jika anda sanggup untuk menyampaikannya secara langsung maka
sampaikanlah, namun jika anda merasa khuatir dan anda seorang perempuan
mulailah dari diri sendiri dengan memakai pakaian muslimah dan bawalah buku
agama yang membahas tentang pakaian seorang muslimah tersebut sebagai
rujukan untuk diperbincangkan dengan ibu anda. Dengan demikian ia merasa
bertanggungjawab untuk mengikuti pakaian anda yang sesuai dengan syariat
Islam.

Seandainya anda seorang lelaki sampaikanlah dengan bahasa yang baik dan
hikmah tentang hukum hakam berkaitan dengan pakaian muslimah dan
gunakanlah buku sebagai rujukan agar anda tidak dianggap seperti orang
memandai-mandai dalam kemaslahatan hidupnya.

Jika cara diatas tidak mendatangkan kesan, gunakanlah pihak ketiga, seperi
ayah ataupun nenek agar dapat menasihati ibu anda tersebut. Mungkin juga
meminta bantuan dengan orang yang paling dekat dengannya seperti sahabat
ataupun bekas-bekas gurunya dan sebagainya. Disamping itu sebagai anak yang
prihatin terhadap akhlak dan agama ibu sendiri, berdoalah dan bermunajat
kepada Allah agar hati ibu anda memperoleh hidayah untuk memakai pakaian
mengikut syariat Islam. Wallahu A'lam.

600. Menyediakan Makanan Ketika Berhadas


Soalan:
Saya ingin tahu apakah hukumnya selepas saya bersama suami
(berjunub), bolehkah saya menyediakan/memasak untuk orang luar
sebelum saya mandi junub?

Jawapan:
Dianjurkan bagi pasangan suami isteri yang telah berjunub menyegerakan
mandi wajib. Jika keadaan terlalu dingin atau mengganggu kesihatan tubuh maka
setelah berjunub disunatkan mengambil wuduk dan kemudian tidur hingga
masuknya waktu subuh. Jika dalam keadaan berhadas setelah berjimak dengan
suami dan tidak meninggalkan solat tertentu maka tidak berdosa menyediakan
makanan ketika dalam keadaan tersebut. Jika sengaja melambat-lambatkan solat
(solat Subuh) kerana ingin menyediakan makanan, maka hukumnya berdosa,
namun hukum menyediakan makanan ketika berhadas tidaklah berdosa.

601. Antara Kalimah Syahadah Nabi Muhammad dan


Nabi Isa
Soalan:
Kalau kalimah Nabi Muhammad dilafazkan: "ASY-HADU ALLA-ILAHA
ILLALLAHU WA ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR-RASULULLAH",
bagaimanakah pula kalimah Nabi Isa dilafazkan?
Jawapan:
Kalimah tauhid atau syahadah menunjukkan kepada penolakan terhadap
kemusyrikan. Sebab tauhid itu merupakan pengakuan terhadap ke-Esaan Allah
SWT. Tidak ada tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan Maha Kuasa. Jika ada
orang yang menyembah selain daripada Allah, maka ia tergolong kepada orang-
orang yang musyrik. Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan Tuhan-mu adalah
Tuhan Yang Maha Esa , tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang". (Al Baqarah 163) Kalimah syahadah kalimah pengakuan
seorang hamba terhadap ke-Esaan Allah dan kerasulan utusan yang ditunjuk oleh
Allah SWT. Menurut setengah ulama ada yang mengatakan bahawa kalimat
tauhid ini sama saja semenjak Nabi Adam as sehinggalah Nabi Muhammad. Cuma
dalam syahadah Rasul disebutkan ketika zaman Rasul tersebut. Jika pada zaman
Nabi Adam as, maka syahadah Rasulnya dengan meneybutkan "Adam Rasulullah
Alaihi Salam" dan jika nabi Isa maka disebut dengan "Isa Rasulullah Alaihi
Salam".

Namun setelah berakhirnya perjuangan menegakan tauhid oleh semua rasul


tersebut maka berakhirlah pengamalan ucapan syahadah rasulnya dan terakhir
sekali disempurnakan ajaran Islam (tauhid) itu oleh Nabi Muhammad SAW.
Setelah diutus Nabi Muhammad SAW maka tidak bolehlah dipakai syahadah Rasul
yang sebelum baginda.

602. Kenapa Nabi Muhammad dan Bukan Nabi Isa


atau Yang Lainnya
Soalan:
Mengapakah penyampaian agama Islam lebih cenderung atau ditekankan
hanya kepada Nabi Muhammad dan tidak ditekankan bersama nabi-nabi
yang terdahulu seperti Nabi Isa a.s. sedangkan ianya tidak kurang
pentingnya dari segi keagamaan?
Jawapan:
Seluruh para nabi yang diutuskan oleh Allah SWT mengajarkan ajaran tauhid
atau ajaran Islam (selamat sejahtera). Di dalam Islam dengan jelas menegaskan
agar para pengikutnya beriman dengan para nabi yang diutuskan oleh Allah
tersebut semenjak daripada Nabi Ada as. hinggalah kepada Nabi Muhammad
SAW. Maka tidak timbul istilah bahawa Islam tidak menekankan atau tidak
mengambil berat terhadap nabi-nabi terdahulu. Al Quran sebagai sumber kitab
ajaran Islam (tauhid) yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW merupakan kitab
yang lengkap dan sempurna. Di dalamnya terkandung ajaran yang pernah
disampaikan didalam Zabur nabi Daud, kitab Taurat nabi Musa, dan kitab Injil
yang dibawa oleh nabi Isa as.

Di dalam al Quran telah dijelaskan bahawa agama yang paling benar adalah
agama Islam. Sedangkan Islam adalah miliki seluruh nabi dan rasul. Maka tidak
timbul ada agama lain selain Islam. Kristian, Yahudi atau yang lainnya bukanlah
agama disisi Allah. Istilah agama Kristian atau agama orang Yahudi timbul
setelah adanya penyelewengan yang dilakukan oleh pengikut Nabi Isa ataupun
pengikut Nabi Musa. Pada asasnya Nabi Musa, Nabi Isa serta nabi-nabi yang lain
mengajarkan agama Islam (agama yang membawa selamat dan sejahtera).
Bahkan di dalam kitab Zabur, Taurat dan Injil yang asal dengan terang-terang
menyebutkan bahawa ajaran tauhid atau Islam yang mereka bawa itu pada suatu
saat nanti akan disempurnakan oleh seorang rasul yang bernama Muhammad.

Setelah diutusnya Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir, maka
seluruh umat di dunia ini diperintahkan oleh Allah agar mengikut ajaran yang
sempurna dan lengkap tersebut. Akhirnya ramai para pendita yang mengetahui
akan kehadiran Nabi Muhammad tersebut memeluk Islam setelah lama dalam
penantian. Walaupun begitu ramai juga para pendita yang menafikan kerasulan
Nabi Muhammad, bukan kerana mereka tidak percaya kebenarannya tetapi
lantaran mereka tidak suka bahawa Rasul yang mereka tunggu itu lahir bukan
dari keturunan mereka sendiri.
603. Kesan Hubungan Islam dengan Kristian
Soalan:
Tidakkah ini akan menambahkan suasana ketegangan dan permusuhan
diantara para penganut agama Islam dengan para penganut agama
Kristian di masa-masa akan datang jika perkara begini berterusan?
Sebagai contohnya orang-orang Islam tidak boleh memakan daging
binatang yang disembelih oleh orang bukan Islam. Diharap kalian dapat
memberikan penjelasan terhadap kemuskilan saya melalui soalan-soalan
saya diatas?

Jawapan:
Telah dijelaskan bahawa agama Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW
adalah menyempurnakan agama Islam yang di bawa oleh nabi Isa Alahi salam.
Bahkan dalam Kitab Injil yang dibawa oleh Nabi Isa dengan tegas menjelaskan
bahawa sesudah baginda akan diutus seorang Rasul yang akan menyempurnakan
ajaran Islam (tauhid) yang baginda bawa. Bahkan dengan jelas pula disebut
nama Rasul yang akan diutus oleh Allah nanti.

Pada zaman Nabi Muhammad SAW dengan jelas pula baginda bersabda
bahawa sembelihan ahli kitab (iaitu orang-orang Kristian yang beriman kepada
Allah dan Nabi Isa serta beriman dengan kemunculan Nabi Muhammad SAW
sebagai rasul) boleh dimakan. Namun para ahli kitab ini akhirnya memeluk ajaran
Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad, kerana mereka mengetahui bahawa
Islam telah lengkap dan sempurna dengan diutusnya nabi yang terakhir iaitu Nabi
Muhammad SAW. Maka tidak timbullah orang Kristian sekarang ini merasa kecil
hati dengan tidak bolehnya orang Islam memakan sembelihan mereka sebab
sembelihan mereka tidak lagi mengikut syariat Islam baik yang dibawa oleh Nabi
Isa mahupun Nabi Muhammad SAW.

604. Jimak 4 x dan Mandi Wajib 1 x


Soalan:
Adakah setiap kali keluar mani kita wajib mandi? Misalnya 4 kali keluar
air mani, adakah wajib 4 kali mandi wajib? Jika saya hanya melakukan
sekali sahaja adakah saya masih didalam hadas besar?
Sebelum ini saya tidak tahu yang ianya wajib, adakah saya berdosa
besar?

Jawapan:
Bagi suami isteri yang telah melakukan jimak maka hendaklah ia melakukan
mandi wajib. Jika dalam melaksanakan jimak tersebut keluar mani beberapa kali,
maka cukuplah mandi wajib itu sekali saja setelah proses keseluruhan jimak itu
berakhir. Namun setelah berjimak kemudian mandi wajib setelah itu melakukan
jimak (atau keluar mani lagi) maka hendaklah mengulangi mandi wajib.

Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa Abdullah bin Qais bertanya kepada
Aisyah ra. "Bagaimana perbuatan Rasulullah SAW dalam mandi janabah, apakah
baginda mandi sebelum tidur atau tidur sebelum mandi ?" Aisyah segera
menjawab: "Semua cara itu pernah dikerjakan oleh baginda. Adakalanya baginda
mandi sebelum tidur dan seringkali juga berwuduhuk sebelum tidur". Kemudian
Abdullah bin Qais berkata: "Alhamdulillah semua perkara ada kelonggarannya".
Walaupun anda melakukan sekali jimak samada keluar mani ataupun tidak
maka anda wajib mandi. Jika selama ini anda tidak tahu tentang ketentuan
agama ini lantaran kejahilan anda, maka bertaubatlah dan belajarlah ilmu agama
secara lebih mendalam agar tidak terjerumus ke dalam dosa dan maksiat. Untuk
lebih jelas belilah buku yang berkaitan tentang mandi wajib ini, kerana ini
merupakan perkara asas yang wajib diketahui oleh setiap umat Islam.

605. Waktu dan Ketika Melafazkan Kalimah 'Masya


Allah'
Soalan:
Makna 'Masya Allah', di mana tempat dan waktu yamg sesuai untuk
menyebutnya?

Jawapan:
Kalimah 'Masya Allah' diucapkan apabila melihat sesuatu yang menakjubkan
pada dirinya, anaknya hartanya atau yang lainnya, lalu ia merasa takut kepada
pandangan mata yang jahat akan mengganggu serta mencelakakannya. 'Masya
Allah' maknanya "Apa yang terjadi sudah dikehendaki Allah".

Dari Anas ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa melihat sesuatu ia
kehairan-hairan atau takjub, maka dibacanya "Masya Allahu Laa Quwwata illa
Billahi". (Apa yang terjadi adalah sudah dikehedaki Allah, tiada kekuatan kecuali
dengan izinnya) nescaya sesuatu itu tidak akan memudaratkannya". (Riwayat
ibnu Sunni)

606. Antara Syiah dan Sunni, Mana Satu?


Soalan:
Pak kiyai yang saya hormati, selama ini saya belum tahu tentang mazhab
atau siapakah imam saya..dan saya sebenarnya pingin memilih agama
Islam yang sunni atau syiah. Dua-duanya sama Islam, pedomannya sama
juga quran dan sunnah. Tapi kok praktiknya lain. Menurut pak kiyai
sendiri bagusnya saya masuk sunni atau syiah?

Jawapan:
Agama Islam adalah yang benar dan lurus, tidak ada agama yang diterima
disisi Allah melainkan Islam. Semenjak dari Nabi Adam hinggalah Nabi
Muhammad SAW semua ajaran yang dibawa oleh para Rasul tersebut adalah
Islam. Setelah wafatnya Rasulullah SAW maka timbullah berbagai mazhab dalam
Islam. Sebetulnya terbentuknya mazhab dalam Islam bukanlah membangkitkan
perkara yang pokok, tetapi lebih banyak mebincangkan perakara yang bersifat
cabang atau hal yang kecil-kecil, sedangkan masalah aqidah tidak disinggung
kerana ia merupakan perakara asas yang wajib diimani oleh seluruh umat Islam.

Imam atau pemimpin umat Islam adalah Rasulullah SAW. Segala ajaran yang
dibawa baginda mengandungi segala aspek kehidupan dan memberikan pedoman
hidup demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dengan mengikuti sunnah
Rasulullah SAW maka setiap individu telah menempuh jalan kebenaran dan
akhirnya akan memperoleh tempat kembali yang mulai di akhirat kelak iaitu
syurga.
Ajaran Islam yang dibawa oleh ulama Sunni maksudnya ulama yang
menjalankan Islam mengikuti Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Kebenaran
dan nilai ajarannya tidak mengandung khurafat dan taksuf yang berlebih-lebihan
terhadap seseorang sehingga mengatasi kelebihan yang Rasulullah SAW.
Sedangkan kebanyakan ajaran yang terkandung di dalam ajaran Syiah lebih
mengagung-agungkan orang-orang tertentu dan bahkan menganggap malaikat
Jibril telah tersilap dalam menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad.
Menurut sebahagian mereka, yang berhak menerima wahyu dan menjadi nabi
bukanlah Nabi Muhammad tetapi orang lain.

Banyak lagi ajaran-ajaran yang mereka bawa merupakan rekaan di kalangan


ulama mereka yang tidak arif tentang agama. Mungkin juga tujuan asal kerana
politik dan sebagainya sehingga kesannya begitu mendalam terhadap umat Islam
itu sendiri. Untuk lebih memahami akan hakikat Syiah dan Sunni tidak memadai
dalam ruangan tanya jawab ini, ada baiknya membaca buku-buku yang
membahas perkara tersebut dan merujuk kepada ahli agama yang arif tentang
masalah ini.

Masuklah dan peluklah agama Islam, insya Allah, anda akan menemukan
sesuatu yang berharga dalam hidup anda. Pelajari Islam dengan sebenarnya dan
jangan sekedar menilai Islam ini dari sikap dan tingkah laku segelintir umatnya
yang sekarang ini telah banyak yang ingkar, tapi nilailah ajaran Islam itu secara
jujur iaitu menurut konsep dan asas serta pokok-pokok ajarannya. Pelajarilah
Islam yang dibawa dan dikembangkan oleh ulama Sunni, terutama di daerah kita
konsep Ahlussunnah wal Jamaah (Sunni) lebih jelas dan mudah difahami
sehingga tidak mengelirukan fikiran yang ingin mempelajarinya. Wallahu A'lam.

607. Mengharapkan Doa Si Mati


Soalan:
Bolehkah kita yang masih hidup, berdiri di sisi kubur seorang islam dan
meminta supaya Ahli kubur tersebut berdoa untuk kita kepada Allah
walau untuk apa tujuan sekalipun?
Jawapan:
Orang yang telah meninggal dunia terputus segala amalannnya, mereka hanya
menunggu masa untuk dihisab segala sesuatu yang pernah dikerjakan ketika
hidup di dunia. Sebetulnya orang yang hiduplah yang mesti mendoakan orang
telah meninggal dunia bukan orang yang telah meninggal dunia yang mendoakan
untuk orang yang hidup. Sangatlah keliru dan boleh merosakkan amalan dan
aqidah jika seseorang mengharapkan doa daripada kubur orang yang telah mati.
Wallahu A'lam.

608. Ingkar Sunnah


Soalan:
Apakah dalil atas nas yang dapat tuan berikan kepada orang-orang yang
tidak mempercayai hadis?
Jawapan:
Seseorang yang tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW dan mengingkarinya
maka mereka tidak ke dalam umat Rasulullah SAW. Mereka akan dimasukkan ke
dalam golongan orang-orang yang sesat dan ingkar. Sunnah bermaksud sesuatu
yang diperolehi dari Rasulullah SAW baik berbentuk perkataan, perbuatan,
pengakuan, sifat kelakuan mahupun perjalanan hidup samada sebelum baginda
dilantik sebagai Rasul ataupun selepasnya.

Disisi Ulama Usul, sunnah bermaksud sesuatu yang dinakalkan dari Rasulullah
SAW baik berupa perkataan, perbuatan mahupun pengakuan. Umpamanya
Rasulullah SAW bersabda: "Bandingan seorang mukmin itu dengan seorang
mukmin yang lain ibaratkan satu binaan yang kukuh, yang saling kuat
menguatkan antara satu sama lain".

Dari sudut perbuatan pula ialah amalan Rasulullah SAW ketika menunaikan
fardhu Haji, solat, mengambil wuduk, berpuasa dan amalan-amalan lain yang
menjadi ikuatan kepada umat Islam. Sunnah dalam bentuk pengakuan pula ialah
diamnya baginda SAW terhadap sesuatu perbuatan yang berlaku dihadapan
baginda, seperti peristiwa para sahabat memakan daging Dab di hadapan
baginda, walaupun baginda tidak turut memakannya, namun baginda tidak pula
melarang para sahabatnya daripada berbuat demikian.

Jadi segala hadis yang telah disampaikan Rasululah itu adalah sunnah yang
merupakan segala pedoman yang telah diajarkan dan ditunjuk oleh Allah. Jadi
mengingkari sunnah atau hadis sama dengan mengingkari kebenaran yang
dibawa Rasulullah dan ajaran Islam itu sendiri.

609. Menyambut Maulidur Rasul (Hari Lahir Nasi SAW)


Soalan:
Bolehkah Maulidur Rasul diadakan dan apakah hukumnya?

Jawapan:
Menurut Imam As Sakhawi, sambutan maulid Nabi berlaku selepas kurun ke 3.
Sejak itu umat Islam di seluruh kota dan bandar-bandar besar mengadakannya.
Mereka bersedekah di malam harinya dengan berbagai sedekah, mereka
mengambil berat dalam soal membaca maulid nabi. Ibnu Jawzi pula menegaskan
diantara keistimewaan sambutan maulid nabi ini ialah beroleh keamanan kepada
masyarkat dan negara disamping termakbul segala yang diimpikan.

Al Imam Sayuti dan Ibn Hajar Al Haithami berpendapat perayaan maulid nabi
adalah bid'ah tetapi bid'ah hasanah. Al Imam ibnu Hajar berdalilkan dengan
sabda Rasulullah SAW ketika tiba di Madinah, baginda mendapati orang Yahudi
berpuasa pada hari Asyura, lalu baginda bersabda: "Hari apa ini yang kamu
sedang berpuasa untuknya ? Mereka menjawab: "Ini adalah hari yang agung,
hari dimana Allah menyelamatkan Musa as. dan kaumnya dan menenggelamkan
Firaun dan kaumnya, lantas Musa as. berpuasa kerana bersyukur kepada Allah.
Kami turut berpuasa. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Kami lebih berhak
dan lebih awal mengukuti jejak langkah Musa as. daripada kamu". Lantas
Rasulullah SAW berpuasa dan menyuruh umatnya berpuasa". (Riwayat Bukhari
dan Muslim) Menurut Ibn Al Haj, Nabi SAW dan para salafussaleh
meninggalkan sambutan maulid Nabi, sebagai menunjukkan rahmat terhadap
umatnya dan belas kasihan baginda ke atas mereka. Nabi tidak berbuat demikian
kerana takut diwajibkan ke atas umatnya.

Ibnu Hajar menjelaskan juga perayaan sambutan maulid dan pembacaan zikir-
zikir sebagaimana yang dilakukan masyarkat kita sekarang, kebanyakannya
mengandungi unsur-unsur kebaikan seperti bersedekah, berzikir, berselawat dan
salam ke atas Rasulullah SAW. Tetapi ada juga sambutan itu mengandungi
keburukan seperti antara kaum wanita dan lelaki asing (tidak muhrim) meraikan
secara bersama. Maka jika ini yang terjadi membuat sambutan itu dilarang. Ini
berdasarkan kaedah yang masyhur: "Membendung kefasadan (kemungkaran)
hendaklah didahulukan dari mengutamakan kemaslahatan".

Orang yang yakin berlaku sesuatu keburukan dalam sambutan majlis Maulid
Nabi yang diadakan, tetapi diadakan juga majlis tersebut, ia dikira telah
melakukan maksiat. Wallhu A'lam.

610. Suami yang Tidak Memuaskan Nafsu Isterinya


Ketika Berjimak
Soalan:
Apakah hukumnya pula suami yang tidak dapat melayan atau
memuaskan nafsu isteri ketika bersetubuh dan mengelak jika isteri
mahukannya?

Jawapan:
Dalam perkahwinan antara suami isteri terdapat unsur seksual yang menjadi
landasan rumahtangga. Ertinya suatu perkahwinan akan menjadi bermakna
apabila kehidupan seksual suami isteri berjalan dengan baik. Meskipun ada
unsur-unsur lain yang mendorong tercipatanya rumahtangga yang harmoni
seperti ekonomi, namun faktor seksual adalah yang paling menonjol. Kegagalan
suami ataupu isteri di dalam menjalankan tugas seksual mengakibatkan retaknya
hubungan antara keduanya dan berakhir dengan tekanan dan stres.

Di dalam melakukan jimak suami hendaklah mengikut tuntunan sunnah


sebagaimana yang telah diajarkan Rasulullah SAW. Jika para suami mengikutinya
maka tidak akan timbul isteri tidak puas dalam menikmati hubungan jimak,
seandainya suami mengabaikan kehendak dan kepuasan isteri maka suamipun
tergolong berdosa sebab tidak memenuhi fitrah keisanan isteri dengan sempurna.
Itulah sebabnya Rasulullah SAW menganjurkan kepada para suami sebelum
mengadakan jimak agar berwuduk terlebih dahulu agar tubuh merasa segar dan
cergas. Kemudian baginda menyuruh memakai wangi-wangian agar keghairahan
dan semangat berjimak sentiasa membara.

Setelah itu Rasulullah SAW menganjurkan kepada suami sebelum berjimak


hendaklah melakukan cumbu rayu terlebih dahulu, setelah kepuasan cumbu raya
mencapai puncaknya barulah dilakukan jimak. Kemudian Rasulullah mengajarkan
kepada para suami, jika terlebih dahulu mencapai hajatnya sedangkan isterinya
belum, maka isteri dapat menyuruh suaminya agar jangan mencabutnya terlebih
dahulu. Dalam keadaan demikian isteri boleh aktif dan suami boleh membantu
isterinya untuk mencapai tahap orgasma.

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu menggauli


isterinya hendaklah ia mengerjakannya dengan bersungguh-sungguh. Maka
apabila ia selesai janganlah ia cepat-cepat meninggalkan isterinya sehingga
isterinya menyelesaikan hajatnya juga".

Diantara panduan lain agar suami dapat menikmati orgasma secara bersama
adalah, bagi suami yang menyedari bahawa dirinya cepat keluar mani, hendaklah
ia berusaha melambatkan keluar mani dengan cara mengalihkan perhatian
kepada perkara-perkara lain. Sedangkan di pihak isteri harus berusaha dengan
sungguh-sungguh agar cepat sampai ke tahap orgasma. Apabila diketahui isteri
sudah mencapai orgasma (kepuasan) barulah suami memusatkan perhatian
dengan sepenuhnya. Dengan cara demikian insya Allah isteri tidak akan sentiasa
kecewa.

Jika suami termasuk jenis orang yang terburu-buru, maka isteri hendaklah
memberitahukan kepadanya agar tidak terburu-buru memasukkan zakarnya
sampai isteri betul-betul memuncak nafsu berahinya. Isteri hendaklah menyuruh
suaminya mencumbu dan menciumnya dengan masa yang lama dengan cara itu
dapat menolong mempercepat isteri mencapai orgasma. Kemudian isteri harus
mengerti keadaan suami yang tidak tahan lama dan cepat selesai itu. Dengan
demikian isteri hendaklah berusaha agar dirinya cepat mencapai kepuasan, dan
berusaha untuk serentak dengan suami agar kenikmatan sentiasa dinikmati
bersama.

Sebetulnya antara suami dan isteri hendaklah memahami sunnah yang


diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW di dalam melakukan hubungan antara
suami dan isteri dengan demikian insya Allah kenikmatan berjimak akan
dirasakan secara bersama. Yang paling penting kerjasama dan saling pengertian
antara suami isteri perlu diwujudkan barulah kebahagian dapat nikmati.

611. Tanda-Tanda Amalan di Terima Allah SWT


Soalan:
Apakah tanda-tanda yang amal ibadah kita di terima oleh ALLAH SWT?

Jawapan:
Begitu besar rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat manusia di dunia ini,
sehingga tidak ada satu makhlukpun yang mampu menghitung besarnya rahmat
Allah tersebut. Rahmat Allah yang luas itu diberikan kepada siapa yang
dikehendakiNya tidak kira kepada orang yang beriman ataupun kepada orang
ingkar. Dalam beribadah kepada Allah seseorang akan merasakan nikmat
kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah. Hati mereka
menjadi tenteram bahkan segala kativiti harian yang dilakukannya diserahkan
kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu apapun ganjaran yang diterimanya
diterima dengan perasaan redha.

Jika perasaan redha dan sabar telah menyatu dalam kehidupan dan
keperibadian seseorang maka ini suatu bukti bahawa amalan yang dilakukannya
itu diterima oleh Allah. Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat
mengerjakan ibadah,namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan
mungkar dan terkutuk, sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati dan
kehidupannya. ini membuktikan bahawa amalannya tidak diterima oleh Allah.

Contoh lain, umpamanya dalam ibadah solat dengan tegas Allah jelaskan
"bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar". Namun
dalam praktiknya ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama
melakukan kemungkaran, ini suatu bukti bahawa tanda-tanda amalan solatnya
tidak diterima oleh Allah. Kerana ibadah solatnya tidak memenuhi ketentuan
yang telah digariskan oleh Allah SWT tadi. Begitu juga dalam ibadah haji, jika
seseorang setelah kembalinya daripada tanah suci memiliki keperibadian yang
mulia dan berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik, ini membuktikan
bahawa hajinya tergolong haji yang mabrur ertinya hajinya diterima oleh Allah.
Tetapi ada juga sekembalinya dari tanah suci keperibdiannya lebih jahil daripada
sebelumnya, ini membuktikan bahawa hajinya adalah haji mardud ertinya
amalannya ditolak oleh Allah SWT.

Puncak dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi
aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya:
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi
tenteram". (Ar ra'd ayat 28) Wallahu A'lam.

612. Menggunakan Wang Sedekah yang Diberikan


kepada Si Mati
Soalan:
Saya mempunyai seorang anak saudara berumur 16 tahun yang telah
meninggal dunia pada tahun lepas kerana kemalangan motosikal. Kami
ada menerima sekeping cek bernilai RM 5,000.00 dari pihak sekolah
untuk Allahyarham. Ibu saya ingin gunakan duit itu untuk membuat upah
Haji untuk allahyarham, membeli batu nisan, membeli Al-Quran untuk
disedekahkan kepada masjid-masjid dan untuk membuat kenduri Arwah.
Masalah saya ialah apakah cara yang paling baik untuk menggunakan
duit itu untuk kebaikan Allahyarham?
Siti Fatimah, Wangsa Maju
Jawapan:
Jika ahli waris menerima sedekah wang dari pihak tertentu untuk mayat, maka
gunakanlah wang itu untuk kemaslahatan orang yang meninggal dunia tersebut.
Seperti menyediakan perlengkapan bagi si mayat bermula dari memandikan
hinggalah mengebumikannya. Jika kesemua perkara yang wajib bagi si mayat ini
telah dikerjakan maka gunakanlah wang tersebut untuk kebaikannya seperti
mensedekahkan wang tersebut bagi pihak si mayat, boleh juga melaksanakan
seperti niat anda di atas, untuk mengupah orang mengerjakan haji bagi si mayat,
jika mayat telah baligh. Wallahu A'lam.

613. Jimak Waktu Siang Bulan Ramadhan


Soalan:
Saya terdapat kemusykilan persetubuhan (suami/isteri) di bulan puasa
di siang hari: Ada pendapat mengatakan dibenarkan (jika terlalu tak
tahan) melakukannya setelah berbuka puasa dahulu, tidak dikenakan
kifarat. Dan ada pula pendapat mengatakan walau apapun keadaan
seseorang dilarang sama sekali melakukannya samaada berbuka dahulu
atau tidak tetap akan dikenakan kifarat?
Jawapan:
Apabila seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh, wajib atasnya
membayar kaffarah yakni memerdekakan sorang hamba, jika tidak sanggup
maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup juga
hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin. Dalam sebuah hadis,
Rasulullah SAW bersabda: "Abu Hurairah berakata;
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Saya telah binasa ya
Rasulallah".
Rasulullah SAW bertanya: "Apa yang membinasakan engkau ?".
Dia menjawab: "Saya telah menjimak isteri saya di bulan Ramadhan".
Maka Rasulullah SAW bertanya: "Apakah engkau sanggup berpuasa dua bulan
berturut-turut ?".
Dia menjawab: "Tidak".
Rasulullah SAW bertanya lagi: "Apakah engkau sanggup memberi makan 60
orang miskin ?".
Dia menjawab: "Tidak".
Kemudian dia duduk di majlis Nabi dan dibawalah kepada Nabi suatu bekas yang
berisi 17 gantang kurma. Bersabda Nabi kepadanya: "Sedekahkanlah kurma ini".
Orang itu bertanya: "Apa kepada orang yang lebih miskin daripada kami. Tidak
ada di antara dua pinggir kota Madinah yang lebih berhajat daripada kami".
Maka tersenyumlah Nabi hingga nampaklah geraham baginda dan bersabdalah
Rasulullah SAW: "Pulanglah dan berikan kurma ini kepada keluargamu". (Riwayat
Jamaah)

Hadis ini menyatakan bahawa diwajibkan kaffarah atas orang yang


merosakkan puasanya dengan melakukan jimak. Menurut Imam Ahmad dan
sebahagian pengikut mazhab Maliki, wajib juga kaffarah atas orang yang lupa
bahawa dia berpuasa. Sebab Rasulullah SAW setelah mendengar pengaduan
Salamah Ibn Sakhar itu baginda tidak meminta penjelasan apakah ia melakukan
dengan terlupa ataupun dengan sengaja.

614. Hukum Meminum Guiness Malta


Soalan:
Apakah hukum minuman jenama Guiness Malta?
Jawapan:
Biasanya setiap minuman di dalam tin disenaraikan kandungan yang
dimasukkan ke dalam minuman tersebut. Jika ada unsur alkohol sedikit ataupun
banyak tetap haram. Untuk lebih jelas bacalah dahulu senarai kandungan
minuman tersebut sebelum membelinya. Wallahu A'lam.

615. Wali Bagi Anak Luar Nikah


Soalan:
Bolehkah seorang ayah menjadi wali bagi anak perempuannya yang luar
nikah?
Jawapan:
Bagi anak-anak yang lahir hasil dari perzinaan yang mana pasangan yang
berzina itu tidak melangsungkan perkahwinan selepas itu, ia tidak boleh di "bin"
kan baik kepada bapa yang menzinai ibunya mahupun dengan bin Abdullah
sebaiknya ia dibinkan kepada ibunya sahaja.

Jika sesuatu pasangan melakukan zina, kemudian berkahwin setelah berlalu


enam bulan dua lahzat, isterinya melahirkan anak maka anak itu boleh di "bin"
kan kepada bapanya. Jika isterinya melahirkan anak kurang dari tempoh enam
bulan dua lahzat menurut mazhab Syafei anak tersebut tidak boleh di "bin" kan
kepada bapa terlibat, sebaliknya hendaklah di "bin" kan kepada ibunya. Oleh
kerana anak itu tidak boleh di "bin" kan kepada bapanya disebabkan tidak sabit
keturunan kerana lahir kurang dari tempoh yang telah ditetapkan oleh fuqahak
As Syafei di atas, maka bapanya itu halal berkahwin dengannnya kerana ia tidak
dikira sebagai anaknya.

Dari keterangan di atas dapat diambil kesimpulan jika anak tersebut boleh di
"bin" kan dengan bapanya lantaran kelahiran anaknya setelah berlalu tempoh
enam bulan, maka bolehlah bapa tersebut menjadi wali bagi anak itu. Namun jika
kurang dari tempoh tersebut maka tidak berhak ia menjadi wali terhadap wanita
itu lantaran tidak ada apa-apa hubungan keturunan. Wallahu A'lam.

616. Hukum Wanita Betindik Di Hidung


Soalan:
Apakah hukumnya saya bertindik di hidung .. saya masih menutup aurat
dan saya bertindik di hidung sekadar suka-suka?
Jawapan:
Bagi sesetengah wanita di Arab bertindik di hidung adalah untuk
mempercantikan diri. Jika tujuan menindik tersebut untuk dipersembahkan
kepada suaminya maka hukumnya boleh (harus). Tetapi jika untuk dipamerkan di
hadapan khalayak ramai, maka jelas hukumnya haram. Wallahu A'lam.

617. Dihantui Dosa Silam (Zina)


Soalan:
Saya pernah berzina dengan kekasih saya dan saya telahpun bertaubat ..
Alhamdullilah saya berjaya menghentikan perbuatan itu .. dan kami telah
sama bertaubat dan menyesal atas pebuatan kami itu. Kekasih saya juga
telah berjanji untuk mengahwini saya apa bila kami tamat belajar. Kami
telah sama-sama berubah ke pada jalan yang benar, terutamanya bagi
diri saya yang telah tidak ada dara ini. Saya telah pun berusaha untuk
kembali ke jalan Allah dengan sembahyang 5 waktu, puasa sunat dan
selalu memanjatkan doa saya agar diampunkan dosa dan saya yakin
Tuhan maha pengampun kerana saya betul-betul telah bertaubat dan
saya telah pun menunaikan sembahyang taubat untuk lebih yakin.

Masalahnya sekarang kadangkala saya akan teringat apa yang telah saya
buat dengan kekasih saya di masa yang lepas (perbuatan seks)
walaupun bukan dengan keinginan saya. Saya telah cuba untuk
melupakan perkara itu semua tapi tak boleh. Masalah ini lebih ketara
ketika saya hampir-hampir datang haid. Saya akan teringat kepada
perbuatan saya. Kalau nak dikatakan nafsu, tidak bagi saya kerana saya
tidak mau mengingatkan ia sebab saya tahu itu adalah dosa, tapi ia
datang dengan sendiri. Kadang-kadang di waktu saya sedang
menunaikan solat dan ini salah satu punca saya kurang khusyuk dalam
menunaikan solat. Kadang-kadang saya rasa risau dengan diri saya,
adakah ini juga akan di alami oleh orang yang telah berkahwin ? Maksud
saya mereka akan terbayang-bayang pebuatan itu walaupun di luar
waktunya. Saya harap sekiranya ustaz ada jalan penyelesaian harap
bantulah saya kerana saya betul-betul ingin melupakan perkara itu. Dan
kalau boleh saya ingin lebih kyusuk dalam solat saya . Yang terakhir
apakah hukumnya sekiranya teringatkan pebuatan seks itu?

Jawapan:
Melakukan zina merupakan dosa besar, kerana banyak mengandungi berbagai
kemudaratan bagi orang yang melakukannya. Di dalam perbuatan zina
merupakan sebab pintu tersalurnya penyakit-penyakit yang sangat merbahaya.
Zina juga menghancurkan institusi rumahtangga dan merosakkan nasab
keturunan.Di dalam Al Quran secara tegas menyatakan larangan melakukan
perbuatan yang terkutuk ini. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan janganlah
kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan
merupakan jalan yang buruk". (Al Israa' ayat 32)

Perbuatan zina juga mengganggu ketenteraman jiwa, kerana fitrah insaniah


seseorang menginginkan kebenaran sentiasa bersamanya, namun dengan
melakukan zina fitrah tersebut telah tercalar yang menyebabkan lahirkan
keresahan tersebut. Itulah sebabnya perbuatan ini sangat-sangat dilarang
melakukannya. Jika telah terlanjur melakukan perbuatan dosa besar ini,
segeralah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuhah)
iaitu taubat yang tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk tersebut. Cara yang
paling terbaik untuk mengatasi keresahan jiwa ini adalah dengan segera
menikah, kerana di dalam pernikahan tersimpan kedamaian dan keharmonian.

Jika anda selalu dibayang-bayangi oleh peristiwa silam, itu merupakan perkara
biasa dan lumrah dialami oleh setiap orang dan membuktikan bahawa anda
tergolong gadis yang normal. Walaupun begitu jangan jadikan kenormalan atau
fitrah tersebut membenarkan perkara yang terkutuk dilakukan. Jika pernikahan
tidak dapat dilakukan dengan kadar yang segera disebabkan faktor belajar, orang
tua dan sebagainya, usahakanlah mengisi masa kosong anda dengan aktiviti-
aktiviti yang dapat membawa fikiran dan minda anda ikut serta. Umpamanya,
membaca, menulis artikel dan sebagainya, semuanya ini sangat membantu untuk
mengalihkan perhatian anda daripada mengingati perkara yang merangsang
nafsu anda.

Mengingati atau teringat perbuatan seks (zina) ketika solat mengganggu


kekhusyukan solat. Jika ia hanya sekedar lintasan yang bukan dengan sengaja
mendatangkannya, maka solat tetap sah,cuma kekhusyukan solat tersebut
terganggu. Agar kehidupan anda merasa tenteram dan tidak dihantui oleh
keresahan dan kebimbangan, maka perbanyaklah membaca Al Quran dan
yakinlah dengan keampunan Allah, insya Allah gangguan jiwa tersebut akan
dapat dihindari. Wallahu A'lam.

618. Pakaian di dalam Solat Menurut Syarak


Soalan:
Kebanyakan wanita menanggalkan seluar atau kain yang dipakainya
bersama seluar dalamnya sebelum menunaikan solat dengan alasan
ragu-ragu akan kesucian seluar/kain yang dipakai itu .Tapi keadaan ini
menimbulkan kemusykilan saya yang mana saya sendiri melakukan
perkara sedemikan rupa setiap kali saya ingin solat . Yang saya
musykilkan bagaimanakah keadaanya solat itu sekiranya bayang-bayang
kaki itu kelihatan kerana kebanyakan kain telekung yang diperbuat dari
kain cotton itu memang jarang dan sekiranya tidak memakai kain/seluar
di dalamnya memang akan nampaklah bayang-bayang kaki. Ini juga
sama dengan keadaan batang leher kita. Adakah sah sembahyang kita
sekiranya sekiranya nampak bayang-bayang auratnya ?

Jawapan:
Pakaian dalam solat adalah menutup seluruh aurat bagi wanita. Ertinya
pakaian mereka tidak hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sedangkan
bahagian yang lain terbuka. Ramai kalangan wanita zaman moden ini mereka
berpakaian tetapi sebenar telanjang disebabkan pakaian tersebut mengikut
bentuk tubuh ataupun kain yang digunakan jarang sehingga nampak kulit dan
aurat mereka. Allah SWT berfirman maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya
Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian
indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian
itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat". (Al A'raaf ayat 26)

Jika telekung yang digunakan untuk solat itu jarang, sehingga menampakkan
aurat atau anggota tubuh maka sudah jelaslah solat yang dikerjakan tersebut
tidak sah, kerana meninggalkan salah satu syarat sah solat. Usahakanlah
menggunakan telekung yang pakaian yang benar-benar memenuhi ciri-ciri
pakaian taqwa seperti yang disebut dalam ayat diatas, ertinya tidak
menampakkan bentuk tubuh dan tidak nampak kulit atau aurat orang yang
memakainya. Wallahu A'lam.

619. Menunaikan Nazar Yang Terlupa


Soalan:
Saya merasa telah membuat satu nazar tetapi tidak pasti samada ianya
telah saya tunaikan atau belum kerana sudah terlupa. Adakah dengan ini
iaitu tidak menunaikan nazar yang terlupa mengakibatkan segala
masaalah kehidupan sekarang?

Jawapan:
Menunaikan nazar adalah wajib selagi nasar tersebut tidak bertentangan
dengan kehendak syarak. Maka tidak wajib menunaikan nazar yang mengandungi
kederhakaan terhadap hukum syarak atau kepada Allah SWT. Jika kita terlupa
menunaikan nazar yang pernah kita niatkan maka hendaklah mengerjakannya
secepat yang mungkin setelah kita mengingatinya. Namun jika kita merasa ragu-
ragu dan was-was tentang sesuatu yang kita nazarkan tersebut samada telah
ditunaikan atau belum, adalah lebih baik anda memohon petunjuk daripada Allah
dengan cara mengerjakan solat Istikharah. Ataupun lebih baik menunaikan nazar
tersebut dengan demikian menenangkan fikiran anda.

Jika pada hakikatnya anda telah menunaikan nazar tersebut maka


menunaikannya sekali lagi lantara terlupa dan demi menghindarkan diri diri
daripada dosa adalah lebih baik disamping memperoleh pahala kerana telah
menunaikan nazar juga pahala menghindari was-was atau pelupa dikeranakan
rayuan syaitan. Wallhu A'lam.

620. Kedudukan Wuduk bagi Anak Angkat


Soalan:
Ibu saudara saya telah berumahtangga. Beliau tidak mempunyai
cahayamata. Beliau telah mengambil anak angkat seramai 5 orang. Pada
akhir bulan Februari 99 suami beliau telah meninggal dunia. Semasa
jenazah tersebut telah dikafankan dan hendak dikebumikan, anak-anak
angkat beliau telah di beri kesempatan untuk mencium buat kali terakhir.
Apakah hukum air sembahyang anak-anak tersebut?
Jawapan:
Tidak harus kepada seseorang yang mengambil anak angkat menghubungkan
keturunan anak itu dengan keturunannya dan memberikan hak yang sama
kepada anak kandungnya sendiri. Rasulullah SAW juga mempunyai anak angkat
Zaid bin Harithah, namun setelah zaid bercerai dengan isterinya Zainab Binti
Jahsyi, Allah SWT memerintahkan kepada Rasulullah SAW mengahwini bekas
isteri anak angkatnya itu. Perintah Allah ini meskipun berat rasanya baginda ingin
menunaikannya, namun baginda laksanakan juga lantaran ingin melaksanakan
hukum Allah.

Jelaslah bahawa hak anak angkat itu tidak sama dengan hak anak kandung
sendiri. Dengan demikian wuduk antara anak angkat dengan keluarga angkatnya
tetap batal jika mereka berlainan jenis. Walaupun begitu jika perkara tersebut
tersilap melakukannya tidak dikira berdosa. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu
sendiri. (Segala yang kamu dakwakan) mengenai perkara-perkara yang tersebut
itu adalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan ingatlah Allah
menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul.
Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber "bin" kan kepada bapa-bapa mereka
sendiri. Cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu jika kamu tidak
mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-
saudara kamu dan seagama dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula
tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi
(yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu
melakukannya. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".

611. Tanda-Tanda Amalan di Terima Allah SWT


Soalan:
Apakah tanda-tanda yang amal ibadah kita di terima oleh ALLAH SWT?
Jawapan:
Begitu besar rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat manusia di dunia ini,
sehingga tidak ada satu makhlukpun yang mampu menghitung besarnya rahmat
Allah tersebut. Rahmat Allah yang luas itu diberikan kepada siapa yang
dikehendakiNya tidak kira kepada orang yang beriman ataupun kepada orang
ingkar. Dalam beribadah kepada Allah seseorang akan merasakan nikmat
kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah. Hati mereka
menjadi tenteram bahkan segala kativiti harian yang dilakukannya diserahkan
kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu apapun ganjaran yang diterimanya
diterima dengan perasaan redha.

Jika perasaan redha dan sabar telah menyatu dalam kehidupan dan
keperibadian seseorang maka ini suatu bukti bahawa amalan yang dilakukannya
itu diterima oleh Allah. Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat
mengerjakan ibadah,namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan
mungkar dan terkutuk, sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati dan
kehidupannya. ini membuktikan bahawa amalannya tidak diterima oleh Allah.

Contoh lain, umpamanya dalam ibadah solat dengan tegas Allah jelaskan
"bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar". Namun
dalam praktiknya ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama
melakukan kemungkaran, ini suatu bukti bahawa tanda-tanda amalan solatnya
tidak diterima oleh Allah. Kerana ibadah solatnya tidak memenuhi ketentuan
yang telah digariskan oleh Allah SWT tadi. Begitu juga dalam ibadah haji, jika
seseorang setelah kembalinya daripada tanah suci memiliki keperibadian yang
mulia dan berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik, ini membuktikan
bahawa hajinya tergolong haji yang mabrur ertinya hajinya diterima oleh Allah.
Tetapi ada juga sekembalinya dari tanah suci keperibdiannya lebih jahil daripada
sebelumnya, ini membuktikan bahawa hajinya adalah haji mardud ertinya
amalannya ditolak oleh Allah SWT.

Puncak dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi
aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya:
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi
tenteram". (Ar ra'd ayat 28) Wallahu A'lam.

612. Menggunakan Wang Sedekah yang Diberikan


kepada Si Mati
Soalan:
Saya mempunyai seorang anak saudara berumur 16 tahun yang telah
meninggal dunia pada tahun lepas kerana kemalangan motosikal. Kami
ada menerima sekeping cek bernilai RM 5,000.00 dari pihak sekolah
untuk Allahyarham. Ibu saya ingin gunakan duit itu untuk membuat upah
Haji untuk allahyarham, membeli batu nisan, membeli Al-Quran untuk
disedekahkan kepada masjid-masjid dan untuk membuat kenduri Arwah.
Masalah saya ialah apakah cara yang paling baik untuk menggunakan
duit itu untuk kebaikan Allahyarham?

Jawapan:
Jika ahli waris menerima sedekah wang dari pihak tertentu untuk mayat, maka
gunakanlah wang itu untuk kemaslahatan orang yang meninggal dunia tersebut.
Seperti menyediakan perlengkapan bagi si mayat bermula dari memandikan
hinggalah mengebumikannya. Jika kesemua perkara yang wajib bagi si mayat ini
telah dikerjakan maka gunakanlah wang tersebut untuk kebaikannya seperti
mensedekahkan wang tersebut bagi pihak si mayat, boleh juga melaksanakan
seperti niat anda di atas, untuk mengupah orang mengerjakan haji bagi si mayat,
jika mayat telah baligh. Wallahu A'lam.

613. Jimak Waktu Siang Bulan Ramadhan


Soalan:
Saya terdapat kemusykilan persetubuhan (suami/isteri) di bulan puasa
di siang hari: Ada pendapat mengatakan dibenarkan (jika terlalu tak
tahan) melakukannya setelah berbuka puasa dahulu, tidak dikenakan
kifarat. Dan ada pula pendapat mengatakan walau apapun keadaan
seseorang dilarang sama sekali melakukannya samaada berbuka dahulu
atau tidak tetap akan dikenakan kifarat?
Jawapan:
Apabila seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh, wajib atasnya
membayar kaffarah yakni memerdekakan sorang hamba, jika tidak sanggup
maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup juga
hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin. Dalam sebuah hadis,
Rasulullah SAW bersabda: "Abu Hurairah berakata;
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Saya telah binasa ya
Rasulallah".
Rasulullah SAW bertanya: "Apa yang membinasakan engkau ?".
Dia menjawab: "Saya telah menjimak isteri saya di bulan Ramadhan".
Maka Rasulullah SAW bertanya: "Apakah engkau sanggup berpuasa dua bulan
berturut-turut ?".
Dia menjawab: "Tidak".
Rasulullah SAW bertanya lagi: "Apakah engkau sanggup memberi makan 60
orang miskin ?".
Dia menjawab: "Tidak".
Kemudian dia duduk di majlis Nabi dan dibawalah kepada Nabi suatu bekas yang
berisi 17 gantang kurma. Bersabda Nabi kepadanya: "Sedekahkanlah kurma ini".
Orang itu bertanya: "Apa kepada orang yang lebih miskin daripada kami. Tidak
ada di antara dua pinggir kota Madinah yang lebih berhajat daripada kami".
Maka tersenyumlah Nabi hingga nampaklah geraham baginda dan bersabdalah
Rasulullah SAW: "Pulanglah dan berikan kurma ini kepada keluargamu". (Riwayat
Jamaah)

Hadis ini menyatakan bahawa diwajibkan kaffarah atas orang yang


merosakkan puasanya dengan melakukan jimak. Menurut Imam Ahmad dan
sebahagian pengikut mazhab Maliki, wajib juga kaffarah atas orang yang lupa
bahawa dia berpuasa. Sebab Rasulullah SAW setelah mendengar pengaduan
Salamah Ibn Sakhar itu baginda tidak meminta penjelasan apakah ia melakukan
dengan terlupa ataupun dengan sengaja.

614. Hukum Meminum Guiness Malta


Soalan:
Apakah hukum minuman jenama Guiness Malta?

Jawapan:
Biasanya setiap minuman di dalam tin disenaraikan kandungan yang
dimasukkan ke dalam minuman tersebut. Jika ada unsur alkohol sedikit ataupun
banyak tetap haram. Untuk lebih jelas bacalah dahulu senarai kandungan
minuman tersebut sebelum membelinya. Wallahu A'lam.

615. Wali Bagi Anak Luar Nikah


Soalan:
Bolehkah seorang ayah menjadi wali bagi anak perempuannya yang luar
nikah?

Jawapan:
Bagi anak-anak yang lahir hasil dari perzinaan yang mana pasangan yang
berzina itu tidak melangsungkan perkahwinan selepas itu, ia tidak boleh di "bin"
kan baik kepada bapa yang menzinai ibunya mahupun dengan bin Abdullah
sebaiknya ia dibinkan kepada ibunya sahaja.

Jika sesuatu pasangan melakukan zina, kemudian berkahwin setelah berlalu


enam bulan dua lahzat, isterinya melahirkan anak maka anak itu boleh di "bin"
kan kepada bapanya. Jika isterinya melahirkan anak kurang dari tempoh enam
bulan dua lahzat menurut mazhab Syafei anak tersebut tidak boleh di "bin" kan
kepada bapa terlibat, sebaliknya hendaklah di "bin" kan kepada ibunya. Oleh
kerana anak itu tidak boleh di "bin" kan kepada bapanya disebabkan tidak sabit
keturunan kerana lahir kurang dari tempoh yang telah ditetapkan oleh fuqahak
As Syafei di atas, maka bapanya itu halal berkahwin dengannnya kerana ia tidak
dikira sebagai anaknya.

Dari keterangan di atas dapat diambil kesimpulan jika anak tersebut boleh di
"bin" kan dengan bapanya lantaran kelahiran anaknya setelah berlalu tempoh
enam bulan, maka bolehlah bapa tersebut menjadi wali bagi anak itu. Namun jika
kurang dari tempoh tersebut maka tidak berhak ia menjadi wali terhadap wanita
itu lantaran tidak ada apa-apa hubungan keturunan. Wallahu A'lam.

616. Hukum Wanita Betindik Di Hidung


Soalan:
Apakah hukumnya saya bertindik di hidung .. saya masih menutup aurat
dan saya bertindik di hidung sekadar suka-suka?

Jawapan:
Bagi sesetengah wanita di Arab bertindik di hidung adalah untuk
mempercantikan diri. Jika tujuan menindik tersebut untuk dipersembahkan
kepada suaminya maka hukumnya boleh (harus). Tetapi jika untuk dipamerkan di
hadapan khalayak ramai, maka jelas hukumnya haram. Wallahu A'lam.

617. Dihantui Dosa Silam (Zina)


Soalan:
Saya pernah berzina dengan kekasih saya dan saya telahpun bertaubat ..
Alhamdullilah saya berjaya menghentikan perbuatan itu .. dan kami telah
sama bertaubat dan menyesal atas pebuatan kami itu. Kekasih saya juga
telah berjanji untuk mengahwini saya apa bila kami tamat belajar. Kami
telah sama-sama berubah ke pada jalan yang benar, terutamanya bagi
diri saya yang telah tidak ada dara ini. Saya telah pun berusaha untuk
kembali ke jalan Allah dengan sembahyang 5 waktu, puasa sunat dan
selalu memanjatkan doa saya agar diampunkan dosa dan saya yakin
Tuhan maha pengampun kerana saya betul-betul telah bertaubat dan
saya telah pun menunaikan sembahyang taubat untuk lebih yakin.

Masalahnya sekarang kadangkala saya akan teringat apa yang telah saya
buat dengan kekasih saya di masa yang lepas (perbuatan seks)
walaupun bukan dengan keinginan saya. Saya telah cuba untuk
melupakan perkara itu semua tapi tak boleh. Masalah ini lebih ketara
ketika saya hampir-hampir datang haid. Saya akan teringat kepada
perbuatan saya. Kalau nak dikatakan nafsu, tidak bagi saya kerana saya
tidak mau mengingatkan ia sebab saya tahu itu adalah dosa, tapi ia
datang dengan sendiri. Kadang-kadang di waktu saya sedang
menunaikan solat dan ini salah satu punca saya kurang khusyuk dalam
menunaikan solat. Kadang-kadang saya rasa risau dengan diri saya,
adakah ini juga akan di alami oleh orang yang telah berkahwin ? Maksud
saya mereka akan terbayang-bayang pebuatan itu walaupun di luar
waktunya. Saya harap sekiranya ustaz ada jalan penyelesaian harap
bantulah saya kerana saya betul-betul ingin melupakan perkara itu. Dan
kalau boleh saya ingin lebih kyusuk dalam solat saya . Yang terakhir
apakah hukumnya sekiranya teringatkan pebuatan seks itu?

Jawapan:
Melakukan zina merupakan dosa besar, kerana banyak mengandungi berbagai
kemudaratan bagi orang yang melakukannya. Di dalam perbuatan zina
merupakan sebab pintu tersalurnya penyakit-penyakit yang sangat merbahaya.
Zina juga menghancurkan institusi rumahtangga dan merosakkan nasab
keturunan.Di dalam Al Quran secara tegas menyatakan larangan melakukan
perbuatan yang terkutuk ini. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan janganlah
kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan
merupakan jalan yang buruk". (Al Israa' ayat 32)

Perbuatan zina juga mengganggu ketenteraman jiwa, kerana fitrah insaniah


seseorang menginginkan kebenaran sentiasa bersamanya, namun dengan
melakukan zina fitrah tersebut telah tercalar yang menyebabkan lahirkan
keresahan tersebut. Itulah sebabnya perbuatan ini sangat-sangat dilarang
melakukannya. Jika telah terlanjur melakukan perbuatan dosa besar ini,
segeralah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuhah)
iaitu taubat yang tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk tersebut. Cara yang
paling terbaik untuk mengatasi keresahan jiwa ini adalah dengan segera
menikah, kerana di dalam pernikahan tersimpan kedamaian dan keharmonian.

Jika anda selalu dibayang-bayangi oleh peristiwa silam, itu merupakan perkara
biasa dan lumrah dialami oleh setiap orang dan membuktikan bahawa anda
tergolong gadis yang normal. Walaupun begitu jangan jadikan kenormalan atau
fitrah tersebut membenarkan perkara yang terkutuk dilakukan. Jika pernikahan
tidak dapat dilakukan dengan kadar yang segera disebabkan faktor belajar, orang
tua dan sebagainya, usahakanlah mengisi masa kosong anda dengan aktiviti-
aktiviti yang dapat membawa fikiran dan minda anda ikut serta. Umpamanya,
membaca, menulis artikel dan sebagainya, semuanya ini sangat membantu untuk
mengalihkan perhatian anda daripada mengingati perkara yang merangsang
nafsu anda.

Mengingati atau teringat perbuatan seks (zina) ketika solat mengganggu


kekhusyukan solat. Jika ia hanya sekedar lintasan yang bukan dengan sengaja
mendatangkannya, maka solat tetap sah,cuma kekhusyukan solat tersebut
terganggu. Agar kehidupan anda merasa tenteram dan tidak dihantui oleh
keresahan dan kebimbangan, maka perbanyaklah membaca Al Quran dan
yakinlah dengan keampunan Allah, insya Allah gangguan jiwa tersebut akan
dapat dihindari. Wallahu A'lam.

618. Pakaian di dalam Solat Menurut Syarak


Soalan:
Kebanyakan wanita menanggalkan seluar atau kain yang dipakainya
bersama seluar dalamnya sebelum menunaikan solat dengan alasan
ragu-ragu akan kesucian seluar/kain yang dipakai itu .Tapi keadaan ini
menimbulkan kemusykilan saya yang mana saya sendiri melakukan
perkara sedemikan rupa setiap kali saya ingin solat . Yang saya
musykilkan bagaimanakah keadaanya solat itu sekiranya bayang-bayang
kaki itu kelihatan kerana kebanyakan kain telekung yang diperbuat dari
kain cotton itu memang jarang dan sekiranya tidak memakai kain/seluar
di dalamnya memang akan nampaklah bayang-bayang kaki. Ini juga
sama dengan keadaan batang leher kita. Adakah sah sembahyang kita
sekiranya sekiranya nampak bayang-bayang auratnya ?

Jawapan:
Pakaian dalam solat adalah menutup seluruh aurat bagi wanita. Ertinya
pakaian mereka tidak hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sedangkan
bahagian yang lain terbuka. Ramai kalangan wanita zaman moden ini mereka
berpakaian tetapi sebenar telanjang disebabkan pakaian tersebut mengikut
bentuk tubuh ataupun kain yang digunakan jarang sehingga nampak kulit dan
aurat mereka. Allah SWT berfirman maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya
Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian
indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian
itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat". (Al A'raaf ayat 26)

Jika telekung yang digunakan untuk solat itu jarang, sehingga menampakkan
aurat atau anggota tubuh maka sudah jelaslah solat yang dikerjakan tersebut
tidak sah, kerana meninggalkan salah satu syarat sah solat. Usahakanlah
menggunakan telekung yang pakaian yang benar-benar memenuhi ciri-ciri
pakaian taqwa seperti yang disebut dalam ayat diatas, ertinya tidak
menampakkan bentuk tubuh dan tidak nampak kulit atau aurat orang yang
memakainya. Wallahu A'lam.

619. Menunaikan Nazar Yang Terlupa


Soalan:
Saya merasa telah membuat satu nazar tetapi tidak pasti samada ianya
telah saya tunaikan atau belum kerana sudah terlupa. Adakah dengan ini
iaitu tidak menunaikan nazar yang terlupa mengakibatkan segala
masaalah kehidupan sekarang?

Jawapan:
Menunaikan nazar adalah wajib selagi nasar tersebut tidak bertentangan
dengan kehendak syarak. Maka tidak wajib menunaikan nazar yang mengandungi
kederhakaan terhadap hukum syarak atau kepada Allah SWT. Jika kita terlupa
menunaikan nazar yang pernah kita niatkan maka hendaklah mengerjakannya
secepat yang mungkin setelah kita mengingatinya. Namun jika kita merasa ragu-
ragu dan was-was tentang sesuatu yang kita nazarkan tersebut samada telah
ditunaikan atau belum, adalah lebih baik anda memohon petunjuk daripada Allah
dengan cara mengerjakan solat Istikharah. Ataupun lebih baik menunaikan nazar
tersebut dengan demikian menenangkan fikiran anda.

Jika pada hakikatnya anda telah menunaikan nazar tersebut maka


menunaikannya sekali lagi lantara terlupa dan demi menghindarkan diri diri
daripada dosa adalah lebih baik disamping memperoleh pahala kerana telah
menunaikan nazar juga pahala menghindari was-was atau pelupa dikeranakan
rayuan syaitan. Wallhu A'lam.

620. Kedudukan Wuduk bagi Anak Angkat


Soalan:
Ibu saudara saya telah berumahtangga. Beliau tidak mempunyai
cahayamata. Beliau telah mengambil anak angkat seramai 5 orang. Pada
akhir bulan Februari 99 suami beliau telah meninggal dunia. Semasa
jenazah tersebut telah dikafankan dan hendak dikebumikan, anak-anak
angkat beliau telah di beri kesempatan untuk mencium buat kali terakhir.
Apakah hukum air sembahyang anak-anak tersebut?
Jawapan:
Tidak harus kepada seseorang yang mengambil anak angkat menghubungkan
keturunan anak itu dengan keturunannya dan memberikan hak yang sama
kepada anak kandungnya sendiri. Rasulullah SAW juga mempunyai anak angkat
Zaid bin Harithah, namun setelah zaid bercerai dengan isterinya Zainab Binti
Jahsyi, Allah SWT memerintahkan kepada Rasulullah SAW mengahwini bekas
isteri anak angkatnya itu. Perintah Allah ini meskipun berat rasanya baginda ingin
menunaikannya, namun baginda laksanakan juga lantaran ingin melaksanakan
hukum Allah.

Jelaslah bahawa hak anak angkat itu tidak sama dengan hak anak kandung
sendiri. Dengan demikian wuduk antara anak angkat dengan keluarga angkatnya
tetap batal jika mereka berlainan jenis. Walaupun begitu jika perkara tersebut
tersilap melakukannya tidak dikira berdosa. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu
sendiri. (Segala yang kamu dakwakan) mengenai perkara-perkara yang tersebut
itu adalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan ingatlah Allah
menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul.
Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber "bin" kan kepada bapa-bapa mereka
sendiri. Cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu jika kamu tidak
mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-
saudara kamu dan seagama dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula
tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi
(yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu
melakukannya. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".

621. Diantara Doa Mendapatkan Anak yang Soleh


Soalan:
Apakah amalan-amalan yang baik ketika isteri sedang mengandung dan
amalan amalan selepas isteri selesai bersalin. Sila berikan doa-doa yang
baik untuk mendapatkan anak yang soleh. Apakah nama-nama yang baik
untuk bayi lelaki dan perempuan dan maksud nama-nama tersebut?

Jawapan:
Hasrat ingin memperoleh anak yang soleh hendaklah ditanamkan dalam minda
kita sebelum kita memilih pasangan hidup lagi. Oleh sebab itu pilihlah calon isteri
atau suami orang yang menjalankan perintah Allah dengan demikian anak yang
lahir dari keturunan yang baik, maka anak akan menjadi baik. Kemudian ketika
mengandung amalan yang sesuai bagi suami isteri adalah seperti berikut;
1. Membaca Surah Al Fatihah
2. Membaca Surah Yaasiin hingga akhir.
3. Membaca Surah Taubah hingga akhir.
4. Membaca Surah Yusuf hingga akhir agar memperoleh anak yang soleh, sihat,
cantik dan sempurna.
5. Membaca Surah Luqman hingga akhir agar memperolehi anak yang taat.
6. Membaca Surah Maryam hingga akhir untuk memperoleh anak yang sabar dan
taat.
7. Membaca Surah An Nahl ayat 78
8. Membaca Surah Al A'raf ayat 189

Disamping itu perbanyaklah amalan membaca doa ini setiap kali selesai
mengerjakan solat lima waktu:
1. Surah Ali Imran ayat 38
2. Surah Ali Imran ayat 8 dan 9
3. Surah Ali Imran ayat 192 hingga 194.
4. Surah Ibrahim ayat 40 dan 41.

622. Kadar Wasiat Bagi Yang Meninggal Dunia


Soalan:
Saya ingin mengemukakan soalan mengenai pembahagian harta yang
telah ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia. Baru-baru ini
adik saya telah meninggal dunia disebabkan kemalangan jalanraya.
Semasa hidupnya dia pernah menyuruh saya menandatangani satu
borang yang dikeluarkan oleh tempat dia bekerja dimana dalam borang
itu tertulis sekiranya berlaku kematian atas diri adik saya, pampasan
sebanyak 15,000 akan diberikan kepada nama yang tertulis dalam
borang tersebut. Adik saya telah meminta saya mencatitkan nama saya
dan menandatangani borang itu serta berkata kalau berlaku apa-apa
padanya ambil lah duitnya.

Sekarang setelah ia meninggal dunia syarikat tersebut ingin membuat


pembayaran pampasannya kepada saya. Saya ingin bertanya, adakah
saya mempunyai hak keatas wang tersebut atau saya perlu
membahagikan wang tersebut sebagaimana wang serta harta
peninggalannya yang lain dimana
yang lain tiada diwariskan kepada sesiapa?

Jawapan:
Sebelum terjadinya kematian, hendaklah seseorang yang akan meningal itu
berwasiat untuk ayahnya, ibunya dan keluarga-keluarganya dengan cara yang
baik, dengan adanya kemungkinan bahawa seseorang yang akan menerima harta
warisnya itu akan beroleh pembahagian yang sedikit atau kemungkinan tidak
mendapati harta warisan tersebut. Dibenarkan berwasiat hanya 1/3 daripada
jumlah hartanya. Sedangkan selebihnya dibahagi menurut faraidh.

Jika jumlah wang yang diwasiatkan kepada anda itu tidak melebihi 1/3 dari
keseluruhan hartanya maka anda berhak mengambil kesemua wang tersebut.
Namun jika melebihi dari kadar yang dibenarkan untuk wasiat adalah lebih baik
dibahagi kepada ahli waris yang berhak menerimanya seperti ayah dan ibu.
Wallahu A'lam.

623. Kahwin dengan Pangkat Emak Saudara


Soalan:
Saya ingin bertanya tentang perkahwinan. Adakah boleh saya
mengahwini pangkat emak saudara saya. Seperti berikut, atuk saya
dengan bapa dia adik-beradik, jadi dia dan emak saya bersepupu. Adakah
boleh saya mengahwini dia?

Jawapan:
Islam hanya melarang berkahwin dengan seorang perempuan itu ada dua
bentuk. Pertama larangan muabbad ertinya larangan untuk dikahwini selamanya
dan kedua, larangan Muaqqat ertinya larangan kahwin dengan seorang
perempuan selama perempuan tersebut masih dalam keadaan tertentu, apabila
keadaan berubah maka larangan itu tercabut dan perempuan itu menjadi halal
dikahwini.

Larangan perkahwinan yang terus menerus itu disebabkan oleh kerana


hubungan pertalian darah, ada hubungan perkahwinan dan hubungan susuan.
Sedangkan kedudukan anda dengan pasangan yang ingin anda kahwini itu
membolehkan anda menikahinya. Dalam hal ini telah dijelaskan dalam Firman
Allah maksudnya: "Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibumu, anak-anak
perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan
ayahmu, saudara-saudara perempuan ibumu dan anak perempuan dari saudara-
saudara lelakimu, anak perempuan dari saudara-saudara perempuanmu, ibu-ibu
yang menyusukan kamu, saudara perempuan sesusuan, ibu-ibu isterimu (ibu
mertua) anak-anak perempuan isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri
yang telah kamu tiduri, tetapi jika kamu belum mencampurinya (dan sudah kamu
ceraikan) maka tidak berdosa kamu mengahwininya dan diharamkan bagimu
isteri anak kandungmu (menantu) dan menghimpun dua perempuan bersaudara
kecuali yang pernah terjadi di masa lalu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang". (Surah An Nisa' ayat 23)

624. Masalah Rumah Baru yang Berhantu


Soalan:
Saya berencana untuk membeli rumah. Tapi karena ada orang pandai
yang "bisa melihat", katanya di rumah itu ada hantunya. Saya ingin tahu
mengenai hantu di dalam rumah atau yang disebut juga penunggu
rumah. Bagaimanakah seharusnya seorang muslim menghadapi makhluk
halus ini. Dan apakah kita boleh percaya pada orang pandai yang
memiliki indera ke-6, dalam hal ini dia seorang muslim pula. Mohon
bantuannya?

Jawapan:
Dalam dunia ini disamping manusia ada makhluk lain yang hidup disekitar kita
seperti para jin, malaikat
dan makhluk lainnya. Bukan suatu yang mustahil jika tempat kediaman manusia
juga didiami oleh makhluk seperti jin tadi. Walaupun begitu manusia merupakan
makhluk yang paling baik dan mulia yang tidak perlu takut dengan makhluk
seperti jin. Bahkan jika kita tergolong orang yang beriman, makhluk seperti jin,
iblis dan syaitan akan takut dengan kita. Tidak ada sebab mengapa manusia
harus takut dengan mereka, tetapi sebaliknya buatlah mereka merasa segan dan
takut dengan keimanan yang tersemat dalam sanubari manusia.

Seorang muslim ketika ingin memasuki rumah apakah rumah baru mahupun
rumah yang telah dihuni, hendaklah membaca salam. Seandainya ingin pindah
ke rumah baru tambahlah dengan membaca ayat kursi, surah al ikhlas, Al falaq
dan surah An Nas. Disamping itu bacalah doa dibawah ini maksudnya: "Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon kepada Mu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-
baik tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah
kami keluar. Dan kepada Allah, kami bertawakal". Setelah membaca doa ini
ucapkan salam. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan Abu Daud daripada Abu
Malik Al asyari ra. Rasulullah SAW bersabda: " Jika seseorang memasuki
rumahnya, hendaklah ia mengucapkan doa tersebut kemudian hendaklah ia
memberikan salam kepada penghuni di dalamnya, baik ada orang di dalamnya
ataupun tidak. Kerana tujuan memberi salam bukan hanya kepada manusia
tetapi juga kepada malaikat dan jin yang tinggal di situ.

Perlu diketahui juga bahawa setiap rumah samada rumah kosong atau di huni
orang, ia tidak akan sepi daripada malaikat dan jin. Wallahu A'lam.

625. Permulaan Hari Baru Tahun Hijrah


Soalan:
Saya ada satu kemusykilan: Pada waktu bilakah bermulanya hari yang
baru jika merujuk kepada kalendar Hijrah, pada pukul 12:00 tengah
malam, atau pada waktu Maghrib?

Jawapan:
Jika melihat praktik amalan dalam kehidupan umat Islam kebanyakannya
menunjukkan bahawa permulaan suatu perayaan itu dimulai ketika masuknya
waktu Maghrib. Umpamanya untuk menyambut hari raya Aidul Fitri, setelah
masuknya waktu Maghrib dimulailah takbir tanda telah masuknya hari raya
tersebut. Begitu juga halnya dengan menyambut hari raya Aidul Adha, tahun
baru Hijrah dan sebagainya. Wallhu A'lam.

626. Anak Luar Nikah Menjadi Wali


Soalan:
Adakah anak perempuan yang mana ayahnya adalah anak luar nikah
tidak boleh diwalikan oleh ayahnya tersebut?

Jawapan:
Menurut Imam Syafei, pernikahan seorang perempuan tidak sah kecuali
apabila dinikahkan oleh wali akrab (dekat). Kalau tidak ada wali akrab maka
dinikahkan oleh wali ab'ad (jauh), kalau ab'ad pun tidak ada maka dinikahkan
oleh penguasa (wali hakim). Sedangkan syarat-syarat menjadi wali itu adalah,
merdeka, berakal, sihat dan dewasa serta beragama Islam. Jika keempat-empat
syarat ini dimiliki oleh seseorang wali (terutamanya ayah) maka sah lah orang
tersebut menjadi wali. Walaupun kedudukan ayah sebagai anak luar nikah maka
tidak menjejaskan tanggungjawab dan haknya terhadap anak kandungnya
sendiri. Wallahu A'lam.

627. Petua Menjaga Kandungan


Soalan:
Setelah menunggu selama lima tahun untuk mendapat zuriat, kini hasil
usaha saya dan suami telah menanpakkan hasil. dimana saya telah hamil
satu bulan. untuk makluman ustaz saya pernah mengalami
keguguran kira-kira 2 tahun lalu, peristiwa menjadi fobia kapada saya .
Soalan saya, apakah doa atau ayat-ayat suci yang perlu saya amalkan
supaya kandungan saya selamat dan juga untuk mendapat zuriat yang
soleh/solehah, bijak, sihat sempurna serta mendengar cakap?

Jawapan:
Lazimnya kita dengar bahawa pasangan yang baru berkahwin kandungan
pertamanya mengalami keguguran. Mungkin ada faktor-faktor tertentu yang
menyebabkan rapuhnya janin di dalam rahim. Namun begitu adalah lebih baik
suami dan isteri menjaga kandungan tersebut dengan cara bersama-sama. Sebab
bulan-bulan pertama kehamilan kedudukan janin belum begitu kukuh dan sangat
sensitif yang menyebabkan mudah terjadi keguguran. Aturlah hubungan jimak
ketika bulan-bulan pertama ini dengan sebaik mungkin dan jagalah dengan hati
secara bersama-sama.

Mengenai amalan ingin memperoleh anak yang soleh dan solehah


banyakkanlah berdoa setelah selesai mengerjakan solat lima waktu. Bahkan
dalam buku-buku tertentu memberikan petunjuk dengan jelas tentang amalan
ketika mengandung ini. Terutama banyakkan membaca surah Maryam dan Surah
Yusuf agar anak menjadi orang baik wajah dan budi pekertinya serta patuh
kepada Allah dan kedua ibu bapa. Wallahu A'lam.

628. Was-was (Meragui) akan Rahmat Allah Melalui


Istikharah
Soalan:
Saya berusia 30 tahun berjawatan executive di KL. Saya masih bujang
dan masih mencari pasangan untuk dijadikan isteri. Saya penah berminat
dengan seorang gadis sehingga saya beristikharah samada nak teruskan
keinginan saya. Jadi hasrat tu suka pada dia. Selepas saya menyatakan
keinginan pada seorang
kawan dan sampaikan pada dia, dia diam. Tapi istikharah saya memihak
kearah dia. Lebih2 lagi saya salat hajat supaya Allah palingkan hati saya
dari dia. Tapi saya gagal. Setiap kali saya lebih suka pada dia. Malangnya
gadis itu tidak meberikan apa2 jawapan pada saya.

Soalan saya : Apakah setiap istikharah yang dibuat dan hasilnya


keputusan itu datang dari Allah atau syaitan masih boleh
mempermainkan kita dalam hal beristikharah. Kerana saya beristikharah
dalam bulan ramadhan. Kini saya seperti hilang keyakinan pada salat
istikharah. Sehingga saya mula melakukan sesuatu yang diluar batas
kerana tekanan untuk memiliki seorang isteri. Apakah amalan terbaik
atau ayat2 pelaris jodoh/percepat jodoh yang boleh saya amalkan? Ayat
pengasih yang boleh diamalkan?

Jawapan:
Solat istikharah kita lakukan jika kita menemukan suatu masalah dalam
membuat pilihan atau keputusan. Setelah mengerjakan solat sunat ini berdoalah
dengan ikhlas agar Allah memberikan pilihan yang terbaik. Jika kita yakin dengan
pertolongan Allah, maka Allah akan memberikan jalan yang terbaik kepada
hambanya, namun jika ragu-ragu dengan pertolongan Allah, maka syaitan akan
meniupkan perasaan was-was.

Kehilangan keyakinan atau ragu-ragu (was-was) dalam mengharapkan rahmat


Allah merupakan dosa yang mesti ditinggalkan, kerana perkara tersebut
menggugurkan iman. Jika iman telah hilang dalam sanubari, maka musnahlah
rahmat Allah dalam kehidupan. Hindarkan daripada melakukan sesuatu diluar
batas kerana disebabkan oleh tekanan terlambat mendapat jodoh. Walaupun
kecenderungan hati saudara kepada pilihan anda tersebut, namun jika Allah
menetapkan yang lain, maka itulah yang terbaik untuk anda. Sebab kebaikan
dalam penilain manusia berbeza dengan kebaikan yang telah ditetapkan oleh
Allah SWT untuk seseorang.

Hasil pilihan itu bukan sekedar mengikut kecederungan nafsu semata, tetapi
kadangkala keputusan yang terjadi diluar jangkauan kita. Tugas kita sebagai
hamba hanya menjalankan kewajipan dan bermohon kepada-Nya, sedangkan
segala keputusannya kita serahkan kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah
selesai solat lima waktu, bukan sekedar disegerakan memperoleh jodoh, tetapi
mengharap dipertemukan dengan wanita solehah yang akan menghiasi
rumahtangga dengan kedamaian dan ketenangan. Wallahu A'lam.

629. Minum Air Susu Isteri Hingga Kenyang


Soalan:
Seorang suami meminum susu badan isteri sehingga kenyang. Dari segi
Islam, apakah hukumnya.
Dan apakah ia ada kena mengena dengan ikatan suami isteri tersebut.
Apakah dengan sendirinya, bercerai suami isteri tersebut. Di harapkan
penjelasan dapat diberikan?

Jawapan:
Air susu ibu, Allah SWT anugerahkan kepada kaum wanita sebagai rahmat
untuk bayi atau anak yang dalam jagaannya. Secara fitah air susu ibu
mengandungi rahmat yang paling besar untuk pertumbuhan dan perkembangan
minda bayi. Dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 233 menjelaskan "bahawa
para ibu menyusu anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi mereka yang
ingin menyempurnakan penyusuan". Ini membuktikan bahawa hak air susu ibu
itu hanya untuk bayi bukan selain daripada itu.

Dalam rukun penyusuan ada tiga, iaitu ibu yang menyusu, susu dan bayi yang
menyusu. Jika rukun ini lengkap maka jatuhlah hukum susuan terhadap bayi
tersebut. Bahkan setengah ulama menambahkan lagi tentang kadar banyaknya
air susu yang diminum, jika melebihi lima kali maka jatuh hukum susuan dan
setengahnya pula berpendapat hingga kenyang walaupun hanya satu kali
menyusu. Jika melihat pada ketetapan ini maka bagi lelaki dewasa yang
meminum susu wanita hingga kenyang tidak mengakibatkan timbulnya hukuman
susuan terhadap mereka, kerana timbulnya hukum susuan ini berlaku pada bayi.

Jika dalam mengadakan hubungan jimak dan asmara antara suami isteri,
kemudian suami terminum air susu isterinya, maka perkara ini tidak berdosa.
Namun jika suami dengan sengaja meminum air susu isteri, ini menunjukkan
bahawa seorang suami telah melanggar fitrah insaniahnya, bahkan dengan
sengaja mengambil hak anaknya. Jika seseorang dengan sengaja melanggr fitrah
insaniah bererti tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya dan tergolong orang
yang lalai bahkan lemah akal dan fikirannya. Orang Islam yang tidak
menggunakan akal fikirannya dengan baik adalah orang Islam yang rugi bahkan
lebih rendah daripada haiwan. Wallahu a'lam.

630. Mengetahui Isyarat Memilih Jodoh Solat


Istikharah
Soalan:
Di sini saya mempunyai kemusykilan tentang sembahyang istikharah.
Kebanyakan buku-buku agama yang saya baca mengatakan setelah
melakukan sembahyang tersebut dan di mana rasa berat hati dalam
memilih suatu keputusan itu, maka keputusan itulah yang sepatutnya
diikuti. Tetapi ustaz, masalahnya rasa berat hati kita itu, kita tidak tahu
sama ada ianya adalah mengikut petunjuk Allah ataupun mengikut nafsu
diri sendiri. Dengan itu, ada saya menemui satu buku yang mengatakan
petunjuk itu boleh diperolehi dalam mimpi. Caranya ialah sesudah kita
melakukan solat istikharah tersebut, kita tidur dengan pakaian yang
bersih dan berwuduk dan jangan memikirkan perkara lain selain
daripada apa yang dihajatkan. Insya-Allah petunjuk itu akan diperolehi
dalam mimpi.

Jika benar kita bermimpi semasa tidur itu, maka adakah sahih petunjuk
itu atau adakah mimpi itu juga boleh dikatakan datang dari nafsu kita
sendiri? Ini adalah kerana setahu saya mimpi orang biasa seperti saya ini
tidak benar-benar boleh dipercayai. Mungkin ia datang daripada syaitan.
Petunjuk yang ingin saya perolehi adalah tentang adakah teman lelaki
yang saya dampingi kini adalah benar-benar calon suami saya. Ada rakan
saya (lelaki) yang pernah mendapat petunjuk dalam mimpi tentang
perkara yang sama. Katanya dia nampak wajah teman wanitanya dalam
mimpinya itu. Dengan itu, dia yakin petunjuk itu adalah dari Allah.
Adakah petunjuk itu boleh diterima pakai? Oleh sebab itulah saya
mengemukakan soalan ini, adakah relevan suatu petunjuk itu diperolehi
melalui mimpi?

Nur, Selangor
Jawapan:
Solat Istikharah selain daripada untuk menetapkan suatu pilihan yang kita
ragui ia juga digalakkan untuk orang yang bimbang memilih jodohnya.
Diriwayatkan oleh ahmad dan abu Ayyub al Anshari bahawasanya Rasulullah SAW
pernah bersabda kepadanya yang bermaksud: "Sembunyikanlah pinanganmu,
kemudian berwudhuklah dan perbaikilah wudhukmu, kemudian lakukanlah solat
seberapa yang ditetapkan oleh Allah (maksudnya seberapa yang dikehendaki).
Sesudah itu pujilah Allah, kemudian ucapkanlah: "Ya Allah, Sesungguhnya
Engkau Berkuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau Mengetahui,
sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau Mengetahui segala yang ghaib. Jika
Engkau mengetahui bahawa si fulan/fulanah (sebutkan nama lelaki atau
perempuan yang dimaksudkan) baik untukku, untuk agamaku, duniaku dan
akhiratku, maka berilah dia untukku. Jika yang selainnya lebih baik daripadanya
untukku,untuk agamaku, untuk duniaku dan akhiratku, maka berilah yang lain itu
untukku".

Sesungguhnya solat istikharah adalah merupakan suatu pernyataan yang tulus


bagi setiap peribadi mukmin, bahawa melalui solat tersebut mereka meniadakan
kehendak peribadinya dan menyerahkan diri dan urusannya sepenuhnya kepada
Allah SWT. Jika kita telah melakukan solat istikharah dengan akidah dan jiwa
yang bersih, maka insya Allah kenderungan hati dan petunjuk daripadaNya akan
datang. Tidak kiralah apakah sedang mengerjakan solat ataupun kecenderungan
suasana hati kepada salah satu pilihan dan boleh juga melalui mimpi jika tidur
kita disertai wuduk dan doa. Setelah menyerahkan segalanya kepada Allah SWT,
hilangkan perasaan was-was dan ragu-ragu agar keputusan yang terbaik itu
memang merupakan kebenaran dan bukan kerana hawa nafsu.
631. Air Jernih Keluar dari Kemaluan
Soalan:
Saya seorang remaja, ingin bertanya mengenai satu masalah pada diri
saya iaitu setiap kali bila adanya cerita yang menghairahkan atau apa
apa saja yang menghairahkan pasti menaikan nafsu saya, dan kadang
kadang ada air jernih keluar dari kemaluan saya. Adakah saya perlu
mandi wajib atau apakah itu air yang keluar itu?
Sham, KLumpur
Jawapan:
Ada berbagai jenis air yang keluar dari kemaluan manusia seperti air kencing,
mani, mazi dan sebagainya. Mazi adalah cecair berwarna agak kekuningan dan
jernih yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan secara tidak sedar.
Keluarnya terjadi apabila naluri syahwat atau ghairah berahi bangkit dan
biasanya wanita lebih sering mengalaminya.

Mazi menurut kesepakatan para ulama adalah benda najis yang mesti
disucikan dari badan, pakaian serta boleh membatalkan wuduk tetapi tidak
mewajibkan mandi junub.

632. Akad Nikah Setelah Menganut Islam


Soalan:
Apakah pasangan suami isteri bukan Islam perlu bernikah semula secara
Islam setelah mereka menganut Islam? Bagaimana pula dengan anak
mereka, perlukah di'bin'kan kepada bapa atau kepada 'Abdullah'?

Jawapan:
Jika akad perkahwinan suami isteri telah sempurna sebelum Islam, kemudian
kedua suami isteri masuk Islam, maka jika akad nikah yang diadakannya sesuai
dengan akad nikah yang ada dalam Islam maka hukumnya sah. Pada zaman
Rasulullah, bahawa Atikah binti Walid bin Mughirah masuk Islam mendahului
suaminya beranama Sufwan bin Umaiyah lebih kurang sebulan sebelumnya.
Kemudian suaminya menyusul memeluk Islam, maka Rasulullah SAW tetap
mengakui ikatan perkahwinannya.

Anak seorang lelaki yang kahwin secara sah tetap di "bin" kan dengan bapanya
walaupun perkahwinannya ketika masih zaman kafir. Begitu juga jika anaknya
saja masuk ke dalam Islam maka anak tersebut tetap di "bin" kan dengan nama
bapanya bukan dengan Abdullah seperti yang menjadi kebiasaan masyarakat
melayu kita. Begitulah amalan yang dilakukan para sahabat Rasulullah SAW yang
tetap menggunakan nama bapanya walaupun setelah mereka memeluk Islam.
Wallahu a'lam.

633. Doa Memelihara Solat


Soalan:
Apakah doa untuk orang yang bersolat supaya dia terus mengekalkan
dan memelihara solatnya?
Jawapan:
Banyak doa-doa yang dapat menenangkan jiwa dan memelihara diri dari
pekerjaan yang tidak diredhai. Khusus agar solat kita tetap kekal dan terpelihara
dalam kehidupan kita amalkanlah doa yang terkandung dalam surah Ibrahim ayat
40.

634. Mencapai Kepuasan Dalam Beribadah


Soalan:
Saya seoarng student ITM. Masalah saya ialah saya kurang untuk
beribadah dan bagaimana caranya untuk mencapai kepuasan dalam
ibadah?

Jawapan:
Ibadah yang disertakan dengan ilmu dan rasa khusyuk akan mendatangkan
ketenangan dan kedamaian dalam jiwa. Jika perasaan malas menghangtui diri,
maka mustahil seseorang itu akan memperoleh kepuasan dalam beribdahnya.
Jadi langkah awal untuk memperoleh ketenangan dalam ibadah, isilah jiwa dan
fikiran dengan ilmu, terutama berkaitan dengan ibadah tersebut. setelah itu
kerjakanlah secara tekun dan bersungguh-sungguh, barulah dapat dirasakan
nikmat dan roh kedamian dalam beribadah.

635. Tabiat Menonton VCD Lucah


Soalan:
Saya selalu melakukan perkara-perkara maksiat seperti menonton vcd
lucah dsb. Apakah perkara yang boleh saya lakukan untuk mengubah
tabiat buruk saya itu?

Jawapan:
Dorongan syahwat dan ingin mengetahui perkara yang berkaitan dengan
perkara tersebut biasanya sangat bergejolak bagi kaum remaja. Dorongan dan
kecenderungan itu merupakan fitrah bagi seorang remaja yang normal. Di dalam
Islam dengan jelas ditunjukkan cara remaja untuk mengatasi gejolak syahwat
tersebut. Rasulullah SAW menganjurkan jika seseorang belum mampu berkahwin
hendaklah berpuasa agar syahwat mereka dapat dikawal dengan baik.

Menonton filem lucah merupakan pekerjaan yang sia-sia malah berdosa


lantaran melihat aib orang lain dengan sengaja. Kesan yang paling besar dalam
melihat perbuatan yang tercela tersebut adalah melemahkan daya fikiran dan
menumpulkan hati. Kesan untuk jangka panjang jika telah berumahtangga nanti
dikhuatirkan mengurangkan rasa ghairah dan nikmat bersuami isteri kerana telah
terbiasa melihat dan menyaksikan perkara yang melemahkan daya fikiran
tersebut.

Keghairahan seks berpunca daripada kekuatan syaraf, jika pada zaman remaja
lagi telah digunakan kepada perkara yang tidak sesuai dengan tuntutan syarak
sudah pasti akan menimbulkan kesan yang negatif dikemudian hari. Itulah
sebabnya banyak kita dengar dewasa ini pasangan suami isteri mengeluh dan
bahkan dalam keadaan resah gelisah lantaran tidak puas dalam mengadakan
hubungan jimak suami isteri. Semua ini terjadi kemungkinan besar mereka tidak
mengikuti sunnah yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga diri
dan syahwat.
Bagi seorang pelajar, banyak aktiviti boleh dilakukan untuk mengalihkan
kebiasaan yang kurang baik tersebut kepada aktiviti yang lebih bermanfaat.
Seorang pelajar IPT merupakan calon intelektual yang akan terjun ke
masyarakat, jadi alangkah baiknya jika masa-masa terluang digunakan untuk
mengasah minda dengan menulis artikel ataupun mengkaji bahan-bahan ilmiah.
Walaupun karya tersebut tidak diterbitkan, kemungkinan pada suatu saat nanti
setelah bekerja semuanya itu akan berguna. Fikirkanlah dan kerjakanlah sesuatu
yang bermanfaat agar perhatian anda dapat dialihkan daripada suka melihat
perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat tersebut. Wallahu A'lam.

636. Memiliki Suami Mengabaikan Tanggungjawab


Soalan:
Saya telah berkahwin selama 4 tahun dan mempunyai seorang anak
berusia 2 tahun. Suami saya seorang guru bahasa inggeris tetapi dia
mempunyai pekerjaan sambilan sebagai pemain muzik bebas. Baru-baru
ini saya mendapat tahu dia mempunyai perasaan terhadap seorang
perempuan yang mempunyai kedudukan yang tinggi. Suami saya
berkeras tidak mahu meninggalkan perempuan itu walaupun perempuan
itu mengaku bahawa dia tidak mempunyai perasaan terhadap suami
saya. Sejak itu suami saya selalu berang, marah-marah, dan kadang-
kadang memukul saya. Suami saya bukanlah seorang yang bertanggung
jawab. Saya selalu yang mengeluarkan belanja rumah, bayar bil-bil dan
menanggung kesemua perbelanjaan anak saya.

Saya tak tahu bagaimana hendak buat agar suami saya berubah menjadi
seorang yang bertanggung jawab terhadap keluarga.. Untuk
pengetahuan...suami saya tidak pernah membimbing saya ke jalan
agama. Saya jadi keliru dan kadang-kadang saya jadi sangsi untuk
sembahyang kerana saya tidak yakin dengan bacaan saya. Saya ingin
mendalami agama tetapi saya tidak tahu dimana hendak belajar. Hidup
saya selalu didalam tertekan tetapi suami saya sering tidak
menghiraukan saya walaupun dia mengatakan dia sayangkan saya. Saya
sayangkan suami saya dan saya mahu dia kembali menjadi suami yang
bertanggung jawab tetapi bagaimanakah caranya supaya saya dapat
membimbing dia supaya boleh berubah ? Saya tidak mahu menjadi
seorang isteri yang derhaka?

Jawapan:
Setiap sesuatu usaha hendaklah kita mulai dari diri sendiri dan barulah
keluarga kita dan seterusnya orang lain. Sebagai seorang isteri sudah pasti
mendambakan kedamaian dalam berumahtangga dan merupakan matlamat
asasnya untuk menikmati keluarga bahagia terutama disamping suami dan anak-
anak. Dalam kehidupan ini tidak semua hasrat kita akan tercapai sesuai dengan
keinginan dan harapan, kadang kala terlalu banyak halangan dan rintangannya,
bahkan tidak kurang juga menemui kegagalan.

Orang Islam yang beriman tidak menganggap kegagalan itu sebagai suatu bala
bencana, namun menjadikan dia sebagai suatu cubaan dalam kehidupan. Mereka
menerimanya dengan rasa tabah dan hanya menyerahkan segalanya kepada
Allah. dan memang itulah kemampuan yang ada pada manusia. Jika puan
inginkan keluarga bahagia, bermulalah dari diri sendiri dengan cara memperbaiki
keperibadian dan tanggungjawab. Jika tanggungjawab kita terhadap diri sendiri
dan tanggungjawab terhadap Allah tidak dapat dipenuhi dengan baik, maka suatu
yang mustahil kedamaian dalam jiwa dan kebahagian dalam rumahtangga dapat
diwujudkan.

Solat merupakan perkara fardhu dan jangan sampai timbul kesangsian dalam
mengerjakannya. Belajarlah untuk mengerjakan solat dengan benar dan betul,
kerana di dalam solat anda akan menemukan kedamaian yang melebihi
kedamaian yang anda inginkan terhadap suami anda. Baiki budi pekerti,
sempurnakan solat, didik anak-anak dengan ilmu agama, jika ini mampu
dilakukan, yakin dan percayalah suami anda akan menemukan dirinya kembali
pada suatu saat nanti. Ketika ini mungkin suami anda dalam keresahan lantaran
masalah peribadi ataupun tidak melaksanakan perintah Allah dengan sempurna.
Namun jika anda mampu mencipta rumahtangga yang harmoni dan tidak terlalu
banyak menuntut, kemungkinan suami anda akan menunjukkan perubahannya
pada saat nanti. Banyakkanlah berdoa dan bermohonlah kepada Allah, kerana
jika kita masih mengingat-Nya, insya Allah akan ada jalan keluar yang terbaik
untuk kita.

Jangan terlalu banyak menyalahkan orang lain tetapi lebih banyak menilai diri
sendiri. Berbuat baiklah dengan orang lain apatah lagi antara suami isteri, kerana
di dalam Al Quran ada disebutkan " tidaklah kebaikan itu melainkan dibalas
dengan kebaikan pula". Dengan sentiasa berbuat baik dan tidak terlalu banyak
menuntut sesuatu di luar kemampuan pasangan kita akan menyumbang
terciptanya keluarga yang harmoni. Wallahu A'lam.

637. Perbuatan Menyimpan Tulang Manusia


Soalan:
Dahulu saya seorang yang jahat sekarang saya telah insaf dan bertaubat
hanya satu soalan yang ingin saya bertanya. Sekarang saya masih
menyimpan saki baki tulang manusia bukan Islam. Apakah yang harus
saya lakukan pada tulang itu dan bagaimanakah cara saya untuk
menebus dosa itu?

Jawapan:
Tulang manusia yang telah meninggal dunia, layaknya adalah ditanam bukan
disimpan di dalam rumah atau digunakan untuk perkara yang tidak baik. Jika
anda telah insaf dari melakukan pekerjaan yang sia-sia dan disukai syaitan itu,
maka tanamlah tulang tersebut di tempat anda mengambilnya dahulu. Setelah itu
bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenarnya.

Taubat nasuha atau taubat yang sebenarnya itu adalah meninggalkan segala
yang tercela dan terlarang serta berazam tidak akan mengulanginya kembali.
Tebuslah dosa dengan banyak beribadah kepada Allah, berbuat baik sesama
manusia, menjalinkan silaturrahim, serta banyak mengerjakan amalan yang
diredhai Allah disamping memperbanyak bermunajat atau berdoa kepada-Nya.
Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat dan akan menerima taubat
hamba-Nya yang betul-betul ikhlas kepadaNya.

638. Ayah Main Ekor


Soalan:
Masalah saya ialah saya mempunyai seorang ayah yang main ekor dan
kini saya masih menuntut di IPT awam. Kadang kala saya terfikir tentang
wang yang ayah saya berikan pada saya, adakah ia halal atau sebaliknya.
Apa yang harus saya lakukan, adakah saya perlu terima saja wang itu
atau sebaliknya?
Azni, Bangi
Jawapan:
Membeli nombor ekor sama dengan berjudi, sedangkan wang hasil judi
tersebut haram digunakan untuk keperluan kehidupan. Walaupun ayah saudara
suka membeli nombor ekor tidaklah bererti setiap kali membeli ia
memenanginya. Dalam Islam mengharamkan judi kerana tidak pernah orang
yang bermain judi menjadi kaya bahkan menimbulkan bencana dan kemiskinan.
Jika saudara yakin bahawa wang yang diberikan kepada saudara itu hasil judi dan
ayah saudara menyatakannya sendiri, maka tidak layaklah anda bersubhat
dengan perkara yang tercela ini. Namun jika wang tersebut tidak diketahui
apakah dari asal judi ataupun dari usaha halalnya maka halal menggunakan wang
yang diberikan oleh ayah saudara tersebut.Wallahu A'lam.

639. Berwuduk Ketika Mandi Wajib


Soalan:
Kemusykilan saya ialah semasa seseorang itu sedang mandi wajib,
kemudian berlaku sesuatu yang membatalkan air sembahyang, sah atau
tidak, perlukah dia niat semula? Bolehkan suami dan isteri mandi wajib
bersama (bersentuhan)?

Jawapan:
Mengambil wuduk sebelum mandi wajib hukumnya sunat. Ketika mandi
seseorang itu akan membersihkan bahagian-bahagian tertentu seperti
kemaluannya, maka kedudukan wuduk tadi tidak kira lagi kerana terbatal oleh
sentuhan yang dilakukan terhadap kemaluan tersebut. Jika ia ingin solat
hendaklah ia mengambil wuduk yang lain. Namun jika ia mandi dalam air yang
banyak dan mengalir seperti di sungai, dan ia memasukkan seluruh tubuhnya ke
dalam sungai tersebut, maka mandi wajibnya itu membolehkan ia mengerjakan
solat dengan tanpa mengambil wuduk kembali.

Tidak perlulah seseorang itu berniat semula ketika wuduknya terbatal kerana
mandi wajib tersebut, kerana telah dikatakan bahawa kedudukan wuduk sebelum
mandi wajib itu hukumnya sunat dalam mandi tersebut. Sedangkan mandi
bersama-sama antara suami isteri sangat dituntut demi mengeratkan kemesraan
dan bersentuhan serta saling membersihkan bahagian tubuh adalah lebih baik.
Kerana Rasulullah SAW pun pernah mandi bersama- sama dengan isteri baginda
Siti Aisyah.

640. Zikir Harian


Soalan:
Saya sebenarnya ingin meminta jasabaik pihak tuan jika sekiranya dapat
pihak tuan memberitahu saya zikir harian yang dapat saya ucapkan pada
setiap hari contohnya : isnin - yaallah, selasa - subhanallah. sbb saya
masih mencari cari zikir harian tersebut. Saya harap dapatlah sekirannya
tuan memberitahu. Saya berharap agar pihak tuan akan mendapat
keberkatan dengan adanya sesi ini?

Jawapan:
Ada ulama yang membahagi masa tertentu dalam melafazkan zikir-zikir
menurut masa atau hari. Walaupun begitu berzikir dan berdoa kepada Allah tidak
mengenal batas dan waktu yang boleh kita kerjakan bila-bila masa saja dan
dimana sahaja asalkan bukan tempat-tempat yang makruh melafazkannya
seperti dalam tandas dan sebagainya. Zikir-zikir yang diamalkan dengan jumlah
tertentu dengan hari tertentu ini mungkin disusun untuk memudahkan orang
awam melatih diri dalam memperbanyak zikir kepadaNya. Diantaranya:

Hari Ahad: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )


Hari Isnin: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
Hari Selasa: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala
alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
Hari Rabu: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
Hari Khamis: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
Hari Jumaat: Ya Allah ( 1000 X )
Hari Sabtu: La ilaha illallah ( 1000 X )

641. Mengatur Jarak Kehamilan


Soalan:
Saya sekarang sedang mengandung anak ketiga, masalah saya sekarang
adalah salah saya mengandung kerap iaitu selama 3 tahun berturut-
turut. Selepas ini mungkin saya akan merancang untuk tidak
mengandung lagi bagi tempoh terdekat ini. Adakah saya bersalah sebab
saya ini bekerja dan bukan surirumahtangga. Susah bagi saya mendapat
penjagaan bagi anak-anak saya nanti kalau saya tidak
merancang selepas ini?

Jawapan:
Melambatkan atau mengatur kehamilan buat sementarawaktu dan tidak
menghentikannya sama sekali tidaklah haram menurut pendapat yang zahir.
Malah jika dengan sebab sesuatu keuzuran seperti untuk mendidik anak, tidak
dimakruhkan jika melewatkan atau mengatur kehamilan. Jika tidak hukumnya
adalah makruh.

642. Kesan Psikologi dalam Kehidupan Penzina


Soalan:
Di dalam kemusykilan yang telah lepas, Ustaz ada memberitahu bahawa
penzina itu akan menerima 3 hukuman di dunia iaitu hilang kehebatan
rupa, papa selamanya dan pendek umur. Adakah ianya akan berterusan
walaupun si penzina itu telah pun bertaubat?
Yanti, KLumpur
Jawapan:
Jika seseorang telah bertaubat dengan taubat yang sebenarnya dan berazam
tidak mengulangi kembali perbuatan zina yang terkutuk tersebut maka seseorang
itu telah bersih dan bahkan digambarkan bagi orang yang bertaubat dengan
taubat nasuha itu sama seperti anak kecil yang baru lahir. Jika demikian
keadaannya maka segala kesan psikologi dan fizikal yang ditimpakan itu hanya
kepada mereka yang terus menerus melakukan perzinaan, namun jika telah
bertaubat maka dengan sendirinya dirinya terpelihara dan malah mendapat
rahmat daripada Allah SWT. Wallahu A'lam.

643. Lama Masa Untuk Berjimak


Soalan:
Berapa lamakah masa yang selalu diambil oleh seseorang lelaki ketika
melakukan jimak, iaitu sebelum keluarnya air mani?
Rafiezul, Klang

Jawapan:
Dalam melakukan jimak, yang dituntut oleh sunnah adalah puncak kepuasan
berjimak itu sendiri. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memerintahkan agar suami
melakukan cumbu rayu sebelum melakukan jimak. Cumbu rayu ini bertujuan
agar kepuasan berjimak itu dapat dinikmati bersama dan tidak hanya sebelah
pihak sahaja. Lama masa bukanlah menjadi ukuran, tetapi yang menjadi perkara
asas adalah kepuasan. Walaupun satu minit jika kepuasan dapat dinikmati, maka
tujuan jimak telah tercapai. Tetapi jika masa digunakan panjang sedangkan
faktor kepuasan dan kenikmatan bersama diabaikan maka tujuan jimak tadi tidak
mengikut sunnah. Jika ini yang terjadi maka suami mengabaikan hak isteri dan
jika disengajakan maka hukumnya berdosa. Wallahu A'lam.

644. Ber'dating' dengan Izin Ibubapa


Soalan:
Kemusykilan saya ialah bagaimanakah untuk menjalinkan hubungan
perasaan cinta kepada seseorang yang kita sayang berdasarkan islam
dan bagaimana kita hendak mengenali pasangan hidup yang sesuai.
Adakah bersalah jika keluar bertemu teman lelaki setelah mendapat
kebenaran ibu bapa?
Syafikah, KLumpur
Jawapan:
Islam melarang seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana
dikhuatirkan pihak ketiganya adalah syaitan yang datang merayu dan menggoda.
Walaupun ibu bapa membenarkan anak perempuannya keluar dengan lelaki yang
bukan muhrim, maka hukumnya tetap haram dan orang tuanya juga memperoleh
saham dosa atas perbuatan anaknya.

Rasa cinta adalah anugerah Allah kepada setiap insan dan dia merupakan
fitrah yang paling mulia yang disematkan dalam sanubari kita. Mencintai
seseorang tidaklah berdosa bahkan dituntut untuk saling sayang menyayangi.
Cinta seorang perempuan terhadap seorang lelaki adalah dengan merealisasikan
kecintaan tersebut dengan perkahwinan, sebab di dalam perkahwinan tersimpan
seribu satu nikmat yang akan mendatangkan keberkatan dalam hidup.
Kemudian untuk mengenali pasangan hidup, perhatikanlah latar belakang
keluarganya, apakah dia berada dalam keluarga yang menjalankan perintah
agama dengan baik ataupun sebaliknya. Lihatlah tutur kata dan keperibadiannya
serta tanggungjawab terhadap ibu bapa dan sahabat-sahabatnya, jika ia
disenangi oleh ramai orang, ini juga salah satu bukti bahawa dia tergolong
pasangan yang baik. Banyak faktor lain yang boleh dilihat seperti ibadahnya,
pendidikannya, pekerjaannya dan sebagainya, tetapi yang paling penting nilailah
dari sudut amalan agamanya. Wallahu A'lam.

645. Tidak Mampu Memberi Nafkah (Poligami)


Soalan:
Saya mempunyai dua orang isteri, kedua-duanya tidak mempunyai anak .
Saya ingin mencerai salah seorang kerana tidak mampu untuk
menampung (tidak berkemampuan). Masalahnya, tiada sebab saya
menceraikannya kerana alasan ekonomi. saya minta penjelasan
mengenai masalah ini?

Jawapan:
Di dalam Islam menganjurkan kita berkahwin hingga empat orang jika tidak
mampu memadailah dengan seorang isteri. Jika anda telah berkahwin dua bererti
anda telah menyiapkan diri untuk mengikuti sunnah yang diredhai. Janganlah
mencari alasan kerana ingin melepaskan tanggungjawab dan menyenangkan diri
sendiri. Setelah berpoligami jalankanlah dengan baik, kemungkinan kesukaran
yang anda hadapi sekarang ini merupakan dugaan saja yang mengandungi
banyak hikmah dan rahmat. Bersabarlah dalam menjalankan sunnah, dan
bekerjalah dengan lebih tekun demi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang
suami kerana perkara inilah yang lebih dituntut dan memperoleh pahala yang
besar di sisi Allah SWT. Wallahu A'lam.

646. Berbincang Masalah Seks dengan Teman Lelaki


Soalan:
Saya dan teman lelaki saya sejak akhir-akhir ini sering berbincang soal
seks. Tujuan kami adalah untuk pengetahuan adakah yang kami lakukan
berdosa?

Jawapan:
Berbincang masalah seks dengan teman lelaki hukumnya berdosa kerana ia
boleh mengundang kepada perbuatan maksiat. Seks bukanlah untuk
diperbincang-bincangkan dengan orang yang bukan berhak mendengarnya,
kecualilah antara suami isteri maka perkara ini dibolehkan demi meningkatkan
lagi hubungan harmoni antara mereka. Hindarilah perbuatan yang sia-sia ini agar
generasi Islam tidak mudah terpesong ke lembah kehinaan dan kemaksiatan.
Wallahu A'lam.
647. Antara Menunaikan Haji dan Nikah
Soalan:
Kemusykilan saya ialah, saya telah mendaftar untuk menunaikan fardhu
haji dan insyaAllah termasuk dalam quota di tahun hadapan (2000).
Tiba-tiba ada member saya yang telah cuba memperkenalkan saya pada
abangnya dan dengan izin Allah abangnya bersetuju mengambil saya
sebagai isterinya dalam tempoh yang terdekat ini. Setelah saya berfikir
panjang saya bersetuju (memandangkan saya telah mencecah usia awal
30an), tetapi adakah keputusan yang saya ambil ni betul? Adakah saya
sepatutnya menunaikan Haji yang menjadi rukun Islam kita yang kelima
dahulu dan mengenepikan soal jodoh? Saya harap pihak ustaz dapat
memberi pandangan dan pendapat atas permasalahan saya ini. Kedua-
duanya saya inginkan - menunaikan Haji dan berkahwin. Buat
pengetahuan ustaz, saya ke Mekah bertemankan bapa saudara sebagai
muhram?

Jawapan:
Adalah lebih baik seorang wanita berkahwin terlebih dahulu jika perkahwinan
itu lebih dahulu masanya daripada jadwal haji yang ingin dikerjakan. Maka lebih
afdhal ia pergi bersama suaminya ke kota suci Makkah dan lebih besar
pahalanya. Seandainya wanita tersebut belum berkahwin ia terpaksa mencari
muhrim dalam menjalankan perjalanan hajinya jika tidak perjalanannya tidak
dibenarkan. Maka sangat mulia perjalanan haji tersebut disertai dengan suami,
agar lebih terjamin dan terhindar daripada fitnah.

648. Masa Menggunting Misai dan Janggut


Soalan:
Saya hendak mendapatkan pendapat ustaz mengenai masalah Janggut
dan Misai bagi lelaki. Apakah pendapat ustaz mengenai mencukur misai
dan janggut? Adakah masa-masa tertentu untuk mencukur misai dan
janggut?

Jawapan:
Dalam sebuah hadis daripada Umar ra. menjelaskan bahawa Rasulullah SAW
menyuruh agar kita menggunting misai dan memelihara janggut. Dalam hadis
yang lain daripada Anas bin Malik menjelaskan bahawa Rasulullah SAW
menentukan waktu kepada sahabat tentang menggunting kumis, mengerat kuku,
mencabut bulu ketiak dan mencukur ari-ari supaya jangan dibiarkan lebih dari
empat puluh hari. Dengan demikian peliharalah janggut dan guntinglah misai itu
agar kelihatan kemas dan jangan sampai melebihi empat puluh hari, sebab
melebihi batas tersebut menampakkan keadaan seseorang itu menjadi kusut
masai. Jika ingin mengguntingnya lakukanlah pada hari Jumaat agar memperoleh
berkat dan pahala di sisi Allah. Wallahu A'lam.

649. Mengharap Dikurniakan Anak Perempuan


Soalan:
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan anak perempuan mengikut cara
Islam?

Jawapan:
Berdoalah selepas mengerjakan solat lima waktu agar Allah memperkenankan
hajat yang diinginkan. Setelah itu berserah dirilah kepada-Nya, kerana kebaikan
terhadap zuriat yang Allah anugerahkan kepada kita itu hanya Allah saja yang
mengetahuinya. Walaupun begitu hasil kajian para pakar bahawa sel telur yang
menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki begerak
dan berpindah-pindah. Kadang kala letaknya sebelah kanan rahim dan kadang
kala disebelah kiri rahim. Bila sel telur terletak pada lambung kanan maka akan
melahirkan bayi laki-laki dan bila letaknya pada sebelah kiri rahim maka akan
melahirkan bayi wanita.

Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir) tentang pendapat ini
telah diadakan percubaan-percubaan oleh doktor-doktor bangsa Arab dan
demikian juga oleh ahli bangsa Inggeris. dan berhasil 97 peratus dari percubaan-
percubaan tersebut dan hanya gagal 3 peratus. Itupun disebabkan kerana pihak
ibu tidak mengetahui secara teliti tentang masa subur.

Teori untuk membentuk anak atau anak wanita itu sebagai berikut. Pertama
sekali lakukanlah jimak ketika masa subur agar sperma lelaki berfungsi sebagai
janin ketika di dalam rahim. Kemudian lakukanlah persetubuhan itu dengan
sebaik-baiknya dan sempurna. Setelah selesai jimak, isteri hendaklah tidur miring
sampai bangun di waktu pagi. Janganlah tidur terlentang supaya air mani di
dalam rahim jatuh miring. Akhir sekali lakukanlah, jika ingin memperolehi bayi
lelaki tidurlah miring sebelah kanan dan jika ingin memperolehi anak perempuan
miringlah sebelah kiri.

Teori ini hanya merupakan usaha dalam mencari sesuatu yang kita inginkan,
namun hasilnya diluar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan oleh
Allah SWT namun disebalik itu kita hanya dianjurkan untuk berusaha dan
berikhtiar.

650. Wanita Menjadi Ketua Bahagian dalam


Organisasi Syarikat
Soalan:
Apakah hukum seorang perempuan yang menjadi ketua bahagian
didalam sesuatu organisasi syarikat?

Jawapan:
Kaum wanita juga adalah kaum yang ditaklifkan oleh Allah sebagaimana juga
kaum lelaki. Mereka dituntut beribadah kepada Allah, menegakkan agama,
menuaikan segala yang difardhukan dan menjauhkan segala yang haram,
melakukan perkara yang makruf dan mencegah perkara mungkar. Setiap
perintah syarak turut melibatkan kaum wanita kecuali yang terdapat dalil yang
mengkhususkan untuk kaum lelaki saja.

Al Quran al Karim mengambil kira lelaki dan wanita sekaligus ketika meletakkan
tanggungjawab membentuk masyarkat dan memperbaikinya. Dengan perkataan
lain dalam melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar ia merupakan
kewajipan bersama antara kaum lelaki dan wanita.
Firman Allah SWT maksudnya: "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka
menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan
mereka mendirikan solat dan membayar zakat serta taat kepada Allah dan
rasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah".
(At Taubah ayat 71) Mengenai seorang wanita menjadi ketua, dalam hal ini ada
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya: "Tidak akan berjaya
sesuatu kaum yang melantik kaum wanita menguruskan urusan mereka".
Kekuasaan yang dimaksudkan di dalam hadis ini bermaksud kekuasaan umum ke
atas ummah seluruhnya iaitu dalam bentuk kepimpinan negara. Ia bermaksud
urusan kepimpinan dan pentadbiran umum. Sebaliknya jika hanya sesetengah
urusan tidak menjadi masalah kaum wanita mempunyai kekuasaan di dalamnya.
Seperti kekuasaan dalam fatwa, ijtihad, pengajaran, meriwayatkan hadis,
pentadbiran dan lain-lain. Kaum wanita boleh diberi kuasa dalam bidang ini
menurut ijmak.

Kaum wanita telah pun melibatkan diri dalam bidang-bidang ini semenjak zaman
berzaman sehingga Imam Abu Hanifah mengharuskan penyaksian kaum wanita
dalam masalah kehakiman di lapangan selain daripada hudud dan qisas. Dengan
demikian bagi wanita yang menjadi ketua dalam bahagian-bahagian tertentu
dalam sebuah organisasi ataupun syarikat hukumnya harus atau boleh. Namun
jika ia berperanan menjadi pemimpin dalam sebuah negara, kebanyakan ulama
mengharamkannya.

Keharusan bekerja di kalangan wanita diikuti dengan beberapa syarat:


a. Kerjaya itu sendiri dikehdaki syariat, dengan kata lain kerjaya itu tidaklah
haram atau membawa kepada melakukan perkara yang haram. Seperti menjadi
setiausaha khas kepada pengarah yang memerlukan ia sentiasa bersama dengan
bosnya serta kerja-kerja yang lain yang jelas dilarang oleh syarak.

b. Hendaklah wanita berkenaan beriltizam dengan adab-adab wanita muslimah


apabila keluar dari rumahnya dari segi berpakaian, gaya berjalan, bercakap dan
bergerak.

c. Kerjaya itu tidak mengorbankan kewajipan-kewajipan lain yang tidak harus


dicuaikan seperti terhadap suami dan anak-anak, kerana itulah kewajipan yang
pertama dan asasi yang mesti dilaksanakan oleh seseorang perempuan.
Sebaiknya masyarakat Islam mengatur suasana kerja yang dituntut oleh syarak
seperti mewujudkan bahagian atau tempat yang khusus untuk pekerja-pekerja
wanita di kementerian-kementerian, pertubuhan-pertubuhan dan juga bank-bank
yang menjauhkan mereka dari khalwat dan fitnah, malah berbagai lagi cara yang
sesuai dengan mereka.

651. Kedudukan Anak Luar Nikah


Soalan:
Saya ada masalah yang menjadi pemikiran saya, begini ada pendapat
yang mengatakan bahwa bila kita memegang anak haram maka kita
berdosa. Apalagi bila memakan hasil masakannya ataupun bila ia lelaki
kita tidak bisa menjadi makmun daripadanya. Apakah pendapat yang
saya dengar itu benar? Bagaimana batas yang dimaksud anak haram,
karena biasa terjadi seseorang yang misalnya telah hamil 2-3 bulan baru
menikah apakah anak yang dilahirkannya kelak menjadi anak haram?
Lalu katanya ia harus menikah untuk kedua kalinya dengan suaminya
kembali agar anak selanjutnya bila ia melahirkan lagi tidak haram,
karena nikah pertama adalah nikah untuk anak yang dihamilkan dan
nikah kedua untuk anak-anak selanjutnyanya. Bila ia tidak nikah kedua
kalinya maka ia berbuat zinah terus menerus. Apakah memang demikian
ataukah sebaliknya? Anak pertama baik ia nikah pertama atau kedua
kalinya tetap ia anak haram. mohon jawaban.
Jawapan:
Tidak ada anak atau zuriat yang dilahirkan ke dunia berstatus haram, bahkan
kedudukan setiap insan disisi Allah adalah sama tidak kurang sedikitpun. Bahkan
tidaklah mengikut fitrah dan syariat jika seseorang itu disebut dengan anak
haram kerana tidak ada seorangpun ingin lahir ke dunia dalam keadaan dan
berkedudukan haram. Sebenarnya anak yang lahir melalui perzinaan adalah anak
yang suci seperti anak-anak yang lain, cuma yang haram adalah pekerjaan zina
yang dilakukan kedua pasangan antara lelaki dan wanita yang menyebabkan
lahirnya anak tersebut.

Kikislah jauh-jauh anggapan yang keliru yang selama ini menjadi anggapan
umum tentang kedudukan anak luar nikah ini. Tidak berdosa memegang anak
luar nikah, bahkan mendapat pahala jika kita menyantuni anak-anak tidak kira
anak luar nikah atau anak yang diperolehi melalui pernikahan yang sah. Begitu
juga memakan hasil masakannya tidak salah bahkan sama kedudukannya kita
memakan makanan yang dimasak oleh orang lain. Jika bacaan al Qurannya baik,
maka adalah lebih baik kita mengikutinya dan melantiknya sebagai imam.

Anak luar nikah ertinya kehamilan yang terjadi pada wanita tersebut tidak
melalui pernikahan yang sah, yang hanya menyebabkan terhalangnya
pembahagian harta pusaka menurut hukum faraid. Jika orang yang berzina
tersebut menikah setelah kehamilan, dan setelah berlalu enam bulan isterinya
melahirkan anaknya tadi maka anak terseut boleh di bin kan kepada bapanya.
Jika isterinya melahirkan anak kurang dari tempoh enam bulan menurut mazhab
Imam Syafei anak tersebut tidak boleh di bin kan kepada bapa terlibat sebaliknya
di bin kan dengan kepada ibunya.

Jadi jika pasangan ini telah menikah ketika masa hamil hasil daripada
perzinaan tadi maka tidak perlulah menikah kembali setelah kelahiran anak. Dan
anak yang lahir tetap anak manusia yang suci bersih dan bukan anak haram yang
haram adalah pekerjaan zina yang dilakukan kedua pasangan tadi. Jika
seseorang menghina orang lain dengan sebutan anak haram, maka orang yang
menghinalah yang berdosa sedangkan anak tersebut tetap sebagai anak yang
suci bersih di sisi Allah SWT.

Kembalilah kepada konsep ajaran Islam yang sebenarnya dan tinggallah


perkara yang bersifat khurafat dan bid'ah serta hargai insan lain tidak kira
apakah mereka anak yang lahir hasil perzinaan ataupun lahir melalui pernikahan
yang sah. Sesungguhnya tidak ada perbezaan antara keduanya di sisi Allah
melainkan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wallahu A'lam.

652. Ibu Melarang Anak Menutup Aurat


Soalan:
Apakah hukumnya berpurda/berjilbab. Adakah hadis bagi wanita
berpurda/berjilbab. Masalahnya adalah emak saya melarang adik saya
memakai jilbab/purdah kerana masyarakat sekeliling memandang
serong pada orang yang berjilbab tetapi adik saya melanggar perintah
emak saya, apakah adik saya berdosa atau bagaimana nak selesaikan
masalah ini?

Jawapan:
Wanita solehah adalah wanita yang menutup aurat ketika berpakaian, kerana
ramai dikalangan wanita zaman ini mereka berpakaian tetapi telanjang,
maksudnya pakaian mereka hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja.
Kalaupun menutup semuanya tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas
(jarang atau ketat). Firman Allah SWT maksudnya: "Hai anak Adam,
sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi
auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang
paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda
kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Al A'raf ayat 26)
Jilbab adalah fesyen pakaian yang dapat menutup tubuh atau sebahagian besar
badan wanita disebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab juga tidak
menampakkan bentuk badan. Allah memerintahkan pakaian demikian supaya
dapat membezakan mana wanita beriman dan wanita yang tidak beriman serta
terhindar daripada gangguan orang-orang munafik. Firman Allah SWT
maksudnya: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "hendaklah mereka mengulurkan
jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih
mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al Ahzab ayat 59) Dengan tegas ayat Al
Quran memerintahkan kepada wanita yang beriman agar memakai jilbab demi
untuk meninggikan martabat kaum wanita itu sendiri, sebab dengan pakaian
taqwa tersebut akan menghinarkan fitnah dan gangguan daripada orang-orang
yang jahat dan munafik. Sedangkan memakai purdah dibolehkan jika kita khuatir
akan menimbulkan fitnah demi menjaga diri dan akhlak kita.

Seandainya ibu kandung sendiri menghalang anak wanitanya memakai


pakaian taqwa, maka anak tetaplah dengan ketentuan hukum syarak iaitu
meneruskan dengan pakaian taqwa tadi dan tolaklah kehendak orang tua
tersebut dengan cara yang baik dan jangan sakiti hatinya. Walaupun dari hukum
syarak orang tua seperti demikian akan menanggung dosa kerana melalaikan
ketetapan Allah, namun dari segi hubungan antara anak dan ibu tetap harus
dijaga. Anak tidak berdosa melanggar perintah ibu yang bertentangan dengan
hukum syarak Wallahu A'lam.

653. Cara Solat Jenazah


Soalan:
Bagaimanakah caranya menyembahyangkan jenazah,iaitu niat
sembahyang dan cara-caranya?

Jawapan:
Setelah mayat selesai dimandikan dan dikafan wajib pula disembahyangkan.
Syarat-syarat sembahyang jenazah adalah:
a) Sama juga dengan syarat-syarat sembahyang yang lain seperti menutup
aurat, bersih badan dan pakaian dari najis dan mengadap kiblat.
b) Mayat itu hendaklah dimandikan dan dikafan.
c) Mayat itu hendaklah diletakkan di hadapan orang yang
menyembahyangkannya (di sebelah kiblat) kecuali sembahyang ghaib atau
sembahyang di atas kubur.

Rukun Sembahyang jenazah ada tujuh perkara:


1. Niat ("Sahaja aku sembahyang atas mayat yang hadir fardhu kifayah empat
takbir kerana Allah Taala".)
2. Berdiri bagi orang yang berkemampuan berdiri.
3. Takbir empat kali (termasuk takbiratulihram)
4. Membaca Fatihah (selepas takbir yang pertama)
5. Selawat ke atas Nabi SAW (selepas takbir yang kedua)
6. Mendoakan mayat (selepas takbir yang ketiga)
7. Memberi Salam (selepas membaca doa selepas takbir yang keempat)

654. Solat Namun Bertugas di Tempat Maksiat


Soalan:
Saya selalu melakukan kerja yang dilarang oleh Islam. Tetapi tidaklah
sampai ke tahap meminum arak, berzina. Saya berkerja di kelab hiburan
yang pergaulannya bebas sekali. Tetapi saya tidak pernah meninggalkan
sembahyang, walau di waktu berkerja. Kawan-kawan saya kata tak guna
saya bersembahyang. Perkara ini sudah berlarutan beberapa tahun.
Sembahyang saya tak diterima oleh Allah. Tolong huraikan sejelasnya
dan bagaimana status sembahyang ynag lepas?

Shahrizan, United State


Jawapan:
Solat orang yang khusyuk mampu mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar, namun jika ia solat sedangkan pada masa yang sama melakukan
pekerjaan yang dilarang oleh agama, ini menunjukkan bahawa solat yang
dikerjakan tidak meninggalkan kesan dalam kehidupan. Dari segi pelaksanaannya
solat yang dilengkapkan dengan syarat dan rukun maka hukumnya sah, namun
dari segi nilai hakikat solat itu yang tidak mencapai tujuannya.

Bekerja di tempat maksiat seperti menyediakan minuman keras sama juga


dosanya dengan orang meminumnya. Jadi jika kita sedar bahawa pekerjaan
tersebut bertentangan dengan hukum syarak maka segeralah bertaubat dan
carilah kerja yang sesuai dengan fitrah insaniah kita sebagai seorang muslim.
Walahu a'lam.

^ Kembali ke atas ^

655. Calon Isteri lebih Tua daripada Suami


Soalan:
Saya seorang lelaki berumur 24 tahun. Saya telah bertemu dengan
seorang perempuan yang berumur 29 tahun, yang dahulunya bekerja
satu ofis dan kini berpindah ke tempat lain. Walaupun kami cuma
berkawan biasa, sama seperti saya berkawan dengan orang lain, namun
hati saya semakin dekat padanya dan begitu juga dengan hatinya yang
semakin dekat pada saya. Sebelum ini walaupun mempunyai beberapa
kawan perempuan yang lain namun tidak pernah saya alami seperti ini.
Saya pernah buat sembahyang Istikharah, tetapi saya tidak tahu
bagaimana petunjuk yang sebenar. Namun semakin hari semakin dekat
hati saya padanya. Bukan kerana rupa atau harta, tapi keikhlasan yang
melebihi segala-galanya.

Oleh itu saya ingin bertanya adakah ini merupakan petanda jodoh yang
telah ditentukan oleh Allah. Saya bimbang jika saya tersalah pilih kerana
perkahwinan adalah perkara yang besar dan penting dalam kehidupan.
Buat pengetahuan, saya telah pun bertunang dengannya dan
pertunangan kami direstui dan disukai oleh ibu-bapa dan saudara-mara
malahan mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menyiapkan
persiapan untuh perkahwinan.

Akhir sekali, adakah apa-apa kesan jika saya berkahwin dengan


perempuan yang lebih tua kerana ada pendapat mengatakan anak yang
bakal dilahirkan nanti kurang normal. Atau mungkin kesan dalam
kehidupan akan datang. Sebelum saya berkahwin, tolonglah beri
panduan kepada saya.

Suhaimi, Kajang
Jawapan:
Perkara yang mulia dan dituntut jika seseorang ingin membuat pilihan tertentu
begitu juga tentang jodoh dengan melakukan solat Istikharah. Dengan solat
Istikharah tersebut kita akan memperoleh jawapan yang terbaik terhadap pilihan
kita. Berbagai cara Allah tunjukkan tentang firasat hasil dari solat kita tersebut.
Kadangkala melalui kecenderungan hati yang sentiasa suka terhadapnya dan
disokong dengan suasana dan keadaan. Jika Allah telah menentukan demikian,
maka insya Allah, pasangan anda tersebut merupakan insan yang terbaik yang
akan dijadikan sebagai isteri.

Mengenai faktor usia bukanlah menjadi ukuran, apatah lagi perbezaan umur
dengan pasangan anda hanya lima tahun. Rasulullah SAW berkahwin dengan Siti
Khadijah ketika baginda berumur 25 tahun sedangkan Siti Khadijah 40 tahun.
Perbezaan 15 tahun antara Rasulullah dengan Siti Khadijah tidak menjadi
halangan dalam perkahwinan baginda, bahkan melalui Siti Khadijah lah
Rasulullah SAW memperoleh zuriat yang ramai dan terpuji.

Pendapat yang mengatakan berkahwin dengan wanita yang lebih tua daripada
lelaki bakal melahirkan anak yang kurang normal adalah pendapat yang keliru
lagi sesat. Jika kita mempercayai pendapat yang bodoh ini maka kita sebenarnya
telah memperleceh dan tidak pandai menerima hakikat sebenar yang pernah
terjadi dalam kehidupan Rasulullah SAW. Sebagai orang Islam dan beriman
kepada Allah, ikutilah sunnah dan jangan mudah percaya perkara yang kurut
atau khurafat dan bid'ah, agar kehidupan kita selamat di dunia dan di akhirat.
Teruskanlah usaha anda ingin mengahwini pasangan anda tersebut semoga
kebahagiaan dan kedamaian akan anda nikmati dan binalah rumahtangga
menurutu konsep ajaran Islam. Wallahu A'lam.

^ Kembali ke atas ^

656. Solat Hanya Sekali Seminggu


Soalan:
Apa hukumnya seseorang yang meningalkan semua sembahyang yang
wajibnya tetapi tidak melupakan sembahyang jumaatnya?
Ahmad Fauzi, Melaka
Jawapan:
Solat lima waktu hukumnya fardhu dan berdosa besar bagi orang yang
meninggalkannya. Mengerjakan suatu fardhu dan meninggalkan fardhu-fardhu
yang lain adalah pekerjaan yang sia-sia dan menyerupai pekrjaan syaitan. Oleh
sebab itu bertaubatlah dengan kembali menjalankan perintah solat lima waktu
dan mengerjakan solat Jumaat seminggu sekali.

^ Kembali ke atas ^
657. Mengelak Keruntuhan Moral Remaja
Soalan:
Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan keruntuhan moral
dikalangan remaja berlaku secara berleluasa?
Ahmad Fauzi, Melaka
Jawapan:
Remaja adalah aset negara yang paling penting dalam melahirkan sebuah
masyarakat yang bermoral dan berbudi luhur. Jika remaja pada hari ini tergolong
insan rosak akhlak dan moralnya, maka pada masa akan datang mewarisi
keperibadian yang rosak pula dalam memimpin ummah ini. Jadi merupakan
perkara yang paling penting adalah mendidik para remaja kepada jalan yang
benar dan bertakwa kepada Allah SWT.

Dalam membina moral remaja perlunya persepaduan kerjasama antara


keluarga, sekolah dan masyarkat. Ketiga institusi ini berperanan dalam membina
generasi muda ke arah kecemerlangan ataupun ke arah kebobrokan. Begitu juga
dalam diri remaja itu sendiri perlu adanya kesedaran kepada kebaikan dan
pembinaan diri. Perkara yang paling asas pendidikan remaja yang bermoral
adalah ilmu dan pengetahuan agama, jika nilai-nilai agama dipraktikkan oleh
ketiga institusi tadi dan diterapkan dalam diri remja, maka insya Allah, remaja di
negara ini akan menjadi generasi yang cemerlang dan terhindar dari perangai
yang busuk dan tercela.

^ Kembali ke atas ^

658. Bacaan dan Doa Setiap Membasuh Anggota


Wuduk
Soalan:
Betulkah ada orang mengatakan apabila berwudhu hendak mendirikan
sembahyang dimana setiap anggota badan seperti tangan,
muka,telinga,kaki dan kepala ada bacaannya yang tersendiri? Contohnya,
mencuci muka selain niat, ada lagi bacaanya,tujuannya untuk
mencucikan luar dan dalam.
Arsyad, Tawau
Jawapan:
Memang ada bacaan-bacaan yang diamalkan oleh para ulama dan orang-orang
yang alim ketika membasuh setiap anggota wudhuk. Isi doa-doa tersebut
menyerahkan diri kepada Allah dan mengharapkan balasan kebaikan terlimpah ke
atas seluruh anggota kita. Jika kita tidak hafal lafaz doa-doa tersebut boleh
dengan mengharapkan dalam hati bahawa setiap anggota wuduk yang kita basuh
itu akan memperoleh berkat daripada Allah dan hanya mengerjakan pekerjaan
yang tepuji dan meninggalkan segala perbuatan yang keji.
Sila rujuk buku:
1. Bimbingan Lengkap Fardhu Ain DN 034

^ Kembali ke atas ^
659. Menuntut Hak Terhadap Bekas Suami
Soalan:
Saya telah berkahwin tetapi malangnya suami saya tidak dapat
menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami. Beliau meminta saya
untuk mencari dahan lain yang lebih baik. Saya tidak dapat menerima
hakikat ini dan meminta untuk bersabar dan sanggup untuk menunggu
untuk satu jangka waktu. Akhirnya suami saya berhasrat untuk
meninggalkan saya dan lafaz cerai telahpun berlaku di hadapan yang arif
hakim. Masalahnya ialah...saya ada membuat tuntutan...suami saya tidak
ingin membayar tuntutan itu. Apakah hukumnya walaupun suatu ketika
dulu beliau mengatakan akan memenuhi kehendak saya? Sejak
ditinggalkan keadaan saya sememangnya tidak memuaskan dan sentiasa
tidak sihat.
Zainab, Alor Setar
Jawapan:
Jika suami anda pernah berjanji untuk memberikan sesuatu kepada anda jika
ia menceraikan anda, maka ia wajib menunaikan janjinya itu, seandainya ia
memungkirinya maka bekas suami anda menanggung dosa lantaran tidak
menepati janji. Namun jika anda yakin bahawa dia tidak mampu untuk memenuhi
janjinya lantaran sesuatu perkara yang boleh dimaafkan maka adalah lebih baik
berlapang dada memaafkannya demi memudahkannya dan sekaligus
menenangkan hati dan perasaan anda sendiri. Dengan demikian anda terbebas
dari sifat sakit hati, dendam, perasaan tertekan dan sebagainya. Wallahu A'lam.

^ Kembali ke atas ^

660. Ayah Melakukan Pekerjaan Fasiq


Soalan:
Saya mempunyai seorang ayah yang boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri
orang fasik. Meninggalkan sembahyang, berjudi, menonton video lucah
dan banyak lagi. Saya telah cuba sedaya upaya saya untuk menegurnya
sama ada cara lembut atau kasar dari dahulu hinggalah sekarang.
Tapi,dia masih tidak berubah. Apakah yang patut saya lakukan lagi?
Sudah tentu saya sebagai seorang anak tidak mahu melihat ayah saya
mati dalam kekufuran sebelum dia sempat bertaubat. Wallahu a'lam.
Mastura, Melaka
Jawapan:
Dalam Islam merupakan tanggungjawab seorang ayah untuk mendidik anak-
anaknya ke jalan yang benar dan diredhai Allah. Namun jika sebaliknya yang
terjadi, jika ayah yang diharapkan agar membimbing anak-anaknya telah jauh
menyimpang dari kebenaran maka perkara ini sangatlah memprihatinkan dan
mengecewakan. Bagi anak yang soleh yang merasa bertanggungjawab mengajak
ayahnya ke jalan kebenaran, gunakanlah beberapa pendekatan untuk berdakwah
atau untuk mengajaknya ke jalan yang benar.

Jika anak merasa tidak mampu untuk menasihati secara langsung terhadap
ayahnya maka gunakan oleh ketiga yang memungkinkan si ayah mendengar
kata-katanya. Seperti sahabat karibnya, datuk atau adik beradik ayah tersebut.
Mintalah bantuan kepada mereka agar menasihatinya dan gunakan pendekatan
yang terbaik iaitu dengan hikmah dan jangan goreskan keegoaannya agar nasihat
tersebut mudah diterimanya. Setelah itu anda sendiri bolehlah membeli buku-
buku agama yang berkaitan dengan masalah yang sedang dihadapi, serta
letakkan di tempat-tempat yang memungkinkan ayah anda melihat atau tertarik
untuk membacanya. Mungkin pada saat tertentu ia tertarik untuk membacanya
dan terbuka hatinya untuk kembali kepada pekerjaan yang baik. Yang paling
penting sebagai anak yang soleh berdoalah selepas solat lima waktu agar ayah
anda berubah dari perangai yang tidak baik tersebut dan mohonlah kepada Allah
SWT agar dilimpahkan hidayah didalam sanubari ayah anda tersebut.

^ Kembali ke atas ^

All Right Reserved Darul Nu'man © EMAG 1991

661. Menghadapi Anak Lari Dari Rumah


Soalan:
Bagaimanakah cara yang terbaik dan yang sepatutnya ibubapa lakukan
untuk melembutkan hati anak-anak yang suka lari dari rumah supaya
mereka kembali ke pangkuan keluarga?
Madzzulhaidi, KLumpur
Jawapan:
Anak yang lari dari rumah mungkin disebabkan oleh tekanan yang timbul dari
rumah itu sendiri. Rasa tidak selesa anak duduk di rumah menyebabkan ia
mencari alternatif lain untuk memenuhi keinginan dan dorongan jiwa remaja
tersebut. Perkara yang paling asas bagi ayah untuk memujuk anaknya agar
merasa tenang duduk di rumah carilah punca mengapa anak tersebut tidak suka
duduk di rumah atau suka lari. Setelah itu perbaikilah kelemahan tersebut agar
anak-anak kita dapat menerima hakikat bahawa rumah adalah tempat berteduh
dan tempat menumpahkan rasa suka dan duka.

Jika orang tua prihatin dengan pendidikan dan pengetahuan agama anak-
anaknya, maka tidak akan timbul anak lari dari rumah. Kerana anak yang
dibekalkan dengan ilmu agama yang sempurna akan menghargai ibu bapanya
sendiri dan akan merasa bersalah jika menyakiti hati ibu bapanya. Namun begitu
jika perkara ini telah terlanjur janganlah kita merasa berputus asa, bermohonlah
kepada Allah SWT setiap lepas solat lima waktu agar anak kita tersebut menjadi
anak yang soleh. Disamping itu jika anda memiliki rezeki yang lebih bawalah
anak tersebut pergi ke tanah suci Makkah mengerjakan haji atau umrah,
hargailah hati dan perasaannya dan berdoalah di sana agar Allah merubah segala
perangai yang buruk itu menjadi baik. Hanya dengan ikhtiar dan doa yang
sungguh-sungguh akan menghasil buah yang bermafaat dalam membesarkan
dan mendidik anak-anak menjadi insan atau anak yang soleh. Wallahu A'lam.

^ Kembali ke atas ^

662. Amalan Sihir Pekerjaan Musyrik


Soalan:
Di sini saya ingin mengutarakan satu kemusykilan mengenai masalah
sihir dikalangan masyarakat melayu kini. Antaranya:
1. Apakah hukumnya jika seseorang itu menganiaya orang lain dengan
menggunakan ilmu sihir ini seperti tuju-tuju, santau dan sebagainya?
2. Apakah terdapat kisah-kisah atau dalil-dalil yang mengatakan bahawa
sihir ini wujud dan adakah terdapat kisah bahawa Nabi Muhammad
S.A.W menghadapi masalah ini di zaman baginda?
3. Apakah hukumnya jika mangsa sihir memulangkan ( sihir ) apa yang
telah dianiaya terhadapnya kepada tukang sihir tersebut?
4. Bagaimanakah cara untuk kita melindungi diri dari perbuatan sihir ini?
Adakah doa-doa dan wirit-wirit yang boleh diamalkan selain berlindung
dari Allah S.W.T.?
5. Apakah tanda-tanda orang mengamalkan ilmu sihir? Adakah kita dapat
mengenalinya?

Saya berharap pihak tuan dapat memberikan gambaran yang sewajarnya


agar masalah yang saya hadapi ini mendapat jalan penyelesaiannya.
Keperihatinan pihak tuan adalah amat saya hargai. Sekian terima kasih.

Fazli, Subang
Jawapan:
Mengamalkan ilmu sihir hukumnya haram kerana menggunakan unsur jahat
seperti iblis syaitan untuk menghancur kehidupan orang lain. Semenjak manusia
wujud di dunia ini perbuatan sihir ini telah diajarkan oleh iblis dan syaitan kepada
manusia yang mudah digodanya. Lebih ketara lagi ketika Firaun cuba menentang
Nabi Musa as. Disaat itu Firaun mengumpulkan para ahli sihirnya untuk
menentang mukjizat Nabi Musa as. namun sihir-sihir yang dikeluarkan oleh
tukang sihir Firaun tersebut dapat ditewaskan oleh mukjizat Nabi Musa as.
Kebanyakan ahli sihir firaun tersebut beriman kepada Nabi Musa. Rasulullah SAW
juga pernah dicuba oleh orang Yahudi untuk menyihir baginda, namun usaha
tersebut tidak berhasil, kerana diri Rasulullah SAW dijaga oleh Allah SWT.

Banyak dalil-dalil al Quran yang menceritakan tentang wujudnya sihir ini


seperti yang tercantum dalam surah Al Baqarah ayat 102, Yunus ayat 77, Thaha
ayat 67 hingga 69, surah Al A'raf ayat 117 hingga 112.serta banyak lagi yang
lain. Di dalam hadis juga ada diterangkan tentang perbuatan sihir ini. Rasulullah
SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang belajar sebahagian ilmu nujum,
maka ia belajar sebahagian dari sihir, semakin bertambah ilmu tersebut maka
akan semakin bertambah pula ilmu sihirnya". (Riwayat Abu Daud dan Ibnu
Majah) Ibnu Qayyim berkata bahawa menyingkirkan sihir dari orang yang
terkena sihir itu ada dua macam. Pertama, menyingkirkan sihir dengan perbuatan
sihir, cara ini termasuk perbuatan syaitan. Kedua, menyingkirkan sihir dengan
membaca ayat-ayat al Quran, doa-doa atau zikir-zikir yang seperti ini dibolehkan.
Dengan demikian pengubatan sihir yang dibolehkan adalah pengubatan dengan
menggunakan ayat-ayat Al Quran, doa-doa, zikir dan sebagainya yang
disyariatkan oleh agama.

Sedangkan pengubatan sihir yang diharamkan adalah menghilangkan sihir


dengan sihir pula kerana cara ini sudah pasti menjadikan syaitan sebagai sahabat
dengan cara mendekatkan diri kepada mereka serta mencari keredhaan mereka.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Pengubatan sihir (dengan menggunakan
sihir) itu adalah dari perbuatan syaitan". (Ahmad dan Abu Daud)
Tanda-tanda orang mengamalkan ilmu sihir ini mereka tidak menjalankan
perintah agama seperti solat serta amalan yang lainnya, kerana jika mereka
mengerjakan perintah agama dengan betul dengan sendirinya syaitan yang
menjadi temannya akan lari tidak akan mampu bekerjasama dengannya.
Kerjasama antara tukang sihir dengan syaitan ini menyebabkan tukang sihir
tersebut akan melakukan pekerjaan-pekerjaan yang bersifat kemusyrikan dan
kekafiran baik secara tersembunyi mahupun secara terang-terangan, sebagai
balas jasa syaitan akan melayani tukang sihir tersebut.

Banyak ayat-ayat Al Quran dan zikir-zikir yang boleh diamalkan dalam menangkis
serangan sihir ini. Bagi umat Islam yang sentiasa menjalankan perintah agama
dengan betul, seperti solat lima waktu, puasa, zakat dan sebagainya maka tidak
mudah ditembusi oleh angakra jahat sihir ini. Walaupun begitu Rasulullah SAW
menunjukkan ayat-ayat tertentu dalam menangkis kejahatan syaitan dan sihir
tersebut. Seperti banyak membaca surah Al Ikhlas,Al Falaq dan surah An Nas dan
ayat Kursi.
Sila rujuk buku:
1. Jin & Syaitan serta Penyakit Akibat Sihir DN 194

663. Kedudukan Pernikahan Ayah Merogol Anak


Sendiri
Soalan:
Adakah terfasakh pernikahan seorang bapa yang merogol anak
kandungnya sendiri?

Jawapan:
Merogol anak kandung sendiri merupakan perbuatan yang terkutuk dan paling
keji. Biasanya orang yang melakukan perbuatan ini telah terlepas segala
pertimbangan dan akal sihat. Mungkin juga telah hilang rasa kemanusiaannya
dan fitrah kebapaannya. Dosa besar yang dilakukannya ini tidaklah menyebabkan
terfasakhnya pernikahannya. Wallahu A'lam.

664. Meminang Wanita Pinangan Orang Lain


Soalan:
Apakah hukumnya bercinta dengan tunang orang? Sianu memberitahu
masalah dia dengan tunangnya dan saya muncul untuk memberi kasih
sayang padanya dengan niat ikhlas dan suci dengan harapan dapat
memperisterikannya satu hari nanti. Sekarang dia dah nak kahwin dan
terpaksa kerana ibubapa telah buat semua persiapan. Untuk
pengetahuan ustaz kami berdua berusaha dengan membuat sembahyang
sunat dan berdoa dimalam hari supaya dihentikan perkahwinan itu dan
agar tuhan menjodohkan kami satu hari nanti. Adakah sembahyang dan
doa kami diterima? Apakah pandangan ustaz?

Jawapan:
Diharamkan seseorang meminang pinangan orang lain kerana bererti ia
menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama, memecahbelah hubungan
kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Dalam hal ini Rasulullah SAW
bersabda maksudnya: "Orang mukmin satu dengan yang lainnya bersaudara,
tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya dan meminang
pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan" (Riwayat Ahmad dan Muslim)

665. Antara Takdir dan Doa


Soalan:
Apakah segala yang berlaku dalam hidup kita ini adalah ketentuan Allah?
Mampu atau tidak doa mengatasi ketentuan yang telah ditetapkan itu?

Jawapan:
Takdir-takdir untuk makhluk telah di tulis di Luh mahfuz. Seperti yang
diterangkan oleh Ibnu Abbas bahawa setelah Allah menjadikan Qalam maka Allah
berfirman kepadanya: Tulislah, kemudian pena itu menuliskan apa yang akan
terjadi sampai hari kiamat. Pena itu menulis di Luh Mahfuz iaitu papan tulis yang
terpelihara. Takdir yang tertulis di Luh Mahfuz masih menerima perubahan
kerana ada takdir tertulis di situ yang sudah dan ada takdir yang belum putus.
Takdir ini dinamakan "takdir Mu'allaq". Umpamanya ada seseorang yang
ditakdirkan usianya 60 tahun, tetapi jika ia menghubungkan silaturrahim yang
sudah putus maka umurnya ditambah oleh Allah SWT.

Ada orang yang sudah dituliskan akan dimasukkan ke dalam neraka, tetapi
jika ia banyak berdoa kepada Allah, agar dijauhkan dari neraka ia akan
dimasukkan ke dalam syurga. Takdir yang semacam ini ditulis juga dalam Luh
Mahfuz. Firman Allah SWT maksudnya: "Allah menghapuskan apa yang Dia
kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan disisiNya terdapat
ummul Kitab (Luh Mahfuz). (Ar Ra'd ayat 39)

Menurut Tafsir Qurtubi, semua takdir Allah yang telah tertulis di Luh Mahfuz itu
boleh dihapus oleh Allah jika Ia menghendaki, ataupun Allah tetapkan saja sesuai
dengan kehendakNya. Kemudian yang dapat merubah takdir yang tertulis dalam
Luh Mahfuz itu adalah doa dan perbuatan baik. Rasulullah SAW bersabda: "Tiada
yang boleh menolak takdir selain doa, dan tiada yang boleh memanjangkan umur
kecuali perbuatan baik". (Riwayat Tirmizi)

Begitu juga menghubungkan silaturrahim boleh juga mengubah takdir. Umur


yang pendek boleh dipanjangkan oleh Allah, rezeki yang sukar akan dimudahkan
oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Dari Anas bin Malik beliau
berkata, Bersabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang suka banyak rezekinya
dan lambat datang ajalnya maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim".

666. Dajjal
Soalan:
Tolong beri penjelasan tentang DAJJAL?

Jawapan:
Al Masih Dajjal maksudnya menyesatkan. Ketika dunia hampir dengan kiamat
yang datang nanti adalah Dajjal yang menyesatkan manusia ataupun
mengkafirkannya. Dajjal banyak menipu manusia dan yang paling teruk sekali
dia mendakwa dirinya sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini. Setelah
beberapa tahun lamanya Dajjal hidup di dunia dan manusia sudah hampir
semuanya menjadi kafir, barulah Nabi Isa as. diperintahkan turun ke dunia untuk
membunuh Dajjal itu.

Dajjal memang banyak membawa fitnah dan keburukan, sesuai dengan sabda
Rasulullah SAW maksudnya: "Tidak ada fitnah (bencana) yang paling buruk
semenjak Nabi Adam sampai hari kiamat, selain daripada fitnah yang dibawa al
masih Dajjal". (Riwayat Hakim) Mengenai asal Dajjal ini para ulama berbeza
pendapat. Menurut satu pendapat, Dajjal dari golongan jin iaitu termasuk cucu
iblis. Menurut pendapat yang lain pula Dajjal adalah dari jenis manusia iaitu cucu
Adam as.. Pendapat yang lain mengatakan ayahnya manusia sedangkan ibunya
adalah jin. Sebenarnya Dajjal adalah syaitan, samada ia dari jenis manusia, dari
jin ataupun campuran dari keduanya. Dajjal akan turun di akhir zaman, tidak
pasti apakah Dajjal itu sudah lama wujud atau hanya akan lahir di akhir zaman
yang dijanjikan tersebut.
Tipu Daya Dajjal

Untuk mengetahui ciri-ciri Dajjal secara lebih terperinci maka Rasulullah SAW
telah menerangkannya dalam khutbah baginda sebagai berikut: "Sesungguhnya
tidak ada fitnah atau kerosakan di muka bumi yang paling hebat selain daripada
fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah ada
mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah Nabi yang terakhir sedangkan
kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi
angkatan kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-
tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela setiap mukmin. Kalau dia
datang sesudah kewafatanku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan
sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. " "Dajjal itu akan
datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq dan mempengaruhi manusia
dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu.
Disini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal yang belum diterangkan
oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya. " "Pada mulanya nanti Dajjal itu
mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah tidak ada lagi nabi sesudahku. Setelah itu
nanti ia mengaku sebagai tuhan. Ingatlah Tuhan yang benar tidak mungkin kamu
lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak
cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu
tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca
mahupun buta huruf. " "Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga
dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu
neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang diseksanya dengan nerakanya
hendaklah ia meminta pertolngan kepada Allah dan hendaklah dia membaca
pangkal surah Al Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang
membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk. " "Diantara tipu dayanya juga dia
berkata kepada orang Arab: 'Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau
ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku
sebagau tuhanmu ?'. Orang Arab itu akan berkata: "Tentu". Maka syaitan pun
datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya, sifat-sifatnya dan
suaranya sama. Kemudian ibu bapanya berkata kepadanya: 'Wahai anakku,
ikutilah dia sesungguhnya dialah tuhanmu'. " " Tipu daya Dajjal yang lain iaitu ia
bunuh seseorang kemudian dibelah dua. Setelah dia katakan kepada orang
ramai: 'Lihatlah apa yang akan aku lakukan terhadap hambaku ini, sekarang
akan ku hidupkan dia semula.' Dengan izin Allah, orang mati tadi hidup semula.
Kemudian Dajjal itu bertanya: 'Siapa tuhanmu?'. Orang yang dibunuh itu
kebetulan orang beriman menjawab: 'Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau
adalah musuh Allah'. Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk
orang yang paling tinggi darjatnya di syurga. " Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Diantara tipu daya Dajjal juga, apabila disuruh langit menurunkan hujan, tiba-
tiba hujanpun turun. Dia suruh bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya, tiba-
tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling hebat bagi manusia, Dajjal itu
datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya
sebagai tuhan, maka disebabkan demikian tanaman-tanaman mereka semuanya
musnah. " " Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak di datangi
Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi
oleh Dajjal kerana dikawal oleh malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran
Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di
luar kita Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu
orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di
Madinah. Mereka keluar dan bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi
pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah. "
Dalam hadis yang lain disebutkan: "Dari Anas bin Malik katanya Rasulullah SAW
bersabda: 'Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun
orang-orang pendusta yang dipercayai dan orang jujur yang tidak dipercayai.
Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai '.
Wallahu A'lam.

667. Belanja Kuliah dari Duit Ekor


Soalan:
saya adalah pelajar salah sebuah universiti tempatan.saya berasal
daripada keluarga yang sederhana. Kadangkala susah dan kadangkala
senang. Saya mempunyai enam orang adik beradik.dan saya anak kedua.
Ayah saya terpaksa menanggung kami tiga adik beradik yang menuntut
di semenanjung m'sia. sememangnya sukar bagi ayah saya tetapi ayah
tetap berusaha. Gaji ayah saya cuma RM 480 sebulan. dengan
pendapatan tersebut hanya Allah saja yang mengetahui betapa sukarnya
untuk menguruskan kehidupan dengan keadaan sedemikian.

Persoalan saya,saya binggung kerana keluarga saya suka bermain


nombor ekor. Saya sentiasa menasihati mereka tetapi mereka tidak
mengendahkan atas alasan hidup yang susah. Semenjak saya mengenali
Islam
di universiti saya sering menasihati serta mengajar adik2 saya tetapi
mereka tidak mengendahkan malah mereka mengatakan saya ini sibuk
dan berlagak macam ustazah. Sekarang pun saya sudah mengenakan
tudung labuh. Alhamdullillah ini semua adalah hidayah daripada Allah.
Saya benar2 tertekan kerana saya pernah mengatakan supaya jangan
sekali2 mengirimkan wang hasil daripada hadiah nombor ekor.

Pada pengajian bulan yang lalu keluarga saya telah menghantarkan


wang sebanyak RM200 kepada saya kerana saya benar2 terdesak kerana
sememangnya saya tidak mendapat biasiswa atau pinjaman. Keluarga
saya tidak memberitahu perkara sebenar sehingga suatu hari saya marah
mereka membeli nombor ekor dan mereka mengatakan yang saya ini
sama saja kerana wang yang mereka hantar pun hasil daripada
wang nombor ekor tersebut. Saya rasa sedih sangat. prestasi
pembelajaran saya merosot. Dulu hidup saya penuh dengan melakukan
perkara maksiat dan memakan benda yang haram sehinggalah saya
memasuki universiti dan saya mempelajari dengan mendalami ilmu
Islam dan saya benar-benar bertaubat. Bukan kehendak saya dilahirkan
untuk memakan dan melakukan kemaksiatan ini. Tetapi segalanya
adalah
qada dan qadar daripada Allah. Saya sering menangisi dan memohon
kepada Allah mengampuni saya dan keluarga saya. saya benar-benar
tertekan.

Saya amat berharap agar ustaz dapat membantu saya kerana selain ini
banyak lagi masalah lain. Ustaz pun faham orang2 sarawak ini lemah
pegangan agamanya. Saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan
nasihat berhubung masalah diatas?

Hanie, Bintulu
Jawapan:
Beli nombor ekor adalah perbuatan yang dilarang dalam agama kerana sama
dengan berjudi. Jika kita telah mengetahui dengan pasti dan bahkan telah
diberitahu tentang kedudukan wang tersebut, maka jelaslah menggunakan wang
ekor tersebut haram hukumnya dan kita tergolong bersubhat dengan pekerjaan
yang tercela tersebut.

Sebagai seorang anak yang telah memperoleh petunjuk daripada Allah dan
telah mengetahui seluk beluk tentang Islam, maka seharusnya memberi nasihat
kepada ahli keluarga sekadar yang termampu. Jika kita telah menjalankan amar
makruf nahi mungkar dalam keluarga kita sendiri, setelah itu kita serahkan
segalanya kepada Allah SWT. Berdoalah agar seluruh ahli keluarga kembali ke
jalan yang benar dan meninggalkan pekerjaan yang sia-sia tersebut.

Jika anda telah termakan rezeki yang diperolehi daripada hasil judi tersebut
dengan tidak sengaja atau tidak mengetahui sebelumnya maka hukumnya tidak
berdosa. Tapi setelah ini adalah lebih baik berhati-hati dan berusahalah untuk
mencari rezeki yang halal agar hati dan perasaan tidak tertutup dalam menerima
pelajaran, kebenaran dan perkara-perkara lain. Sebenarnya dalam Islam
tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya bagi yang lelaki setelah mereka usia
baligh dan bagi yang wanita setelah mereka berumahtangga. Jadi jika kita
merasa mampu untuk mencari rezeki sendiri secara halal, maka janganlah terlalu
bergantung kepada ibu bapa, apatah lagi hasil yang diperolehi mereka tidak
halal.

^ Kembali ke atas ^

668. Mengucapkan kata 'Cerai' Tanpa Niat


Soalan:
Saya ingin membuat pertanyaan, jatuhkah talak jika seorang suami
menyebut 'AKU CERAIKAN KAU' sebanyak dua kali (dalam keadaan
marah) Selepas kejadian itu, suami saya meminta maaf sebab dia tidak
punya niat untuk menceraikan saya. Tapi saya masih was-was.

Aida, Ampang
Jawapan:
Para ulamak melarang suami melafazkan kata talaq itu lebih dari sekali dalam
satu-satu masa. Jadi jika dua kali dan beberapakali dikumpulkan dalam satu kali
saja, bererti melanggar hukum Allah dan ketentuan Al Quran. Menurut Jumhur
ulama sah talaq yang diucapkan mengikut jumlah ucapannya. Jadi jika suami
anda telah mengucapkan lafaz talaq sebanyak dua kali maka telah jatuh talaq
dua dan hanya tinggal baki satu talaq lagi yang membolehkan anda untuk rujuk.
Walaupun lafaz talaq tersebut telah dilaksanakan maka suami anda boleh
merujuk kembali dan hidup seperti biasa dengan syarat hendaklah ingat tentang
baki talaq yang tertinggal.

Mengenai talaq dalam keadaan marah, jika marah tersebut ke paras


menghilangkan kewarasan akal sehingga ia langsung tidak menyedari apa yang
dia ucapkan, maka marah tahap ini tidak menggugrkan talaq. Namun jika
marahnya sederhana yang mana penuturnya masih mampu menggambarkan apa
yang diucaapkannya maka marah seperti ini jatuh talaqnya. Menurut Jumur
ulamak, marah yang bersangatanpun namun tidak menghilangkan akal
keseluruhannya hanya mengganggu kosentrasi maka kemarahan di tahap ini
tetap membuatkan jatuhnya talaq.
669. Bertudung Namun Aurat Terdedah
Soalan:
Aurat wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.
Kemusykilan saya ialah ramai wanita sekarang memakai tudung tetapi
mendedahkan bahagian bawah dagu tetapi bila sembahyang mereka
menutupkan bahagian bawah dagu itu. Tolong perjelaskan samada trend
memakai tudung sekarang ini dibenarkan atau tidak?

Jawapan:
Dalam Al Quran surah Al Ahzab ayat 59 menjelaskan bahawa pakaian taqwa
seorang wanita adalah melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Jadi jika
hanya sekedar menutup bahagian kepala sedangkan bahagian bawah dagu
terdedah bagi memperlihatkan perhiasan mereka, maka hukumnya tetap haram
dan berdosa. Pakaian tudung dengan mendedahkan aurat lain seperti bawah
dagu (dada), betis, seluar ketat dan sebagainya merupakan pakaian fesyen
bukan pakaian takwa yang diperintahkan oleh syarak.

670. Berdakwah Terhadap Ibu dan Keluarga Sendiri


Soalan:
Saya mempunyai satu masalah berhubung dengan ibu saya. Saya boleh
dikatakan selalu melawan kata atau membantah beliau dalam beberapa
perkara terutamanya melibatkan soal-soal agama. apabila saya
menasihati ibu dan mengaitkan dengan hukum hakam ibu sangat marah
dan seolah-olah bencikan saya sekiranya saya menegur beliau. Banyak
perkara yang keluarga saya lakukan yang bertentangan dengan ajaran
Islam. Sekiranya ditegur mereka melenting dan bencikan saya. Mereka
suka memperlekehkan hukum dan benci sekiranya saya mengaitkan apa
yang mereka lakukan dengan hukum Islam.

Saya bukanlah seorang yang pandai tentang ajaran agama. sejak


menuntut di IPT saya banyak mempelajari ilmu agama dan terlibat
dengan jemaah Islam. Untuk mendakwahkan orang lain adalah lebih baik
sekiranya dimulai dengan keluarga sendiri. Saya rasa seolah-olah
tertekan kerana ibu dan keluarga bencikan perubahan saya ini. Saya
sendiri tidak mengetahui bagaimana lidah saya ini apabila melihat benda
yang tak elok mudah saja saya menegur dan mengaitkan dengan al-
Quran, hadis dan bacaan-bacaan yang pernah saya baca. Namun saya
yakin apa yang saya tuturkan bukanlah semata2 memandai dan
menunjuk-nunjuk tapi semuanya hasil daripada bacaan dan pengalaman.
Ustaz, bantulah hamba ini untuk mencadangkan cara terbaik untuk
mengatasi masalah ini.

Jawapan:
Di dalam Islam seorang anak dituntut agar bersopan santun dan menyayangi
orang tuanya walaupun orang tuanya berbeza agama. Jadi konsep berbakti dan
menghormati orang tua tidak hilang lantaran perbezaan agama, kepercayaan,
amalan dan sebagainya apatah lagi jika mereka seagama dengan kita, maka
menjadi lebih besar penghormatan kita terhadap mereka.

Memang tidak semua orang tua menjalankan perintah agama dengan betul,
namun begitu sebagai seorang anak yang soleh sentiasa menggunakan berbagai
pendekatan untuk mengajak dan memujuk orang tua mereka agar menjalankan
segala yang diperintahkan oleh agama. Walaupun dalam konsep dakwah seperti
yang dianjurkan oleh nabi "sampaikan kebenaran itu walaupun pahit" namun
gunakan hikmah, ertinya memahami segala aspek jiwa dan perasaan orang yang
kita ajak ke arah kebenaran tersebut. Jangan gunakan bahasa yang kasar atau
pendekatan yang keras dalam menyampaikan kebenaran, agar kebenaran itu
nampak cantik dan manis.

Sebagai seorang anak yang prihatin terhadap pengamalan agama ibu atau
bapa, hendaklah banyak mendoakan keduanya agar memperoleh hidayah dan
kelapangan jiwa dalam menerima dan mengamalkan ajaran Islam. Jangan sakiti
hati mereka dengan walaupun sedikit, dan jangan gores perasaan mereka dengan
nasihat-nasihat yang keras dari kita, namun ungkapkanlah dengan kata-kata
yang baik dan lembut. Mungkin ketika ini hati mereka belum terbuka, namun
pada masa yang lain, Allah memberikan petunjuk dan hidayah berkat doa dan
ungkapan yang lembut dari bibir anaknya yang soleh/solehah.

Sediakanlah bahan bacaan agama di rumah anda, agar saat-saat terluang


dapat mereka gunakan untuk melihat dan merujuk sesuatu yang mereka belum
fahami. Jangan menjadi guru di depan ibu bapa dan keluarga, jadilah sebagai
seorang anak soleh yang bersahabat dengan segala masalah yang dihadapi
mereka, dengan sendirinya mereka akan mudah menerima nasihat dan cadangan
dari anda. Insya Allah.

671. Menahan Nafsu Ketika dalam Pertunangan


Soalan:
Apakah kewajipan seorang tunang dan langkah yang perlu diambil untuk
menahan nafsu?
Kasmawardati, Miri
Jawapan:
Kewajipan seorang tunang terhadap pasangannya adalah menjaga pertunangan
tersebut daripada dinodai dengan perbuatan yang dilarang oleh agama. Dilarang
berjumpa berdua-duaan dan membawa tunang kesana kemari. Perkara yang
paling mulia adalah menyegerakan perkahwinan agar nafsu yang bergejolak itu
dapat disalurkan dengan segera dan secara sah.

^ Kembali ke atas ^

672. Melakukan Dosa dan Bertaubat Berkali-kali


Soalan:
Apabila seseorang itu membuat dosa lalu ia bertaubat. Selepas itu ia
melakukan dosa lagi dan ia bertaubat semula. Tetapi selepas bertaubat
ia melakukan dosa lagi dan ia bertaubat semula. Adakah taubatnya
diterima atau tidak?
Khairul Fahmi, Labuan
Jawapan:
Tanda-tanda kesempurnaan taubat harus meninggalkan segala dosa dan
menghilangkan pengaruhnya terhadap jiwa sebagaimana sinar matahari
menghapus kegelapan malam. Sesungguhnya orang yang bertaubat dari suatu
dosa dan tetap mengerjakan maksiat yang lain, maka taubatnya belum
sempurna.

Bertekad dalam bertaubat hingga akhir hayatnya, untuk mengakhiri dosa-


dosa. Berjanji tidak mengulangi perbuatannya yang telah lalu sebagaimana susu
tidak akan kembali ke sumber asalnya. Kemudian memulai dengan penyesalan
dan mengakhiri dengan perbuatan amal soleh dan ketaatan. Membersihkan
hatinya dari pengaruh maksiat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan dosa
selama-lamanya.

Tanda kesempurnaan taubat lagi adalah melakukan taubat kerana Allah SWT,
bukan untuk menjaga kesihatan, harta benda atau ketamakannya untuk
menikmati isi dunia, takut akan hukuman seseorang atau undang-undang, takut
tidak ada orang yang membantu untuk berbuat maksiat. Apabila dia ingin
bertaubat dari seluruh dosanya, maka seluruh anggota badannya harus
bertaubat.

Seseorang yang telah sepenuh hati bertaubat, maka semestinya dia tidak
kembali berbuat dosa. Jika kembali, maka hal tersebut telah membatalkan
taubatnya, sebab syarat sahnya taubat adalah dengan terus menerus
melakukannya seumur hidup. Malakukan perkara-perkara yang membatalkan dan
menyalahi taubat dapat mengurangi kesempurnaan dan manfaatnya.

Seorang hamba yang telah bertaubat kemudian kembali mengulangi


perbuatannya lagi, maka dosa yang pertama yang telah ditaubatinya terhapus
walaupun taubatnya batal sebab dia telah bertaubat dari dosa hingga seolah-olah
dia tidak melakukannya atau belum pernah melakukannya. Orang yang
mengulangi perbuatan dosa maka dia berdosa atas perbuatan berikutnya bukan
yang pertama, kerana taubat terdahulu adalah sah, sedang mengulangi
perbuatan dosa akan mendapat seksa. Wallahu A'lam.

673. Ungkapan Kata Kesat Terhadap Isteri


Soalan:
Jika kita berselisih dengan faham dengan isteri dan keadaan marah kita
melepaskan kata kesat. Kemarahan suami adalah disebabkan sikap isteri
terhadap keluarga suami di mana layanan yang diberi tidak sepatutnya.
Apakah tindakan yang perlu diambil dan wajarkah kita berkata demikian
untuk menyedarkan sikap siisteri tadi?

Zahir, Semenyih
Jawapan:
Suami menjadi pemimpin dalam rumahtangga harus berusaha membangun
rumahtangga atas dasar ketaqwaan dan keredhaan Allah SWT. Berpedoman
kepada Al Quran dan sunnah dalam menjalani aktiviti kehidupan berumahtangga.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Takutlah kepada Allah di dalam
memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang
ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan
solat dan mengerjakan agama, maka dia telah berkhianat kepada Allah dan
Rasul-Nya".

Jadi menjadi tanggungjawab suami untuk mendidik pengetahuan agama


terhadap isterinya sehingga akhlah dan keperibadian isteri menggambarkan
sebagai wanita solehah. Jika asas agama ini telah diberikan oleh suami, maka
tidak akan timbul isteri tidak melayani ayah atau ibu mertuanya dengan layanan
yang tidak sepatutnya.

Di dalam memberikan bimbingan terhadap isteri gunakanlah pendekatan


agama dan psikologi, berikan pengertian kepadanya bahawa keluarga suami juga
termasuk keluarga isteri yang perlu dihargai dan dilayan secara lebih baik.
Sebaliknya suami janganlah menggunakan kata-kata yang kesat terhadap isteri,
kemungkinan apa yang ia lakukan tersebut tidak sengaja ataupun ia tidak faham
bagaimana sebetulnya yang anda inginkan. Sesungguhnya isteri kita adalah
teman hidup kita yang memiliki kekurangan dan kelebihan. Selayaknyalah suami
menasihati dengan baik jika isteri memiliki sifat kekurangan yang perlu
dibetulkan. Hindarilah dari mencaci ataupun menggunakan kata-kata yang kesat,
agar tidak mengeruhkan lagi hubungan yang sedia ada. Wallahu A'lam.

674. Berahi Memuncak Bila Berbicara dengan Wanita


Idaman
Soalan:
Saya yakin telah menemui calon untuk dijadikan isteri. Cuma menanti
masa yang sesuai untuk memberitahu ibu bapa saya. Masalahnya
sekarang ialah apabila berjumpa ataupun bercakap melalui telefon
(percakapan biasa) dengan si dia, saya akan mendapati air mazi akan
keluar dengan sendirinya. Ini tidak terjadi apabila saya bercakap dengan
perempuan lain walaupun perempuan itu lebih seksi. Saya telah mencuba
untuk memelihara tata susila perhubungan dari segi Islam seperti
berpuasa, berzikir, jarang berjumpa, kalau berjumpa pun di rumahnya
atau bersama muhrimnya, namun susah sekali untuk mengelakkannya.
Apakah hukumnya sudah wajib kahwin bagi saya? Berdosakah saya dan
haruskah saya meminta maaf kepada si dia kerana berperasaan
sedemikian?
Shahrel, KLumpur
Jawapan:
Wajib menyegerakan kahwin bagi seseorang yang telah berkemampuan baik
dari segi jasmani mahupun rohani sedangkan dia tidak mampu menahan gejolak
nafsu syahwatnya. Dengan menyegerakan kahwin akan menyelamatkan
seseorang yang tidak mampu menahan nafsunya daripada melakukan pekerjaan
yang tidak dieredhai Allah SWT. Mengenai perasaan anda terhadap wanita yang
anda minati itu tidak lebih merupakan dorongan nafsu syahwat yang timbul dari
seorang lelaki yang normal. Cuma saja dari segi Islam kita perlu mengawal
perasaan tersebut dan tidak membiarkan dimain oleh perasaan sendiri.
Dikhuatirkan dorongan perasaan itu menimbulkan keinganan yang sukar
dibendung dan akhirnya dengan mudah mengikuti gejolak syahwat. Adalah lebih
baik anda menyegerakan perkahwinan agar selamat akhlak dan agama yang
anda miliki. Wallahu A'lam.

^ Kembali ke atas ^

675. Mencari Jodoh Sebagai Suatu Ikhtiar


Soalan:
Kita selalu diingatkan yang jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan.
Jadi apakah kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Contohnya
mencari jodoh sedangkan ia telah ada dalam ketentuan Allah. Sebagai
seorang wanita, bagaimanakah cara untuk berusaha sedangkan ia
dilitupi dengan sifat malu.Atau perlukah menanti sahaja jodoh tersebut?
Norazita, Kuantan
Jawapan:
Memang dari ketentuan takdir bahawa jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki
di tentukan Allah. Namun manusia tidak mampu menjangkau keputusan takdir
Allah itu terhadap dirinya, kerana ia merupakan hak dan ketetapan Allah SWT.
Itulah sebabnya Allah menyuruh manusia bekerja atau berikhtiar dalam menuju
kepada ketentuan takdir yang telah ditetapkan-Nya. Mengenai jodoh ditentukan
Allah ini mengandungi pengertian bahawa jodoh di tentukan Allah dan manusia
wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang
ditentukan-Nya.

Cita-cita untuk memilih suami mithali atau suami teladan memang ada dalam
diri setiap wanita, samada yang sudah berkahwin ataupun mereka yang bakal
berkahwin. Kerana ketenangan dan kebahagian rumahtangga hanya dapat
dirasakan bagi mereka yang mempunyai pemimpin rumahtangga yang baik.
Namun begitu kebanyakan wanita menyimpan rasa malu yang mendalam untuk
meluahkan isi hati dan keinginannya jika ia menemui seorang lelaki yang
dirasakan sesuai untuk menjadi pasangan dalam hidupnya. Rasa malu ini adalah
fitrah yang perlu dijaga teruama berkaitan dengan mengerjakan perkara yang
dilarang. Namun dalam masalah pemilihan jodoh ini adalah tidak salah dari segi
syarak seorang wanita menyatakan keinginannya terhadap seseorang.

Perkahwinan antara Rasulullah SAW dengan Siti Khadijah adalah melalui


luahan hati Khadijah agar Rasulullah SAW meminang dirinya dan menjadikannya
sebagai isteri. Dengan perantaraan seseorang maka Khadijah menyatakan
hasratnya tersebut, yang akhirnya dipersetujui oleh Rasulullah SAW dengan
mengirimkan utusan untuk melamar Siti Khadijah. Rasa malu yang anda
ungkapkan diatas bukanlah malu yang dianjurkan syariat tetapi malu yang telah
dibina adat melayu sendiri. Padahal yang perlu kita malukan adalah menahan
atau mencegah diri dari memenuhi keinginan syarak iaitu menyegerakan
perkahwinan jika telah memenuhi syarat yang diperlukan.

Walaupun syarak mengizinkan seorang wanita menyatakan hasratnya


(melamar) terhadap lelaki yang menjadi idmannya, namun perlulah diperhatikan
adab-adab dan ketentuannya. Gunakanlah pihak ketiga untuk menyampaikan
hasrat dan keingan anda tersebut, setelah itu jika lelaki tersebut setuju maka
suruhlah ia datang melamar dan menyatakan hasrat persetujuannya kepada wali
ataupun orang tua. Wallahu A'lam.

^ Kembali ke atas ^

676. Putus Asa Dari Rahmat Allah


Soalan:
Ustaz, saya sering terkeliru dengan persoalan takdir. Adakah apa yang
berlaku pada kita telah ditakdirkan segalanya? Dan salahkah andainya
saya menyalahkan takdir itu terutama perkara buruk berlaku kerana kata
orang, yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk dari diri kita
sendiri. Tetapi perkara yang buruk itu berlaku bukankah dengan izin
Allah ? Kadangkala saya hampir berputus asa kerana dalam hidup saya
apa yang saya impikan tidak tercapai.

Bila membuat perbandingan dengan kawan-kawan, saya merasakan yang


mereka jauh bernasib baik. Saya selalu bertanya, kenapa mereka mampu
mendapat apa yang mereka inginkan, walaupun mereka tak pernah
berhajat sedemikan ? Saya tahu , putus asa adalah sifat yang tidak
disukai olehNya. Tetapi sebagai seorang manusia saya tak mampu untuk
menghilangkan perasaan itu apabila melihat keadaan mereka yang lebih
bernasib baik.

Nur Farhana, Muazam Shah


Jawapan:
Walaupun takdir Allah telah ditetapkan terhadap seseorang, namun tidak
seorang makhlukpun dapat mengetahui tentang takdir yang akan diterimanya.
Apakah dia menjadi orang kaya ataupun miskin, mahupun berumur panjang
ataupun pendek, sejahtera ataupun celaka. Oleh sebab itu masih diberikan
harapan dan kesempatan untuk beramal, kerana begitulah hikmah yang diberikan
Allah tentang takdir ini.

Setiap kali menyebut tentang takdir pasti akan timbul pertanyaan tentang apa
gunanya usaha jika takdir telah menentukannya begitu. Sebenarnya kita
diperintahkan oleh Allah dan Rasul supaya percaya kepada takdir bahkan termsuk
dalam satu rukun iman. Kita harus percaya dan menerima semua ini kerana
usaha atau beramal itu adalah perintah Allah dan Rasul kepada kita, ini adalah
soal ibadah bukan soal iktikad.

Kita tidak mengetahui apa yang ditakdirkan untuk kita dan Allah pun tidak
pernah memberitahukan kepada kita. Kerana kita tidak tahu maka kita serahkan
segalanya kepada Allah. Kemudian kita berusaha menuju ke arah kebaikan, agar
kita ditakdirkan sesuai dengan fitrah kita. Beramal dan berusaha itu bukanlah
melawan takdir tetapi termasuk juga dalam takdir.

Jangan jadikan kesenangan dunia sebagai ukuran dan kemudian dengan cepat
membuat kesimpulan bahawa takdir kita tidak baik dan sebagainya. Allah SWT
menyuruh hambanya berusaha dan bekerja dan akan memberikan sesuatu itu
sesuai dengan ketentuan-Nya. Maka sebagai seorang hamba kita harus menerima
segala yang telah dianugerahkan Allah tersebut, mungkin itulah yang terbaik
untuk kita yang kita sendiri tidak mengetahui hikmah disebalik kesederhanaan
ataupun kekurangan yang diberikan kepada diri kita itu.

Semua takdir Allah yang telah tertulis di Luh Mahfuz itu boleh dihapuskan oleh
Allah jika Ia menghendaki ataupun Allah tetapkan saja sesuai dengan
kehendakNya. Kemudian yang dapat merubah takdir yang tertulis dalam Luh
Mahfuz itu adalah doa dan perbuatan baik. Rasulullah SAW bersabda: "Tiada
yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur
kecuali perbuatan baik". (Riwayat Tirmizi)

Jadi banyaklah berusaha dan berdoa agar Allah SWT memberikan kurnia
nikmatNya yang penuh berkah bukan nikmat yang akan menyesatkan dan
melupakan kita terhadapNya. Jangan berputus asa atas rahmat Allah, kerana
orang yang berputus asa atas rahmat-Nya akan memperoleh kemurkaan Allah
dan memperoleh azab yang pedih. Yang penting dalam kehidupan ini adalah
keberkatan hidup bukan kemewahan duniawi yang hanya bersifat sementara,
kemungkinan akan melalaikan dan melupakan kita.
Sila rujuk buku:
1. Rahmat Disebalik Dugaan DN 263

^ Kembali ke atas ^
677. Ke Arah Mustajab Doa
Soalan:
Apakah setiap doa akan dimakbulkan oleh Allah? Maksud saya selagi ia
tak bertentangan dengan agama. Atau ada doa yang tertolak olehNya.
Bagaimanakah cara yang terbaik untuk berdoa. Andainya kita telah
berdoa untuk sesuatu perkara, tetapi masih belum dimakbulkan, adakah
berdosa jika kita sudah berputus harap terhadap doa itu?

Ida, Pekan
Jawapan:
Berdoa ertinya bermohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah Yang
Maha Pemurah. Allah menyuruh orang-orang Islam berdoa atau meminta sesuatu
kepadaNya. Bagi mereka yang tidak mahu meminta kepada Allah maka mereka
tergolong insan yang takbur dan sombong. Jika permohonan seseorang itu belum
lagi terkabul, bukan kerana Allah tidak memperkenankannya, kemungkinan
doanya tidak memenuhi syarat-syarat berdoa yang telah ditetapkan oleh
Rasulullah SAW. Disamping itu doa orang mukmin itu pasti akan dikabulkan Allah
SWT, cuma saja ada tiga peringkat cara diperkenankan doa tersebut. Pertama,
Allah akan kabulkan doanya disaat itu juga, kedua, ditangguhkan pada masa
akan datang, dan ketiga, akan menerima balasannya di akhirat.

Allah SWT berfirman: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada Ku
nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang
yang sombong takbur daripada beribdat dan berdoa kepadaKu, akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina". (Al Mukmin ayat 60)
Firman-Nya lagi maksudnya: "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan
merendahkan diri dan dengan suaru perlahan-lahan".
(Al A'raaf aayat 55)
Ada beberapa kaedah atau peraturan bedoa yang membolehkan doa
seseorang tersebut dimakbulkan oleh Allah SWT. Diantara kaedah tersebut ialah:
1. Dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar serta suci pakaian dan tempat
berdoa.
2. Mengadap kiblat dan berdoalah dengan khusyuk, tawadhuk serta merendahkan
diri kepada Allah SWT.
3. Doa dimulai dengan mumuji Allah, sekurng-kurangnya membaca
"Alhamdulillahi Rabbil 'alamin" diikuti dengan membaca selawat atas Nabi.
4. Angkat kedua tangan hingga kelihatan kedua ketiak disamping perut dan anak
jari mengadap ke atas.
5. Setelah selesai berdoa sapukan tangan ke muka.
6. Berdoa hendaklah dengan penuh yakin bahawa Allah SWT akan
memperkenankan doa kita itu. Jangan sekali-kali dalam keadaan hatinya lara
dan lalai atau tidak cukup kuat keyakinannya serta kemahuannya. Tuhan tidak
akan memperkenankan doa seperti tersebut.
7.Setiap orang Islam hendaklah membanyakkan berdoa kepada Allah semasa
dalam keadaan senang supaya Allah memperkenankan doanya ketika berdoa
dalam keadaan susah.
8. Berdoalah dengan suara yang perlahan serta merendahkan diri disamping
mengakui segala kesalahan dan dosa-dosa yang pernah dilakukan.
9. Sebaik-baik doa ialah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta
mempunyai pengertian yang luas.
10. Untuk memohon sesuatu hajat, ulangilah menyebutnya sehingga sekurang-
kurangnya tiga kali.
11. Jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan
dosa, perpecahan dalam masyarakat atau keluarga. Begitu juga jangan meminta
sesuatu yang mustahil.
12. Jangan sekali-kali merajuk apabila doanya belum dikabulkan oleh Allah SWT.
Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus berdoa disamping berserah diri kepada
Allah SWT.
13.Sebelum diakhiri dengan ucapan amin, setiap doa hendaklah ditutup dengan
selawat Nabi SAW serta puji-pujian kepada Allah SWT.

678. Solat Di Rumah Bukan Muslim


Soalan:
Jika kita bertandang ke rumah non-muslim. Boleh kah kita menunaikan
sembahyang fardhu di rumah mereka sekiranya masuk waktu. Setelah
diyakini tempat untuk medirikan sembahyang itu bersih, suci dan kita
dapat menentukan arah kiblat?

Sharifah, Alor Setar


Jawapan:
Diantara syarat sah solat adalah suci daripada hadas kecil dan besar, suci
daripada najis, menutup aurat, mengadap kiblat dan telah masuk waktu solat.
Jika syarat-syarat ini dapat dipenuhi, maka sah solat seseorang itu. Dibolehkan
solat di tempat atau rumah non Muslim jika kita yakin bahawa tempat tersebut
bersih.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dari Bakar mengatakan; "Kaum Muslimin
di Najran menulis surat kepada Umar bin Khattab mengatakan bahawa mereka
tidak mendapati tempat mengerjakan solat yang lebih bersih daripada gereja.
Menanggapi surat mereka itu Umar berkata: "Tidak apa, basuh dengan bersih
kemudian solatlah kamu di dalamnya".
Wallahu A'lam.

679. Aurat Wanita Terdedah Ketika Wudhu


Soalan:
Diberi dua pilihan - satu untuk mengambil air sembahyang di satu
tempat di mana aurat mungkin terdedah kepada wanita bukan Islam
atau berwudhuk di dalam tandas iaitu terdapat mangkuk tandas. Yang
mana satukah patut dipilih? Setahu saya, yang pertama hukumnya
haram & yang pilihan kedua hukumnya makruh...benarkah Ustaz?
Siti Farhanah, KLumpur
Jawapan:
Menurut Imam Syafei wajah wanita dan juga kedua belah tapak tangannya
dihadapan lelaki bukan muhrim adalah tetap aurat, sebaliknya dihadapan wanita
kafir bukan aurat. Tujuan menutup aurat adalah agar aman dan tidak
tertimbulnya fitnah dan akhlak yang buruk. Maka sewajarnyalah kaum wanita
menjaga diri mereka sendiri dari terfitnah atau menyebabkan orang lain terfitnah
olehnya. Jadi bagi wanita kafir hanya boleh melihat bahagian muka dan tapak
tangan wanita muslimah, selain daripada itu jika diperlihatkan dikhuatirkan akan
menimbulkan fitnah. Wajib bagi wanita muslimah menjaga auratnya dari
disaksikan oleh orang lain. Jika demikian kedudukannya maka lebih baik
berwuduk di dalam bilik tandas daripada di tempat awam yang boleh
mendedahkan aurat kita kepada wanita kafir. Wallahu A'lam.
Sila rujuk buku:
1. Fardhu Ain Khusus Wanita DN 091

^ Kembali ke atas ^
680. Mematuhi Suami yang Tidak Menjalankan
Perintah Agama
Soalan:
Apakah seorang isteri wajib mematuhi suaminya yang bukan sahaja
tidak sembahyang malah minum arak dan suka berfoya-foya dengan
wanita lain? Contohnya, keluarga wanita tersebut membuat perjumpaan
keluarga (family day) tetapi suaminya tidak membenarkan. Bolehkah
wanita ini mengingkari perintah suaminya itu? Dalam perkara yang
berkaitan, bolehkah wanita ini menuntut cerai? Kalau boleh, apakah cara
yang terbaik?
Siti Farhanah, KLumpur
Jawapan:
Seorang isteri hendaklah mematuhi perintah suaminya walaupun ia tidak
mengizinkan untuk menziarahi terhadap kedua ibu bapanya. Kerana setelah
berkahwin isteri tertakluk kepada tanggungjawab suaminya. Namun jika suami
tergolong orang yang fasik meninggalkan segala perintah agama dan banyak
berbuat dosa sedangkan isteri merasa khuatir dirinya dan anak-anaknya
cenderung mengikuti jejak langkah suami yang fasik tersebut, maka isteri
dibolehkan meminta cerai demi menjaga agamanya.

Sebelum sampai ke tahap memohon perceraian terhadap suami adalah lebih


baik isteri berusaha sedaya upaya untuk menasihati suaminya apakah dilakukan
sendiri mahupun dengan meminta pertolongan orang lain seperti ibu bapanya,
sahabatnya dan sebagainya. Jika langkah menasihatinya tidak berhasil, maka
isteri berhak meminta cerai. Bidang kuasa untuk memutuskan hubungan
perkahwinan dimana isteri meminta diceraikan hendaklah dilakukan oleh qadi
atau mahkamah syariah melalui perceraian khuluk.

Sila rujuk buku Pemantapan Sistem Kekeluargaan DN 225

^ Kembali ke atas ^

All Right Reserved Darul Nu'man © EMAG 1991

681. Berbuka ketika Mengganti Puasa


Soalan:
Sekiranya saya menggantikan puasa hari ini, kemudian saya membuka
puasa tersebut. Ada pendapat mengatakan saya kena menggantikan
puasa itu dua kali ganda maknanya saya kena menggantikan semula
puasa itu sebanyak dua hari. Apa pendapat uztaz ?
Azni, Bangi

Jawapan:
Jika kita tertinggal puasa wajib seperti puasa Ramadhan disebabkan kerana
halangan tertentu seperti bermusafir, kerana haid dan halangan yang dibolehkan
oleh syarak, maka cukuplah seseorang itu menggantikan puasanya yang
tertinggal itu mengikut jumlah harinya. Jika sehari gantilah sehari setelah bulan
Ramadhan begitu juga jika seminggu maka gantilah seminggu. Seandainya pada
hari menggantikan puasa tersebut kita mendapat keuzuran tertentu carilah hari
yang lain untuk menggantinya asalkan tidak sampai masuk bulan Ramadhan
berikutnya. Tidak perlulah menggantikan puasa tersebut sampai dua kali ganda
lantaran keuzuran pada masa menggantikannya. Wallahu A'lam.

682. Menghadapi Iseri yang Ego


Soalan:
Isteri saya menuntut cerai kerana dia enggan mendengar nasihat saya
bagi perkara2 tertentu. Dia masih merasa sangat marah sehingga
perasaan benci dan dendam sudah mula timbul. Dia tidak lagi
menganggapkan dirinya itu sebagai isteri saya. Dia sudah beberapa
bulan tidak memberi nafkah batin, mengusir saya keluar dari rumah dan
keluar rumah tanpa kebenaran saya. Ibunya pula menyokong
pendiriannya juga. Dia tidak mahu bercakap dengan saya juga kerana
tersinggung dengan percakapan saya. Saya masih bersabar. Saya
mengerti akan tikah lakunya kerana isteri saya itu mengikut perasaan.
Lagipun fahaman agamanya pun kurang. Walaupun demikian, saya
belum lagi menjatuhkan talak. Saya masih mengasihi isteri saya dan
saya ingin membimbingnya kembali kepangkuan jalan. Apakah saranan
yang terbaik bagi saya. Saya masih bersabar, saya tidak mahu bercerai
berai.
M. Tariq, Singapura
Jawapan:
Berdosa besar bagi seorang isteri yang tidak melayan kehendak suaminya.
Seandainya suami menginginkan agar pada malam tersebut isterinya melayannya
sedangkan si isterinya menolak permintaan suami itu, maka semalaman malaikat
mengutuk perbuatan isteri tersebut. Bayangkan saja jika sudah berbulan-bulan
isteri tidak mahu melayan kehendak suami tentu semakin besar dosa yang
ditanggungnya.

Dalam Islam seorang isteri hendaklah mendengar dan menjalankan segala


perintah yang disuruh oleh suami selagi perintah tersebut tidak menjurus kepada
mensyirikkan Tuhan atau sesuatu perkara yang bertentangan dengan syarak. Jika
isteri ingkar maka isteri tersebut tergolong isteri yang derhaka, jika ia mati dalam
keadaan tidak mendapat keredhaan suaminya maka ia mati dalam keadaan
membawa dosa yang besar. Menghadapi isteri yang ego seperti ini, suami
hendaklah bersabar kerana wanita tercipta dari tulang rusuk yang bengkok, jika
kita paksakan untuk meluruskannya maka ia akan patah dan jika kita biarkan dia
dalam keadaan yang keliru itu maka selamanyalah ia akan menjadi bengkok.

Berusahalah menasihatinya dengan cara yang baik dan sesuai dengan cara
yang disyariatkan Islam. Carilah sebab mengapa dia bertindak demikian setelah
itu pujuklah dengan menggunakan pendekatan psikologi dan agama. Jika dengan
berbagai cara tidak dapat melembutkan hatinya, maka lakukanlah solat
istikharah, bermohonlah kepada Allah agar diberikan jalan yang terbaik dalam
menyelesaikan masalah keluarga anda tersebut. Jika perceraian merupakan jalan
yang terbaik ada baiknya anda ceraikan, kerana talak merupakan perkara yang
halal sebagai suatu jalan menyelesaikan masalah dalam perkahwinan.
Seandainya kita telah meminta keputusan melalui solat istikharah maka , insya
Allah, Allah SWT akan memberikan jalan yang terbaik buat kita. Wallahu A'lam.

^ Kembali ke atas ^
683. Pernikahan Setelah Hamil
Soalan:
Dosa yang telah saya sudah keterlaluan sekali, saya sangat rajin sholat,
baik lima waktu ataupun shalat-shalat sunah; Tahajud,Duha, bahkan
saya puasa senin & kamis, namun kiranya iman yang saya miliki tidak
sekokoh ibadah yang saya lakukan, setan telah berhasil menggoda saya
melalui seorang perempuan yang saya sangat cintai. Saya terlanjur
berbuat zina dengan dia. Saya sangat bingung dan sedih terhadap diri
saya yang sudah bergelimang dosa karena zina ini, namun saya selalu
berharap Allah maha pengampun.

Masalahnya wanita yang saya cintai itu hamil karena perbuatan saya,
dan saya sekarang sudah menikahinya setelah empat bulan hamil. Yang
saya tanyakan apakah perkawinan saya ini syah ? Karena ada pendapat
bahwa perkawinan yang diselenggarakan pada saat hamil itu tidak syah?
jika benar demikian mohon kiranya Ustadz memberikan keterangan yang
sejelas-jelasnya mengenai masalah ini. Dan bagaimana hukumnya
dengan anak yang lahir nanti?

Asep, Indonesia
Jawapan:
Jika telah melakukan perbuatan dosa besar seperti berzina, maka bertaubatlah
dengan taubat nasuha, ertinya tidak akan mengulangi perbuatan yang terkutuk
tersebut. Jika kita benar-benar bertaubat dan tidak mengulanginya lagi maka
insya Allah, segala dosa silam telah diampunkan oleh Allah SWT. Hanya dengan
bertaubat sajalah seseorang itu dapat membersihak dirinya dan dengan
bertaubat juga seseorang itu dapat mengembalikan fitrahnya.

Jika anda telah menikah dengan wanita hamil melalui perhubungan anda
tersebut maka pernikahan anda tetap sah. Sedangkan hukum anak yang lahir
nanti tetap sebagai anak manusia yang suci dan bersih sebagaimana dengan
anak manusia yang lain. Sebab anak tersebut tidak berdosa dan tidak bersalah
yang berdosa dan salah adalah perbuatan zina yang dilakukan oleh orang tuanya.
Menurut Imam Syafei jika sesuatu pasangan melakukan zina kemudian
berkahwin setelah berlalu enam bulan dua lahzat isterinya melahirkan anak,
maka anak itu boleh di "bin" kan kepada bapanya. Jika isterinya melahirkan anak
kurang dari tempoh enam bulan anak tersebut tidak boleh di "bin' kan kepada
bapa terlibat sebaliknya hendaklah di bin kan dengan kepada ibunya.

^ Kembali ke atas ^

684. Mencerai Isteri Dengan Talak Tiga


Soalan:
Saya bertengkar keras dengan isteri saya. Pada waktu marah dan tida
berfikir dan tidak inginkan, I sebutkan 'Saya ceraikan engkau dengan
tiga talak'. Sekarang, saya sangat menyesal dan mahu tahu apakah saya
perlu buat untuk dapatkan isteri saya dan anak kesayangan saya.
Bolehkah saya diampuni tuhan kalau saya betul betul menyesal and
waktu saya memperkatan, saya tidak anda intention langsung.

Isa Khader, Singapura


Jawapan:
Menurut Imam Syafei tidaklah diharamkan mengumpulkan talak tiga sekaligus.
Apabila ini berlaku berkuatkuasalah talak tersebut. Begitu juga Jumhur Ulama
berpendapat talak tiga sekaligus jatuh tiga talak. Ertinya apa yang anda lafazkan
terhadap isteri anda tersebut menyebabkan jatuhnya talak tiga dan anda tidak
boleh rujuk kembali terhadap isteri anda itu, sehinggalah ia dikahwini oleh orang
lain dan orang tersebut mencerainya pula. Pada ketika itu barulah anda boleh
menikahinya kembali.

Penyesalan anda dari perbuatan yang terburu-buru nafsu itu hanya sesuatu
yang terlambat. Padahal dalam Islam telah ditunjuk kaedah dan cara yang
terbaik ketika ingin menceraikan isteri. Allah berikan tiga talak tersebut dengan
tujuan agar manusia dapat menggunakannya satu persatu dan ada ruang untuk
mereka rujuk kembali. Maka dari semenjak anda menceraikan isteri anda
tersebut, anda tidak boleh menggaulinya lagi dan jika anda melakukannya anda
telah berbuat zina. Oleh sebab itu terimalah ketetapan ini dengan hati yang
terbuka,meskipun penyesalan telah menyelimuti ruang minda.

^ Kembali ke atas ^

685. Membuat Penutup Botol Minuman Keras


Soalan:
Saya seorang penyelia dalam pengeluaran di sebuah syarikat. Kami
mengeluarkan barangan pemesinan seperti komponen yang digunakan
dalam industri kereta. Kami berada dalam dilema ketika ini. Kami berjaya
mendapat order untuk membuat barangan logam yang dimesin untuk
dijadikan penutup botol. Pada mulanya kami tidak tahu tujuan penutup
botol ini. Berdasarkan kepada ini, maka kami bersetuju membuat
barangan ini untuk dijual kepada pembuat sebenar yang menjadi
pengedar untuk dipasarkan ke luar negeri.
Masalah yang kami hadapi adalah setelah kami selidiki, penutup botol
yang kami buat ini adalah sebenarnya digunakan untuk menjadi penutup
botol wain atau whisky. Bagaimanakah caranya kami menangani
masalah ini? Apakah hukumnya dan adakah kami bersubahat dalam hal
ini sedangkan kami hanya mengikut perintah pegawai atasan saja?

Roslan, Bukit Jalil


Jawapan:
Mengikut kaedah syarak, tiap-tiap benda yang haram dimakan atau diminum,
haramlah dibuat, diperniagakan dan di hadiahkan walaupun kepada orang kafir.
Dalam pengharaman khamar ini dia bukan saja dihadapkan kepada peminumnya,
tetapi meliputi semua orang yang terlibat dengan proses pembikinannya dan
penjualannya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Nabi SAW melaknat pada
khamar sepulun macam, yang memeras, yang minta diperaskan, yang
meminumnya, yang membawanya, yang minta dihantarkan, yang
menuangkannya, yang menjualnya, yang memakan harganya, yang membelinya
dan yang minta dibelikan." (Riwayat Tirmizi dan ibnu Majah)

Jika kita telah mengetahui kegunaan barang yang kita buat itu untuk perkara
yang dilarang maka kita wajib meninggalkannya dan jika terus dilaksanakan
maka kita telah bersubhat dengan perkara yang haram dan hukumnya berdosa.
Sebagai seorang pekerja berusahalah untuk mencari pekerjaan yang lain yang
jelas kehalalannya dan tidak membiarkan diri bersubhat dengan perkara yang
subhat, kerana rezeki yang kita dan keluarga kita makan nanti akan menjadi
darah daging. Bayangkan jika kita merasa senang dengan perkara yang subhat
ini sudah tentu kita akan menyediakan darah daging kita menjadi sesuatu yang
tidak diredhai Allah SWT.

Walaupun begitu jika kita merasa sukar mencari pekerjaan yang lain
disebabkan keadaan tertentu, maka boleh bekerja di tempat tersebut dengan
syarat kita tidak redha dengan subhat yang dijalankan syarikat tersebut.
Disamping itu ada niat di dalam hati untuk merubah atau menukar jenis
perniagaan tersebut dengan perkara yang halal dan seandainya menemukan
pekerjaan yang lebih baik lagi halal segeralah berpindah kepada yang kebaikan
tersebut. Wallahu A'lam.

^ Kembali ke atas ^

686. Menukar Nama Ketika Akad Nikah


Soalan:
Saya mempunyai satu soalan yang sangat saya mengharapkan agar
dapat Ustaz membantu memberi jawapannya. Bolehkah seorang wanita
bernikah dengan menggunakan nama samarannya (bukan nama yang
diberi oleh ibu dan bapanya)? Tetapi, tetap berbintikan nama bapanya
yang sebenar. Nama samaran itu telah disedia maklum oleh bapanya
(wali) dan bakal si suami, lama sebelum upacara berakad nikah.

Sulaiman, Johor Bahru


Jawapan:
Nama adalah merupakan perkara yang penting pada diri seseorang, kerana ia
menunjukkan identiti seseorang tersebut. Di dalam Islam nama merupakan
perkara asas yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa ketika mereka menerima
cahaya mata. Bahkan Islam menuntut umatnya agar memberi nama yang baik
kepada anak-anak mereka, sebab nama merupakan doa bagi seseorang itu,
malah di akhirat nanti setiap manusia dipanggil menurut namanya tersebut.

Jika seseorang itu menggunakan nama yang membawa erti yang tidak baik
maka adalah lebih baik mereka menukarkan namanya dengan perkara yang baik,
sebab Rasulullah SAW banyak menukar nama-nama sahabat kepada nama yang
lebih baik setelah mereka memeluk Islam. Berdasarkan hadis dan riwayat ini
maka menukar nama dibolehkan asalkan tujuannya untuk kebaikan orang
berkenaan dan bukan untuk penipuan dan kemudaratan lainnya. Wallahu A'lam.

^ Kembali ke atas ^

687. Berbincang Tentang Seks dengan Tunang


Soalan:
Saya berumur 28 tahun dan akan melangsungkan perkawinan saya pada
bulan September tahun ini. Saya ingin bertanya adakah berdosa
sekiranya saya dan tunang saya berbual tentang bagaimana kami akan
menghadapi malam pertama kami seperti seks di malam pertama kami
nanti, pakaian yang bagaimana yang akan dipakainya dan sebagainya?
Marliah, Singapura
Jawapan:
Pertunangan dalam Islam bukanlah menghalalkan seseorang itu untuk
membincangkan atau membicarakan perkara yang dilarang dalam Islam.
Berbicara masalah seks kepada yang bukan berhak untuk membicarakannya
seperti suami isteri adalah dilarang kerana dikhuatirkan akan menjuruskan
seseorang kepada perkara yang terlarang. Kerana segala sesuatu yang membawa
perkara yang haram dan terlarang maka hukumnya tetap berdosa. Hadapilah
sesuatu itu secara fitrah dan bincanglah tentang seks tersebut setelah anda
menikah dan setelah anda berada di malam pengantin tersebut kerana itulah
yang lebih baik dan mengikut sunnah.

^ Kembali ke atas ^

688. Meninggalkan Solat Jumaat kerana Kerja


Soalan:
Saya ada seorang kawan yang baru saja mulai kerja setelah lama
diberhentikan disebabkan kegawatan ekonomi. Ditempat baru ini dia
tidak dibenarkan sembahyang Jumaat. Beliau berkerja dua shif,
seminggu pagi dan seminggu petang. Jika beliau shif pagi beliau tidak
dapat menunaikan solat Jumaat. Soalan saya adakah beliau berdosa dan
bagaimanakah cara meyelesaikan masalah dan cara yang terbaik untuk
menasihatinya?
Marliah, Singapura
Jawapan:
Solat Jumaat merupakan fardhu yang wajib dilaksanakan oleh setiap lelaki
muslim. Allah SWT berfirman maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman,
apabila kamu diseru untuk solat pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu segera
mengingat Allah dan tinggallah jual beli". (Al Jum'ah ayat 9) Dalam sebuah
hadis dijelaskan bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali
Jumaat berturut-turut kerana memudah-mudahkan kewajipannya. Allah
mengecap munafik ke atas hatinya". (Riwayat Ahmad)

Jika kita tidak ingin tergolong ke dalam insan yang dicap dengan munafik
lantaran lalai atau meninggalkan fardhu Jumaat, maka ikhtiar dan usahalah untuk
menghadapi masalah tersebut dengan cara yang terbaik. Terangkanlah kepada
majikan tentang kewajipan kita sebagai seorang Islam. Jika mereka tidak boleh
menerima hakikat itu mintalah mereka tukar shif anda kepada suatu masa yang
membolehkan anda melaksanakan solat Jumaat. Dengan demikian disamping
anda masih boleh bekerja mencari rezeki anda juga tidak mengabaikan tugas
sebagai seorang muslim. Wallahu A'lam.
Sila rujuk buku:
1. Panduan Mecari Nafkah Hidup DN 062

^ Kembali ke atas ^

689. Majikan Tidak Membenarkan Solat Jumaat


Soalan:
Di tempat kerja saya terdapat 90% orang islam berkerja sebagai
juruteknik,saya mendapat arahan dari orang atas ,tiap kali sembahyang
jumaat saya tidak boleh membenarkan kesemua pekerja saya pergi solat
jumaat,mereka memberi arahan hanya membenarkan sebahagian saja
pergi solat untuk minggu ini,dan sebahagian yang lain minggu depan.
Untuk pengatahuan tuan orang yang yang memberi arahan kepada saya
ialah seorang Islam di Human Resource. Apakah hukuman ini dan
wajarkah saya patuhi?

Roselan, Georgetown
Jawapan:
Hukum melaksanakan solat Jumaat adalah fardhu 'ain. Ini berdasarkan firman
Allah dalam surah Al Jumaah ayat 9. Maka jelaslah oleh kita bahawa solat Jumaat
itu adalah termasuk dalam fardhu utama dalam syariat Islam. Disamping
merupakan pertemuan besar mingguan bagi umat Islam. Kerana itu siapa yang
mempermudah-mudahkan kefardhuannya maka Allah SWT akan mengecap orang
itu sebagai munafik.

Seluruh umat Islam hendaklah melakukan fardhu Jumaat ini dengan penuh
keimanan dan keyakinan yang teguh sebagaimana sabda Rasulullah SAW
maksudnya: "Dari Thariq bin Syihab sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Solat
Jumaat itu adalah hak yang wajib melakukannya atas tiap-tiap orang Islam,
kecuali hamba-hamba yang dimiliki, kaum perempuan, kanak-kanak dan orang
sakit". (Riwayat Abu Daud) Demikian pentingnya kefardhuan Jumaat tersebut,
jadi jika kebetulan di tempat kerja anda menemui kesukaran dalam
melaksanakannya lantaran atasan anda lebih mementingkan pekerjaan daripada
menunaikan perkara fardhu yang hanya menggunakan sedikit masa itu, maka
ada baik diadakan perbincangan. Adakanlah pertemuan dan mesyuarat dengan
pihak atasan, nyatakan betapa pentingnya sebagai seorang Islam menjalankan
fardhu Jumaat. Susunlah dan aturlah waktu-waktu kerja tersebut agar dari satu
sisi syarikat tidak rugi dan masa yang sama seluruh umat Islam yang bekerja di
syarikat tersebut dapat menunaikan kewajipannya kepada Allah SWT. Janganlah
lantaran mengerjar keuntungan yang sedikit di dunia ini kita menggadai dan
memusnahkan keuntungan yang besar di akhirat kelak.

Yakinlah dengan janji Allah, bahawa jika manusia mensyukuri nikmatNya


dengan cara mengabdi dan menyembahNya pasti Allah akan menambah nikmat
dengan berlimpah ruah. Sebaliknya jika manusia mengingkari nikmat tersebut
maka azab Allah akan datang dengan tidak diguga-duga. Bahkan dalam Al Quran
dijelaskan jika selesai mengerjakan solat Jumaat bertebaran di muka bumi untuk
mencari rezeki. Ini membuktikan keluasan nikmat Allah bukakan kepada hamba-
Nya yang sudi dan mahu mengabdi kepadaNya. Firman Allah SWT maksudnya:
"Apabila kamu telah selesai menunaikan solat (solat Jumaat) maka bertebaranlah
kamu di permukaan bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-
banyak semoga kamu beroleh kejayaan". (Al Jumaah ayat 10)
Sila rujuk buku:
1. Panduan Mecari Nafkah Hidup DN 062

^ Kembali ke atas ^

690. Makna Sekufu dalam Perkahwinan


Soalan:
Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah
maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam
Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah
dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk
bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi
nilaian kebendaan ( dunia )?

Nurul Suhana, Kuantan


Jawapan:
Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula
kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua
mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka,
agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian
fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek
kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang
lelaki tua.

Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah


haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkahwinan seperti itu, tetapi
memandangkan ianya suatu keredhaan kepada calon isteri dan walinya, Syafei
menghukumkan sahnya perkahwinan tersebut bergantung kepada keredhaan
keduanya. Jika keduanya redha menerima ketidak sekufuan itu, perkahwinan
tersebut adalah sah.
Sila rujuk buku:
1. Kursus & Bimbingan Perkahwinan DN 030

^ Kembali ke atas ^

All Right Reserved Darul Nu'man © EMAG 1991

691. Muzik Menurut Pandangan Islam


Soalan:
Saya ingin tahu lebih lanjut tentang kedudukan muzik dalam Islam.
Adakah ia diharamkan atau dibenarkan oleh Islam?
zsz, Shah Alam
Jawapan:
Menurut Imam Syafei telah berkata dalam kitab Adabul Qadhi; sesungguhnya
nyanyian adalah makruh menyerupai batil. Barangsiapa yang banyak menyanyi
maka dia itu tergolong orang bodoh yang ditolak kesaksiannya. Kemudian
mendengar nyanyian dari perempuan yang bukan muhrim hukumnya tidak boleh
dalam keadaan apapun jua. Samada perempuan itu terdedah atau disebalik tabir,
samada perempuan merdeka atau hamba.

Menurut Imam Syafei makruh menggunakan sejenis alat atau benda yang
diketuk dengan kayu (at taqtagah) dan mengatakan bahawa alat itu dicipta oleh
orang-orang zindiq yang melalaikan manusia daripada Al Quran. Menurut Imam
Syafei lagi, dimakruhkan menurut hadis bermain muzik dengan nard lebih besar
makruhnya permainan dengan alat yang lain.

Menurut Imam Abu Hanifah mendengar nyanyian itu termasuk sebahagian dari
dosa. Mengenai alat muzik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukahri
ada disebutkan bahawa seperti gitar dan seruling dengan tegas dilarang oleh
syarak.
Sila rujuk buku:
1. Adab Mendengar Irama dan Lagu DN 311

^ Kembali ke atas ^
692. Melakukan Azal
Soalan:
Saya ingin bertanya adakah berdosa sekiranya setiap kali melakukan
persetubuhan dengan suami saya, saya meminta agar dia mengeluarkan
air maninya di luar rahim. Suami saya tidak marah atau berkecil hati.
Untuk pengetahuan ustaz, kami baru saja melangsungkan perkahwinan
pada 28/2/99 yang lepas dan kami tinggal berasingan. Saya di KL dan
suami saya di Melaka. Tujuan saya berbuat begitu ialah kerana saya
merasakan susah sekiranya saya mengandung di sini bersendirian tanpa
suami. Saya tidak boleh berpindah ke Melaka manakala suami pula
terpaksa tunggu sekurang-kurangnya 2 tahun lagi untuk berpindah ke
KL. Kami sememangnya bercadang mempunyai anak tetapi
memandangkan banyak masalah yang timbul jika saya mengandung jadi
saya bercadang melakukan sedemikian?

Suzeela, KLumpur
Jawapan:
Islam menganjurkan umatnya ramai anak atau keturunan kerana itu sebagai
tanda kuatnya umat Islam dari bangsa lain. Sebagaimana dikatakan bahawa
kebesaran adalah terletak pada keturunan yang banyak, kerana itulah Islam
mensyariatkan kahwin. Rasulullah SAW bersabda: "Kahwinlah perempuan yang
subur lagi penyayang. Kerana sesungguhnya aku akan membanggakan
banyaknya jumlah kamu pada umat-umat lain pada hari kiamat nanti".

Walaupun begitu dalam keadaan tertentu Islam tidak menghalangi membatasi


kelahiran dengan cara pencegahan kehamilan ataupun cara-cara yang lain.
Pembatasan kelahiran dibolehkan bagi lelaki yang sudah banyak anaknya yang
tidak sanggup lagi memikul beban pendidikan anaknya dengan cara yang lebih
baik. Begitu juga bagi isteri yang keadaan fizikalnya lemah lantaran banyak hamil
ataupun suami dalam keadaaan miskin. Dalam keadaan seperti diatas dibolehkan
untuk merancang keluarga.

Melakukan azal atau memancutkan air mani keluar ketika berjimak dibolehkan.
Ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Muslim dari Jabir, ia berkata: "Kami
dahulu di zaman Rasulullah SAW melakukan Azal. Hal ini sampai pada Rasulullah
tetapi baginda tidak melarang kami".

Kemudian imam Syafei berkata, kami meriwayatkan dari beberapa orang


sahabat Nabi SAW bahawa mereka membolehkan azal ini dan tidak menganggap
berdosa.

^ Kembali ke atas ^

693. Tanda-Tanda Kiamat


Soalan:
Saya ingin bertanya pasal tanda-tanda kecil Hari Kiamat. Benarkah
semua tanda-tanda kecil Hari Kiamat sudah berlaku? Bilakah tanda-
tanda besar akan berlaku? Jikalau boleh, berikan contoh-contoh Hari
Kiamat ?

Muhammad Imran, Shah Alam


Jawapan:
Menjadi keyakinan kita bahawa kiamat pasti akan beralaku, namun kita tidak
diberitahu bilakah kiamat itu akan berlaku. Cuma di dalam al Quran dan hadis
ada disebutkan tanda-tanda sebelum kiamat itu terjadi. Semoga dengan panduan
terhadap tanda-tanda tersebut memberikan suatu peringatan buat kita yang
sentiasa lupa dan bersedia menanti hari yang paling menakutkan itu. Bagi orang
yang beriman menganggap itu adalah tanda-tanda kekuasaaan Allah yang perlu
dihadapi dengan amal takwa dan hati yang tenang.

Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa suatu hari Rasulullah SAW dihadapan
orang ramai dikunjungi oleh malaikat Jibril as. dan bertanya: "Wahai Rasulullah
SAW bilakah datangnya hari kiamat ?. Rasulullah SAW menjawab: "Tidaklah yang
ditanya itu lebih mengerti daripada yang bertanya., tetapi saya hendak
memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya, iaitu apabila hamba sahaya
wanita melahirkan tuannya, itulah diantara tanda-tandanya. Dan juga apabila
orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang dan pengembala kambing telah
menjadi pemimpin-pemimpin manusia. Begitu juga apabila pengembala kambing
sudah bermegah-megahan dalam bangunan-bangunan pencakar langit, maka
itulah tanda-tandanya". ( Riwayat Ibn Abi Syaibah) Dalam hadis yang lain dari
Anas as. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bahawasanya setengah dari tanda-
tanda hari kiamat ialah: ilmu diangkat, nampaknya kebodohan, perzinaan
tersebar luas, khamar diminum dengan berleluasa, kaum wanita lebih banyak
jumlahnya sehingga perbandingan 50 wanita dengan seorang lelaki". (Bukhari
dan Muslim) Banyak lagi tanda-tanda kecil kiamat tersebut, seperti yang
dijelaskan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW. Dalam hadis yang lain juga
diterangkan tentang tanda-tanda besar menjelang kiamat seperti, matahari terbit
dan muncul dari arah barat, munculnya binatang ajaib yang dapat berbicara,
keluarnya imam mahdi, keluarnya al masih Dajjal, keluarnya bangsa Ya'juj
Ma'juj, turunnya Nabi Isa as. keluarnya asap atau awan, rosaknya Kaabah,
lenyapnya al quran dari mushaf dan hati serta kebanyakan manusia menjadi
kafir.

Mengenai tanda-tanda datangnya hari kiamat itu telah diingatkan oleh Allah
dalam Al Quran iaitu: "Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari
kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana
sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi
mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang". (Muhammad
ayat 18)

694. Imam Terlebih Rakaat


Soalan:
Apakah yang harus kita lakukan jika imam terlebih rakaat dalam solat.
Adakah makmum mesti niat pisah imam atau menunggu sehingga imam
memberi salam, sedangkan isyarat sudah diberi tetapi imam tidak
mendengar?

Rina, Batu Pahat


Jawapan:
Jika imam terlebih atau terkurang rakaatnya sedangkan makmum telah
memberitahukan keadaan tersebut dengan membaca tasbih, maka teruskan solat
tersebut. Setelah salam beritahulah kepada imam tentang kedudukan yang
sebenarnya. Dengan demikian imam boleh melakukan sujud sahwi. Dalam
sebuah hadith diriwayatkan oleh Jamaah dari Ibnu Mas'ud bahawa Nabi SAW
pada suatu ketika baginda solat Zuhur, lalu ditanya, "Apakah rakaat solat itu
memang ditambah?". Baginda bertanya: "Mengapa demikian ?". Para sahabat
berkata: "Baginda telah melakukan solat lima rakaat". Maka bagindapun sujud
dua kali setelah memberi salam itu".

Hadith atas membuktikan bahawa solat yang terlebih rakaatnya kerana lupa
dan dalam rakaat ke empat tidak duduk maka solat itu tetap sah.
Sila rujuk buku:
1. Bimbingan Lengkap Ibadah Solat DN 200

^ Kembali ke atas ^

695. Perasaan Kasih Sayang Dengan Sejenis


Soalan:
Saya adalah seorang pelajar IPT di Pantai Timur. Oleh kerana saya
tinggal di rumah sewa, maka saya amat baik dengan jiran dan rapat
dengan anak-anak mereka (lelaki). Masalah saya Ustaz, adakah
perbuatan baik saya terhadap kanak-kanak lelaki itu (sekitar 7 - 8 tahun)
dianggap sebagai menyukai kaum sejenis. Memang saya akui kadang-
kadang saya agak terangsang bila bermain dan bergurau dengan mereka.
Tetapi itu tidak menjebakkan saya kepada perkara yang tidak baik
dengan kanak-kanak itu. Adakah saya dianggap homoseks ?

Musykil, Kuala Terengganu


Jawapan:
Perasaan kasih sayang antara orang dewasa dan kanak-kanak merupakan
fitrah dan sewajarnya bagi orang dewasa menyayangi mereka. Bahkan Rasulullah
SAW menampakkan kasih sayang baginda terhadap cucu baginda Hasan dan
Husein yang masih kecil dengan mencium dan menggendungnya. Jadi tidak
timbullah perasaan lain-lain yang menyebabkan perkara yang tidak baik. Jika
anda tergolong remaja yang mudah terangsang maka itupun menunjukkan
bahawa anda tergolong lelaki yang normal.

Namun jika rangsangan itu menyebabkan tertariknya anda dengan kaum


sejenis, maka barulah anda mengalami gangguan kejiwaan (cenderung kepada
homoseks). Seandainya kelainan ini dapat dikesan lebih awal, maka hindarilah
daripada bermain dan berkawan terlalu rapat dengan kawan sejenis, serta
ingatlah bahawa anda ada kelemahan yang perlu diatasi sehingga anda menjadi
insan yang berhati-hati.

Jika rangsangan itu hanya bersifat kebetulan dan tidak sentiasa demikian
maka itu bukanlah menunjukkan bahawa anda cenderung kepada homoseks
tetapi hanya membuktikan kenormalan remaja yang baru menuju ke alam
dewasa. Walaupun begitu banyaklah beribadah dan berdoa kepada Allah SWT
agar tidak tergolong insan yang terjerumus kepada perbuatan yang tercela
tersebut. Insya Allah.
Sila rujuk buku:
1. Dosa-Dosa Besar DN 220

^ Kembali ke atas ^

696. Menyesali Kehidupan Tidak Sebaik Insan Lain


Soalan:
Adakah berdosa bagi kita yang sentiasa menyesali kehidupan yang tidak
sebaik insan lain. Perasaan itu timbul kerana melihat insan-insan
sekeliling yang lebih baik nasibnya. Namun, bukanlah menyalahkan
takdir, sebaliknya kita menyalahkan diri kita sendiri lantaran kelemahan
yang kita ada?

Zulaikha, Kuantan
Jawapan:
Menyesali kehidupan yang telah dianugerahkan Allah SWT kepada kita bererti
melawan dan menentang takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Padahal nikmat
kesenangan dan kesusahan merupakan sunnah atau ketentuan Allah yang mesti
dihadapi oleh setiap insan. Sebagai seorang insan dituntut agar sentiasa
bersyukur dengan ketentuan kehidupan tersebut. Kita disuruh bekerja dan
berikhtiar, setelah itu banyaklah berdoa sedangkan hasilnya kita serahkan
kepada Allah SWT.

Hindarilah sifat putus asa kerana sifat tersebut menjauhkan rahmat Allah
untuk kita sebaliknya bersabarlah dengan ketentuan hidup yang telah digarikan
untuk kita. Jika kesenangan atau kekayaan yang berbentuk harta menjadi ukuran
untuk menyesali kehidupan ini, maka jelaslah sifat tersebut merupakan sifat yang
tercela dan sangat rendah martabat kita disisi Allah. Bagi Allah, insan yang mulia
disisinya adalah insan yang bertaqwa. Bertaubatlah dan banyaklah berserah diri
kepadaNya serta bersyukurlah dengan nikmat yang cukup banyak yang telah
dianugerahkan kepada kita, seperti nikmat kehidupan, kesihatan serta nikmat-
nikmat yang lain yang sukar kita sebutkan satu persatu.
Sila rujuk buku:
1. Rahmat Disebalik Dugaan DN 263

^ Kembali ke atas ^

697. Mencintai Seorang Lelaki Idaman


Soalan:
Beberapa bulan yang lepas , saya telah berkenalan dengan seorang
muslimin tetapi sebelum itu saya memang tidak terniat untuk menjalin
apa-apa hubungan dengannya. Setelah saling menghubungi, saya
rasakan seperti menyukainya. Sebenarnya, sebelum ini, saya tidak
pernah bergaul dengan golongan ini kecuali ada apa-apa perkara
contohnya semasa belajar dan sebagainya. Saya rasakan perasaan itu
adalah ikhlas walaupun kata sesetengah orang tiada keikhlasan dalam
perhubungan sebegini. Walaupun saya cuba buang perasaan itu, namun
tidak berjaya. Jadi salahkah kalau saya menganggapkan yang pertemuan
saya dengannya adalah ketentuan dari Allah? Dan salahkah saya berdoa
kepada Allah agar merestui perasaan ini sekiranya dia seorang yang
baik?

Saleha, Ipoh
Jawapan:
Rasa cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dan anugerah Allah yang
diberikan kepada setiap insan. Dengan rasa cinta dan kasih sayang inilah
terbinanya kehidupan dan tamadun umat manusia yang cemerlang. Cinta juga
merupakan tabiat manusia terhadap sesuatu yang nikmat baik bersifat jasmaniah
mahupun rohaniah. Nafsu cinta iaitu usaha untuk memenuhi keinginan
jasmaniah seseorang terhadap orang lain atau keinganan untuk menjalinkan
hubungan lelaki terhadap seorang wanita. Jika kita ingin kepada makanan dan
minuman tertentu yang kita sukai namanya selera, kemudian jika kita suka
terhadap haiwan tertentu,itu dinamakan sayang. Jangan kita katakan cinta
terhadap haiwan dan sebagainya.

Cinta, kasih, sayang, selera, simpati dan sebagainya itu merupakan bahagian
yang termasuk dalam naluri manusia. Ada pula orang yang mengatakan bahawa
cinta itu buta. Ertinya bila seseorang jatuh cinta maka ia akan kehilangan
kemampuan untuk berfikir secara wajar. Lebih banyak dikuasai oleh gelora
perasaan sehingga mereka merasa buta untuk melakukan pekerjaan yang lain.
Cinta itu buta dapat juga diertikan cinta itu mengandungi kesetiaan, kerana
apabila ia telah jatuh cinta terhadap seseorang maka fikiran dan matanya buta
terhadap yang lain. Cintanya bertujuan terhadap seseorang yang menjadi
pilihannya semenjak dari awal, tak peduli apakah bentuknya cantik atau cacat.

Jadi perasaan cinta yang tumbuh dalam sanubari anda tersebut bukanlah
suatu dosa, melainkan proses fitrah yang sedang berjalan dalam kehidupan anda.
Cuma saja diharapkan tidak menyalahkan fitrah tersebut dengan memberikan
ruang-ruang syaitan untuk menguasai diri kita. Berdoalah kepada Allah jika lelaki
tersebut merupakan pasangan yang terbaik untuk anda maka mohonlah agar
dipertemukan jodoh dengannya, namun sebaliknya jika ia bukan yang terbaik
maka bermohonlah agar ia dijauhkan dari kehidupan anda meskipun rasa cinta
yang bergelora menusuk setiap nadi anda. Sebab ketentuan Allah untuk kita itu
lebih baik dan lebih bermanfaat dari kehendak nafsu dan diri sendiri.

^ Kembali ke atas ^

698. Berkata-kata Ketika Khatib membaca Khutbah


Soalan:
Di sini saya ada satu masalah. Dalam Islam, apabila seseorang itu
mendengar nama Nabi Muhammad S.A.W. disebut, adalah menjadi satu
kewajipan kepadanya untuk berselawat ke atas baginda. Yang kedua
pula, para jemaah solat Jumaat adalah sama sekali tidak dibenarkan
berkata-kata sewaktu khatib membaca khutbah. Jadi masalahnya di sini,
perlukah saya berselawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W.
setelah khatib menyebut nama baginda sewaktu membaca khutbah?

Izrulaimin, Selangor
Jawapan:
Berkata-kata yang dilarang ketika khatib membaca khutbah pada hari Jumaat,
adalah berbual-bual atau bertegur sapa tentang sesuatu perkara meskipun
dengan mengungkapkan kata-kata dan menyuruh agar jemaah lain diam dari
berkata-kata. Tujuannya adalah agar setiap jemaah Jumaat dapat mengambil
pelajaran dan iktibar dari khutbah yang disampaikan oleh Khatib. Sedangkan
berselawat terhadap Rasulullah SAW ketika seseorang ataupun khatib menyebut
nama Nabi Muhammad SAW adalah digalakkan dan seandainya kita enggan
menyambung dengan selawat terhadap baginda maka kita akan tergolong orang
yang sebakhil-bakhil umat.

Jadi jelaslah bahawa mengertian diam dan jangan berkata-kata ketika khatib
membaca khutbah pada hadith Rasulullah tersebut adalah berkata-kata dari
perkara yang berkaitan dengan keduniaan. Sedangkan berselawat terhadap
baginda ketika khatib menyebut nama baginda tidak termasuk dalam kategori
berbicara yang sia-sia, begitu juga dengan ucapan tasbih, takbir serta ayat-ayat
zikir yang lain.
^ Kembali ke atas ^

699. Menggunakan Troli Supermarket


Soalan:
Didalam sebuah supermarket yang mana ianya turut menjual bahan-
bahan tidak halal seperti daging babi. Kemusykilan saya ialah tentang
troli(kereta sorong) yang kita gunakan. Sedangkan orang kafir yang
membeli bahan-bahan tidak halal tadi pun menggunakan troli yang sama
dan troli itu tidakpun disamak setelah orang kafir gunakan untuk
membeli daging babi tadi. Jadi persoalan saya bagaimanakah hukumnya
kita untuk menggunakan troli itu. Adakah ianya boleh atau haram atau
ada cara lain?

Syafie, Selangor

Jawapan:
Jika troli yang ada di supermarket dalam jumlahnya yang banyak itu tidak ada
pengkhususannya, sehingga sukar bagi kita untuk menentutan samada ia
digunakan untuk membawa barang yang tidak halal ataupun sebaliknya, jadi
hukumnya boleh (harus) dalam menggunakan troli tersebut. Apatah lagi biasanya
di supermarket negara ini selalunya akan membungkus dengan plastik setiap
barangan basah (seperti daging) tidak kiralah barang yang halal ataupun haram,
jadi tidak timbul akan terpegang dan sebagainya.
Sila rujuk buku:
1. Himpunan Isu-isu Feqah Terpilih DN 224

^ Kembali ke atas ^

700. Enggan Berimamkan Imam Masjidil Haram


Soalan:
Ada orang mengatakan bahawa tidak harus mengikut iman Masjidul
Haram kerana mereka mengikut fahaman wahabi?

Jaffar, Singapura
Jawapan:
Masjidil Haram yang didalamnya ada Baitullah atau Rumah Allah, tentu secara
logika dan secara keyakinan, rumah Allah tersebut akan dijaga oleh Allah
kesuciannya setelah diutus Nabi Muhammad sebagai Rasul. Walaupun imam
Masjid tersebut dipilih oleh pemerintahan Arab Saudi, namun yang
menggerakkan hati mereka untuk memilih imam tersebut adalah Allah. Jadi Allah
akan memilih umat yang terbaik untuk menjadi imam (pemimpin) di dalam
RumahNya. Janganlah mudah terpengaruh dengan pendapat yang mengatakan
bahawa imam Masjidil Haram mengikut fahaman wahabi yang kita tidak boleh
mengikutinya. Tetapi yakinlah bahawa solat berjemaah di masjidil Haram
memperoleh keberkahan yang paling besar yang tidak sama dengan masjid-
masjid yang ada di permukaan bumi ini.

Jika akidah dan iman, imam masjidil Haram itu tidak bertentangan dengan Al
Quran dan hadith maka kita hendaklah berimam dengannya ketika solat
berjemaah di Masjidil Haram. Setahu kita mereka masih bersyahadah
sebagaimana umat Islam lain bersyahadah, dan masih membaca al Quran yang
sama. WAHABI (dihubungkan dengan nama Muhammad bin Abdul Wahab) tidak
bertentangan dengan ajaran Ahlusunnah Wal jamaah bahkan dengan tegas
perjuangannya ingin memurnikan ajaran Islam yang mulai dicampur adukkan
unsur khurafat dan bid'ah oleh sebahagian umat Islam yang condong kepada
dunia pada zaman itu. Didalam mengamalkan syariat Islam, beliau condong dan
mengikut mazhab Hanbali dan beliau bukannya menubuhkan satu mazhad baru.
Beliau tidak lebih daripada seorang tokoh pembaharuan dunia Islam. Jadi
hindarkanlah dari mencerca dan mencaci para pemimpin atau ulama masa silam,
yang telah bersusah payah menegakkan kebenaran. Jangan lantaran pendapat
mereka tidak sama dengan pendapat kita akhirnya kita menuduhnya dengan
yang bukan-bukan, akhirnya umat Islam menjadi berpecah belah.

Selagi imam yang kita ikuti itu tidak musyrik dan masih bersyahadah dengan
syahdah yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW serta tidak menentang
syariat dan hukum Allah, maka ikutilah mereka dan amalan kita insya Allah
diterima disisi Allah AWJ. Singkirkanlah anggapan yang keliru lagi mengelirukan
itu, agar umat Islam bersatu hati dalam menjalankan ibadah dan menegakkan
kebenaran. Kajilah dulu setiap sesuatu masalah itu sebelum kita lebih jauh dan
terlanjur menuduh ulama masa silam menjalankan sesuatu yang sesat, padahal
mereka sebenarnya sebagai penegak kebenaran. Atau sebaliknya jangan mudah
tepengaruh dengan fahaman mereka yang kononnya menegakkan kebenaran
padahal hanya tipu daya dan demi kepentingan peribadi semata.

^ Kembali ke atas ^

All Right Reserved Darul Nu'man © EMAG 1991

701. Nilai Manusia di sisi Allah SWT


Soalan:
Bagaimanakah kita mengetahui ukuran kita di sisi ALLAH S.W.T?
Nazri, Sunway
Jawapan:
Tidak ada perbezaan antara seseorang dengan orang lain, antara lelaki dan
wanita, antara yang muda dan tua disisi Allah melainkan ketaqwaannya. Jadi
yang menjadi kadar ukuran seorang insan di sisi Allah bukan terletak pada
kekayaannya, ketinggian pangkat dan darjatnya serta kecantikannya tetapi
ukuran yang paling utama adalah taqwa kepada Allah SWT.

Berdasarkan firman Allah dalam surah Al Hujarat ayat 13 maksudnya: "Hai


manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan
menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal
mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah
ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Mengenal".

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya


Allah tidak melihat tubuh kamu, keturunan atau harta kekayaanmu. Akan tetapi
Allah melihat kepada hati. Siapa yang memiliki hati yang soleh, Allah akan
mengasihaninya. Sesungguhnya kamu anak Adam, dan orang yang paling Allah
cintai ialah yang paling besar taqwanya". Wallahu A'lam.
^ Kembali ke atas ^

702. Jadi Imam Bagi Makmum Belum Baligh


Soalan:
Bolehkah kita niatkan sebagai imam bagi anak-anak yang belum baligh?
Amron, Tanjong Malim
Jawapan:
Solat berjemaah dapat ditegakkan dengan solat seorang diri bersama imam,
sekalipun salah seorang diantaranya itu anak kecil atau wanita. Dari Ibnu Abbas
meriwayatkan. "Saya menginap di rumah ibu saudraku Maimunah. Nabi SAW
bangun untuk bersembahyang malam. Sayapun mengikutinya dan berdiri di
sebelah kirinya. Dipegangnya kepalaku dan diperintahkannya agar berdiri
disebelah kanannya" (Riwayat Jamaah)

^ Kembali ke atas ^

703. Inginkan Ketenangan Hidup


Soalan:
Bagaimanakah caranya agar kita dapat menjalani kehidupan seharian
dengan tenang tanpa mengigati semua perkara yang buruk telah
berlaku?
Diyana, K Trengganu
Jawapan:
Peristiwa buruk masa silam, baik berbentuk musibah ataupun berbentuk
kesilapan dan kesalahan yang dilakukan sendiri memang kadangkala
mengganggu kehidupan seseorang. Bahkan ramai orang sukar untuk
menghilangkan bayangan masa silam tersebut sehingga menghantui segala
aktiviti hariannya. Di dalam ajaran Islam memberi bimbingan kepada umatnya
agar menyerahkan segala ketentuan yang terjadi tersebut kepada Allah SWT
semata.
Firman Allah SWT maksudnya: "Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah,
mereka mengucapkan: "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya
lah kami kembali". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan
rahmat dari Tuhannya dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al Baqarah 156-157) Janganlah dengan sengaja memikirkan perkara yang
telah lalu tersebut, tetapi bertawakallah dan berserah diri kepada Allah SWT, agar
memperolehi ketenangan jiwa. Disamping itu kuatkan keyakinan diri bahawa
Allah SWT sentiasa membantu dan membimbing umatnya yang ingin kebenaran
dan kedamaian. Berdoalah kepada Allah agar terhindar dari gangguan syaitan
dan kecenderungan hati kepada perkara yang mungkar. Kemudian tenangkan
hati dengan melakukan ibadah secara sempurna dan sentiasa mengharap rahmat
dan redha-Nya.

^ Kembali ke atas ^

704. Memakan Makanan di Rumah Pemain Judi


Soalan:
Bapa mertua saya mencari rezeki dengan pelbagai cara sama ada halal
dan haram. Di kala kesesakan wang beliau suka bermain nombor ekor
walaupun puas di nasihati oleh isterinya. Saya kini sedang hamil dan
selalu mengunjunginya di waktu lapang bersama suami saya. Apakah
hukumnya saya menjamah masakan mereka dan kesannya pada
pembentukan janin saya kelak sedangkan saya tidak tahu apakah ia dari
sumber yang halal?
Nor, KLumpur
Jawapan:
Sebagai seorang anak ataupun menantu sudah menjadi kewajipan untuk
menziarai dan berkunjung kerumah ibu bapa mereka. Jika kebetulan diantara
aktiviti dan pekerjaan mertua anda suka dengan nombor ekor bukanlah bererti
bahawa setiap rezeki yang diperolehinya bersumberkan dari perbuatan yang
haram tersebut. Jika mereka tidak menjelaskan tentang perkara yang sebenarnya
maka kita boleh memakannya, kerana kita tidak pasti apakah benar rezeki yang
dimakan itu dari sumber yang halal ataupun haram. Kerana bukanlah bererti
setiap kali orang membeli nombor ekor lalu nombor yang mereka beli tersebu
mengena dan memperolehi wang ekor tersebut. Kebanyakan dari kesan bermain
judi hanya akan memiskinkan pemainnya bukan bertambah kaya.

Jangan was-was dengan perkara yang belum pasti kedudukannya, namun jika
pasti dan jelas dari mertua anda bahawa makanan yang dihidangkan tersebut
dibeli dari wang hasil judi, maka anda wajib menolak dan meninggalkan makanan
tersebut demi menjaga diri dari subhat memakan sesuatu yang diperolehi dari
wang yang haram. Wallahu A'lam.

^ Kembali ke atas ^

705. Menghadapi Kenakalan Anak Berumur Dua Tahun


Soalan:
Bagaimanakah untuk mendidik anak yang kurang daripada dua tahun
agar dia boleh mendengar cakap dan tidak terlalu nakal. Bolehkah saya
menggunakan percakapan yang keras bagi membentuknya? Kadang-
kadang saya hilang sabar di atas karenah anak saya.

Jefree, Simunjan
Jawapan:
Masa umur dua tahun adalah masa yang sangat aktif bagi anak-anak, kerana
pada usia ini pertumbuhan fizikal dan perkembangan mentalnya sedang
meningkat. Fenomena ini pasti dihadapi oleh setiap ibu bapa yang memiliki anak
yang normal. Pada usia ini sangatlah tidak wajar bagi ibu bapa menggunakan
kata-kata yang kasar dan keras apatah lagi memukulnya. Mereka dalam usia ini
sangat sensitif baik perasaan mahupun jasmani mereka.

Rasulullah SAW sangat menyayangi cucu-cucu baginda Hasan dan Husain.


Bahkan ketika baginda sedang menjadi imam yang diikuti oleh jemaah Islam,
kedua cucu baginda tersebut memanjat tengkuk baginda menyebabkan baginda
melamakan waktu sujudnya demi menjaga kedudukan cucunya tersebut. Setelah
selesai solat para sahabat bertanya tentang terlalu lamanya baginda sujud,
apakah baginda menerima wahyu ketika itu. Rasulullah pun menjelaskan tentang
peristiwa yang terjadi.

Pengajaran yang diberikan oleh Rasulullah ini menunjukkan bahawa pada usia
kanak-kanak ini, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anaknya dengan kasih
sayang dan kelembutan. Kalaupun ingin mencegah kesilapan yang mereka
lakukan maka cegahlah dengan kelembutan dan kasih sayang pula. Dalam
masalah menjalankan perintah agama terhadap anak-anak ini Rasulullah
menyatakan dengan tegas. Baginda menyuruh agar umat Islam menyuruh anak-
anak yang berumur tujuh tahun mengerjakan solat, namun jika umur 10 tahun
tidak mengerjakan solat makan pukullah mereka.

Ertinya keizinan memukul anak dalam pendidikan Rasulullah adalah ketika


anak berumur 10 tahun, itupun jika mereka melanggar perintah Allah iaitu
meninggal solat. Namun begitu pukulan yang dimaksudkan baginda bukanlah
memukul dengan kemarahan tetapi memukul dengan unsur mendidik dan kasih
sayang.

Adalah lebih baik ibu bapa menunjukkan akhlak yang mulia di depan anak-
anak agar mereka dapat meniru keperibadian yang mulia tersebut. Setelah itu
banyakanlah berdoa agar mereka mempunyai hati yang lemah lembut, budi
pekerti yang mulai serta menjadi anak yang soleh.
Sila rujuk buku-buku berikut:
1. Mendidik Anak Pintar Cerdas Bermula dari Alam Rahim..... DN 090
2. Mendidik Mental Anak DN 204
3. Teknik Mendidik & Memahami Jiwa Anak DN 317

^ Kembali ke atas ^

706. Mengatasi Keinginan Nafsu yang Kuat


Soalan:
Saya ingin menanyakan bagaimana mengatasi keinginan nafsu yang
kuat? Masalahnya suami saya juga tidak dapat memenuhi keinginan saya
ini?

Zie, KLumpur
Jawapan:
Salah satu penyebab keresahan umat zaman moden ini adalah tidak dapat
terpenuhi dorongan nafsu berahi secara sempurna. Padahal jika mengikut sunnah
Rasulullah SAW suami dan isteri jika mengadakan hubungan jimak hendaklah
melakukan dengan cara yang baik dan sempurna. Itulah sebabnya baginda
menyuruh agar suami sebelum melakukan jimak hendaklah melakukan cumbu
rayu terlebih dahulu, setelah isteri benar-benar merasa puas barulah mereka
melakukan jimak dengan cara yang dituntut.

Rasulullah juga berpesan kepada para suami, jika mereka telah sampai kepada
titik kepuasan, sedangkan isteri belum sampai kepada kemuncaknya, maka
suami jangan membiarkan isteri dalam keadaan tergapai-gapai, sebaliknya
bantulah isteri untuk menyudahkan kepuasannya pula. Jika perkara ini dilakukan
oleh suami dan isteri, maka mereka telah melakukan sunnah yang dituntut oleh
Rasulullah SAW.

Jika suami kurang peka dalam persoalan kepuasan hubungan jimak suami
isteri ini, maka isteri hendaklah lebih banyak memainkan peranannya. Isteri
boleh membantu suami dalam memulai cumbu rayu supaya lebih hangat, dan
jangan hanya sekedar menuggu reaksi suami sedangkan isteri tidak aktif. Jika ini
terjadi maka yang akan menanggung penderitaan adalah isteri. Sebab didalam
hubungan jimak jika tidak sampai kepada kenikmatan yang sempurna, maka
boleh mengganggu kosentrasi dan minda seseorang. Oleh sebeba itu kerjasama
kedua-dua belah pihak sangat diperlukan demi mencapai kenikmatan dalam
berumahtangga. Jangan saling menyalahkan antara satu dengan yang lainnya,
tetapi carilah formula yang sesuai agar segala masalah dapat diatasi secara
bersama.

^ Kembali ke atas ^

707. Membuka Aib Orang lain


Soalan:
Adakah membuka aib seseorang dengan menyebut nama pembuatnya
bagi tujuan pengajaran kepada anak murid diharuskan?

Azizi, Pasir Mas


Jawapan:
Membuka aib iaitu menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain agar
mereka membenci atau memusuhinya. Sejak awal lagi membuka aib ini dapat
digunakan seseorang untuk menjatuhkan lawannya. Didalam perbuatan ini lebih
banyak berisikan kebohongan dan fitnah. Oleh kerana fitnah dan kebohongan
merupakan dua sifat yang dilarang oleh Islam, maka membuka aib pun amat
dilarang.
Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang
banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela yang kian kemari
menghaburkan fitnah". (Al Qalam ayat 10 dan 11) Dalam sebuah hadith yang
diriwayatkan Bukhari dan Muslim dijelaskan maksudnya: "Tidak akan masuk
syurga orang yang membuka aib orang lain".

Walaupun begitu di dalam Al Quran telah memberikan perbandingan dan


gambaran yang jelas tentang keperibadian seseorang. Maka adalah lebih baik jika
ingin membuat perbadingan tentang keperibadian seseorang yang buruk atau
pun baik dengan merujuk ke dalam Al Quran. Jika ingin mengambil contoh
tentang pemimpin yang zalim, maka Firaun adalah pemimpin tersebut. Jika ingin
mengambil contoh tentang jutawan yang bakhil maka ceritakanlah tentang
riwayat Qarun. Jika ingin mengambil contoh tentang orang yang suka menentang
kebenaran maka ceritakanlah riwayat hidup Abu Lahab, Abu Jahal, Namrud dan
lain banyak lagi yang lain.

Jadi hindarilah membuka aib orang lain dalam mengajarkan sesuatu yang
mulia kepada murid. Tetapi gunakanlah pendekatan umum iaitu cukup dengan
menceritakan keperibadian yang tercela tersebut tanpa menyebut nama
orangnya. Melainkan jika nama-nama tersebut memang secara jelas disebutkan
di dalam Al Quran tentang keburukan dan kederhakaannya maka dibolehkan
menyebut keburukan dan keingkaran mereka. Wallahu A'lam.
Sila rujuk buku:
1. Penghalang Kesucian Batin DN 109

^ Kembali ke atas ^

708. Membina Jiwa yang Tabah


Soalan:
Saya bingung dan mengalami krisis keyakinan lantaran diduga dengan
berbagai musibah. Saya akui suatu ketika dulu saya banyak melakukan
berbagai dosa dan maksiat. Setelah bertaubat, saya banyak
mendekatkan diri kpd suruhan Allah swt di dlm segala aspek. Namun
begitu ujian2 yg datang seperti ditimpa penyakit yg tidak sembuh2,
ditipu orang RM 20 ribu dan berbagai lagi menjadikan saya secara tidak
langsung semakin terhakis keyakinan dan semakin malas utk beribadat
lagi. Saya tertanya2 kenapa perkara sebegini terjadi kpd saya walaupun
saya sudah puas berusaha dgn doa2, ikut suruhan Allah swt dan
sebagainya. Saya jadi begitu kecewa dan merasa cukup tertekan.
Tolonglah saya ustaz.. Sesungguhnya saya ingin sekali menjadi hamba
Allah yg bertakwa tetapi saya cukup tidak mampu untuk menanggung
ujian2 ini?

Nor Azman, Kuantan


Jawapan:
Hamba Allah yang bertaqwa, jika beribadah dan beramal soleh hanya
mengharapkan rahmat dan keredhaan Allah SWT. Sesungguhnya dengan
kederhakaan dan ketaatan kita tidak sedikitpun mengurangi kekuasaan dan
kebesaran Allah. Jika kita beramal semata-mata ingin memperolehi kenikmatan
dunia yang sedikit, kemudian jika diuji dengan kegagalan lalu meninggal amal
ibadah yang selama ini dilaksanakan, maka jelaslah amalan kita tersebut sekedar
permainan dan senda gurau semata bukan dengan hati yang ikhlas kerana Allah.
Seandainya ini yang terjadi dalam kehidupan seseorang, maka segeralah
memohon ampun dan bertaubat kepada Allah serta perbaikilah amalan dan
ibadah seharian kita.

Segala sesuatu yang ditimpakan kepada kita sebenarnya tersimpan seribu satu
hikmah yang sangat sukar diketahu oleh seseorang. Jika kehilangan wang
puluhan ribu umpamanya, apakah wang kita tersebut benar-benar bersih seperti
dengan mengeluarkan zakat dan bersedekah. Jika wang tersebut telah
dikeluarkan hak orang lain seperti zakat dan sedekah namun masih ditipu oleh
orang lain, kemungkinan itu dugaan daripada Allah, agar kita bersabar. Namun
jika wang banyak tersebut tidak pernah dikeluarkan zakat ataupun sedekahnya
akhirnya ditipu orang lain, kemungkinan juga ia merupakan peringatan, agar kita
sentiasa mengingat Allah, dan agar kita mengetahui bahawa hak memberi rezeki
itu hanya milik Allah. Sesungguhnya Allah untuk memberi kepada orang
dikehendakinya dan mengambil kembali kepada orang yang dikehendakinya pula.

Sedangkan rasa sakit yang ditimpakan kepada tubuh kita itu juga merupakan
dugaan dan rahmat daripada Allah agar kita dapat menghisab ataupun
muhasabah diri bahawa nikmat sihat dan sakit itu hanya Allah SWT yang berhak
memberinya. Suatu hari isteri nabi Ayub menyuruh agar nabi Ayub berdoa
kepada Allah supaya penyakit tersebut disembuhkan olehNya. Namun nabi Ayub
bertanya, "berapa tahunkah aku sakit ?". Isterinya menjawab, "sembilan tahun".
Kemudian nabi Ayub bertanya lagi. "berapa tahunkah aku sihat". Isterinya
menjawab: "Lapan puluh tahun". Maka nabi Ayub menjawab; Aku telah
menikmati kesihatan lapan puluh tahun, sedangkan aku sakit baru sembilan
tahun, jadi sesungguhnya aku malu dengan Allah SWT". Jadi janganlah
mengeluh dengan penyakit yang ditimpakan Allah kepada kita, kerana didalam
penyakit yang diberikan itu tersimpah beribu hikmah yang hanya Allah saja
mengetahuinya.

Selaku hamba yang mempercayai kebesaran dan keagunganNya banyakkanlah


beramal dan berdoalah dengan rasa harap dan takut, iaitu mengharap
keberkatan dan rahmatNya dan merasa takut dengan ditoloknya permohonan
tersebut. Berdoalah dengan memenuhi syarat dan adabnya agar doa kita itu
dikabulkan Allah SWT. Hindarilah perasaan putus asa yang menyebabkan kita
menjadi insan yang merugi dan akan tergolong ke dalam orang-orang
ingkar.Wallahu A'lam.

709. Solat Ketika Waktu Kerja


Soalan:
Apakah hukumnya kita bersembahyang(zohor) di waktu
pejabat.Sedangkan kita punyai waktu untuk mengerjakannya pada masa
rehat iaitu 12.45 hingga 2.00 petang? Apakah sah sembahyang kita itu?

Suhaimie, Dungun
Jawapan:
Di dalam Islam bekerja juga dinilai sebagai ibadah, sebab didalam bekerja itu
seseorang bertujuan memenuhi tanggungjawabnya terhadap dirinya sendiri
keluarganya dan yang lainnya. Kerja sebagai ibadah jika pekerjaan yang kita
lakukan itu tidak bertentangan dengan agama, dan hendaklah diniatkan untuk
memenuhi keperluan hidup kerana Allah semata dan demi untuk mengabdi
kepadanya. Disamping itu kerja dinilai sebagai ibadah jika kita bekerja sesuai
dengan ketentuan dan persetujuan yang telah ditentukan antara majikan dan
pekerja. Jika pekerja mensia-siakan waktu bekerjanya sedangkan dia digaji
menurut yang ditentukan, maka jika ia menggunakan waktu tersebut untuk
keperluan selain yang telah dipersetujui maka hukumnya berdosa. Dikhuatirkan
rezeki yang kita perolehi tidak setimpal dengan kerja yang kita laksanakan,
akhirnya tergolong rezeki yang haram.

Islam menganjurkan agar kita menyegerakan mengerjakan solat. Maka adalah


lebih baik setelah masuk waktu solat segera mengerjakannya. Walaupun solat
yang kita kerjakan dengan menggunakan waktu bekerja hukumnya sah, namun
menggunkan waktu bekerja bererti mengabaikan tanggungjawab kita.

^ Kembali ke atas ^

710. Cara Melunas Hutang


Soalan:
Saya pernah mempunyai hutang yang sudah lama belum terbayar dan
jumlahnya sudah saya lupa, disebabkan karena orang tempat saya
meminjam itu saya tak pernah ketemu lagi, sebab sudah puluhan tahun,
tetapi sampai saat ini saya masih selalu terbebani oleh hutang tersebut.
Apakah hutang saya boleh dikata lunas, kalau misalnya saya
memasukkan uang kemesjid dengan niat untuk hutang saya tersebut?

Rosmiati, Ujung Pandang


Jawapan:
Jika kita berhutang dengan seseorang telah terlalu lama, bahkan orang
tempat kita berhutang tersebut tidak dapat ditemui, maka kita bolehlah
pengumaman dengan melalui media (jika sanggup melakukanna). Jika dengan
cara mencarinya tidak ditemui, begitu juga ahli warisnya tidak ada, setelah
diumumkan namun tidak ada apa-apa reaksi, maka bolehlah anda sedekahkan
wang tersebut kepada orang yang berhak menerimanya atas nama orang
tersebut. Semoga denga cara itu, Allah mudahkan urusan kita. Wallahu A'lam.
Sila rujuk buku:
1. Panduan Mecari Nafkah Hidup DN 062
All Right Reserved Darul Nu'man © EMAG 1991

711. Memohon Kemaafan


Soalan:
Apakah dosa kita boleh dimaafkan sesuai dengan niat kita untuk
memaafkan lebih dahulu tanpa harus berjabat tangan dengan orang
tersebut?
Rosmiati, Ujung Pandang
Jawapan:
Jika kita memohon kemaafan kepada seseorang kemudian orang tersebut
memaafkannya, maka selesailah urusan keamaafan itu meskipun kita tidak
berjabat tangan dengannya asalkan hatinya dengan redha memaafkan kita.
Begitu juga sebaliknya jika seseorang berbuat salah dengan kita kemudian kita
berhajat memaafkannya, maka walaupun tidak berjabat tangan maka kesalahan
orang tersebut terhadap kita telah terhapus, asalkan kita benar-benar dengan
ikhlas memaafkannya. Wallahu A'lam.

^ Kembali ke atas ^

712. Berpacaran Melalui Internet


Soalan:
Saya punya teman wanita yang memperkenalkan saya dengan seorang
lelaki hanya melalui internet, mulanya saya sering ngobrol dan bertanya
tentang agama, sesuai dengan masalah yang saya hadapi, rupanya
mereka juga seorang ustazd disalah satu negara dimana mereka tinggal,
dan rupanya orang tersebut juga ternyata masih bujang. Suatu hari
teman saya itu bertanya juga mengenai Islam melalui e-mail dan
didalam e-mail itu, teman saya itu iseng-iseng menawarkan jasa untuk
memperkenalkan saya dengan orang tersebut, dan ternyata orang
tersebut ingin sekali berkenalan. Hari-hari berlalu perkenalan saya
lancar walaupun hanya melalui e-mail.

Dan tak lama kemudian orang (ustazd) tersebut mengutarakan niatnya


untuk ingin berkenalan yang lebih dekat dengan saya atau istilahnya
pacaran, walau tak pernah saya bertemu muka dengannya. Tawaran ini
saya terima dengan senang hati dengan maksud karena orang tersebut
adalah baik akhlaknya dan dapat membimbing saya kejalan yang benar
kalau suatu saat Allah mempertemukan jodoh saya dengannya, karena
memang itu impian saya untuk mendapat pendamping yang bertaqwa.
suatu ketika sewaktu dia ngirim e-mail kesaya dimana dalam e-mailnya
ada mengatakan kata sayang, salam rindu atau apa saja seperti layaknya
orang yang berpacaran, dan saya pun membalas salam tersebut. Karena
saya yakin orang tersebut sangat serius dalam hal ini, dia berniat untuk
menemui saya dalam waktu yang dekat ini. Entahlah apa niat
selanjutnya, wallahu a'lam.

Pertanyaan:
1. Bagaimana perlakuan saya dalam hal ini menurut ajaran Islam?
2. Apa kata sayang, dan yang semacamnya diperbolehkan sebagaimana
apa yang saya masalahkan diatas?
3. Bagaimana saya meyakini keimanan seseorang sementara saya hanya
berkenalan melalui internet saja?

Rosmiati, Ujung Pandang


Jawapan:
Rasa cinta dan kasih sayang merupakan fitrah yang tumbuh didalam sanubari
manusia bersama lahirnya manusia itu ke dunia ini. Perasaan timbul jika ada
rangsangan dari luar, akhirnya kecenderungan itu akan lahir dalam bentuk sikap,
reaksi ataupun ungkapan kata-kata. Selalunya ungkapan kata-kata yang
berlebihan tentang rasa kasih sayang ini antara lelaki dan wanita akan
menimbulkan berahi dan dorongan syahwat yang akhirnya mengundang
terjadinya perkara yang dilarang dalam Islam.

Ungkapan rasa cinta dan kasih sayang hanya sesuai dilafazkan bagi mereka
yang telah bernikah, namun bagi mereka yang baru berkenalan bahkan hanya
melalui internet, maka perkara ini merupakan perbuatan yang sia-sia dan
merosakkan fitrah kasih sayang tadi. Jadi batas hubungan antara lelaki dan
wanita yang belum menikah ini cukup sekedar ingin mengetahui latarbelakang
seseorang yang diingininya tersebut. Apakah ia dari keturunan yang baik atau
sebaliknya, apakah ia tergolong subur atau berpenyakit, kemudian apakah ia dari
kalangan orang yang berada ataupun sebaliknya dan yang terakhir tentang
agamanya, apakah ia tergolong orang yang taat kepada Allah ataupun orang
yang lalai dengan hukum-hakam Allah. Perkara yang paling penting dalam
memilih pasangan hidup adalah melihat sejauhmanakah calon suami atau isteri
kita itu benar-benar menjalankan agamanya, sebab orang yang menjalankan
agama dengan baik akan menjadi pasangan yang baik dan diredhai Allah.

Jadi mengucapkan kata-kata sayang dalam internet sama juga mengucapkan


kata-kata itu ketika kita sedang berhadapan, jika ucapan itu dengan jelas untuk
menggoda dan bahkan menumbuhkan dorongan untuk melakukan perkara yang
tidak baik jika bertemu nanti maka perkara ini dilarang dalam agama. Sebaiknya
jika benar-benar ikhlas ingin mencari pasangan hidup, boleh berjumpa dengan
membawa muhrim dan melihat keadaan pasangan tersebut apakah memenuhi
syarat dan kreteria yang ditentukan agama seperti yang disebutkan diatas.
Setelah itu lakukanlah solat istikharah agar pilihan kita itu benar dan diredhai
Allah SWT. Wallahu A'lam.

^ Kembali ke atas ^

713. Memperolehi Haji yang Mabrur


Soalan:
Kita maklum bahawa ibadah haji diwajibkan keatas kita cuma sekali
seumur hidup. Dalam kursus-kursus haji yang saya hadiri, dimaklumkan
bahawa untuk mendapat haji yang mabrur adalah amat sukar sekali-
malahan penceramah tersebut ada menyatakan bahawa dalam berjuta-
juta manusia yang mengerjakan haji cuma beberapa kerat sahaja yang
dikurniakan haji yang mabrur. Saya musykil kerana jika sedikit sahaja
yang mendapat haji yang mabrur, bagaimana pula dengan haji yang
dikerjakan oleh jemaah-jemaah yang lain, adakah masih diterima oleh
Allah?

Bakal Hajah, Shah Alam


Jawapan:
Masalah diterima atau ditolaknya amalan seseorang itu adalah hak Allah, cuma
saja sebagai hamba yang beriman dan bertakwa kepadaNya hendaklah dalam
beramal ibadah itu disertai dengan rukun dan syarat yang betul dan sempurna.
Dalam mengerjakan ibadah haji sama juga dengan mengerjakan ibadah-ibadah
yang lain seperti solat, puasa dan sebagainya. Jika didalam mengerjakannya
tidak disertai dengan adab, rukun dan syarat yang betul, maka nilai, fadhilat dan
keutamaan dari ibadah tersebut akan hilang. Meskipun ibadah haji kita sah
kerana telah tertunai rukun, syarat wajib dan sebagainya, namun dari segi
keutamaan haji yang mambur itu tidak semua orang memperolehinya. Itulah
sebabnya dalam mengerjakan ibadah tidak kira apapun ibadah atau fardhu yang
diwajibkan hendaklah disertai dengan hati yang ikhlas mengharap keredhaan dan
keampunan Allah, bukan kerana perkara yang lain.

Tidaklah menjadi kemusykilan dan kehairanan jika dari sekian juta jemaah
yang menunaikan ibadah haji hanya segelintir sahaja yang memperolehi haji
yang mabrur atau hajinya yang diterima. Sebab untuk memperolehi keredhaan
Allah itu bukan suatu yang mudah tetapi memerlukan ketabahan, kesabaran,
ketakwaan, tawadhuk, istiqamah dan hanya menyerah segala urusan kepada
Allah semata. Disamping itu didalam menjalankan syariat agama hendak
dilakukan dengan hati yang ikhlas dan suka menegakkan amar makruf nahi
mungkar. Wallahu A'lam.
Sila rujuk buku:
1. Fadhilat Haji, Umrah & Ziarah DN 017

^ Kembali ke atas ^

714. Balasan Dosa-dosa Besar


Soalan:
Di sini saya ingin mengemukakan soalan berkenaan balasan-balasan di
akhirat kelak di atas perlakuan-perlakuan tersebut :
a) Meninggalkan sembahyang secara sengaja
b) Meninggalkan puasa secara sengaja
c) Tidak menunaikan zakat
d) Berzina
e) Menipu orang
f) Menganiaya orang
g) Minum arak
h) Membuat sumpah palsu
Diharap ustaz dapat menjawab soalan-soalan berikut secara terperinci
kerana saya benar-benar ingin mengetahui balasan-balasan yg akan
diterima di akhirat kelak jika melakukan kesalahan-kesalahan
tersebut.Sekian, terima kasih.

Nurul, Selangor
Jawapan:
Semua dosa-dosa diatas tergolong dalam dosa-dosa besar. Jika dosa-dosa ini
dilakukan seseorang kemudian meninggal dunia ketika belum sempat bertaubat,
maka balasan dari dosa ini adalah masuk ke dalam api neraka. Jika mereka
sempat bertaubat maka insya Allah taubatnya akan diterima oleh Allah SWT.
Sebab Allah SWT telah berjanji di dalam Al Quran akan menerima taubat
hambanya yang benar-benar bertaubat (taubat nasuha).
1. Dalil balasan dosa meninggal solat.
Firman Allah SWT maksudnya:
"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar. Mereka menjawab:
"Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat".
(Al Mudatsir, 42-43)

2. Dalil balasan dosa meninggal puasa dengan sengaja.


Firman Allah SWT maksudnya:
"Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana ia
diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa
kepadanya. Hanya dalam masa beberapa hari saja".
(Al Baqarah 183, 184)

3. Dalil balasan tidak membayar zakat.


Firman Allah SWT maksudnya:
"Dan orang -orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkan
pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa mereka akan
mendapat seksa yang pedih".
(At Taubah 34)

4.Dalil balasan dosa berzina


"Firman Allah SWT maksudnya:
"Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan
tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan
alasan yang benar dan tidak berzina. Barangsaipa melakukan yang demikian itu,
nescaya dia mendapat pembalasan dosanya".
(Al Furqan 68)

5. Dalil balasan menipu orang lain.


Firman Allah SWT maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah sedangkan Allah akan
membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat mereka
berdiri dengan malas, mereka bermaksud riyak dengan solat dihadapan manusia.
Dan tidaklah mereka menyebut nama Allah kecuali sedikit sekali".
(An Nisa, 142)
Firman Allah SWT maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling
bawah dari neraka, dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang
penolongpun bagi mereka".
(An Nisa, 145)

6. Dalil balasan dosa Menganiaya orang.


Firman Allah SWT maksudnya:
"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminah tanpa
kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul
kebohongan dan dosa yang nyata".
(al Ahzab,58)

7. Dalil Balasan Meminum Arak.


Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya khamar, judi, patung berhala dan
undian nasib itu adalah kotoran dari perbuatan syaitan, maka jauhilah dia supaya
kamu beroleh kejayaan. Sesungguhnya syaitan itu mahu mengadakan
permusuhan dan perkelahian pada khamar dan judi dan menghalang kamu dari
mengingati Allah dan solat tidaklah kamu mahu berhenti ?". (Al maidah ayat, 90-
91)
8. Dalil balasan Membuat Sumpah Palsu.
Firman Allah SWT maksudnya:
"Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai alat penipu di
antara kamu yang menyebabkan tergelincir kakimu sesudah kukuh tegaknya dan
kamu rasakan kemelaratan di dunia kerana kamu menghalangi manusia dari
jalan Allah dan untuk kamu azab yang besar". (An Nahl ayat 94)

715. Pernikahan Setelah Hamil


Soalan:
Teman saya sangat bingung, Ia telah berzina, dan Ia sangat menyesal,
dengan perbuatannya, dan perempuannya itu hamil, kemudian ia
menikah setelah hamil. Pertanyaanya, Ada sebagian berpendapat bahwa
pernikahan itu tidak sah, dan pernikahan itu harus dilaksanakan atau
diulang kembali setelah anak yang dikandungnya lahir, Apakah benar
Pendapat ini?

Jawapan:
Jika seseorang telah melakukan perbuatan zina, maka hendaklah segera
bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenarnya, setelah itu jangan ulangi
pekerjaan yang tercela tersebut. Seandainya ia menikah dengan wanita yang
dihamilinya itu maka pernikahannya adalah sah dan jika telah sah maka tidak
perlulah mengulanginya kembali setelah bayi lahir. Bahkan menurut imam Syafei
jika ia menikah dengan wanita yang dihamili itu kandungannya belum sampai
enam bulan, maka anak yang dilahirkan oleh wanita tersebut boleh di "bin" kan
dengan ayahnya.

Anda mungkin juga menyukai