Anda di halaman 1dari 6

TANDA-TANDA MENUJU KEMATIAN TAZKIRAH Dari: Sedaka Sejahtera Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah

SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan : 1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakanakan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3. Tanda 7 hari Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan. 4. Tanda 3 hari Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 5. Tanda 1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 6. Tanda akhir Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Penutup Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu

dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. Wallahu alam Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa. Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati sebagaimana firman Allah SWT Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, (Al-Imran :185) Jadi bermula hari ini gunakanlah peluang yang berbaki untuk beramal soleh, berazamlah serta panjatkan doa agar kita mati dalam keadaan Husnul khatimah seelok-elok Kesudahan/kematian dan mohon juga dari Allah dijauhkan kesudahan yang tidak baik. 1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 (ziarah Izrail) = 20.571 minit. Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit, Subhanallah.. Allahu Akbar. Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan..

KEMATIAN ITU INDAH Sebuah pesanan ringkas muncul diskrin telefon bimbitku. Isinya??????? berita dukacita. Seorang teman meninggal dunia?????Innalillahi Wainnaillahi Raji'un.

Kita tidak akan pernah tahu; bilamana dan dimana kita akan menghembuskan nafas yang terakhir. Kita pun tidak akan pernah tahu apakah akah masuk syurga atau menuju neraka. Semuanya adalah misteri Allah SWT. Semuanya sudah diatur olehNya. Kita tidak akan pernah dapat mengubahnya. Namun yang pasti kita semua akan mati. Berikut adalah perbualan tentang kematian : Ada sebuah perbincangan yang menarik antara seorang ustaz dengan jemaah pengajiannya. Ustaz bertanya kepada jemaahnya "Ibu-Ibu ingin masuk syurga?" Dengan serentak ibu-ibu menjawab "mauuuu?????." Ustaz kembali bertanya "Ibu-ibu ingin mati hari ini tidak?" Tidak ada seorang pun yang menjawab. Rupanya tidak ada seorang pun yang ingin mati. Dengan tersenyum ustaz tersebut berkata "Lah bagaimana nak masuk syurga kalau tidak mati-mati" Ustaz itu meneruskan pertanyaannya "Ibu-ibu mahu saya doakan panjang umur?" Dengan bersemangat ibu-ibu menjawab "mauuu?????." Ustaz kembali bertanya "Berapa lama ibu-ibu ingin hidup? Seratus tahun?

Dua ratus atau bahkan seribu tahun? Orang yang berumur 80 tahun sahaja sudah kelihatan terketar-ketar apalagi yang berumur ratusan tahun". Rupa-rupanya pertanyaan tadi tidak selesai hingga disitu. Ustaz masih terus bertanya "Ibu-ibu cinta dengan Allah tidak?" Jawapannya memang sudah dapat diduga. Ibu-ibu dengan serentak menjawab "Ya". Ustaz kemudian berkata "Biasanya kalau orang jatuh cinta, dia selalu rindu untuk berjumpa dengan kekasihnya, apakah ibu-ibu sudah rindu ingin bertemu Allah?" Hening. Tidak ada yang menjawab. Kebanyakan dari kita ngeri membicarakan tentang kematian. Jangankan membicarakan, membayangkannya sahaja kita tidak berani. Jawapannya adalah kerana kita tidak bersedia menghadapi peristiwa setelah kematian. Padahal, bersedia atau tidak, kita pasti akan menjalaninya. Bersedia atau tidak, kematian pasti akan datang menjemput. Daripada selalu berdalih belum bersedia lebih baik mulai dari sekarang kita mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian. Persiapan terbaik adalah dengan selalu mengingati mati. Yakinkan pada diri kita bahawa kematian adalah pintu menuju Allah. Kematian adalah jalan menuju tempat yang indah, syurga. Dengan selalu mengingati mati kita akan selalu berusaha agar setiap tindakan yang kita lakukan merupakan langkah-langkah menuju syurga yang penuh kenikmatan. Hakikat kehidupan manusia adalah sebuah perjalanan kembali menuju Allah. Dalam perjalanan yang singkat ini ada yang kembali dengan selamat, namun ada yang tersesat di neraka. Kita terlalu disibukkan oleh dunia hingga merasakan bahawa dunia inilah kehidupan yang sebenarnya. Kita seakan lupa bahawa hidup ini hanya sekadar persinggahan untuk mencari bekal pulang. Kemilaunya keindahan dunia membuat kita terlena untuk menapaki jalan pulang. Rasulullah SAW pernah berkata orang yang paling cerdas adalah orang yang selalu mengingati mati. Dengan erti kata lain orang yang paling cerdas adalah orang yang mempunyai visi jauh ke hadapan. Dengan selalu mengingati visi atau tujuan hidupnya, ia akan selalu berghairah melangkah ke hadapan. Visi seorang muslim tidak hanya dibataskan oleh

kehidupan di dunia ini sahaja namun lebih dari itu, visinya jauh melintasi batas kehidupan di dunia. Visi seorang muslim adalah kembali dan berjumpa dengan Allah. Baginya saat-saat kematian adalah saat-saat yang indah kerana sebentar lagi akan berjumpa dengan sang kekasih yang selama ini dirindukan. Terkadang kita takut mati kerana kematian akan memisahkan kita dengan orang-orang yang kita cintai. Orang tua, saudara, suami/isteri, anak. Ini menandakan kita lebih mencintai mereka daripada Allah. Jika kita benarbenar cinta kepada Allah maka kematian ibarat sebuah undangan mesra dari Allah. Namun begitu kita tidak boleh meminta untuk mati. Mati sia-sia dan tanpa alasan yang jelas justeru akan menjauhkan kita dari Allah. Mati bunuh diri adalah wujud keputusasaan atas kasih sayang Allah. Ingin segera mati kerana kesukaran dunia menandakan kita ingin lari dari kenyataan hidup. Mati yang baik adalah mati dalam usaha menjadi rahmat bagi seluruh alam semesta. Mati dalam usaha mewujudkan cita-cita terbesar yakni perdamaian dan kesejahteraan umat manusia. Akhirnya orang yang selamat adalah orang yang menyedari bahawa semua harta dan kekuasaan adalah perantaraan untuk dapat kembali kepada Allah. Jasadnya mungkin bersimbah keluh berkuah keringat, banting tulang menundukkan dunia namun hatinya tetap hanya terpaut pada si kekasih; Allah SWT. Yang terpenting adalah bagaimana kita dapat bekerja keras, berfikir cerdas dan berhati ikhlas. Duhai Pemilik dunia, ajarkan kami untuk menundukkan dunia, bukan kami yang tunduk kepada dunia. Bila kilauan dunia menyilaukan pandangan kami, bila taburan permata dunia mendebarkan hati kami, ingatkan kami ya Allah. Ingatkan bahawa keredhaanMu dan kasih sayangMu lebih besar dari pada sekadar dunia yang pasti akan kami tinggalkan. Amin. Mati, ternyata tidaklah sekadar mati. Wassalam. Semuga Bermanfaat.. .

Anda mungkin juga menyukai