Anda di halaman 1dari 2

PENGIRAAN DOS UBAT DEMAM KANAK-KANAK: PARACETAMOL SUSPENSION

FORMULA ASAS
Menurut "Frank Shann 17th Edition 2017", dos ubat untuk Paracetamol ialah 15mg/kg 4-6 jam, maksimum 4g
dalam 24 jam.
Manakala menurut "Formulari Ubat KKM" (Bluebook), dos ubat Paracetamol untuk kanak-kanak ialah;
i) Umur 1 tahun ke bawah: 60 – 120 mg
ii) 1 hingga 5 tahun: 120 – 240 mg
iii) 6 hingga 12 tahun: 240 – 480 mg
Ulang setiap 4 hingga 6 jam jika perlu. Maksimum 4 dos dalam 24 jam.
Formula2 di atas ni digunakan oleh semua doktor, MA dan staf farmasi di Malaysia.
Jadi, pengiraan yang diambil ialah 15mg/kg (berat anak).
Jika berat anak ialah 8kg, maka cara pengiraannya adalah 15mg x 8kg = 120mg.
Maka dos ubat Paracetamol anak anda adalah 120mg setiap kali minum.
CONTOH PENGIRAAN DOS UBAT PARACETAMOL SUSPENSION
Pertama sekali, kena tahu KEKUATAN ubat. Di Malaysia terdapat 2 jenis KEKUATAN ubat Paracetamol
Suspension iaitu;
- 120mg/5ml
- 250mg/5ml
Ibu bapa atau penjaga kena pastikan dulu KEKUATAN Paracetamol Suspension yang ingin diberikan pada
anak. Kalau salah, boleh jadi 'overdose' atau 'underdose'!!
Formula dia senang jer...
15mg x berat badan (kg) x kekuatan (mg) x 5ml (sebab jumlah kekuatan tu ada dalam setiap 5ml) = dos ubat
Berikut adalah CONTOH pengiraan;
i) Jika kekuatan 250mg/5ml
15mg x 8kg (berat anak) ÷ 250mg (kekuatan) × 5ml
= 2.4 ml
Jadi, anak anda perlu minum 2.4ml 3 kali sehari (setiap 8 jam) atau 4 kali sehari (setiap 6 jam) jika demam.
ii) Jika kekuatan 120mg/5ml
15mg x 8kg (berat anak) ÷ 120mg (kekuatan) × 5ml
= 5 ml
Jadi, anak anda perlu minum 5ml 3 kali sehari (setiap 8 jam) atau 4 kali sehari (setiap 6 jam) jika demam.
Ibu bapa atau penjaga kena pastikan pengiraan dos tersebut adalah betul untuk mengelakkan berlakunya
‘underdose’ mahupun ‘overdose’.
Jika 'underdose', suhu panas anak takkan turun sebab dos ubat tak cukup.
Jika 'overdose' pula, ia akan beri kesan pada organ hati dalam jangka masa panjang.
Kalau anda dah pandai dalam pengiraan dos ubat ni, anak2 anda boleh berkongsi 1 botol ubat walaupun
berlainan dos. Yang penting, tahu berat badan anak2 anda. Nanti takde la merungut, "Dah bagi ubat adik dia,
tapi suhu tak turun".
Memang la tak turun sebab dos si adik tak sama dengan si abang. Badan abang lagi besar dari adik, jadi
dosnya pun kenalah lebih daripada si adik.
CARA PENYIMPANAN UBAT PARACETAMOL SUSPENSION
Ubat Paracetamol tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Simpan jer dalam suhu bilik, di dalam almari yang jauh
dari capaian anak-anak.
Selepas botol dibuka, ubat tu boleh digunakan sehingga 1 bulan. Kalau boleh, tulis tarikh buka kat botol ubat
sebab senang nak tahu dah sebulan ke belum. Tu yang ada kes, makan ubat lama tapi panas tak turun.
Sebabnya, kesan ubat tu dah hilang.
Lebih teruk lagi, kalau disimpan lama sangat, dalam botol ubat tu boleh jadi tempat pembiakan kulat. Bila kita
bagi kat budak, terus budak kena cirit-birit dan muntah2. Kalau lambat dapatkan rawatan, boleh menyebabkan
MAUT!!
Jadi, misi utama anda sekarang ni adalah pergi ke peti ais. Jika ada ubat dalam bentuk cecair yang lama tu,
terus buang!!
Tapi kalau belum dibuka, ubat tu boleh digunakan sehingga tarikh luput yang tertera pada botol.
TAMBAHAN: UBAT TABLET PARACETAMOL
Jika anda nak bagi Tablet Paracetamol Kanak2 (Panadol for children), anda boleh juga gunakan formula di atas
untuk dapatkan dos anak iaitu "15mg x berat badan (kg)".
Kalau berat anak 16kg, maka dosnya adalah 240mg (15mg x 16kg). Jadi boleh la bagi Panadol Kanak2 tu dua
biji kat anak. Biasanya dos Panadol Kanak2 ni sebiji 120mg.
Tapi kalau berat anak dah 30kg, ajarlah makan tablet org dewasa. Dah boleh dah makan Tablet Paracetamol
500mg. Bagi je sebijik

Anda mungkin juga menyukai