Anda di halaman 1dari 1

Contoh Karangan - Dialog

Pada suatu petang, kamu telah bertemu dengan seorang rakan lama di sebuah pusat membeli-belah.


Kamu dan rakan kamu itu telah berbual-bual tentang persediaan menghadapi Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (SPM) yang akan menjelang tidak lama lagi. Tuliskan perbualan kamu itu.

AFIQ: Apa khabar, SYUKRI? Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa kamu sedang buat sekarang.

SYUKRI: Khabar baik. Saya sedang sibuk mengulang kaji pelajaran.

AFIQ: Oh, saya juga begitu kerana Peperiksaan SPM akan menjelang tidak lama lagi.

SYUKRI: Yalah, peperiksaan percubaan saya baru tamat. Saya telah mendapat keputusan 10A.

AFIQ: Syabas! Bolehkah kamu memberitahu saya cara-cara kamu membuat persediaan
menghadapi peperiksaan SPM.

SYUKRI: Boleh, apa salahkan. Sebenarnya, saya telah bersedia sejak awal tahun. Mula-mula, saya
menyediakan sebuah jadual waktu belajar dan selalu mengikutinya.

AFIQ: Oh, begitu! Adakah cara-cara yang lain lagi?

SYUKRI: Ada banyak! Saya mengulang kaji pelajaran dan membuat banyak latihan. Selain itu,
saya juga menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar.

AFIQ: Apa yang kamu buat semasa menghadapi masalah dalam pelajaran?

SYUKRI: Saya akan bertanya guru dan kawan-kawan saya.

AFIQ: Adakah kamu menghadiri kelas tambahan?

SYUKRI: Ada. Saya menghadiri kelas tambahan pada waktu petang. Saya tidak pernah ponteng
kelas.

AFIQ: Saya banyak membaca buku rujukan. Apakah kamu berbuat demikian.

SYUKRI: Ada. Saya juga selalu mengagihkan masa untuk belajar dan berehat dengan baik.

AFIQ: Saya berazam untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan SPM.
Semoga kamu juga begitu.

SYUKRI: Terima kasih. Eh, masa sudah lewat. Saya nak balik. Jumpa lagi.

AFIQ: Jumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai