Anda di halaman 1dari 6

Suara Dari Surau SMM Kemusykilan Agama Siri 1 1.Soalan : Bagaimana menentukan arah kiblat diwaktu malam.

. Contoh tersesat di dalam hutan. Tiada kompas dan sebagainya. Jawapan : Jika kita tersesat di dalam hutan di waktu malam sedangkan kita tidak dapat mengesan arah kiblat ketika itu, maka kita boleh berpandukan bintang-bintang yang ada di langit. Namun jika bintang-bintang pun tidak kelihatan kerana cuaca mendung ataupun berjerebu, ketika dalam keadaan darurat itu maka kita bolehlah menghadap ke arah manapun yang kita anggap betul ketika itu, kerana yang paling penting saat itu adalah kiblat hati iaitu kepada Allah SWT. Dari Amir bin Rabi'ah, ia berkata: Kami pernah bersama Nabi SAW. pada suatu malam gelap, lalu bingung menentukan arah kiblat, lalu kami solat. Maka tatkala terbit matahari, ternyata kami solat tidak menghadap kiblat. Lalu turun ayat "Maka kemanapun kamu menghadap, disitu ada keredhaan Allah." (Riwayat Tirmizi)
DN

2.Soalan : Bagaimana cara untuk membayar hutang kepada si mati. Bagaimana cara untuk membuat pembayaran? Jawapan : Jika kita berhutang terhadap seseorang, namun sebelum sempat kita membayarnya ia telah meninggal dunia, maka kita wajib membayar kepada ahli warisnya yang terdekat.

3.Soalan : Adakah batal solat kita jika ketika membaca surah Al-Fatihah, salah satu dari ayatnya diulang 2, 3 kali kerana was-was. Jawapan : Was-was itu adalah bisikan syaitan. Namun barangsiapa yang was-was dalam sembahyangnya, misalnya berkatakata hatinya apakah sembahyang aku ini sah atau tidakkah, betulkah atau salahkah, maka apabila berlaku perkara demikian, hendaklah dipastikan dengan yakin. Kalau telah yakin sah dan betul, pedulikan bisikan-bisikan syaitan itu. Tetapi kalau yakin tidak sah, maka hendaklah diulangi semula.
KA/ms121

4.Soalan : Apabila sujud rambut menutupi dahi. Sah atau tidak solat seseorang itu (tak pakai kopiah / songkok)? Jawapan : Sah solat asalkan ada mana-mana bahagian dahi mencecah lantai. Kalau rambut yang dimaksudkan itu seorang perempuan, maka sembahyang itu terbatal. Ini adalah kerana rambut perempuan adalah aurat yang mesti disembunyikan samada ada didalam sembahyang mahupun diluar sembahyang.
KA/ms138

5.Soalan : Apakah hukumnya jika orang Islam yang berkahwin dengan mualaf lelaki/perempuan yang tidak bersunat? Jawapan : Hukum bersunat (berkhatan) bagi lelaki dan wanita Islam adalah wajib bagi pendapat Imam As-Shafie. Sementara bagi Mazhab Hambali adalah seperti pendapat Imam Ahmad Ibnu Hambal iaitu khatan wajib bagi lelaki dan sunat bagi perempuan. Sementara Mazhab Hanafi dan Maliki pula sunat bagi lelaki dan perempuan dan khatan termasuk syiar Islam. Tujuan asal berkhatan bagi lelaki adalah membuang kulit kemaluan supaya ia tidak menutup kepala zakar yang selalunya mengandungi najis. Berkhatan pada perempuan adalah satu penghormatan atau kemuliaan serta dapat mengawal nafsu yang terlalu tinggi.
KA/ms148

6.Soalan : Apakah hukumnya mewarnakan rambut (ada warna hijau, biru dan kuning)? Jawapan : Haram- bagi seorang Muslim mewarnakan rambutnya dengan pewarna rambut walaupun diperbuat daripada benda yang halal kerana perbuatan ini termasuk dalam perkara merubah ciptaan Allah. Apatah lagi bagi seorang perempuan muslimah dimana rambut adalah sebahaian dari auratnya seperti gadis-gadis Islam yg tidak bertudung, memperagakan rambut mereka yg berwarna-warni, sesungguhnya ia suatu perbuatan yang tercela. Tersebut dalam sebuah hadis daripada Ibnu Mas'ud yang bermaksud: (Allah Ta'ala mengutuk sekalian wanita yang mengukir badan, dan yang minta diukir, wanita yang mencukur alis , mengikir gigi dengan sengaja untuk kecantikan dan sekelian yang merobah apa yang telah dijadikan oleh Allah) (H.R. Bukhari/Muslim). Harus- bagi seorang Muslim mewarnakan rambut/janggut yang putih (beruban) dengan pewarna yang suci/halal (contohnya inai) selain daripada warna hitam sebagai MUJAHID FI SABILILLAH atas sebab muslihat ketenteraan. Dan harus- bagi isteri mewarnakan rambutnya untuk menyukakan suaminya. Namun perlulah mendapat keredhaan suami dan memastikan

pewarna itu halal dan tidak menghalang air. Makruh- mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh dan memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya. 7.Soalan : Saya selalu mengaji Al-Quran tetapi saya tidak tahu maknanya. Adakah saya dapat pahala? Jawapan : Seseorang yang membaca Al-Quran tetapi tidak tahu maknanya tetap mendapat pahala. Membaca al-Quran ada bermacam-macam tingkat pahala. Orang yang membaca Al-Quran tanpa memahami maksudnya, dia diberi 10 pahala. Kalau difahami maksudnya ditambah 10 pahala lagi. Kalau mengamalkannya ditambah lagi 10 pahala. Kalau menyampaikan ilmu AlQuran itu setelah dia mengamalkannya ditambah lagi pahala dan seterusnya.
KA/ms270

8.Soalan : Apakah hukum seorang Islam yang beronani? Jawapan : Onani yang dilakukan seorang lelaki adalah termasuk suatu perbuatan yang merosakkan unsur etika dan adab. Para ulama sendiri berbeza pendapat dalam menetapkan hukumnya. Sebahagian ulama mengatakan bahawa onani tersebut hukumnya haram secara mutlak. Sedangkan sebahagian lain mengatakan haram dalam suatu keadaan dan wajib dalam keadaan lain dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya makruh. Menurut mazhab Syafie dan mazhab Maliki melakukan onani itu hukumnya haram. Alasan mereka adalah bahawa Allah SWT telah menyuruh manusia untuk menjaga faraj atau kemaluan dalam segala keadaan kecuali untuk menjimak isteri. Dalam ayat Al Quran dijelaskan: "Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang tiada tercela. Barangsiapa yang mencari selain daripada itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas". (Al Mukminun ayat 5 - 7) Adapun di antara ulama yang mengatakan bahawa onani dengan tangan sendiri itu haram dalam suatu keadaan dan wajib dalam keadaan lain adalah ikut pengikut Imam Hanafi. Pendapat ini mengatakan bahawa andaikata seseorang dikhuatirkan akan berbuat zina maka wajiblah ia menyalurkan nafsu seksualnya dengan onani. Pendapat ini mengikuti kaedah "Jika berkumpul dua bahaya, maka wajiblah kalian mengambil bahaya yang paling ringan". Diantara yang berpendapat makruh ialah Ibnu Umar dan Atha' . Dan diantara yang berpendapat mubah ialah Ibnu Abbas, Hasan dan sebahagian pembesar tabi'in. Cara yang paling baik untuk mengelakan "melampaui batas" ini dengan banyak berpuasa, berzikir dan jangan tinggalkan perkara wajib seperti solat dan sebagainya. Sebab dalam hadis juga ada menjelaskan jika tidak mampu untuk berkahwin maka berpuasalah agar syahwat kita terpelihara.
DN/s58

9.Soalan : Hukum memakai inai kuku dan rambut. Jawapan : Memakai inai dijari bagi lelaki sekiranya atas tujuan perubatan tidaklah salah tetapi jika berniat menyerupai perempuan maka hukumnya berdosa. Namun dalam hal menginaikan rambut, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menyebut bahawa mewarnakan rambut dengan warna hitam adalah dilarang. Tetapi dalam hadis tersebut Nabi s.a.w ada menyuruh mewarnakan rambut yang putih dengan inai. Ini adalah kerana inai boleh meresapi air. Pewarna selain inai boleh menghalang air dari sampai ke anggota wuduk. Kalau tiada kepentingan Islam apa perlunya menghitamkan rambut yang beruban? Sila rujuk kepada soalan 6 diatas.

10.Soalan : Apakah hukumnya lelaki berjabat tangan dengan perempuan yang bukan mahram? Jawapan : Bersalaman dengan orang yang bukan mahram hukumnya haram.
DN/s87

11.Soalan : Saya solat tetapi fikiran saya melayang. Sahkah solat saya?

Jawapan : Fikiran melayang ketika solat menunjukkan tiadanya khusyuk ketika solat. Khusyuk di dalam solat menurut jumhur ulamak adalah sesuatu yang sangat dituntut. Khusyuk membawa pengertian seseorang menunaikan solat dengan hati yang hadir, tidak berpaling kekiri dan kekanan, mata tertumpu ke tempat sujud dan fikiran ditumpukan kepada bacaan di dalam solat. Nabi SAW sangat-sangat menganjurkan kepada umatnya supaya khusyuk didalam solat. Bagaimanapun bagi orang yang tidak khusyuk di dalam solatnya tidaklah membuatkan batal solatnya. Solatnya tetap sah cuma ia mendapat pahala yang kurang, tidak sepenuhnya. Pahala diberi oleh Allah SWT bergantung kepada sejauh mana kekhusyukan seseorang itu didalam solatnya. Jika ia khusyuk di satu perdua solatnya, maka ia mendapat pahala satu perdua sahaja dari solatnya. Jika ia khusyuk sebanyak satu perlapan sahaja dari solatnya, bererti ia mendapat pahala sebanyak satu perlapan sahaja dari solatnya. Begitulah seterusnya. Untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat memerlukan perkara berikut: 1. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih dari najis. Begitu juga dengan sejadah, hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan orang yang menunaikan solat. 2. Hendaklah menunaikan solat tepat pada masanya dan secara berjemaah. 3. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising dari kanak-kanak mahupun dari TV atau Radio. 4. Imam hendaklah seorang yang elok bacaanya, kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak didbenci oleh ahli jamaah. 5. Bersihkan fikiran dari problem hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah. 6. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu, jika merasa perlu berbuat demikian. Kerana orang-orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperolehi kekhusyukan. 7. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk kepada hati di dalam solat. 8. Hati hendaklah hadir di dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah. 9. Memahami makna bacaan di dalam solat. 10. Merasa gerun kepada Allah SWT. 11. Merasa takut kepadaNya. 12. Merasa malu kepadaNya. 13. Menaruh harapan mudah-mudahan Alah SWT menerima solatnya. 12.Soalan : Kawan saya hutang duit dengan saya. Tetapi dia membayar hutang saya dengan duit (nombor ekor). Apakah hukumnya? Adakah saya memakan syubhat dengan kawan saya? Jawapan : Wang yang diperolehi hasil dari pekerjaan menikam ekor haram digunakan oleh seseorang kerana ia diperolehi dari hasil berjudi. Jika kita tidak mengetahui bahawa wang tersebut diperolehi dari hasil nombor ekor sedangkan orang yang membayar hutang tersebut tidak menjelaskan kepada kita, maka tidaklah berdosa kita memakainya, kecuali setelah kita mengetahuinya hendaklah menghindarinya agar tidak tergolong syubhah dalam perkara maksiat. Wallahu 'alam. 13.Soalan : Jika seorang Islam (lelaki) yang tidak berpuasa (1 hari), berapakah kadar bayaran fidyah jika tidak menggantinya sebelum tiba Ramadhan depan. Saya keliru. Jawapan : Apabila seseorang mengqadhakan puasanya sebelum menjelang Ramadhan yang berikutnya, maka tidak diwajibkan atas orang itu memberi fidyah. Huraian : Mereka yang wajib membayar fidyah puasa yang ditinggalkan tanpa perlu menggantikannya (qada) adalah: 1. 2. 3. Orang tua yang tidak mampu berpuasa. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh. Orang mati yang tidak sempat menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan.

Mereka yang wajib kedua-duanya adalah seperti berikut: 1. 2. 3. Perempuan mengandung yang bimbangkan dirinya dan anak yang dikandungnya. Perempuan menyusu yang bimbangkan diri dan anak yang disusukannya. Orang yang lewat menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan sehingga tiba Ramadan yang lain.

Fidyah ialah mengeluarkan bahan makanan asasi seperti beras sebanyak satu cupak bagi satu hari puasa yang ditinggalkan dan diberi kepada fakir miskin. Ertinya apabila puasa ditinggalkan contohnya sebanyak lima hari selepas berlalu selama setahun, selain wajib menggantikan (qada) puasa-puasa yang ditingalkan itu, orang itu wajib membayar fidyah sebanyak lima cupak beras. Sekiranya sampai dua tahun, bererti sepuluh cupak, begitulah seterusnya. Tetapi puasa wajib digantikan sebanyak lima hari yang ditinggalkan sahaja, walaupun beberapa tahun berlalu. 14.Soalan : Apakah yang dikatakan zakat selain zakat fitrah? Bagaimana pula bagi orang yang berpendapatan rendah untuk membayar zakat dan kaedah pengiraannya. Jawapan : Zakat dalam Islam terdapat dua jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta benda. Zakat fitrah bererti zakat kejadian. Maksudnya kadar yang ditetapkan daripada bahan makanan asasi yang wajib dikeluarkan oleh setiap Muslim yang cukup syarat kerana selesai menjalani ibadah puasa ataupun sebaik sahaja jatuh matahari akhir Ramadan. Bagi zakat pendapatan, kadar wajibnya ialah 2.5% berdasarkan umum nas yang mewajibkan zakat ke atas wang ringgit iaitu 2.5% samada telah sempurna haul atau tidak atau sebaik sahaja diambil faedah setelah ditolak belanja keperluannya. Apabila seseorang Islam mengeluarkan zakat pendapatan ketika mengambil pendapatan itu tidak perlu lagi mengeluarkan zakat sekali lagi di akhir haul. Nota : Insya-Allah, kita dalam usaha untuk memanggil pegawai dari puat zakat untuk memberi penerangan kepada semua pekerja mengenai permasalahan tentang zakat. 15.Soalan : Saya mengambil air sembahyang tetapi selepas sembahyang saya menyedari ada bahan-bahan alat make up. Bagaimana wudhuk dan solat saya? Jawapan : Salah satu syarat sah sembahyang ialah kesempurnaan wuduk. Jika saudari meyakini bahawa bahan-bahan make up tersebut membuatkan air tidak sampai keanggota wuduk, ini bermaksud wuduk saudari tidak sah. Apabila wuduk tidak sah maka sembahyang saudari juga tidak sah. 16.Soalan : Menyentuh rambut ketika sujud (menggunakan tangan). Sah atau tidak solat itu? Jawapan : Antara perkara-perkara yang boleh membatalkan sembahyang ialah perbuatan yang banyak dan berturut-turut, samada terlupa atau sengaja pada anggota yang berat seperti tiga kali langkah berturut-turut atau dari anggota yang berbilang-bilang seperti menggerakkan kepala dan dua tangan. Namun dalam hal menyentuh rambut ketika sujud dengan sekali sentuhan itu tidak sampai membatalkan solat tetapi perlulah dielakkan untuk mencapai kesempurnaan solat. Waullahu alam. 17.Soalan : Antara solat fardhu 5 waktu dan solat jumaat, Yang mana lebih wajib? Jawapan : Kedua-dua solat tersebut adalah wajib dan hukumnya Fardhu Ain iaitu wajib dikerjakan oleh mereka yang cukup syarat-syaratnya. 18.Soalan : Kain menutupi buku lali (lelaki). Bagaimana solat itu, sah, makruh atau batal? Jawapan : Solat dalam keadaan kain menutup buku lali tetap sah. 19.Saalan : Siapakah Wahabi? Jawapan : Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah Ala Sahih alBukhari.

Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim. Ibnu Taimiyyah ( 1263 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah. Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bidah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad. Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bidah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya. Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah. Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi. Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh. Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut: . Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah. . Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq). . Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias. . Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan). . Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi. . Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik. . Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya. . Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra Mikraj dan lain-lain.

Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya. . Fahaman Asaari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh. . Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah. . Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah. . Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja. . Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang. . Amalan tariqah dilarang sama sekali. . Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.

Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dan Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia. Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada. Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini. Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi. Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.
Sumber Jakim

20.Soalan : Apakah hukumnya ayah tak mengaku anak kandungnya sendiri? Adakah anak itu dianggap anak yang derhaka jika ia tidak memperdulikan ayahnya (sebab orang tua itu tidak mengaku anak)? Jawapan : Tidak sepatutnya seorang ayah tidak mengaku anak kepada zuriatnya sendiri. Kerana diakhirat nanti seorang ayah akan tetap ditanya mengenai tanggung-jawabnya terhadap anak dan keluarga. Mungkin ada sesuatu perkara yang membuatkan ayah berlaku demikian. Namun tindakan tersebut bukanlah jalan penyelesaian. Sebagai seorang anak pula, ketaatan kepada kedua ibu-bapa adalah perkara wajib. Biar dalam keadaan apa sekalipun. Selalulah berdoa untuk ayah dan ibu agar dilembutkan hati mereka. Cari kesilapan diri dan mohon ampun kepada mereka. Selagi mereka tidak menyuruh kepada perkara maksiat dan kemungkaran, ketaatan kepada mereka perlu diutamakan. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai