Anda di halaman 1dari 2

USTAZ MOHD. FAISAL MOHD.

NOOR

2013

DOA PENGANTIN BARU IZA SHAHIRA BINTI HJ. MOHD. KARIM & ADI ZAIRY BIN HAZILA
Ya Allah Ya Rahman..... Segala puji bagiMu Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga baginda serta seluruh para sahabat. Ya Allah ampunkanlHa segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, sahabat handai kami, jiran tetangga kami, kaum muslimin muslimat yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Ya Allah ya Rahiiiim.... Kurniakanlah taufiq dan hidayahmu ke atas kami, dan ke atas orang-orang yang kami sayangi. Janganlah Engkau memalingkan hati kami setelah engkau memberI hidayah kepada kami dan kurniakanlah kami rahmatmu yang maha besar. Ya Allah Ya kariiim... Sesungguhnya hati-hati ini berkumpul kerana mengasihimu dan ingin mencari keredhaanmu...kayakanlah kami dengan ilmu pengetahuan, hiasilah kami dengan ketenangan jiwa dan muliakanlah kami dengan taqwa dan elokkanlah kami dengan akhlak yang terpuji. Ya Allah.... Kami memohon kepada Engkau, agar Engkau berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah barakah dan rahmatmu ke atas kedua mempelai yang kami raikan hari ini IZA SHAHIRA BINTI HJ. MOHD. KARIM dengan pilihan hatinya ADI ZAIRY BIN HAZILAN.

USTAZ MOHD. FAISAL MOHD. NOOR

2013

Ya Allah Ya tuhan kami... Kami mohon padamu, bimbinglah kedua mempelai dalam mencapai kebahagiaan dan keharmonian berumahtangga, sehingga tercapai apa yang engkau tuntutkan, kurniakanlah kepada kedua mempelai perasaan kasih dan sayang antara satu sama lain, jadikan keduanya satu pasangan yang sentiasa mentaati segala perintahmu, menuruti sunnah rasulmu dan sentiasa menghormati kedua ibubapa mereka yang telah mendidik mereka dari kecil hinggalah ke saat ini. Perkukuhkanlah ukhuwah yang terjalin antara dua keluarga ini, bersatu menjadi satu, yang jauh tersusun rapat, yang berselerak terikat kuat dan kepadamu ya Allah, kekalkanlah kasih sayang mempelai kepada ibubapa, tiada bezanya bagai sebelum ini, makin menebal rasa kasih dan taat, biar pun sudah berpasangan di hati, tersimpan kemas di sanubari, tidak tercalar walau seinci, kekal sentiasa beraja di hati. Y aAllah Ya Haliiiim..... Engkau kurniakanlah keduanya satu ikatan mahabbah laksana Adam dengan Hawa, seteguh cinta saidina Ali Karramallahhawajhah, kepada saiddatina Fatimah az-Zahra, sesuci nabi Muhammad s.a.w, kepada Khadijah al-Kubra, Aisyah ar-Ridho dan isteri-isteri baginda. Engkau satukanlah hati keduanya di mimbar kecintaan kepadamu, dan jadikan mereka pasangan yang saling bertoleransi di kala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingat dikala bahagia, saling mendoakan kearah kebaikkan dan menyempurnakan sujud ibadah kepadamu ya Allah. Ya allah Ya Waduuud.... Sebagai buah hati kegembiraan mereka, kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah yang taat kepada perintahmu, kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini, ya allah kurniakan rahmat kepada kedua mempelai agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumah tangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki yang halal dan dilanjutkan usia serta mendapat syafaat daripada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Anda mungkin juga menyukai